The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan pengajaran & abbm site preparation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afif Adlan, 2023-07-28 05:35:39

9.2.Lampiran

Bahan pengajaran & abbm site preparation

NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 13 drp : 19 4.3 Kaedah Rancang Tanda Tapak Pada peringkat ini kaedah merancang tanda dibahagi kepada dua iaitu: i) Kaedah survey - menggunakan theodolite dan dumpy level ii) Kaedah Garisan tengah- Menggunakan pacang, pacang ukur tapak dan sesiku keluli bangunan i) Kaedah survey • Kaedah survey digunakan bagi merancang tanda posisi tepat struktur dalam sempadan sah mengikut undang-undang. Ia amat penting dan berguna apabila menyediakan sebarang kerja-kerja pembinaan. • Secara asasnya merancang tanda survey melibatkan pemindahan bangunan yang direkabentuk kepada tapak bina. • Diguna bagi projek berskala besar seperti pembinaan bangunan tinggi ii) Kaedah Garisan tengah Kaedah ini menggunakan pacang ukur tapak ,pacang dan tali yang diguna bagi merancang tanda garisan tengah untuk membahagi ruang-ruang. . Tali diguna bagi merentang antara pacang tanda ke pacang tanda yang lain untuk bertindak sebagai garisan tengah bangunan. Tali yang direntang dilaras dengan menempatkan pada tengah ketebalan tembok 4.4 Melaksanakan kerja memacang dan merancang tanda Dalam proses merancang tanda, banyak kerja-kerja memacang dilakukan ia banyak membantu dalam menyempurnakan proses merancang tanda . Pacang dan pacang ukur merupakan dua perkakasan yang biasanya terdiri dari kayu diguna sebagai


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 14 drp : 19 penanda dalam usaha mendapatkan kedudukan tepat struktur. pacang ukur Sering diguna dalam kaedah garisan tengah. 4.4.1 Langkah- langkah penandaan dan pemacangan (Kaedah Garisan Tengah) Daripada gambarajah dibawah, Tentukan ukuran bangunan tesebut. Guna pita pengukur dan pacukan pacang tanda untuk penandaan pada keempat-empat penjuru i) Jarak yang telah ditentukan di rentang tali antara dua poin/pancang , misalnya pacang B dan G ii) Rentang tali pada penjuru pertama pacang GF pada jarak yang ditetapkan. Garisan GF dipangil garisan offset dan poin dipenghujung jaraknya dipanggil poin offset . iii) Tentukan kepersegian dengan kaedah 3:4:5 iv) Lengkapkan rentangi tali bagi membentuk petak garisan tengah A,B,C,D,E,F dan G. Poin-poin penjuru di tanda dengan memaku di atasnya hujung pacang. v) Poin-poin penjuru sekali lagi diuji kepersegiannya secara menyerong/ diagonal AC,BD, CF dan EG vi) Sebelum kerja penggalian dimulakan, poin-poin A,B,C,D,E,F dan G di pindahkan. Ke pancang ukur tapak yang dirikan pada jarak 2m. vii) Tandakan tebal tembok dan lebar asas pada pacang ukur tapak berpandukan garisan tengah viii) Dengan ini poin-poin A1,A2, B1,B2 dan seterusnya ditanda diluar peparit. Garisan tengah ditunjuk dengan rentangan tali pada pacang ukur tapak berjarak 2m .


