The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan pengajaran & abbm site preparation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afif Adlan, 2023-07-28 05:35:39

9.2.Lampiran

Bahan pengajaran & abbm site preparation

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 1 SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2021 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM KOD/KURSUS WTP 1012 INTRODUCTION OF SITE PREPARATION REQUIREMENT KOMPETENSI 01. IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION KOMPETENSI UNIT 1. Land / site preparation 2. Land / site preparation tools, equipment and materials 3. Pegging and setting out work 4. Hoarding installation KOMPETENSI PEMBELAJARAN Trainee must be able to: • Identify land / site preparation requirement • Prepare land / site preparation tools, equipment and materials • Carry out pegging and setting out work • Carry out hoarding installation NO KOD WTP 1012/K01/NK (01/04) MUKA : 01 DARIPADA 23 NO KOD JPK BC-030-3:2013-C01 NAMA PELAJAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 2 drp : 23 TAJUK : MENGENALPASTI KEPERLUAN PERSEDIAAN TAPAK / TANAH 1.0 DOKUMEN KONTRAK Dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian diantara pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu projek. Dalam perlaksanaan projek-projek di bawah kendalian pihak agensi kerajaan, penyediaan dokumen kontrak hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh milik tapak. Kesan daripada kegagalan penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan menyebabkan pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya. Dokumen kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender. Dokumen kontrak mengandungi borang-borang, tender, lukisan-lukisan dan dokumen yang sama seperti Dokumen Meja Tender.Walaubagaimanapun kesediaan Dokumen Kontrak untuk ditandatangani bergantung pada bila kontraktor mengembalikan Surat Setuju Terima Tender, mengemukakan Bon Pelaksanaan dan polisi- polisi insurans yang tertentu. Tindakan menyediakan dokumen di atas lazimnya dimulakan dari awal lagi bagi memastikan dokumen kontrak sedia untuk ditandatangani secepat mungkin setelah Surat Setuju Terima Tender dikeluarkan. Dokumen kontrak ini akan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa untuk bertindak sebagai wakil kerajaan oleh Menteri Kerja Raya berdasarkan Akta Kontrak Kerajaan. Pegawai yang diberi kuasa akan menandatangani Dokumen Kontrak mewakili kerajaan dan begitu juga sebaliknya kepada wakil Kontraktor. 2.0 KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK. Kontrak berasaskan Senarai Kuantiti: 1. Arahan Kepada Petender 2. Borang Tender 3. Surat Setuju terima Tender (JKR 203D –Pin 9/2010) 4. Borang Kontrak Piawai [P.W.D.FORM 203A(Rev 2007)] 5. Addenda Kepada Syarat-syarat kontrak 6. Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak 7. Spesifikasi Piawai 8. Spesifikasi Addenda 9. Pengukuran , Perincian dan Faktor Menghargakan Senarai Kuantiti Measurement, Amplification and Pricing Factor-MAPF) 10. Senarai Kuantiti/Ringkasan


