The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 385-12-kisha, 2022-09-01 06:29:47

FOLIO PANDU PUTERI MPU

FOLIO PANDU PUTERI MPU

LEMBARAN KERJA KAWAD FORMASI
1. Kawad formasi boleh disertai oleh ____________________.
2. Setelah tamat ___________________ platun akan mempersembah
pergerakan bentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing.
3. Setiap platun dikehendaki mempersembah sebanyak ____________________
yang berlainan.
4. Setelah tamat formasi ke-4 ____________________ perlu dilakukan.
5. Gambar di bawah menunjukkan pembentukan Formasi ‘V’.

Berdasarkan gambar berikut, kapten bergerak ke hadapan dan berdiri di
sebelah kiri ___________________.
6. Dalam gambar di bawah, pasukan panji-panji menjalankan tugas
mengibarkan bendera.

Pasukan panji-panji tersebut terdiri daripada _____________________ dan
________________________.

ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN

Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia/ Siti
setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah
penant Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara
rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat
ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup
secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas.

Lagu Pandu Puteri Tunas

Puteri Tunas bertujuan
Menolong dan berkawan

Lagu kumpulan

Siantan datang berkawan
Berani macam pahlawan

Melor taat dan setia
Berusaha setiap masa

Kami bersama Kenanga
Berjasa bertenaga

Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka

Bunga Teratai nama kami
Bekerja setiap hari

Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang

Lagu Ahli Baharu

Ahli baharu suka hati
Menjadi Puteri Tunas

Lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas

Oh Tuhanku seruan hambamu
Beri kami nikmat sepanjang hayat
Selamat tinggal / Malam (3x)

ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN (PANDU PUTERI KADET)

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera
(Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan
pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat
mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti
(bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan
untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan
istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Arahan semasa kawad kaki bagi ahli pandu puteri yang tidak melebihi 20 orang
:
1. Membentuk ladam kuda (cara pertama)
Pasukan!
Pasukan
panji-panji, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.

Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan ! berhenti !
Ke belakang / dalam pusing !

2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Pasukan hentak kaki......... Hentak !
Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan !
Pasukan, berhenti !
Ke dalam, pusing !
Pasukan panji-panji,keluar baris :
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing !
Cepat jalan !

Berhenti !
Keluar baris!

3. Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Ketua, bilang !
Ketua, ke kiri pusing !
Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Ke kanan, lurus !
Pandang, depan !
Ketua, ambil kedatangan !
Kumpulan bunga ............... Senang diri !
Pasukan sedia !
Pasukan ke kanan, pusing !
Ketua, lapor !
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

4. Pelantikan pandu puteri (setelah ahli membentuk ladam kuda)
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !Berhenti !

Ke kiri / ke kanan pusing !
Pasukan panji-panji, ke belakang, pusing !
Cepat jalan ! (apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan :
pasukan,hormat bendera, hormat ! )
Berhenti !
Ke dalam, pusing !
Ketua kumpulan .......(nama kumpulan) bawa ahli baru ke hadapan untuk
dilantik !Ahli baru, masuk baris !
Ahli baru, cepat jalan !.......berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Ahli baru, ke kanan pusing !
Hormat bendera, hormat !
Ke kiri pusing ! .......hormat bendera, hormat !
Ke belakang pusing .....hormat pasukan, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan .......... Berhenti !.....ke kanan / ke kiri pusing !
Masuk baris !
Ke dalam / belakang, pusing

5. Setelah selesai istiadat pelantikan:
Pasukan panji-panji, jalankan tugas !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !

Cepat jalan !
Berhenti !
Pasukan ! .... Keluar baris !

6. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau
majlis )
Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !

PembeNtukan Ladam Kuda

Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:

Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)
Cara 2: Untuk Pasukan Besar.



LEMBARAN KERJA ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN

1. Terdapat lagu kumpulan.

2. Lagu Pandu Puteri Tunas bertujuan dan .

3. Lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas diakhiri dengan

dengan ulangan 3 kali.

4. Terdapat 2 cara pembentukan ladam kuda. Cara 1 adalah untuk .
dan cara 2 adalah untuk

5. Nyatakan arahan bagi pembentukan ladam kuda untuk pasukan kecil.

ISTIADAT KAWAD PANDU PUTERI TUNAS

Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia / Siti
Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah
penant Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara
rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat
ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup
secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng PANDU PUTERI Tunas.

Lagu Pandu Puteri Tunas
Puteri Tunas bertujuan
Menolong dan berkawan

Lagu kumpulan

Siantan datang berkawan
Berani macam pahlawan

Melor taat dan setia
Berusaha setiap masa

Kami bernama Kenanga
Berjasa bertenaga

Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka

Bunga Teratai nama kami
Bekerja setiap hari

Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang

Lagu Ahli Baharu

Ahli baharu suka hati
Menjadi Puteri Tunas

Lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas

Oh Tuhanku seruan hambamu
Beri kami nikmat sepanjang hayat
Selamat tinggal/Malam (3x)

Istiadat Lingkungan Tunas

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan
pennant ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan
membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang
sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu
persatu.
Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan
dengan kumpulan.......
Respon: Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi
pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk
setelah enam kumpulan mengambil tempat)
Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli
berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PANDU PUTERI
Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagi
PANDU PUTERI Tunas.

Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi
ahli membentuk satu lingkungan besar.

Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan

Skip ke kiri Skip ke kanan Kumpulan berenam

Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan
'humming' lagu kumpulan "na na na na.....". Ahli kumpulan akan membuat
lingkungan kecil disekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan
sambil menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai ahli kumpulan akan
melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan
ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi
'humming' lagu kumpulan.

Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli
pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai
dan menyanyikan lagu PANDU PUTERI Tunas. Setelah selesai menyanyikan
lagu PANDU PUTERI Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan
dan berdiri tegak.
Pemimpin akan sebut perkataan 'T.O.S' sekali;
Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali.
Setelah selesai serentak turunkan tangan.

Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat,
memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-
lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam
dalam kuda.

Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu

 Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan,
ahli baharu akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.

 Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri
berpegang tangan dan menyanyikan lagu ahli baharu sambil skip ke kiri dan
kanan.

 Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka.
 Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu PANDU

PUTERI Tunas.

Penutupan perjumpaan mingguan

Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan
menyanyikan lagu Lonceng PANDU PUTERI Tunas. Apabila pemimpin memberi
isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan
membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan
lagu Lonceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing

masing. Pemimpin boleh memberi arahan 'keluar baris' dan semua ahli keluar
baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan.

Ringkasan mengendalikan istiadat Lingkungan Tunas.

Pemimpin tentukan tempat & tema - Pemimpin beri arahan kumpulan bentuk
lingkungan Kumpulan masuk secara rekaan mengelilingi penant dan membuat
lingkungan besar -ahli baharu masuk dan duduk bertinggung--lagu PANDU
PUTERI Tunas dalam lingkungan besar ---lepas tangan - kumpulan masuk
membuat lingkungan dan menyanyikan lagu kumpulan - ahli baharu pegang
tangan & skip ahli baharu masuk kumpulan berenam semua ahli pegang tangan
dan menyanyikan lagu PANDU PUTERI Tunas beramai-ramai -hormat T.O.S
pemeriksaan kebersihan & kutipan -tutup lingkungan.

Pow Wow

Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan,
mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan
oleh pemimpin.

Cara melaksanakan;
Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow.
Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow
Wow berulang kali.
Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut.
Pemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberi
pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab (3 jari).
Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan
tunjukkan isyarat seperti gengam jari: tidak setuju/buka gengaman
(setuju) Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk
mengira undian.
Apabila selesai pow wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai.

Hormat Besar
Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut
tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk
lingkungan.

Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak dibawah dagu
seperti kuntum bunga yang belum berkembang.

Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli lain

Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan
kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang.

Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas
bahu kiri empat kali sambil mengucap " selamat datang ". Kemudian
bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut " selamat
datang".

Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi
senyuman

Ahli boleh menyanyikan lagu 'Selamat Datang"



LEMBARAN KERJA ISTIADAT KAWAD KAKI PANDU PUTERI
Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh ___________ (kakak setia /
Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan __________. Peralatan yang
diperlukan ialah __________ Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk
__________ adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu
dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu
kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan _______________
Pandu Puteri Tunas.

Lagu Pandu Puteri Tunas
Puteri Tunas bertujuan
____________________

Lagu kumpulan

Siantan _____________
Berani macam pahlawan

Melor taat dan setia
___________________

______________ Kenanga
Berjasa ___________

Cempaka bersuka ria
_____________ duka

Bunga Teratai ___________
___________ setiap hari

Kami Kesidang ________
__________ pagi petang.

ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU
ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU PANDU PUTERI

Istiadat ini adalah suatu istiadat khas untuk menyambut atau mengalu-alukan
tetamu seperti:
1. Pesuruhjaya dan pemimpin.
2. Ahli baru yang telah dilantik.
3. Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana.

Cara menyambut tetamu pandu puteri:

1. Seorang pelajar akan mengucapkan selamat pagi kepada tetamu dan
menyatakan ‘’Selamat pagi puan, saya akan membawa puan ke lingkungan
hormat besar, dipersilakan.
2. Selepas itu, semua ahli pandu puteri akan berdiri dalam lingkungan pandu
puteri dengan meletakkan tangan dalam bentuk kuntum bunga yang tertutup.
3. Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri dan dibawa ke
dalam lingkungan besar.
4. Selepas tetamu berada di tengah lingkungan Pandu Puteri akan beraksi seperti
bunga berkembang besar.
5. Kemudiannya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu
sebelah kiri sebanyak 4 kali dan ucapkan ‘’Selamat Datang’’.
6. Seterusnya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu
sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan ‘’Selamat Datang’’.
7. Setelah itu, Pandu Puteri Tunas akan menyanyi lagu iaitu:

