2. Rasulullah sendiri menggunakan al-Qias seperti dalam kisah seorang wanita
bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai ibunya yang telah bernazar untuk
mengerjakan haji tetapi tidak mengerjakannya sehingga meninggal dunia. Wanita
tersebut bertanya adakah dia boleh mengerjakan haji bagi pihak ibunya itu?
ِءRَاaَوفsْلuبِاluّقlُlaَحhَأ SAW bersabda: أَ ُكْن ِت َديْ ٌن أُِم ِك َعلَى َكا َن لَْو أََرأَيْ ِت ،َها َعْن ُح ِجي .نََع ْم
ُ فَاََّّلل،َقَا ِضيَةً اقْ ُضوا اََّّلل )(رواه البخاري
Maksudnya:
Ya, kerjakan haji untuknya. Tidakkah jika dia mempunyai hutang kamu akan
membayarnya? Bayarlah hutang Allah SWT kerana hutang Allah SWT lebih utama
untuk dibayar.
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengqiaskan hutang Allah SWT sama seperti
hutang manusia yang wajib dibayar.
18.3 TINDAKAN UNTUK MENJADIKAN DALIL HUKUM SYARAK YANG DISEPAKATI
SEBAGAI PANDUAN UNTUK MELAKSANAKAN KETETAPAN KHITAB ALLAH
1. Tidak melakukan suatu ibadah tanpa ilmu yang mencukupi bagi mengelakkan ia
dilakukan tanpa memenuhi rukun dan syaratnya.
2. Sentiasa merujuk fatwa-fatwa terkini berkaitan permalalahan-permalalahan baharu
yang baharu dalam kehidupan.
3. Sentiala menigkatkan tahap ilmu pengetahuan agama bagi membolehkan
kehidupan kita sentiala berada dalam keredhaan Allah SWT.
4. Berhati-hati dengan ajaran-ajaran yang sesat kerana ia tidak diasaskan dengan
kaedah hukum yang betul.
5. Berhati-hati menyebarkan hadis-hadis yang kita terima dari media sosial kecuali
setelah kita pastikan kesahihannya.
18.4 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Terangkan pengertian dalil dan nyatakan jenis-jenis dalil yang disepakati.
2. Huraikan kenapa umat Islam wajib mengikuti perintah Al-Quran berserta dalil.
3. Bincangkan jenis-jenis al-Sunnah berserta contoh.
4. Antara hukum yang telah diijmak oleh Ulama ialah kewajipan menutup aurat bagi
lelaki dan wanita ketika solat. Terangkan mengapa hukum tersebut menjadi ijmak?
5 Ahmad memeram air nira kelapa sehingga menjadi mabuk apabila diminum.
Jelaskan hukum masalah di atas berdasarkan kaedah qias.
94
19.0 DALIL-DALIL HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI
19.1 PENGENALAN
Selain daripada al-Quran, al-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias, terdapat dalil-dalil lain yang
digunakan oleh ulama untuk menetapkan hukum syarak. Namun dalil-dalil tersebut
tidak disepakati oleh ulama.
Dalil hukum yang tidak disepakati ialah dalil yang menjadi perselisihan ulama sama
ada boleh diterima sebagai sandaran hukum syarak atau tidak. Walaupun begitu, ia
telah digunakan secara meluas oleh ulama bagi penetapan hukum syarak dalam
permasalahan semasa seperti penetapan peraturan-peraturan perkahwinan dan
penceraian, zakat dan undang-undang berkaitan Islam.
19.2 AL-ISTIHSAN
Pengertian
Bahasa Menganggap sesuatu sebagai baik.
Istilah
Mendahulukan al-Qias yang tersembunyi (Khafi) berbanding dengan al-
Qias yang jelas (Jali) disebabkan sesuatu dalil atau mengecualikan
suatu permasalahan daripada kaedahnya yang umum disebabkan
terdapat dalil khas yang lebih kuat.
Pembahagian al-Istihsan
Secara umumnya al-Istihsan terbahagi kepada dua jenis:
1. Menggunakan al-Qias yang tersembunyi (khafi) dengan meninggalkan al-
Qias yang jelas (jali).
Contohnya seperti aurat wanita menurut hukum syarak adalah semua tubuh
badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan sehingga pergelangan. Semua
lelaki bukan mahram diharamkan melihat aurat wanita. Namum begitu, doctor
lelaki yang merawat penyakit yang berisiko kematian dikecualikan daripada hukum
pengharaman ini berdasarkan dalil al-Istihsan kerana wujud keperluan untuk
menjaga nyawa.
Al-Qias yang jelas (jali) pada dasarnya doktor lelaki hukumnya adalah sama
dengan hukum lelaki ajnabi yang lain iaitu haram melihat aurat wanita yang bukan
mahram.
Al-Qias yang tersembunyi (khafi) doktor lelaki tersebut dibenarkan melihat aurat
yang diharamkan kerana ingin menyelamatkan nyawa seperti orang yang
diharuskan memakan bangkau untuk menyelamatkan nyawanya sendiri
disebabkan kelaparan yang keterlaluan. Al-Qias ini disifatkan sebagai tersembunyi
95
(khafi) kerana persamaan kedua-dua keadaan itu agak jauh untuk difikirkan oleh
akal kecuali setelah melalui proses berfikir dengan mendalam.
2. Mengecualikan sesuatu permalalahan daripada kaedah yang umum
disebabkan terdapat dalil khal yang lebih kuat seperti menetapkan hukum suci
bagi perigi yang terdapat najis didalamnya dan bangkai binatang kerana terdapat
keperluan untuk menggunakannya. Hukum suci ini bercanggah dengan hukum al-
Qias kerana setiap ait yang bercampur dengan najis hukumnya adalah najis.
Tetapi dalam situasi ini, kaedah darurat digunakan kerana proses penyucian tidak
mungkin dilakukan terhadap perigi tersebut.
Autoriti Al-Istihsan
Al-Istihsan telah diterima oleh ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali sebagai dalil
syarak. Imam Syafie terkenal dengan penolakan beliau terhadap al-Istihsan sebagai
dalil syarak. Namun begitu, menurut sebahagian pengkaji, al-Istihsan yang ditolak oleh
Imam Syafie bukanlah al-Istihsan yang diterima oleh jumhur ulama tetapi al-Istihsan
yang bermaksud menentukan hukum syarak berdasarkan akal dan hawa nafsu
semata-mata.
19.3 AL-ISTISHAB
Pengertian
Bahasa Meminta supaya Bersama dan meminta supaya dikekalkan bersama.
Istilah
Mensabitkan atau menafikan hukum sesuatu perkara pada masa kini
atau pada masa hadapan berdasarkan kepada hukumnya pada masa
lalu disebabkan riada dalil yang mengubahnya.
Contoh al-Istishab
1. Firman Allah SWT:
٥ : المائدة... ﭐﲧﲨﲩ ﲫﲪ
Maksudnya:
Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. (Surah al-Maidah: 5)
Ayat ini telah menghalalkan semua jenis makanan yang baik-baik. Sesuatu jenis
makanan yang tidak boleh diharamkan kecuali bersandarkan kepada dalil syarak
seperti pengharaman babi dan bangkai yang telah dinyatakan oleh Allah SWT
dalam al-Quran. Oleh itu, semua jenis makanan adalah halal kecuali makanan
yang telah dinyatakan haram oleh nas syarak.
2. Seseorang itu tidak boleh mensabitkan dengan sebarang kesalahan kecuali jika
terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.
96
Autoriti al-Istishab
Terdapat perbezaan pandangan ulama berkaitan penerimaan al-Istishab:
1. Menurut pandangan jumhur ulama daripada mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali,
al-Istishab ialah dalil syarak secara mutlak.
2. Pandangan ulama mazhab Hanafi al-Istishab ialah dalil bagi mengekalkan hukum
tetapi bukan dalil mensabitkan hukum yang baharu.
