The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctshyda, 2020-06-29 08:54:37

BUKU TEKS PENGURUSAN DIRI

PENDIDIKAN KHAS

Keywords: SPECIAL NEEDS

3. Sesuaikan pernyataan di bawah dengan hak yang dituntut.

Hak individu Hak pekerja Hak pengguna

(a) Mendaftarkan Amin sebagai rakyat Malaysia
di Jabatan Pendaftaran Negara.

(b) Mendaftarkan Amin ke sekolah
bantuan kerajaan.

(c) Mendapatkan buku teks dan menduduki PT3.

(d) Memohon untuk mendapatkan sambungan
elektrik, air dan telefon ke rumah
yang baharu.

(e) Mendaftar sebagai pencarum Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja.


4. Cari perkataan berikut pada silang kata di bawah.

K E AD I L ANP
AAGZNROF E
HS E XMT P T N
RDNCQY AGG
Q F S VWR AHG
WG I B UU S J U
EHKS E IDKN
T J PEKER JA

Hak Keadilan Pengguna
Surat Pekerja Agensi

90 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

TAJUK

3 MENYUARAKAN PENDAPAT DENGAN YAKIN

KEPENTINGAN MENYUARAKAN PENDAPAT

Menyuarakan pendapat boleh dilakukan melalui lisan, tulisan dan tindakan.
Setiap individu boleh menyuarakan pendapat masing-masing. Terdapat
beberapa kepentingan menyuarakan pendapat iaitu:

Kepentingan menyuarakan pendapat ialah:

1 Membantu 2 Membantu 3 Dapat
menyelesaikan mengawal rasuah menyuarakan
masalah yang hak sesuatu
dan salah guna
timbul. kaum.
kuasa.

Ravi, apakah 4 Mewujudkan 5 Memastikan 6 Membaiki
kepentingan negara yang pemimpin kelemahan
menyuarakan
pendapat? produktif. bertanggungjawab sesuatu institusi.
dan berlaku adil.

7 Melahirkan
rakyat berfikiran

matang dan
berwawasan.

Patriotik

Murid diminta membina peta pokok dengan Bincangkan kebaikan
tajuk “Kepentingan Menyuarakan Pendapat menyatakan pendapat.
di Peringkat Sekolah”.

• Membimbing murid mengenal pasti kepentingan menyuarakan pendapat. 3.3.1
NOTA
GURU 91

HALANGAN DALAM MENYUARAKAN PENDAPAT

Kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. Kadang kala, pendapat
yang kita berikan mendapat halangan daripada sesetengah pihak. Setiap
halangan ada penyelesaiannya dengan cara berbincang secara damai.

Masalah pengurusan Perbezaan pendapat.
dalaman sesebuah
organisasi.

Kurang saluran dan Halangan Aduan tidak dilayan
sokongan untuk dalam atau didengari oleh
menyuarakan pihak tertentu.
pendapat. Menyuarakan
Pendapat

Mendapat hasutan Sikap tidak boleh
sesetengah pihak. menerima teguran.

Mengapakah kita mesti
menyuarakan pendapat
yang baik dan membina
di saluran yang betul?

Murid mencipta satu peti aduan menyerupai Hormat-menghormati
peti surat daripada bahan terbuang seperti
botol atau kotak. Kemudian, letakkan peti
aduan tersebut di kantin sekolah anda.

92 • Guru menjelaskan halangan menyuarakan pendapat. 3.3.2
NOTA • Guru membimbing murid membuat peti aduan mengikut kreativiti murid.
GURU

MEMILIH CARA YANG SESUAI UNTUK MENANGANI HALANGAN DALAM
MENYUARAKAN PENDAPAT

ORANG KELAINAN Orang Perantaraan:
UPAYA (OKU) Ibu bapa
Guru Pendidikan Khas
Masalah penglihatan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)
NGO
ORANG KELAINAN
UPAYA (OKU) Orang Perantaraan:
Ibu bapa
Masalah Pendengaran Guru Pendidikan Khas
Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia
MURID SEKOLAH
Masalah Pembelajaran Orang Perantaraan:
Ibu bapa
INDIVIDU Guru Pendidikan Khas
NGO
KOMUNITI
Saluran Yang Betul:
Menulis surat
Bertemu wakil penduduk
Pesanan menggunakan e-mel
Pihak berkuasa atau persatuan

Orang Perantaraan:
Wakil penduduk
Persatuan komuniti
Badan-badan kerajaan

Rajin dan tekun

Murid dilatih menulis surat
aduan dan hantar melalui e-mel
menggunakan komputer bagi
menyampaikan pendapat.

NOTA • Menerangkan kepada murid cara menyuarakan pendapat sama ada melalui 3.3.3
GURU surat, e-mel, orang perantaraan ataupun wakil yang dipercayai.
3.3.4 93
• Melatih murid menggunakan e-mel di makmal komputer untuk
menyuarakan pendapat.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Berikut adalah kesan positif menyuarakan pendapat KECUALI?
A. Membaiki kelemahan institusi yang ada.
B. Dapat memperjuangkan hak sesuatu kaum.
C. Meningkatkan amalan rasuah dalam pentadbiran.

Farid seorang murid Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal. Dia berpindah
ke sebuah sekolah baharu yang kelasnya berada di tingkat tiga. Farid
menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Ini menyukarkannya untuk
bergerak ke kelas tersebut.

