2. Peringkat kedua Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (secara sekaligus)
١ :ﱥﱦﱧﱨﱩﱪالقدر
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Al-
Qadr. (Surah al-Qadr :1)
3. Peringkat ketiga Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW (secara beransur-ansur selama
23 tahun)
١٠٦ :ﭐﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞﱟﱠالأعراف
Maksudnya: Dan Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya
kepada manusia dengan lambat dan tenang, dan Kami turunkannya beransur-ansur.
(Surah al-Isra’ : 106)
3.5 KEPENTINGAN NUZUL AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT DAN BERANSUR-
ANSUR.
1. Memudahkan para sahabat menghafaz dan mengamalkan al-Quran.
2. Menguat dan meneguhkan hati Rasulullah SAW sehingga baginda dapat
menyelesaikan permasalahan yang menimpa umat Islam.
3. Bukti bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT bukannya ciptaan Rasulullah
SAW.
4. Menetapkan sesuatu hukum secara beransur-ansur seperti pengharaman arak.
5. Hukum-hukum lebih mudah difahami dan dilaksanakan agar manusia tidak terbeban
dalam melaksanakan perintah Allah SWT .
3.6 USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENJADIKAN NUZUL QURAN SEBAGAI
PANDUAN MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN.
1. Individu
i. Memahami dan menghayati peristiwa Nuzul al-Quran terutama apabila
memasuki bulan Ramadhan.
ii. Membaca buku-buku ilmiah dan mentadabbur ayat-ayat al-Quran yang
berkaitan dengan Nuzul al-Quran.
2. Masyarakat
i. Mengadakan program-program ceramah, dan kuliah di masjid dan surau
sempena peristiwa Nuzul Al-Quran
ii. Membuat aktiviti menghayati peristiwa Nuzul al-Quran seperti tadarus dan
halaqah quran berkumpulan.
3. Negara
i. Menghebahkan kepada masyarakat program-program sambutan Nuzul al-
Quran melalui media seperti televisyen dan internet.
46
ii. Menghasilkan jurnal-jurnal ilmiah mengenai Nuzul al-Quran dan
menyebarkan kepada masyarakat awam.
3.7 PENILAIAN
1. Jelaskan takrif Nuzul al-Quran.
2. Jelaskan 3 peringkat penurunan wahyu.
3. Terangkan 2 kepentingan Nuzul al-Quran secara berperingkat dan beransur-ansur.
4. Huraikan 2 usaha dan tindakan untuk menjadikan Nuzul al-Quran sebagai panduan
memahami kandungan al-Quran dalam konteks negara.
5. Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran. Apakah amalan yang perlu
dilaksanakan oleh seorang Muslim bagi menghayati Nuzul al-Quran?.
6. “Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama
23 tahun. “
Berdasarkan pernyataan di atas, berikan hujah anda beserta huraian dan rumusan.
47
BAHAGIAN ULUM HADIS
12.0 ULUM HADIS DAN KEPENTINGANNYA
12.1 PENGENALAN
Memahami kepentingan mempelajari Ulum Hadis sebagai sumber kedua hukum
Islam dengan menjadikannya panduan dalam kehidupan.
12.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian Hadis dari segi bahasa dan istilah .
2. Menerangkan kedudukan Hadis sebagai sunber kedua dalam Islam
3. Menjelaskan kepentingan Hadis dalam kehidupan.
4. Menghuraikan perbezaan antara Hadis Nabawi, Hadis Qudsi dan al-Quran.
5. Menilai kepentingan mempelajari Ulum Hadis dalam kehidupan.
6. Mengemukakan hujah untuk menolak dakwaan negatif golongan orientalis dan
anti-hadis terhadap hadis.
12.3 PENGERTIAN HADIS
جديدBahasa: Dalam Bahasa Arab hadis bermaksud baharu ( ). Perkataan
قديمberlawanan bagi hadis ialah lama ( ). Hal ini kerana kalam Rasulullah SAW itu
baharu manakala kalam Allah SWT pula bersifat qadim. Hadis juga bermaksud
percakapan atau perbualan.
