LAMPIRAN A
LAPORAN PROGRAM PERANTISAN
AMBILAN 2022
Nama Projek Intervensi 1:
“GEMILANG PBD”
Nama Projek Intervensi 2:
“GURU HEBAT KOKU”
ISMADI BIN ZAKARI @ ZAKARIA
750218 – 11 – 5349
SMGH1
PENSYARAH PENYELIA
DR. NORAZANA BINTI MOHD NOR
Laporan Perantisan diserahkan kepada :
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Sebagai memenuhi sebahagian keperluan :
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)
LAMPIRAN B
PENGAKUAN
Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-
ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya..
Tandatangan:
3 OKTOBER 2022 .........................................................
(ISMADI BIN ZAKARI @ ZAKARIA)
Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan yang bertajuk GEMILANG PBD dan GURU
HEBAT KOKU telah dilaksanakan di sekolah ini.
3 OKTOBER 2022 Tandatangan:
.........................................................
(WAN AZHARI BIN WAN AWANG)
i
LAMPIRAN C
PENGHARGAAN
Syukur saya kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan saya kekuatan dan buah fikiran untuk
menyiapkan tugasan ini yang bertajuk GEMILANG PBD dan GURU MAHIR KOKU
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Wan Azhari bin Wan Awang, Pengetua SMK
Tun Indera yang telah menerima saya untuk menajalani perantisan di sekolah ini. Terima kasih
juga kerana beliau sanggup menjadi mentor saya sepanjang manjalani perantisan bagi
melengkapkan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan ambilan
2022. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua Guru Penolong Kanan, Guru Kanan
Mata Pelajaran, Ketua Panitia, Penyelaras Unit Beruniform, semua guru dan Anggota Kumpulan
Pelaksana yang telah memberikan kerjasama sepanjang saya menjalani perantisan di SMK Tun
Indera ini.
Akhir sekali tidak lupa ucapan terima kasih saya kepada Dr Norazana binti Mohd Nor yang banyak
membimbing saya bermula daripada penyediaan kertas cadangan sehingga akhir perantisan.
Sekian, terima kasih.
ISMADI BIN ZAKARI @ ZAKARIA
SMGH1 NPQEL 2022
3 OKTOBER 2022
ii
LAMPIRAN D
Kandungan Laporan Program Perantisan
Perkara Halaman
Pengakuan i
Penghargaan ii
Isi Kandungan iii
Senarai Jadual iv
Senarai Rajah v
Senarai Gambar vi
Bab 1 Pengenalan
1.1 Latar belakang Sekolah Perantisan 1
1.2 Maklumat Mentor (PGB) dan barisan kepimpinan sekolah 1
1.3 Visi dan misi sekolah perantisan 1
1.4 Maklumat pencapaian Sekolah Perantisan yang berkaitan dengan
2
2 isu strategik
Bab 2 Projek Intervensi 3
2.1 Cadangan penambahbaikan isu strategik di Sekolah Perantisan
2.2 Huraian projek intervensi 4
2.2.1 Analisa persekitaran 6
2.2.2 Kekuatan/kelemahan/sokongan/cabaran 7
2.2.3 Projek intervensi 15
2.2.4 Aktiviti sisipan 16
2.3 Aplikasi pengurusan dan kepimpinan dalam memimpin intervensi
Bab 3 Refleksi 17
3.1 Dapatan amalan kepimpinan di Sekolah Perantisan 18
3.1.1 Projek intervensi
3.1.2 Aspek kepimpinan dan pengurusan
Bab 4 Rumusan 20
4.1 Impak yang diperoleh daripada program Perantisan
iii
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH PERANTISAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Indera asalnya dikenali sebagai SMK Tersat atau
akronimnya SMKT diberi nama berdasarkan kepada nama mukim Tersat. Sekolah ini telah
dibina pada tahun 2003 dalam Rancangan Malaysia ke-8 dengan peruntukan sebanyak
RM16 juta. Sekolah ini mempunyai tiga blok asas iaitu blok A, B dan C di samping satu blok
makmal sains, satu blok bengkel, satu blok bilik mata pelajaran, satu blok kantin dan sebuah
dewan. Pembinaannya adalah bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan dalam daerah
Hulu Terengganu dan aspirasi masyarakat setempat. Nama SMK Tun indera diluluskan
pertukaran namanya pada tahun 2010 mengambil nama sempena nama seorang pembesar
dan pemerintah daerah serta pahlawan yang dating semasa pelantikan Sultan Zainal Abidin
1 pada tahun 1726 masehi.
Terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kuala Berang iaitu pertengahan jalan ke Hutan
Lipur Sekayu, Hulu Terengganu. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2006 dengan
peruntukan bilangan kelas sebanyak 12 kelas, bilangan murid seramai 263 orang dan
bilangan guru seramai 17 orang dan 5 orang Anggota Kumpulan Pelaksana.
Sebahagian besar murid sekolah ini datangnya daripada sekolah rendah yang
berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kemat, Sekolah Kebangsaan Cheting dan Sekolah
Kebangsaan Padang Setar. Sekarang sekolah ini mempunyai 235 orang murid, 28 orang
guru dan 5 orang anggota kumpulan pelaksana.
1.2 MAKLUMAT PENGETUA & BARISAN KEPIMPINAN
BIL NAMA JAWATAN
1 CIKGU WAN AZHARI BIN WAN AWANG PENGETUA
2 CIKGU FAUZIAH BINTI AHMAD PK PENTADBIRAN
3 CIKGU SABARIAH BINTI A. RAHMAN PK HEM
4 CIKGU RAHIMAH BINTI CHE MOHAMED PK KOKO
1.3 VISI DAN MISI SEKOLAH PERANTISAN
Visi dan misi sekolah ini telah diselaraskan dengan visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia.
1
VISI yang
Visi sekolah ialah ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera’ yang
membawa maksud sekolah mempunyai wawasan untuk melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan yang sah. Seterusnya, dapat mencipta sebuah negara
sejahtera, aman dan makmur.
MISI
Misi sekolah ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” yang membawa
maksud segala perancangan dasar dan pelaksanaan pendidikan menjurus terhadap
pembangunan potensi individu murid, atau dalam kata lain proses penjanaan modal
insan minda kelas pertama bertaraf dunia. Kelestarian sistem pendidikan yang
berkualiti itu pada akhirnya bertujuan bagi memenuhi aspirasi negara, iaitu
pencapaian status negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri
menjelang tahun 2022/2023.
1.4 MAKLUMAT PENCAPAIAN SEKOLAH PERANTISAN BERKAITAN DENGAN ISU
STRATEGIK
1.4.1 Kurikulum
Kefahaman guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang
mantap terutamanya dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pelaksanaan PBD ini
cukup penting pada masa kini kerana PBD adalah sebahagian daripada item PBS.
Dengan tiadanya peperiksaan berpusat seperti PT 3, ia cukup menggambarkan
betapa pentingnya penilaian yang tepat untuk mengukur penguasaan murid.
1.4.2 Kokurikulum
Kefahaman guru penasihat Unit Beruniform masih kurang mantap. Kemahiran ini
penting bagi memastikan aktiviti kokurikulum khususnya dalam Badan Beruniform
dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dapat menarik minat murid untuk
mengikuti aktiviti badan beruniform sekaligus menarik minat murid untuk hadir ke
sekolah.
