CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 5 - M/S 34-35
41
CONTOH KARANGAN FORMAT DIALOG
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 3 - M/S 152
42
FORMAT RESUME
DEFINISI
• MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT:
• KETERANGAN RINGKAS TENTANG MAKLUMAT DIRI,
PENDIDIKAN, PENGALAMAN KERJAYA, DAN SEBAGAINYA,
BIASANYA DISERTAKAN UNTUK MEMOHON SESUATU
PEKERJAAN.
FORMAT:
BERGANTUNG KEPADA TUJUAN DAN SIAPAKAH
PENERIMANYA.
FORMAT ASAS RESUME MENGANDUNGI PERKARA-PERKARA
BERIKUT:
• 1. NAMA :
• 2.PENGALAMAN : PERSATUAN, KERJAYA,
• 3. PENDIDIKAN
• 4. BAHASA
• 5. KEGIATAN
• 6. ALAMAT
• 7. PROFIL : ANUGERAH, SUMBANGAN
• 8. RUJUKAN
43
CONTOH KARANGAN FORMAT RESUME
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 4 - M/S 34
44
CONTOH 2 : SUMBER INTERNET
45
FORMAT E-MEL
Format E-mel Tidak Rasmi
FORMAT E-MEL RASMI
E – MEL BALASAN E – MEL RASMI
46
CONTOH KARANGAN FORMAT E-MEL
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 2 - M/S 97 (E-MEL TIDAK RASMI)
47
CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 4 - M/S 56 (E-MEL TIDAK RASMI)
48
CONTOH 3 : E-MEL RASMI (SURAT KIRIMAN)
49
FORMAT KARANGAN SKRIP DRAMA
1. Dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan
gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan
dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang.
2. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog.
Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon
(watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama.
3.Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas
tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang
dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh
membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan
perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya.
4. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan
dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.
CIRI-CIRI DRAMA
Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:
• Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah
untuk dibaca dan dipentaskan.
• Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.
• Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan
watak yang diwujudkan.
• Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog
watak-wataknya.
• Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh
watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
• Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan
oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip
drama.
• Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah
drama yang baik.
• Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana
menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali
gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang
digambarkan oleh pengarang.
50
CONTOH KARANGAN SKRIP DRAMA
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 1 - M/S 174
51
CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 4 - M/S 10
52
FORMAT KARANGAN BIODATA
DEFINISI MAKLUMAT RINGKAS NAMA
TENTANG DIRI KELULUSAN
SUMBANGAN
SESEORANG (PENULIS, DAN SEBAGAINYA
PENCERAMAH, DLL)
SEPERTI:
53
CONTOH KARANGAN BIODATA
CONTOH 1 : BUKU TEKS TINGKATAN 4 - M/S 132
54
CONTOH 2 : BUKU TEKS TINGKATAN 5 - M/S 190
55
JENIS-JENIS
PENDAHULUAN
56
57
.
.
58
59
-
60
D
,
.
61
62
JENIS-JENIS
PERENGGAN
63
.
.
64
65
66
67
PENANDA
WACANA
68
PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis
ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, akan menyebabkan seluruh kandungan wacana
berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh
penanda wacana seperti berikut:
BIL FUNGSI PENANDA CONTOH PENANDA WACANA
WACANA
1 Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
selanjutnya, seterusnya, di samping
2 Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian,
kemudian daripada itu, akhirnya
3 Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
4 Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama,
bagai, bak kata, sebagai
5 Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,
akhir kata, sebagai penyimpul kata
6 Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan
7 Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8 Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
9 Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan
10 Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun,
namun begitu, bertentangan dengan
11 Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya
69
PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PERENGGAN
PERENGGAN CONTOH
PENDAHULUAN Dewasa ini...
Belakangan...
Kebelakangan ini...
Baru-baru ini...
Mutakhir ini...
Akhir-akhir ini...
Dalam era globalisasi...
Di samping itu...
Sehubungan dengan itu...
Jika diteliti dengan lebih mendalam...
