The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 385-12-kisha, 2022-09-01 06:29:47

FOLIO PANDU PUTERI MPU

FOLIO PANDU PUTERI MPU

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan

seterusnya. Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri
sambal menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang
menggunakan nombor yang sama seperti ahli di barisan hadaoan.
Kapten bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera.

Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing!

Arahan: Pasukan ke bentuk V, gerak. (Semua ahli Renjer Outeri bergerak
mengikut hitungan langkah)
Arahan: Unit ke dalam,pusing

Arahan: Pasukan panji-panji jalangkan tugas. (Pasukan panji-panji terdiri
daripada penanda dan dua ahli Renjer uteri di sebelah kiri dan kanannya
akan menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan
bendera.

Pembawa panji-panji (Penanda) memberi arahan: Pasukan panji-panji,
cepat jalan! (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti!

Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila
bendera berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia
dinyayikan kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan
bendera berdiri tegak memegang tali bendera. Selepas nyayian, dia
melilitkan tali bendera. Ia mengambil satu langkah ke belakang, beri
Arahan :

Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat
Ke belakang pusing
Cepat jalan

Berhenti (apabila telah tiba di kedudukan ahli)
Ke belakang, pusing

Pemeriksaan boleh dijalankan.
PASUKAN, BERSURAI (semua ahli Renjer Puteri ambil satu langkah ke
hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Kepanduan,
pusing ke kanan dan terus beredar dari situ).

Lembaran Kerja Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Kadet

Salin semula petikan tersebut dengan tulisan yang kemas.

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera
(Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan
pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat
mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti
(bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan
untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan
istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________

ISTIADAT BENDERA

Naik/Turun Bendera

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.
Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli
untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.
Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan
aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan
kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda).

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang pembaca doa
1 orang penyampai kata-kata hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk
Pandu
Puteri Ranjer

Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau
majlis )

Kapten akan memberikan arahan seperti berikut:

Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !

Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !

Cara melipat Bendera

Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan

Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut
kesesuaian.

Penjagaan bendera
● Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke
bawah.
● Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik
di tempat yang tertentu.
● Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup
sesuatu.
● Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang
uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.
● Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh
dan rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat.

Pelupusan Bendera

Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh
dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya
menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Bendera yang
sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perlu

dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan
dilakukan di tempat-tempat awam.

LEMBARAN KERJA ISTIADAT BENDERA
Nama: ____________________________
Kelas:_____________________________
Rajah di bawah menunjukkan cara melipat bendera pandu puteri. Label setiap
rajah dengan turutan melipat bendera dengan betul.

1

IKATAN DAN SIMPULAN

Ikatan dan Simpulan

Jenis – jenis simpulan:
1. Simpulan Manuk

 Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat ada kayu atau sebagainya.

 Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat.

Teknik simpul manuk:
I. Mulakan simpul pada kayu.
II. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

III. Tarik hujung tali

2. Simpul Buku sila
 Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kaun oembalut luka atau
kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan.
 Ikatan ini direka agar kedua – dua punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula.

Teknik Simpul Buku Sila:

I. Letakkan hujung A di atas hujung B.
II. Masukkan hujung A dibawah B.
III. Kemudian lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di

bawah.

3. Simpul Tindih Kasih.

 Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang
tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.

 Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja – kerja menyelamat seperti
menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Teknik Simpul Tindih Kasih:

 Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
 Kemudian masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
 Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam

bulatan tersebut.

4. Simpul Bunga Geti.
 Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama
besar saiznya. Sebagai contohnya, menyambungkan tali perahu dengan
tali kapal.
 Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.

Teknik Simpul Bunga Geti:
 Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk
membentuk simpul.
 Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

5. Simpul Balak
 Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau
menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya.
Teknik Simpul Balak
I. Menggunakan tali mengelilingi kayu.
II. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

6. Simpul Belit.
 Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke
pacang kerana cara begini mudah dibuka atau tidak mudah tanggal
ikatannya.
Teknik Simpul Belit:

Jenis – jenis ikatan:

1. Ikatan Seraya:

 Digunakan untuk mengikat kayu, atau tiang bagi membuat jambatan,
gajet, menara, tiang bendera dan lain – lain.