2
BAB 2 : PROJEK INTERVENSI
2.1 Cadangan Penambahbaikan Isu Strategik.
Berdasarkan data e-Operasi, 50 peratus guru-guru SMK Tun Indera merupakan guru baru
dan sudah tentu kefahaman guru dalam PBD masih kurang mantap. Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini cukup penting pada masa kini kerana PBD ini adalah
sebahagian daripada item dari Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dengan tiadanya
peperiksaan berpusat seperti PT3, ia cukup menggambarkan betapa pentingnya
penilaian yang tepat untuk mengukur penguasaan murid. Kegagalan guru dalam
penetapan Tahap Penguasaan(TP) dalam pentaksiran PBD ini, juga boleh menjejaskan
masa depan murid pada masa akan datang. Justeru, saya telah memilih untuk
melaksanakan bengkel ‘Gemilang PBD’ dalam kalangan guru sebagai intervensi bagi
penyelesaian masalah ini.
Aktiviti kokurikulum merupakan satu aktiviti yang menarik sekiranya pengisiannya
dapat dilaksanakan dengan baik. Ianya mampu mencungkil bakat murid-murid untuk
menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan khususnya dalam aktiviti badan
beruniform. Bagi menarik minat murid-murid mengikuti aktiviti badan beruniform ini, guru-
guru khususnya guru penasihat badan beruniform perlu kreatif dalam pengendalian
aktiviti sebagaimana kurikulum yang telah ditetapkan. Berdasarkan pemerhatian dan
“suara guru’ kemahiran guru-guru penasihat badan beruniform masih kurang menguasai
pelaksanaan aktiviti dalam sukatan kurikulum badan beruniform khusunya kawad kaki,
menggunakan kompas dan juga ikatan. Sehubungan dengan itu, saya memilih untuk
mengadakan bengkel ‘Guru Mahir Koku’ sebagai intervensi bagi penyelesaian masalah
ini.
Pelaksanaan program yang dirancang ini mampu membangun kapasiti guru di
SMK Tun Indera sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Berpandukan
Matrik Pemilihan yang telah dibuat dengan mengambil kira faktor kos, sumber dan impak
program didapati guru guru amat memerlukan ilmu berkaitan dengan PBD. Penetapan
TP terhadap murid perlu dititikberatkan agar potensi murid dapat dikembangkan pada
saluran yang betul. Begitu juga dengan kokurikulum, bengkel, teori dan praktikal berkaitan
kemahiran kawad kaki, kompas dan ikatan mampu menjadikan aktiviti badan beruniform
lebih menarik dan berkesan. .
3
Isu strategik di atas telah dapat dikesan melalui analisis persekitaran yang telah
dilakukan melalui soal selidik guru di mana kelemahan yang telah dikenal pasti ialah:
i. Kurikulum - Kefahaman Guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah masih
kurang mantap
ii. Kokurikulum – Kefahaman guru dalam melaksanakan aktiviti Kokurikulum masih
rendah
Cadangan Pelan Intervensi yang boleh membantu pembangunan guru dalam
isu ini ialah :
a. Projek 1 : Gemilang PBD
b. Projek 2 : Guru Mahir Koku
2.2 Huraian Projek Intervensi
2.1.1 Analisis persekitaran dan Penjanaan Strategi
Projek Intervensi : “Gemilang PBD” dan “Guru Hebat Koku”
Dalam analisis SWOT (rujuk lampiran P-1) menyatakan kekuatan , kelemahan ,
peluang dan cabaran yang ada di SMK Tun Indera dalam bidang Kurikulum, Hal
Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi .
Berdasarkan analisa yang dinyatakan saya telah memilih dua isu yang paling
kritikal yang perlu dibuat pelan intervensi iaitu didang Kurikulum dan bidang
Kokurikulum.
Dalam bidang Kurikulum saya telah memilih isu kefahaman guru dalam
pelaksanaan PBD masih kurang mantap. Bidang keberhasilannya adalah untuk
meningkatkan kefahaman guru dalam pelaksanaan PBD bagi tujuan peningkatan
kemahiran guru dalam penetapan tahap pencapaian(TP) murid dalam PBD
melalui program yang berkesan. Dalam bidang Kokurikulum pula saya memilih isu
kefahaman guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum masih rendah. Bidang
4
keberhasilannya adalah untuk meningkatkan kemahiran guru dalam pengurusan
Kokuriukulm bagi tujuan peningkatan kemahiran guru dalam aktiviti Kokurikulum.
(rujuk TOWS Matrik P-2)
Dalam pemberatan pemilihan strategi (rujuk P-3), dalam bidang kurikulum,
saya memilih strategi 1 iaitu untuk memantapkan kompetensi guru dengan
mengadakan bengkel pemantapan PBD untuk melahirkan guru cemerlang
dengan bimbingan pegawai meja PBD Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Manakala dalam bidang kokurikulum pula saya memilih strategi 2 iaitu untuk
memantapkan komitmen guru dalam aktiviti kokurikulum dengan mengadakan
bengkel pemantapan aktiviti kokurkulum dibantu oleh jurulatih Pusat Kokurikulum
dan jurulatih Rejimen 512 Askar Wataniah.
Dalam usaha menyelesaikan punca masalah yang dihadapai oleh sekolah
ini, saya menggunakan kaedah alat penyelesaian masalah Tulang Ikan Ishikawa
untuk mengenal pasti punca isu tersebut dan juga alat 5 Why’s . Dalam rajah
Tulang Ikan Ishikawa jelas menunjukkan punca kelemahan bagi kedua-dua
bidang ini adalah daripada kemahiran guru itu sendiri.
Kaedah borang soal selidik juga digunakan bagi mengenalpasti isu dalam
kedua-dua bidang ini. Dalam bidang Kurikulum, soal selidik yang diedarkan
kepada 28 orang guru menunjukkan 20 peratus guru menyatakan kefahaman
mereka terhadap PBD skala 2 (kurang setuju) 50 peratus pada skala 3 (tidak pasti)
dan 30 peratus pada skala 4 (setuju). 100 peratus guru meletakkan skala 5
(sangat setuju) agar taklimat berkaitan PBD dilaksanakan bagi mendapatkan
maklumat tambahan.
Dalam bidang Kokurikulum pula, soal selidik yang diedarkan kepada 28
orang guru menunjukkan 70 peratus guru meletakkan skala 2 (kurang setuju)
tentang pengetahuan sedia ada mereka dalam kemahiran orienteering dan 30
peratus yang lain meletakkan pada skala 4 (setuju). Dalam kemahiran ikatan, 50
peratus pada skala 2 (tidak setuju) dan 50 peratus lagi pada skala 4 (setuju).
Manakala dalam kemahiran kawad kaki pula 40 peratus pada skala 2 (tidak
setuju), 10 peratus pada skala 3 (tidak pasti) dan 50 peratus pada skala 4 (setuju).
Walau bagaimanapun, dalam soal selidik berkenaan hanya 20 peratus sahaja
guru yang boleh mengajar kemahiran orienteering, 25 peratus ikatan dan 30
peratus kawad kaki.
5
2.2.2 Kekuatan/Kelemahan/sokongan/cabaran
Kurikulum Huraian
Perkara S1-90% guru mengikut opsyen
S2-50% adalah guru berpengalaman iaitu mengajar
Kekuatan lebih 10 tahun
S3-Peratus Layak Sijil (LS) 100% 3 tahun berturut-
Kelemahan turut
S4- Pengurusan kurikulum yang cemerlang iaitu
Sokongan 95%(Data SKPMg2 S3.1.1Tahun 2021)
S5-Purata murid setiap kelas 25 orang
Cabaran W1- Guru kurang berkesan di dalam mengawal
suasana pembelajaran secara profesional dan
terancang iaitu 4.52 (Data SKPMg2 S4.2.2)
W2- Pemahaman guru terhadap PBD masih di tahap
sederhana ( 60%- Teacher’s Voice)
W3- Prestasi pencapaian murid untuk tahun 2022
belum mencapai tahap cemerlang( 5 GAGAL BM
dan 4 GAGAL Sejarah)-Layak Sijil
W4- Kehadiran murid tidak memuaskan (80%)
W5-50% pelajar lelaki kurang keyakinan diri dan
kurang focus (Teacher Voice).
