KERTAS CADANGAN
PROJEK INTERVENSI
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)
Nama Projek Intervensi 1:
GEMILANG PBD
Nama Projek Intervensi 2
GURU MAHIR KOKU
Disediakan oleh
ISMADI BIN ZAKARI @ ZAKARIA
Kelas
SMGH1
IAB Induk/Cawangan
IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
1.0 Pengenalan
SMK Tun Indera terletak di Kampung Pelandan, Hulu Terengganu. Jarak sekolah ke
PPD sejauh 17 kilometer dan mula beroperasi pada tahun 2006. Nama asal sekolah ini
ialah SMK Tersat sebelum ditukar kepada nama sekarang. Sebuah sekolah luar bandar
yang menempatkan murid-murid daripada SK Kemat, SK Bukit Gemuroh, SK Padang
Setar dan SK Cheting.
Dengan kekuatan 30 orang guru, 5 Anggota Kumpulan Pelaksanaan dan
enrolmen murid seramai 287 orang, SMK Tun Indera bukanlah sekolah pilihan ibu bapa
setelah anak-anak mereka tamat tahun enam di sekolah rendah. Walau bagaimanapun,
dengan komitmen guru-guru dengan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat, SMK
Tun Indera masih mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum.
2.0 Rasional
Berdasarkan data e-Operasi, 50 peratus guru-guru SMK Tun Indera merupakan guru
baru dan sudah tentu kefahaman guru dalam PBD masih kurang mantap. Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini cukup penting pada masa kini kerana PBD ini adalah
sebahagian daripada item dari Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dengan
tiadanya peperiksaan berpusat seperti PT3, ia cukup menggambarkan betapa
pentingnya penilaian yang tepat untuk mengukur penguasaan murid. Kegagalan guru
dalam penetapan Tahap Penguasaan(TP) dalam pentaksiran PBD ini, juga boleh
menjejaskan masa depan murid pada masa akan datang. Justeru, saya telah memilih
untuk melaksanakan bengkel ‘Gemilang PBD’ dalam kalangan guru sebagai intervensi
bagi penyelesaian masalah ini.
Aktiviti kokurikulum merupakan satu aktiviti yang menarik sekiranya pengisiannya
dapat dilaksanakan dengan baik. Ianya mampu mencungkil bakat murid-murid untuk
menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan khususnya dalam aktiviti badan
beruniform. Bagi menarik minat murid-murid mengikuti aktiviti badan beruniform ini, guru-
guru khususnya guru penasihat badan beruniform perlu kreatif dalam pengendalian
aktiviti sebagaimana kurikulum yang telah ditetapkan. Berdasarkan pemerhatian dan
“suara guru’ kemahiran guru-guru penasihat badan beruniform masih kurang menguasai
pelaksanaan aktiviti dalam sukatan kurikulum badan beruniform khusunya kawad kaki,
menggunakan kompas dan juga ikatan. Sehubungan dengan itu, saya memilih untuk
mengadakan bengkel ‘Guru Mahir Koku’ sebagai intervensi bagi penyelesaian masalah
ini.
Pelaksanaan program yang dirancang ini mampu membangun kapasiti guru di
SMK Tun Indera sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Berpandukan
Matrik Pemilihan yang telah dibuat dengan mengambil kira faktor kos, sumber dan impak
program didapati guru guru amat memerlukan ilmu berkaitan dengan PBD. Penetapan
TP terhadap murid perlu dititikberatkan agar potensi murid dapat dikembangkan pada
saluran yang betul. Begitu juga dengan kokurikulum, bengkel, teori dan praktikal
berkaitan kemahiran kawad kaki, kompas dan ikatan mampu menjadikan aktiviti badan
beruniform lebih menarik dan berkesan. .
