The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrbigbucks200, 2021-08-06 23:56:05

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

Keywords: MASJID JAIP PAHANG

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

4.4 Program tahunan
4.5 Program berkala

4.1 Program harian

4.1.1 Kelas Fardhu Ain dewasa, wanita dan kanak-kanak.
4.1.2 Ziarah ahli kariah
4.1.3 Tazkirah ringkas selepas setiap solat waktu ( 5 minit

sahaja dengan membaca tafsir al-Quran ataupun hadis)
4.1.4 Jamuan ( jemaah membawa juadah secara sukarela )
4.1.5 Solat jemaah setiap waktu terutama kepada ahli

jawatankuasa dan pemimpin masyarakat setempat
4.1.6 Bersalaman antara jemaah selepas setiap solat

digalakkan.
4.1.7 Membudayakan Al-Quran
4.1.8 Dan lain-lain.

4.2 Program mingguan

4.2.1 Bacaan Al-Quran, yaasin dan tahlil ( tidak semestinya
pada malam Jumaat )
4.2.2 Solat hajat selepas solat Isya’ / solat Jumaat ( untuk
kejayaan dan kesejahteraan umat Islam, jauh dari bencana,
peperiksaan dll )
4.2.3 Pertemuan dan perbincangan antara AJK ( Usrah )
4.2.4 Mengeluarkan risalah mingguan
4.2.5 Solat Jumaat

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

4.2.6 Gotong-royong masyarakat kariah ( sekitar masjid dan
kubur )

4.2.7 Bacaan ma’thurat / muhasabah selepas solat subuh.
4.2.8 Kelas bimbingan / tuisyen
4.2.9 Kelas takmir
4.2.10 Kuliah Maghrib / Subuh
4.2.11 Kelas pengajian al-Quran
4.2.12 Dan lain-lain.

4.3 Program bulanan

4.3.1 Ceramah bulanan ( penceramah jemputan )
4.3.2 Qiyamullail ( Imam sebagai pembimbing )
4.3.3 Program kesihatan ( taklimat, derma darah,
pemeriksaan kesihatan, kempen-kempen dan lain-lain )
4.3.4 Pertandingan ilmiah ( khutbah, syarahan, tulisan jawi,
melukis, dll )
4.3.5 Bengkel celik al-Quran )
4.3.6 Dan lain-lain.

4.4 Program tahunan

4.4.1 Sambutan hari kebesaran Islam (rujuk taqwim)
4.4.2 Berkhatan beramai-ramai
4.4.3 Ziarah kampung orang asli
4.4.4 Meraikan saudara baru (kenduri)
4.4.5 Majlis khatam al-Quran

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

4.4.6 Ujian tilawah al-Quran peringkat kariah

4.4.7 Hari keluarga kariah

4.4.8 Anugerah kecemerlangan pelajar

4.4.9 Ibadah Korban berkelompok

4.4.10 Berbuka puasa, solat tarawih, tadarus al-Quran dan

Qiyamullail ( bulan Ramadhan)

4.4.11 Dan lain-lain

4.5 Program berkala

4.5.1 Ceramah agama
4.5.2 Forum
4.5.3 Kursus haji
4.5.4 Kursus Pengurusan Jenazah
4.5.5 Majlis perkahwinan
4.5.6 Dan lain-lain

Aktiviti yang disenaraikan di atas sebahagian daripadanya
memang sudah dilaksanakan di masjid secara tradisi dan
kebiasaannya . Disenaraikan juga cadangan-cadangan baru yang
berkemungkinan boleh dan dapat dilaksanakan di masjid dan surau.
Walau bagaimanapun cadangan ini tetap perlu dibincangkan
dengan lebih lanjut bagi menentukan kesesuaian pelaksanaannya di
sesebuah kariah serta mengikut kemampuan dan keadaan
masyarakat setempat.

5. CONTOH KERTAS KERJA PELAKSANAAN AKTIVITI

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Di bawah ini adalah dua contoh kertas kerja yang boleh dijadikan
sebagai format panduan dalam merancang, menyediakan kertas
kerja dan seterusnya melaksanakan aktiviti yang dikehendaki.
Kedua-duanya hanya merupakan contoh dan masih banyak perkara
yang perlu difikirkan dan ditambah lagi bagi memantapkan
perlaksanaannya kelak.