Perbezaan dua pandangan ini boleh dilihat dalam masalah orang yang hilang tanpa
khabar berita. Menurut jumhur ulama, hak yang telah sabut baginya tidak boleh diambil
oleh orang lain dan dia juga boleh menerima hak baharu seperti mewarisi harta pusaka
daripada ahli warisnya yang meninggal dunia sepanjang tempoh kehilangannya.
Namun begitu, menurut ulama mazhab Hanafi, hak yang telah sabit bagi orang yang
hilang masih kekal menjadi haknya tetapi dia tidak boleh menerima hak yang baharu
seperti dia tidak boleh mewarisi harta pusaka daripada ahli warisnya yang meninggal
dunia sepanjang tempoh kehilangannya.
Menurut sebahagian ulama’ usul al-Fiqh, al-Istishab bukanlah dalil syarak tetapi ia
adalah kaedah untuk mengekalkan hukum yang telah sabit daripada nas syarak
disebabkan tiada nas syarak yang lain yang mengubahnya.
19.4 AL-MASALIH AL-MURSALAH
Bahasa Al-Masalih: Kebaikan dan kemaslahatan
Istilah Al-Mursalah: Bebas daripada sebarang ikatan
Kebaikan yang bersesuaian dengan kebaikan yang dianjurkan oleh
syarak tetapi tiada nas syarak secara khusus mengiktiraf atau
menolaknya.
Contoh:
1. Undang-undang jalan raya yang mempunyai kebaikan tetapi tidak mempunyai nas
syarak yang menerima atau menolaknya.
2. Peraturan-peraturan sekolah yang bertujuan untuk menjaga kepentingan pelajar
walaupun ia tidak mempunyai sandaran dalil syarak secara khusus.
Pembahagian al-Masalih al-Mursalah
Dharuriyyah Kebaikan yang menjadi asas kehidupan manusia supaya kehidupan
Hajiyyah mereka tidak rosak dan binasa seperti kebaikan yang berkaitan
dengan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta seperti kewajipan
mempelajari ilmu agama, memakan makanan yang tidak
membahayakan kesihatan atau kewajipan berkahwin bagi yang
berkemampuan, kewajipan menjauhi perbuatan zina dan mencuri.
Kebaikan yang biasanya diperlukan dalam kehidupan manusia bagi
membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan mudah dan
97
Tahsiniyyah dapat mengelakkan daripada kesusahan. Contohnya adalah
keharusan jual beli melalui internet dan jual beli menggunakan
katalog.
Kebaikan tambahan yang menjadikan kehidupan manusia lebih
berkualiti dan selesa seperti keharusan memakai pakaian yang
mengikut fesyen semasa tetapi bertepatan dengan syarak.
Mazhab Hanafi: Pengasasnya Abu Hanifah al-Nukman bin Thabit al-Kufi. Dilahirkan di
Kufah pada tahun 699M/80H dan wafat di Baghdad pada tahun 767M/150H. Mazhab
Hanafi dibentuk berasaskan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Abu Hanifah
sendiri dan juga fatwa anak-anak murid kanannya seperti Imam Abu Hanifah seperti
Abu Yusuf dan Imam Muhammad Bin al-Hassan al-Syaibani. Antara kitab karangan
beliau yang terkenal ialah Fiqh al-Akbar. Mazhab pertama daripada mazhab empat
yang masyhur.
Autoriti Al-Masalih al-Mursalah
1. Jumhur Ulama menerima al-Masalih al-Mursalah sebagai sandaran hukum syarak
kerana ia selari dengan kemaslahatan yang terkandung dalam nas-nas syarak.
Jika ia tidak dibenarkan nescaya banyak kebaikan yang terdapat dalam kehidupan
manusia pada masa kini akan diharamkan dan keadaan sebegini akan
menyusahkan kehidupan manusia.
2. Sebahagian ulama seperti Imam Ibnu al-Hajib dan Imam al-Amidiy menolak al-
Masalih al-Mursalah sama sekali kerana mereka berpandangan ia boleh
mencemarkan kesucian Islam jika hukum agama boleh ditentukan berdalarkan
kepada kebaikan yang difikirkan oleh akal dan hawa nafsu manusia semata-mata.
19.5 QAUL AL-SAHABI
Pengertian
Qaul Kata-kata atau pandangan.
Bahasa Sahabat Golongan yang pernah berjumpa dan beriman dengan
Istilah Rasulullah SAW serta berdampingan dengan Baginda
SAW untuk satu tempoh yang lama dan mati dalam
keadaan Islam.
Fatwa, pandangan atau mazhab sahabat Rasulullah SAW dalam satu
permasalahan yang tiada hukum daripada nas dan tidak disepakati oleh
mereka.
Autoriti Qaul al-Sahabi
1. Kata-kata sahabat yang bukan berasaskan kepada ijtihad dianggap sebagai
perkara yang mereka ambil daripada Rasulullah SAW dan diterima oleh ulama
sebagai hujah seperti kata-kata sahabat yang menceritakan mengenai gambaran
syurga dan neraka.
98
2. Pandangan yang disepakati oleh sahabat adalah dianggap al-Ijmak dan ia adalah
hujah seperti kesepakatan sahabat untuk mengumpul Al-Quran dan perlantikan
Abu Bakar sebagai khalifah.
3. Pandangan sahabat yang berasaskan kepada ijtihad telah menjadi perselisihan
dalam kalangan ulama sama ada ia adalah hujah syarak atau tidak.
a) Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad menerimanya
sebagai hujah. Mereka berhujah bahawa sahabat adalah golongan yang lama
bersama dengan Rasulullah SAW dan mereka lebih memahami maksud dan
tujuan sesuatu hukum al-Quran diturunkan. Oleh itu, pandangan mereka lebih
layak diterima berbanding dengan pandangan orang lain.
b) Ulama kalam yang terdiri daripada ulama Asya’irah menolak sebagai hujah.
Mereka berhujah bahawa Allah SWT memerintahkan kita mengikut al-Quran
dan al-Sunnah dalam semua perkara. Pandangan sahabat tidak termasuk
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, Qaul al-Sahabi bukan hujah.
19.6 SADDU AL-ZARAI’
Pengertian
Bahasa Sadd Menutup
Istilah Al-Zarai’ Jalan untuk sampai kepada sesuatu perkara yang sama ada
perkara baik atau buruk
Mencegah perkara yang harus yang boleh mendatangkan kemudharatan
Contoh
Pengharaman berkhalwat dengan ajnabi bagi mengelakkan jalan ke arah berzina.
Larangan untuk melakukan ihtikar (monopoli) kerana ia akan menjadi jalan untuk
menyempitkan urusan manusia dalam mendapatkan keperluan alali.
Autoriti Sadd Al-Zarai’
1. Perkara yang pasti mendatangkan kemudharatan seperti membuang sisa toksid
ke dalam sungai. Perkara sebegini adalah diharamkan menurut ijmak ulama
kerana ia secara pasti memberikan kemudharatan kepada orang ramai.
2. Perkara yang jarang-jarang mendatangkan kemudharatan seperti menanam
anggur. Perkara sebegini tidak dilarang sama sekali menurut ijmak ulama kerana
kebaikan menanam anggur adalah lebih besar daripada keburukannya.
3. Perkara yang lebih banyak mendatangkan kemudharatan dari pada kebaikan
seperti menjual anggur kepada pembuat arak. Perkara sebegini hanya diharamkan
oleh ulama mazhab Maliki dan Hanbali sahaja. Ulama mazhab Syafie dan Zahiri
tidak mengharamakan.
4. Perkara yang diharuskan tetapi digunakan oleh mukallaf tidak seperti yang dituntut
oleh syarak. Contohnya seperti perkahwinan yang digunakan untuk
mengharuskan wanita yang dicerai dengan talak tiga Kembali kepada bekas
suaminya. Perkara sebegini adalah diharamkan oleh ulama mazhab Maliki dan
Hanbali dan diharuskan oleh Ulama mazhab Syafie dan Zahiri.
