PROJEK AKHIR
DVV6024 VIDEO MEDIA PROJEK
SESI JUN 2019
FILEM PENDEK
“INDEKS”
NAMA KUMPULAN NO. MATRIKS
ELANGKOVEN NAIR A/L NARAYANAN 18DDV17F1003
NUR ARIENA SOFEA BINTI MOHAMAD AZNAN 18DDV17F1008
NUR HIDAYAH AUNI BINTI HANZAH 18DDV17F1032
FATIN AMANI BINTI PISOL 18DDV17F1058
MUHAMMAD RIEZMAN ARIFF BIN MOHD RAZALI 18DDV17F1042
MUHAMMAD IRFAN SHAH BIN SALIM 18DDV17F1046
HARIZ IRFAN BIN MOHAMMAD NOOR 18DDV17F1048
MUHAMMAD AMINURRASHID BIN NOR WAHID 18DDV17F1050
JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
PENGESAHAN LAPORAN PENULISAN VIDEO MEDIA PROJEK (DVV6024)
LAPORAN VIDEO MEDIA PROJEK (DVV6024) INI BERTAJUK “INDEKS” IAITU
SEBUAH FILEM PENDEK YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN
MILLENNIUM PICTURES INI TELAH DIKEMUKAKAN, DISEMAK SERTA
DISAHKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT DAN KEPERLUAN PENULISAN
PROJEK SEPERTI YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SESI JUN 2019.
DISEMAK OLEH (PENYELIA) :
TANDATANGAN PENYELIA :
TARIKH :
COP PENYELIA :
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah ysng maha pengasih dan maha penyanyang, selewat serta
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga yang tercinta serta
sahabat yang dikasihi.
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta nikmat masa yang
dianugerahkan keada kumpulan Millennium Pictures kerana dapat menyiapkan
tugasan DVV6024 Video Media Projek yang bertajuk “INDEKS”.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Puan Rohayu binti Zulkapli selaku penyelia subjek Video Media Projek bagi
kumpulan Millennium Pictures , kerana telah banyak membimbing dan juga menjadi
pendorong kumpulan Millennium Pictures sepanjang proses menyiapkan tugasan
dalam menghasilkan filem pendek ini.
Ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama
kepada kami, terutamanya kepada yang menaja kumpulan kami dari permulaan
penggambaran sehingga akhir penggambaran.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu kami secara
langsung dan tidak langsung sepanjang kami menjalankan projek akhir kami iaitu filem
pendek “INDEKS”.
ISI KANDUNGAN
TAJUK
PENGHARGAAN
BAB 1
1.0 PROPOSAL
1.1 NAMA PRODUKSI
1.2 PENGENALAN
1.3 OBJEKTIF
1.4 MATLAMAT
1.5 TAJUK
1.6 JENIS PENERBITAN
1.7 KREW
1.8 TEMA
1.9 BAHASA PEGANTAR
1.10 DURASI
1.11 SASARAN PENONTON
1.12 SINOPSIS
1.13 WATAK DAN PERWATAKAN
1.14 TREATMENT
1.15 STORYLINE
1.16 RUJUKAN
2.0 BAB 2
FASA PRA-PRODUKSI
2.1 SINOPSIS
2,2 STORYLINE
2.3 TREATMENT
2.4 SKRIP
2.5 SKRIP BREAKDOWN
2.6 STORYBOARD
2.7 UJIBAKAT LAKONAN
3.0 BAB 3
FASA PRODUKSI
3.1 TUGAS KREW PRODUKSI
3.2 CARTA ALIRAN
3.3 JADUAL PENGGAMBARAN
3.4 BAJET PENGGAMBARAN
3.5 SURAT- MENYURAT
3.6 REKABENTUK PRODUKSI
4.0 BAB 4
FASA PASCA PRODUKSI
4.1 PENGENALAN
4.2 LAMPIRAN
RUMUSAN
PENUTUP
RUJUKAN
BAB
1
1.0 PROPOSAL
1.1 NAMA PRODUKSI
Secara rasminya Millennium Pictures ditubuhkan pada 5 April 2019. Simbolik
pemilihan nama Millennium Pictures melambangkan kreativi dan inovasi setiap ahli kumpulan
dalam menjalankan tugasan masing-masing. Millennium Pictures terdiri daripada lapan ahli
kumpulan yang berasal daripada kelas DDV5B. Objektif penubuhan Millennium Pictures
adalah untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang mampu memberi pengajaran serta
impak yang baik daripada aspek kerja kamera sinematografi dan penyuntingan kepada semua
penonton filem pendek Millennium Pictures.
Kami juga berharap agar setiap perancangan yang dibuat dapat berjalan lancar
sehingga filem pendek ini berhasil disiapkan. Millennium Pictures juga akan berusaha
mengekalkan semangat bekerjasama dan kualiti kerja yang baik sesama ahli kumpulan
sepanjang proses ia diterbitkan agar dapat menerbitkan sebuah filem pendek yang bermutu
tinggi dan dapat memberi pengajaran yang berguna kepada masyarakat umum.
1.2 PENGENALAN
Bagi kod subjek DVV6024 iaitu Video Media Project, kami sekumpulan telah diberikan
tugasan untuk menghasilkan sebuah projek mengikut jenis produksi yang diberi pilihan.
Setelah pembentukan ahli kumpulan dibuat, kami sepakat menamakan kumpulan ini dengan
nama Millennium Pictures. Kami telah memilih untuk menerbitkan sebuah filem pendek yang
memberi pengajaran dan jalan penceritaan yang menarik untuk para penonton. Melalui filem
pendek yang bakal diterbitkan, diharapkan ia dapat mewujudkan sifat kerjasama di samping
mengasah bakat dan kemahiran setiap ahli kumpulan. Kami akan dipantau oleh penyelia
kursus iaitu Puan Rohayu binti Zulkapli sepanjang penggambaran filem pendek yang akan
dihasilkan. Filem pendek yang akan bakal diterbitkan adalah dalam lingkungan tempoh masa
10 minit.
1.3 OBJEKTIF
• Untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat bahawa sifat tamak boleh
merugikan setiap orang di dalam kehidupannya.
• Memberi pengajaran kepada penonton, setiap kejayaan memerlukan usaha
keras dan pengorbanan dan ianya tidak datang secara mudah.
1.4 MATLAMAT
• Memberi pendedahan kepada masyarakat umum, bahawa usaha dan kerja
keras perlu diterapkan dalam melakukan sesuatu pekerjaaan.
1.5 TAJUK
• Indeks
1.6 JENIS PENERBITAN
• Filem Pendek
1.7 KREW
NAMA : MUHAMMAD RIEZMAN ARIFF BIN MOHD RAZALI
NO. MATRIK : 18DDV17F1042
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENGARAH / PENGARAH UJIBAKAT
PEMBANTU PENGARAH
Orang yang bertanggungjawab untuk menyelia dari kreatif filem termasuk
mengawal kandungan dan aliran plot cerita.
Orang yang bertanggungjawab menyusun dan memilih lokasi yang bersesuaian
untuk menjalankan penggambaran.
