ZUL
Hahahha akhirnya aku berjaya menggodam kau
MR.G bangun lalu cuba untuk menjatuhkan ZUL dengan menumbuknya. ZUL jatuh
dan cuba bangun. ZUL kemudiannya mengutip sebiji batu dan melemparkan ke arah
MR.G. MR.G berjaya mengelak
MR.G
Kau dah menggodam melebihi satu juta. Kau akan terima
akibatnya.
ZUL berasa seperti ada perubahan pada tubuhnya
ZUL
Apa yang dah terjadi pada aku?
Tubuh ZUL tiba-tiba hilang secara perlahan-lahan. MR.G mengambil topinya yang
jatuh ketika berlawan dengan ZUL dan memakainya kembali dan berlalu pergi.
MR.G
V.O
Sesungguhnya orang yang tamak itu selalu rugi
CUT TO
THE END
2.5 SKRIP BREAKDOWN
2.6 STORYBOARD
2.7 UJIBAKAT LAKONAN
2.7.1 PENGENALAN KEPADA UJIBAKAT LAKONAN
Ujibakat lakonan ialah proses pra-produksi untuk mencari pelakon, penyanyi, atau
watak sampingan dalam sesebuah drama, teater mahupun filem tertentu. Proses ini juga
biasa digunakan untuk program televisyen, dokumentari, video muzik, permainan atau iklan
televiseyen. Krew yang terlibat dalam sesebuah proses ujibakat lakonan ialah pengarah,
pengurus produksi, penyelia kamera dan usher. Setiap seorang memainkan peranan penting
dalam produksi terbabit.
2.7.2 PROSES SEBELUM UJIBAKAT
Ujibakat lakonan merupakan perkara penting yang perlu diambil kira sebelum
sesebuah penerbitan video atau filem dijalankan. Antara perkara yang terlibat ialah
merekabentuk poster, persediaan alatan penggambaran, pengesahan lokasi ujibakat,
pemilihan kaedah ujibakat yang sesuai dan pemilihan watak yang diperlukan untuk ujibakat.
2.7.2.1 PERSIAPAN REKABENTUK POSTER SERTA PEMILIHAN TARIKH
DAN TEMPAT
Kami telah menamakan produksi ini sebagai Millennium Pictures. Langkah pertama
ialah kami dikehendaki merekabentuk sebuah poster ujibakat lakonan bagi tujuan tersebut.
Melalui perbincangan, tema latar belakang yang dipilih ialah berkonsepkan estetika dengan
menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kami berjaya menghasilkan poster mengikut tema
yang diinginkan.
Minggu berikutnya kami diarah untuk menghantar hasil poster yang kami cipta kepada
pensyarah kursus. Poster yang kami hasilkan memuaskan hati pensyarah.
Beberapa orang ahli kumpulan telah diarahkan oleh ketua kumpulan untuk mencari
lokasi yang sesuai untuk menjalankan ujibakat lakonan. Antara lokasi yang menjadi tumpuan
kami ialah Pusat Sumber PTSS, Bilik Seminar Pusat Islam Luqman Al-Hakim PTSS dan
Inkubator Spa PTSS. Setelah meninjau kesemua tempat berikut, kami bersetuju untuk
menjalankan ujibakat lakonan di Inkubator Spa PTSS. Hal ini demikian kerana, Inkubator Spa
PTSS merupakan Kawasan yang strategic kerana ia terletak berhadapan kafe siswa yang
sering dikunjungi oleh para pelajar PTSS
2.7.2.2 TARIKH UJIBAKAT
Setelah membuat perbincangan antara krew, kami membuat keputusan untuk
menetapkan Tarikh sesi ujibakat sebelum proses penghasilan poster dijalankan. Kami telah
bersetuju untuk mengadakan sesi ujibakat pada :
Tarikh : 31 / 07 / 2019 ( Rabu )
Masa : 8.30 malam sehingga 10.30 malam
Tempat : Inkubator SPA, PTSS
2.7.3 PROSES SEMASA MENJALANKAN UJIBAKAT
2.7.3.1 PERSIAPAN LOKASI UJIBAKAT
Krew produksi kami telah berkumpul di lokasi ujibakat iaitu di Inkubator Spa PTSS.
Pada jam 8.00 malam, krew kami telah melakukan persiapan ujibakat dengan menyusun meja
dan kerusi dalam bilik ujibakat,bagi pengarah dan pelakon yang bakal di ujibakat. Kami juga
menyediakan kerusi di ruang menunggu untuk pelakon yang menunggu giliran. Selain itu,
kami turut menyediakan ruang untuk para ujibakat mengisi borang dan ruang sesi kenal
sebelum uji bakat.