99
19.7 AL-URUF WA AL-ADAT
Pengertian
Bahasa Pengetahuan
Istilah Perkara yang menjadi kebiasaan masyarakat sama ada berbentuk
perkataan atau perbuatan.
Contoh
1. Perkataan daging merujuk kepada daging haiwan selain ikan. Adat ini dinamakan
sebagai uruf qauli kerana ia berkaitan dengan percakapan.
2. Memakai kasut tidak dibenarkan di dalam rumah menurut adat masyarakat di
Malaysia tetapi diharuskan dalam sesetengah masyarakat di bawat. Adat ini
dinamakan sebagai uruf amali kerana ia berkaitan dengan sesuatu perbuatan.
Pembahagian al-Uruf wa al-Adat
1. Al-Uruf wa al-Adat yang sahih ialah al-Uruf wa al-Adat yang tidak bercanggah
dengan syarak, tidak menjejaskan kemaslahatan dan tidak mendatangkan
kemudharatan seperti adat memberi hadiah ketika bertunang.
2. Al-Uruf wa al-Adat yang fasid ialah al-Uruf wa al-Adat yang bercanggah dengan
syarak, menjejaskan kemaslahatan dan mendatangkan kemudharatan seperti
pergaulan bebas antara tunang atau pasangan yang bukan suami isteri.
Autoriti al-Uruf wa al-Adat
1. Ulama mazhab Hanafi dan Maliki menerima al-Uruf wa al-Adat sebagai dalil bagi
hukum syarak jika ia tidak berlawanan dengan nas-nas syarak. Terdapat kaedah
fiqh yang berkaitan dengan al-Uruf wa al-Adat iaitu al-Adat Muhkamah.
2. Ulama mazhab Syafie hanya menerima al-Uruf wa al-Adat yang berkaitan dengan
perkataan sahaja. (uruf qauli) dan tidak menerima al-Uruf wal-adat yang berkaitan
dengan perbuatan (uruf ‘amali).
19.8 Usaha Dan Tindakan Untuk Menjadikan Dalil Hukum Syarak Yang Tidak
Disepakati Sebagai Panduan Untuk Melaksanakan Ketetapan Khitab Allah SWT
1. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sekolah kerana ia bertujuan untuk
memberikan kebaikan kepada semua pelajar.
2. Sentiasa memelihara harta benda awam kerana ia diwujudkan untuk menjaga
kemaslahatan orang ramai.
3. Sentiasa mematuhi undang-undang kerana ia boleh mendatangkan manfaat
kepada individu dan masyarakat serta menjauhi perkara yang bercanggah dengan
ajaran Islam.
4. Sentiala berusaha meninggalkan tuntutan agama kerana ia hanya mendatangkan
kemudharatan dan kemurkaan Allah SWT.
100
5. Sentiasa menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membahayakan diri sendiri
seperti merokok atau mengambil dadah kerana ia dilarang oleh syarak dan hanya
mendatangkan akibat yang buruk.
19.9 Trivia
Mazhab Maliki: pengasasnya ialah Malik Bin Anas al-Sahabi al-Humairi al-Madani.
Lahir di Madinah pada tahun 93H/715M dan wafat di Madinah pada tahun 179H/796M.
Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal di Madinah dan telah diperakukan
layak memberi fatwa oleh 70 orang gurunya. Antara kitab karangan beliau yang
sampai kepada kita pada hari ini ialah kitab al-Muawatta’. Mazhab kedua daripada
mazhab empat yang masyhur.
Mazhab Syafie: Pengasasnya Muhammad Bin Idris al-Syafie al-Muthallibi al-
Qurasyyi. Lahir pada 150H/766M di Ghazzah, Palestin. Wafat pada 204H/820M di
Mesir. Antata karya beliau yang terkenal ialah al-Risalah dan al-Umm. Mazhab ketiga
daripada empat mazhab yang masyhur.
19.10 Latihan Pengukuhan
1. Apakah pengertian Istihsan berserta contoh?
2. Huraikan pengertian istishab dan pandangan Ulama mengenainya.
3. Bincangkan pengertian Qaul Sohabi dan jenis-jenisnya.
4. Berikan contoh perkara-perkara harus yang disalahgunakan untuk melakukan
perkara yang mendatangkan kemudharatan.
5. Seorang penduduk kampung and aingin mengadakan kenduri kahwin dengan
menjemput seorang penyanyi wanita untuk menghiburkan tetamu.
Berikan pandangan anda terhadap tindakan tersebut.
101
BAHAGIAN SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
20.0 SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
20.1 PENGENALAN
Sejarah perundangan Islam adalah untuk memberi penghayatan terhadap perkembangan
perundangan Islam di kalangan pelajar yang mana perundangan Islam diturunkan oleh
Allah SWT untuk kesejahteraan dan kemaslahatan hidup manusia. Kesyumulan
perundangan Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan samada duniawi atau ukhrawi
adalah untuk diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan harian mereka agar melahirkan
masyarakat yang hidup dalam landasan syariat yang diredhai Allah SWT.
20.2 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar seharusnya dapat:
1. Menyatakan pengertian perundangan Islam.
2. Menerangkan maqasid perundangan Islam
3. Menjelaskan prinsip dan keistimewaan perundangan Islam
4. Menghuraikan sejarah perkembangan dan sumber perundangan Islam pada zaman
nabi, sahabat, tabi'in dan tadwin.
5. Menilai kepentingan perundangan Islam dalam kehidupan.
6. Merumuskan sejarah perundangan Islam untuk diamalkan dalam pelbagai situasi.
20.3 PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM
Bahasa Jalan lurus yang menunjukkan kepada kebaikan.
Istilah
Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT (disyariatkan) kepada
umat manusia yang meliputi aspek akidah, syariat, akhlak dan peraturan-
peraturan kehidupan yang perlu diyakini, dipatuhi, dan diamalkan untuk
memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
20.4 MAQASID PERUNDANGAN ISLAM
Pengertian
Perkataan maqasid syariah ( )مقاصد شريعةberasal daripada dua perkataan iaitu maqasid
dan syariat. Maqasid مقصدJamak bagi yang membawa pengertian tujuan.
Bahasa
Syariah Jalan ke arah sumber kehidupan
Istilah Tujuan kahir untuk mencapai keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan
syariatnya di atas muka bumi dan ia menjadi pedoman hidup umat manusia.
102
Lima perkara asas dalam maqasid syariah
1. Memelihara Agama ((حفظ الدين
Membicarakan tentang hubungan manusia dengan Allah SWT.
Contohnya seperti murtad, meninggikan syiar Islam dan memelihara akidah.
2. Memelihara Diri ))حفظ النفس
Membincangkan tentang peraturan perkahwinan, larangan perbuatan zina,
pembubaran perkahwinan iaitu talak, fasakh, khuluk dan lain-lain. Ia merupakan
mekanisme kekeluargaan yang mampu menangani masalah dan isu dalam rumah
tangga.
3. Memelihara Keturunan dan Kehormatan ()حفظ النسب
Membicarakan tentang pemeliharaan nyawa, maruah dan keadilan sosial seperti
sebarang pencerobohan nyawa dan maruah orang lain.
4. Memelihara Harta ()حفظ المال
Membincangkan tentang larangan mencuri dan merampas harta orang dengan cara
paksaan dan zalim contohnya seperti merompak, meragut dan mencuri. Perbuatan
jenayah ini menjadikan masyarakat hidup dalam ketakutan. Sedangkan Islam telah
mewujudkan hukum faraid, hibah dan wasiat bagi memastikan harta tersebut dapat
diagihkan dan diserahkan kepada penerima dengan cara yang adil.
5. Memelihara Akal ()حفظ العقل
Membincangkan tentang pemeliharaan akal manusia daripada apa-apa unsur yang
merosakkan akal. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu
pengetahuan. Semua unsur yang menjurus kepada kehilangan dan merosakkan akal
serta pemikiran seperti arak, dadah dan filem pornografi yang merosakkan perlu
dibanteras dengan segera.
