The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasimah bt Abdul Jal UP(S), 2021-03-09 22:02:04

JURNAL PRAKTIKUM Jilid 1/2021

JURNAL PRAKTIKUM (1)

Jurnal Praktikum

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
2021

INSPIRASI GURU NOVIS
Jurnal Praktikum IPG Kampus Ipoh

Pengurus Projek
Dr Hjh Nornajwa binti Ghazali

Pembacaan Pruf
En Ahmad Jihadi bin Abu Samah

Pn Hjh Radiah binti Idris

Suntingan/Susun atur
En Ahmad Jihadi bin Abu Samah

Dr Hjh Nornajwa binti Ghazali

Editor Bahasa
Dr Hjh Fatimah binti Ibrahim

Reka Bentuk Kulit
En Badrul Hisham bin Ahmad Sukar

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak
Telefon : 05-5331311
Faks : 05-5332743
Laman Sesawang : http://ipgki.moe.edu.my
ISSN : 2773-5214
Cetakan Pertama 2021
@Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
memetiK atau mencetak kembali mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua
dan dengan apa jua dan cara apa pun, baik secara elektronik, fotokopi, rakaman atau
yang lain-lain sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

2

Selayang Bicara

‫ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬Salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Jurnal Praktikum
IPG Kampus Ipoh bagi Tahun 2021 dapat direalisasikan dengan jayanya. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas
kerjasama Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh
dalam usaha untuk menghasilkan Jurnal Praktikum yang berkualiti. Saya amat yakin
Jurnal ini dapat dijadikan panduan oleh para siswa guru sebagai “Inspirasi Guru Mula”
bagi mereka yang sedang atau yang akan menempuh fasa praktikum.

Jurnal Praktikum merupakan antara penghasilan penulisan siswa guru selama 12 minggu
yang berkait rapat dengan apa sahaja bidang permasalahan yang berlaku di sekolah.
Masalah yang timbul akan dianalisis secara berperingkat dengan mengenalpasti punca
masalah dan mengapa ia berlaku. Permasalahan ini perlu diselesaikan dengan
bimbingan Pensyarah Pembimbing Praktikum secara profesional serta dibuat
penambahbaikan dari masa ke semasa bagi melihat keberkesanan kaedah penyelesaian
yang digunakan.

Idea dan kaedah-kaedah baharu yang dicetuskan oleh siswa guru selama 12 minggu
perlu dikongsi bersama rakan-rakan praktikum yang lain sebagai inspirasi awal untuk
memulakan pengalaman praktikum di sekolah. Selaras dengan Misi Institut Pendidikan
Guru sebagai Peneraju Kecemerlangan pendidikan Guru, pembangunan guru dan
amalan profesional melalui pelaksanaan praktikum di sekolah-sekolah menempuh
suasana sebenar adalah penting untuk melahirkan guru yang berdaya saing, kompeten,
berjiwa pendidik serta mampu menghadapi cabaran Pendidikan Abad ke-21.

Akhir kata, semoga proses penghasilan Jurnal Praktikum ini dapat menjadi rujukan buat
semua graduan bakal-bakal guru sama ada siswa guru di IPG seluruh Malaysia atau
institusi-institusi pendidikan yang lain. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini ke
arah mengekalkan kecemerlangan warga pendidik.

DR YAHYA BIN OSMAN
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

3

Sebingkis Kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jabatan Kecemerlangan Akademik menyokong penuh penulisan refleksi pelajar dalam
bidang amalan professional. Jurnal Praktikum ini dapat memberi manfaat kepada semua
pihak terutamanya pelajar kerana dapat memberi nilai tambah memperbaiki amalan
professional yang akan ditempuhi semua pelajar program ijazah sarjana muda.
Pengalaman ini perlu dikongsi dan disebar luaskan kepada semua pelajar yang mengikuti
program ijazah sarjana muda perguruan melalui buku ini.

Budaya refleksi merupakan sesuatu yang ilmiah serta boleh membawa kepada
penambahbaikan terhadap amalan yang kita lakukan dalam meningkatkan perkhidmatan
terutama daripada aspek pengajaran. Jurnal Praktikum ini merupakan pengalaman guru-
guru pelatih yang telah mengikuti latihan praktikum fasa 1 dan fasa 2.

Refleksi Praktikum ini dilaksanakan bermula daripada peringkat mengenalpasti
permasalahan sehinggalah kepada cadangan penambahbaikan atau penyelesaian
dengan bimbingan pensyarah penyelia. Skop refleksi ini adalah kebanyakkannya
dijalankan di sekolah rendah bersesuaian dengan latihan amalan professional yang
dijalankan kebanyakkan di sekolah rendah.

Secara keseluruhan jurnal prartikum ini boleh dijadikan rujukan kerana terdapat banyak
kaedah yang digunakan untuk meningkatkan amalan professional serta bertepatan
dengan anjakan ke 8 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu transformasi
kebolehan dan keupayaan.

EN AZHAR BIN OSMAN
Ketua Jabatan
Jabatan Kecemerlangan Akademik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

4

Secoret Rasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Jurnal Praktikum ini merupakan himpunan pengalaman siswa guru yang julung-julung
kalinya dikompilasikan dan diterbitkan oleh IPG Kampus Ipoh. Menjalani latihan praktikum
adalah antara perkara yang amat mendebarkan dan ini penting bagi menentukan sama ada
seseorang bakal guru tersebut mampu menjadi guru yang baik dan mampu mempraktikkan
segala ilmu yang telah dipelajari di kampus.
Jurnal ini merupakan platform pensyarah dan siswa guru bagi meneruskan kolaborasi
wacana ilmu, pengalaman, penyelidikan dan penerbitan. Penghasilan jurnal ini
diharapkan dapat memberi impak yang besar sebagai rujukan dalam dunia pendidikan
dan pencetus ilmu-ilmu baharu demi generasi yang akan datang.
Sehubungan dengan itu juga diharapkan jurnal ini akan dapat dijadikan sebagai bahan
rujukan kepada para siswa guru dan pensyarah. Segala pengalaman yang digarapkan
dan diperbincangkan dalam jurnal ini mempunyai asas yang kukuh dan dapat memberi
idea baharu serta dipraktikkan pelbagai pendekatan, kaedah, strategik dan teknik
pengajaran dan pembelajaran semasa menjalani praktikum.
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah IPG Kampus Ipoh yang
bertungkus-lumus bagi merealisasikan jurnal ini.
Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI MOHD TAUFIK BIN HAJI AHMED
Ketua Unit
Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

5

Secangkir Tinta

‫ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬dan salam kecemerlangan.

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Jurnal Praktikum
yang telah dirancang sekian lama dapat diterbitkan. Kolaborasi Jabatan Kecemerlangan
Akademik dan Unit Praktikum adalah usaha yang sangat baik untuk memberi
pendedahan kepada bakal guru ciri-ciri penulisan Jurnal Praktikum yang baik dan
berkualiti.

Penulisan Jurnal Praktikum mingguan yang baik oleh bakal siswa guru memainkan
peranan penting sebagai bahan rujukan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh
warga IPGM. Jurnal-jurnal ini dihasilkan oleh siswa guru yang dibimbing dan dinilai oleh
pensyarah pembimbing dalam isu atau cabaran yang dihadapi sepanjang minggu
menjalani praktikum. Penulisan jurnal ini memfokuskan pelbagai isu penting seperti
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid dalam pembelajaran, mengetahui keberkesanan pengajaran,
merancang dan mengubah suai pengajaran serta bertindak melakukan tindakan susulan.

Sebahagian daripada Jurnal Praktikum yang dihasilkan sekian lama oleh bakal siswa
guru IPG Kampus Ipoh khususnya calon guru praktikum cemerlang terhenti selepas
tamat praktikum dan ini dilihat merugikan kerana tidak dapat dimanfaatkan oleh siswa
guru lain yang akan menempuh fasa praktikum. Penerbitan jurnal ini adalah medium
terbaik bagi melakukan perkongsian pengetahuan dan kemahiran bakal-bakal guru dalam
menghasilkan Jurnal Praktikum yang berkualiti dan boleh menjadi rujukan kepada semua
bakal-bakal guru di Malaysia.

Akhir kata jutaan terima kasih diucapkan kepada Yg Bhg Dr Yahya bin Osman, Pengarah
IPG Kampus Ipoh yang memberi sokongan penuh dalam menjayakan penerbitan ini.
Tidak lupa juga penghargaan kepada Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik, semua
siswa guru dan pensyarah pembimbing yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Jurnal
Praktikum bagi tahun 2021. Semoga perkongsian ilmu melalui penerbitan jurnal ini akan
mendapat kebaikan untuk semua. Sekian terima kasih.

DR NORNAJWA BINTI GHAZALI
Pengarah Projek
Jurnal Praktikum 2021
Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik
Jabatan Kecemerlangan Akademik
IPG Kampus Ipoh

6

ISI KANDUNGAN

1. Teknik Alif ‘Tolong Dan Sombong’ Dalam Meningkatkan 9-14
Penguasaan Huruf Alif Bersambung Dan Tidak Bersambung. 15-22
Nurul Nadiah Mohd Isa dan Nornajwa Ghazali, PhD 23-29
30-34
2. Kaedah “Flip Classroom” Untuk Meningkatkan Penglibatan
Aktif Murid Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. 35-38
Nurul Adlina Sharkawi dan Fatimah Ibrahim, PhD 39-43
44-48
3. Kemahiran Memegang Pensel Dalam Kalangan Murid Tahun
Satu. 49-52
Tracy Tiung Anak Morris dan Nor Hashimah Abu Bakar, PhD 53-59
60-69
4. Meningkatkan Kemahiran Menulis Tulisan Tamil Yang Kemas
Melalui Pemilihan Pensil Yang Sesuai Dan Teknik 70-75
Memegang Pensil Yang Betul. 76-82
Thaatchaayani a/p Muthumanikam dan Arulnathan a/l
Visurasam, PhD

5. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Murid
Menggunakan Kaedah “Tulang Ikanku”.

Ahmad Aiman Mohd Kamaruzaman dan Hasnah Awang, PhD

6. Menangani Gejala Murid Ponteng Tanggungjawab Bersama.
Keerthana a/p Balakrishnan dan Lena Vimalanan, PhD

7. Meningkatkan Kemahiran Sosial Kanak-Kanak (Bergaul,
Bercampur, Berinteraksi, Dan Berkomunikasi) Dengan Orang
Lain Melalui Aktiviti Bermain Di Dalam Kumpulan.
Tracy Tiung Anak Morris dan Mastura Karimuddin.

8. Penggunaan Elemen Muzik Di Dalam Kelas Bahasa Inggeris.
Nurul Syakirin Nazian dan Tn Hj Meor Zahidi Hj Meor Mohd
Tahir

9. Aplikasi Model Bilik Darjah Flipped Classroom Dalam
Kemahiran Membaca Dan Memberi Respon.
Law Sye Ching, Lee Siong Theam dan Ng Sook Gun, PhD

10. Pembelajaran Berasaskan Projek Dengan Penerapan
Elemen PAK21 Dalam Topik Penanaman Sayuran.
Muhamad Azizul Hakim Azlan dan Saidatul Nadiah
Shamsuddin

11. Faktor-Faktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam
Kegiatan Kokurikulum Di SJK(C) Chung Tack.
Ivy Wong, Shahaliza Halim dan Noor Azmi Osman, PhD

12. Tahap Pengetahuan Pelajar IPG Kampus Ipoh
Dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah.
Nur Amirah Abu Bakar dan Faizal Hakimi Samsudin

7

13. Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah 83-86
Ganjaran. 87-95
Leshainie a/p Shankaren dan Nor Aziah Abdul Aziz
96-102
14. Menghadapi Tingkah Laku Murid Bermasalah Semasa
Praktikum. 103-106
Razana Rusdi, Wan Nurin Jazlina Wan Ahmad Fadzil dan 107-109
Noor Aini Nasaruddin, PhD 110-116
117-122
15. Bimbingan Padu Pensyarah Dan Guru Pembimbing Berjaya
Meningkatkan Kemahiran Merungkai Standard Dalam
Pengajaran Siswa Pendidik.
Ummu Sofwah Abd Aziz dan Norhani Bebe Alta Miah.

16. Murid Tidak Memberikan Tumpuan Di Dalam Kelas.
Nurul Adlina Sharkawi dan Rozita Omar.

17. Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Keberkesanan
Pengajaran Dan Pembelajaran.
Azandia Abdul Rahman dan Rozita Omar.

18. Pengurusan Masa Guru Di Dalam Kelas Semasa Proses
Pengajaran Bahasa Melayu.
Wan Nadiah Sazali dan Mohd Taufik Haji Ahmed.

19. Penggunaan Video Dalam Meningkatkan Keupayaan
Mengingat Dan Memahami Fakta Sejarah Bagi Murid Tahun
Empat.
Kalpana a/p R. Mohan dan Shuwaibah Rasidi.

8

TEKNIK ALIF ‘TOLONG DAN SOMBONG’ DALAM MENINGKATKAN
PENGUASAAN HURUF ALIF BERSAMBUNG DAN TIDAK BERSAMBUNG

Nurul Nadiah Mohd Isa
[email protected]

Nornajwa Ghazali PhD
[email protected]

ABSTRAK

Rungutan yang sering kedengaran dalam kalangan guru mata pelajaran Jawi ialah
kesilapan murid dalam menyambung huruf-huruf hijaiyyah. Kegagalan menguasai
tulisan Jawi termasuklah kesilapan menulis huruf alif bersambung dan tidak
bersambung akan menyukarkan murid menguasai pembelajaran Jawi serta tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan Jawi dengan baik. Penulisan ini bertujuan
membincangkan teknik berkesan bagi mengatasi kekeliruan murid dalam menulis huruf
alif bersambung dan tidak bersambung dengan huruf-huruf hijaiyyah yang lain. Teknik
alif ‘tolong dan sombong’ yang menggabungkan kaedah bercerita, nyanyian dan juga
bahan bantu mengajar berwarna merupakan teknik berkesan. Penggunaan teknik
gabungan bahan bantu mengajar ini didapati murid dapat menguasai kemahiran
menyambung huruf alif dengan betul. Gabungan teknik ini diharapkan menjadi nilai
tambah dalam amalan PdP serta meningkatkan profesionalisme guru mata pelajaran
Jawi.

Kata Kunci : mata pelajaran jawi, tulisan jawi, huruf alif, kemahiran jawi

PENGENALAN

Isu / Masalah

Pengkaji ditempatkan mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan dalam daerah
Gopeng. Tinjauan penulis di sekolah ini menunjukkan lima orang murid tahun dua tidak
dapat menulis huruf alif bersambung dan tidak bersambung dengan betul. Lembaran
kerja yang telah diberikan oleh penulis kepada lima murid ini menunjukkan alif yang
disambungkan dengan huruf hijaiyyah lain kelihatan seperti huruf lam, manakala huruf
hijaiyyah yang boleh bersambung dengan huruf alif pula diabaikan. Pengkaji
berpendapat bahawa masalah ini perlu diselesaikan segera kerana kegagalan murid
menguasai asas penulisan Jawi akan memberi kesan terhadap minat murid untuk
mempelajari Pendidikan Islam.

