INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2021 TAHUN 2 SEMESTER III) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ll PRKA3171 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NUR ATIKAH BINTI AZIZ ANGKA GILIRAN 2021192340382 NO KAD PENGENALAN 030522070354 KUMPULAN/UNIT PISMP / A8 KOD / NAMA KURSUS PRKA3171/ PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ll (PBS ll) TUGASAN PORTFOLIO NAMA PENSYARAH PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMAN TARIKH HANTAR 21 JUN 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dizahirkan atas segala kurniaan Allah SWT yang mengizinkan saya menjalani dan mengakhiri Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sekali gus membolehkan saya menyiapkan tugasan penghasilan portfolio ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Norliyah binti Sulaiman atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga SK Seri Impian atas segala kebaikan dan pengalaman yang dibina bersama. Mereka telah membuka ruang kepada saya untuk menyelami profesion keguruan dengan lebih mendalam dan membenihkan jiwa pendidik dalam diri saya. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan pertolongan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap insan yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam penghasilan tugasan ini.
1
2 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN
3 2.0 BIODATA DIRI 1. Nama IPGK IPG Kampus Bahasa Melayu 2. Nama Pelajar Nur Atikah binti Aziz 3. No. Kad Pengenalan 030522-07-0354 4. Alamat Tetap TS 7740 Kampung Chegar, Lahar Yooi, 13310 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. 5. No. Telefon 011-51726703 6. E-mel [email protected] 7. Ambilan PISMP Jun 2021 8. Pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 9. Tahun dan Semester Tahun 2 Semester lll 10. Tarikh PBS 10 Jun 2024 hingga 21 Jun 2024
4 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan program yang dikhaskan kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan guru pelatih dengan suasana sebenar di sekolah. Program ini memperuntukkan masa selama 2 minggu kepada pelajar. Dalam tempoh itu, pelajar bertanggungjawab untuk mengumpul segala data yang berkaitan dengan tugasan pentaksiran berterusan. Proses pengumpulan data ini dijalankan melalui empat kaedah iaitu pemerhatian, temu bual, senarai semak dan soal selidik. Keadaan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka dan melibatkan diri secara aktif di sekolah. Manifestasinya, pelaksanaan PBS merupakan saluran terbaik kepada pelajar untuk membentuk karakter pendidik, beradaptasi dengan iklim dan budaya sekolah, bersosialisasi dengan warga sekolah, mempertingkat pengetahuan asas dalam pendidikan dan mengetahui maklumat sekolah secara berkesan. Penulisan pernyataan profesional ini bertujuan menetapkan hala tuju dan matlamat dalam memastikan keberhasilan pengumpulan maklumat dan pengalaman semasa di sekolah. Dalam hal ini, pernyataan profesional membantu pelajar merangka proses pengumpulan maklumat sepanjang pelaksanaan PBS. Hal ini penting bagi memastikan tindakan yang dilakukan tidak melanggar etika dan profesionalisme sebagai guru pelatih. Oleh hal yang demikian, beberapa objektif telah dibina untuk memastikan kelancaran pelaksanaan PBS terjamin. Objektif yang dibina adalah: i) Dapat mengumpul maklumat menggunakan pelbagai instrumen. ii) Dapat membina hubungan yang positif dengan warga sekolah. iii) Dapat mendokumentasikan semula maklumat terkumpul dengan teratur dan sistematik. 3.1.1 Sebelum PBS Sebelum menjalani PBS, semua pelajar PISMP ambilan Jun 2021 telah menerima taklimat PBS sebanyak dua kali. Taklimat pertama dilaksanakan oleh Encik Saifuddin bin Mat Piah di bawah Unit Praktikum pada hari Selasa, 4 Jun 2024 melalui pelantar Google Meet. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan dan gambaran awal kepada pelajar sebagai persediaan awal sebelum ke sekolah. Seiring dengan tujuan itu, semua pelajar didedahkan dengan sistem pengurusan di sekolah merangkumi pengurusan murid, pengurusan bilik darjah, pengurusan aktiviti dan sebagainya. Selain itu Encik Saifuddin juga menjelaskan tentang pengurusan borang kehadiran dan borang penilaian sepanjang PBS berlangsung. Taklimat kedua pula dilaksanakan oleh Puan Sabariah
5 binti Yaakub selaku penyelaras kursus pada 7 Jun 2024 melalui pelantar Google Meet. Pelaksanaan taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada pelajar tentang pelaksanaan soalan pentaksiran berterusan. Secara dasarnya, semua pelajar dikehendaki menyelesaikan dua tugasan iaitu penghasilan portfolio dan penulisan laporan kajian lapangan. Dalam usaha memastikan kelancaran pelaksanaan PBS, saya telah melakukan perancangan awal berpandukan aspek-aspek penting yang membantu pemerolehan maklumat sepanjang PBS. Aspek-aspek ini adalah seperti berikut: a) Fokus Utama Tugasan Melihat kepada soalan pentaksiran berterusan bagi kursus PRKA3171 Pengalaman Berasaskan Sekolah ll, terdapat dua tugasan yang perlu dilaksanakan. Tugasan pertama adalah penghasilan portfolio dan tugasan kedua adalah penulisan laporan kajian lapangan. Kedua-dua tugasan ini merupakan tugasan yang berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, saya memfokuskan skop pengumpulan maklumat kepada 5 aspek, iaitu: i) Aspek kurikulum ii) Aspek hal ehwal murid iii) Aspek kokurikulum iv) Aspek komuniti v) Aspek dasar pendidikan masa kini Namun begitu, aspek kurikulum dan kokurikulum difokuskan dengan lebih terperinci seiring dengan kehendak tugasan iaitu melibatkan perungkaian maklumat kurikulum dan kokurikulum di sekolah. b) Tujuan Tugasan Pemberian tugasan kepada pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan PBS bertujuan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran iaitu kemahiran berinteraksi dengan warga sekolah, kemahiran mengumpul maklumat melalui pelbagai medium dan kemahiran mengaplikasi pengetahuan. Malahan, tugasan yang diberikan sekali gus melatih pelajar mengasimilasikan diri dengan suasana dan realiti sebenar di sekolah. Dalam erti kata lain, tugasan ini bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme guru pelatih dalam berurusan dengan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai pihak iatu pentadbir, guru-guru, kakitangan, murid-murid, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana guru pelatih tidak akan mampu mengumpul maklumat tanpa obligasi dengan warga sekolah.
6 c) Perancangan Pelaksanaan PBS Perancangan yang sistematik dan jelas amat diperlukan bagi memastikan proses pengumpulan maklumat berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaan PBS. Antara perancangan yang dirangka sebelum menjalani PBS adalah: i) Melaksanakan temu bual bersama pengurus sekolah, guru bahasa Melayu, murid dan pihak yang terlibat secara langsung dalam proses peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. ii) Menyediakan senarai semak maklumat bagi melicinkan proses pengumpulan data. iii) Menyediakan soalan temu bual mengikut bidang tugas dan peranan responden. iv) Menyediakan borang soal selidik kepada murid. v) Melaksanakan pemerhatian secara berterusan. vi) Mencatatkan aktiviti harian yang dilaksanakan. d) Instrumen Penilaian Kendiri Instrumen penilaian kendiri ini membolehkan saya melihat perkembangan proses pengumpulan maklumat dan data dengan jelas. Hal ini dikatakan demikian kerana instrumen ini membolehkan saya melihat perkembangan proses penghasilan tugasan pentaksiran berterusan. Malahan, instrumen ini membantu saya untuk merangka dan menghasilkan senarai semak dan soalan temu bual yang bertepatan dengan keperluan tugasan. Proses pemerhatian juga dilaksanakan secara berterusan. Hasil pemerhatian akan direkodkan secara kendiri melalui senarai semak dan bukti bergambar.
