The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctshyda, 2020-06-29 08:54:37

BUKU TEKS PENGURUSAN DIRI

PENDIDIKAN KHAS

Keywords: SPECIAL NEEDS

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN KHAS

PEPNEGNUGRUURSUASNAN

DDIRIRI I
PENPEDNIDDIKIDAIKNAKNHKAHSAS TingTkiantgaknatan

PENULIS 11

Abdul Murad bin Abd. Hamid EDITOR

Namihar Sharihan binti Aripin

PEREKA BENTUK ILUSTRATOR

Shofiah binti Mohd Zahdi Rusli bin Abdul Wahab

PENULIS EDITOR
Abdul Murad bin Abd. Hamid Namihar Sharihan binti Aripin

PEREKA BENTUK ILUSTRATOR
Shofiah binti Mohd Zahdi Rusli bin Abdul Wahab

2016

No. Siri Buku: 0047 PENGHARGAAN

KPM2016 ISBN 978-967-0520-62-9 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2016 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Jawatankuasa Penambahbaikan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam
sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara Jawatankuasa Penyemakan
bahan elektronik, mekanik, penggambaran Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian
semula mahupun dengan cara perakaman Buku Teks, Kementerian Pendidikan
tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Malaysia.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Jawatankuasa Penyemakan
kepada perkiraan royalti atau honorarium. Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku
Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh: Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) dan Bahagian Pembangunan
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Taman Desa Damai, Sg Merab, Malaysia.
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: 03-89258975 Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras
No. Faksimile: 03-89258985 Mega (M) Sdn. Bhd.
Laman Web: www.arasmega.com
SMK Bandar Rinching, Semenyih.
Reka Letak dan Atur Huruf:
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. SMK Seri Sepang, Selangor.
Muka Taip Teks: Macleeks2r
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar
Baru Bangi.
Dicetak oleh:
Arif Corporation Sdn. Bhd., Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
No. 42, Jalan Pengasah 15/13,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan.
Semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam
usaha menjayakan penerbitan buku ini.

KANDUNGAN

PENDAHULUAN v

UNIT 1 Mengurus Diri

Tajuk 1 Pengurusan diri dalam aspek fizikal dan 2
personaliti diri

Tajuk 2 Perubahan fizikal serta penjagaan kebersihan 9
bahagian sulit

Tajuk 3 Pengurusan diri sebelum dan semasa kedatangan haid 14

Tajuk 4 Penggunaan dan pengurusan tuala wanita 19

Tajuk 5 Pengurusan diri semasa ihtilam (wet dream) 23

Tajuk 6 Batasan pergaulan dalam kehidupan seharian 26

Tajuk 7 Batasan sentuhan dalam menjaga keselamatan

dan kehormatan diri 29

Tajuk 8 Amalan gaya hidup sihat 34
Tajuk 9 Amalan postur badan yang betul semasa berdiri, 40
berjalan dan duduk

Tajuk 10 Komunikasi berkesan 43

Tajuk 11 Pengurusan ruang tempat kediaman 47

iii

UNIT 2 Mengurus Bengkel

Tajuk 1 Carta organisasi 56
59
Tajuk 2 Kebersihan bengkel 61
64
Tajuk 3 Peraturan di dalam bengkel 68

Tajuk 4 Punca dan kaedah mencegah kebakaran 73

Tajuk 5 Penggunaan kit pertolongan cemas 80
86
Tajuk 6 Rawatan awal kecederaan ringan dan kemalangan 91
di dalam bengkel
98
UNIT 3 Advokasi Diri 105
109
Tajuk 1 Memanfaatkan kesedaran diri 113

Tajuk 2 Menyuarakan hak 122
125
Tajuk 3 Menyuarakan pendapat dengan yakin 128
131
UNIT 4 Menyedia dan Menyaji/Mengepek Makanan
136
Tajuk 1 Peralatan dapur

Tajuk 2 Hidangan seimbang

Tajuk 3 Hasil masakan

Tajuk 4 Projek jualan masakan

UNIT 5 Menjahit Artikel Mudah

Tajuk 1 Peralatan menjahit

Tajuk 2 Jahitan asas

Tajuk 3 Artikel mudah

Tajuk 4 Projek jualan hasil jahitan

RUJUKAN

iv

PENDAHULUAN

Buku teks Pengurusan Diri Pendidikan Khas Tingkatan 1 ini ditulis berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Khas. Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) ini digubal bagi
memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya setanding dengan standard antarabangsa
serta bagi memastikan kurikulum yang sesuai dan relevan disediakan untuk
murid berkeperluan khas (MBK).
Di samping itu, kurikulum ini mengambil kira pendidikan yang sesuai dan
relevan bagi semua murid berkeperluan khas (MBK). Kurikulum ini juga menjurus
kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir
dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK)
Pengurusan Diri Pendidikan Khas Tingkatan 1 memberi penekanan kepada
pengetahuan dan kemahiran. Buku ini terdiri daripada lima unit iaitu mengurus
diri, mengurus bengkel, advokasi diri, menyedia dan menyaji/mengepek
makanan serta menjahit artikel mudah. Kesemua unit menekankan pemahaman
kepada perkara asas terlebih dahulu sebelum menjurus kepada perbincangan
yang lebih mendalam.
Selain isi kandungan utama, terdapat cadangan aktiviti, nota guru,
KBAT dan nilai murni serta aplikasi QR code bagi menggapai pautan video
pembelajaran di Internet dalam beberapa aktiviti murid. Pada akhir subunit juga
disediakan ruang bagi murid menguji dan mengukuhkan pemahaman terhadap
tajuk berkenaan.
Semoga buku ini akan dapat menyemarakkan lagi peningkatan ilmu dan
sebagai panduan bermanfaat kepada guru dan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
Sekian.

v

PENGENALAN
IKON

INFO INFO
Memaparkan maklumat tambahan yang dapat
meluaskan pengetahuan murid tentang perkara
yang dipelajari.

AKTIVITI
Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam
atau di luar kelas dengan bimbingan guru.

