The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by benderabetul, 2021-07-09 08:44:36

MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 1 JPN

MODUL KERTAS 1 JPN

Keywords: BAHASA MELAYU

MODUL
GEMILANG 2.0

SPM

EDISI PELAJAR

BAHASA MELAYU

KERTAS 1
(1103 / 1)
TINGKATAN 5 /2021

USAHA
TANGGA
KEJAYAAN

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA 1
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Alhamdulillah, dengan rahmat dan keizinan-Nya jua Modul Gemilang 2.0
SPM bagi tahun 2021 berjaya dihasilkan melalui Projek Kemenjadian Murid Melaka
(KM2). Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada Unit Bahasa, Sektor
Pembelajaran, pegawai SISC+ Bahasa dan barisan panel pakar yang sentiasa
menghulurkan sokongan dan bantuan kepada jabatan dalam mengimplementasikan
misi dan visi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ke landasan berfokus.

Bersama-samalah kita dengan prinsip membuka lembaran baharu (open the new
horizon) untuk menilai, menganalisis strategi dan taktikal agar dapat melakukan
penambahbaikan dalam pendidikan norma baharu lebih-lebih lagi dengan cabaran
pandemik covid-19. Prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita
melakukan inisiatif dan tindakan yang mencabar proses (challenge the process).
Guru mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi
pelajar maju secara holistik. Oleh itu, penghasilan Modul Gemilang 2.0 SPM
merupakan salah satu strategi untuk membantu peningkatan pencapaian para pelajar
negeri Melaka yang berimpak tinggi dan selari dengan slogan kita “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Dengan demikian, penerokaan ilmu dan
pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan
aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi
murid.

Pihak Jabatan Pendidikan Melaka dengan seikhlasnya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pakar yang
telah berusaha dengan begitu gigih untuk menghasilkan modul ini khususnya untuk
dimanfaatkan oleh kelompok sasaran agar pelajar menguasai kemahiran dengan lebih
efektif. Usaha gigih dan komitmen daripada semua yang terlibat menggambarkan
kualiti pendidik di Melaka berada pada tahap yang sungguh cemerlang. Teruskanlah
usaha murni dengan menyediakan modul-modul yang berinovasi serta kompetitif yang
memberi impak tinggi kepada kecemerlangan pelajar di negeri Melaka.

Semoga matlamat dan hasrat murni ini dapat membantu para pelajar menggapai cita-
cita mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti walaupun mengharungi
kekangan dalam pendidikan norma baharu. Insya-Allah, semoga Tuhan
mengkabulkan permintaan ke atas hambanya yang telah berusaha.

Sekian, wassalam.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

#jpnmelakajenamakierajaannombor1

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, penghasilan
Modul Gemilang 2.0 SPM bagi tahun 2021 dapat direalisasikan. Ini merupakan usaha
murni hasil kejayaan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
khasnya Sektor Pembelajaran dengan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Melaka
Tengah, Jasin dan Alor Gajah serta guru-guru pakar negeri Melaka dalam
menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan dan
melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam
persaingan dunia realiti.

Pandemik covid-19 pada bulan Mac 2020 hingga kini telah merubah dunia pendidikan
kepada norma baharu iaitu para pelajar melaksanakan pembelajaran sama ada secara
dalam talian, luar talian atau off-side dan lebih dikenali Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR). Namun. bagi mengangkat martabat pendidikan negeri Melaka lebih
cemerlang, Projek Kemenjadian Murid Melaka @KM² menyasar matlamat berfokus
bagi mencapai misi dan visi JPN Melaka yang lebih strategik. Para pegawai di JPN,
PPD dan pentadbir sekolah serta warga pendidik akan sentiasa memastikan
pelaksanaan pada peringkat sekolah selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dengan memberi peluang dan ruang
mempelajari ilmu melalui pelbagai kaedah dan medium.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor
Pembelajaran di JPN dan PPD serta barisan panel pakar yang bergabung tenaga juga
idea dalam penghasilan modul ini. Sesungguhnya besar harapan kita agar Modul
Gemilang 2.0 SPM ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dengan sebaik-baik yang
mungkin dan dapat mencipta kejayaan berimpak tinggi kepada kemenjadian murid
Melaka, khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekian, terima kasih.

Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

#jpnmelakajenamakiierajaannombor1

JAWATANKUASA PANEL MODUL BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Penaung

YBhg. Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka

Penasihat

YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran

Pengarah Projek

Hajah Rubaiya binti Abu Nawas
KPPK Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Penyelaras Projek

Pembantu Tadbir

Helmi bin Murid Hajariah binti Ghazali
PP Bahasa Melayu PT Unit Bahasa

Panel Pakar Kawalan Mutu

Hajah Reny Azreena bt Abd Rahman Norasiah binti Ahmad
Hajah Fadhilah binti Embi SISC+ PPD Alor Gajah Razman bin Mohammad
SISC+ PPD Melaka Tengah
____________________________SI_S_C_+__P_PD__M__e_l_a_k_a_T_e_n_g_a_h________________________S_I_SC__+_P_P_D__A_l_o_r_G_a_j_a_h__

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

#jpnmelakajenamakiieirajaannombor1

Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021
Kertas 1 (1103/1)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya tahun
1989 dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Mula berkhidmat di SMK
Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis pada Jun 1990. Kini berkhidmat
di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Noraini binti Mohd Yusof
Ketua Panel Modul Kertas 1