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 15 drp : 19 4.5 Proses Merancang tanda Tapak a) langkah pertama merancang tanda bermula dengan mengenalpasti GARISAN BANGUNAN dan tandakan posisinya. Jarak posisinya dengan sempadan rujukan ditentukan melalui 3 cara iaitu • Garis tengah jalan raya • garisan bendul jalan • Bangunan sedia ada Kayu piket/Batu ladung


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 16 drp : 19 b) Disusuli dengan membuat jajaran garisan dasar (base line) yang diplot pada garisan bangunan. Jajaran garisan dibina menggunakan tali yang direntang dengan bantuan pacang-pacang tanda. c) Urutan proses dinyatakan seperti berikut : i) menanda garisan bangunan ii) Menanda garisan garisan dasar/ garisan tengah ( garisan hadapan) iii) Menanda garisan bersudut tepat dengan garisan dasar iv) Menanda garisan belakang v) Uji kepersegian vi) Bina pacang ukur tapak dan tanda posisi garisan Perincian lanjut berkaitan kaedah penandaan dijelaskan dalam Nota Praktikal 5.0 PERKAKASAN MERANCANG TANDA TAPAK Perkakasan yang digunakan berdasarkan kaedah yang digunakan. Kaedah Survey akan menggunakan peralatan Theodolite atau dumpy level ,tripod dan staff . Kaedah Gaisan tengah akan menggunakan alat-alat seperti alat aras spirit sesiku bangunan,tukul dan batu ladung. Bahan-bahan yang digunakan terdiri dari kayu kayu untuk membina pacang,paku,tali cat dan konkrit. Pacang tanda pertama di tempatkan pada jarak “D” daripada sempadan Pacang tanda kedua di tempatkan pada jarak mengikut lebar bangunan bagi membentuk garisan hadapan


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 17 drp : 19 Samada Kaedah survey atau Kaedah Garisan tengah , keduanya menggunakan Pancang ukur Tapak dan Pacang-Pacang Tanda. i) Pacang Tanda (kayu) Ialah kayu runcing dihujungnya dengan saiz standard 50mm x50mm x 600mm. Diguna untuk memegang tali yang direntang bagi menanda lokasi atau poin-poin dalam kerja merancang tanda. ii) Pancang ukur Tapak • Terdiri daripada dua bahagian iaitu kayu tegak dan kayu lintang. Dibina dalam dua bentuk/jenis iaitu berasingan dan berterusan. mengikut bentuk bangunan. • Pacang ukur berasingan dibina secara putus-putus dimana pacang ukur pembahagi dan pepenjuru didiri berasingan pada jarak tertentu antara satu sama lain. Pacang Ukur Berterusan dibina dengan kayu lintang dipaku pada kayu tegak secara berterusan menggabungkan pacang ukur pembahagi dan pacang ukur pepenjuru. SADDLE HURDLE


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 18 drp : 19 Pacang Ukur Pepenjuru Pacang Ukur Pembahagi Berterusan iii) Pacang konkrit Pacang konkrit atau batu konkrit adalah batu berbentuk selinder yang ditanam ke dalam tanah pada empat penjuru lot-lot tanah bagi menanda persempadanannya. Ia adalah sebagai panduan bagi menentukan kedudukan bangunan yang akan dibina


NO. KOD WTP 1012/K 03/NK (03/04) Muka : 19 drp : 19 Rujukan 1. Joey Pitovao CCA1: 2011-05-01 joeycca1.blogspot.com 2. Carport Project page 3 www.buildeazy.com 3. Paving Expert - AJ McCormack and Son - Setting Out - Boning Rods www.pavingexpert.com 4. Making lumber Profiles www.buildeazy.com 5. Marking Out Wooden Setting Out Peg Various Lengths www.mad4tools.com 6. Topic 7: Setting out www.tcd.ie/civileng/.../3A1%20Lecture%2011.p 7. Setting Out a Building | Ujenzi Today ujenzitoday.info/construction/setting-out-a-building/ 8. What is a Set-Out Survey? Why Do Builders Need Them? www.jurovichsurveying.com.au/commercial/set-out-surveys.php 9. setting out right angles and perpendicular lines www.fao.org/docrep/.../r7021e05.ht... 10. Setting out — and getting it right | BRANZ Build www.buildmagazine.org.nz 11.Geodetik – tanda aras https://www.jupem.gov.my/index.php?action=produk-geodetik-tanda-aras