7 3.1.2 Semasa PBS Saya telah melaksanakan PBS II selama 2 minggu bermula pada tarikh 10 Jun 2024 sehingga 21 Jun 2024 di Sekolah Kebangsaan Seri Impian. Semasa berada di sekolah, proses pengumpulan maklumat dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan senarai semak. Pengumpulan maklumat ini memfokuskan 5 skop yang telah diperincikan sebelum PBS iaitu kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, komuniti dan dasar pendidikan kebangsaan. Namun demikian, aspek kurikulum dan kokurikulum difokuskan dengan lebih mendalam seiring dengan kehendak soalan pentaksiran berterusan. Pemerolehan maklumat melibatkan kelima-lima aspek ini memerlukan saya untuk menjalinkan kerjasama dengan warga sekolah melalui temu bual dan perbincangan. Dalam hal ini, saya berpeluang mengasah teknik berkomunikasi yang betul. Saya telah menemu bual 15 orang responden dengan latar belakang yang berbeza. Maka, maklumat yang diperolehi membantu saya mencapahkan pengetahuan merentasi pelbagai sudut yang berbeza. Selain itu, saya juga menjalankan pemerhatian secara berterusan sepanjang berada di sekolah. Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya dapat melihat sendiri kemudahan prasarana, budaya sekolah, hubungan antara warga sekolah dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hasil pemerhatian direkodkan melalui tangkapan gambar. Saya juga memanfaatkan instrumen senarai semak untuk memudahkan proses pengumpulan maklumat. Seterusnya, saya telah menjalankan soal selidik dengan kerjasama murid di SK Seri Impian. Secara dasarnya, penerapan keempat-keempat instrumen pengumpulan maklumat ini sangat membantu saya untuk bergerak secara aktif di sekolah. Tambahan lagi, instrumen temu bual telah membantu saya dalam mengeratkan lagi hubungan dengan warga sekolah sekali gus memahami iklim sekolah ini. Di samping itu, proses pelaksanaan PBS ini memerlukan ketelitian dan pengurusan yang rapi. Segala maklumat dan rekod aktiviti harian sentiasa dikemas kini pada setiap hari bagi mengelakkan sebarang keciciran data berlaku. Hal ini penting kerana maklumat dan pengalaman yang ditimba selama dua minggu melaksanakan PBS akan menentukan keberhasilan penghasilan tugasan pentaksiran berterusan.
8 3.1.3 Selepas PBS Realitinya, PBS merupakan saluran terbaik kepada pelajar untuk membina jati diri sebagai seorang bakal pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana PBS memberi pengalaman dan pengetahuan yang baharu kepada saya. Persekitaran sekolah yang positif dan produktif menjadikan pengalaman saya di SK Seri Impian menjadi sangat berharga. Saya dapat mempelajari pengetahuan dan pengalaman baharu terutamanya tentang pengurusan sekolah dari aspek kurikulum, hal ehwal murid, kurikulum dan komuniti. Malahan, saya mendapati bahawa sekolah juga melaksanakan pelbagai aktiviti yang selaras dengan kehendak dasar pendidikan kebangsaan demi kemenjadian murid-murid di sekolah. Pengetahuan yang diperolehi sepanjang berada di sekolah ini membantu saya untuk lebih bersedia pada masa akan datang. Saya menyedari bahawa guru berperanan penting sebagai pemacu kepada keberhasilan kejayaan dan kemenjadian murid. Selain itu, PBS melatih saya ke arah pembentukan profesionalisme guru. Saya belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak. Perbincangan yang dilakukan mencapahkan lagi sudut pemikiran saya dalam melihat dan menilai sesuatu perkara terutamanya dalam konteks pendidikan semasa. Malahan, hubungan yang wujud dengan para guru dan murid-murid menjadikan saya seorang insan yang lebih terbuka. Saya juga sedar bahawa guru perlu mempraktikkan amalan pengajaran yang terbaik bagi memastikan kejayaan murid-murid. Guru yang baik akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri dan pengajarannya. Selain itu, segala maklumat yang telah diperolehi direkodkan secara sistematik dan terperinci untuk didokumentasikan dalam bentuk portfolio dan laporan kajian lapangan. Hasil pendokumentasian ini juga perlulah memaparkan hasil gabung jalin antara pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang di sekolah.
9 3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang berpandukan senarai semak tugasan yang telah dilampirkan. Berikut adalah aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh PBS di SK Seri Impian. MINGGU PERTAMA TARIKH HARI AKTIVITI 10.6.2024 Isnin • Melaporkan diri di pejabat SK Seri Impian dan berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Ahmad Syukri bin Abu Bakar. • Menyertai perhimpunan pagi untuk melihat suasana di sekolah pada setiap hari Isnin. • Guru pelatih kembali ke pejabat dan berjumpa dengan guru besar iaitu Encik Mohd Nizam bin Othman untuk mendengar keterangan berkaitan PBS. • Lalu, langkah seterusnya telah diserahkan kembali kepada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Ahmad Syukri bin Abu Bakar yang bertanggungjawab untuk mengendalikan guru pelatih dalam tempoh dua minggu. • Encik Ahmad Syukri membawa guru pelatih melawat kawasan sekolah lalu memperkenalkan ketua panitia untuk mata pelajaran tertentu dan guru-guru di sekolah sekali gus menempatkan saya di bilik mesyuarat. • Encik Ahmad Syukri turut memberikan keterangan mengenai waktu persekolahan sesi 2024/2025. • Temu bual bersama pengawal keselamatan sekolah iaitu Puan Azizah binti Sulaiman berkaitan keselamatan murid melintas jalan dan disiplin murid. • Temu bual bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Puan Siti Alawiyah binti Idris berkaitan pengurusan aktiviti di Surau Al-Hannan. • Temu bual bersama pekerja kantin iaitu Nur Aina binti Ahmad Tarmizi berkaitan pengurusan pihak kantin sekolah. • Melawat kawasan sekolah dan infrastruktur serta prasarana yang tersedia.
10 • Merekod dan mencatat data yang telah diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio. 11.6.2024 Selasa • Menyertai perhimpunan pagi yang dijalankan selama satu jam. • Menyertai perasmian Majlis Peluncuran Hadis 40 yang dirasmikan oleh guru besar iaitu Encik Mohd Nizam bin Othman. • Setelah selesai perkongsian maklumat berkaitan hadis 40 ini kepada murid-murid, terdapat sesi pertandingan kuiz yang terbuka kepada semua guru dan murid-murid. Para pemenang yang berjaya layak mendapat hadiah yang berbentuk wang tunai. • Menyertai aktiviti 1 Murid 1 Sukan. • Temu bual bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Yusnani binti Mohd Yusoff. • berkaitan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kaedah pengajaran yang berkesan dan bahan bantu mengajar yang sering digunakan untuk menarik minat murid-murid untuk terus belajar. • Temu bual bersama pembantu koperasi iaitu Puan Wan Hafeza binti Zakkariah berkaitan penjualan alat tulis dan makanan di koperasi sekolah. • Temu bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Afzal Affendy bin Asmi untuk mendapatkan beberapa maklumat yang berkaitan. • Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio. 12.6.2024 Rabu • Menyertai Program Sekolah Penyayang iaitu dengan cara menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah pada waktu pagi. • Merujuk kerani sekolah iaitu Encik Zulkiflee bin Ab Rahim untuk mendapatkan maklumat mengenai bilangan murid serta bilangan kaum yang terdapat di sekolah ini. • Temu bual bersama guru pemulihan iaitu Puan Noraliya binti Md Zain berkaitan teknik pengajaran untuk murid pemulihan. • Temu bual bersama guru besar sekolah berkaitan cabaran sebagai peneraju utama sekolah.
