The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by walaubagaimanapun85, 2021-10-13 20:38:17

Modul PSS Tingkatan 4

Modul PSS Tingkatan 4

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN PEL TAJUK MS
AYAT HUKUM 1
1 ADAB PERGAULAN DALAM RUMAH
HADIS HUKUM 8
ULUM QURAN 2 KEWAJIPAN MENGAMALKAN PERMAKANAN YANG
ULUM HADIS HALAL LAGI BAIK 12

USUL FIQH 3 KEWAJIPAN MENYELIDIKI BERITA YANG DITERIMA 16

4 MENJAGA PANDANGAN MATA DAN MEMELIHARA 20
MARUAH DIRI 24
28
5 MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT 33
36
6 SYAK DALAM SOLAT 41
45
7 WASIAT 48
55
8 MEMBERI DAN MENJAWAB SOALAN 62
68
9 ULUM QURAN DAN KEPENTINGANNYA 75
79
10 AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT DAN WAHYU 87
95
11 NUZUL QURAN
102
12 ULUM HADIS DAN KEPENTINGANNYA
110
13 ILMU HADIS RIWAYAT DAN DIRAYAT
116
14 HADIS MUTAWATIR DAN HADIS AHAD

15 HADIS SAHIH, HASAN DAN DHAIF

16 PENGENALAN USUL FIQH

17 HUKUM SYARAK

18 DALIL-DALIL HUKUM YANG DISEPAKATI

19 DALIL-DALIL HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI

SEJARAH 20 SEJARAH PERKEMBANGAN PERUNDANGAN ISLAM

PERUNDANGAN 21 PERLAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM DI
ISLAM MALAYSIA

Pengenalan Qiraat al-Sab'ah

Maksud 7 Huruf

M AHARAT Surah Al-Fatihah
AL-QURAN 22 Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Falaq

Surah An-Nas



BAHAGIAN AYAT HUKUM

1.0 ADAB PERGAULAN DALAM RUMAH

1.1 PENGENALAN
Islam sangat menitikberatkan adab dan tatacara dalam pergaulan seharian meskipun
di dalam rumah sesame anggota keluarga. Adab ini bertujuan mendidik dan menjaga
anak-anak dan seluruh ahli keluarga tentang batas pergaulan yang perlu difahami
dan diamalkan. Di antara adab yang perlu diketahui ialah adab meminta izin untuk
masuk ke dalam bilik kedua ibu bapa atau adik beradik yang berlainan jantina.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 58-59 surah al-Nur.
2. Menerangkan sebab nuzul ayat 58 surah al-Nur.

3. Menjelaskan kaedah intinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﲟ‬

4. Menghuraikan golongan yang wajib meminta izin.
5. Menilai kepentingan melaksanakan tuntutan wajib meminta izin.
6. Mencadangkan amalan yang sesuai diamalkan berdasarkan tuntutan ayat

hukum.

1.3 AYAT DAN TERJEMAHAN

Firman Allah SWT:

‫ﭐﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦﲧﲨ ﲪﲩ‬

‫ﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶ ﲸﲷﲹﲺ‬

‫ﲼﲻﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇ ﳉﳈﳊﳋﳌ‬

‫ﳍﳎﳏﳐﳑﳒﳓ ﱁﱂﱃﱄﱅﱆ‬

‫ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑﱒ ﱓ ﱔ‬

٥٩ - ٥٨ :‫ﱕﱖالنور‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang Yang
belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat
kamu), Dalam tiga masa; (Iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka
pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa
bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). kamu dan mereka tidaklah
bersalah kemudian daripada tiga masa Yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang Yang

1

selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat
antara satu Dengan Yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
(yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah
mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) Yang tersebut
dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang
menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

1.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT

Ayat 58-59 Surah al-Nur menjelaskan tentang adab pergaulan dalam rumah dalam
kalangan anggota keluarga. Antaranya adab yang dijelaskan oleh ayat ini ialah
peraturan meminta izin ketika hendak masuk ke bilik ibu bapa dan waktu tertentu
yang tidak digalakkan memasuki bilik mereka. Peraturan ini bertujuan untuk
memelihara kehormatan masing-masing.

1.5 SABAB NUZUL
1. Menurut maqatil, ayat ini diturunkan selepas peristiwa yang melibatkan Asma’ binti
Marsad. Dalam peristiwa tersebut, seorang hamba yang telah baligh masuk ke
bilik beliau pada waktu yang tidak disukainya. Beliau memberitahu Rasulullah
SAW tentang peristiwa tersebut, kemudian turunlah ayat ini.

2. Menurut riwayah kata Ibnu Abas: disebutkan bahawa Rasulullah SAW telah
mengutus seorang hamba daripada kaum ansar yang bernama Mudlij bin Amru
untuk menenui Saidina Umar bin Al-Khatab pada waktu Zohirah (tengah hari).
Ketika hamba itu masuk, Saidina Umar bin Al-Khatab sedang tidur dan pakaiannya
terselak. Kata Saidina Umar: ”Kalau boleh aku ngin supaya Allah melarang bapa,
anak dan pembantu kami masuk ke bilik kami pada waktu-waktu begini, kecuali
selepas mendapat keizinan”. Kemudian beliau dan bersama-sama pembantu
tersebut menemui Rasulullah SAW dam mendapati bahawa ayat yang menyentuh
tentang peraturan tersebut telah pun diturunkan. Saidina Umar terus sujud sebagai
tanda bersyukur kepada Allah.

1.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM
Hukum meminta izin apabila memasuki bilik adalah wajib. Ini ditunjukkan oleh lafaz

‫ﲟ‬. Lafaz ini ialah ‫ فعل مضارع‬yang disertakan dengan ‫ لام الأمر‬yang

membawa maksud perintah wajib.

2

1.7 GOLONGAN YANG WAJIB MEMINTA IZIN

Secara jelas, ayat ini ditujukan kepada ibu bapa atau penjaga supaya mendidik
anggota keluarga mereka dengan adab dan peraturan pergaulan di dalam rumah
terutama ketika memasuki bilik ibu bapa. Antara golongan yang diwajibkan meminta
izin itu ialah:

1. Kanak-kanak yang belum baligh
2. Hamba dan pembantu rumah
3. Anggota keluarga yang telah baligh

1.8 WAKTU-WAKTU YANG DILARANG MEMASUKI BILIK TANPA KEIZINAN

1. Sebelum subuh
Pada waktu ini orang bangun dari tidur dan menyalin pakaian tidur mereka
sebelum memakai pakaian biasa

2. Waktu tengah hari
Pada waktu ini biasanya orang menukar pakaian untuk berehat

3. Waktu malam selepas solat isyak
Pada waktu ini orang mulai bersiap untuk tidur

1.9 ADAB MEMASUKI BILIK ANGGOTA KELUARGA

Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul sentiasa menjaga hubungan yang
baik sesame manusia, termasuk hubungan anatara ahli keluarga. Menjadi kewajipan
kepada ibu bapa atau penjaga, untuk mengajar dan mendidik anak-anak mereka
yang belum baligh dan hamba yang mereka miliki tentang adab dan peraturan di dalm
rumah. Peratutran tersebut termasuklah adab memasuki bilik ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Antara adab memasuki bilik ibu bapa ialah:

1. Meminta izin sebelum masuk
Anak-anak mestilah meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ibu bapa
mererka. Adalh tidak sopan jika anak-anak emmasuki bilik ibu bapa dan
terserempak dengan mereka dalam keadaan yang tidak bersedia akibat tidak
meminta izin terlebih dahulu.
Peraturan ini juga termasuk diantara adik-beradik lelaki dan perempuan yang
sudah baligh. Tempat tidur mereka hendaklah diasingkan dan sangat digalakkan
mempunyai bilik tidur berasingan.

2. Memberi salam sebelum masuk
Anak-anak hendaklah diajar memberi salam sebelum memasuki bilik anggota
keluarga yang lain. Adab ini boleh menimbulkan kemesraan dan kasih saying
diantara anggota keluarga.

3

3. Memilih waktu yang sesuai
Anak-anak hendaklah memilih waktu yang sesuai untuk memasuki bilik ibu
bapa.Mereka dilarang menggagu ibu bapa mereka dalam tiga waktu iaitu sebelum
subuh,waktu tengahari dan selepas solat isyak.Jika terpaksa berjumpa dan
berurusan dengan mereka,anak-anak hendakalh meminta izin terlebih dahulu.Tiga
waktu ini disebut secara khusus kerana kebiasaanya pada waktu itu orang
menukar pakaian atau memakai pakaian yang ringkas.Begitu juga di waktu itu
mereka sedang berehat setelah pulang bekerja dan bersedia untuk tidur.

Jika anak-anak yang belum baligh perlu meminta izin pada waktu-waktu tertentu.
Maka orang yang sudah baligh tidak dibenarkan sama sekali masuk ke bilik
keluarganya atau bilik orang lain, kecuali setelah mendapat keizinan terlebih
dahulu. Perintah ini terkandung dalam firman Allah SWT:

‫ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ ﱌﱋ‬

٥٩ :‫ﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖ النور‬

Maksudnya:

Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu mencapai umur baligh,maka

mereka hendaklah meminta izin sebagaimana cara orang-orang (yang telah

baligh) dahulu meminta izin. (Surah Al-Nur,24:59)

1.10 PENDAPAT ULAMA’ TENTANG HUKUM BALIGH

Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa apabila seseorang budak lelaki telah ihtilal
(bermimpi sehinnga keluar mani) maka dia dikira sudah baligh. Begitu juga bagi
kanak-kanak perempuan apabila telah bermimpi atau didatangi haid atau boelh
mengandung mka mereka dikira sudah baligh. Menurut fuqaha’ ihtilal merupakan
alamat baligh yang jelas. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmannya:

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌ‬

Maksudnya:

Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka

meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut

dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya

(yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi

Maha Bijaksana. (Surah Al-Nur: 24:59)

4

Mereka berbeza pendapat dalam menetukan had umur mukalaf. Dalam masalah ini
ia terbahagi kepada dua pendapat:

1. Pendapat imam al-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Muhammad al-Hasan al-
Syaibani.

Mereka berpendapat apabila kanak-kanak lelaki atau perempuan telah mencapai
umur 15 tahun maka mereka dikira sudah baligh.

Golongan ini berpegang kepada hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar RA bahawasanya dia (Ibnu Umar) telah
maminta daripada Rasulullah SAW (untuk berperang) dalam peperanga uhud
ketika dia berumur 14 tahun. Nabi tidak membenarkannya dan dia telah meminta
keizinan dalam peperangan khandak ketika berumur 15 tahun maka nabi
mengizinkannya. (Riwayat muslim)

2. Pendapat mazhab Hanafi

Mereka berpendapat bahawa, seseorang budak lelaki tidak dikira baligh sehingga
umurnya mencapai 16 tahun. Pendapat ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

١٥٢ :‫ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ ﱌﱋ الأنعام‬

Maksudnya:

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang

baik (untuk mengawal dan mengembangkan), sehingga dia baligh (dewasa serta

layak mengurus hartanya sendiri) (Surah al-An’am:152)

Lafaz ‫ ﱋ‬menurut ibnu abas umur baligh kanak-kanak lelaki ialah 18 tahun.

Dan bagi perempuan ialah 17 tahun.