20.5 PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM
1. ( ال َع َدالَةKeadilan)
Prinsip keadilan tidak menzalimi golongan yang lemah tetapi mengamalkan hak sama
rata kepada semua golongan. Contonhya, orang yang mencuri akan dipotong tangan
tanpa mengira darjat.
2. ( َع َدم الََرجTidak Menyusahkan)
Peraturan yang tidak membebankan manusia. Allah SWT memberikan rukhsah dalam
ibadah seperti boleh berbuka puasa ketika berada dalam keadaan sakit dan
dibenarkan untuk solat jamak dan qasar ketika bermusafir.
103
3. ( الشمولMenyeluruh)
Mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia merangkumi hubungan manusia
dengan Allah SWT, manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam
sekitar. Ia juga sesuai dengan masa, tempat dan keadaan tanpa mengira bangsa dan
warna kulit.
4. ( قلّة التَ َكاليفSedikit Tanggungjawab)
Pensyariatan yang dipertanggungjawabkan tidak banyak sehingga membebankan
kehidupan manusia. Contohnya kewajipan solat hanya lima waktu dalam sehari
semalam dan puasa Ramadhan hanya diwajibkan 30 hari dalam setahun.
5. ( الت َد ّرج في التشريعBeransur-ansur)
Syariat Islam diturunkan secara berperingkat agar manusia mempunyai masa bagi
memahami dan menghayati Islam dengan baik dan sempurna. Contohnya
pengharaman minum arak.
• Peringkat pertama: Allah SWT menyatakan ada juga manfaat arak tetapi banyak
mudharat.
• Peringkat kedua: Allah SWT menyatakan arak adalah perkara yang munkar.
• Peringkat ketiga: Allah SWT melarang orang Islam minum arak ketika hendak
menunaikan solat.
• Peringkat keempat: Allah SWT mengharamkan arak secara menyeluruh.
20.6 KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM
• Tidak berubah (kekal) hingga tibanya hari kiamat.
• Menjaga kemaslahatan manusia dan menolak kemudharatan di samping membina
dan membentuk umat manusia yang lebih bertamadun dan berperaturan tanpa ada
diskriminasi terhadap bangsa.
• Meliputi hubungan manusia dengan Allah SWT, manusia sesama manusia dan
manusia dengan makhluk dan alam.
• Ada ganjaran di akhirat bagi setiap kepatuhan dan ketaatan sewaktu di dunia.
• Setiap pelaksanaan hukuman Allah SWT semasa di dunia akan mendapat pelepasan
hukuman di akhirat.
20.7 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
ZAMAN RASULULLAH SAW
Perundangan pada zaman Rasulullah SAW bersumberkan kepada wahyu al-Quran
sebagai sumber pertama dan hadis sebagai sumber kedua. Para sahabat yang
menghadapi masalah akan terus merujuk kepada Rasulullah SAW. Perkembangan
perundangan Islam terbahagi kepada dua zaman iaitu:
104
a. Zaman Mekah: Perundangan pada zaman Mekah berlangsung selama 13 tahun.
Rasulullah SAW lebih menekankan kepada pembentukan akidah dan memelihara
akal pemikiran daripada kepercayaan jahiliah.
b. Zaman Madinah: Perkembangan perundangan Islam pada zaman Madinah
berlangsung selama sepuluh tahun. Penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar
melambangkan kesatuan dan perluasan penyebaran dakwah Rasulullah SAW di Kota
Madinah. Pada zaman ini juga Allah SWT memberi peringatan kepada Rasulullah
SAW tentang sifat orang munafik dan berhati-hati dengan orang Yahudi yang sentiasa
melakukan permusuhan dengan mengambil harta secara paksaan dan mengamalkan
riba.
Selain itu disyariatkan kewajipan ibadah seperti puasa, zakat, haji, hudud, qisas dan
membayar diat. Semua ini bertujuan menjaga kemaslahatan agama, diri, nasab, maruah
dan akal.
ZAMAN SAHABAT
Perkembangan perundangan pada zaman sahabat adalah seperti berikut:
a. Berlaku pengumpulan ayat al-Quran dalam bentuk mushaf.
b. Berlaku ijmak ulama pada masalah baru
c. Wujud beberapa hukum baru hasil ijtihad para sahabat.
d. Lahir fuqaha dalam kalangan sahabat khusus dalam bidang perundangan.
ZAMAN TABIIN
Perkembangan perundangan pada zaman tabiin adalah disebabkan oleh faktor berikut:
a. Perbincangan masalah fikah secara meluas menyebabkan berlakunya khilaf. Antara
sebabnya ialah:
i. Perkembangan wilayah Islam yang lebih luas sehingga ke negara China di sebelah
timur dan Sepanyol di sebelah barat.
ii. Terdapat pelbagai sumber rujukan hasil daripada penterjemahan dan penulisan
serta pembukuan kitab-kitab muktabar.
iii. Keprihatinan para khalifah kepada ilmu fikah dan lahirnya ramai tokoh ilmuan yang
hebat.
iv. Kebebasan diberikan kepada para ulama untuk mengeluarkan pendapat dan idea
sehingga wujud khilaf.
b. Berlaku perkembangan dalam periwayatan hadis.
i. Kegiatan istinbat hukum daripda al-Sunnah semakin meluas
ii. Penambahan yang dilakukan oleh golongan fasiq dan ekstrimis menyebabkan
berlaku krisis dalam mempertahankan mazhab masing-masing.
c. Lahirnya dua aliran madrasah iaitu madrasah al-hadis (Hijaz) dan madrasah al-Ra'yu
(Kufah dan Iraq)
105
ZAMAN TABI AT-TABIIN
a. Sumber-sumber perundangan semakin banyak dilakukan perubahan berbanding
zaman-zaman sebelumnya. Pada zaman ini sumber perundangan Islam terbahagi
kepada dua iaitu : Sumber berdasarkan dalil-dalil yang disepakati dan sumber dalil-dalil
yang tidak disepakati.
b. Antara sumber yang disepakati ialah al-Quran dan al-Sunnah yang kedua-dua sumber
ini dijadikan hujah atau dalil bagi hukum-hukum syarak. Bagi sumber hukum dalil yang
tidak disepakati pula kebanyakan fuqaha menjadikannya sebagai hujah dalam
perbahasan hukum syarak. Ada sebahagian ulama yang menerima dan ada
sebahagian kecil yang menolak. Sumber-sumber tersebut adalah seperti Masalihul
Mursalah ()مصالح المرسلة, al-Istishab ()الاستصحاب, Saddu al- Zarai’ ()سد الذرائع, Amal
Ahlul Madinah ()عمل اهل المدينة, al-Istihsan ()الاستحسان, Syar’u man qablana ( شرع
)من قبلنا, Qaul al-sahabi ()قول الصحابي, dan al-Uruf wa al-A'dah ()العرف والعادة.
20.8 CIRI-CIRI KHUSUS PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN TABI AT-TABIIN
a. Pada zaman itu ilmu fikah telah mencapai peringkat kematangan dan kesempurnaan
yang merangkumi aspek kehidupan sama ada di dunia dan di akhirat
b. Tokoh ulamak hadis yang terkemuka lahir pada zaman ini antaranya Abu Daud, Ibnu
Majah, Ar-Tarmizi dan lain-lain kesemua ulama ini pakar dalam membincangkan
dalam membahaskan ilmu riwayah dan dirayah, ilmu al-jurh wa ta'dil, mustolah al-
hadis, dan sebagainya.
c. Lahir ramai tokoh ulama ulung yang mujtahid dengan pelbagai mazhab fikah.Terdapat
lebih kurang tiga belas mazhab ahlul sunnah tetapi sehingga kini hanya berbaki empat
sahaja yang masyhur iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab
Hanbali. Ada juga beberapa mazhab yang bukan ahlul sunnah seperti Zaidiyyah,
Imamiyyah dan Ibadhiyyah.
d. Pembukuan ilmu dan penterjemahan kitab ilmiah telah berkembang dengan pesat
pada zaman Abasiyyah. Para mujtahidin berjaya membukukan bukan sahaja ilmu
fekah bahkan ilmu tafsir, bahasa Arab, sastera dan al-Sunnah. Dalam pembukuan as-
sunnah mereka memberikan tumpuan dalam menentukan samada sahih atau dhaif
bagi memudahkan para fuqaha mengistinbat hukum dengan sempurna.
e. Perkembangan empayar Islam yang semakin meluas merupakan penyebab
kemasukan pelbagai kebudayaan, perbezaan pemikiran juga adat dan ikutan.