Istilah: Perkataan, percakapan dan perkhabaran, perbuatan, takrir atau sifat yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.
HURAIAN HADIS DARI SEGI ISTILAH
1. Perkataan Nabi SAW:
Setiap percakapan atau perbualan baginda Rasulullah SAW tidak kira dalam
apa jua bentuk sama ada perintah, larangan, penyataan atau selainnya. Contoh
َhَِلaَكdَِلiَsا:َََوإََِن،َإََِنَاَا َل َعمَا َلَِبَلنََِيا َِت:َع َنَأَِ َبَحََفصََ َعمََرََب َِنَا َل َطا َِبَرضيَاللهَعنهَيَقََو َل
)َ(رواهَالبخاري...امََِرىَءَمَاَنََوى
Maksudnya:
Daripada Abi Hafs Umar ibn Khattab RA: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan
sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan… (Riwayat al-Bukhari)
48
2. Perbuatan Nabi SAW:
Setiap perilaku, tindak-tanduk dan gerak-geri Rasulullah SAW meliputi cara
beribadat, aktiviti harian, hubungan kekeluargaan, etika bermasyarakat, akhlak
dََيanَِصَلseََيbمaلgسaوiَnهyيaعل. َCلهoالnَىtoلhصhَaَلِهdالiَsَل:َكَا َنََرسََو:عَنََ َجابََِِرَبَ َِنَ َعبَ َِدَاللَهَِرضيَاللهَعنهَقَا َل
)ََ(رواهَالبخاري.َََفِإََذاَأََرادََالَفَِرَيضَةََنََزَلَفَا َستََقبَلََالَِقبََلة،عََلىََرا َِحَلَتِِهََحَيَثََتََو َجهَ َتَبََِِه
Maksudnya:
Daripada Jabir ibn Abdillah RA telah berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat
di atas haiwan tunggangannya ke arah mana pun haiwan itu menghadap,
apabila baginda ingin menunaikan solat fardhu, baginda turun dari
tunggangannya dan menghadap kiblat. (Riwayat al-Bukhari)
3. Takrir Nabi SAW:
Sesuatu perkara dilakukan di hadapan baginda Rasulullah SAW atau sampai ke
pengetahuan baginda SAW tentang suatu perkara, namun baginda tidak
menegahnya atau tidak menzahirkan kebencian terhadap perbuatan tersebut
َb،َيahَِوkَشaَمnَb َبagَضinَِبdَمaسلSوAَWليهbعeَrلهdالiaَىmصلdirَiيَبdَِنaالnََتmَِأeَ:mَلbاiَقaَr،kهaعنnnَهyللaَا.يCضonرtَoَِدhَولَِيhلaَاdَِنisَب:ََعنََ َخالَِ َِد
َ،ََل:ََأحََِرمََهَوَ؟َقَا َل:َفََقالََ َخاَلَِد،َََفأَمَ َس َكَيَ َده،ََإِنَهََ َض َب:ََفِقََيلَََلَه،َفَأ َهَوىَإََِليََِهََلِيَأَكَ َل
ََفَأَكَلََ َخالََِدََوَر َسولََاللهَصلىَاللهَعليه.َََفَأ َِج َدِنََأَعَاَفه،َولَ َِكَنَهَ َلََي َكونَََِبَر َضَقََوَِمي
َ )َ(رواهَالبخاري.وسلمَيََنظََر
Maksudnya:
Daripada Khalid bin al-Walid RA telah berkata: Nabi SAW telah dihidangkan
dengan daging dhab bakar, maka diberitahu kepada baginda sesungguhnya ia
daging dhab maka baginda tidak mengambilnya, maka Khalid bertanya: Adakah
ia haram? Baginda bersabda: Tidak, binatang tersebut tidak terdapat di
kampong kaumku, maka aku berasa tidak suka. Khalid pun memakannya
sedangkan Rasulullah SAW melihat. (Riwayat al-Bukhari)
4. Sifat Nabi SAW:
Iaitu dari sudut jasmani seperti bentuk tubuh badan atau rohani seperti amanah
َdىaلnصjَuهjلuالrَ.َلCَوoَسnَرtَoَنhكَاhَaََلdَوisَق:َعَنََأِبََإَِ َس َحا َقَاَب ِنَََمَن َصَورََرضيَاللهَعنهَقَالََ َِسعَ َتَال َباَءَي
َ.َََلَيسََِبَل َطَِوَيَِلَاَلبَاَئِ َِنََوَلَ َِبلقَ ِصَي،اللهَعليهَوسلمَأَ َح َسنََالَنا ِسَََوجَ َهاََوأَحَ َسنَهََ َخَلقَا
َ )َ(رواهَالبخاري
49
Ertinya: Daripada Abi Ishak RA berkata: Aku mendengar al-Barra’ RA berkata:
Bahawa Rasululullah SAW adalah paling tampan wajahnya dan paling baik
akhlaknya. Baginda tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Riwayat al-
Bukhari)
ISTILAH-ISTILAH LAIN YANG
SAMA ERTI DENGAN AL-HADIS
Al-Sunnah Al-Athar Al-Khabar Al-Riwayah
السنة الثر الب الرواية
12.4 PENGERTIAN ULUM AL-HADIS
Bahasa: Ulum ialah kata jamak bagi ilmu. Ilmu ialah pengetahuan mengenai
sesuatu.