Orang yang bertanggungjawab mengarah lakonan pelakon
Orang yang bertanggungjawab menentukan shot dan gaya lakonan pelakon
mengikut jalan cerita.
PENGARAH UJIBAKAT
Pengarah ujibakat haruslah membaca skrip dan berjasama dengan penerbit,
pengarah dan penulis untuk membuat notis script breakdown sebagai
penerangan ringkas mengenai watak dan perwatakan yang dicari.
NAMA : HARIZ IRFAN BIN MOHAMMAD NOOR
NO. MATRIK : 18DDV17F1048
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PEMBANTU PENGARAH / PELUKIS PAPAN CERITA / PENGURUS LOKASI
PEMBANTU PENGARAH
Orang yang bertanggungjawab untuk membantu pengarah menyelia
pengambaran.
PELUKIS PAPAN CERITA
Pengarah ujibakat haruslah membaca skrip dan berjasama dengan penerbit,
pengarah dan penulis untuk membuat notis script breakdown sebagai
penerangan ringkas mengenai watak dan perwatakan yang dicari.
PENGURUS LOKASI
Orang yang bertanggungjawab untuk melukis setiap shot bagi setiap babak
mengikut susunan dalam treatment.
NAMA : ELANGKOVEN NAIR A/L NARAYANAN
NO. MATRIK : 18DDV17F1003
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENGARAH FOTOGRAFI / PENYUNTING OFFLINE / PEREKA GRAFIK
PENGARAH FOTOGRAFI
Orang yang bertanggungjawab untuk menwujudkan suasana visual filem itu.
Orang yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan kamera.
Orang yang bertanggungjawab dalam membentuk shot yang menarik termasuk
prop, pencahayaan dan keperluan kamera semasa pengambaran berlangsung
melalui script breakdown.
PENYUNTING OFFLINE
Orang yang bertanggungjawab untuk menyusun footage mengikut babak serta
memotong setiap shot bagi setiap babak untuk melancarkan proses
penyuntingan,
PEREKA GRAFIK
Orang yang bertanggungjawab untuk mereka segala urusan publisiti seperti
baju dan poster.
-
NAMA : NUR ARIENA SOFEA BINTI MOHAMAD AZNAN
NO. MATRIK : 18DDV17F1008
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENGURUS PRODUKSI / PEMBANTU WARDROBE
PENGURUS PRODUKSI
Orang yang bertanggungjawab untuk pelan keseluruhan pengambaran.
Orang yang bertanggungjawab untuk membuat jadual pengambaran.
Orang yang bertanggungjawab untuk membuat segala urusan surat menyurat.
Orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan fail produksi.
PEMBANTU WARDROBE
Orang yang bertanggungjawab untuk membantu pengarah seni di bahagian
wardrobe serta mengatur dan mengikut watak perwatakan yang telah diberikan.
NAMA : NUR HIDAYAH AUNI BINTI HANZAH
NO. MATRIK : 18DDV17F1032
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENGARAH SENI / PENGURUS KEWANGAN
PENGARAH SENI
Orang yang bertanggungjawab untuk di dalam bahagian prop dan set.
Bertanggungjawab untuk mencari segala barangan prop yang diperlukan
mengikut jalan cerita.
Orang yang bertanggungjawab untuk menyedia, menyusun dan mendengar
arahan pensyarah dan pengarah.
Orang yang bertanggungjawab untuk menyolek setiap pelakon mengikut
karakter yang ditetapkan.
Orang yang bertanggungjawab dalam mengatur pakaian mengikut watak dan
perwatakan mengikut jalan cerita.
PENGURUS KEWANGAN
Orang yang bertanggungjawab untuk mengawal perbelanjaan produksi.
Orang yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap kewangan produksi
sentiasa dipantau dan dikawal.
NAMA : MUHAMMAD AMINURRASHID BIN NOR WAHID
NO. MATRIK : 18DDV17F1050
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENYUNTINGAN ONLINE DAN OFFLINE / CAMERA OPERATOR
PENYUNTING ONLINE
Orang yang bertanggungjawab untuk menyunting rakaman video segi warna,
dialog, kesan bunyi dan kesan khas.
PENYUNTING OFFLINE
Orang yang bertanggungjawab untuk menyusun footage mengikut babak serta
memotong setiap shot bagi setiap babak untuk melancarkan proses
penyuntingan,
KAMERA OPERATOR
Orang yang bertanggungjawab untuk mendengar arahan pengarah fotografi
dan dibawah pengawasan key grid.
Orang yang bertanggungjawab untuk dalam pemasangan kamera dan
merakam video semasa penggambaran dijalankan.
NAMA : MUHAMMAD IRFAN SHAH BIN SALIM
NO. MATRIK : 18DDV17F1046
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENATA CAHAYA & BUNYI / KESINAMBUNGAN
PENATA CAHAYA
Orang yang bertanggungjawab untuk dalam pemasangan pencahayaan yang
diperlukan bag setiap babak ketika pengambaran berlangsung.
PENATA BUNYI
Orang yang bertanggungjawab untuk mengawal rakaman suara dan segala
pemasangan clip mic dan boom mic.
KESINAMBUNGAN
Orang yang bertanggungjawab untuk menjaga kesinambungan babak ketika
pengambaran.
Orang yang bertanggungjawab untuk mengawal dan memerhati kesilapan
ketika melakukan satu babak.
NAMA : FATIN AMANI BINTI PISOL
NO. MATRIK : 18DDV17F1058
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
JAWATAN : PENULIS SKRIP
PENULIS SKRIP
Orang yang bertanggungjawab untuk mencari dan mengolah bagi
menghasilkan jalan cerita yang menarik.
Orang yang bertanggungjawab mengubah dan memperbaiki skrip jalan cerita
jika terdapat sebarang masalah atau kesilapan ketika pengambaran sedang
dijalankan.
Orang yang bertanggungjawab untuk membuat treatment berdasarkan skrip
dilakukan agar jalan cerita disampaikan dengan lebih tepat dan jelas mengikut
skrip.
1.8 TEMA
• Revolusi Industri 4.0 / Sains Fiksyen
1.9 BAHASA PENGANTAR
• Bahasa Melayu
1.10 DURASI
• 10 – 15 Minit
1.11 SASARAN PENONTON
• Masyarakat Umum
1.12 SINOPSIS
Mengisahkan tentang Zul, seorang lepasan graduasi yang sedang mencari pekerjaan.
Zul telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Georgetown untuk mencari pekerjaan.
Selepas gagal sekali lagi dengan temu duganya, Zul telah terduduk kekecewaan di tepi jalan
raya. Zul tiba-tiba berasa seperti diperhatikan. Dia ternampak seorang lelaki yang sedang
memerhatikannya dari jauh. Zul kemudiannya beredar dari situ dan menyedari dia diekori oleh
lelaki misteri tersebut. Zul telah diberikan sebuah jam tangan yang memberikan dia kuasa
untuk mengodam wang yang dimiliki oleh orang yang dilihatnya. Tanpa Zul sedari, dia telah
menjadi tamak dan telah melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Mr. G.