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 4 SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2021 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM KOD/KURSUS WTP 1012 PENYEDIAAN TAPAK KOMPETENSI 04. CARRY OUT HORDING INSTALLATION KOMPETENSI UNIT 1. Land / site preparation requirement 2. Land / site preparation tools, equipment and materials 3. Pegging and setting out work 4. Hoarding installation KOMPETENSI PEMBELAJARAN Trainee must be able to: • dentify land / site preparation requirement • Prepare land / site preparation tools, equipment and materials • Carry out pegging and setting out work • Carry out hoarding installation NO KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) MUKA : 01 DARIPADA 8 NO KOD JPK BC-030-3:2013-C01


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 2 drp : 8 TAJUK: MEMASANG PAGAR ADANG / PAGAR ADANGAN (HOARDING BOARD) TUJUAN: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh MEMBINA PAGAR ADANGAN (HOARDING BOARD) menepati spesifikasi yang ditetapkan. PENERANGAN 1.0 PENGENALAN Dalam pembinaan pagar ini dipanggil Pagar adang atau pagar adang atau “Hoarding”. Hoarding adalah istilah yang digunakan bagi pagar sementara yang diguna ditapak binaan. Kawasan pembinaan haruslah dikepung sepenuhnya dengan pagar adang ini untuk melindungi orang awam daripada kerja-kerja yang sedang dijalankan. 2.0 TUJUAN PAGAR ADANG i) Memagar keseluruhan sempadan tapak bina ii) Menghalang orang awam atau pihak-pihak tidak berkenaan dari memasuki kawasan kerja binaan iii) Menghalang individu atau kumpulan yang tidak terlatih dalam amalan keselamatan dan tidak memakai peralatan keselamatan dari memasuki kawasan berkenaan. iv) Sebagai satu kaedah keselamatan kepada struktur dan bahan-bahan binaan (kecurian) v) Mewujudkan halangan bagi membatasi risiko semasa kerja–kerja perobohan, penggalian tapak dan kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. vi) Mewujudkan signal secara visual , mengingati pekerja atau pihak lain yang kerja pembinaan sedang berjlalan. 3.0 GARIS PANDUAN BAGI PEMBINAAN PAGAR ADANG • Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar adang didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak bina. • Pagar adang hendaklah dibina sepenuhnya disekeliling/menutupi kawasan tapak bina. • Permukaan pagar adang dibina rata ,menjadikannya lebih baik daripada pagar biasa kerana ia sukar dipanjat dan mampu menghalang penglihatan dari luar • Dicadangkan ketinggian pagar adang 2.4m dan sekurang-kurannya 3m bagi jaminan keselamatan terbaik.


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 3 drp : 8 • Ia harus direka bentuk dan dibina dengan betul mengikut spesifikasi pihak berkuasa tempatan dan disenggara supaya sentiasa berkeadaan baik. • Bagi pagar adang yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju diberi pilihan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang menarik atau sekadar pagar adang kosong tanpa sebarang ilustrasi. Sekiranya ilustrasi dipilih, ia hendaklah terdiri daripada iklan pemaju, kontraktor atau pembangunan tersebut sahaja. Iklan yang bersifat komersil yang tidak berkenaan dengan pembangunan tersebut adalah tidak dibenarkan. • Semua bahan binaan hendaklah disimpan di dalam lingkungan pagar adang. • Struktur jentera pembinaan haruslah ditempatkan di dalam lingkungan pagar adangsupaya tidak menjejaskan keselamatan awam. • Pagar adang hendaklah tidak menghalang pili bomba & alat perkhidmatan kemudahan lain yang sediada. • Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar adang dibuka sementara. • Dibina dengan mengikut keperluan rekabentuk . Terdapat dua rekabentuk standard iaitu:Pagar adang dan Kombinasi Pagar adang dan Penutup Laluan Pagar adang


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 4 drp : 8 • Bagi bangunan yang mempunyai ruang lega antara garisan bangunan dan lot sempadan sama atau lebih daripada ketinggian (H) bangunan, ia hanya memerlukan pagar adang sahaja • Pagar adang dan penutup laluan hendaklah dibina bagi bangunan dengan ketinggian (H) melebihi jarak lega , jarak lega sama atau lebih daripada separuh ketinggian bangunan.