IMBAS SINI IMBAS QR CODE
QR code yang boleh diimbas menggunakan
telefon pintar, membawa murid ke laman
sesawang yang berkaitan tajuk yang dipelajari.

NOTA NOTA GURU
GURU Panduan untuk guru dalam melaksanakan
aktiviti pembelajaran.

LATIHAN LATIH MINDA

Memaparkan soalan berkaitan tajuk
dipelajari bagi menguji dan menilai
kefahaman murid.

vi

KBAT
Mengemukakan persoalan dan kenyataan
yang membolehkan murid meningkatkan
tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

NILAI MURNI
Menerangkan nilai murni yang
terdapat di dalam tajuk tersebut.

TAHUKAH ANDA?
Memaparkan soalan pemulihan,
pengukuhan atau pengayaan.

BIJAK BIJAK USAHAWAN
USAHAWAN Elemen keusahawanan (celik kewangan)
untuk membina semangat usahawan
dalam diri murid.

RUMUSAN RUMUSAN
Ringkasan kandungan bagi pelajaran
tersebut untuk tujuan pengukuhan.

GLOSARI GLOSARI
Menerangkan istilah atau maksud bagi
sesuatu perkataan.

vii

1 Pengurusan diri dalam UNIT 1
aspek fizikal dan
personaliti diri

2 Perubahan fizikal serta
penjagaan kebersihan
bahagian sulit

3 Pengurusan diri
sebelum dan semasa
kedatangan haid

4 Penggunaan dan
pengurusan tuala wanita

5 Pengurusan diri semasa
ihtilam (wet dream)

6 Batasan pergaulan
dalam kehidupan
seharian

7 Batas sentuhan dalam
menjaga keselamatan
dan kehormatan diri

8 Amalan gaya hidup sihat

9 Amalan postur badan
yang betul semasa berdiri,
berjalan dan duduk
10 Komunikasi berkesan

11 Pengurusan ruang tempat
kediaman

MENGURUS
DIRI

1

TAJUK PENGURUSAN DIRI DALAM ASPEK FIZIKAL DAN

1 PERSONALITI DIRI

KEBERSIHAN ANGGOTA BADAN DAN DANDANAN DIRI

Dalam kehidupan seharian, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan anggota
badan supaya bersih dan kemas. Badan yang bersih dapat meningkatkan
keyakinan diri kita.

Penjagaan Kebersihan Anggota Badan INFO

Kepala Gigi Jika kebersihan diri tidak
dijaga dengan baik, kita
akan mengalami:
• Gigi rosak
• Kulit muka bermasalah
• Keguguran rambut
• Badan berbau

Membersihkan kotoran yang Membersihkan gigi Bincangkan apa terjadi
melekat pada rambut pada rambut sekiranya
Muka kita tidak mencucinya
Badan selama seminggu.

IMBAS SINI

Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/cara-
memberus-gigi-dengan-betul/
untuk menonton video cara
memberus gigi dengan betul.
(Dicapai pada 23 Februari 2016)

Menghilangkan kotoran dan Membersihkan kotoran yang

bau badan akibat peluh melekat pada muka

Berdikari

Murid menunjuk cara membersih muka menggunakan alatan
dan bahan yang betul.

2 NOTA • Guru menjelaskan bahagian-bahagian anggota badan yang perlu dijaga.
GURU • Imbas QR Code dan paparkan video tersebut kepada murid.

Dandanan Diri

Mendandan diri ialah menghias diri dengan menggunakan alatan dandanan
diri. Ia bertujuan untuk mencantikkan dan mengemaskan diri agar nampak
ceria dan bersih.

Mencantikkan muka Mencukur Memotong kuku

Mewangikan badan Merapikan rambut INFO

Alat dandanan diri tidak
boleh dikongsi guna
supaya penyakit seperti
kelemumur dan kurap
tidak berpindah kepada
orang lain.

Mengikat dan Menghilangkan bau badan
mengemaskan rambut

Simulasi membersihkan diri. Sediakan cermin,
bedak, krim rambut dan sikat. Jom kemaskan
diri dengan menggunakan peralatan tersebut.

NOTA • Guru menyediakan alatan untuk aktiviti dan membimbing murid melakukan 1.1.1
GURU aktiviti tersebut.
3

KEBERSIHAN PAKAIAN
Cara Membersihkan Pakaian

Rendam pakaian Cuci pakaian Bilas pakaian dengan air
menggunakan sabun menggunakan berus. sehingga bersih.
pencuci pakaian dan air.

Jemur pakaian di bawah Lipat dan simpan di tempat 1. Mengapakah kita
cahaya matahari. yang sesuai. perlu menjemur
pakaian di bawah
sinaran matahari?

2. Apakah akan terjadi
jika kita memakai
pakaian yang berbau?

Mari belajar cara melipat baju.

1 2 IMBAS SINI

Bentangkan baju. Lipat bahagian sisi baju. Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/cara-
3 4 melipat-baju-menggunakan-
kotak/ untuk menonton video
cara melipat baju dengan
menggunakan kotak. (Dicapai
pada 25 September 2016)

Lipat lengan baju dan ulang Lipat bahagian bawah
langkah 2 dan 3. baju ke atas.

4 • Guru menunjukkan video cara melipat baju dengan menggunakan kotak. 1.1.2
• Guru menjelaskan kepada murid tentang penggunaan mesin basuh untuk mencuci
NOTA
GURU pakaian dalam kuantiti yang banyak.

PENAMPILAN DIRI
Setiap hari kita mesti berpakaian kemas dan menarik. Penampilan diri meliputi
aspek pakaian, dandanan dan kebersihan diri. Pakaian yang dipakai mestilah
bersesuaian dengan tempat dan keadaan sekeliling.

Mengapa kita perlu
berpenampilan kemas
dan menarik?

Pakaian sekolah Pakaian kasual

Penampilan Diri
yang Kemas

Pakaian unit
beruniform

Kebersihan

Pakaian sukan Pakaian formal

Murid memilih salah satu situasi dan menerangkan penampilan dari segi
pakaian yang perlu bagi situasi tersebut.