1.13 WATAK DAN PERWATAKAN
PELAKON UTAMA
ZUL
WATAK PERWATAKAN
Berumur 24 tahun. Seorang yang bertungkus lumus dan rajin
untuk mencari pekerjaan.
Berkulit sawa matang dan Bertubuh tinggi Seorang yang bertanggungjawab keatas ahli
keluarga.
Berani dan tamak Seorang yang tidak amanah dan tamak
dengan pemberian yang telah diberi.
Seorang lepasan university dalam bidang Seorang yang mementingkan diri dan suka
teknologi. mengambil kesempatan.
Protagonist – Antagonist
MR G (GOLDEN NUMBER)
WATAK PERWATAKAN
Berusia lingkungan 25 – 35 tahun.
Bertubuh sasa dan tinggi. Seorang yang berhati mulia dengan
Baik dan rendah hati membantu orang yang tidak berkemampuan.
Suka menolong, bijak dan jujur Seorang yang mudah memberi kepercayaan
kepada orang baru dikenali.
Seorang yang rasional dan berpandangan
jauh.
Seorang yang bersederhana dan
berperwatakan misteri.
Protagonist
PELAKON TAMBAHAN
TAUFIQ (KAWAN ZUL)
WATAK PERWATAKAN
Berusia lingkungan 20 - 25 tahun. Kawan baik Zul.
Kurus Seorang yang perwatakan ceria.
Bersawa matang
Peramah Seorang bersederhana dengan
Baik hati kehidupannya.
Amanah
Bermotivasi
MR JOSHUA (PEMILIK SYARIKAT)
WATAK PERWATAKAN
Berusia dalam lingkungan 30-40 tahun. Seorang majikan yang tegas dan bercita-cita
tinggi.
Bertubuh tinggi dan Mempunyai penampilan Seorang yang bijak
yang menarik.
1.14 TREATMENT
MONTAJ INT
Montaj dimulakan dengan logo produksi Millennium Pictures kemudian diikuti dengan
logo Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan logo Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi
Visual.
CUT TO:
BABAK 1 KAMPUNG EXT/PETANG
Visual menunjukkan ZUL sedang berjalan perlahan-lahan di sekitar kampung sambil
tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku seluarnya ketika menikmati pemandangan
di sekitar kampungnya. ZUL berhenti dan duduk berehat di tepi jalan. Visual
menunjukkan ZUL menggosok mukanya dengan kedua belah tangannya.
CUT TO
BABAK 2 PELABUHAN FERI EXT/PAGI
ZUL tiba di pelabuhan feri dan menaiki feri untuk ke Georgetown. Ketika di dalam feri,
kelihatan ZUL menikmati pemandangan laut. Setibanya ZUL di Georgetown, ZUL
mebuka ‘mask’ dan kaca mata hitamnya sambil berjalan menuju ke tempat
penginapannya iaitu bilik sewa.
CUT TO
BABAK 3 BILIK SEWA INT/PETANG
ZUL tiba di bilik sewanya. ZUL memulas tombol pintu biliknya dan berjalan perlahan
menuju ke katil di dalam bilik tersebut. ZUL meletakkan beg galasnya di atas katil lalu
ZUL duduk di bucu katil atas katil tersebut sambil menggosok mukanya. ZUL lalu
merebahkan badannnya di atas katil.
CUT TO
BABAK 4 PERHENTIAN BAS EXT/TENGAH HARI
Visual menunjukkan ZUL berjalan perlahan selepas menghadiri temuduga dan masih
terngiang-ngiang di ingatan ZUL tentang kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya
oleh pengurus syarikat yang menemu duganya tersebut.
ZUL duduk termenung dengan wajah yang kecewa sambil memegang failnya. ZUL
meletakkan kedua belah tangan di mukanya. Tanpa ZUL sedari, dia sebenarnya telah
diperhatikan. Perlahan-lahan ZUL menoleh apabila dia berasa seperti diperhatikan.
Riak wajah wajah ZUL bertukar cemas apabila dia terlihat seorang lelaki sedang
memerhatikannya. ZUL bangun dan beredar dari situ. ZUL berjalan dengan laju
apabila dia berasa seperti dia diekori. ZUL berjalan dengan lebih laju dan tiba-tiba dia
jatuh tergelincir. Lelaki tersebut berjalan mendekati ZUL dan menghulurkan
tangannya. ZUL menyambut tangan lelaki tersebut yang membantunya untuk bangun.
ZUL berjaya berdiri dan mengutip failnya yang jatuh. Lelaki misteri tersebut
memperkenalkan dirinya. ZUL pula memperkenalkan dirinya.
Visual menunjukkan ZUL berasa marah lalu dia melemparkan failnya.
MR.G meletakkan jam tersebut di mata ZUL dan memindahkan kuasanya kepada ZUL
melalui sebuah jam yang diletakkan di mata ZUL dan secara tiba-tiba ZUL rebah tidak
sedarkan diri.
CUT TO
BABAK 5 BILIK TIDUR INT/PAGI
ZUL terjaga dari tidurnya. Dia duduk di atas katil sambil menggosok mukanya dengan
kedua-dua belah tangannya. Zul melihat sekeliling lalu sekali lagi dia menggosok
mukanya, ZUL mendapati terdapat seutas jam tangan di pergelangan tangan kirinya.
Dia kemudiannya cuba untuk menanggalkan jam tangan tersebut tetapi gagal. ZUL
kemudiannya melihat jam di tangannya. ZUL segera bersiap dan keluar berjalan kaki
mencari kerja seperti biasa. Ketika ZUL sedang berjalan kaki, jam di tangan ZUL tiba-
tiba berbunyi. Ketika ZUL ingin memeriksa jam tersebut, ZUL berasa hairan apabila
dia dapat melihat angka pada bahagian atas kepala setiap orang di sekelilingnya. ZUL
tidak mengendahkan apa yang dilihatnya. Dia kemudian berjalan menuju ke sebuah
restoran untuk mengisi perutnya pada pagi itu.
Ketika di warung, makanan yang dipesan ZUL tiba. ZUL kemudian melihat setiap
orang yang ada di dalam warung tersebut dan mendapati terdapat angka di atas
kepala setiap orang di dalam warung itu.
Visual menunjukkan ZUL sedang mengingati sesuatu
FLASHBACK
ZUL terdiam dan kata-kata MR.G bermain-main dalam fikirannya.
CUT TO
BABAK 6 TEMPAT AWAM EXT /TENGAHARI
Visual menunjukkan ZUL duduk di sebuah bangku sambil berfikir bagaimana untuk
dia mendapatkan wang. ZUL memandang sekeliling dan tertumpu ke arah seorang
lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Tiba-tiba jam tangan ZUL berbunyi.