1.11 HIKMAH LARANGAN MEMASUKI BILIK ANGGOTA KELUARGA TANPA IZIN

Larangan memasuki bilik anggota keluarga tanpa izin seperti yang dijelaskan dalam
surah al-Nur, ayat 58-59 mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Lrangan tersebut
untuk menjamin hak masing-masing dan memastikan pergaulan antara ahli keluarga
sesuai mengikut batas-batas syarak.

Semua ahli keluarga termasuk kanak-kanak hendaklah di didik dengan peraturan ini
supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan peraturan tersebut apabila telah
baligh. Peraturan ini juga diwajibkan kepada mereka yang mempunyai pembantu
rumah atau orang lain yang tinggal dalam satu rumah dengan mereka.

5

Pengabaian dan kecuaian mematuhi peraturan yang ditetapkan menyebabkan
perkara-perkara yang negatif berlaku seperti yang disiarkan di media masa hari ini.
Antaranya gangguan seksual dan zina diantara pembantu rumah dengtan majikan,
sumbang mahram antara adik beradik, bapa dengan anak, datuk dengan cucunya
sehingga hamil dan sebagainya lagi yang bertentangtan dengan fitrah kekeluargaan
Islam. Begitu juiga kita dikejutkan dengan kejadian-kejadian kecurian dimana
pembanmtu rumah melarikan barang kemas dan wang majikan.

Fenomena yang berlaku ini antaranya disebabkan peraturan dan nilai-nilai agama
dalam kekeluargaan telah diabaikan seperti keluar masuk ke bilik ahli keluarga tanpa
izin, berpakaian yang melampaui batas-batas dalam keluarga dan berkongsi bilik
antara adik beradik, lelaki dan perempuan. Disamping itu juga, hiduran dan budaya
yang tidah sahih seperti pendedahan aurat, berpelukan dan berciuman antara leleki
dan perempuan berlaku di dalam rumah melalui media televisyen dan internet,
menyebabkan rangsangan nafsu antara keluarga sehingga tidak dapat membezakan
antara anak dan isteri, cucu dan adik-beradik.

Cara terbaik untuk mengatasi gejala ini ialah dengan kembali kepada ajaran Islam
dan menghayati nilai-nilai kekeluargaan seperti yang digariskan oleh Islam. Cara ini
boleh mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia atau apa yang disebut “baiti
jannati” yang bermaksud rumahku syurgaku.

1.12 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN WAJIB MEMINTA IZIN SEBELUM
MASUK KE BILIK

1. Menjaga aib dan kehormatan ibu bapa serta ahli keluarga supaya kemuliaan
mereka sentiasa terpelihara.

2. Mewujudkan intergriti dalam memelihara rahsia ibu bapa dan ahli keluarga
daripada fitnah.

3. Melindungi institusi kekeluargaan dengan melahirkan perasaan mahabbah dan
mawaddah sesama ahli keluarga di samping membina ikatan kekeluargaan yang
lebih kuat dan kukuh.

4. Membentuk umat yang memiliki keperibadian mulia dan sahsiah unggul selari
dengan kehendak Syariah Islam yang mementingkan aspek melahirkan umat
Islam yang menjaga kesucian nasab.

5. Menjadikan diri lebih berdisiplin dan berakhlak baik seperti mana yang
dikehendaki dalam Islam.

6. Islam amat mementingkan cara hidup yang sempurna dan mengikut syariah serta
keprihatinan terhadap hubungan manusia lebih-lebih lagi dalam melahirkan
keluarga sakinah.

6

1.13 LATIHAN PENGUKUHAN
• Terangkan sebab nusul ayat 58-59 Surah Al-Nur.
• Islam melarang anak-anak masuk ke bilik ibu bapa pada waktu-waktu tertentu.
Jelaskan 3 hikmah tegahan ayat dibuat.

• Berdasarkan potongan ayat ‫ ﱁﱂﱃﱄﱅ‬bilakah seseorang itu

dianggap baligh menurut mazhab Syafie.

7

2.0 KEWAJIPAN MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG HALAL DAN BAIK

2.1 PENGENALAN

Mengamalkan tuntutan kewajipan mengambil pemakanan yang halal dan baik
berdasarkan kaedah istinbat hukum ayat 172-173 surah al-Baqarah.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 172-173 surah al-Baqarah

2. Menjelaskan kaedah istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﱰ ﱱ ﱲ‬

3. Menghuraikan kriteria pemakanan halal dan haram dimakan berdasarkan
tuntutan ayat.

4. Menilai kepentingan menjaga pemakanan yang menepati tuntutan ayat dalam
pembentukkan sahsiah.

5. Mencadangkan tindakan yang sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan.

2.3 AYAT DAN TERJEMAHANNYA

‫ﭐﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴ ﱵﱶﱷﱸﱹ‬

‫ﱺﱻﱼﱽ ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅ ﲆﲇﲈ‬

١٧٣ - ١٧٢ :‫ﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐ ﲒﲑﲓﲔﲕﲖﲗ البقرة‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)
yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul
kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan
kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang
disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar
benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah 172-173)

2.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 172-173 SURAH AL-BAQARAH

Makanan merupakan satu keperluan kepada manusia untuk meneruskan kehidupan.
Kebanyakan hasil sumber makanan diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan. Nilai
kandungan zat yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan ialah gizi yang terbaik
untuk pertumbuhan tubuh badan.

Justeru, Islam menitik beratkan hanya pemakanan daripada sumber yang halal di
iktiraf dalam kehidupan. Ayat ini juga menerangkan tentang keharusan makan
makanan daripada sumber yang haram keadaan darurat tanpa melampaui batas.

8

Dalam ayat ini Allah SWT mengharamkan kapada umat Islam daripada memakan
bangkai, darah dan daging khinzir serta binatang yang disembelih bukan kerana Allah
SWT.

Pengharaman tersebut amat penting dalam memastikan kebersihan dan kesucian
makanan. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, maka akan memberi impak kepada
kesihtan tubuh badan dan juga akal. Contohnya dalam hal yang melibatkan
sembelihan, Islam telah meletakkan prosedur yang sistematik ketika melakukan
sembelihan. Tahap kebersihan peralatan sentiasa diberikan penekanan agar hasil
sembelihan itu suci dan sempurna.

2.5 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

Berdasarkan lafaz ‫ ﱰ ﱱ ﱲ‬ulama mengistinbat kewajipan memakan

‫فعل الأمر‬makanan yang halal. Hal ini kerana, lafaz ‫ ﱰ‬adalah dalam bentuk yang

menunjukkan perintah untuk memakan makanan yang baik-baik. Setiap perintah
daripada syarak adalah wajib. Oleh itu, kita wajib memlih makanan yang halal dan
berkhasiat dalam kehidupan seharian.

2.6 KRITERIA PEMAKANAN

Berikut ialah kriteria pemakanan:

KRITERIA PEMAKANAN YANG KRITERIA PEMAKANAN YANG
HARAM
HALAL
1. Datang dalil yang mengharamkan
1. Tiada dalil yang seperti memakan binatang yang
tidak disembelih mengikut syariat
mengharamkannya seperti Islam.

memakan daging rusa, landak dan 2. Makanan yang beracun dan
memberi kemudharatan pada
sebagainya. tubuh badan seperti memakan
ikan buntal.
2. Makanan yang tidak beracun
3. Makanan yang kotor seperti darah
seperti buah tin dan buah kurma. dan najis samada daripada
manusia atau haiwan.
3. Suci dan bersih seperti hati dan
4. Haiwan yang menjadi bangkai
limpa disebabkan sembelihan yang
dilakukan tidak memutuskan urat
4. Binatang yang di sembelih merih dan halkum mati akibat
dilanggar kenderaan.
mengikut syariat Islam dengan

menyebut nama Allah SWT serta

memutuskan urat merih dan

halkum.

9

2.7 KEPENTINGAN MENJAGA PEMAKANAN DALAM PEMBENTUKAN SYAHSIAH
1. Pemakanan yang halal lagi menyihatkan akan menghasilkan sistem metabolisme
badan dengan meningkatkan tahap antibodi terhadap penyakit disamping
membentuk akal pikiran yang sihat dan cerdas.
2. Hasil daripada sumber makanan yang halal dan suci, umat Islam akan mudah
memperoleh hidayah Allah SWT, mudah menerima dan menghafaz pelajaran dan
dapat memperoleh kekhusyukan dalam melakukan ibadah.
3. Mematuhi larangan pemakanan yang diharamkan akan menjamin lahirnya akhlak
yang baik dan mendapat rahmat serta keredhaan daripada Allah.
4. Memakan makanan yang haram dan syubhat, menyebabkan amal ibadahnya
tidak akan diterima dan doanya tidak akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Mengamalkan pengambilan gizi yang tidak seimbang akan menyebabkan timbulnya
penyakit-penyakit kronik seperti diabetis, strok, darah tinggi dan sebaginya.
2.8 AMALAN PEMAKANAN YANG HALAL dan BAIK DALAM KEHIDUPAN
1. Mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar tentang makanan yang halal seperti

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pakar pemakanan.
2. Menyembelih binatang mengikut syariat yang betul serta menyebut nama Allah

SWT.
3. Sentiasa menjauhkan diri daripada makanan syubhat yang boleh memberi kesan

mudharat kepada tubuh badan dan akal.
4. Memastikan makanan yang dibeli hendaklah mempunyai logo halal yang di iktiraf.
5. Memastikan kandungan makanan bersumberkan bahan yang suci dan bersih

10

2.9 LATIHAN PENGUKUHAN

‫ﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆ ﲈﲇﲉﲊﲋ‬
١٧٣ :‫ﲌﲍﲎﲏﲐ ﲒﲑﲓﲔﲕﲖﲗ البقرة‬

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Baqarah 2:173)
1. Jelaskan maksud potongan ayat di atas secara umum.
2. Huraikan cara ulamak mengistinbat hukum berdasarkan lafaz kulu min toyibat
3. Terangkan pandangan anda tentang isu makanan eksotik di Malaysia.
4. Nyatakan hukum dan berikan alasannya:

• Ruqayyah memakan daging khinzir demi menyelamatkan dirinya disebabkan
darurat.

• Malik telah meminum darah ular dengan tujuan meningkatkan stamina tubuh
badannya.

• Ahmadi memakan nasi goreng kepunyaan kawannya tanpa kebenaran.
5. Berikan pandangan anda, adakah wajar pihak kerajaan membenarkan orang

bukan Islam menternak khinzir secara komersial.

11

3.0 KEWAJIPAN MENYELIDIKI BERITA YANG DITERIMA

3.1 PENGENALAN

Mengamalkan tuntutan kewajipan menyelidiki berita yang diterima berdasarkan
kaedah istinbat hukum ayat 6-7 surah al-Hujurat.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 6-7 surah al-hujurat.
2. Menerangkan sebab nuzul ayat 6 surah al-hujurat.

3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﱖ‬

4. Menghuraikan ciri-ciri orang yang fasik.

‫تَبَُّني‬5. Menilai kepentingan bagi berita atau perkara yang diterima.

6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.

3.4 AYAT DAN TERJEMAHAN
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞ‬

‫ﱟﱠ ﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭﱮﱯﱰ‬

‫ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱻﱺ ﱼ ﱽ‬

٧ - ٦ :‫ﱾﱿ ﭐﭐ الحجرات‬

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa

sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu

tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab

kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang

kamu telah lakukan. (6) Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada

Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului

pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara,

tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut

melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang

beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang

kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan

perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci;

mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang

lurus. (7) (Surah al-Hujurat 6-7)

12

3.5 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 6-7 SURAH AL-HUJURAT

• Satu ingatan daripada Allah SWT agar umat Islam mempunyai sikap peka
terhadap apa jua masej yang di sampaikan.