Sehubungan...
Sebagai lanjutan daripada...
Bersangkutan dengan hal...
Berkaitan...
ISI Bersangkutan...
Disingkapkan...
Diceritakan...
Tindakan yang diketengahkan di atas...
Walau bagaimanapun...
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...
Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..
PENUTUP Hal ini demikian...
Akhirnya saya menegaskan bahawa...
Kesimpulannya...
Akhirnya...
Sebagai penutup...br> Konklusinya...
Akhirulkalam...
Tegasnya...
Pendek kata...
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...
Menyedar hakikat di atas...
Di sini saya ingin tegaskan...
LAIN-LAIN Pada hakikatnya / Sesungguhnya,...
Sebenarnya, / Pada hakikatnya,...
Dengan kata lain / Dengan erti kata yang lain...
Maksudnya di sini...
Hal ini bermakna...
Oleh sebab itu/ lantaran itu...
Walhal/ Oleh hal yang demikian...
Sedangkan / Pada hal...
Meskipun/ Sungguhpun...
Walaupun / sekalipun...
70
Ekoran daripada / Akibatnya...
Rentetan daripada/ lanjutan itu...
Dalam konteks ini/ Dalam hubungan ini...
Hal ini bertepatan / bersesuaian dengan...
Hal ini memang sejajar dengan...
Situasi ini seolah-olah mengambarkan...
Tidak syak lagi/ Tidak dapat tidak...
Namun begitu...
Lebih-lebih lagi...
Tambahan pula...
Justeru...
Oleh hal yang demikian...
Sungguhpun demikian..
71
BAHASA
MELAYU
KERTAS 1
1103/1
INSTRUMEN
UJIAN BERTULIS
BAHAGIAN A
( 30 MARKAH )
72
KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU KSSM
73
BAHAGIAN A
( 30 markah )
Cadangan masa: 30 minit
(TERDIRI DARIPADA PELBAGAI BAHAN RANGSANGAN)
CONTOH 1
Sumber : Buku Format Pentaksiran SP2021
74
CONTOH 1
Sumber : Buku Format Pentaksiran SPM 2021
75
A. PANDUAN UMUM
Berdasarkan Contoh 1.
1. Soalan ini mempunyai dua bahagian;
- bahagian A : fokus utama / tugasan soalan iaitu amalan membaca.
: jumlah panjang bahan rangsangan iaitu antara 150 hingga
200 perkataan.
- bahagian B : bahan grafik / petikan.
2. Terdapat tiga bahan yang telah diberikan
3. Dalam konstruk kemahiran menulis calon perlu mengaplikasi, menganalisis
dan menilai bahan 1 (pantun), bahan 2 (petikan) dan bahan 3 (carta) untuk
mencipta atau menghasilkan hasil penulisan yang berkesan.
4. Terdapat satu isi dalam bahan 1 dan satu isi dalam bahan 2, manakala
maklumat dalam bahan 3, boleh dijadikan sebagai pendahuluan.
B. PANDUAN KHUSUS
KERANGKA KARANGAN
1. PERENGGAN PENDAHULUAN
- (rujuk bahan 3)
-Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014 oleh Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) telah dijalankan.
-Nyatakan bahan-bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia berdasarkan kajian
tersebut.
- Buat ayat penegas. (kaitkan dengan tugasan soalan)
- Soalnya, apakah faedah yang boleh diperoleh jika seseorang menjadikan
amalan membaca sebagai harian mereka?
76
KERANGKA KARANGAN
KERANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN
FORMAT TIADA
TUGASAN SOALAN HURAIKAN PENDAPAT TENTANG :
BAHAN 1 - PANTUN ISI
BAHAN 2 - PETIKAN 1. FAEDAH MEMBACA
2. LANGKAH MENGGALAKKAN AMALAN
BAHAN 3 - CARTA
2. PERENGGAN ISI MEMBACA
PENDAHULUAN
ISI 1 (rujuk bahan 1 – pantun)
-ayat isi:
Seseorang yang membaca tidak akan membuang masa.