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 3 drp : 23 11. Jadual Kadar Harga Harian 12. Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak 13. Lukisan- Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan Kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi: 1. Arahan Kepada Petender 2. Borang Tender (JKR 203 C-Pin.8/2008) 3. Surat Setujuterima Tender (JKR 203D –Pin 9/2010) 4. Borang Kontrak Piawai [P.W.D.FORM 203A(Rev 2007)] 5. Addenda Kepada Syarat-syarat kontrak 6. Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak 7. Spesifikasi Piawai 8. Spesifikasi Addenda 9. Jadual Kadar Harga 10. Jadual Kadar Harga Harian 11. Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak 12. Lukisan- Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan 3.0 SENARAI KUANTITI Senarai kuantiti adalah dokumen yang terkandung dalam Dokumen Tender, yang mengandungi huraian serta kuantiti butir-butir kerja yang terlibat dalam pembinaan sesebuah projek. Senarai kuantiti membolehkan kontraktor menghargakan setiap butiran kerja yang terlibat untuk mendapatkan jumlah harga tawaran. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti mestilah menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender yang dikeluarkan kepada pretender dan juga menjadi sebahagian daripada Dokumen Meja Tender. Senarai kunatiti adalah asas untuk mendapatkan Harga Kontrak. Pendahuluan Kepada Senarai Kuantiti (Preambles to Bill of Quantities) hendaklah digunakan bagi tender berasaskan senarai kuantiti. Syarat-syarat kontrak juga menghendaki Senarai Kuantiti disediakan mengikut kaedah yang terkandung dalam Malaysian Standard Method of Measurement of Building Works Second Edition (SMM 2) yang diterbitkan oleh Institut Juruukur (Malaysia) dan kerja-kerja kejuruteraan awam mengikut kaedah yang terkandung dalam Civil Engineerin Method Of Measurement (CESMM) yang diterbitkan oleh Institut Jurutera Awam (London). Sekiranya terdapat penyimpangan daripada kaedah mengukur piawaian ini atau di mana kaedah mengukur lain digunakan, ianya hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam Senarai Kuantiti.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 4 drp : 23 Senarai kuantiti mestilah disediakan oleh seorang yang terlatih dan berkelayakan. Ini adalah sangat penting kerana sebarang kesamaran, percanggahan atau kesilapan dalam Senarai Kuantiti akan membawa kepada permasalahan pentadbiran kontrak dan boleh menimbulkan pertikaian antara kontraktor dan Kerajaan. 4.0 DOKUMEN PERSEDIAAN TAPAK. Jenis pemilikan tanah adalah seperti berikut: 1. Jenis-jenis Geran 2. Status tanah. 3. Kaveat. 4.1 Jenis-jenis Geran Terdapat dua jenis Geran Tanah atau Hak Milik Tanah iaitu Hak Milik Tetap (HT) dan Hak Milik Sementara (HS) HAK MILIK TETAP HAK MILIK SEMENTARA (HS) i. Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar ii. Hak Milik Tetap Pejabat Tanah Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar - Geran Negeri iaitu Tanah yang diberi milik selama-lamanya - Geran Pajakan Negeri iaitu Tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu Hak Milik Tetap Pejabat Tanah - Geran Mukim iaitu Tanah yang diberi milik selama-lamanya - Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu - Tidak boleh dipecah sempadan - Tidak boleh dipecah bahagi - Tidak boleh disatukan tanah - Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika jalanraya terletak di atas tanah Hak Milik Sementara (HS) *melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan berkenaan dengannya telah diluluskan. Hak Milik Sementara ialah kita membolehkan tanah diberi milik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 5 drp : 23 - Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. - Geran Pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekata. Hak Milik Sementara membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan. Hak Milik Sementara bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran dan akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri. Hak Milik Sementara bersamaan dengan Pejabat Tanah dan akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim. 4.2 Status tanah. i. Pegangan milikanbebas (freehold/kekal) Merupakan tanah dimana pemilik tanah pegangan bebas miliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambil balik tanah oleh kerajaan). Sebagai contoh, jika dokumen hak milik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No.Hak milik seperti Geran 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No.Hak milik adalah seperti Geran mukim 1234. ii. Pajakan (leasehold) Merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan Negeri / Pejabat tanah adalah 99 tahun. iii. Hak milik sementara Merupakan tanah yang masih belum memiliki status muktamad sama ada ia merupakan tanah pegangan milikan bebas atau pajakan.Dokumen hak milik muktamad akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.Untuk hak milik yang belum muktamad, no. pengenalan hak milik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)11234 atau H.S.(M)1234.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 6 drp : 23 iv. Tanah lesen pendudukan sementara (tanah lot) Ia merupakan tanah lesen pendudukan sementara kerana tempoh sahnya singkat dan tidak boleh di serah hak.Tanah jenis ini tidak boleh digunakan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan kerana tidak memiliki geran. 4.3 Kaveat. Kaveat adalah sekatan atau pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sesebuah hartanah. Tidak kira samada melibatkan urusan lelong, pembelian hartanah "sub sale" atau hartanah baru. Apabila kaveat didaftarkan atas sesebuah hartanah menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat. Kaveat juga mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya. Terdapat empat jenis kaveat yang dinyatakan di dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965 (Bab 19, Bahagian 1). i. Kaveat Pendaftar. Kaveat jenis ini yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut Seksyen 320, antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari urus niaga yang tidak wajar dan penipuan. ii. Kaveat Persendirian. Sekatan atasan hartanah yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah tersebut. Menurut Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan "sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka." iii. Lien Kaveat. Kaveat cagaran atau pegangan atas satu dokumen hakmilik. Kebiasaan kaveat jenis ini didaftarkan oleh Bank atau syarikat pinjaman untuk menjaga kepentingan mereka setelah sesebuah hartanah dicagarkan atau disandarkan kepada mereka. Perkara ini disebut dalam Seksyen 330 dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 7 drp : 23 iv. Kaveat Amanah. Didalam Seksyen 332 pula menyatakan tentang kaveat amanah ini. Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut. Apabila kita terlibat dalam satu urusniaga samada jualbeli, sewa atau pajakan sesebuah hartanah, kaveat ini adalah sesuatu yang amat penting untuk diperhatikan. Kita boleh melihat bukti kaveat pada dokumen hakmilik. Dengan itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan carian geran terbaru di Pejabat Tanah untuk melihat status samada hartanah itu mempunyai kaveat atau tidak. Ini kerana banyak kes berlaku apabila pembeli hartanah telah membuat bayaran pendahuluan tanpa melihat status terbaru, tetapi pertukaran hakmilik tidak dapat dilakukan kerana terdapat sekatan atau kaveat atas hartanah tersebut. Ada kemungkinan duit pendahuluan anda akan hilang amat besar. Tempoh sekatan atau kaveat persendirian adalah selama 6 tahun, ia akan secara automatik akan terbatal selepas tempoh itu. Namun semua kaveat yang didaftarkan boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh pengkaviet dengan hanya membuat pembatalan di Pejabat Tanah. Kaveat juga boleh dibatalkan dengan perintah mahkamah. 5.0 TUJUAN PERSEDIAAN TAPAK. Penyiasatan tapak merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerokaan kawasan/tapak, bagi menguji bahan-bahan yang ditemui ( di tapak atau dibawa ke makmal) dan menganalisis keputusan dan data-data yang dikumpul serta membuat penilaian tentang tapak bina yang dicadangkan.Ia merupakan satu penyiasatan yang terperinci dan menyeluruh yang diperlukan pada peringkat awal dalam kerja rekabentuk dan kerja pembinaan untuk projekprojek kejuruteraan awam. Penyiasatan tapak kebiasaannya bergantung kepada saiz dan jenis struktur dalam sesuatu projek. Malah dalam keadaan tertentu kerja-kerja kejuruteraan awam yang kecil pun memerlukan penyiasatan tapak.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 8 drp : 23 Di antara objektif penyiasatan tapak ialah seperti berikut : i. Menilai kesesuaian tapak untuk kerja-kerja atau projek yang dicadangkan. ii. Membolehkan rekabentuk yang ekonomi dan memuaskan disediakan. iii. Meramal dan menyediakan langkah-langkah yang berkesan terhadap masalah-masalah yang mungkin timbul dalam masa pembinaan . iv. Menyelidik dan membuat laporan tentang keselamatan struktur-struktur yang sedia ada atau tentang sesuatu kegagalan yang telah berlaku. v. Menentukan alternative yang paling sesuai di dalam pemilihan tapak bina bagi projek yang akan dilaksanakan. vi. Menilai perubahan yang mungkin berlaku secara semulajadi atau terjadi akibat daripada kerja-kerja pembinaan yang dijalankan 6.0 SUMBER PERSEDIAAN TAPAK / TANAH. 1. Jentera 2. Tenaga kerja 3. Bahan 4. Kewangan 7.0 ASAS BANGUNAN Asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan. Tiap-tiap bangunan bemula daripada asasnya. Oleh sebab itu asas menentukan kejayaan atau kegagalan pembinaan bangunan tersebsut. Asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian paling bawah terletak diatas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur bangunan dibawah tanah termasuk penapak dan cerucuk jika cerucuk digunakan. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban diatasnya. 7.1 Fungsi Asas i. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggng oleh tapak tanah yang lebih luas. ii. Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan. iii. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan. iv. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya ini sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 9 drp : 23 7.2 Faktor yang mempengaruhi reka bentuk dan saiz asas i. Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggungnya. ii. Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggungnya. iii. Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan. 7.3 Jenis Asas Ada beberapa jenis asas yang lazim digunakan. i. Asas Hampar ii. Asas Jalur iii. Asas Pad (Alas Tiang) iv. Asas Bertangga v. Asas Rakit vi. Asas Cerucuk. ➢ Asas Hampar i. Asas hampar digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. ii. Sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan. iii. Pada dasarnya asas ini dibina sekurang-kurang 600mm dibawah aras tanah (bagi jenis tanah liat) dengan lebarnya 3 kali tebal tembok (Rajah 1) atau 2 kali tebal tembok + 300 mm untuk tembok yang mempunyai penapak atau unjuran (Rajah 2). iv. Manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok atau ditentukan (Rajah3) Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 10 drp : 23 ➢ Asas Jalur Asas jalur digunakan untuk menyokong dua tiang dimana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunann lain yang sedia ada. Rajah: Asas Jalur Terdapat empat jenis asas jalur yang digunakan dalam pembinaan. a. Asas Jalur Biasa - Asas ini digunakan bagi satu atau dua tiingkat bangunan kediaman dengan adanya tanah yang baik Dan kukuh serta tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir. Asas ini ditempatkan pada garisan tengah dinding Dan dibina dengan konkri tyang mempunyai nisbah bancuhan 1:3:6 Rajah: Keratan asas jalur biasa


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 11 drp : 23 b. Asas jalur lebar - Asas ini digunakan bagi tanah yang rendah keupayaan tanggung beban seperti tanah liat, tanah lembah dan tanah tambun yang menyebabkan pemendapan kerap kali berlaku. Rajah: Keratan rentas Jalur Lebar Rajah: Keratan asas jalur alang ‘T’ c. Asas Jalur alang ‘T’ – Asas ini pula digunakan untuk mengelak daripada terjadiinya keretakan kepaa asas tersebut kerana tekanan beban yang tinggi Dan tanah yang mempunyai kurang daya tanggung beban. d. Asas Jalur dalam – Sesuai digunakan pada tanah yang berkelodak Dan tanah liat yang mana tanah ini akan mengecut mengikut perubahan masa. Namun asas jenis ini adalah kuat Dan teguh dengan penjimatan penggunaan batu-bata serta mengurangkan pengorekan lubang yang lebar yang akan melibatkan pembuangan tanah Dan tambahan tanah yang minimum. Rajah: Asas Jalur Dalam