2. Bagaimanakah cara Farid menyuarakan haknya untuk mendapat
pembelajaran di kelas tingkat bawah?

A. Membuat laporan polis akan permasalahan itu.
B. Memohon budi bicara pengetua untuk memindahkannya ke kelas yang
berada di tingkat bawah.
C. Membuat perhimpunan di hadapan sekolah dan mendesak pihak
sekolah memindahkannya ke kelas yang berada di tingkat bawah.

Airena menjadi buta akibat daripada kemalangan jalan raya. Apabila dia
kembali ke sekolah, dia menghadapi pelbagai masalah seperti belajar,
membaca dan menjalankan aktiviti kokurikulum.

3. Cara yang sesuai bagi Airena untuk membuat permohonan kepada
pejabat pendidikan bagi membantunya ialah melalui:
A. E-mel.
B. Surat rasmi.
C. Surat tidak rasmi.

1. Berikan tiga halangan dalam menyuarakan pendapat anda.
2. Tuliskan satu contoh surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

94 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

RUMUSAN

1 Diri
2
3 Setiap individu mempunyai minat,
potensi dan matlamat diri dalam
mencapai impian sendiri.

Setiap individu berhak menyuarakan
pendapat masing-masing dengan
cara yang betul walaupun terdapat
pelbagai halangan.

Terdapat tiga jenis hak:
Hak individu
Hak pengguna
Hak pekerja

95

UNIT 4

MENYEDIA
DAN MENYAJI/
MENGEPEK
MAKANAN

1
Peralatan dapur

2 Hidangan seimbang
3 Hasil masakan
4 Projek jualan masakan

96

97

TAJUK

1 PERALATAN DAPUR

PERALATAN MEMASAK
Mari kita mengenal alatan asas yang sering digunakan ketika memasak.

Pengukus Kuali

Fungsi Fungsi
Mengukus Menggoreng

Pemanggang Periuk

Fungsi Fungsi
Memanggang, membakar Merebus, mencelur, mereneh

Sudip Senduk

Fungsi Fungsi
Mengaut Mencedok

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Murid melakukan demonstrasi kaedah-kaedah memasak yang
diketahui dengan menggunakan peralatan memasak yang betul.
1. Guru membentuk beberapa kumpulan.
2. Tentukan kaedah memasak bagi setiap kumpulan.
3. Agihkan peralatan memasak yang sesuai mengikut
kaedah memasak.
4. Pastikan setiap kumpulan melakukan semua kaedah memasak
yang ditetapkan.

98 • Membimbing murid mengetahui kaedah-kaedah memasak yang betul. 4.1.1
NOTA • Menjelaskan fungsi setiap perkakas yang digunakan dalam kaedah memasak.
GURU

PERALATAN MENGHIDANG

Menghidang merupakan proses selepas memasak. Dalam setiap hidangan
perlu mengambil kira faktor berikut:

1. Alatan: Sesuai dengan kuantiti dan jenis masakan.
2. Kuantiti makanan: Sesuai dan mencukupi serta boleh ditambah dari masa
ke masa.

3. Hiasan: Sesuai dengan sajian dari segi skema warna, pilihan bunga
dan kedudukan.

4. Peranggu meja: Lengkap dengan susun atur alatan yang betul mengikut
waktu sajian.

Sarapan pagi Makan tengah hari

Pinggan Makan malam Pinggan
Pisau meja Pisau meja
Sudu meja Sudu meja
Garpu meja Garpu meja
Napkin Garpu dessert
Cawan Napkin
dan piring Gelas
Gelas Piring Layan
Piring Layan
Mengapakah peranggu
Pinggan meja disusun berbeza
Pisau meja mengikut sajian tertentu?
Sudu meja
Garpu meja
Garpu dessert
Napkin
Gelas
Gelas goblet

Sumber: Peranggu Meja Kemahiran Hidup Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Diterbitkan pada Mei 12, 2015.

Dalam tiga kumpulan stesen sajian, murid membuat demonstrasi
menyusun peranggu meja mengikut stesen sajian yang ditetapkan.

• Membimbing murid menyusun peranggu meja mengikut sajian. 4.1.2
NOTA • Menjelaskan fungsi setiap perkakas yang digunakan dalam kaedah memasak.
GURU • Guru membawa murid ke bengkel masakan. 99

PERALATAN BERTEKNOLOGI DI DAPUR

Teknologi moden kini telah mencipta peralatan berteknologi yang canggih
untuk memudahkan kerja pengguna di dapur. Penggunaan peralatan ini dapat
menjimatkan masa.

Pemanas air elektrik Ketuhar Pengisar

Pembakar roti Periuk nasi elektrik Ketuhar gelombang
mikro

Mari belajar membuat roti bakar. INFO

1. Sediakan roti dan jem. Pastikan tangan anda
2. Laraskan suhu pembakar roti mengikut kesesuaian. kering semasa
3. Masukkan roti ke dalam pembakar roti. menggunakan peralatan
4. Sapukan jem pada roti tesebut. elektrik bagi mengelakkan
5. Setelah siap, hidangkan kepada guru dan rakan. terkena renjatan elektrik.

100 • Menjelaskan fungsi butang, suis, LED dan perkakas yang terdapat pada 4.1.3
peralatan berteknologi di dapur.
NOTA
GURU • Guru membuat demonstrasi cara menggunakan peralatan berteknologi.