NOTA • Guru menerangkan maksud penampilan diri. 1.1.3
GURU • Guru membimbing murid menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
5

TATACARA BERPAKAIAN DAN TATASUSILA DI TEMPAT AWAM

Tatacara Tatasusila
Memakai pakaian
yang sopan seperti Beratur ketika
kemeja-T, berseluar membuat bayaran.
panjang dan
Pusat beli-belah berkasut.

Tatacara Tatasusila

Berpakaian yang Menggunakan
sesuai untuk kemudahan di
beriadah seperti taman rekreasi
pakaian sukan. secara berhemah.

Taman rekreasi

Tatacara Tatasusila

Berpakaian yang Menjaga
sesuai dan tidak kebersihan pantai.
mencolok mata.

Pantai

BIJAK Baik hati
USAHAWAN

Pakaian yang masih elok atau tidak
digunakan lagi boleh dikumpulkan
dan dijual sebagai pakaian terpakai.

Kumpulkan pakaian terpakai yang tidak digunakan lagi dan dermakan
kepada rumah kebajikan atau pihak yang memerlukan.

6 • Guru menerangkan tatacara dan tatasusila berpakaian mengikut tempat. 1.1.4
• Guru menerangkan maksud pakaian terpakai.
NOTA
GURU

TATACARA BERPAKAIAN DAN TATASUSILA DALAM MAJLIS

Hari Lahir Hari Raya Majlis Perkahwinan

Tatacara Berpakaian Tatasusila dalam Majlis

Berpakaian kemas.  Hadir lebih awal.

Baju lengan panjang jika  Duduk di tempat yang
bertali leher (lelaki). ditetapkan.

Tidak mencolok mata.  Menjaga kesopanan
sepanjang majlis.
Menggunakan kasut
yang sesuai.  Tidak membuat bising dan
menumpukan perhatian
Menyesuaikan pakaian kepada majlis.
mengikut jenis majlis
seperti majlis keramaian,  Beratur ketika mengambil
perkahwinan, keagamaan makanan.
atau mesyuarat.

Cari dan gunting gambar pakaian daripada majalah atau surat khabar
lama. Tampal gambar dan tentukan tempat yang sesuai dengan
pakaian tersebut.

abcd

Sediakan peralatan Gunting gambar Tuliskan tempat Sapukan gam dan
seperti gunting, surat pakaian daripada yang sesuai bagi tampal gambar
khabar, gam dan kertas. surat khabar. pakaian tersebut. di atas kertas.

• Guru membimbing murid melakukan aktiviti dalam kumpulan atau individu. 1.1.5 7
• Guru mengingatkan kepada murid agar berhati-hati ketika menggunakan gunting.
NOTA • Guru minta murid menentukan tempat atau majlis lain yang sesuai bagi gambar
GURU
yang dicari dalam majalah atau surat khabar.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Lengkapkan gambar rajah berikut dengan bahan pembersih dan
dandanan diri yang sesuai.

Mulut Jawapan:
syampu rambut
KEBERSIHAN Kepala sabun mandi
DAN Badan pencuci muka
ubat gigi
DANDANAN bedak
DIRI minyak wangi
krim rambut
Muka ubat kumur

2. Berdasarkan rajah berikut, lengkapkan fungsi alatan tersebut mengikut
pemahaman anda.

Peralatan Membersihkan Pakaian

Serbuk pencuci Besen Berus
Fungsi: _____________ Fungsi: _____________ Fungsi: _____________
___________________ ___________________ ___________________

1. Mengapakah kita digalakkan memakai kemeja-T semasa aktiviti rekreasi?
2. Senaraikan tatasusila yang perlu ada ketika menghadiri majlis hari lahir
di rumah rakan anda.
3. Mengapakah anda perlu mencuci pakaian yang telah digunakan?
4. Namakan alatan yang digunakan untuk menggosok pakaian.

8 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja dan kertas jawapan bagi murid
GURU menjawab soalan di atas.

2TAJUK PERUBAHAN FIZIKAL SERTA PENJAGAAN KEBERSIHAN
BAHAGIAN SULIT

BAHAGIAN SULIT PADA TUBUH
Manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kedua-duanya mempunyai
bentuk badan dan alat sulit yang berbeza.

Bahagian sulit lelaki Bahagian sulit perempuan

Zakar Payudara
Kerandut Faraj
zakar

Murid diminta menyatakan maksud bahagian sulit dan menamakan
bahagian sulit lelaki dan perempuan.

NOTA • Bimbing murid mengenal bahagian sulit lelaki dan perempuan. 1.2.1 9
GURU

TANDA-TANDA BALIGH DAN PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN

Baligh merupakan satu perubahan fizikal yang berlaku pada setiap orang.
Tanda-tanda baligh dan perubahan fizikal dapat dialami apabila kita sudah
mencapai usia tersebut.

Lelaki Perempuan

Keluar air mani melalui zakar. Keluar darah haid melalui faraj.

Baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Lelaki

Ciri-ciri seks primer yang berubah
adalah perubahan zakar (penis)
dan buah zakar (testis).

Ciri-ciri seks sekunder melibatkan
pertumbuhan misai dan janggut.

9 tahun Dewasa

Perempuan

Ciri-ciri seks primer yang
berubah adalah perubahan
faraj dan ovari.

Ciri-ciri seks sekunder melibatkan
perubahan payudara dan
punggung membesar.

9 tahun Dewasa Sumber: myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Murid ditayangkan video bertajuk “Akil baligh dan pendapat

remaja”. Senaraikan perubahan fizikal setelah akil baligh

dalam bentuk peta pelbagai alir.

IMBAS SINI

Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/akil-baligh-dan-pendapat-remaja/
untuk menonton video akil baligh dan pendapat remaja. (Dicapai pada 9 Ogos 2016)

10 • Membimbing murid mengenal tanda baligh dan perubahan fizikal lelaki 1.2.2
dan perempuan.
NOTA • Memberikan perbandingan antara perubahan fizikal lelaki dan perempuan.
GURU

PERBEZAAN TANDA-TANDA BALIGH DAN PERUBAHAN FIZIKAL
LELAKI DAN PEREMPUAN

Tumbuh jerawat Suara garau
Tumbuh bulu ketiak Ketinggian meningkat
Tumbuh misai dan janggut Tumbuh bulu pada kemaluan
Bahu dan dada melebar
Zakar membesar

Tumbuh jerawat Suara matang
Tumbuh bulu ketiak Ketinggian meningkat
Tumbuh bulu pada kemaluan
Keluar keputihan Payudara membesar
Punggung melebar

Cara menghindari jerawat: INFO

Banyakkan minum air kosong.

