The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrbigbucks200, 2021-08-06 23:56:05

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID KARIAH NEGERI PAHANG

Keywords: MASJID JAIP PAHANG

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

8.1.2 Menjadi Pegawai Syarak, pemimpin masyarakat
setempat dalam hal ehwal keagamaan, kebajikan dan
social; dan

8.1.3 Menguruskan kebajikan dan hal ehwal
kemasyarakatan setempat seperti pengurusan
jenazah, pembimbing majlis tahlil dan lain-lain.

8.2 Senarai Tugas Pegawai Masjid Kariah

8.2.1Imam

8.2.1.1 Menjadi Pegawai Syarie dalam kariah masjid itu dan
mengimamkan solat fardu dan apa jua solat oleh
jemaah lain di masjid itu.

8.2.1.2 Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah
orang Islam ahli kariah atau yang mati di kariah
masjid itu sehingga sempurna dikebumikan.

8.2.1.3 Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya.
8.2.1.4 Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-

perkara tentang agama Islam kepada anak kariah
masjid .
8.2.1.5 Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran
agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid
itu.
8.2.1.6 Membimbing Bilal, Siak dan anak kariah masjid itu
menjalankan tugas-tugas Imam.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

8.2.1.7 Menghadiri tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa kariah
masjid sebagai ex-officio ( penasihat ) .

8.2.1.8 Mengawasi kebersihan dan hal ehwal
penyelenggaraan masjid.

8.2.1.9 Memelihara dan menepati waktu solat
8.2.1.10 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh MUIP, JAIP

dan Pejabat Agama Daerah dari semasa ke semasa.

8.3.1 Bilal

8.3.1.1 Memangku/membantu tugas-tugas imam semasa
ketiadaan imam.

8.3.1.2 Azan dan iqamat bagi tiap-tiap solat fardu.
8.3.1.3 Membaca ayat-ayat Al-Quran dan tarhim sebelum

azan bagi solat Subuh dan ayat-ayat Al-Quran dan
taslim sebelum azan bagi solat Jumaat.
8.3.1.4 Bilal memberi peringatan kepada makmuk tentang
keutamaan mendengar khutbah.
8.3.1.5 Membaca ayat Al-Quran yang telah ditetapkan
ketika Imam atau khatib menaiki mimbar pada solat
Jumaat.
8.3.1.6 Membaca selawat atau doa yang telah ditetapkan
ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah
dalam Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. ( rujuk
lampiran )
8.3.1.7 Mengingatkan jemaah tentang niat solat hari raya
dan kaifiatnya sebelum solat dimulakan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

8.3.1.8 Berselawat Solat Tarawih.
8.3.1.9 Membantu imam bertadarus Al-Quran di masjid,

mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak, mengajar,
berlatih dan memimpin membaca marhaban dan
berzanji, mengajar perkara-perkara Fardu Ain
kepada orang dewasa, menyempurnakan urusan
jenazah, apabila diminta berbuat demikian,
8.3.1.10 Membantu mengetuai Majlis Tahlil dan Bacaan
Yaasin apabila diminta berbuat demikian.
8.3.1.11 Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai
Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid itu dan;
8.3.1.12 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Majlis,
Jabatan, Pegawai Agama dan Imam dari semasa ke
semasa.

8.3.2 Siak

8.3.2.1 Menjaga kebersihan keseluruhan masjid.
8.3.2.2 Memastikan pintu dan tingkap masjid dibuka dan

ditutup pada setiap hari.
8.3.2.3 Memastikan tikar dan sejadah dibentangkan

sebelum solat dan digulung selepas itu.
8.3.2.4 Memastikan tandas-tandas, bilik-bilik mandi, tempat

wudhu’ dan kolam masjid itu dibersihkan.
8.3.2.5 Memastikan tikar, sejadah, kain putih dan

kelengkapan lain di masjid itu dalam keadaan
bersih.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

8.3.2.6 Memastikan dan bertanggungjawab ke atas
keselamatan barangan masjid.

8.3.2.7 Melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini
yang berlaku di masjid ini kepada Pengerusi atau
Imam Masjid itu;

8.3.2.8 Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan
Jawatankuasa Kariah Masjid itu dan

8.3.2.9 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh MUIP, JAIP,
Pegawai Agama Daerah dan Imam dari semasa ke
semasa.

9. ETIKA KERJA PEGAWAI MASJID

Kakitangan masjid adalah merupakan pemegang amanah

di rumah Allah. Mereka perlu melaksanakan tugas

dengan penuh:

 dedikasi,

 berakhlak,

 bertatasusila dan

 berdisiplin

untuk menjadikan sesebuah masjid itu cemerlang.

Bagi memastikan masjid mampu menjadi pusat
pembangunan insan dari segi rohani dan fizikal, maka
digariskan etika kerja bagi pegawai masjid seperti berikut:-

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

9.1 ETIKA IMAM, BILAL DAN SIAK

9.1.1Penampilan

9.1.1.1 Beriman dan bertaqwa kepada Allah serta sentiasa
berpegang
dengan amalan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.

9.1.1.2 Jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas.
9.1.1.3 Berperibadi mulia dan menjadi contoh yang baik

kepada masyarakat.
9.1.1.4 Memiliki daya kepimpinan yang baik.
9.1.1.5 Memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti tawadhu’,

zuhud, toleransi, wara’, sabar, amanah, istiqamah
dan lain-lain.
9.1.1.6 Menegur dengan bijaksana dan berfikiran terbuka.
9.1.1.7 Sentiasa menepati masa.
9.1.1.8 Sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang
baik danmenjauhi perkara-perkara yang mungkar.
9.1.1.9 Sentiasa memelihara maruah diri, ahli keluarga
dan organisasi.
9.1.1.10 Berpakaian kemas, bersih dan sempurna mengikut
kesesuaian keadaan tempat dan masa.
9.1.1.11 Digalakkan memakai jubah, serban dan bau-bauan
ketika menjalankan tugas.
9.1.1.12 Mengutamakan kepentingan umum daripada
kepentingan peribadi.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

9.1.1.13 Menjaga kehormatan diri supaya disukai dan
dihormati oleh masyarakat.

9.1.1.14 Perihatin kepada masalah dan keperluan masjid
serta ahli kariahnya.

9.1.1.15 Sentiasa dalam keadaan berwudhu’ ketika dalam
masjid.

9.1.1.16 Sentiasa mesra dan ceria.
9.1.1.17 Bersedia meningkatkan ilmu dari semasa ke

semasa.
9.1.1.18 Sentiasa memberi panduan, nasihat dan

bimbingan kepada kakitangan masjid dan kariah.