O1-Sokongan dan Hubungan yang akrab dengan
Pegawai Akademik JPNT dan PPD
O2-Sokongan dan penglibatan ibubapa sangat baik.
O3-90% penjaga tinggal berhampiran sekolah.
O4- Sokongan PIBG dan PIBKS sangat baik.
O5- Kerjasama yang baik dengan bank rakyat,
MARA, YAPEIM dan pemimpin setempat
T1-Sosio ekonomi keluarga murid yang terdiri dari
B40 ke bawah (60%)
T2- Pengaruh media sosial mewujudkan
persekitaran yang tidak sihat dalam kalangan pelajar
T3- 30% murid tidak tinggal bersama ibu bapa
T4- Tekanan daripada sebahagian ibu bapa kepada
pihak sekolah terutama apabila melibatkan masalah
6
pembelajaran (Teacher Voice)
T5-Pengaruh rakan sebaya yang sangat kuat untuk
tidak hadir ke sekolah
Kokurikulum Huraian
Perkara S1-Komitmen guru yang tinggi (90%)
S2-Pelibatan aktif daripada murid-murid (80%)
Kekuatan S3- Pelaksanaan kokurikulum diurus dengan
cemerlang dan sistematik (95% SKPMg2 2021)
Kelemahan S4-Sokongan yang baik daripada pengurusan
sekolah
Sokongan S5-Ruang aktiviti kawad kaki yang mencukupi
W1-Kekangan masa sekolah bilangan guru kecil
Cabaran yang terpaksa melaksanakan pelbagai tugas
W2-30% Murid lelaki kurang aktif
W3-Peralatan terhad untuk aktiviti badan beruniform
seperti tali dan kompas
W4-Guru kurang mahir kemahiran tertentu seperti
kawad kaki, ikatan dan kompas.
O1-Pelibatan aktif PIBG
O2-Pelibatan aktif agensi luar/NGO
O3-Sokongan ibu bapa dalam membantu aktiviti
kawad kaki
O4-Sokongan daripada Pusat Kokurikulum
O5-Jalinan yang baik dengan Rej 512 AW
T1-Persekitaran yang kurang baik/kurang selamat
(ruang untuk kawad kaki yang licin)
T2-30%Ibu bapa kurang memberi penekanan dalam
aktiviti kokurikulum
T3- Pengaruh gejala sosial di luar kawasan sekolah
T4- Pengaruh rakan sebaya yang sangat kuat untuk
tidak hadir ke sekolah
2.2.3 Projek Intervensi
A) Projek “Gemilang PBD”.
7
Bidang Kurikulum
keberhasilan Guru Berkualiti.
Data di kumpul a) Data SKPMg2 S4.2.2
b) Soal Selidik
c) Teacher Voice
Bidang Fokus Pemantapan kopetensi guru dengan melahirkan guru
cemerlang dengan bimbingan pegawai JPNT
TOV/Baseline Purata skor bagi standard kualiti 4.4.2 adalah 4.52 bagi
elemen guru mengawal suasana pembelajaran secara
profesional dan terancang
Kriteria Kejayaan a. Purata skor bagi Standard Kualiti 4.4.1 mencapai
(ETR/Indikator) 91% bagi elemen guru mendorong minda murid
dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
professional dan terancang.
b. Purata skor bagi Standard Kualiti 4.6.1 mencapai
90% bagi elemen murid melibatkan diri dalam
proses pembelajaran secara berkesan.
c. 80% kelas mempunyai ciri-ciri kelas PAK21
Inisiatif PAKSI-M
a. LaDap -Perkongsian pelaksanaan pendekatan
PAK21 oleh pemegang taruh
b. Sesi PLC Amalan PAK21 dikalangan guru.
c. Pencerapan PdP berkesan (Penyampaian Guru;
Penggunaan bahan; Penglibatan Murid)
d. Post-mortem amalan PAK21 (4K1N) dalam PdP.
e. Penghargaan dan pujian kepada guru yang
mengamalkan PAK21
Pihak a. Setiausaha LaDap
Bertanggungjawab b. GKMP (Ketua Projek)
c. PK Pentadbiran
Tempoh Masa 3 bulan (Julai-Sept)
Keperluan Sumber a. Pegawai Sektor Pembelajaran JPNT
b. LCD,
c. Bahan Pembelajaran Koperatif
d. RM200.00
8
Kaedah a. Laporan skor PAK-21
Pemantauan b. One Page Report
c. Laporan LaDaP
d. Maklum balas guru
e. LW- Pembelajaran Koperatif
f. Maklum balas murid
Dapatan Eviden Maklum balas bengkel 80 peratus guru yang mengikuti
bengkel memahami dengan lebih jelas berkaitan PBD
Penilaian & Tindak
Susul
Kos Sebenar RM 200.00
Objektif
i) Penguasaan guru-guru SMK Tun Indera dalam PBD
ii) Peningkatan kemahiran dan pengetahuan guru-guru dalam
penetapan Tahap Penguasaan (TP) dalam kalangan murid
Sasaran
Semua guru SMK Tun Indera
Pelibatan
i) Pegawai Meja PBD Jabatan Pendidikan Negeri
ii) Semua GPK SMK Tun Indera
iii) Semua Guru Kanan Mata Pelajaran SMK Tun Indera
iv) Semua Ketua Panitia SMK Tun Indera
v) Semua Guru SMK Tun Indera
Jawatankuasa Pelaksana :
Pengerusi :En. Wan Azhari bin Wan Awang (Pengetua)
Timbalan Pengerusi :Pn. Fauziah binti Ahmad (GPK Pentadbiran).
Naib Pengerusi 1 :Pn. Sabariah binti A. Rahman (GPK HEM).
Naib Pengerusi 2 :Pn. Rahimah binti Che Mohamed (GPK KOKO).
Penyelaras :En. Ismadi bin Zakari @ Zakaria
Setiausaha :En. Ahmad Fauzi bin Talib
Bendahari :Pn. Roziah binti Baharom
9
AJK :En. Mohd Haseli bin Daud
En. Mohd Azman bin Esham
En. Yusni bin Ab. Ghani
YM Syed Shukran bin Syed Mustafa
En. Zulhibri bin Abdullah
Pn. Hairusasjuliana binti Sohaimi
Pn. Wan Jamaliah binti Wan Yusof
Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti Tarikh Masa Tindakan
1 Mesyuarat/Taklimat 7.8.2022 2.30 GPK
Pentadbiran
1.1 Ucapan petang
Pengetua/PKP
21.8.202 SU LADAP
1.2 Bentang kertas 2
kerja
1.3 Lantik ahli
jawatankuasa
1.4 Agihan tugas
1.5 Penetapan tarikh
pelaksanaan
1.6 Senaraikan
jemputan fasilitator
1.7 Perbentangan kos
1.8 Lain lain
2 Surat jemputan
2.1 Hantar surat
jemputan kepada
fasilitator
2.2 Dapatkan maklum
Balas
3 Pelaksanaan 24.8. 8.30 GPK
program 2022 pagi Pentadbiran
hingga
2.30 SU LADAP
8.30 petang -pendaftaran
10
9.00 pagi – Bengkel petang
bermula
2.30 petang – Bengkel
tamat
4 Pemantauan dan
Penilaian
Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Perbelanjaan(
RM)
1 Bahan Cetak 100.00
2 Makanan dan Minuman 200.00
3 Sijil
4 Saguhati Penceramah 70.00
Jumlah(RM) 200.00
570.00
Pemantauan
a. Pemerhatian OPPM
b. Borang Kehadiran
Penilaian
a. Maklum balas peserta
b. Soal Selidik
B) Projek “Guru Mahir Koku”.