-ayat contoh:
Menghabiskan masa di perpustakaan untuk membaca pelbagai jenis buku.
-ayat huraian:
Buku mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang amat berharga untuk
melayari kehidupan seharian.
-ayat penegas:
Seseorang yang menjadikan buku sebagai teman baik mereka pasti telah
melakukan amalan yang mulia dalam kehidupan mereka.
ISI 2 (rujuk bahan 2- petikan)
- ayat isi:
Kita perlu berusaha untuk memupuk minat membaca dalam diri.
- ayat contoh:
-Membaca bahan bacaan yang dibeli oleh ibu bapa.
-Melibatkan diri dalam program NILAM yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
- ayat huraian:
Jika semua pihak bekerjasama memupuk minat membaca, minat membaca
boleh dijadikan amalan seharian seseorang.
- ayat penegas:
Janganlah kita menjadi seperti pahat dengan penukul dalam mengamalkan
amalan membaca.
77
KERANGKA PERENGGAN ISI
ISI PERTAMA BAHAN 1 - PANTUN
AYAT TOPIK (AT) FAEDAH FAEDAH : APA?
Seseorang yang membaca tidak akan membuang
masa.
AYAT HURAIAN (AH) MENGAPA?
AH 1 Buku mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan
yang amat berharga untuk melayari kehidupan
AYAT CONTOH seharian.
Menghabiskan masa di perpustakaan untuk
membaca pelbagai jenis buku.
AH 2 JIKA DAN KESAN
(AC DI AH )
Seandainya pelajar menghabiskan masa di
perpustakaan, mereka tidak akan terjebak
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
AYAT SIMPUL (AS) APA KESAN DAN AKIBAT?
/AYAT PENEGAS
Seseorang yang menjadikan buku sebagai teman
baik mereka pasti telah melakukan amalan yang
mulia dalam kehidupan mereka.
78
3.PENUTUP
- ayat tugasan:
Amalan membaca bukan sahaja perlu menjadi rutin harian murid yang bakal
menduduki peperiksaan seperti SPM malah perlu diamalkan oleh semua
lapisan masyatakat yang berkerjaya.
- ayat cadang:
Pihak media elektronik dan media sosial perlu memainkan peranan
merangsang tabiat membaca dalam kalangan generasi muda.
- ayat harapan:
Dengan adanya komitmen pihak yang berautoriti, diharap amalan membaca
mampu melahirkan golongan warganegara yang celik ilmu.
KERANGKA PERENGGAN PENUTUP
AYAT TUGASAN Amalan membaca bukan sahaja perlu
menjadi rutin harian murid yang bakal
menduduki peperiksaan seperti SPM malah
perlu diamalkan oleh semua.
AYAT CADANGAN Pihak media elektronik dan media sosial perlu
memainkan peranan merangsang tabiat
membaca dalam kalangan generasi muda.
AYAT HARAPAN Dengan adanya komitmen pihak yang
berautoriti, diharap amalan membaca
mampu melahirkan golongan warganegara
yang celik ilmu.
UNGKAPAN MENARIK Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
(JIKA ADA)
C. NOTA PENTING
- Arahan soalan dan bahan yang diberikan dalam Contoh 1 ini memerlukan calon
menulis empat perenggan yang terdiri daripada satu perenggan pendahuluan,
dua perenggan isi dan satu perenggan penutup.
- Dalam perenggan isi, calon perlu menyatakan isi, contoh dan huraian.
- Calon mesti menulis dengan menyentuh ketiga-tiga bahan yang disediakan
79
CONTOH 2
Sumber : Buku Format Pentaksiran SPM 2021
80
CONTOH 2
81
A. PANDUAN UMUM
Berdasarkan Contoh 2
1. Soalan ini mempunyai dua bahagian;
- bahagian A : fokus utama / tugasan soalan iaitu
menulis resume memohon satu pekerjaan.