9.1.2 Larangan

9.1.2.1 Menghampiri perkara-perkara yang boleh
merosakkan akidah, syariah dan akhlak.

9.1.2.2 Menghampiri perkara-perkara tahyul, khurafat,
bida’ah, sia-sia, perkara-perkara yang ditegah oleh
syarak dan yang menjejaskan maruah diri dan
organisasi.

9.1.2.3 Mempunyai sifat-sifat tercela seperti pemarah,
hasad dengki, ujub, takbur, sombong, riak, fitnah
dan lain-lain.

9.1.2.4 Menganggap kerja sebagai beban bukan sebagai
ibadah.

9.1.2.5 Membawa sebarang pengaruh politik tertentu dalam
masjid.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

9.1.2.6 Melakukan perkara-perkara yang menyalahi
undang-undang syarak dan sivil.

10. KOMUNIKASI PEGAWAI MASJID

Takrif komunikasi

10.1 DENGAN ANGGOTA MASYARAKAT

Imam, Bilal dan Siak hendaklah:

10.1.1 Mewujudkan hubungan yang baik dan mesra
dengan ahli kariah.

10.1.2 Mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang
dianjurkan oleh masyarakat kariah.

10.1.3 Menghadirkan diri di dalam majlis-majlis yang
dianjurkan oleh masyarakat setempat apabila
mendapat undangan daripada mereka.

10.1.4 Menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli
jawatankuasa masjid.,Ahli Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung atau Rancangan, NGO
dan Pegawai-pegawai sektor awam yang lain.

10.2 KAEDAH-KAEDAH KOMUNIKASI

10.2.1 Pegawai Masjid perlulah melibatkan diri dalam
masyarakatnya.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

10.2.2 Pegawai Masjid perlulah mengambil berat
tentang keadaan masyarakat.

10.2.3 Pegawai Masjid bersikap terbuka menerima
pandangan orang lain.

10.2.4 Pegawai Masjid hendaklah menjadi sumber
maklumat bagi anggota masyarakatnya dalam hal-hal
keagamaan dan urusan dunia.

10.3 ADAB-ADAB KOMUNIKASI

10.3.1 Mengamalkan sifat mahmudah dan
meninggalkan sifat Mazmumah.

10.3.2 Sentiasa berpakaian yang ditentukan syariat
Islam dan dipandang indah oleh masyarakat.

10.3.3 Berbudi bahasa dan bersopan-santun serta
berakhlak mulia.

10.3.4 Menyampaikan dakwah bukan menghukum.

11. PANDUAN BERCERAMAH DI MASJID DAN SURAU

11.1 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

11.1.1 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan
Adat Resam Melayu Pahang 1982 ( Pindaan 1987 )

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

“ Seksyen 161- Sesiapa kecuali di tempat kediamannya
sendiri dan di hadapan ahli-ahli rumahnya sahaja
mengajar apa-apa hukum atau ajaran Ugama Islam
dengan tiada mempunyai Tauliah daripada Ke bawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan adalah melakukan satu
kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan
didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara
tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya”.

“ Seksyen 169 - Sesiapa yang tidak patuh kepada
titah perintah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
selaku Ketua Ugama Negeri atau terhadap apa-apa
arahan yang sah dari Majlis, mana-mana
Jawatankuasanya atau pegawainya atau terhadap
hukuman, perintah atau arahan mana-mana Mahkamah
termasuk Mahkamah Ulangbicara atau pegawai-pegawai
Mahkamah atau pegawai-pegawai Masjid adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah
dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua ribu
ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau
kedua-duanya.”

11.1.2 Enakmen Pentadbiran Undang-undang
Islam 1991

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

“ Seksyen 94 ( d ) - Pegawai Masjid yang dilantik di
bawah seksyen 93 hendaklah mempunyai kuasa
menghalang mana-mana orang yang hendak bersyarah
dalam masjidnya tanpa kebenaran bertulis dari Majlis atau
Jabatan Agama;”

11.1.3 Kaedah-kaedah Masjid 1998 (Pindaan 2001)

“ Kaedah 21- Majlis boleh dari masa ke semasa
memberi arahan sama ada secara bertulis atau lisan kepada
mana-mana masjid mengenai apa-apa perkara dan masjid
itu adalah terikat dengan arahan sedemikian.”

11.2.GARIS PANDUAN BERCERAMAH DI MASJID-MASJID
DAN SURAU-SURAU DALAM NEGERI PAHANG DARUL
MAKMUR ( Pekeliling Majlis Oktober 2001 )

11.2.1 Permohonan Kebenaran Berceramah
/Kuliah / Syarahan

11.2.1.1 Pemohon / Penganjur hendaklah mengisi borang
yang disediakan di Pejabat Agama Islam Daerah
dan hendaklah menghantar permohonan tersebut
kepada Pegawai Agama Islam Daerah berkenaan;

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

11.2.1.2.1 Tidak dibenarkan mengadakan ceramah selagi
kebenaran belum dikeluarkan;

11.2.2 Syarat Penceramah

11.2.2.1 Mempunyai tauliah daripada Majlis Ugama Islam
dan Adat Resam Melayu Pahang atau
mendapat kebenaran daripada Majlis Ugama
Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau
Jabatan Agama Islam Pahang;

11.2.2.2 Hendaklah mengajar mengikut fiqh Mazhab As-
Syafie dan aqidah ahlisunnah wal jamaah;

Semasa mengajar tidak boleh menyentuh soal-soal
politik kepartian;
Mengelak daripada menyentuh isu-isu sensitif
yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat;

11.2.2.3 Tidak mengeluarkan fatwa;
11.2.2.4 Hendaklah mengajar di tempat yang ditentukan

sahaja;

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

11.2.2.5 Tidak dibenarkan mengutip derma tanpa

kebenaran Majlis Ugama Islam dan

Adat Resam Melayu Pahang

11.2.3 Khutbah

11.2.3.1 Pegawai-pegawai masjid yang berkenaan

sahaja yang dibenarkan membaca khutbah.