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam Bidang Ekonomi dan Ismail bin Md Nor
Antropogi dari Universiti Sains Malaysia dan Sijil Perguruan dalam Pengajian
Melayu dari Institut Bahasa. Bertugas sebagai GPK KOKU. Mantan Guru
Cemerlang Bahasa Melayu. Pengalaman sebagai JUK/JU MBMMBI, JUK/JU
Literasi Bacaan, Pembina Item Bahasa Melayu peringkat negeri dan daerah,
hakim Bahas Ala Parlimen peringkat negeri / kebangsaan, Ketua Pentaksir
Kawasan PT3 Bahasa Melayu. Pengalaman mengajar BM lebih 30 tahun.
Berkhidmat di SMK Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang, Melaka.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu dari Zamri bin Ismail
Universiti Putra Malaysia. Mula berkhidmat di SMK Tinggi
Melaka pada Disember 1993. Kini berkhidmat di SMK Sultan
Mansor Shah, Pulau Sebang, Melaka sebagai guru Bahasa
Melayu.

Berkelulusan IJAZAH Sarjana Muda Sastera (BM) USM
2002, Diploma Pendidikan (PM)IMPPPKT. Pengalaman
mengajar subjek BM selama 32 tahun,SK Air jenih, di SMK
Lubok China, dan kini SMK Ade Putra. Panel penggubal
modul BM SPM , 2019 dan 2020, penceramah BM SPM
Kertas 1 selama 10 tahun.

Md Isa bin Othman Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Pendidikan dalam bidang Pengajian Kesusasteraan di
Universiti Sains Malaysia tahun 2007. Mula berkhidmat
di SMK Seri Kampar Perak pada 1 November 2007.
Seterusnya berpindah ke SMJK Notre Dame Convent
Melaka pada tahun 2010 sehingga kini.

Muhammad Redzwan bin Abbas

Nur Daliza binti Che Daud Berkelulusan Sijil Perguruan
tahun 1989 di Maktab Perguruan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perempuan Melayu Melaka

Sastera dengan Pendidikan USM pada (MPPM) dan Ijazah Pendidikan

tahun 1996 hingga 1999. Memulakan (PBMP) dari Universiti Putra

perkhidmatan di Sekolah Tun Fatimah, Malaysia tahun 2000. Mula

Johor Bahru. Mendapat gelaran Guru berkhidmat di SMK Gombak Setia

Cemerlang bermula tahun 2009 hingga pada 1 Disember 1989. Berpindah
kini. Kini berkhidmat sebagai Guru
ke SMK Ghafar Baba tahun pada Rugayah bte Yahya
Disember 1990 hingga Februari
Cemerlang Bahasa Melayu di Sekolah
2017 seterusnya di SMK Hang
Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka.
Kasturi hingga kini.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

#jpnmelakajenamakerajaannombor1

iv

Berkelulusan Master (Sarjana) Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia
2015 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan
Idris 2010. Sering terlibat dengan memberi ceramah Teknik Menjawab Kertas 1 di
sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta sekitar Negeri Melaka, Negeri Sembilan,
Johor dan Kedah serta penceramah Bahasa Melayu Kertas 1 di bawah kelolaan IPTA dan
IPTS seperti Pusat Edu-Pelancongan UTeM dan Taj Internasional Collage. Pengalaman
mengajar subjek Bahasa Melayu selama 11 tahun di SMK Air Molek, Melaka.

Mohd Hairie bin Abdullah Berkelulusan B.A(Hons) Psikologi, UKM. KPLI
Diploma Pendidikan Bahasa Melayu dan Sejarah,
MPKB. Berpengalaman mengajar Bahasa Melayu SPM
selama 27 Tahun.Kini mengajar di SKK SMK Ghafar
Baba, Masjid Tanah.

Berkelulusan Master Sastera (BM) UPM 2002, Bacelor Sastera Md Isa bin Othman
(Bahasa & Linguistik Melayu) UPM 1999, Diploma
Pendidikan (BM) IBBM KL 2005. Pengalaman mengajar
subjek BM selama 19 tahun di MRSM Batu Pahat, MRSM
Terendak dan kini MRSM Tun Ghafar Baba. Panel penggubal
soalan percubaan SPM MARA 2017, 2018 dan 2020.

Noor Hafizah binti Jauhari Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Mula berkhidmat secara rasmi
sebagai guru pada tahun 2016 di SMK Durian
Tunggal sebagai guru subjek Bahasa Melayu.

Muhamad Muslim bin Kamaruddin

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang dan Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, pengkhususan dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Telah menjadi
tenaga pengajar subjek Bahasa Melayu selama 23 tahun juga berpengalaman menjadi
pembina item Bahasa Melayu serta hakim Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
peringkat daerah dan negeri. Kini berkhidmat di SMK Infant Jesus Convent, Melaka
dan menjawat jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) bidang Kemanusiaan.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sanisah binti Ahmad
Sains Malaysia pada tahun 1996 dan Diploma Pendididkan
(KPLI) MPPM pada tahun 1997. Mula berkhidmat di SMK
Raja Zarina,P.Klang dari tahun 1998 sehingga 2003.Kini di
SMK Padang Temu Melaka sebagai guru subjek Bahasa
Melayu.

