The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan pengajaran & abbm site preparation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afif Adlan, 2023-07-28 05:35:39

9.2.Lampiran

Bahan pengajaran & abbm site preparation

BEARING Utara Benar- Arah ke kutub utara bumi. Utara Magnet- Arah utara yang ditunjukan oleh jarum magnet. Kesan tarikan tempatan perlu diambilkira. Utara Grid- Garisan selari di dalam peta yang menggambarkan arah utara. Utara adalah arah rujukan di dalam kebanyakan kerja-kerja pengukuran. Terdapat tiga (3) jenis utara :


Jarak adalah garisan mendatar dari satu titik ke satu titik. Pengukuran jarak langsung dapat dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti pita ukur. Pengukuran dengan alat-alat ini biasanya digunakan untuk mengukur kawasan yang tidak begitu luas. Bagi kawasan yang lebih luas, pengukuran jaraknya perlu menggunakan peralatan seperti theodolith dan waterpass. JARAK


KORDINAT Kordinat Cartesius Kordinat Kutub Adalah satu cara untuk menentukan atau menempatkan sesuatu titik dalam sesuatu grafik. Kaedah penentuan titik-titik tersebut dilakukan mengikut jenis kordinat iaitu


KORDINAT CARTESIUS Kordinat Cartesius diguna untuk menentukan setiap titik dalam bidang dengan dengan menggunakan 2 bilangan yang yang disebut kordinat x dan kordinat Y


KORDINAT KUTUB Sistem koordinat kutub dalam suatu bidang terdiri dari satu titik tetap O yang disebut titik asal atau titik kutub dan sebuah garis berarah yang bermula dari titik asal tersebut, yang disebut dengan sumbu kutub. Dalam koordinat kutub, setiap titik P dinyatakan dalam pasangan (r, θ), di mana r adalah jarak titik P ke titik asal, dan θ adalah sudut dari sumbu kutub ke garis OP.


MENGARAS Tapak bangunan perlu dilaraskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang hendak dipotong atau ditambah dan juga menentukan pandangan daratan. Pengarasan biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat aras dan stafnya melalui kerja ukur aras


Mendapatkan beza tinggi antara dua tititk KEGUNAAN UKUR ARAS Antara kegunaan aras adalah untuk: Mendirikan Batu Aras dan Batu Aras Sementara untuk sesuatu projek pembinaan Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya. Menghasilkan peta kontor bagi sesuatu kawasan pembinaan Menanda kecerunan tanah untuk kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out)


WTP 1012 SITE PREPARATION K4 : MEMASANG PAGAR ADANG


PENDAHULUAN 1. Membolehkan pelajar untuk membina pagar adang dengan menepati speksifikasi yang ditetapkan 2. Pagar adang adalah merupakan pagar sementara yang dibina ditapak pembinaan 3. Pembinaan mengelilingi Kawasan pembinaan 4. Bertujuan untuk melindungi orang awam


TUJUAN 1. Memagar keseluruhan sempadan tapak bina 2. Menghalang orang awam atau pihak-pihak berkenaan tidak memasuki kawasan kerja binaan 3. Menghalang individu atau kumpulan tidak terlatih dala amalan keselamatan dan tidak memakai peralatan keselamatan dari memasuki Kawasan berkenaan. 4. Sebagai satu kaedah keselamatan kepada struktur dan bahan-bahan binaan 5. Mewujudkan halangan bagi membatasi risiko semasa kerja penceroboan, penggalian tapak dan kerja pembinaan sedang berjalan 6. Mewujudkan signal secara visual


● Tidak boleh dimulakan sehingga pagar adang didirikan ● Dibina sepenuhnya Kawasan tapak bina ● Permukaan pagar adang rata ● Dicadangkan ketinggian pagar adang 2.4m dan sekurang-kurangnya 3m bagi jaminan keselamatan terbaik ● Dibina mengikut speksifikasi ● Pemaju diberi pilihan untuk menghiasi pagar ● Semua bahan binaan disimpan dalam kawasan pagar GARIS PANDUAN PEMBINAAN PAGAR ADANG


● Struktur jentera pembinaan haruslah ditempatkan di dalam lingkungan pagar adang ● Pagar adang hendaklah tidak menghalang pili bmba dan alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada. ● Kain kancas atau plastic hendaklah direntang sekiranya pagar adang dibuka sementara ● Dibina mengikut keperluan reka bentuk ● Bagi bangunan yang mempunyai ruang lega antara garisan banguna dan lot sempadan sama atau lebih daripada ketinggian bangunan, ia hanya memerlukan pagar adang sahaja ● Pagar adang dan penutup laluan hendaklah dibina bagi bangunan dengan ketinggian melebihi jarak lega ● Pagar adang dan penutup laluan hendaklah dibina sepanjang sempadan tapak bersebelahan dengan laluan masuk awam ● Pagar adang hendaklah direka dengan tidak menggangu garisan pandangan penunggang motsikal,pejalan kaki dan lalu lintas ● Mempunyai papan tanda amaran yang diperlukan ● Bagi kombinasi pagar adang dan penutup laluan, tinggi lega minimum adalam 2m dan lebar penutup laluan pagar adang adalah 1.5m .


Pagar adang kipas JENIS PAGAR ADANG • Siri papan panel yang dirapatkan dan diikat kemas untuk menahan beban angin dan impak beban yang tidak dijangka • Dibina secara berdiri bebas atau disokong oleh tembok luar bangunan sedia ada Pagar adang pugak Melindungi pekerja dan orang awam dari objek jatuh Dibina pada aras melepasi ketinggian normal lalulintas Rekabentuknya yang condong ke dalam Kawasan tapak memastikan objek yang jatuh dihala kebelakang


Kompas merupakan alat navigasi penunjuk arah sesuai dengan magnetik bumi secara akurat. Kompas geologi memiliki banyak kegunaan, diantaranya digunakan untuk mengukur kedudukan suatu unsur struktur geologi, mengukur strike/dip dari kemiringan lapisan batuan, dan tentunya sebagai penunjuk arah.


Terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat aras dompot ini, dua perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu :- i) Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan ii)Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak plat


Tiub Gelembung Teleskop Gelembung Udara Skru Pemfokus Skru Gerak Perlahan Ufuk Kanta Mata Skru Tripod


Membuat pengukuran sudut ufuk dan sudut memugak di antara titik-titik cerapan Kemampuan teodolit untuk membuat pengukuran sudut ufuk dan memugak dengan ketepatan yang tinggi menjadikannya bukan sahaja digunakan untuk kerja-kerja pengukuran objek di atas permukaan bumi, malah untuk tujuan cerapan bintang, matahari, penentuan anak bulan dan lain-lain lagi. Secara umum teodolit boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan Cara bacaan sudut dibuat iaitu :- A. Teodolit vernier B. Teodolit optik C. Teodolit olit elektronik


Staf aras ialah alat untuk memberi bacaan dalam kerja mengukur jarak menegak di atas atau di bawah garis kolimatan Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambungsambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial


Digunakan untuk memegang alat aras dalam tempoh kerja ukur . Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata Manakala bagi alat aras automatik,permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan.


Click to View FlipBook Version