Tujuan Kajian

Penulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan teknik alif ‘tolong dan sombong’
kepada guru mata pelajaran Jawi sebagai usaha membetulkan kesilapan menulis huruf
alif bersambung dan tidak bersambung dalam kalangan murid tahun dua. Hal ini

9

penting bagi memantapkan asas penulisan jawi dalam kalangan murid sebelum
mereka memasuki fasa pembelajaran jawi dalam tahun berikutnya. Kemahiran ini amat
penting untuk murid kuasai kerana penggunaan tulisan jawi digunakan sepenuhnya
dalam buku teks serta diperluaskan penggunaannya melalui pelaksanaan PdP.

Kepentingan Kajian

Kepentingan tulisan jawi tidak dapat dinafikan sejak dahulu hinggalah ke hari ini,
tulisan jawi merupakan lambang kesenian dan identiti bagi umat Islam Malaysia. Jika
diteliti dengan lebih mendalam, tulisan Jawi merupakan sistem tulisan dan ejaan yang
sangat mudah ringkas serta mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik dan
klasik. Tulisan jawi juga sering dikaitkan dengan literasi dan kehidupan beragama
dalam masyarakat Melayu. Kemahiran menulis Jawi perlu dikuasai murid-murid agar
agenda memperkasa tulisan Jawi akan terus hudup subur sebagai warisan unggul
dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Masyarakat umum mengetahui secara jelas bahawa tulisan Jawi merupakan
medium asas dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Matlamat mata
pelajaran Jawi adalah melengkapkan murid dengan kemahiran menulis dan membaca
Jawi bagi membolehkan murid memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan
Islam. Hasrat ini berkemungkinan besar tidak tercapai seandainya murid tidak boleh
menguasai Jawi dengan baik. Oleh itu, tindakan perlu dilaksanakan sekiranya wujud
kelemahan dan keadaan ini memerlukan kepekaan para guru mengetahui tahap
kemahiran membaca dan menulis Jawi murid-murid yang akan memberi kesan
terhadap pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam (Fairuz Aimi,
2013).

Penulis meyakini bahawa penulisan ini amat penting dalam usaha meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran Jawi. Nilai tambah dalam
PdP menggunakan teknik ini mampu memberikan motivasi kepada murid untuk belajar
dan berubah kepada penulisan Jawi yang betul. Melalui penulisan ini juga diharapkan
para guru dapat menilai sejauh mana keberkesanan amalan rutin PdP Jawi yang telah
dilaksanakan selama ini, seterusnya bersemangat untuk menerima suntikan nafas baru
bagi meningkatkan profesionalisme diri dalam dunia pendidikan Jawi.

KAJIAN LITERATUR

Kesilapan dalam menulis dan menyambung huruf-huruf Jawi bukan perkara
baharu. Banyak pihak yang telah melakukan kajian bagi mengenal pasti punca
berlakunya masalah tersebut. Menerusi mata pelajaran Jawi, murid sepatutnya
menguasai beberapa kemahiran termasuklah kemahiran menyebut, membaca dan
menulis huruf-huruf, suku kata, perkataan dan teks Jawi (Che Siah, 2007; Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2004). Kemahiran yang dibekalkan ini bertepatan dengan usaha
mencapai objektif mata Pelajaran Pendidikan Islam yang menetapkan matlamat murid
dapat membaca, membina, menulis ayat atau teks dalam tulisan Jawi dan Khat serta
mencintainya sebagai budaya bangsa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Guru
perlu menambah pengetahuan, kemahiran dan nilai secara berkesan melalui

10

kepelbagaian strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Jawi yang menarik
dan sesuai bagi memenuhi keperluan abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2015).

Pengajaran Jawi yang berkesan dalam kalangan guru Pendidikan Islam adalah
amat penting dan mempunyai perkaitan rapat dengan tahap penguasaan murid dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini disebabkan buku teks dan bahan sumber
Pendidikan Islam yang sebahagian besarnya ditulis dalam tulisan Jawi (Asyraf Ridwan
& Berhanuddin, 2015). Manakala pengajaran Pendidikan Islam juga diajar sepenuhnya
dalam tulisan Jawi di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah (Asmawati et
al., 2008). Guru Pendidikan Islam seharusnya memiliki kemahiran dan kecekapan
dalam memahami disiplin ilmu pedagogi yang meliputi strategi, pendekatan, kaedah
dan teknikpengajaran Jawi agar dapat memilih metodologi yang terbaik dan paling
berkesan untuk diaplikasi dalam pengajaran Jawi kepada murid-murid di sekolah.

PENYELESAIAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang amat penting untuk
memartabatkan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan murid di negara ini. Jika
pemerkasaan Jawi tidak dilakukan, kemungkinan tulisan jawi menerima nasib yang
sama seperti mata pelajaran agama lain seperti Tajwid, Sirah, Akidah dan lain-lain
menjadi mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan kemudian diabaikan di
sekolah menengah yang akhirnya ilmu tersebut dikuasai oleh agamawan sahaja,
manakala murid pula bakal menghadapi masalah kemerosotan pencapaian dalam
akademik mereka. Tindakan ini selaras dengan langkah Kementerian Pendidikan
Malaysia yang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi dalam proses PdP mata pelajaran
Pendidikan Islam, buku teks Pendidikan Islam tulisan Jawi serta memasukkan
kemahiran Jawi sebagai satu elemen asas dalam Pendidikan Islam.

Perkembangan tulisan Jawi mengalami perubahan meluas dengan kedatangan
Islam ke Tanah Melayu. Ini ini terbukti dengan penggunaan tulisan Jawi yang menjadi
bahasa penyampai dalam pentadbiran negara seperti penemuan artifak batu bersurat
yang menggunakan tulisan Jawi pada ketika itu. Kegemilangan tulisan Jawi tidak dapat
dinafikan menjadi bahasa penyampai ilmu pengetahuan, pendidikan, perdagangan
serta menjaga hubungan sosial dalam dan luar negara. Namun pada tahun 1963
masyarakat Malaysia mula memadai menggunakan tulisan rumi secara rasmi dan
keadaan ini menyebabkan tulisan Jawi mula dipinggirkan secara tidak langsung.
Penulis merasakan bahawa tanggungjawab mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi
terutama dalam kalangan murid-murid sekolah perlu dilakukan di peringkat awal
pendidikan yang masih segar menerima tunjuk ajar dan bimbingan kerana didikan dan
penekanan di awal usia mampu membentuk kemahiran ini secara berperingkat dan
berterusan.

Penulis juga sering mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekerja yang
juga menghadapi masalah yang sama. Antara penyelesaian yang boleh dilakukan
adalah dengan membuat beberapa nilai tambah dalam kaedah dan teknik pengajaran
Jawi sedia ada. Gabungan ini akan membawa kepada variasi pengajaran yang lebih

11

segar, ceria, mantap dan menyeronokkan murid-murid. Nilai tambah ini juga dapat
memberi nafas baharu kepada usaha meningkatkan kepakaran dan profesionalisme
guru dalam membuat penilaian berterusan terhadap keberkesanan amalan rutin bilik
darjah khususnya bagi mata pelajaran Jawi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

PdP yang bersifat normal, serius serta menumpukan kepada penguasaan ilmu
semata-mata perlu berubah kepada suatu kaedah dan teknik yang lebih gembira dan
menyeronokkan murid-murid. Sisipan elemen ini dalam pelaksanaan PdP menuntut
guru untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Perubahan dalam wajah pendidikan
dahulu dan hari ini drastik mengalami perubahan dan murid-murid hari ini tidak gemar
lagi mengikuti PdP secara formal, serius dan statik dalam menerima ilmu. Aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan
perlu dirancang bagi meningkatkan perhatian murid terhadap apa yang diajar oleh
guru. Bagi membina kelainan dalam pembelajaran huruf alif bersambung dan tidak
bersambung, pengkaji cenderung untuk menggabungkan tiga teknik yang boleh
menyeronokkan pembelajaran murid, iaitu dengan menggunakan teknik bercerita,
nyanyian dan juga bahan bantu berwarna.

Iringan irama lagu dan rentak muzik menguatkan lagi daya ingatan di samping
mengurangkan kebosanan dan dapat mempertingkatkan minat serta mendorong
penumpuan murid. Seseorang murid akan minat dan tertarik dengan pelbagai
maklumat yang disampaikan menerusi metode yang digemari menyebabkan maklumat
tersebut makin mudah untuk diingati dan mampu merakamnya dalam ingatan jangka
panjang. Menyanyi pula adalah aktiviti kehidupan yang berlaku dalam suasana sebenar
dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
Kanak-kanak gemarkan nyanyian dan bagi kanak-kanak aktiviti nyanyian adalah
sebagai satu bentuk permainan dan kerehatan yang menghibur dan menenangkan
fikiran. Manakala bahan bantu berwarna pula merujuk warna merah, biru, kuning, hijau
dan lain-lain dalam pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman konsep dan isi
pelajaran yang diajar oleh guru. Warna juga akan dapat merangsang murid sekali gus
dapat membantu murid-murid membezakan tulisan huruf-huruf Jawi yang berada di
depan,tengah dan di akhir perkataan (Syamimi, 2014).

Pelaksanaan teknik ini dimulakan dengan menyanyikan lirik alif ‘sombong dan
tolong’ menggunakan melodi Upin dan Ipin. Teknik bercerita akan digunakan selepas
nyanyian dengan memperkenalkan huruf rumah Kampung Hijau dan huruf Kampung
Merah. Alif tolong adalah huruf alif yang boleh disambungkan tulisannya dengan huruf-
huruf yang berada di rumah hijau, manakala alif sombong pula adalah huruf alif yang
boleh disambung dengan huruf-huruf yang berada di rumah merah. Pengasingan huruf
kampung merah dan kampung hijau memudahkan murid mengingati huruf hijaiyyah
yang boleh bersambung dan tidak bersambung dengan huruf alif.

Bagi aspek tumpuan dan minat, teknik ini menunjukkan reaksi wajah gembira
murid-murid ketika menyanyikan lagu alif tolong dan sombong. Semasa dan selepas
pelaksanaan teknik ini digunakan dalam PdP, pemerhatian demi pemerhatian terus

12

dilakukan oleh pengkaji terhadap murid terlibat, seterusnya temu bual dan latihan
bertulis juga turut dilakukan dan pemerhatian menunjukkan murid dapat menulis
dengan betul hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Peningkatan ini menunjukkan
gabungan kepelbagaian teknik dalam pelaksanaan PdP mampu membantu dan
merangsang kemahiran murid dalam meningkatkan penguasaan tulisan Jawi ini.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian yang diperoleh membuktikan teknik alif ’tolong dan sombong’
mampu meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid terhadap penulisan huruf alif
bersambung dan tidak bersambung. Teknik ini secara tidak langsung dapat menarik
perhatian dan minat murid dalam mempelajari tulisan Jawi. Pengkaji berpendapat
kajian ini perlu diteruskan pada huruf-huruf hijaiyyah lain untuk kesinambungan dan
kejayaan pendidikan tulisan Jawi pada masa akan datang.

Sejajar dengan mempelbagai kaedah dan teknik pengajaran, pengkaji juga
mencadangkan agar penggunaan teknologi ditingkatkan bagi melaksanakan
pengajaran yang lebih menarik. Huruf Kampung Rumah Hijau dan Rumah Merah boleh
juga dipaparkan melalui slaid dan video, penggunaan transisi dan animasi dalam
tayangan serta kesan bunyi akan membuatkan bahan bantu mengajar ini menjadi
sangat menarik. Hal ini penting bagi memastikan fokus murid terus kekal ketika belajar,
dapat mencapai objektif pengajaran guru dan secara tidak langsung kawalan kelas
dapat ditangani dengan mudah. Kajian bagi meningkatkan profesionalisme pengajaran
dalam mata pelajaran tulisan Jawi seperti ini perlu diteruskan bagi memastikan
penerusan dan kesinambungan warisan Jawi akan terus subur dan hidup dalam diri
murid-murid.

RUJUKAN

Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abdul Mutalib & Muhd Fauzi
Muhammad. (2008). Teacher’s Perception Towards The Model Of Jawi Writing In
Mlaysia Education System : The International Jurnal Of Interdisciplinary Sosial
Sciences.

Asyraf Ridwan Ali & Berhanuddin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi dalam
Memperkasa Tamadun Islam Di Malaysia. Proceedings Of ICIC2015-International
Conference On Empowering Islamic Civilization In The 21th Century. Malaysia :
Universiti Sultan Zainal Abidin, 6-7 September 2015.

Che Siah Che Man. (2007). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah :
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 5.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Program j-
QAF, Bahagian Pendidikan Islam.

13

Kementerian pendidikan Malaysia. (2015). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Jemaah Nazir dan
Kualiti 2015.

Nurul Syamimi binti Ahmad. (2014). Penggunaan “Kad Penyambungan Huruf Jawi
Berwarna” Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf-Huruf Jawi : IPG
Kampus Kent Tuaran.

14

KAEDAH FLIPPED CLASSROOM UNTUK MENINGKATKAN
PENGLIBATAN AKTIF MURID DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Nurul Adlina Sharkawi
[email protected]

Fatimah Ibrahim, PhD
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan kaedah flipped classroom bagi
meningkatkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Cabaran
pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus kepada
kemahiran berfikir pada aras yang tinggi, dan juga ruang pembelajaran yang dinamik
Kelebihan kaedah flipped classroom yang ketara adalah kerana kaedah ini menyediakan
ruang dan masa yang lebih berkualiti antara guru dan murid. Interaksi antara
murid dan guru adalah kunci kepada pembelajaran aktif dan bermakna.
Responden dalam kajian ini seramai 31 orang dari sebuah sekolah di Ipoh. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa pembelajaran abad ke-21 dengan menggunakan kaedah flipped
classroom dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu. Kaedah flipped classroom dapat menambah pengetahuan sedia ada murid
sebelum guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci : kaedah flipped classroom, penglibatan aktif murid, pembelajaran abad ke-
21, pengetahuan sedia ada, pembelajaran bahasa Melayu.

PENGENALAN

Dengan bermulanya abad ke-21, maka menandakan masyarakat dunia beralih ke
satu lagi fasa anjakan paradigma kehidupan dalam semua bidang seperti ekonomi,
teknologi, sosial, komunikasi, dan termasuklah bidang pendidikan. Oleh yang demikan,
pendidikan abad ke-21 kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran
pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus kepada
kemahiran berfikir pada aras yang tinggi, dan juga ruang pembelajaran yang dinamik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

Di sekolah rendah, pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu agak
mencabar. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan bukan sahaja
menekankan pembelajaran berasaskan murid dan pembelajaran kolaboratif, malah
murid-murid akan belajar melalui pembelajaran mendalam seperti pembelajaran
penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, inkuiri dan pembelajaran
koperatif serta pembelajaran secara kontekstual. Murid akan ditaksir dan dinilai semasa
PdP dijalankan. Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pula,
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberi penekanan kepada
pengukuhan literasi dan aplikasi kemahiran bahasa supaya mereka lebih
berketerampilan berbahasa dalam bentuk lisan dan bertulis. Hal ini demikian kerana
adanya segelintir murid –murid yang tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan

15

baik kerana memiliki sikap malas, kurang bertanya soalan, tiada keyakinan diri dan sekali
gus kelemahan ini memberikan impak yang besar kepada murid. Oleh hal yang demikian,
sukar untuk guru melahirkan murid-murid yang boleh menghadapi cabaran masa
hadapan sekiranya mereka terus bersikap sedemikian. Oleh itu, penggunaan kaedah
flipped classroom dalam PdP ini merupakan salah satu cara guru untuk menghakis sikap
malas dan mengatasi masalah dalam kalangan murid.