Hafni binti Othman

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada tahun

1991 dan Diploma Pendididkan (KPLI) MPPM pada tahun 1994. Mula

berkhidmat di SMK Tun Mutahir Batu Berendam Melaka dari tahun 1994

sehingga Oktober 2019. Bermula November 2019, mula berkhidmat di SMK

Tinggi St. David Melaka sehingga kini sebagai guru subjek Bahasa Melayu. Zawiyah binti Mohd

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

#jpnmelakajenamakerajaannombor1

v

Berkelulusan Bacelor Pendididkan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti
Pertanian Malaysia pada tahun. 1994. Mula berkhidmat di Sek Men Sains
Selangor, Kuala Lumpur dari tahun 1994 sehingga Disember 1995. Mantan guru
cemerlang Bahasa Melayu. Bermula Disember 1995, mula berkhidmat di Sekolah
Menengah Sains Muzaffar Syah sehingga kini sebagai guru subjek Bahasa Melayu.

Azniza binti Azmi Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dari
Azmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002 dan
Sijil Program Tambah Opsyen (PITO) Bahasa Melayu,
Kementerian Pendidikan Malaysia di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mula berkhidmat sebagai guru mata pelajaran
Bahasa Melayu di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
(2002 -2007) dan berpengalaman selama 18 tahun. Kini
berkhidmat SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.

Wan Suzaiwati binti Md Soib

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Politik dari Universiti
Malaya pada tahun 1992. Mula berkhidmat di SMK Sultan Abdul Jalil,
Kluang, Johor dan berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 26
tahun. Kini berkhidmat SMK Bukit Katil, Melaka.

Hayati binti Hassan

Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021
Kertas 2 (1103/2)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan
Pedagogi,UKM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan UKM. Mengambil
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Kota Bharu dalam bidang
Pengajian Melayu dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan di SMK (P)
Puterijaya, KL dan berpindah ke SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka pada tahun
2003. Berpengalaman 24 tahun mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah, Beliau merupakan Munsyi Dewan Bahasa dan kini memegang jawatan
GKMP Kemanusiaan di SM Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin, Melaka sejak 2018.

Khadijah binti Ahmad
Ketua Panel Modul Kertas 2

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kelas Pertama Universiti Malaya
dan mendapat Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka pada 1988. Sekarang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Mansor Shah. Merupakan antara Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Melaka.

Khamisah binti Baba

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, UKM (1992) dan Diploma Pendidikan,
UKM (1993). Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMKA Segamat, Segamat
Baru, Johor pada tahun 1993. Kini, berkhidmat di SMK Dato’ Abdul Rahman
Ya’kub, Merlimau Melaka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.

_________________H__a_b_ib_a_h__b_in_t_i__A_k_o_b__________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

vi

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, UPM
dalam bidang Pengajian Melayu. Memperoleh Sijil Perguruan Asas
daripada Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Berpengalaman mengajar
selama 26 tahun dan pernah menjadi Guru Cemerlang BM 2014 - 2016
Kini beliau bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Seri Tanjong, Melaka.

Lis Quraisin binti Dolhalit

Berkelulusan Ijazah Pertama Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Pertama) dan
Sijil Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Berpengalaman mengajar mulai 1990 hingga sekarang. Bergerak aktif sebagai hakim
pertandingan koakademik Peringkat Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka dan
Penceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dan Kesusasteraan
Melayu SPM serta Pembina Item Bahasa Melayu SPM peringkat Daerah Alor Gajah.

Ariffin bin Mokhtar

Mendapat pendidikan awal di Ipoh dan di Kuala Lumpur. Memiliki Ijazah
Sarjana Muda Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya 1999, Beliau
memperoleh Diploma Pendidikan melalui pengajian KPLI di Institut Bahasa
Melayu Malaysia 2000. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2001.
Bertugas di SM Tahfiz Al-Qur'an Chenderah sejak 2014 hingga sekarang.

Syahiful Kamariah binti Mohamad

Berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Malaya dalam bidang Pengajian
Melayu dan Diploma Pendidikan di Institut Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa
Melayu/ Sejarah). Bergerak aktif sebagai hakim dalam pertandingan koakademik
Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Pengerusi
Teknik Pertandingan Forum Remaja Daerah Jasin.Kini,bertugas sebagai GKMP
Bahasa SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Roslan bin Kasim

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Kesusasteraan Melayu (Major)/ Bahasa Melayu (Minor)
daripada UPSI. Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMK
Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY) Johor Bahru pada
tahun 2010 dan sekarang berkhidmat di SMK Nyalas,
Asahan Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Zamzarina binti Misnan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dari Universiti
Sains Malaysia tahun 1999. Mula berkhidmat di SK Tanjung Puteri, Johor
pada Januari 1988. Kini berkhidmat di SMK Ayer Molek, Melaka sebagai
GPK Kokurikulum dan merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu.

Hajah Samiah binti Samari

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

vii

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Pendidikan, USM pada tahun 1990 dalam bidang Geografi
dan Kesusasteraan Melayu). Mula berkhidmat pada tahun
1990 dan kini berkhidmat di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah.

Hajah Nor Azlina binti Mat Said

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun
1995 dan Diploma Pendidikan pada tahun 1996. Mula berkhidmat di SMK
Taman Tun Aminah pada Ogos 1996 dan kini berkhidmat di SMK Gajah Berang
sebagai GKMP Kemanusiaan serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 18 tahun.