Istilah: Gagasan ilmu yang mengandungi usul dan kaedah-kaedah untuk
mengetahui tentang perihal sanadnya (rantaian periwayatan sesuatu hadis) dan
matannya (teks hadis) sama ada ia diterima ataupun ditolak.
Ulum al-Hadis juga ialah ilmu untuk mengetahui perkataan Rasulullah SAW,
perbuatan dan perkara yang berkaitan dengan baginda. Ia membincangkan hal
berhubung riwayat dan dirayat hadis berdasarkan prinsip dan kaedah tertentu.
12.5 HADIS SEBAGAI SUMBER KEDUA DALAM ISLAM
Allah SWT telah menjadikan agama Islam sebagai agama yang terakhir dengan
mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dan menurunkan al-Quran
sebagai mukjizat paling agung. Sumber asas bagi syariat islam ialah al-Quran dan
hadis. Setiap muslim tidak dapat memahami syariat islam melainkan dengan
merujuk kepada kedua sumber asas ini. Setiap apa yang dating daripada Rasulullah
SAW selain daripada al-Quran dinamakan hadis nabawi.
Kedudukan hadis
Sumber yang kedua selepas al-Quran sebagai asas pengambilan hokum syarak.
Kedudukan hadis dalam islam dapat dijelaskan melalui dalil naqli dan aqli seperti
berikut:
1. Al-Quran
ﭐﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌ ﳎﳍﳏﳐﳑﳒﳓ
ﳔ ﳕ ﳖ ﳗ ﳘ ﳙ ﳚ ﳛ ﳝﳜ ﳞ ﳟ ﳠ ﳡ ﳢ
٥٩ :النساء
50
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, taatilah Allah SWT dan taatilah Rasul (Muhammad
SAW) dan para pemimpin kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat dalam
sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah SWT (al-Quran) dan Rasul
SAW (al-Sunnah). Jika kamu beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian,
yang demikian itu lebih baik dan kesudahan yang paling baik. (Surah An-Nisa:
59)
2. Aَ:l-اHَِمaَِبdََمisَتَركَ َتََفِيَكََمَأََمَرَينََلنََتَ ِضََليواَمَاََت َس َكَت:َََأنََهََقال،َع َنَأَِ َبَهََريََرَةَرضيَاللهَعنه
)َ(رواهَمالك.َكِتَا َبَاللهََو َسنََةََرسَوَِلَاللهَصلىَاللهَعليهَوسلم
Ertinya: Daripada Abi Hurairah RA, bahawa baginda SAW bersabda: Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya
selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu: Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. (Riwayat Malik)
3. Ijmak
Umat islam sepanjang zaman merujuk kepada hadis atas sifatnya sebagai
sumber hukum syarak bersama al-Quran. Para sahabat telah bersepakat
melaksanakan hukum dan mematuhi perintah serta larangan baginda SAW
sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup atau telah wafat. Generasi tabiin
dan tabi’ tabiin tidak mengingkari hal sedemikian.