• Pengajian yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan kesahihan sesuatu berita
terlebih dahulu sebelum memberi tindak balas kepada berita tersebut.

• Pada ayat 7, Allah SWT memberikan penegasan kepada manusia supaya tidak
melakukan sesuatu perkara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang
lebih mengetahui.

• Allah SWT memerintahkan agar manusia memilih keimanan dan ketaatan serta
meninggalkan kekufuran, perbuatan fasik dan kemaksiatan.

3.6 SEBAB NUZUL AYAT 6 SURAH AL-HUJURAT

• Menurut riwayat ibnu abbas:
• Ayat ini diturunkan merujuk kepada peristiwa Al-Walid Bin Uqbah yang telah

dilantik menjadi utusan Rasulullah SAW untuk memungut zakat daripada Bani
Mustaliq. Al-Walid mempunyai sejarah permusuhan dengan Bani Mustaliq pada
zaman jahiliyah.
• Ketika Al-Walid tiba diperkampungan Bani Mustaliq, beliau disambut secara
beramai-ramai.
• Beliau menyangka bahawa mereka ingin menyerangnya. Maka, Al-Walid
melarikan diri, sedangkan tujuan mereka untuk menyerahkan zakat.
• Setibanya di madinah, Al-Walid terus memberitahu Rasulullah SAW mengenai
hal tersebut.
• Rasulullah SAW marah dan mengirim pasukan tentera. Lalu tampillah utusan
(wakil) daripada Bani Mustaliq memberikan penjelasan perkara yang
sebenarnya. Kemudian turunlah ayat 6 surah al-Hujurat.

3.7 KAEDAH ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ ‫ﱖ‬

• Ulama mengistinbatkan hukum wajib menyelidiki berita yang diterima melalui

lafaz ‫ﱖ‬.
• Lafaz ini adalah ‫ فعل الأمر‬yang membawa kepada perintah.

• Oleh itu, setiap berita yang sampai wajib diselidiki dengan betul sebelum
menyebarkannya.

13

3.8 PENGERTIAN ORANG YANG FASIK

• BAHASA: berasal daripada kata dasar ‫ فسق‬, ‫ يفسق‬, ‫ فسقا‬, ‫فسوقا‬.

- Fasik memberi makna menyimpang daripada sesuatu perkara atau
daripada perintah.

• ISTILAH: Orang fasik ialah orang yang menyaksikan tetapi tidak menyakini dan
melaksanakan tuntutannya.
- Fasik juga bermaksud melakukan kemaksiatan, meninggalkan perintah
Allah SWT dan menyimpang dari jalan yang benar.

• Allah SWT berfirman tentang orang yang fasik:

٨٢ :‫ﭐﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷ آل عمران‬

Maksudnya:
Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu,
maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (82)

‫ﱝﱞﱟﱠﱡﱢ ﱤﱣﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬ‬

٤٧ :‫ﱭﱮ المائدة‬

Maksudnya:
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (47)

3.9 CIRI-CIRI ORANG YANG FASIK

1. Pemimpin yang tidak mahu melaksanakan dan menjalankan hukum-hakam Allah
SWT sedangkan ia memiliki keupayaan dan mampu mengaplikasikannya dalam
pimpinannya. Mereka ialah pemimpin yang mengamalkan kezaliman dan
menolak apa yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti minum arak dan
mengambil riba dalam muamalah.

2. Sering melakukan perbuatan dosa-dosa besar, kemungkaran, kemaksiatan dan
melakukan kerosakan diatas muka bumi. Seseorang yang fasik sering
melakukan kerosakan dan kemaksiatan diatas muka bumi seperti vendalisme,
membuli dan mencemarkan alam sekitar.

3. Suka mengambil harta orang lain dengan cara yang diharamkan oleh Allah SWT.
Pengambilan harta melalui jalan yang tidak diredhai Allah SWT dilarang demi
mengelakkan berlakunya perbalahan pada kemudian hari. Perasaan tamak dan
haloba menguasai diri sehingga sanggup mendapatkan harta dengan cara
paksaan seperti mencuri dan memakan harta anak yatim

14

4. Berterusan dan berkekalan melakukan perbuatan dosa-dosa kecil dan dosa
besar secara sedar. Contohnya orang yang meninggalkan perintah mendirikan
solat dengan sengaja sedangkan tuntutan melaksanakannya adalah wajib, Maka
apabila meninggalkannya akan membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah
SWT. Begitu juga kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan
merupakan tuntutan dalam Islam. Membuka aurat secara sengaja tanpa rasa
segan silu adalah berdosa serta boleh membawa kepada bahaya kejahatan
manusia dan kehormatan diri.

‫تبّي‬3.10 KEPENTINGAN BAGI BERITA ATAU PERKARA YANG DITERIMA
‫تبّي‬1. dapat menjaga kepentingan agama kerana boleh memelihara kewarasan

akal dan maruah.

‫تبّي‬2. mendidik umat Islam lebih berwaspada dengan info-info yang palsu.

3. Kerahsiaan negara akan berada dalam keselamatan dan dilindungi daripada
unsur-unsur luar.

‫تبّي‬4. akan menjamin suasana masyarakat umat Islam yang berintegriti,

bertanggungjawab dan amanah.

3.10 TINDAKAN YANG SESUAI DENGAN TUNTUTAN AYAT HUKUM UNTUK
DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN

1. Berhati-hati menerima berita daripada orang fasik
2. Tidak menyebarkan aib kepada orang lain dan sentiasa berwaspada serta tidak

tergesa-gesa apabila menyebarkan maklumat sehingga terbukti perkara itu
benar dan jelas kesahihannya.
3. Mendengar dengan saksama berita yang diterima bagi mendapatkan maklumat
yang benar.
4. Sentiasa mengamalkan sikap sabar dan tenang menerima berita ataupun
maklumat palsu dan melaporkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa.

15

4.0 MENJAGA PANDANGAN MATA DAN MEMELIHARA MARUAH DIRI

4.1 PENGENALAN

Mengamalkan tuntutan kewajipan menjaga pandangan mata dan memelihara
maruah diri berdasarkan kaedah istinbat hukum ayat 30-31 surah al-Nur.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 30-31 surah al-Nur.
2. Menerangkan sabab nuzul ayat 30-31 surah al-Nur.
3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum menjaga kehormatan diri berdasarkan lafaz

‫ ﱰ‬dan‫ﱳ‬

4. Menghuraikan pelaksanaan tuntutan 30-31 surah al-Nur.
5. Menilai kepentingan menjaga kehormatan diri dalam kehidupan.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan ayat hukum untuk diamalkan dalam

kehidupan.

4.3 AYAT DAN TERJEMAHAN
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱮﱯﱰﱱﱲﱳ ﱵﱴﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽ‬

‫ﱾﱿﲀﲁ ﲂﲃﲄﲅﲆﲇ‬

‫ﲈ ﲉﲊﲋﲌ ﲎﲍﲏﲐﲑﲒﲓ ﲔﲕﲖ‬

‫ﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦ‬

‫ﲧﲨﲩﲪﲫﲬ ﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴ‬

‫ﲵ ﲶ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ ﲿﳀ ﳁ ﳂ‬

‫ﳃﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐ‬

٣١ - ٣٠ :‫ﳑﳒ النور‬

Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka

16

kerjakan. (30) Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara

kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher

bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau

bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau

saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau

anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah

tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum

mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki

untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya

kamu berjaya. (31) (Surah al-Nur 30-31)

4.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 30-31 SURAH AN-NUR

• Allah SWT menegaskan dan memerintahkan secara khusus terhadap orang
mukmin supaya memelihara kehormatan diri serta menutup aurat seperti yang
dikehendaki dalam syariat Islam. Diterangkan juga tentang mukmin yang telah
diperintahkan supaya menghindari dan mengelakkan diri daripada melihat perkara
mungkar yang boleh merosakkan kewarasan akal dan menaikan hawa nafsu.

• Para mukminat diingatkan sentiasa menjaga diri dengan tidak mendedahkan
perhiasan diri kecuali batasan yang dibenarkan. Oleh yang demikian, perbuatan
mendedahkan aurat boleh menimbulkan kesan buruk terhadap maruah diri
sendiri. Justeru, menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri dapat
menyelamatkan iman. Seterusnya memberi keuntungan di akhirat nanti.

4.5 SEBAB NUZUL AYAT 30 SURAH Al-NUR

Menurut riwayat Mardawih daripada Ali bin Abi Talib:
• ayat ini merujuk kepada kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW di kota

Madinah. Seorang lelaki saling bertentang mata dengan seorang wanita
membuatkan masing-masing terpikat.
• Ketika dalam perjalanan, lelaki itu terlanggar tembok sehingga berdarah. Namun,
dia tidak mengesat darah yang mengalir.
• Apabila sampai dirumah Rasulullah SAW, dia mengadu akan hal ini.
• Maka turunlah ayat 30 surah An-Nurr menjelaskan hal tersebut.

17

4.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM MENJAGA KEHORMATAN DIRI

• Ulama mengistinbat hukum menjaga kehormatan diri melalui lafaz ‫ ﱰ‬dan

‫ ﱳ‬merupakan ‫ جواب الأمر‬kepada lafaz ‫ قل‬menunjukkan wajib kerana ia

berbentuk perintah.
• Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib.
• Oleh itu, wajib menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri.

4.7 PELAKSANAAN TUNTUTAN AYAT 30-31 SURAH AL-NUR

Pada masa kini, timbul pelbagai masalah sosial dalam masyarakat akibat
mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab memelihara pandangan dan
kehormatan diri sepertimana yang dijelaskan dalam surah al-Nur, ayat 30-31. Islam
menyarankan agar umatnya sentiasa prihatin dan berusaha mengamalkan tuntutan
dalam surah al-Nur ini dengan melaksanakan beberapa usaha terbaik. Antaranya
ialah:
1. Menutup aurat untuk memelihara maruah diri dan keluarga samaada lelaki atau

perempuan.
2. Memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara-perkara mungkar dan

maksiat seperti pergaulan bebas dan mendedahkan aurat. Sekiranya tidak
dibendung akan lahir penyakit sosial dalam masyarakat seperti homoseksual dan
siplis.
3. Tidak melihat perkara-perkara yang diharamkan yang boleh merosakkan fikiran
dan menyebabkan seseorang lebih terarah untuk melakukan maksiat.

4.8 KEPENTINGAN MENJAGA KEHORMATAN DIRI DALAM KEHIDUPAN

1. Mentaati perintah Allah SWT, menjauhi larangannya akan menjamin kehidupan
yang diberkati oleh Allah SWT dan mendapat pahala.

2. Membendung berlakunya masalah-masalah sosial yang boleh mencemarkan
imej masyarakat Islam.

3. Memelihara maqasid syariah terutamanya dalam perkara menjaga nasab
keturunan dan maruah diri. Kesuciaan nasab keturunan wajar dipelihara demi
melindungi keturunan daripada menjadi rosak.