Percampuran tersebut telah mencetuskan evolusi keilmuan fikah yang tinggi serta
melahirkan para fuqaha yang memiliki pelbagai disiplin ilmu serta berkeupayaan dalam
mengistinbat hukum.
f. Motivasi dan sokongan daripada khalifah kepada para fuqaha merupakan satu
langkah yang baik. Maka terhasil medan perbahasan ilmu fikah dalam kalangan para
ulama pada zaman tersebut. Perselisihan pendapat antara mereka tidaklah menjadi
106
sebab sehingga mereka membenci satu sama lain bahkan akan menganggap bahawa
perbezaan pendapat itu mempunyai hikmah yang bakal memberi kemudahan kepada
generasi umat akan datang.
g. Lahir pelbagai istilah fikah dalam perundangan Islam seperti rukun, syarat, sah,
rukhsah, azimah, dan lain-lain lagi istilah yang tidak pernah diketahui.
20.9 SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
RASULULLAH SAW
1. Sumber daripada Al-Quran dan hadis
2. Terbahagi kepada dua:
• Zaman Mekah
• Zaman Madinah
3. Tidak timbul masalah kerana semua dirujuk kepada Rasulullah SAW.
SAHABAT
Sumber ialah:
• Al-Quran ()القرءان
• Hadis ()حديث
• Qias ()قياس
• Ijmak ()اجماع
TABIIN ()تابعين
Sumber ialah:
• Al-Quran ()القرءان
• Hadis ()حديث
• Qias ()قياس
• Ijmak ()اجماع
107
TABI AT-TABIIN ()تابع التابعين
Sumber disepakati:
• Al-Quran ()القرءان
• Hadis ()حديث
• Qias ()قياس
• Ijmak ()اجماع
Sumber tidak disepakati:
• Masalih Mursalah ()مصالح المرسلة
• Istishab ()الاستصحاب
• Saddu al-Zara'i ()سد الذرائع
• Amal Ahlu Madinah ()عمل اهل المدينة
• Al-Istihsan ()الاستحسان
• Syar'u Man Qablana ()شرع من قبلنا
• Qaul al-Sahabi ()قول الصحابي
• Al-Uruf wa al-Adat ()العرف والعادة
20.9 KEPENTINGAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
1. Memberikan penekanan ke arah memperkukuhkan akidah yang sahih agar terbentuk
akhlak yang mulia.
2. Menggalakkan manusia untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
demi memelihara maqasid syariah.
3. Sesuai dengan naluri dan fitrah manusia kerana ia merupakan Kalamullah yang qatie.
4. Menjamin kesejahteraan kehidupan yang lebih baik dan sistematik di samping
dijadikan pedoman dan ikutan yang sempurna.
5. Mewujudkan keadilan sejagat yang melindungi hak-hak asasi kemanusiaan dalam
kehidupan.
108
20.10 KEPENTINGAN SEJARAH UNTUK DIAMALKAN DALAM PELBAGAI SITUASI
• Menjaga kemurnian dan kelangsungan Islam sebagai satu cara hidup apabila
perundangan Islam diamalkan dan dihayati dalam membentuk kesatuan umat.
• Menjaga kemaslahatan umum dalam memelihara hak Allah SWT dan hak hamba.
• Memberi pendidikan, pembaharuan dan perlindungan kepada masyarakat daripada
bahaya serta mencegah sesuatu perkara sebelum berlaku dengan mengaplikasikan
sistem perundangan Islam yang sesuai dengan fitrah manusia.
20.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah pengertian perundangan Islam
2. Terangkan dua kelebihan yanga da pada para sahabat sehingga mereka dianggap
sebagai fuqaha.
3. Mengapakah pada zaman Rasulullah SAW tidak timbul banyak permasalahan
seperti zaman perundangan yang lain.
4. Huraikan tiga kepentingan sejarah untuk diamalkan dalam pelbagai situasi
5. Keruntuhan akhlak remaja semakin meruncing di Malasia pada hari ini.
Pada pendapat anda adakah perundangan Islam mampu menangani isu
keruntuhan akhlak remaja pada masa kini?
109
21.0 PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA
21.1 PENGENALAN
Sistem perundangan Islam di Malaysia dibentuk melalui pensyariatan hukum yang begitu
adil dan realisitik dengan tempat dan masa bagi memastikan ia sentiasa memenuhi
keperluan manusia dalam memelihara individu dan masyarakat dari kezaliman. Sistem
perundangan ini adalah bersumberkan Ilahi dan berbeza dengan perundangan manusia
yang bersifat lemah dan terhad.
21.2 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar seharusnya dapat:
1. Menyatakan sejarah sistem perundangan Islam di Malaysia sebelum, semasa dan
selepas penjajahan barat.
2. Menjelaskan ciri-ciri sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan yang
dibawa oleh penjajah barat.
3. Menilai kesan penjajahan barat terhadap pelaksanaan sistem perundangan Islam di
Malaysia.
4. Merumus kepentingan perundangan Islam di Malaysia.
21.3 SEJARAH SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Sebelum Penjajahan Barat
Pada abad ke 15, Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam
di semenanjung Tanah Melayu. Melaka juga telah menggubal undang-undang tempatan
yang terkenal dengan nama “Hukum Kanun Melaka”.
Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan undang-undang adat di samping undang-
undang Islam, bahkan ia dikatakan undang-undang adat melayu yang bersesuaian
dengan Islam. Ia juga menjadi sumber kepada undang-undang lain seperti Hukum Kanun
Pahang, Undang-undang Kedah dan undang-undang 99 Perak.
Sejarah melayu telah mencatatkan bahawa Islam adalah agama rasmi Melaka. Raja-raja
telah melantik Qadi sebagai penasihat hal ehwal agama Islam disamping jawatan di
institusi kehakiman. Dalam hukum kanun Melaka terdapat beberapa aspek iaitu :
i. Undang-undang perkahwinan
Dinyatakan dalam undang-undang ini tentang hal ehwal berkaitan perwalian ke atas
perempuan, syarat sah sighah (ijab dan qabul), hukum dan syarat sah saksi dalam
perkahwinan,hukum tentang penceraian seperti talak, fasakh serta iddah dan lain-lain.
ii. Undang-undang Muamalat
Disebutkan beberapa perkara terkandung dalam fasal ini adalah pengharaman riba,
rukun dan syarat hal ehwal jual beli, khiyar, masalah bankrap, prinsip penyelesaian
110
secara perdamaian (suluh), peraturan bersyarikat dan tanggung jawab pinjam-
meminjam.
iii. Undang-undang acara keterangan Islam
Peraturan yang menerangkan tentang ikrar, cara-cara pemeriksaan terhadap saksi
serta perakuan sumpah.
iv. Undang-undang jenayah
Peraturan yang menyatakan tentang hukuman hudud seperti zina, qazaf, mencuri,
minum arak dan murtad. Qisas pula ialah kesalahan jenayah membunuh sama ada
sengaja, tanpa sengaja dan menyerupai sengaja serta perbuatan mendatangkan
kecederaan anggota. Bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti
mengedar dadah akan dikenakan takzir.
Hukum Kanun Melaka ini merupakan hukum Islam yang telah dilaksanakan di Melaka dan
menjadi ikutan oleh negeri Pahang dan Perak.