12.6 KEPENTINGAN HADIS DALAM KEHIDUPAN
• Hadis adalah pelengkap kepada wahyu al-Quran kerana ia menyempurnakan
hukum berkaitan keimanan, ibadat dan urusan kehidupan.
• Hadis bertindak sebagai pengukuh, pentafsir dan menjadi keterangan sumber
hukum dalam al-Quran.
• Umat islam mampu memahami ajaran agama islam dengan lebih sempurna.
• Umat islam dapat membongkar segala rahsia dalam hadis setelah
mempelajarinya.
12.7 PERBEZAAN ANTARA HADIS NABAWI, HADIS QUDSI DAN AL-QURAN
Hadis Qudsi:
Sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui ilham
atau mimpi kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan
َbَنَهaََأgىinالdعaوتsَهeنnحاdirبiس. Cَلهoالnَtَنoَعhَhىaَوdَرisَا:ََفََِيم،َعَ َِنَالَنِِبََصلىَاللهَعليهَوسلم،عَ َنََأِ َبََذرََرضيَالله
َ"...ََف َلََت َظاَلِمَوا،ََو َجَعَلَتَهَبَيَنَ َكَمَ َمَرمَا،َ"يََ َِعَباَِديَََإِِ َنَ َحَرمَ َتَال َظيَلَمَعََلىَنَفَ َِس َي:َقَال
َ )(رواهَمسلم
51
Maksudnya:
Daripada Abi Dzar RA, daripada Nabi SAW, tentang apa yang diriwayatkan
daripada Allah sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: “Wahai hamba-hambaku,
sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman atas diriku, dan aku jadikannya
haram bagi kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi…”. (Riwayat Muslim)
CIRI-CIRI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA HADIS QUDSI, HADIS
NABAWI DAN AL-QURAN
Aspek Hadis Qudsi Hadis Nabawi Al-Quran
Makna dan
lafaz Makna daripada Makna dan lafaz Makna dan lafaz
Allah SWT dan daripada daripada Allah
Nisbah lafaz daripada
Rasulullah SAW Rasulullah SAW SWT
Periwayatan
Dinisbahkan Dinisbahkan
kepada Allah
kepada Rasulullah Dinisbahkan dengan lafaz:
SAW dengan lafaz: kepada Rasulullah َقالَاللهَسبحانه
َقالَرسولَاللهَصلى .َ..َوتعالى
َاللهَعليهَوسلمَفيما SAW dengan lafaz:
Diriwayatkan
يرويهَعنَربَه َقالَرسولَاللهَصلى secara mutawatir
اللهَعليهَوسلم
sahaja
Diriwayatkan secara mutawatir متواترdan
ahad آح َد
Penetapan Thabit secara qatie قطعيdan zonni ظ َن Thabit secara qatie
status sahaja
Kemukjizatan Tidak mempunyai unsur mukjizat Merupakan
mukjizat Rasulullah
Adab-adab Kedua-dua hadis ini boleh disentuh SAW yang agung
dalam keadaan berhadas
Hanya boleh
disentuh dalam
keadaan suci
daripada hadas
12.8 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ULUM AL-HADIS DALAM KEHIDUPAN
1. Umat islam akan mengetahui cara untuk menilai hukum dan status hadis dari
segi sanad atau matan sama ada sahih atau tidak.
2. Umat islam dapat menolak dakwaan palsu terhadap hadis oleh orientalis atau
golongan anti hadis.
3. Ibadat dan amalan seorang muslim akan diterima oleh Allah SWT kerana
berpandukan sumber yang sahih dan tepat daripada Rasulullah SAW.
4. Seorang yang mahir dalam ilmu hadis mampu membezakan antara hadis sahih,
hasan dan dhaif bersumberkan pendapat ulama’ yang muktabar.
52
5. Umat islam dapat memahami cara dan metodologi ulama’ menilai sesuatu
hadis.