5.1 PERPUSTAKAAN MASJID

5.1.1Objektif

5.1.1.1 Menjadikan masjid sebagai tempat rujukan
masyarakat dan sumber ilmu

5.1.1.2 Mendekatkan masyarakat dengan masjid
5.1.1.3 Menyediakan kemudahan orang ramai bagi sesuatu

kariah.

5.1.2Kemudahan

5.1.2.1 Menyediakan bilik khas untuk perpustakaan
(jika mampu) dilengkapi dengan kerusi, meja, papan
tulis, komputer dan rak buku.

5.1.2.2 Bagi masjid yang tidak ada kemudahan bilik
khas, bolehlah mewujudkan sudut perpustakaan
yang sesuia dan dilengkapi dengan rak buku serta
papan kenyataan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.1.2.3 Buku-buku yang sesuai adalh buku berunsur
keagamaan, buku rujukan pelajar, buku cerita
tauladan, majalah-majalah dan sebagainya.

5.1.3Sumber Kewangan

Bagi tujuan membeli peralatan perabot dan buku-
buku, beberapa sumber kewangan yang dicadangkan
mengikut kesuaian tempat adalah seperti berikut:

5.1.3.1 Peruntukan wakil rakyat
5.1.3.2 Ahli dermawan
5.1.3.3 Ahli korporat
5.1.3.4 Lain-lain

5.1.4Strategi Pengumpulan Bahan

5.1.4.1Program Mewaqafkan buku oleh ahli kariah

Mengadakan kempen sumbangan buku- buku

terpakai daripada ahli kariah atau mana-

mana pihak yang mahu menyumbang.

5.1.4.2 Sumbangan penaja

Mendapatkan sumbangan buku dari kedai- kedai

buku atau jabatan-jabatan tertentu.

5.1.4.3 Hasil kutipan masjid

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Memperuntukkan pembelian buku dari sumbangan

orang ramai setiap minggu dengan cara

pembelian secara bulanan ( sekurang - kurangnya

dua atau tiga buku sebulan)

5.1.4.4 Tabung derma khas untuk

perpustakaan

Menyediakan tabung khas untuk pembelian buku-

buku perpustakaan yang diletakkan berhampiran

dengan rak buku di sudut perpustakaan.

5.1.5Pengurusan

5.1.5.1 Biro yang dipertanggungjawabkan bagi
menguruskan Perpustakaan Masjid ialah Biro
Pendidikan, Dakwah dan Pengurusan.

5.1.5.1 Biro ini hendaklah melantik petugas
pengurusan perpustakaan. Jika berkemampuan elok
digajikan secara bulanan melalui duit masjid. Jika tidak
berkemampuan, tugasan itu boleh dilakukan secara
sukarela oleh AJK Biro atau mana-mana ahli kariah yang

berminat secara berjadual.

5.1.6Tugasan
5.1.6.1 Mengkelaskan buku

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.1.6.2 Menyusun dan mengemas buku lain-lain
5.1.6.3 Menjaga urusan keluar masuk buku
5.1.6.4 Menjaga keselamatan buku dan
peralatan perpustakaan

5.1.7Kaedah Perlaksanaan

5.1.7.1 Membaca di masjid sahaja. Tidak dibenarkan
membawa keluar buku, atau

5.1.7.2 Membaca di masjid dan boleh meminjam buku
tersebut tidak lebih dari 3 buah sekali pinjam
(kebiasaan) atau jumlah lain yang difikirkan wajar
mengikut jumlah naskhah yang ada.

5.1.8Masa Penggunaan

5.1.8.1 Petugas boleh menentukan masa perpustakaan
dibuka untuk pinjaman dan sebagainya.

5.1.8.2 Bagi buku yang benilai tinggi atau hanya satu
naskhah sahaja ditandakan dengan stiker berwarna
dan diklasifikasikan sebgai rujukan dan diletakkan di
rak berasingan. Bahan rujukan ini hanya boleh
dibenarkan untuk dipinjam selama 3 hari sahaja.