Norhayati binti Parlan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu & Kesusasteraan
Melayu, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002. Mula
berkhidmat di Sek. Men. Kerajaan Kabong Sarawak pada September
2002 dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah
serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 18 tahun.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hanita binti Rahim
Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada tahun 2007. Mula berkhidmat di
SMK Subang Jaya pada November 2007 dan kini
berkhidmat SMK Seri Bemban serta berpengalaman
mengajar Bahasa Melayu selama 13 tahun.

Rafidah binti Hashim

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu
Linguistik, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998.
Mula berkhidmat di SMK Tenom, Sabah pada November
Julai 1999 dan kini berkhidmat SMK Ghafar Baba sebagai
GKMP Bahasa serta berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 20 tahun.

Nasruddin bin Abdullah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu, Universiti
Sains Malaysia pada tahun 2017. Mula berkhidmat di SMK
Seri Pengkalan pada Oktober 2018 hingga kini.

Shaidatul Amirah binti Salim

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

viii

Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021
Kertas 3 & 4 (1103/3 dan 1103/4)

Abd Samad Bin Aziz Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Bahasa
Ketua Panel Modul Pertama dari Universiti Putra Malaysia tahun 2001. Mula berkhidmat
di SMK Pulau Ketam, Selangor DE pada 1/12/1989 dan telah
Kertas 3 & 4 berpindah ke Melaka setelah 4 tahun berkhidmat di sana. Mula
menanda kertas BM kertas 1 sejak tahun 1992 dan telah dilantik
sebagai Ketua Pasukan pada tahun 2013 dan pengalaman menanda
selama 28 tahun dan Ketua Pasukan selama 7 tahun. Sekarang bertuga
ssebagai GKMP Bahasa di SMK Tun Syed Zahiruddin selama 6 tahun
dan telah mengajar di sana selama 9 tahun. Mendapat perkhidmatan
cemerlang sebanyak 2 kali iaitu tahun 2002 dan tahun 2015 dan juga
menjadi penceramah BM 1 SPM dan juga menjawat jawatan jawatan
sebagai Ketua Pentaksir Lisan Negeri Melaka tahun 2020.

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007 dalam bidang
Komunikasi Media. Melanjutkan pengajian dalam Diploma Perguruan
Lepasan Ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mula berkhidmat di SMK Dato
Haji Talib Karim sebagai Guru Akademik Biasa pada tahun 2010 dan
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral.

Noorzazaliza bte Ismail

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, UKM
pada tahun 2008 dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. Mengambil
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KDC) di Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu dalam bidang Pengajian Melayu .Mula
berkhidmat sebagai pendidik pada tahun 2010 dan kini bertugas di
Sek Men Arab, Assaiyidah Khadijah, Merlimau, Melaka.

Norfadilla binti Yaafar

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan
kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada
tahun 2010 dalam bidang bahasa Melayu. Mula
berkhidmat di SMK Bukit Rambai sebagai Guru
Akademik Biasa pada tahun 2010 dan mengajar mata
pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah. Mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015.

Haryati binti Anua

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

ix

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan, UM pada tahun 2008
dalam bidang Kimia dan Matematik .Mula berkhidmat sebagai pendidik pada tahun
2008 di SMK Taman Tun Aminah Johor Bahru selama 10 tahun. Berkhidmat di sekolah
kedua iaitu di SMK Paya Rumput pada tahun 2019. Melibatkan diri dalam penandaan
kertas SPM Kertas 1 pada tahun 2012 sehingga kini. Mendapat anugerah perkhidmatan
cemerlang pada tahun 2016. Kini bertugas sebagai ketua panitia di SMK Paya Rumput.

Nurwardah Nadrah binti Ma’min

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Putra
Malaysia pada tahun 1998 dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Pertama. Telah berkhidmat di SMK Sungai Udang, Melaka sejak tahun
2002 sehingga kini. Melibatkan diri dalam tugasan penandaan Bahasa Melayu
Kertas 2 (SPM) selama 15 tahun. Telah mendapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 2005 dan 2017. Diamanahkan menjalankan
tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu sejak 2016 sehingga kini.

Salmah binti Husin

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan
Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris pada tahun
2003. Mula berkhidmat di SMK Selirit, Kapit pada
September 2003 dan kini berkhidmat di SMK Tinggi St
David serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 17 tahun.

Azlina binti Yahaya

*************************************************************************************************
***Sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut berkaitan modul boleh hubungi
Ketua Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM iaitu Pn. Noraini (019-6629136),
Pn. Khadijah (019-2248079 atau En. Abd. Samad (012-6904711).***

*************************************************************************************************

***Hak cipta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.***
***Modul digunakan oleh sekolah-sekolah di negeri Melaka

di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.***
***Dilarang digunakan untuk kepentingan peribadi.***

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

x

ISI KANDUNGAN KERTAS 1

BIL ISI KANDUNGAN MUKA TARIKH TANDA CATATAN
SURAT TANGAN

1 Kandungan DSKP – Kemahiran 4–6
Menulis

Format Instrumen Peperiksaan 7–9
2 SPM Bahasa Melayu Kertas 1

Garis Panduan Mata Pelajaran 10 -11

3 Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1)

4 Jenis-Jenis Karangan 12

5 Format karangan
1. Surat rasmi
2. Surat tidak rasmi 14 – 17
3. Syarahan 18 – 21
4. Ucapan 22 – 26
5. Rencana 27 – 29
6. Laporan 30 – 33
7. Wawancara/ dialog 34 – 38
8. Resume 39 – 42
9. E-mel 43 – 45
10. Skrip drama 46 – 49
11. Biodata 50 – 52
53 – 55
6. Jenis-jenis Pendahuluan
1. Definisi 56
2. Tokoh dan Suasana 57
3. Persoalan dan Peribahasa 58
4. Sejarah dan Fakta 59
5. Berita dan Puisi/ Lagu 60
6. Gabungan 61
62
7 Jenis-jenis Perenggan 63 - 67

