The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Nur Atikah binti Aziz<br>Kelas : A8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atykah.aziz, 2024-06-23 11:28:23

PORTFOLIO PBS II

Nama: Nur Atikah binti Aziz<br>Kelas : A8

99


100


101


102


103


104 PROGRAM KURIKULUM YANG BERKAITAN DENGAN DASAR PENDIDIKAN Penubuhan dasar pendidikan di Malaysia bertujuan untuk memperkasa dan memperkayakan penguasaan bahasa dalam kalangan murid. Perkara ini terkait dengan Dasar Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu dan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) Memperkukuh Bahasa Inggeris (BI) (MBMMBI). Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa merupakan tunjang utama yang perlu dikuasai oleh setiap murid sejak dari awal lagi kerana ini adalah alat komunikasi asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan lebih berkesan di samping dapat mengembangkan kemahiran berbahasa dalam diri masing-masing. Bukan itu sahaja, dengan menguasai bahasa dari peringkat awal, murid dapat membangunkan keupayaan mereka dalam pelbagai bidang seperti akademik, profesional, dan sosial dengan lebih yakin dan efektif. Jadi, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa program yang semestinya dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa dalam diri murid-murid. Antara program yang berkaitan adalah seperti Program Bacalah Sayangku dan Program Minggu Bahasa Melayu. Umum mengetahui bahawa, Program Bacalah Sayangku adalah inisiatif yang menekankan penguasaan literasi asas dalam kalangan murid. Program ini ditujukan khas untuk kanak-kanak di prasekolah sehingga murid-murid tahun tiga. Program ini menekankan menggunakan pendekatan fonik yang interaktif dan menyeronokkan untuk mengajar kanak-kanak mengenali huruf dan bunyi, serta membentuk perkataan dan ayat. Lantaran itu, objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan semua murid dapat membaca dengan lancar dan memahami apa yang dibaca sebelum mereka melangkah ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi. Program ini sentiasa dibantu oleh guru, ibu bapa, dan sukarelawan untuk memastikan sokongan yang menyeluruh kepada kanakkanak. Selain itu, program Minggu Bahasa Melayu adalah program tahunan yang mesti diadakan di sekolah-sekolah untuk memupuk perasaan minat dan cinta murid-murid terhadap bahasa Melayu. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan pidato, mendeklamasi sajak, penulisan esei, kuiz bahasa, dan persembahan teater. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran bahasa murid tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan diri secara kreatif. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memupuk rasa bangga terhadap warisan budaya dan bahasa sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa kedua-dua program ini memainkan peranan penting dalam memastikan dasar pendidikan negara yang menekankan penguasaan bahasa dan literasi dapat dicapai dengan baik. Berikut merupakan kertas kerja pelaksanaan Program Bacalah Sayangku dan Program Minggu Bahasa Melayu yang telah dijalankan di sekolah pada tempoh masa yang lalu.


105 KERTAS CADANGAN PROGRAM BACALAH SAYANGKU Encik Mohd Nizam bin Othman Guru Besar, SK Seri Impian. TAJUK KERTAS CADANGAN: PROGRAM BACALAH SAYANGKU ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM Program Bacalah Sayangku dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik huruf yang akhirnya dapat membaca dengan lancar serta dapat memahami isi kandungan teks yang dibaca. Program ini juga secara tidak langsung dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka terutamanya untuk subjek Bahasa Melayu supaya mereka mempunyai kemahiran membaca yang lebih baik dan efektif. Program Bacalah Sayangku bukan sahaja boleh dilaksanakan di dalam kelas, malahan boleh dilaksanakan juga di luar kelas. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM 1.1 Melahirkan murid yang celik huruf. 1.2 Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid 1.3 Menghargai kegigihan dan kesungguhan murid dalam menyelesaikan bacaan. 1.4 Memberi motivasi kepada murid supaya berusaha dengan lebih cemerlang. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid tahap 1 yang masih belum menguasai kemahiran membaca.


106 5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM 5.1 Program dilaksanakan sepanjang bulan Mac dan April 5.2 Program dilaksanakan pada awal pagi sebelum PdPC, semasa waktu rehat dan pada masa terluang guru. 6.0 JAWATANKUASA KERJA Penasihat En. Mohd Nizam bin Othman (Guru Besar) Pengerusi En. Mohd Shukri bin Abu Bakar (PKP) Naib Pengerusi I Pn. Noor Hafizah binti Othman ({PKHEM) En. Afzal Affendy bin Asmi (PKKK) Penyelaras Pn. Yusnani binti Mohd Yusoff Setiausaha Pn. Norsiha binti Hassan Urusetia Pn. Noraliya binti Md.Zin Pn. Khairotul Karimah binti Abdul Kadir Pn. Noor Azah binti Talib En. Yusof bin Jamaluddin Pn. Noor Syuhaida binti Suhaimi Pn. Suraya binti Hassan


