The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrbigbucks200, 2021-08-06 23:56:05

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

Keywords: MASJID JAIP PAHANG

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BUKU PANDUAN

MUKADIMAH

Buku Panduan Pentadbiran Dan Pengurusan Masjid Kariah Negeri Pahang
Darul Makmur ini diterbitkan bagi menjelaskan cara pentadbiran dan pengurusan
masjid berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 dan Kaedah-
Kaedah Masjid 1998 Pindaan 2001. Buku ini hendaklah menjadi rujukan masjid-
masjid kariah dan juga surau-surau Negeri Pahang sebagai panduan. Panduan ini
telah dibengkelkan di dalam Bengkel Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid pada 25
– 27 Februari tahun 2003.

OBJEKTIF
Untuk memberikan satu bentuk panduan kepada Ahli
Jawatankuasa, Biro-Biro serta Pegawai Masjid bagi
menggerakkan program dan aktiviti masjid dalam Negeri

Pahang ;

Untuk mewujudkan pentadbiran dan pengurusan masjid yang
seragam bagi seluruh Negeri Pahang ;

Untuk menjadikan masjid tempat tumpuan masyarakat
sebagai pusat ilmu, dakwah, ekonomi dan sosial ;

Untuk meningkatkan perlaksanaan program dan aktiviti
masjid secara, sistematik dan bersepadu ;

Untuk mewujudkan satu standard kebersihan dan keceriaan
masjid.

AFQTm 20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 1

LATAR BELAKANG

1. PENDAHULUAN

Masjid adalah institusi penting dan utama dalam Islam. Ketika
Baginda Rasulullah S.A.W berhijrah ke Kota Madinah, masjid adalah
institusi pertama yang dibina di Quba’. Pembinaan masjid itu sebagai
langkah awal dalam pembinaan masyarakat dan negara Islam.

Institusi masjid amat besar peranannya kepada sistem
kemasyarakatan Islam. Masjid bukan sekadar komponen bangunan
yang akhirnya menjadi sebuah tempat umat Islam beribadat semata-
mata. Dalam erti kata lain, mengurus dan mentadbir masjid bukan
hanya dilihat dari segi pengurusan bangunan atau fizikal masjid
bahkan lebih dari itu. Sejak awal lagi masjid merupakan sebuah
institusi yang mengurus umat Islam dalam semua hal, bermula dari
urusan ibadah fardhu sehingga kepada urusan pentadbiran masyarakat.
Oleh itu tanggungjawab mengurus masjid juga memerlukan suatu
kesungguhan supaya masyarakat Islam dapat dibangunkan sebagai
insan yang berjaya, cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

Sewajarnya juga mereka yang dipertanggungjawabkan
mengurus masjid memiliki keupayaan yang sesuai dengan kehendak

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Al-Quran dan As-Sunnah seperti beriman dan bertaqwa juga minat
berorganisasi, dalam urusan makruf serta mencegah kemungkaran.

Firman Allah Taala dalam Surah At-Taubah ayat 18.

Maksudnya;
“ Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah

itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang
mendirikan solat, menunaikan haji zakat dan tidak takut melainkan
kepada Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang
mendapat petunjuk.”

Ditinjau matlamat pembinaannya, ternyata masjid mempunyai
peranan besar untuk membentuk ummah menjadi insan bertaqwa,
bersatu padu dalam meningkatkan syiar Islam Islam serta masjid juga
berperanan sebagai pusat komunikasi antara manusia dengan
Pencipta-Nya dan manusia sesama manusia.

2. TAKRIF MASJID

2.1 Bahasa dan Istilah

Masjid dari segi bahasa ialah “ Tempat Sujud ” perkataan asalnya
dari bahasa Arab. Al-Zarkasyi dan Al-Zajaj berpendapat : Kesemua
tempat yang dilakukan ibadah di atasnya adalah masjid. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

“ Dan dijadikan bumi ini bagi aku tempat sujud dan ianya suci

bersih.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hal ini, Qadhi Iyadh berkata “ Ini adalah antara ciri-
ciri umat ini, kerana orang-orang yang sebelum kita tidak akan
bersembahyang kecuali di tempat yang telah diyakini
kebersihannya, kita telah diberi keistimewaan untuk mendirikan
solat di seluruh permukaan bumi kecuali di tempat yang kita
yakini bernajis”.

Al-Qurtubi pula berkata “ Ini adalah keistimewaan yang
diberikan oleh Allah swt kepada Nabi-Nya, kerana para Nabi
yang sebelum ini hanya diharuskan mengerjakan solat di tempat-
tempat yang tertentu sahaja seperti di biara bagi orang Yahudi
dan gereja bagi orang-orang Kristian.”