Selepas Penjajahan Barat
Kedudukan undang-undang Islam mula tergugat dengan kedatangan penjajah inggeris
yang bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786, seterusnya ke negeri-negeri lain di Tanah
Melayu. Berikut adalah langkah-langkah Inggeris memperkenalkan undang-undang
mereka di samping menghadkan pelaksanaan undang-undang Islam.
i. Meluluskan Piagam Keadilan pada tahun 1807, 1826 dan 1855
Melalui piagam tersebut membolehkan Inggeris menubuhkan mahkamah keadilan
dan menguatkuasakan undang-undang Inggeris. Pada awalnya undang-undang
Inggeris akan dipakai jika tidak bertentangan dengan adat tempatan dan agama
Islam, tetapi sebenarnya undang-undang Islam diketepikan sebaliknya undang-
undang Inggeris yang diguna pakai.
ii. Perjanjian Pangkor Tahun 1874
Melalui perjanjian Pangkor 1874, raja-raja melayu menerima sistem residen yang
bertindak sebagai penasihat. Inggeris berjaya menyuntik sistem sekular dengan
mencampuri urusan pentadbiran secara halus melalui undang-undang yang
diluluskan Majlis Perundangan Negeri.
iii. Menubuhkan Ordinan Mahkamah 1948
Melalui ordinan mahkamah 1948, Inggeris telah menubuhkan sistem kehakiman
bagi persekutuan. Secara halusnya, mahkamah shariah telah diketepikan dan
terkeluar daripada hirarki mahkamah perseketuan.
iv. Mewujudkan Enakmen Undang-undang Sivil 1937, 1951 dan 1955
Melalui enakmen tersebut, hakim-hakim dari pihak Inggeris telah dilantik di
mahkamah-mahkamah awam dan menerima secara bebas pelaksanaan undang-
undang Inggeris di seluruh Tanah Melayu. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
pada tahun 1971.
111
Rumusan
Undang-undang ini telah berjaya mengenepikan dan menghadkan kuasa mahkamah
syariah kepada bidang kuasa hak tertakluk hal ehwal pewarisnya, perkara dalam ibadat
)(خصوصيةkhususiat serta kekeluargaan. Selain itu juga, qadi yang dilantik mempunyai
bidang kuasa yang terhad.
21.4 PERBEZAAN CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG
PENJAJAH BARAT
Perundangan Islam mempunyai ciri-cirinya yang meliputi seluruh aspek kehidupan
manusia. Sudah semestinya bagi umat manusia mengambil perundangan Islam sebagai
tunjang utama dalam pegangan mereka. Perundangan yang bukan berdasarkan al-Quran
dan al-Sunnah seperti undang-undang yang direka oleh manusia akan memberi kesan
yang negatif kepada mereka.
Ciri ciri undang-undang Islam Ciri-ciri undang-undang penjajah barat
Berdasarkan manhaj Ketuhanan &
memelihara keseimbangan material Mengutamakan material (duniawi) dan
dan kerohanian
Sistem perundangan Islam bukan dicipta memisahkan unsur kerohanian
oleh manusia tetapi dicipta oleh Allah
SWT. Sistem ini mengutamakan keadilan Undang-undang barat hanya
dan kesaksamaan dalam perlaksanaan
terhadap semua manusia tanpa mengira mengutamakan keperluan manusia yang
perbezaan bangsa, pangkat, keturunan
dan lain-lain. bersifat materialistik (kebendaan) yang
Selain itu, sistem perundangan Islam
tidak menjauhkan kebendaan daripada menyebabkan ia terpisah daripada unsur-
kerohanian dan tidak memisahkan dunia
dan akhirat. unsur agama dan spritual (kerohanian).
Bersifat universal
Segala hukum-hakam dalam sistem Namun begitu, ada negara barat seperti
perundangan Islam yang berpaksikan
kepada wahyu Allah bukanlah Amerika dan Perancis sudah memulakan
dikhususkan kepada bangsa tertentu
bahkan meliputi untuk semua manusia. perbincangan dan diskusi intelektual
Menyeluruh (syumuliah)
Sistem perundangan Islam adalah berkaitan kepentingan hubungan
bersumberkan kepada wahyu al-Quran,
al-Sunnah, Ijmak dan Qias. Oleh itu, materialistik dengan spritual dalam
sistem ini mencakupi setiap aspek
kemasyarakatan dan kehidupan sama membina perundangan yang lebih baik.
Mengutamakan kepentingan bangsa
Sistem perundangan barat memberikan
keutamaan dan menjaga kepentingan
bangsa mereka yang akhirnya berlaku
diskriminasi dan monopoli terhadap
bangsa lain yang dianggap lemah.
Mengutamakan kebudayaan dan akal
Undang-undang digubal oleh mereka
yang dianggap pakar dalam masyarakat.
Justeru ia digubal berdasarkan
kebudayaan dan akal semata-mata.
112
ada yang berkaitan dengan akidah, Mengutamakan golongan yang kuat
ibadat, akhlak dan undang-undang umum Perundangan barat merupakan sistem
seperti masalah jenayah, keluarga, sosial, yang berat sebelah kerana terdapat
antarabangsa, ekonomi dan lain-lain. keadaan di mana sistem undang-undang
Sumber yang asli dan kekal yang lebih berpihak kepada golongan
Sistem perundangan Islam yang yang kuat dan golongan yang lemah
berpandukan kepada sumber nas Al- ditindas dan dizalimi. Namun dewasa ini,
Quran dan Sunnah telah diberikan sistem perundangan barat pada masa kini
jaminan oleh Allah SWT terpelihara kekal beberapa peraturan undang-undang yang
sehingga hari Kiamat dan serta tiada bertentangan dengan hak masyarakat
penyelewengan dan perubahan. telah dimansukhkan demi mewujudkan
kehamornian dan hak kesamarataan
Menghilangkan kesulitan dan dalam masyarakat.
mendatangkan kemudahan Tidak membawa kepada kesejahteraan
Sistem perundangan Islam tidak Sisterm perundangan barat tidak
membebankan dan menyukarkan umat mempunyai kekuatan yang berupaya
Islam. Bahkan matlamat daripada memberi kesejahteraan kepada
perundangan bukanlah menyebabkan masyarakat. Oleh tu, sistem ini telah
manusia menjadi tertekan dengan membuka ruang untuk manusia bebas
kemaslahatan hidup mereka tetapi melakukan kejahatan yang akhirnya
banyak hikmah dan kebaikan dalam berlaku pelbagai jenayah-jenayah yang
kehidupan. sukar dikawal.
Rumusan
Manusia mempunyai kemampuan akal yang terbatas. Oleh itu, Allah SWT telah
menurunkan Al-Quran dan mengutuskan para Rasul untuk memandu mereka. Manusia
hendaklah sentiasa menjadikan apa yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan
mereka dalam kehidupan seharian.
21.5 KESAN PENJAJAHAN BARAT TERHADAP PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM
DI MALAYSIA
Terdapat pelbagai kesan negatif kedatangan penjajahan barat terhadap pelaksanaan
Undang-Undang Islam. Antara kesan negatif tersebut ialah:
1. Wujud dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah. Ianya
dibahagikan kepada Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang telah dipisahkan
daripada hierarki persekutuan dan diletakkan dibawah kuasa negeri.
113
2. Undang-Undang Persekutuan telah membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bidang kuasa Undang-undang Islam dihadkan hanya dalam hal-hal kekeluargaan,
munakahat, pewarisan harta, hibah dan kesalahan-kesalahan jenayah yang terhad.
3. Penggunaan Undang-Undang Inggeris sepenuhnya di mahkamah-mahkamah sivil.
4. Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri-negeri mempunyai kuasa yang
terhad dalam pelaksanaan perundangan Islam dan mengurangkan autoriti raja-raja
Melayu dalam perundangan Islam dengan termeterainya Perjanjian Pangkor 1874.