Terdapat beberapa angka di atas kepala lelaki tersebut. ZUL menggosokkan matanya
dan mata ZUL tiba-tiba mengeluarkan cahaya berwarna biru. ZUL teringat bahawa dia
telah diberikan kuasa untuk menggodam akaun sesiapa sahaja lalu dia mengeluarkan
telefon pintarnya dan ZUL menyemak baki akaun banknya melalui telefon pintarnya
dan ZUL mendapati baki wang dalam akaun banknya bertambah.
Visual menunjukkan MR.G telah memerhatikan gerak gerinya dari jauh. ZUL telah
mula menggodam setiap orang yang dilihatnya. Tanpa ZUL sedar, jumlah wang yang
telah digodamnya sudah hampir ke angka satu juta.
CUT TO
BABAK 7 TAMAN REKREASI EXT/TENGAH MALAM
Ketika ZUL sedang berjalan di sekitar taman rekreasi, Jam yang dipakai ZUL telah
mengeluarkan satu bunyi dan jam tersebut mengeluarkan satu hologram yang
menunjukkan satu kawasan yang terdapat sebuah golden number.
CUT TO
BABAK 8 KAWASAN HUTAN EXT /PAGI
Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebatang kayu yang besar. ZUL
berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat lelaki tersebut. ZUL berdiri di belakang
lelaki tersebut lalu ZUL menendangnya. Lelaki tersebut jatuh dan dia segera bangun
sambil membersihkan dirinya daripada tanah yang melekat ditubuhnya akibat jatuh
ditendang oleh ZUL. Lelaki tersebut berjalan menuju ke arah ZUL.
Visual menunjukkan ZUL cuba untuk menumbuk MR.G.
MR.G lalu jatuh dan bangun semula lalu cuba untuk menjatuhkan ZUL dengan
menumbuknya. ZUL jatuh dan cuba bangun. ZUL kemudiannya mengutip sebiji batu
dan melemparkan ke arah MR.G. MR.G berjaya mengelak. ZUL tiba-tiba berasa
seperti ada perubahan pada tubuhnya.
Tubuh ZUL tiba-tiba hilang secara perlahan-lahan. Visual menunjukkan MR.G
mengambil topinya yang jatuh ketika berlawan dengan ZUL dan memakainya
kembali dan berlalu pergi.
CUT TO
THE END
1.15 STORYLINE
Zul merupakan seorang lepasan universiti. Walau bagaimapun dia masih belum
memiliki sebarang pekerjaan. Zul tetap berusaha untuk mencari pekerjaan walaupun belum
mendapat rezeki. Pada suatu hari, Zul keluar untuk mencari sarapan pagi di sebuah warung.
Sambil bersarapan, Zul menyemak email pada telefon bimbitnya untuk mengetahui keputusan
temuduga yang dihadirinya. Ketika sedang sibuk memeriksa emailnya, Taufiq iaitu sahabat
baik Zul tiba di warung. Taufiq lalu menyapa Zul dan mereka berbual sebelum Taufiq
menasihati Zul untuk berhijrah ke Pulau Pinang. Zul membuat keputusan untuk berhijrah ke
Pulau Pinang untuk meluaskan peluangnya mencari rezeki. Selepas beberapa hari, Zul telah
pun bertolak ke Pulau Pinang. Zul telah menyewa satu bilik kecil untuk didiami sementara dia
mendapat pekerjaan yang tetap. Dua minggu berlalu, Zul masih belum mendapat sebarang
pekerjaan. Pada suatu hari Zul telah duduk dengan kecewa di tepi jalan selepas menghadiri
temu duga. Semasa duduk di tepi jalan Zul telah terlihat seorang lelaki misteri sedang
memerhatikannya dari jauh. Selepas beberapa minit, Zul berasa bahawa lelaki misteri itu telah
menuju ke arahnya. Selepas menyedari hal ini Zul bangun lalu bergerak dari situ. Lelaki
misteri itu mengekori Zul dari belakang. Zul telah mempercepatkan langkahnya lalu berlari.
Lelaki misteri mengejar Zul dan secara tiba-tiba, Zul jatuh tergelincir di suatu tempat yang
sunyi. Lelaki misteri itu menghulurkan tangan kepada Zul untuk membantunya bangun. Zul
bangun dan secara tiba-tiba dia pengsan. Pada keesokan paginya, Zul bangun dari tempat
tidurnya dan melihat di tangannya terdapat sebuah jam. Dia merasakan semua yang berlaku
itu hanyalah sebuah mimpi. Dia cuba untuk menanggalkan jam tersebut dan Zul sedar yang
dia telah lewat untuk keluar mencari pekerjaan. Selepas itu, Zul memulakan rutin hariannya
untuk keluar mencari kerja. Semasa dia berjalan di jalan raya dia berasa pelik kerana dia
melihat nombor pada bahagian atas kepala setiap orang yang dilihatnya dan pada masa yang
sama, jam di tangannya tiba-tiba telah mengeluarkan satu bunyi. Zul tidak mengendahkan
apa yang berlaku dan mengambil keputusan untuk bersarapan di sebuah restoran. Ketika di
restoran, Zul masih dapat melihat angka di atas kepala setiap orang yang berada dalam
restoran tersebut. Telefon Zul tiba-tiba berbunyi. Dia mendapat panggilan telefon dari ibunya
yang memerlukan wang untuk membayar kos perubatan ayahnya yang sakit dan yuran
pengajian adiknya. Zul berasa tertekan. Pada masa itu dia cuba untuk mengingati kejadian
yang telah berlaku. Akhirnya dia dapat tahu bahawa lelaki misteri telah memberikannya
sebuah jam tangan di mana dia boleh menggodam wang setiap orang yang dilihatnya dengan
hanya menggunakan jam tangannya. Dia juga diberi amaran bahawa dia hanya boleh
menggodam sehingga RM 1 juta, jika melebihi jumlah wang tersebut, jam tangan tersebut
akan mengeluarkan satu bunyi dan ia boleh membuatkan Zul berada dalam keadaan bahaya.
Lamunan Zul terhenti ketika makanan yang dipesannya sampai. Selesai sarapan, Zul telah
duduk di sebuah bangku sambil berfikir. Zul telah cuba menggodam seorang lelaki lalu dia
menyemak baki akaun banknya melalui telefon pintarnya. Zul terkejut apabila mendapati
wang dalam akaunnya bertambah. Dia telah mula untuk menggodam banyak duit dari
masyarakat sekeliling. Mr.G berasa marah kerana Zul tidak mengendahkan amarannya.
Jumlah wang yang digodam oleh Zul telah menghampiri had RM 1 juta. Mr G berjumpa
dengan Zul dan menasihatinya supaya tidak meneruskan perbuatan tersebut. Zul tidak
mendengar nasihat yang diberi malah dia mengajak Mr.G untuk berlawan dengan
menyerangnya. Mr. G pula hanya mengelak serangan Zul. Akhir sekali, Zul telah cuba untuk
menggodam nombor Mr.G. Semasa Zul menggodam nombor Mr.G, had RM 1 juta sampai.
Selepas itu badan Zul mula menghilang bermula dari kakinya terus ke bahagian atas
badannya dan hilang selamanya. Ini menunjukkan bahawa Zul telah meninggal dunia. Mr. G
hanya melihat akan nasib Zul yang sama akan pengguna kuasa yang lain yang tamak dan
berlalu pergi dari situ.