107 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Sumber Kewangan: Pelbagai - YKS (Pusat Sumber) – RM 413.00 7.2 Anggaran Perbelanjaan BIL PERKARA RM SEUNIT JUMLAH 1 . Mari Baca Sayangku 1 5.90 206.50 2 . Mari Baca Sayangku 2 5.90 206.50 JUMLAH 413.00 8.0 ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu) …........................................................................................................................ ............................................................................................................................ ............................................................................................................................ ............................................................................................................................ 9.0 PENUTUP Program Bacalah Sayangku ini diharapkan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pembacaan supaya mereka mempunyai motivasi serta mempunyai keyakinan yang lebih tinggi untuk berjaya. Melalui program ini juga, diharapkan murid-murid akan lebih bersemangat untuk menghabiskan buku bacaan masing-masing. Selain itu, kerjasama daripada pihak guru dan juga waris amat diperlukan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


108 No.Ruj: 600-03/02/05 KERTAS CADANGAN MINGGU BAHASA MELAYU Encik Mohd Nizam bin Othman Guru Besar, SK Seri Impian. TAJUK KERTAS CADANGAN: MINGGU BAHASA MELAYU ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM Program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ini adalah bertujuan untuk mengasah minda dan mencungkil bakat murid-murid melalui pelbagai jenis pertandingan yang dianjurkan. Aktiviti yang dianjurkan juga diharapkan dapat menambah baik penguasaan bahasa dan penulisan murid-murid terutamanya dalam Bahasa Melayu dengan baik dan cemerlang. Murid-murid akan dapat menimba pengalaman baharu melalui pertandingan membaca berita yang selama ini hanya ditonton melalui kaca televisyen sahaja. Murid akan dapat belajar membaca maklumat dengan intonasi dan gaya yang betul. Adalah menjadi harapan, melalui aktiviti yang dianjurkan, murid-murid yang kritis dan kreatif akan terhasil terutamanya melalui aktiviti penulisan.


109 3.0 OBJEKTIF PROGRAM 1.1 Melahirkan murid yang kritis dan kreatif melalui pertandingan penulisan. 1.2 Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid. 1.3 Melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan cemerlang. 1.4 Memberi motivasi kepada murid supaya berusaha dengan lebih cemerlang. 1.5 Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid Sek.Keb. Seri Impian ( Tahap 1 dan 2). 5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM 5.1 Program dilaksanakan pada 15 April -19 April 2024. BIL AKTIVITI TARIKH 1. Perasmian 15 April 2024 2. Pertandingan Membaca Berita 16 April 2024 3. Pertandingan Tulisan Berangkai / Tulisan Cantik 17 April 2024 4. Aktiviti Menukar Tulisan Jawi ke Rumi 18 April 2024 5. Persembahan Nyanyian / Penutup 19 April 2024 5.2 Program dilaksanakan pada waktu PdPC, pada waktu 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dan pada waktu kokurikulum.


110 6.0 JAWATANKUASA KERJA Penasihat En. Mohd Nizam bin Othman (Guru Besar) Pengerusi En. Mohd Shukri bin Abu Bakar (PKP) Naib Pengerusi I Pn. Noor Hafizah binti Othman ({PKHEM) En. Afzal Affendy bin Asmi (PKKK) Penyelaras Pn. Yusnani binti Mohd Yusoff Setiausaha Pn. Norsiha binti Hassan Urusetia Pn. Noraliya binti Md.Zin Pn. Khairotul Karimah binti Abdul Kadir Pn. Noor Azah binti Talib En. Yusof bin Jamaluddin Pn. Noor Syuhaida binti Suhaimi Pn. Suraya binti Hassan Pn. Norizah binti Yahaya En. Nazri bin Ab.Rashid En. Mizaman bin Jusoh En. Syazrul Razman bin Mansor Pn. Zakiah binti 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Sumber Kewangan: Teras – Bahasa Melayu 7.2 Anggaran Perbelanjaan


111 BIL PERKARA RM SEUNIT JUMLAH 1 . Pertandingan membaca Berita Hadiah Buku Nota 15 x RM 7.00 RM 105.00 2 . Pertandingan Tulisan Berangkai (Tahap 2) Johan Naib Johan Tempat ketiga Hadiah Buku Nota 12 x RM 7.00 12 x RM 5.00 12 x RM 4.00 RM 84.00 RM 60.00 Rm 48.00 3 . Pertandingan Tulisan cantik (Tahun 1) Johan Naib Johan Tempat ketiga Hadiah Buku Nota Pertandingan Tulisan Cantik (Tahun 2) Johan Naib Johan Tempat ketiga Hadiah Buku Nota 5 x RM 7.00 5 x RM 5.00 5 x RM 4.00 4 x RM 7.00 4 x RM 5.00 4 x RM 4.00 RM 35.00 RM 25.00 RM 20.00 RM 28.00 RM 20.00 RM 16.00 JUMLAH RM 441.00


