The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Nur Atikah binti Aziz<br>Kelas : A8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atykah.aziz, 2024-06-23 11:28:23

PORTFOLIO PBS II

Nama: Nur Atikah binti Aziz<br>Kelas : A8

49 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 10 Jun 2024 Masa : 11.00 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Aktiviti di Musolla Al-Hannan Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Pengurusan Pelaksanaan Aktiviti - Setiap fail mempunyai dua bahagian yang terdiri daripada j-Qaf dan dakwah. - Setiap bahagian ini mempunyai kertas kerja dan laporan yang tersendiri. - Kini, bagi tahun 2024, guru panitia mula mengemas kini setiap data secara dalam talian melalui Google Drive. Penggunan kod QR juga digunakan supaya mudah diakses oleh pihak sekolah dan pihak luar. 2. Pelaksanaan Aktiviti - Sekolah ini bergiat aktif falam program Penarafan Surau Imarah Sekolah ( PERSIS) - Beberapa murid dilantik sebagai ’Ejen Hannan’ yang bertanggungjawab dalam memastikan kekemasan dan kebersihan surai dan membantu guru melaksanakan aktiviti bacaan yasin dan kalimatussobah secara berterusan - Sekolah memperkenalkan beberapa inovasi dari segi kemudahan dan kaedah pengajaran. Contohnya, terdapat kemudahan ’ Gerobok Telekung’, ’Rak alQuran’, ’Galeri al-Hannan’ dan kaedah pengajaran yang menarik iaitu teknik ’iZAKI’. 1. Penerapan kaedah pengajaran ’ i-ZAKI’ 2. Kaedah i-ZAKI menerapkan penggunaan loceng untuk meningkatkan tahap konsentrasi murid. 3. Melaksanakan pembelajaran secara berpasangan. 4. Guru menghasilkan laporan perkembangan murid dalam pembacaan al-Quran dan iqra secara bulanan. 5. Guru melibatkan murid secara aktif dengan kerjasama Ejen Hannan. Tandatangan : Nama : Siti Alawiyah bt Idris Jawatan : Ketua Panitia Pendidikan Islam


50 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 19 Jun 2024 Masa : 9.00 pagi Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Aktiviti Pandu Puteri Tunas Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Persatuan Pandu Puteri Tunas baru sahaja ditubuhkan selama 3 tahun di SK Seri Impian. Sebelum ini, semua murid hanya terlibat dengan Tunas Kadet Remaja Sekolah sahaja. 2. Sekolah kembali wujudkan pelbagai pilihan unit beruniform untuk membuka peluang kepada murid mengembangkan potensi yang berbeza. 3. Perancangan aktiviti yang strategik melalui rancangan aktiviti tahunan. Contohnya, murid didedahkan dengan aktiviti membuat lingkungan Pandu Puteri Tunas, aktiviti nyanyian aktiviti mewarna dan sebagainya. 4. Aktiviti perkhemahan dilaksanakan melalui kerjasama dengan unit beruniform lain di sekolah melibatkan murid Tahun 6. Perkhemahan kebiasaannya dilaksanakan di Pusat Kokurikulum kerana ketersediaan fasiliti tertentu seperti flying fox dan rock climbing. Tindakan bagi memastikan keberhasilan aktiviti: 1. Guru sentiasa mempertingkat pengetahuan tentang Pandu Puteri Tunas supaya dapat memberi bimbingan yang terbaik kepada murid. 2. Guru menjalankan aktiviti yang pelbagai dan menarik perhatian murid. Tandatangan : Nama : Puan Farah Hanum binti Ibrahim Jawatan : Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas


51 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 14 Jun 2024 Masa : 10.10 pagi Tajuk / Perkara : Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada Murid Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. RMT merupakan program yang bertujuan untuk menyediakan bantuan makanan kepada murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Matlamat utamanya adalah memastikan semua murid mendapat makanan berkhasiat semasa berada di sekolah. 2. Cabaran dalam Pelaksanaan RTM: - Makanan tidak diambil kerana tidak mengikut citarasa murid. - Pengubahsuaian menu tidak boleh melanggar garis panduan yang ditetapkan. - Murid Tahap 1 sering tidak menghabiskan makanan kerana mereka makan dalam kuantiti yang sedikit. 3. Penetapan menu yang berbeza mengikuti minggu dan hari bagi mengelakkan murid berasa jemu. 4. Pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak kantin bagi memastikan makanan yang disediakan memenuhi keperluan nutrisi yang ditetapkan. 5. Guru sentiasa melakukan pemantauan proses pengambilan makanan semasa waktu rehat mengikut jadual yang telah ditetapkan. 1. Penyediaan makanan dengan kuantiti yang sesuai dengan murid. Tandatangan : Nama : Puan Noorbaity binti Mansor Jawatan : Guru RMT


52 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 13 Jun 2024 Masa : 9.10 pagi Tajuk / Perkara : Peranan Kaunselor Sekolah Kebangsaan Seri Impian Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Skop tugasan sebagai kaunselor: - Merangka program sekolah bagi pembangunan akademik dan sahsiah murid. - Merangka jadual program dan jawatankuasa unit bimbingan dan kaunseling. - Bekerjasama dengan PK HEM dan guru disiplin. - Kaunselor akan berurusan dengan guru disiplin bagi menentukan tindakan selanjutnya kepada murid sama ada murid akan berurusan terus dengan kaunselor atau diuruskan oleh unit disiplin terlebih dahulu. 2. Isu yang kerap berlaku dalam kalangan murid: - Murid tidak hadir ke sekolah secara kerap. - Tingkah laku murid yang bermasalah. - Murid tidak berminat untuk belajar. - Masalah keluarga menjejaskan sosiolisasi murid di sekolah. 3. Cabaran yang dialami bagi mengatasi permasalahan yang berlaku: - Pengurusan murid yang tidak efisien. - Tiada kerjasama daripada ibu bapa. - Keadaan persekitaran murid di rumah. - Kekurangan peruntukan dalam melaksanakan program di sekolah. 1. Pelaksanaan aktiviti bagi menjalinkan hubungan dengan murid. Contohnya, lawatan ke rumah dan sesi kaunseling persendirian atau berkumpulan. 2. Menjalankan sesi konsultasi bersama ibu bapa. 3. Pengurusan murid bermasalah secara berkesan. Kolaborasi diwujudkan antara guru disiplin dan kaunselor. 4. Pelaksanaan aktiviti yang membentuk murid bersahsiah unggul. Tandatangan : Nama : Encik Md Tarmizi bin Hashim Jawatan : Guru Kaunseling