Bagi khatib-khatib jemputan hendaklah terlebih

dahulu mendapat kebenaran Majlis Ugama

Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau

Pegawai Agama Islam Daerah berkenaan;

11.2.3.2 Khutbah yang dibaca hendaklah khutbah

yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri

Pahang;

11.2.3.3 Khutbah-khutbah lain hendaklah

terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang;

11.2.3.4 Semua khutbah hendaklah

mengandungi bacaan doa bagi KDYMM Sultan

Pahang dan KDYMM Tengku Mahkota Pahang

di samping doa-doa lain;

11.2.3.5 Khutbah hendaklah disampaikan dengan

tertib, bersopan, berhemah serta menggunakan

bahasa yang baik dan tidak menggunakan

ungkapan atau perkataan yang cemar dan sia-

sia.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

11.2.4 Tugas Pegawai Masjid
11.2.4.1 Pegawai Masjid hendaklah dengan kuasanya

tidak membenarkan mana-mana orang yang
hendak berceramah atau menyampaikan khutbah
yang tidak mendapat kebenaran bertulis daripada
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang atau Pegawai Agama Islam Daerah.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 5

PANDUAN BERMESYUARAT

1. LATARBELAKANG

1.1 Peranan jawatankuasa amatlah penting dalam merancang
perlaksanaan sesuatu dasar dan program organisasi,
memperoleh nasihat daripada pihak-pihak yang
mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam perkara
tertentu, menyelaras dan memantau usaha-usaha
perlaksanaan.

1.2 Untuk mencapai matlamat organisasi, sesebuah
jawatankuasa mestilah mengadakan mesyuarat dari
semasa ke semasa. Mesyuarat yang diadakan hendaklah
mempunyai tujuan tertentu. Agenda dan jadual mesyuarat
hendaklah dirancang dengan teliti untuk menentukan
perjalanan mesyuarat dijalankan dengan cekap dan
berkesan. Mesyuarat yang dirancang dan diuruskan
dengan baik akan menggalakkan ahli-ahli memberi
sumbangan berkesan dalam masyarakat.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

1.3 Untuk membantu keberkesanan fungsi sesebuah
jawatankuasa, sebuah urusetia boleh dilantik. Urusetia ini
akan berfungsi bagi menjalankan tugas-tugas seperti
merancang dan mengatur mesyuarat, menghantar surat-
surat jemputan mesyuarat, mewujudkan satu sistem
pengesanan tindakan ke atas individu-individu yang
dipertanggungjawabkan mengenai keputusan mesyuarat
yang telah dijalankan ( tindakan susulan ).

2. TANGGUNGJAWAB URUSETIA

Tiga peringkat tanggungjawab urusetia dalam perlaksanaan
sesebuah mesyuarat :-

1.1 Tindakan Pra Mesyuarat
1.2 Tindakan Semasa Mesyuarat
1.3 Tindakan Selepas Mesyuarat

2.1 Tindakan Pra Mesyuarat

a. Menentukan perkara-perkara berikut selepas berbincang
dengan Pengerusi:-
i. Agenda
ii. Tarikh
iii. Masa

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

iv. Tempat Mesyuarat

b. Sekiranya mesyuarat dipersetujui untuk dilaksanakan di
tempat selain masjid, maka tempahan bilik mesyuarat lain
perlu dibuat. Tempahan perlulah secara bertulis dan
maklumat-maklumat berikut hendaklah diberi kepada
pegawai yang bertanggungjawab menerima tempahan :

i. Nama Jawatankuasa
ii. Nama Pengerusi Mesyuarat
iii. Nama Setiausaha Mesyuarat
iv. Tarikh, masa mula mesyuarat dan jangka tamat.
v. Bilangan anggota yang akan menghadiri mesyuarat
vi. Keperluan peralatan ketika mesyuarat
vii. Jamuan ringan

c. Sekiranya mesyuarat jawatankuasa melibatkan

pembentangan kertas kerja, urusetia hendaklah

menentukan kertas kerja yang disediakan oleh pihak-pihak

berkaitan bagi pembentangan dalam mesyuarat diterima

dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari sebelum

mesyuarat. Urusetia juga dikehendaki memberitahu pihak-

pihak yang dipertanggungjawab untuk menyediakan kertas

kerja mengenai :-

i. Bilangan salinan kertas kerja yang diperlukan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

ii. Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif
sekiranya kertas kerja melebihi 15 muka surat.

d. Menghantar surat jemputan mesyuarat. Urusetia mestilah
memastikan ahli-ahli mesyuarat menerima surat jemputan
mesyuarat dan dokumen-dokumen berkenaan dalam tempoh
sepuluh hari sebelum sesuatu mesyuarat diadakan. Surat
jemputan mesyuarat mestilah mengandungi maklumat-
maklumat asas seperti :-

i. Nama Jawatankuasa
ii. Tarikh dan tempat mesyuarat
iii. Masa
iv. Agenda
v. Nama Pengerusi
vi. Jenis Pakaian

e. Agenda mesyuarat hendaklah disusun dalam bentuk
seperti berikut :-

i. Kata aluan Pengerusi
ii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
iii. Perkara-perkara berbangkit
iv. Membentang laporan kewangan
v. Pembentangan kertas-kertas kerja ( jika ada )
vi. Hal-hal lain.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

f. Memastikan persediaan kemudahan bilik meyuarat urusetia
hendaklah memastikan bilik mesyuarat disediakan
mengikut pelan mesyuarat. Semakan ini bagi memastikan
perkara-perkara berikut:-

i. Menentukan bilik mesyuarat dalam keadaan baik,
bersih dan kemas.

ii. Tempat duduk mencukupi untuk semua ahli
mesyuarat

iii. Jamuan/minuman ringan disediakan

Sekurang-kurangnya satu jam sebelum mesyuarat
dimulakan, urusetia sudah pun memastikan perkara-
perkara di atas.
g. Menentukan kehadiran.

