LEMBARAN KERJA PENGENDALIAN UJIAN KECEKAPAN
1. Nyatakan empat syarat-syarat ujian prinsip asas menjadi seorang ahli pandu puteri yang
perlu diketahui?
i.
ii.
iii.
iv.
2. Pilih syarat-syarat ujian tersebut mengikut turutan yang betul.
i. Isyarat dan hormat
ii. Berjabat tangan
iii. Persetiaan
iv. Undang-undang
v. Cogan kata
a) i, ii, iii, iv, v
b) ii, iii, iv, i, v
c) iii, iv, v, i, ii
d) v, i, iv, iii, ii
3. Dalam ujian kecekapan lencana kawad dan istiadat, nyatakan empat syarat ujian yang perlu
diketahui dan dilaksanakan oleh Pandu Puteri Tunas.
i.
ii.
iii.
iv.
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9
Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
MUKADIMAH
Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu
Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia.
Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta
ini telah disemak pada tahun 1991.
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat
dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan
keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan
gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah
dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis
menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang
tertera di bawah.
PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI
Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.
Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur,
Malaysia.
PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-
UNDANG
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang
berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh
Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah
keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan
tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya:
menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia,
menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.
Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri
yang lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam
kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan
iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk
kepimpinan yang bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
viii. Simbolisme
2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan
terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan
agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran
keanggotaan tahunan.
Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:
Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan
seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan
seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan
pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:
Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun
Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun
Pandu Puteri Remaja 12 – 15 tahun
Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun
Pandu Puteri Kadet +18 tahun
Pandu Puteri Siswi
Pandu Puteri Dewasa +18 tahun
+18 tahun
Bahagian Dewasa +18 tahun
Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun
Penolong Pemimpin +18 tahun
Pemimpin +21 Tahun
Jurulatih +24 tahun
Pesuruhjaya +24 tahun
Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun
Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun
Guild Trefoil +24 tahun
Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar
kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif
yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan
dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan
Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri
menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam,
projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak
menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-
Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia
dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-
individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang
tidak lagi memegang waran.
Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua
Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan
menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, dengan jemputan.
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan
memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh
daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta
dengan peletakan jawatan tersebut.
Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak
mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini.
Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-
kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat
keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan
daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad.
PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.:
a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan
memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan
Prinsip-Prinsip Asas;
b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan
kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri
dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan
khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia;
c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis
berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia;
d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di
bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.
PERKARA 4 – LENCANA
USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak
dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan
“Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya.
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian
daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak
eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak
mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu
Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain
untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan
melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.
PERKARA 5 – PENAUNG
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung
Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
- menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF
Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif
Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan.
Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio
yang dilantik dari semasa ke semasa.
6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung
pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu
dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan
memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-
Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Yang Dipertua
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri
Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang
Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia.
Timbalan Yang Dipertua
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang
jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir,
calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga
tahun selanjutnya.
Ketua Pesuruhjaya
Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk
tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat,
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun.
Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya,
sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan
pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali
setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak
lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Kebangsaan.
Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu
dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis
Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan.
Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3)
tahun sepenuhnya.
USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu
dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur
35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60
tahun.
USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan
ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu
Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di
dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas
perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex
officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan
dari semasa ke semasa.
6.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan
Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir,
ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk
mempengerusikan mesyuarat tersebut.
6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-
undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh,
mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh
asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum,
iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi
daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-
usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan
Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
memerlukan dua pertiga undi majoriti.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu
pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:
i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan
perundangan;
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri
Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik;
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan
memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi
pelaksanaan aktiviti;
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan
kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama,
perancangan pewarisan, dan program latihan terancang;
v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi
yang berkesan dengan orang awam;
vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan
kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi
risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 11: PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN
Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan.
Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan
penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara
mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan.
7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan
mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri
daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga (3)
daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 tahun.
Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu
Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir
tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:
Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis
Kebangsaan:
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha
Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi.
Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi.
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex
officio yang dilantik dari semasa ke semasa:
Tiada hak untuk mengundi.
Wakil Cawangan:
USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan
mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi.
USUL 10: Majlis Kejurulatihan:
10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.
Guild Pandu Puteri Raja:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak empat belas (14) undi.