53 5.3 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 12 Jun 2024 Masa : 2.30 pagi Tajuk / Perkara : Kolaborasi bersama Staf Pengurusan Sekolah Tandatangan : Nama : Puan Masliza binti Ab Halim @ Mustapha Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N26 (KUP) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Jalinan kerjasama yang baik dengan para guru dan pentadbir membantu proses pengurusan dalaman. 2. Skop tugasan: • Menguruskan data sekolah. • Berurusan dengan guru dan waris murid sekiranya memerlukan sebarang data tambahan. 3. Cabaran dalam melaksanakan tugas sebagai pembantu tadbir: • Perubahan sistem pengurusan. Semua data perlu dimasukkan secara dalam talian. 1. Memastikan data dimasukkan pada tempoh yang ditetapkan. 2. Menjalinkan hubungan yang baik dengan warga sekolah. Sebarang permasalahan diselesaikan dengan cara yang baik. 3. Memaklumkan sebarang masalah kepada pihak pentadbir bagi tindakan susulan.


54 5.4 INTERAKSI DENGAN MURID REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 12 Jun 2024 Masa : 10.40 pagi Tajuk / Perkara : Pengalaman sebagai Ahli Pandu Puteri Tunas Tandatangan : Nama : Puteri Qaisara binti Norman Jawatan : Murid Tahun 6 - Ahli Pandu Puteri Tunas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan semasa perjumpaan unit beruniform itu berlangsung. Misalnya, aktiviti menghasilkan lingkungan hormat Pandu Puteri Tunas, menghasilkan simpulan, membuat kad ucapan dan nyanyian. 2. Murid-murid sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan bergiat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. 3. Setiap aktiviti yang dilaksanakan juga mementingkan pembentukan nilai murni seperti bertanggungjawab, prihatin, sopan santun dan sebagainya. Hal ini diperolehi melalui aktiviti secara berpasukan. 4. Guru sentiasa mempelbagaikan aktiviti pada setiap kali sesi perjumpaan bagi memastikan murid-murid sentiasa bersemangat dan seronok untuk mencuba perkara baharu. 5. Guru perlu memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya menyelesaikan sesuatu aktiviti dalam tempoh yang ditetapkan.


55 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 13 Jun 2024 Masa : 10.40 pagi Tajuk / Perkara : Peranan sebagai Ketua Pengawas Sekolah Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Sepanjang persekolahannya, hubungan antara guru dan murid terjalin dengan sangat baik. Murid tidak kekok untuk berkomunikasi dengan guru kerana guru sikap guru yang terbuka. 2. Pengurusan Disiplin Murid: - Terdapat segelintir murid yang melakukan vandalisme terhadap kemudahan di sekolah. Contohnya berlaku kerosakan pintu tandas, tandas, kerusi di kantin dan sebagai. Hal ini diselesaikan dengan melakukan laporan kepada guru disiplin bagi tindakan susulan. - Murid suka membuang sampah di kawasan sekolah. 1. Bersikap tegas dan segera melaporkan sebarang masalah kepada guru disiplin. 2. Memaparkan tingkah laku yang baik ketika berinteraksi dengan murid-murid lain. 3. Berbincang dengan rakan-rakan pegawas sekiranya berlaku sebarang masalah. Tandatangan : Nama : Muhammad Azri Aisar bin Azrizal Jawatan : Ketua Pengawas SK Seri Impian


56 5.5 PERBINCANGAN DENGAN KOMUNITI SEKOLAH REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 11 Jun 2024 Masa : 1. 20 petang Tajuk / Perkara : Pengurusan Jualan di Koperasi SK Seri Impian Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Terdapat penjualan barangan keperluan yang digemari oleh muridmurid seperti alat tulis yang berwarna-warni atau bercorak dengan harga yang berpatutan. 2. Koperasi pernah mengalami kes kecurian tetapi telah diselesaikan dengan baik. 3. Pembantu koperasi berperanan untuk membantu guru koperasi bagi mengenal pasti stok barangan yang dijual dari semasa ke semasa. 1. Pembantu koperasi dan guru koperasi perlu mempelbagaikan lagi jenis barangan dan makanan tambahan supaya murid tertarik untuk membeli di koperasi. 2. Pemasangan litar tertutup untuk membedung kes kecurian yang pernah berlaku. Tandatangan : Nama : Wan Hafeza binti Zakkariah Jawatan : Pembantu Koperasi di SK Seri Impian


57 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 10 Jun 2024 Masa : 12.50 pagi Tajuk / Perkara : Kesesakan Lalu Lintas di Sekolah dan Keselamatan Murid Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Kesesakan lalu lintas di sekolah terutamanya pada waktu pagi memandangkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan. 2. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak peka dengan papan tanda lalu lintas yang disediakan. 3. Keselamatan murid agak membimbangkan kerana ketiadaan lampu isyarat di hadapan sekolah. Dalam hal ini, murid hanya boleh melintas dengan pengawasan pengawal keselamatan. 4. Selain itu, keselamatan murid semasa pulang daripada latihan sukan pada waktu petang juga membimbangkan kerana pengawal keselamatan kurang bertugas di luas waktu persekolahan. 1. Pihak sekolah telah mewujudkan penggunaan jalan sehala ketika penghantaran dan pengambilan muridmurid. 2. Pengawal keselamatan diarahkan meletakkan papan tanda jalan sehala di hadapan sekolah supaya ibu bapa mematuhi arahan penggunaan jalan. Maka, hal ini dapat mengelakkan pemanduan secara lawan arus dan berbahaya. 3. Kemudahan lampu isyarat wajar dipasang bagi memastikan keselamatan murid untuk melintas jalan semasa datang dan pulang dari sekolah. 4. Murid perlu menunggu ibu bapa dan waris di pondok menunggu yang disediakan. Tandatangan : Nama : Azizah binti Sulaiman Jawatan : Pengawal Keselamatan