12.9 HUJAH UNTUK MENOLAK DAKWAAN GOLONGAN ORIENTALIS DAN ANTI
HADIS TERHADAP HADIS
Golongan yang cuba menolak hadis sama ada secara keseluruhan atau
sebahagiannya sentiasa wujud. Golongan ini wujud semenjak zaman Rasulullah
SAW hingga zaman mutakhir ini melalui pelbagai cara teknik yang berbeza, tetapi
matlamatnya sama. Antara golongan tersebut ialah golongan Orientalis dan Anti
Hadis.
Golongan Anti Hadis: Mereka yang menolak hadis dan hanya menyeru umat islam
untuk beramal dengan al-Quran sahaja. Mereka ini terdiri daripada orang Islam dan
bukan islam.
Golongan Orientalis: Golongan sarjana barat yang terdiri daripada orang-orang
yahudi dan Kristian, yang mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai hal-hal
ketimuran khasnya berkaitan agama islam bertujuan untuk menimbulkan keraguan
umat islam terhadap agama islam.
Pandangan-pandangan yang diutarakan oleh Orientalis telah ditolak oleh beberapa
ulama islam. Mereka menjawab segala keraguan yang cuba ditimbulkan oleh
musuh islam.
Dakwaan negatif Hujah ulama’ islam menolak dakwaan negatif
1 Hadis Rasulullah SAW Penemuan bukti bahawa hadis sebahagian
adalah rekaan umat besarnya telah dicatat semasa Rasulullah SAW
islam yang terkemudian masih hidup melalui penemuan sahifah beberapa
dan tiada hubung kait sahabat dan tabiin yang tercatat hadis di dalamnya
dengan Rasulullah seperti sahifah Abdullah bin Amru al-Asr RA dan
SAW Hammam bin Munabbih RA.
2 Rasulullah SAW Rasulullah SAW memang diakui sebagai seorang
manusia yang juga manusia biasa tetapi baginda maksum iaitu
melakukan kesalahan terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat.
sama ada sebelum atau Firman Allah SWT:
sesudah dilantik
menjadi Rasul. ﳓﳔﳕﳖﳗﳘﳙﳚﳛﳜﳝﳞ
١١٠ :الكهف
Ertinya: Katakanlah: “Sesungguhnya aku
hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya
tuhan kamu itu tuhan yang satu…”. (Surah al-
Kahfi: 110)
53
3 Hadis Rasulullah SAW Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
adalah ajaran palsu ialah al-Quran dan hadis. Catatannya bukanlah
yang muncul antara 200 berlaku dalam tempoh 200-250 tahun selepas
hingga 250 tahun kewafatan baginda SAW. Contohnya kiriman surat
kemudian. kepada pemerintah Habsyah “al-Najashi” yang
ditulis semasa hayat baginda SAW.
4 Konsep Sunnah tidak Konsep Sunnah wujud semenjak zaman
pernah disebut pada Rasulullah SAW sebagaimana hadis:
zaman Rasulullah SAW "َ"عليكمَبسنتيَوسنةَاللفاءَالراشدينَالمهديين
dan ia timbul pada
zaman pemerintahan Ertinya: “Hendaklah kamu mengikut sunnahku dan
Khalifah Umar bin Abdul Sunnah khulafah al-rasyidin yang mendapat
Aziz (wafat 101H). petunjuk.
Penulisan hadis secara individu pada zaman
Rasulullah SAW diteruskan pada zaman sahabat
secara meluas.
12.10 PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian Ulum Hadis.
2. Apakah perbezaan antara kalam Allah dengan kalam Rasulullah SAW.
3. Terangkan hadis sebagai sunber perundangan Islam.
4. Mengapakah ada dalam kalangan umat Islam yang menolak hadis Rasulullah
SWT.
5. Umat Islam dituntut untuk mempelajari hadis Rasulullah saw.
Berikan pendapat anda untuk menyokong pernyataan di atas.
54
13.0 ILMU HADIS RIWAYAH DAN DIRAYAH
13.1 PENGENALAN
Memahami kepentingan mempelajari ilmu Hadis Riwayah dan Hadis Dirayah
dengan menjadikannya panduan dalam kehidupan.
13.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian dan nama-nama lain bagi Hadis Riwayah dan dirayah.