Bidang Kokurikulum
keberhasilan Guru Berkualiti.
Data di kumpul a) Skor SKPMg2 Standard 3.2.3 93.0%
b) Soal Selidik
Bidang Fokus c) Teacher Voice
Meningkatkan kompetensi guru dalam aspek
TOV/Baseline pengurusan kokurikulum bagi aktiviti kawad kaki,
orienteering dan ikatan.
a) Hanya 93.00% guru menguruskan unit beruniform
11
Kriteria Kejayaan diurus secara sistematik dan terancang.
(ETR/Indikator) b) Hanya 50% guru berkemahiran
dalam melaksanakan aktiviti Kawad Kaki.
c) Hanya 40% guru berkemahiran dalam
melaksanakan aktiviti orienteering
d) Hanya 50% guru berkemahiran dalam
melaksanakan aktiviti ikatan
a) 98% Guru Penasihat dapat menguruskan unit
beruniform dapat secara sistematik dan terancang.
b) 85% guru berkemahiran dalam Kawad Kaki
c) 85% guru berkemahiran dalam melaksanakan
aktiviti orienteering
d) 85% guru berkemahiran dalam melaksanakan
aktiviti ikatan
Inisiatif Guru Mahir Koku
a) Bengkel Pengurusan dan Peningkatkan Kemahiran
Kawad Kaki, orienteering dan ikatan (Guru)
b) Program Pemantauan dan Pencerapan
Pihak a) GPK Kokurikulum
Bertanggungjawab b) Setiausaha LaDap
c) Guru penasihat Unit Beruniform
Tempoh Masa 3 bulan (Julai-Sept)
Keperluan Sumber a) Jurulatih Pusat Kokurikulum
b) Jurulatih Rejimen 512 Askar Wataniah
c) LCD,
d) Kompas
e) Tali
f) RM500.00
Kaedah a. Senarai kehadiran LADAP
Pemantauan b. Borang maklum balas
c. Laporan bergambar
Dapatan Eviden Maklum balas bengkel 85 peratus guru yang mengikuti
12
bengkel memahami dengan lebih jelas pelaksanaan
aktiviti kawad kaki, orienteering dan ikatan
Penilaian & Tindak
Susul
Kos Sebenar RM 500.00
Objektif
a. Peningkatan kemahiran guru penasihat dalam kemahiran aktiviti badan
beruniform
b. Pengaplikasian oleh semua guru penasihat badan beruniform dalam
pengendalian aktiviti badan beruniform
Sasaran
Semua guru penasihat badan beruniform
Pelibatan
a. Jurulatih Pusat Kokurikulum
b. Jurulatih Rej 512 AW
c. GPK Kokurikulum
d. SU Kokurikulum
e. Semua guru penasihat badan beruniform
Jawatankuasa Pelaksana :
Pengerusi :En. Wan Azhari bin Wan Awang (Pengetua)
Timbalan Pengerusi :Pn. Rahimah binti Che Mohamed (GPK KOKO).
Naib Pengerusi 1 : Pn. Fauziah binti Ahmad (GPK Pentadbiran).
Naib Pengerusi 2 : Pn. Sabariah binti A. Rahman (GPK HEM).
Penyelaras :En. Ismadi bin Zakari @ Zakaria
Setiausaha :En. Ahmad Fauzi bin Talib
Bendahari :Pn. Roziah binti Baharom
AJK :En. Mohd Haseli bin Daud
En. Mohd Azman bin Esham
En. Yusni bin Ab. Ghani
13
YM Syed Shukran bin Syed Mustafa
En. Zulhibri bin Abdullah
Pn. Hairusasjuliana binti Sohaimi
Pn. Wan Jamaliah binti Wan Yusof
Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti Tarikh Masa Tindakan
1 Taklimat program 4.7. 2022 2.30 PK KO
1.1 Ucapan petang
Pengetua / PKKO
1.2 Bentang kertas
kerja
1.3 Lantik ahli
jawatankuasa
1.4 Agihan tugas
1.5 Penetapan
tarikh pelaksanaan
1.6 Senaraikan
jemputan
fasilitator
1.7 Perbentangan
kos
1.8 Lain lain
2 Surat jemputan 6.7. 2022 SU KO
SU KO
2.1 Hantar surat
jemputan kepada
fasilitator
2.2 Dapatkan maklum
balas
3 Pelaksanaan 14-16.7.2022 8.30 pagi
program
Pendaftaran
Bengkel bermula
Bengkel tamat
Praktikal di
lapangan
14
Selesai Perbelanjaan(
4 Pemantauan RM)
100.00
dan Penilaian 200.00
Anggaran Perbelanjaan 70.00
200.00
Bil Perkara 570.00
1 Bahan Cetak
2 Makanan dan Minuman
3 Sijil
4 Saguhati Penceramah
Jumlah(RM)
Pemantauan
a. Pemerhatian OPPM
b. Borang Kehadiran
Penilaian
a. Maklum balas peserta
b. Soal Selidik
2.2.4 Aktiviti Sisipan
a) Pemantauan:
OPPM, Carta Gantt
Learning Walk
Temu bual guru
b) Penilaian:
Soal Selidik
Semakan Data SSDM
Rekod kehadiran dalam aktiviti kokurikulum
Temu bual murid
15
2.3 Aplikasi pengurusan dan kepimpinan dalam memimpin intervensi
Saya telah mengadakan mesyuarat bersama SLT dan MLT untuk membincangkan isu
strategik dan mendapatkan cadangan, pandangan dan idea yang bernas daripada mereka
sebelum memulakan cadangan untuk program intervensi berdasarkan isu strategik yang
telah dikenal pasti. Kata sepakat telah dicapai untuk melaksanakan program intervensi
berdasarkan dapatan data daripada analisis persekitaran iaitu SWOT untuk mengkaji
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang akan dihadapi oleh pihak sekolah.
Maklumbalas hasil perbincangan ini, setiausaha Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan
Setiausaha Kokurikulum akan merangka kertas kerja yang sesuai untuk pelaksanaan
program intervensi ini.
Selepas kertas kerja siap di rangka taklimat pelaksanaan program kepada semua
guru-guru SkeB diadakan untuk membentangkan jawatankuasa pelaksana program
tersebut. Daripada taklimat ini, guru-guru dapat mengetahui tugas dan tanggungjawab yang
perlu mereka laksanakan bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.
Semasa pelaksanaan program, barisan pentadbir akan membuat pemantauan program
dengan menggunakan borang OPPM dan Carta Gantt. Mereka juga perlu melaksanakan
penilaian program dengan menggunakan instrumen yang sesuai seperti contoh soal selidik
guru melalui borang soal selidik untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program
seterusnya dapat memberikan cadangan penambahbaikan terhadap program tersebut.