Oleh itu, ciri keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah
kepada Nabi s.a.w adalah dengan menjadikan bumi
keseluruhannya sebagai tempat sujud. Keistimewaan kedua
ialah dengan menjadikan bumi ini suci bersih. Kedua-dua ciri
keistimewaan ini hanya dianugerahkan kepada Rasulullah s.a.w
dan tidak kepada rasul-rasul yang lain.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3. KEDUDUKAN MASJID

3.1 Kedudukan masjid dalam Islam.

3.1.1 Sebagai rumah Allah, masjid perlu berada di tahap

terbaik dalam semua aspek; kebersihan, keceriaan,

kelengkapan, ketrampilan pegawai-pegawainya,

pengimarahan dan sebagainya.

3.1.2 Masjid perlu bangkit selaras dengan pembangunan
dan perkembangan bidang lain baik dari aspek fizikal
mahupun kerohanian.

3.1.3 Organisasi pengurusan masjid yang berasaskan
sistem pengurusan Islam perlu cekap, teratur, berkesan
dan berkualiti supaya matlamat pembentukan masjid
cemerlang berjaya di capai.

4. SEJARAH PERKEMBANGAN MASJID

Rasulullah S.A.W diutuskan ke alam ini untuk mengajak
manusia melaksanakan kehidupan yang diredhai oleh Allah
Subhanahuwataala melalui ajaran yang dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai ‘ nadi ’
pembangunan dan pembinaan peradaban Islam.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Secara umumnya dalam sirah perjuangan Rasulullah S.A.W ,
masjid berperanan dan mempunyai fungsi yang amat luas.
Antara sejarah perkembangan masjid adalah seperti berikut :-

i. Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis adalah merupakan kiblat
pertama umat Islam selepas peristiwa Israk dan Mikraj dan
bermulanya syariat solat.

ii. Pada waktu penghijrahan awal Rasulullah s.a.w berhijrah ke
Madinah, baginda s.a.w melaksanakan pembinaan Masjid
Quba’ kemudiannya pembinaan Masjid Nabawi.

iii. Pada tahun ke – 8 Hijrah berlakunya peristiwa Fath al-
Makkah. Rasulullah s.a.w menghapuskan semua berhala-
berhala yang ada di sekitar Masjidil Haram dan Kaabah.

iv. Rasulullah S.A.W dalam hidupnya sentiasa berada dalam
lingkungan masjid sehingga baginda s.a.w wafat dan
disemadikan di dalam Masjid al-Nabawi. Jelas daripada sirah
Rasulullah S.A.W begitu mementingkan masjid. Di masjidlah
baginda jadikan pusat ibadat, pusat kegiatan masyarakat,
pusat pentadbiran sehingga banginda dapat menggantungkan
hati-hati para sahabat ketika itu kepada masjid.

Kedudukan masjid pada zaman para sahabat r.a pula tidak
kurang pentingnya dan masjid tetap menjadi pusat peradaban
Islam:

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

i. Khalifah Ar-Rasyidiin yang pertama Saiyidina Abu Bakar al-
Siddiq telah dibai’ah oleh kaum muslimin sebagai khalifah di
Masjid al-Nabawi.

ii Khalifah Ar-Rasyidiin yang kedua Saiyidina Umar al-Khattab
r.a melancarkan program dan aktiviti kepimpinannya berpusat
di masjid termasuklah perlantikan gabenor.

iii Begitu juga para sahabat dan kerajaan Islam ( Umawiyah
dan Abbasiyah) telah menjadikan masjid sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan dan pembangunan ummah.

Kedudukan masjid amat penting dalam membina ketahanan
ummah dan dapat memainkan peranan dalam berbagai-bagai
dimensi demi ketinggian dan keagungan Islam.

5. FUNGSI DAN PERANAN MASJID

5.1 Fungsi dan peranan masjid adalah seperti berikut:-

5.1.1 Pusat Ibadah

5.1.2 Pusat Jalinan Ukhuwwah/Silaturrahim

5.1.3 Pusat Ilmu Pengetahuan/Pengajian

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.1.4 Pusat Pembangunan Ekonomi

5.1.5 Pusat Kebajikan dan Kemudahan

5.1.6 Lain-lain fungsi dan peranan masjid

5.2 Fungsi dan Peranan Masjid Menurut Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991

5.2.1 Tempat orang-orang Islam beribadah terutamanya
mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang-
sembahyang lain;

5.2.2 Tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan
pendidikan-pendidikan yang memberi faedah kepada
ahli qariah yang beragama Islam;

5.2.3 Tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang
berkaitan dengan Agama Islam;

5.2.4 Tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama
oleh pensyarah atau penceramah yang dibenarkan
oleh MUIP, JAIP atau Pegawai Agama Islam Daerah
mengikut mana yang berkenaan;

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.2.5 Pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan
arahan daripada MUIP, JAIP atau Pejabat Agama
Islam Daerah;

5.2.6 Tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan
berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan
dengan kegiatan keagamaan; dan

5.2.7 Apa-apa fungsi lain yang berkaitan dengan kegiatan
Agama Islam sebagaimana diluluskan oleh MUIP dari
semasa ke semasa.
Bagi maksud kaedah ini, perlulah diingat masjid tidak
boleh dijadikan gelanggang berkempen politik atau
perbincangan politik kepartian atau apa-apa isu yang
boleh membawa kepada perpecahan ummah.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID

Mukadimah

Pengurusan dan pentadbiran adalah proses menentukan
kecekapan dan keberkesanan perancangan serta pengawasan
perjalanan mengikut keadaan dan peraturan yang telah
ditetapkan. Ia merupakan sebahagian daripada sistem
masyarakat dalam konteks menentukan matlamat hidup dan
hubungan manusia dengan Allah Taala, manusia sesama
manusia, dan manusia dengan alam seluruhnya. Oleh yang
demikian jawatankuasa hendaklah mengurus dan mengenalpasti
permasalahan yang dihadapi antaranya ialah :-

a. Kecekapan dan konflik dalam organisasi yang dapat
memberi kesan kepada kelicinan dan kewibawaan jentera
pentadbiran.

b. Perancangan program dan aktiviti jangka panjang dan

jangka pendek yang meliputi harapan dan kehendak ahli

kariah.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

1. JAWATANKUASA MASJID KARIAH

1.1 PERLANTIKAN

Masjid – Masjid Kariah Negeri Pahang hendaklah ditadbir oleh

suatu badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kariah yang

terdiri daripada 14 anggota seperti berikut:

(a) seorang Pengerusi

(b) seorang Timbalan Pengerusi

(c) seorang Setiausaha

(d) seorang Bendahari

(e) sembilan orang Jawatankuasa

(f) * Imam sebagai anggota ex-officio

Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan
enam orang ahli jawatankuasa adalah dipilih dan dilantik oleh
MUIP melalui senarai calon dari kalangan ahli kariah yang
berkelayakan yang dicadangkan oleh Pegawai Agama Islam
Daerah setelah diperakui oleh JAIP.

* Tugas Imam sebagai Ex-officio adalah bertanggungjawab memberi nasihat kepada
Pengerusi Jawatankuasa Masjid berhubung dengan segala urusan pentadbiran
masjid. Dalam hal-hal melibatkan soal pentadbiran masjid, Pengerusi
Jawatankuasa Masjid hendaklah merujuk kepada Imam dan nasihat imam
hendaklah dipatuhi

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

MUIP kemudiannya memaklumkan pemilihan dan
perlantikan itu kepada Pegawai Agama Islam Daerah melalui
JAIP.

Pemilihan tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah.

Tiga orang Jawatankuasa Kariah dipilih oleh ahli-ahli
kariah dari kalangan ahli-ahli kariah dalam mesyuarat agong ahli
kariah.

Pemilihan tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah oleh
ahli-ahli kariah tertakluk kepada persetujuan Pegawai Agama
Islam Daerah sebelum mendapat kelulusan MUIP. Sekiranya
MUIP tidak meluluskan pemilihan tersebut maka MUIP boleh
mengarahkan Pegawai Agama Islam Daerah memilih tiga calon
lain yang berkelayakan bagi menggantikan calon yang dipilih
oleh ahli kariah dalam mesyuarat agung tersebut.

Pemilihan tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah boleh
diadakan pada setiap mesyuarat agung ahli kariah yang diadakan
pada setiap tahun, namun pemilihan anggota Jawatankuasa
Kariah tersebut hendaklah diadakan tiap-tiap tiga tahun sekali.

Sekiranya ahli kariah gagal memilih anggota Jawatankuasa
Kariah selepas tamat tiga tahun tempoh jawatan mereka, maka
Pegawai Agama Islam Daerah akan memilih sendiri tiga orang
anggota Jawatankuasa Kariah dan mengemukakannya kepada
MUIP untuk kelulusan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

1.2 TEMPOH PERKHIDMATAN
Anggota-anggota Jawatankuasa Kariah, selain anggota ex-officio
( Imam ) , memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun dan boleh dilantik semula untuk menganggotai
Jawatankuasa tersebut bagi sessi yang akan datang.

1.3 FUNGSI JAWATANKUASA KARIAH
1.3.1Fungsi Am

(a) Bertanggungjawab bagi pentadbiran yang betul dan
sempurna ke atas masjid dan tanah perkuburan Islam
dalam kariahnya;

(b) Bertanggungjawab agar ahli kariah berkelakuan baik dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam; dan

(c) Memberi laporan segera kepada MUIP mengenai semua
perkara yang berlaku dalam kariah yang memerlukan
perhatian MUIP melalui PAID.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

1.3.2Fungsi Khas

(a) Membuat dan menyimpan daftar ahli-ahli kariah dan
menyemak serta membetulkan daftar itu setahun sekali
pada bulan Disember;

(b) Menggalakkan ahli kariah bersembahyang jemaah di
masjid;

(c) Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam;

(d) Menguruskan kelas Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Kuliah,
Syarahan, Kelas Al-Quran, Forum dan kegiatan-kegiatan
lain yang berkaitan dengan agama Islam;

(e) Mengambil tahu dan melaporkan kepada MUIP melalui
Pegawai Agama Islam Daerah mengenai perkara
penyelewengan aqidah dan ajaran yang meragukan yang
berlaku dalam kariahnya;

(f) Mengesyorkan kepada MUIP melalui Pegawai Agama Islam
Daerah mengenai kebajikan masjid dan ahli kariah;

(g) Berusaha menambah kewangan dan harta modal masjid
melalui usaha-usaha yang difikirkannya munasabah;

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

(h) Memaklumkan kepada Pegawai Agama Islam Daerah
segala aktiviti dan program keagamaan yang dicadangkan
hendak diadakan dalam kariahnya dan Pegawai Agama
Islam Daerah boleh membuat keputusan mengenai aktiviti
atau program itu; dan

(i) Menjalankan tugas yang diarahkan oleh MUIP, JAIP atau
PAID, mengikut mana yang berkenaan, dari semasa ke
semasa.

2. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI, TIMBALAN
PENGERUSI, SETIAUSAHA, BENDAHARI, PEMERIKSA
KIRA-KIRA DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID KARIAH

2.1 PENGERUSI

(a) Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa dan
bertanggungjawab berhubung dengan keadaan
ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat itu;

(b) Mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa surat
dan dokumen lain bagi pihak jawatankuasa dan
menandatangani cek bersama dengan Bendahari atau
Setiausaha; dan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

(c) Mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan tidak melebihi
RM250.00 untuk perkara yang mustahak dan memerlukan
tindakan segera serta membawa perkara itu kepada
mesyuarat jawatankuasa untuk disahkan seberapa segera
atau dalam masa tujuh hari dari tarikh meluluskan
perbelanjaan itu,.

2.2 TIMBALAN PENGERUSI

Hendaklah menjalankan fungsi dan kuasa Pengerusi
semasa Pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat atau
semasa ketiadaan Pengerusi oleh kerana apa jua sebab.

2.3 SETIAUSAHA

(a) Memanggil mesyuarat jawatankuasa dengan persetujuan
Pengerusi dan menjalankan segala keputusan yang dibuat
oleh mesyuarat;

(b) Menyediakan minit mesyuarat dan laporan tahunan;

(c) Bertanggungjawab berkenaan dengan urusan surat-
menyurat, menyimpan buku-buku, fail-fail, dokumen-
dokumen lain yang berkaitan dengan jawatankuasa dan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

menandatangani cek bersama-sama Pengerusi atau
Bendahari; dan

(d) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa
ke semasa oleh jawatankuasa atau Pengerusi.

2.4 EX-OFFICIO

(a) Hadir dalam semua mesyuarat jawatankuasa masjid.

(b) Memberi nasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah
berhubung apa jua aktiviti-aktiviti ahli jawatankuasa masjid
yang hendak dirancang.

(c) Menjelaskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah
berhubung apa jua percanggahan antara aktiviti
jawatankuasa dengan peraturan-peraturan pentadbiran
masjid.

(d) Sekiranya Imam I tidak dapat hadir dalam mesyuarat
jawatankuasa, beliau hendaklah mewakilkan timbalannya
( Imam II @ Imam III @ Imam IV sekiranya ada ) sebagai
ex-officio dalam mesyuarat tersebut.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

2.5 BENDAHARI

(a) Menerima dan menyimpan wang yang diserahkan

kepadanya ke dalam * bank yang dipersetujui oleh

jawatankuasa;

(b) Menyimpan akaun kewangan dengan betul dan tepat;

(c) Menandatangani cek bersama dengan Pengerusi atau
Setiausaha dan membuat pembayaran yang telah
dipersetujui oleh jawatankuasa dengan disertakan baucer
yang sah;

(d) Memegang wang tunai sebanyak tidak melebihi RM250.00
atau suatu jumlah yang difikirkan munasabah oleh
jawatankuasa;

(e) Membentangkan akaun perbelanjaan dalam mesyuarat
jawatankuasa dan dalam mesyuarat agung ahli kariah;

(f) Menyediakan senarai harta masjid untuk pemeriksaan juru
audit; dan

(g) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa
ke semasa oleh jawatankuasa atau Pengerusi.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

2.6 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(a) Memeriksa akaun Jawatankuasa Kariah dan lain-lain
dokumen perbelanjaan dari tabung masjid;

(b) Membuat teguran bertulis kepada MUIP melalui Pegawai
Agama Islam Daerah mengenai kepincangan pengurusan
kewangan dan harta masjid; dan

(c) Mengesah dan menandatangani setiap penyata kewangan
sebelum dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat.

2.7 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-
tugas berikut:

(a) Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan
Jawatankuasa Kariah masjid itu;

(b) Memberikan fikiran, pandangan dan cadangan perkara-
perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

(c) Jika ada apa-apa perkara yang bertentangan dengan
ajaran Islam di masjid kariah, hendaklah melaporkannya
dengan seberapa segera yang boleh kepada mesyuarat itu

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

untuk dibincangkan sebelum perkara itu dilaporkan kepada
MUIP.

(d) Menjalankan apa-apa tugas yang telah diputuskan dalam
mesyuarat itu supaya dijalankan olehnya.