Guild Trefoil:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak empat belas (14) undi.
Guild Mantan Pesuruhjaya:
Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi.
Wakil Kelab Pandu Puteri:
Dibenarkan mengundi.
Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap
Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian
Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan:
Tiada hak untuk mengundi.
7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir
dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini
boleh disambung.
Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis
Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung.
Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari
tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
7.3 Kekerapan Mesyuarat
Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap
tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui
permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan
ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
7.4 Korum and Kuasa Pengundian
Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu
daripada jumlah ahli yang mengundi.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh,
mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal
mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada
mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan
bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima
sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira
sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi
daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-
hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan
pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi
majoriti.
USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung
Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana
Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun
kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut,
melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:
i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri
Malaysia;
ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif
tentang isu-isu penting;
iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun
tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima
laporan kewangan dan laporan tahunan;
v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga
Eksekutif Kebangsaan
vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik
balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;
vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;
viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan
susulan;
ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri
Malaysia
Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis
Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8 – KEWANGAN
Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:
i.kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh
Majlis Kebangsaan.
ii.derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau
sumber dan pendapatan daripada pelaburan.
Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat
Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri
Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu
atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber
yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah
masing-masing.
Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia
diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang
tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka,
tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh
Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus
mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi,
iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.
Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan
mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan
tidak lewat dari tarikh 14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan
dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun
gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan.
Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari
hingga ke 31 Disember.
PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN
Cawangan Persatuan terdiri daripada:
i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu.
ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
iii.iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan
Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-
Undang Kecil.
Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari
dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten
antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan
mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan
diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan
Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh
jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh
Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan
dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan.
Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis
Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan
membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-
UNDANG KECIL
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis
Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.
USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan
atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu
diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas (14) hari bekerja
sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
PERKARA 11– PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui
satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk
tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis
Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi
majoriti daripada ahli-ahli yang hadir.
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat
dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset
tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung
Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah
berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus
mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis
Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
LEMBARAN KERJA PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI
Berdasarkan rajah di atas, sila tandakan (/) bagi bilangan pecahan bintang yang
betul.
a) 10 ( )
b) 18 ( )
c) 14 ( )
d) 20 ( )
Berdasarkan rajah di atas, sila salin semula tugas-tugas dan tanggungjawab
Penaung Diraja dalam ruangan jawapan yang disediakan.
a)
b)
c)
Juru Pertolongan Cemas
Seorang Juru Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir perlu mempunyai ciri-
ciri:
Tajam Pemerhatian – nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
Pantas Ikthiar – menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada
sekelilingnya.
Tidak Kasar – jangan menyakitkan orang yang tercedera
Berakhlak Budi – tidak menambah kesakitan.
Bertimbang Rasa – menghiburkan hati orang yang tercedera.
Sentiasa tersenyum – muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada
pesakit.
Tanggunjawab Juru Pertolongan Cemas
Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan.
Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.
Tugas Juru Pertolongan Cemas
1. Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit:
2. Menahan pendarahan.
3. Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
4. Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
5. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk
bernafas.
6. Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
7. Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
8. Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara
yang bersih.
LEMBARAN KERJA JURU PERTOLONGAN CEMAS
Sila tandakan (/) pada jawapan yang betul.
A. Tugas Seorang Juru Pertolongan Cemas
Menahan Mendapat sumber
pendarahan cahaya matahari
Berikan Mendapat alat-alat
perlindungan di permainan
tempat yang teduh
dan selesa
Berikan duit kepada Berikan pemulihan
mangsa pernafasan jika
mangsa tidak
bernafas.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
JALAN SIKAMAT
70400 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM
KEDET PANDU PUTERI MALAYSIA
KUMPULAN PISMP SEMESTER 4
2022
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU
PUTERI
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan merupakan kandungan komuniti manusia yang hidup bersama,
iaitu yang dirancang dalam pendidikan (Meier & Mitchell, 1993). Aktiviti
perkhemahan unit beruniform adalah salah satu aktiviti yang utama dalam
kegiatan ko-kurikulum. Berbagai-bagai nilai dapat diterapkan semasa
perkhemahan dijalankan seperti bekerjasama, bertanggungjawab, tolong-
menolong, berdisiplin dan mementingkan bertindak secara berkumpulan
berbanding dengan peribadi. Pelajar akan menghadapi pelbagai jenis cabaran
dan dugaan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan berkeyakinan diri masing-masing. Melalui
aktiviti perkhemahan, pelajar akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Program
ini diharap melahirkan guru-guru yang memiliki sahsiah yang baik dan
memantapkan profesion keguruan serta sentiasa bersedia untuk menghadapi
segala cabaran pendidikan berdasarakan pengalaman yang diperoleh.