11 • Temu bual bersama seorang murid Tahun 6 iaitu Puteri Qaisara binti Norman yang merupakan murid Pandu Puteri Tunas, bagi mengetahui pengalamannya sepanjang menyertai unit beruniform ini. • Membuat pemerhatian terhadap aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu aktiviti kelab persatuan untuk tahap satu dan tahap dua. • Melakukan pemerhatian di sekitar kawasan sekolah. • Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio. Mengumpulkan maklumat mengenai dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. • Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio. 13.6.2024 Khamis ● Menyertai Program Sekolah Penyayang iaitu dengan cara menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah pada waktu pagi. ● Menyertai program pemberian susu dibawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Jadi, susu ini hanya dikhususkan kepada murid RMT sahaja. ● Meninjau perlawanan persahabatan bagi sukan sepak takraw dan bola sepak pada waktu pagi. ● Mencari maklumat mengenai SKSI melalui buku pengurusan sekolah. ● Berjumpa bersama guru yang memegang jawatan sebagai pengerusi Pandu Puteri Tunas iaitu Puan Farah Hanum binti Ibrahim bagi mendapatkan tarikh yang bersesuaian untuk menemu bual. ● Bertemu bual bersama ketua pengawas untuk mendapatkan maklumat mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan murid-murid di sekolah. ● Melaksanakan soal selidik bersama murid Tahun 5 Al-Kindi. ● Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio
12 14.6.2024 Jumaat • Menyertai aktiviti bacaan Yasin yang dilaksanakan di tapak perhimpunan. • Meninjau suasana pembelajaran Bahasa Melayu di kelas 4 Al-Hayyan yang dikendalikan oleh Encik Mizaman bin Jusoh bagi melihat teknik dan kaedah pengajaran yang dilakukan untuk menarik perhatian muridmurid. • Temu bual bersama guru kaunselor iaitu Encik Md Tarmizi bin Hashim bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap motivasi murid serta peranan guru untuk memotivasikan murid untuk belajar. • Temu bual bersama guru Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu Puan Noorbaity bt Mansor bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. • Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio.
13 MINGGU KEDUA TARIKH HARI AKTIVITI 17.6.2024 Isnin • Cuti Raya Haji 18.6.2024 Selasa • Cuti Peristiwa 19.6.2024 Rabu • Menyertai Program Sekolah Penyayang iaitu dengan cara menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah pada waktu pagi. • Temu bual bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Ahmad Syukri bin Abu Bakar mengenai pengurusan kurikulum dan sistem pendidikan yang diterapkan di sekolah • Menjalankan soal selidik berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu secara terperinci kepada 15 orang murid Tahun 6 • Menjalankan soal selidik berkaitan pelaksanaan aktiviti bagi unit beruniform Pandu Puteri Tunas secara terperinci kepada 15 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6. • Bertemu bual bersama Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas iaitu Puan Farah Hanum binti Ibrahim bagi mengetahui organisasi Pandu Puteri Tunas, aktiviti yang dilaksanakan dan sebagainya. • Mengumpulkan maklumat mengenai dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. • Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio.
14 20.6.2024 Khamis • Menyertai Program Sekolah Penyayang iaitu dengan cara menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah pada waktu pagi. • Membuat senarai semak dan menyemak berkaitan dengan prasarana dan bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah. • Temu bual bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Hajah Noor Hafizah binti Othman untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan murid • Merekod dan mencatat maklumat yang diperolehi lalu dimasukkan ke dalam portfolio. 21.6.2024 Jumaat • Menyertai program sekolah penyayang iaitu dengan cara menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah pada waktu pagi. • Menyertai majlis bacaan Yasin yang diadakan di tapak perhimpunan. • Sesi bersalaman bersama barisan pentadbir dan guru setelah selesai melaksanakan PBS di sekolah. • Memberikan cenderamata kepada pihak sekolah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima kehadiran guru pelatih untuk melaksanakan PBS dan memberikan tunjuk ajar yang sangat baik.
15 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data. 4.1 PEMERHATIAN Saya mempraktikkan kaedah pengumpulan data secara pemerhatian. Pemerhatian ini dilaksanakan secara berterusan selama dua minggu. Saya merangka beberapa soalan bagi melicinkan proses pemerhatian. Antara soalan yang dirangka dalam kaedah pemerhatian ini adalah: 1. Apakah peranan setiap warga sekolah? 2. Apakah budaya sekolah? 3. Apakah prasarana yang tersedia di sekolah? 4. Apakah pembaharuan yang dilakukan di sekolah? 5. Bagaimanakah sosialisasi antara murid , guru dan komuniti di sekolah? 6. Bagaimana suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas? 7. Apakah program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah? 8. Apakah dasar pendidikan yang dijalankan di sekolah? Melalui pemerhatian saya, setiap guru menjalankan peranan masingmasing dengan jayanya. Penubuhan jawatankuasa membolehkan guru-guru melaksanakan tugas mengikut bidang kuasa masing-masing. Misalnya, guru yang bertugas menyambut murid akan hadir awal berbanding guru-guru lain bagi memenuhi tugasan itu. Penggiliran akan dilaksanakan pada setiap minggu. Penerapan budaya ini sememangnya mewujudkan suasana sekolah yang lebih positif dan sejahtera. Selain itu, prasarana yang terdapat di sekolah ini berada pada tahap memuaskan kerana dapat dimanfaatkan selaras dengan fungsinya. Kemudahan asas seperti bilik darjah , tandas, kantin dan bilik-bilik khas berada dalam keadaan memuaskan. Murid dapat menggunakannya tanpa sebarang masalah. Tambahan pula, sebarang kerosakan yang berlaku segera dilaporkan kepada pihak pengurusan sekolah. Lantaran itu, proses pembaikan akan disegerakan bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.
16 Di samping itu, saya juga meninjau kawasan persekitaran sekolah. Sekolah mempunyai landskap yang menarik dan selamat kepada murid-murid. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar sekolah amat membantu menceriakan kawasan sekolah. Persekitaran sekolah juga dihiasi dengan lukisan mural di dinding, papan kenyataan yang dilengkapi dengan infografik, sudut ilmiah dan kawasan rehat murid. Pondok menunggu turut diwujudkan berdekatan dengan pagar yang dikhaskan kepada murid bagi memastikan keselamatan murid semasa menunggu kehadiran ibu bapa mereka. Seterusnya, saya juga memerhatikan budaya pengajaran guru di sekolah ini. Guru-guru memaparkan watak pendidik dengan baik sekali. Guru akan memastikan keadaan kelasnya terkawal. Apabila guru tidak dapat menghadiri kelas kerana hal tertentu, sekolah akan memastikan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) itu akan diuruskan oleh guru ganti. Natijahnya, keadaan kelas akan terkawal dan sebarang risiko kemalangan dapat dielakkan.
17 Prasana di SK Seri Impian: Bangunan sekolah Prasekolah Pondok Pengawal Smart Studio Pejabat Bilik Guru
18 Dewan Al-Biruni Padang Tandas Teratak PIBG Taman Herba Taman Sayuran
19 Pusat Sumber Surau Bilik SPBT Sudut RMT Klinik Pergigian Koperasi Sekolah
20 Program-program yang dilaksanakan: Majlis Peluncuran Hadis 40 Program Penjagaan Gigi Prasekolah Program Susu Sekolah Rancangan Makanan Tambahan
21 4.2 SENARAI SEMAK Instrumen senarai semak juga dimanfaatkan bagi memperoleh data secara berpandu. Senarai semak ini bertujuan menjadikan proses pengumpulan maklumat berlangsung secara sistematik. Dalam hal ini, senarai semak membantu saya melihat perkembangan pemerolehan maklumat. Selain itu, senarai semak yang dirangka merangkumi ketersediaan item-item dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah seperti prasarana sekolah membantu saya menjalankan pemerhatian dengan lebih terancang.