2

BIL ISI KANDUNGAN MUKA TARIKH TANDA CATATAN

8 Penanda Wacana SURAT TANGAN
9 Karangan Bahagian A
68 - 71
1. Panduan Menulis Karangan A
2. Contoh 1 72
3. Contoh 2
10 Karangan Bahagian B 73
1. Panduan Menulis Karangan B 74 – 79
2. Contoh 1 80 – 84
11 Latihan Karangan Bahagian A
1. Panduan Membina Rangka 85
86
Karangan A 87 – 93
2. Latihan Pengukuhan : 94
Tema 1 hingga Tema 16
12 Karangan Bahagian B 95 – 98
1. Panduan Umum dan Panduan
99 - 118
Khusus 119
2. Panduan Membina Rangka
120 -128
Karangan B
Latihan Karangan Bahagian B 129 - 143
13 Lampiran Kerangka Karangan
144 - 151
152 - 154

3

KEMAHIRAN MENULIS DALAM KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran ini diperoleh melalui situasi
dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

OBJEKTIF KEMAHIRAN MENULIS

Dalam Bahasa Melayu Tingkatan 4 kemahiran menulis bertujuan untuk membolehkan murid
mencapai objektif yang berikut:

1. Menulis untuk meramal sesuatu perkara, melengkapkan maklumat dan
menjawab pelbagai soalan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

2. Menulis untuk membina kerangka karangan dan karangan lengkap secara
terancang.

3. Menulis untuk mengolah maklumat daripada pelbagai bahan menggunakan ayat
yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

DSKP KSSM BM TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

DOMAIN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pembelajaran Bahasa Melayu dibina berteraskan kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang merentasi domain pembelajaran
yang ditetapkan. Domain pembelajaran yang ditetapkan adalah berdasarkan konteks atau
latar yang luas dan pelbagai, bersesuaian tahap perkembangan dan tahap kematangan
murid sekolah menengah. Domain ini merangkumi aspek individu, masyarakat dan negara,
serta serantau dan antarabangsa selari dengan cabaran abad ke-21. Penetapan domain ini
bertujuan membolehkan murid bersedia untuk menghadapi dunia sebenar sebagai individu
dewasa. Huraian domain pembelajaran adalah seperti Jadual 4.

SITUASI Jadual 4: Domain Pembelajaran
HURAIAN

Peribadi Berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan, jiran dan masyarakat
Awam
sekeliling.

Berurusan dengan perkhidmatan awam, badan pentadbiran, aktiviti
sosial dan budaya dalam masyarakat.

Pendidikan Berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus.
Kerjaya Berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan persediaan menyertai
alam kerjaya.

DSKP KSSM BM TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

4

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD
PRESTASI TINGKATAN 5

3.0 KEMAHIRAN MENULIS STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD
KANDUNGAN Murid boleh:

3.1 Menulis untuk 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan
menerangkan makna kata membezakan makna kata, istilah,
dan istilah, rangkai kata, maksud rangkai kata, dan ungkapan
ungkapan dan ayat. dengan betul mengikut konteks.

3.2 Menulis untuk 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu
mengemukakan maklumat perkara yang dibaca, didengar dan
tentang sesuatu perkara. ditonton dengan memberikan
justifikasi menggunakan ayat yang
3.3 Menulis untuk gramatis.
melengkapkan maklumat
dalam pelbagai bahan. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat
dalam pelbagai bahan mengikut
3.4 Menulis untuk situasi dan keperluan.
menghasilkan sesuatu
penulisan secara 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan
terancang. menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.
3.5 Menulis untuk mengolah
maklumat bagi menghasilkan 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan
pelbagai bentuk penulisan dan 3.4.3
grafik. pendahuluan yang menepati

3.6 Mengedit dan memurnikan tema menggunakan laras bahasa yang
pelbagai teks.
sesuai dan gramatis.

Menulis perenggan isi dengan huraian
yang jelas dan kritis menggunakan
bahasa yang gramatis.

3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan
yang lengkap dan menepati tema
menggunakan ayat yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.

3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan
dengan wacana yang lengkap, bahasa
yang gramatis dan ungkapan yang
menarik.

3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan

3.5.2 ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.

Mengolah maklumat daripada pelbagai
bahan dalam bentuk grafik yang sesuai
dan menarik.

3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan
kejituan idea dalam pelbagai teks

5

STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN MENULIS

TAHAP PENYATAAN
PENGUASAAN

1 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dan menghasilkan penulisan,
Sangat Terhad mencatat maklumat daripada pelbagai bahan, serta mengenal pasti
kesalahan bahasa pada tahap sangat terhad.
2
Terhad Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dan menghasilkan penulisan,
mencatat maklumat daripada pelbagai bahan, serta mengenal pasti
3 kesalahan bahasa pada tahap terhad.
Memuaskan
Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat
dan menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan
dan maklumat, serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul
menggunakan ayat yang gramatis dan mengikut konteks pada tahap
memuaskan.

4 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat
dan menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan
Baik dan maklumat, serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul

menggunakan ayat yang gramatis dan mengikut konteks pada tahap

kukuh.