58 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 10 Jun 2024 Masa : 1.40 petang Tajuk / Perkara : Pengurusan Kantin Sekolah Isi Perbincangan Cadangan tindakan 1. Harga bagi setiap makanan yang dijual kepada murid-murid adalah berpatutan. 2. Pemilihan menu yang sihat dan seimbang. Hal ini amat penting bagi memastikan murid mendapat nutrisi yang sewajarnya. Contohnya, pihak kantin menjual pelbagai jenis roti, buah-buahan, nasi, mi dan sebagainya. 3. Murid memaparkan tingkah laku yang baik semasa membeli makanan di kantin. Murid akan beratur sebelum membeli makanan. 4. Jumlah meja makan dan kerusi yang tidak mencukupi bagi menampung semua murid. Hal ini menyebabkan segelintir murid memilih untuk menjamah makanan di atas lantai. Tindakan yang dipraktikkan bagi melicinkan proses pengurusan kantin: • Pemohonan untuk penambahan meja dan kerusi di kantin. • Pengawas sekolah ditugaskan untuk mengawal disiplin murid-murid pada waktu rehat bagi memastikan semua murid beratur ketika membeli makanan. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya kecederaan. Tandatangan : Nama : Nur Aina binti Ahmad Tarmizi Jawatan : Peniaga Kantin


59 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH Setelah menjalani PBS selama 2 minggu, saya menyedari bahawa PBS merupakan saluran terbaik untuk meningkatkan tahap kemenjadian guru pelatih. Pelaksanaan PBS membantu membentuk seorang guru yang berjiwa pendidik kerana guru pelatih diberi pendedahan awal dengan sekolah yang merupakan institusi pendidikan yang bakal diterajui kelak. Menariknya, PBS bukan sahaja membentuk nilai kejiwaan tetapi nilai profesionalisme keguruan melalui pengadaptasian kaedah pengumpulan maklumat yang memerlukan pendekatan yang berbeza. Kesepaduan yang terbentuk antara kaedah pengumpulan maklumat dan nilai profesionalisme ini membuka laluan kepada pemerkasaan pelbagai pengetahuan yang berguna kepada seorang bakal guru khususnya. 6.1 Pemerhatian Kaedah pemerhatian memberikan peluang kepada saya untuk meneroka sendiri persekitaran sekolah dalam pelbagai aspek seperti budaya sekolah, sosialisasi antara warga sekolah, pembangunan sahsiah murid, pelaksanaan aktiviti yang selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan dan pengurusan kurikulum, hal ehwal murid, serta kokurikulum di sekolah. Kaedah pemerhatian membantu saya merasai dan memahami budaya dan cara kerja melibatkan peranan umum dan khusus barisan pentadbir iaitu Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan barisan guru-guru SK Seri Impian. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap guru akan melaksanakan skop tugasan masing-masing dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pengalaman bersama guru bahasa Melayu dan guru pemulihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan menggambarkan suasana pembelajaran yang berbeza. Sememangnya, kedua-dua guru mempunyai peranan tersendiri dalam menghidupkan suasana pembelajaran. Saya mempelajari teknik pengurusan bilik darjah yang berkesan. Guru akan memusatkan fokus murid terlebih dahulu sebelum memulakan sesi PdP dengan pelaksanaan set induksi. Kedua-dua guru turut menggunakan bahan bantu belajar (BBM) yang menarik untuk meningkatkan kefahaman murid. BBM ini dilihat bersesuaian dengan kapasiti pembelajaran murid kerana murid dapat memanfaatkannya secara maksimum.


60 Selain itu, saya berpeluang melihat sendiri pelaksanaan aktiviti yang mencorakkan keterampilan diri murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan dijalankan selama 1 jam pada setiap hari selasa. Program ini berpeluang membentuk murid-murid yang aktif dan cergas dari segi jasmani khususnya. Aktiviti kokurikulum pula dilaksanakan pada setiap hari rabu bermula pada jam 12.40 tengah hari sehingga 1.40 petang. Pada waktu ini, murid Tahap 2 iaitu, murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh kelab dan persatuan masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seterusnya, pemerhatian membolehkan saya melihat prasarana yang terdapat di SK Seri Impian. Secara umumnya, sekolah ini mempunyai prasarana yang kondusif dan dimanfaatkan secara konsisten oleh warga sekolah. Landskap sekolah yang bersih dan menarik menambahkan keceriaan persekitaran sekolah. Bangunan sekolah juga mempunyai pelbagai kemudahan yang membantu menjadikan suasana persekolahan lebih menyenangkan. Kemudahan asas seperti bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas berada pada tahap yang memuaskan. Malahan, sekolah ini turut mempunyai Smart Studio yang menggalakkan pembelajaran digital dalam kalangan murid-murid. Melihat kepada sosialisasi antara warga sekolah, murid-murid di sekolah mengamalkan budaya memberi salam apabila bertemu dengan guru dan pelawat. Walaupun bertemu di luar bilik darjah, mereka tetap memaparkan rasa hormat yang tinggi. Malahan, murid-murid akan mengucapkan salam sebelum sesi PdP berlangsung dan berterima kasih kepada guru setelah sesi PdP. Guru-guru juga mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan sekolah, pengurus kantin, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, pengurus kedai buku dan ibu bapa murid. Hal ini jelas memaparkan bahawa warga sekolah mengadaptasikan nilai kesantunan secara berkesan. 6.2 Senarai Semak Saya juga mempraktikkan kaedah senarai semak. Kaedah ini menjadikan proses pengumpulan maklumat menjadi lebih efektif kerana setiap maklumat akan ditanda secara berterusan. Proses pemerhatian juga menjadi sistematik. Malahan, kaedah ini membantu saya memastikan segala maklumat yang diperolehi sesuai dengan kehendak tugasan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat mengetahui aspekaspek penting di sekolah seperti senarai semak prasarana dan senarai semak bilik darjah.