(e) Membantu Pegawai Masjid, Setiausaha dan Bendahari
melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugas mereka dan
bersama anggota jawatankuasa kariah yang lain
melaksanakan fungsi-fungsi jawatankuasa kariah.

(f) Membantu Siak masjid menjalankan tugas.

(g) Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan
oleh MUIP, JAIP, PAID, Imam atau Pengerusi Masjid itu.

3. TANGGUNGJAWAB MESYUARAT

3.1 Mesyuarat Agung Ahli Kariah

3.1.1 Mesyuarat Agung Ahli Kariah hendaklah diadakan setahun
sekali untuk membentangkan laporan aktiviti dan
kewangan masjid.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.1.2 Pemilihan anggota Jawatankuasa Kariah boleh diadakan
pada setiap mesyuarat agung ahli kariah, tetapi pemilihan
anggota Jawatankuasa Kariah hendaklah diadakan tiap-tiap
tiga tahun sekali.

3.1.3 Sekiranya ahli kariah gagal memilih anggota jawatankuasa
kariah selepas tamat tiga tahun tempoh jawatan mereka,
maka Pegawai Agama Islam Daerah hendaklah memilih
sendiri anggota jawatankuasa kariah dan
mengemukakannya kepada MUIP untuk kelulusan.

3.1.4 Laporan aktiviti dan kewangan hendaklah disiapkan
sebelum mesyuarat diadakan dan ahli-ahli kariah
hendaklah menerimanya dalam masa tujuh hari sebelum
mesyuarat diadakan.

3.1.5 Laporan mesyuarat agung ahli kariah hendaklah dihantar
kepada MUIP JAIP dan PAID.

3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kariah.

3.2.1 Mesyuarat hendaklah diadakan oleh Pengerusi sekurang-
kurangnya empat kali setahun namun begitu ia boleh
diadakan pada bila-bila masa sekiranya ada perkara
mustahak yang hendak dibincangkan untuk membuat
sesuatu ketetapan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.2.2 Minit mesyuarat yang terdahulu hendaklah dihantar kepada
anggota jawatankuasa yang berkenaan bersama surat
jemputan seminggu sebelum mesyuarat diadakan.

3.2.3 Mesyuarat boleh diadakan dengan kehadiran separuh
daripada anggota jawatankuasa yang berkenaan.

3.2.4 Laporan setiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan
hendaklah dihantar kepada MUIP JAIP dan PAID.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 3

BIRO JAWATANKUASA

Jawatankuasa Masjid Kariah amat perlu menekankan
tentang penubuhan biro-biro. Ia bertujuan bagi memastikan
pentadbiran masjid akan lebih terurus dan terancang serta
membantu melunasi peranan dan tanggungjawab setiap ahli
jawatankuasa masjid sehingga masjid berkenaan menjadi satu
institusi yang berfungsi dan menyumbang ke arah pembangunan
ilmu dan pembangunan masyarakat. Masjid tidak sekadar
sebagai tempat solat dan ibadah khusus semata-mata.
Penubuhan biro-biro diharap dapat “ memasyarakatkan ” masjid.
Jawatankuasa yang dilantik hendaklah menubuhkan biro
masing-masing sebagaimana panduan yang dijelaskan di dalam
buku ini.

1. PENGISIAN JAWATANKUASA BIRO

Setiap biro dipengerusikan oleh salah seorang daripada ahli
jawatankuasa. Ahli jawatankuasa biro pula dilantik daripada
kalangan mereka yang ahli atau mereka yang mempunyai kaitan
dalam bidangnya untuk membantu jawatankuasa merancang dan
melaksanakan aktiviti dan program yang dicadangkan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Setiap biro dikehendaki melantik jawatankuasa kecil tidak
kurang dari lima orang dan tiada had maksimum. Ia bertujuan
bagi melibatkan seberapa ramai ahli kariah aktif dalam kerja-
kerja kebajikan dan sukarela melalui masjid masing-masing.

2. PENGURUSAN KEWANGAN BIRO

Setiap biro perlu merancang aktiviti mengikut kesesuaian
dan kemampuan, segala peruntukan untuk membiayai program
dan aktiviti biro hendaklah diselaraskan oleh Bendahari
Jawatankuasa.

3. PERLAKSANAAN AKTIVITI

Setiap program dan aktiviti yang dirancang oleh biro
hendaklah dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa untuk
persetujuan mengenai :-

3.1 Cadangan aktiviti yang hendak dilaksanakan.

3.2 Peruntukan yang diperlukan.

3.3 Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Kariah agar perlaksanaan aktiviti tersebut
dapat dilaksanakan dan mencapai matlamat.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

4. TUGAS AHLI JAWATANKUASA BIRO

4.1 Pengerusi Biro

a. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa
biro.

b. Merancang dan merangka perlaksanaan program dan
aktiviti biro

c. masing-masing sebagaimana yang dicadangkan
dalam buku panduan.

d. Menandatangani segala surat dan dokumen
jawatankuasa biro.

e. Melaporkan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
kepada jawatankuasa masjid.

f. Memastikan segala aktiviti biro yang dirancang
dilaksanakan mengikut jadual.