Amalkan pemakanan yang seimbang.

Ambil vitamin secara sederhana.

Mencuci muka.

Kongsikan pengalaman anda kepada rakan-rakan tentang
tanda-tanda baligh dan perubahan fizikal yang berlaku pada diri
masing-masing melalui e-mel.

• Guru menggunakan patung untuk menerangkan perubahan fizikal lelaki 1.2.3 11
dan perempuan apabila telah baligh.
NOTA
GURU

MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN SULIT LELAKI DAN PEREMPUAN

Penjagaan Bahagian Sulit Lelaki

Membersih bahagian sulit dengan menggunakan air yang bersih selepas
membuang air kecil dan air besar.

Mencuci bahagian sulit pada setiap hari ketika mandi atau mengikut
keperluan dan keadaan.

Menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika perlu.
Menggunakan sabun yang sesuai untuk membersihkan bahagian sulit.
Tidak menggunakan bedak atau ubat sembur pada bahagian sulit.

Penjagaan Bahagian Sulit Perempuan

Membersih faraj dengan menggunakan air yang bersih selepas membuang
air kecil dan air besar.

Mencuci faraj pada setiap hari ketika mandi atau mengikut keperluan
dan keadaan.

Memakai seluar dalam yang bersih dan selesa.

Menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika perlu.

Memastikan faraj berada dalam keadaan kering dan bersih.

Sentiasa menukar tuala wanita 4-6 jam selepas penggunaan semasa haid.

Gunakan pelapik seluar dalam pada masa yang diperlukan sahaja.

Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat supaya faraj tidak
berpeluh untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

Tidak menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat
sembur pada bahagian faraj.

Memakai baju dalam yang bersih dan kering serta sesuai
mengikut saiz badan.

Sumber: Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSR Tahun 4 2015 INFO

Bincangkan akibat Bakteria dan virus
sekiranya kita tidak menjaga hanya dapat dilihat
kebersihan bahagian sulit. dengan menggunakan
mikroskop.

12 • Terangkan kepada murid tentang penjagaan bahagian sulit dengan betul. 1.2.4
• Bincang bersama murid tentang kenyataan dalam KBAT.
NOTA
GURU • Guru menjelaskan potential of hydrogen (pH) yang sesuai untuk membersihkan

alat sulit.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Berdasarkan gambar berikut, tuliskan bahagian sulit lelaki dan perempuan.

2. Tuliskan persamaan dan perbezaan perubahan fizikal bagi Muthu
dan Mei Lin.

Perbezaan Persamaan Perbezaan

Muthu Mei Lin

3. Lengkapkan kad bancian perubahan fizikal tubuh anda di bawah.

Jantina: Lelaki Perempuan

Tandakan (/) pada perubahan fizikal tubuh anda.

Keluar darah haid
Tumbuh bulu di ketiak dan kemaluan
Payudara membesar
Suara menjadi garau
Tubuh badan semakin tinggi
Tumbuh jerawat di muka

NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid. 13
GURU

3TAJUK PENGURUSAN DIRI SEBELUM DAN SEMASA
KEDATANGAN HAID

SIMPTOM AWAL KEDATANGAN HAID

Apa itu haid?

Haid ialah darah kotor yang mengalir keluar dari faraj perempuan. Darah haid
keluar pada masa tertentu apabila perempuan itu mencapai umur baligh.
Terdapat dua simptom kedatangan haid tersebut.

SIMPTOM-SIMPTOM KEDATANGAN HAID

Gangguan Emosi Gejala fizikal

Cepat marah Letih
Murung Perut kembung
Gelisah
Tertekan Sakit kepala
Sensitif Mual

Senggugut
Payudara membengkak

GLOSARI Senggugut: Kebersihan

Kesakitan yang dialami
di bahagian bawah perut atau
pelvis semasa datang haid.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia IMBAS SINI

Bincangkan tindakan yang sewajarnya Layari laman sesawang http://
dilakukan jika anda merasakan simptom arasmega.com/qr-link/gejala-tanda-
ini mengganggu anda. sindrom-prahaid/ untuk mengetahui
gejala sindrom prahaid. (Dicapai
pada 24 September 2016)

14 • Menerangkan bagaimana haid berlaku kepada perempuan. 1.3.1
• Guru memaparkan laman web menggunakan LCD kepada murid.
NOTA • Menerangkan kepada murid lelaki bahawa mereka juga perlu tahu tentang
GURU

gejala/tanda prahaid ini.

JANGKAAN TARIKH, TEMPOH DAN CARA MEREKOD KEDATANGAN HAID

Setiap perempuan akan mengalami kedatangan haid pada peringkat usia
yang berbeza-beza. Kitaran haid berlaku dengan purata 28 hari.

JUN JULAI

AI SRK J S AI SRK J S
1
1 23
2345678
4 X5 X6 X7 X8 X9 10 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
11 12 13 14 15 16 17 23 24 25 26 27 28 29
30 31
18 19 20 21 22 23 24

25 26 27 28 29 30

Petunjuk: INFO

X Fasa haid Kedatangan haid perlu
Berlaku selama 1 hingga 5 hari. direkod bagi memudahkan
kita mengira jangkaan tarikh
Fasa pemulihan bagi kedatangan haid pada
Berlaku pada hari ke-6 hingga bulan seterusnya.
hari ke-11.

Fasa subur Fasa Fasa
Berlaku pada hari ke-12 hingga Prahaid Haid
hari ke-16.
Fasa
Fasa prahaid Pemulihan
Berlaku pada hari ke-17 hingga Fasa
hari ke-28. Subur
Pengovulan
Jangkaan tarikh kedatangan haid
pada bulan seterusnya.