61 6.3 Temu Bual Temu bual merupakan instrumen pengumpulan maklumat yang memerlukan kesatuan antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Sebelum melaksanakan temu bual, saya berurusan dengan individu yang ingin ditemu bual untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai. Namun begitu, terdapat responden yang terbuka untuk melaksanakan temu bual tanpa waktu spesifik kerana berkelapangan. Semasa temu bual berlangsung, saya mempelajari teknik bagi mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan. Dalam erti kata lain, proses temu bual ini membolehkan saya memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi yang sangat diperlukan oleh seorang guru. Tambahan pula, saya menemu bual beberapa pihak yang berada dalam bidang tugas yang berbeza seperti pengurus sekolah, guru panitia, kaunselor, pembantu tadbir, murid dan pekerja di sekolah. Hubungan yang wujud semasa berkomunikasi ini memberi gambaran awal suasana sebenar di sekolah. Selain itu, temu bual yang dijalankan juga membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman saya dalam melihat peranan pelbagai pihak bagi menjayakan segala perancangan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap pihak mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan kemenjadian murid secara berterusan. Kerjasama yang wujud akan menentukan keberhasilan program yang dilaksanakan di sekolah. Perkara ini dibuktikan melalui penglibatan dan kerjasama yang diberikan secara konsisten oleh pelbagai pihak. Malahan, penubuhan jawatankuasa membolehkan setiap pihak menjalankan tugas seiring dengan jawatan yang disandang. Melalui temu bual, saya dapat melihat bahawa setiap pihak menggalas obligasi yang berbeza tetapi menjurus kepada matlamat yang sama iaitu memangkin kemenjadian murid dan melestarikan suasana sekolah yang sejahtera dan selesa. Di samping itu, proses temu bual ini juga membuka ruang kepada saya untuk meneroka bidang keguruan dengan lebih mendalam. Hal ini dikatakan demikian kerana temu bual yang dijalankan bersama guru-guru khususnya membawa saya kepada sudut pemikiran yang berbeza. Perkongsian pengalaman mereka dalam bidang pendidikan memberikan ilmu, panduan dan semangat untuk saya berusaha ke arah yang lebih baik. Tambahan pula, mereka menerangkan tentang kepentingan penngurusan kelas sebelum memulakan pengajaran. Mereka menunjukkan kesungguhan dalam memastikan kemenjadian murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


62 7.0 REFLEKSI AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual guru besar / penolong kanan kokurikulum Perbincangan - Guru besar merupakan peneraju utama bagi memastikan keselamatan, keceriaan dan kesejahteraan di sekolah - Aktiviti kokurikulum dan sukan yang dilaksanakan di sekolah. Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Guru besar - Barisan pentadbir dan guru-guru yang lain sentiasa bekerjasama dan rajin membantu untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan ceria, selamat dan sejahtera. Penolong kanan kokurikulum - Aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan sukan permainan akan dilaksanakan pada setiap hari rabu. Namun demikian, aktiviti kokurikulum yang lebih aktif adalah aktiviti sukan permainan di mana guru-guru sentiasa menggalakkan murid untuk bertanding di peringkat zon, daerah dan sebagainya. Kelemahan Guru besar - Masa yang terhad untuk menemu bual guru besar dengan lebih lanjut. Penolong kanan kokurikulum - Kekurangan dana untuk memastikan setiap aktiviti dalam unit beruniform bergiat aktif di sekolah. Cadangan penambahbaikan - Perlu bijak menggunakan masa untuk menemu bual guru besar secara berperingkat. - Memohon sumbangan dana daripada PIBG untuk memenuhi kebajikan pelajar


63 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual penolong kanan pentadbiran / penolong kanan hal ehwal murid Perbincangan - Masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah. - Kebajikan yang disediakan berdasarkan skop tugas penolong kanan hal ehwal murid adalah seperti pelaksanaan program guru penyayang dan program rancangan makanan tambahan (RMT). Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Penolong kanan pentadbiran - Masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid masih boleh dibendung dan pada masa ini, guru hanya perlu memberikan amaran dan bersoal jawab bersama murid-murid berkenaan. Penolong kanan hal ehwal murid - Para guru sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang amat jitu sepanjang melaksanakan program-program di sekolah. Kelemahan Penolong kanan pentadbiran - Terdapat segelintir murid yang masih mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang berlainan. - Penolong kanan hal ehwal murid - Terdapat murid yang kurang memberikan kerjasama semasa melaksanakan program tersebut. Cadangan penambahbaikan - Tindakan susulan perlulah segera dilakukan kepada murid berkenaan . - Guru cuba memastikan program yang akan dilaksanakan menjadi lebih menarik.


64 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual ketua panitia Bahasa Melayu / guru pemulihan / guru kaunseling Perbincangan - Isu dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. - Pengurusan program pemulihan di sekolah. - Peranan guru untuk memotivasikan murid bagi memastikan mereka rajin belajar. Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Ketua panitia Bahasa Melayu - Guru mudah untuk berhubung dan bekerjasama bersama ibu bapa untuk memastikan murid berjaya meningkatkan potensi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Guru pemulihan - Program Pemulihan memfokuskan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. - Pihak sekolah sedang berusaha untuk masukkan Bahasa Inggeris dalam program pemulihan sedia ada. Jadi, terdapat wakil ibu bapa yang ingin menawarkan pengajaran tuisyen secara percuma kepada murid-murid pemulihan. Guru bimbingan dan kaunseling - Guru sentiasa mengambil peluang untuk memberikan motivasi secara terbuka kepada semua murid ketika perhimpunan sedang berlangsung.


65 Kelemahan - Ketua panitia Bahasa Melayu - Masih terdapat murid tahap dua yang kurang mahir untuk membaca ayat yang kompleks. - Guru pemulihan - Masih ramai murid yang menghadapi masalah untuk membaca. - Guru bimbingan dan kaunseling - Terdapat murid yang bersifat introvert dan enggan untuk berkongsi masalah kepada guru kaunseling. Cadangan penambahbaikan - Guru memberikan perhatian yang lebih kepada murid bermasalah. - Guru perlu lebih bersungguh-sungguh bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. - Guru perlu mahir untuk membuatkan murid berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah bersama mereka.


66 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual guru pembimbing Pandu Puteri Tunas dan murid Pandu Puteri Tunas. Perbincangan - Perancangan dan pelaksanaan aktiviti Pandu Puteri Tunas. - Penglibatan murid dalam aktiviti Pandu Puteri Tunas. Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas - Perancangan aktiviti sepanjang tahun. - Perkhemahan dilaksanakan melalui gabungan semua unit beruniform yang terdapat di sekolah. Murid - Pelaksanaan aktiviti yang berbeza setiap kali perjumpaan dilaksanakan. Kelemahan Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas - Kekurangan guru yang mahir untuk menguruskan aktiviti Pandu Puteri Tunas. - Persatuan Pandu Puteri Tunas baru sahaja ditubuhkan selama 3 tahun. Murid - Sesi perjumpaan yang terhad kerana murid terlibat dengan kelas tambahan. Cadangan penambahbaikan - Guru menghadiri kursus untuk meningkatkan pengetahuan dalam menguruskan Persatuan Pandu Puteri Tunas. - Menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pandu Puteri Tunas di sekolah berhampiran.