5 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat
Sangat Baik dan menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan
dan maklumat, serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul
menggunakan ayat yang gramatis dan mengikut konteks pada tahap
tekal dan terperinci.

6 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat
Cemerlang dan menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan
dan maklumat, serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul
menggunakan ayat yang gramatis dan mengikut konteks pada tahap
tekal, terperinci dan menjadi teladan.

6

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (1103)

Bil Perkara Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 Kertas 4
(1103/1) (1103/2) (1103/3) (1103/4)

1 Jenis Ujian Bertulis Ujian Bertulis Ujian Bertutur Ujian Mendengar
Instrumen

• Subjektif • Subjektif • Subjektif • Objektif
Respons Respons Respons
Terhad Aneka Pilihan
2 Jenis Item Terhad Terhad • Objektif
• Subjektif • Subjektif • Subjektif
Respons Respons Pelbagai
Terbuka Terbuka Respons Bentuk
Terbuka • Subjektif
Respons
Terhad

3 Bilangan Bahagian A Bahagian A – Bahagian A – • 4 – 6 petikan

Soalan Satu (1) soalan Sistem dan Individu • Instrumen
Aplikasi Bahasa
berdasarkan • 1petikan/ bahan mengandungi
kombinasi 1. Morfologi
rangsangan 20 hingga 25

kepelbagaian 2. Sintaksis yang soalan

bahan 3. Penyuntingan disediakan (Jawab semua

rangsangan 4. Bahasa untuk soalan)

Jawab 1 soalan Melayu setiap calon • Jawapan
Standard
• menukarka • Bersoal jawab berdasarkan

n bahan dengan petikan.

teks pentaksir
klasik/ lama

kepada

Bahasa

Melayu

Moden/

Standard

5. Peribahasa

7

3 Bilangan Bahagian B Bahagian B Bahagian B
soalan - Kumpulan
- Pemahaman
Empat (4) soalan ● 1 tajuk/ tema
umum
esei. Soalan 6 disediakan untuk
dan 7 perbincangan
Pilih dan jawab berdasarkan
satu petikan ● Perbincangan
daripada bahan dalam
empat prosa dan bukan kumpulan 3 – 5
soalan prosa orang calon

Jumlah (Umum / Drama /
soalan : 5
Soalan Cerpen / Prosa
Tradisional /
Puisi Tradisional
/ Sajak)

Soalan 8

berdasarkan
novel tingkatan
4 dan 5

Bahagian C
– Rumusan

Soalan 9
menulis
rumusan

4 Jumlah 100 markah Jumlah 70 markah 30 markah
Markah soalan :
9 soalan

100 markah

5 Wajaran

6 Konstruk Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran
menulis mendengar dan
• Mengaplikasi membaca bertutur mendengar
• Menganalisis • Memahami • Memahami • Memahami
• Menilai • Mengaplikasi • Mengaplikasi • Mengaplikasi
• Menganalisis • Menganalisis
• Mencipta • Menilai • Menganalisis
• Menilai
• Mencipta

Pengetahuan sistem bahasa

Nilai

8

7 Tempoh 2 jam 2 jam 30 minit Individu: 30 minit
Ujian 3 hingga 5 minit

Cakupan Kumpulan:
8 12 hingga 15
minit
Konteks
Mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

9 Aras Rendah:Sederhana:Tinggi
Kesukaran 5:3:2

10 Kaedah ● Holistik ● Analitik ● Analitik ● Dikotomus
Penskoran ● Holistik ● Holistik ● Analitik

11 Alatan Tiada Tiada Tiada ● DVD/ CD
Tambahan
Rakaman
/Audio
● Pemain
DVD/CD/Laptop

9

10

11

JENIS-JENIS KARANGAN
12

FORMAT
KARANGAN

13

14

15

CONTOH KARANGAN SURAT RASMI
CONTOH 1: BUKU TEKS TINGKATAN 1 - M/S 216

16

CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 2 – M/S 3
17

18

19

CONTOH KARANGAN SURAT TIDAK RASMI
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 3 - M/S 82

20

CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 5 - M/S 87

No. 8, Jalam Bunga Raya 10,
Taman Tasik Perdana,
45800 Pulau Pinang,
10 Jun 20[][].

Ke hadapan sahabatku Ainida yang kini berada di Seremban, Negeri Sembilan. Saudari
di sana apa khabar? Saya berharap semoga saudari sihat walafiat bersama-sama
keluarga tercipta.

Saudari,

Maafkan saya kerana sudah agak lama saya tidak mengutuskan surat. Buat masa
ini, saya agak sibuk membantu ayah saya mengurus penternkan ayam piru. Tahukah
saudari bahawa ayam piru juga dikenali sebagai ayam belanda? Ayam ini sering
dijadikan sajian utama semasa sambutan Hari Krismas selain dijadikan menu jualan
di restoran.

Untuk pengetuan saudari, terdapat dua jenis ayam piru warisan dan baka
komersial. Menurut ayah saya, baka warisan ialah baka ayam piru yang asal, manakala
baka komersial ialah baka yang dihasilkan melalui teknologi pemilihan genetik.Baka
warisan ini cepat membesar dan dagingnya juga banyak pada bahagian dada dan juga
paha. Wah, banyak ilmu yang saya peroleh apabila menternak ayam piru!