1.16 RUJUKAN/KAJIAN
A) Indeks
Link : https://ketikakuberkata.blogspot.com/2016/10/pengertian-jenis-ciri-dan-contoh-
indeks.html
Indeks / Index
Indeks berasal dari Bahasa latin “indicare” iaitu bermaksdu menunjukkan tempat,
maka indeks adalah alat atau sarana penunjukkan tempat dimana informasi dapat ditemukan.
Indeks merupakan daftar susunan kata-kata yang disusun berdasarkan alphabetis. Istilah lain
dari indeks biasanya disebut juga Pehjurus. Selain disusun secara urut berdasarkan abjad,
indeks juga dilengkapi dengan nombor halaman yang memberikan keterangan lokasi halaman
yang mengandungi kata-kata tersebut.
Terdapat tiga jenis Index di buku iaitu Indeks Nama Diri (Pengarang) atau Tokoh,
kedua ialah Indeks Istilah dan terakhir ialah Indeks Nama tempat dan Organisasi.
B) Filem
Kami telah membuat beberapa rujukan daripada beberapa buah filem seperti Transformer :
The Last Knight, In Time dan Iron Man 2. Selain itu, kami memilih beberapa Teknik
sinematografi dalam filem Transformers : The Last Knight ini untuk diterapkan dalam filem
pendek kami. Di samping itu, Teknik pencahayaan yang ditampilkan dalam filem In Time ialah
menggunakan cahaya yang semula jadi dan juga low key ini juga dijadikan panduan untuk
kami menjayakan filem pendek ini. Dalam filem Iron Man 2 dan In Time jugak dijadikan
panduan untuk Teknik penyuntingan elemen hologram yang akan diterapkan dalam filem
pendek kami.
I. SINEMATOGRAFI
Filem : Transformer : The Last Knight
Terbitan : Paramount Pictures & Hasbro Inc.
Arahan : Michael Bay
Pada minit ke 00:00:26 di dalam filem Transformer : The Last Knight menunjukkan drone
shot yang akan diterapkan dalam drama pendek kami untuk menunjukkan pergerakan objek
atau talent.
Pada minit ke 00:05:30 jugak menunjukkan drone shot yang jugak akan diterapkan untuk
menunjukkan perubahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain dan jugak menunjukkan
keseluruhan sesebuah kawasan.
eknik minit ke 00:44:40 penggunaan long shot sangat penting dalam drama pendek ini
kerana bagi merakam suasana atau tempat yang penuh dengan orang ramai dimana akan
diguna pakai untuk proses suntingan nanti.
II. LIGHTING
Filem In Time menunjukkan penggunaan cahaya yang semula jadi yang akan diterapkan
di dalam filem pendek kami. Kami memilih pencahayaan di dalam filem ini eknik niontras
dan kestabilan warna yang sesuai digunakan di dalam filem pendek kami ini juga ia dapat
menjadikan sumber rujukan yang penting untuk filem pendek yang kami akan hasilkan.
Filem : In Time
Terbitan : 20 Century Fox
Arahan : Andrew Nicool
Kami juga akan menggunakan teknik pe eknikaan yang sama seperti mana ia digunakkan di
dalam filem In Time. Ini juga sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan filem pendek
kami kerana untuk menghasilkan cahaya yang baik di dalam sesebuah filem.
III. PENYUNTINGAN
Kami telah membuat beberapa rujukan daripada beberapa buah filem seperti filem IN TIME
dan IRON MAN. Selain itu juga, kami memilih beberapa teknik si eknikgrafi dalam file IN
TIME ini untuk diterapkan dalam filem pendek kami ini. Kami juga akan mengambil beberapa
teknik suntingan dalam filem tersebut untuk diterapkan dalam filem kami. Antara kesan khas
yang diambil adalah track motion. Jadi, track motion dalam filem ini eknik nipenting untuk
diterapkan dalam filem pendek kami ini disamping juga filem ini eknik nisumber rujukan
yang penting untuk kami.
Filem : IN TIME
Terbitan : 20th Century Fox
Arahan : Andrew Nicool
Kami juga akan menjadikan track motion dalam filem IN TIME ini sebagai rujukan dan
panduan dalam menghasilkan filem pendek kami kerana untuk menghasilkan nombor yang
akan kami letak pada setiap orang dalam visual yang terdapat dalam skrin. Kami memilih
suntingan pada eknik ni kerana suntingan dalam file mini sangat sesuai dan menarik untuk
dijadikan rujukan dan panduan dalam filem pendek kami ini.
Kami juga akan menjadikan eknik suntingan eye hologram di dalam filem tersebut juga
sebagai panduan dalam filem pendek kami ini. Ini kerana, filem kami berdasarkan sci-fi dan
mestilah terdapat pelbagai kaedah sains di dalam filem pendek kami ini dan salah satunya
adalah eye hologram tersebut. Kami memilih kerana eknik suntingannya mudah dilakukan
dan tidak mengambil masa begitu lama untuk sunting di samping cara untuk merakam yang
mudah.
IV. PENYUNTINGAN
Filem : Iron Man 2
Terbitan : 20th Century Fox
Arahan : Andrew Nicool
Kami juga menerapkan elemen hologram seperti filem Iron Man 2 untuk dimasukkan ke dalam
filem pendek kami ini. Akan tetapi, kami akan mengubah sedikit cara hologram tersebut
dengan meletakkannya pada bahagian tangan untuk dijadikan sebuah jam. Apabila jam
tersebut dihidupkan, maka akan keluar sebuah bentuk hologram. Walaupun cara untuk
sunting agak susah, tapi kumpulan kami akan berusaha juga untuk menjayakannya.
BAB
2
2.0 FASA PRA - PRODUKSI
2.1 SINOPSIS
Mengisahkan tentang Zul, seorang lepasan graduasi yang sedang mencari
pekerjaan. Zul telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Georgetown untuk
mencari pekerjaan. Selepas gagal sekali lagi dengan temu duganya, Zul telah
terduduk kekecewaan di tepi jalan raya. Zul tiba-tiba berasa seperti diperhatikan. Dia
ternampak seorang lelaki yang sedang memerhatikannya dari jauh. Zul kemudiannya
beredar dari situ dan menyedari dia diekori oleh lelaki misteri tersebut. Zul telah
diberikan sebuah jam tangan yang memberikan dia kuasa untuk mengodam wang
yang dimiliki oleh orang yang dilihatnya. Tanpa Zul sedari, dia telah menjadi tamak
dan telah melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Mr. G.
2.2 STORYLINE
Zul merupakan seorang lepasan universiti. Walau bagaimapun dia masih belum
memiliki sebarang pekerjaan. Zul tetap berusaha untuk mencari pekerjaan walaupun belum
mendapat rezeki. Pada suatu hari, Zul keluar untuk mencari sarapan pagi di sebuah warung.