Selamat datang puan,
Selamat datang puan,
Datang kerana pandu puteri,
Selamat datang puan. (x2)
8. Semua ahli Pandu Puteri akan memberi hormat kepada tetamu dan membawa
masuk tetamu ke tempat yang disediakan dalam lingkungan.
Contoh Istiadat Menyambut Tetamu

https://www.youtube.com/watch?v=aZe_1P6kOMQ

LEMBARAN KERJA ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU
Lembaran Kerja Istiadat Menyambut Tetamu Pandu Puteri
Beri jawapan yang betul untuk soalan-soalan berikut.
1. Nyatakan untuk siapakah istiadat ini diadakan?

2. Apakah lagu yang akan dinyanyikan semasa menyambut tetamu?

ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU

1. Ahil baru akan dilantik menjadi seorang PPT selepas dia lulus semua ujian
Prapersatiaan. Pakaian seragam lengkap dipakainya pada hari pelantikan
ini.

2. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan
dengan PPT. Kemudian, pasukan akan memberi ‘Hormat Besar’ kepada
PPT baru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat kepada
pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya.

LEMBARAN KERJA ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU
ISI TEMPAT KOSONG.
ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU

3. Ahil baru akan dilantik menjadi seorang PPT selepas dia lulus semua ujian
……………... Pakaian ……………. lengkap dipakainya pada hari pelantikan
ini.

4. Kakak Setia akan menghulurkan tangan ………. sambil berjabat tangan
dengan PPT. Kemudian, pasukan akan memberi ‘……………. kepada PPT
baru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat kepada pasukan
serta dibawa ke kumpulan …………………..

PENGENDALIAN UJIAN KECEKAPAN

ARAHAN KEPADA MODUL PENGGUNA:

Kepada calon (Pandu Puteri Tunas):

1. Calon perlu menyiapkan semua tugasaN dalam
modul ini.

2. Calon boleh menulis jawapan dalam modul ini atau
menaip dengan komputer.

3. Calon harus menjawab dengan kreativiti sendiri.

4. Calon digalakkan mewarna dan menambah grafik
yang sesuai dalam modul.

Kepada Penguji:

1. Penguji 1 –Menandatangani dan memberi ulasan di
muka surat Perakuan dan Ulasan
Penguji selepas ujian amali.

- Menulis nama, jawatan dan tarikh
dalam ruang yang disediakan.

2. Penguji 2 – Menandatangani dan menulis nama,
jawatan dan tarikh di ruang yang
disediakan selepas menyemak Modul
calon.

BIODATA

Gambar dalam uniform
pandu puteri

Bersaiz passport
Bukan swafoto

NAMA
TARIKH LAHIR
NO.KAD
PENGENALAN
NAMA PASUKAN
NO. KEAHLIAN
TARIKH DILANTIK
JAWATAN DALAM
PANDU PUTERI
TUNAS
ALAMAT SEKOLAH
NO. TELEFON
ALAMAT E-MEL
ALAMAT RUMAH
HOBI
CITA-CITA
SEBAB MENJADI
AHLI PAND

Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendakla

mengetahui, menghayati dan mengamalkan:
1.1

• Persetiaan;
• Undang-undang;
• Cogan Kata;
• Isyarat dan Hormat; dan
• Berjabat Tangan.
mengetahui dan memahami:
1.2 • Logo, Lencana dan Benfera Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
• Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia

(WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia.

mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera
semua negeri di Malaysia;

1.3

1.4 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri;

LAPORAN
Tarikh Ujian :

Masa :

Tempat :

Laporan keseluruhan ujian:
SYARAT-SYARAT UJIAN
BIL PERKARA
1 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan :
(i) Persetiaan Pandu Puteri Tunas
(ii) Undang-undang Pandu Puteri Tunas
(iii) Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
(iv) Isyarat dan Hormat Pandu Puteri,
(v) Berjabat Tangan
2. Mengetahui dan memahami:
(i) Logo, lencana dan bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(ii) Logo, lencana WAGGGS dan bendera dunia WAGGGS

3.Mengenal serta mengetahui makna bendera Malaysia dan namakan bendera
semua negeri di Malaysia.

4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri.











B) Saya menghayati dan mengamalkan Undang-undang Pandu Puteri Tunas:













(B) Gunting gambar bendera dari Lampiran 2. Tampal dan namakan semua
bendera negeri di sini:

1.4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri

(A) Bina struktur organisasi pasukan Pandu Puteri Tunas anda.
Struktur tersebut merangkumi nama pasukan, jawatan dan nama
setiap penyandang jawatan serta senarai ahli pasukan mengikut
kumpulan.





REFLEKSI


Click to View FlipBook Version