The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasimah bt Abdul Jal UP(S), 2021-03-09 22:02:04

JURNAL PRAKTIKUM Jilid 1/2021

JURNAL PRAKTIKUM (1)

pasti dan mengambil berat hal ini. Saya mencadangkan beberapa cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut iaitu menerapkan elemen muzik di dalam bilik darjah.
Saya sering memasang lagu-lagu pilihan murid sebagai latar belakang sambil mereka
membuat latihan yang diberikan. Saya juga menggubah lagu yang sedia ada dengan
menukar lirik sahaja atau saya mencipta melodi berdasarkan petikan yang disediakan di
dalam buku teks. Sebagai contoh, saya ingin mengajar ‘preposition’, saya melakukan
melodi dan merakamkannya di telefon bimbit dan lagu tersebut diperdengarkan kepada
murid-murid ketika di dalam kelas. Saya mendapati sekumpulan murid yang jarang
bercakap sudah mula bernyanyi dan mengingati jenis-jenis “preposition” yang diajar di
dalam kelas tersebut.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Penyelesaian masalah secara alternatif telah diambil dengan cara mengubah suai
cara pengajaran sehingga memberikan impak positif di dalam kelas telah memberi impak
positif kepada sekumpulan murid yang tidak fokus tersebut. Mereka kelihatan lebih
gembira dan yakin apabila guru menggunakan muzik ketika mengajar Bahasa Inggeris.
Murid-murid tersebut tidak lagi berasa takut jika bersoal jawab dengan guru di dalam
kelas. Malah, mereka berebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanya
oleh guru. Hal in disebabkan, lagu yang dicipta telah membantu mereka mengingati isi-isi
penting yang telah mereka pelajari sepanjang waktu kelas tersebut. Saya juga mendapati
bahawa lagu yang telah dicipta,pemilihan frasa yang bersifat subjektif iaitu “In the
kitchen”, terngiang-ngiang di telinga dan kadangkala saya mendengar mereka menyanyi
ketika berjalan ke kantin. Hal ini telah memberikan satu impak yang baik kepada murid-
murid untuk mereka mengingati isi pengajaran dan pembelajaran untuk waktu jangka
masa yang panjang.

Selain itu, murid juga kurang mengelamun dan fokus mereka untuk belajar di
dalam kelas meningkat. Kemahiran komunikasi mereka juga meningkat apabila mereka
boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan kadar minimum dengan rakan-rakan dan
juga guru. Murid tidak lagi berasa kurang keyakinan untuk bersuara di dalam kelas
kerana gusar akan kesalahan yang bakal berlaku jika mereka membuka mulut dan
menyebabkan mereka berasa malu dengan rakan sekelas. Selain itu, penggunaan muzik
juga dapat memberikan ketenangan kepada murid-murid untuk membuat kerja kumpulan.

Menurut Miller (2005), pembelajaran integratif adalah satu pendekatan yang
mengutamakan minat murid. Pendekatan integratif juga merupakan satu terapi yang
melibatkan afektif, tingkah laku, gaya pemikiran, sosial dan emosi dalaman. Pemilihan
lagu yang sesuai amat diperlukan untuk memastikan murid-murid berada dalam keadaan
yang ceria dan gembira untuk belajar. Guru juga mengadakan sistem ganjaran untuk
menggalakkan respon daripada murid-murid di dalam kelas dan juga untuk memastikan
mereka sentiasa aktif untuk membolehkan mereka mendapatkan token ganjaran di akhir
waktu kelas tersebut. Secara tidak langsung juga, sistem ganjaran ini dapat
menghasilkan satu persaingan secara sihat dalam kalangan murid-murid.

51

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Sebagai seorang guru pelatih, pengkaji berasa gembira melihat perubahan
sekumpulan murid yang tidak fokus dan juga murid-murid yang lain dari hari pertama
menjejakkan kaki di sekolah sehinga hari terakhir menamatkan praktikum di sekolah
tersebut. Perasaan lega dan amat bangga tersemat di hati kerana mereka mempunyai
keberanian dan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan kelas.

Selain itu, murid juga dapat memberikan komitmen yang tinggi sejajar dengan
konsep 6C yang telah dinyatakan. Sebagai seorang guru, kita perlu mengenal pasti
masalah yang terdapat di dalam kelas kita. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan
komunikasi secara dua hala. Jika terdapat murid yang menimbulkan masalah, jangan
menyalahkan mereka dengan terburu-buru tetapi tanya kepada diri sendiri apa-apa yang
patut diperbetulkan supaya murid-murid dapat belajar dengan baik. Saya sedar bahawa
itulah tugas seorang guru yang sebenar pada masa hadapan. Menjadi pendidik di abad
ke-21 ini adalah suatu profesion yang amat mencabar tetapi sebagai seorang bakal guru,
kita perlu tetap berusaha seperti bibit-bibit kata yang disampaikan oleh Hamka, ‘yang
takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah
melangkah.’

RUJUKAN

Blueprint, M. E. (2016). Blueprint 2013-2025.(2013). Ministry of Education,
Malaysia, 27.

Don, Y. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Professional.

Gardner, H. (1992). Multiple intelligences (Vol. 5, p. 56). Minnesota Center for Arts
Education.

Hadi, A., Yusop, M., Mohamad, B., Hashim, J., & Razzaq, A. R. (2008). Analisa
Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru
Pelatih.

Lozanov.G., & Gateva, E. (1988). The Foreign Language Teacher's, Suggestopedic
Manual. Gordon and Breach Science Publishers, PO Box 786, Copper Station, New
York, NY 10276..

Miller, R. (2005). Integrative learning and assessment. Fostering Students’ Abilities To
Integrate Learning - Across Courses, Over Time And Between Campus And
Community Life - Is One Of The Most Important Goals And Challenges Of Higher
Education., 11.

52

APLIKASI MODEL FLIPPED CLASSROOM DALAM KEMAHIRAN MEMBACA DAN
MEMBERI RESPON

Law Sye Ching
[email protected]

Lee Siong Theam
[email protected]

Dr Ng Sook Gun
[email protected]

ABSTRAK

Model flipped classroom adalah pedagogi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
abad ke-21. Model ini berfokus kepada pembelajaran berpusatkan murid dan
menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid. Pelaksanaannya adalah
berdasarkan kerangka 3E iaitu Engage, Enhance dan Extend. Semasa menjalankan
praktikum di sekolah, pengkaji mendapati sebilangan murid sekolah agak lemah dalam
penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur. Murid kurang memberi pendapat yang
menunjukkan tahap pemikiran aras tinggi. Oleh itu, pengkaji mengaplikasikan model
flipped classroom dengan kerangka 3E dalam salah satu PdPc kemahiran mendengar
dan bertutur yang berfokuskan kemahiran memberi respon. Dapatan daripada
pengaplikasian ini akan dibincangkan dalam bahagian-bahagian berkenaan.

Kata Kunci: bilik darjah berbalik, Kerangka 3E, Kemahiran mendengar dan bertutur

PENGENALAN

Isu / Masalah

Dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah, murid perlu
menguasai empat kemahiran asas iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa 1 di SJK(C) Ave Maria Convent, Ipoh. Menurut
pemerhatian pengkaji di salah satu kelas yang diajar pengkaji, murid agak lemah dalam
penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur. Sebagai contoh, dalam salah satu sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berkaitan dengan kemahiran tersebut, murid
dikehendaki untuk mendengar teks dan memberi respon berdasarkan teks yang didengar.
Namun, pengkaji mendapati kebanyakan murid tidak dapat memberi pendapat atau
respon yang lebih spesifik. Walaupun mereka boleh memberi respon berdasarkan teks
tersebut, respon berkenaan hanya menunjukkan kemahiran berfikir aras rendah.

Semasa menjalani praktikum di sekolah tersebut, pengkaji mendapati sekolah ini
sedang giat melaksanakan pedagogi PdPc abad ke-21, iaitu flipped classroom. Bagi
menyelesaikan masalah pembelajaran ini, pengkaji berbincang dengan guru sekolah dan
pensyarah serta mengaplikasikan model ini dalam PdPc seterusnya.

53

Tujuan Kajian

Tujuan Kajian: Meneroka langkah-langkah yang berkesan untuk mengaplikasikan
model flipped classroom dalam PdPc yang melibatkan kemahiran mendengar dan
memberi respon.

Soalan Kajian: Apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengaplikasikan
model flipped classroom dalam PdPc yang melibatkan kemahiran mendengar dan
memberi respon?

Kepentingan Kajian

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan satu kemahiran yang tidak boleh
diabaikan dan sepatutnya dikuasai oleh murid sekolah. Berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), PdPc kemahiran mendengar dan bertutur harus
menggalakkan murid untuk memberi pendapat sendiri dan secara tidak langsungnya
memupuk kemahiran berfikir pada tahap mencipta.

Model flipped classroom ialah satu alternatif kepada kaedah PdPc biasa. Model ini
berfokus kepada pembelajaran aktif dan berpusatkan murid. Murid bersedia dengan
pembelajaran di rumah dan berbincang dengan murid lain di sekolah semasa PdPc
dijalankan. Model ini menggalakkan murid untuk menjana idea sendiri melalui
pembelajaran kendiri di rumah. Dalam konteks ini, murid bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri. Kefahaman kendiri murid lebih diberi fokus dan guru yang
berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing di dalam kelas boleh membimbing murid
berdasarkan tahap kefahaman murid (Ghosh, 2018). Melalui persediaan awal di rumah,
murid juga lebih bersedia dalam aktiviti pembelajaran di sekolah.

KAJIAN LITERATUR

Flipped classroom telah menggantikan pendedahan tentang isi pelajaran secara
langsung oleh guru dalam kelas dengan pencarian maklumat dalam Internet atau video
berkenaan tentang isi pelajaran pada luar waktu persekolahan. Ini telah memberi peluang
kepada murid untuk menjalankan pembelajaran aktif dalam bilik darjah (Szparahowski,
2014).

Menurut Rashid, Boon & Ahmad (2017), dalam bilik darjah, guru dan murid akan
berinteraksi secara ilmiah tentang bahan yang disediakan. Kaedah ini merangsang
penglibatan murid secara aktif dengan menjadikan suasana bilik darjah seperti sebuah
bengkel. Ini bermakna murid boleh bertanyakan isi pelajaran dan berinteraksi antara
mereka dalam aktiviti secara praktikal.

Rajah 1 menunjukkan kitaran biasa untuk memperoleh dan mengaplikasi
kandungan pelajaran secara flip supaya pelajar mendapat pengetahuan yang diperlukan
sebelum kelas, dan guru membimbing pelajar untuk memperjelas dan menggunakan
pengetahuan secara aktif dan interaktif semasa kelas (Haselwood, 2015). Pendekatan ini
menyokong guru memainkan peranan yang paling penting untuk membimbing pelajar

54

mereka untuk berfikir lebih mendalam dan tahap penggunaan yang lebih tinggi.
Pendekatan flipped classroom telah memberi peluang dan masa yang lebih banyak
kepada guru untuk berbincang dengan murid, berbanding dengan pendekatan tradisional.
Bukan itu sahaja, pendekatan ini turut memupuk semangat kerjasama antara murid di
dalam kelas selain berbincang berkenaan sesuatu topik bersama. (Ozdamli & Asikoy,
2016).

Rangka kerja 3E (Engage, Enhance, Extend) bertujuan untuk membimbing para pendidik
dalam mengintegrasikan alatan teknologi dalam pelajaran untuk membantu pelajar
melibatkan (engage), meningkatkan (enhance) dan melanjutkan (extend) hasil
pembelajaran. Rajah 2 merumuskan inti pati bagi kerangka 3E menurut Liz Kolb (2017).

(Kolb, L. (2017). About the Triple E Framework. Retrieved from Triple E Framework:
https://www.tripleeframework.com/about.html)

55

PENYELESAIAN MASALAH

Idea Penyelesaian

Pengkaji telah mengaplikasi model flipped classroom dan Kerangka 3E dalam PdPc
kemahiran mendengar teks dan membuat respons berdasarkan teks yang didengar. Teks
yang dipilih ialah notis berkaitan dengan satu aktiviti sekolah yang akan disertai oleh
murid. Murid perlu mendengar notis ini dengan teliti dan membuat respon atau
mengeluarkan persoalan berkaitan dengan butiran-butiran yang didengar.

Melibatkan (Engage): Beberapa hari sebelum PdPc ini dijalankan, pengkaji telah
meminta murid untuk mencari maklumat yang berkenaan dahulu, iaitu aktiviti yang pernah
disertai mereka dan juga maklumat lanjut berkenaan dengan aktiviti tersebut. Selain itu,
pengkaji turut menggalakkan murid untuk mencari maklumat di Internet.

Meningkatkan (Enhance): Semasa PdPc dijalankan, murid diberi peluang untuk
berkongsi dengan rakan berkaitan dengan maklumat yang dicari. Pengkaji turut
menjalankan aktiviti pengayaan dengan memberi topik yang berlainan dan meminta murid
untuk memberi respon. Aktiviti ini melibatkan perbincangan antara kumpulan.

Melanjutkan (Extend): Pada akhir PdPc ini, pengkaji telah memberi tugasan yang
perlu dijalankan oleh murid selepas waktu PdPc. Murid perlu memberi perhatian dan
mendengar mana-mana pengumuman yang diberi di sekolah dan mengulas semula
kepada guru pada PdPc seterusnya. Hal ini membantu pengkaji untuk menguji tahap
kemahiran mendengar dalam kalangan murid.

Analisis

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap isu yang telah dikenal pasti,
pengkaji mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah:

i. Menerangkan sebab pencarian maklumat tentang topik berkenaan.
ii. Menerangkan cara pencarian maklumat yang lebih senang.
iii. Memberi pujian kepada mereka yang berjaya mencari maklumat untuk

menggalakkan murid lain.
iv. Menggalakkan murid yang kurang memberi pendapat di dalam kelas untuk

menyuarakan pendapat mereka.
v. Selalu bertanya kepada murid tentang perkembangan pelaksanaan tugasan yang

perlu dijalankan selepas waktu PdPc.

56

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Keberkesanan langkah yang dicadangkan (Idea pelajar)

Tindakan yang telah saya laksanakan dengan menggunakan cadangan
penyelesaian yang saya kenal pasti telah mendatangkan kesan yang positif. Kebanyakan
murid dapat mencari maklumat yang dikehendaki. Sesetengah murid juga berjaya
mencari poster berkenaan dengan aktiviti yang pernah disertai mereka. Oleh itu, PdPc
tersebut agak berjaya dari segi pemahaman murid tentang cara pemberian respons
terhadap teks yang didengar. Pengkaji tidak perlu menggunakan masa yang lebih banyak
untuk berbincang dengan murid tentang butiran aktiviti dan cara memberi respon.