Sambil bersarapan, Zul menyemak email pada telefon bimbitnya untuk mengetahui keputusan
temuduga yang dihadirinya. Ketika sedang sibuk memeriksa emailnya, Taufiq iaitu sahabat
baik Zul tiba di warung. Taufiq lalu menyapa Zul dan mereka berbual sebelum Taufiq
menasihati Zul untuk berhijrah ke Pulau Pinang. Zul membuat keputusan untuk berhijrah ke
Pulau Pinang untuk meluaskan peluangnya mencari rezeki.
Selepas beberapa hari, Zul telah pun bertolak ke Pulau Pinang. Zul telah menyewa
satu bilik kecil untuk didiami sementara dia mendapat pekerjaan yang tetap. Dua minggu
berlalu, Zul masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Pada suatu hari Zul telah duduk
dengan kecewa di tepi jalan selepas menghadiri temu duga. Semasa duduk di tepi jalan Zul
telah terlihat seorang lelaki misteri sedang memerhatikannya dari jauh. Selepas beberapa
minit, Zul berasa bahawa lelaki misteri itu telah menuju ke arahnya. Selepas menyedari hal
ini Zul bangun lalu bergerak dari situ. Lelaki misteri itu mengekori Zul dari belakang. Zul telah
mempercepatkan langkahnya lalu berlari. Lelaki misteri mengejar Zul dan secara tiba-tiba,
Zul jatuh tergelincir di suatu tempat yang sunyi. Lelaki misteri itu menghulurkan tangan kepada
Zul untuk membantunya bangun. Zul bangun dan secara tiba-tiba dia pengsan.
Pada keesokan paginya, Zul bangun dari tempat tidurnya dan melihat di tangannya
terdapat sebuah jam. Dia merasakan semua yang berlaku itu hanyalah sebuah mimpi. Dia
cuba untuk menanggalkan jam tersebut dan Zul sedar yang dia telah lewat untuk keluar
mencari pekerjaan. Selepas itu, Zul memulakan rutin hariannya untuk keluar mencari kerja.
Semasa dia berjalan di jalan raya dia berasa pelik kerana dia melihat nombor pada bahagian
atas kepala setiap orang yang dilihatnya dan pada masa yang sama, jam di tangannya tiba-
tiba telah mengeluarkan satu bunyi. Zul tidak mengendahkan apa yang berlaku dan
mengambil keputusan untuk bersarapan di sebuah restoran. Ketika di restoran, Zul masih
dapat melihat angka di atas kepala setiap orang yang berada dalam restoran tersebut. Telefon
Zul tiba-tiba berbunyi. Dia mendapat panggilan telefon dari ibunya yang memerlukan wang
untuk membayar kos perubatan ayahnya yang sakit dan yuran pengajian adiknya. Zul berasa
tertekan. Pada masa itu dia cuba untuk mengingati kejadian yang telah berlaku. Akhirnya dia
dapat tahu bahawa lelaki misteri telah memberikannya sebuah jam tangan di mana dia boleh
menggodam wang setiap orang yang dilihatnya dengan hanya menggunakan jam tangannya.
Dia juga diberi amaran bahawa dia hanya boleh menggodam sehingga RM 1 juta, jika melebihi
jumlah wang tersebut, jam tangan tersebut akan mengeluarkan satu bunyi dan ia boleh
membuatkan Zul berada dalam keadaan bahaya. Lamunan Zul terhenti ketika makanan yang
dipesannya sampai.
Selesai sarapan, Zul telah duduk di sebuah bangku sambil berfikir. Zul telah cuba
menggodam seorang lelaki lalu dia menyemak baki akaun banknya melalui telefon pintarnya.
Zul terkejut apabila mendapati wang dalam akaunnya bertambah. Dia telah mula untuk
menggodam banyak duit dari masyarakat sekeliling. Mr.G berasa marah kerana Zul tidak
mengendahkan amarannya. Jumlah wang yang digodam oleh Zul telah menghampiri had RM
1 juta. Mr G berjumpa dengan Zul dan menasihatinya supaya tidak meneruskan perbuatan
tersebut. Zul tidak mendengar nasihat yang diberi malah dia mengajak Mr.G untuk berlawan
dengan menyerangnya. Mr. G pula hanya mengelak serangan Zul. Akhir sekali, Zul telah cuba
untuk menggodam nombor Mr.G. Semasa Zul menggodam nombor Mr.G, had RM 1 juta
sampai. Selepas itu badan Zul mula menghilang bermula dari kakinya terus ke bahagian atas
badannya dan hilang selamanya. Ini menunjukkan bahawa Zul telah meninggal dunia. Mr. G
hanya melihat akan nasib Zul yang sama akan pengguna kuasa yang lain yang tamak dan
berlalu pergi dari situ.
2.3 TREATMENT
MONTAJ INT
Montaj dimulakan dengan logo produksi Millennium Pictures kemudian diikuti dengan
logo Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan logo Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi
Visual.
CUT TO:
BABAK 1 KAMPUNG EXT/PETANG
Visual menunjukkan ZUL sedang berjalan perlahan-lahan di sekitar kampung sambil
tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku seluarnya ketika menikmati pemandangan
di sekitar kampungnya. ZUL berhenti dan duduk berehat di tepi jalan. Visual
menunjukkan ZUL menggosok mukanya dengan kedua belah tangannya.
CUT TO
BABAK 2 PELABUHAN FERI EXT/PAGI
ZUL tiba di pelabuhan feri dan menaiki feri untuk ke Georgetown. Ketika di dalam feri,
kelihatan ZUL menikmati pemandangan laut. Setibanya ZUL di Georgetown, ZUL
mebuka ‘mask’ dan kaca mata hitamnya sambil berjalan menuju ke tempat
penginapannya iaitu bilik sewa.
CUT TO
BABAK 3 BILIK SEWA INT/PETANG
ZUL tiba di bilik sewanya. ZUL memulas tombol pintu biliknya dan berjalan perlahan
menuju ke katil di dalam bilik tersebut. ZUL meletakkan beg galasnya di atas katil lalu
ZUL duduk di bucu katil atas katil tersebut sambil menggosok mukanya. ZUL lalu
merebahkan badannnya di atas katil.
CUT TO
BABAK 4 PERHENTIAN BAS EXT/TENGAH HARI
Visual menunjukkan ZUL berjalan perlahan selepas menghadiri temuduga dan masih
terngiang-ngiang di ingatan ZUL tentang kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya
oleh pengurus syarikat yang menemu duganya tersebut.
ZUL duduk termenung dengan wajah yang kecewa sambil memegang failnya. ZUL
meletakkan kedua belah tangan di mukanya. Tanpa ZUL sedari, dia sebenarnya telah
diperhatikan. Perlahan-lahan ZUL menoleh apabila dia berasa seperti diperhatikan.
Riak wajah wajah ZUL bertukar cemas apabila dia terlihat seorang lelaki sedang
memerhatikannya. ZUL bangun dan beredar dari situ. ZUL berjalan dengan laju
apabila dia berasa seperti dia diekori. ZUL berjalan dengan lebih laju dan tiba-tiba dia
jatuh tergelincir. Lelaki tersebut berjalan mendekati ZUL dan menghulurkan
tangannya. ZUL menyambut tangan lelaki tersebut yang membantunya untuk bangun.