Dalam mesyuarat yang penting, urusetia dikehendaki
menghubungi ahli-ahli mesyuarat untuk memastikan
kehadiran mereka atau menghantar wakil.

h. Perbincangan Pra Mesyuarat.

Urusetia perlu mengadakan perbincangan dengan
Pengerusi untuk meneliti maklum balas dan mengenal pasti
masalah-masalah yang timbul sebelum mesyuarat. Seelok-
eloknya hal ini dilakukan dua hari sebelum mesyuarat
diadakan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

2.2 Tindakan Semasa Mesyuarat

a. Mencatat minit mesyuarat. Perkara yang perlu direkodkan
seperti berikut:-

i. Senarai kehadiran mesyuarat
ii. Perkara-perkara penting yang dibincangkan
iii. Keputusan-keputusan yang dibuat
iv. Tindakan-tindakan susulan oleh pihak berkenaan

2.3 Tindakan Selepas Mesyuarat

a. Draf minit untuk kelulusan Pengerusi hendaklah
dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa untuk
mendapatkan persetujuan tidak lewat dari tiga hari selepas
tarikh mesyuarat diadakan.

b. Minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh Pengerusi
Mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat
tidak lewat dari satu minggu selepas tarikh mesyuarat
diadakan.

c. Format Minit Mesyuarat

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Format minit mesyuarat hendaklah disusun mengikut
susunan agenda mesyuarat. Contoh format minit
mesyuarat adalah seperti di Lampiran A.

d. Susunan Nama Ahli-Ahli Mesyuarat

Catatan nama-nama ahli mesyuarat hendaklah disusun
mengikut kekananan ahli-ahli yang hadir.

e. Catatan Perbincangan

Catatan minit mesyuarat hendaklah direkodkan secara
padat, tepat dan jelas. Catatan setiap perkara yang
dibincangkan hendaklah diikuti dengan nota yang
menunjukkan sama ada tindakan lanjut diperlukan atau
untuk makluman sahaja misalnya:-

( Catatan Minit )

Tindakan : ( nama pihak yang berkaitan )

atau;

( Catatan Minit )

Tindakan : Untuk makluman sahaja

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

f. Pengesanan Maklum balas Pelaksanaan Keputusan
Mesyuarat

Ahli-ahli mesyuarat atau mana-mana pihak yang telah
dipersetujui mesyuarat untuk melaksanakan keputusan
mesyuarat perlu memberi maklum balas kepada urusetia
mesyuarat. Urusetia pula akan bertanggungjawab untuk
mengesan pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat
tersebut. Oleh yang demikian, adalah mustahak satu rekod
disediakan untuk mengesan maklum balas bagi keputusan-
keputusan mesyuarat yang penting. Butir-butir terkandung
dalam rekod pengesanan maklum balas ini adalah seperti
berikut:

i. Bilangan
Berikan nombor secara bersiri bagi setiap perkara yang
dicatatkan di dalam rekod pengesanan.

ii. Rujukan Minit
Rujukan bilangan minit mesyuarat dan perenggan
berkaitan.

iii. Perkara
Tajuk perkara seperti mana tercatat dalam minit mesyuarat
berkaitan.

iv. Tarikh Hantar
Tarikh menghantar minit mesyuarat kepada pihak-pihak
berkenaan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

v. Organisasi/Jawatankuasa/Biro
Nama Organisasi/Jawatankuasa/Biro yang dikehendaki
memberi maklum balas.

vi. Tarikh maklum balas patut diterima oleh
urusetia.
Tarikh maklum balas sepatutnya diterima oleh urusetia.

vii. Tarikh maklum balas diterima.
Tarikh maklum balas diterima oleh urusetia.

viii. Tarikh maklum balas dibentangkan.
Tarikh maklum balas dibentangkan di dalam mesyuarat.

ix. Status
Nyatakan sama dan tindakan telah selesai atau
memerlukan tindakan susulan.

Untuk menentukan urusetia menerima maklum balas
seperti yang dikehendaki, Pengerusi mesyuarat hendaklah
dari semasa ke semasa menekankan supaya pemberian
maklum balas disediakan dan dihantar mengikut jadual.
Sebagai norma kerja, maklum balas patut diterima oleh
urusetia selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh
mesyuarat berikutnya.

h. Laporan Maklum balas Oleh Urusetia

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Maklumbalas-maklum balas yang diterima oleh urusetia
hendaklah diedarkan untuk perhatian ahli-ahli mesyuarat.
Urusetia hendaklah menyusun maklum balas-maklum balas
yang diterima mengikut tajuk-tajuk seperti di dalam minit
mesyuarat. Untuk memudahkan lagi proses penelitian dan
membuat keputusan oleh ahli-ahli mesyuarat, urusetia
hendaklah membuat ringkasan dan penganalisaan
terhadap maklum balas-maklum balas yang diterima.

Urusetia hendaklah menyediakan laporan maklum balas
bagi setiap keputusan mesyuarat mengikut format berikut:
Cabutan Keputusan
Taip semula keputusan mesyuarat seperti mana tercatat di
dalam minit mesyuarat.
Ringkasan dan Ulasan Urusetia
Urusetia hendaklah menyediakan ringkasan serta
penganalisaan mengenai maklum balas dan pelaksanaan
keputusan-keputusan mesyuarat.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Maklum balas daripada Organisasi

/Jawatankuasa/biro

Maklum balas-maklum balas lengkap yang diterima oleh
urusetia mengenai pelaksanaan sesuatu keputusan
hendaklah disertakan sebagai lampiran kepada Laporan
Maklum balas Urusetia. Maklum balas-maklum balas
disusun mengikut tajuk Organisasi/AJK/Biro.