2.7.3.2 PERSIAPAN SET UP ALATAN PENGGAMBARAN
Kami memulakan persiapan dengan menyusun semua alatan penggambaran pada
jam 7.30 petang. Semua krew kami bekerjasama dalam menjalankan tugas seperti
membersihkan tempat ujibakat, menyusun kerusi dan meja, menyusun alatan seperti
kedudukan tripod dan lighting stand. Hal ini demikian kerana, menjadi salah satu aspek
penting juga buat keselesaan peserta. Setelah selesai persiapan, kami terus membuat
persiapan akhir seperti memeriksa bateri kamera agar dapat berfungsi dengan baik. Kami
juga memastikan borang uji bakat disediakan dan mencukupi.
2.7.3.3 KREW FILEM PENDEK ‘INDEKS’
Krew kami melakukan tugasan mengikut skop masing-masing yang telah
ditetapkan. Kami telah mengagihkan tugasan setiap seorang agar proses ujibakat lakonan
akan lebih teratur dan sistematik
NAMA PERANAN
Muhammad Riezman Ariff Bin Mohd Razali Pengarah Casting
Nur Ariena Sofea Bt. Mohamad Aznan Penolong Pengarah Casting
Elangkoven Nair A/L Narayanan Lighting Operator
Fatin Amani Bt. Pisol Usher
Muhammad Irfan Shah Bin Salim Usher
Nur Hidayah Auni Bt. Hanzah Assister Casting
Hariz Irfan Bin Mohammad Noor Sound Operator
Muhammad Aminurrashid Bin Nor Wahid Cameramen 1
2.7.3.4 PENGEDARAN BORANG UJIBAKAT DAN RUANG MENUNGGU
PESERTA
Setelah ruang ujibakat di susun atur, kami memulakan ujibakat lakonan dengan
menyerahkan borang kepada peserta untuk diisi. Selain itu, usher diberi tugas untuk
mengawal keadaan sekitar ruang ujibakat supaya tidak mengganggu peserta yang sedang
diujibakat. Kemudian, peserta diarahkan untuk menunggu di tempat yang telah disediakan. Di
ruang menunggu, kami telah menyediakan tiga buah kerusi di luar bilik seminar agar dapat
memudahkan peserta untuk menunggu giliran sebelum masuk. Kami juga menyediakan dua
kerusi di dalam bilik ujibakat bagi peserta giliran seterusnya.
2.7.3.5 PENGEDARAN SALINAN SKRIP KEPADA PESERTA
Semasa peserta menunggu giliran, dua orang krew kami telah mengedarkan borang
ujibakat untuk diisi. Peserta perlu mengisi butiran peribadi dan menjawab beberapa soalan
yang disediakan. Borang tersebut akan dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kami memilih
peserta yang layak dan meneruskan proses ‘call back’.
2.7.4 PROSES SELEPAS UJIBAKAT
2.7.4.1
LAMPIRAN BORANG UJIBAKAT
& KOMEN PENGARAH
2.7.4.2 ULASAN JUMLAH PESERTA YANG HADIR DAN MASALAH YANG
DIHADAPI.
Tidak dinafikan terdapat pelbagai masalah kecil yang berlaku semasa ujibakat tetapi
dengan adanya kerjasama antara ahli kumpulan, kami dapat mengatasi masalah tersebut.
Antara masalah yang dihadapi adalah :
i. Suasana menjadi bising
Kehadiran peserta yang ramai membuatkan keadaan di dalam incubator menjadi riuh
apabila mereka berbual sesame sendiri sehingga menghilangkan focus kami terhadap
peserta yang sedang diujibakat.
ii. Kehabisan bateri kamera
Disebabkan kehabisan bateri kamera, cameramen terpaksa berhenti beberapa minit
untuk menukar kamera yang lain.
iii. Mencari pelakon
Krew kami mengalami kesukaran mencari pelakon sepanjang sesi ujibakat dijalankan
kerana mereka malu untuk berlakon di khalayak ramai.
LAMPIRAN
BAB
3
3.1 TUGAS-TUGAS KREW PRODUKSI
3.1.1 PENGARAH
NAMA : MUHAMMAD RIEZMAN ARIFF BIN MOHD RAZALI
NO MATRIK : 18DDV17F1042
JAWATAN : PENGARAH
KELAS : DDV5B
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM
PENGENALAN
Khursus DVV6024 VIDEO MEDIA PROJECT adalah seliaan Puan Rohayu Binti
Zulkapli untuk tugasan akhir khursus ini. Pelajar DDV5A dan DDV5B telah bergabung kelas
dan dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Kumpulan tersebut telah diundi untuk menghasilkan
projek dari segi filem pendek, dokumentari, dan koparat. Pembikinan semua tugasan akhir ini
melibatkan semua pelajar semester 5 sesi Jun 2019 untuk kedua-dua kelas bagi yang
mendaftar khursus Diploma Pengajian Video dan Filem.