MEMILIH, MENGGUNAKAN, MEMBERSIH DAN MENYIMPAN
PERALATAN MEMASAK

1 Memilih 2 Menggunakan

Memilih peralatan untuk menggoreng. Menggunakan peralatan dengan cara
yang betul.
3 Membersih
4 Menyimpan

Membersihkan peralatan yang Menyimpan peralatan yang telah
telah digunakan. dibersihkan ke dalam kabinet peralatan.

Menjaga kebersihan

Murid melakukan simulasi memasak nasi goreng bermula dengan
memilih peralatan, mengguna, mencuci dan menyimpan peralatan
di tempat yang sesuai.

• Menjelaskan cara memilih, mengguna, mencuci dan menyimpan 4.1.4 101

NOTA peralatan mengikut jenis masakan.
GURU

MEMILIH, MENGGUNAKAN, MEMBERSIH DAN MENYIMPAN
PERALATAN MENGHIDANG

1 Memilih 2 Menggunakan

Memilih peralatan untuk Menggunakan peralatan
menghidang makanan. dengan cara yang betul.

3 Membersih 4 Menyimpan

Membersihkan peralatan Menyimpan peralatan yang
yang telah digunakan. telah dibersihkan di rak.

Murid menyediakan sarapan pagi INFO
dengan menggunakan peralatan
menghidang yang sesuai. Terdapat dua kaedah
pembersihan iaitu
pembersihan manual
dan pembersihan
mesin automatik.

102 • Terangkan kepada murid langkah-langkah penggunaan peralatan 4.1.5
menghidang dengan betul.
NOTA
GURU • Guru mencadangkan menu yang mudah dan sesuai untuk aktiviti murid.

MEMILIH, MENGGUNAKAN, MEMBERSIH DAN MENYIMPAN
PERALATAN BERTEKNOLOGI

1 Memilih 2 Menggunakan

Memilih peralatan berteknologi Menggunakan peralatan
yang mahu digunakan. dengan berhati-hati.

3 Membersih 4 Menyimpan

Mencuci peralatan dengan bersih. Menyimpan peralatan dengan baik.

Murid mempraktikkan cara membuat jus Mengapakah kita perlu
tembikai. Aplikasikan empat elemen di atas berhati-hati ketika
dengan baik. menggunakan peralatan
berteknologi di dapur?

• Terangkan kepada murid langkah-langkah penggunaan peralatan 4.1.6

NOTA teknologi dengan betul. 103

GURU • Guru membimbing murid menghasilkan jus tembikai.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Berdasarkan gambar di bawah, berikan fungsi bagi peralatan tersebut.

2. Berdasarkan peranggu meja berikut,
peralatan menghidang ini sesuai
untuk sajian_______________.

3. Berdasarkan gambar, tuliskan nombor mengikut susunan menghidang
makanan yang betul.

1. Senaraikan dua peralatan memasak mengikut kaedah seperti menggoreng,
mereneh, mencelur dan merebus.

2. Nyatakan kelebihan peralatan memasak berteknologi?

3. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan peralatan memasak dan
menghidang dalam keadaan yang bersih dan tahan lama?

4. Lakarkan peranggu meja bagi sarapan pagi.

104 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.

NOTA
GURU

TAJUK

2 HIDANGAN SEIMBANG

JENIS HIDANGAN SEIMBANG

SAJIAN: Sarapan pagi

MENU HARIAN: • Nasi lemak (1 senduk nasi lemak + 1 sudu sambal bilis +
telur goreng + hirisan timun (340 kal)
• Belimbing (30 kal)
• 1 cawan air kopi/teh (1 sudu teh gula + ¼ susu rendah lemak (50 kal)
• Air kosong (0 kal)
JUMLAH KALORI: 420 kal

SAJIAN: Minum pagi

MENU HARIAN: • Pau ayam (140 kal)
• Betik (30 kal)
• 1 cawan air kopi/teh (1 sudu teh gula + ¼ susu rendah lemak (50 kal)
• Air kosong (0 kal)
JUMLAH KALORI: 220 kal

SAJIAN: Minum petang

MENU HARIAN: • Lepat pisang (190 kal)
• Pisang (30 kal)
• 1 cawan air teh/kopi (1 sudu gula + ¼ susu rendah lemak) (30 kal)
• Air kosong (0 kal)
JUMLAH KALORI: 250 kal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nyatakan kebaikan
mengetahui tentang kalori
ketika memilih makanan.

• Menjelaskan cara memilih sarapan pagi, minum pagi dan minum petang 4.2.1 105

NOTA yang seimbang.
GURU • Menerangkan kepada murid ukuran kalori mengikut jumlah pengambilan makanan.

PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN MEMASAK
Penyediaan bahan untuk membuat roti telur.

Serbuk Telur Garam
lada sulah

Minyak Roti
masak

106 • Menjelaskan kandungan dan sukatan bahan serta kalori yang digunakan. 4.2.2
NOTA • Menerangkan peralatan yang digunakan serta fungsinya.
GURU

MEMASAK HIDANGAN MENGIKUT RESEPI 3
Cara-cara membuat roti telur.

12

Pecahkan telur Masukkan garam dan Potong roti mengikut
ke dalam mangkuk. kesesuaian.
lada sulah. Kacau telur.
4
5

Panaskan kuali. Kemudian Celup roti ke dalam telur.
masukkan sedikit minyak

6masak ke dalam kuali.

Goreng sehingga masak.

Roti sedia dihidang.