Gambar rajah fasa kitaran haid

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

• Menerangkan jangka tarikh dan tempoh berlaku kedatangan haid. 1.3.2 15
• Menjelaskan dan membimbing murid melakukan aktiviti merekod kedatangan haid.
NOTA • Guru menyediakan jadual merekod tarikh dan tempoh kedatangan haid selama
GURU
setahun untuk murid perempuan.

Cipta satu buku kalendar kitaran haid anda sendiri. Kemudian
hasilkan kalendar mengikut bulan seperti di muka surat 15 di dalam
buku kalendar kitaran haid tersebut.

12

Sediakan peralatan secukupnya. Gabungkan tujuh helai
kertas dan lipat.
3
4

Tebuk bahagian tepi buku. Ikat dengan kemas.

5 6

Tampal hiasan Buku Kalendar
mengikut kreativiti. Haid sudah siap.

16 NOTA • Guru meminta murid lelaki mengambil perhatian dalam pelaksanaan buku kalendar haid ini
GURU serta membantu rakan-rakan menyiapkan Buku Kalendar Haid dengan sempurna.

MENJAGA KEBERSIHAN SEMASA HAID
Kebersihan dan penampilan diri semasa kedatangan haid sangat perlu dijaga
bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

Cara Menjaga Kebersihan dan Penampilan Diri Semasa Haid

Menggunakan seluar dalam Menukar tuala wanita
yang bersih dan kering. mengikut keperluan.

Mandi Basuh tangan selepas
membersihkan tuala wanita.
Ramalkan apa akan terjadi, jika
tuala wanita yang telah digunakan Kebersihan
dibuang merata-rata tempat?

Murid perempuan melakukan simulasi pemakaian tuala wanita
pada seluar dalam.

• Guru menerangkan cara menjaga kebersihan diri semasa kedatangan haid. 1.3.3 17
• Meminta murid mengamalkan penjagaan kebersihan dan penampilan diri semasa
NOTA
GURU haid dan membimbing rakan sebaya.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Simptom Kedatangan Haid

Gangguan emosi
Gejala fizikal

2. Namakan fasa kitaran haid yang betul bagi jadual di bawah.

Fasa Fasa Fasa Fasa
______________
Selama 1 hari - 5 hari ______________ ______________ ______________

Pada hari ke-6 Pada hari ke-12 Pada hari ke-17
hingga ke-11 hingga ke-16 hingga ke-28

3. Tuliskan BETUL atau SALAH pada pernyataan berikut:
(a) Seluar dalam boleh digunakan selama beberapa hari.

(b) Gunakan tuala wanita yang sesuai dengan tubuh.

(c) Buang tuala wanita yang telah digunakan ke dalam
mangkuk tandas.

(d) Sapu bedak pada kemaluan ketika mengalami haid.

(e) Basuh tangan selepas menukar tuala wanita.

18 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada setiap murid.

GURU

4TAJUK
PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN TUALA WANITA
JENIS DAN FUNGSI TUALA WANITA

JENIS-JENIS TUALA WANITA

Tuala Wanita Pelapik Seluar Dalam Tuala Wanita
Pakai Buang (Panty Liner) Guna Semula

Terdapat dua jenis tuala • Pelapik seluar dalam • Tuala wanita ini
wanita pakai buang. adalah lebih nipis diperbuat
• Bersayap (wing): berbanding tuala wanita. daripada kain.
Untuk melindungi
kebocoran pada • Digunakan ketika • Boleh diguna semula
bahagian sisi. aliran darah haid selepas dicuci
semakin berkurangan. dengan bersih.
• Tidak bersayap
(non-wing): • Boleh digunakan juga • Digunakan untuk
Untuk wanita yang pada hari bukan menyerap darah
aktif bersukan datang haid. yang keluar ketika haid.
digalakkan
menggunakan
tuala wanita jenis ini.

1. Murid perempuan menyatakan tiga jenis tuala wanita.
2. Murid membezakan jenis tuala wanita berdasarkan pemerhatian
dari segi ketebalan dan kesesuaian pengguna.

NOTA • Membimbing murid perempuan memahami jenis dan fungsi tuala wanita. 1.4.1
GURU
19

MENGGUNAKAN TUALA WANITA DENGAN BETUL
12

Basuh tangan dengan bersih. Pilih jenis tuala wanita mengikut
3 keselesaan anda.

4

Tanggalkan pelekat belakang Lekatkan tuala wanita pada
tuala wanita dengan cermat. seluar dalam.

5 6

Lipat sayap tuala wanita ke belakang. Pakai seluar dalam dengan selesa.

1. Simulasi cara menggunakan tuala wanita dengan betul.
2. Murid diminta membuat carta alir cara menggunakan tuala wanita.

20 NOTA • Terangkan langkah-langkah menggunakan tuala wanita dengan cara 1.4.2
GURU yang betul kepada murid perempuan. 1.4.3

CARA MEMBERSIHKAN DAN MELUPUSKAN TUALA WANITA

Tuala wanita perlu ditukar dengan kerap apabila kita mengalami haid yang
banyak. Kita mesti membersihkan dan melupuskan tuala wanita dengan cara
yang betul. Cara menguruskan tuala wanita yang telah digunakan adalah
seperti berikut:

12

Tanggalkan tuala wanita Bersihkan tuala wanita
daripada seluar dalam. menggunakan air yang bersih.

3 4

Bungkus tuala wanita yang Buang bungkusan ke dalam
telah dibersihkan. tong sampah.

Murid perempuan melakukan simulasi INFO
membersih dan melupuskan tuala wanita
dengan betul. Tuala wanita yang telah
dibersihkan boleh dibungkus
menggunakan surat khabar.

NOTA • Guru menjelaskan cara-cara membersihkan dan melupuskan 1.4.4
GURU tuala wanita.
1.4.5 21

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Berdasarkan pernyataan berikut, namakan jenis tuala wanita
yang dimaksudkan.

Digunakan untuk Bahan pelindung Bahan pelindung
melapik seluar dalam bagi menyerap yang boleh dicuci
daripada cairan yang darah haid. semula selepas
keluar dari faraj. digunakan.