Isu / Masalah

Pengkaji ditempatkan mengajar di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah
Kinta. Berdasarkan pemerhatian awal pengkaji selama dua minggu di sekolah didapati
bahawa kebanyakan murid di dalam kelas tidak dapat berkolaboratif secara aktif di dalam
kelas. Borang pengurusan grafik dan lembaran kerja yang diberi kepada murid tidak
dapat dilengkapkan dengan sempurna. Murid-murid kurang berminat untuk mencari
sendiri ilmu pengetahuan. Murid-murid hanya mengharapkan guru untuk memberikan
ilmu. Temu bual yang dilakukan dengan murid juga menunjukkan bahawa mereka kerap
menghadapi masalah untuk memahami dan mencari isi penting sesuatu topik karangan
yang diajar oleh guru di dalam kelas kerana ketiadaan idea. Justeru, penglibatan dan
respon murid agak terhad sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Murid-
murid juga kurang keyakinan diri untuk bertanyakan soalan kepada guru. Terdapat murid-
murid yang tidak memberikan kerjasama kepada rakan-rakan dalam kumpulan sewaktu
aktiviti kumpulan dijalankan di dalam kelas. Oleh itu pengkaji berpendapat bahawa
penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu amat penting bagi membantu
murid-murid mengatasi masalah ketiadaan idea sewaktu aktiviti penulisan karangan
dilaksanakan di bilik darjah.

Tujuan Kajian

Penulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan kaedah flipped classroom sebagai
usaha menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid tahun empat bagi
mencari isi-isi penting karangan Bahasa Melayu. Hal ini penting bagi memantapkan asas
penulisan karangan serta keupayaan untuk mencari isi-isi penting karangan dalam
kalangan murid.

Kepentingan Kajian

Kelebihan kaedah flipped classroom ialah kaedah ini mempunyai dua fasa yang
memberi ruang kepada murid-murid untuk belajar mengikut kadar kendiri dan membina
pengetahuan melalui pengalaman atau dengan cara bimbingan guru dan rakan (Lowell, J.
& Verleger, M.A., 2013). Kaedah flipped classroom membolehkan kuliah dan waktu
interaksi dilaksanakan di luar waktu kelas. Oleh itu, apabila murid-murid melangkah
masuk ke dalam kelas untuk waktu pengajaran yang sebenar, murid-murid telah
mempunyai pengetahuan berkaitan topik yang ingin diajar oleh guru. Guru dapat
menggunakan waktu kelas sebenar dengan melakukan aktiviti kolaborasi dan
pengukuhan kepada murid-murid. Justeru, kajian ini penting bagi melihat tahap
penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan
kaedah flipped classroom.

16

KAJIAN LITERATUR

Pada dasarnya, istilah flipped classroom dikenal pasti daripada konsep kelas biasa
yang menjadi tempat menyampaikan pelajaran melalui kuliah. Dalam persekitaran kelas
biasa, murid diberikan tugasan kerja rumah untuk disiapkan di luar waktu sekolah
mengikut kelapangan masa murid tersebut dalam proses pembelajaran (Siti Hajar Halili &
Zamzami Zainuddin, 2015). Idea asas dalam kaedah flipped classroom ialah penerimaan
maklumat dan pengetahuan dilakukan di luar kelas secara akses kendiri dalam bentuk
tugasan kerja rumah, manakala masalah berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan
diselesaikan melalui aktiviti kolaborasi dengan rakan-rakan di dalam kelas (Lage, Platt,
Tregilia, 2000).

Sesebuah kelas dianggap flipped apabila kelas tersebut berubah daripada cara
tradisional. Bergmann dan Sams (2012) mengetengahkan idea bahawa pelaksanaan
flipped classroom membolehkan murid aktif dalam proses pembelajaran mereka. Stone
(2012) pula berpendapat, kelebihan kaedah flipped classroom yang ketara adalah
kerana kaedah ini menyediakan ruang dan masa yang lebih berkualiti antara guru
dan murid. Interaksi antara murid dan guru adalah kunci kepada pembelajaran
aktif dan bermakna. Menurut Rashid, Boon & Ahmad (2017), guru dan murid akan
berinteraksi secara ilmiah tentang bahan yang disediakan melalui kaedah flipped
classroom. Hal ini demikian kerana kaedah ini mampu meningkatkan penglibatan murid
dengan aktif. Murid juga akan sering bertanyakan soalan memandangkan maklumat yang
diperoleh hanyalah sebahagian daripada topik. Oleh itu, untuk menghilangkan
kerunsingan mereka terhadap topik tersebut, mereka akan menggunakan kaedah
pertanyaan secara terus kepada guru mengenai isi pelajaran yang dicari. Hal ini akan
menggalakkan lagi hubungan dua hala antara murid dan guru.

PENYELESAIAN MASALAH

Bagi menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat mencari maklumat dengan
tepat, pengkaji telah melakukan beberapa tindakan berdasarkan kerangka flipped
classroom (FC).

Langkah1 menentukan
hasil pembelajaran

Langkah 3 Langkah 2
Penilaian Aktiviti FC Strategi pelaksanaan

2c 2a Aktiviti
prapengajaran
aktiviti
pascapembelajaran

kelas

2b

pembelajaran aktif
dalam kelas

Rajah 1.0 Kerangka Flipped Classroom (FC)
Sumber: Bergmann dan Sams (2012)

17

Pengkaji selaku guru yang mengajar Bahasa Melayu akan menentukan hasil
pembelajaran terlebih dahulu bagi topik yang hendak diajar. Dengan menggunakan
Rancangan Pelajaran Harian (RPH), pengkaji menetapkan objektif pembelajaran
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu (DSKP).
Penetapan objektif pengajaran juga meliputi tahap prapengajaran hingga kepada
pascapengajaran. Strategi pelaksanaan FC dibahagikan kepada peringkat berikut, iaitu
aktiviti prapengajaran, pembelajaran aktif di dalam kelas dan aktiviti pascapengajaran.

Misalnya, pada peringkat prapengajaran, pengkaji telah mengumpulkan pelbagai
bahan berkaitan isu pencemaran alam sekitar dan mengakses klip video, link berita atau
majalah yang berkaitan isu tersebut dalam internet. Bahan-bahan ini dimuat naik dalam
aplikasi WhatsApp. Pada peringkat prapengajaran ini, murid diberikan taklimat tentang
cara dan peraturan menggunakan aplikasi WhatsApp rasmi bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Taklimat ini penting bagi menggalakkan murid melakukan interaksi dalam talian
dengan cara mengakses bahan tentang pencemaran alam sekitar yang telah dimuat naik
dalam grup WhatsApp kelas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Selepas menonton klip
video dan membaca pautan keratan berita dan majalah tentang pencemaran alam sekitar
daripada aplikasi WhatsApp , murid diminta untuk memberikan pendapat masing-masing
tentang isi-isi penting pencemaran udara melalui aplikasi WhatsApp. Aktiviti ini dilakukan
sendiri di rumah. Semua murid mempunyai akaun WhatsApp dalam telefon bimbit sendiri
atau telefon kepunyaan ibu bapa untuk mengakses maklumat yang dimuat naik oleh
pengkaji dalam aplikasi WhatsApp.

Setelah itu aktiviti bersemuka berdasarkan perbincangan koperatif turut
dilaksanakan di dalam kelas bagi membina isi karangan bagi topik pencemaran udara
berdasarkan maklumat yang diperoleh lebih awal melalui akses bahan dalam aplikasi
WhatsApp. Aktiviti ini dapat mencungkil pemikiran murid untuk memikirkan langkah-
langkah mengatasi pencemaran udara. Murid akan berbincang dan mengemukakan
pendapat tentang penyelesaian kepada masalah yang dilontarkan. Aktiviti yang
dilaksanakan ini juga berupaya untuk menjadikan murid aktif bagi memberikan pendapat
masing-masing.

Pengkaji berperanan sebagai fasilitator dengan memberikan komen dan maklum
balas terhadap jawapan murid. Melalui pelaksanaan aktiviti pascapembelajaran pula
murid boleh meneroka pelbagai perkara yang telah dibincangkan di dalam kelas sesama
mereka. Pengkaji mendapati murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan
selepas waktu kelas secara dalam talian. Pengkaji juga boleh melakukan aktiviti penilaian
dengan meminta murid secara berkumpulan untuk mengemukakan isi-isi penting dalam
bentuk peta minda yang membentuk pertalian idea antara punca, faktor dan kesan
pencemaran udara. Penilaian berbentuk pembentangan boleh dilakukan di dalam kelas
bagi memberi peluang kepada murid bagi mengembangkan kemahiran insaniah seperti
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan.

Setiap kali murid-murid diminta untuk melaksanakan kaedah flipped classroom,
pengkaji akan meminta murid-murid untuk memahami topik yang akan dipelajari. Oleh hal
yang demikian, berdasarkan arahan yang jelas daripada pengkaji, murid akan mencari
maklumat yang berkaitan sahaja. Murid juga dikehendaki untuk mencatat tajuk yang
diarahkan oleh pengkaji dalam buku nota. Pengkaji menerangkan bahawa murid-murid
akan lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang akan diajar di dalam kelas
sekiranya mereka membuat pembacaan lebih awal di luar waktu kelas. Selain itu,

18

pengkaji memberikan tugasan tambahan iaitu murid mencatatkan maklumat yang dicari
dan dipersembahkan di hadapan kelas pada waktu PdP berlaku. Hal ini akan dapat
menyediakan murid untuk segera mencari maklumat. Kemudian, pengkaji akan memberi
ganjaran tambahan bagi murid yang berjaya menjalankan tugas pencarian maklumat
tersebut dengan baik. Setelah beberapa kali pengkaji menggunakan kaedah flipped
classroom bagi topik yang berbeza, murid-murid kelihatan lebih seronok, terlibat secara
aktif dan mudah memahami pengajaran Bahasa Melayu yang disampaikan oleh guru.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tindakan pengkaji melaksanakan kaedah flipped classroom bagi menggalakkan
penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu telah membawa impak yang
positif. Melalui senarai semak pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa
murid terlibat secara aktif setelah kaedah flipped classroom diimplementasikan. Rajah 1
menunjukkan perbandingan hasil pemerhatian sebelum dan selepas kaedah flipped
classroom dilaksanakan dalam konteks PdP penulisan karangan. Penglibatan aktif murid
meliputi aspek kemampuan murid-murid mengakses maklumat, bertanyakan soalan,
interaksi dalam kumpulan serta usaha bersungguh-sungguh dalam kalangan murid.

35
30
25
20
15

M 1 (Sebelum FC)
10

Minggu 2 (Selepas FC)
5

Minggu 3 (Selepas FC)
0

Rajah 1: Perbandingan Penglibatan Aktif Murid Hasil Pemerhatian Sebelum dan Selepas
Kaedah Flipped Classroom(FC).

Sebelum kaedah ini digunakan maklum balas dan penglibatan murid pada tahap
yang rendah. Namun demikian, penglibatan aktif dan maklum balas murid semakin
meningkat setelah kaedah flipped classroom digunakan. Murid dapat mencari maklumat
dengan betul dan memudahkan mereka untuk lebih memahami topik yang bakal
dibincangkan dalam kelas. Kaedah flipped classroom dianggap sebagai kaedah
pembelajaran yang menepati kehendak pembelajaran aktif dan kolaboratif bagi
melahirkan modal insan. Pembelajaran aktif FC bermula seawal sesi prapengajaran.
Proses pembelajaran kendiri berlaku apabila murid mula mencari maklumat atau

19

mengakses link bahan atau klip video yang dimuat naik dalam platform WhatsApp.
Murid-murid boleh menonton video atau akses pada sumber pembelajaran untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu. Guru dan murid boleh berbincang dan menggunakan pelbagai
aktiviti bagi mengukuhkan kefahaman murid. Kaedah ini memudahkan murid
mengaitkan kandungan dan pengalaman mereka dengan lebih jelas. Hal ini demikian
kerana melalui bahan pembelajaran yang dibekalkan, murid-murid dapat mengulang-
ulang untuk menonton video dan membaca bahan bacaan yang diberikan mengikuti
kapasiti kebolehan mereka bagi meningkatkan kefahaman konseptual yang memberi
kesan kepada proses pembelajaran mereka malah secara tidak langsung murid dapat
menjana kemahiran berfikir kritis yang lebih baik.

Selain itu, penjimatan masa dalam sesuatu aktiviti dapat dipendekkan dan
digunakan untuk melaksanakan aktiviti lain dengan mudah. Bagi merealisasikan kaedah
ini, guru dan murid perlu mempunyai hubungan yang baik. Justeru dapatan kajian ini jelas
menunjukkan bahawa pembelajaran secara flipped classroom dapat meningkatkan
penglibatan aktif murid dan selari dengan kajian Rohani Arbaa, Hazri Jamil, dan Nordin
Abd Razak (2010) yang menunjukkan bahawa hubungan guru-murid adalah faktor yang
signifikan dalam meningkatkan komitmen belajar dalam kalangan murid. Hal ini demikian
kerana melalui bahan pembelajaran yang dibekalkan, murid-murid dapat mengulang-
ulang untuk menonton video dan membaca bahan bacaan yang diberikan mengikuti
kapasiti kebolehan mereka bagi meningkatkan kefahaman konseptual yang memberi
kesan kepada proses pembelajaran mereka malah secara tidak langsung aktiviti ini dapat
menjana kemahiran berfikir kritis yang lebih baik.

Peningkatan dari segi penglibatan aktif murid yang mengikuti kaedah flipped
classroom dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kajian ini adalah konsisten
dengan dapatan kajian-kajian lepas dalam bidang atau disiplin yang lain seperti kajian Di
& Haoran (2018) dan kajian Alisan, Judy & Ross (2019) yang telah melaporkan kaedah
flipped classroom memberikan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelaksanaan kaedah flipped classroom juga berupaya untuk
meningkatkan pemikiran, kemahiran komunikasi, kolaboratif dan kerjasama, pencapaian
dan efikasi murid seperti yang dilaporkan dalam kajian Atasi Mohanty & Dipti Parida
(2016), Aidinopoulou & Sampson, (2017) serta kajian Siti Waznah Abdul Latif et al,
(2018). Hal ini demikian kerana melalui bahan pembelajaran yang dibekalkan, murid-
murid dapat mengulang-ulang untuk menonton video dan membaca bahan bacaan yang
diberikan mengikuti kapasiti kebolehan mereka bagi meningkatkan kefahaman konseptual
yang memberi kesan kepada proses pembelajaran mereka malah secara tidak langsung
aktiviti ini dapat menjana kemahiran berfikir kritis yang lebih baik.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan pengalaman yang pengkaji lalui, terdapat banyak perkara yang
pengkaji boleh aplikasikan khususnya di tempat kerja kelak. Aktiviti yang dilaksanakan
dalam PdP Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah flipped classroom merupakan
satu cabaran baharu di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah flipped classroom
sememangnya memudahkan guru dan murid. Pengkaji dapat mengoptimumkan proses
pengajaran dengan memastikan murid terlibat di dalam aktiviti lain yang lebih mencabar.

20

Pemahaman murid terhadap sesuatu topik juga dapat ditingkatkan sekali gus memberi
peluang kepada murid untuk menilai sendiri maklumat yang dicari sama ada betul atau
tidak. Oleh itu kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak penggubal dasar,
pensyarah, guru pelatih dan pihak yang berkepentingan untuk mengetahui penglibatan
aktif murid dalam pembelajaran kolaboratif, pemikiran kritikal, pemikiran kreatif, dan
komunikasi. Berdasarkan kaedah pembelajaran secara flipped classroom, guru dapat
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, sekali gus
memastikan murid dibekalkan dengan maklumat terkini agar terus relevan dengan
perkembangan semasa.