Sahabatku Nida,

Ayam piru memerlukan perhatian lebih pada peringkat pengurusan anak
(1–8 minggu) dan peringkat pembesaran (9-12 minggu). Pada peringkat ini, ayam piru
lebih sensitif jika dibandingkan dengan ungags lain. Selain itu, makanannya juga
berbeza daripada ayam biasa. Ayam piru memerlukan kandungan protein yang tinggi
pada peringkat tiga bulan yang pertama. Pengambilan protein yang tinggi
membolehkan ayam piru membesar dengan baiknya. Sekiranya pembesaran ayam ini
terbantut, penternak akan rugi.

Saudari,

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan tentang ayam piru. Bilakah
saudari ingin berkunjung ke lading ayam piru ayah saya. Jika saudari ingin datang,
maklumkan kepada saya terlebih dahulu. Jumpa lagi dalam lembaran akan datang.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Ammar Haaris

21

KARANGAN FORMAT CERAMAH
KARANGAN FORMAT CERAMAH JUGA SAMA SEPERTI
FORMAT SYARAHAN.
PERBEZAANNYA KARANGAN FORMAT CERAMAH
TIDAK DIPERTANDINGKAN.

22

CONTOH KARANGAN SYARAHAN
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 4 – M/S 4 & 5

23

CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 1 - M/S 136
24

CONTOH KARANGAN FORMAT CERAMAH
CONTOH 1: BUKU TEKS TINGKATAN 2 - M/S 226

25

CONTOH 2 : (SUMBER DARIPADA INTERNET)

SOALAN: http://saifuladli106.blogspot.com/

Andaikan bahawa anda pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran. Anda telah
diundang untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah. Ceramah tersebut
bertajuk “Gejala Vandalisme di Sekolah” . Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

JAWAPAN:

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni, Puan Hajah Saleha
Tumin, guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ceramah yang
bertajuk, "Gejala Vandalisme di Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

Vandalisme dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu perlakuan,dendam dan
conteng. Biasanya, mereka yang terlibat dalam gejala ini ialah remaja yang berusia
sekitar 15 tahun hingga 21 tahun. Antara tempat yang sering menjadi tumpuan
termasuklah telefon awam, papan tanda, dinding tandas, peralatan sekolah dan
sebagainya.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi gejala vandalisme ini. Antara punca utama
termasuklah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja amat mudah terpengaruh oleh
persekitarannya. Desakan rakan sebaya dan sikap tidak mahu ketinggalan dalam
kumpulan mendorong situasi ini berlaku. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
mencorakkan sikap, nilai, serta tingkah laku mereka.

Ibu bapa dapat menjadi penyebab kepada masalah ini juga. Remaja yang terjebak
lazimnya lahir daripada keluarga yang bermasalah. Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja
hingga mengabaikan keperluan dan kasih sayang akan menyebabkan ank-anak
berasa tersisih. Sikap ambil mudah dan kurangnya pemantauan daripada ibu bapa
dapat menyebabkan anak-anak akan melakukan perkara di luar kawalan.

Selain itu, ibu bapa tidak harus memandang remeh aspek pembentukan akhlak
menerusi nilai-nilai agama juga. Didikan agama dan amalan ajaran agama amat penting
untuk membentuk jiwa anak-anak yang masih mudah dilentur ini. Hanya nilai agama
yang dapat membentengi jiwa mereka dalam menghadapi pelbagai gejala negatif.

Hadirin yang budiman,

Saya benar-benar berharap agar gejala vandalisme ini dapat dibanteras melalui
penguatkuasaan undang-undang yang ketat. Semua pihak memainkan peranan
penting untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada para pelajar mengenai
kepentingan menjaga dan menghargai harta benda awam.

Sekian, terima kasih.

26

KARANGAN UCAPAN
27

CONTOH KARANGAN FORMAT UCAPAN
CONTOH 1 : UCAPAN MAJLIS PERSARAAN /PERPISAHAN

BUKU TEKS TINGKATAN 2 - M/S 39

28

CONTOH 2 : UCAPAN MAJLIS PERASMIAN

BUKU TEKS TINGKATAN 2 - M/S 158
29

FORMAT RENCANA
30

CONTOH KARANGAN FORMAT RENCANA
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 1 - M/S 200

31

CONTOH 2 : ( SUMBER DARIPADA INTERNET)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Disediakan oleh: Aidil Hannah Bin Husain

Dalam mendepani realiti baru dunia yang berkembang pesat ini, masalah
pencemaran alam sekitar terutamanya di negara kita ini semakin leluasa. Sudah tentu
masalah pencemaran alam sekitar tidak berlaku dengan sendirinya kerana kalau tidak
disebabkan angin, manakan pokok bergoyang. Malangnya, masalah ini berpunca
daripada sifat manusia tidak bertanggungjawab yang sesuka hati mencemari alam
dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti membuang sampah di
merata-rata tempat, melakukan pembalakan haram, mencemari sumber air dan
sebagainya. Isu yang menjadi bualan masyarakat, apakah langkah-langkah untuk
mengatasi masalah pencemaran ini? Konflik ini menghantui kita dari hari ke hari.
Sebelum nasi menjadi bubur, pihak yang bertanggungjawab hendaklah mula
mengambil langkah yang drastik dan sederap untuk mengatasi masalah pencemaran
alam ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah sesuai yang boleh diambil bagi
mengekang pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing ini?