2. Berdasarkan gambar, letakkan nombor mengikut susunan tindakan
yang betul.

3. Nyatakan BETUL atau SALAH bagi pernyataan berikut.
(a) Menggunakan wangi-wangian pada tuala wanita boleh
menyebabkan alahan.
(b) Basuh tangan terlebih dahulu sebelum memakai tuala
wanita baharu bagi mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Tuala wanita pakai buang boleh diguna semula
setelah dibasuh.
(d) Terdapat tuala wanita yang bersayap dan tidak bersayap.

22 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.

GURU

TAJUK

5 PENGURUSAN DIRI SEMASA IHTILAM (WET DREAM)

MENGETAHUI BILA BERLAKU IHTILAM

Apa itu ihtilam (Wet Dream)?
Ihtilam merupakan perkara normal yang berlaku kepada remaja lelaki.
Mereka bermimpi sesuatu yang boleh merangsangkan nafsu syahwat.

Bila berlaku ihtilam?
• Semasa bermimpi sesuatu yang memberangsangkan nafsu syahwat,
zakar akan menegang dan mengeluarkan air mani tanpa disedari.

INFO

Kajian mendapati bahawa
wanita juga mengalami
peristiwa ihtilam.

(Sumber: Kementerian Kesihatan
Malaysia)

Syahwat:
Keinginan melakukan

GLOSARI persetubuhan.

(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

NOTA • Guru menerangkan kepada murid maksud ihtilam (wet dream). 1.5.1
GURU
23

CARA MENGURUSKAN DIRI SELEPAS MENGALAMI IHTILAM

1 2 Tukar cadar 3 Persiapan diri

untuk mandi

Bangun dari tidur 5 Memakai pakaian
selepas ihtilam
yang bersih
4

Mandi

Pada pendapat kamu,
apakah kepentingan
mandi dari segi kesihatan?

Kebersihan

Muslim Bukan Muslim

• Niat (sahaja aku • Membersihkan seluruh
mengangkat hadas besar badan dengan air bersih.
kerana Allah Taala).
• Membersihkan seluruh
• Meratakan air ke seluruh badan dengan sabun dan
badan termasuk air bersih.
rongga-rongga.
• Menggunakan syampu
• Membersihkan seluruh untuk mencuci rambut.
badan dengan sabun
dan air bersih.

Bincangkan kepentingan mengurus diri selepas mengalami ihtilam
bersama rakan-rakan lelaki kelas anda.

24 • Guru menerangkan perihal mandi bagi murid muslim dan bukan muslim. 1.5.2

NOTA • Menjelaskan cara mengurus diri selepas mengalami ihtilam.
GURU

LATIH MINDA (3)

LATIHAN atau
(7)
1. Tandakan (3) atau (7) pada pernyataan di bawah.

BIL SOALAN

1 Semua remaja lelaki mengalami ihtilam.
2 Ihtilam merupakan petanda akil baligh bagi remaja lelaki.

3 Ihtilam berlaku secara tidak sedar ketika mandi pagi.

4 Ketika ihtilam, zakar akan menegang dan mengeluarkan air mani
secara tidak disedari.

5 Nafsu syahwat terangsang secara sengaja ketika ihtilam.

6 Ihtilam disebut sebagai mimpi basah yang dialami oleh
remaja perempuan.

7 Penjagaan kebersihan selepas mengalami ihtilam tidak penting.

8 Setiap remaja lelaki perlu menjaga kebersihan tubuh badan
selepas bangun daripada tidur sahaja.

9 Remaja lelaki akan mengalami perubahan bentuk badan dan
perubahan suara selepas beralih ke zaman remaja.

10 Kebersihan tubuh badan dan penjagaan diri perlu
dilakukan selepas ihtilam.

1. Berikan maksud ihtilam (wet dream). 25
2. Bagaimanakah cara kita mengurus diri selepas mengalami ihtilam?

• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

TAJUK

6 BATASAN PERGAULAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

BATASAN PERGAULAN

Pergaulan ialah satu percampuran bersama individu lain. Batasan pergaulan pula
merupakan had-had yang perlu dipatuhi seseorang individu dalam pergaulan
sesama ahli keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan dan masyarakat.

Percakapan Sentuhan
dan pertemuan Sentuhan selamat

Cara bercakap
mengikut situasi

Mengelakkan
berdua-duaan

BATASAN
PERGAULAN

• Semangat
bermasyarakat

• Hormat-menghormati

26

Dalam Antara Dalam
Keluarga Rakan Masyarakat

Percakapan
dan pertemuan

Menggunakan nada Bertutur kata yang Menggunakan bahasa
suara yang sesuai sesuai dan sopan yang baik

Sentuhan

Bersalaman Mengelakkan daripada Menghormati jiran
berhimpit dan bersesak

Dalam aktiviti lakonan, murid diminta melakukan simulasi batasan
pergaulan berdasarkan watak yang diberikan oleh guru.

NOTA • Terangkan batas-batas pergaulan antara rakan lelaki dan perempuan. 1.6.1 1.6.2 27

GURU 1.6.3 1.6.4

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Batasan
Pergaulan

2. Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan berikut.

Hari Gawai Hari Kaamatan

Deepavali Tahun Baru Cina

Melalui pergaulan, kita akan dapat:

i. _________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
iv. _________________________________________________________

28 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

7TAJUK BATASAN SENTUHAN DALAM MENJAGA KESELAMATAN
DAN KEHORMATAN DIRI

BATAS SENTUHAN SELAMAT DAN TIDAK SELAMAT PADA BAHAGIAN TUBUH

Dalam pergaulan, terdapat bahagian tubuh yang boleh disentuh dan tidak boleh
disentuh. Lelaki dan perempuan adalah dilarang untuk menyentuh mana-mana
bahagian tubuh rakan yang berbeza jantina.

Bibir Tangan Bahu
Kaki
Payudara Punggung
Perut Paha
Zakar
Faraj

PETUNJUK IMBAS SINI
Sentuhan selamat
Sentuhan tidak selamat Layari laman sesawang http://arasmega.
com/qr-link/sentuhan-selamat-dan-
tidak-selamat/ untuk menonton video
sentuhan selamat dan tidak selamat.
(Dicapai pada 26 Jun 2016)

Sumber: Modul Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1

Sumbang saran berkaitan bahagian anggota yang boleh disentuh dan
tidak boleh disentuh oleh ahli keluarga.