RUJUKAN

Aidinopoulou, V., & Sampson, D. (2017). An Action Research Study From
Implementing the Flipped Classroom Model in Primary School History Teaching
and Learning. Educational Technology & Society, 20(1), 237-247.

Alisan, E.K., Judy, H., & Ross, K.G. (2019). Student use of the peer wise: A multi-
institutional multidisplinanary evaluation. British Journal of Educational
Technology. Doi:10.1111/bjet.12754.

Atasi Mohanty & Dipti Parida. (2016). Exploring the Efficacy and Suitability of
Flipped Classroom Instruction at school level in India: A pilot Study. Creative
Education, 7, 768-776.

Bergmann, J. & Sams, A. (2012). The Flipped Classroom: Reach Every Student in Every
Class Every Day. Eugene, Oregon and Washington DC: International Society for
Technology in Education.

Di, Z & Haoran, X. (2018). Flipping on English writing class with technology
enhanced just in time teaching and peer instruction. Journal Interactive Learning
Environment, 1-6.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan, KPM,(4).Capaian daripada
http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf

Lage, M.J., Platt, G.J., & Treglia, M (2000). Inverting the Classroom: A Gateway to
creating an inclusive learning environment. The Journal of Economic Education,
32(1), 30-43.

Lowell, J. & Verlenger, M.A. (2013). The Flipped Classroom: A survey of the Research.
Paper presented at 120th ASEE Annnual Conference & Exposition, 23-26
June,2013.

Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Ahmad, S. F.(2017). Murid dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan

21

perbezaan? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61–69. Capaian daripada
http://journalarticle.ukm.my/1465/
Siti Hajar Halili & Zamzami Zainuddin. (2015). Flipping the classroom: What we know and
what we don’t. Journal of Distance Education and e-learning, 39(1), 15-22.
Siti Waznah Abdul Latif, Rohani Matzin, Rosmawijah Jawawi, Mar Aswandi Mahadi,
Jainatul Halida Jaidia, Lawrence Mundin & Masitah Shuhrill, (2018).
Implementing the Flipped Classroom Model in the Teaching of History. Journal
of Education and Learning, 1(4), 374-381.
Stone,B.B. (2012). Flip your Classroom to Increase Active Learning and Student
Engagement. 28th Annual Confrence on Distance Teaching & Learning, 1-5.

22

KEMAHIRAN MEMEGANG PENSEL DALAM KALANGAN MURID TAHUN SATU

Tracy Tiung Anak Morris
[email protected]

Nor Hashimah Abu Bakar, PhD
[email protected]

ABSTRAK

Keupayaan untuk memegang pensel yang digunakan untuk menulis adalah merupakan
satu pergerakan yang melibatkan beberapa motor halus. Kemahiran asas ini mempunyai
teknik tertentu dan perlu dilatih serta dilakukan secara konsisten supaya teknik ini dapat
dikuasai dan memberikan hasil tulisan yang baik. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan
mengenal pasti kemahiran memegang pensel dalam kalangan murid tahun satu dan
membantu murid-murid yang bermasalah supaya berkemahiran untuk memegang pensel
dengan betul semasa menulis. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun satu yang
dikenal pasti memegang pensel dengan cara yang salah. Data dikumpul melalui
pemerhatian, analisis dokumen dan senarai semak. Antara kaedah yang telah dilakukan
oleh pengkaji bagi mengatasi masalah ini ialah tunjuk cara, membetulkan postur badan,
mempelbagai aktiviti bagi menguatkan motor halus yang terlibat dan dilakukan secara
berterusan agar perlakuan ini menjadi satu kebiasaan. Kesimpulannya, hasil daripada
kajian, didapati bimbingan terancang secara individu dan tunjuk cara menggunakan
kaedah yang betul didapati berupaya membantu murid supaya mahir untuk memegang
pensel dengan betul dan hasilnya tulisan menjadi lebih kemas, cantik, tersusun dan
mudah dibaca.

Kata Kunci: memegang pensel, menulis, tahun satu

PENGENALAN

Tema: Bimbingan

Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu
dikuasai pada peringkat awal pembelajaran dan sangat ditekankan dalam kurikulum sedia
ada yang digunakan pada masa kini. Secara purata, hampir separuh dari masa di sekolah
dihabiskan dengan aktiviti menulis (Chung, Patel & Nizami, 2020). Murid yang
mempunyai kesulitan ketika menulis selalu dilabelkan sebagai seorang yang malas.
Walhal kesulitan yang dihadapi sebenarnya adalah disebabkan masalah gangguan
pembelajaran. Asas kepada kemahiran menulis ialah kemahiran memegang pensel.
Keupayaan untuk Memegang pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan
pergerakan motor halus, iaitu pergerakan beberapa otot halus pada bahagian tangan.

Kemahiran motor halus meliputi beberapa kemahiran seperti a) kemahiran
akademik seperti menggunakan pensel (melakar, mewarna, melukis, menulis),
menggunakan gunting b) kemahiran bermain seperti membina lego, puzzle) kemahiran

23

menguruskan diri seperti menggosok gigi, menggunakan sudu garfu, membuka butang
(Sri Saparahayuningsih & Badeni, 2018) . Dalam kemahiran akademik, pergerakan pada
otot halus ini perlu dirangsang agar tulisan yang dihasilkan mempunyai bentuk, saiz,
susunan dan kedudukan yang sepatutnya serta dapat difahami maksud yang hendak
disampaikan. Genggaman pensel yang lemah juga boleh mempengaruhi kestabilan
dalam penulisan (Siti sakinah, Siti Khadijah, Asha Hasnimy, Zainal Abidin & Halijah,
2013). Oleh itu, kemahiran menulis yang kurang diberi tumpuan ini akan menyebabkan
tulisan yang dihasilkan kurang berkualiti dan sukar difahami ataupun dibaca.Tulisan yang
buruk boleh mengakibatkan seseorang itu hilang keyakinan diri, berasa rendah diri dan
boleh mendatangkan masalah ketika bersosial (Chung et. al, 2020)

Isu/Masalah

Semasa menjalani praktikum di sebuah sekolah rendah di Ipoh, pengkaji
mendapati murid-murid tahun satu di kelas yang diajar memegang pensel dengan
pelbagai cara yang berbeza dan hasilnya pelbagai bentuk tulisan dihasilkan oleh mereka.
Hasil pemerhatian tersebut, pengkaji perlu mengupas isu ini dengan lebih lanjut apabila
melihat ada kalangan murid yang memegang pensel dengan cara menggengam. Murid
tersebut memegang pensel dengan cara mengenggam semasa menulis latihan yang
diberikan oleh guru. Hasil daripada kemahiran dan penggunaan motor halus yang kurang
sempurna, tulisan murid itu didapati kurang kemas dan sukar untuk dibaca. Murid
tersebut juga perlu mengambil masa yang lama untuk menulis kerana genggaman
tersebut membataskan pergerakan pensel dan akibatnya aktiviti menulis menjadi tidak
lancar dan agak terbatas walaupun mempunyai ruang menulis yang luas. Lama kelamaan
berkemungkinan murid akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan daya tahan dan
fokus semasa menulis (Abdul Rasid, 2011). Tambahan pula cara memegang yang tidak
betul telah menyebabkan mata pensel tersebut selalu patah dan tumpul dengan cepat
kerana tekanan yang kuat diberikan pada pensel semasa hendak menulis.

Setelah pengkaji melakukan pemerhatian berkali-kali, didapati masalah ini wujud
kerana kanak-kanak tersebut tidak mengetahui cara memegang pensel dengan betul. Hal
ini berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut tidak diajar untuk memegang pensel dengan
betul. Oleh itu, dia hanya menggenggam pensel tersebut tanpa ada orang di sekeliling
yang menegur dan membetulkan cara pegangan tersebut. Justeru, dicadangkan supaya
pendidik merancang proses pengajaran dan pembelajaran seharian yang lebih berfokus
kepada cara memegang alat tulis semasa pengajaran pratulisan (Mohd Mokhtar, Mohd.
Hanafi, Safani & Lim Chen Yin, 2014). Kesan daripada isu ini, pengkaji mendapati murid
tersebut mempunyai masalah dalam memegang pensel dalam keadaan sepatutnya
walaupun telah dibetulkan. Hal ini kerana murid telah terbiasa dengan cara pegangan
pensel sebegitu.

Ekoran daripada isu cara memegang pensel ini, pengkaji mendapati murid
tersebut telah membazir masa semasa menjalankan aktiviti menulis. Murid perlu
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.
Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana
kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian
akademik (Lim Chen Yin, Mohd. Hanafi, Mohd. Mokhtar, 2012).Pensel yang dipegang
dengan cara menggenggam boleh menyebabkan terdapatnya ketidakcekapan pada

24

koordinasi mata dan tangan semasa menulis apatah lagi bagi golongan kanak-kanak
yang kebiasaannya mereka tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang tidak
selari kerana mereka tidak melihat kertas sewaktu menulis. Tambahan lagi, pensel yang
digunakan juga cepat tumpul dan patah. Selain itu, murid tersebut akan menghadapi
kesukaran untuk menulis dengan betul sekiranya tidak dilakukan tindakan pemulihan
awal. Kemahiran motor halus murid ini mungkin agak kurang namun dia berusaha untuk
melakukan yang terbaik dalam melakukan aktiviti menulis.

Tujuan Kajian

Kajian dijalankan untuk mengenal pasti kemahiran memegang pensel di kalangan
murid tahun satu. Seterusnya pengkaji akan membantu murid-murid yang bermasalah
supaya berkemahiran untuk memegang pensel dengan betul semasa menulis. Secara
tidak langsung murid-murid dapat memperbaiki tulisan agar menjadi lebih kemas dan
mudah untuk dibaca. Kemahiran menulis amat penting diberi perhatian agar hal ini tidak
memberi kesan kepada aspek lain khususnya dari segi pencapaian murid itu sendiri.

Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut;
a) Adakah kemahiran memegang pensel boleh mempengaruhi bentuk, susunan dan

kekemasan tulisan pada kalangan kanak-kanak?
b) Bagaimanakah kemahiran memegang pensel dengan cara yang betul dapat

dipertingkatkan?

Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan diharapkan dapat membantu murid-murid supaya dapat
menulis dengan baik melalui cara memegang pensel yang betul. Kemahiran untuk
memegang pensel dengan cara yang betul akan dapat membantu murid menjimatkan
masa menulis dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk
meningkatkan pencapaian akademik. Diharapkan juga kajian ini dapat memberi idea dan
menarik fokus guru-guru supaya memberi lebih perhatian kepada isu-isu terpencil seperti
ini.

KAJIAN LITERATUR

Menulis merupakan satu kemahiran. Pemerhatian ke atas kanak-kanak
menunjukkan terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika
menulis.Antara kesilapan yang dilakukan kanak-kanak ketika menulis ialah cara kanak-
kanak memegang pensel. Kajian juga mendapati cara memegang penseloleh murid yang
berumur enam hingga 10 tahun turut dipengaruhi oleh jantina (Odokuma & Ojigho, 2019).
Cara memegang pensel juga boleh dipengaruhi oleh penggunaan tangan yang dominan,
iaitu kiri atau kanan dan juga kelajuan ketika menulis. Cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Levine, 1987). Selain daripada
memegang, kemahiran mengawal pensel juga sangat penting agar tulisan yang
dihasilkan lebih baik. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat
berharga dalam kehidupan seseorang. Kanak-kanak seperti ini didapati boleh menulis

25

tetapi tidak menulis dengan cara yang betul kerana tidak mengetahui dan dilatih untuk
menggunakan kemahiran yang betul semasa menulis.

Rajah 1 menunjukkan ilustrasi definisi operasi bagi postur genggaman dalam
urutan pembangunan oleh Schneck dan Henderson (1990) melalui Lim Chen Yin et. al
(2012). Postur genggaman dalam pembangunan diwakilkan dengan 10 ilustrasi iaitu (a)
genggaman jejari silang tapak tangan, (b) genggaman supinate tapak tangan, (c)
genggaman pronate digital, hanya jari dilanjutkan (d) genggaman berus, (e) genggaman
dengan lanjutan jari, (f) genggaman ibu jari silang, (g) genggaman tripod static, (h)
genggaman empat jari, (i) genggaman tripod lateral dan (j) genggaman tripod dinamik.
Dari (a) hingga (h) menunjukkan perkembangan jenis-jenis genggaman yang tidak
matang dan dari (i) dan (j) ialah jenis-jenis genggaman yang matang. Apabila seseorang
menggenggam pensel secara tidak matang, ilustrasi menunjukkan keperluan yang lebih
diperlukan untuk menstabilkan pensel, iaitu dengan menekan pensel dengan kuat. Maka
ini akan menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan (Dennis & Swinth
2001).

Rajah 1: Ilustrasi definisi operasi bagi postur genggaman dalam urutan pembangunan
(Sumber: Schneck & Henderson, 1990 melalui Lim Chen Yin et. al (2012) )

Kemahiran menulis merupakan salah satu cara untuk mengesan tahap
penguasaan murid dalam bidang akademik. Kemahiran menulis merupakan koordinasi
mata yang dikaitkan dengan intergrasi antara motor visual dan merupakan penentu kualiti
tulisan tangan (Kaiser, Albaret & Doudin, 2009). Murid yang lemah dalam koordinasi mata
mendapat skor penselyang rendah untuk penulisan. Genggaman pensel yang lemah juga
mempengaruhi kestabilan dalam penulisan kerana motor halus dan otot pada tangan
yang digunakan untuk memegang dan seterusnya menulis tidak dirangsang
penggunaannya secara optimum. Kemahiran motor halus merupakan aktiviti yang
melibatkan penggunaan otot kecil dan kemahiran ini merupakan elemen penting dalam
perkembangan seseorang kanak-kanak.

PENYELESAIAN MASALAH

Idea Penyelesaian

Setelah mendalami isu ini secara mendalam, terdapat beberapa langkah
penyelesaian yang pengkaji lakukan. Antaranya ialah pengkaji menunjukkan cara

26

memegang pensel yang betul dan membantu murid membetulkan cara pegangan pensel
yang betul. Pengkaji membetulkan kedudukan pensel dan cara genggaman pensel pada
bahagian tapak tangan setiap murid yang bermasalah. Didapati murid-murid mempunyai
cara genggaman pensel yang berlainan dan masih belum matang. Apabila seseorang
menggenggam pensel dengan cara yang salah, hal ini menunjukkan keperluan yang lebih
untuk menstabilkan pensel iaitu dengan menekan pensel dengan kuat. Maka ini akan
menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan (Dennis & Swinth 2001).

Selain itu, pengkaji juga telah menunjukkan postur badan yang betul ketika
memegang pensel dan ketika hendak menulis kepada murid. Hal ini penting supaya
murid dapat melihat apa yang ditulis dan aktiviti menulis tidak terbatas dengan ruang
yang sempit akibat terhalang oleh anggota badan yang lain. Pengkaji telah mengambil
masa di luar pengajaran dan pembelajaran kerana ingin mengajar mereka dengan lebih
lama dan teliti. Pengkaji juga sentiasa menjadi suri teladan di hadapan semua murid dan
menunjukkan cara genggaman yang betul dan murid akan meniru cara genggaman
pengkaji. Aktiviti seperti ini telah dilakukan berulang-kali dan dibetulkan apabila ada murid
yang terlupa atau melakukan kesalahan.