Selain itu, murid berjaya mengaplikasikan maklumat yang dicari dalam tugasan
kumpulan yang diberikan. Mereka berupaya untuk memberi respon dan persoalan yang
lebih spesifik. Pengaplikasian model ini membolehkan guru menggunakan waktu PdPc
untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Guru boleh memberi bimbingan kepada murid
berdasarkan tahap penguasaan mereka (Fang, 2017).

Saya juga memberikan pujian kepada mereka yang berjaya mencari maklumat
sebagai galakan kepada murid yang lain. Pencarian maklumat ini membolehkan guru dan
murid berupaya untuk membuat perbincangan tentang topik tersebut di dalam bilik darjah.

Pengkaji turut mendapati bahawa murid lebih bersedia untuk berkongsi maklumat
dengan orang lain apabila mereka menguasai sesuatu kemahiran sebelum datang ke
kelas. Mereka mempunyai idea yang lebih banyak semasa berbincang dengan rakan
dalam kumpulan. Model ini menggalakkan pembelajaran kolaboratif melalui aktiviti
kumpulan dan perbincangan antara murid (Szparagowski, 2014).

Pada permulaannya, murid mempunyai banyak persoalan berkaitan dengan
pelaksanaan model ini dalam PdPc. Dalam model ini, guru sebagai fasilitator berperanan
untuk membimbing murid dalam proses pembelajaran dengan menyediakan maklum
balas ke atas segala persoalan murid (Cabi, 2018). Oleh itu, pengkaji telah menerangkan
sebab pencarian maklumat tentang topik berkenaan. Pengkaji menerangkan bahawa
maklumat tersebut amat berguna bagi memudahkan pemahaman mereka dalam PdPc
seterusnya. Dengan ini, barulah pembelajaran kendiri murid akan menjadi lebih
bermakna. Selain itu, pengkaji juga cuba mencadangkan alternatif pencarian maklumat
supaya mereka berjaya mencari maklumat yang diperlukan.

Pengkaji juga mendapati murid boleh menjalankan tugasan yang perlu
dilaksanakan selepas waktu PdPc dengan berjaya. Mereka boleh mengulas semula
kandungan yang didengar dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai. Mereka dapat
memberi respon yang bersesuaian dengan kandungan yang didengar.

57

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

Model flipped classroom menukar cara PdPc tradisional dengan cara meminta
murid untuk membuat persediaan awal tentang PdPc yang akan dijalankan terlebih
dahulu di rumah dan menjalankan perbincangan di sekolah. Pengkaji berpendapat
bahawa kaedah ini merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk meningkatkan
pemahaman murid tentang sesuatu idea. Pengkaji berharap cara ini boleh digunakan
pada PdPc seterusnya bagi merangsang pembelajaran murid yang lebih efektif dan
menukar pembelajaran pasif dalam kalangan murid ke arah pembelajaran aktif.

Cadangan (Cadangan Pensyarah)

Pengkaji telah menunjukkan pengaplikasian langkah-langkah yang teratur dengan
model flipped classroom dan kerangka 3E dapat meningkatkan kemahiran mendengar
dan bertutur di kalangan muridnya. Tujuan ini tercapai dengan menggunakan waktu kelas
untuk melakukan aktiviti berpusatkan murid daripada mendengar pengajaran guru sahaja.
Secara langsung kaedah ini lebih melibatkan murid dan mampu meningkatkan minat
murid serta membolehkan guru mentaksir pengetahuan murid tentang kemahiran dan
kandungan pelajaran. Dari segi pelaksanaan, pengkaji boleh menyediakan video
pengajaran terlebih dahulu untuk ditonton oleh murid dan diikuti oleh tugasan sebelum
kelas. Kebaikan penyediaan video pengajaran ialah pelajar dapat mengawal
pembelajaran sama ada main semula (playback) video dan menyemak semula video
apabila diperlukan.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cabi, E. (2018). The Impact of the Flipped Classroom Model on Students’ Academic
Achievement.International Review of Research in Open and Distributed Learning.
19(3). Dicapai daripada http://www.irrodl.org/index.php/irrodl/article/view/3482/4647

Fang, B. (2017). Flipping the Flipped Classroom. Dicapai pada November 14, 2019,
daripada https://er.educause.edu/articles/2017/8/flipping-the-flipped-classroom

Ghosh, R. (2018). The Rise of Flipped Classroom Learning. Dicapai pada November 14,
2019, daripada http://www.gocertify.com/articles/the-rise-of-flipped-classroom-
learning

Kolb, L. (2017). About the Triple E Framework. Retrieved from Triple E Framework:
https://www.tripleeframework.com/about.html

Haselwood, S. (2015). What, Why, and How to Flip Your Classroom. Retrieved from
EdSurge: https://www.edsurge.com/news/2015-05-07-what-why-and-how-to-flip-
your-classroom

58

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ozdamli, F. & Asiksoy, G. (2016). Flipped Classroom Approach. World Journal on
Educational Technology: Current Issues. 8(2), 98-105.

Szparagowski, R. (2014). The Effectiveness of the Flipped Classroom. Honors Project.
127.

59

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DENGAN PENERAPAN ELEMEN PAK21
DALAM TOPIK PENANAMAN SAYURAN

Muhamad Azizul Hakim bin Azlan
[email protected]

Saidatul Nadiah Shamsuddin
[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan projek dengan penerapan elemen PAK21 dalam
pembelajaran topik penanaman sayuran dilaksanakan bagi mendapatkan impak
pembelajaran yang bermakna kepada murid. Peruntukan masa selama 6o minit
seminggu dilaksanakan secara merentas kurikulum dan berorientasikan pembelajaran
abad ke-21. Tujuan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek adalah untuk
mendapatkan penglibatan aktif murid dalam meneroka pengetahuan baharu di samping
membentuk usaha ke arah mendapatkan pembelajaran kendiri dengan cara yang betul
dengan menggunakan persekitaran semasa sebagai peluang untuk mencari
pengetahuan dan membentuk nilai serta sahsiah diri yang positif. Pelaksanaan aktiviti
pembelajaran berasaskan projek yang dilaksanakan memfokuskan kepada penerapan
amalan pembelajaran abad ke-21, iaitu elemen Communication, Critical thinking,
Creativity, Collaboration, Character dan Citizenship (6C) dalam setiap fasa penghasilan
projek. Dapatan kajian mendapati bahawa pelaksanaan murid belajar secara aktif,
berjaya membuat pilihan yang bermakna dalam menentukan hasil projek, bebas memilih
gaya pembelajaran, boleh bekerja secara kolobratif dan berkomunikasi dengan baik,
belajar melalui inkuiri penemuan dalam fasa pelaksanaan projek, kritis dan kreatif dan
berupaya membuat refleksi projek dengan baik. Pembelajaran berasaskan projek
dengan penerapan elemen PAK21 ini dilihat dapat menyokong kepada pembelajaran
bermakna murid untuk diaplikasikan pengetahuan dan pengalamannya dalam kehidupan
mereka kelak.

Kata kunci : RBT, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Abad Ke-21

PENGENALAN

Isu / Masalah

Praktikum merupakan satu proses bagi pendidik guru dikehendaki untuk
mempraktikan segala teori, strategi dan pendekatan bagi menambahbaik dan
meningkatkan kualiti profesionalisme bakal guru. Pada sesi praktikum yang lepas,
pengkaji telah berpeluang untuk mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi tahun 5
(SK) di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara.

Melalui pemerhatian pengkaji dalam pengajaran yang lalu berkaitan topik
penanaman sayuran, didapati murid-murid tidak dapat memahami konsep dan teori
penanaman sayur-sayuran dengan efektif. Hal ini berlaku kerana murid-murid tidak

60

dapat melihat dan melalui pengalaman sebenar semasa melaksanakan aktiviti
penanaman tersebut secara langsung. Selain itu didapati majoriti besar murid tidak
pernah terlibat dan mengetahui mengenai aktiviti penanaman melalui pengalaman sedia
mereka. Natijahnya,menjadi satu kesukaran kepada pengkaji untuk menyampaian
pengetahuan dan kemahiran dengan lebih berkesan tentang topik ini.

Kelazimannya input yang diberikan oleh guru hanya secara terus melalui paparan
nota elektronik. Pengkaji melihat perkara ini menjadikan murid lebih bosan mengikuti
pembelajaran terutamanya bagi murid yang mempunyai kecerdasan kinestatik yang
tinggi. Mengajar murid kelas akhir yang terdiri daripada tahap pemikiran yang lemah,
menyebabkan mereka kurang memberikan tumpuan dalam kelas. Mereka lebih sukar
untuk memberikan fokus semasa mengikuti pembelajaran yang bersifat satu hala di
dalam kelas. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan pengkaji mencari alternatif lain
terhadap pendekatan pengajaran untuk topik ini.

Setelah memikirkan perkara yang berlaku, pengkaji cuba untuk memilih satu
pendekatan yang berbeza dalam pengajaran kali ini. Oleh itu,pengkaji telah merancang
untuk melaksanakan satu pendekatan pengajaran berasaskan projek dengan penerapan
elemen PAK21 iaitu dengan melaksanakan projek penanaman sayur-sayuran bagi
subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 5.

Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid memahami topik
penanaman sayuran dengan berkesan dan mendapatkan kaedah pengajaran yang
terbaik dan sesuai untuk topik ini. Di samping itu, pengkaji ingin menerapkan elemen
PAK21 dalam pengajaran untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang bermakna.

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada para pendidik untuk mendapatkan pendekatan dan
kaedah yang sesuai tentang pengajaran berkaitan topik penanaman sayuran di samping
memberikan penerapan terhadap elemen pendidikan abad ke 21 yang menekankan
tentang 6C (collobratif, cooperatif, citizenship, communication, critical thingking, creativity
dan characteristic)

KAJIAN LITERATUR

Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan pedagogi yang
merangsang kemahiran abad ke 21 murid. Pendekatan ini merupakan pendekatan
jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.
Pembelajaran BerasaskanProjek menekankan aspek pengurusan yang baik. Antara
perkara yang menjadi keutamaan untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek
adalah, menetapkan tempoh tertentu menjangkau masa di dalam kelas, dapat
mengasah pengetahuan dan kemahiran tertentu murid kearah menjayakan projek,
bersifat kolobratif, guru sebagai pembimbing dan tiada kaedah khusus digunakan untuk
melaksanakan projek, hasil projek tidak ditetapkan dan mempunyai skop yang besar.

61

Mispuah dan Kamisah (2014), menerangkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) sebagai satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (student learning
centered) yang telah diasaskan oleh teori konstruktivisme (Piaget 1953) dan Bandura
(1977), pembelajaran melalui pengalaman oleh Dewey (1938) serta teori
constructionisme oleh Papert (1980). Berdasarkan teori ini, murid-murid akan berpeluang
untuk membina ilmu pengetahuan berasaskan pengetahuan-pengetahuan sedia ada
melalui proses pembelajaran dan pemikiran yang berkembang secara berperingkat serta
hubungan interaksi sosial dalam persekitaran. Menurut Nor Khayati Basir, Mohd Isa
Hamzah, dan Khadijah Abdul Razak (2017), setiap murid memiliki pengetahuan dan
kemahiran sedia ada yang boleh digunakan untuk membina pengetahuan baharu bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dengan menjalankan sesuatu projek.

Selain itu, pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini juga sesuai
dilaksanakan dalam kelas RBT ini kerana Kaldi et al. (2011) menyatakan bahawa
pembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah instruksional yang
membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek,
pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Dalam konteks yang sama, pembelajaran
berasaskan projek juga membolehkan murid untuk menggunakan soalan-soalan yang
bermakna seterusnya menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan
mencambahkan rasa ingin tahu kepada mereka, selain sangat dekat dengan konteks
dunia sebenar.

Menurut Ross (2018), dalam dunia global yang mempunyai jaringan digital yang
semakin luas ini, semua murid perlu memiliki kemahiran dan ilmu baharu sekiranya ingin
berjaya. Malahan murid-murid perlu diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran-
kemahiran dalam pendidikan abad ke-21. Dalam erti kata lain, penguasaan kemahiran
pendidikan abad ke-21 ini bukan sahaja memberikan panduan bagi menentukan
kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi perkara ini
juga bertujuan untuk memastikan bahawa murid-murid boleh menyesuaikan diri dan
terus membangunkan potensi diri dalam dunia yang sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Di samping itu, penguasaan kemahiran-kemahiran pembelajaran abad ke-21 juga amat
penting bagi kesejahteraan negara. Hal ini kerana pembelajaran berasaskan projek
dapat memberikan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan pengalaman yang
bermakna bagi memenuhi kehendak dan keperluan tenaga kerja domestik dalam negara
ini.

Akhir sekali, pembelajaran berasaskan projek juga diharap dapat membentuk dan
melahirkan modal insan yang memiliki ahklak yang mulia seperti menghormati pendapat
orang lain, bertoleransi dan mengamalkan nilai-nilai sivik setiap masa.

PENYELESAIAN MASALAH

Melalui pengalaman pengajaran yang lalu, pengkaji mendapati pembelajaran
berpusatkan pelajar adalah alternatif terbaik untuk memberi pendedahan kepada murid
tentang topik ini. Oleh itu, pengkaji memilih pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) di dalam topik penanaman sayuran dengan penerapan konsep
pembelajaran PAK21. Konsep PAK21 dijelaskan sebagai pembelajaran yang berpusat

62

kepada murid yang mementingkan pelbagai gaya pembelajaran, KBAT, penggunaan
alatan atas talian, pembelajaran secara koperatif, dan peningkatan kompetensi
pembelajaran 6C serta kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak
mereka. Pengkaji cuba untuk menghuraikan pelaksanaan yang dibuat meliputi fasa
sebelum (perancangan), semasa (pengelolaan) dan selepas (refleksi dan impak PBP).

Perancangan Pembelajaran Berasaskan Projek

Setelah mengenal pasti keperluan dan keadaan semasa murid, pengkaji
mendapati bahawa konsep pembelajaran berasaskan projek dapat dilaksanakan dengan
baik berasaskan beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah akses dan kemudahan
bengkel yang baik. Pengkaji mendapati bahawa pembelajaran berasaskan projek dapat
dilaksanakan kerana sekolah memiliki sebuah bengkel yang mempunyai peralatan dan
bahan yang mencukupi untuk pelaksanaan projek penanaman sayuran.