Murid menyediakan bahan dan alatan bagi membuat sandwic sardin
mengikut resepi yang disediakan oleh guru.

• Guru mencadangkan satu resepi lain seperti sandwic sardin dan karipap 4.2.3

NOTA kepada murid. 107
GURU

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Pilih makanan di bawah mengikut waktu sajian yang sesuai.
(a) Sarapan pagi:_____________________________________________
(b) Minum pagi:______________________________________________
(c) Minum petang:____________________________________________

Pilihan jawapan: Bubur kacang hijau, Bihun goreng,
buah-buahan, telur goreng, air
Samosa ayam, air teh, air kosong. teh, air kosong,
kuih cara manis, buah-buahan.
buah-buahan, air
kopi, air kosong.

2. Berdasarkan gambar, tuliskan nombor mengikut susunan cara membuat
roti telur yang betul.

1. Tuliskan menu harian makan tengah hari yang anda sering nikmati di rumah.

108 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.

NOTA
GURU

TAJUK HASIL MASAKAN

3

MENGHIAS MAKANAN MENGIKUT KESESUAIAN

Hiasan makanan merupakan persembahan pada makanan. Hiasan yang
menarik akan menambahkan keinginan untuk merasai juadah tersebut.

12 3

Sediakan bahan untuk Masak mi goreng Telur dadar dihiris nipis.
memasak mi goreng. dengan sempurna.
6
45

Daun sup dipotong halus. Hias mi dengan hirisan Letakkan sos mengikut
telur dadar dan daun sup. kreativiti anda.
7

Aktiviti berkumpulan.
Murid diminta menghasilkan bihun goreng
dan membuat hiasan pada sepinggan
bihun seperti langkah-langkah di atas
mengikut kreativiti masing-masing.

Mi goreng sedia dihidang.

NOTA • Menerangkan kaedah hiasan yang mudah dan menarik. 4.3.1
GURU • Membuat demonstrasi menghias makanan.
• Untuk aktiviti tambahan, guru membimbing murid menyediakan bihun 109

goreng dengan mengikuti langkah-langkah di atas sehingga selesai.

MENGHIDANG MAKANAN MENGIKUT KESESUAIAN

Sarapan Pagi

• Nasi lemak
• Pisang
• Air kopi
• Air kosong

Minum Pagi

• Karipap Peranggu:
• Betik
• Air coklat Persiapan meja
• Air kosong makan yang

lengkap dengan
susun atur alatan
GLOSARI yang betul.

Sumber: KH ERT

Minum Petang

• Mi sup
• Belimbing
• Air teh
• Air kosong

Menjaga kebersihan

Murid menyusun peranggu meja dan peralatan menghidang sajian
dengan panduan guru.

110 • Menerangkan cara menghidang sajian dengan betul. 4.3.2

NOTA • Menunjuk cara menghidang sajian dengan betul.
GURU

MENILAI HASIL MASAKAN SENDIRI

Terdapat dua aspek penilaian hasil masakan iaitu:
1. Hasil masakan.
2. Persembahan.

1 Sangat tidak baik 2 Tidak baik 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat baik

Menilai hasil masakan

Rupa 1 2 3 4 5

Bau 1 2 3 4 5

Rasa 1 2 3 4 5

Tekstur 1 2 3 4 5

Nutrien 1 2345

Menilai persembahan

Peranggu 1 2 3 4 5

meja

Alatan 1 2 3 4 5

Hiasan 1 2 3 4 5

Kuantiti 1 2 3 4 5

Jujur

Murid diminta menilai sepinggan lengkap hidangan bihun goreng yang
dimasak oleh rakan anda dalam kertas penilaian yang diberikan oleh guru.

NOTA • Guru menyediakan salinan penilaian hasil masakan dan persembahan 4.3.3
GURU kepada murid.
111
• Guru membimbing murid dalam membuat penilaian masakan yang
disediakan oleh murid.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hiasan makanan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Berdasarkan gambar, namakan alatan hidangan di peranggu meja berikut:

• Napkin • Gelas • Sudu meja • Cawan dan piring

• Pinggan • Piring layan • Pisau meja • Garpu

Bil Peralatan

7 6 1
8 2
3
5 1 23 4
4 5
6
7
8

3. Isikan tempat kosong dengan jenis penilaian hasil makanan dan
persembahan berdasarkan ulasan yang diberi.

(a) Makanan yang dihasilkan mengandungi

karbohidrat, protein, lemak dan vitamin yang cukup.

(b) Nasi goreng ini lebih sedap jika ditambah
sedikit garam.

(c) Alatan menyaji sesuai dengan kuantiti dan jenis
makanan yang ingin disajikan.

(d) Biskut ini lembut dan rangup. Ia sesuai dihidang
untuk minum petang.

Pilihan jawapan: • Nutrien • Rasa • Alatan • Tekstur

112 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

TAJUK

4 PROJEK JUALAN MASAKAN

KAEDAH MENGEPEK MENGIKUT JENIS MASAKAN

Terdapat pelbagai kaedah mengepek makanan. Kaedah mengepek ini berbeza
mengikut makanan yang disediakan.

Makanan
Kering

Plastik Bekas tin

Mengepek Balang
Masakan plastik

Makanan Bekas plastik Kertas
Basah

Mengapa sebahagian jualan
makanan di pasaran boleh tahan
lama? Apakah kaedah yang
mereka gunakan?