4. Melahirkan umat Islam yang tahu batas-batas dalam pergaulan sesama jantina
atau berlainan jantina. Pergaulan yang terlalu bebas boleh mengundang kepada
keruntuhan akhlak.

4.9 TINDAKAN MEMELIHARA PANDANGAN MATA DAN MENJAGA MARUAH DIRI
DALAM KEHIDUPAN.
1. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas pergaulan antara
lelaki dengan perempuan dalam apa jua situasi.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu agama yang sempurna serta istiqamah dalam
ibadah.
18

3. Memberi perhatian yang serius dalam aspek pemilihan pakaian agar tidak
berlebih – lebihan dalam berhias dan berfesyen.

4. Tidak memandang perkara yang diharamkan seperti memandang aurat wanita
yang bukan mahram.

5. Mengelakkan diri daripada terjebak dengan ideologi dan budaya negatif yang
boleh mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir.

4.10 BATAS AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Aurat Lelaki: daripada pusat hingga ke lutut
2. Aurat Perempuan:

• Bersama Mahram dan wanita muslim: auratnya diantara pusat hingga
lutut

• Bersama lelaki ajnabi dan wanita kafir: keseluruhan anggota badan
kecuali muka dan tapak tangan.

4.11 PENILAIAN
1. Terangkan cara ulama mengistinbat hukum menjaga pandangan dan memelihara

kehormatan diri.
2. Huraikan kesan mengabaikan kewajipan menjaga batas-batas pergaulan dan

memelihara aurat dalam masyarakat Islam.
3. Huraikan langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak sekolah bagi

menangani isu murid yang terjebak dengan perbuatan zina.
4. Huraikan tiga cadangan yang boleh dilaksanakan diperingkat sekolah bagi

memastikan murid mendapat kefahaman tentang kepentingan menutup aurat.

19



BAHAGIAN HADIS HUKUM

5.0 MENGUBAH CIPTAAN ALLAH

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadis.
2. Menyatakan maksud mengubah ciptaan Allah dalam hadith tersebut.

‫لعن‬.3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum berdasarkan lafaz

4. Menghuraikan perbuatan yang termasuk dalam kategori mengubah ciptaan

Allah berdasarkan lafaz ‫للحسن المغيرات خلق الله‬

5. Menilai kepentingan meninggalkan larangan dalam hadith.
6. Menjana idea atau usaha yang perlu dilakukan untuk menghindari perbuatan

mengubah ciptaan Allah.

5.2 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

• Hadis ini menjelaskan perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT yang
mengundang laknat kemurkaan-Nya.

• Contoh perbuatan yang ditegah ialah melukis tatu dan meminta dibuat tatu,
mencukur alis kening dan menjarangkan gigi untuk tujuan kecantikan.

• Contoh perbuatan lain yang ditegah ialah melakukan pembedahan plastik
supaya kelihatan cantik, menukar jantina, membesarkan payudara dan
menyambung rambut.

• Larangan ini bertujuan untuk menjaga Maqasid Syariah dan memelihara diri
daripada berhias secara berlebihan.

5.3 HADIS DAN TERJEMAHAN

‫َوالْ ُموتَ ِش َما ِت‬ ‫ لََع َن اَّهللُ الَْواِِشَا ِت‬: ‫قَا َل‬ ‫الله عنه‬ ، ‫وعن َعْب ِد اَّهلِل بن مسعود رضي‬
‫َم ْن لََع َن النهِب‬ ‫ َوَما ِل أَلَْع ُن‬،‫اَّهلِل تعالى‬ ‫َخْل َق‬ ‫الْ ُمغَِيَِرا ِت‬ ‫َوالْ ُمتَنَ ِِم َصا ِت َوالْ ُمتََفلِِ َجا ِت لِْل ُح ْس ِن‬
‫ ﱠ‬...‫ ﱡ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲘﲗ‬،‫َوُهَو ِف كِتَا ِب اللِه‬
(‫)رواه البخاري‬

Maksudnya:
Daripada Ibnu Mas’ud RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat
perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, mencukur alis dan
menjarangkan gigi untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah SWT,
kenapakah saya tidak boleh melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah SAW
sedangkan disebut di dalam al-Quran (Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah
SAW maka terimalah dan apa sahaja yang dilarangnya maka jauhilah).

20

5.4 MAKSUD MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT

Mengubah ciptaan Allah ialah mengubahsuai anggota badan daripada kejadian
asal. Di dalam hadis telah disebutkan beberapa perbuatan tersebut. Antaranya:

1. ‫ الوشر‬/ ‫( الوشم‬membuat lukisan dengan mencacah pada mana-mana

bahagian).

2. ‫( النمص‬mencukur atau mencabut alis).
‫التفلج‬3. (perbuatan menjarangkan atau mengasah gigi).

5.5 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

‫ •لعن الله‬Berdasarkan lafaz yang bermaksud Allah melaknat mereka yang

melakukan perbuatan tersebut.
• Semua perkara yang dilaknat Allah adalah satu larangan yang pasti yang

membawa kepada hukum haram.
• Oleh itu, perbuatan membuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi untuk

kecantikan dan yang mengubah ciptaan Allah adalah haram.

5.6 PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM KATEGORI MENGUBAH CIPTAAN

ALLAH SWT )‫(للحسن المغيرات خلق الله تعالى‬

1. Mengubah anggota badan

a. Membuat tatu.
Membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara
kekal.

b. Menjarangkan gigi.
Perbuatan ini dilarang kerana ada unsur penipuan dan menghias diri yang
berlebihan. Walaubagaimanapun, terdapat pengubahan yang diharuskan:
i. Memperbaiki gigi yang rosak, sumbing dan sebagainya.
ii. Bertujuan untuk perubatan dan pemulihan.

c. Mencukur alis kening.
Perkara ini termasuklah mencabut atau menghilangkannya dengan apa
cara sekalipun.

2. Menyambung atau mencantumkan rambut.
Menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala seperti
menanam atau memakai rambut palsu. Hukumnya adalah haram kerana
mengandungi unsur-unsur pembohongan dan mengubah ciptaan Allah SWT.

3. Mewarnakan rambut.
Mengubah warna rambut asal kepada warna lain:

21

Hukum mewarnakan menjadi Hukum mewarnakan rambut
haram apabila:
menjadi halal apabila:
• Menggunakan bahan yang tidak
halal atau najis. • Menggunakan inai atau katam.

• Meniru orang kafir. • Ketika berperang untuk
• Mewarna uban dengan warna
mengelirukan musuh.
hitam.

4. Melakukan pengubahsuaian jantina daripada lelaki kepada perempuan dan
sebaliknya.

Perbuatan ini dilaknat oleh Rasulullah SAW kerana Allah SWT mencipta lelaki
dan perempuan dengan keistimewaanya yang tersendiri supaya saling
melengkapi. Perbuatan ini juga termasuk meniru gaya jantina berlawanan
sama ada dari segi pakaian, gaya percakapan dan tingkah laku seperti cara
berjalan.

5.7 PENGUBAHAN YANG DIBENAR DAN DILARANG

1. Melakukan pemindahan organ.
Memindahkan anggota badan orang yang telah mati atau yang masih hidup
kepada orang yang memerlukan seperti pemindahan hati, buah pinggang,
jantung dan mata. Proses pemindahan organ telah diwartakan harus oleh Mufti
Mesir bagi tujuan reconstructive.

2. Pembedahan plastik.
a. Reconstructive untuk tujuan perubatan contohnya mengambil daging di
paha untuk ditampal pada bibir yang sumbing. Hukumnya harus untuk
memulihkan bahagian tubuh atau wajah yang rosak dan cacat.
b. Kosmetik untuk kecantikan contohnya suntikan botox. Hukumnya haram
kerana mengubah ciptaan Allah SWT semata-mata untuk kecantikan.

5.8 KEPENTINGAN MENINGGALKAN LARANGAN HADIS

• Menjadi individu muslim yang sentiasa bersyukur dan menghargai ciptaan
Allah SWT.

• Sentiasa yakin dan redha dengan kejadian diri serta mengakui Allah SWT
sebaik-baik pencipta.

• Menghindarkan perasaan takbur dan sombong kerana kecantikan yang
dimiliki.

• Menjauhi unsur-unsur penipuan dan kepalsuan.
• Boleh menjejaskan kesihatan serta mendatangkan kerosakan tubuh badan.

22

5.9 USAHA UNTUK MENGHINDARI PERBUATAN YANG MENGUBAH CIPTAAN
ALLAH SWT

• Berusaha mendalami dan mempelajari hukum hakam tentang Islam daripada
mereka yang pakar dan bertauliah dalam bidang agama.

• Mengadakan aktiviti keagamaan seperti dialog ilmiah atau forum perdana hal
ehwal Islam yang memberikan penjelasan tentang bahaya pengubahsuaian
ciptaan Allah SWT kepada diri sendiri.

• Sentiasa bersyukur dengan kejadian diri yang sempurna di samping meyakini
hanya Allah SWT sebaik-baik pencipta.

• Memperbanyakkan zikrullah melalui amalan-amalan soleh di samping banyak
berdoa supaya dilindungi daripada terjebak melakukan perbuatan
pengubahsuaian yang dilarang kerana menurut kehendak hawa nafsu.

• Memilih rakan sebaya yang berakhlak mulia.
• Menguatkuasakan undang-undang syariah oleh pihak yang berkuasa bagi

proses mendidik masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga dan mematuhi
syariat dengan betul.

5.10 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan maksud menjarangkan gigi dan mencukur alis.
2. Terangkan cara ulama’ mengistinbatkan hukum pengubahsuaian dalam hadis

yang telah dipelajari.
3. Jelaskan cadangan kepada pihak berwajib bagi menyedarkan mereka yang

terlibat dengan perbuatan mencacah tatu pada tubuh badan.
4. Jelaskan peranan ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka terhindar

daripada perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT.
5. Pada tahun 2007, Salim terlibat dalam kemalangan sehingga memberikan

kesan parut yang mencacatkan wajahnya. Salim berhasrat melakukan
pembedahan plastik tetapi beliau masih ragu-ragu.
Sebagai rakan yang baik, apakah nasihat anda kepada Salim

23

6.0 SYAK DALAM SOLAT

6.1 HASIL PEMBELAJARAN :
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadith.
2. Menyatakan pengertian syak dalam solat dari segi bahasa dan istilah.
3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum daripada hadith berdasarkan lafaz

‫فليطرح الشك وليب‬

4. Menghuraikan cara menghilangkan syak dalam solat.
5. Menilai kepentingan menjaga kesempurnaan solat.
6. Memberi cadangan untuk mengamalkan kusyuk dalam solat
7. Menjana idea atau usaha yang perlu dilakukan untuk menghindari syak dalam

solat

6.2 HADIS DAN TERJEMAHAN

‫ إِذَا َش هك أَ َح ُدُك ْم ِف‬:‫ قَا َل َر ُسوُل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم‬:‫ قَا َل‬،‫َع ْن أَِب َسعِي ٍد اْْلُْد ِر ِِي‬
‫ ُثه‬،‫َما ا ْستَْي َق َن‬ ‫َولْيَْ ِب َعلَى‬ ‫َن‬،‫ هش َشهَفكْع‬،‫نْم َأكَاْر(بََنراعوااه؟َصلهمفَْلىيَسلطَْمََرخْ)ِحاساال‬.َْ‫لطًَااثفَِِإنأ‬،َ‫َديتَََْكْْداِينِرَتَاقََكْبتَْمَْلرِغأيََصْانملهايىُلِل؟َسلِِهشثََْيم‬،‫لَْربََفسٍَلَعْْجم‬،ِِ‫إيَِْتََصْاسَاملُاجتُِِهد‬
‫َوإِ ْن َكا َن َصلهى‬ ،ُ‫لَهُ َصَلتَه‬

Maksudnya:

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : Apabila

seseorang itu syak atau ragu-ragu dalam solat,dia tidak tahu sama ada sudah

mengerjakan tiga atau empat rakaat, maka dia hendaklah menghilangkan

keraguannya berdasarkan apa yang dia yakini kemudian sujud dua kali sebelum

memberi salam. Sekiranya dia telah mengerjakan lima rakaat, maka dua sujud itu

menggenapkan solatnya dan sekiranya dia mengerjakan solat empat rakaat, maka

dua sujud itu sebagai penghinaan kepada syaitan.