ZUL berjaya berdiri dan mengutip failnya yang jatuh. Lelaki misteri tersebut
memperkenalkan dirinya. ZUL pula memperkenalkan dirinya.
Visual menunjukkan ZUL berasa marah lalu dia melemparkan failnya.
MR.G meletakkan jam tersebut di mata ZUL dan memindahkan kuasanya kepada ZUL
melalui sebuah jam yang diletakkan di mata ZUL dan secara tiba-tiba ZUL rebah tidak
sedarkan diri.
CUT TO
BABAK 5 BILIK TIDUR INT/PAGI
ZUL terjaga dari tidurnya. Dia duduk di atas katil sambil menggosok mukanya dengan
kedua-dua belah tangannya. Zul melihat sekeliling lalu sekali lagi dia menggosok
mukanya, ZUL mendapati terdapat seutas jam tangan di pergelangan tangan kirinya.
Dia kemudiannya cuba untuk menanggalkan jam tangan tersebut tetapi gagal. ZUL
kemudiannya melihat jam di tangannya. ZUL segera bersiap dan keluar berjalan kaki
mencari kerja seperti biasa. Ketika ZUL sedang berjalan kaki, jam di tangan ZUL tiba-
tiba berbunyi. Ketika ZUL ingin memeriksa jam tersebut, ZUL berasa hairan apabila
dia dapat melihat angka pada bahagian atas kepala setiap orang di sekelilingnya. ZUL
tidak mengendahkan apa yang dilihatnya. Dia kemudian berjalan menuju ke sebuah
restoran untuk mengisi perutnya pada pagi itu.
Ketika di warung, makanan yang dipesan ZUL tiba. ZUL kemudian melihat setiap
orang yang ada di dalam warung tersebut dan mendapati terdapat angka di atas
kepala setiap orang di dalam warung itu.
Visual menunjukkan ZUL sedang mengingati sesuatu
FLASHBACK
ZUL terdiam dan kata-kata MR.G bermain-main dalam fikirannya.
CUT TO
BABAK 6 TEMPAT AWAM EXT /TENGAHARI
Visual menunjukkan ZUL duduk di sebuah bangku sambil berfikir bagaimana untuk
dia mendapatkan wang. ZUL memandang sekeliling dan tertumpu ke arah seorang
lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Tiba-tiba jam tangan ZUL berbunyi.
Terdapat beberapa angka di atas kepala lelaki tersebut. ZUL menggosokkan matanya
dan mata ZUL tiba-tiba mengeluarkan cahaya berwarna biru. ZUL teringat bahawa dia
telah diberikan kuasa untuk menggodam akaun sesiapa sahaja lalu dia mengeluarkan
telefon pintarnya dan ZUL menyemak baki akaun banknya melalui telefon pintarnya
dan ZUL mendapati baki wang dalam akaun banknya bertambah.
Visual menunjukkan MR.G telah memerhatikan gerak gerinya dari jauh. ZUL telah
mula menggodam setiap orang yang dilihatnya. Tanpa ZUL sedar, jumlah wang yang
telah digodamnya sudah hampir ke angka satu juta.
CUT TO
BABAK 7 TAMAN REKREASI EXT/TENGAH MALAM
Ketika ZUL sedang berjalan di sekitar taman rekreasi, Jam yang dipakai ZUL telah
mengeluarkan satu bunyi dan jam tersebut mengeluarkan satu hologram yang
menunjukkan satu kawasan yang terdapat sebuah golden number.
CUT TO
BABAK 8 KAWASAN HUTAN EXT /PAGI
Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebatang kayu yang besar. ZUL
berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat lelaki tersebut. ZUL berdiri di belakang
lelaki tersebut lalu ZUL menendangnya. Lelaki tersebut jatuh dan dia segera bangun
sambil membersihkan dirinya daripada tanah yang melekat ditubuhnya akibat jatuh
ditendang oleh ZUL. Lelaki tersebut berjalan menuju ke arah ZUL.
Visual menunjukkan ZUL cuba untuk menumbuk MR.G.
MR.G lalu jatuh dan bangun semula lalu cuba untuk menjatuhkan ZUL dengan
menumbuknya. ZUL jatuh dan cuba bangun. ZUL kemudiannya mengutip sebiji batu
dan melemparkan ke arah MR.G. MR.G berjaya mengelak. ZUL tiba-tiba berasa
seperti ada perubahan pada tubuhnya.
Tubuh ZUL tiba-tiba hilang secara perlahan-lahan. Visual menunjukkan MR.G
mengambil topinya yang jatuh ketika berlawan dengan ZUL dan memakainya
kembali dan berlalu pergi.
CUT TO
THE END
2.4 SKRIP
INDEKS
ARAHAN : MILLENNIUM PICTURES
PENULIS SKRIP : FATIN AMANI BINTI PISOL
PENGARAH : MUHAMMAD RIEZMAN ARIFF BIN MOHD RAZALI
26 JULAI 2019
JULAI, 2019 JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI
© Millennium Pictures PAUH PUTRA, 02600 ARAU, Perlis
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 04-9886200
VISUAL
PAUH PUTRA, 02600 ARAU, Perlis
04-9886200
1 EXT KAMPUNG PETANG 1
ZUL sedang berjalan perlahan-lahan di sekitar kampung sambil menikmati
pemandangan di sekitarnya. ZUL berhenti dan duduk berehat di tepi jalan. ZUL
menggosok mukanya dengan kedua belah tangannya.
ZUL
(monolog)
Nama aku ZUL. Aku merupakan seorang pelajar lepasan IPT tetapi
aku masih belum menerima sebarang tawaran kerja. Segala usaha
aku di IPT seakan sia-sia. Ya Allah permudahkanlah urusan aku
yang ingin mencari rezeki yang halal. Aku harap keputusan aku
ke Pulau Pinang untuk mencari rezeki tidak akan sia-sia.
CUT TO
2 EXT PELABUHAN FERI PAGI 2
ZUL tiba di pelabuhan feri dan menaiki feri untuk ke Georgetown. Ketika di dalam feri,
kelihatan ZUL menikmati pemandangan laut. Setibanya ZUL di Georgetown, ZUL
mebuka ‘mask’ dan kaca mata hitamnya sambil berjalan menuju ke tempat
penginapannya iaitu bilik sewa.
ZUL
Alhamdulillah.. dah sampai pun ke Pulau Pinang.
CUT TO
3 INT BILIK SEWA PETANG 3
ZUL tiba di bilik sewanya. ZUL memulas tombol pintu biliknya dan berjalan perlahan
menuju ke katil di dalam bilik tersebut. ZUL meletakkan beg galasnya di atas katil lalu
ZUL duduk di atas katil tersebut sambil menggosok mukanya. ZUL lalu merebahkan
badannnya di atas katil.