Setelah selesai program dilaksanakan, dapatan data daripada penilaian program ini
membolehkan saya mengenalpasti sama ada kriteria kejayaan program dapat di capai atau
tidak. Mesyuarat post mortem diadakan untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan
daripada semua guru terhadap program tersebut seterusnya dapat melaksanakan tindakan
susulan sama ada program tersebut berjaya dan boleh dilestarikan atau tidak berjaya dan
digantikan dengan program lain yang lebih berkesan.
16
BAB 3 : REFLEKSI
3.1 Dapatan Amalan Kepimpinan di Sekolah Perantisan.
Sepanjang proses perancangan dan pelaksanaan program intervensi, pengetua dan barisan
penolong kanan telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Mereka tidak lokek memberi
tunjuk ajar dan bimbingan untuk menjayakan program intervensi. Pemantauan secara bersepadu
berjaya memastikan setiap AJK pelaksana dapat menjalankan tugas dengan baik dan efisien.
Kesungguhan pentadbir turut sekolah yang turut serta bersama dengan saya dalam membina
program jaringan membuktikan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada mereka.
3.1.1 Projek intervensi
Semasa merangka projek intervensi dalam pelaksanaan program perantisan, saya dapat
mempelajari kemahiran penggunaan Kerangka Pengurusan POLC iaitu Planning
(Merancang), Organizing (Mengelola), Leading (Memimpin) dan Controlling (Mengawal).
Saya dapat menetapkan matlamat dan objektif projek perantisan dan merangka strategi
yang betul. Selain itu saya juga dapat memupuk budaya kerja secara berpasukan dan
mewujudkan iklim sekolah yang konduisif. Semua program dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Hubungan yang harmonis dengan warga sekolah memudahkan saya
menetapkan standard yang ingin di capai dengan melakukan pemantauan dan penyeliaan
program secara berterusan. Saya juga belajar cara membuat pengukuran dan penilaian
program serta dapat membuat perbandingan sama ada objektif program yang saya
laksanakan tercapai atau tidak.
Projek intervensi yang saya laksanakan di SMK Tun Indera dalam bidang kurikulum
ialah “Gemilang PBD” merupakan bidang wajib dan dalam bidang Kokurikulum ialah “Guru
Mahir Koku” bagi bidang pilihan. Dua bidang ini saya pilih berdasarkan analisa “SWOT”
yang telah dibuat menunjukkan perlunya ada program intervensi bagi kedua-dua bidang
berkenaan.
Projek pertama yang saya telah laksanakan ialah dalam bidang kokurikulum iaitu
“Guru Mahir Koku”. Projek ini telah dilaksanakan di Pusat Kokurikulum Negeri, Cawangan
Pulau Redang selama tiga hari dua malam. Pelaksanaan projek ini di bahagikan kepada
tiga slot mengikut aktiviti secara berasingan. Di samping aktiviti kawad kaki, orienteering
dan ikatan, terdapat juga aktiviti lain yang dilaksanakan seperti aktiviti keyakinan di air,
aktiviti snorkeling dan “jungle tracking”.
17
Dapatan yang diperoleh daripada soal selidik sebelum bengkel “Guru Mahir Koku”
di bawah bidang keberhasilan Kokurikulum, guru-guru mempunyai sedikit pengetahuan
tentang pengurusan aktiviti kokurikulum khususnya dalam kemahiran aktiviti kawad kaki,
orienteering dan juga ikatan. Program ini dikendalikan oleh jurulatih Pusat Kokurikulum
bagi aktiviti orienteering dan aktiviti ikatan, manakala aktiviti kawad kaki dikendalikan oleh
jurulatih daripada Rejimen 512 Askar Wataniah. Aktiviti yang dijalankan secara tidak
sepenuhnya formal ini jelas menunjukkan keseronokan dalam kalangan guru-guru yang
terlibat bagi setiap aktiviti di samping penglibatan daripada pengetua dan barisan pentadbir
sekolah.
Projek kedua yang saya laksanakan ialah “Gemilang PBD” bagi bidang Kurikulum,
dapatan soal selidik menunjukkan 50 peratus guru masih belum faham sepenuhnya
berkaitan PBD. Hasil perbincangan saya bersama pengetua, beliau menyarankan supaya
penceramah yang dijemput bukan daripada kalangan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
Hulu Terengganu bagi mendapatkan kelainan kepada guru-guru sekolah ini. Sehubungan
dengan itu, saya telah mendapatkan pandangan Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor
Pengurusan Sekolah berkenaan penceramah yang sesuai untuk memberi penjelasan
kepada guru-guru berkaitan PBD ini. Beliau mencadangkan pegawai meja PBD sendiri
iaitu Puan Fazilah binti Ismail sebagai penceramah memandangkan beliau mendapat
maklumat terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sepanjang bengkel selamat dua jam, selain daripada taklimat daripada
penceramah, guru-guru berpeluang untuk mengajukan soalan dan juga percambahan
maklumat. Berdasarkan maklumbalas guru semasa bengkel berkenaan jelas
menunjukkan tempoh dua jam tidak mencukupi. Walau bagaimanapun banyak persoalan
yang selama ini disimpan oleh guru-guru terungkai dengan jawapan yang jelas daripada
penceramah.
3.1.2 Aspek Kepimpinan dan Pengurusan.
Peranan pengetua sebagai pemimpin utama sekolah, banyak mempengaruhi kejayaan
sesuatu program atau projek yang dirancangkan. Semenjak saya menjalani Aktiviti
Berasaskan Sekolah dan perantisan di SMK Tun Indera, saya melihat pengetua
mengambil berat pembangunan fizikal sekolah. Walaupun peruntukan yang agak terhad,
jaringan dan jalinan yang dibuat oleh pengetua dengan pihak yang berkaitan telah dapat
mewujudkan sebuah sekolah yang kondusif.
18
Dari sudut pengurusan kewangan beliau sentiasa mengingatkan warga sekolah
agar membuat perancangan yang rapi dan jika melibatkan pembelian, guru-guru perlu
patuh dengan mengikut peraturan dan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa serta
memaklumkan kepada beliau sebarang pembelian dan perbelanjaan yang dibuat.
Sebagai peneraju kepimpinan sekolah pengetua sentiasa menggalakan
perkembangan dan peningkatan pembelajaran guru-guru terutama sekali dari segi
penggunaan ICT. Beliau sentiasa mengingatkan guru-guru supaya menggunakan
sepenuhnya kemudahan ICT yang disediakan bukan sahaja semasa PdPC tetapi juga
bagi mendapatkan segala maklumat baru berkaitan PdPC. Dalam memastikan
penyebaran maklumat dan arahan berkaitan pekeliling, dan arahan daripada PPD KT dan
JPNT yang memerlukan tindakan segera dapat dilakukan secara cepat dan berkesan,
beliau telah menggunakan pelbagai medium media sosial seperti Whatsapp, Telegram
dan Facebook sekolah.
Pengetua telah memberikan kepercayaan kepada guru-guru yang mempunyai
kemahiran dan kepakaran untuk mengetuai unit-unit dan juga program-program yang
dilaksanakan di sekolah. Beliau menghormati pandangan dan buah fikiran yang
dilontarkan oleh guru-guru dan sentiasa terbuka terhadap pandangan yang diberikan.
Walau bagaimanapun beliau sentiasa ambil tahu dan sering memantau setiap program
yang dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program.
Pengetua juga sentaiasa memberi penekanan tentang visi dan matlamat sekolah
semasa perbincangan tidak formal bersama warga sekolah. Beliau sering memberi fokus
kepada komuniti pembelajaran profesional(PLC) dalam usaha pembelajaran berterusan
dalam kalangan guru-guru. Beliau sentiasa menggalakkan amalan kerja sepasukan bagi
memupuk sikap tanggungjawab semua warga sekolah selain memastikan setiap program
yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada
murid.