Selain itu, pembelajaran berasaskan projek juga dapat dilaksanakan kerana murid-
murid berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan dengan baik tanpa perlu
bantuan guru sepenuhnya. Pengkaji melihat murid lebih cenderung melaksanakan
aktiviti bersama kumpulan dengan baik. Pembelajaran berasaskan projek ini juga dapat
dilaksanakan kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan menjana pemikiran
kritis dan kreatif dalam situasi yang sebenar. Dalam erti kata lain, murid berpeluang
meningkatkan kemahiran 6C melalui penilaian kendiri.

Berdasarkan penilaian terhadap kesesuaian pelaksanaan PBP yang telah
dilaksanakan, pengkaji telah merancang pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
penanaman sayur-sayuran dengan menyediakan kerangka perancangan kerja
penanaman sayur-sayuran. Kerangka ini akan membantu pengkaji menyediakan untuk
murid merancang dan melaksanakan projek penanaman sayur-sayuran dengan baik dan
efektif secara tersusun. Untuk itu, pengkaji telah memperuntukan masa seminggu untuk
menyediakan kerangka perancangan penanaman sayur-sayuran. Manakala
pelaksanaan projek ini mengambil masa sebulan.

Pengkaji memulakan perancangan PBP melalui penulisan rancangan pengajaran
harian iaitu idea utama projek, jangkaan hasil projek, jangka masa, standard
pembelajaran yang disepadukan dari standard pembelajaran (DSKP), objektif
pembelajaran, kriteria kejayaan, bahan bantu belajar, aktiviti PdP, instrumen pentaksiran
dan akhirnya menyediakan ruang persekitaran yang sesuai mengikut jangkaan hasil
projek akhir. Dalam menimbulkan jangkaan hasil projek akhir yang akan dihasilkan,
pengkaji berbincang dengan murid di dalam kelas dan menggunakan talian whatsapp
untuk berbincang dengan ibu bapa. Proses kolaboratif ini penting bagi membincangkan
tahap penguasaan kemahiran anak dalam menentukan hasil projek yang menjadi minat,
kebolehan, pelbagai kecerdasan, dan perbezaan individu anak mereka. Oleh itu pengkaji
telah terlebih dahulu mewujudkan satu kumpulan whatsapp projek RBT yang ahlinya
merupakan ibu bapa murid. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan ibu bapa
murid untuk memastikan penglibatan mereka dalam pembelajaran anak-anak mereka.

63

Perbincangan juga meliputi sumber bahan bantu belajar yang diperlukan dan jenis
penglibatan ibu bapa yang diperlukan. Dalam PAK21, konsep kolaboratif ini penting
supaya guru dan ibu bapa saling bekerjasama dan sokongan aktiviti dapat dilakukan
dengan jayanya. Kesinambungan pendidikan di sekolah dan di rumah ini seperti aktiviti
mencari maklumat projek melalui internet atau aktiviti yang boleh dibimbing oleh ibu
bapa di rumah sekiranya masa aktiviti di sekolah tidak mencukupi. Sokongan dan
perkongsian antara guru, ibu bapa dan murid dapat meningkatkan keyakinan anak
dalam menerima pembelajaran baharu secara mendalam.

Soalan-soalan terbuka yang boleh membuka minda anak semasa proses
penghasilan projek oleh pengkaji dan ibu bapa dapat meningkatkan lagi pemahaman
murid. Pencapaian murid ditaksir dan dinilai secara bersama untuk mendapat impak
pembelajaran yang lebih bermakna dalam kehidupan harian mereka. Penggunaan
soalan terbuka dan bermakna merupakan salah satu ciri PBP. Ia bertujuan untuk
mencungkil pengetahuan dan pemahaman murid sebelum sesuatu projek dijalankan
untuk merangsang mereka mendapat idea besar mereka dalam penghasilan projek.
Maka dengan pemilihan hasil akhir projek yang dekat dengan jiwa serta dunia
persekitaran murid dapat memberi pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta
boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Penglibatan komuniti juga penting dalam memberi makna pembelajaran dengan
lebih komprehensif. Ini dapat menambah kemeriahan dan cara meraikan pembelajaran
PBP murid yang lebih realisitik dan lebih bermakna. Proses pembelajaran tentang
kepentingan menjaga alam sekitar secara tak langsung dapat diterapkan. Oleh itu wujud
elemen merentas kurikulum dalam aktiviti pengajaran.

Perancangan PBP dalam aktiviti projek dapat memberi impak yang sangat positif.
Pengkaji lebih mudah memaknakan pembelajaran secara berfokus dan rentas tunjang
pembelajaran dapat ditunjukkan dengan mudah. Perancangan PBP yang berstruktur
dan terancang ini bersesuaian dengan model teori Vygotsky (1978) yang menggalakkan
penglibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran kendiri iaitu usaha mereka dalam
memperoleh pengetahuan baru dengan mendedahkan mereka kepada situasi sebenar
(Schweitzer & Stephenson, 2008).

Dalam fasa perancangan ini juga penyediaan instrumen pentaksiran dan penilaian
murid turut dibuat. Pengkaji perlu menyesuaikan aktiviti dengan alat instrumen penilaian
yang digunakan mengikut fokus standard pembelajaran, objektif pembelajaran dan tahap
pembelajaran yang hendak dicapai. Senarai semak disediakan mengikut peringkat
tahap penguasaan kemahiran bagi mentaksir perubahan tingkah laku. Perancangan
bagi menilai pengajaran guru dibuat supaya guru boleh membuat penambahbaikan.
Refleksi guru terhadap elemen PAK21 termasuk elemen 6C, KBAT dan struktur
pembelajaran koperatif, dijelmakan dalam penulisan rancangan pengajaran guru di
ruang catatan. Impak PdPc dicatatkan kriteria kejayaan murid yang telah dicapai.

64

Semasa Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) - Pengelolaan
Aktiviti

Semasa proses PdPc pengkaji menjadi pemudah cara, pembimbing, motivator dan
pentaksir perkembangan murid. Murid secara berkumpulan menyiapkan aktiviti PBP
setelah penerangan tugasan diberikan oleh guru. Penglibatan ibu bapa digalakkan
tetapi murid digalakkan berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dalam menyiapkan
tugasan projek sehingga selesai. Guru, warga sekolah dan ibu bapa menjadi pakar rujuk
jika mereka menghadapi masalah terutama dalam membuat keputusan. Dalam sesi
yang lain pengkaji menggunakan medium elektronik untuk memaparkan perkongsian
usahawan tani berkenaan aktiviti penanaman sayuran yang betul.

Bagi memastikan murid-murid dapat melaksanakan projek penanaman sayur-
sayuran dengan baik, pengkaji telah meminta murid-murid untuk mengagihkan tugasan
dalam kumpulan masing masing. Serta membuat perancangan tindakan kerja mengikut
kerangka perancangan kerja. Hal ini termasuklah menyediakan bahan, menyediakan
jadual dan catatan refleksi. Pengkaji hanya berperanan untuk membimbing dan
memantau kemajuan hasil kerja murid. Murid perlu memberikan laporan secara
berkumpulan untuk menceritakan setiap perkembangan projek. Oleh itu pengkaji telah
menggunakan kelas Bahasa Inggeris yang juga merupakan kelas major pengkaji untuk
memperuntukkan masa pembentangan. Elemen merentas kurikulum telah diterapkan
dalam masa yang sama secara tidak langsung.

Penilaian terhadap tahap perkembangan projek juga ditaksir secara bersama
pengkaji dan ibu bapa semasa setiap tahap proses aktiviti PBP dijalankan. Pengkaji
telah membuat pemerhatian dengan mengambil rakaman video atau gambar yang boleh
dimuat naik terus ke dalam kumpulan whatsapp ibu bapa dan perbincangan
perkembangan anak-anak seterusnya cadangan tindakan susulan. Tindakan ini
dirasakan lebih positif dan proaktif di mana penyelesaian sesuatu masalah dapat
diselesaikan dengan segera.

Semasa pengelolaan aktiviti PBP, penyediaan ruang persekitaran pembelajaran
yang positif perlu juga diambil perhatian. Tapak tanaman telah disediakan memenuhi
kehendak projek supaya murid boleh mengakses kendiri bahan dan peralatan,
bereksplorisasi dan mendapatkan maklumat berkenaan projek yang dilaksanakan
dengan baik.

Peningkatan komunikasi guru-murid, murid-murid, murid-ibu bapa dan guru-ibu
bapa semasa PBP berlangsung terutama dalam proses PdP adalah berlaku secara tidak
langsung. Penggunaan alat telekomunikasi seperti smartphone dan aplikasi whatsapp
telah memudahkan hubungan komunikasi guru dan ibu bapa serta komuniti yang lain.
Segala permasalahan dapat dibincangkan secara terus dan ini memberi manfaat kepada
pembelajaran murid. Mereka saling berinteraksi dan berkomunikasi dalam pencarian
maklumat serta sumber bahan bantu belajar bagi menghasilkan hasil projek yang kreatif
dan mempunyai keunikan tersendiri.

65

Proses PdPc diwujudkan secara persaingan dan pertandingan menggalakkan
murid lebih berinisiatif untuk menjadi juara, mendapat mata ganjaran atau token yang
banyak. Justeru, murid akan mencabar diri supaya menghasilkan hasil projek yang
lebih baik. Nilai dan elemen 6C dalam PAK21 terbina secara tidak langsung dalam
proses PdP. Aktiviti PBP dijalankan secara pembelajaran koperatif. Pembelajaran
koperatif menggalakkan komunikasi dan kemahiran berfikir murid secara kritis terjelma
melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan semasa menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Seterusnya hasil kerjasama kumpulan yang baik serta nilai etika
kumpulan yang positif membantu penghasilan hasil projek yang kreatif dan berinovatif.
Perbincangan aktif dalam kalangan mereka akan membentuk juga nilai sahsiah, karekter
dan jati diri bangsa negara yang positif. Kesemua elemen PAK21 ini digarap dan
berlaku secara tidak langsung melalui aktiviti PBP.

Di akhir pelaksanaan PBP ini pengkaji telah memberi ruang kepada pelajar untuk
mempersembahkan hasil projek mereka secara berkumpulan dan berkongsi hasil PBP
mereka dengan warga sekolah melalui pameran. Semasa sesi persembahan ini pelbagai
input dan dapatan diperoleh. Justeru juga dapat memberi ruang kepada pengkaji melihat
sikap sebenar murid tentang tugas yang diberikan dan menilai usaha murid terhadap
pelaksanaan projek yang dilaksanakan.

Analisis

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa murid-murid amat tertarik
dan berminat untuk melaksanakan projek penanaman sayur-sayuran pada peringkat
permulaan perbincangan. Namun demikian, murid-murid perlu memainkan peranan
untuk menjalankan projek penanaman sayur-sayuran diluar waktu PdP bagi memastikan
projek tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati dengan kemajuan murid-
murid dalam projek penanaman sayur-sayuran tersebut. Murid-murid berupaya untuk
merancang dan melaksanakan tugasan dengan bimbingan guru yang minimum dengan
mendapat sokonga ibu bapa. Murid berjaya mewujudkan model projek penanaman yang
baik dan membuat penceritaan terhadap projek yang dibangunkan.

Namun demikian, pengkaji mendapati bahawa guru perlu membantu murid untuk
menyediakan borang penilaian dan refleksi bagi merekod kemajuan mereka. Hal ini
disebabkan murid masih lagi kurang pengetahuan dalam cara menyediakan borang
penilaian dan refleksi yang sesuai dengan projek yang dijalankan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Selepas Pelaksanaan PBP

Pelaksanaan PBP bukan sahaja memberi impak semasa pelaksanaannya, tetapi
apa yang lebih baik adalah impak selepas pelaksanaan. Pengkaji mendapati murid telah

66

berjaya membentuk pengetahuan kendiri yang lebih utuh tentang penanaman sayuran
secara tidak langsung. Pengalaman mereka dalam menjalankan projek penanaman
sayuran bersama rakan memberi kesan terhadap pengetahuan mereka. Mereka juga
berjaya membentuk pengetahuan baharu dengan disulami kemahiran yang betul
berasaskan kepada pengalaman sebenar yang mereka hadapi.

Perkara yang lebih menarik elemen kolaborasi yang ditekankan dalam
pelaksanaan PBP ini membantu kepada murid untuk berkomunikasi dengan betul dan
mencari maklumat dengan cara yang betul.Murid belajar nilai yang baik seperti hormat-
menghormati, bekerjasama, mendengar dengan jelas, perkongsian antar kumpulan dan
sebagainya.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa murid-murid amat tertarik
dan berminat untuk melaksanakan projek penanaman sayur-sayuran. Namun demikian,
murid-murid perlu memainkan peranan untuk menjalankan projek penanaman sayur-
sayuran di luar waktu PdP bagi memastikan projek tersebut berjalan dengan baik dan
lancar, telah menjadi cabaran utama kepada pengkaji dalam pelaksanaan PBP ini.
Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati dengan kemajuan murid-murid
dalam projek penanaman sayur-sayuran tersebut. Murid-murid berupaya untuk
merancang dan melaksanakan tugasan dengan bimbingan guru yang minimum. Namun
demikian, pengkaji mendapati bahawa guru perlu menyediakan borang penilaian dan
refleksi bagi membantu murid merekod kemajuan mereka.

Pengkaji mendapati murid dapat berkomunikasi dengan baik sesama rakan
sekelas tentang projek yang dijalankan dan perkongsian ini berjaya menjadi
pengetahuan bermakna kepada murid. Sebagai contoh dalam pelaksanaan projek murid
telah mengalami pengalaman yang berbeza dengan projek tanaman mereka, oleh itu
mereka saling bertukar pendapat tentang setiap pengalaman yang diperoleh bagi
membentuk pengetahuan baru dalam diri rakan mereka.