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 12 drp : 23 ➢ Asas Pad Dipkenali juga asas alas tiang atau asas tumpu. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Di dalam tiang konkrit perlu ada tetulang dan tiang bata pula diadakan unjuran untuk memastikan kestabilan. Asas ini terletak diantara lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucok jika tanahnya jenis tanah gambut. Kebiasanya mempunyai kedalaman di antara 0.5m hingga 2.5 m dan mempunyai bentuk segi empat sama atau bujur. Rajah: Keratan Asas Pad ➢ Asas Bertangga - Asas ini dibuat berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam di samping mengawqal kos pembinaan bangunan. Pembinannya perlu mematuhi beberapa peraturan yang berikut: a. Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 13 drp : 23 b. Naiknya hendaklah seragam Dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter. c. Cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas ini dari tergelincir. Rajah: Asas Bertangga ➢ Asas Rakit – Sesuai digunakan pada tanah yang mempuyai daya tanggung beban yang rendah seperti tanah lombong. Dibina pada keseluruhan kawasan bangunan yang mana perbezaan pemendapan Dan keretakan dapaat dielakkan pada sesuatu bahagian kawasan tersebut. Bagi tujuan kekuatan ia dibina dengan kebelan konkrit sehingga 300mm Dan ketebalanya digandakan pada bahagian yang mempunyai dinding tanggung baban. Rajah: pandangan dan keratan asas rakit


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 14 drp : 23 8.0 CERUCUK Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Salah satu daripada caranya ialah menggunakan cerucuk. Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya asas alas tiang atau asas rakit. Penggunaan cerucuk akan dapat mengurangkan kos dan juga sesuai digunakan apabila beban bangunan tidak seragam. 8.1 KLASIFIKASI CERUCUK Cerucuk dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan cara cerucuk memindahkan beban kepada bumi dan cara ianya dibina. Kumpulan bagi cara pemindahan beban ialah: Cerucuk Tanggung (Bearing Pile) Salah satunya dikenali sebagai Cerucuk Tanggung Hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oleh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu (lapisan stratum) yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus dari asas ke atas tanah atau batu (stratum) yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok dan bahan yang digunakan. 2.2.1 Cerocok Geseran (Friction Pile) 2.3


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 15 drp : 23 Dikenali sebagai Cerucuk Geseran Kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditanggung oleh daya gesean diantara tanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai keduadua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbezabeza. 8.2 JENIS-JENIS CERUCUK DAN SPESIFIKASI Bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut: • Kayu – kayu bakau atau kayu lain yang terawet • Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang) tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya) • Rencam (composite) – Biasanya kayu atau keluli (bahagian bawah cerucuk) dan Konkrit (bahagian atas cerucuk) • Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 16 drp : 23 Berdasarkan kepada bahan yang dinyatakan , jenis- jenis cerucuk dan spesifikasinya disenaraikan seperti berikut : 1. Cerucuk Kayu Terdiri dari kayu bakau dan kayu berubat ( Tanalised Timber Pile ). Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. a) Cerucuk Bakau Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm .Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima. Mempunyai sifat-sifat yang sesuai digunakan sebagai cerucuk geseran pada tempat yang sentiasa lembab seperti paya.Ia tidak sesuai untuk tanah yang kering. b) Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timber Pile ) Saiz 5” x 5”, 6” x 6”. terdiri dari jenis kempas dan keruing yang telah diawet dan merupakan diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk . Foto: Cerucuk kayu bakau 2. Cerucuk Konkrit a) Cerucuk konkrit Bertetulang Pratuang - ( Precast R.C. Pile ) Cerucuk Pra Tuang ini dibina dikilang atau diruang tegasan konkrit di tapak bina. Cerucuk dibina dalam bentuk persegi,tiga segi,bulat dan octagon.Ia dibina dengan mengambil kira penyambungan bagi memperolehi panjang diperlukan dilakukan dengan mudah. Cerucuk yang siap dibawa ke lokasi penanamannya dengan lori . Terbahagi kepada 2 cara binanya iaitu (a) Konkrit bertetulang dengan bar keluli Lembut dan (b) Konkrit Prestressed.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 17 drp : 23 b) Cerucuk Konkrit bertetulang Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 250 x 250 hingga 450 x 450 mm dengan panjang sehingga 18,000m. c) Cerucuk konkrit tegas dahulu/Prategasan (Prestressed) Cerucuk konkrit prategasan dibina mengikut standard MS 1314 BS8110 dan BS 8004 dengan saiz 125mm x 125mm dan 150mm x 150mm , panjang 20m dan disambung menggunakan plat keluli yang dipasang pada hujung cerucuk.Dengan binaan konkrit berkualiti tinggi ia Mampu menahan Tegasan tegangan yang berlaku semasa pemanduan cerucuk dan kerosakan dapat dikurang. Agak rumit untuk memotong cerucuk konkrit prategasan selepas pemasangan. Oleh itu cerucuk ini lebih sesuai untuk penggunaan dimana panjang cerucuk boleh diramal dan konstan. Sifatnya yang tidak telap berbanding cerucuk konkrit tetulang. Proses pembuatannya yang khusus seperti pemampatan dengan menggunakan kaedah spinning atau pengawitan autoclave boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit berkekuatan tinggi. d) Cerucuk Konkrit Tuang Kemudian/ di Tempat ( Cast In-situ Pile ) Beberapa jenis cerucuk jenis ini adalah Frankipile, Vibro,& simplex concrete pile. Cerucuk tuang ditempat ditanam dengan 2 cara iaitu i. Memandu masuk dengan Kaedah Hentakan penukul (Driven in situ) ii. Mengorek tanah . Kaedah (i) adalah sesuai untuk projek berskala sederhana dan besar dimana perubahan panjang cerucuk sering diperlukan . Lebih ekonomi dengan pembinaan cerucuk bersaiz 300 -600mm dengan panjang 18,000m. Pembinaannya memerlukan Heavy Piling Rig dan tapak bina terbuka yang boleh menerima kebisingan tanpa batas. Kaedah (ii) melibatkan pengorekkan tanah . Ia sering digunakan dalam pembinaan cerucuk korek ( Bored pile) dan cerucuk Mikro. Foto: Cerucuk konkrit bertetulang Piling Rig


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 18 drp : 23 i. Cerucuk Gerek/ cerucuk Korek (Bored Piles) Untuk bangunan kecil yang didirikan di atas tanah liat yang mengecut iaitu kebiasaannya terdapat pokok atau pokok yang ditebang yang mana terdapat perubahan isipadu tanah sehingga beberapa dalam ,maka adalah lebih ekonomi menggunakan system ini sebagai asas. Cerucuk korek pendek dibina dengan ii. Cerucuk keluli H Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm. menuang konkrit ke dalam lubang yang digali agak cetek samada dengan tangan menggunakan auger atau mesin. Sistem ini mengandungi beberapa siri cerucuk pendek yang menyokong rasuk bumi konkrit bertetulang . Jarak antara cerucuk brgantung kepada beban dan pelan bangunan. Rajah: Bentuk Cerucuk Keluli