5.1.8.3 Seeloknya masa perpustakaan bermula dari
pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang atau mengikut
kesesuaian setempat , keperluan masyarakat dan
kesanggupan petugas.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.2 KURSUS MOTIVASI

5.2.1Objektif

5.2.1.1 Mendedahkan peserta dengan pelbagai ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan motivasi,
kepimpinan, pengurusan, pengurusan kewangan,
kerja berkumpulan, teknikal dan sebagainya.

5.2.1.2 Menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran
ilmu pengetahuan dan maklumat semasa.

5.2.1.3 Mewujudkan satu perkongsian bijak dalam
usaha memajukan ummah.

5.2.2Bidang Tumpuan

5.2.2.1 Motivasi
5.2.2.2 Kepimpinan
5.2.2.3 Pengurusan dan pentadbiran
5.2.2.4 Pengurusan kewangan
5.2.2.5 Akademik
5.2.2.6 Kerja berkumpulan
5.2.2.7 Bina Kerjaya

5.2.3Sasaran

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.2.3.1 Pelajar sekolah
5.2.3.2 Pekerja kilang
5.2.3.3 Ahli kariah

5.2.4Anjuran bersama

5.2.4.1 Sekolah-sekolah
5.2.4.2 Masjid kariah lain
5.2.4.3 IPTA atau IPTS
5.2.4.4 Badan Bukan Kerajaan (NGO)

5.2.5Tenaga pembimbing

5.2.5.1 Pegawai Agama
5.2.5.2 Profesional yang berkaitan
5.2.5.3 Guru sekolah
5.2.5.4 Badan Bukan Kerajaan (NGO)

5.2.6Perlaksanaan

5.2.6.1 Masa : 2 hari (mengikut kesesuaian)
5.2.6.2 Hari : Sabtu dan Ahad
5.2.6.3 Kekerapan: Bergantung kepada keperluan

5.2.7Kewangan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.2.7.1 Peruntukan dari tabung masjid atau
sumbangan pihak tertentu.
( Boleh diperincikan mengikut kos makan, saguhati
penceramah, sewa peralatan, runcit dan lain-lain)

5.3 HARI KELUARGA KARIAH

5.3.1Pengenalan
Program ini merupakan satu lagi usaha untuk
mencapai matlamat masjid sebagai pusat kegiatan
masyarakat Islam.

5.3.2Rasional

5.3.2.1 Kesibukan mengejar kehidupan dewasa
ini telah merenggangkan silaturrahim sesama
ahli kariah.

5.3.2.2 Semakin hilang acara dan agenda sosial
dalam kehidupan masyarakat.

5.3.2.3 Ziarah menziarahi sudah tidak menjadi
amalan.

5.3.3Matlamat

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.3.3.1 Untuk menjalinkan silaturrahim antara
anak kariah

5.3.3.2 Menyatupadukan ahli kariah tanpa
mengambil kira pandangan politik, taraf hidup
dan lain-lain jurang perbezaan

5.3.3.3 Masjid sebagai pusat kegiatan kariah
5.3.3.4 Menanamkan rasa sayang kepada masjid

dan merasakan masjid adalah milik bersama.

5.4 Perlaksanaan

5.4.1Pengelola

5.4.1 Pembentukan jawatankuasa kecil
5.4.2 Jawatankuasa kecil jamuan
5.4.3 Jawatankuasa kecil acara permainan
5.4.4 Jawatankuasa kecil jemputan dan ceramah
5.4.5 Jawatankuasa kecil gotong-royong

5.4.2Penetapan tarikh
Cuti umum

5.4.3Menetapkan acara

5.4.3.1 Melaksanakan kerja gotong-royong di
masjid dan sekitar kampong

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

5.4.3.2 Menganjurkan permainan tradisi atau
sukaneka

5.4.3.3 Untuk kanak-kanak
5.4.3.4 Membuat kutipan sumbangan untuk

sesuatu projek kemudahan awam dalam kariah

5.4.4Menetapkan tetamu jemputan

5.4.4.1 Pemimpin masyarakat setempat
5.4.4.2 Semua ahli kariah
5.4.4.3 Anak ahli kariah yang bertugas diluar
5.5 Kewangan