Polistirena

Murid diminta mengisi lima jenis bahan jualan yang berbeza
mengikut kumpulan.

NOTA • Guru menyediakan bahan jualan seperti kerepek atau bubur lambuk 4.4.1
GURU untuk dipek oleh murid.
113
• Guru menggalakkan murid untuk menggunakan kaedah mengepek
makanan yang mesra alam.

PENGIRAAN KOS BAHAN JUALAN

Roti Telur Goreng
(a) Pengiraan kos bahan mentah
Bahan kering

Bahan-bahan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah Kos
(RM)

Roti 20 keping (1 bungkus) 0.17 3.40
Telur 5 biji 0.40 2.00

Minyak masak secukupnya 2.50/kg 2.50

Lada sulah Secukupnya 2.50 2.50

Garam Secukupnya 0.60 0.60
Jumlah 11.00

Kerja dilakukan sendiri. Kos upah adalah RM3.00 sejam.

Kos upah = 1 orang x 1 jam x RM3.00

= RM3.00 Kos overhed:
Kos yang tidak
(b) Kos overhed GLOSARI terlibat secara
Gas = RM0.10 langsung
Air = RM0.10 dalam proses
Jumlah = RM0.20 pengeluaran.

(c) Kos pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed

= RM11.00 + RM3.00 + RM0.20

= RM14.20

Keuntungan yang telah ditetapkan ialah 40%.

Keuntungan = x RM14.20
= RM5.68

Harga jualan 20 keping roti telur = RM14.20 + RM5.68
= RM19.88

Harga jualan sekeping roti telur = RM19.88 20
= RM0.99 (RM1.00)

Murid membuat pengiraan kos modal dan kiraan untung bagi
roti telur goreng.

114 • Membimbing murid memahami pengiraan kos bahan jualan. 4.4.2
NOTA • Guru boleh menukar resepi di atas seperti donut dan lain-lain.
GURU

MENYUKAT ATAU MENIMBANG BAHAN JUALAN MAKANAN

Dalam projek jualan hasil masakan, berat di dalam pek haruslah tepat dan
betul. Oleh yang demikian, kita perlu menimbang menggunakan penimbang
jarum atau penimbang elektronik. Ukuran matrik yang digunakan ialah gram (g)
atau kilogram (kg) bagi pepejal manakala liter (l) atau mililiter (ml) bagi cecair.

Penimbang unit gram (g) Penimbang unit kilogram (kg)

Penyukat unit mililiter (ml) Penimbang digital unit kilogram (kg)

Murid melakukan simulasi menimbang hasil jualan mengikut sukatan
yang betul ke dalam pek.

• Guru membimbing murid cara menyukat atau menimbang bahan makanan 4.4.3 115

NOTA menggunakan penimbang jarum dan penimbang elektronik sebelum mengepek.
GURU

MEMASARKAN BAHAN JUALAN

Pemasaran bahan jualan berubah mengikut perubahan masa. Jika dahulu kita
menggunakan kandar atau beca untuk menjalankan aktiviti jual beli, tetapi kini
jualan atas talian menjadi pilihan ramai.

Individu

Menjaja di tapak Kedai runcit Jualan atas talian
yang dibenarkan
Sekolah

Rakan Koperasi Program di sekolah
Nasional

Media sosial Lembaga Pemasaran Pertanian Pasar raya
Persekutuan (Federal Agricultural

Marketing Authority-FAMA)

116 • Guru menjelaskan lokasi yang boleh memasarkan bahan jualan masakan. 4.4.4
NOTA
GURU

Lengkapkan silang kata berikut dengan perkataan yang sesuai.

12

KSK

4

F

3

LTR

M

5 NT H

GM

RG

6

M NG P K

Panduan:

MENEGAK
1. Ukuran berat pepejal.
2. Tepung merupakan sejenis bahan mentah _______________.
4. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau ___________ membantu
petani memasarkan produk.

MELINTANG
1. Merupakan kiraan dalam menentukan untung atau rugi.
3. Ukuran berat bagi cecair.
5. Bahan____________ merupakan bahan yang belum diproses.
6. Kaedah membungkus jualan.

117

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Lengkapkan peta pokok tentang kaedah mengepek makanan kering dan
tuliskan contoh makanan.

PEK MAKANAN KERING

Plastik Balang plastik Bekas tin
_____________________ _____________________ _____________________

2. Tuliskan cara memasarkan bahan jualan bagi individu, sekolah dan nasional.

Individu Sekolah Nasional

1. Selain jualan secara langsung, bagaimanakah cara terbaik untuk
memasarkan jualan ke peringkat lebih besar?
2. Nyatakan tiga kos yang perlu diambil kira semasa mengira untung
rugi dalam jualan.

118 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

RUMUSAN

Peralatan dapur seperti Kita perlu mengambil
peralatan memasak, hidangan yang seimbang
menghidang dan berteknologi untuk mendapatkan
tinggi mestilah digunakan kesihatan yang baik.
dengan cara yang betul.

Menyedia dan
Menyaji/

Mengepek Makanan

Hiasan makanan merupakan Makanan untuk dijual mesti
persembahan pada makanan dipek dengan menggunakan
bagi menambah selera sukatan, pengiraan kos dan
mengikut kesesuaian. cara pemasaran yang betul.