22 SENARAI SEMAK BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah / 1.2 Carta Organisasi Sekolah / 1.3 Takwim Sekolah / 1.4 Rukun Negara / 1.5 Visi dan Misi / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: / • Dewan / • Surau / • Kantin / Terdapat kekurangan kerusi dan meja kerana bilangan murid yang ramai. • Makmal Komputer / • Perpustakaan / • Padang / • Tandas / • Pondok Keselamatan / • Bilik Mesyuarat / • Pejabat Sekolah / • Bilik Guru / • Bilik Tayangan / • Smart Studio / • Taman Sayuran / • Bilik Muzik /
23 • Koperasi / • Bilik Rawatan / • Bilik Kaunseling / • Bilik SPBT / • Bilik RBT / • Bilik Pemulihan / • Taman Herba / • Makmal Sains / • Pondok / 2.2 Bilik Darjah / • Ruangan Belajar / • Papan Kenyataan / • Kerusi dan Meja (Guru dan Murid) / • Papan Putih / • Kipas dan Lampu / 3. Kokurikulum 3.1 Peralatan Sukan / 3.2 Papan Kenyataan Persatuan dan Kelab /
24 4.3 TEMUBUAL Kaedah temubual juga telah saya manfaatkan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), ketua panitia, guru-guru lain, kakitangan sekolah, murid dan wakil komuniti. Pelaksanaan temu bual ini membolehkan saya mengajukan sebarang persoalan seiring dengan skop tugasan. Saya juga dapat meluaskan lensa pemikiran kerana setiap responden mempunyai sudut pandang tersendiri dalam perkara yang dibincangkan. Hasil temu bual seterusnya direkodkan dalam borang rekod kolaboratif. Berikut merupakan contoh temu bual yang dilaksanakan :
25 BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Pengurusan Hal Ehwal Murid Nama: Puan Hajah Noor Hafizah bt Othman Jawatan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seri Impian Soalan Temu Bual 1. Apakah contoh kebajikan yang disediakan berdasarkan skop tugas penolong kanan HEM? - Bercakap tentang kebajikan yang disediakan sememangnya pelbagai. Dari segi program guru penyayang, saya telah menjalankan program seperti sambutan ulang tahun murid mengikut kelas serta disambut di dalam kelas masing-masing. Rasional program ini adalah untuk memastikan tiada murid yang tercicir atau berasa disisihkan selain mengeratkan hubungan antara guru, murid dan rakan sekelas mereka. Apabila dapat membina satu hubungan baik, masalah disiplin seperti buli akan dapat dikurangkan. Selain itu, program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga dilaksanakan dengan bantuan pengusaha kantin sekolah bagi menjaga kebajikan murid yang datang daripada latar belakang yang berbeza. Objektif utama bagi setiap program kebajikan yang dijalankan adalah untuk memastikan murid tidak ketinggalan di samping meningkatkan semangat mereka untuk datang ke sekolah. 2. Bagaimanakah cara mengatasi masalah disiplin yang berlaku di sekolah menurut pandangan tuan? - Sebelum menyentuh berkenaan masalah disiplin murid, suka saya maklumkan bahawa tahap disiplin murid di sekolah ini masih terkawal dan berada dalam keadaan yang baik walaupun terdapat segelintir murid yang sukar mengikuti peraturan yang ditetapkan. Kebiasaannya, masalah yang berlaku di sekolah ini melibatkan pergaduhan di dalam kelas dan ponteng sekolah. Bagi mengatasi masalah ini, guru kelas akan menyelesaikannya terlebih dahulu. Sekiranya kekerapan masalah meningkat, murid tersebut akan dipanggil oleh guru disiplin, Jika masih tiada perubahan, maka barulah pihak pentadbir akan mengambil alih.
26 3. Bagaimanakah kerjasama guru dalam membantu menguruskan murid-murid yang bermasalah sebelum dihantar kepada pihak pentadbir? - Peranan yang dimainkan oleh guru-guru SK Seri Impian dalam membantu menguruskan muridmurid yang bermasalah sememangnya tidak dinafikan kejayaannya. Hasil daripada kerjasama antara guru, pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan baik sebelum dihantar kepada pihak pentadbir. Tingkah laku murid yang dianggap agak baik di sini telah dibuktikan melalui bilangan ibu bapa yang perlu dipanggil untuk menyelesaikan isu anak mereka. Boleh dikatakan bahawa jarang sekali kes sebegini berlaku di sekolah kita. Ini menunjukkan masalah tingkah laku murid masih boleh dikawal oleh guru kelas atau guru subjek semasa tempoh PdP berlangsung. Ringkasnya, sebagai pihak pentadbir yang menguruskan hal ehwal murid, saya sentiasa meninjau segala permasalahan yang timbul dari semasa ke semasa bagi memastikan pengurusan tingkah laku murid dapat dibentuk dengan cemerlang.
27 BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada Murid-Murid. Nama: Puan Noorbaity bt Mansor Jawatan: Guru RMT di Sekolah Kebangsaan Seri Impian. SoalanTemu Bual 1. Boleh cikgu terangkan apa itu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan apakah matlamat utamanya? - Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu program yang disediakan oleh kerajaan untuk menyediakan makanan percuma kepada murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan semua murid mendapat makanan yang berkhasiat, seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan dan prestasi pembelajaran mereka. 2. Apakah cabaran yang cikgu hadapi dalam pelaksanaan RMT di sekolah ini? - Antara cabaran yang dihadapi termasuk memastikan makanan yang disediakan mematuhi standard pemakanan yang ditetapkan, menguruskan logistik pengagihan makanan, dan memastikan tiada pembaziran. Selain itu, kadangkala terdapat isu dengan pembekal yang menyebabkan kelewatan atau masalah dalam kualiti makanan. Namun, kami sentiasa berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran ini demi memastikan murid-murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada RMT. 3. Bagaimana sekolah memastikan bahawa makanan yang disediakan di bawah RMT memenuhi keperluan nutrisi yang ditetapkan, dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memantau kualitinya? - Sekolah bekerjasama dengan pihak pembekal yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan makanan yang disediakan memenuhi keperluan nutrisi yang ditetapkan. Kami juga melakukan pemeriksaan berkala dan menerima maklum balas daripada pelajar serta guru untuk memantau kualiti makanan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, kami akan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada pihak pembekal dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang diperlukan.
28 4. Apakah mekanisme yang digunakan oleh sekolah untuk memastikan bahawa hanya pelajar yang benar-benar layak menerima RMT? - Penentuan kelayakan pelajar untuk RMT berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk pendapatan keluarga dan keadaan sosio-ekonomi. Kami mengumpulkan maklumat ini melalui borang permohonan yang dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, pihak sekolah juga menjalankan sesi temuduga dan lawatan rumah jika perlu untuk memastikan ketepatan maklumat yang diberikan. 5. Bagaimana sekolah menangani masalah pembaziran makanan dalam program RMT? - Untuk menangani pembaziran makanan, kami memantau jumlah makanan yang disediakan berdasarkan kehadiran murid pada hari tersebut. Kami juga mendidik murid tentang kepentingan tidak membazir makanan melalui program kesedaran dan pendidikan di sekolah. Sekiranya terdapat lebihan makanan, kami akan memastikan ia disalurkan kepada individu yang lebih memerlukan. 6. Apakah impak jangka panjang RMT terhadap murid dan bagaimana sekolah mengukur keberkesanan program ini? - Impak jangka panjang RMT terhadap murid termasuk peningkatan dalam kesihatan, tumpuan dalam pembelajaran, dan prestasi akademik yang lebih baik. Untuk mengukur keberkesanan program ini, sekolah mengumpul data mengenai kehadiran, pencapaian akademik, dan tahap kesihatan murid secara berkala. Kami juga menjalankan kaji selidik dan mendapatkan maklum balas daripada murid, ibu bapa, dan guru untuk menilai sejauh mana RMT membantu dalam meningkatkan kesejahteraan dan prestasi murid. Data ini dianalisis dan digunakan untuk membuat penambahbaikan berterusan kepada program.