6.3 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

• Meninggalkan solat secara sengaja dianggap telah melakukan satu kesalahan
yang berat dan berdosa besar di sisi Allah SWT kerana solat itu tiang agama.

• Solat seseorang tidak sempurna apabila dilakukan tanpa mengetahui rukun
dan syarat yang betul tentang perlaksanaanya.

• Menunaikan solat dengan penuh tumpuan anggota dan gabungan hati
melahirkan rasa kekhusyukan dan ubudiah kepada Allah SWT.

• Sebagai manusia biasa ada masanya akan timbul rasa syak dan lupa semasa
menunaikan solat kerana ia merupakan bisikan syaitan yang tidak pernah jemu
untuk menimbulkan keraguan manusia semasa mengerjakan solat.

• Hadis ini menerangkan keadaan syak dan cara untuk mengatasi syak dalam
solat.

24

6.4 PENGERTIAN SYAK DALAM SOLAT

BAHASA Perasaan kurang percaya , was-was dan curiga.
ISTILAH
Keadaan terlupa atau terlalai semasa melakukan ibadah solat
seperti terlupa bilangan rakaat atau meninggalkan sunat ab’ad.

6.5 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

• Ulama’ mengistinbatkan hukum berkaitan syak dalam solat berdasarkan lafaz

‫ فليطرح‬dan ‫وليب‬
• Kedua-dua adalah ‫ فعل المضارع‬didahului dengan ‫ لام اِلمر‬.
• Setiap lafaz yang ada ‫ لام اِلمر‬merupakan perintah yang wajib.

• Oleh itu, wajib menghilangkan keraguan dalam solat berdasarkan keyakinan.

6.6 SITUASI SYAK DALAM SOLAT DAN PENYELESAIAN

SYAK DALAM RUKUN FI'LI

Solat dalam keadaan terlupa Syak sama ada sudah

Situasi bilangan rakaat sama ada tiga melakukan sujud yang kedua
Penyelesaian
Kesimpulan atau empat rakaat. atau belum.

Hendaklah dengan yakin Hendaklah dengan yakin
membuat keputusan tiga rakaat. membuat keputusan belum
melakukan sujud kedua.

Wajib menambah bilangan Terus sujud sekali lagi untuk

rakaat. menyempurnakan sujudnya.

Disunatkan sujud sahwi sebelum Disunatkan sujud sahwi sebelum

memberi salam. memberi salam.

Apabila syak dalam melakukan mana-mana rukun fi’li, maka

hendaklah melakukan rukun fi’li tersebut diikuti dengan sujuk sahwi

sebelum memberi salam.

SYAK DALAM RUKUN QAULI

Syak samada sudah membaca Syak samada sudah membaca
atau belum membaca al-Fatihah.
Situasi atau belum surah al fatihah pada
Penyelesaian rakaat kedua.

Sekiranya teringat ketika sujud

bahawa dia belum membaca

Sekiranya masih dalam rukun surah al fatihah, maka

tersebut hendaklah terus hendaklah segera berdiri

membaca bacaan berkenaan. mengulangi rakaat kedua itu

dengan menyempurnakan

bacaan surah al-Fatihah.

Tidak perlu dilakukan sujud Disunatkan sujud sahwi sebelum

25

sahwi memberi salam.

Kita hendaklah fokus sewaktu menunaikan solat kerana solat yang

dikerjakan dengan penuh kesungguhan membentuk dan mentarbiah

Kesimpulan jiwa seseorang untuk memahami hakikat ubudiah dan ketakwaan,

kesabaran, tawakkal dan berpegang bahawa Allah SWT sahaja

tempat pergantungan dalam semua urusan hidup.

6.7 SUJUD SAHWI

1. TATACARA SUJUD SAHWI
i. Mesti berniat untuk melakukan sujud sahwi.
ii. Mempunyai tempoh tertentu.
iii. Dua kali sujud.

iv. Bacaan sujud sahwi

‫ُسْب َحا َن َمن َلا يَنَاُم َوَلا يَ ْسُهو‬

)Maha suci Allah SWT yang tidak pernah tidur dan lupa)

2. SEBAB SUJUD SAHWI
i. Berlaku keraguan pada bilangan rakaat dalam solat
ii. Meninggalkan mana-mana sunat ab’ad seperti tasyahud awal dan doa
qunut.
iii. Tidak sengaja melakukan perbuatan yang ditegah, yang jika disengajakan
akan membatalkan solat.

iv. Membaca bacaan sunat bukan pada tempatnya contohnya membaca
tasbih rukuk ketika sujud.

6.8 KEPENTINGAN MENJAGA KESEMPURNAAN SOLAT

• Khusyu’ dalam solat ialah suatu perkara yang penting kerana solat merupakan
satu ibadat agung.

• Mereka yang mendirikan solat tanpa mempunyai ilmu tentang solat boleh
menyebabkan solatnya tidak sempurna bahkan boleh terbatal.

• Solat yang dikerjakan dengan penuh kesungguhan membentuk jiwa seseorang
untuk memahami hakikat ubudiah dan ketakwaan kepada Allah dalam semua
urusan hidup

• Solat yang khusyuk dan sempurna boleh menjadi benteng kepada seseorang
daripada perkara mungkar dan maksiat.

6.9 CADANGAN UNTUK MENGAMALKAN / MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM
SOLAT
• Sentiasa berusaha untuk solat secara berjemaah.
• Sentiasa menepati waktu solat dan bersegera menunaikan solat.
• Memahami dan menghayati makna ayat yang dibaca dalam solat.
• Solat dalam suasana yang tenang dan bersih.
• Memberi tumpuan dan memandang ke tempat sujud.

26

6.10 CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENGHINDARI SYAK DALAM SOLAT
• Mengadakan kem solat.
• Melaksanakan kempen solat berjemaah tanpa masbuk.
• Menganjurkan kempen solat awal waktu.
• Perlaksanaan amali wuduk yang sempurna.

6.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah pengertian syak dalam solat.
2. Jelaskan cara ulama mengistinbatkan hukum syak dalam solat.
3. Selesaikan masalah di bawah serta berikan alasannya.
i. Mahmud sedang menunaikan solat zohor, dia syak sama ada telah
melakukan sujud kedua atau belum.
ii. Sakinah sedang menunaikan solat isyak, ketika berada pada kedudukan
duduk antara dua sujud dia syak sama ada telah rukuk atau belum pada
rakaat terakhir.
iii. Salman sedang menunaikan solat subuh, setelah memberi salam, dia
syak sama ada dia telah membaca doa qunut atau belum.
4. Jelaskan dua perbezaan antara sujud sahwi dengan sujud syukur.
5. Sebagai seorang makmum, apakah langkah yang anda perlu lakukan untuk
menegur imam yang tertinggal bacaan surah al-Fatihah semasa solat maghrib
secara berjemaah.

27

7.0 WASIAT

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada hadith.

2. Menyatakan pengertian wasiat dari segi bahasa dan istilah.

3. Menerangkan perbezaan wasiat, pusaka dan hibah.

4. Menjelaskan istinbat hukum wasiat berdasarkan lafaz ‫أفَأَته َص هد ُق‬
5. Menghuraikan kadar wasiat berdasarkan lafaz ‫الُثّلُ ُث َكبِيرر‬

6. Menilai kepentingan melaksanakan wasiat dalam pengurusan harta pusaka.

7. Mencadangkan jenis-jenis pemberian harta selain daripada wasiat untuk

pembangunan umat islam.

7.2 HADIS DAN TERJEMAHAN

ُ‫ِمْنه‬ ‫َّهلِلفَأَإِْشهنَفْيِلُت‬،‫ِِبَََيهكةََر ُسَمَورَلاضاا‬ ‫ قَاَل َمِر ْض ُت‬،‫ َع ْن أَبِيِه‬،‫أَِب َوقها ٍص‬ ‫بْ ُن َسْع ِد بْ ِن‬ ‫أَ ْخَََبِن َعاِمُر‬
‫َمال ا‬ ‫صلى الله عليه وسلم يَعُوُدِن فَُقْل ُت‬ ‫فَأَََتِن النهُِّب‬ ،‫َعلَى الْ َمْو ِت‬
‫فَال هشطُْر قَا َل‬ َ‫أََحْغقََنِهاّيَتاَلءَالقُُلّْلْقَخَْيمررتة‬."‫ك‬،َ‫الَلأَُثّفَْنلُأَتَتُُْنثَصِفهدَكَقبُِقينَررَفبإَِِقثنُهةالُثََإكِْلىاإهَِمْأناُِِتجَلَْررْكقََاتََتل َعلََ"وْيلَلََهداَا‬،‫اهقَااَوبْإَِلننَهِتَ"ك‬،‫َولََكْيقهُفْلُفَسوُتَينَِراثُالِلُثّنهنلُا َُإِسثل‬.َ‫يَ"ت‬،‫"َعَكاثِلَليةااَارا‬
‫ِم ْن أَ ْن تَْْتَُك ُه ْم‬ (‫ )رواه البخاري‬." ‫اْمَرأَتِ َك‬
‫تَْرفَعَُها إِلَى ِف‬

Maksudnya:

Daripada Amir Bin Said Bin Abi Waqas RA daripada bapanya berkata, “Aku telah

sakit teruk di Mekah, kemudian aku sembuh daripada sakit yang boleh membawa
maut”. Maka Rasulullah SAW sentiasa melawatku, kemudian aku bertanya kepada

baginda, “Wahai Rasulullah SAW aku mempunyai harta yang banyak dan tidak ada

yang akan mewarisinya melainkan seorang anak perempuanku. Adakah boleh aku
menyedekahkan dua pertiga daripada hartaku?” Jawab baginda Rasulullah SAW,

“Tidak boleh”. “Bagaimana jika separuh?” Jawab baginda SAW, “Tidak boleh”. Aku

berkata, “Jika satu pertiga?” Jawab baginda SAW, “Satu pertiga itu sudah banyak

dan sesungguhnya lebih baik kamu meninggalkan kepada anakmu kekayaan

daripada daripada meninggalkan mereka dalam kemiskinan (meminta-minta)

daripada orang lain. Sesungguhnya harta yang dibelanjakan oleh mu akan diberi

pahala walaupun sesuap makanan kepada isterimu.

28

7.3 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

• Amalan wasiat merupakan satu amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam
bahkan telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Contohnya
seperti yang dilaksanakan oleh Saad Bin Abi Waqas R.A

• Wasiat mempunyai persamaan dengan pusaka kerana kedua-duanya berkuat
kuasa selepas kematian.