Elemen kolaboratif yang bermakna juga membantu murid mengetahui cara yang
betul dalam melaksanakan projek mereka oleh itu mereka tidak mengalami kegagalan
dalam mendapatkan hasil akhir yang baik. Elemen ini juga berjaya mewujudkan
persaingan yang positif sesama kumpulan. Peluang murid untuk mendapatkan
pembelajaran bermakna amat jelas dan berkesan. Murid lebih gembira untuk belajar
kerana mereka bebas memilih cara untuk meneroka pengetahuan untuk mendapatkan
hasil akhir yang baik dan bermakna.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan berlaku beberapa halangan dalam
pelaksanaan PBP ini. Antaranya adalah berlaku murid yang pasif dalam kumpulan,
halangan masa dan kerjasama ibu bapa. Ketika menjalankan PBP, pengkaji mendapati
bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak mengambil bahagian secara aktif
dalam kumpulan. Murid-murid ini cenderung mengasingkan diri dan bertindak melakukan
kerja sendiri ketika rakan-rakan yang lain sibuk menjalankan PBP. Oleh itu, cabaran
kepada pengkaji untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menetapkan tugas kepada

67

murid tersebut dan meminta murid itu memberikan laporan perkembangan tugas yang
dilaksanakan.

Halangan dari aspek masa turut berlaku terhadap subjek ini kerana bilangan
waktu mengajar subjek RBT terhad kepada seminggu sekali. Oleh itu proses
pemantauan perkembangan projek pelajar perlu dibuat di luar waktu kelas. Pengkaji juga
menggunakan masa jadual waktu major pengkaji untuk melihat perkembangan projek
murid. Secara tidak langsung pengkaji telah menerapkan elemen merentas kurikulum di
dalam PBP ini. Murid juga dapat dipastikan mengikut perkembangan projek yang telah
dirancang pada awal pelaksanaan.

Dalam hal ini didapati halangan yang wujud dapat diatasi jika guru bijak dalam
mengatur perancangan projek dan membuat pemantauan berkala terhadap projek yang
murid hasilkan. Selain itu sokongan persekitaran juga dapat membantu kejayaan
sesuatu pelaksanaan. Tidak dapat dinafikan terdapat juga ibu bapa yang pasif dalam
memberikan respon. Namun perkara ini dapat diatasi apabila peranan pengkaji
memberikan galakan dengan melaporkan setiap perkembangan anak-anak mereka.
Murid harus terus diberikan motivasi untuk menyelesaikan projek yang dilaksanakan dan
merealisasikan idea yang telah dibina. Di samping pemantauan berterusan perlu
sentiasa diambil perhatian oleh guru. Kesimpulannya pembelajaran berasaskan projek
ini akan berjaya dilaksanakan sekiranya perancangan dan pemantauan yang berterusan
oleh guru sentiasa dilaksanakan. Hal yang demikian bukan hanya meletakkan guru
sebagai pemberi tugasan tetapi juga sebagai fasilitator dan mentor dalam memantau
setiap perkembangan.

RUJUKAN

Kaldi, S. Filippatou, D. & Govaris, C. (2011). Project-based Learning in Primary
Schools: Effects on Pupils' Learning and Studies. Education, 39(1), 35-47.

Mioduser, D. & Betzer, N. (2008) The Contribution of Project Based Learning to High
achieve’s Acquisstion of Technological Knowledge and Skills. International Jurnal
of technology and Design Education. 18 (1).

Mispuah dan Kamisah (2014). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap
Kemahiran Abad ke-21 Dalam Topik Mitosis. Prosiding International Seminar On
Technical and Vocational Education (TVEIS 2014).hlm 591-600.

Muniandy B. Fong S. F & Mohamad R. (2008) Pre Service Teacher’s Authoring
Multimedia: A Project based Learning Approach. In Proceeding of World
Conference On Educational Multimedia Hypemedia and Telecomunication, Editlib
AACE.

68

Nor Khayati Basir, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak (2017). Sikap dalam
Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Pelajar di Politeknik
Perak. Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1), 2017 1-14, e-ISSN: 2289-960X 1

Ross. D. (2018, August 15). Empowering Our Students with 21st-Century Skills for
Today. Retrieved from https://www.gettingsmart.com/2017/04/empowering-
students-21st-century-skills/

69

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR
DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SJK (C) CHUNG TACK

Ivy Wong
[email protected]

Noor Azmi Osman PhD
[email protected],

Shahaliza Halim
[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di SJK (C) Chung Tack. Kajian ini juga
melihat tahap penguasaan kemahiran kokurikulum murid-murid di SJK (C) Chung Tack.
Seramai 40 orang murid tahun 4 bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia di SJK
(C) Chung Tack terlibat dalam penghasilan kajian. Kajian ini melihat kepada pemerhatian
tiga domain iaitu domain struktur, interpersonal dan intrapersonal. Pemerhatian
mendapati faktor interpersonal merupakan salah satu faktor terbesar yang menjadi
penyumbang kepada penghalang murid-murid di SJK (C) Chung Tack menyertai kegiatan
aktiviti kokurikulum. Hal ini disebabkan pelajar dilihat kurang berminat untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum yang dianggap membosankan menyebabkan
kemahiran kokurikulum kurang dikuasai oleh mereka. Faktor penyumbang kedua terbesar
adalah faktor struktur yang melibatkan kemudahan kokurikulum manakala faktor
intrapersonal menjadi penyumbang terendah kepada penghalang murid-murid di SJK (C)
Chung Tack. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan oleh guru-guru pelatih serta
guru-guru di sekolah yang terlibat secara tidak langsung di dalam pelaksanaan
kokurikulum agar dapat menyediakan rancangan yang lebih berkesan supaya murid-
murid lebih berminat untuk terlibat sepenuhnya dalam kegiatan kokurikulum.

Kata Kunci : struktur, interpersonal , intrapersonal.

PENGENALAN

Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di
Malaysia ketika ini. Kokurikulum telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada
setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum
dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan
kebangsaan, iaitu perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum.

Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan
dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di
sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu
mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan
Negara dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani,

70

jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002)
kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum
yang menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan
mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa
pembelajaran di bilik darjah.

Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan
mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum? Dalam kajian ini
penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang menghalang penglibatan
pelajar untuk menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor
yang menghalang penglibatan iaitu :

1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan,
masa, wang dan maklumat.

2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan
antara individu.

3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang
bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Perkara ini termasuklah
tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan
kemahiran diri yang dimiliki.

Isu / Masalah

Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenal pasti faktor
utama sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran unit
beruniform dalam kegiatan kokurikulum di SJK (C) Chung Tack. Kajian ini akan
menyentuh tentang masalah murid Tahun 4 bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia yang masih belum mahir dalam kemahiran asas pertolongan cemas. Walaupun
sudah 7 bulan mempelajari kemahiran simpulan, tetapi murid Tahun 4 tersebut masih
belum mahir menguasai kemahiran simpulan buku sila. Didapati bahawa murid dapat
melakukan pembalutan yang kemas dan betul, tetapi ikatan buku sila yang dilakukan
masih tidak betul. Hal ini dapat mengagalkan ujian seseorang murid sekiranya mereka
mengambil ujian pertolongan cemas.

Ada dalam kalangan murid beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan
banyak membuang masa kerana kegiatan kokurikulum tidak dinilai sebagaimana kegiatan
yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna. Sebagai
contoh terdapat aktiviti yang disediakan sewaktu kokurikulum tidak menarik minat murid
untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kesannya murid sekolah semakin tidak berminat
untuk melibatkan diri dan seterusnya murid tersebut tidak dapat menguasai sesuatu
kemahiran dengan baik. Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan kokurikulum
kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang
masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar sekolah. Oleh itu,
tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil lewa sahaja dan aktiviti

71

dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti mata pelajaran
akademik.

Pelbagai perancangan telah dilakukan sama ada daripada pihak Kementerian
Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah
menyediakan peruntukan untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah
dijalankan menurut kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan
diberikan untuk menjamin peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar
menjalankan kegiatan mereka. Kebanyakan guru telah dihantar berkursus untuk
meningkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka.
Agak malang dewasa ini, ramai dalam kalangan pelajar yang kurang berminat untuk
melakukan kegiatan kokurikulum sewaktu kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu
dilakukan untuk mengenal pasti masalah utama pelajar kurang berminat dalam
melaksanakan aktiviti semasa kegiatan kokurikulum.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
menjadi penghalang untuk murid-murid SJK (C) Chung Tack melibatkan diri secara aktif
di dalam aktiviti semasa kegiatan kokurikulum dilaksanakan bagi membolehkan guru-guru
merangka aktiviti yang lebih berkesan dan mampu menarik minat murid.

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini penting untuk :

1) Memperlihatkan faktor utama yang menjadi penyumbang kepada penglibatan
murid untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum

2) Menjadi panduan guru dalam merangka dan menyediakan aktiviti yang lebih
menarik dan berkesan semasa melaksanakan kegiatan kokurikulum

KAJIAN LITERATUR

Menguasai kaedah pengajaran baru memerlukan perubahan sikap dan orientasi
semula corak memikir terhadap sesuatu perkara, melibatkan tingkah laku dan membantu
pelajar menyesuaikan diri mereka supaya lebih selesa dengan kaedah-kaedah baru ini
(Ramaiah, A. L., 1999). Kepelbagaian dan kebolehsesuaian penggunaan kaedah
pengajaran dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah. Untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranannya yang lebih berkesan,
guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu

72

pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. (Mok Soon Sang, 2000).
Menurut Puteh (2004), kokurikulum bukan sahaja mengandungi program-program formal
yang dipelajari di dalam bilik darjah, malah merangkumi juga aktiviti-aktiviti tidak formal
yang secara umumnya dianggap sebagai extra-curricular.

PENYELESAIAN MASALAH

Idea Penyelesaian

Berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan terhadap isu yang telah dikenal pasti,
beberapa cadangan alternatif bagi penyelesaian masalah tersebut diunjurkan seperti:

1) Menyediakan dan menggunakan pelbagai media dalam pengajaran dan aktiviti

kokurikulum seperti gambar dan video.

2) Menggunakan teknik bercerita untuk mengajar murid tentang sesuatu kemahiran.

3) Memperbanyak aktiviti secara hand ons untuk keterbukaan pelajar mengenai
penguasaan sesuatu kemahiran

Analisis

Guru pelatih merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan alat teknologi untuk setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Slaid-
slaid powerpoint yang disediakan perlulah menyeluruh seperti merangkumi video, audio,
gambar dan lain-lain agar dapat sentiasa menarik minat murid dan meningkatkan
kesanggupan murid untuk belajar. Sebagai contoh, mencari video dan gambar tentang
simpulan buku sila sekali gus murid akan menonton video terbabit sambil melakukan
simpulan buku sila.

Selain itu, penggunaan teknik bercerita untuk mengajar murid tentang simpulan
buku sila sambil melakukan aktiviti secara hand ons. Sebagai contoh, mengambil dua
hujang kain segi tiga dan memberitahu murid bahawa hujung ini merupakan telinga
arnab. Telinga arnab kiri ingin bermain dengan telinga arnab kanan. Oleh itu, telinga
arnab kiri di atas telinga arnab kanan dan ke bawah. Manakala telinga arnab kanan pun
mahu bermain dengan telinga arnab kiri, jadi kanan atas kiri dan ke bawah. Kedua-dua
telinga arnab terlalu nakal, jadi kami tarik kedua-dua hujung dengan teguh supaya
mereka tidak lagi nakal. Alamak! Kedua-dua telinga ini mahu bergaduh dan perlu
menyelamatkan mereka. Tarik satu hujung telinga dan satu bahagian pembalut. Dengan
memegang simpulan, tarik lurus hujung telinga menerusi simpulan, akhirnya keluarkan.
Kedua-dua telinga telah diselamatkan.

73

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah dikenal pasti telah memberi impak yang positif. Semasa waktu kokurikulum,
pengajaran berbantukan video dan gambar tentang simpulan buku sila dapat
mengukuhkan kefahaman murid yang mana murid akan menonton video sambil
melakukan amali simpulan buku sila. Dengan aksi demikian, murid dapat melakukan
simpulan buku sila yang betul.

Selain itu, penggunaan teknik bercerita untuk mengajar murid tentang simpulan
buku sila juga menunjukkan kesan yang positif bagi meningkatkan kemahiran murid.
Penggunaan teknik ini dapat memudahkan pelajar mengingati butiran kemahiran dengan
baik. Semasa pengajaran dan pembelajaran, murid juga diberi penerangan secara tidak
langsung tentang kepentingan ikatan buku sila dalam pembalutan supaya pemahaman
murid lebih mendalam. Dengan menggunakan cadangan penyelesaian tersebut, semua
murid Tahun 4 bagi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia di SJK (C) Chung Tack dapat
melakukan simpulan buku sila dengan betul. Selain itu, satu pertandingan tentang
simpulan buku sila antara murid juga dilakukan bagi membolehkan murid bersaing secara
sihat antara satu sama lain. Oleh itu, secara tidak langsung akan mendorong murid untuk
menguasai cara simpulan buku sila dengan betul dan pantas.

Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk membantu pihak sekolah serta khasnya
guru-guru untuk merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan lebih
berkesan. Dapatan ini boleh menambah pengetahuan guru serta jurulatih aktiviti
kokurikulum agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih
bermakna. Kegiatan kokurikulum yang menarik dan memberi manfaat kepada pelajar
akan dapat menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan kokurikulum
dijalankan. Hasil kajian ini selari dengan yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Nordin
(1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Perkara ini akan
mengalakkan pelajar hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari
tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan
menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini perlulah diiringi dengan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran yang tidak tertumpu dalam bilik darjah
sahaja. Bagi menghadapi cabaran dan tuntutan pembelajaran terkini, guru-guru perlu
mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta memainkan
peranan mereka sebagai fasilitator dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, guru hendaklah
sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, guru-guru perlu
mempunyai keseimbangan content knowledge dan pedagogical knowledge.

74

Kesimpulannya, aktiviti yang dirancang perlulah melibatkan penyertaan semua
pelajar dan melakukan aktiviti secara hand ons bagi mengelakkan pelajar menjadi bosan
semasa kegiatan kokurikulum dilaksanakan. Guru juga perlu kreatif di dalam merancang
aktiviti yang menjurus ke arah minat para pelajar bagi meningkatkan minat pelajar pada
masa-masa akan datang.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan . Kuala Lumpur :

Penerbitan Pustaka.
Al Ramaiah. (1999). Kepimpinan pendidikan: cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku

Sdn.Bhd.
Crawford, D. & Godbey, G. (1987). Reconceptualizing barriers to family recreation.