19
BAB 4 : RUMUSAN
4.1 Impak Yang Diperoleh Daripada Program Perantisan.
Program Perantisan yang dijalankan di SMK Tun Indera selama 10 minggu sememangnya telah
memberi banyak manfaat kepada saya untuk menerokai lebih banyak pengetahuan kepimpinan
dan pengurusan di sekolah. Saya telah membuat analisis persekitaran sekolah untuk
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang ada di sekolah tersebut
menggunakan analisis SWOT. Untuk mengenalpasti punca kepada isu strategik sekolah, saya
telah menggunakan tulang ikan Ishikawa dan alat 5 Whys’s dan kemudian saya mencatatkan
rangka idea utama aktiviti. Saya juga berjaya menjana strategi yang bersesuaian menggunakan
TOWS Matriks dan Matriks Ranking. Setelah itu, baru lah saya dapat merancang program yang
bersesuaian untuk membantu pihak sekolah mengatasi isu tersebut.
Dalam proses melaksanakan projek, walaupun banyak cabaran dan halangan yang perlu
dihadapi, namun atas kerjasama daripada pihak pentadbir dan guru sekolah, berjaya juga projek
yang dirancangkan dan dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Untuk
merangka program yang sesuai, saya telah mengadakan mesyuarat bersama SLT dan MLT
untuk membincangkan isu ini dan mendapatkan cadangan dan idea yang bernas daripada ahli
mesyuarat. Setelah mendapat kata sepakat dari pada semua ahli mesyuarat, saya meminta
Setiausaha unit untuk merangka kertas kerja program. Setelah siap kertas kerja program itu,
saya memilih tarikh yang sesuai untuk memberikan taklimat dan membentangkan kertas kerja
program berkenaan kepada semua guru-guru dan AKP SMK Tun Indera.
Saya telah menjalankan 2 projek intervensi iaitu Bidang Kurikulum dan Bidang
Kokurikulum. Semasa melaksanakan program tersebut, saya telah menjalinkan hubungan
kerjasama dengan JPN Terengganu, Pusat Kokurikulum, Rejimen 512 Askar Wataniah dan juga
badan koperat. Saya menjalankan pemantauan dan penyeliaan program menggunakan borang
OPPM dan carta gantt untuk memastikan program berjalan lancar. Saya juga telah
melaksanakan penilaian program menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data
yang relevan sama ada objektif program tercapai atau pun tidak. Selepas itu, saya mengadakan
mesyuarat post mortem untuk membuat tindak susul dan cadangan penambahbaikan program.
Diharapkan melalui Projek “Gemilang PBD” dan Projek “Guru Mahir Koku” yang telah
dilaksanakan ini , semua peserta memperoleh ilmu yang berguna, pengalaman yang sangat
berharga dan kemahiran baharu dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum iaitu Guru Berkualiti.
Peserta juga dapat mengaplikasikan kedua-dua ilmu dalam bengkel ini untuk meningkatkan lagi
20
kualiti dalam penetapan tahap pencapaian murid dan aktiviti kokurikulum, seterusnya dapat
melonjakkan prestasi sekolah dan kemenjadian murid seiring dengan keperluan pendidikan
masa kini.
Berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah IABCGH yang telah dilantik menjadi
penyelia saya iaitu DR Norazana binti Mohd Nor sepanjang saya mengikuti kursus NPQEL dan
menjalani program perantisan ini, saya yakin dapat meningkatkan 10 kompetensi yang perlu ada
untuk menjadi pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi iaitu berfikiran strategik, membuat
keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran,
membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi dengan berkesan,
berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi.
Program perantisan merupakan program berbentuk praktikal ‘job shadowing’ di mana
saya perlu mempelajari ciri-ciri pemimpin berkesan daripada mentor saya iaitu En. Wan Azhari
bin Wan Awang, Pengetua SMK Tun Indera. Beliau sangat membantu saya sebagai suri teladan
buat saya untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan berprestasi tinggi sesuai
dengan hasrat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Saya sangat bertuah kerana mendapat
seorang Pengetua yang berpengalaman dalam memimpin dan mentadbir sekolah.
Akhir sekali, bagi memenuhi cabaran zaman globalisasi pemimpin sekolah perlu
kepada perubahan gaya pengurusan yang lebih dinamik dan berkualiti. Program
perantisan ini sacara dapat memberi pengalaman yang sangat berharga buat saya
sebelum saya di lantik menjadi Pengetua suatu hari nanti.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………..……….…………………… ………………………………..
ISMADI BIN ZAKARI @ ZAKARIA WAN AZHARI BIN WAN AWANG
Tarikh: 29September 2022 Tarikh: 29 September 2022
Diluluskan oleh,
………..……….………
DR NORAZANA BINTI MOHD NOR
Tarikh:
21
Senarai Jadual
iv
Carta gantt Perantisan “Gemilang PBD” – Kurikulum
Bulan 2 Julai 4 1 2 Og
Minggu 13 – 14 3 24 – 28 7 – 11 3
Aktiviti 31 – 4 14 –
Mesyuarat Jawatankuasa 17 – 21 √ √
Pelaksanaan √
Pembentangan √
Jawatankuasa kerja
Taklimat kepada semua
guru
Perbincangan bersama
penceramah
Penyediaan Surat
jemputan penceramah
Bengkel Gemilang PBD
Pemantauan dan penilaian
Post Mortem
gos September Catatan
4 51 234
18 20 – 25 28 – 1 4 – 8 11 – 15 18 – 22 25 – 29
PKP
PKP
PKP
Penyela-
ras
√ SU
Ladap
√ Penyelaras
√√ PKP
Penyela-
ras
√ PKP
Carta gantt Perantisan “Guru Hebat Koko”- HEM.