• Dalam hadis Rasulullah SAW dinyatakan bahawa kadar wasiat hendaklah
tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan.

• Pelaksanaan wasiat membolehkan seseorang ahli waris keluarga terdekat
yang terhijab daripada mewarisi harta pusaka oleh sebab tertentu untuk
menerima harta si mati.

7.4 PENGERTIAN WASIAT

Bahasa Berpesan.
Istilah
Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain
supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimilikinya
selepas dia meninggal dunia.

7.5 RUKUN DAN SYARAT WASIAT

1. Pewasiat )‫ (المُو ِصي‬terbahagi kepada dua bahagian iaitu individu dan institusi.
Syarat:

• Pewasiat hendaklah pemilik harta secara pemilikan sempurna.

• Baligh.

• Berakal.

• Pilihan sendiri, tidak dipaksa.

• Tidak berada dalam keadaan nazak. mengurus harta )‫الته َصُّر ِف‬ ُ‫(اَهلِيهة‬.
• Cerdik iaitu mempunyai kelayakan untuk

2. Rukun: Penerima wasiat )ُ‫(المُو َصى لَه‬
Syarat:

• Diketahui dengan jelas.

• Mempuyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta.

• Bukan seorang pembunuh kepada pemberi wasiat.

• Bukan orang kafir.

• Bukan ahli waris.

3. Rukun: Harta yang diwasiatkan )‫(المُو َصى بِِه‬
Syarat:

• Harta yang boleh dijadikan harta pusaka seperti rumah dan tanah.

• Harta yang bernilai pada syarak.

• Harta kepunyaan pemberi wasiat.

29

• Harta yang bersih daripada unsur haram.
• Harta itu tidak melebihi 1/3 harta pemberi wasiat.

4. Rukun: Sighah )‫(إِيجَاب َو الَقبُول‬
Syarat:
• Boleh menggunakan lafaz sorih atau kinayah.
• Qabul mesti diterima jika penerima wasiat individu, jika institusi tidak
disyaratkan qabul.
• Qabul tidak disunatkan masa tertentu.
• Qabul tidak disyaratkan dengan segera walaupun pewasiat telah
meninggal dunia.

7.6 PERBEZAAN ANTARA WASIAT, PUSAKA DAN HIBAH

Aspek Wasiat Hibah Pusaka

Pengertian Pesanan yang Akad pemberian Harta yang
dibuat oleh milik seseorang ditinggalkan oleh si
Waktu secara sukarela mati kepada waris
berkuatkuasa seseorang kepada yang berkaitan
seseorang yang lain hartanya kepada yang berhak
supaya melakukan orang lain semasa menerima
kebaikan terhadap
hidup. Setelah meninggal
harta yang dunia
dimilikinya selepas Serta-merta
Mengikut kadar yang
pemberi wasiat Tidak ditentukan ditetapkan oleh
meninggal dunia kadarnya syarak
Setelah meninggal
• Ahli waris • Ahli waris sahaja
dunia • Bukan ahli waris

Kadar Tidak lebih 1/3 dari
hartanya

Penerima • Bukan ahli waris
• Waris dengan
syarat persetujuan
semua waris

7.7 KAEDAH ISTINBAT HUKUM WASIAT

• Ulama’ mengistinbatkatkan hukum wasiat berdasarkan lafaz )‫ (أَفَأَته َص هد ُق‬yang

bermaksud adakah boleh aku menyedekahkan dan jawapan Rasulullah SAW

(‫ (الُثّلُ ُث َكبِيرر‬membuktikan amalan wasiat adalah digalakkan.

• Semua perkara yang digalakkan adalah dituntut yang membawa kepada

hukum sunat.

• Oleh itu hukum wasiat adalah sunat tetapi tidak melebihi 1/3 harta.

30

7.8 PENENTUAN KADAR WASIAT BERDASARKAN LAFAZ (‫)الُثّلُ ُث َكبِيرر‬
Jawapan Rasulullah ‫ الُثّلُ ُث َكبِيرر‬berdasarkan soalan Saad bin Abi Waqqas

menunjukkan kadar wasiat 1/3 sudah banyak. Ini menunjukkan kadar wasiat tidak
boleh melebihi 1/3 harta. Walaubagaimanapun wasiat yang dilakukan kepada
orang lain boleh melebihi 1/3 dengan syarat:
1. Keizinan daripada ahli waris hendaklah diperoleh setelah orang yang

berwasiat meninggal dunia. Hal ini kerana sebelum dia meninggal dunia, ahli

2. waris tidak berhak terhadap harta yang diwarisinya. ُ‫اَهلِيهة‬ untuk berbuat

Orang yang memberi keizinan itu mempunyai ‫الته َصُّرف‬

demikian.
3. Harta yang diwasiatkan itu boleh dimiliki setelah pemberi wasiat meninggal

dunia.

4. Orang yang menerima wasiat bukanlah orang yang membunuh pemberi
wasiat.

5. Hendaklah dipastikan bahawa orang yang menerima wasiat itu bukan ahli

waris. Ahli waris tidak boleh menerima harta melalui wasiat, kerana mereka
mendapat bahagian tertentu daripada harta pusaka.

7.9 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN WASIAT DALAM PENGURUSAN HARTA
PUSAKA
• Wasiat melahirkan hamba yang bersyukur dengan segala nikmat yang
dikurniakan oleh Allah SWT.
• Wasiat boleh dianggap sebagai satu medium kerjasama dalam Islam kerana
faedah dan kebaikan yang turut membantu golongan yang kurang bernasib
baik.
• Membuka ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan
menyalurkan harta yang diwasiatkan untuk maslahat umat Islam.
• Melalui jalan berwasiat akan dapat mengekalkan silaturrahim antara pemberi
wasiat dengan orang yang menerimanya.

7.10 JENIS JENIS PEMBERIAN HARTA SELAIN DARIPADA WASIAT UNTUK
PEMBANGUNAN UMAT ISLAM

Antara jenis-jenis pemberian harta selain wasiat adalah sepeti berikut:

Sedekah Pemberian berupa sesuatu yang berguna dan bermanfaat kepada
orang lain yang sangat memerlukan bantuan (golongan fakir dan
Zakat miskin) semata mata kerana ALLAH SWT
Wakaf Kadar yang ditentukan daripada beberapa jenis harta, yang wajib
dikeluarkan kepada golongan manusia yang tertentu apabila cukup
syarat tertentu. Dengan berzakat akan membantu pembangunan
ekonomi masyarakat Islam dan juga negara.
Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut

31

daripada urusan jual beli, pewarisan hibah dan wasiat disamping
mengekalkan fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk
mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

7.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah pengertian wasiat berserta hukumnya?
2. Terangkan cara ulamak mengistinbatkan hukum wasiat.
3. Bolehkan orang kafir dan orang terencat akal (Safih) melakukan wasiat.
4. Nyatakan hukum dan berikan alasan bagi masalah berikut:
a. Kasim seorang jutawan dan memilki harta yang bernilai hampir 60 juta
ringgit. Sebelum meninggal dunia, dia telah mewasiatkan sejumlah
hartanya kepada rumah kebajikan masyarakat sebanyak 30juta dan
bakinya diberikan kepada ahli keluarganya secara sama rata.
b. Hassan telah mewasiatkan sejumlah harta kepada sebuah pusat
kebajikan anak yatim tetapi dia menukar fikiran dengan menghibahkan
hartanya itu.
5. Salimah telah kematian suaminya, dan harta peninggalan suaminya masih
belum disempurnakan dan diurus.
Boleh atau tidak dia menggunakan harta tersebut untuk perbelanjaan
persekolahan anak-anaknya?

32

8.0 MEMBERI & MENJAWAB SALAM

8.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadis.
2. Menyatakan lafaz memberi dan menjawab salam.

3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫يسلم الراكب على الماشي‬

4. Menerangkan keutamaan memberi dan menjawab salam.
5. Menilai kepentingan memberi dan menjawab salam.
6. Mengamalkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan hadis hukum untuk

mengeratkan silaturrahim.

8.2 HADIS DAN TERJEMAHAN

‫ َوالْما ِشي َعلَى‬،‫ يُ َسلُِِم الهراك ُب َعلَى الْ َما ِشي‬:‫ أ هن رسوَل الله ﷺ قَا َل‬: ‫عن أَب هريرة‬
.)‫(متف رق عليه‬.‫ َوالَْقلِي ُل َعلَى ال َكثِيِر واله َصغِيرُ َعلَى الْ َكبِيِر‬،‫الَقا ِع ِد‬

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang berkenderaan
hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. Orang yang berjalan
kaki kepada orang yang duduk. Kumpulan yang sedikit ke[ada kumpulan yang
ramai dan orang yang muda kepada orang yang tua.

8.3 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

• Islam merupakan agama yang menekankan aspek perpaduan dan saling
menghormati serta berkasih sayang.

• Amalan mulia seperti memberi dan menjawab salam merupakan menifestasi
ke arah pengukuhan persaudaraan dalam kalangan umat Islam.

• Terdapat juga adab dan tata cara memberi dan menjawab salam yang perlu
dipatuhi supaya amalan tersebut berkesan dan diberkati.

8.4 PENGERTIAN SALAM

Bahasa Istilah

• Selamat, Aman, Sejahtera dan • Cara atau ucapan selamat sejahtera

harmoni kepada sesama muslim

• Ketenteraman dan Kedaimaian. menggunakan lafaz yang khusus.

33

8.5 CARA MELAFAZKAN SALAM YANG SEMPURNA DAN BETUL

Memberi Salam Menjawab Salam

‫السَلم عليكم‬ ‫وعليكم السَلم‬
‫السَلم عليكم ورحمة الله‬ ‫وعليكم السَلم ورحمة الله‬
‫السَلم عليكم ورحمة وبركته‬ ‫وعليكم السَلم ورحمة وبركته‬

8.6 DALIL CARA MELAFAZKAN SALAM

‫ﭐﳎﳏﳐﳑﳒﳓﳔ ﳖﳕ‬

Ertinya: dan apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu ucapan hormat,
maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah
dia. (Surah al-Nisa’: 86)

8.7 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

• Berdasarkan lafaz ‫يسلم الراكب على الماشي‬

• Potongan hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menekankan
keutamaan orang yang patut memulakan salam.

• Penekanan dan keutamaan ini menunjukkan bahawa memberi salam itu
sangat dituntut.

• Perkara yang sangat dituntut membawa kepada hukum Sunat Muakkad.
• Oleh itu, hukum memberi salam adalah Sunat Muaakkad dan menjawab salam

adalah wajib.

8.8 KEUTAMAAN ATAU TATACARA MEMBERI SALAM DAN MENJAWAB SALAM
DALAM KALANGAN UMAT ISLAM

• Orang berkenderaan kepada orang yang berjalan.
• Orang yang berjalan kepada orang yang duduk.
• Kanak-kanak kepada yang dewasa.
• Kumpulan yang kecil kepada kumpulan yang besar.

8.9 KELEBIHAN MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM

• Membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam.
• Menghilangkan perasaan ego dan sombong sesama umat Islam.
• Melembutkan hati orang yang sedang dalam kemarahan.
• Memperkukuh dan mempereratkan hubungan persaudaraan.
• Melahirkan umat yang kuat, bersatu padu dan membentuk warga penyayang.