Journal of Leisure Sciences, 9 (3), 119-127.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum,

peranan dan implikasi. Kuala Lumpur : Sanon Printing.
Mok Soon Sang. (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan: Pendidikan di Malaysia dan

Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Puteh, S. (2000). Pengurusan Kokurikulum. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan : falsafah, teori dan praktis.

Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja kokurikulum. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993). Satu kajian penglibatan pelajar tingkatan IV di

Malaysia dalam aktiviti rekreasi. Jurnal Pendidikan 18 : ms 79 – 88.

75

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR IPG KAMPUS IPOH DALAM
PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH

Nur Amirah Atikah Binti Aku Bakar
[email protected]

Faizal Hakimi Bin Samsudin
[email protected]

ABSTRAK

Masalah yang dihadapi adalah untuk memahami dan menguasai cara pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) semasa menjalani praktikum. Tujuan kajian
adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pelaksanaan PBD bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
semasa menjalani praktikum Semester Dua tahun 2019. Seramai 183 orang pelajar telah
menjawab soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan
pelaksanaan PBD berada di tahap sederhana. Sebanyak 15.3% pelajar tidak
menyerahkan maklumat penilaian Standard Prestasi kepada guru pembimbing setelah
selesai menjalani praktikum. Oleh yang demikian, keprihatinan dan pemantauan yang
berterusan oleh semua pihak diharapkan dapat meningkatkan kualiti pelajar sebelum
menjalani sesi praktikum.

Kata Kunci : Tahap pengetahuan pelajar, Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah, Standard
Prestasi

PENGENALAN

Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai
hujung tahun 2016. Pentaksiran Bilik Darjah mengekalkan semua konsep pentaksiran
sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata
pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018).

Pentaksiran sekolah dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya
bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2012). Berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 14 2018 bertarikh 19
Disember 2018, amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi Tahap 1
(Tahun 1 hingga 3) di sekolah rendah telah dimansuhkan mulai 2019.

Sehubungan itu, guru amat memerlukan latihan, pengetahuan dan kemahiran yang
secukupnya untuk melaksanakan PBD. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana
pentaksiran bilik darjah menyumbang secara langsung kepada pentaksiran pusat dan
membawa implikasi kesahan, kebolehpercayaan dan praktikaliti (Shepard, 2000).
Walaupun proses penilaian bukan merupakan perkara baharu dalam pendidikan, PBD
adalah sesuatu yang baharu dan menjadi kebimbangan kepada pihak guru dan pentadbir
sekolah terutama dalam pelaksanaannya (Gardner, Harlen, Hayward & Stobart, 2008).

76

Isu / Masalah

Pengkaji turut mengalami masalah untuk memahami dan menguasai cara untuk
melaksanakan PBD ketika pengkaji menjalani sesi Praktikum Fasa 2. Sesi praktikum kali
ini pengkaji diberikan jadual waktu mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik bagi
murid Tahap 1 (Darjah 2 dan Darjah 3). Situasi yang dihadapi kali ini berbeza jika
dibandingkan semasa pengkaji menjalani sesi Praktikum Fasa 1 kerana ketika itu
pengkaji mengajar murid Tahap 2. Murid Tahap 1 kini telah menggunakan DSKP
semakan 2019. Masalag yang dihadapi adalah penyelidik kurang memahami cara
pentaksiran yang perlu dijalankan bagi kedua-dua subjek berkenaan.

Tujuan Kajian

(a) Mengetahui tahap pengetahuan dalam Pentaksiran Bilik Darjah bagi pelajar
yang menjalani sesi praktikum bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

(b) Mengetahui tahap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah bagi pelajar yang
menjalani sesi praktikum bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh pelajar, pensyarah dan
Unit Praktikum bagi mengambil tindakan susulan dan penambahbaikan bagi
meningkatkan persediaan dan kualiti guru pelatih semasa menjalani sesi praktikum.
Sejajar dengan peningkatan kualiti pelajar adalah diharapkan agar mereka dapat
berkongsi dan bertukar ilmu pengetahuan dengan guru-guru di sekolah dalam usaha
memartabat lagi sistem pendidikan negara.

KAJIAN LITERATUR

Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah menunjukkan bahawa guru masih belum memahami dan
menguasai sepenuhnya perubahan yang berlaku (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Lanjutan daripada maklum balas ini, dapatan kajian menunjukkan tahap
kefahaman guru tentang konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang pelbagai
kerana berlakunya kecairan maklumat (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2014). Dapatan
kajian oleh Arsaythamby, Hariharan dan Ruzlan Md-Ali (2015) turut menunjukkan bahawa
guru juga masih tidak jelas dalam pelbagai aspek pentaksiran termasuk tujuan, masa
pelaksanaan, teknik melaksana, membuat pemerhatian, mengumpul, merekod, mentafsir
dan menggunakan maklumat pentaksiran untuk membuat keputusan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran.

77

PENYELESAIAN MASALAH

Idea Penyelesaian

Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, terlebih dahulu pengkaji ingin
mengetahui tahap pengetahuan dan pelaksanaan pelajar berkaitan PBD semasa
menjalani sesi praktikum. Pengkaji menjalankan soal selidik secara dalam talian kepada
pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 dan 2017 yang telah selesai menjalani sesi praktikum di
dalam beberapa daerah sekitar negeri Perak. Soal selidik tersebut adalah berdasarkan
kepada sesi praktikum semasa Fasa 1 dan Fasa 2.

Analisis

Analisis deskriptif dilaksanakan berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada soal
selidik. Analisis ini memaparkan jumlah peratusan dan bilangan bagi setiap item yang
terdapat dalam soal selidik tersebut. Analisis dibuat menggunakan Microsoft Excel.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Soal selidik secara dalam talian boleh diakses oleh pelajar yang terlibat mulai 10 –
17 Januari 2020. Seramai 183 orang pelajar telah menjawab soal selidik tersebut.
Dapatan daripada soal selidik telah dianalisis secara deskriptif. Rajah di bawah
menunjukkan analisis dapatan bagi setiap item.

Item 1 : Bilangan pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 dan 2017

Rajah 1 : Peratusan PISMP Ambilan Jun 2016 dan 2017
Rajah 1 menunjukkan peratusan pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 dan 2017 yang
telah menjawab soal selidik. Pecahan pelajar tersebut adalah sebanyak 64.5% atau 118
orang pelajar bagi PISMP Ambilan Jun 2016 dan sebanyak 35.5% atau seramai 65 orang
pelajar PISMP Ambilan Jun 2017.
Item 2 : Pecahan Pelajar Mengikut Kursus Teras

Rajah 2 : Peratusan Pecahan Pelajar Mengikut Kursus Teras
78

Rajah 2 menunjukkan peratusan pecahan pelajar mengikut kursus teras. Kursus
Bahasa Cina sebanyak 47.5% (87 orang), Bahasa Tamil sebanyak 27.3% (50 orang),
Matematik sebanyak 8.7% (16 orang), Pendidikan Awal Kanak-kanak sebanyak 4.9% (9
orang), Bahasa Inggeris sebanyak 3.3% (6 orang), Sejarah sebanyak 2.7% (5 orang),
Sains dan Muzik sebanyak 2.2% (4 orang) dan Bahasa Melayu sebanyak 1.1% (2 orang).

Item 3 : Pecahan Pelajar Mengikut Kursus Elektif

Rajah 3 : Peratusan Pecahan Pelajar Mengikut Kursus Elektif

Rajah 3 menunjukkan peratusan pecahan pelajar mengikut kursus elektif. Kursus
Matematik sebanyak 22% (41 orang), Reka bentuk & Teknologi sebanyak 15% (27
orang), Muzik sebanyak 12% (23 orang), Pendidikan Kesihatan sebanyak 12% (22
orang), Sejarah sebanyak 11% (20 orang), Pendidikan Jasmani sebanyak 8% (14 orang),
Pendidikan Moral sebanyak 7% (12 orang), Bahasa Cina dan Sains sebanyak 5% (10
orang) dan Pendidikan Seni sebanyak 3% (5 orang).

Item 4 : Kekerapan pelajar merujuk Buku Panduan Pentaksiran yang
disediakan oleh KPM

Rajah 4 : Kekerapan Pelajar Merujuk Buku
Panduan Pentaksiran KPM

Peratus (%) 80 72.7
20.2
60
Kerap Sangat Kerap
40

20

7.1

0
Tidak Kerap

Rajah 4 menunjukkan peratusan kekerapan pelajar merujuk Buku Panduan
Pentaksiran yang disediakan oleh KPM untuk mendapatkan maklumat berkaitan PBD.
Sebanyak 7.1% (13 orang) tidak kerap melakukan rujukan, sebanyak 20.2% (37 orang)
kerap melakukan rujukan dan sebanyak 72.7% (133 orang) sangat kerap merujuk buku
panduan berkenaan.

79

Item 5 : Kefahaman pelajar berkaitan PBD

Rajah 5 : Kefahaman Pelajar Berkaitan PBD

Peratus (%) 80

60

40 72.6

20 23 Faham

8.8

0

Tidak Faham Kurang Faham

Rajah 5 menunjukkan peratusan kefahaman pelajar berkaitan PBD. Sebanyak 8.8%
(8 orang) tidak faham, sebanyak 23% (42 orang) kurang faham dan sebanyak 72.6% (133
orang) faham mengenai PBD.
Item 6 : Kekerapan Pelaksanaan PBD di sepanjang sesi praktikum

Rajah 6 : Kekerapan Pelajar Melaksanakan PBD
Sepanjang Tempoh Praktikum

Peratus (%) 80 72.1
60 23.5
40
20 Kerap Sangat Kerap

0 4.4

Tidak Kerap

Rajah 6 menunjukkan kekerapan pelajar melaksanakan PBD di sepanjang tempoh
mereka menjalani sesi praktikum. Sebanyak 4.4% (8 orang) tidak kerap, sebanyak 23.5%
(43 orang) kerap dan sebanyak 72.1% (132 orang) sangat kerap melaksanakan PBD
semasa menjalani sesi praktikum.

Item 7 : Pelajar menyerahkan maklumat penilaian Standard Prestasi
kepada guru penyelia sebelum menamatkan praktikum

Rajah 7 : Peratusan pelajar menyerahkan maklumat penilaian Standard Prestasi
Rajah 7 menunjukkan peratusan pelajar menyerahkan maklumat penilaian Standard
Prestasi kepada guru penyelia setelah selesai menjalani sesi praktikum. Carta pai
menunjukkan sebanyak 84.7% (155 orang) telah tidak menyerahkan maklumat
berkenaan.

80

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan dan analisis soal selidik, tahap pengetahuan dan
pelaksanaan PBD pelajar IPG Kampus Ipoh berada di tahap sederhana. Walaupun
mereka peka dengan keperluan pelaksanaan PBD akan tetapi jika tidak diamalkan dan
dilaksanakan di sekolah, matlamat PBD tidak akan dapat dicapai. Peratusan pelajar yang
tidak menyerahkan maklumat penilaian Standard Prestasi kepada guru pembimbing
setelah selesai menjalani praktikum juga agak tinggi. Adalah mustahil jika tiada maklumat
penilaian Standrd Prestasi kerana mereka menjalani tempoh praktikum selama 3 bulan.
Dalam tempoh tersebut, pelajar sepatutnya sempat menghabiskan sekurang-kurangnya
satu topik walaupun bagi kursus elektif.

Cadangan

Bagi mengurangkan atau mengelakkan isu berkaitan PBD ini berulang, kerjasama
daripada semua pihak adalah penting. Pelajar perlu sentiasa peka terhadap perubahan-
perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Maklumat dari pekeliling , surat siaran,
buku panduan dan sumber-sumber rasmi dari KPM haruslah sentiasa dirujuk.

Pensyarah boleh membantu pelajar dengan cara menyampaikan maklumat penting
berkaitan PBS semasa mengajar subjek pedagogi bagi kursus major dan minor. Pelajar
seharusnya merujuk DSKP terkini semasa merancang aktiviti pengukuhan dan
pentaksiran agar selari dengan kehendak Standard Prestasi. Pensyarah pembimbing juga
perlu sentiasa memantau pelaksanaan PBD semasa pelajar menjalani sesi praktikum.
Keprihatinan dan pemantauan yang berterusan oleh semua pihak diharapkan dapat
meningkatkan kualiti pelajar sebelum menjalani sesi praktikum.

RUJUKAN

Arsaythamby, V., Hariharan, N., K & Ruzlan Md-Ali. (2015). Teachers’ Knowledge and
Readiness Towards Implementation of School Based Assessment in Secondary
Schools. International Education Studies, 8(11), 193-203.
doi:10.5539/ies.v8n11p193

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Gardner, J., Harlen, W., Hayward, L. & Stobart, G. (2008). Changing assessment
practice: Process, principles and standards. London: Assessment Reform Group

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia

81

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Kajian Pelaksanaan PBS: Dokumen Standard
Prestasi. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia

Shepard L.A. (2000). The role of classroom assessment in teaching and learning. Los
Angeles: Center for Research on Evaluation, Standard and Student Testing
(CRESS), University of California

82

KEBERKESANAN KAWALAN KELAS MENGGUNAKAN KAEDAH
GANJARAN.

Leshainie a/p Shankaren
[email protected]

Nor Aziah Abdul Aziz
[email protected]

ABSTRAK

Kaedah Ganjaran dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan kawalan kelas,
secara tidak langsung turut dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan kaedah ganjaran dan hukuman yang
dilaksanakan adalah berkesan dan berupaya untuk membantu pengkaji dari segi kawalan
kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di kelas 4 Zamrud
mendapati murid membuat bising dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa
menjalankan proses tersebut. Pemerhatian mendapati murid hilang tumpuan selepas
beberapa minit proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan, contohnya, murid dapat
memberikan perhatian semasa set induksi, fasa imaginasi dan fasa perkembangan
dijalankan tetapi mereka hilang tumpuan semasa membuat latihan pengukuhan.
Implikasinya, murid akan membuat bising dan menggangu rakan-rakan yang lain semasa
membuat latihan atau aktiviti yang diberikan oleh guru. Keadaan ini menyebabkan aktiviti
proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan objektif
pembelajaran yang ditetapkan oleh guru juga tidak dapat dicapai dengan baik.

Kata Kunci : pengurusan bilik darjah, kaedah ganjaran dan hukuman, hilang tumpuan

PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat penting untuk menjamin murid di
Malaysia agar dapat mencapai aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian, dan
beridentiti nasional (KPM,2013). Aspirasi yang disasarkan tersebut sejajar dengan
kemahiran mendesak kehidupan masyarakat abad ke-21 yang diakui telah diabaikan
dalam kebanyakan sistem pendidikan iaitu kolaborasi, komunikasi, literasi digital,
penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, identiti nasional, kreativiti, dan produktiviti
(Mishra & Kereluik, 2011; Fraillon, Ainley, Schulz, Friedman, & Gebhardt, 2014).