Bulan Julai
Minggu 1 2 3 4 12
Aktiviti 4-7 12 – 14 17 – 21 24 – 28 31 – 4 7 – 11
Mesyuarat Jawatankuasa √
Pelaksanaan
Pembentangan √
Jawatankuasa kerja
Surat Jemputan √
Penceramah
Perbincangan bersama √
jurulatih
Taklimat Program – √
semua guru
√
Ceramah / Bengkel Guru
Hebat Koko
√ √ √√
Pemantauan dan
penilaian
Post Mortem
Ogos 1 September Catatan
3 45 4–8 4
23 25 –
14 – 18 20 – 25 28 – 1 11 – 18 – 29
15 22
PK KO
√
Penyela-
ras
SU KO
Penyela-
ras
PK KO
Penyela-
ras
PK KO
SU
KOKO
PK KO
SU
KOKO
Senarai Rajah
v
RAJAH TULANG
Isu : Kefahaman Guru dalam Pentaksir
Persekitaran Peralatan
Tidak kondusif Tidak mencukupi
Tidak menarik
Bahan rujukan terhad
Bahan Kaedah
IKAN ISHIKAWA
ran Bilik Darjah masih kurang mantap
Manusia
Guru kurang menguasai
Guru kurang pendedahan
Guru masih terpengaruh dengan kaedah lama
Kefahaman
guru dalan
PBD masih
kurang
mantap
RAJAH TULANG
Isu : Kefahaman Guru dalam pelaksana
Persekitaran Peralatan
Tidak kondusif Tidak mencukupi
Tidak menarik
Bahan rujukan terhad
Bahan Kaedah
IKAN ISHIKAWA
aan aktiviti Kokurikulum masih rendah
Manusia
Guru kurang menguasai
Guru kurang pendedahan
Kurang guru yang mahir
Kefahaman
guru dalan
melaksanakan
aktiviti koko
masih rendah
Aktiviti yang sama
INSTRUMENT KAJIAN IMPAK PROGRAM (PRA)
NAMA PROGRAM : ___GEMILANG PBD____________________________________
NAMA PESERTA : _________________________________________________________
JABATAN / SEKOLAH : _________________________________________________________
Sila jawab dengan jujur soalan no.1 hingga 15 mengikut skala berikut
1. TIDAK SETUJU 4. SETUJU
2. KURANG SETUJU 5. SANGAT SETUJU
3. TIDAK PASTI
BIL KENYATAAN SKALA SKOR
1 Kerjaya guru pilihan pertama saya 12 3 45
12 3 45
2 Saya seorang guru berpengalaman 12 3 45
12 3 45
3 Murid memberi tumpuan setiap kali saya mengajar 12 3 45
Saya lebih gemar menyampaikan maklumat semasa 12 3 45
12 3 45
4 mengajar 12 3 45
Saya memberi peluang kepada murid untuk 12 3 45
12 3 45
5 mengeluarkan idea 12 3 45
12 3 45
6 Kelas saya berjalan secara dua hala 12 3 45
12 3 45
7 Saya pernah mengikuti taklimat berkaitan PBD 12 3 45
8 Saya faham apa itu PBD
9 Panitia selalu mengadakan PLC berkaitan PBD
Saya perlukan perlukan maklumat tambahan berkaitan
10 PBD
11 Saya menilai murid saya setiap kali saya mengajar
12 Murid saya aktif dalam kelas
13 Murid memberi maklumbalas dalam kelas
14 Murid gemar memberikan idea semasa saya mengajar
15 Saya mampu menilai pencapaian murid dalam kelas
SKOR KESELURUHAN
75
INSTRUMENT KAJIAN IMPAK PROGRAM (POST)
NAMA PROGRAM : ___GEMILANG PBD____________________________________
NAMA PESERTA : _________________________________________________________
JABATAN / SEKOLAH : _________________________________________________________
Sila jawab dengan jujur soalan no.1 hingga 15 mengikut skala berikut
1. TIDAK SETUJU 4. SETUJU
2. KURANG SETUJU 5. SANGAT SETUJU
3. TIDAK PASTI
BIL KENYATAAN SKALA SKOR
1 Kerjaya guru pilihan pertama saya 1 2 3 45
1 2 3 45
2 Saya seorang guru berpengalaman 1 2 3 45
1 2 3 45
3 Murid memberi tumpuan setiap kali saya mengajar 1 2 3 45
Saya lebih gemar menyampaikan maklumat semasa 1 2 3 45
1 2 3 45
4 mengajar 1 2 3 45
Saya memberi peluang kepada murid untuk 1 2 3 45
1 2 3 45
5 mengeluarkan idea 1 2 3 45
1 2 3 45
6 Kelas saya berjalan secara dua hala 1 2 3 45
1 2 3 45
7 Saya pernah mengikuti taklimat berkaitan PBD 1 2 3 45
8 Saya faham apa itu PBD
9 Panitia selalu mengadakan PLC berkaitan PBD
Saya perlukan perlukan maklumat tambahan berkaitan
10 PBD
11 Saya menilai murid saya setiap kali saya mengajar
12 Murid saya aktif dalam kelas
13 Murid memberi maklumbalas dalam kelas
14 Murid gemar memberikan idea semasa saya mengajar
15 Saya mampu menilai pencapaian murid dalam kelas
SKOR KESELURUHAN
75
INSTRUMENT KAJIAN IMPAK PROGRAM (PRA)
NAMA PROGRAM : ___GURU MAHIR KOKO____________________________________
NAMA PESERTA : _________________________________________________________
JABATAN / SEKOLAH : _________________________________________________________
Sila jawab dengan jujur soalan no.1 hingga 15 mengikut skala berikut
1. TIDAK SETUJU 4. SETUJU
2. KURANG SETUJU 5. SANGAT SETUJU
3. TIDAK PASTI
BIL KENYATAAN SKALA SKOR
1 Saya guru kokurikulum 1 2 3 45
2 Saya ada pengetahuan dalam kemahiran orienteering 1 2 3 45
3 Saya ada pengetahuan dalam kemahiran ikatan 1 2 3 45
4 Saya ada pengetahuan dalam kemahiran kawad kaki 1 2 3 45
5 Saya boleh mengajar kemahiran orienteering 1 2 3 45
6 Saya boleh mengajar kemahiran ikatan 1 2 3 45
7 Saya boleh mengajar kemahiran kawad kaki 1 2 3 45
8 Saya yakin apabila mengajar kemahiran orienteering 1 2 3 45
9 Saya yakin apabila mengajar kemahiran ikatan 1 2 3 45
10 Saya yakin apabila mengajar kemahiran kawad kaki 1 2 3 45
1 2 3 45
11 Murid seronok apabila saya mengajar kemahiran
orienteering
12 Murid seronok apabila saya mengajar kemahiran ikatan 1 2 3 4 5
Murid seronok apabila saya mengajar kemahiran kawad 1 2 3 45
13 kaki
Aktiviti kokurikulum boleh merangsang minda murid 1 2 3 45
14
Saya sedar aktiviti kokurikulum menarik minat murid
15 datang ke sekolah
SKOR KESELURUHAN
75
INSTRUMENT KAJIAN IMPAK PROGRAM (POST)
NAMA PROGRAM : ____GURU MAHIR KOKO___________________________________
NAMA PESERTA : _________________________________________________________
JABATAN / SEKOLAH : _________________________________________________________
Sila jawab dengan jujur soalan no.1 hingga 15 mengikut skala berikut
1. TIDAK SETUJU 4. SETUJU
2. KURANG SETUJU 5. SANGAT SETUJU
3. TIDAK PASTI
BIL KENYATAAN SKALA SKOR
1 Saya guru kokurikulum 1 2 3 45
2 Saya ada pengetahuan dalam kemahiran orienteering 1 2 3 45
3 Saya ada pengetahuan dalam kemahiran ikatan 1 2 3 45
4 Saya ada pengetahuan dalam kemahiran kawad kaki 1 2 3 45
5 Saya boleh mengajar kemahiran orienteering 1 2 3 45
6 Saya boleh mengajar kemahiran ikatan 1 2 3 45
7 Saya boleh mengajar kemahiran kawad kaki 1 2 3 45
8 Saya yakin apabila mengajar kemahiran orienteering 1 2 3 45