67 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual guru rancangan makanan tambahan (RMT) dan melihat cara pelaksanaannya. Perbincangan - Pemilihan murid RMT. - Pemberian makanan kepada murid RMT semasa waktu rehat. - Pelaksanaan Program Susu Sekolah. Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Guru RMT - Penetapan menu RMT yang berbeza mengikut hari dan minggu supaya murid tidak jemu. Proses pemberian makanan kepada murid RMT - Hanya murid yang mempunyai pas RMT boleh mengambil makanan. - Guru bertugas memantau proses pemberian makanan. Pelaksanaan Program Susu Sekolah - Pemberian susu dilaksanakan oleh pengawas sekolah. - Susu diberikan di lokasi yang tetap iaitu bilik rawatan sekolah. Kelemahan Guru RMT- Segelintir murid enggan mengambil makanan yang disediakan. Proses pemberian makanan kepada murid RMT - Makanan tidak dihabiskan kerana mereka makan dalam kuantiti yang sedikit. Pelaksanaan Program Susu Sekolah - Terdapat murid RMT yang tidak datang mengambil susu. Cadangan penambahbaikan - Mengubahsuai kuantiti makanan sesuai dengan murid.


68 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Melaksanakan pemerhatian bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Perbincangan - Tumpuan murid dalam kelas Tahun 4 Al - Kindi - Kawalan kelas - Teknik dan strategi pengajaran yang diaplikasikan Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Guru - Pemberian arahan yang jelas kepada murid. - Kawalan kelas yang baik. - Penggunaan bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. - Guru menerapkan unsur peneguhan positif dengan memberikan pujian kepada murid yang berjaya melaksanakan tugasan. Murid - Murid memaparkan minat dan rasa ingin tahu yang tinggi. - Murid memberikan respons yang baik baik terhadap soalan guru. - Murid terlibat secara aktif semasa aktiviti berkumpulan. Kelemahan Terdapat murid yang tidak melibatkan diri secara aktif. Cadangan penambahbaikan - Menggunakan papan ganjaran supaya semua murid lebih bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran.


69 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual pengawal keselamatan / staf pengurusan sekolah (pembantu tadbir) Perbincangan - Keselamatan murid dan masalah kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah. - Hal-hal berkaitan pengurusan sekolah. Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Pengawal keselamatan - Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah sudah mengenali pengawal keselamatan sekolah dan beri kepercayaan sepenuhnya dalam menjaga keselamatan sepanjang berada di sekitar kawasan sekolah. Staf pengurusan sekolah - Hal berkaitan pengurusan sekolah diurus dengan baik melalui kecekapan pembantu tadbir di sekolah. - Pihak pentadbiran dan guru-guru sangat membantu dan beri kerjasama yang baik kepada pegawai pembantu tadbir dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang.


70 Kelemahan Pengawal keselamatan - Sering berlaku kesesakan lalu lintas kerana terdapat 3 buah sekolah yang berdekatan. - Sikap ibu bapa yang kurang peka dengan papan tanda lalu lintas. - Kesukaran dalam mengawal keselamatan semua murid untuk melintas jalan tanpa adanya lampu isyarat di hadapan sekolah. Staf pengurusan sekolah - Perubahan pesat dalam teknologi memerlukan pembantu tadbir untuk sentiasa mengemas kini kemahiran mereka. - Masalah teknikal dengan sistem komputer atau perisian boleh mengganggu kelancaran kerja harian. Cadangan penambahbaikan - Mewujudkan penggunaan jalan sehala sewaktu murid pulang. - Mencadangkan kepada pihak atasan sekolah untuk membuat pemasangan lampu isyarat bagi memudahkan pelajar melintas jalan. - Mengekalkan hubungan yang baik dengan semua komuniti sekolah dalam membantu pengurusan sekolah yang lebih efisien.


71 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Menemu bual pekerja kantin dan pembantu koperasi. Perbincangan - Pengurusan pihak kantin. - Penjualan di koperasi sekolah. Analisis isu berdasarkan kekuatan dan kelemahan Kekuatan Pekerja kantin - Harga makanan dan minuman adalah berpatutan dan tidak membebankan murid. - Semua murid beratur dengan bantuan dan pengawasan oleh pengawas yang bertugas. Pembantu koperasi - Murid dan guru memberi sambutan dengan cara sering membeli buku, alat tulis dan makanan di koperasi. - Mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan semua komuniti di sekolah. Kelemahan Pekerja kantin - Kekurangan meja dan kerusi, menyebabkan ada murid yang perlu makan di atas lantai dan juga atas pentas di hujung kantin. Pembantu koperasi - Pernah berlakunya kes kecurian di koperasi sekolah.


72 Cadangan penambahbaikan - Menambah lebih banyak meja dan kerusi supaya dapat menampung jumlah bilangan pelajar secara keseluruhannya dan bagi menjamin keselesaan mereka untuk makan. - Memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengawasi kawasan koperasi supaya tidak berlaku lagi kes kecurian. - Menekankan peraturan pembuangan sampah ke dalam tong sampah dan menekankan kepentingan penjagaan tandas untuk kegunaan bersama. - Guru membuat pemerhatian untuk melantik murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi membantu dalam menangani masalah pembuangan sampah di kawasan sekolah terutamanya sewaktu rehat.


73 8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS) merupakan kursus yang perlu dijalani selama 2 minggu oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. PBS perlu dilaksanakan sebanyak dua kali di mana-mana sekolah rendah kerajaan dalam negara. Selaras dengan keperluan ini, saya telah melaksanakan PBS II di SK Seri Impian. Pelaksanaan PBS ini juga diiringi dengan dua tugasan pentaksiran berterusan di bawah kursus PRKA3171 Pengalaman Berasaskan Sekolah ll iaitu penghasilan portfolio dan penulisan laporan kajian lapangan. Maka, pelaksaan PBS ini bertujuan membantu pelajar menambah pengetahuan, menimba pengalaman dan mengumpul maklumat baharu bagi memantapkan lagi keterampilan diri sebagai seorang guru. Seterusnya, PBS II ini melatih saya mengaplikasian pelbagai kaedah pengumpulan maklumat seperti pemerhatian, temu bual, senarai semak dan soal selidik. Setiap instrumen mempunyai kriteria yang berbeza. Perbezaan ini melatih saya untuk kekal cakna agar maklumat yang diperoleh bertepatan dengan aspek yang ingin difokuskan. Instrumen ini secara tidak langsung membuka ruang kepada saya untuk bersosialisasi dengan pelbagai pihak. Tambahan pula, sosialisasi yang berkesan adalah cerminan perwatakan dan keperibadian seorang guru. Selain itu, pelaksanaan PBS ll ini juga berjaya menjadi medium kepada saya untuk meneroka sendiri suasana dan iklim sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana saya belajar beradaptasi dengan budaya dan iklim sekolah yang memerlukan saya melengkapkan diri dari segi penampilan diri, komunikasi, sosial, emosi dan intelek. Keperluan ini melatih saya menguruskan diri dengan pemikiran, tingkah laku dan katakata yang positif bagi memaparkan identiti diri sebagai seorang bakal pendidik. Pelaksanaan PBS membantu saya melihat aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum di sekolah dengan beretika. Secara dasarnya, SK Seri Impian memaparkan keseimbangan dalam setiap aspek asas pengurusan dan pembangunan sekolah. Setiap pihak memainkan peranan tersendiri melalui penubuhan jawatankuasa khusus berdasarkan skop bidang yang ditumpukan. Impaknya, perancangan dan pelaksanaan aktiviti berpandukan aspek-aspek ini terlaksana dengan kerjasama semua. Sekolah juga menyahut pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dengan melaksanakan program yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana program yang dilaksanakan diuruskan dengan cemerlang dan sistematik. Justeru, keberhasilan pengurusan program ini membantu kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.