4.2 Timbalan Pengerusi Biro

a Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa biro
sekiranya
ketiadaan pengerusi biro.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

b Membantu Pengerusi biro dalam melaksanakan tugas-
tugasnya.

4.3 Setiausaha Biro

a Menyedia dan mengedarkan surat-surat panggilan
mesyuarat.

b Menjalankan pentadbiran harian urusetia biro seperti
surat menyurat yang diarahkan oleh Pengerusi Biro
dari semasa ke
semasa.

c Menghadirkan diri pada setiapkali diadakan
mesyuarat jawatankuasa biro.

d Melaporkan perkara-perkara yang perlu diambil
tindakan segera kepada Pengerusi Biro.

e. Menyelia dan menyelenggara tempat mesyuarat.

f. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
jawatankuasa biro.

g. Mengedarkan minit kepada jawatankuasa biro tidak

lewat 14 hari dari tarikh mesyuarat.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

H. Menyiapkan segala fail-fail dan rekod-rekod aktiviti
biro.

j. Menghantar minit mesyuarat dan laporan biro kepada
jawatankuasa masjid.

4.4 Ahli Jawatankuasa Biro

a. Membantu Pengerusi dan Setiausaha dalam
merancang program dan aktiviti biro.

b. Bertanggungjawab dalam mengimarahkan masjid
dan surau dengan menjalankan aktiviti-aktiviti masjid
serta menjadi ahli jamaah tetap masjid masing-masing.

c. Membantu melaksanakan program yang telah

dirancang oleh biro setelah mendapat

persetujuan jawatankuasa masjid.

d. Menjaga imej dan nama baik masjid.

e. Hadir pada setiap mesyuarat jawatankuasa
biro.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

f. Sentiasa berusaha mencari idea-idea baru untuk
dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa biro bagi
meningkatkan pembangunan dari semasa ke semasa.

g. Segera melaporkan perkara-perkara yang perlu
diambil tindakan segera oleh Ketua Biro.

h. Berkhidmat kerana Allah Subhanahuwataala untuk
kebaikan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

5. BIRO-BIRO JAWATANKUASA MASJID

Setiap Jawatankuasa dikehendaki menubuhkan biro-biro
seperti berikut:-

5.1 Biro Pengurusan dan Pentadbiran
5.2 Biro Pendidikan, Dakwah, Penerbitan dan

Perhubungan Awam
5.3 Biro Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan
5.4 Biro Ekonomi, Kebajikan dan Sosial
5.5 Biro Hal Ehwal Wanita, Belia dan Beliawanis.
5.6 Mana-mana yang difikirkan sesuai.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

6. TUGAS BIRO DAN AKTIVITI YANG DICADANGKAN
6.1 *** Biro Pengurusan dan Pentadbiran
a. Menguruskan sistem fail dan rekod
b. Menguruskan hal ehwal perjawatan dan kebajikan Ahli
Jawatankuasa serta Pegawai Masjid.
c. Mengendalikan penyelenggaraan masjid (fizikal)
d. Menyediakan data / maklumat masjid
e. Menguruskan sistem kewangan masjid
f. Menyediakan pakaian rasmi yang seragam bagi
pegawai-pegawai masjid
g. Menyediakan skim galakan kepada Imam-Imam yang
menghafaz surah-surah tertentu yang diwajibkan.
6.2 Biro Pendidikan, Dakwah dan Penerbitan
a. Mengadakan kelas-kelas pengajian secara sistematik

*** Setiausaha Jawatankuasa hendaklah dilantik sebagai Pengerusi Biro Pengurusan Dan Pentadbiran

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

b. Menubuhkan kelas-kelas pembelajaran bagi kanak-kanak
seperti kelas Fardhu Ain, kelas Al-Quran, Tahfiz dan kelas-
kelas tambahan akademik.

c. Menubuhkan kelas tadika Islam

d. Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji dan
kumpulan nasyid.

e. Mengadakan kelas bimbingan Bahasa Arab

f. Mengadakan seminar, forum, syarahan, ceramah, kursus,
diskusi dan lain-lain sempena hari-hari kebesaran Islam
dan berterusan dari masa ke semasa.

g. Menyusun aktiviti usrah ahli kariah dan jawatankuasa.

h. Menyusun program Qiyamullail

i. Mengadakan program motivasi, kursus, bimbingan
peperiksaan.

j. Mengadakan majlis membaca Yaasin, Tahlil, Solat Hajat
bersama dengan pihak sekolah dan PIBG tatkala
menghadapi peperiksaan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

k. Mengadakan Solat Hajat beramai-ramai dari masa ke
semasa memohon keamanan, kesejahteraan ahli kariah
dan umat Islam amnya.

l. Mewujudkan sebuah perpustakaan lengkap sebagai pusat
sumber masyarakat setempat.

m. Mengadakan penerbitan seperti buletin, risalah dan lain-
lain.

n. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

6.3 Biro Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan.

a. Mengawasi keselamatan masjid, harta masjid dan ahli
jemaah.