NOTA • Jelaskan kepada murid tentang bahagian anggota yang boleh 1.7.1 29
GURU disentuh dan tidak boleh disentuh. 1.7.2

Labelkan sentuhan selamat dan tidak selamat pada keratan gambar.

12

Sediakan alatan dan bahan. Gunting gambar lelaki dan perempuan
daripada surat khabar.
3
4

Sapukan gam dan lekatkan keratan Labelkan sentuhan selamat dan
gambar di atas sehelai kertas. tidak selamat pada anggota badan.

Tampal di papan
kenyataan kelas anda.

30 NOTA • Mengingatkan murid agar berhati-hati menggunakan gunting.
GURU • Membimbing murid melakukan aktiviti dan melabelkan sentuhan

selamat dan tidak selamat.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA BERLAKU SENTUHAN TIDAK SELAMAT

1 Menjerit dengan kuat. 2 Melarikan diri ke
tempat selamat.

Tolong!!!

Melaporkan kepada guru Memberitahu kepada ibu bapa

3 dan rakan yang rapat. 4 tentang kejadian tersebut.

5 Melaporkan kejadian ke balai polis yang berhampiran.

Cara menghubungi talian kecemasan polis/ambulans/bomba

INFO Operator akan meminta Operator Tindakan
anda nyatakan menyambungkan diambil oleh
Dail 999 nama, nombor kad talian kepada polis, pihak tersebut.
pengenalan, lokasi dan ambulans atau
tujuan menghubungi. bomba.

NOTA • Jelaskan kepada murid tindakan yang perlu diambil jika berlaku 1.7.3
GURU sentuhan tidak selamat.
31

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Tuliskan sentuhan “SELAMAT” atau “TIDAK SELAMAT” pada situasi
di bawah:

(a) Mei Lin membersihkan luka pada tangan
adik lelakinya.

(b) Sarah memeluk pinggang Nathan ketika
latihan tarian.

(c) Kamala menolak punggung Farid ketika beratur
di kantin sekolah.

(d) Roland memegang alat sulit rakannya
ketika bergurau.

(e) Ayah memeluk anaknya ketika meraikan
kemenangan anaknya dalam pertandingan
bola sepak.

(f) Ketua kelas lelaki memimpin tangan rakan
perempuan yang lewat turun ke padang.

(g) Faizah mencium tangan ayahnya
sebelum pergi ke sekolah.

(h) Cikgu Mazura memeluk Anis yang sedih dalam
majlis perpisahannya.

(i) Devi menyentuh payudara rakannya
ketika bergurau.

32 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.

GURU

2. Tulis tindakan yang wajar untuk situasi di bawah.

Murid lelaki memeluk Murid perempuan Abang menyentuh
murid perempuan menyentuh punggung payudara adik
dari belakang. murid lelaki. perempuannya.

Pekerja lelaki sengaja Murid lelaki Diraba di dalam bas.
menyentuh tangan memegang paha
pelanggan perempuan murid perempuan.
di pasar raya.

Pilihan jawapan:
• Lapor kepada guru disiplin
• Lapor kepada pengurus pasar raya
• Lapor kepada ibu bapa
• Lapor kepada pemandu bas

1. Nyatakan bahagian tubuh yang tidak selamat disentuh.
2. Bagaimanakah cara menghindari sentuhan tidak selamat di tempat awam?
3. Nyatakan kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri bagi
mengelakkan kejadian sentuhan tidak selamat berlaku.

NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid. 33
GURU

8TAJUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Manusia memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk keperluan
tubuh badan. Vitamin dan kandungan lain dalam makanan akan membantu
tumbesaran dan mengekalkan kesihatan badan kita. Pemakanan yang seimbang
akan membantu:

• Memberi vitamin yang cukup.
• Membantu perkembangan mental.
• Membantu pembesaran fizikal yang sempurna.

Lemak Lemak, minyak, gula dan garam
Makan paling sedikit
Protein Sumber tenusu, ayam, ikan,
Makan kadar sederhana daging dan kekacang
1-3 sajian sehari
Vitamin
Makan banyak Sayur-sayuran dan
buah-buahan
2-3 sajian sehari

Karbohidrat Produk berasaskan
Makan paling banyak bijirin dan ubi-ubian
4-8 sajian sehari

Piramid Makanan Mengapakah kita perlu
makan mengikut sajian yang
Dengan menggunakan Internet, cari dicadangkan dan gabungan
maklumat tentang kepentingan piramid kategori berbeza?
makanan kepada kita.

34 • Membimbing murid memilih diet yang sihat. 1.8.1
• Guru boleh menggunakan sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
NOTA
GURU
(2010). Semakan 2012. Panduan Diet Malaysia. Bahagian Pemakanan

Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

MENGAMALKAN AKTIVITI RIADAH YANG SELAMAT

Riadah merupakan aktiviti atau rekreasi yang menyihatkan badan kita. Antara
kebaikan beriadah ialah menyihatkan tubuh badan, mengisi masa lapang,
mengeratkan hubungan persaudaraan antara kaum, mewujudkan integrasi
kaum dan menghilangkan tekanan.

Berenang Bermain bola sepak

Aktiviti
Riadah yang

Sihat

Mendaki gunung Berkhemah

Mengapakah aktiviti Kebebasan
riadah perlu dilakukan? Kebersihan fizikal
dan mental

Berkebun

Murid diminta menyenaraikan aktiviti riadah yang dilakukan 1.8.2 35
pada hujung minggu.
NOTA
GURU • Membimbing murid memahami gambar-gambar di atas.
• Minta murid menyediakan catatan aktiviti riadah yang dilakukan

dalam seminggu.

BAHAN ATAU UBAT-UBATAN MENGIKUT PRESKRIPSI

Preskripsi ialah deskripsi doktor tentang ubat yang harus disediakan oleh ahli
farmasi untuk pesakit tertentu serta cara menggunakannya. Pengambilan
sesuatu ubat mesti mengikut arahan yang ditetapkan seperti label di bawah.