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 19 drp : 23 9.0 KERJA CERUCUK DI TAPAK BINA • Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerjakerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. • Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan. • Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerjakerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. • Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti. • Cara pembinaan dan penanaman cerucuk juga membezakan kumpulan cerucuk. Kalau kumpulan cerucuk tanggung dan cerucuk geseran ditentukan berdasarkan cara pemindahan beban, pembinaan cerucuk dengan cara membentuk terlebih dahulu/ pratuang dan memandu masuk ke dalam tanah dikelaskan sebagai Cerucuk Anjakan (Displacement Pile ) Contohnya cerucuk konkrit bertetulang (Reinforcement Concrete pile). Cara tanah dikorek dan diganti dengan menempatkan cerucuk dipanggil cerucuk Gantian (Replacement Pile) atau Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored & Micro Pile Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapak bina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama 10.0 PENANAMAN CERUCUK Kerja penanaman cerucuk merupakan proses dimana cerucuk dimasukkan ke dalam tanah tanpa membuat penggalian. Penanaman dilakukan dengan 2 cara 1) Menggunakan cara Hentakan Penukul i.Tukul Jatuh/Drop hammer • Tukul diangkat dan jatuhkan oleh winch • Tukul dihubungkan dengan tali menggunakan cangkuk • Apabila tukul diangkat sehingga kepada ketinggian tertentu, ia akan dilepaskan untuk melakukan hentakan. ii.Tukul Tindakan tunggal/Single Acting Hammer • Tukul diangkat dan dijatuhkan menggunakan wap • Jatuhan tukul kepada kepala cerucuk melalui tekanan gravity.


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 20 drp : 23 iii.Tukul dua tindakan/ Double Acting Hammer • Seperti juga Tukul Tindakan tunggal bezanya angkat dan jatuhan tukul dilakukan menggunakan enjin wap iv.Tukulan Disel/ Diesel Hammer • Angkat dan jatuhan tukul dilakukan menggunakan enjin disel 11.0 MELAKUKAN KERJA –KERJA CERUCUK Proses melibatkan langkah-langkah berikut; ➢ Menanda Poin-Poin Cerucuk ➢ Mendirikan Kerangka Cerucuk/Set up the piling rings frame ➢ Himpun dan susun cerucuk di tapak bina ➢ Melakukan kerja Penanaman Cerucuk - Penanaman Cerucuk Konkrit Pratuang Bertetulang - Kaedah Hentakan ➢ Mengerat cerucuk Kaedah Hentakan a. Tukul jatuh/ Drop hammer b. Tukul tindakan tunggal/ Single acting hammer c. Tukulan Disel/Diesel Hammer d. Tukul dua tindakan/Double acting hammer 12.0 MENGERAT CERUCUK Pemotongan cerucuk adalah proses mengerat dan menyingkirkan cerucuk konkrit terlebih yang telah ditanam dilokasi tapak bina. Melalui kaedah penggunaan mesin, yang dapat memegang kedudukan cerucuk dengan kemas bagi membenarkan sebarang sudut incision disamping memudahkan penyingkiran bahagian yang tidak diperlukan dengan selamat. Biasanya Cerucuk terhentak dimasukkan ke dalam tanah dengan menggunakan cerucuk. Pada masa hentakan dijalankan, cerucuk dan tukul cerucuk perlu diletakkan pada tempatnya dengan bantuan jib kren, kerangka cerucuk atau alat pandu. Tukul cerucuk dapat diperolehi dalam beberapa jenis seperti:


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 21 drp : 23 • Cerucuk perlu dipotong pada jarak spesifik.panjang yang dipotong perlu mencukupi bagi membolehkan penyingkiran semua bahan yang musnah.Shell keluli atau sarung konkrit untuk cerucuk konkrit tung ditempat/ in situ perlu dipotong pada jarak menegak spesifik sebelum diisi dengan konkrit. • Cerucuk konkrit Pratuang dan sarung konkrit perlu dikerat dalam kaedah yang boleh menghindari kerosakan kepada bahagian cerucuk yang lain atau sarung atau kepada tetulang yang terunjur yang diperlukan bagi menyambung cerucuk kepada struktur . Kaedah Keratan Alat-alat mengerat: Hand-held Cut-off Saw Powered Cut-Off Saws Jackhammer heavy pneumatic i. Kaedah Automatik -Hydraulic pile breaking Kaedah ini melibatkan penggunaan perkakasan hidraulik dipanggil beavers yang memecahkan cerucuk pada arah melintang bersudut tepat dengan paksi cerucuk. Melalui kaedah ini Cerucuk di mampat dengan dua rahang hidraulik yang memberi mampatan seragam pada empat sisi cerucuk. Daya menegak selari dengan paksi memanjang cerucuk dikenakan bagi melengkapkan proses keratin. • Cerucuk kayu yang kepalanya perlu ditutup dengan cap perlu dipotong dengaan tepat supaya galasan yang tepat diperolehi dan tidak memerlukan pelapik/shims Foto: Cerucuk yang sudah ditanam sebelum dikerat


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 22 drp : 23 Pile Beaver


NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 23 drp : 23 Rujukan: 1. Teknologi Binaan Bangunan, Tan Boon Tong.2000 2. Construction Specification 13—Piling efotg.nrcs.usda.gov/references/public/AL/713.doc 3. Cutting Concrete www.nortonconsumer.com/concrete-cutting.aspx 4. Construction Specification 13—Piling efotg.nrcs.usda.gov/references/public/AL/713.doc 5. Cutting Concrete www.nortonconsumer.com/concrete-cutting.aspx 6. h‑pile‑hammer‑taets.gif engtips.net


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 2 SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2021 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM KOD/KURSUS WTP 1012 INTRODUCTION OF SITE PREPARATION KOMPETENSI 01. IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION KOMPETENSI UNIT 1. Land / site preparation 2. Land / site preparation tools, equipment and materials 3. Pegging and setting out work 4. Hoarding installation KOMPETENSI PEMBELAJARAN Trainee must be able to: • Identify land / site preparation • Prepare land / site preparation tools, equipment and materials • Carry out pegging and setting out work • Carry out hoarding installation NO KOD WTP 1012/K02/NK (02/04) MUKA : 01 DARIPADA 14 NO KOD JPK BC-030-3:2013-C01