: jumlah panjang bahan rangsangan iaitu antara
150 hingga 200 perkataan.
- bahagian B : bahan grafik / iklan.
2. Terdapat tiga bahan yang telah diberikan.
3. Dalam konstruk kemahiran menulis calon perlu mengaplikasi, menganalisis
dan menilai bahan 1 (iklan), bahan 2 (iklan) dan bahan 3 (iklan ) untuk
menicpta atau menghasilkan resume yang berkesan.
4. Calon mesti memilih salah satu bahan yang diberikan.
B. PANDUAN KHUSUS
KERANGKA KARANGAN
Kerangka karangan mestilah berdasarkan format resume ( rujuk buku teks ms 34)
KERANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN
FORMAT RESUME
TUGASAN SOALAN MENULIS RESUME UNTUK MEMOHON PEKERJAAN
ISI – PILIH SALAH SATU PEKERJAAN
BAHAN 1 PEMBANTU PEJABAT
BAHAN 2
BAHAN 3 IKLAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
JAWATAN
KOSONG GURU PRASEKOLAH / GURU TADIKA /
PEMBANTU GURU / GURU KAFA
Contoh maklumat yang boleh ditulis dalam resume.
- Nama
- Anugerah
- Kemahiran Teknologi Maklumat
82
- Kemahiran bahasa
- Alamat untuk dihubungi
- Potensi Diri
- Kemahiran Tambahan
- Rujukan (orang yang boleh dihubungi)
Sebagai contoh, menulis resume berdasarkan iklan 3
Contoh jawapan resume
Ahmad Waffyyullah bin Ahmad Musharraf
Anugerah:
* Tokoh Nilam 2018 SMK Sultan Mansor Shah
* Johan Pidato Peringkat Negeri Melaka
* Pelajar Cemerlang PT3 2017
* Pelajar Sahsiah Terpuji 2018
Kemahiran Teknologi Maklumat
* Mahir menggunakan perisian Microsoft Office
* Mampu menghasilkan video kreatif
Kemahiran Bahasa
* Bahasa Melayu – mahir
* Bahasa Inggeris – mahir
* Bahasa Arab – sederhana
Alamat Untuk Dihubungi
7890, Taman Gunung Mas,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.
No. Telefon: 019-11227899
E-mel: [email protected]
Potensi Diri
* Boleh membaca al-Quran dengan baik.
* Telah menghafaz 10 juzuk al-Quran.
* Bersedia bertugas lebih masa.
* Boleh memotivasikan diri dan bekerja di bawah tekanan.
83
Kemahiran Tambahan
* Mahir dalam bermain beberapa alat muzik moden dan tradisonal.
* Berkebolehan memujuk kanak-kanak yang merengek.
Rujukan
Ahmad Musharraf dan Wardah
7890, Taman Gunung Mas,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.
Nombor telefon: 010-23344110
C. NOTA PENTING
- Arahan soalan dan bahan yang diberikan dalam Contoh 2 (resume) ini tidak
memerlukan calon menetapkan jumlah perenggan dan jenis perenggan.
(pendahuluan, isi dan penutup)
- Calon hanya perlu mencatat atau menyenaraikan perkara yang perlu ditulis dalam
resume.
84
BAHASA
MELAYU
KERTAS 1
1103/1
INSTRUMEN
UJIAN BERTULIS
BAHAGIAN B
( 70 MARKAH )
85
KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU KSSM
n
.
.
86
BAHAGIAN B
( 70 markah )
Cadangan masa: 90 minit
CONTOH 1
A
B
A. PANDUAN UMUM
Berdasarkan Contoh 1
1. Soalan ini mempunyai dua bahagian;
- Bahagian A : stimulus atau bahan rangsangan.
– untuk membantu pelajar mendapat idea awal merangka
penulisan.
- Bahagian B : tugasan soalan yang perlu dijawab oleh pelajar.
2. Dalam konstruk kemahiran menulis calon perlu mengaplikasi, menganalisis
dan menilai bahan A untuk menicpta atau menghasilkan karangan yang
cemerlang.