Nama pesakit Nama dan alamat
klinik/farmasi

HOSPITAL/KLINIK KESIHATAN Tarikh ubat dibekal
Jalan Alamat 1, Poskod 12345 Daerah, Negeri. Tel: 01-23456789 atau dijual

NAMA : Ahmad bin Din R/N : 007/2014 Label
Tarikh : 7/2/2014 “UBAT TERKAWAL”

Arahan/cara Ambil 2 biji 4 kali sehari pagi petang
pengambilan Malam
Selepas makan Tengah
ubat yang Apabila perlu hari
lengkap
30 minit sebelum makan atau
2 jam selepas makan

NAMA UBAT : PARACETAMOL 500MG Harga Ubat : RM 1.00

UBAT TERKAWAL JAUHI DARI KANAK-KANAK

Nama ubat Contoh label ubat

Panduan penggunaan ubat: INFO

• Simpan ubat di tempat yang selamat. Terdapat 2 kategori ubat:

• Tidak memakan ubat yang telah tamat 1. Ubat terkawal: Ubat
tarikh luput. yang boleh diperolehi
dengan preskripsi doktor.
• Ambil ubat yang berdaftar di bawah Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan 2. Ubat am: Ubat yang
Kementerian Kesihatan Malaysia. dibeli tanpa preskripsi
doktor seperti ubat
• Mempunyai nombor pendaftaran dan suplemen kesihatan.
Hologram Meditag yang tulen.
Sumber: Kementerian Kesihatan
Layari laman sesawang http:// Malaysia
arasmega.com/qr-link/kenali-jenis-
IMBAS SINI jenis-ubat/untuk mengetahui jenis-jenis
ubat. (Dicapai pada 26 Jun 2016)

Sumber: http://www.knowyourmedicine.gov.my/penggunaan-ubat-secara-berkualiti/penggunaan-ubat-
secara-berkualiti/kenali-ubat-anda.

36 • Bincang dengan murid jenis-jenis ubat yang digunakan. 1.8.3
• Guru menerangkan cara mengenali ubat dengan lebih mendalam.
NOTA
GURU

JENIS-JENIS GEJALA SOSIAL DAN CARA MENANGANI

Penyalahgunaan dadah Seks bebas Berjudi
Ketagihan arak Merokok Vandalisme
Gangsterisme
Melepak Lumba haram

CARA MENANGANI

DIRI SENDIRI SEKOLAH

1. Hindari daripada bergaul dengan 1. Murid menyertai aktiviti Unit
rakan yang terlibat dengan gejala sosial. Bimbingan dan Kaunseling.

2. Menghindarkan diri daripada 2. Kerjasama PIBG menasihati dan
merokok, minum arak, mengawal pergerakan
penyalahgunaan dadah anak-anak.
dan berjudi.
3. Pegawai Perhubungan Sekolah
3. Melibatkan diri dalam program yang mendekati murid bagi mengetahui
dianjurkan oleh pihak sekolah. permasalahan mereka.

4. Meluangkan masa bersama keluarga. 4. Mewujudkan aktiviti yang dapat
mengasah bakat murid-murid.
5. Mendapatkan didikan agama dan
moral daripada ibu bapa. 5. Mengadakan program yang
boleh meningkatkan
6. Meminta nasihat daripada ibu bapa. kecemerlangan murid.

Rakan anda terlibat dalam gejala Gejala Sosial:
vandalisme di sekolah. Sebagai Unsur negatif atau elemen
rakan, apakah tindakan yang wajar yang merosakkan dalam
anda lakukan? kalangan masyarakat

GLOSARI sesebuah negara.

NOTA • Menjelaskan maksud gejala sosial kepada murid. 1.8.4
GURU • Terangkan kepada murid tentang jenis-jenis gejala sosial dan
1.8.5 37
cara menanganinya.

Mari uji minda anda dengan bermain dam sambil menjawab soalan.

TAMAT 14 13 12
Nyatakan peranan
Hilang satu giliran. Undur ke petak 11. diri sendiri dalam
menangani
gejala sosial.

8 9 10 11

Siapakah yang Hilang satu giliran. Melepak merupakan Sebutkan dua
mengeluarkan gejala sosial. Berikan cara menangani
preskripsi dua gejala sosial lain gejala sosial.
ubat-ubatan? yang anda ketahui.

7 6 5 4

Ubat-ubatan terdiri Berikan tiga Berikan maksud Senaraikan tiga
kebaikan beriadah. preskripsi. aktiviti riadah
daripada dua yang sihat.

kategori. Sebutkan.

MULA 1 2 3

Maju ke petak 7. Namakan kategori Maju ke petak 5.
makanan yang perlu
diambil paling sedikit.

Panduan bermain:
1. Bina beberapa kumpulan yang terdiri daripada tiga orang.
2. Sediakan sebiji dadu dan setiap pemain perlu membaling dadu sebelum memulakan
permainan bagi menentukan giliran.
3. Setiap kali tiba giliran anda, baling dadu dan gerakkan bidak mengikut kiraan pada dadu.
4. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, pemain hilang satu giliran.
5. Teruskan permainan sehingga ke petak tamat.

38 NOTA • Guru menyediakan dadu kepada setiap kumpulan.

GURU

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Tuliskan jenis nutrien yang terdapat dalam sepinggan nasi lemak.

Nasi: Ikan bilis:
____________ ____________

Kacang: Santan:
____________ ____________

Telur: Timun:
____________ ____________

Pilihan • Lemak • Protein • Vitamin • Karbohidrat
jawapan:

2. Tuliskan BETUL/SALAH bagi pernyataan di bawah.

Simpan peti kecemasan di tempat
yang tersorok daripada kanak-kanak kecil.

Buang ubat yang telah tamat tempoh.

Racun serangga boleh diletak di mana-mana.

Pengambilan ubat perlu mengikut dos
yang ditetapkan.

1. Huraikan kepentingan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
2. Apakah kesan jika menggunakan ubat tanpa nasihat doktor?

NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid. 39
GURU


Click to View FlipBook Version