29 BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran Bahasa Melayu Nama: Puan Yusnani binti Mohd Yusoff Jawatan: Ketua Panitia Bahasa Melayu Soalan Temu Bual: 1. Bolehkah puan kongsikan serba sedikit pengalaman puan sebagai guru bahasa Melayu? - Saya telah berada dalam bidang pendidikan hampir 19 tahun. Sepanjang tempoh ini, saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Pendidikan Seni Visual. 2. Sepanjang mengajar bahasa Melayu, apakah isu yang sering berlaku dalam merancang dan melaksanakan pengajaran di dalam kelas? - Sebenarnya, banyak isu yang berlaku dalam pengajaran bahasa Melayu. Pertama sekali melibatkan sukatan pembelajaran bahasa Melayu yang padat. Proses pengajaran dan pembelajaran juga adakalanya menjadi tidak berkesan kerana bilangan murid yang ramai. Apatah lagi dengan percampuran murid pelbagai aras kognitif, adakalanya strategi pengajaran yang dijalankan tidak bersesuaian dengan semua murid. Segelintir murid tidak memberikan fokus di dalam kelas kerana tiada sasaran dalam pembelajaran. Saya melihat perkara ini bertambah buruk apabila terdapat segelintir murid yang tidak menguasai asas bahasa Melayu yang kukuh. 3. Apakah perancangan yang puan praktikkan sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)? - Terlebih dahulu, saya yakin bahawa perkara yang paling penting adalah guru perlu mengenal pasti potensi murid. Apatah lagi dengan percampuran murid pelbagai aras dalam satu bilik darjah yang sama, proses PdP akan menjadi sukar apabila guru tidak mengenali muridmuridnya. Setelah itu, pemberian lembaran kerja yang berbeza amat penting. Dalam hal ini, saya menyediakan lembaran kerja pemulihan dan pengayaan untuk sasaran murid yang berbeza. Penggunaan lembaran kerja ini amat penting bagi membantu setiap murid mendapat sesuatu selepas sesi PdP. Saya juga menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dan inovasi yang sesuai dengan murid. Selaras dengan keperluan masa kini, saya menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP tetapi tidak semua murid dapat mencapai
30 elemen ini. Namun begitu, saya melihat KBAT ini sebenarnya sangat membantu saya sendiri untuk menilai tahap pencapaian murid dari semasa ke semasa. 4. Apakah rujukan yang puan gunakan dalam merancang PdP? - Saya menggunakan rujukan utama iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan rujukan tambahan seperti buku aktiviti dan buku teks. 5. Apakah strategi yang puan praktikkan semasa menjalankan PdP? - Saya sering gunakan strategi pembelajaran secara koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Contohnya, aktiviti berpasangan dan berkumpulan. Saya melihat strategi pengajaran ini sangat membantu dalam memupuk kebolehan murid untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kemahiran berinteraksi ini sangat penting dalam mengembangkan potensi murid dalam berbahasa. Untuk pengetahuan kamu, sekolah ini juga ada kemudahan elektronik seperti Bilik Tayang dan Smart Studio. Jadi, ada kalanya saya terapkan pembelajaran digital melalui penggunaan Smart Board dan LCD. 6. Bagaimanakah puan menilai perkembangan murid? - Sekarang ini, kita gunakan Tahap Penguasaan untuk nilai perkembangan murid. Penilaian murid ini bukan melihat kepada pengetahuan sahaja, tetapi kita juga lihat kepada tingkah laku iaitu nilai yang ada pada murid dan juga kebolehan murid. Untuk capai Tahap Penguasaan 6 ( TP6) , murid perlu ada kebolehan untuk jadi contoh dan bantu murid lain. Jadi agak sukarlah untuk beri TP6 kepada murid.
31 7. Sepanjang perbincangan ini, saya lihat banyak cabaran dan isu yang berlaku dalam memastikan keberkesanan PdP. Jadi, apakah usaha yang dipraktikkan untuk memastikan keberkesanan pengajaran bahasa Melayu? - Pertama sekali, perkara yang paling utama adalah pengurusan kelas. Saya rasa agak mencabar untuk memastikan kawalan kelas yang berkesan kerana setiap kelas ada murid yang berbeza. Jadi, amat penting untuk semua guru untuk memberi arahan yang jelas kepada murid. Sebaiknya, gunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan bahasa murid. Selain itu, saya rasa kerjasama dengan ibu bapa amat penting terutamanya untuk memantau murid di rumah. Contohnya, membantu anak-anak untuk siapkan kerja rumah. Saya juga melakukan semakan latihan secara berkala untuk memantau hasil kerja murid. Seterusnya, panitia bahasa Melayu dengan kerjasama guru pemulihan telah mewujudkan Program Guru Muda Impian. Program ini melibatkan murid Tahap 1 yang belum menguasai kemahiran membaca. Muridmurid ini akan dibimbing oleh Guru Muda yang terdiri daripada murid Tahap 2. Saya melihat program ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. 8. Bagaimanakah puan meningkatkan pengetahuan kendiri dalam pendidikan? - Baru-baru ini juga, saya dan beberapa orang guru lain terlibat dalam Kursus Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan. Kursus seperti ini amat baik dalam meningkatkan pengetahuan guru dalam menggunakan teknologi. Kami guru-guru juga selalu berkongsi maklumat dan bertanya antara satu sama lain untuk sama-sama meningkatkan pengetahuan semasa dalam pendidikan.
32 BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Program Pemulihan Khas di SK Seri Impian Nama: Puan Noraliya binti Md Zain Jawatan: Guru Pemulihan Soalan Temu Bual 1. Boleh puan kongsikan serba sedikit tentang Program Pemulihan Khas (PPK) di SK Seri Impian? - Di sekolah ini, guru pemulihan perlu jalankan pemulihan bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik. Selain itu, sekolah sedang berusaha untuk wujudkan pemulihan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris. Pengurusan waktu pembelajaran murid pemulihan khas bagi Tahap 1 diuruskan oleh saya sendiri. 2. Bagaimana puan mengenal pasti murid pemulihan khas? - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sediakan Pekeliling Tahun 2012, dalam pekeliling ini menyatakan bahawa murid pemulihan khas ini dikenal pasti melalui ujian saringan. Ujian saringan ini dilakukan dengan menggunakan Instrumen LINUS 2018. Pelaksanaan ujian saringan ini tidak melihat kepada umur atau tahun semasa murid tetapi melihat kepada tahap kemahiran murid dalam cakupan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Secara dasarnya, ujian ini memfokuskan penguasaan bahasa Melayu murid terlebih dahulu kerana kebiasaannya murid yang menguasai bahasa Melayu dapat menguasai mata pelajaran lain. Dalam hal ini, kebiasaanya murid yang boleh menguasai Matematik tidak akan dimasukkan program pemulihan sebab mampu membaca dan memahami kehendak soalan. - Sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP), sekolah buat saringan dengan kumpulkan semua murid yang tidak boleh membaca. Dalam program pemulihan, murid Tahun 1 belum dilibatkan untuk memberi peluang kepada mereka belajar di kelas aliran perdana. Murid perlu diberi peluang sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum dicalonkan ke kelas pemulihan. Apabila melepasi tempoh 6 bulan, guru boleh bawa murid untuk menjalani ujian saringan. - Sebenarnya, kepekaan guru amat penting bagi memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. KPM ada nyatakan bahawa seramai 200 ribu orang murid tidak dapat kuasai kemahiran 3M. Jadi, program ini bertujuan untuk kurangkan murid yang tidak dapat kuasai kemahiran asas ini.
33 4. Bagaimana pengurusan program pemulihan khas ini dilaksanakan? - Guru pemulihan diberi maksimum 30 waktu. 4 waktu diperuntukkan untuk pengurusan fail-fail murid secara individu. Di sekolah ini, terdapat 45 orang murid pemulihan. Dalam satu masa, kelas boleh dihadiri oleh 8 orang murid. Kebanyakan murid pemulihan ialah murid lelaki kerana keupayaan kognitif mereka lambat berkembang. Setiap murid ini datang untuk tujuan yang berbeza. Ada yang belajar abc dan ada yang belajar kvkv. - Bermula tahun 2022, murid-murid pemulihan ni diberikan tagging dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Jadi, sekolah dapat kenal pasti murid pemulihan meskipun murid baru berpindah. 5. Apakah masalah yang berlaku dalam pelaksanaan program ini? - Tahun ini, saya lihat terlalu ramai murid yang menghidap ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) dan Autisme yang mengikuti kelas aliran perdana. Apatah lagi, kita kekurangan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) di kawasan sekitar. Jika PPKI swasta, ibu bapa perlu bayar sebanyak RM 200 bagi 1 jam sesi. Tak semua ibu bapa mampu tanggung kos sebanyak ini. - Program pemulihan khas ini kadang kala kekurangan dana. Jika saya nak buat program, saya perlu minta dana daripada pusat sumber sekolah, panitia bahasa Melayu, panitia Matematik dan selebihnya guna peruntukan kendiri. - Pengurusan kelas juga agak sukar kerana murid-murid terlalu aktif. - Murid pemulihan ini mempunyai tahap fokus yang amat lemah. Jadi, kebiasaannya murid perlu diajar secara individu. - Tingkah laku murid yang berbeza. Contohnya, ada murid yang terlalu banyak bercakap dan tidak mahu bercakap langsung. Murid lelaki mempunyai perkembangan tahap kognitif yang agak perlahan berbanding murid perempuan. - Murid kerap tidak hadir ke sekolah. - Tiada kerjasama daripada ibu bapa. Ada ibu bapa yang tidak mahu membantu guru untuk mencalonkan murid ke PPKI.