Setelah itu, pengkaji melatih mereka mengenai kedudukan tangan dan buku.
Pengkaji menunjukkan kedudukan tangan dan buku yang selesa dan sesuai dengan
mereka. Kedudukan yang betul adalah apabila kedudukan kertas atau buku seelok-
eloknya menegak selari dengan lengan. Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai
strategi intervensi juga boleh dipertimbangkan kerana genggaman yang tidak berfungsi
boleh dirangsang dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau
pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan 2009). Alat-alat bantuan dalam pasaran
seperti plastik genggaman menulis bertujuan untuk memudahkan genggaman tripod
semasa menulis (Watkins & Noble 2011).

Selain daripada melaksanakan cadangan di atas, pengkaji juga telah merancang
aktiviti yang boleh mengukuhkan cara genggaman pensel yang betul. Antaranya ialah
aktiviti membentuk dan meniru. Daripada aktiviti ini, murid diminta untuk menyambungkan
garisan putus-putus yang dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan
murid. Selain itu, aktiviti lembaran kerja seperti melakar secara bebas juga diberikan.
Aktiviti ini memerlukan murid untuk melakar jalan keluar dalam sesuatu puzzle. Aktiviti
seperti ini dilakukan setiap kali ada masa yang terluang.

Analisis
Setelah menjalankan beberapa cadangan di atas, didapati cara genggaman

pensel murid ada menampakkan perubahan. Walaupun tidak menunjukkan
perkembangan yang ketara namun mereka berani mencuba untuk mengubah cara
menggengam pensel tersebut. Pengkaji juga sering mengingatkan murid cara memegang
pensel yang betul apabila ada murid yang keliru. Selepas ditegur, mereka akan terus
menukar cara memegang pensel kepada cara yang yang betul. Mereka juga telah
menunjukkan respon yang positif dan mempunyai semangat ingin belajar yang tinggi.
Kemahiran motor halus murid juga didapati semakin meningkat apabila murid kelihatan
selesa dengan cara memegang pensel yang baru. Hasil tulisan yang semakin kemas,
tersusun dan lebih mudah untuk dibaca juga jelas menunjukkan peningkatan kepada
kemahiran koordinasi mata dan tangan.

27

Murid-murid juga mula sedar masalah yang dihadapi selama ini dan selepas
dibetulkan, mereka lebih selesa ketika memegang pensel dan aktiviti menulis dilakukan
dengan lebih baik. Selama ini mereka menganggap aktiviti menulis itu sangat
menyakitkan tangan dan memenatkan. Pengkaji juga sentiasa mengingatkan murid
supaya berlatih sendiri agar lama kelamaan aktiviti ini akan menjadi satu kebiasaan dan
bukan lagi satu perkara yang sukar untuk dilakukan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan cara memegang pensel mempengaruhi tulisan yang
dihasilkan. Cara memegang yang tidak betul menjadikan murid tidak selesa ketika
menulis dan ini akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Daripada
pemerhatian ke atas bentuk tulisan yang dihasilkan, pengkaji dapat mengenal dengan
mudah murid yang mempunyai masalah memegang pensel kerana perbezaan keadaan
tulisan yang sangat ketara. Cara memegang pensel yang betul akan menghasilkan
tulisan yang kemas dan senang dibaca.

Hasil daripada tindakan yang dilakukan, pengkaji mendapati murid menunjukkan
minat yang positif dalam belajar. Walaupun pengkaji menghadapi halangan seperti murid
cepat lupa untuk menggunakan cara pegangan pensel yang betul, tetapi mereka bersedia
untuk menerima teguran. Pendekatan bimbingan secara individu dan konsisten didapati
sangat membantu ketika membetulkan cara memegang pensel (Christy Serini, 2012).
Justeru semua pihak sama ada guru-guru mahupun ibu bapa perlu memantau cara
memegang pensel yang betul supaya kemahiran ini dapat dibetulkan pada peringkat
awal.

Aktiviti yang pelbagai dan menarik juga didapati berupaya menarik minat murid
untuk melibatkan diri secara aktif dan secara tidak langsung turut membantu kemahiran
memegang pensel murid. Latihan penggunaan motor halus seperti mewarna
menggunakan krayon sangat membantu melatih kemahiran menulis kerana melaluinya
otot-otot pada jari kanak-kanak akan menjadi lebih kuat (Sri Saparahayuningsih & Badeni,
2018). Walaupun latihan sebegini akan mengambil masa yang lama, namun aktiviti
tersebut boleh melatih kanak-kanak supaya lebih mudah untuk fokus.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Menulis merupakan satu kemahiran asas yang perlu dikuasai dan dilakukan
menggunakan teknik atau kemahiran betul. Hal ini penting kerana teknik atau kemahiran
yang salah akan menjadikan aktiviti menulis satu aktiviti yang menyakitkan dan
memberikan ketidakselesaan. Kemahiran menulis perlu dilatih dan dilakukan dalam
keadaan yang selesa supaya menjadi satu aktiviti yang santai dan menarik. Kemahiran
menulis yang betul perlu ditekankan pada peringkat awal lagi sama ada oleh ibu bapa di
rumah semasa pendidikan tidak formal mahupun oleh guru pada peringkat permulaan
pendidikan formal. Aktiviti ini penting supaya pergerakan otot tangan dan motor halus
lebih mudah dibetulkan ketika masih di peringkat awal.

28

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu 1(1): 1-12.

Christy Serini Anak Awang (2012). Ada apa dengan tulisan. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP KG (BM) amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012: 230-245.

Chung, P. J., Patel, D. R., & Nizami, I. (2020). Disorder of written expression and
dysgraphia: definition, diagnosis, and management. Translational
pediatrics, 9(Suppl 1), S46–S54. https://doi.org/10.21037/tp.2019.11.01

Kaiser, M. L., Albaret, J.M, Doudin, P.A (2009). Relationship between Visual-Motor
Integration, Eye-HandCoordination, and Quality of Handwriting. Journal of
Occupational Therapy, Schools, & EarlyIntervention 2: 87-95.

Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping children
with learningproblems at home and in school. Cambridge, Massachusetts:
Educators Publishing Service Inc.

Lim Chen Yin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2012). Genggaman
pensel kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemairan
menulis. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 2(1): 65-77.

Mohd Mokhtar Tahar, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Safani Bari & Lim Chen Yin (2014).
Mengesan jenis-jenis permasalahan genggaman pensel kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Jurnal P3LB, vol 1(1): 67-73.

Schneck, C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental
progression of gripposition for pencil and crayon control in nondysfunctional
children. The American Journal of OccupationalTherapy.: Official Publication of
the American Occupational Therapy Association, 44 (10): 893-900.

Siti Sakinah Ab Jalil, Siti Khadijah Lokman, Asha Hasnimy Mohd Hashim, Zainal Abidin
Zainuddin, Halijah Ibrahim (2013). Jenis genggaman pensel dan prestasi
kemahiran melakar dikalangan kanak-kanak normal dan bermasalah
pembelajaran: pemerhatian awalan instrumen CEKAP. Prosiding 2nd International
Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013): 416-418.

Sri Saparahayunigsih & Badeni Badeni (2018). Improving children's fine motor skills
through pencil skills. Advances in Social Science, Education and Humanities
Research, volume 295: 119-122

Watkins, M., & Noble, G. (2011). Losing touch: pedagogies of incorporation and the ability
to write. SocialSemiotics, 21 (4): 503-516.

29

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS TULISAN BAHASA TAMIL YANG
KEMAS MELALUI PEMILIHAN PENSEL YANG SESUAI DAN TEKNIK
MEMEGANG PENSEL YANG BETUL

THAATCHAAYANI A/P MUTHUMANIKAM
[email protected]

ARULNATHAN A/L VISURASAM
[email protected]

ABSTRAK

Penulisan reflektif ini bertujuan untuk membincangkan masalah tulisan Tamil pelajar
yang tidak kemas serta cara mengatasinya. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan
pelajar tahun 4, di SJKT Kg. Simee, Ipoh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pemilihan saiz pensel yang sesuai serta cara memegang pensel yang betul dapat
membantu pelajar menulis huruf-huruf Bahasa Tamil dengan kemas serta mudah
dibaca. Pengkaji juga mencadangkan tulisan yang kemas perlu diberi perhatian yang
sewajarnya sejak prasekolah.

Kata Kunci: tulisan Tamil; pengajaran dan pembelajaran; Teknik memegang pensel

PENGENALAN

Guru sentiasa peka menghadapi pelbagai cabaran dan halangan semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Oleh itu, sebagai
seorang guru yang inovatif, mereka perlu sentiasa menilai PdP yang telah dijalankan
supaya dapat dilakukan penambahbaikan dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah
yang dihadapi semasa PdP di dalam kelas. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti
PdP adalah melalui penulisan jurnal reflektif. Mengikut Stephy Wong (2018), jurnal
reflektif ialah satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah,
pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal reflektif ini bertujuan
membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil
tindakan susulan.

Isu / Masalah

Pengkaji menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 4
Thiruvalluvar di SJKT Kampung Simee, Ipoh. Pengkaji mendapati bahawa tulisan Bahasa
Tamil segelintir pelajar Tahun 4 tidak begitu kemas dan cara penulisan huruf Bahasa
Tamil kebanyakan pelajar tidak betul. Menurut Noraini Binti Ombi (2009), salah satu
keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis dan kemahiran menuis dengan
kemas dan jelas diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Pengkaji mendapati
tulisan murid kurang kemas adalah disebabkan pelajar kurang memberi perhatian
terhadap bentuk tulisan yang kemas. Terdapat dua faktor yang menjadi punca utama
masalah tulisan yang tidak kemas, Punca pertama ialah cara memegang pensel yang
tidak betul ketika menulis. Selain itu, faktor yang menyumbang kepada ketidakkemasan

30

tulisan pelajar disebabkan oleh saiz pensel yang tidak sesuai digunakan untuk menulis.
Penggunaan saiz pensel yang terlalu pendek untuk menulis menyebabkan posisi badan
pelajar cenderung berada dalam keadaan menunduk ketika menulis. Menurut Levin
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh
murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi pelbagai
kesukaran seperti memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik.
Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam
koordinasi motor yang juga memberi kesan terhadap kekemasan tulisan.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah tulisan Bahasa Tamil yang tidak kemas
dalam kalangan pelajar Tahun 4 Thiruvalluvar di SJKT Kampung Simee, Ipoh. Selain itu,
kajian ini juga dapat dijadikan panduan oleh para guru untuk menulis sesuatu jurnal
reflektif.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru bagi mengatasi masalah kekemasan
tulisan huruf Bahasa Tanil dalam kalangan pelajar SJKT.

KAJIAN LITERATUR

Dalam kajian yang dijalankan Chang & Yu (2017), mereka membangunkan program
sensorimotor bertujuan untuk meningkatkan prestasi tulisan tangan dalam kalangan
kanak-kanak yang mengalami disgraphia. Selepas program intervensi, kumpulan
sensorimotor, iaitu kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan dalam visual-
kemahiran persepsi. Keputusan ini menunjukkan bahawa kanak-kanakyang mengalami
masalah disgraphia boleh dilatih untuk meningkatkan kemahiran visual persepsi mereka.
Kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan kelajuan tulisan tangan dalam ujian salinan
serta terdapat pengurangan tulisan yang salah dalam ujian pos selepas melalui latihan
yang sistematik.

Kajian yang dijalankan oleh Asia Zulfqar, Syed Nasir Hussain & Rabia Khawar
(2019) pula bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tulisan tangan kanak-kanak
pendidikan kanak-kanak. Pengkaji berkenaan menggunakan reka bentuk penyelidikan
tindakan untuk menjalankan kajian ini. Data dikumpul melalui dua puluh sampel kajian
dipilih secara persampelan mudah dari kelas -1 di sekolah awam di Multan. Intervensi
yang dijalankan terdiri daripada tiga teras kemahiran tulisan tangan iaitu, kemahiran
motor halus, kemahiran persepsi visual dan pembentukan huruf.

Selain itu, kemahiran ini diperkaya dengan beberapa strategi tulisan tangan untuk
menjadikannya lebih praktikal. Setiap hari selama empat minggu pelajar telah menghadiri
bengkel ini selama 45 minit untuk melaksanakan semua aktiviti.

Ujian tulisan tangan dilakukan terhadap pelajar sebelum dan selepas intervensi,
iaitu bengkel menulis untuk mengukur penambahbaikan dalam kemahiran tulisan tangan
mereka. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara selepas ujian pasca

31

kemahiran menulis tulisan tangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa apabila
kemahiran motor halus pelajar ditingkatkan maka tulisan tangan para pelajar dapat
ditingkatkan juga.

Kedua-dua kajian ini jelas menunjukkan intervensi yang sesuai dapat membantu murid-
murid menulis dengan kemas dan jelas. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih intervensi
yang mengabungkan dua perkara, iaitu pemilihan saiz pensel yang sesuai serta
menyesuaikan cara memegang pensel yang dapat membantu murid menulis tulisan
Bahasa Tamil dengan kemas dan jelas.

PENYELESAIAN MASALAH

Idea Penyelesaian

Pengkaji menganalisis masalah kekemasan tulisan Bahasa Tamil untuk mengetahui
punca masalah tersebut. Melalui pemerhatian pengkaji telah mengenal pasti 2 punca
utama pelajar menghadapi masalah ini, iaitu saiz pensel yang terlalu pendek serta cara
memegang pensel yang tidak sesuai. Pengkaji telah memilih beberapa cara penyelesaian
untuk mengatasi masalah kekemasan tulisan Bahasa Tamil ini. Antara cara penyelesaian
masalah ini ialah memastikan pelajar menggunakan saiz pensel yang betul, iaitu tidak
menggunakan pensel yang terlalu pendek. Selain itu, murid-murid juga diberikan latihan
memegang pensel yang betul. Latihan-latihan dalam intervensi ini banyak melibatkan
pergerakan asas tangan dan jari supaya murid-murid dapat menulis dengan kemas dan
jelas. Dalam usaha membimbing pelajar supaya menulis dengan baik, pengkaji
menerangkan cara yang betul untuk memegang pensel serta bagaimana kedudukan jari
yang sepatutnya semasa menulis. Terdapat 4 cara yang biasa pelajar memegang pensel
seperti gambarajah di bawah:

Gambarajah 1
Cara memegang pensel

Pengkaji memastikan murid memegang pensel mengikut cara yang dinyatakan di
atas supaya tulisan mereka lebih kemas. Namun, terdapat pelajar yang tidak dapat
menulis tulisan Bahasa Tamil dengan kemas. Justeru, pengkaji menukar cara memegang
pensel yang lain sehingga tulisan murid tersebut menjadi kemas.

Pengkaji juga telah memastikan bahawa setiap hari latihan dan aktiviti yang
diberikan kepada pelajar mengandungi latihan penulisan serta berdasarkan sukatan
pelajaran yang sepatutnya. Pengkaji mempercayai bahawa melalui latihan-latihan yang
berterusan ini, pelajar dapat menguasai gerak tangan dan jari dengan bebas semasa

32

menulis. Seterusnya, pengkaji telah memperuntukkan masa bagi menyemak dan
memberi penerangan berkenaan kesilapan tulisan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.
Selain itu, pengkaji juga memastikan posisi duduk badan para pelajar adalah betul ketika
menulis. Posisi yang betul ialah tidak terlalu tunduk dan lengan seharusnya berada di
atas meja ketika menulis.