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 2 drp : 15 TAJUK : PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN DALAM PERSEDIAAN TAPAK Persediaan tapak dilakukan dengan membersihkan kawasan pembinaan daripada tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan jentolak atau jentera-jentera lain yang sesuai. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan lapisan tanah atas yang kebiasaannya lembut dan tidak diperlukan di dalam pembinaan. Ia juga melibatkan proses menebang pokok dan menugal tunggul kayu. Sekiranya suatu tapak pembinaan tidak melakukan pembersihan tapak ia amat menyukarkan ketika kerja pembinaan. 1.0 METHOD STATEMENT (PERNYATAAN KAEDAH KERJA) 1.1 DEFINISI Merupakan pernyataan tatacara atau kaedah kerja pembinaan yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh pihak kontraktor bagi sesuatu aktiviti pembinaan atau pemasangan produk yang berkaitan. (Sumber JKR) 1.2 Tujuan Method statement amat penting untuk sesuatu projek pembinaan bangunan komersial yang menghuraikan penjelasan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor sesuatu projek pembinaan. Method statement menjadi panduan kepada pihak yang terlibat dalam projek pembinaan kerana ringkasan maklumat projek pembinaan ada di situ. 1.3 Ciri-ciri Method Statement • Merupakan gambarajah turutan kerja • Menerangkan jentera yang diperlukan • Bilangan pekerja yang diperlukan dan tahap produktiviti mereka dalam bidang berkenaan. • Bahan binaan yang diperlukan serta kuantitinya yang boleh didapati dari ‘taking off list’ • Dengan adanya Method Statement, satu perancangan kerja yang baik dapat dihasilkan. • Idea dapat didokumenkan sebagai panduan menjalankan kerja. • Keperluan beserta cara terbaik melaksanakan kerja dapat dikenalpasti • Kuantiti bahan binaan yang diperlukan berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan. Disinilah pengiraan secara terperinci untuk setiap elemen bahan binaan dibuat untuk mendapatkan kuantitinya secara tepat untuk digunakan dalam perancangan kelak.


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 3 drp : 15 1.4 Maklumat untuk penyediaan Penyata Kaedah Kerja • Peringkat operasi atau kerja • Kuantiti kerja • Kaedah pembinaan • Turutan operasi • Ringkasan jentera dan buruh • Hasil / produktiviti • Tempoh Rajah 1 : Contoh maklumat yang diperlukan untuk penyediaan Method Statement.


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 4 drp : 15 2.0 JENIS DAN FUNGSI PERALATAN 2.1 PENERANGAN Terdapat dua kaedah persediaan tapak yang selalu digunakan iaitu samada menggunakan alatan tangan atau jentera. Alatan tangan selalunya digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak manakala jentera pula digunakan untuk kerja-kerja menggali tanah. 2.2 ALATAN TANGAN a) Penyodok (Shovel) Fungsi : penyodok adalah satu alat untuk menggali seperti tanah, pasir dan batu-batu kecil. Penyodok digunakan secara meluas dalam bidang pembinaan. Rajah 2 : Penyodok b) Cangkul (Hoe) Fungsi : Cangkul digunakan untuk menggali, membersihkan tanah dari rumput ataupun untuk meratakan tanah. Rajah 3 : Cangkul


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 5 drp : 15 c) Penukul (hammer) Fungsi : digunakan untuk menukul dan mencabut paku bagi pembinaan papan adang, papan tanda dan sebagainya. Rajah 4 : Penukul d) Gergaji tangan Fungsi : digunakan untuk memotong kayu secara kerat dan belah. Saiz gergaji ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25mm.Kebiasaannya panjang bilah adalah antara 55 hingga 70mm. Rajah 5 : Gergaji Tangan e) Kereta sorong (wheel barrow) Fungsi : digunakan untuk mengangkat bahan dalan kuantiti yang banyak. Contohnya mengangkut pasir yang digali. Rajah 6 : Kereta Sorong 2.3 MESIN MUDAH ALIH a) Gerudi tangan (hand drill) Fungsi : digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru. Memudahkan kerja –kerja membuat lubang pada kayu, besi dan sebagainya. Rajah 6: Gerudi tangan


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 6 drp : 15 b) Mesin gergaji jig (jig saw) Fungsi : digunakan untuk memotong lengkung, bulat dan lurus pada papan lapis, mdf dan papan. Memotong bahan seperti kayu, logam lembut dan perspek. Rajah 7 : Mesin Gergaji Jig c) Mesin gergaji berantai Fungsi : digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti terutamanya bagi tujuan pembalakan, pencantasan pokok serta pembersihan hutan. Merupakan gergaji mekanikal mudah alih yang digerakkan dengan menggunakan tenaga elektrik, udara mampat, hidraulik atau yang paling lazim enjin 2 lejang. Rajah 8 : Mesin Gergaji Berantai 3.0 JENIS DAN FUNGSI JENTERA Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu perkembangan dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping perancangan penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan terperinci boleh menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan jentera adalah lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan penggunaan jentera yang berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan melalui syarikat yang memberi sewa peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau satu


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 7 drp : 15 jangkamasa yang dipersetujui. Untuk merancang keberkesanan penggunaan jentera beberapa faktor hendaklah diambilkira seperti berikut:- a) Jenis Jentera Kerja dan Tapak Binaan Kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan perlu dipertimbangkan dalam pemilihan peralatan jentera yang sesuai dengan keadaan tapak. Keadaan tapak yang sempit di dalam kawasan bandaraya yang sesak memungkinkan penggunaan konkrit siap bancuh dihantar ke tapak binaan dengan lori penggaul konkrit. Tapak yang berair dan berlumpur memerlukan jentera beroda rantai 2 daripada penggunaan jentera beroda tayar getah. Keadaan bangunan seperti kedudukan dan saiz akan mempengaruhi pemilihan jenis kren untuk memunggah dan menempatkan bahan – bahan binaan. Peralatan jentera juga perlu di tempatkan pada kedudukan yang sesuai supaya tidak menghalang laluan kerja dalam proses binaan. b) Jenis Jentera Kerja dan Pengendalian Jentera Pengetahuan mengenai kaedah operasi dan pengendalian peralatan jentera juga menyumbang kepada keupayaan pengeluaran (output) yang optima serta meningkatkan produktiviti hasil daripada gabungan pekerja dan peralatan tersebut. Keseimbangan di antara bilangan pekerja dan kesesuaian peralatan jentera perlu diperhatikan bagi menghasilkan mutu kerja yang baik. Langkah – langkah keselamatan dan tatacara pemeriksaan kepada semua peralatan jentera perlu dijalankan pada jangka masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 3.1 JENTERA PENGGALI (EXCAVATOR) Jentera yang digunakan untuk kerja – kerja penggalian meliputi kerja penolakan tanah (dozer) dan penggalian tanah dengan jengkaut (excavator): a) Jentolak (Bulldozer) Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Disebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, meno Terdapat pelbagai jenis peparang seperti peparang lurus, peparang S dan peparang U. Jentolak ini


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 8 drp : 15 boleh digunakan untuk membersihkan tanah, menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas, memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru. Rajah 9 : Jentolak b) Jengkaut (Excavator) Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit. Jengkaut didapati dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak belakang (back hoe) jengkaut seret (dragline) dan jengkaut serbaguna. Back hoe diperlengkapkan dengan timba bergigi berukuran 0.13mᵌ hingga 1.6 mᵌ, berjoran hidraulik sesuai digunakan di ruang yang sempit, tanah lembut dan mendaki bukit. Jengkaut beroda rantai perlu diangkut dengan trailer semasa dipindahkan dari satu tapak ke tapak binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil daripada jengkaut bajak belakang dan sangat popular untuk kerja – kerja binaan yang kecil dan sederhana. Rajah 10 : Jengkaut 3.2 JENTERA PENGANGKUT Bahan – bahan seperti tanah, konkrit, simen, bata, kayu papan dan sebagainya diangkut dan dipindahkan dari dalam dan luar tapak binaan menggunakan jentera seperti lori, trak, pembuang penghantar (conveyor)