5.5.1 Sumbangan ahli kariah menerusi kempen
5.5.2 Wang masjid
5.5.3 Sumbangan pemimpin masyarakat
5.5.4 Sumbangan bentuk barangan seperti beras, gula dan

sebagainya.
( Boleh diperincikan mengikut kos makan, aktiviti,
hadiah, runcit, peralatan, kanopi dan lain-lain
keperluan)

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

CONTOH TAKWIM AKTIVITI MASJID

PANDUAN PENGGUNAAN TAKWIM

1. Isikan Jadual Harian, Mingguan, Bulanan dan Tahunan
Aktiviti Masjid

2. Antara kandungan takwim merangkumi mesyuarat
perancangan tahunan, mesyuarat khas, mesyuarat agung,
aktiviti kelas mingguan, ceramah bulanan, bersiri, program
Hari-hari Kebesaran Islam dan lain-lain aktiviti bagi
mengelakkan aktiviti bertindih

3. Takwim ini boleh boleh disesuaikan dengan aktiviti

4. Sila hantar sesalinan takwim aktiviti tahunan kepada Pejabat
Agama Islam Daerah ( PAID ), Jabatan Agama Islam Pahang (
JAIP ) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
( MUIP )

\

PERANCANGAN TAHUN HIJRAH / MASEHI

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

HAR Jan Feb Mac Ap Mei Jun Jul Og Sep Okt Nov Dis
I ro
ISN
SEL
RAB
KHA
JUM
SAB
AHA
ISN
SEL
RAB

KHA
JUM

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

SAB
AHA
ISN
SEL
RAB
KHA
JUM
SAB
AHA
ISN
SEL
RAB
KHA

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

JUM
SAB
AHA
ISN
SEL
RAB
KHA
JUM
SAB
AHA

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 7
PENGURUSAN KEWANGAN MASJID

1. TANGGUNGJAWAB MENTADBIR HARTA

Jawatankuasa Kariah bertanggungjawab bagi pihak MUIP
menjaga dan mentadbir harta masjid dan berhak diberi dan
menerima serta menggunakan hasil pendapatan dari sumber
harta masjid, wakaf khas atau wakaf am untuk faedah masjid
dan yang berkaitan dengannya atau untuk kebajikan am agama
dan orang-orang Islam.

2. KEGIATAN DAN PENDAPATAN MASJID

Jawatankuasa Kariah boleh menjalankan apa-apa kegiatan bagi
tujuan mencari derma dan menambah harta sebagai sumber
kewangan untuk membiayai masjid dan yang berkaitan
dengannya dengan syarat bahawa kegiatan yang dijalankan tidak
bercanggah dengan hukum Syarak.

2.1 Kutipan Derma

2.1.1Pungutan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

2.1.1.1 Menyediakan resit derma

2.1.1.2 Kutipan dari rumah ke rumah (

setahun sekali / dua kali )

2.1.1.3 Kutipan di tempat perhimpunan ramai.

2.1.1.4 Dermawan, golongan berada, ahli

korporat dan anak-anak kariah yang berjaya.

2.1.1.5 Penderma tetap

2.1.1.6 Lain-lain sumber

2.1.2Tabungan

2.1.2.1 Tabung tetap di pintu masjid

2.1.2.2 Tabung bergerak sebelum khutbah Jumaat

dibaca

2.1.2.3 Tabung Hari Raya

2.1.2.4 Tabung Ihya Ramadhan

2.1.2.5 Tabung korban Aidil Adha

2.1.2.6 Tabung di tempat umum.

2.1.2.7 Lain-lain tabung yang difikirkan sesuai

2.2 Sumber Pendapaatan

2.2.1 Jualan, Koperasi, Mini market, Cenderamata, Lain-
lain Cetakan Seperti Poster, Sewaan, Khemah,
Peralatan Kenduri-Kendara, Pakej Perkahwinan dan
Aqiqah serta Korban, khairat kematian dll

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

2.2.2 Lain-lain Pelaburan Seperti Lot-lot Gerai, Kelas
Tuisyen Berbayar, Ekspo, Pelaburan Hartanah dan
Sebagainya.

2.3 Perbelanjaan

2.3.1 Wang yang diperolehi bukan untuk

disimpan bahkan mesti dibelanjakan dengan

cara ynag terbaik bagi aktiviti masjid, baikpulih,

peralatan, kebajikan dan lain-lain yang

berkaitan dengan masjid yang difikirkan

baik oleh Jawatankuasa Masjid.