87
3. Calon mesti benar-benar memahami tugasan soalan dan mengenal pasti
sama ada karangan tersebut berformat atau todak berformat.
CONTOH JAWAPAN
KERANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN
FORMAT RENCANA
TUGASAN SOALAN USAHA-USAHA MENGGALAKKAN AMALAN
(BAHAN B) KITAR SEMULA
KATA KUNCI ISI
BAHAN A 1. PELBAGAI USAHA
2. MASYARAKAT MENGAMALKAN AMALAN
KITAR SEMULA
PENDAHULUAN
CONTOH PENDAHULUAN LENGKAP :
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Januari 2018 telah melaporkan bahawa setiap
rakyat Malaysia secara purata telah membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari.
Jumlah ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam
tempoh sembilan hari setengah sahaja. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini
ialah menerusi aktiviti kitar semula. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk menggalakkan amalan kitar semula?
88
AYAT TOPIK (AT) ISI PERTAMA
SIAPA DAN BAGAIMANA?
AYAT HURAIAN (AH)
AH 1 menerusi didikan ibu bapa.
AYAT CONTOH
AH 2 (AC DI AH ) BILA?
Ibu bapa wajar memberi didikan tentang
AYAT SIMPUL (AS) kemaslahatan amalan kitar semula sejak anak-
/AYAT PENEGAS anak masih kecil.
Anak watan hendaklah dilatih tentang mekanisme
yang betul untuk melupuskan sampah sarap.
BAGAIMANA?
Ibu bapa juga harus menjadi suri teladan dengan
tidak membuang sampah merata-rata dan
mengumpul barang-barang yang boleh dikitar
semula mengikut kategori.
MENGAPA?
Ibu bapa merupakan model anak-anak yang
berusia setahun jagung dalam mempraktikkan
amalan kitar semula.
89
CONTOH PERENGGAN ISI (1) LENGKAP :
Antara prakarsa bagi menggalakkan program kitar semula ialah menerusi didikan ibu
bapa. Menurut hadis Nabi Muhammad SAW, anak-anak ibarat kain putih yang akan
dicorakkan oleh ibu bapanya. Dalam hal ini, ibu bapa wajar memberi didikan
tentang kemaslahatan amalan kitar semula sejak anak-anak masih kecil. Sebagai
contoh, anak watan hendaklah dilatih tentang mekanisme yang betul untuk
melupuskan sampah sarap. Ibu bapa juga harus menjadi suri teladan dengan tidak
membuang sampah merata-rata dan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar
semula mengikut kategori. Gerak-geri ibu bapa ini pasti akan diwarisi oleh anak-anak
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jelaslah bahawa, ibu bapa merupakan
model anak-anak yang berusia setahun jagung dalam mempraktikkan amalan kitar
semula
LATIHAN 1
Berdasarkan petikan karangan berikut, isikan maklumat yang betul dalam kerangka
soalan yang diberikan.
PERENGGAN ISI (2) LENGKAP :
Pada masa yang sama, pihak sekolah turut memikul obligasi untuk memberi
kesedaran dan menggalakkan para pelajar mengamalkan kitar semula. Sebagai
contoh, pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah
dan pameran tentang kitar semula kepada pelajar. Nilai-nilai murni juga mesti
disemai dalam sanubari pelajar-pelajar pada waktu Pendidikan Moral atau
Pendidikan Sivik. Penubuhan Kelab Alam Sekitar juga prakarsa mapan bagi
membantu usaha ini. Misalnya, kelab ini boleh menganjurkan pertandingan
mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula atau mereka cipta barangan
kitar semula. Natijahnya, para pelajar akan didedahkan dengan amalan kitar semula
sekali gus dapat membantu penjagaan alam sekitar. Pendek kata, komitmen pihak
sekolah merupakan usaha yang signifikan dalam menjayakan amalan kitar semula
kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
90