34

8.10 TINDAKAN YANG SESUAI UNTUK MEMGERATKAN SILLATURRAHIM
BERDASARKAN HADIS
• Bersalaman atau berjabat tangan.
• Melakukan aktiviti bersama-sama seperti melaksanakan solat secara
berjemaah.
• Memberi hadiah dan buah tangan.
• Mengirim salam.
• Ucapan mengunakan kad dan aplikasi media sosial.

8.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan tatacara memberi dan menjawab salam.
2. Terangkan cara ulamak mengistinbatkan hukum keutamaan memberi dan
menjawab salam berdasarkan lafaz hadis.
3. Berikan empat langkah yang boleh dilakukan untuk mendidik masyarakat
Islam agar menjaga adab-adab memberi salam.
4. Bagaimanakan cara kamu menegur rakan yang sering tidak menjawab salam.
5. Anda dan rakan sekelas anda berselisih faham dalam hal yang berkaitan
aktiviti sekolah. Bagaimanakah tindakan yang sesuai untuk anda memulihkan
sillaturrahim tersebut?

35



BAHAGIAN ULUM AL-QURAN

9.0 ULUM AL-QURAN DAN KEPENTINGANNYA

9.1 PENGENALAN

Mempelajari Ulum al-Quran amat penting dalam memahami isi kandungan al-Quran.
Ulum al-Quran juga dapat meneguhkan keimanan terhadap keagungan al-Quran sebagai
Kalam Allah. Kepentingan mempelajari Ulum al-Quran juga dapat mengetahui
pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam kisah dan tauladan al-Quran. Seterusnya
dapat beramal dan menghayati isi kandungan al-Quran keseluruhannya serta dapat
menolak kekeliruan yang timbul terhadap al-Quran.

9.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian Ulum al-Quran.
2. Menerangkan sejarah perkembangan Ulum al-Quran pada zaman Nabi Muhammad

SAW, Khulafa Ar-Rasyidin , Bani Umayyah dan Bani Abasiah beserta tokoh yang
masyhur.
3. Menghuraikan bidang kajian Ulum al-Quran.
4. Menilai kepentingan mempelajari Ulum al-Quran.
5. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan Ulum al-Quran
sebagai panduan dalam memahami kandungan al-Quran.

9.3 PENGERTIAN ULUM AL-QURAN

Dari Segi Bahasa
Perkataan Ulum ialah kata jama’ bagi perkataan ilmu yang bermaksud pengetahuan dan
kefahaman.Perkataan al-Quran berasal dari kalimah Qara’a bermaksud bacaan. Kalimah

al-Quran adalah berbentuk masdar (kata dasar) mengikut wazan ‫ فعلان‬seperti ‫شكران‬
yang membawa erti apa yang dibaca ‫ مقروء‬.

Dari Segi Istilah

Ulum al-Quran adalah suatu ilmu yang membahaskan tentang al-Quran dari sudut

‫اعجاز‬penurunannya, penyusunan, pengumpulan, penulisan, bacaan, tafsir, ‘ijaz ( ), nasikh

mansukh dan perkara yang berkaitan dengan al-Quran.

36

9.4 SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

1. Zaman Nabi Muhammad SAW
• Ulum al-Quran belum lagi dibukukan.Nabi Muhammad SAW menyampaikan dan
menerangkan Al-Quran secara jelas dan cermat kepada para sahabat agar mudah
difahami, diterima dan dihafaz.
• Nabi Muhammad SAW tidak mengizinkan para sahabat menulis sesuatu dari
Baginda selain Al-Quran, dikhuatiri akan bercampur dengan yang lain. Antara
penulis wahyu yang dilantik pada zaman Rasulullah SAW ialah
i. Ali bin Abi Talib
ii. Muaz bin Jabal
iii. Muawiyyah bin Abi Sufian
iv. Zaid bin Thabit
v. Ubai bin Kaab
• Para sahabat tidak menulis apa-apa daripada ayat al-Quran, sebaliknya
meneruskan usaha gigih dalam menyebarkan al-Quran dan ilmu-ilmu al-Quran
secara talaqqi dan musyafahah.

2. Zaman Khulafa Ar Rasyidin
• Zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq RA (wafat 13 H).
- Al-Quran dikumpulkan disebabkan kematian para hafiz dalam peperangan
Riddah (Peperangan Yamamah).
• Zaman Khalifah Uthman bin Affan (wafat 35 H), keadaan memaksa beliau untuk
menyatupadukan umat Islam berpandukan satu mushaf, iaitu Mushaf al-Imam.
Penulisan Mushaf al-Imam ini dinamakan Rasm al-Uthmani dan ini dianggap
sebagai permulaan ilmu Rasm al-Quran. Beliau mengarahkan supaya salinan-
salinan mushaf ini dihantar ke beberapa negeri seperti Mekah, Syam, Basrah,
Kufah, Yaman dan Bahrain dan satu salianan di simpan di Madinah manakala
mushaf-mushaf lain hendaklah dibakar.
• Zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib (wafat 40 H), beliau telah
memerintahkan Abu al-Aswad al-Duali untuk meletakkan kaedah-kaedah nahu
sebagai satu langkah untuk mengawal perkembangan bahasa, juga untuk
menjaga al-Quran supaya ia terpelihara dan tidak terdedah kepada
penyelewengan bacaan. Hal ini dianggap sebagai permulaan kepada ilmu Nahu

dan Ilmu I’rab Al-Quran (‫)اعراب القرءان‬.

• Tokoh-tokoh sahabat yang terlibat dalam Ulum al-Quran ialah:
Khulafa al-Rasyidin, Abdullah bin Abbas (wafat 68 H), Abdullah bin Mas’ud (wafat
32 H), Zaid bin Thabit (wafat 45 H), Abu Musa al-Asya’ri (wafat 44 H) dan Abdullah
bin Zubair (wafat 73 H).

3. Zaman Bani Umayyah
Para sahabat terkemuka dan tabiin menyebarkan Ulum al-Quran dengan cara talaqqi
dan musyafahah, usaha-usaha ini dianggap sebagai persediaan kepada penyusunan
Ulum al-Quran. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam kalangan tabiin yang dianggap

37

sebagai pengasas ilmu tafsir, Asbab al-Nuzul, Nasikh dan Mansukh dan Ghorib al-

Quran ialah :

al-Dahhak ibnu Muzahim (wafat 105 H))‫ (الضحاك ابن مزاحم‬, Mujahid bin Jabr (wafat
104 H))‫ (مجاهد بن جبر‬, ‘Ata’ bin Abi Rabah (wafat 114 H))‫ (عطاء بن ابي رباح‬, Ikrimah
Maula Ibnu Abbas (wafat 105 H))‫ (عكرمة مولى ابن عباس‬, Qotadah bin Di’amah (wafat
117 H))‫ (قتادة بن دعامة‬, al-Hasan al-Basri (wafat 110 H))‫ (الحسن البصري‬, Said bin Jabir
(wafat 95 H))‫ (سعيد بن جبير‬, Muqotil bin Sulaiman (wafat 150 H))‫ (مقاتل بن سليمان‬.

4. Zaman Bani Abbasiah

Zaman ini dikenali sebagai zaman pembukuan Ulum al-Quran kerana telah muncul
pelbagai penulisan dalam bidang ini. Penulisan pertama dalam bidang Ulum al-Quran
ialah bidang tafsir yang dianggap sebagai ibu Ulum al-Quran. Tokoh-tokoh yang

terlibat dalam penulisan tafsir ialah: )‫‘ (شعبة بن الحجاج‬Syu’bah bin al-Hajjaj (wafat 160
H), )‫ (وكيع بن الجراح‬Waki’ bin Al-Jarrah (wafat 196 H), (‫ (سفيان بن عيينة‬Sufyan bin
‘Uyainah (wafat 198 H), )‫ (ابن جرير الطبري‬Ibnu Jarir bin al-Tabari (wafat 210 H). Buku-

buku tafsir yang ditulis oleh mereka merupakan himpunan dari kata-kata sahabat dan
tabiin dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Bermula dari kurun kedua hingga
sekarang telah muncul banyak buku-buku yang mentafsir semua ayat al-Quran, ayat-
ayat hukum dan seumpamanya.

9.5 BIDANG KAJIAN ULUM AL-QURAN

BIL. BIDANG ULUM HURAIAN
AL-QURAN

Membicarakan tentang cara menyebut kalimah al-Quran

serta kepelbagaian dan perubahan yang berlaku dengan

1 Qiraat disandarkan kepada periwayatannya. Antara tokohnya ialah

)‫ (ابو عبيد بن القاسم‬Abu ‘Ubaid bin Al-Qasim bin Salam (wafat

224 H).

Sebab-sebab turunnya ayat al-Quran kepada Nabi

2 Asbab Nuzul Muhammad SAW. Tokohnya ialah )‫ (علي المديني‬Ali al-Madani

(wafat 234 H).

38

Membincangkan tentang kelebihan dan keistimewaan al-

3 Fadhail Al-Quran Quran. Tokohnya ialah )‫ (اسماعيل بن عمر بن كثير‬Ismail bin

Umar bin Kathir (wafat 774 H).

4. Tafsir dan Takwil Memahami al-Quran serta menjelaskan maknanya dan
mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran. Tokohnya

ialah )‫ (جلال الدين عبد الرحمن السيوطي‬Jalaluddin Abdul Rahman

al-Sayuti (wafat 991 H).

5. Nasakh Nasakh iaalh penghapusan dalil hukum syarak dengan dalil
Dan Mansukh
hukum syarak yang lain. Mansukh ialah hukum syarak yang

telah dihapuskan. Tokohnya ialah )‫(ابو عبيد بن القاسم بن سلام‬

Abu ‘Ubaid bin al-Qasim bin Salam (wafat 224 H).

6. Al-Muhkam Dan Al-Muhkam ialah ayat yang maksudnya dapat diketahui
Al-Mutashabih dengan mudah. Al-Mutashabih ialah ayat yang maksudnya
hanya diketahui oleh Allah SWT . Tokohnya ialah

)‫ (عبد الرحمن المطرودي‬Abdul Rahman Al-Matrudi (wafat 1431

H).

Bidang kajian Ulum al-Quran yang lain ialah Judul al-Quran, Nuzul al-Quran, Aqsam al-
Quran, Majaz al-Quran, Ghorib al-Quran, Amthal al-Quran, Makki Madani dan ‘Ijaz al-

Quran.

9.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN

1. Dapat menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran.
2. Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji al-Quran, bahawa ia merupakan

sebuah kitab suci daripada Allah SWT dan bukannya ciptaan manusia.
3. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan

hingga sekarang dengan cara penyampaian secara mutawatir.
4. Masyarakat dapat mengetahui keistimewaan ahli tafsir dalam melakukan pentafsiran

terhadap ayat-ayat al-Quran.
5. Negara dapat melahirkan tokoh-tokoh dan pakar rujuk dalam bidang Ulum al-Quran.

39

9.7 USAHA-USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU ULUM AL-QURAN
SEBAGAI PANDUAN DALAM MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN

Individu • Mengkaji dan meniliti cara ulama-ulama silam menggunakan ilmu
Masyarakat Ulum al-Quran dalam memahami kandungan al-Quran.

Negara • Mempelajari ilmu Ulum al-Quran dengan bersunguh-sungguh
daripada guru-guru yang mahir dalam bidang ini.