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 9 drp : 15 a) Lori dan Trak Merupakan jentera pengangkut yang paling banyak digunakan dalam industri binaan dengan keupayaan muatan yang berbeza kerja yang dikendalikan. b) Dumper Tipper Jentera pengangkut dan pembuang dengan keupayaan mengikut ukuran timba (bucket), dikuasai oleh enjin diesel dan bergerak dalam berbagai keadaan tanah serta memerlukan seorang pemandu. c) Conveyor Meliputi sistem pengangkutan berantai roda yang berterusan, dikuasai oleh motor elektrik, berkeupayaan mengangkut bahan seperti tanah, batu dengan kuantiti yang banyak dan banyak beroperasi secara berterusan. 3.3 JENTERA PEMADAT Compactor atau biasa disebut dengan pemadat Alat Compactor digunakan untuk memadatkan tanah atau material sedemikian hingga tercapai tingkat kepadatan yang diinginkan. Jenis rodanya biasanya terbuat dari besi seluruhnya atau ditambahkan pemberat berupa air atau pasir, boleh dibuat dari karet (berupa roda ban) dengan bentuk kaki kambing (sheep foot). Ada juga yang ditarik dengan alat penarik seperti bulldozer, atau boleh menggunakan mesin penarik sendiri, yang berukuran kecil boleh menggunakan tangan dengan mengendalikannya ke arah yang akan dipadatkan. Untuk pemadatan pengaspalan biasanya menggunakan road roller, tire roller atau drum roller, akan tetapi untuk pemadatan tanah biasanya menggunakan sheep foot roller atau drum roller. Pada dasarnya tipe dan jenis compactor adalah sebagai berikut : 1. Smooth steel rollers (penggilas besi dengan permukaan halus) yang terdiri dari three wheel rollers (penggilas roda tiga) dan tandem rollers (penggilas tandem) 2. Pneumatic tired rollers (penggilas roda ban angin) 3. Sheep foot type rollers (penggilas kaki kambing) 4. Vibratory rollers (penggilas getar).


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 10 drp : 15 5. Vibratory plate compactor (alat pemadat getaran) 6. Mesh grid rollers (penggilas dengan roda anyaman) Jenis-jenis compactor diatas mempunyai spesifikasi tersendiri untuk dipakai dalam usaha pemadatan bagi berbagai jenis tanah, atau dengan memperhatikan berbagai faktor misalnya : Untuk tanah plastis dan cohosive, maka alat pemadat sheep foot roller adalah paling sesuai, sebab alat ini memadatkan dari lapisan bahagian bawah akibat “kaki kambing” yang terdapat padanya. Demikian juga penggunaan pneumatic roller yang cukup berat sangat efektif untuk digunakan, pasir dan / atau kerikil berpasir. Vibrating roller dan pneumatic tired roller dering digunakan untuk tanah jenis ini. Pasir bercampur lempung atau tanah liat, compactor yang sesuai untuk jenis tanah ini antara lain segmented rollers. Rajah 11 : Mesin pemadat 4.0 JENIS DAN FUNGSI BAHAN 4.1 PAGAR ADANGAN (HOARDING) 4.1.1 DEFINASI Papan sendeng atau Hoarding boleh dijelaskan sebagai pagar sementara yang memagari sempadan tapak binaan. Ia berupa pagar panel yang didirikan dengan sokongan sendiri atau disandarkan pada struktur sokongan atau peranca. 4.1.2 TUJUAN PAPAN SENDENG i. Memagar keseluruhan sempadan tapak bina ii. Menghalang orang awam atau pihak-pihak tidak berkenaan dari memasuki kawasan kerja binaan


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 11 drp : 15 iii. Menghalang individu atau kumpulan yang tidak terlatih dalam amalan keselamatan dan tidak memakai peralatan keselamatan dari memasuki kawasan berkenaan. iv. Sebagai satu kaedah keselamatan kepada struktur dan bahan-bahan binaan(kecurian) v. Mewujudkan halangan bagi membatasi risiko semasa kerja –kerja perobohan,penggalian tapak dan kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. vi. Mewujudkan signal secara visual , mengingati pekerja atau pihak lain yang kerja pembinaan sedang berjlalan. 4.1.3 JENIS PAPAN SENDENG Terdapat dua jenis papan sendeng i. Papan Sendeng Pugak • Siri papan panel yang dirapatkan dan dikat kemas untuk menahan beban angin dan impak beban yang tidak dijangka • Dibina secara berdiri bebas atau disokong oleh tembok luar bangunan sedia ada. ii. Papan Sendeng Kipas/Fan Hoarding • Melindungi pekerja dan orang awam dari objek jatuh • Dibina pada aras melepasi ketinggian normal lalulintas • Rekabentuknya yang condong ke dalam kawasan tapak memastikan objek yang jatuh dihala ke belakang Rajah 12 : Lukisan Keratan Pembinaan Papan Sendeng


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 12 drp : 15 4.1.4 JENIS-JENIS BAHAN-BAHAN PAPAN SENDENG i. Kayu Padu /Papan Gantian Bahan Kayu terdiri samada dari kayu padu atau papan panel gantian yang terdiri daripada plywood atau papan serpih . Ia dibina mengunakan kerangka kayu dengan dirembat. Papan atau panel plywood dipaku pada rel bersaiz 75 x 38 dengan disokong oleh 100mm x 100 tiang kayu. Ia mampu menahan tekanan menjadikannya pilihan yang popular apabila keselamatan menjadi keutamaan. Kelebihan papan sendeng kayu • mampu bertahan lama dan boleh diguna untuk projek jangka panjang seperti projek perumahan. • Menghasilkan pagar yang kedap udara Rajah 13 : Papan Kayu ii. Keluli Keluli mewakili papan sendeng paling teguh dan menjadi pilihan bagi diguna ditapak binaan. Panel bermodul ini boleh diguna dalam pelbagai situasi berbeza. Panel keluli bergalvani biasanya mengenakan kos yang lebih berbanding papan sendeng kayu. Ia menyediakan tapak bina dengan pilihan pagar yang ringan yang boleh dipasang dengan mudah oleh kumpulan pekerja yang kecil Kasut Konkrit Kayu plywood


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 13 drp : 15 Rajah 14 : Panel Keluli Bergalvani iii. Plastik Bahan yang teguh dan tahan lasak. Boleh dibina sebagai dinding sementara dan tidak banyak penyenggaraan diperlukan. Ringan dan mudah diangkut dan ditempatkan di lokasi tertentu.Terdiri daripada jenis-jenis bahan plastik seperti plastik ecosheet, dan kepingan plastik bergelugur (correx sheet) Correx sheet 5.0 OUTSOURCING AND INHOUSE PENGENALAN Outsourcing dan inhouse adalah langkah strategik yang digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada organisasi bebas atau syarikat lain dari luar dengan membeli barang atau servis untuk melaksanakan kerja tersebut. Syarikat pembinaan sentiasa mengupah kontraktor khas untuk kerja-kerja tertentu bagi menurangkan bebanan kerja mereka. Syarikat-syarikat pembinaan akan mensubkontrak kerja – kerja khas kepada syarikat lain untuk mendapatkan akses sumber yang melebihi jangkauan mereka sama ada dari segi kemahiran, buruh, teknologi, produk atau bahan. Gambarajah menunjukkan Papan Sendeng yang dibina daripada ecosheet iaitu bahan plastic yang dikitar semula correx sheet