74 Kesimpulannya, pelaksanaan PBS merupakan satu keperluan kepada semua guru pelatih kerana dapat memberi pendedahan awal dari segi pengetahuan dan pengalaman secara holistik di sekolah. PBS juga berjaya memupuk amalan profesionalisme guru dan nilai positif dalam diri guru pelatih sebagai persediaan menjalani praktikum dan bergelar guru sebenar kelak. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani PBS kerana saya dapat menerokai pelbagai perkara yang belum pernah dilaksanakan. Pengalaman, pengetahuan dan kenangan yang dibina akan dimanfaatkan sepanjang perjalanan saya sebagai guru pelatih.


75 RUJUKAN Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Firdaus Press Sdn. Bhd. Sekolah Kebangsaan Seri Impian (2024). Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025.


76 LAMPIRAN MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Impian, Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 2 No. Telefon Sekolah 04-5224158 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Encik Mohd Nizam bin Othman 6 Nama PK Pentadbiran Encik Ahmad Shukri bin Abu Bakar 7 Nama PK HEM Puan Hajah Noor Hafizah binti Othman 8 Nama PK Kokurikulum Encik Afzal Effendy bin Asmi 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah B 11 Bilangan Guru Lelaki: 12 Perempuan: 44 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 52 Bukan Siswazah: 4 13 Bilangan Kelas 25 14 Purata Saiz Kelas 32 orang 15 Jumlah Murid 800 Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 366 Perempuan 421 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini


77 Visi Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara Falsafah Sekolah Sentiasa dan sedia memberikan komitmen yang terbaik. Keseimbangan dan kesaksamaan peluang melalui khidmat kepada semua warga sekolah dan komuniti. Telus, tulus dan cekap memberikan khidmat bakti. Amalan profesionalisma merentasi amanah Slogan Sekolah Kemenjadian Murid & Kecemerlangan Sekolah Nilai ✓ Kolaboratif, Kepelbagaian, Kecemerlangan ✓ Intergriti, Inovasi, Hormat “Untuk Berjaya, Hanya 2 Perkara Yang Perlu Anda buat. Berhenti bercakap dan mulakan sesuatu”


78 MAKLUMAT KURIKULUM


79 BIDANG TUGAS PANITIA 1. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahliahli panitia. 2. Menyediakan rancangan mengajar untuk setiap penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu kelas dan juga di antara kelas di mana ada kaitan. 3. Memilih dan mencadangkan kepada PGB/pentadbir buku tambahan (jika diperlukan) untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak standard kandungan dan standard pelajaran yang terdapat dalam DSKP dan tahap kebolehan murid. 4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. 5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan pentaksiran (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu menubuhkan bank soalan. 6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' jika perlu. 8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan. 9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain. 10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan. 12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. 13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia. 14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 15. Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia. 16. Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang mata pelajaran masingmasing. 17. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. (Dirujuk dari Buku Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah KPM)


80


81


82


83


84


85 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 01.04.2024 01.05.2024 31.03.2024 30.04.2024 31.05.2024 15 17 16 11 JUMLAH HARI 48 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 - 02.06.2024 9 2 03.06.2024 01.07.2024 01.08.2024 01.09.2024 30.06.2024 31.07.2024 31.08.2024 13.09.2024 18 22 22 10 15 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 14.09.2024 – 22.09.2024 9 3 23.09.2024 01.10.2024 01.11.2024 01.12.2024 30.09.2024 31.10.2024 30.11.2024 20.12.2024 19 22 20 11 13 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 21.12.2024 - 29.12.2024 9 30.12.2024 01.01.2025 31.12.2024 17.01.2025 2 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 18.01.2025 - 16.02.2025 30 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 197 HARI 197 JADUAL PERSEKOLAHAN AKADEMIK JADUAL PERSEKOLAHAN KO-AKADEMIK 4


86 TAKWIM PERANCANGAN KURIKULUM BIL AKTIVITI / PROGRAM M A M J J O S O N D J F 1 PdPC 2 PENCERAPAN PdP 3 MESYUARAT PENGURUSAN/GURU 4 CONTACT TIME 4P 5 CONTACT TIME GURU& AKP 6 SEMAKAN BUKU LATIHAN 7 MESYUARAT KURIKULUM 8 MESYUARAT PANITIA 9 HARI PANITIA 10 MESY J/KUASA PBS 11 DIGNOSTIK TAHUN 1 & 6 12 PBS 13 PENETAPAN TARGET 14 PROG. PBD & PEMULIHAN 15 MOTIVASI PELAJAR 16 LDP 17 HAKA 18 GRADUASI THN 6 & PRA 19 PROGRAM PSS 20 BERTEMU PELANGGAN 21 PBPPP/ LNPT HRMIS 22 BULAN MEMBACA 23 MINGGU KO-AKADEMIK 24 APLIKASI ONLINE 25 BSKG 26 SKPMg2 27 BUDAYA BUKA & TUTUP SEKOLAH