Murid didapati membuat bising di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Murid membuat bising semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan terutamanya semasa membuat latihan kerana murid
menyiapkan latihan yang diberikan dengan pantas. Selain itu, terdapat beberapa orang
murid yang tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Aktiviti atau latihan yang
diberikan juga terlalu sukar bagi sesetengah murid. Murid hilang motivasi untuk
menyiapkan latihan apabila melihat aktiviti atau soalan yang sukar. Murid juga
menganggap aktiviti yang diberikan membosankan. Bahan bantu mengajar yang

83

digunakan oleh guru juga tidak menarik perhatian murid. Tambahan pula, terdapat
beberapa murid yang bersifat pasif dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Murid tersebut tidak
menunjukkan minat dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. Murid juga tidak mendengar
dan mematuhi arahan yang diberikan oleh guru di dalam bilik darjah. Hal ini
menyebabkan, murid yang lain tidak dapat membuat aktiviti dengan baik serta
menggangu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru.

KAJIAN LITERATUR

Menurut Eileen (2000), dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem
kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tidak dapat
dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti,
kurangnya minat murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P
masih digunakan. Kawalan kelas sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya objektif yang ditetapkan oleh guru dapat dicapai. Seterusnya,
pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat penting untuk menjamin murid di Malaysia
agar dapat mencapai aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian, dan
beridentiti nasional (KPM,2013). Menurut Putman (2012), turut menjelaskan bahawa
pengurusan bilik darjah abad ke-21 mencabar kewibawaan guru disebabkan peningkatan
pencapaian dan keperluan mengimbangi masalah komposisi murid yang semakin
berubah. Guru perlu mengawal keadaan bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan supaya murid dapat memahami isi pembelajaran dan
menjalankan aktiviti secara berkesan. Menurut Lin (2015), merumuskan terdapat
hubungan antara kesediaan teknologi guru dengan niat penggunaan platform media
sosial bagi pengurusan bilik darjah. Penggunaan teknologi dan kesediaan guru yang rapi
dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.

PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan analisis terhadap isu yang telah diketengahkan, pengkaji
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah
memberikan latihan tambahan (pengayaan) kepada murid yang menyiapkan latihan
pengukuhan dengan pantas. Selain daripada itu, mewujudkan peraturan kelas yang lebih
sistematik perlu dirancang supaya guru dapat mengawal kelas dan aktiviti yang
dijalankan. Keadaan ini akan mengelakkan murid daripada membuat bising di dalam
kelas. Memastikan semua murid memfokuskan perhatian semasa guru mengajar juga
adalah sangat penting yang membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru. Teguran kepada murid-murid yang tidak memberikan kerjasama
atau membuat bising di dalam kelas perlu dilakukan secara berterusan. Jika hal ini dapat
dilakukan secara berterusan murid-murid lain akan turut dapat memberikan tumpuan di
dalam kelas kerana dapat meminimakan murid yang bising menggangu kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati, berkerjasama, kerajinan dan sebagainya menjadi mudah untuk dilakukan.

84

Ganjaran kepada murid yang tidak membuat bising dan memberikan komitmen
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ganjaran yang diberikan dapat
memberikan motivasi kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Bahan bantu mengajar (bbm) yang
menarik semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan bahan bantu
mengajar (bbm) yang menarik dapat menarik perhatian murid semasa membuat aktiviti di
dalam kelas. Contohnya, chrome book, kad imbasan, jigsaw puzzle dan sebagainya. Oleh
itu, langkah-langkah tersebut akan membawa kesedaran kepada murid serta murid dapat
memberikan kerjasama dengan tidak membuat bising semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tindakan yang telah diambil dengan menggunakan cadangan penyelesaian telah
memberikan impak yang positif kepada murid-murid. Murid-murid membuat latihan
dengan senyap kerana diberi arahan untuk menyiapkan di sekolah. Murid dapat membuat
latihan dengan betul dan murid yang menyiapkan latihan dengan pantas diberi latihan
tambahan supaya tidak menggangu murid-murid lain. Murid juga tidak membuat bising
dan mendengar arahan yang diberikan oleh guru semasa membuat aktiviti. Murid dapat
membuat tugasan yang diberikan oleh guru dengan betul dan tepat. Murid juga dapat
menunjukkan minat dan memberikan perhatian semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Murid juga tertarik dengan ganjaran yang diberikan oleh guru selepas
membuat aktiviti yang diberikan. Ganjaran yang diberikan telah memberikan motivasi
kepada murid untuk membuat aktiviti dengan lebih baik. Murid-murid juga dapat
mewujudkan komunikasi yang positif antara satu sama lain. Objektif pembelajaran yang
ditetapkan juga dapat dicapai kerana penglibatan murid yang aktif dan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Komitmen murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan murid tidak membuat bising dan menggangu murid-murid
yang lain. Pengurusan bilik darjah juga dapat dikawal oleh guru kerana perancangan
yang sistematik sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengkaji mendapati aktiviti ganjaran, hukuman, ingatan berterusan dapat membantu
mengawal kelas dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Murid-murid turut mendengar arahan guru dan menyiapkan latihan yang diberi pada
waktu yang ditetapkan. Murid juga dapat melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan
aktiviti di dalam bilik darjah. Murid dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dan
berkerjsama antara satu sama lain. Murid dapat memberikan perhatian semasa guru
mengajar atau memberikan arahan untuk menjalankan aktiviti. Semua murid dapat
melibatkan diri secara aktif supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
yang ditetapkan. Hal ini, menyebabkan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik serta proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru-guru boleh
menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan untuk menyelesaikan masalah
pengurusan bilik darjah khususnya kawalan kelas semasa berlangsungnya proses PdP.

85

RUJUKAN
Eileen Ferrance. (2000). Action Research. United States: The Education Alliance.
Jaggil Apak & Muhammad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap

Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan, 3(1), 6-22.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Malaysia.

Lin, S. F., Lin, C. L., & Lee, D. C. (2015). The Relationship Between Elementary School
Teachers' technology Readiness and Intention to Use Social Media Platforms for
Classroom Management. International Journal of Organizational Innovation, 8(1),
48-63.

Nik Ahmad N. N. A. (2015). Pendidikan Kelas Abad Ke-21. Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Timur. Sinar Harian Sdn. Bhd.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Petaling Jayya: McGraw-Hill
(Malaysia).

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Putman, S. M. (2012). Investigating Teacher Efficacy: Comparing Preservice and
Inservice Teachers with Different Levels of Experience. Action in Teacher
Education, 34(1), 26-40.

Zamri Mahamod. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

86

MENGHADAPI TINGKAH LAKU MURID BERMASALAH SEMASA PRAKTIKUM

Razana Binti Rusdi
[email protected]

Wan Nurin Jazlina Binti Wan Ahmad Fadzil
[email protected]

Noor Aini Bt Nasaruddin, PhD
[email protected]

ABSTRAK

Tingkah laku bermasalah murid boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Artikel ini membincang
pengalaman guru pelatih dalam menghadapi tingkah laku murid yang kurang sopan
semasa melaksanakan sesi kelas tambahan bagi murid Tahun Enam ketika menjalani
sesi praktikum Fasa Kedua di sebuah sekolah rendah lelaki di bandar Ipoh. Guru pelatih
telah membuat pengaduan kepada pihak pentadbir sekolah dan tindakan telah diambil
terhadap murid berkenaan. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu guru
pelatih dalam menghadapi tingkah laku bermasalah murid di masa hadapan iaitu
berbincang masalah dengan guru pembimbing supaya masalah ini boleh ditangani
dengan lebih awal, memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah sekiranya
berlaku berulang kali dengan evidens yang kukuh dan melengkapkan diri dengan
kemahiran kawalan kelas yang mantap dan perlu ada batasan semasa berinteraksi
dengan murid. Adalah dicadangkan bahawa pihak sekolah memberi kaunseling, khidmat
nasihat, sokongan emosi dan membantu murid (remaja) dalam pemilihan penyelesaian
konflik yang dialami. Memberi ceramah motivasi dan sesi berdialog dalam forum atau
seminar untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan masalah sosial remaja kepada
murid dan warga sekolah.

Kata Kunci: guru pelatih, praktikum, tingkah laku bermasalah

PENGENALAN

Pada umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan dalam
membentuk kanak-kanak mengikut ketetapan yang digariskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama dalam pembentukan
keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Tingkah laku adalah
apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Masalah tingkah laku atau
tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar
dari nilai serta norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Dalam konteks pendidikan,
tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakan
kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam
bilik darjah. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Artikel ini ingin berkongsi pengalaman kejadian
tingkah laku bermasalah murid yang kurang sopan terhadap guru pelatih yang menjalani

87

praktikum serta tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah dan kesannya kepada
perlaku (murid) yang terlibat.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi pengalaman masalah yang
dihadapi oleh guru pelatih dalam menghadapi tingkah laku bermasalah yakni perlakuan
kurang sopan ketika melaksanakan kelas tambahan Sains kepada murid yang akan
menduduki peperiksaan UPSR. Kejadian ini telah memberi tekanan dan kesan emosi
kepada guru pelatih yang terlibat. Seterusnya, isu dan tindakan yang diambil oleh pihak
sekolah terhadap perlakuan murid ini turut dibincangkan.

Isu / Masalah/ Kejadian

Masalah bermula apabila kedua-dua guru pelatih telah ditugaskan oleh pihak
sekolah untuk menjalani kelas tambahan Sains bagi murid Tahun 6 iaitu dua minggu
sebelum tarikh peperiksaan UPSR. Kelas ini diadakan selama sejam selepas tamat waktu
PdP di sekolah. Tugasan ini diterima secara rela hati memandangkan kekurangan guru
Sains untuk melaksanakan serentak sesi ini merentas semua kelas Tahun 6. Di samping
itu, kedua-dua mereka merasakan ianya merupakan peluang yang baik bagi menimba
pengalaman mengajar murid Tahun Enam. Murid Tahun Enam yang terlibat dibahagikan
mengikut gred yang diperoleh untuk subjek Sains pada Ujian Percubaan UPSR yang lalu.
Ini bermaksud murid tidak berada bersama rakan dalam kelas sebenar mereka. Dalam
melaksanakan kelas tambahan tersebut, kedua-dua guru pelatih telah bekerjasama
dengan menggabung kelas mereka dan keadaan ini menyebabkan bilangan murid agak
ramai di dalam bilik darjah tersebut.

Pada umumnya, sesi kelas tambahan dimulai dengan mengedarkan kertas soalan
percubaan daripada negeri lain untuk dijawab oleh murid. Kedua-dua guru pelatih akan
membantu murid jika ada soalan yang tidak fahami dan seterusnya menyemak jawapan
bersama-sama murid sebelum kelas berakhir. Pada minggu pertama, ketika berada di
dalam kelas, seorang murid Adam (bukan nama sebenar) telah memanggil salah seorang
guru pelatih untuk bertanyakan mengenai satu soalan yang tidak difahaminya. Ketika
memberi penerangan, Adam telah membisik sesuatu yang tidak senonoh kepada beliau.
Adam telah mengajaknya pergi ke hotel dengan menyatakan sekali nombor bilik hotel
dengan nada kurang menyenangkan buat guru pelatih tersebut. Kejadian ini turut berlaku
kepada seorang lagi guru pelatih, Aiman (bukan nama sebenar) turut mengajukan
permintaan yang sama seperti Adam. Perkara ini amat mengejutkan kedua-dua guru
pelatih tersebut. Namun, mereka tidak melaporkan kejadian tersebut kerana menganggap
bahawa perkara ini tidak perlu dipanjangkan lagi serta merasa agak malu untuk membuat
laporan.

Pada minggu seterusnya, salah seorang guru pelatih telah terserempak dengan
Adam bersama rakan-rakannya yang lain di tepi dewan ketika berjalan kelas. Secara tiba-
tiba Adam datang meminta untuk bersalam namun guru pelatih tersebut telah menolak
permintaan Adam dengan baik. Tiba-tiba, Adam terus menarik tangannya. Guru pelatih
itu terkejut dan tergamam seketika terhadap perkara yang telah berlaku sedangkan Adam
terus berlalu begitu sahaja. Sangkaannya mungkin Adam bergurau, namun beliau merasa

88

perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Pada waktu kelas tambahan seterusnya,
ketika kedua-dua guru pelatih berada di meja guru, Adam telah mencuit menggunakan
pen di pinggang salah seorang guru pelatih secara tiba-tiba. Tindakan ini dianggap
kurang ajar dan tanpa sebarang alasan untuk melakukan tindakan seperti itu. Ketika
berbincang jawapan soalan yang diberikan bersama-sama murid, Adam telah memanggil
guru pelatih daripada bahagian belakang kelas dan menyatakan dengan nada bergurau
dan selamba ayat berikut: “Cikgu, Adam stim” dan dapat didengari oleh guru pelatih
tersebut dan murid yang lain. Ini menyebabkan sebahagian murid di dalam kelas ketawa.
Seterusnya, Aiman menyampuk dan menyatakan ayat yang sama kepada seorang lagi
guru pelatih. Kedua-dua guru berasa amat malu ditertawakan sebegitu rupa. Namun,
mereka meneruskan aktiviti PdP. Ketika menulis beberapa jawapan di hadapan pada
papan putih, Adam dan Aiman telah membaling beberapa barang bersaiz kecil seperti
pemadam yang telah dipotong ke arah belakang mereka berdua. Bahagian badan yang
terkena adalah bahagian pinggang ke bawah. Walaupun begitu, aktiviti diteruskan
dengan perasaan bercampur baur; geram, marah dan malu. Kedua-dua guru pelatih
berasa lega apabila kelas berakhir.