Sebenarnya institusi keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan
yang signifikan dalam menjaga kebersihan alam sekitar .Sebagai seorang ibu bapa
yang bertanggungjawab mereka perlu memainkan peranan dengan menerap ajaran
agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana
anak-anak seumpama kain putih tetapi yang mencorakkannya ialah ibu bapa.
Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan agama mengajar penganutnya agar
tidak memusnahkan dan mencemari alam sekitar ciptaan-Nya. Memetik kata-kata
Albert Einstein ‘Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah
lumpuh.’ Sebagai tamsilnya, ibu bapa menjadi suri teladan dengan mendidik anak-
anak mereka mengitar semula bahan terpakai sejak kecil lagi,anak-anak ini akan
terikut-ikut dengan perlakuan positif ibu bapa mereka itu kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Diharapkan melalui prakarsa ini, ibu bapa dapat melahirkan modal
insan kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek dan
seterusnya akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama, dan negara.
Seandainya, ibu bapa tidak memainkan peranan yang sewajarnya, sudah pasti
kehidupan anak-anak mereka akan terumbang-ambing dan tanpa hala tuju. Dalam
konteks ini institusi keluarga terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan yang
proaktif dalam mengekang pencemaran alam sekitar di negara kita . Hasrat negara
yang ingin merealisasikan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” (WKB2030)
sebagai salah satu langkah yang pragmatik dalam menjaga alam sekitar sudah pasti
akan terlaksana dengan keterlibatan ibu bapa ini. Jelaslah bahawa, ibu bapa
memainkan peranan yang terpenting bagi menjaga kebersihan alam sekitar di negara
ini.

32

Selain itu, salah satu cara yang efisien dalam usaha menjaga alam sekitar
ialah pihak sekolah juga perlu memainkan peranan yang sepatutnya dalam memupuk
semangat cinta akan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah ialah
tempat kedua selepas rumah yang merupakan pusat penerapan ilmu pengetahuan.
Berdasarkan senario yang dinyatakan di atas, guru-guru perlulah menerapkan nilai-
nilai positif melalui penerapan sivik seperti kasih sayang, tanggungjawab,
kegembiraan, dan hormat-menghormati. Implikasinya, pembelajaran subjek-subjek
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggesis, Sejarah, Pendidikan Agama Islam serta
Pendidikan Moral akan mampu menerapkan nilai-nilai moral yang positif dalam
kalangan pelajar ke arah menjaga kebersihan alam sekitar. Dalam hal ini, murid-murid
perlu menghormati nasihat guru mereka bukan hanya sekadar masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga wajar mengadakan
aktiviti gotong-royong supaya dapat menyemarakkan perasaan kasih sayang dalam
kalangan pelajar terhadap alam sekitar dan sekali gus dapat menjadi wahana yang
berkesan dalam menerapkan semangat kejelekitan dalam kalangan pelajar pelbagai
kaum. Dengan ini, apabila mereka menginjak dewasa mereka akan bekerjasama
bagai aur dengan tebing dalam memajukan negara terutamanya dari aspek
kebersihan alam sekitar dan seterusnya memastikan negara dapat berdiri sama tinggi
duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada masa yang sama,
guru-guru perlulah mengumpulkan pelbagai artikel tentang keburukan pencemaran
alam sekitar agar murid-murid mendapat kesedaran bahawa pencemaran tersebut
akan membawa banyak padah kepada pelbagai pihak. Sesungguhnya, pihak sekolah
antara medium yang penting dalam mendidik generasi baru supaya lebih
menitikberatkan penjagaan alam sekitar.

Konklusinya, masalah pencemaran alam sekitar haruslah dicegah
dengan segera bagi mengelakkan pencemaran yang lebih kritikal pada masa
hadapan. Bagi merealisasikan impian ini, semua pihak tidak seharusnya mengamalkan
sikap "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing". Kami berharap
agar rakyat Malaysia dapat berganding bahu untuk menjaga amanah tuhan sekali
gus dapat mengeratkan silaturahim sesama insan kerana ‘bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh’. Sebagai anggota masyarakat yang berwawasan, menjadi impian kita untuk
melihat negara kita lebih maju dan bersih setanding dengan negara-negara maju yang
lain. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita haruslah menjaga alam
sekitar dengan betul dan sentiasa mengamalkan sikap membuang sampah ke dalam
tong sampah yang telah disediakan di sesuatu kawasan.

33

FORMAT LAPORAN
34

30 DISEMBER 2020
35

CONTOH KARANGAN FORMAT LAPORAN
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 3 - M/S 5

36

CONTOH 2 : ( SUMBER DARIPADA INTERNET)

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah
Menengah Sri KDU, Kota Damansara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu,
19 Mei 2020 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru
penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran
DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan
selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.

Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya
menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar
pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolak dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan
kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau
memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya.
Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati.
Sebelum itu, kami diberi satu naskhah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara
percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran.
Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku
yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-
buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi
buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali
berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat,
Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat
tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul
beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan
jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak
dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik
yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami
juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa
buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga
istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas
dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP.
Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-
faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku
tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar,
mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

37

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di
kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami
tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan
pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan
kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami,
namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah
ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Dilaporkan oleh, 20 Mei 2020.

(MUHAMAD IQBAL )
Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir.

38

FORMAT WAWANCARA/DIALOG
CONTOH KARANGAN FORMAT WAWANCARA

39

CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 3 - M/S 135
40


Click to View FlipBook Version