87 TAKWIM KURIKULUM Bil Tarikh Program / Aktiviti Yang Dirancang 1 Sepanjang Tahun PdPc 2 Mei, Ogos, September, November PENCERAPAN PdP 15 April MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU 10 Mei KEM BESTARI SOLAT 1 (TAHAP 2) 24 Mei KEM KEPIMPINAN 4 Jun SEGAK 1 21 Jun KEM KECEMERLANGAN JAWI (KCJ-1) 3 Ogos KEM BESTARI SOLAT 2 (TAHAP 1) 12 Ogos PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 14 Ogos PELAPORAN SEGAK 1 19-23 Ogos UJIAN PENTAKSIRAN 1 9 September PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 13 September HARI PELAPORAN PBD 27 September SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 16 Oktober SEGAK 2 18 Oktober KEM BESTARI SOLAT 2 (TAHAP 2) 8 November KEM CEMERLANG JAWI 2 4 Disember UJIAN PSIKOMETRIK 9-12 Disember UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 13 Disember KEMASUKAN TP 16 Disember PELAPORAN AKHIR PBD (KEMASUKAN MARKAH) 3 Mac,Jun, September, Januari MESYUARAT PENGURUSAN/GURU 4 Sepanjang Tahun CONTACT TIME 4P 5 Sepanjang Tahun CONTACT TIME GURU& AKP 6 Jun, Ogos, Januari SEMAKAN BUKU LATIHAN


88 7 Mac, Julai, Ogos, Januari MESYUARAT KURIKULUM 8 Mac, Julai, Ogos, Januari MESYUARAT PANITIA 9 Jun, Januari HARI PANITIA 10 April, Jun, September, Januari MESYUARAT JAWATANKUASA PBS 11 April DIGNOSTIK TAHUN 1 & 6 12 May, September PBS 13 April PENETAPAN TARGET 14 Sepanjang Tahun PROGRAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH & PEMULIHAN 15 Sepanjang Tahun MOTIVASI PELAJAR 16 Mac, Mei, Jun, September, Oktober, November, Januari LDP 17 10 Januari HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2024-2025 18 8 Januari HARI GRADUASI TAHUN 6 & PRASEKOLAH 19 May, Ogos, November PROGRAM PSS 20 Julai, Februari BERTEMU PELANGGAN 22 May, September, Januari BULAN MEMBACA 23 May, September MINGGU KO-AKADEMIK 24 Sepanjang Tahun APLIKASI ONLINE 25 Mac, Jun, September, Januari BSKG 26 May, September SKPMg2 27 Mac, Februari BUDAYA BUKA & TUTUP SEKOLAH


89 PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN Bil Tarikh Program / Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan Catatan Pelaksanaan 1. 6 Mac Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 ● Melibatkan semua guru ● Menentukan hala tuju Pendidikan sekolah 2. Pencerapan PdP ● Melibatkan semua guru ● Guru dicerap oleh Ketua Panitia ● Meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan 3. 15 April Minggu Panitia Bahasa Melayu ● Pertandingan Tulisan Cantik, Nyanyian, Membaca Berita, Aktiviti Menukar Tulisan Jawi ke Rumi, Membina Kad Ucapan Hari Guru ● Dikelolakan oleh semua guru Bahasa Melayu 4. Dialog Prestasi Pendidikan Islam ● Melibatkan semua murid mengikut tahun ● Dipecahkan mengikut bacaan Iqra dan Al-Quran ● Murid yang telah menghabiskan bacaan Iqra akan diberikan hadiah sebagai pemangkin semangat 5. 11 Mac – 5 April Program Transisi Tahun 1 ● Melibatkan semua waris, murid-murid tahun 1, guru kelas dan guru pembantu tahun 1 ● Terdapat dua fasa iaitu fasa penyesuaian dan fasa kesediaan ● Terdapat Hari SuaiKenal Tahun 1 6. 23 April Program Jom Baca Bersama 10 Minit ● Melibatkan semua murid prasekolah di kelas masing-masing 7. 19 Mac Lawatan Pengoperasian Prasekolah 2024/2025 oleh Pegawai PPD ● Melibatkan dua prasekolah iaitu Prasekolah Cemerlang dan Prasekolah Gemilang ● Guru dan pembantu prasekolah diberikan taklimat ringkas oleh pegawai PPD 8. 8 Mac Hari Orientasi Prasekolah Tahun 2024 ● Guru menyampaikan maklumat berkaitan prasekolah seperti peraturan sekolah serta Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) kepada ibu bapa


90 ● Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk murid seperti mewarna 9. 15 April Perasmian Minggu Bahasa Melayu ● Melibatkan semua murid dan guru ● Persembahan perasmian daripada murid 10. 16-19 April Pertandingan Tulisan Cantik ● Melibatkan semua murid tahap 1 ● Dilaksanakan didalam kelas semasa mata pelajaran Bahasa Melayu ● Menggalakkan murid menulis dengan betul dan kemas ● Hadiah bagi pemenang diberikan semasa penutup Minggu Bahasa Melayu 11. 17 April Pertandingan Nyanyian ● Melibatkan penyertaan daripada semua murid dan guru ● Dilaksanakan di dewan kantin bermula daripada 12.40-1.40 p.m. ● Murid memakai baju tradisional semasa menyanyi ● Nyanyian bertemakan nasyid yang dibarisi oleh tiga orang murid setiap Kumpulan ● Tiga orang guru dilantik sebagai juri untuk mengadili pertandingan tersebut ● Hadiah bagi pemenang diberikan semasa penutup Minggu Bahasa Melayu 12. 16 April Pertandingan Membaca Berita ● Melibatkan penyertaan daripada semua murid dan guru ● Dilaksanakan di dataran perhimpunan bermula daripada 7.40-8.40 a.m ● Murid membaca teks berita menggunakan gaya yang tersendiri ● Tiga orang guru Bahasa Melayu dilantik sebagai juri untuk mengadili pertandingan tersebut ● Hadiah bagi pemenang diberikan semasa penutup Minggu Bahasa Melayu


91 13. 17-19 April Aktiviti Menukar Tulisan Jawi ke Rumi ● Melibatkan semua murid dan guru ● Dilaksanakan di dalam kelas semasa waktu Bahasa Melayu ● Memberi pendedahan berkaitan tulisan Jawi kepada murid ● Hadiah bagi pemenang diberikan semasa penutup Minggu Bahasa Melayu 14. 18-19 April Pertandingan Membina Kad Ucapan hari Guru Dengan Tulisan Berangkai ● Melibatkan semua murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) ● Dilaksanakan di dalam kelas semasa waktu Bahasa Melayu ● Meningkatkan Kemahiran murid menggunakan tulisan berangkai ● Hadiah bagi pemenang diberikan semasa penutup Minggu Bahasa Melayu 15. 23 April Penutup Minggu Bahasa Melayu ● Melibatkan semua murid dan guru ● Dilaksanakan di dewan kantin semasa perhimpunan pagi ● Semua murid yang memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan diberikan hadiah sebagai penghargaan