34 6. Apakah proses untuk menempatkan murid ke Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI)? - Proses untuk calonkan murid ke PPKI pula memerlukan proses yang lama kira-kira antara 1 hingga 2 tahun. Pertama sekali, guru perlu calonkan nama murid kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). PPD akan berhubung dengan Klinik Kesihatan (KK). KK akan beri tarikh untuk buat ujian saringan. Ujian ini merangkumi lima konstruk iaitu pendengaran, pertuturan, psikologi, kognitif dan tatakerja. Proses untuk dapatkan pengesahan ini amat rumit kerana kebanyakan hospital di Pulau Pinang ialah hospital kluster. Jadi, saringan lanjutan perlu dilakukan di hospital yang berbeza-beza ikut kekosongan. - Selain itu, kebanyakan murid pemulihan berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai masalah keluarga. Perkara ini mengehadkan proses untuk melaksanakan ujian saringan kerana keluarga murid tidak memberikan kerjasama. Bagi urusan melibatkan hospital, ibu bapa perlu bawa anaknya sendiri. Namun, kadang-kadang saya cuma boleh pujuk ibu bapa untuk bawa anak mereka. Dalam proses ini, saya hanya boleh ikut murid dan ibu bapa pada temu janji pertama untuk beri pendapat tentang perilaku murid di dalam kelas. - 7. Apakah pendekatan yang puan gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan? - Pertama sekali, murid pemulihan ini perlu diperkenal dengan huruf besar, huruf kecil, suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Selepas dah kenal, barulah ajar membaca. Kebiasaannya untuk set induksi saya akan pasang video atau lagu untuk tarik perhatian mereka. Yang paling penting, saya rasa elemen didik hibur perlu diselitkan dalam pembelajaran untuk tanamkan minat hadir ke sekolah dan belajar dalam diri murid-murid. 8. Adakah pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan komuniti untuk membantu perkembangan murid pemulihan? - Ya, sekolah mendapat bantuan kepakaran daripada komuniti melalui khidmat pengajaran tuisyen percuma.
35 BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan: Pentadbiran Penolong Kanan di SK Seri Impian Nama: Encik Ahmad Shukri bin Abu Bakar Jawatan: Penolong Kanan Pentadbiran Soalan Temu Bual 1. Apakah bidang tugas puan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah? - Sekiranya ditanya tentang bidang tugas, sudah pasti skop tugas saya adalah berkaitan pengurusan. Ini termasuklah pengurusan pentadbiran yang merangkumi hal ehwal guru-guru, sistem kehadiran menggunakan ‘punch card’ serta pentadbiran keseluruhan sistem sekolah. Kedua, pengurusan kurikulum juga termasuk dalam salah satu bidang tugas saya sebagai penolong kanan pentadbiran. Tuntasnya, saya membantu tuan guru besar dalam menguruskan kesemua urus tadbir sekolah. Sebagai contoh, jadual relief kelas bagi guru yang tidak dapat hadir pada setiap hari juga diuruskan oleh saya sendiri. Saya akan memastikan guru yang tidak dapat hadir pada keesokan hari persekolahan, akan memaklumkan kepada saya sebelum jam 7 pagi. Perkara ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan jadual sesama guru lain. Oleh itu, boleh dikatakan tugas saya merangkumi pengurusan kurikulum dan pentadbiran sekolah. 2. Dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, apakah program yang telah dijalankan setakat ini? - Dalam sesebuah institusi sekolah, murid merupakan ‘client’ utama bagi guru- guru. Tanpa murid, tiadalah guru. Oleh itu, prestasi murid sentiasa menjadi keutamaan guru-guru SK Seri Penanti. Pelbagai program yang telah dijalankan dan dirancang yang akan dijalankan demi memaksimumkan keberhasilan kualiti murid. Antara program yang dilaksanakan termasuklah Program Peningkatan Kualiti. Berdasarkan program tersebut, guru-guru menghadiri penanda aras di sekolah-sekolah tertentu kemudian mengaplikasikan pengetahuan baru di SK Seri Penanti. Program memperkasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah dilaksanakan juga merupakan insiatif sekolah dalam meningkatkan prestasi murid. Selain itu, program yang paling ketara ialah program KBAT yang dilaksanakan kepada semua murid di SK Seri Impian, tetapi lebih berfokus kepada tahun 4, 5 dan 6.
36 3. Apakah cara atau sistem yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah mengenai pengagihan kelas bagi murid-murid? - Di SK Seri Impian, pengagihan kelas bagi murid-murid tidak disusun mengikut tahap kecemerlangan mereka. Murid tidak diasingkan mengikut pencapaian akademik. Objektifnya adalah kerana jika dilaksanakan sebegitu, sudah pasti kelas hadapan akan didominasi oleh murid perempuan kebanyakannya. Mankala, murid lelaki akan ditempatkan di kelas belakang berdasarkan pencapaian akademik mereka. Tindakan ini akan memberi kesan kepada guruguru. Mereka akan lebih memberi perhatian kepada murid cemerlang berbanding murid lemah. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, saya menempatkan 3 tahap murid di dalam setiap satu kelas iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. 4. Bilakah penilaian dan pemantauan akan dibuat keatas perkembangan murid dalam bidang akademik dan berapa kalikah ianya akan dijalankan dalam setahun? - Memetik berkenaan penilaian dan pemantauan ke atas perkembangan murid dalam akademik sememangnya berkait rapat dengan PBD. Guru subjek akan menilai terlebih dahulu tahap penguasaan murid di dalam bilik darjah melalui pentaksiran berterusan yang dilaksanakan semasa PBD. Kemudian, hasil laporan prestasi murid akan dihantar kepada saya selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Saya juga akan memantau buku latihan murid-murid pada waktu tertentu serta melihat sendiri tahap penguasaan mereka. Pelaporan tentang penilaian dan pemantau prestasi akademik murid biasanya akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. Pada waktu tersebut, pemantauan dilakukan secara keseluruhan termasuklah tingkah laku murid serta hasil kerja rumah yang diberikan oleh guru. 5. Selama tuan memegang jawatan penolong kanan pentadbiran, boleh tuan kongsikan sejauhmana kerjasama serta sikap tolak ansur guru mampu menyumbang kepada prestasi kerja yang cemerlang? - Di SK Seri Impian, boleh dikatakan tiada jurang perbezaan antara guru dan pentadbir, mahupun staf kebersihan, pengawal keselamatan serta staf pengurusan. Apabila dikekalkan perhubungan sebegini, saya dapati kami akan lebih mudah bekerjasama dalam setiap aktiviti atau program yang ingin dijalankan. Perkara yang lebih utama adalah sikap saling menghormati dan mampu melaksanakan sesuatu secara bersama sebagai satu pasukan. Saya juga tidaklah terlalu menekan guru apabila melibatkan pengisian data dan maklumat. Asalkan mereka tahu tanggungjawab dan tugas mereka, itu sudah cukup bagi saya.