Senarai Jawatankuasa/Biro yang belum memberi
Maklum balas

Senarai nama Jawatankuasa/Biro yang perlu memberi
maklum balas tetapi masih belum berbuat demiakian juga
perlu disertakan sebagai lampiran kepada Laporan Maklum
balas Urusetia.

i. Menentukan Format Maklum balas Organisasi
/Jawatankuasa /Biro

Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan
mesyuarat hendaklah menghantar maklum balas kepada
urusetia mesyuarat dengan menggunakan format berikut:-

Cabutan Keputusan
Taip semula keputusan mesyuarat sepertimana tercatat
dalam minit mesyuarat.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Kedudukan Masa Kini
Beri keterangan mengenai tindakan-tindakan yang telah
diambil untuk melaksanakan keputusan mesyuarat.
Peringkat Pelaksanaan Pencapaian
Buat perbandingan antara pelaksanaan/ pencapaian
sebenar dengan pelan pelaksanaan.
Masalah Pelaksanaan
Sebutkan masalah pelaksanaan, jika ada yang telah
menghalang pencapaian matlamat keputusan mesyuarat.

Cadangan Penyelesaian Masalah
Beri keterangan mengenai cadangan jabatan/agensi untuk
mengatasi masalah yang dihadapi.

j. Penyediaan Laporan Maklum balas Oleh Pihak
Bertanggungjawab

Ketika keputusan mesyuarat memerlukan maklum balas
mengenai pelaksanaan program-program yang melibatkan
seluruh agensi-agensi, tanggungjawab penyediaan laporan
maklum balas hendaklah diberi kepada agensi yang
bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program
tersebut.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Maklum balas-maklum balas yang diterima oleh urusetia
hendaklah diserah kepada agensi berkenaan untuk
membuat ringkasan dan penganalisaan serta menyediakan
laporan maklum balas. Pihak berkenaan dikehendaki
menyediakan laporan maklum balas dalam tempoh dua
minggu.

3. BENTUK MESYUARAT

3.1 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH

Mesyuarat Agung Ahli Kariah hendaklah diadakan setahun
sekali untuk membentangkan laporan aktiviti dan
kewangan masjid.

Pemilihan tiga orang anggota Jawatankuasa Kariah boleh
diadakan pada setiap mesyuarat agung ahli kariah, tetapi
pemilihan anggota Jawatankuasa Kariah mestilah diadakan
setiap tiga tahun sekali.

3.1.1 Mesyuarat hendaklah diadakan di masjid berkenaan

3.1.2 Agenda mesyuarat seperti berikut:

a. Kata aluan Pengerusi.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

b. Membentang dan mengesahkan minit
mesyuarat yanglalu.

c. Membentangkan penyata kira-kira tahunan.
d. Membentangkan laporan aktiviti masjid
e. Membincangkan cadangan / syor.

3.1.3 Laporan aktiviti dan kewangan hendaklah disiapkan
sebelum mesyuarat diadakan dan ahli kariah
hendaklah menerimanya dalam masa tujuh hari
sebelum mesyuarat diadakan.

3.1.4 Laporan mesyuarat agung ahli kariah hendaklah
dihantar kepada MUIP, JAIP dan PAID.

3.2 MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN

3.2.1 Mesyuarat Agung Pemilihan hendaklah diadakan tiga
tahun sekali.

3.2.2 Mesyuarat Agung Pemilihan hendaklah diadakan tiga
bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan
jawatankuasa masjid.

3.2.3 Panggilan mesyuarat hendaklah diedarkan kepada
jawatankuasa 15 hari sebelum tarikh mesyuarat
diadakan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.2.4 Tempat mesyuarat hendaklah diadakan di masjid
berkenaan.

3.2.5 Kehadiran mesyuarat di kalangan ahli kariah
warganegara yang bermaustatin di kariah berkenaan.

3.2.6 Ahli kariah yang tidak bermaustatin boleh dicalonkan
tetapi tidak boleh mengundi.

3.2.7 Agenda mesyuarat sebagaimana berikut:
a. Melantik pengerusi dan setiausaha mesyuarat.
b. Membuat pemilihan jawatankuasa baru untuk
penggal tiga tahun yang akan datang selain ahli
jawatankuasa yang dilantik oleh MUIP. ( Sila rujuk
Bab 2)

3.2.8 Jawatankuasa yang sedia ada hendaklah
menjalankan tugas sehingga tamat tempoh tauliah.

3.2.9 Jawatankuasa baru bermula dari tarikh pelantikan
oleh MUIP melalui Pegawai Agama Islam Daerah.

3.3 MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya empat kali setahun namun
begitu mesyuarat tersebut boleh diadakan pada bila-
bila masa sekiranya ada perkara mustahak yang
hendak dibincangkan untuk membuat sesuatu
ketetapan.

3.3.2 Minit mesyuarat yang terdahulu dihantar kepada
anggota jawatankuasa yang berkenaan bersama
surat jemputan seminggu sebelum mesyuarat
diadakan.

3.3.3 Mesyuarat boleh diadakan dengan kehadiran separuh
daripada anggota jawatankuasa yang berkenaan.

3.3.4 Minit mesyuarat yang berkenaan hendaklah dihantar
kepada Muip dan JAIP.

3.3.5 Mesyuarat hendaklah diadakan di masjid berkenaan.

3.3.6 Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

a. Membentang minit mesyuarat bulanan.
b. Membentangkan laporan kewangan bulanan.
c. Membentangkan laporan aktiviti biro.
d. Membincangkan perkara-perkara berkaitan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

4. SISTEM FAIL PENTADBIRAN

4.1 Sistem fail hendaklah dilaksanakan oleh Jawatankuasa
Masjid untuk memastikan setiap urusan disimpan dan
direkodkan secara sistematik dan tersusun.