119

UNIT 5

1
Peralatan menjahit

2 Mata jahitan asas
3 Artikel mudah
4

Projek jualan hasil jahitan

120

MENJAHIT
ARTIKEL
MUDAH

121

TAJUK

1 PERALATAN MENJAHIT

BAHAN DAN ALATAN MENJAHIT SERTA FUNGSINYA

Benang Fabrik Gunting

Fungsi Mencantumkan Fungsi Bahan untuk Fungsi Memotong
fabrik. dijahit. fabrik.

Jarum jahit tangan Kapur jahit Pembaris panjang

Fungsi Menjahit jatihan Fungsi Menanda pola Fungsi Mengukur dan
kia, jelujur, fabrik. membuat garis
menyembat dan lurus.
lain–lain.

Peretas Pita ukur Jarum peniti

Fungsi Meretas jahitan Fungsi Mengukur badan Fungsi Mencantum
yang salah. dan bentuk fabrik yang
melengkung. hendak
digunting.

122 • Guru menunjukkan alatan menjahit dan menjelaskan fungsi bahan 5.1.1
5.1.2
NOTA dan alatan kepada murid.
GURU

TEMPAT PENYIMPANAN BAHAN DAN ALATAN MENJAHIT

Gulung pita ukur Gulung benang

Masukkan jarum ke dalam bekas Tutup bahagian atas peretas

Murid melakukan simulasi mengemas alatan menjahit ke dalam bekas khas
alatan menjahit dan menyusun bekas tersebut di almari yang disediakan.

NOTA • Menjelaskan cara mengemas semula alatan dan memasukkan ke dalam 5.1.3
GURU kotak jahitan.
5.1.4 123
• Membimbing murid memilih bekas yang sesuai untuk alatan kecil dan
disimpan dalam kotak jahitan.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Lengkapkan peta minda berikut.

Fabrik JaruFambrpikeniti FKaabpriukr jahit
_____________________ _____________________ _____________________
_____________________ _____________________ _____________________

Peretas FUNGSI Pita ukur
PERALATAN _____________________
_____________________ MENJAHIT _____________________
_____________________

2. Padankan tempat penyimpanan alatan menjahit yang sesuai.

Bekas jarum Bekas gunting Bekas peniti Bekas butang

3. Apakah perkara paling utama apabila memilih bekas penyimpanan
alat jahitan?

A. Material, warna dan harga. Material:
B. Saiz, bentuk dan selamat. Bahan yang
C. Besar, ringan dan warna. digunakan.

GLOSARI

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

1. Nyatakan tiga kepentingan menyimpan bahan dan alatan
menjahit pada tempat yang betul.

124 • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
NOTA
GURU

TAJUK JAHITAN ASAS

2

KENALI JAHITAN ASAS DAN FUNGSINYA

Jelujur Kasar: 1

Menetapkan kedudukan kelepet, kocek dan
kelim sebelum jahitan kekal.

Jelujur Halus: 2

Membuat kedut dan menyambung dua
atau lebih kepingan kain.

Jahitan Kia: 3

Untuk menyambung kain bagi
menggantikan jahitan mesin.

Jahitan Lilit Ubi:
4 Menyambung, menampal dan mencantum

dua keping kain atau lebih.
Kemaskan tepi kocek, kangkang, kelim lengan
dan pinggang.

5 Jahitan Insang Pari:
Mengemaskan tepi fabrik terutama yang tebal.
Mengelakkan kain daripada berbulu.

6
Jahitan Silang Pangkah:
Jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet,
lipatan atau mengemas tepi kain.

Murid melakukan simulasi menjahit semua jenis jahitan asas
menggunakan benang dan perca kain.

NOTA • Membuat demonstrasi langkah-langkah bagi setiap jahitan asas. 5.2.1 125
GURU • Guru menyediakan peralatan seperti gunting, benang, jarum dan perca 5.2.2

kain kepada murid.
• Mengingatkan murid agar berhati-hati menggunakan gunting dan jarum.

MENJAHIT CONTOH JAHITAN ASAS 2 BA
Jahitan Kia

1 BA

Mulakan jahitan dari kanan ke Cucuk jarum sekali lagi pada A
kiri. Cucuk jarum pada A dan dan keluarkan pada B.
keluarkan jarum pada B dengan
jarak yang sesuai. 4

3 B A
C

Cucuk jarum semula pada A Jahit sehingga siap. Matikan
dan keluarkan pada C dengan jahitan dengan jahitan kia
jarak yang sesuai. sebanyak dua kali.

Jahitan kia yang IMBAS SINI
telah siap dijahit.
Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/jahitan-kia/
untuk menonton video jahitan kia.
(Dicapai pada 3 April 2016)

Cari dan kumpul perca kain. Fikirkan satu produk yang sesuai berasaskan
perca kain dengan menggunakan pelbagai jenis jahitan asas.

126 • Membimbing murid melakukan jahitan kia langkah demi langkah. 5.2.3
• Menjelaskan kegunaan jahitan kia dalam aktiviti jahitan.
NOTA
GURU

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Namakan jenis jahitan asas berikut.

i ii iii

2. Berikut adalah kegunaan jahitan kia KECUALI:
A. Menggantikan jahitan mesin.
B. Menjahit kelim yang meretas.
C. Mengemaskan tapak dan menjahit pita zip.

3. Padankan kegunaan khas jahitan asas berikut. Jahitan jelujur kasar

Menetapkan kedudukan
kelepet, kocek dan kelim.