112 8.0 ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu) ............................................................................................................................ ............................................................................................................................ 9.0 PENUTUP Program panitia ini diharapkan dapat memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan keyakinan dan melibatkan diri dengan aktif melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.. Melalui program ini juga diharapkan murid-murid akan terus berjaya dan cemerlang terutamanya dalam penguasaan Bahasa Melayu dalam semua aspek. Akhir sekali, diharapkan program yang dirancang ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak.


113 MAKLUMAT KOKURIKULUM


114


115


116


117


118


119


120


121


122


123


124


125 TAKWIM KOKURIKULUM 2024/2025 JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM DAN 1M1S BIL AKTIVITI / PROGRAM M A M J J O S O N D J F 1 Mesy Induk Kokurikulum 2 Mesy Unit Kokurikulum 3 Perancangan Strategik 4 Pendaftaran Kokurikulum 5 Mesy Agung Unit Koku 6 Akt. Mingguan Unit Koku 7 Aktiviti 1M1S 8 Pendaftaran Rumah Sukan 9 Mesy. Agung Rmh Sukan 10 Latihan Rumah Sukan 11 Merentas Desa 12 Sukantara 13 Sukan Tahunan 14 Kejohanan Sukan MSSPP 15 Karnival Permainan MSSPP 16 Karnival Mini Sukan 17 Penutup Kokurikulum 18 Perkhemahan Perdana


126 TAKWIM KOKURIKULUM Bil Tarikh Program / Aktiviti Yang Dirancang 1 Mac, Ogos, November, Januari Mesyuarat Induk Kokurikulum 2 Mac, Ogos, November, Januari Mesyuarat Unit Kokurikulum 3 Mac Perancangan Strategik 4 Mac Pendaftaran Kokurikulum 5 April Mesyuarat Agung Unit Kokurikulum 6 Sepanjang Tahun Aktiviti Mingguan Unit Kokurikulum 7 Sepanjang Tahun Aktiviti 1M1S 8 Mac Pendaftaran Rumah Sukan 9 Jun Mesyuarat. Agung Rumah Sukan 10 Jun Latihan Rumah Sukan 11 25 Jun Raptai Merentas Desa 28 Jun Merentas Desa 12 19-21 Ogos Sukantara 13 24 Ogos Sukan Tahunan 14 May- Ogos Kejohanan Sukan MSSPP 15 Julai-Ogos Karnival Permainan MSSPP 16 Oktober Karnival Mini Sukan 17 3 Disember Penutup Kokurikulum 18 Disember Perkhemahan Perdana


127 PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN Bil Tarikh Program / Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan Catatan Pelaksanaan 1. Sepanja ng Tahun 1 Murid 1 Sukan ● Pelbagai aktiviti permainan dijalankan termasuklah bola speak, badminton, bola jarring, olahraga dan bola tampar ● Melibatkan semua murid Dilaksanakan pada hari Selasa waktu pertama dan kedua ● Murid telah diberikan sukan yang spesifik untuk bermain pada setiap minggu 2. 21 Jun Raptai Merentas Desa ● Melibatkan semua murid termasuk murid pra sekolah ● Murid melalui laluan merentas desa yang telah dibuat oleh guru ● Guru menjaga disepanjang laluan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini ● Murid diberi penerangan secara ringkas sebelum berjalan melalui laluan yang disediakan 3. Sepanja ng Tahun Aktiviti Mingguan Unit Kokurikulum ● Terdapat tiga aktiviti yang digilirkan setiap minggu iaitu sukan dan permainan, unit beruniform serta kelab dan persatuan ● Melibatkan semua murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)


128 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM Setiap aktiviti kokurikulum ini perlulah dirancang terlebih dahulu. Hal ini kerana setiap aktiviti atau kegiatan kokurikulum ini perlulah mempunyai objektif dan mempunyai matlamat yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah pelaksanaannya dimana ianya perlulah tersusun. Elemen-elemen nilai murni juga perlulah ada dalam setiap kegiatan dan aktiviti kokurikulum untuk membantu pelajar menyeimbangkan diri dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikn Kebangsaan (FPK). Seharusnya dalam dasar ini, ianya memberikan peluang kepada para pelajar untuk menambahkan kemahiran, mengukuhkan pengetahuan serta mengamalkan nilai-nilai. Kemahirankemahiran baharu dapat dipelajar oleh para pelajar seperti dalam sukan dan permainan bola sepak, kemahiran asas seperti cara sepakan, peraturan-peraturan dan lain-lain akan dapat pelajar dapati melalui aktiviti kokurikulum ini. Daripada segi amalan pula, nilai-nilai seperti kerjasama dan nilainilai lain dapat dipelajari oleh mereka.