2.3.3 Sumber pendapatan melalui kutipan

tabung kerana tujuan khusus hendaklah dibelanja

dan disalurkan mengikut tujuan kutipan tersebut dan

tidak dicampuradukkan penggunaannya dengan

tujuan-tujuan selainnya. Misalnya tabung anak yatim

atau tabung tulisan jawi hendaklah disalurkan bagi

tujuan tersebut dan tidak digunakan untuk

pembaikpulihan atau selainnya.

2.4 SIMPANAN

2.4.1 Wang masjid mestilah disimpan dalam akaun bank
berteraskan Islam dan bersifat Mudharabah

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

2.5 ASAS PERAKAUNAN

2.5.1Panduan Perolehan Dan Pengagihan Wang

2.4.1.1 Sediakan buku tunai ( Lampiran A )
2.4.1.2 Sediakan resit terimaan ( Lampiran B )
2.4.1.3 Sediakan baucer bayaran ( Lampiran C )
2.4.1.4 Buka akaun bank syariah ( Al-Wadiah mana

yang sesuai.
2.4.1.5 Kuasa menandatangani cek diberikan kepada :-
2.4.1.5.1 Pengerusi
2.4.1.5.2 Bendahari
2.4.1.5.3 *Setiausaha

2.5.2Urusan kewangan mestilah :

2.4.3.1 Akaun yang sentiasa di kemaskini
2.4.3.2 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan

tahunan.
2.4.3.3 Mempamerkan penyata bulanan di papan

kenyataan masjid.

3. PENYELENGGARAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

* Kaedah-kaedah Masjid 1998 subkaedah 14 ( 1 ) ( b ) memperuntukan Pengerusi dan Bendahari bagi
menandatanganii cek. Pengurusan dengan institusi kewangan memerlukan 2 daripada 3 penama.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.1 KEBERSIHAN

Kebersihan masjid menggambarkan kecekapan pengurusan
dan pentadbiran sesebuah masjid / surau selain memaparkan
sikap pentadbir dan ahli jemaah masjid berkenaan. Berikut
adalah perkara-perkara lazim yang mesti diambil perhatian oleh
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa:-

3.1.1 Kebersihan dalaman masjid
3.1.2 Kebersihan peralatan dan kelengkapan masjid.
3.1.3 Kebersihan kawasan luaran masjid
3.1.4 Kebersihan tempat wudhu’ atau kolah.
3.1.5 Kebersihan tandas.
3.1.6 Kebersihan kemudahan awam.
3.1.7 Lain-lain

Seksyen 94 (b) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam

1991( Enakmen No.3 tahun 1991 ) memperuntukkan

pegawai masjid yang dilantik hendaklah “

bertanggungjawab menjaga masjid mengikut cara dan

peraturan yang sesuai untuknya dan menurut apa-apa yang

diberi oleh Majlis dan Jabatan Agama dari masa ke semasa ”

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.2 KECERIAAN

Selain pengurusan pentadbiran yang berkualiti, pengisian
aktiviti kerohanian yang baik, fizikal masjid juga perlu dijaga.
Pegawai Masjid dan Jawatankuasa boleh mencadangkan
perkara-perkara berikut:

3.2.1Tindakan jangka pendek

3.2.1.1 Gotong-royong

3.2.1.2 Mengecat semula masjid

3.2.1.3 Membina atau membaikpulih kemudahan-

kemudahan masjid seperti paip, kolah, tandas dan

sebagainya.

3.2.1.4 Menanam pokok-pokok bunga dan

mewujudkan lanskap menarik ( air pancut, kolam

ikan dan sebagainya ).

3.2.1.5 Memasang lampu berwarna-warni sempena

hari-hari kebesaran Islam dan Negeri.

3.2.1.6 Menyediakan kawasan letak kereta yang

mencukupi, teratur dan selamat.