Mengetatkan hujung lengan. Jahitan insang pari

Mengemaskan kangkang, Jahitan jelujur halus
kelim lengan dan pinggang. Jahitan lilit ubi
Jahitan kia
Mengemaskan tepi
fabrik tebal.

Menyambung kain
menggantikan mesin.

1. Senaraikan lima jahitan asas menggunakan jarum tangan.
2. Nyatakan kelebihan jahitan kia berbanding jahitan asas lain.

• Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid. 127

NOTA
GURU

TAJUK

3 ARTIKEL MUDAH

JENIS-JENIS ARTIKEL MUDAH
Artikel mudah bermaksud produk yang dihasilkan menggunakan jahitan asas.
Artikel mudah ini boleh dihasilkan juga dengan menggunakan perca-perca
kain. Artikel mudah tersebut boleh dihias agar nampak menarik dan kemas.

Bekas letak
kerongsang

Jenis Artikel Sarung
Mudah cermin mata

Kerongsang Span
cucuk jarum

Bekas pensel

Beg uncang Sarung tangan

Berdasarkan video yang dipaparkan IMBAS SINI
dalam QR code, jahit satu beg jinjing
(tote bag) menggunakan jahitan asas Layari laman sesawang http://arasmega.
yang dipelajari secara berkumpulan. com/qr-link/jahitan-artikel-mudah/ untuk
menonton video jahitan artikel mudah.
(Dicapai pada 9 Julai 2016)

128 • Menerangkan beberapa cara menghasilkan artikel mudah yang lain. 5.3.1
NOTA
GURU

MEMILIH, MENGHASILKAN DAN MENGHIAS ARTIKEL MUDAH
Mari menghasilkan beg mini.

12 3

Sediakan bahan dan Lipat kedua-dua Jahit lipatan hujung
alatan menjahit. bahagian hujung. menggunakan jahitan kia.

4 5 6

Lipat kain kepada Jahit kedua-dua bahagian Letak sedikit gam pada
dua bahagian. tepi kain menggunakan hujung reben dan tampal
7 jahitan insang pari. di bahagian dalam beg
sebagai tangkai.
Lekatkan butang
sebagai hiasan. INFO

Hiasan yang boleh
diaplikasikan ialah
menggunakan:
Renda
Butang
Labuci
Manik
Reben

Secara berpasangan, murid menghasilkan beg mini
dengan bahan yang disediakan oleh guru.

NOTA • Menerangkan bahan, alatan dan langkah menghasilkan beg mini. 5.3.2
GURU
• Membimbing murid dan menunjukkan cara menghasilkan beg mini. 5.3.3 129

5.3.4

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jenis-jenis artikel mudah.

JENIS
ARTIKEL
MUDAH

2. Namakan bahan hiasan dan kemasan berikut yang sering digunakan
pada artikel mudah.

____________________ ____________________ ____________________

Pilihan jawapan: • Renda • Labuci • Reben

1. Berikan maksud artikel mudah.
2. Berikan beberapa contoh artikel mudah yang boleh dijadikan bahan jualan.
3. Apakah material yang digunakan untuk menghasilkan artikel mudah selain
daripada perca kain?

130 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
GURU

TAJUK

4 PROJEK JUALAN HASIL JAHITAN

PENGIRAAN KOS BAHAN JUALAN
Produk Beg Mini
a) Pengiraan Kos Bahan Mentah

Bahan-bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah Kos
(RM) (RM)
Kain jahit suji bilang (cross-stitch) 1 meter
20.00 20.00
Benang 10 ikat 0.80 8.00
1.00 3.00
Reben 3 gulung 2.50 5.00
0.05 7.50
Gam 2 0.50 1.50
45.00
Butang 150 biji

Jarum 3 batang

Jumlah

b) Pengiraan Kos Upah c) Kos Overhed
Kerja dilakukan sendiri. Kos upah adalah
Elektrik = RM0.80
RM2.00 sejam.
Air = RM0.20
Kos upah = 1 orang x 3 jam x RM2.00
= RM6.00 Jumlah = RM1.00

Kos pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed

= RM45.00 + RM6.00 + RM1.00 BIJAK
= RM52.00 USAHAWAN

Keuntungan yang telah ditetapkan ialah 40%.

Keuntungan = 40 x RM52.00 Bahan jualan boleh dijual
100 kepada rakan sekolah,
guru-guru, jiran dan
= RM20.80 ahli keluarga.

Harga jualan bagi 25 beg mini = RM52.00 + RM20.80
= RM72.80

Harga bagi satu beg mini = RM72.80 25
= RM2.91 (RM2.90)

1. Murid merancang menghasilkan artikel mudah secara berkumpulan.
2. Murid membuat pengiraan kos modal dan kiraan untung

bagi menghasilkan 10 buah beg mini.

NOTA • Fahamkan murid jalan pengiraan kos bahan jualan. 5.4.1
GURU • Guru membimbing murid membuat pengiraan kos modal bagi beg mini.
131

MELABEL BAHAN JUALAN

Dalam perniagaan, label produk merupakan perkara penting. Ia menjadi satu
kemestian bagi memaparkan identiti sesuatu produk supaya:
1. Pelanggan akan mengenali dan mengingati.
2. Menggalakkan belian semula.
3. Sukar ditiru oleh pengeluar lain.

Nama produk

Jenis produk

Jenama pengeluar

Harga jualan

Kod bar

Contoh label produk:

Label polister Label kad

Label kulit Label logam Label kain

Murid diminta mereka bentuk, melukis label produk pada kad manila
mengikut jenis produk dan membentangkan hasil rekaan.