b. Mengadakan program-program kebersihan dan keceriaan
masjid seperti gotong-royong yang melibatkan ahli kariah
dan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

c. Memastikan kawasan luar dan dalam masjid sentiasa
bersih dan ceria.

d. Mengadakan jadual giliran pembersihan di kalangan ahli
biro dan ahli kariah.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

e. Memastikan kawasan masjid sebagai kawasan larangan
merokok.

f. Memastikan kelengkapan masjid seperti Al-Quran, sejadah,
telekung, kain pemidai dan lain-lain di dalam keadaan
bersih dan kemas.

g. Menyediakan kemudahan-kemudahan di luar masjid seperti
rak kasut, tempat simpan beg, tempat letak kenderaan
yang teratur dan lain-lain.

h. Mewujudkan lanskap di persekitaran masjid.

i. Menyediakan kemudahan awam bagi jemaah dan musafir.

j. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

6.4 Biro Ekonomi, Kebajikan dan Sosial

a Aktiviti Ekonomi seperti mencari sumber kewangan tetap
dan berterusan sebagai dana masjid melalui :

- Yuran tetap
- Sumbangan tetap individu, syarikat

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

- Memajukan tanah wakaf

- Pelaburan yang diiktiraf syarak dan berisiko rendah

- Mengadakan aktiviti ekonomi seperti ekspo, pameran,
jualan barangan cenderamata masjid, buku-buku
berunsur keagamaan dan lain-lain.

b. Aktiviti Kebajikan dan Sosial seperti :-

- Mewujudkan tabung derma untuk anak yatim.

- Mengadakan sesi bimbingan khidmat nasihat dan
kaunseling.

- Menganjurkan program-program mengeratkan
silaturrahim antara ahli kariah.

- Mengadakan program-program kebajikan bersama
dengan JKKK, JKKR, PIBG, NGO, Badan Korporat dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan.

- Mengadakan majlis-majlis seperti perkahwinan,
berkhatan, khatam Al-Quran, gotong-royong dan
lain-lain.

- Menganjurkan program-program kesihatan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

seperti rawatan, berkhatan beramai-ramai dan
penerangan atau ceramah kesihatan.

- Mengadakan kelas-kelas pengurusan jenazah, kelas
masakan, jahitan, kemahiran kraftangan, pusat
jagaan kanak-kanak dan lain-lain.

- Mengadakan usaha memberi bantuan kepada
pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim, golongan
fakir miskin, orang sakit, uzur, musafir dan mualaf.

- Mengadakan ziarah dari rumah ke rumah
terutama jika ada ahli kariah yang uzur.

6.5 Biro Hal Ehwal Wanita ( Helwa ), Belia dan
Beliawanis.

a. Mengadakan program pembangunan wanita, belia
dan beliawanis

b. Menyediakan kemudahan riadah

c. Menganjurkan program-program ilmiah, sukan dan
kesenian.

d. Mewujudkan pasukan beruniform masjid

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

e. Mengadakan pusat teknologi maklumat seperti
komputer, internet dan lain-lain.

f. Mengadakan aktiviti-aktiviti seni pertahanan diri
seperti taekwando, silat dan lain-lain.

g. Mengadakan aktiviti rehlah, ekspedisi, mendaki,
perkhemahan dan lain-lain.

h. Mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi seperti
mewujudkan pasukan bola sepak masjid, pasukan
bola jaring dan lain-lain.

i. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

7. PERLAKSANAAN AKTIVITI BIRO

Oleh kerana program dan aktiviti yang dicadangkan di atas
merupakan aktiviti secara umum dan menyeluruh, dalam masa
yang sama terdapat pertindihan tugas antara satu biro dengan
biro yang lain, maka bagi melaksanakan aktiviti secara terperinci
di peringkat masjid dicadangkan supaya jawatankuasa
melaksanakan dahulu beberapa program dan aktiviti yang
difikirkan sesuai dengan masjid dan ahli kariah masing-masing
serta bergantung kepada kemampuan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Ahli jawatankuasa diharapkan dapat menjalankan tugas
dengan memilih dan mengatur program dan aktiviti yang sesuai.
Setelah aktiviti tersebut dikenalpasti, maka barulah program
pembangunan ekonomi dan kewangan untuk menjayakan
program yang dirancang itu dijalankan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 4

PEGAWAI-PEGAWAI MASJID

1. PENGENALAN

Bagi setiap masjid kariah dalam Negeri Pahang hendaklah
dilantik Imam, Khatib, Bilal dan Siak yang hendaklah disifatkan
sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan seperti yang diperuntukkan oleh Enakmen
Pentadbiran Undang-undang Islam.

Imam, Khatib dan Bilal hendaklah dilantik oleh MUIP dari
kalangan orang-orang yang difikirkan layak oleh MUIP. Dan

adalah menjadi kewajipan Imam untuk memberitahu MUIP
dengan segera akan apa-apa kekosongan atau perubahan butir-
butir mengenai masjidnya.