3.2.1.7 Mengadakan penunjuk-penunjuk arah

seperti dewan solat, tandas, bilik pegawai dan lain-

lain. Atau papan tanda larangan seperti dilarang

merokok, dilarang membuat bising ketika Imam

berkhutbah, dilarang membuang sampah

merata-rata dan lain-lain.

3.2.1.8 Menanam pokok buah-buahan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.2.1.9 Menyediakan papan kenyataan awam masjid.

3.2.1.10 Hiasan dalaman seperti seni khat ayat Al-

Quran dan Hadis, gambar-gambar Masjid Al-Haram

dan lain-lain.

3.2.1.11 Memagar kawasan masjid.

3.2.1.12 Melengkapkan masjid dengan komputer,

perpustakaan, bilik persalinan ( musafir ) dan bilik

solat bagi musafir

3.2.1.13 Melengkapkan masjid dengan

kelengkapanmoden seperti alat audio visual dan

lain-lain, membina sistem penggunaan semula

air wudhu’ untuk siraman tanaman.

3.2.1.14 Lain-lain usaha yang difikirkan perlu.

3.2.2Tindakan jangka panjang

3.2.2.1 Menyelia dan memantau kebersihan dan

keceriaan dalam dan luar sepanjang masa.

3.2.2.2 Merancang program baru bagi menangani

masalah kebersihan termasuk aspek kesihatan.

3.2.2.3 Menganjurkan kempen kebersihan melalui

kursus, seminar, khutbah, kuliah dan lain-lain.

3.2.2.4 Mendapatkan peruntukan kewangan bagi

tujuan melaksanakan program pembangunan fizikal.

3.2.2.5 Memastikan semua pekerja kontrak

perkhidmatan kebersihan dan keselamatan di bawah

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

tanggungjawab menjalankan tugas yang
diamanahkan.

Sila rujuk LAMPIRAN A bagi senarai lengkap borang penilaian
kebersihan dan keceriaan masjid yang boleh dijadikan panduan
dalam menjaga kebersihan dan mewujudkan keceriaan mengikut
standard yang ditetapkan oleh Jabatan.

3.3 AGENSI YANG BOLEH DILIBATKAN

Di dalam melaksanakan program-program kebersihan
dan keceriaan, pihak jawatankuasa boleh melibatkan
agensi-agensi yang dapat menyumbangkan pandangan,
tenaga, kepakaran dan juga kewangan. Antara agensi
yang boleh dilibatkan adalah seperti:

3.3.1 Jabatan –jabatan kerajaan
3.3.2 Agensi-agensi swasta dan Badan berkanun
3.3.3 Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ( NGO)

3.3.4 Orang perseorangan dan Lain-lain

Pengurusan organisasi masjid yang cemerlang dan berkualiti
akan mampu mengangkat martabat institusi masjid itu sendiri
sama ada segi fizikal yang melibatkan kebersihan dan keceriaan
mahu pun segi kerohanian melibatkan program dakwah dan
pembangunan insan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Lampiran A

BAUCER TUNAI

Tarikh PERKARA Wang MasuWk ang Keluar Baki
RM12,350
Januari 04 RM12,000

1/1/2004Baki di bawa ke RM12,350.0-0

hadapan

3/1/2004Bayaran api dan air RM350.00

Lampiran B

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

RESIT
BAUCER BAYARAN

No. Bil. :………………………………

Kepada

…………………………………………………

…………………………………………………

……………………………………………….

Bil Perkara Jumlah

1 Menyediakan 20 orang x

makanan RM10.00 x 2

Hari = RM

400.00

Jumlah: Empat ratus Ringgit RM400.00

Sahaja

………………………. ……………………………

( Tanda Tangan Penerima ) ( Tanda Tangan Pengeluar )

Jawatan :

Tarikh :

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

RESIT Lampiran C
BAUCER PENERIMAAN

Kepada : No. Bil. :………………………………
…………………………………………………
…………………………………………………
……………………………………………….

Bil Perkara Jumlah
1 Derma More = RM 400.00

Jumlah: Empat ratus Ringgit Sahaja RM400.00

………………………………….
( Tanda Tangan Penerima )
Jawatan:

Tarikh :

AFQTm20


Click to View FlipBook Version