2.0 RASIONAL
Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini bertujuan untuk memenuhi syarat
tamat kursus GERKO unit beruniform bagi pelajar Semester 4.
3.0 OBJEKTIF
i. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada
dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti
ii. Melahirkan pelajar yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
berbagai-bagai situasi
iii. Meningkatkan keberanian dan keyakinan pelajar
iv. Membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial
v. Memupuk nilai-nilai murni seperti bertoleransi, bertolak ansur,
bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar
vi. Melatih pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain
4.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh: 3 Oktober 2022 – 6 Oktober 2022 (Isnin – Khamis)
Masa: 8.00 pagi (Isnin) – 11.00 pagi (Khamis)
5.0 TEMPAT
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
6.0 KUMPULAN SASARAN
Ahli Persatuan Pandu Puteri Semester 4
7.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
8.0 ANGGARAN PEMBELAJARAN
Bil Perkara Kos Jumlah
1. Makanan dan minunan 8 x RM 28.00 RM 224.00
Beras 10kg
Ayam 8 x RM 15.00 RM 120.00
Telur 10 x RM 8.00 RM 80.00
Labu 8 x RM 4.00 RM 32.00
Kicap dan sos 4 botol besar x RM 100.00
RM 25.00
Minyak memasak 2 botol x RM RM 50.00
25.00
Sarapan pagi 40 x RM 3.00 x 4 RM 480.00
Minum pagi 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Makanan tengah hari 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum petang 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Makan malam 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
RM 2766.00
2. Peralatan 10 x RM 13.90 RM 139.00
Lampu khemah
Kuali 6 x RM 20.00 RM 120.00
Dapur memasak 6 x RM 50.00 RM 300.00
Gas memasak 6 x RM20.00 RM 120.00
Pisau 6 x RM 12.00 RM 72.00
Papan pemotong 6 x RM 10.00 RM 60.00
Kayu api 5 pack x 10.00 RM 50.00
Tali 6 roll x RM 6.00 RM 36.00
Kertas Mahjong 16 x RM 1.00 RM 16.00
Masking tape 6 x RM 5.00 RM 30.00
Marker pen 6 pack x 15.00 RM 90.00
Tiang kayu 6 x RM 2.00 RM 12.00
Kain putih 6 x RM 5.00 RM 30.00
RM 1075.00
3. Hadiah
Hadiah pertandingan kumpulan
(3 acara)
- Johan 3 x RM 70.00 RM 210.00
- Naib johan
- Ketiga 3 x RM 60.00 RM 180.00
3 x RM 50.00 RM 150.00
Johan keseluruhan RM 80.00
Cederamata perasmi RM 30.00
RM 650.00
JUMLAH RM 4491.00
9.0 AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN
Penaung : Pengarah
Penasihat : Pn. Azibah binti Baharom
Pengerusi : Pn. Erana binti Abdul Saman
Setiausaha : Nurin Alyea binti Latip
Bendahari : Aqilatul Hannan binti Muhammad
Yusri
Kem Komanden : Emmerald Eugenia Anak Ja’au
Pen. Kem Komanden : Nur Annisa Sofia binti Khairul Azam
AJK Pendaftaran : Rithika a/p Sugumaran
Abinaya Bharathi a/p Ramao
AJK Penginapan : Noor Syahirah binti Zainal
AJK Peralatan dan Kisha Ann Velan
Khemah : Nur Nabila binti Hussein
AJK Makanan dan Nur Syahirah Goh
Minuman : Abhirami a/p Varasingam
AJK Keselamatan Rutrapriya a/p Permalu
: Nurin binti Hanif Suhairi
Shubashini a/p K Subramanian
AJK Kebersihan : Nur Amalin Aisyah binti Md Haswadi
Alya Qisstina binti Rassidi
AJK Aktiviti : Nursyazwani binti Baharudin