132 • Menjelaskan kepentingan dan cara membuat label produk. 5.4.2

NOTA
GURU

MEMASARKAN BAHAN JUALAN

Pemasaran bahan jualan artikel mudah memerlukan cara tertentu untuk
dipasarkan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan produk yang kita hasilkan
kepada orang ramai. Penjual perlu mengambil kira aspek pengguna, lokasi
jualan, kos pengeluaran dan sebagainya sebelum memasarkan bahan jualan.

Guru

Sekolah Rakan
PIBG
Koperasi

Memasarkan Bahan Komuniti Kampung/
Jualan Melalui: taman
Pasar malam/
pasar tani

Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia

Nasional Pusat kraftangan

Nyatakan cara terbaik Media sosial
bagi mempromosikan
jualan artikel mudah.

1. Murid membincangkan cara memasarkan artikel mudah
dalam kumpulan.
2. Ahli kumpulan mempromosikan jualan artikel mudah yang
dihasilkan sendiri melalui Internet.

• Menjelaskan cara memasarkan bahan jualan. 5.4.3 133

NOTA • Guru membimbing murid untuk mempromosikan jualan artikel mudah
GURU menggunakan Internet.

LATIH MINDA

LATIHAN

1. Matius berminat menjual sarung telefon bimbit ciptaannya. Berdasarkan
maklumat berikut, buat kiraan kos bagi menghasilkan 10 unit sarung telefon
bimbit tersebut.

a. Kos Bahan Mentah

Bahan-bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah Kos (RM)
(RM)
Kain flannel 10 keping 5.00
Butang 10 biji 0.50 0.50
0.05 2.00
Kad manila 10 keping 0.20 0.50
Jarum 1 batang 0.50 1.00
Benang 1 gulung 1.00 9.00
Jumlah

b. Pengiraan Kos Upah c. Kos Overhed

Kerja dilakukan sendiri. Kos upah adalah Elektrik = RM0.80

RM2.00 sejam. Air = RM0.20

Kos upah = 1 orang x 3 jam x RM2.00 Jumlah = RM1.00

= RM6.00

i. Kos pengeluaran:

ii. Kos seunit produk:


2. Sarah menghasilkan tudung ciptaannya untuk dijual di pasaran.
Dia menempah label khas bagi produknya itu. Nyatakan tiga kelebihan
menggunakan label jualan?

(a) ___________________________________

(b) ___________________________________

(c) ___________________________________



1. Nyatakan jenis-jenis label produk jualan.
2. Bincangkan kelebihan media sosial dalam pemasaran produk jualan.

134 NOTA • Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.

GURU

RUMUSAN

Menjahit Artikel Mudah

Maesangs eianiatul :jahitan Mengenali bahan dan
- Jahitan kia peralatan menjahit
- Jelujur kasar serta fungsinya.
--J-JeJalauhhjiutiatranhnaliillniutssuabnig
- Jahitan silang pari Aprrtoikdeulkmyuadnaghdaihdaaslailkhan
pangkah menggunakan
jahitan asas.
Pmkrooejsemkpeejrunluagklaealnnuajparehanintag: niraan kos
Kos bahan dinabPdloaeilvmemidhakudso,iamlsareakukunnokilataai.rhntikdseealcnmaruadah
Kos upah
Kos overhed

135

RUJUKAN

Ab Fatah Ab Rahman. (2006). Farmasi dan Ubat-ubatan. Minden: Penerbit USM.

Ahmad Naim Jaafar, Saiful Nizam Hussain. (2015). Apa Bakat Saya. Bentong: PTS Mellinnia
Sdn Bhd.

Amina Noor. (2009). Haid Masalah Kesihatan dan Seksual Wanita. Kuala Lumpur: Penerbitan
Al-Hidayah.

Charinniza K. Graha. (2014). Kolestrol, Kuala Lumpur: Synergie Media

Hairunnaja Najmuddin. (2007). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan Kerjaya. Bentong:
PTS Profesional.

Idris Mohamad Sharudin Abd Azis. (2014). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pengurusan Kehidupan Tahun 6. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Modul
Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 5.

Nurul Ula’, Noor Aaisa. (2011). Remaja dan Pendidikan Seksual. Serdang: Content Plus
Sdn. Bhd.

Pahrol Mohd Juoi. (2009). Nota Hati Seorang Lelaki. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Roald F.Campbell, John E.Corbally dan Raphael O.Nystrand. (2008). Pengenalan Pentadbiran
Pendidikan. Serdang: Penerbit UPM.

Shahizan,Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin. (2010). Intrapersonal dan Interpersonal.
Bentong: PTS Profesional.

Siti Sairah Mashuri, To’at T.Syari. (2012). Membina Jati diri Muslim Sejati. Kuala Lumpur:
Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

Siti Zuriyani Tumian. (2016). Hanya Lelaki. Shah Alam: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Bumi Gemilang. (2016). Nota dan Latihan Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Dicapai pada 21
Jun 2016, daripada http://www.bumigemilang.com/nota-dan-latihan-kemahiran-hidup-
tingkatan-1/

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. (2016). Hak-hak
Pengguna. Dicapai pada 2 Mei 2016, daripada http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/
index.php/my/pengguna/hp

MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Dicapai pada 2 April 2016, daripada
http://www.myhealth.gov.my

136

Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL


Click to View FlipBook Version