Pengkaji telah melakukan intervensi ini selama empat minggu secara berterusan.
Akhirnya, tulisan Bahasa Tamil murid-murid tersebut telah menjadi lebih kemas serta
jelas. Hal ini memudahkan pembacaan hasil tulisan murid-murid berkenaan oleh mereka
sendiri atau oleh murid-murid lain termasuk guru-guru.

Analisis

Pengkaji telah memberikan markah kepada tulisan tangan murid sebelum intervensi
dan selepas pelajar melalui intervensi selama 4 minggu. Jadual 1 di bawah menunjukkan
perbezaan markah yang diperoleh empat orang pelajar yang telah melalui intervensi
selama empat minggu tersebut.

Pelajar Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan
markah
Pelajar 1 30 76 46
71 45
Pelajar 2 26 82 47
77 46
Pelajar 3 35

Pelajar 4 31

Jadual 1

Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam aspek
kekemasan dan kejelasan tulisan Bahasa Tamil selepas murid-murid yang menghadapi
masalah tulisan Bahasa Tamil buruk ini melalui intervensi yang dijalankan oleh pengkaji.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dengan metodolagi yang diguna pakai oleh pangkaji terbukti bahawa cara tersebut
sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran tulisan tangan Bahasa Tamil dalam
kalangan pelajar. Peningkatan kemahiran ini, iaitu peningkatan kekemasan tulisan
membantu pelajar dalam membuat ulang kaji dengan lebih mudah serta memahami nota
yang dicatat semasa pembelajaran. Peningkatan kemahiran menulis ini telah banyak
menolong pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran serta mendapat keputusan yang
sangat memuaskan dalam peperiksaan. Kajian yang dijalankan oleh Asia Zulfqar, Syed
Nasir Hussain & Rabia Khawar (2019) juga meninjukkan kesan yang sama, iaitu cara
penggunaan pensel yang sesuai dapat meningkatkan kemahiran tulisan tangan pelajar.

Pada peringkat sekolah rendah, penguasaan aktiviti pratulisan dan kemahiran
tulisan tangan memainkan peranan penting untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran menulis. Pengetahuan isi kandungan guru juga perlu disertai dengan
pengetahuan pedagogi yang mantap dalam pengajaran dan dituruti pula dengan

33

pengetahuan guru tentang ciri murid bermasalah pembelajaran yang berada di dalam
kelas yang diajar.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Masalah kekemasan tulisan murid ini perlu ditangani sejak awal, iaitu semasa
murid-murid mereka belajar di prasekolah atau semasa belajar di tahun satu. Sekiranya
masalah ini dapat diselesaikan lebih awal, maka kemahiran belajar murid juga dapat
ditingkatkan. Guru-guru juga dapat memberi tumpuan terhadap kemahiran yang perlu
dipelajari murid-murid.

Kesimpulan

Kekemasan tulisan sangat penting dalam pembelajaran sesuatu bahasa.
Kekemasan dan kejelasan tulisan bukan sahaja memudahkan pembacaan selepas itu,
malah pelajar akan lebih yakin untuk belajar. Guru khususnya guru bahasa perlu peka
dengan masalah yang dihadapi pelajar untuk menulis dengan kemas dan jelas supaya
masalah ini dapat diatasi. Masalah fizikal seperti kecacatan di jari atau tangan, kesakitan
berterusan di jari atau tangan, masalah penglihatan, masalah mental juga perlu dianalisis
sebelum guru menjalankan sesuatu intervensi yang sesuai.

Cadangan

Pengkaji mencadangkan agar kajian merangkumi psikomotor pelajar yang dijalankan
secara experimental atau quasi experimental dijalankan supaya keberkesanan intervensi
yang dijalankan dapat dibuktikan secara saintifik. Selain itu, masalah kekemasan tulisan
ini perlu ditangani awal supaya masalah ini tidak menjadi kritikal dan sukar untuk diatasi.

RUJUKAN

Noraini Binti Ombi. (2009). Kajian kes ke atas kekemasan tulisan murid tahun 2 dalam
kelas pemulihan khas Bahasa Melayu. Dimuat turun daripada
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdf.

Chang, S.-H., & Yu, N.-Y. (2017). Visual and haptic perception training to improve
handwriting skills in children with dysgraphia. American Journal of Occupational
Therapy, 71, 7102220030. https://doi.org/10.5014/ajot.2017.021311.

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,
Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Asia Zulfqar, Syed Nasir Hussain & Rabia Khawar. Developing Handwriting Skills of
Students at Early Childhood Education Level. Pakistan Journal of Social Sciences
(PJSS) Vol. 39, No. 3(2019), pp. 827-835.

Stephy Wong. (2018). Penulisan Jurnal Reflektif. Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/6680810/Penulisan_Jurnal_Reflektif

34

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS MURID MENGGUNAKAN
KAEDAH ‘TULANG IKANKU’

Ahmad Aiman Bin Mohd Kamaruzaman
[email protected]

Dr Hasnah Bt Awang
[email protected]

ABSTRAK

Penulisan jurnal ini dijalankan untuk mencari alternatif lain berkenaan kaedah pengajaran
kemahiran menulis bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam diri murid.
Teknik pengajaran ini secara tidak langsung turut meningkatkan minat murid-murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Responden dalam kajian ini melibatkan
28 orang murid tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam. Data dikumpulkan
melalui pemerhatian, soal-selidik, temubual. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dari
segi kandungan dan pola. Penyemakan data yang telah dikumpul dan dianalisis pula
dilaksanakan melalui kaedah triangulasi kaedah, masa dan sumber. Hasil kajian
menunjukkan teknik yang digunakan adalah berkesan dan berupaya membantu murid
dari segi penguasaan kemahiran menulis. Penguasaan kemahiran menulis karangan
dilihat meningkat sebanyak 80%. Secara tidak langsung, kaedah ‘tulang ikanku’ telah
meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) pengkaji.

Kata kunci: Kemahiran menulis, murid tahun empat, keberkesanan, teknik pengajaran,
meningkatkan minat.

PENGENALAN

Kemahiran menulis adalah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam
Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, salah satu komponen penilaian dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah karangan. Jika kita lihat, mulai tahun 2005,
format penulisan dalam Kertas Bahasa Melayu telah mengalami perubahan. Skop
pembahagian yang perlu dijawab oleh calon terbahagi kepada tiga bahagian yang dilabel
sebagai A, B, dan C. Bahagian A merupakan karangan berdasarkan bahan ransangan.
Murid dikehendaki menulis lima ayat berdasarkan gambar yang diberika. Bahagian B pula
ialah murid perlu memilih satu daripada tiga soalan karangan yang disediakan dan
membina sebuah karangan. Akhir sekali, bahagian C, murid hendaklah membuat satu
rumusan berdasarkan petikan yang diberikan. Murid perlu menghasilkan satu rumusan
yang ringkas tentang nilai-nilai murni yang terdapat di dalam petikan dalam satu
perenggan dan juga tidak melebihi 50 patah perkataan.

Jika kita lihat, karangan untuk bahagian A memperuntukkan 10 markah.
Berdasarkan gambar, murid perlu mentafsir grafik seperti gambar tunggal atau gambar
bersiri. Dalam karangan ini, had penulisan karangan tidak ditetapkan. Murid bebas untuk
menulis berapa patah perkataan yang diinginkan. Namun demikian, ayat yang dibina

35

hendaklah bertepatan dengan bahan grafik yang diberikan. Jika tidak, markah untuk ayat
tersebut tidak dikira.

Sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas 4
Cemerlang, pengkaji telah melihat ada satu isu yang perlu diberi fokus, iaitu isu
penguasaan kemahiran menulis karangan dalam diri murid. Pada pengamatan pengkaji
selepas ujian pra, 15 orang murid berada pada tahap sedehana, 9 murid tahap lemah dan
4 orang pada tahap cerdas. Kecerdasan yang berbeza ini memberikan pengkaji satu
kekangan untuk melaksankan P&P. Sebagai contoh, ketika menggunakan pendekatan
seperti gambar ransangan, seseorang murid dilihat mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan karangan. Murid dilihat sangat lemah dalam membina draf sebelum menulis
karangan. Jika dilihat, pengajaran karangan hanya berpusatkan guru, sepatutnya sesi
P&P ini perlulah lebih banyak berpusat kepada murid. Pengkaji juga melihat murid hanya
menunggu idea dan jawapan yang diutarakan oleh guru sahaja. Mereka tidak ada
laternatif lain untuk mencari idea.

KAJIAN LITERATUR

Di sekolah rendah, pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu agak mencabar. Hal ini
demikian kerana, pelajar yang terdiri daripada kaum lain hanya mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Ada sesetengah penutur jati bahasa Melayu itu sendiri
tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Jika tidak dapat dikuasai dengan
baik, secara tidak langsung kelemahan ini telah memberikan impak yang besar kepada
murid, terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang wajib dikuasai murid.
Kemahiran ini dilihat agak kompleks kerana lazimnya kemahiran ini melatih minda berfikir
aras tinggi dan harus dilaksanakan mengikut tahap kesukaran. Sebagai contoh,
membina ayat, membuat ulasan dan membina karangan.

Kenyataan di atas telah disokong kuat oleh Che Zanariah dan Fadzilah (2011) yang
menyatakan bahawa penulisan adalah satu kemahiran wajib yang dikuasai oleh murid,
apabila mereka telah menguasai sepenuhnya kemahiran mendengar dan bertutur, dan
kemahiran membaca. Menurut Zamri (2014), kemahiran menulis ini merupakan kayu ukur
untuk melihat sejauh mana keupayaan seorang murid dapat menulis ayat yang dikatakan
gramatis dan mematuhi segala hukum penulisan.

PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji telah
mencadangkan beberaa alternatif untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.
Pertama, pengkaji akan menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan peta minda dan
penyoalan ketika membuat draf karangan. Murid dilatih menggunakan peta dakap atau
peta minda untuk menulis idea mengikut hieraki atau keutamaan. Selain itu juga, pengkaji
akan memperkenalkan bahan bantu mengajar (BBM) yang diberi nama ‘tulang ikanku’.
BBM ini dilihat mampu untuk melatih murid membina rangka karangan dengan baik. Hal
ini demikian kerana, murid dapat meletakkan isi oenting mengikut aras dan kesesuaian.
Bagi mencari idea berserta huraian murid dilatih menggunakan akronim (5W1H) iaitu
(who, where, when, why, what dan how) dalam bentuk bahasa Melayu. Akhir sekali, guru

36

digesa untuk tidak mengharapkan murid untuk menulis karangan secara keseluruhan.
Fokus hendaklah diberikan secara berperingkat agar murid tidak ketinggalan untuk
memahami apa yang diajar. Sebagai contoh, waktu P&P yang diperuntukkan untuk
subjek bahasa Melayu dalam seminggu digunakan untuk mengajar rangka karangan
sahaja. Sebagai contoh, isnin pendahuluan da nisi 1, selasa isi 2 dan 3. Rabu isi 4 dan
kesimpulan. Model kajian yang digunakan untuk kaedah ini ialah Kurt Lewin. Kitaran
untuk model Kurt Lewin adalah seperti berikut:-

Gambar 1.0: Model Kajian Tindakan Lewin

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Tindakan yang diambil dengan menggunakan cadangan penyelesaian telah
menunjukkan satu impak yang positif dalam diri murid. Murid dapat merangka karangan
dengan baik mengikut format yang dikehendaki. Rangka karangan yang dibina juga tepat
dan memudahkan murid membuat rujukan sewaktu peperiksaan. Ujian pra dan pos
dilaksanakan bagi menilai sejauh mana kefahaman murid dalam menguasai kemahiran
menulis. Sewaktu ujian pra dijalankan, tahap penguasaan murid adalah sangat rendah.
Setelah kaedah ‘tulang ikanku’ diperkenalkan, ujian pos pun dilaksanakan. Hasil daripada
ujian pos tersebut, pengkaji dapat melihat murid dapat menguasai dengan baik cara
membina rangka karangan. Hasilnya, karangan yang dihasilkan berkualiti dan murid tidak
tertinggal isi penting sewaktu menulis karangan. Objektif yang ditetapkan untuk murid
bagi kaedah ‘tuan ikanku’ dapat dicapai. Murid juga dilihat dapat menguasai kemahiran
menulis karangan dengan baik di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. (rujukan
pengkaji lain)

KESIMPULAN DAN CADANGAN
Hasil dapatan yang pengkaji lalui, terdapat banyak perkara yang pengkaji boleh
aplikasikan khususnya di tempat kerja kelak. Antaranya, aspek pendekatan pengajaran
yang dilihat dapat memberi impak kepada kemahiran menulis murid. Secara
keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati dengan tahap pencapaian murid dalam

37

kemahiran menulis karangan dengan baik. Dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang dijalankan, murid dilihat melibatkan diri secara aktif sewaktu
kaedah ‘tulang ikanku’ digunakan. Sungguhpun pada awalnya murid tidak memahami
dengan baik kaedah yang diperkenalkan, dan mengganggu fokus dalam sesi P&P,
namun setelah beberapa kali diajar, murid dilihat menguasai dengan baik. Sehubungan
dengan itu, proses P&P dilihat menjadi lebih mudah dan murid seronok untuk belajar.

RUJUKAN

Abd. Aziz Rahman. (2000). Kamus Milenium: Rujukan Cepat Dan Tepat: Bahasa

Malaysia Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Federal Publication.

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka. Edisi kelima.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Dokumen Standard Kurikulum
Pembelajaran Tahap 1: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu 1 (1): 67-87.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 2. Asas Statistik
Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (Edisi ke-2). Singapore: Pearson.

Haris Md Jadi. (1993). Persepsi Mata Pelajaran Sejarah Dalam Menangani Cabaran
Wawasan 2020. Kertas Kerja Dalam Seminar Pelaksanaan Sukatan Pelajaran
Sekolah Menengah Rendah Rendah, KBSM, 11-13 Mei 1993

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan
Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim. Farid M. Onn. Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood.

(2013). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nor Farhana. (2012). Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca. Pahang :
PTS Publications Sdn Bhd

Raminah Haji Sabran (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sabitha Marican (2009). Penyelidikan Sains Sosial - Pendekatan Pragmatik. Batu
Caves: Edusystem Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P & P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung
Malim. Penerbit :Universiti Pendidikan Sultan Idris.

38

MENANGANI GEJALA MURID PONTENG TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Keerthana A/P Balakrishnan

[email protected]

Dr Lena Vimalanandan
[email protected]

ABSTRAK

Gejala ponteng menjejaskan pemahaman konsep-konsep asas matematik yang dibina
oleh murid-murid pada Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga). Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti dan mengetahui tentang faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid
ponteng dan seterusnya mengambil tindakan untuk menanganinya. Faktor-faktor
penyebab gejala ponteng dapat dikelaskan kepada (i) faktor spesifik-murid (ii) faktor
spesifik-keluarga dan (iii) faktor spesifik-sekolah. Tinjauan mendapati bahawa selain dari
melapor kepada guru kelas dan pentadbir sekolah, guru mata pelajaran jarang mengambil
sebarang tindakan lanjut. Malah guru-guru mata pelajaran mengaku bahawa adakalanya
mereka berasa lega apabila murid-murid tersebut tidak hadir dalam kelas mereka. Usaha
pengkaji untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran matematik dan seterusnya
menangani masalah ponteng sekolah, adalah dengan membawa murid-muridnya keluar
dari bilik darjah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti hands-on. Kajian lanjut disarankan
untuk menentukan kemahiran-kemahiran yang guru-guru perlu ada untuk mengenal pasti
murid-murid yang berisiko tinggi ponteng dan merangka program-program intervensi untuk
menanganinya dari peringkat awal lagi.