2. Menjelaskan sejarah perkembangan ilmu Hadis Riwayah dan Hadis Dirayah
beserta tokoh-tokoh periwayatan hadis yang masyhur.
3. Menghuraikan bidang-bidang perbahasan ilmu dalam Hadis Dirayah.
4. Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk menggunakan ilmu Hadis
Riwayah dan dirayah sebagai panduan dalam kehidupan.
13.3 PENGERTIAN HADIS RIWAYAH DAN HADIS DIRAYAH
PENGERTIAN HADIS RIWAYAH
Bahasa Kata terbitan (Masdar) daripada perkataan ََيََرَِوي-ََ َرَوىyang
Istilah
bererti memindahkan suatu berita, hikayah dan kisah.
Menurut definisi ulama kontemporari Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib:
ilmu yang yang mengkaji tentang periwayatan perkara yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW secara khusus sama
ada perkataan, perbuatan, takrir, sifat dan akhlak dengan cara
yang teliti dan terperinci.
PENGERTIAN HADIS DIRAYAH
Bahasa Kata terbitan (Masdar) daripada perkataan ََيَدَِري-ََ َدوىyang
Istilah
bererti mengetahui sesuatu.
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani (wafat 852h):
Imu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut
diterima atau ditolak yang berhubungkait dengannya.
NAMA LAIN HADIS RIAWAYAH DAN HADIS DIRAYAH
HADIS RIAWAYAH HADIS DIRAYAH
aL-Sunnah Mustalah Hadis
al-Athar Usul Hadis
al-Khabar Ilmu Hadis
55
13.4 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH DAN HADIS DIRAYAH
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH
ZAMAN RASULULLAH
• Hadis Rasulullah SAW adalah segala perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat
baginda. Ia merupakan sumber agama kepada para sahabat selain daripada al-
Quran. Apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah perintah Allah
SWT kepada rasul-Nya, Firman Allah:
٨٠ :ﭐﱁﱂﱃﱄﱅ ﱇﱆ النساء
Ertinya: Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati
Allah SWT.
• Majoriti sahabat Rasulullah SAW menerima hadis daripada baginda secara lisan
dan menghafaznya. Para sahabat menghafaz hadis kerana masyarakat arab
pada zaman itu kebanyakannya buta huruf tetapi kuat daya ingatan mereka.
• Disamping itu terdapat larangan daripada Rasulullah SAW kepada sahabat
untuk menulis hadith. Rasulullah SAW bersabda:
َََومنَكت َبَعَِنَغَ َيَالقرآ ِن،َلََتكتبواَعِن:َعنَأبوَسعيدَالدريَأنَرسولََاللهََِقال
َ)َ(رواهَمسلم..فليمحَه
Ertinya: Janganlah kamu semua menulis daripadaku (Hadis), sesiapa yang
menulis daripadaku selain al-Quran maka hendaklah dia padamkannya.
(Riwayat Muslim)
• Sebab dilarang menulis hadis:
1. Dibimbangi al-Quran dan hadis akan bercampur aduk.
2. Kemungkinan al-Quran dan hadis ditulis dalam satu lembaran.
3. Larangan tersebut khusus untuk para sahabat yang mempunyai daya
ingatan yang kuat.
• Namun, baginda SAW ada memerintahkan sahabat lain untuk menulis hadis.
Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah SAW sedang berpidato, seorang lelaki
bernama Abi Syah berasal dari negeri Yaman meminta Rasulullah SAW
menuliskan hadis untuknya. Kemudian baginda bersabda: “Tulislah kamu
(sahabat) untuk Abi Syah”.
• Justeru para sahabat menulis hadis setelah mendapat keizinan Rasulullah SAW
berdasarkan syarat-syarat tertentu:
1. Penulisan hadis dilakukan ketika al-Quran tidak turun.
2. Kebenaran diberikan kepada sahabat yang mudah lupa.
3. Penulisan hadis hendaklah dalam lembaran yang berasingan supaya tidak
bercampur aduk dengan al-Quran.
56
ZAMAN SAHABAT
• Selepas kewafatan Rasulullah SAW para sahabat belum lagi melaksanakan
penulisan dan pembukuan hadis secara formal.