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 5 drp : 8 • Pagar adang dan penutup laluan hendaklah dibina sepanjang sempadan tapak bersebelahan dengan laluan masuk awam. • pagar adang hendaklah direka dengan tidak mengganggu garisan pandangan penunggang motosikal,pejalan kaki dan lalulintas • mempunyai papan tanda amaran yang diperlukan • Bagi kombinasi pagar adang dan Penutup Laluan,tinggi lega minimum adalah 2.0m dan lebar penutup laluan pagar adang adalah 1.5m. bagaimanapun pastikan lebarnya tidak menghalang sebarang struktur seperti papan tanda lalulintas,penyokong sementara,peranca dan sebagainya. 4.0 JENIS PAGAR ADANG Terdapat dua jenis pagar adang i. Pagar adang Pugak • Siri papan panel yang dirapatkan dan dikat kemas untuk menahan beban angin dan impak beban yang tidak dijangka • Dibina secara berdiri bebas atau disokong oleh tembok luar bangunan sedia ada ii. Pagar adang Kipas/Fan Hoarding • Melindungi pekerja dan orang awam dari objek jatuh • Dibina pada aras melepasi ketinggian normal lalulintas • Rekabentuknya yang condong ke dalam kawasan tapak memastikan objek yang jatuh dihala ke belakang


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 6 drp : 8 5.0 PENGKELASAN PAGAR ADANG Pagar adang dikelaskan mengikut rekabentuk dan fungsinya Kelas A Pagar yang mengasingkan orang awam daripada tapak binaan supaya tidak berlaku pencerobohan Bila digunakan Apabila halangan perlu diwujudkan bagi oang-orang awam Spesifikasi • Tinggi minimum adalah 2m , • perlu dibina apabila kerja-kerja merancang tanda bangunan dijalankan Kelas B Pagar yang dilengkapi dengan perlindungan atas atau dipanggil penutup laluan . Ia bagi melindungi orang awam daripada kerja-kerja pmbinaan Bila digunakan Apabila kerja-kerja pembinaan perlu dillakukan dalam persekitaran 2 m daripada laluan pejalan kaki dan jalan raya serta kerja-kerja yang melebihi ketinggian 4m atau lebih daripada separuh jarak ruang kerja ke laluan pejalan kaki dan jalanraya. Spesifikasi • Penutup laluan yang bersifat kedap air • Keinggian minimum 3 m daripada aras bumi • Dilengkapi dengan Sistem saliran bagi menghindari air hujan membasahi kawasan laluan • Mempunyai perlindungan atas dengan binaan pondok diatasnya Shed Pagar adang/ hoarding


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 7 drp : 8 Bila digunakan Apabila shed tapak bina diperlukan dan tidak dapat ditempatkan diatas tanah sekitar tapak bina. Spesifikasi • Rekabentuk yang dilakukan dan dipantau oleh jurutera struktur. • Mempunyai elemen seperti ✓ Tinggi kelegaan 3 m ✓ Menyediakan perlindungan awam daripada jatuhan sebarang objek Kelas D • Pagar terbuka dari jenis jaringan dawai yang diikat pada tiang , pada ketinggian 2m Bila digunakan • Bilangan penjalan kaki yang melintasi kawasan pembinaan sedikit • Risiko objek jatuh melalui celah-celah jariang dawai adalah minimum Spesifikasi • Jejaring dawai dikata pada tiang keluli atau kayu samada dikonkrit 600mm ke dalam tanah atau disokong dengan kasut konkrit • Jejaring dawai hendaklah ikat juga pada rel atas dan bawah yang dipasang pada jarak 100mm dari atas dan bawah pagar • Rembat atau tupang dipasang bagi tujuan kestabilan Kelas E Jejaring plastik dipasang pada Pin keluli -star dropper Bila digunakan • Dibina bagi kawasan yang tiada aktiviti pembinaan dan kerja perobohan • Tiada risiko pencerobohan dari orang awam Spesifikasi • Terdiri dari plastik berkualiti,berkekuatan tinggi dan mampu menahan tekanan sisi • Fleksibel dan ringan • Lebar 1m, 1.2m, 1.22m, 1.8m. 1m, 1.2m, 1.22m, 1.8m. Panjang 20 – 100m. 20 – 100m.