Kata Kunci: ketidakhadiran, ponteng, faktor-faktor ponteng.

PENGENALAN
Isu / Masalah

Pengkaji yang ditugaskan mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di
pinggir bandar mendapati bahawa sekurang-kurangnya lima murid Tahun Dua tidak hadir
kelas matematik, malah tidak hadir ke sekolah setiap hari. Tinjauan lanjut menunjukkan
bahawa kelas yang diajar oleh pengkaji mengalami masalah ketidakhadiran atau ponteng
yang paling serius di sekolah tersebut. Analisis corak kehadiran pula menunjukkan
bahawa murid-murid yang terlibat adalah sama dan polanya adalah 'tidak hadir dua hari
berturut-turut'.

Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan murid-

murid ini ponteng dan seterusnya mengambil tindakan lanjut bagi meningkatkan minat dan
motivasi murid-murid ini untuk hadir ke sekolah.

39

Kepentingan Kajian

Pembelajaran Matematik murid-murid pada Tahap Satu persekolahan (Tahun Satu,
Dua dan Tiga), amat penting kerana pembinaan konsep-konsep asas Matematik (operasi
asas, pecahan, sukatan dan geometri) berlaku pada tahap ini. Tanpa memahaman yang
kukuh tentang konsep-konsep asas matematik murid-murid ini bukan sahaja tidak dapat
mempelajari konsep-konsep sekunder dan matematik lanjut di Tahap Dua (Tahun Empat,
Lima dan Enam) tetapi tidak akan mempunyai persepsi yang baik dan motivasi yang tinggi
untuk mempelajari matematik. Melalui pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
pengkaji mendapati bahawa murid-murid yang kerap ponteng tidak dapat menguasai
kemahiran asas dalam DSKP Matematik Tahun Dua.

Walaupun gejala ponteng dalam kalangan murid sekolah adalah masalah
universal, faktor yang mempengaruhi gejala ini dalam kalangan murid sekolah rendah
berlainan daripada murid sekolah menengah. Faktor yang mempengaruhi gejala ponteng
di sekolah menengah adalah faktor seperti sikap diri sendiri, kurang keprihatinan keluarga
dan pengaruh rakan sebaya. Sebaliknya, faktor yang mempengaruhi gejala ponteng
dalam kalangan murid sekolah rendah lebih kepada masalah keluarga seperti berlaku
penceraian, tempoh dan waktu bekerja ibu bapa, lokasi tempat tinggal dan ekonomi
keluarga (Rogers & Feller, 2014). Jika situasi ini tidak ditangani di sekolah rendah lagi, isu
ini akan berterusan dan pada akhirnya akan melahirkan murid-murid yang tidak
bertanggungjawab, malas, gagal menguasai akademik dan tidak berdisiplin.

Sebagai seorang siswa guru yang sedang melaksanakan praktikum, pengkaji peka
terhadap kecenderungan segelintir murid untuk ponteng. Tinjauan dilakukan untuk
menentukan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ponteng berserta tindakan yang
boleh diambil oleh pihak sekolah (guru kelas, guru matapelajaran dan pentadbir sekolah)
untuk mengatasinya.

KAJIAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan (2015), ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Di sekolah, 'ponteng' adalah istilah yang
digunakan bagi merujuk apa-apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara
sengaja tanpa alasan yang munasabah. Istilah tersebut digunakan bagi kes
ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-
kes yang 'dimaafkan' seperti sakit, kemalangan dan sebagainya (Norhasilah Mat Nor,
Aspaniza Hamzah dan Nurul Farhana Junus, 2012). Setiap sekolah mempunyai definisi
yang mungkin berbeza yang biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan
sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak
menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun semua kelas
dalam satu-satu hari. Pengkaji mendapati bahawa di sekolahnya, kes ponteng kelas
jarang berlaku. Tatacara tindakan untuk menangani masalah murid tidak hadir ke sekolah
ialah; murid yang tidak hadir lebih dari dua hari tanpa surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dikehendaki membawa ibu bapa /penjaga ke sekolah berjumpa pihak
sekolah.

40

Murid yang sentiasa ponteng sekolah menujukkan prestasi yang lemah, mempunyai
tanggapan kendiri dan cita-cita kerjaya yang amat rendah dan menyebabkan kualiti dan
status ekonomi kehidupan yang rendah pada masa hadapan. Bagi mengurangkan
masalah ini, langkah pertama ialah mencari punca dan faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah ponteng sekolah seterusnya mencari cara-cara untuk mengatasinya.

PENYELESAIAN MASALAH

Pengkaji meninjau isu murid yang kerap ponteng sekolah dari tiga perspektif; murid,
guru (kelas dan mata pelajaran) dan pihak sekolah. Hasil perbincangan secara tidak
formal dengan murid yang kerap ponteng, pengkaji dapati bahawa antara faktor murid-
murid tersebut tidak hadir ke sekolah ialah tidak dapat bangun pagi, lokasi rumah yang
jauh dari sekolah dan tidak ada pengangkutan yang tetap ke sekolah serta kurang minat
belajar. Ada juga yang memberitahu bahawa ibu bapa mereka terlalu sibuk bekerja dan
tiada masa di rumah untuk menyiapkan dan menghantar mereka ke sekolah. Ibu bapa
mereka tidak memarahi mereka sekiranya mereka tidak pergi ke sekolah dan
menghabiskan masa itu di rumah. Faktor-faktor yang sama dihuraikan oleh guru kelas
serta pihak sekolah. Guru kelas dan pentadbir sekolah menekankan bahawa faktor kurang
komitmen dalam kalangan ibu bapa untuk memastikkan anak-anak di bawah jagaan
meraka hadir ke sekolah tanpa gagal setiap hari persekolahan.

Faktor-faktor penyebab gejala ponteng yang ditinjau dapat diklasifikasikan kepada (i)
faktor spesifik-murid (ii) faktor spesifik-keluarga dan (iii) faktor spesifik-sekolah. Sebagai
siswa guru dalam tempoh praktikum, pengkaji meninjau lebih lanjut tentang faktor spesifik-
sekolah. Faktor spesifik-sekolah seperti kemudahan yang disediakan, keselesaan dalam
bilik darjah dan peraturan sekolah juga sebenarnya boleh menjadi pendorong murid sama
ada mahu hadir ke sekolah ataupun tidak. Satu contoh ialah bilik darjah yang kondusif
akan dapat merangsang pembelajaran pelajar. Selain itu, Hendron (2014) menegaskan
bahawa pengajaran guru dalam kelas yang gagal menimbulkan minat murid untuk belajar
juga dapat mempengaruhi sikap murid dan seterusnya, kecenderungan murid untuk
ponteng sekolah. Hendron mendapati bahawa murid yang cerdas ponteng sekolah kerana
bosan terhadap pengajaran guru dan murid yang lemah pula ponteng kerana putus asa
dan tidak rasa terlibat dalam pembelajaran.

Tumpuan pengkaji dalam kajian ini adalah salah satu faktor spesifik-sekolah iaitu
faktor guru . Tinjauan pengkaji dapati bahawa selain dari melapor kepada guru kelas dan
pentadbir sekolah, guru mata pelajaran jarang mengambil tindakan lanjut terhadap murid
yang ponteng. Guru-guru mata pelajaran mengaku bahawa adakalanya mereka rasa lega
apabila murid-murid tersebut tidak hadir dalam kelas mereka. Hal ini disebabkan murid-
murid tersebut biasanya ketinggalan dari segi akademik, mengganggu PdP dan
memerlukan perhatian yang lebih daripada guru.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Semasa fasa praktikum ini, pengkaji mendapati bahawa perancangan dan
pelaksanaan PdP sering terganggu kerana murid yang selalu ponteng memerlukan masa
PdP tambahan daripada guru berbanding dengan murid lain yang tidak ponteng. Pengkaji

41

bertekad melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dalam suasana
pembelajaran yang menyeronokkan supaya murid-murid ini ingin menghadiri kelas
matematik. Sebagai satu usaha untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran
matematik, pengkaji telah membawa murid-murid keluar dari kelas untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti hands-on tertentu. Pengkaji mendapati bahawa kaedah ini sering digunakan
oleh pensyarah-pensyarah di IPGKI. Namun begitu, didapati bahawa kaedah mengawal
disiplin murid-murid Tahun Dua semasa aktiviti luar bilik darjah amat berbeza berbanding
dengan mengawal siswa-siswa guru di IPGKI. Walaupun pada mulanya pengkaji terasa
amat sukar, tetapi dengan perancangan yang rapi, arahan yang jelas, akhirnya, beberapa
aktiviti yang menyeronokkan dan berpusatkan murid dapat dilaksanakan dengan jayanya
di luar bilik darjah.

Jika diteliti dari aspek faktor spesifik-sekolah, tidak dapat dinafikan bahawa teknik
pengajaran guru mata pelajaran merupakan satu faktor penting murid hadir atau tidak
hadir ke sekolah. Guru perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat
murid-murid supaya mereka gembira dan bersemangat untuk ke sekolah. Pendorong
utama ialah murid-murid tahu banyak aktiviti yang menarik disediakan oleh guru dan
mereka teruja untuk bangun awal dan mendorong ibubapa hantar mereka ke sekolah.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Ponteng adalah masalah multi-causal. Setiap kes ponteng adalah berbeza. Biar
apapun puncanya murid ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah
cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Kebanyakan guru mata pelajaran
mempunyai beban kerja yang berat dan tidak mampu menangani masalah itu sendiri.
Guru-guru perlu dilatih untuk mengesan tanda-tanda murid yang mempunyai risiko tinggi
ponteng sekolah dan mengambil langkah-langkah awal. Sekiranya gejala ponteng tidak
ditangani pada awal persekolahan di peringkat sekolah rendah, perkara ini akan
berkekalan sehingga sekolah menengah.

Antara intervensi yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah mengadakan
satu sistem amaran awal untuk mengesan murid-murid berisiko tinggi untuk ponteng serta
merangka program sokongan untuk murid-murid tersebut. Program tersebut sebaiknya
melibatkan murid, guru dan ibu bapa untuk menangani kecenderungan ponteng. Antara
program intervensi yang berkos rendah dan berasaskan maklumat adalah 'poskad
peringatan' kepada ibu bapa. Penilaian pelaksanaan kaedah ini secara rawak mendapati
bahawa dengan menghantar satu 'poskad peringatan' tentang kepentingan hadir ke
sekolah kepada ibu bapa, pihak sekolah dapat menurunkan ketidakhadiran sebanyak 10%
(Rogers & Feller, 2014). Program yang melibatkan penghantaran ingatan melalui sms
dan whatsapp juga didapati berkesan (Bergman & Chan, 2017).

Sekiranya gejala ponteng dibiarkan berterusan, semakin ramai murid yang akan
membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang
padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa tidak seharusnya
menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada
pihak sekolah sepenuhnya. Sekiranya murid-murid ini gagal dibentuk untuk menjadi insan
yang berkualiti, negara akan rugi dari aspek sosial dan ekonomi. Bak kata pepatah,

42

“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha
menangani permasalahan ponteng dalam kalangan murid sekolah rendah dari terus
menular, pihak sekolah perlu berganding bahu dengan ibu bapa dan masyarakat
tempatan.

RUJUKAN
Bergman, P. & Chan,E. (2017). Leveraging Parents through Technology:The Impact of

High-Frequency Information on Student Achievement. Cesifo Working Paper 6493.
Hendron, M.C. (2014). School Climate, Absenteesim and Psychopathology among Truant

Youth. UNVL Theses/Dissertations. Paper 2091.
Kamus Dewan (2015) . Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah & Nurul Farhana Junus ( 2012). Faktor-faktor

Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Journal of Educational Psychology &
Counseling, 5(3): 12-29.
Rogers, T. & Feller,S. (2014). Intervening through Influential Third Parties: Reducing
Student Absences at Scale via Parents.
http://www.attendanceworks.org/wordpress/wp-content/uploads/2014/12/Todd-
Rogers-Avi-F.-nfluntial_ third _parties.pdf.

43

MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK DALAM BERGAUL,
BERCAMPUR, BERINTERAKSI, DAN BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG LAIN

MELALUI AKTIVITI BERMAIN DI DALAM KUMPULAN

Tracy Tiung Anak Morris
[email protected]

Mastura Karimuddin
[email protected]

ABSTRAK

Penulisan reflektif ini bertujuan untuk membincangkan masalah kanak-kanak yang sukar
membina hubungan sosial dalam kalangan mereka. Mereka sukar untuk bergaul,
bercampur, berinteraksi, dan berkomunikasi dengan orang lain. Kajian ini telah dijalankan
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah Sekolah Kebangsaan Wira Jaya. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa aktiviti bermain secara berkumpulan dapat membantu
kanak-kanak meningkatkan kemahiran sosial. Pengkaji mendapati pendekatan ini dapat
mengatasi masalah murid yang mempunyai kurang keyakinan diri untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti berkumpulan. Pengkaji juga mencadangkan agar kanak-kanak
bersosial bersama rakan-rakan dengan sentiasa berada di dalam kumpulan.

Kata Kunci: bermain dalam kumpulan, kemahiran sosial, keyakinan diri, penglibatan aktif

PENGENALAN

Guru pendidikan awal kanak-kanak sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam
kanak-kanak di kelas prasekolah. Ada kanak-kanak yang mudah bergaul mesra dengan
rakan-rakan namun ada juga kanak-kanak yang sukar untuk bercampur dan bergaul. Jika
kanak-kanak kurang bergaul berinteraksi dan berkomunikai bersama rakan, aktiviti dan
langkah pengajaran akan menjadi agak sukar untuk dilaksanakan dan akan
mengakibatkan hasil pembelajaran tidak dapat tercapai. Oleh itu, sebagai seorang guru
yang peka dan prihatin, guru perlu sentiasa menilai dengan membuat pemerhatian
terhadap tingkah laku kanak-kanak ketika aktiviti dijalankan supaya dapat dilakukan
penambahbaikan dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi semasa
aktiviti PdP di dalam kelas. Setelah dikenal pasti guru akan merancang aktiviti bermain di
dalam kumpulan kerana dengan bermain di dalam kumpulan kanak-kanak dapat bergaul
dan bercampur serta berinteraksi dengan orang lain secara positif. Melalui bermain juga
diharapkan kanak-kanak dapat melakonkan semula apa-apa yang dimainkan dan akan
mempercepatkan aspek penguasaan bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan baik.

Isu / Masalah

Pengkaji memfokuskan penulisan ini setelah menamatkan pengajaran dan pengkaji
mendapati beberapa orang kanak-kanak kurang bersosial dengan rakannya yang lain.
Kanak-kanak hanya berdiam diri dan mengasingkan diri dan kurang aktif bermain dengan
rakannya yang lain. Saya mengesan tingkah laku beberapa orang murid ini apabila

44

mereka tidak bercampur dan bergaul serta kurang berinteraksi dan berkomunikasi dan
hanya berdiam diri sahaja. Kanak-kanak tidak mempunyai masalah dalam tingkah laku di
kelas namun saya mengambil berat mengenai isu ini kerana mereka kelihatan tidak
bergaul dan berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti dijalankan. Isu ini semakin ketara
apabila saya selalu membuat aktiviti individu yang tidak mengalakkan kanak-kanak
bersosial dengan murid yang lain. Saya terlepas pandang mengenai kemahiran sosial
murid yang perlu dititiberatkan.