• Namun terdapat dalam kalangan para sahabat yang pandai menulis seperti Abu
Bakar al-Siddiq, Muaz Bin Jabal, Umar Bin al-Khattab, Muawiyyah Bin Abi
Sufyan, Abdullah Bin al-Zubair dan Jabir Bin Samrah.
• Kegiatan penulisan hadis berlaku dengan cara mengajar, mempelajari,
meriwayat, mengumpul dan mencatat hadis-hadis.
• Hadis belum lagi dibukukan dan dikumpulkan secara khusus.
ZAMAN TABI’IN
• Pada zaman ini muncul hadis palsu disebabkan penyelewengan pengikut-
pengikut Mazhab seperti Syiah, Khawarij dan Muktazilah.
• Situasi ini bertambah buruk apabila berlaku kekurangan penghafaz hadis
kerana berpindah ke negeri lain dan mati di medan jihad.
• Menyedari keadaan ini, timbul inisiatif para ulama hadits untuk menyelidiki
kebenaran sesuatu hadis. Pembukuan hadis secara rasmi bermula apabila
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz mengarahkan Abu Bakar Bin Muhammad Bin
Hazm iaitu seorang gabenor Madinah, untuk mengumpul dan mencatat hadis-
hadis daripada para huffaz.
• Usaha ini diteruskan oleh Muhammad Bin Muslim Bin Syihab al-Zuhri dengan
mengumpul dan membukukan hadis-hadis untuk diedarkan ke seluruh pelusuk
negara Islam.
• Pada zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah mengarahkan
Imam Malik Bin Anas untuk membukukan hadis dan terhasil kitab “al-Muwatta”
()الموطأ.
• Pada awal kurun ketiga hingga kurun keempat hijrah, berlaku ledakan
pembukuan hadis.
• Antara kitab-kitab hadis yang dihasilkan ialah:
1. Sahih al-Bukhari oleh Imam al-Bukhari
2. Sahih Muslim oleh Imam Muslim
3. Sunan al-Tirmizi oleh Imam al-Tirmizi
4. Sunan Abi Daud oleh Imam Abu Daud
5. Sunan an-Nasa’i oleh Imam al-Nasa’i
6. Sunan Ibnu Majah oleh Imam Ibnu Majah
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADITH DIRAYAH
ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN SAHABAT
• Semasa hayat Rasulullah SAW ilmu Hadis Dirayah diterima secara langsung
daripada baginda, selepas baginda wafat, para sahabat meriwayatkan apa yang
mereka dengar dan hafaz kepada orang lain dengan penuh teliti dan cermat.
• Penggunaan ilmu ini bermula pada zaman sahabat, seiring dengan
perkembangan Hadis Riwayah dan ia berlaku secara tidak formal.
57
• Ilmu Hadis Dirayah belum lagi disusun dan ditulis dalam bentuk kitab, tetapi
para sahabat mempraktikkan beberapa kaedah dan dasar-dasar tertentu dalam
meriwayatkan hadis Rasulullah SAW.
• Para sahabat sangat berhati-hati dalam hal ini. Mereka memastikan kesahihan
setiap hadis yang ingin diriwayatkan dengan menyelidiki keadaan perawi dan
periwayatan mengikut disiplin ilmu Hadis Dirayah.
ZAMAN TABI’IN
• Para tabi’in juga mengamalkan kaedah yang sama dalam menerima dan
meriwayatkan hadis Rasulullah SAW walaupun ilmu Mustalah Hadis masih
belum dibukukan pada zaman ini.
• Pembukuan ilmu hadis bermula pada zaman Tabi’ Tabi’in, sesuai dengan
keperluan semasa yang semakin mendesak ekoran timbul fitnah dalam
kalangan umat Islam yang dipelopori oleh kumpulan Syiah al-Sabaiyyah yang
cuba memalsukan hadis Rasulullah SAW.
• Ilmu al-Hadis mula ditulis dan dibukukan tetapi penulisan masih berselerak
dalam kitab-kitab lain dan bercampur dengan ilmu-ilmu lain.