• Mengadakan pengajian berkaitan ilmu Ulum al-Quran di masjid-
masjid dan surau-surau yang berhampiran dengan tempat tinggal.

• Menyebarkan risalah berkaitan ilmu Ulum al-Quran dan
kepentingan mempelajarinya kepada masyarakat.

• Memperbanyakkan pusat pengajian yang memberi tumpuan
khusus kepada pengajian ilmu Ulum al-Quran.

• Memperbanyakkan pengajian ilmu Ulum al-Quran dalam media
sosial seperti facebook, instagram, telegram dan lain-lain

9.8 PENILAIAN

1. Terangkan pengertian Ulum al-Quran.
2. Jelaskan sejarah perkembangan Ulum al-Quran pada zaman Rasulullah SAW.
3. Senaraikan 5 tokoh sahabat yang terlibat dalam bidang Ulum al-Quran semasa zaman

Khulafa’ al-Rasyidin.
4. Huraikan 4 jenis bidang kajian Ulum al-Quran.
5. Jelaskan 5 kepentingan mempelajari Ulum al-Quran.
6. Jelaskan 2 usaha dan tindakan untuk menggunakan ilmu Ulum al-Quran sebagai

panduan dalam memahami kandungan al-Quran dalam konteks masyarakat.
7. Bidang kajian Ulum al-Quran amat luas dan meliputi pelbagai aspek ilmu pengetahuan.

Berdasarkan kenyataan di atas, bagaimanakah anda dapat meningkatkan ilmu
tersebut dalam kehidupan? Berikan jawapan anda berserta contoh dan rumusan.

40

10.0 AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT DAN WAHYU

10.1 PENGENALAN

Al-Quran adalah wahyu Allah SWT yang diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke
langit pertama (Baitul Izzah) secara beransur-ansur selama 23 tahun ke dalam dada Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS
Al-Quran mempunyai mukjizat hissi dan maknawi yang bertujuan untuk melemahkan
pihak musuh. Ajaran yang terkandung di dalam al-Quran sesuai sepanjang zaman dan
seluruh umat. Mukjizat al-Quran dapat membuktikan kebenaran wahyu yang datang dari
Allah SWT dan menolak fahaman yang salah tentang al-Quran.

10.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian al-Quran sebagai mukjizat dan wahyu.
2. Menjelaskan keistimewaan al-Quran sebagai mukjizat dan wahyu berbanding kitab-

kitab samawi yang lain.
3. Menjelaskan cara penurunan wahyu melalui malaikat dan tanpa perantaraan

malaikat.
4. Menilai kepentingan Al-Quran sebagai mukjizat dan wahyu dalam kehidupan.
5. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menjadikan Al-Quran sebagai

panduan utama dalam kehidupan.

10.3 PENGERTIAN AL-QURAN, MUKJIZAT DAN WAHYU

1. Pengertian al-Quran Dari Segi Bahasa
Bererti bacaan, iaitu asal perkataan qara’a. Kalimah al-Quran adalah berbentuk
masdar (kata dasar) menurut wazan fu’lan iaitu maqru’ yang bermaksud dibaca.

2. Pengertian al-Quran Dari Segi Istilah
Kalam Allah yang mempunyai mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibril AS, dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara
mutawatir, membacanya adalah ibadah, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri
dengan surah al-Nas.

3. Pengertian Mukjizat Dari Segi Bahasa
Berasal daripada kalimah a’jaza yang membawa maksud melemahkan.

4. Pengertian Mukjizat Dari Segi Istilah
Perkara luar biasa yang menyalahi adat kebiasaan manusia yang dianugerahkan
oleh Allah SWT kepada rasulNya sebagai bukti kebenaran risalah mereka kepada
umat manusia.

5. Pengertian Wahyu Dari Segi Bahasa
Merupakan masdar daripada kalimah waha yang bermaksud tersembunyi dan cepat.
Maksudnya ialah pemberitahuan secara tersembunyi dan cepat yang khusus
ditujukan kepada orang yang diberitahu tanpa diketahui oleh orang lain.

6. Pengertian Wahyu Dari Segi Istilah

41

Kalam Allah yang diturunkan kepada seorang utusan yang menjadi pilihanNya,
melalui perantaraan ataupun secara tersembunyi sebagai ajaran agama mengikut
cara yang khusus.

10.4 KEISTIMEWAAN AL-QURAN BERBANDING KITAB-KITAB SAMAWI YANG LAIN

1. Al-Quran mudah untuk dihafaz oleh sesiapa sahaja. Firman Allah SWT :

١٧ :‫ﭐﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕ القمر‬

Maksudnya: “ Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi

peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan

dan pelajaran (daripadanya)?” (Surah al-Qamar : 17)

2. Mendapat jaminan daripada Allah SWT untuk kekal dan dijaga sendiri olehnya.
Firman Allah SWT :

٩ :‫ﭐﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎ الحجر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan al-Quran, dan

sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”. (Surah al-Hijr: 9)

3. Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa arab berbanding kitab-kitab
samawi yang lain. Firman Allah SWT :

٢ :‫ﭐﲙﲚﲛﲜﲝﲞﲟ يوسف‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai al-Quran yang

dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk)

memahaminya”. (Surah Yusuf: 2)

4. Mencakupi semua aspek yang terdapat dalam kitab-kitab samawi sebelumnya.
Firman Allah SWT :

٣٨ :‫ﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻ الأنعام‬

Maksudnya: “Kami tidak meninggalkan sesuatu pun dalam al-Quran ini kemudian
mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka”. (Surah al- An’am: 38)

5. Al-Quran merupakan mukjizat yang tidak mampu ditandingi oleh semua pencabarnya.
Firman Allah SWT :

‫ﭐ ﱌ ﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖ ﱗﱘﱙﱚﱛ‬

٨٨ :‫ﱜﱝﱞﱟ الإسراء‬

42

Maksudnya: “Katakanlah (wahai nabi Muhammad SAW) sesungguhnya jika sekalian
manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan
sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan
sebanding dengannya walaupun mereka saling bantu membantu sesama mereka”.

(Surah al-Isra’: 88)

10.5 CARA PENURUNAN WAHYU MELALUI MALAIKAT DAN TANPA PERANTARAAN
MALAIKAT.

1. Wahyu diturunkan kepada nabi dan rasul dengan dua cara iaitu:
i. Melalui perantaraan malaikat.
ii. Secara langsung tanpa perantaraan malaikat.

2. Penurunan wahyu melalui perantaraan malaikat terbahagi kepada dua cara:
i. Malaikat datang dalam rupa asal dan menyampaikan wahyu dalam bentuk bunyi
yang nyaring seperti bunyi loceng yang kuat untuk menarik perhatian penerima
wahyu supaya bersiap sedia.
ii. Malaikat datang dalam rupa lelaki dewasa. Cara ini lebih ringan bagi Rasulullah
SAW kerana terasa seolah-seolah berinteraksi dengan manusia biasa.

3. Penurunan wahyu tanpa perantaraan malaikat terbahagi kepada dua:
i. Melalui mimpi yang baik .
ii. Melalui percakapan di sebalik hijab secara sedar, sebagaimana yang berlaku
pada malam Israk dan Mikraj ketika Rasulullah SAW menerima solat lima waktu.

10.6 KEPENTINGAN AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT DAN WAHYU DALAM KEHIDUPAN

1. Menjamin kehidupan yang selamat di dunia dan di akhirat.
2. Memberi kefahaman kepada manusia bahawa kandungan al-Quran sesuai digunakan

sepanjang masa dan tempat.
3. Meletakkan asas dan panduan kepada cendekiawan untuk menerokai kajian sains

dan teknologi terkini berdasarkan al-Quran.
4. Mempertahankan keimanan seseorang muslim supaya tetap dalam akidah yang

sahih.

10.7 USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN
UTAMA DALAM KEHIDUPAN

1. Individu
• Mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran supaya lebih memahami isi kandungan al-
Quran.
• Berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dalam segenap aspek kehidupan

43

2. Masyarakat
• Mengadakan program--program yang berkaitan al-Quran seperti program
menghayati al-Quran, halaqah dan tadabbur al-Quran.
• Mengajar anak-anak membaca al-Quran sejak kecil dan membawa mereka
mengimarahkan surau dan masjid yang mengadakan kelas pengajian al-Quran.

3. Negara
• Menggiatkan usaha-usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat
berkenaan al-Quran melalui badan-badan kerajaan seperti JAKIM, Majlis Agama
Islam Negeri, NGO dan lain-lain.
• Memperkasakan pengajian al-Quran melalui pendidikan di sekolah bermula dari
tadika sehingga unversiti.

10.8 PENILAIAN
1. Terangkan pengertian mukjizat dari segi istilah.
2. Terangkan 4 keistimewaan al-Quran berbanding kitab-kitab samawi yang lain.
3. Jelaskan cara penurunan wahyu melalui perantaraan malaikat.
4. Jelaskan 2 kepentingan al-Quran sebagai mukjizat dan wahyu dalam kehidupan.
5. Huraikan 2 usaha dan tindakan untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan utama
dalam kehidupan seseorang individu.
6. “Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan utama
umat Islam di sepanjang zaman”.
Berdasarkan pernyataan diatas, berikan hujah anda mengenai kemukjizatan al-Quran.

44

11.0 NUZUL AL-QURAN

11.1 PENGENALAN

Peristiwa Nuzul al-Quran dicatatkan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-
41 keputeraan Nabi Muhammad SAW. Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting
kepada Rasulullah SAW. Umat Islam hendaklah menghayati dan mengambil iktibar di
atas peristiwa penurunan al-Quran. Penurunan al-Quran dapat membersihkan akal dan
menyucikan jiwa dari segala bentuk syirik serta memantapkan keyakinan tentang keesaan
Allah SWT .

Seterusnya dapat mengajar manusia berlaku adil dan berakhlak mulia untuk
melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Hikmah penurunan al-
Quran ini dapat menyatukan manusia dari pelbagai bangsa, suku kaum dan warna kulit
dalam satu aqidah yang sama.

11.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian Nuzul Al-Quran.
2. Menerangkan peringkat dan cara-cara penurunan Al-Quran.
3. Menilai kepentingan Nuzul Al-Quransecara berperingkat-peringkat dan beransur-

ansur.
4. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menjadikan Nuzul Al-Quransebagai

panduan memahami kandungan Al-Quran.

11.3 PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Pengertian Nuzul dari segi bahasa ialah penurunan atau perpindahan sesuatu dari atas
ke bawah.

Pengertian Nuzul dari segi Istilah ialah penurunan al-Quran daripada Allah SWT ke Luh
Mahfuz, seterusnya ke Baitul Izzah di langit dunia (secara sekaligus), kemudian kepada
Rasulullah SAW (secara beransur-ansur) melalui perantaraan malaikat Jibril.

3.4 PERINGKAT DAN CARA PENURUNAN AL-QURAN

1. Peringkat pertama dari Allah SWT ke Luh Mahfuz (secara sekaligus)

٢٢ – ٢١ :‫ﭐﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏ البروج‬

Maksudnya: Bahkan ( yang didustakan itu ) ialah al-Quran yang tertinggi
kemuliaannya. Yang terpelihara dengan (sebaik-baiknya) dalam Luh Mahfuz.

(Surah al-Buruj: 21-22)

45


Click to View FlipBook Version