37 BORANG TEMU BUAL Tajuk Perbincangan: Aktiviti Kokurikulum dan Sukan di SK Seri Impian Nama: Encik Afzal Effendy bin Asmi Jawatan: Penolong Kanan Kokurikulum Soalan Temu Bual 1. Apakah aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah dan bagaimanakah perlaksanaannya? - Aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah merangkumi tiga bahagian iaitu unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan/ permainan. Terdapat 5 unit uniform yang berdaftar di sini iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Tunas Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Kokurikulum di sekolah ini dijalankan pada hari Rabu setelah tamat sesi persekolahan iaitu pada pukul 12.40 sehingga 1.40 petang. Murid dibenarkan untuk berehat selama 10 minti sebelum berkumpul untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Penetapan waktu kokurikulum yang telah dipendekkan mempunyai banyak faedah, antaranya ibu bapa tidak perlu mengambil anak sehingga lewat petang seperti sebelum ini. Perjumpaan kokurikulum juga mestilah dilaksanakan 12 kali setahun. Di sini, kita sentiasa melakukan perjumpaan lebih daripada waktu minimum yang diperuntukkan iaitu 12 kali setahun. 2. Memandangkan SK Seri Impian sudah cukup terkenal sebagai sekolah yang melahirkan ramai atlet sukan, jadi bagaimanakah penglibatan murid dalam sukan itu sendiri di sekolah? - Alhamdulillah, melalui pemerhatian saya, murid kita menunjukkan respons positif dalam setiap aktiviti sukan yang dijalankan. Mereka sangat komited dan menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan tempat apabila mewakili sekolah dalam acara sukan yang dipertandingkan. Apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah setiap kali SK Seri Impian menyertai pertandingan, murid kita berjaya mendapat tempat ketiga sekurang-kurangnya. Ini bukan sahaja membuktikan kejayaan guru dalam melatih mereka, malah ianya juga membuktikan usaha mereka berbaloi dengan hasil yang dikecapi. Namun begitu, saya tidaklah terlalu menekankan pencapaian sukan dan kokurkulum sehingga mengakibatkan murid itu sendiri mengabaikan pelajarannya. Bagi saya, cukuplah setakat sukan yang disertai mampu memberi pengalaman kepada mereka dan mengasah bakat walaupun hanya bertanding di peringkat sekolah.
38 3. Apakah keunikan SK Seri Impian berbanding sekolah kebangsaan yang lain dalam usaha mengimbangi pencapaian akademik dan sukan murid? - Jikalau guru-guru pelatih memerhati, di sini kita tidak menggalakkan murid berlatih sukan hanya pada waktu pagi. Mereka juga dibiasakan untuk berlatih pada waktu tengah hari. Rasionalnya tindakan ini adalah kerana kebiasaan pertandingan dijalankan pada waktu tersebut. Oleh itu, kita tidak mahu murid hilang daya tumpuan dan fokus apabila pertandingan tidak dijalankan pada wkatu kebiasaan mereka berlatih. Kita juga menyediakan bilik persalinan bagi murid lelaki dan murid perempuan. Ini memudahkan mereka untuk menyalin atau menukar baju selepas tamat waktu berlatih sebarang acara sukan dan tidak perlu berebut untuk ke tandas. Walaupun begitu, seperti yang sudah saya sebutkan, penglibatan murid dalam sukan tidaklah perlu terlalu aktif sehingga mengakibatkan mereka terpaksa mengabaikan pelajaran. Sebagai orang akademik, saya sangat menekankan pencapaian akademik melebihi sukan. Oleh itu, saya akan menitikberatkan kehadiran mereka di dalam kelas dan pencapaian akademik terlebih dahulu sebelum membiarkan mereka menyertai aktiviti sukan. 4. Adakah sukan dan kokurikulum sama-sama bergiat aktif di SK Seri Impian, atau hanya penyertaan sukan yang lebih diutamakan? - Menjawab kepada persoalan ini, suka saya ingatkan bahawa di sini kami tidak mahu terlalu menekan tugas guru sukan dalam mengimbangi keduanya. Apabila kita ingin menggerakkan kedua-duanya secara aktif, kita memerlukan kepakaran dan keupayaan guru melatih muridmurid. Ini akan menambah bebanan guru di luar bilik darjah. Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum agak kurang lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan unit uniform. Perkara ini adalah kerana guru-guru di sini lebih memiliki kepakaran untuk melatih murid dalam bidang sukan seperti bola tampar, bola baling, hoki, takraw dan bola sepak. Bagi aktiviti kawad itu sendiri, saya akui kita agak mundur dalam penyertaan di peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, saya juga berpendapat lebih baik kita memfokuskan kepada satu sahaja asalkan hasil yang kita terima itu berbaloi dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan.
39 4.4 SOAL SELIDIK Soal selidik merupakan saluran untuk memperoleh gambaran dan perspektif umum responden terhadap sekolah. Saya memfokuskan isu beberapa aspek merangkumi isu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan terhadap dasar-dasar kurikulum dan pengetahuan tentang program yang dilaksanakan di sekolah. Saya telah melaksanakan soal selidik secara bertulis melalui lembaran kertas. Soal selidik ini melibatkan 10 orang murid Tahun 5 Al-Kindi di SK Seri Impian.
40
41 5.0 KOLABORATIF 5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 19 Jun 2024 Masa : 8.30 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Pentadbiran Sekolah Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Pengurusan kurikulum di sekolah: - Guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) dan rancangan tahunan. - Prestasi guru dinilai melalui laman sesawang e-Prema. Beliau dapat melihat perkembangan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. - Murid dinilai berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Penilaian ini melibatkan Tahap Pencapaian (TP). Murid dinilai dari TP1 hingga TP6. Setiap panitia akan melaksanakan intervensi tersendiri sekiranya murid tidak menguasai. - Pelaksanaan aktiviti berasaskan Pelan Strategik dan KPI ( Key Perfomance Indicator) masing-masing mengikut mata pelajaran. • Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti. Penglibatan murid dapat membantu mereka meneroka minat dan pengetahuan dengan lebih mendalam. • Memberi galakan kepada guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang masing-masing. Tandatangan : Nama : Encik Ahmad Shukri bin Abu Bakar Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran
42 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 20 Jun 2024 Masa : 11.50 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Hal Ehwal Murid Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Contoh kebajikan yang disediakan berdasarkan skop tugas penolong kanan HEM? - Program guru penyayang - Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 1. 2. Cara mengatasi masalah disiplin yang berlaku di sekolah: - Tahap disiplin murid di sekolah masih terkawal dan kebiasaannya masalah yang berlaku di sekolah hanya melibatkan pergaduhan di dalam kelas dan ponteng sekolah. Jadi, cara yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melaporkan kepada guru disiplin dan tindakan susulan akan diambil. 2. 3.Kerjasama guru dalam membantu menguruskan murid-murid yang bermasalah sebelum dihantar kepada pihak pentadbir: - Pada dasarnya, tingkah laku murid-murid di sini masih dapat dikawal dan perkara ini dapat dibuktikan melalui bilangan ibu bapa yang perlu dipanggil untuk menyelesaikan isu anak mereka. - Melakukan tinjauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengurusan tingkah laku murid dapat dibentuk dengan cemerlang. 1. Pihak pentadbir sentiasa cakna dengan program-program yang dapat dilaksanakan kepada murid-murid semasa di sekolah 2. Pihak pentadbir sentiasa peka dan mengambil berat dengan setiap masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid-murid. Tandatangan : Nama : Puan Hajah Noor Hafizah binti Othman Jawatan : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
43 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 11 Jun 2024 Masa : 8.30 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Kokurilum dan Sukan di SK Seri Impian Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. - Murid-murid terlibat aktiviti dengan aktiviti sukan seperti bola sepak, bola tampar dan takraw. - Murid-murid yang mewakili sekolah mendapat bimbingan dan latihan yang berterusan oleh guru. 2. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang terancang sepanjang tahun. - Aktiviti unit beruniform, kelab/ persatuan dan sukan/permainan dilaksanakan secara bergilir-gilir pada hari rabu mengikut urutan yang telah ditetapkan dalam takwim kokurikulum. 3. Pengurusan aktiviti kokurikulum yang berkesan melalui kerjasama antara guru dan pentadbir. Perkara ini mendorong ke arah keberkesanan aktiviti kokurikulum di sekolah. 4. Penekanan diberikan terhadap aktiviti kelab dan persatuan bagi aktiviti kokurikulum. Hal ini berlaku kerana kecenderungan murid terhadap aktiviti anjuran kelab dan persatuan. Namun begitu, aktiviti unit beruniform masih dijalankan secara berterusan. Tindakan yang dipraktikkan bagi menggalakkan penglibatan murid secara aktif: • Pengurusan aktiviti yang strategik dan bersasar. - Guru melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan tempoh masa dan sasaran murid. Misalnya, aktiviti yang lebih mudah dilaksanakan kepada murid Tahun 4. • Melakukan saringan berkala untuk pemilihan atlet. Hal ini bertujuan bagi menggilap bakat murid dalam aktiviti sukan. Tandatangan : Nama : Afzal Effendy bin Asmi Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum
44 5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2024 Masa : 8.00 Pagi Tajuk / Perkara : Perancangan dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Beliau berpengalaman sebagai guru bahasa Melayu selama 19 tahun. 2. Isu dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pengajaran: - Sukatan pembelajaran bahasa Melayu yang padat memerlukan perancangan pengajaran yang mantap. - Bilangan murid di dalam kelas ramai. Segelintir murid tidak dapat mencapai objektif dan kriteria kejayaan yang ditetapkan. - Prestasi murid dalam bahasa Melayu semakin rendah kerana murid tidak mempunyai sasaran yang jelas. Hal ini berlaku akibat pemansuhan peperiksaan pusat. - Percampuran murid pelbagai prestasi dalam satu kelas yang sama. Guru perlu menekankan strategi pengajaran yang membolehkan semua murid terlibat secara aktif. - Kekangan masa untuk memastikan semua murid menguasai pembelajaran. Tindakan yang dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa Melayu: - Pengurusan kelas yang berkesan sebelum bermulanya sesi PdP. - Beri arahan yang jelas kepada murid. - Menjalinkan kerjasama dengan ibu bapa bagi memantau perkembangan murid di rumah. - Melakukan semakan latihan secara berkala bagi memantau hasil kerja murid. - Program Guru Muda Impian : Murid Tahap 2 memberikan bimbingan kepada murid Tahap 1 yang masih lemah dalam pembacaan. - Meningkatkan pengetahuan kendiri melalui kursus dan perbincangan dengan rakan guru. Contohnya, guru menyertai Kursus Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan.