NO. KOD WTP 1012/K 04/NK(04/04) Muka : 8 drp : 8 Rujukan 1. https://www.scribd.com/doc/.../Garis-Panduan-Bagi-KKP-Di-Tapak-Pembinaan 2. Che Mohd Supardi bin Ibrahim (2014). Kertas Penerangan WTP 502 Site Preparation 3. Temporary fencing or hoarding | BUILD www.build.com.au/temporary-fencing-or-hoarding 4. Hoardings | Ashfield Council www.ashfield.nsw.gov.au/page/hoardings.html 5. A Class Hoardings www.hoardings.com.au/page/a_class_hoardings.html 6. B Class Hoardings www.hoardings.com.au/page/b_class_hoardings.html 7. Guidelines for temporary hoarding, scaffolding or fencing on . www.westtorrens.sa.gov.au 8. What Is Construction Hoarding? (with pictures) - wiseGEEK www.wisegeek.com/what-is-construction-hoarding.htm 9. BEST PRACTICES Guide - Calgary Construction Association https://www.cca.cc/media/


KV KLUANG: TEKNOLOGI PEMBINAAN WTP 1012: PENGENALAN PERSEDIAAN TAPAK


KV KLUANG: TEKNOLOGI PEMBINAAN K1. MENGENAL PASTI KEPERLUAN PERSEDIAAN TAPAK


1.0 Dokumen Kontrak Dokumen perjanjian antara klien/majikan + kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu projek. Bagi projek di bawah agensi kerajaan, penyediaan dokumen kontrak hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat bulan dari tarikh milik tapak Dokumen kontrak mengandungi borang-borang tender, lukisanlukisan dan doumen yang sama seperti Dokumen Meja Tender Dokumen kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender Pegawai yang diberi kuasa akan menandatangani Dokumen Kontrak mewakili kerajaan dan begitu juga sebaliknya keoada wakil kontraktor Kesan daripada kegagalan penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan menyebabkan pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya


2.0 Kandungan Dokumen Kontrak 13.Lukisan- Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan 1.Arahan Kepada Petender 2.Borang Tender 3.Surat Setuju terima Tender (JKR 203D –Pin 9/2010) 4.Borang Kontrak Piawai [P.W.D.FORM 203A(Rev 2007)] 5.Addenda Kepada Syarat-syarat kontrak 6.Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak 7.Spesifikasi Piawai 8.Spesifikasi Addenda 9.Pengukuran , Perincian dan Faktor Menghargakan Senarai Kuantiti Measurement, Amplification and Pricing Factor-MAPF) Senarai Kuantiti/Ringkasan 11.Jadual Kadar Harga Harian 12.Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak Kontrak berasakan Senarai Kuantiti


12. Lukisan- Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan 1.Arahan Kepada Petender 2.Borang Tender (JKR 203 C-Pin.8/2008) 3.Surat Setujuterima Tender (JKR 203D –Pin 9/2010) 4.Borang Kontrak Piawai [P.W.D.FORM 203A(Rev 2007)] 5.Addenda Kepada Syarat-syarat kontrak 6.Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak 7.Spesifikasi Piawai 8.Spesifikasi Addenda 9.Jadual Kadar Harga 10. Jadual Kadar Harga Harian 11. Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak Kontrak berasakan Lukisan dan Spesifikasi


