3.6 REKABENTUK PRODUKSI
Dalam membentuk sebuah produksi, beberapa aspek perlu diambil kira seperti
logo produksi, poster, rekabentuk baju produksi dan lain-lain yang akan digunakan
oleh sebuah studio perfileman dan syarikat produksi untuk melambangkan produksi
atau studio mereka. Logo ini menjadi identiti sesebuah produksi untuk penonton dan
masyarakat umum mengenali mereka.
LOGO PRDUCTION
Logo Millenium Pictures telah direkabentuk dengan konsep futurisistik. Oleh sebab itu,
kami telah menggunakan unsur neon dalam logo tersebut.
Logo filem pendek INDKES
Berikut adalah rekabentuk logo INDEKS. Logo ini telah direkabentuk mengikut jalan
cerita filem pendek Indeks. Font yang kami menggunakan untuk merekabentuk logo
ini ialah Blade X. Kami telah menggunakan dua warna dalam logo ini iaitu biru dan
merah. Biru melambangkan kebaikan dan melambangkan perbuatan jahat.
POSTER
BAJU PRODUCTION
REKABENTUK STICKER INDEKS
BAB
4
PASCA PRODUKSI
4.1 PENGENALAN
Dalam penghasilan filem pendek “INDEKS” ini, kami telah menggunakan
aplikasi Adobe Premier Pro, Adobe After Effect dan Adobe Audition sebagai pusat
penyuntingan video ataupun audio.
Adobe Premier Pro menjadi aplikasi asas bagi menyunting video-video yang
telah dirakam bagi penyuntingan offline. Aplikasi ini mudah untuk digunakan dan
dipelajari ramai serta cara penggunaanya juga turut diajar di laman sesawang seperti
Google dan Youtube. Penggunaan Adobe Premier Pro ini adalah untuk merangkai
video, gambar dan audio.
Selain daripada penggunaan Adobe Premier Pro, kami juga menggunakan
Adobe After Effect sebagai platform bagi menyunting kesan khas. Filem pendek kami
dikenali sebagai futuristic ini kerana menggunakan effect hacking yang juga
merupakan plot utama penceritaan kami. Aplikasi Adobe After Effect merupakan
aplikasi yang agak sukar untuk digunakan pada permulaan tetapi ia menjadi kekuatan
penyuntingan filem pendek kami setelah mahir digunakan. Dengan bantuan laman
Youtube kami mampu mempelajari platform ini dengan mudah. Kami menggunakan
platfrom Adobe After Effect ini bagi menyunting kesan khas yang dikenali sebagai
tracking.
Adobe Audition adalah salah satu aplikasi untuk mengolah atau menyunting
audio rakaman suara mengikut kehendak seseorang penyunting. Adobe Audition tidak
semudah yang disangka tetapi dengan bantuan sumber yang dipelajari daripada
Youtube membantu proses penyuntingan audio filem pendek berjalan lancar.
Adobe After Effect CS6 dan CC
Adobe Audition CS6
TERIMA KASIH PUAN ROHAYU SUDI ATAS KENANGAN
MILLENNIUM PICTURES
RUMUSAN
Bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnian dan hidayah-Nya kerana
kami iaitu Millennium Pictures telah berjaya menamatkan kursus DVV6042 Video
Media Projek. Subjek ini telah mengajar kami cara-cara untuk menguruskan sesuatu
produksi dengan baik dan teratur.
Di samping itu, melalui tugasan projek ini, iaitu filem pendek “INDEKS” kami
juga mendapat pengalaman baru dari setiap ahli kumpulan dan juga pensyarah-
pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi tunjuk
ajar terhadap kumpulan kami.
Malah subjek ini juga memberi kami pengalaman dan pengajaran demi
membantu kami menceburi bidang perfileman di masa akan datang. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kami iaitu Puan Rohayu Binti
Zulkapli atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami.
Akhir kata, kami ingin mengunjur rasa syukur dan berasa bangga kerana dapat
menyiapkan kerja ini tepat pada masanya.
PENUTUP
Semoga projek akhir ini dapat memberikan pendedahan serta pengetahuan
dan pengalaman terutamanya dalam bidang pembikinan filem pendek. Pendedahan
sedemikian amat diperlukan untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar dengan
pengendalian perlatan teknikal, pengurusan kertas kerja dan penyuntingan yang
sistematik. Di samping itu jaga dapat melahirkan bakat-bakat dalam bidang yang
berkenaan dan seterusnya pengalaman yang dapat digunakan di alam pekerjaan
kelak.
Secara ringkasnya kami Millennium Pictures amat berpuas hati dalam
pembikinan filem pendek ini kerana dengan hasil dan usaha dari kami sekumpulan
yang telah bekerjasama antara satu sama lain kerana di dalam tugasan, kerjasama
antara kumpulan amat penting. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada penyelia kami, Puan Rohayu Binti Zulkapli kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada kami, memberi idea-idea yang sangat bernas serta nasihat yang sangat
berguna kepada kami semua.
Kami juga berharap agar filem pendek ini dapat dijadikan contoh kepada
pelajar-pelajar semester akan datang yang juga akan menjalankan penggambaran
filem pendek semasa projek akhir mereka. Selain itu, kami juga berharap bahawa
filem pendek yang dihasilkan ini, akan menjadi bahan rujukan kepada semua dan
semoga kami akan terus maju dalam mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang
yang akan kami ceburi ini.
RUJUKAN
PUAN ROHAYU BINTI ZULKAPLI
PENYELIA KURSUS,
Diploma Pengajian Video dan Filem,
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau,Perlis,
013 – 428 7978.
ENCIK NAZIRUL AIMAN BIN MD HASSAN
PENYELARAS KURSUS DVV6024 VIDEO MEDIA PROJEK,
Diploma Pengajian Video dan Filem,
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau,Perlis,
011 – 2093 6693