45 3. Perancangan guru dalam PdP: - Kenal pasti potensi murid. - Beri lembaran kerja yang berbeza. - Penggunaan inovasi dalam pembelajaran. - Penggunaan bahan rujukan utama iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan rujukan tambahan seperti buku aktiviti dan buku teks. - Menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: - Pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi memupuk kebolehan murid untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. - Pembelajaran digital melalui penggunaan ’Smart Board dan LCD. 5. Kaedah Penilaian Guru: - Penilaian dilaksanakan berpandukan Tahap Penguasaan yang merangkumi pengetahuan, tingkah laku dan kebolehan murid dalam menggunakan pengetahuan untuk dirinya dan rakan sebaya, - TP 6 sukar diberikan kepada murid. Tandatangan : Nama : Puan Yusnani binti Mohd Yusoff Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu
46 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13.6.2024 Masa : 2:00 petang Tajuk / Perkara: Program Pemulihan Khas di Sekolah Kebangsaan Seri Impian Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Pengurusan Program Pemulihan Khas di SK Seri Impian : - Program Pemulihan memfokuskan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. - Pihak sekolah sedang berusaha untuk masukkan Bahasa Inggeris dalam program pemulihan sedia ada. - Jadual pembelajaran murid pemulihan bagi Tahap 1 diuruskan oleh guru pemulihan. - Guru pemulihan diberi maksimum 30 waktu. 4 waktu diperuntukkan untuk pengurusan fail-fail murid secara individu. - Di sekolah ini, terdapat 45 orang murid pemulihan. Dalam satu masa, kelas boleh dihadiri oleh 8 orang murid. - Kebanyakan murid pemulihan ialah murid lelaki kerana keupayaan kognitif mereka lambat berkembang. - Setiap murid ini datang untuk tujuan yang berbeza. Ada yang belajar abc dan ada yang belajar kvkv. - Bermula tahun 2022, murid-murid pemulihan diberikan tagging dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Jadi, sekolah dapat kenal pasti murid pemulihan meskipun murid 1. Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran: - Murid diajar asas bahasa Melayu iaitu huruf besar, huruf kecil, suku kata terbuka dan suku kata tertutup sebelum diajar membaca. - Set induksi menggunakan video atau lagu untuk tarik perhatian murid. - Terapkan elemen didik hibur semasa mengajar. 2. Kerjasama dengan Komuniti - Pengajaran tuisyen percuma oleh wakil ibu bapa. 3. Proses Menempatkan Murid ke Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI): - Proses pencalonan mengambil masa antara 1 hingga 2 tahun. - Pertama sekali, guru perlu calonkan nama murid kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). - PPD akan berhubung dengan Klinik Kesihatan (KK). - KK akan beri tarikh untuk buat ujian saringan.
47 baru berpindah. 2. Pemilihan Murid Pemulihan: - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sediakan Pekeliling Tahun 2012, dalam pekeliling ini menyatakan bahawa murid pemulihan khas ini dikenal pasti melalui ujian saringan. Ujian saringan ini dilakukan dengan menggunakan Instrumen LINUS 2018. - Pelaksanaan ujian saringan ini tidak melihat kepada umur atau tahun semasa murid tetapi melihat kepada tahap kemahiran murid dalam cakupan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. - Ujian tertumpu kepada pengujian penguasaan bahasa murid. Dalam hal ini, penguasaan bahasa akan menentukan penguasaan murid dalam mata pelajaran lain. - Sebelum PKP, sekolah buat saringan dengan kumpulkan semua murid yang tidak boleh membaca. Dalam program pemulihan, murid Tahun 1 belum dilibatkan untuk memberi peluang kepada mereka belajar di kelas aliran perdana. Murid perlu diberi peluang sekurangkurangnya 1 tahun sebelum dicalonkan ke kelas pemulihan. Apabila melepasi tempoh 6 bulan, guru boleh bawa murid untuk menjalani ujian saringan. - KPM keluarkan data bahawa seramai 200 ribu murid tidak menguasai kemahiran 3M. 3. Cabaran dalam Pelaksanaan Program Pemulihan Khas: - Semakin ramai murid yang menghidap ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) dan - Ujian ini merangkumi lima konstruk iaitu pendengaran, pertuturan, psikologi, kognitif dan tatakerja. Proses untuk dapatkan pengesahan ini amat rumit kerana kebanyakan hospital di Pulau Pinang ialah hospital kluster. Jadi, saringan lanjutan perlu dilakukan di hospital yang berbeza-beza ikut kekosongan. - Selain itu, kebanyakan murid pemulihan berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai masalah keluarga. Perkara ini mengehadkan proses untuk melaksanakan ujian saringan kerana keluarga murid tidak memberikan kerjasama. Bagi urusan melibatkan hospital, ibu bapa perlu bawa anaknya sendiri. Dalam proses ini, guru pemulihan hanya boleh ikut murid dan ibu bapa pada temu janji pertama untuk beri pendapat tentang perilaku murid di dalam kelas
48 Autisme yang mengikuti kelas aliran perdana. - Apatah lagi, kita kekurangan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) di kawasan sekitar. Jika PPKI swasta, ibu bapa perlu bayar sebanyak RM 200 bagi 1 jam sesi. - Kekurangan dana. Dana hanya diperolehi dari pusat sumber sekolah, panitia bahasa Melayu, panitia Matematik dan selebihnya guna peruntukan kendiri. - Pengurusan kelas juga agak sukar kerana muridmurid terlalu aktif. - Tahap fokus yang amat lemah. Jadi, kebiasaannya murid perlu diajar secara individu. - Tingkah laku murid yang berbeza. Contohnya, ada murid yang terlalu banyak bercakap dan tidak mahu bercakap langsung. - Murid lelaki mempunyai perkembangan tahap kognitif yang agak perlahan berbanding murid perempuan. - Murid kerap tidak hadir ke sekolah. - Tiada kerjasama daripada ibu bapa. Ada ibu bapa yang tidak mahu membantu guru untuk mencalonkan murid ke PPKI. Tandatangan : Nama : Pn. Noraliya bt Md Zain Jawatan : Guru Pemulihan