92 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) Perancangan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan satu keperluan bagi memastikan keberkesanan dalam pelaksanaannya di dalam bilik darjah. Dalam skop perancangan, guru perlu membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dan seiring dengan maklumat dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Hal ini penting bagi memastikan proses PdP berlangsung dengan sistematik dan berkesan. RPH yang dihasilkan perlulah dilengkapi dengan elemen asas seperti tema, objektif pembelajaran, standard kandungan, standard pembelajaran, kriteria kejayaan, langkah pelaksanaan aktiviti, elemen merentas kurikulum dan refleksi. Berikut merupakan contoh RPH yang dihasilkan oleh seorang guru bahasa Melayu di SK Seri Impian:


93


94


95 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN Keberkesanan pelaksanaan PdP bahasa Melayu di dalam bilik darjah diterjemahkan melalui kepakaran guru dalam menggunakan pendekatan dan strategi pengajaran yang bersesuaian. Melalui pemerhatian dan temu bual, guru bahasa Melayu di SK Seri Impian memilih pelaksanaan PdP dengan berfokuskan pendekatan komunikatif. Dalam pendekatan komunikatif, murid diberikan ruang untuk mengembangkan kemahiran berbahasa melalui penggunaan kosa kata yang bermakna. Misalnya, guru melaksanakan aktiviti berkumpulan bagi mencetuskan suasana pembelajaran yang aktif melibatkan komunikasi dan kerjasama kumpulan. Selain itu, strategi pengajaran yang digunakan pula adalah berpusatkan murid dan bahan. Dalam konteks ini, murid didorong menjadi pembelajar aktif kerana gabungan antara kedua-dua strategi ini memerlukan murid menggunakan bahan yang telah diberikan untuk memahami konsep pembelajaran. Strategi ini berperanan dalam membuka ruang kepada murid meneroka pengetahuan dengan lebih mendalam. Pelaksanaan aktiviti berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


96 PENGURUSAN DAN KAWALAN KELAS Pengurusan dan kawalan kelas berperanan penting dalam memastikan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Secara dasarnya, pengurusan dan kawalan kelas guru-guru di sekolah ini berada dalam keadaan baik. Hal ini didorong oleh kemahiran guru dalam memberi arahan kepada murid. Guru perlu memberikan arahan yang mudah dan jelas supaya murid dapat memahami arahan guru dengan baik. Suara guru mestilah kuat dan lantang agar murid yang berada di bahagian belakang kelas dapat mendengar arahan guru. Melalui pemerhatian saya, semua guru di SKSI mempunyai suara yang kuat dan lantang. Justeru itu pengawalan kelas di sini dalam keadaan yang sangat baik. Selain itu, guru juga perlu memberikan arahan satu demi satu sehingga murid selesai sebelum memberikan arahan yang seterusnya. Guru perlu memantau kerja murid supaya guru dapat mengetahui sama ada murid memahami arahan yang diberikan. Seterusnya, guru perlulah mahir untuk menarik perhatian murid. Guru perlu mengetahui kemahuan dan tingkah laku murid untuk menarik perhatian mereka supaya fokus di dalam kelas. Penggunaan sorakan memudahkan guru untuk meningkatkan fokus murid apabila murid mula bising atau hilang fokus dengan pengajaran guru. Guru bolehlah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik seperti Quizziz dan Wordwall. Malah perwatakan guru yang menarik juga dapat membantu murid untuk lebih fokus. Di samping itu, guru juga perlu melibatkan semua murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah bijak merancang strategi yang berkesan untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti seperti aktiviti berkumpulan. Pembahagian tugas mampu membantu murid untuk terlibat dengan lebih baik di dalam kumpulan.


97 BAHAN BANTU MENGAJAR (INOVASI) Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sangatlah penting semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan BBM ini membantu guru untuk menyampaikan sesuatu pelajaran dengan lebih berkesan disamping mampu menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan BBM tidak tertakluk kepada BBM maujud sahaja tetapi juga BBM dalam talian. Melalui hasil temu bual dan pemerhatian, didapati guru SK Seri Impian lebih gemar menggunakan BBM maujud. Terdapat beberapa BBM yang digunakan termasuklah ‘SAYA HEBAT MEMBACA’ dan ‘PETI HARTA KARUN PUSINGAN’. ‘SAYA HEBAT MEMBACA’ (SAHEBA) merupakan gabungan perkataan yang mengandungi satu huruf vokal dan gabungan beberapa huruf konsonan. SAHEBA ini digunakan untuk murid tahun 1 dan 2 supaya lebih cepat menguasai kemahiran membaca. Perkataan berwarna dan gambar yang bersesuaian turut digunakan bagi menarik minat murid untuk membaca. Contohnya KVK iaitu ‘K’ mewakili huruf konsonan dan ‘V’ mewakili huruf vokal. Gambar bagi contoh perkataan akan dicari oleh murid bagi menguji tahap kefahaman mereka.


98 ‘PETI HARTA KARUN PUSINGAN’ merupakan BBM yang digunakan untuk mengajar murid kemahiran membaca. BBM ini digunakan untuk membina perkataan tiga dan empat huruf yang mudah. Penggunaannya lebih berfokus kepada murid tahap 1 iaitu tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 kerana murid tahap 1 mempunyai masalah membaca yang agak serius. Murid akan memutar peti harta karun sehingga menjumpai perkataan yang boleh dibina. Mereka akan membaca perkataan tersebut dan akan disemak oleh rakan yang lain. Terdapat pelbagai templat pusingan mengikut kesesuaian tahap murid. Murid dapat menambahkan perbendaharaan kata melalui penggunaan BBM ini. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan kepada murid-murid sekolah rendah merujuk kepada proses mengukur pencapaian akademik, kemahiran, dan perkembangan mereka. Ia melibatkan penggunaan pelbagai alat dan teknik untuk menilai pengetahuan, keupayaan, dan sikap murid, serta menyediakan maklum balas untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran. Berikut merupakan contoh penilaian untuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang ditulis dalam bentuk tahap penguasaan (TP) berserta dengan rekod prestasi.


Click to View FlipBook Version