2. Ikatan Serong
 Untuk merapatkan dan mengikut dua batang kayu bersilang.

3. Ikatan Lilit Kacang.
 Digunakan untuk mengikat batang – batang kayu atau bukuh bagi
membuat lantai untuk sesuatu projek.
 Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk
juga.

LEMBARAN KERJA IKATAN DAN SIMPULAN

Padankan ikatan dan simpulan berikut berdasarkan gambar yang disediakan.

Ikatan dan Gambar
Simpulan

1. Simpul Manuk

2. Simpul Buku
Sila

3. Ikatan Seraya

4. ikatan Serong

PERKHEMAHAN
TAJUK: PERKHEMAHAN

1.0 KONSEP

Aktiviti bagi memenuhi
masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran

Aktiviti yang PERKHEMAHAN Penghidupan
boleh dilakukan diluar sama ada di
seperti mendaki
gunung, berbasikal, hutan, pantai
bukit, gunung dan
berkayak,
bersampan dan sebagainya.
berakit di sungai

Berkait rapat dengan ikhtiar
hidup secara individu atau

berkumpulan.

2.0 OBJEKTIF

3.0 JENIS KHEMAH
1. Ridge Tent

2. Dome Tent

3. Frame Tent

4. Bell Tent

5. A-Frame
6. Hoop
7. Khemah Awan
8. Wedge

9. Pyramid

3.0 PEMILIHAN KHEMAH

a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.

b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.

c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.

d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.

e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.

4.0 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

a. Tapak atau tanah rata.
b. Berhampiran punca air.
c. Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hamper dengan

punca air.
d. Mudah mendapat bahan bakar.
e. Keselamatan kawasan.
f. Sesuai dengan bilangan peserta.
g. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika

perlu.

h. Jauh daripada dahan mati.
i. Terlindung daripada angin.
j. Pandangan persekitaran menarik.
k. Mendapat sumber cahaya matahari.
l. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi

tujuan kecemasan.
5.0 KEMUDAHAN KECEMASAN

a. Khemah yang sesuai.
b. Beg galas.
c. Dapur.
d. Pelita.
e. Bahan penyala api
f. Kotak pertolongan cemas.
g. Lain-lain.
6.0 GAJET PERKHEMAHAN

7.0



LEMBARAN KERJA PERKHEMAHAN

1. Sila tandakan (/) jawapan yang betul dalam pemilihan kawasan
perkhemahan.

Tapak rata Jauh daripada Mudah
punca air mendapat
bahan bakar

Dikelilingi Mendapat Pandangan
dahan-dahan sumber cahaya persekitaran

mati matahari menarik

2. Selain itu, tapak perkhemahan juga perlulah sesuai.
Apakah sebab bagi pernyataan ini?

________________________________________________________

GAJET
Bahan yang diperlukan semasa Membina Gajet

- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdiri daripada
bahan-bahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan.

- Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan
sebagainya.

- Kita juga memerlukan alatan yang sesuai untuk memotong, membelah
dan meraut bahan-bahan di atas.

- Antaranya ialah parang, gergaji dan pengali.
- Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut.
- Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan-

bahan semula jadi tersebut menjadi gajet.

Bahan-bahan Semula Jadi

Buluh

Bemban
Rotan
Bertam

Nibong

Enau
Alatan untuk Memotong, Membelah dan Meraut

Parang

Pisau
Gergaji
Bahan Pengikat

Tali Rotan

Jenis Ikatan yang Digunakan pada Gajet

Simpulan buku sila
- Untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar
saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang.

Simpul manuk
- Digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau
sebagainya.
- Untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.

Ikatan seraya
- Untuk mengaitkan kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan,
menara, gajet, tiang bendera dan lain-lain.