4.2 Sistem fail terbahagi kepada tiga bahagian :
4.2.1 Pentadbiran
4.2.2 Kewangan
4.2.3 Aktiviti

4.2.1Pentadbiran

Di bawah bahagian ini hendaklah diwujudkan fail-fail
berikut:

No
Fail Perkara
01 Mesyuarat ( jemputan, minit )
02 Perjawatan ( Pegawai Masjid, Jawatankuasa

Kariah )
03 Surat Pekeliling ( dari Jabatan dan lain-lain

agensi serta surat-surat pekeliling yang
dikeluarkan kepada anak kariah ).
04 Penyelenggaraan masjid

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

05 Harta masjid
06 Wakaf / Tanah Perkuburan
07 Komputer
08 Surau / Madrasah
09 Aduan dan Siasatan

Contoh kod fail Bahagian Pentadbiran
Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan
[ MSASP / Pen. / 01 ( ) ]

4.2.2 Kewangan
No.
Fail Perkara
01 Penyata akaun
02 Juruaudit / pemeriksa kira-kira
03 Kewangan
Contoh kod fail Bahagian Kewangan

Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan
[ MSASP / Kew. / 01 ( ) ]

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

4.2.2Aktiviti

No. Fail Perkara
01 Biro Pembangunan Ekonomi dan

Kewangan
02 Biro Pendidikan dan Dakwah
03 Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan
04 Biro Kebersihan dan Keceriaan
05 Biro Membudayakan Al-Quran dan

Takmir Masjid
06 Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)
07 Biro Rekreasi dan Rakan Muda Masjid

Contoh kod fail Bahagian Aktiviti
Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan
[ MSASP / Akt. / 01 ( ) ]

5. DAFTAR FAIL
Buku daftar fail hendaklah disediakan seperti berikut:

Bil. Tajuk Fail No. Perkara
Fail

1. Pentadbiran 01 Mesyuarat

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

02 Perjawatan
03 Surat Pekeliling
04 Penyelenggaraan Masjid
05 Harta Masjid
06 Wakaf / Tanah Perkuburan
07 Komputer
08 Surau / Madrasah
09 Aduan dan siasatan
2. Kewangan 01 Penyata Akaun

02 Juruaudit / pemeriksa kira-kira
03 Kewangan

3. Aktiviti 01 Biro Pembangunan Ekonomi dan
Kewangan

02 Biro Pendidikan dan Dakwah
03 Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan
04 Biro Kebersihan dan Keceriaan
05 Biro Membudayakan Al-Quran dan

Takmir Masjid
06 Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)
07 Biro Rekreasi dan Rakan Muda Masjid

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

6. PENUTUP

Panduan ini telah menggaris serta menetapkan norma-norma

kerja yang minimum bagi perkara-perkara penting dalam

pengendalian sesuatu mesyuarat jawatankuasa. Adalah

diharapkan melalui panduan yang diberikan ini akan dapat

menjamin keberkesanan urusetia melaksanakan tugas supaya

dapat membantu pelaksanaan tanggungjawab yang diberikan

kepada sesebuah jawatankuasa.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

CONTOH MINIT MESYUARAT

Terdapat beberapa cara menulis minit mesyuarat dan berikut adalah
contoh salah satu dari cara yang mudah dan biasa digunakan.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kariah
Masjid ……………………………………… …………………
Daerah …………………………………………………………………..
Tarikh …………………………………………………………………..
Masa …………………………………………………………………..
Tempat …………………………………………………………………..
Hadir:
1.
2.
3.
4.

Turut hadir:
1.
2.
3.
4.

Tidak hadir:
1.
2.
3.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Agenda 1:Ucapan Aluan Pengerusi
( Biasanya Pengerusi akan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
dan menjelaskan tujuan mesyuarat kepada ahli )
Agenda 2:Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

Agenda 3:Membincangkan perkara - perkara berbangkit
( Rujuk minit mesyuarat yang lepas )
Tindakan:………………………….

Agenda 4:Menerima laporan mesyuarat peringkat lebih tinggi
( Contohnya Pengerusi telah hadir mesyuarat penyelaras
peringkat daerah, keputusan mesyuarat tersebut
hendaklah dimaklumkan dalam mesyuarat ini )
Tindakan:………………………….

Agenda 5:Menerima Laporan Jawatankuasa Kecil
(Di dalam agenda ini, setiap biro hendaklah
membentangkan laporan dan keputusan mesyuarat biro)
Tindakan:………………………….

Agenda 6:Perbincangan Mengenai Kewangan
( Di dalam agenda ini penyata kewangan hendaklah
dibentangkan oleh Bendahari Jawatankuasa masjid
berkenaan )

Agenda 7:Perbincangan Mengenai Program Sedang Berjalan
( Di dalam agenda ini hendaklah dibincangkan aktiviti atau
program yang sedang dilaksanakan oleh jawatankuasa
untuk memastikan ianya berjalan mengikut perancangan)
Tindakan:………………………….

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Agenda 8:Membincangkan Perkara Baru Termasuk Aktiviti
dan Program Baru
( Agenda ini hendaklah membincangkan cadangan baru
berkaitan aktiviti/ program pembangunan dan
pengimarahan masjid untuk dilaksanakan oleh biro-biro)
Tindakan:………………………….

Agenda 9:Perbincangan Mengenai Perjawatan
( Agenda ini membincangkan mengenai jawatankuasa
kariah, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa biro
berkaitan )
Tindakan:………………………….

Agenda 10: Hal-hal lain
( Sekiranya ada perkara lain tidak termasuk dalam agenda
yang perlu dibincangkan )
Tindakan:………………………….

Disediakan oleh:
( Nama :…………………………………….. )
Setiausaha
Jawatankuasa Masjid………………………..

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

BAB 6

PANDUAN AKTIVITI

1. PENGENALAN

Masjid adalah pusat kegiatan dan pentadbiran hidup masyarakat
Islam sesuatu kariah. Semua kegiatan hidup masyarakat Islam dalam
kariah tersebut sewajarnya berpusat di masjid. Konsep ini akan
menghapuskan pandangan dan fahaman bahawa masjid hanyalah
berfungsi sebagai pusat ibadah ibadah khusus semata-mata, yang
ternyata membataskan kegiatan masjid. Konsep ini akan mengangkat
martabat masjid kembali ke kedudukan yang sebenar dan selaras
dengan kehendak agama.

Masjid mestilah berkemampuan dan berperanan membantu
masyarakat dari segenap lapisan. Sedangkan apa yang berlaku ialah
sebahagian besar masjid mengharapkan bantuan dari anak kariahnya
untuk masjid itu terus berfungsi. Masjid sepatutnya berperanan
membantu hal-hal kebajikan masyarakat seprti golongan fakir miskin,
anak yatim, warga tua, ibu tunggal dan mereka yang tidak berupaya
dan berkemampuan.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Sebelum perancangan dibuat, matlamat yang ingin dituju dalam
perancangan tersebut mestilah jelas agar apa yang dirancang kelak
mencapai tujuan atau matlamatnya.