ZUL
Alhamdulillah.. akhirnya aku dah sampai dekat sini.
CUT TO
4 EXT PERHENTIAN BAS TENGAH HARI 4
ZUL berjalan perlahan selepas menghadiri temuduga dan masih terngiang-ngiang di
ingatan ZUL tentang kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya oleh pengurus
syarikat tersebut.
PENGURUS SYARIKAT
V.O
Saya rasa awak tak layak untuk bekerja di syarikat saya. Saya
tak peduli sama ada awak lepasan IPT atau lepasan dari mana-
mana universiti sekalipun. Kalau saya rasa awak tak layak, itu
bermakna awak memang tak layak untuk bekerja di syarikat ni.
Saya rasa awak boleh pergi sekarang.
ZUL duduk termenung dengan wajah yang kecewa sambil memegang failnya. ZUL
meletakkan kedua belah tangan di mukanya. Tanpa ZUL sedari, dia sebenarnya telah
diperhatikan. Perlahan-lahan ZUL menoleh apabila dia berasa seperti diperhatikan.
Riak wajah wajah ZUL bertukar cemas apabila dia terlihat seorang lelaki sedang
memerhatikannya. ZUL bangun dan beredar dari situ. ZUL berjalan dengan laju
apabila dia berasa seperti dia diekori. ZUL berjalan dengan lebih laju dan tiba-tiba dia
jatuh tergelincir. Lelaki tersebut berjalan mendekati ZUL dan menghulurkan
tangannya. ZUL menyambut tangan lelaki tersebut yang membantunya untuk bangun.
ZUL berjaya berdiri dan mengutip failnya yang jatuh. Lelaki misteri tersebut
memperkenalkan dirinya.
LELAKI MISTERI
Awak boleh panggil saya MR.G
ZUL pula memperkenalkan dirinya
ZUL
Saya pula ZUL
MR.G
Saya tahu awak ada masalah kewangan. Saya ingin membantu awak
ZUL
Tolong? Apa yang awak nak tolong? Tak ada siapa pun boleh
tolong saya
ZUL berasa marah lalu dia melemparkan failnya
MR.G
Awak perlu bertenang. Awak ambil jam ni tapi dengan satu
syarat. Awak tak boleh menyalahgunakan kuasa yang akan saya
beri dan awak tak boleh menggodam lebih dari satu juta
ringgit.
MR.G meletakkan jam tersebut di mata ZUL dan memindahkan kuasanya kepada ZUL
melalui sebuah jam yang diletakkan di mata ZUL dan secara tiba-tiba ZUL rebah tidak
sedarkan diri.
5 INT BILIK TIDUR PAGI 5
ZUL terjaga dari tidurnya. Dia duduk di atas katil sambil menggosok mukanya dengan
kedua tangan.
ZUL
Mimpi ke tadi? Apa yang dah terjadi dekat aku?
Ketika dia menggosok mukanya, ZUL mendapati terdapat seutas jam tangan di
pergelangan tangan kirinya.
ZUL
Eh.. jam tangan? Sejak bila aku pakai jam tangan?
Dia kemudiannya cuba untuk menanggalkan jam tangan tersebut tetapi gagal
ZUL
Eh kenapa jam ni tak boleh tanggal?
ZUL kemudiannya melihat jam di tangannya.
ZUL
Alamak! dah lambat
ZUL segera bersiap dan keluar berjalan kaki mencari kerja seperti biasa. Ketika ZUL
sedang berjalan kaki, jam di tangan ZUL tiba-tiba berbunyi.
ZUL
Eh kenapa jam ni berbunyi?
Ketika ZUL ingin memeriksa jam tersebut, ZUL berasa hairan apabila dia dapat
melihat angka pada bahagian atas kepala setiap orang di sekelilingnya.
ZUL
Kenapa ada nombor-nombor atas kepala orang ni?
ZUL tidak mengendahkan apa yang dilihatnya. Dia kemudian berjalan menuju ke
sebuah restoran untuk mengisi perutnya pada pagi itu.
ZUL
Lapar la pulak.. Sarapan dulu lah.
Ketika di warung, makanan yang dipesan ZUL tiba. ZUL kemudian melihat setiap
orang yang ada di dalam warung tersebut dan mendapati terdapat angka di atas
kepala setiap orang di dalam warung itu.
ZUL
Apa yang dah terjadi dengan aku ni? Apa maksud semua ni?
Kenapa aku boleh nampak nombor-nombor di atas kepala orang di
sekeliling aku?
ZUL sedang mengingati sesuatu
ZUL
Apa yang berlaku sekarang ni?
FLASHBACK
ZUL terdiam dan kata-kata MR.G bermain-main dalam fikirannya.
CUT TO
6 EXT TEMPAT AWAM TENGAHARI 6
ZUL duduk di sebuah bangku sambil berfikir bagaimana untuk dia mendapatkan wang.
ZUL memandang sekeliling dan tertumpu ke arah seorang lelaki yang duduk
bertentangan dengannya. Tiba-tiba jam tangan ZUL berbunyi.
ZUL
Ehh kenapa jam ni berbunyi lagi?
Terdapat beberapa angka di atas kepala lelaki tersebut. ZUL menggosokkan matanya
dan mata ZUL tiba-tiba mengeluarkan cahaya berwarna biru.
ZUL
Eh apa yang aku buat tadi?
ZUL teringat bahawa dia telah diberikan kuasa untuk menggodam akaun sesiapa
sahaja lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya dan ZUL menyemak baki akaun
banknya melalui telefon pintarnya. ZUL mendapati baki wang dalam akaun banknya
bertambah.
ZUL
Wahh!! Banyaknya wang dalam akaun aku ini..
Tanpa ZUL sedari, MR.G telah memerhatikan gerak gerinya dari jauh. ZUL telah mula
menggodam setiap orang yang dilihatnya. Tanpa ZUL sedar, jumlah wang yang telah
digodamnya sudah hampir ke angka satu juta.
CUT TO
7 EXT TAMAN REKREASI TENGAH MALAM 7
Ketika ZUL sedang berjalan di sekitar taman rekreasi, Jam yang dipakai ZUL telah
mengeluarkan satu bunyi dan jam tersebut mengeluarkan satu hologram yang
menunjukkan kawasan yang terdapat sebuah golden number.
ZUL
Wow golden number? Eh satu juta ?! kau tunggu aku datang.
8 EXT KAWASAN HUTAN PAGI 8
Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebatang kayu yang besar. ZUL
berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat lelaki tersebut. ZUL berdiri di belakang
lelaki tersebut lalu ZUL menendangnya. Lelaki tersebut jatuh dan dia segera bangun
sambil membersihkan dirinya daripada tanah yang melekat ditubuhnya akibat jatuh
ditendang oleh ZUL. Lelaki tersebut berjalan menuju ke arah ZUL.
MR.G
Kau dah lupa apa yang aku pernah pesan pada kau?
ZUL
Kau siapa nak halang aku? Kau tak tahu apa yang aku dah lalui.
ZUL lalu cuba untuk menumbuk MR.G. MR.G lalu jatuh