Ikatan serong
- Untuk mengikat dua tiang atau palang yang bersilang dan juga berguna
untuk membuat jambatan, menara dan lain-lain.

Lilik balak
- Merupakan ikatan sementara untuk mengikat tali ke batang kayu atau
papan dan juga boleh digunakan untuk mengikat kayu bulat atau papan.

Ikatan bunga keti
- Digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama saiznya.

LEMBARAN KERJA KRAF GAJET
Jawab soalan-soalan berikut (Kraf Gajet):

1. Di manakah bahan yang diperlukan untuk membina gajet dapat diperolehi?

2. Nyatakan 3 bahan yang digunakan untuk membina gajet.
-
-
-

3. Nyatakan 3 alatan untuk memotong, membelah dan meraut.
-
-
-

4. Nyatakan 3 jenis ikatan yang digunakan pada gajet.
-
-
-

Permainan Pandu Puteri
Permainan Luas

Cara Pelaksanaan
● Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental
● Aktiviti permainan berstesen (station game)
● Mengandungi jalan cerita yang menarik
● Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan

Kebaikan
● Mempelajari ilmu yang baharu
● Meningkatkan ilmu pengetahuan Pandu Puteri
● Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

Permainan Kim

Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama
Kimball O’ Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu
yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden
Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat
pada tubuh badan manusia. Permainan Kim ini melatih seseorang
menggunakan semua pancaindera sepeti mata dan ingatan, telinga dan
pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Cara-cara permainan

1) Stesen satu: Deria mata dan ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, botol
minyak dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat
dan mengingat barang-barang tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis
semasa melihat barang-barang tersebut. Setelah cukup masanya, dulang
ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semua barang-barang
yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingat barang-barang dikira
sebagai pemenang.

2) Stesen dua: Deria sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan
hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, kotak mancis dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk memegang barang-barang.
Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang
dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan barang dengan tepat
dikira pemenang.

3) Stesen tiga: Deria rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan
milo. Pemain dikehendaki menutup

mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa
dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis
larutan yang dirasainya. Pemain yang paling banyak menyenaraikan larutan
dengan tepat dikira sebagai pemenang.

4) Stesen 4: Deria bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun
kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih.
Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki
menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, mereka perlu menyenaraikan kembali
bahan yang dihidu. Pemain yang dapat menyenaraikan dengan banyak serta
tepat dikira sebagai pemenang.

5) Stesen 5: Deria mata dan ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.
Setiap kumpulan diberi masa satu minit untuk melihat dan mengingat daun-
daun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-
daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu
minit tadi. Kumpulan yang berjaya membawa daun-daun yang tepat dikira
sebagai pemenang.

LEMBARAN KERJA PERMAINAN
GARISKAN

ASAL USUL . . DERIA BAU

STESEN SATU . . DERIA RASA

STESEN DUA . . DERIA MATA&INGATAN

STESEN TIGA . . DERIA SENTUH

STESEN EMPAT . . KIMBALL O’HARA

STESEN LIMA .

NYANYIAN PANDU PUTERI

1. LAGU DUNIA

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

2. LAGU TAPS SIANG

Kami puji
Nikmat diberi
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi, Hidup kami
Tuhan saksi

Thanks and prise
For the day
Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky
As we go
This we know
God is nigh

3. LAGU TAPS MALAM

Malam datang
Siang hilang
Dari laut, dari gunung dari langit
Semua selamat
Sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done
Gone the sun
From the sea
From the hills
From the sky
All is well
Safely rest
God is nigh

LEMBARAN KERJA NYANYIAN Kelas:
Nama:

LENGKAPKAN LAGU DUNIA PANDU PUTERI DI BAWAH

LEMBARAN KERJA LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke _________
Bendera berkibar
Tidak __________ di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk ___________
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan _______ lagu ini (2x)

ISTIADAT KAWAD
Kawad Istiadat Ladam Kuda

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera
(Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan
pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat
mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti
(bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan
untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan
istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Arahan semasa kawad kaki bagi ahli pandu puteri yang tidak melebihi 20 orang
:

1. Membentuk ladam kuda (cara pertama)
Pasukan!
Pasukan
panji-panji, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan ! berhenti !
Ke belakang / dalam pusing !