129


130 PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN KOKURIKULUM: Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh KPM di sekolah merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti ini bertujuan mempelbagaikan pengetahuan dan pengalaman murid untuk memperkembangkan intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembetulan nilai estetika, jati diri serta nilai sosial yang positif. Aktiviti kokurikulum bertujuan memastikan semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti melalui pasukan badan beruniform, persatuan/kelab serta sukan dan permainan ke arah pemantapan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. KOLABORASI KOMUNITI Program yang melibatkan kolaborasi komuniti adalah program yang dilaksanakan dengan kerjasama oleh komuniti setempat termasuk ibu bapa (PIBK). Berikut merupakan antara program dan aktiviti yang dijalankan dengan kolaborasi antara pihak sekolah SK Seri Impian dan juga komuniti.


131 Hari Orientasi Prasekolah tahun 2024 (melibatkan waris dan juga murid prasekolah)


132 Pemeriksaan Gigi tahun 2024 (melibatkan komuniti setempat iaitu jururawat dari klinik kesihatan terdekat dan juga murid prasekolah)


133 Program Penanaman 1 Juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi (melibatkan PIBK, PIBG, komuniti setempat, murid Tahun 6 dan warga SK Seri Impian)


134 PROGRAM KOKURIKULUM YANG BERKAITAN DENGAN DASAR PENDIDIKAN 1 Murid 1 Sukan Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan dasar “1 Murid 1 Sukan” bagi menggalakkan para pelajar terlibat secara terus dalam aktiviti sukan. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Bagi aktiviti ini, semua murid perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1 sukan. Unit kokurikulum akan menentukan sukan untuk setiap murid.


135 MAKLUMAT PENTADBIRAN


136


137 MAKLUMAT HAL EHWAL MURID


138 TAKWIM HAL EHWAL MURID BIL AKTIVITI / PROGRAM M A M J J O S O N D J F 1 ORIENTASI THN 1 / PRA SEKOLAH 2 JAYA WARIS 3 AGIHAN DAN PENGUMPULAN BORANG BMM 4 AGIHAN BANTUAN / BIASISWA 5 MESY. INDUK / UNIT HEM 6 MESY. UNIT HEM 7 PROGRAM BUDI BAHASA BUDAYA KITA DAN KEMPEN GURU PENYAYANG 8 BUAL BICARA TOKOH 9 MOTIVASI MURID TAHUN 6 10 ‘GAYA HIDUP SIHAT’ 11 WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 12 PEMERIKSAAN BUKU TEKS 13 PROG. LATIHAN KEBAKARAN 14 KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 15 KEMPEN NAFAS SEGAR 16 PROGRAM GURU PENYAYANG 17 GOTONG - ROYONG 18 PENYERAHAN & PEMULANGAN BUKU TEKS 19 LAPORAN BULAN DENGGI 20 PROGRAM IHYA’ RAMADAN 21 MAJLIS IFTAR RAMADAN 22 MAJLIS HARI RAYA 23 MAJLIS HARI KANAK-KANAK 24 GRADUASI PRA/T6


139 PERBINCANGAN BERSAMA PENGURUS SEKOLAH Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Ahmad Shukri Puan Hajah Noor Hafizah Penolong Kanan Kokurikulum Encik Afzal Effendy


140 PERBINCANGAN BERSAMA GURU Guru Kaunseling Ketua Panitia Bahasa Melayu Encik Md Tarmizi Puan Yusnani Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas Guru RMT Puan Farah Hanum Puan Noorbaity Guru Pemulihan Khas Puan Noraliya


141 PERBINCANGAN BERSAMA KAKITANGAN SEKOLAH Pembantu Tadbir Puan Masliza INTERAKSI DENGAN MURID Ahli Pandu Puteri Tunas Ketua Pengawas Puteri Qaisara Muhammad Azri Aisar PERBINCANGAN BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH Pembantu Koperasi Pekerja Kantin Pengawal Keselamatan Puan Wan Hafeza Puan Nur Aina Puan Azizah


142 BORANG KEHADIRAN PELAJAR MINGGU PERTAMA


143 MINGGU KEDUA


144 LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR


Click to View FlipBook Version