Bilangan Imam, Khatib, Bilal dan Siak bagi sesuatu masjid
adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh JAIP dan diluluskan
oleh MUIP .

2. PROSES PERLANTIKAN PEGAWAI MASJID
2.1 Pegawai masjid kariah

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Sesiapapun dari kalangan ahli kariah yang
berkelayakan boleh dicalonkan oleh Jawatankuasa Kariah
sebagai pegawai masjid bagi dikemukakan kepada JAIP dan
senarai calon-calon tersebut akan dipanggil untuk sessi
temuduga.

Setelah dipertimbangkan dan lulus dalam proses
temuduga, JAIP akan mengemukakan nama calon yang dipilih
kepada MUIP bagi tujuan lantikan dan diberi tauliah atau surat
perlantikan sebagai Pegawai Masjid Kariah .

3. KELAYAKAN UMUM PEGAWAI-PEGAWAI MASJID

3.1 Kelayakan Khusus

3.1.1 Tidak disyaratkan mempunyai kelayakan akademik
secara formal.

3.1.2 Boleh membaca dan menulis tulisan jawi dan rumi
dengan baik.

3.1.3 Mengetahui hukum fikah terutama dalam bab ibadah
khususnya solat.

3.1.4 Boleh membaca Al-Quran dengan baik mengikut
hukum tajwid yang sempurna.

3.1.5 Mempunyai gaya suara yang baik dan menarik.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.1.6 Mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tauhid,
tafsir, hadis serta maklumat am.

3.1.7 Lulus ujian kelayakan dan temuduga yang ditetapkan
3.1.8 Berkemampuan melaksanakan tugas dan

tanggungjawab

3.2 Kelayakan sahsiah

3.2.1 Beragama Islam, bermazhab akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan bermazhab fekah al-Shafie.

3.2.2 Berumur tidak melebihi 60 tahun atau masih
berkemampuan dengan budi bicara MUIP.

3.2.3 Sihat tubuh badan, sempurna penglihatan dan
pendengaran dan tidak mengalami penyakit kronik

3.2.4 Bermaustatin di kawasan di mana jawatan dilantik.
3.2.5 Berhemah tinggi, disenangi dan menjadi contoh

masyarakat setempat.
3.2.6 Tidak pernah disabit dengan kes jenayah sama ada

oleh Mahkamah Sivil mahu pun Mahkamah Syariah.
3.2.7 Mempunyai ahli keluarga yang baik, berakhlak mulia

dan sentiasa menjaga tatasusila Islam.

4. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MASJID

4.1 Bertanggungjawab menjaga masjid mengikut cara dan
peraturan yang sesuai untuknya dan menurut apa-apa

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

arahan yang diberi oleh MUIP dan JAIP dari semasa ke

semasa.

4.2 Bertanggungjawab menjaga tanah perkuburan dalam

kariah masjidnya.

4.3 Dengan segera memberitahu PAID mengenai segala

perkara yang berlaku dalam kariahnya yang menghendaki

perhatian PAID, terutamanya mengenai agama Islam.

4.4 Mempunyai kuasa tidak membenarkan dijalankan aktiviti-

aktiviti dalam masjidnya tanpa kebenaran bertulis

daripada MUIP, JAIP atau PAID ; dan

4.5 Menjalankan apa-apa tugas atau kuasa lain sebagaimana

ditetapkan oleh MUIP dalam tauliah masing-masing.

5. TEMPOH JAWATAN PEGAWAI MASJID

5.1 Setiap Pegawai Masjid Kariah memegang jawatan
selama yang dikehendaki
oleh MUIP :

5.2 MUIP boleh menamatkan perkhidmatan atau memecat
seseorang Pegawai
Masjid dengan memberi notis satu bulan.:

5.3 Had umur Pegawai Masjid Kariah boleh menjawat
jawatan itu apabila
mencapai umur 60 tahun kecuali jika difikirkan perlu ;

5.4 MUIP boleh melantik seseorang yang umur melebihi 60
tahun dengan syarat-syarat yang difikirkan patut.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

6. KAWALAN DAN ARAHAN KE ATAS PEGAWAI MASJID

6.1 Khatib, Bilal dan Siak hendaklah tertakluk kepada kawalan
dan arahan Imam dalam melaksanakan tugas ; dan

6.2. Imam dan mana-mana pegawai masjid tertakluk kepada
arahan MUIP, JAIP dan PAID dari semasa ke semasa.

7. KUASA PEGAWAI MASJID

7.1 Pegawai Masjid mempunyai kuasa seperti yang ditetapkan
dalam tauliah ;

7.2 Pegawai Masjid hendaklah disifatkan sebagai Pengkhidmat
Awam mengikut Pengertian Kanun Keseksaan dalam
menjalankan tugas dan kuasa.

8. TUGAS PEGAWAI MASJID

8.1 Tugas Am

8.1.1 Menjalankan semua urusan pentadbiran dan
pengimarahan masjid bersama-sama dengan ahli
jawatankuasa;

AFQTm20


Click to View FlipBook Version