2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Pasukan hentak kaki......... Hentak !
Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan !
Pasukan, berhenti !
Ke dalam, pusing !
Pasukan panji-panji,keluar baris :
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris!

3. Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Ketua, bilang !
Ketua, ke kiri pusing !
Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak !
Pasukan, masuk baris !

Pasukan, sedia !
Ke kanan, lurus !
Pandang, depan !
Ketua, ambil kedatangan !
Kumpulan bunga ............... Senang diri !
Pasukan sedia !
Pasukan ke kanan, pusing !
Ketua, lapor !
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

4. Pelantikan pandu puteri (setelah ahli membentuk ladam kuda)
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !Berhenti !
Ke kiri / ke kanan pusing !
Pasukan panji-panji, ke belakang, pusing !
Cepat jalan ! (apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan :
pasukan,hormat bendera, hormat ! )
Berhenti !
Ke dalam, pusing !
Ketua kumpulan .......(nama kumpulan) bawa ahli baru ke hadapan untuk
dilantik !Ahli baru, masuk baris !
Ahli baru, cepat jalan !.......berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Ahli baru, ke kanan pusing !
Hormat bendera, hormat !
Ke kiri pusing ! .......hormat bendera, hormat !
Ke belakang pusing .....hormat pasukan, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan .......... Berhenti !.....ke kanan / ke kiri pusing !
Masuk baris !

Ke dalam / belakang, pusing

5. Setelah selesai istiadat pelantikan:
Pasukan panji-panji, jalankan tugas !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Pasukan ! .... Keluar baris !

6. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau
majlis )
Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !

Pembetukan Ladam Kuda
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:
Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)

Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

LEMBARAN KERJA KAWAD ISTIADAT LADAM KUDA

NAMA : UNIT:

Tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

1. Pilih jawapan dengan turutan yang tepat.

a) Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.

I. Ketua, ambil kedatangan !
Kumpulan bunga ............... Senang diri !

II. Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Ke kanan, lurus !
Pandang, depan !

III. Pasukan sedia !
Pasukan ke kanan, pusing !
Ketua, lapor !
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

IV. Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Ketua, bilang !
Ketua, ke kiri pusing !

A. I,III,IV,II
B. IV,II,I,III
C. IV,I,II,III
D. I,IV,III,II

b) Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan
atau majlis)

I. Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !

II. Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !

Pasukan bersurai !

III. Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !

A. I,II,III
B. III,I,II
C. I,III,II
D. III,II,I

KAWAD FORMASI DAN CONTOH

1. CARA MELAKUKAN KAWAD FORMASI

- Setelah tamat ‘mara hadapan’ platun akan mempersembah pergerakan
bentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan dialihkan
oleh petugas sebaik sahaja kawad Dinamik selesai.

- Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti
hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ untuk mengendalikan platun tersebut kecuali
isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.

- Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi ke-4 (ketika
platun berbaris bertiga – tiga menghadap hadapan sebelum melapor).

- Ketua Platun boleh menyertai kawad formasi.

- Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak diberi keutamaan
untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.

- Setiap platun dikehendaki mempersembah sebanyak 4 jenis formasi yang
berlainan.

- Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.

- Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3
barisan menghadap ke hadapan.

- Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.

2. CONTOH FORMASI

Arahan:
Pasukan, sedia !
Penanda masuk baris !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Pasukan, bilang !
Penan ke hadapan, baris belakang ke belakang, pusing
Pasukan, ke bentuk ’v’, gerak !
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke belakang pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Ke belakang / dalam pusing !
Pasukan, keluar baris !






Click to View FlipBook Version