5. Undang-undang Inggeris telah mempengaruhi sistem kehakiman. Pelaksanaan dan
penggunaan undang-undang Inggeris bertambah kukuh dengan diwujudkan undang-
undang sivil.
Rumusan
Rumusannya, penjajahan barat telah meninggalkan kesan mendalam dalam sistem
perundangan negara. Walaupun sedikit sebanyak memberi panduan ke arah
penggubalan undang-undang perlembagaan Malaysia, namun ianya telah merubah
sistem perundangan negara dan hierarki mahkamah. Seterusnya, masih banyak yang
perlu diperbaiki dan diperkemaskan kearah memartabatkan semula perundangan Islam.
21.6 KEPENTINGAN PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM DI
MALAYSIA
Undang-undang Islam mempunyai keistimewaan dan kelebihan tertentu berbanding
undang-undang ciptaan manusia. Umat Islam seharusnya menjadikan perundangan
Islam sebagai asas pegangan dan rujukan utama dalam penyelesaian masalah
kehidupan seharian. Sebarang bentuk perundangan yang dicipta manausia tanpa
merujuk kepada Islam akan memberi kesan negatif dalam kehidupan. Antara kepentingan
pelaksanaan perundangan Islam ialah;
Proses perundangan Islam di Malaysia, wajar dilaksanakan kerana undang-undang yang
sememangnya datang daripada Allah SWT menjamin kehidupan yang harmoni dan
bebas daripada segala kemudharatan.
1. Hukum-hakam yang termaktub dalam perundangan Islam adalah sesuai sehingga hari
kiamat serta tidak berlaku pengubahsuaian terhadap isi kandungannya.
2. Pelaksanaan perundangan Islam meliputi keseluruhan aspek kehidupan dan amat
mengikut peredaran zaman.
3. Perundangan Islam mempunyai mempunyai peranan utama dalam mempertahankan
kesucian akidah dan syariat Islam.
4. Perundangan Islam juga adalah untuk mengawal lima perkara penting iaitu menjaga
agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga harta benda dan menjaga keturunan.
Sebagai contoh, larangan zina adalah bertujuan untuk menjada keturunan. Lima
perkara penting tersebut dikenali sebagai ad Dharuriyyat al Khams.
114
Firman Allah SWT:
ﭐﲩﲪ ﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳ ﲴﲵﲶ
٢٤ :ﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾ الأنفال
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, sahutilah seruan Allah, apabila kamu diseru kepada
sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu. (al Anfal :24)
Ayat di atas menyeru dan memberi peringatan kepada orang-orang yang beriman agar
menyahut seruan Allah SWT dan rasul-Nya dengan menunaikan menunaikan sesuatu
tuntutan hukum seperti berjihad, melaksanakan hukum Islam ke arah kehidupan lebih
bermakna.
Rumusan
Manusia mempunyai kemampuan akal yang terbatas. Justeru, Allah SWT telah
menurunkan Al-Quran dan as-Sunnah untuk memandu kehidupan manusia agar selamat
menjalani kehidupan seharian. Perundangan Islam meliputi seluruh aspek kehidupan
manusia dan bersesuaian dengan kehidupan mereka sehingga ke hari kiamat. Undang-
undang Islam, mempunyai hubungan antara manusia dengan pencipta, hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Keadilan dalam
pelaksanaan undang-undang Islam adalah meliputi semua manusia tanpa mengira
pangkat, rupa, bangsa keturunan dan lainnya.
Manusia tidak boleh hidup bersendirian dan menyendiri. Mereka memerlukan satu sama
lain dalam meneruskan kehidupan dan memenuhi keperluan. Justeru, perundangan Islam
amat penting dalam mengatur dan mengawal kehidupan bermasyarakat serta memelihara
kehidupan dengan saksama dan harmoni. Allah SWT mencipta manusia dan alam
sejagat tidak membiarkan manusia hidup tanpa peraturan dengan menurunkan syariat-
Nya yang sempurna. Peraturan hidup inilah yang dipanggil sebagai perundangan Islam
atau Syariat Islam.
21.7 PENILAIAN
1. Terangkan pelaksanaan perundangan Islam sebelum dan selepas penjajahan barat .
2. Huraikan ciri-ciri perundangan Islam.
3. Bagaimanakah anda sebagai murid muslim boleh memberi sumbangan kepada
perundangan Islam?
4. Bagaimanakah perundangan Islam membawa rahmat ke seluruh alam?
5. LGBT dan sumbang mahram merupakan isu gejala sosial yang semakin menular di
negara kita. Pada pendapat anda, mampukah perundangan Islam
menyelesaikan masalah di atas.
115
BAHAGIAN MAHARAT AL-QURAN
22.0 PENGENALAN ILMU QIRAAT
22.1 DEFINISI ILMU QIRAAT
Bahasa ‘’قرأberasal daripada perkataan yang bermaksud bacaan.
Istilah
Ilmu yang membahaskan perihal sesuatu lafaz bait kalimah-kalimah
al-Quran.
22.2 PERBEZAAN ILMU QIRAAT DAN TAJWID
QIRAAT TAJWID
Ilmu yang membicarakan perihal bacaan Al-Quran Al-Karim.
Bersumberkan terus daripada nabi Muhammad S.A.W bukan melalui ijtihad
ulama’
Membincangkan perihal Usul (Kaedah Tajwid pula membincangkan bunyi
Imam) dan Farsy (masalah khas bagi huruf hijaiyyah dan cara menyebut
sesuatu perkataan Al-Quran dalam perkataan tersebut.
surah tertentu)
22.3 RUKUN QIRAAT AL-QURAN YANG DITERIMA
Al-Qadhi Jalaludin Al-Buqini (762H-824H) menyebutkan:
Al-Qiraah terbahagi kepada mutawatir, ahad dan syaz. Qiraat mutawatir ialah bacaan
7 yang asyhur, Qiraat ahad merujuk kepada 3 qiraat yang melengkapi qiraat ‘Asyarah
dan termasuk juga qiraat sahabat sementara Qiraat syaz pula ialah qiraat para Tabi’in
seperti Al-A’masy, Yahya bin Wassab dan Ibnu Jubair”.
Sayyid Al-Qurra Al-Imam Abu Al-Khair bin Muhammad atau dikenali sebagai Ibnu Al-
Jazari (751H – 833H):
“Setiap bacaan yang bertepatan dengan mana-mana wajah Bahasa arab, selaras
dengan mashaf Uthmaniah dan sah sanadnya maka ia adalah qiraat yang tidak harus
ditolak dan tidak halal untuk diingkari bahkan ia adalah daripada 7 huruf. Wajib
sekalian manusia menerimanya, sama ada daripada imam yang tujuh ataupun
sepuluh”.
Syarat Penerimaan Qiraat.
1. Bertepatan dengan wajah Bahasa Arab walaupun dengan hanya satu wajah.
• Setiap bacaan yang terdapat dalam qiraat mestilah bertepatan dengan mana-
mana wajah Bahasa Arab walaupun wajah berkenaan tidak masyhur dalam
Bahasa Arab.
2. Bertepatan dengan salah satu mashaf Uthmaniah walaupun secara ihtimal atau
salah satu daripadanya.
116
• Setiap qiraat yang diriwayatkan mestilah sejajar dengan apa yang ditulis di
dalam mana-mana mushaf Uthmaniah walaupun secara ihtimal.
• Terdapat sesetengah mashaf yang menulis dengan menambah atau
mengurangkan perkataan kerana setiap mashaf ditulis berdasarkan qiraat
yang dibaca penduduk setempat.
• Terdapat juga penulisan yang sama tetapi dibaca dengan pelbagai wajah
bacaan.