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 14 drp : 15 Subkontraktor luar ini boleh menjadi: • Pembekal; Menyediakan produk dan bahan seperti simen, pasir, bata dan lainlain. • Subkon buruh; Menyediakan perkhidmatan buruh seperti melepa,melukis, memasang jubin dan sebagainya. • Subkon buruh dan bahan : menyediakan perkhidmatan lengkap ( buruh dan bahan) seperti pemasangan paip, elektrik dan sebagainya 5.1 Outsourcing (sumber luar) • Kerja mengikat bata: iaitu kerja-kerja memasang, mengekalkan dan membaiki kerja masonri seperti bata, blok konkrit, batu batu kapur, jubin kuari, jubin seramik, terazo dan batu granit. • Kerja konkrit : iaitu kerja menuang konkrit, membaiki seperti kerja menuang, kemasan, dan pembaikan kerja konkrit di dalam atau luar kawasan. • Tukang kayu : melakukan semua kerja pertukangan seperti pamasangan pintu, dinding panel, lantai kayu, dan siling. Kerja-kerja ini selalu dilakukan di pejabat, bilik darjah dan makmal termasuk kerja-kerja pemasangan perabot. • Buruh binaan : membekalkan servis sokongan untuk kerja kemahiran seperti tukang paip, juruelektrik, tukang kayu, kemasan simen dan kerja bata. • Juruelektrik ; servis pembinaan seperti melakukan kerja pemasangan dan membaiki semula peralatan dan kelengkapan elektrik. • Tukang besi : membekalkan dan membaiki kerja logam dan struktur. Ia juga melibatkan kerja yang berat dan kerja-kerja kimpalan. • Operator jentera : melakukan kerja pengendalian jentera berat seperi kren, jentolak, jengkaut dan sebagainya. • Tukang cat : tukang cat melakukan servis mengecat seperti dinding luar dan dalam, pintu dan tingkap. • Tukang paip : melakukan kerja pemasangan dan membaiki sistem perpaipan seperti paip air , stim dan gas. 5.2 Inhouse (sumber dalaman) • Bahan : seperti bata,batu, kayu, besi, pasir, simen, kapur dan sebagainya. Bahan-bahan ini perlu disimpan dan disusun di tempat yang sesuai.


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 15 drp : 15 • Peralatan : mesin penggaul konkrit, mesin pembengkok besi, mesin pemadat konkrit dan sebagainya. • Pekerja : organisasi di tapak bina yang melakukan dan memantau kerja di tapak. RUJUKAN: http://apps.polikk.edu.my/~awam/files/jentera.pdf


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 3 SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2021 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM KOD/KURSUS WTP 1012 INTRODUCTION OF SITE PREPARATION KOMPETENSI 03. KERJA MEMANCANG DAN MEMANCANG TANDA KOMPETENSI UNIT 1. Identify land/site preparation requirement 2. Prepare land/site preparation tools, equipment and materials 3. Carry out pegging and setting out work 4. Carry out hoarding installation KOMPETENSI PEMBELAJARAN Trainee must be able to: • Identify land/site preparation requirement • Prepare land/site preparation tools, equipment and materials • Carry out pegging and setting out work • Carry out hoarding installation NO KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) EDISI 2/MEI 2017 MUKA : 01 DARIPADA 19 NO KOD JPK BC-030-3-:2013-C03


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 2 drp : 19 PENERANGAN 1.0 PENGENALAN Pemacangan pacang –pacang kayu dan merancang tanda merupakan sebahagian dari kerja penentuan untuk memastikan posisi bangunan yang akan dibina berada dalam persempadanan tapak yang ditetapkan. Ia juga akan melibatkan kerja – kerja survey dengan peralatan khusus yang akan dibincangkan. 2.0 KERJA-KERJA SURVEY KAWASAN TAPAK Kerja survey merupakan proses mengukur dalam menentukan ketepatan posisi, ketepatan aras tapak supaya kerja-kerja penambakan dan pemarasan tanah, penempatan struktur dapat dilakukan dengan tepat dalam sempadan yang betul. 2.1 Persempadanan Setiap bidang tanah atau hartatanah samada berdaftar atau tidak tetap mempunyai persempadanan yang yang ditentukan.Terdapat dua cara persempadanan yang diamalkan iaitu Sempadan Sah/ Legal Boundary dan Physical Boundary Sempadan Sah adalah garisan yang tidak dapat dilihat dilokasi tetapi kawasannya telah dibahagi dalam bentuk lot-lot secara sah mengikut prosedur dan tercatat diatas gran tanah. Sempadan fizikal adalah garisan yang dapat dilihat memagari kawasan atau lot tanah menggunakan pagar atau tembok. Sempadan fizikal tidak semestinya memagari sempadan sepertimana tercatat pada Sempadan Sah. Contoh sempadan fizikal


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 3 drp : 19 2.1.1 MENGENALPASTI DAN PENENTUAN SEMPADAN Sempadan hendaklah dikenalpasti sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan bagi menentukan garisan sempadan sebenar. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil • Langkah pertama dalam mengenalpasti sempadan tapak adalah memeriksa maklumat ruangan tajuk dan maklumat hartanah bagi memastikan posisi sempadan. • Bagaimanapun garisan yang membentuk persempadanan yang tercatat pada pelan berdaftar hanya mempamerkan sempadan secara umum. Ia tidak dapat mengenalpasti posisi sempadan tanah yang sebenar secara tepat. • Ia perlu melalui proses mengukur /survey bagi menentukan batu lot dan memastikan sempadannya tepat mengikut pelan tapak Kerja-kerja pengukuran ini dilakukan berpandukan kepada 3 elemen iaitu bearing, Jarak dan Kordinat . . Bearing, Jarak dan Kordinat Terdapat satu kawalan yg perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal . Ia adalah kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan kordinat X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui ( PA ). Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah tersebut . Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yg dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan apa yg dinamakan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga kordinat Pelan Akui bermakna pelan berkaitan tanah yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan, termasuklah Pelan Akui Strata dan Pelan Akui Stratum (PERATURAN UKUR KADASTER 2009). Pelan ini mengandungi maklumat seperti lokasi,nombor lot,keluasan lot,bearing dan jarak sempadan. Pelan Akui merupakan produk akhir ukuran kadaster yang menggambarkan kedudukan sebenar persempadanan di atas tanah (secara relatif) mengikut format, media dan skala yang ditetapkan oleh Jabatan bagi tujuan penyediaan hakmilik kekal atau kegunaan lain.