Setelah saya membuat pemerhatian dan meneliti isu ini semula, saya sepatutnya
melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Saya sepatutnya lebih peka tentang
kemahiran sosial kanak-kanak ini dan tidak hanya fokus mengenai pengajaran saya
sehingga mengabaikan kanak-kanak yang menghadapi masalah kurang bersosial.
Walaupun kanak-kanak ini tidak bising di dalam kelas, namun hubungan sosial kanak-
kanak harus ditingkatkan. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi
dan komunikasi. Kesan daripada tindakan saya yang kurang memberi perhatian tersebut,
saya mendapati kanak-kanak ini kurang bergaul, bercampur, berinteraksi dan
berkumunikasi di dalam kelas. Mereka menjadi tidak aktif dan tidak mahu bercakap, malu
untuk bergaul sehingga mereka hanya bersuara perlahan kerana kurang yakin dengan diri
sendiri. Hal ini menunjukkan mereka kurang untuk berinteraksi dan berkomunikasi sesama
rakan. Namun, pengkaji mendapati interaksi sosial berlaku apabila aktiviti melibatkan
permainan dijalankan secara berkumpulan.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah kanak-kanak prasekolah Sekolah
Kebangsaan Wira Jaya Barat yang kurang kemahiran sosial untuk bercampur, bergaul
berinteraksi dan berkomunikasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti
bermain di dalam kumpulan.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru bagi meningkatkan kemahiran sosial
kanak-kanak yang sukar untuk bercampur, bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi
melalui aktiviti bermain di dalam kumpulan.

Kajian Literatur

Pembelajaran dan pengajaran melalui bermain menunjukkan bahawa terdapat
beberapa perkara yang dapat menyokong kemahiran kreativiti kanak-kanak (Davies et al.,
2013a). Menurut Paisi (2013) aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak adalah
berdasarkan keperluan, keinginan dan berbeza mengikut peringkat umur mereka, tanpa
mengira bangsa, etnik, tamadun atau budaya. Berdasarkan kajian Paisi (2013), melalui
aktiviti bermain, kanak-kanak dapat belajar, meningkatkan tahap kreativiti, dan berusaha
ke arah aktiviti pembelajaran tanpa letih, lesu atau bosan.

Pembelajaran berasaskan bermain kanak-kanak dalam pembelajaran adalah
secara sukarela, bebas dan keseronokan mereka adalah apabila bersama rakan-rakan
mereka iaitu diluar tekanan dan batasan orang dewasa (Nada, 2014). Seterusnya, Alicia

45

dan Maria Luisa (2014) menyataan bahawa konsep bermain adalah aktiviti pembelajaran
ataupun interaksi sosial yang dapat meningkatkan minat dan motivasi serta
membangunkan pemikiran saintifik dan matematik kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengajaran
yang bermakna dan menyeronokkan perlulah merangsang pelbagai deria kanak-kanak
yang dapat meningkatkan tahap kreativiti dan minat mereka (Samni et al., 2015).

Davies et al. (2013b) melalui kajiannya turut mendapati bahawa melalui
pembelajaran berasaskan bermain, wujudnya hubungan diantara guru dan pelajar (saling
hormat-menghormati) dan meransang tingkahlaku melalui peluang untuk bekerjasama
dengan rakan sebaya. Kajian yang dijalankan oleh Lu Chung Chin dan Effandi (2015)
menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan adalah berkesan dalam
memupuk tingkah laku pembelajaran positif dan tingkah laku prososial kanak-kanak.
Frekuensi kewujudan tingkah laku prososial yang lebih tinggi dapat dikesan melalui kanak-
kanak prasekolah yang menggunakan pembelajaran berasaskan permainan berbanding
kanak-kanak prasekolah yang menggunakan kaedah tradisional.

Menurut Rosli Mohd Zaman (2014), belajar melalui bermain adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga
akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat
menguasai perkembangan sosial dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Lanjutan itu, guru seharusnya yakin memberi
penyampaian permainan aktiviti dengan jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak agar
kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti permainan ini di kawalan guru dan mengikut
arahan guru.

Selain itu, guru juga haruslah memahami psikologi kanak-kanak agar dapat memilih
aktiviti yang sesuai dengan tahap pencapaian kanak-kanak. Dengan kata lain, masalah
kesukaran guru untuk menjalankan aktiviti kaedah belajar melalui bermain dapat
dikurangkan. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009)
menyatakan melalui permainan, kanak-kanak belajar berinteraksi secara positif , belajar
menghormati hak orang lain, mengambil giliran, berkongsi alatan serta melayani
keperluan orang lain. Piaget (1962), main memberikan peluang kepada kanak-kanak
meluahkan idea, perasaan dan emosi dan membantu dalam pembentukan jati diri,
ketrampilan diri, nilai-nilai murni kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani
bertindak.

PENYELESAIAN MASALAH

Idea Penyelesaian

Antara cara penyelesaian masalah ini ialah memberikan peluang kepada kanak-kanak
terlibat di dalam aktiviti kumpulan. Pengkaji akan memastikan semasa merancang
Rancangan Pengajaran Slot, aktiviti bermain di dalam kumpulan. Permainan yang
dirancang merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan
peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang tidak begitu formal,
menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain proses perkembangan sosial kanak-

46

kanak akan berlaku secara menyeluruh. Permainan untuk meningkatkan perkembangan
sosial bermaksud kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Permainan sosial
bermula seawal kanak-kanak mula mengenali persekitaran dan orang lain yang ada dalam
persekitarannya. Permainan sosial yang dirancang kepada kanak-kanak adalah untuk
membentuk kemahiran sosial dari segi kanak-kanak bergaul, bercampur, berinteraksi dan
berkomunikasi. Ia dinamakan sebagai permainan koperatif iaitu kanak-kanak bermain
dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis

Permainan sosial melalui dalam kumpulan atau permainan koperatif, pengkaji
mendapati pendekatan ini sangat berjaya untuk membantu kanak-kanak yang masih malu,
tiada keyakinan diri, dan tidak mahu bergaul dan bercampur kepada kanak-kanak yang
serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak.

Pada peringkat ini, kemahiran sosial seperti bergaul, bercampur berinteraksi dan
berkomunikasi penguasaan aktiviti pratulisan dan kemahiran tulisan tangan memainkan
peranan penting untuk membolehkan murid menguasai kemahiran menulis. Pengetahuan
isi kandungan guru juga perlu disertai dengan pengetahuan pedagogi yang mantap dalam
pengajaran dan dituruti pula dengan pengetahuan guru tentang ciri murid bermasalah
pembelajaran yang berada di dalam kelas yang diajar.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kemahiran sosial kanak-kanak berjaya dipertingkatkan melalui aktiviti bermain
dalam kumpulan. Kanak-kanak dapat bertukar idea dan berkomunikasi dengan lancar.
Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap
tindakan yang dilaksanakan. Pengkaji perlu memastikan bahawa semua kanak-kanak
mendapat perhatian yang adil dan saksama antara kanak-kanak yang pasif dan aktif.
Pengkaji perlu memberikan fokus yang sama rata kepada kanak-kanak agar dapat
membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, aktiviti bermain yang dijalankan dalam kumpulan perlu menarik dan
mempunyai pelbagai variasi. Kanak-kanak berasa teruja dan tidak berasa bosan
sekiranya pengkaji melaksanakan kepelbagaian aktiviti selaras dengan tahap
perkembangan kanak-kanak. Aktiviti bermain dalam kumpulan harus berpusat kepada
kanak-kanak dan guru hanya sebagai pembimbing agar kanak-kanak mendapat
pengalaman belajar yang berkesan di samping meningkatkan penglibatan sosial yang aktif
dalam kalangan kanak-kanak. Dengan itu, kanak-kanak akan lebih yakin untuk bergaul,
bercampur, berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain melalui aktiviti bermain
dalam kumpulan.

47

RUJUKAN
Alicia, F.-O., & María Luisa, O. (2014). Pre-service Kindergarten Teachers’ Conceptions of

Play, Science, Mathematics, and Education. Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 152, 856-861.
Davies, D., Jindal-Snape, D., Collier, C., Digby, R., Hay, P., & Howe, A. (2013a). Creative
Learning Environments In Education-A Systematic Literature Review. Thinking Skills
and Creativity, 8, 80- 91.
Davies, D., Jindal-Snape, D., Collier, C., Digby, R., Hay, P., & Howe, A. (2013b). Creative
Learning Environments In Education—A Systematic Literature Review. Thinking
Skills and Creativity, 8, 80- 91.
Lu Chung Chin, & Zakaria, E. (2015). Effect of Game-Based Learning Activities on
Children’s Positive Learning and Prosocial Behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia,
40(2), 159-165.
Nada, B. (2014). Play from the Perspective of Future Pedagogues’ Childhood and
Adulthood. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 146, 3-8.
Paisi, L. M. (2013). Play in School Context. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 76,
597-601.
Samni, S., Abdul Razaq, A., & Mohd Mahzan, A. (2015). Literasi Sejarah dalam
Pendidikan Kanak-kanak Prasekolah: Satu Analisis Keperluan Terhadap Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Tunjang Kemanusiaan Berasaskan Pendekatan
Belajar Melalui Bermain. Paper presented at the Proceeding 7th International
Seminar on Regional Education.

48

PENGGUNAAN ELEMEN MUZIK DI DALAM KELAS BAHASA INGGERIS

Nurul Syakirin Binti Nazian
[email protected]

Tn. Hj. Meor Zahidi Bin Hj. Meor Mohd Tahir
[email protected]

ABSTRAK

Perbezaan antara penggunaan bahasa dan juga penggunaan elemen muzik dalam
pembelajaran dapat dilihat melalui kadar tumpuan yang diberikan semasa berada di
dalam kelas. Murid didapati tidak banyak bercakap dan banyak mendiamkan diri ketika
berada di kelas Bahasa Inggeris manakala mereka kelihatan ceria dan gembira apabila
berada di bilik muzik untuk belajar subjek Pendidikan Muzik dengan menggunakan alatan
muzik yang telah disediakan. Murid memberikan komitmen dengan baik untuk kedua-dua
kelas namun perbezaan dapat dilihat dari segi kefahaman dan keseronokan berada di
dalam kelas tersebut. Hal ini menyebabkan, murid tidak fokus di dalam kelas dan sering
mengelamun akibat daripada tidak seronok kerana ketidakfahaman tersebut. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan tidak dinafikan objektif
pengajaran telah pun tercapai. Namun, sebagai guru, perasaan tidak gembira itu timbul
apabila melihat anak murid tidak berasa gembira apabila belajar di dalam kelas. Oleh itu,
penggunaan elemen muzik dalam merealisasikan impian seorang guru baru untuk
melihat anak muridnya gembira dan mencapai kefahaman yang teguh dapat dibantu
dengan penggunaan elemen muzik di dalam kelas.

Kata Kunci: penggunaan elemen muzik, keseronokan belajar, kefahaman melalui muzik

PENGENALAN

Perasaan seronok untuk berada di dalam bilik darjah semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung adalah satu isu yang amat penting dalam
kalangan guru-guru. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia, “Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.”. (Blueprint, M. E.,2016). Sudah terang lagi bersuluh objektif
pendidikan di Malaysia telah diungkapkan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk
menjadikan murid-murid di Malaysia ini sebagai seorang rakyat yang berguna kepada
masyarakat.

Tujuan pendidikan juga adalah untuk membekalkan murid dengan pengetahuan
dan kemahiran supaya mereka dapat menguasai lima komponen untuk berjaya iaitu
‘Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial’ atau lebih popular dengan nama JERIS.
Berdasarkan satu artikel di dalam Berita Harian (2018), yang bertajuk “Jadual padat
membebankan murid” menyatakan bahawa kebanyakkan murid di Malaysia meluangkan

49

masa selama 7 hingga 9 jam di sekolah untuk belajar dengan masa yang singkat untuk
berehat. Pada sebelah malam pula, murid-murid selalunya disuruh untuk menyiapkan
kerja sekolah atau pergi kelas mengaji. Desakan ibu bapa untuk memenuhkan jadual
anak supaya dapat menjadikan anak mereka seorang yang mahir dari segala segi juga
telah menyebabkan anak-anak tertekan. Jadual mereka yang padat setiap hari
menyebabkan mereka tertekan dan penat di dalam kelas pada waktu sekolah.

KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1992), terdapat lapan jenis
kecerdasan, iaitu visual dan ruang, logikal/matematikal, kinestetik, musikal/ritma, verbal-
linguistik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. Setiap individu mempunyai
kecerdasan yang berlainan. Sebagai contoh, terdapat individu yang boleh belajar sambil
mendengar muzik dan terdapat individu yang hanya boleh mentelaah ilmu dalam
keadaan yang sunyi sepi seperti di perpustakaan sahaja. Oleh itu juga, terdapat beberapa
pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti “Suggestopedia”, “Total Physical
Response” dan “Silent Way”. “Suggestopedia” misalnya, suatu pendekatan yang
dikembangkan oleh ahli Psikiatri (Psychiatry) dan pendidikan Bulgaria pada tahun 1979,
merupakan satu kaedah yang membolehkan guru memasang muzik sebagai latar
belakang sambil guru membaca petikan dan murid mula berimaginasi.

Selain itu, berdasarkan sistem pendidikan Malaysia yang menjurus ke arah
Pendidikan abad ke-21 (PAK21) ini, guru perlu mengambil berat tentang Pdpc yang
berpusatkan murid dan bukan berpusatkan guru. Pak21 ini menekankan 6C iaitu Critical
Thinking (Pemikiran kritis), Collaboration (Kolaborasi), Communication (Komunikasi),
Creativity (Pemikiran kreatif), Citizenship (Kenegaraan) dan Character (Perwatakan). Hal
ini setanding dengan kecerdasan pelbagai Gardner, iaitu kecerdasan kinestetik. Guru kini
telah banyak menggunakan ruang di dalam kelas untuk memastikan murid-murid
bergerak dan belajar dengan kadar yang optimum. Guru perlu mengenal pasti
kecerdasan pelbagai murid-murid supaya dapat mengetahui apa masalah dan apa kesan
cara mengajar yang digunakan di dalam kelas.

PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kajian literatur yang telah saya lakukan, isu yang terdapat di dalam
kelas 3 Cemerlang pada fasa praktikum 2 di SK Raja Chulan adalah terdapat sekumpulan
murid yang sering tidak fokus, mengelamun, tidak ambil serius dan jarang bersuara di
dalam kelas Bahasa Inggeris, namun mereka bergerak aktif ketika belajar Pendidikan
muzik di bilik muzik. Kemungkinan isu yang berbangkit adalah:

i. Murid tidak mahir berbahasa Inggeris/ tidak minat Bahasa Inggeris
ii. Murid lebih cenderung kepada elemen muzik.
iii. Murid lebih suka aktiviti “hands-on” di dalam kelas

Oleh yang demikian, sebagai guru yang mahukan anak murid mereka mempunyai
keseronokan belajar di dalam kelas tidak kira apa subjek sekalipun, kita perlu mengenal

50


Click to View FlipBook Version