9 Saya yakin apabila mengajar kemahiran ikatan 1 2 3 45
10 Saya yakin apabila mengajar kemahiran kawad kaki 1 2 3 45
1 2 3 45
11 Murid seronok apabila saya mengajar kemahiran
orienteering
12 Murid seronok apabila saya mengajar kemahiran ikatan 1 2 3 4 5
Murid seronok apabila saya mengajar kemahiran kawad 1 2 3 45
13 kaki
Aktiviti kokurikulum boleh merangsang minda murid 1 2 3 45
14
Saya sedar aktiviti kokurikulum menarik minat murid
15 datang ke sekolah
SKOR KESELURUHAN
75
Senarai Gambar
vi
Laporan Bergambar
Tajuk : Guru Mahir Koku
Tarikh : 14-16 Julai 2022
Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri, Cawangan Pulau Redang
1. Orienteering
2. Ikatan
3. Kawad kaki
Tajuk : Gemilang PBD
Tarikh : 24 Ogos 2022
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Tun Indera
5. LAMPIRAN
5.1 Borang Analisis Persekitaran (P-1)
5.2 SWOT/Matriks TOWS (P-2)
5.3 Pemberatan Pemilihan Inisiatif/Strategi (P-3)
5.4 Pelan Intervensi (P-4)
5.5 Log Harian (P-5)
5.6 Log Refleksi Mingguan (P-6)
5.7 Senarai Semak Mentor (P-7)
5.8 Senarai Semak Pemeringkatan Kompetensi (P-8)
5.9 Kertas Cadangan Projek Intervensi
5.10 Senarai Semak Pembentangan
Nama Peserta: ANALISIS PER
ISMADI BIN ZAKARI @ ZAKARIA
Nama Sekolah Perantisan: SMK TUN INDERA, HULU TERENGGAN
ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan oleh pes
BIDANG KEBERHASILAN KEKUATAN KELEMAHAN
Kurikulum: (5 keutamaan) (5 keutamaan)
S1-90% guru W1- Guru kurang
mengikut opsyen berkesan di dalam
S2-50% adalah guru mengawal suasana
berpengalaman iaitu pembelajaran secara
mengajar lebih 10 profesional dan
tahun terancang iaitu 4.52
S3-Peratus Layak Sijil (Data SKPMg2 S4.2
(LS) 100% 3 tahun W2- Pemahaman gu
berturut-turut terhadap PBD masih
S4- Pengurusan tahap sederhana ( 6
kurikulum yang Teacher’s Voice)
cemerlang iaitu W3- Prestasi
95%(Data SKPMg2 pencapaian murid un
S3.1.1Tahun 2021) tahun 2022 belum
S5-Purata murid mencapai tahap
setiap kelas 25 orang cemerlang( 5 GAGA
BM dan 4 GAGAL
Sejarah)-Layak Sijil
W4- Kehadiran muri
tidak memuaskan (8
P-1
RSEKITARAN No. KP: 750218115349
NU, TERENGGANU
serta berasaskan data dan maklumat
PELUANG ANCAMAN ISU
(5 keutamaan) (5 keutamaan)
Kefahaman
a O1-Sokongan dan T1-Sosio ekonomi Guru dalam
Hubungan yang akrab keluarga murid yang pelaksanaan
2.2) dengan Pegawai terdiri dari B40 ke Pentaksiran
uru Akademik, SISC+, dan bawah (60%) Bilik Darjah
h di SIPartner+ dari PPD T2- Pengaruh media masih kurang
60%- O2-Sokongan dan sosial mewujudkan
penglibatan ibubapa persekitaran yang mantap
ntuk sangat baik. tidak sihat dalam
O3-90% penjaga kalangan pelajar
AL tinggal berhampiran T3- 30% murid tidak
sekolah. tinggal bersama ibu
id O4- Sokongan PIBG bapa
80%) dan PIBKS sangat T4- Tekanan daripada
baik. sebahagian ibu bapa
O5- Kerjasama yang kepada pihak sekolah
baik dengan bank terutama apabila
rakyat, MARA, melibatkan masalah
YAPEIM dan pembelajaran
pemimpin setempat (Teacher Voice)
BIDANG KEBERHASILAN KEKUATAN KELEMAHAN
(5 keutamaan) (5 keutamaan)
W5-50% pelajar lel
kurang keyakinan
dan kurang focus
(Teacher Voice).
Hal Ehwal Murid: S1-Tiada kes disiplin W1-8% murid masih
yang tinggi (Data mengamalkan sikap
SSDM) negatif seperti ponte
S2-Pengurusan kelas (SSDM)
kebajikan murid yang W2-Terdapat
baik (Data APDM) jawatankuasa belum
S3-Jalinan kerjasama mantap dalam
PIBG yang baik pengurusan HEM
dalam setiap aktiviti (maklum balas
S4-Kemudahan Mesyuarat JK HEM)
prasarana sekolah W3-10% murid masi
yang mencukupi tidak mementingkan
S5-Bilangan murid kebersihan (Teache
yang seimbang Voice)
dengan jumlah guru W4-Tiada pengangk
(APDM/e-Operasi) awam ke sekolah
W5-16% murid kura
berminat hadir ke
sekolah
Kokurikulum: S1-Komitmen guru W1-Kekangan masa
yang tinggi (90%) sekolah bilangan gu
kecil yang terpaksa
PELUANG ANCAMAN ISU
(5 keutamaan) (5 keutamaan)
laki T5-Pengaruh rakan
diri sebaya yang sangat
kuat untuk tidak hadir
ke sekolah
h O1-Penubuhan KSIB T1-Pengaruh gejala Masalah
p yang efektif dapat sosial di luar kawasan kehadiran murid
eng membentuk sekolah
persekitaran yang T2-Pengaruh gajet
m kondusif yang melalaikan di
O2- Sumbangan rumah
) daripada agensi luar T3-Faktor kemiskinan
ih (YAPEIM dan MARA) ibu bapa yang bekerja
n dari segi kewangan, sebagai penoreh getah
er perkhidmatan dan yang tidak dapat
bimbingan mencari rezeki pada
kutan O3- Sebahagian ibu musim hujan
bapa memberikan T4-Ibu bapa terlalu
ang kerjasama dan bergantung kepada
komitmen yang baik sekolah dalam
terhadap pihak pencapaian dan
sekolah pembentukan sahsiah
O4-Hubungan dua murid
hala yang baik antara T5-30%Ibu
sekolah, ibu bapa, bapa/penjaga kurang
JPN, PPD dan PDRM cakna dan tidak
mementingkan
a O1-Pelibatan aktif masalah pembelajaran
uru PIBG anak-anak (guru kelas)
T1-Persekitaran yang
kurang baik/kurang
BIDANG KEBERHASILAN KEKUATAN KELEMAHAN
(5 keutamaan) (5 keutamaan)
Pengurusan dan S2-Pelibatan aktif melaksanakan pelba
daripada murid-murid tugas
Kepimpinan Organisasi: (80%) W2-30% Murid lelak
S3- Pelaksanaan kurang aktif
(Pengurusan kokurikulum diurus W3-Peralatan terhad
kewangan/Pengurusan dengan cemerlang untuk aktiviti badan
Pentadbiran dan sistematik (95% beruniform seperti ta
Pejabat/Pengurusan SKPMg2 2021) dan kompas
Persekitaran dan Kemudahan S4-Sokongan yang W4-Guru kurang ma
Fizikal/Pengursan dan baik daripada kemahiran tertentu
Pembangunan Sumber pengurusan sekolah seperti kawad kaki,
Manusia/Pengurusan S5-Ruang aktiviti ikatan dan kompas.
Perhubungan Luar) kawad kaki yang
mencukupi W1-Visi dan Misi
S1-Laporan audit sekolah kurang
sekolah pada tahap dipamerkan di tem
baik tahun 2021. tempat strategik.
S2-Pentadbir dan W2-Anggota
pengurusan sekolah kumpulan sokonga
selalu menghadiri yang menguruskan
latihan / kursus kewangan kurang
berkaitan bidang memahami proses
masing-masing. perolehan.
S3-Kemudahan W3-Keadaan fizika
fizikal sekolah bumbung dewan y
mencukupi. banyak kebocoran
S4-Perkhidmatan W4-Kemudahan
pengawal penghawa dingin d
keselamatan dan pejabat yang kuran
kebersihan memuaskan.