Lukisan • Dalam pembinaan struktur, kita akan merujuk kepada Pelan Arkitek (Architecture Plan) atau pun juga dikenali sebagai Pelan Bangunan (Building Plan). • Maklumat tentang struktur diperolehi daripada Pelan Struktur (Structural Plan) berkaitan lokasi struktur bangunan yang menggunakan konkrit sebagai bahan binaan. • Maklumat yang lengkap seperti label, saiz, jenis bahan, dan kuantiti akan ditunjukkan di dalam jadual ini bagi memastikan tiada sebarang kesilapan semasa pembinaan. Ini juga bagi menepati arahan dan citarasa Arkitek. • Lukisan perincian (drawing detail) juga kadang-kadang akan ditunjukkan oleh arkitek bagi memudahkan kontraktor.


Rajah: pelan lantai yang menunjukkan kedudukan struktur bangunan


Spesifikasi • Semua maklumat lanjut berkaitan dengan kaedah kerja-kerja pembinaan struktur , dan bahan –bahan yang diperlukan (bata,batu baur, simen) terkandung dalam dokumen spesifikasi. Ia merupakan penetapan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor. • Biasanya spesifikasi ditulis sebagai Nota Am dalam lukisan struktur.


Rajah 2 : Spesifikasi yang ditunjukkan dalam pelan


Senarai Kuantiti (Bill of Quantities, BQ) Ia adalah satu dokumen yang perlu diisi oleh pihak Kontraktor semasa mengisi tender. Antara maklumat yang perlu di tunjukkan dalam Bill Of Quantities ini adalah: Kerja-kerja berkaitan yang perlu dilakukan oleh kontraktor Kuantiti bahan/kerja Kadar Harga per unit Jumlah amaun Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantities adalah senarai bahan yang disediakan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat keatas lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam 1. 2. 3. 4.


Kadar Harga/Kos Mengandungi kadar harga untuk kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor untuk memudahkan pengiraan anggaran kos Faktor-faktor yang melibatkan proses pengiraan kos Kos bahan mentah. Kos buruh Kos proses Kos komponen yang terlibat. Kos peralatan Kos bebanan Kos pembangunan Kos lain-lain 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


Tempoh Tempoh adalah jangka masa siap projek mengikut perancangan melalui jadual kerja/carta Gantt. Oleh kerana kerja bata akan melibatkan pembinaan struktur (menggunakan konkrit) maka pembahagian jangka masa kerja dan siap perlu mengikut jenis kerja pembinaan struktur yang dijalankan. Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi tempoh penyiapan seperti yang ditetapkan ia perlu mengemukakan permohonan perakuan kelambatan dan lanjutan masa penyiapan dengan alasan yang berpatutan. Secara amnya, kontraktor berhak mendapat lanjutan masa sekiranya kerajaan yang menyumbang kepada kelewatan tersebut atau sebab-sebab kelambatannya adalah diluar kawalannya.


3.0 Dokumen Persediaan Tapak


Status Pemilik Tanah a. Jenis-jenis Geran b. Status Tanah c. Kaveat


a. Jenis-jenis Geran i. Hak Milik Tetap ii. Hak Milik Sementara


a. Jenis-jenis Geran Terdapat dua jenis Geran Tanah atau Hak Milik Tanah iaitu Hak Milik Tetap (HT) dan Hak Milik Sementara (HS) Geran Negeri iaitu Tanah yang diberi milik selama-lamanya Geran Pajakan Negeri iaitu Tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu Geran Mukim iaitu Tanah yang diberi milik selama-lamanya Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran Pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekata i. Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar ii. Hak Milik Tetap Pejabat Tanah HAK MILIK TETAP