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 4 drp : 19 Pelan ini boleh didapati di pejabat jualan plan Jabatan Ukur dan Pemetaan atau JUPEM. a. Bearing Bearing sesuatu garisan adalah sudut mendatar antara satu arah yang merupakan meridian bagi garisan tersebut. Secara amnya ianya adalah bearing bulatan penuh 360° mengikut arah jam. Terbahagi kepada empat sukuan iaitu Utara, Timur, Selatan dan Barat bagi memudahkan tuju arah sesuatu titik. Di bawah ini disertakan perincian definasi utara sebagai asas kepada arah /bearing yang digunapakai dalam kerja ukur Utara


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 5 drp : 19 Utara adalah arah rujukan di dalam kebanyakan kerja-kerja pengukuran. Terdapat tiga (3) jenis utara : Utara Benar- Arah ke kutub utara bumi. Utara Magnet- Arah utara yang ditunjukan oleh jarum magnet. Kesan tarikan tempatan perlu diambilkira. Utara Grid- Garisan selari di dalam peta yang menggambarkan arah utara. b. Kordinat Adalah satu cara untuk menentukan atau menempatkan sesuatu titik dalam sesuatu grafik. Kaedah penentuan titik-titik tersebut dilakukan mengikut jenis kordinat iaitu kordinat Cartesius dan kordinat Kutub • kordinat Cartesius diguna untuk menentukan setiap titik dalam bidang dengan dengan menggunakan 2 bilangan yang yang disebut kordinat x dan kordinat Y kordinat Cartesius kordinat Kutub • Kordinat Kutub Sistem koordinat kutub dalam suatu bidang terdiri dari satu titik tetap O yang disebut titik asal atau titik kutub dan sebuah garis berarah yang bermula dari titik asal tersebut, yang disebut dengan sumbu kutub. Dalam koordinat kutub, setiap titik P dinyatakan dalam pasangan (r, θ), di mana r adalah jarak titik P ke titik asal, dan θ adalah sudut dari sumbu kutub ke garis OP.


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 6 drp : 19 c. Jarak Jarak adalah garisan mendatar dari satu titik ke satu titik . Pengukuran jarak langsung dapat dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti pita ukur. Pengukuran dengan alat-alat ini biasanya digunakan untuk mengukur kawasan yang tidak begitu luas. Bagi Kawasan yang lebih luas, pengukuran jaraknya perlu menggunakan peralatan seperti theodolith dan waterpass. 2.2 MENGARAS Tapak bangunan perlu diaraskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang hendak dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan. Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat aras dan stafnya melalui kerja ukur aras. 2.2.1 KEGUNAAN UKUR ARAS Antara kegunaan ukur aras adalah :- a) Mendapatkan beza tinggi antara dua titik. b) Mendirikan Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (Temporary Bench Mark) untuk sesuatu projek pembinaan. c) Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya. d) Menghasilkan peta kontor bagi sesuatu kawasan pembinaan e) Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out) f) Menanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air.


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 7 drp : 19 Pemindahan aras dari datum ke bangunan boleh dibuat dengan menggunakan alat aras atau menggunakan hos air . Standard Bench Mark (SBM) Standard Bench Mark (SBM) adalah monumen yang dibina secara stabil agar sebarang gangguan yang berkemungkinan berlaku dapat diminimumkan. Tanda aras tersebut ditempatkan di sepanjang jalan raya pada sela 40 kilometer. Bench Mark (BM) Bench Mark (BM) dibina di antara tanda-tanda aras piawai dengan sela setengah (0.5) kilometer bagi kawasan bandar dan satu (1) kilometer bagi lain-lain kawasan. Bentuk tanda aras merupakan plat dan bolt yang dilekatkan pada monumen konkrit di atas permukaan tanah.


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 8 drp : 19 Temporary Bench Mark (TBM) Batu aras sementara adalah titik-titik tetap tetapi bersifat kurang kekal dan dibentuk berdekatan kepada tapak ukur. 3.0 JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY i) Kompas Kompas merupakan alat navigasi penunjuk arah sesuai dengan magnetik bumi secara akurat. Kegunaan Kompas geologi memiliki banyak kegunaan, diantaranya digunakan untuk mengukur kedudukan suatu unsur struktur geologi, mengukur strike/dip dari kemiringan lapisan batuan, dan tentunya sebagai penunjuk arah. ii) Theodolite Tiodolit adalah suatu alat piawai yang digunakan bagi membuat Pengukuran sudut ufuk dan sudut memugak di antara titik-titik cerapan. Kemampuan tiodolit untuk membuat pengukuran sudut ufuk dan memugak dengan ketepatan yang tinggi menjadikannya bukan sahaja digunakan untuk kerja-kerja pengukuran objek di atas permukaan bumi, malah untuk tujuan cerapan bintang, matahari, penentuan anak bulan dan lain-lain lagi. Theodolite


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 9 drp : 19 Secara umum tiodolit boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan cara bacaan sudut dibuat iaitu :- a. Tiodolit Vernier b. Tiodolit Optik c. Tiodolit Elektronik iii) Setaf Staf aras ialah alat untuk memberi bacaan dalam kerja mengukur jarak menegak di atas atau di bawah garis kolimatan Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambung-sambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial Gambaran setaf dilihat melalui teleskop alat aras Bacaan pada staf adalah 1.422m


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 10 drp : 19 iv) Kakitiga Alat Aras/Tripod Digunakan untuk memegang alat aras dalam tempoh kerja ukur . Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras. Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala bagi alat aras automatik,permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan. v) Alat aras Dompot (Dumpey Level) Terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat aras dompot ini, dua perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu :- i) Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan ii) Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak plat


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 11 drp : 19 vi) Prisma Prisma tunggal digunakan bagi merancang sudut tepat dan garisan serenjang. Alat ini dipasang diatas tripod bagi membolehkan penglihatan dibuat pada sudut tepat apabila melhat melaluinya vii) Range Pole ialah rod yang bergarispusat 30mm, panjangnya antara 4m-6m ( 2m - 3m dipanggil ranging rod) , dicat merah dan putih atau hitam dan putih berselang seli dibuat daripada gentian kaca,kayu atau keluli. Ia digunakan untuk melihat dan menanda titik pada garisan ukur yang sangat panjang. viii) Pita Pengukur/ Meter Laser Pita Ukur Pita ukur terdiri dari pita invar, pita keluli, pita linen, atau pita sintetik. Panjang setiap satu biasanya adalah 20m, 30m, 50m atau 100m. Ia digunakan untuk mendapatkan jarak di antara stesen-stesen, garisan ofset dan mengukur dimensi butiran. Selain menggunakan pita ukur, ukuran juga boleh diambil menggunakan meter Laser. Ia mengukur jarak menggunakan laser beam dimana jarak ditentukan sehingga ke objek


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 12 drp : 19 4.0 PEMANCANGAN DAN RANCANG TANDA Kerja-kerja memancang dan merancang tanda perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan bagi memastikan kerja-kerja menepati lokasi yang ditentukan dalam plan. 4.1 Kaedah Memancang Kerja –kerja Merancang tanda melibatkan pemacangan pacang-pacang kayu untuk menentukan kedudukan struktur di atas tanah sebelum bermulanya pembinaan Ini bermakna memacang merupakan sebahagian dari kerja merancang tanda dimana pacang –pacang ditanam bagi tujuan menanda keempat-empat penjuru bangunan. 4.2 Merancang Tanda The International Organisation for Standardisation (ISO) mendefinasikan Merancang Tanda atau Setting Out sebagai Penandaan garisan bangunan yang menjajarkan posisi dan aras elemen bagi kerja pembinaan supaya kedudukan bahagian-bahagian bangunan dapat dibina dengan rujukan penandaan yang diperolehi


Click to View FlipBook Version