Kedua-dua guru pelatih telah menceritakan kejadian yang berlaku kepada
penyelidik. Mereka turut menyatakan bahawa kedua-dua murid sering kali bertembung
sambil memberi salam kepada mereka. Setelah mendengar aduan mereka, pengkaji
menasihatkan mereka untuk berbincang dan mendapat nasihat daripada guru
pembimbing tentang perkara tersebut. Namun, mereka telah menceritakan kejadian
tersebut kepada Cikgu Megat (bukan nama sebenar) kerana merasakan lebih mudah
untuk dibawa berbincang. Setelah mendengar aduan mereka, Cikgu Megat menyatakan
ini adalah perkara serius lalu melaporkan kepada Guru Disiplin. Keesokan paginya, Guru
Displin telah mengadu perkara tersebut kepada Guru Besar. Adam dan Aiman telah
dipanggil oleh Guru Besar ke pejabat dan telah dimaklumkan bahawa ibubapa mereka
akan ke sekolah mengenai perkara ini. Pada hari tersebut, ketika itu, penyelidik telah
hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru pembimbing. Penyelidik telah dijemput oleh
Guru Besar ke dalam pejabat dan beliau telah menceritakan apa yang sedang berlaku.
Penyelidik mendapati kedua-dua murid berada di dalam pejabat dengan muka tertunduk.
Mereka telah mengaku kebenaran terhadap perbuatan salah laku mereka dan memohon
maaf setelah diminta oleh Guru Besar untuk berbuat demikian.

Aiman dan Adam menjelaskan bahawa mereka telah bermain satu permainan
challenge iaitu siapa di antara mereka yang berani menggunakan kata lucah ‘steam’ dan
mengajak guru pelatih ke hotel semasa kelas tambahan. Seterusnya, mereka
melakukannya atas cabaran rakan-rakan mereka di dalam kelas. Sejurus selepas itu,
kedua-dua ibu bapa murid telah tiba. Mereka amat terkejut dengan tingkah laku anak
mereka yang tidak dijangkakan. Keadaan menjadi cukup emosi dengan kedua-dua ibu
dan murid turut menangis, kelihatan perasaan amat mendukacitakan kedua-dua ibubapa.

Akhirnya, ibubapa memohon maaf kepada pengkaji dan guru pelatih atas perkara
yang telah berlaku dan kedua-dua murid dibawa pulang oleh ibubapa masing-masing.
Memandangkan kes sebegini tidak pernah dilaporkan di sekolah tersebut serta dipandang
serius oleh Guru Besar maka tindakan yang sewajarnya telah dikenakan kepada kedua-
dua murid tersebut iaitu mereka perlu melaporkan diri kepada Guru Besar setiap pagi
sebelum kelas bermula serta mengikuti sesi kaunseling. Selain itu, semua jawatan
mereka di sekolah sebagai pengawas sekolah dan pusat sumber telah digugurkan.

89

TINJAUAN LITERATUR

Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh
merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Talib (2009) mendapati bahawa kanak-kanak di sekolah
rendah juga menghadapi pelbagai masalah yang serius. Kanak-kanak sekolah rendah
didapati berhadapan pelbagai masalah tingkah laku terutama berkaitan pelanggaran
disiplin, malah, turut melibatkan masalah yang lebih serius seperti pencapaian akademik
yang rendah, kurang motivasi atau malas, tidak menghadiri kelas, ponteng, tingkah laku
memusnah, ponteng tegar, mencuri, membawa dan mengedar bahan lucah, mengalami
penderaan fizikal dan seksual, merokok dan ketagihan ganja, serta terdedah dengan
pelacuran. Sekolah yang terletak di kawasan bandar pula berhadapan dengan golongan
murid-murid sekolah rendah yang lebih agresif.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan bahawa golongan remaja
terdiri daripada mereka yang berusia antara 12 hingga 24 tahun dan belum berkahwin.
Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa. Golongan ini sentiasa mencuba dan sedang menuju ke tahap
untuk menjadi dewasa. Remaja akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuklah
perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibat daripada itu, golongan remaja
seringkali dilabelkan sebagai individu yang memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa
bermasalah. Masalah tingkah laku yang melanda remaja pada masa kini bukanlah
kesilapan remaja semata-mata. Kehidupan dalam dunia tanpa sempadan serta
pembangunan teknologi terutamanya dalam bidang teknologi maklumat begitu pesat
membolehkan remaja mendapat maklumat yang baik mahupun negatif di hujung jari
sahaja. Gordon (2001), menyatakan masalah tingkah laku murid secara global ada
kaitan dengan keganasan dalam masyarakat, peranan media massa yang terlalu bebas
memuatkan berita mengenai masalah seks, pembunuhan dan keganasan, situasi rumah
yang tidak stabil, kepelbagaian perangai yang begitu ketara dalam kalangan kanak-
kanak.

Tingkah laku seksual yang dianggap tidak sesuai sebenarnya merupakan
sebahagian daripada perkembangan emosi dan fisiologi yang dialami oleh setiap individu
sama ada yang mengalami masalah pembelajaran ataupun individu normal (Dunn & Rea,
2006; Rashikj, 2009). Masalah tingkah laku seksual merupakan tingkah laku yang tidak
sesuai dari segi perkembangan, bersifat peribadi dan mengganggu serta kasar pada
pandangan orang lain (Kellogg, 2009). Lebih daripada 50% kanak-kanak didapati sering
menunjukkan tingkah laku seksual tidak sesuai sebelum mereka mencapai umur 13 tahun
(Fyson, 2009; Kellogg, 2009). Tingkah laku seksual dikatakan merupakan sebahagian
daripada perkembangan normal yang berlaku seiring dengan perkembangan fizikal
seseorang kanak-kanak semasa mereka mencapai akil baligh (Aunos & Feldman, 2002;
Byer, Shainberg & Galliano, 2002; Dunn & Rea, 2006; Rashikj, 2009), Namun, murid
perlu dapat memahami dan dapat membezakan batas-batas di antara tingkah laku
seksual yang boleh dan tidak boleh diterima. Guru berperanan penting untuk membantu
murid yang menghadapi masalah tingkah laku untuk membina tingkah laku yang positif
dan dapat diterima di sekolah. Ramai guru dikatakan tidak bersedia dan memberi
pelbagai alasan untuk tidak mengajar pendidikan seksualiti kepada muridnya (Amir, 2007;
Garbutt, 2008; Veiga, Teixeira, Martins & Melico-Silvestre, 2006;). Dalam satu kenyataan

90

yang dikeluar oleh Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Lok Yim Pheng dalam satu sidang akhbar (mStar online, 2010, Mac 2), guru-
guru hari ini belum bersedia untuk melaksanakan pendidikan seksualiti kerana
kekurangan latihan profesional dalam bidang ini. Menurut Lok, guru-guru bukan sahaja
kekurangan latihan formal, tetapi juga tiada bahan pengajaran, tidak berkeyakinan untuk
mengajar, dan berkerisauan akan isu disaman oleh ibu bapa sekiranya melakukan
kesilapan semasa menyampaikan maklumat berkaitan pendidikan seksualiti ini.

Lazimnya ketegangan boleh berlaku antara murid dan guru jika terdapat tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun dengan mengambil tindakan
menghindari ketegangan ini daripada berlaku akan dapat meningkatkan kualiti
persekitaran psikososial dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah
ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang
baik (Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod 1983).

Analisis dan Penyelesaian Masalah

Masalah yang berlaku adalah merupakan tingkah laku bermasalah iaitu murid
bersikap kurang sopan terhadap guru pelatih semasa sesi kelas tambahan dan di luar
bilik darjah serta dan mengganggu perjalanan PdP di bilik darjah. Kejadian di bilik darjah
berlaku mungkin kerana kaedah pengajaran guru pelatih tidak dapat menarik minat murid,
pengajaran yang membosankan seperti penerangan satu hala yang terlalu lama dan
formal ketika membincang jawapan soalan yang diberikan, pengajaran yang sukar
difahami oleh murid dan ini membuatkan murid membuat kecoh semasa PdP dijalankan
kerana bosan. Keadaan kelas yang panas dan terlalu padat dengan bilangan apabila
kelas digabungkan mungkin menimbulkan rasa ketidakselesaan dan mendorong murid
melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan peraturan sekolah.
Berkemungkinan terdapat juga murid yang secara semula jadi kurang berminat terhadap
subjek Sains. Situasi ini telah menyebabkan murid tersebut tidak berminat mendengar
pengajaran guru. Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan
efektif sekiranya terdapat masalah interaksi dalam bilik darjah. Selain itu berkemungkinan
guru tidak mempunyai berkebolehan memadankan bahan-bahan pelajaran yang sesuai
dengan tahap kognitif murid. Oleh itu, guru pelatih perlu usaha untuk memantapkan lagi
kaedah PdP bersesuaian dengan keperluan murid serta meningkatkan atau
menambahbaik amalan kawalan bilik darjah. Guru pelatih juga perlu mewujudkan iklim
positif dalam bilik darjah bagi merangsang dan menggalakan tingkah laku yang baik serta
mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan murid seperti empati, bersikap
peramah, sentiasa memberi penghargaan kepada murid dan mengambil berat serta
memberi pertimbangan terhadap kewujudan perbezaan individu murid dalam situasi PdP.

Selain itu, terdapat beberapa cadangan tindakan pembetulan boleh dilakukan
seperti: laksanakan hukuman yang telah diketahui oleh murid sekiranya pelanggaran
berlaku dan pastikan hukuman tersebut relevan dengan kesalahan tersebut.
Memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini dengan cara menukarkan tempat duduk.
Membimbing murid yang bertingkah laku negatif kepada tingkah laku yang diingini. Murid
yang kerap didedahkan dengan tingkah laku baik akan mendorongnya untuk berkelakuan
baik. Guru perlu sentiasa mengingatkan murid sekiranya mereka mula menunjukkan
tingkah laku bermasalah serta menerangkan tentang hak-hak di dalam bilik darjah.

91

Berdasarkan kepada tindakan kedua-dua orang murid terhadap guru pelatih, boleh
diandaikan ianya mirip ke arah gangguan seksual terhadap guru pelatih. Pada awalnya,
guru pelatih menyatakan mereka teragak-agak untuk melaporkan kejadian ini kerana
mereka merasakan perkara ini berlaku disebabkan (i) kelemahan mereka dalam
mengawal kelas, (ii) kebiasaan kerenah murid lelaki yang nakal (remaja) dan (iii) mungkin
dipandang remeh oleh pihak sekolah. Namun, akhirnya, mereka telah membuat
pengaduan secara formal kepada Guru Besar dan Guru Disiplin. Tindakan yang
dilakukan oleh pihak sekolah adalah wajar untuk berdepan dengan murid yang terlibat,
pengadu (guru pelatih) dan ibubapa. Dalam sesi perjumpaan tersebut, Guru Besar
memberi penjelasan tentang kesalahan murid kepada ibubapa murid berkenaan. Ibubapa
mereka agak terkejut kerana tidak menyangka perbuatan itu boleh dilakukan oleh anak
mereka. Pada akhir sesi tersebut, kedua-dua murid memohon maaf kepada guru pelatih
dan ibubapa mereka. Namun, Guru Besar menyatakan bahawa murid perlu diberi
pengajaran di atas salah laku mereka iaitu mereka perlu melaporkan diri kepada pihak
pentadbiran setiap pagi sebelum sesi sekolah bermula, mengikuti sesi kaunseling dan
jawatan mereka seperti Pegawas Pusat Sumber telah digugurkan. Mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003, mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat termasuk dalam
kategori kesalahan berat dan Guru Besar boleh merotan murid tersebut. Jadual 1
menunjukkan sebahagian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 mengenai Kuasa Guru
Besar merotan murid.

Rajah 1

Perbincangan antara penyelidik dengan Guru Besar turut berbincang tentang
tindakan pihak sekolah terhadap murid serta penyelidik mengucapkan terima kasih
kerana beliau mengambil berat terhadap guru pelatih semasa sesi praktikum di sekolah.
Guru Besar menasihati guru pelatih agar menguatkan semangat dalam meneruskan
kerjaya sebagai guru dan jangan jadikan insiden yang berlaku melemahkan semangat
untuk menjadi guru yang berjaya di masa hadapan. Guru Besar turut membenarkan guru
pelatih meneruskan Internship di sekolah tersebut pada tahun seterusnya
memandangkan murid berkenaan akan ke sekolah menengah.

92

Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulannya, guru pelatih haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku negatif murid.
Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif
dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jika tidak
ditangani masalah ini maka murid lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan
perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan. Masa
dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih
singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang
masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan.

Kejadian mirip gangguan berbentuk seksual yang berlaku kepada guru pelatih
semasa menjalani praktikum memberi kesan kepada emosi mereka. Pada awalnya, guru
pelatih merasakan kejadian ini hanya mainan remaja lelaki namun apabila gangguan turut
berlaku di dalam dan di luar bilik darjah dan menjadi bahan ketawa murid di dalam kelas
maka ini telah membawa kepada tekanan emosi. Masalah ini berlaku bukan di dalam
kelas yang mereka ditugaskan untuk melaksanakan PdP tetapi semasa kelas tambahan
murid Tahun Enam. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh membantu guru
pelatih dalam menghadapi masalah tersebut:

1. Membincang dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing tentang
masalah yang dihadapi supaya kejadian ini boleh ditangani dengan lebih awal
agar tidak menjejaskan emosi guru pelatih dan murid yang akan dikenakan
tindakan oleh pihak sekolah.

2. Guru pelatih perlu berani melaporkan kepada pihak pentadbir sekolah
sekiranya berlaku berulang kali dengan evidens yang kukuh.

3. Pelajar yang menjalani praktikum di mana murid semuanya lelaki perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran kawalan kelas yang mantap. Interaksi
antara murid dan guru perlu ada batasan daripada aspek pertuturan dan
tingkah laku yang mungkin membawa kepada perasaan ‘affection’ atau
kemesraan murid terhadap guru pelatih yang tidak dijangkakan.

4. Pihak sekolah boleh mengadakan sesi ceramah tentang tajuk ‘Gangguan
Seksual’ oleh badan yang berkenaan atau NGO sebagai satu langkah
pencegahan. Isu gangguan seksual perlu jelas difahami oleh warga sekolah.
Murid perlu dapat memahami dan membezakan batas-batas di antara tingkah
laku seksual yang boleh dan tidak boleh diterima memandangkan keadaan
dunia tanpa sempadan yang membolehkan mereka mendapat maklumat yang
baik mahupun negatif di hujung jari sahaja.

5. Memberi kaunseling, khidmat nasihat, sokongan emosi dan membantu murid
(remaja) dalam pemilihan penyelesaian konflik yang dialami. Memberi
ceramah motivasi dan sesi berdialog dalam forum atau seminar untuk
memberi maklumat terkini berkaitan dengan masalah sosial remaja yang
semakin kronik.