Tidak boleh dipecah sempadan Tidak boleh dipecah bahagi Tidak boleh disatukan tanah Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika jalanraya terletak di atas tanah Hak Milik Sementara (HS) *melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan berkenaan dengannya telah diluluskan. Hak Milik Sementara ialah kita membolehkan tanah diberi milik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan. Hak Milik Sementara membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan. Hak Milik Sementara bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran dan akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri. Hak Milik Sementara bersamaan dengan Pejabat Tanah dan akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim. HAK MILIK SEMENTARA


b. Status Tanah i. Pegangan Milikan Bebas (freehold/bebas) iv. Tanah Lesen Pendudukan Sementara (tanah lot) iii. Hak Milik Sementara ii. Pajakan (leasehold)


I. PEGANGAN MILIKAN BEBAS Merupakan tanah dimana pemilik tanah pegangan bebas miliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambil balik tanah oleh kerajaan). Sebagai contoh, jika dokumen hak milik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No.Hak milik seperti Geran 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No.Hak milik adalah seperti Geran Mukim 1234


II. PAJAKAN Merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri atau Pejabat Tanah adalah 99 tahun.


III. HAK MILIK SEMENTARA Merupakan tanah yang masih belum memiliki status muktamad sama ada ia merupakan tanah pegangan milikan bebas atau pajakan. Dokumen hak milik muktamad akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya. Untuk hak milik yang belum muktamad, no. pengenalan hak milik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S. (D)11234 atau H.S.(M)1234.


IV. TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TANAH LOT) Ia merupakan tanah lesen pendudukan sementara kerana tempoh sahnya singkat dan tidak boleh di serah hak. Tanah jenis ini tidak boleh digunakan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan kerana tidak memiliki geran


c. Kaveat i. Kaveat Pendaftar iii. Lien Kaveat iv. Kaveat Amanah ii. Kaveat Persendirian


c. Kaveat sekatan atau pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sesebuah hartanah, tidak kira samada melibatkan urusan lelong, pembelian hartanah " sub sale " atau hartanah baru. apabila kaveat didaftarkan atas sesebuah hartanah menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat. kaveat merupakan mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya terdapat empat jenis kaveat yang dinyatakan di dalam Akta Kanun Tanah Negara (Bab 19, Bahagian 1)


I. KAVEAT PENDAFTAR didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik menurut Seksyen 320, kaveat ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan ia juga untuk melindungi dari urus niaga yang tidak wajar dan penipuan


I. KAVEAT PERSENDIRIAN sekatan atasan hartanah yang dimasukkan oleh individu atau sesebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah tersebut menurut Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan kaveat yang menyatakan " sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftrkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka "


III. LIEN KAVEAT Kaveat cagaran atau pegangan atas satu dokumen hakmilik. Kebiasaannya kaveat jenis ini didaftarkan oleh bank atau syarikat pnijaman untuk menjaga kepentingan mereka setelah sesebuah hartanah dicagarkan atau disandarkan kepada mereka Perkara ini disebut dalam Seksyen 330 dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965


IV. KAVEAT AMANAH Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas manamana individu atau badan yang memgang amanah ke atas milikan tersebut


Tujuan Persediaan Tapak


aktiviti yang melibatkan penerokaan kawasan/tapak, bagi menguji bahan yang ditemui dan menganalisis keputusan dan data-data yang dikumpul serta membuat penilaian tentang tapak bina yang dicadangkan penyiasatan tapak kebiasaannya bergantung kepada saiz dan jenis struktur diantara objektif penyiasatan tapak ialah: i. menilai kesesuaian tapak ii. membolehkan rekabentuk ekonomi iii. meramal dan menyediakan langkah berkesan terhadap masalah


iv. menyelidik dan membuat laporan keselamatan struktur atau kegagalan yang berlaku v. menentukan alternatif yang paling sesuai vi. menilai perubahan yang mungkin berlaku


4.0 Sumber Persediaan Tapak/Tanah


J E N T E R A T E N A G A K E R J A


Click to View FlipBook Version