3.0 Pelaksanaan Projek
3.1 Projek Intervensi 1
3.1.1 Nama Projek
Gemilang PBD
3.1.2 Bidang Keberhasilan
Kurikulum (wajib)
3.1.3 Objektif
i) Penguasaan guru-guru SMK Tun Indera dalam PBD
ii) Peningkatan kemahiran dan pengetahuan guru-guru dalam
penetapan Tahap Penguasaan (TP) dalam kalangan murid
3.1.4 Sasaran
Semua guru SMK Tun Indera
3.1.5 Pelibatan
i) Pegawai Meja PBD Jabatan Pendidikan Negeri
ii) Semua GPK SMK Tun Indera
iii) Semua Guru Kanan Mata Pelajaran SMK Tun Indera
iv) Semua Ketua Panitia SMK Tun Indera
v) Semua Guru SMK Tun Indera
3.1.6 Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti Tarikh Masa Tindakan
7.8.2022
1 Mesyuarat/Taklimat 2.30 petang GPK
1.1 Ucapan Pengetua/PKP
1.2 Bentang kertas kerja Pentadbiran
1.3 Lantik ahli
jawatankuasa 21.8.2022 SU LADAP
1.4 Agihan tugas
1.5 Penetapan tarikh
pelaksanaan
1.6 Senaraikan jemputan
fasilitator
1.7 Perbentangan kos
1.8 Lain lain
2 Surat jemputan
2.1 Hantar surat jemputan
kepada fasilitator
2.2 Dapatkan maklum
Balas
3 Pelaksanaan program 29.8. 2022 8.30 pagi GPK
8.30 petang -pendaftaran hingga 2.30 Pentadbiran
9.00 pagi – Bengkel bermula petang SU LADAP
2.30 petang – Bengkel tamat
4 Pemantauan dan
Penilaian
3.1.7 Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Perbelanjaan(RM)
1 Bahan Cetak 100.00
2 Makanan dan Minuman 200.00
3 Sijil 70.00
4 Saguhati Penceramah 200.00
Jumlah(RM) 570.00
3.1.8 Pemantauan
a. Pemerhatian OPPM
b. Borang Kehadiran
3.1.9 Penilaian
a. Maklum balas peserta
b. Soal Selidik
3.2 Projek Intervensi 2
3.2.1 Nama Projek
Guru Mahir Koku
3.2.2 Bidang Keberhasilan
Kokurikulum (pilihan)
3.2.3 Objektif
a. Peningkatan kemahiran guru penasihat dalam kemahiran
aktiviti badan beruniform
b. Pengaplikasian oleh semua guru penasihat badan
beruniform dalam pengendalian aktiviti badan beruniform
3.2.4 Sasaran
Semua guru penasihat badan beruniform
3.2.5 Pelibatan
a. Jurulatih Pusat Kokurikulum
b. Jurulatih Rej 512 AW
c. GPK Kokurikulum
d. SU Kokurikulum
e. Semua guru penasihat badan beruniform
3.2.6 Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti Tarikh Masa Tindakan
17.7. 2022 2.30 petang PK KO
1 Taklimat program
1.1 Ucapan SU KO
Pengetua / PKKO SU KO
1.2 Bentang kertas
kerja
1.3 Lantik ahli
jawatankuasa
1.4 Agihan tugas
1.5 Penetapan
tarikh pelaksanaan
1.6 Senaraikan
jemputan fasilitator
1.7 Perbentangan kos
1.8 Lain lain
2 Surat jemputan 24.7. 2022 8.30 pagi
2.1 Hantar surat 13.8.2022
jemputan kepada
fasilitator
2.2 Dapatkan maklum
balas
3 Pelaksanaan program
Pendaftaran
Bengkel bermula
Bengkel tamat
Praktikal di lapangan
Selesai
4 Pemantauan dan
Penilaian
3.2.7 Anggaran Perbelanjaan Perbelanjaan(RM)
200.00
Bil Perkara 50.00
1 Makanan dan Minuman
2 Sijil 300.00
550.00
3 Bayaran saguhati
Jumlah(RM)