93

Tingkah laku bermasalah murid harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur
agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Selain itu,
walaupun tingkah laku seksual dikatakan merupakan sebahagian daripada
perkembangan normal yang berlaku seiring dengan perkembangan fizikal seseorang
kanak-kanak semasa mereka mencapai akil baligh, namun, murid perlu dibimbing agar
mereka dapat membezakan batas-batas di antara tingkah laku seksual yang boleh dan
tidak boleh diterima di masyarakat setempat. Sikap dan keprihatinan pihak sekolah dalam
menangani masalah yang berlaku kepada guru pelatih serta sokongan, kerjasama dan
sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pihak sekolah telah memberi semangat
kepada guru pelatih dalam meneruskan kerjaya dalam bidang keguruan.

RUJUKAN

Alberto, P. & Troutman, A. (1990). Applied Behavior Analysis for Teachers (3rd ed.).
Columbus, OH: Merrill Publishing Co.

Amir Hasan Dawi.(2007). Pendidikan seks suatu perspektif sosial. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Aunos, M. & Feldman, M. A. (2002). Attitudes towards sexuality, sterilization and
parenting rights of persons with intellectual disabilities. Journal of Applioed
Research in Intellectual Disabilities, 15, 285-296.

Axelrod, S. (1983). The Effects of Punishment on Human Behavior. New York: Academic
Press.

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Chai Tin, A., & Lay Wah, L. (2019). Pendidikan seksualiti dalam kalangan murid
bermasalah pembelajaran di sekolah menengah: cabaran dan kepentingan. (53 -
62). Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6(1), 53-62. Dimuat turun dari:
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/view/2424.

Dunn, M., & Rea.P. (2006). Current issues, parental concerns and societal biases
surrounding the teaching of sex education to students with developmental
disabilities. Sex Education, 3

Fyson, R. (2009). Sexually inappropriate or abusive behavior among pupils in
special schools. British Journal of Special Education. 36(2): 86-94.

Garbutt, R. (2008).Sex and relationships for people with learning
disabilities:A challenge for parents and professionals Mental Health and
Learning Disabilities Research and Practice. 5: 266-277.

Gordon, D. G. (2001). Classroom Management Problems & Solutions. Music Educators
Journal, 88(2), 17- 23.

Kellogg, D. N. (2009). Clinical report - the evaluation of sexual behaviors in children.
Journal of The American Akademy Of Pediatrics.doi: 10.1542/peds.200-1692.

94

Rashikj,O.(2009).Sexual development,education and sexual abuse of persons
with disabilities in the republic of Macedonia.Journal of special education and
rehabilitation. 10(34):135-138.

Skinner, B. F. (1982). Skinner for the Classroom: Selected Papers. Champaign IL:
Research Press.

Talib, J. (2009). Profesionalisme kaunselor sekolah rendah. Jurnal Malim, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 10; 159-182.

Veiga, L., Teixeira, F., Martins, L., & Meliço-Silvestre, A. (2006). Sexuality and human
reproduction: a study of scientific knowledge, behaviours and beliefs of Portuguese
future elementary school teachers. Sex Education, 6(1): 17-29. Doi:
10.1080/14681810500508915.

95

BIMBINGAN PADU PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING BERJAYA
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MERUNGKAI STANDARD DALAM PENGAJARAN

SISWA PENDIDIK

Ummu Sofwah Abd Aziz
[email protected]

Norhani Bebe Alta Miah
[email protected]

ABSTRAK

Fokus kajian ini untuk mengenal pasti bimbingan yang telah diberikan oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing ke atas diri pengkaji semasa menjalani tempoh
latihan praktikum. Kemahiran utama yang menjadi pokok kajian ialah yang melibatkan
proses merungkai standard bagi mata pelajaran Bahasa Cina yang diajar oleh pengkaji.
Dokumen rujukan ialah menggunakan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
(DSKP) terkini yang diguna pakai oleh semua guru-guru di sekolah. Melalui kemahiran
merungkai standard pengkaji menguasai kemahiran memilih standard pembelajaran
yang tepat dengan hasil pembelajaran yang diajar pada hari berkenaan dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Kebolehan pengkaji merungkai standard telah meningkat dari
masa ke semasa dengan bimbingan padu pensyarah dan guru yang sangat hebat.

Kata Kunci: bimbingan, praktikum, DSKP, merungkai standard

PENGENALAN

Isu / Masalah

Perjalanan latihan perguruan dalam kalangan siswa pendidik perlu melalui latihan
mengajar. Amalan profesionalisme ini perlu dimantapkan. Sebanyak dua semester (lima
dan tujuh) diperuntukkan sebagai tempoh untuk menjalani latihan mengajar di sekolah
(praktikum dan internship). Latihan mengajar di sekolah memerlukan setiap siswa
pendidik menguasai kemahiran pedagogi yang utuh dan meluas. Pelbagai kaedah serta
strategi mengajar perlu dimantapkan. Setiap siswa pendidik mendapat bimbingan padu
daipada guru dan pensyarah pembimbing sepanjang tempoh praktikum berlangsung.
Peranan guru dan pensyarah pembimbing sangat penting ke arah kemenjadian siswa
pendidik hebat yang sangat menguasai kemahiran mengajar.

Secara amnya, maksud bimbingan ialah menasihati sesuatu untuk menyelesaikan
masalah atau kesukaran. Merujuk Modul Latihan Transformasi Praktikum IPG telah
menggariskan hubungan umum antara pementoran, penyeliaan dan bimbingan (Rajah
3).

Fokus penulisan ini untuk mengkaji peranan guru dan pensyarah pembimbing
dalam memberikan perkhidmatan bimbingan sepanjang pengkaji menjalani latihan
mengajar di sekolah dengan merujuk bimbingan dalam aspek merungkai standard

96

kandungan mata pelajaran yang diajar. Standard di sini merujuk kepada pernyataan
umum tentang hasil pembelajaran atau kandungan yang murid perlu tahu dan boleh
lakukan. Merungkai standard membawa maksud strategi atau cara guru mengenal
kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam mata pelajaran yang diajar.
Pengukuhannya untuk memastikan murid dapat belajar melalui aktiviti tertentu dan
menguasai kemahiran yang terkandung dalam standard. Pengkaji berhadapan dengan
masalah untuk merungkai standard merujuk DSKP mata pelajaran yang diajar.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian adalah untuk menjawab persoalan di bawah :

1. Adakah mencukupi bimbingan yang diberikan oleh guru dan pensyarah
pembimbing bagi menguasai kemahiran untuk merungkai standard merujuk
DSKP mata pelajaran Bahasa Cina murid tahap 1 yang diajar.

2. Sejauh mana kemahiran siswa pendidik untuk memilih standard pembelajaran
yang tepat dengan hasil pembelajaran yang diajar pada hari itu dalam tempoh
masa yang ditetapkan.

Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, diharapkan berjaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan
guru dan pensyarah pembimbing supaya berperanan secara padu membimbing siswa
pendidik agar benar-benar menguasai kemahiran merungkai standard mata pelajaran
yang diajar merujuk DSKP. Selain memastikan standard dan kandungan yang dipilih
dapat dikuasai oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan, fokus utama juga perlu
diberikan penekanan bagi memantapkan kemahiran merungkai standard dengan tepat
(kandungan yang perlu dikuasai oleh murid di akhir pengajaran).

KAJIAN LITERATUR

Menurut Harrard & Dunne (1992), mengajar adalah aktiviti yang sangat kompleks.
Siswa pendidik perlu menguasai kemahiran mengajar yang benar-benar memberi kesan
yang positif kepada semua murid yang diajar. Pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing di sekolah telah diberi tanggungjawab bagi memantapkan kemahiran
mengajar ini. Bimbingan dalam praktikum membawa maksud seseorang pembimbing
(guru dan pensyarah) akan membimbing siswa pendidik semasa dalam praktikum untuk
mendapatkan pengalaman dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kemampuan dan keupayaannya. Melalui penulisan Donald dan rakan2
(1994), telah menggariskan sebanyak sembilan dimensi bimbingan yang perlu dikuasai
oleh siswa pendidik Institut Pendidikan Guru semasa menjalani latihan praktikum di
sekolah. Sembilan dimensi tersebut telah disusun mengikut keutamaan dalam rajah 1.
Kesemua dimensi ini sangat penting untuk dijadikan amalan dan tingkah laku yang
sesuai untuk mengajar dalam kalangan siswa pendidik.

97

0 - ethos
1 – direct instruction
2 – management of materials
3 – guided practice
4 – structured conversation
5 – monitoring
6 – management of order
7 – planning and preparation
8 – written evaluation

Rajah 1: Sembilan Dimensi Pengajaran Guru Yang Perlu Dimiliki Oleh Siswa Pendidik

Merujuk tulisan Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi (2011), telah
menjelaskan secara sistematik dalam Rajah 2 implikasi penyeliaan atau bimbingan yang
diberi kepada kaedah penyampaian siswa pendidik semasa latihan praktikum. Tersenarai
sebanyak sebelas implikasi yang diperoleh dan dikuasai oleh siswa pendidik.

Potensi Peningkatan Menjelaskan
pelajar kualiti rasional
dalam P&P
penyampaian proses P&P

Penilaian Kesan Penyeliaan Ruang guru
terhadap minat kepada Kaedah membuat
dan komitmen Penyampaian
Siswa Pendidik refleksi
guru
Ruang penilaian
Kejayaan dalam pengajaran
mencapai objektif kontekstual

dan matlamat
pengajaran

Kemampuan Pembinaan Penilaian
eksploitasi komunikasi terhadap
guru terhadap berkesan dalam kesesuaian
pengajaran
BBM P&P
Pembinaan
komunikasi
guru-pelajar

Rajah 2: Implikasi Penyeliaan/Bimbingan Kepada Kaedah Penyampaian Siswa Pendidik

Proses bimbingan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dengan
memberi maklum balas kepada siswa pendidik untuk membantu mereka membuat
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Modul

98

Latihan Transformasi Praktikum (2018), telah memperlihatkan hubungan rapat antara
pementoran, penyeliaan dan bimbingan. Hubungan ini dapat dilihat dengan jelas dalam
Rajah 3. Program pementoran dalam latihan praktikum memerlukan program yang
berstruktur agar dapat memastikan matlamat dapat tercapai dalam masa dan pada tahap
kualiti yang ditetapkan secara konsisten.

Pementoran

Penyeliaan Bimbingan

Rajah 3: Hubungan Antara Pementoran, Penyeliaan dan Bimbingan

Merujuk Modul Latihan Transformasi Praktikum (2018), telah menggariskan tahap
dan proses yang perlu dimainkan oleh seseorang mentor atau pembimbing dalam Rajah
4 di bawah. Tahap dan proses ini telah dibahagikan kepada tiga. Tahap pertama
melibatkan penerangan dan arahan. Penerangan dan arahan ini termasuklah
memodelkan kemahiran, berkongsi strategi dan maklum balas melalui pemerhatian.
Tahap kedua fokuskan proses kolaboratif yang melibatkan arahan kendiri mentee dari
aspek perkembangan kemahiran dan reflektif kendiri. Tahap ketiga merupakan bahagian
penyerahan tugas yang merangkumi sokongan rakan dan perhubungan tanggungjawab
bersama.

TAHAP 1 (Penerangan & Arahan)
 Memodelkan kemahiran
 Berkongsi strategi
 Maklum balas melalui pemerhatian

TAHAP 2 (Kolaboratif)
 Arahan kendiri mentee dari aspek
perkembangan kemahiran dan refleksi
kendiri

TAHAP 3 (Penyerahan Tugas)
 Sokongan rakan dan perhubungan
tanggungjawab bersama

Rajah 4: Tahap Dan Proses Mentor

99

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah ini berlarutan selama dua minggu tempoh pengajaran semasa praktikum.
Guru dan pensyarah pembimbing benar-benar membantu pengkaji mengatasi kekusutan
yang dihadapi. Langkah permulaannya, pengkaji didedahkan dengan penguasaan isi
kandungan yang perlu disampaikan kepada murid berpandukan DSKP sebagai bahan
rujukan utama.

Penguasaan isi kandungan dimantapkan melalui perkongsian bersama dengan
guru-guru yang mengajar mata pelajaran dan tahap murid yang sama. Pengkaji diberi
peluang untuk melihat cara pengajaran guru lain sebagai panduan dengan izin.
Pemilihan kaedah, strategi dan aktiviti dibimbing bagi menghasilkan gabungan mantap
ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang dikehendaki.

Pembimbing mengingatkan pengkaji untuk membuat refleksi setiap kali selesai
mengajar. Segala masalah serta kesulitan yang dihadapi dibawa bersama dalam
perbincangan dengan guru dan pensyarah pembimbing. Bermula dari minggu ketiga
latihan mengajar, pengkaji sudah menguasai kemahiran merungkai standard dan berjaya
memilih aktiviti yang tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Keberkesanan
merungkai standard bukan sahaja dapat menyusun dan memperkemaskan lagi aktiviti
mengikut tahap kebolehan serta minat murid, malah menjurus kepada keberhasilan
mencapai objektif pada hari tersebut.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengkaji mendapati kemahiran merungkai standard ini perlu dikuasai sebelum
semua siswa pendidik menjalani latihan mengajar di sekolah. Isi kandungan keseluruhan
mata pelajaran yang diajar mampu dihuraikan secara terperinci sebagai persediaan
pemantapan ilmu secara total. Pemilihan kaedah, strategi dan aktiviti yang tepat sangat
penting ke arah pencapaian hasil pembelajaran penuh tanpa ada dalam kalangan murid
yang tercicir.

Proses bimbingan daripada guru dan pensyarah berpengalaman berjaya
memantapkan kemahiran ini dalam diri siswa pendidik. Pengalaman demi pengalaman
mengajar tanpa jemu, belajar daripada guru-guru dan pensyarah-pensyarah
berpengalaman mampu membuahkan hasil pengajaran yang berkualiti. Murid dapat
menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disampaikan oleh guru. Seterusnya,
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sangat bermakna
kepada semua murid. Kemenjadian murid merupakan fokus utama yang hendak
dilahirkan melalui institusi sekolah pada masa kini.

Kejelekitan padu antara siswa pendidik bersama dengan guru dan pensyarah
pembimbing sangat penting dalam usaha untuk menghasilkan guru-guru yang berkualiti
ke arah mentransformasikan sekolah. Segala pengalaman bermakna yang dikongsikan
oleh guru dan pensyarah pembimbing amat berguna.

100


Click to View FlipBook Version