Contoh-contoh ayat:
1. Contoh dalam surah al-Taubah ayat 100:
ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ
ﱉﱊﱋﱌﱍﱎ ﱏﱐﱑﱒﱓ
١٠٠ :ﱔﱕ ﱗﱖﱘﱙﱚﱛﱠ التوبة
منPada perkataan bergaris semua Mashaf Uthmaniah menulis tanpa
perkataan pada ayat tersebut. Kecuali Mashaf Makki menulis dengan
tambahan perkataan kerana Ibnu kathir membacanya dengan :
ﱐﱑ ﱬ ﱒﱓ
ii. Contoh (2) di dalam surah Ali Imran ayat 133:
ﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ
١٣٣ :ﱋﱌﱍﱠ آل عمران
Mashaf Madinah dan Syam menulisnya tanpa wau pada awal ayat.
Kerana Imam Nafi’ dan Imam Ibnu Amir membacanya tanpa wau.
Ibnu Kathir, Abu Amri, Imam Kufah dan Ya’qub membacanya dengan wau.
Oleh itu pada Mashaf Makkah, Basrah, dan Kufah menulisnya dengan
wau.
iii. Contoh ayat (3) dalam surah An-Nisa’ ayat 94:
ﭐﱡﭐ ﲔ ﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞ
ﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥ ﲦﲧ
117
ﲨﲩﲪﲫ ﲭﲬﲮﲯﲰﲱﲲ
ﲳﲴ ﲶﲵﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ ﱠ
٩٤ :النساء
Semua Mashaf Uthmaniah sepakat menulis dengan tulisan yang sama
pada perkataan ﲶﲵ
Kesimpulannya:
َف َت َب َّي ُنوْا Ya’ Nafi’, Ibnu Kathir, Abu Amru, Ibnu Amir, ‘Asim
َْف َتْ َث َّب ُتْوا dan Abu Ja’far
Hamzah Kisaie dan Khalaf Al-‘Asyir
3. Sah sanadnya sehingga kepada Rasulullah S.A.W.
• Inilah rukun terpenting iaitu mesti memiliki sanad yang bersambung sehingga
kepada Rasulullah S.A.W.
• Sanad ialah rantaian atau salasilah bacaan Al-Quran daripada seorang perawi
daripada gurunya sehingga kepada tabi’in, sahabat dan daripada Rasulullah
S.A.W.
• Oleh sebab itu, bacaan Al-Quran tidak ada jalan ijtihad. Ia adalah Sunnah
Muttaba’ah iaitu jalan yang diikuti. Justeru, guru merupakan peranan yang
paling utama dalam ilmu bacaan Al-Quran.
22.4 HADIS TUJUH HURUF DAN PANDANGAN-PANDANGAN UTAMA BERKENAAN
DENGANNYA.
• Hadis Nabi Muhammad S.A.W berkaitan qiraat atau tujuh huruf.
– سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان في حياة رسول الله – صلى الله عليه وسلم
فاستمعت لقراءته فإذا هو يقرأ على حروف كثيرة لم يقرئنيها رسول الله – صلى الله عليه
من أقرأك هذه: وسلم – فكدت أساوره في الصلاة فتبصرت حتى سلم فلببته بردائه فقلت
كذبت: أقرأنيها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقلت: السورة التي سمعتك تقرأ قال
فإن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قد أقرأنيها على غير ما قرأت فانطلقت به أقوده
إني سمعت هذا يقرأ سورة الفرقان على: إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقلت
أرسله اقرأ يا هشام فقرأ عليه: – حروف لم تقرئنيها فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم
: كذلك أنزلت ثم قال: - القراءة التي سمعته يقرأ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم
118
كذلك: - اقرأ يا عمر فقرأت القراءة التي أقرأني فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم
أنزلت إن هذا القرآن أنزل على سبعة أحرف فاقرؤوا ما تيسر من
.] [صحيح: حكم المحدث4992 : صحيح البخاري الجزء أو الصفحة: البخاري المصدر: عمربن اخطاب المحدث: الراوي
• Tafsir Ulama Berkaitan Definisi Tujuh Huruf
Perlu diketahui, takrif tujuh huruf yang disebutkan di dalam Hadis Nabi Muhammad
bukan bermaksud qiraat tujuh sebagaimana yang difahami oleh segelintir
masyarakat awam pada hari ini.
Jika tafsiran hanya dibatasi dengan qiraat tujuh sahaja, maka bagaimana dengan
baki tiga qiraat mutawatirah yang lain seperti yang disebutkan di dalam Matan Ad-
Durrah?
• Kenapa masyarakat awam memahaminya dengan tujuh qiraat?
Sebaran tafsiran tujuh huruf bersamaan dengan qiraat tujuh kerana ada ulama
menulis qiraat daripada tujuh imam yang masyhur. Sebenarnya ada ulama yang
menulis tiga qiraat dan Ibnu Al-Jazari pula menulis 10 qiraat sebagaimana yang
masyhur di dalam kitab beliau iaitu Al-Nasyru.
• Tafsiran-tafsiran ulama berkaitan tujuh huruf
Ia tidak diterbitkan dengan bilangan tujuh secara hakiki tetapi yang dimaksudkan
dengannya ialah kemudahan dan keluasan. Lafaz ( )السبعةmerujuk kepada banyak
tidak terbatas kepada tujuh sahaja.
Bacaan tujuh sahabat: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdullah bin Mas’ud,
Abdullah bin Abbas dan Ubai bin Ka’ab.
Tafsiran-tafsiran ulama berkaitan definisi tujuh huruf
Tujuh Bahasa: Quraisy, Yaman, Jurhum, Hawazin, Qudho’ah, Tamim dan Toi’.
Nasikh, Mansukh, khas, am, mujmal, mubaiyyin dan mufassir.
22.5 PANDANGAN IMAM IBNU AL-JAZARI BERKENAAN TAFSIRAN 7 HURUF
1. Perubahan pada baris sahaja bukan pada huruf, makna dan tulisan.
٥ :ﭐﱡﭐﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﱠ البلد
• ﲁ: Ibnu ‘Amir, ‘Asim Hamzah dan Abu Ja’far.
• ْ َأ َْيحسْ ُب: Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru, Al-Kisaie, Ya’qub dan Khalaf Al-
‘Asyir.
119
2. Perubahan pada baris dan makna sahaja bukan pada huruf dan bentuk tulisan.
٣٧ :ﱡﭐﳍﳎﳏﳐﳑﳒ ﳔﳓﳕﳖﳗﳘﳙﱠ البقرة
ْ ََك َمَٰت: Ibnu Kathir
ْ ََك َمَٰت: Nafi’, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, Al-Kisaie, Ya’qub,
Abu Ja’far, Khalaf Al-‘Asyir.
3. Perubahan pada huruf dan makna sahaja bukan pada huruf dan resam.
ﱡﭐﳍﳎﳏﳐﳑﳒ ﳔﳓﭐﱠ
ْ ََك َمَٰت: Ibnu Kathir
ََك َمَٰ ْت: Nafi’, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, Al-Kisaie, Abu
Ja’far, Ya’qub, Khalaf Al-‘Asyir.
4. Perubahan pada huruf dan resam sahaja bukan pada huruf dan baris.
٦ :ﭐﱡﭐﱗﱘﱙﱚﱠ الفاتحة
ْ ٱلص َرَٰ َط: Nafi’, Al-Bazzi, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Al-Kisaie, Abu
Ja’far, Rauh dan Khalaf Al-‘Asyir.
ٱل ْس َرَٰ َ ْط: Qunbul dan Ruwais.
ْٱلص َرَٰ َ ْط: Hamzah isymamkan Shod kepada Zai.
5. Perubahan pada huruf, baris, dan resam sahaja bukan pada makna.
٢٢ :ﱠ النور...ﱡﭐﱨﱩﱪﱫﱬ
َو َ ْلْيَ حأتَ ْل: Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, Al-Kisaie,
َو َ ْلْ َي َْتأَْ َّْل Ya’qub dan Khalaf Al’Asyir.
: Abu Ja’far.
6. Berlaku taqdim dan ta’khir.
١٩٥ : ﱯﱠ آل عمران.... ﱜﱝﱞﱟﱠ....ﭐﱡﭐ
ْ
120