Perancangan aktiviti dan program masjid adalah melibatkan aspek
manusia.

Contoh seperti berikut:-

1.1 Jumlah penduduk
1.2 Jumlah lelaki
1.3 Jumlah perempuan
1.4 Jumlah anak yatim
1.5 Jumlah fakir miskin
1.6 Jumlah rumah sendiri
1.7 Jumlah rumah sewa
1.8 Jumlah yang bekerja/penganggur
1.9 Jumlah berpendapatan
1.10 Alamat dan No. telefon anak qariah
1.11 Jumlah anak qariah yang hafaz Al-Quran

CONTOH
BORANG BANCIAN AHLI KARIAH

NAMA MASJID / SURAU :
………………………………………………………………….

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang :

MUKIM :
……………………………………………………………………………………………..
DAERAH
……………………………………………………………………………………………

1. Nama:

…………………………………………………………………………………………..

2. Tarikh lahir : …………………………………………………….

3. No.k/p : …………………………………………………………..

4. Umur : ………………………………………………………………

5. Pekerjaan : ………………………………………………………..

6.Alamat :

……………………………………………………………………........................

……………………………………………………………………………………………………

……….

Poskod : ……………………………………….. Daerah :

…………………………………..

Telefon : ………………………………………………..

Rumah :………………………………………………. Pejabat :

……………………………..

Handphone : …………………………………………………………

7. * Taraf perkahwinan i) Berkahwin

ii) Belum berkahwin

iii) Janda / duda

8. Nama isteri :

………………………………………………………………………………..

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

9. Tarikh lahir
:…………………………………………………………………………………. 10. No.
k/p :………………………………………………………………………………………
11. Umur :………………………………………………………………………
12. Ahli keluarga : ( sila penuhkan bahagian berkenaan di sebelah)
13. * Tempoh tinggal di alamat ini:…………………………..tahun

tetap
sewa

14. Rumah sendiri

menumpang

15* Berapakah pendapatan isi keluarga ( sebulan )
.

i) Kurang daripada RM 350.00

ii) RM 351.00 hingga RM 1,000.00

ii ) RM 1001 ke atas

iii) RM 2001.00 ke atas

iv) RM 3001.00 ke atas

v) RM 5001.00 ke atas

Borang ini hendaklah dipenuhkan oleh tiap-tiap ketua keluarga. Butir-
butir ini hanyalah untuk kegunaan jawatankuasa kariah.
Sila kembalikan borang ini sebelum tarikh:

(……………………………………………….…)

* Tandakan ( )mana yang berkenaan

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Selain meletakkan matlamat, mengenali masalah-masalah sedia
ada dalam kariah dan masjid juga perlu diketahui kerana ini akan
mempengaruhi bentuk perancangan yang akan dibuat. Usaha- usaha
mestilah digemblengkan untuk menyelesaikan masalah yang ada di
samping membentuk perancangan pembangunan.

Antara masalah-masalah yang biasa wujud dalam kariah dan
masjid adalah:

i. Jemaah kurang ramai baik pada solat waktu mahupun solat
Jumaat.

ii. Wujudnya perpecahan dari perbezaan fahaman politik
iii. Anak-anak kariah tidak mempunyai ilmu yang mendalam

terhadap Islam.
iv. Golongan muda cetek ilmu, bahkan kuliah khusus untuk

mereka tidak ada. Dengan itu tiada pelapis untuk mengisi
ruangan masjid di masa akan datang.
v. Tidak memahami peranan masjid.

Jawatankuasa perlu menyusun aktiviti bagi maksud untuk
mencapai matlamat berikut:-

i. Menjadikan masjid sebagai pusat ibadah yang cemerlang
ii. Menjadikan masjid sebagai Pusat Dakwah dan Pendidikan
Islam

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

iii. Menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan
Ukhuwwah dan Sahsiah.

Bagi maksud untuk mencapai objektif di atas adalah dicadangkan
supaya disusun strategi sebagaimana berikut:-

i. Menyusun semula pembentukan fungsi biro / bahagian
mengikut keperluan semasa dan harapan masa depan umat
Islam terhadap masjid.
ii. Meningkatkan tahap dakwah dan pendidikan Islam ke arah
lebih terbuka dan mempunyai
perancangan yang lebih luas
iii. Mempelbagaikan aktiviti dan disesuaikan untuk pelbagai
lapisan masyarakat.
2. TAKWIM HARI KEBESARAN DAN PERISTIWA PENTING
DALAM BULAN ISLAM SEBAGAI PANDUAN
PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGIMARAHAN

Bil Bulan Hari Kebesaran/Peristiwa Tarikh
1. MUHARRAM Maal Hijrah 1
Hari Asyura 10
2. SAFAR Peperangan Khaibar
Peperangan Bani Qainuqa’ 1
3. RABI’U Rasul saw gering 8
LAWAL Perlantikan Nabi saw sebagai Rasul
Pembinaan Masjid Quba’

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Maulidurrasul 12
Kewafatan Rasul saw 12
Peperangan Jamal
4. RABI’UL
AKHIR Peperangan Bani Salim

5. JAMADIL Perlantikan Saidina Umar sebagai 8
AWAL Khalifah
Isra’ Mikraj 27
6. JAMADIL Malam Nisfu Syaaban 14
AKHIR Hari Nisfu Syaaban 15
Pertukaran arah kiblat 15
7. REJAB Peperangan Bani Musthaliq
8. SYAABAN Peperangan Badr Al-Kubra 8
Pembukaan Kota Mekah 10
9. RAMADHAN Nuzul Al-Quran 17
Lailatul Qadr
10. SYAWAL Aidil Fitri 1
Peperangan Uhud 5
11. ZULQAEDAH Peperangan Khandaq
12. ZULHIJJAH Perjanjian Hudaibiyah 8 - 13
Aidil Adha
Haji Wada’
Wuquf di Arafah

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Senarai yang dinyatakan dalam jadual di atas merupakan hari-
hari kebesaran yang lazimnya disambut di negara kita dan
sebahagian peristiwa penting dalam kalender Islam.

3. PERANAN JAWATANKUASA DALAM PENGIMARAHAN

3.1 PENGENALAN

Firman Allah SWT dalam surat At-Taubah ayat 18 yang
bermaksud:

“ Hanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta
mendidikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut
melainkan Allah, maka moga-moga mereka dari golongan yang
mendapat petunjuk”.

3.2 LANGKAH-LANGKAH GERAKAN PENGIMARAHAN
MASJID YANG PERLU DIAMBIL OLEH JAWATANKUASA

3.2.1 Merancang semua program jangka panjang dan jangka
pendek

3.2.2 Melaksanakan kempen melalui pengumuman dan poster.
3.2.3 Mengenalpasti masalah

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.2.4 Menetapkan sasaran
3.2.5 Maklumat penduduk
3.2.6 Memberi nasihat melalui pengumuman sebelum Jumaat

dan tazkirah selepas solat waktu
3.2.7 Mengadakan keraian di masjid
3.2.8 Menumpukan seboleh mungkin semua urusan di masjid.
3.2.9 Pekeliling yang dikeluarkan pihak berwajib berhubung

masjid diumumkan di masjid.
3.2.10 Melaksanakan majlis dengan Jabatan Kerajaan dan

agensi swasta.
3.2.11 Melaksanakan program-program bersama badan lain

yang ada dalam kariah.
3.2.12 Menjalinkan kemesraan antara ahli jawatankuasa dan

ahli kariah
3.2.13 Menimbulkan kesedaran tentang penghayatan agama
3.2.14 Sama-sama terlibat dalam amar ma’ruf, nahi

mungkar
3.2.15 Menjalankan kajian mengenai keperluan kehendak

dan masalah ahli jemaah
3.2.16 Melakukan ziarah oleh jawatankuasa ke rumah ahli

kariah.

3.3 KAEDAH MENGGERAKKAN PROGRAM

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.3.1Merancang semua program secara jangka pendek
dan jangka panjang

3.3.1.1 Menyediakan kertas kerja program dan aktiviti biro
3.3.1.2 Mengemukakan kepada jawatankuasa kariah untuk

perbincangan dan kelulusan
3.3.1.3 Melaksanakannya melalui biro-biro

3.3.2Melaksanakan kempen melalui pengumuman dan
poster

3.3.2.1 Kempen kesihatan
3.3.2.2 Kempen kebersihan
3.3.2.3 Kempen anti dadah
3.3.2.4 Dan lain-lain

3.3.3Memberi nasihat dan ajakan sebelum khutbah
Jumaat atau tazkirah selepas solat waktu

3.3.3.1 Mengajak ahli kariah berjemaah
3.3.3.2 Peringatan kepada ibu bapa tentang kebajikan dan

permasalahan yang mungkin melibatkan anak-anak
mereka
3.3.3.3 Peringatan agar berhati-hati di jalanraya
3.3.3.4 Dan lain-lain.

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.3.4Sebaran dan paparan

3.3.4.1 Menerbitkan buletin masjid secara mingguan
3.3.4.2 Petikan akhbar / internet
3.3.4.3 Jadual kuliah harian, mingguan, bulanan
3.3.4.4 Taqwim aktiviti masjid
3.3.4.5 Dan lain-lain

3.3.5Mengadakan keramaian di masjid

3.3.5.1 Jamuan hari raya
3.3.5.2 Majlis perkahwinan
3.3.5.3 Kenduri arwah
3.3.5.4 Majlis kesyukuran
3.3.5.5 Korbah / aqiqah
3.3.5.6 Dan lain-lain

3.3.6Mewujudkan keistimewaan di masjid yang jarang
kedapatan di tempat lain dalam kariah

3.3.6.1 Lanskap yang menarik
3.3.6.2 Taman permainan kanak-kanak
3.3.6.3 Pusat sumber
3.3.6.4
Dan lain-lain

3.3.7Memusatkan semua urusan hidup di masjid

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

Kenduri, majlis akad nikah, pendidikan, tuisyen, kursus
haji, urusan jenazah, khairat, kemudahan awam, korban,
aqiqah, kedai runcit, pusat rujukan hal ehwal agama,
pusat sumber dll.

3.3.8Peringatan berkenaan hukum syarak dan
atau
peruntukan perundangan

pekeliling yang berkaitan

3.3.8.1 Kepada mereka yang tidak hadir solat Jumaat.

3.3.8.2 Kepada mereka yang melakukan maksiat dan

kemungkaran.

3.3.8.3 Dan lain-lain

3.3.9Melaksanakan majlis dengan Jabatan kerajaan dan
swasta di masjid

3.3.9.1 Subsidi baja dan sebagainya
3.3.9.2 Pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih
3.3.9.3 Taklimat haji
3.3.9.4 Majlis pemimpin bersama rakyat
3.3.9.5 Klinik bergerak Jabatan Kesihatan
3.3.9.6 Perpustakaan bergerak
3.3.9.7 Kursus professional
3.3.9.8 Dan lain-lain

AFQTm20

Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang

3.3.10 Melaksanakan program bersama badan lain
yang ada di dalam kariah

3.3.10.1 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung

3.3.10.2 Sekolah Menengah dan Rendah

3.3.10.3 Badan Kebajikan atau Khairat Kematian

3.3.10.4 Pertubuhan belia taekwando, karate
3.3.10.5 Pertubuhan politik
3.3.10.6 Persatuan seni bela diri ( silat,

dll )
3.3.10.7 Pertubuhan kesenian
3.3.10.8 Dan lain-lain

4. PROGRAM DAN AKTIVITI

Bagi mencapai objektif pengimarahan masjid, beberapa program
dicadangkan perlaksanaannya. Walau bagaimanapun, ini adalah
cadangan secara umum sahaja, kesesuaian perlaksanaannya
adalah bergantung kepada kemampuan dan latarbelakang
setempat.

4.1 Program harian
4.2 Program mingguan
4.3 Program bulanan

AFQTm20


Click to View FlipBook Version