• Ulama-ulama hadis telah membukukan hadis dengan menggunakan prinsip-
prinsip, kaedah-kaedah dan istilah ilmu hadis untuk membendung masalah
tersebut.
• Sumbangan ulama dan perkembangan penulisan ilmu hadis adalah seperti
berikut :
Ulama Hadis Sumbangan
Imam al-Syafie (wafat 204h)
Pengarang pertama yang menulis
Qadhi Abu Muhammad Hassan sebahagian ilmu usul hadis dalam kitabnya
al-Risalah dan al-Umm pada kurun ketiga
Ibnu Abdul Rahman Ibnu al- hijrah.
Ulama yang mula mengarang kitab-kitab
Khallad al-Ramahurmuzi secara khusus yang membahaskan ilmu
Hadis Dirayah.
(wafat 360H) Ulama pertama yang menulis bidang ini
secara berasingan.
Imam al-Hakim Abu Abdullah
al-Nisaburi (wafat 405h), Imam Sekumpulan ulama’ yang membahaskan
Abu Nuaim al-Asfahani (wafat perkara-perkara yang telah menjadi subjek
430H), Imam al-Khatib Abu penulisan dalam kitab ulum hadis seperti
Bakar al-Baghdadi (wafat 463h) gharib al-Hadis, Mushkal al-Hadis, Hadis
dan Imam Ibnu Solah (wafat al-Nasikh dan al-Mansukh, Ilal al-Hadis dan
642h) Makrifah al-Ruwah.
58
13.5 BIDANG PERBAHASAN ILMU HADIS DIRAYAH
Ilmu Hadis Dirayah memiliki beberapa disiplin ilmu yang berkaitan dengan sanad
atau rangkaian perawi dan matan hadis.
1. Bidang ilmu Hadis Dirayah dari segi sanad dan rawi:
i. Al-Jarhu wa al-Ta’dil:
Ilmu yang mengkaji para perawi hadis dari aspek keadilan dan kekuatan
hafazan mereka dan sebagainya yang menentukan kedudukan hadis yang
mereka riwayatkan.
ii. Tabaqat al-Rawi:
Ilmu yang mengkaji sekumpulan perawi yang menerima, memelihara dan
menyampaikan hadis yang hidup dalam satu masa dan periwayatan atau
sanad yang sama
iii. Rijal al-Hadis:
Ilmu yang mengkaji tentang perawi hadis dari pelbagai aspek bertujuan
untuk mendedahkan latar belakangnya sama ada diterima atau ditolak
hadis yang diriwayatkan.
iv. Tarikh al-Ruwah:
Ilmu yang mengkaji tarikh kelahiran dan kematian perawi dan punca
pengambilan hadis
2. Bidang ilmu Hadis Dirayah dari segi matan:
i. Gharib al-Hadis:
Ilmu yang berkaitan dengan penjelasan maksud perkataan dalam matan
hadis yang rumit serta sukar untuk difahami.
ii. Al-Nasikh wa al-Mansukh:
Ilmu yang mengkaji tentang hadis yang datang kemudian sebagai
penghapus (al-Nasikh) terhafap ketentuan hukum yang bertentangan
dengan kandungan yang datang terlebih dahulu (al-Mansukh)
iii. Asbab wurud al-Hadis:
Ilmu yang membincangkan perkara yang menjadi latar belakang, sebab
dan pendorong suatu hadis berlaku.
iv. Mukhtalaf al-Hadis:
Ilmu yang membincangkanpercanggahan antara dua hadis pada
maknanya yang zahir, satu daripadanya menetapkan suatu hukum
manakala yang satu lagi menafikan.
3. Bidang ilmu Hadis Dirayah dari segi sanad dan matan:
i. Ilal al-Hadis:
Ilmu yang mengkaji sebab kecacatan yang tersembunyi yang menggugat
kesahihan sesuatu hadis.
ii. Takhrij al-Hadis:
Ilmu yang mengkaji sumber asal dan status sesuatu hadis melalui cara
tertentu.
59
13.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU HADIS RIWAYAH DAN DIRAYAH
Ilmu ini merangkumi penyelidikan berkaitan perawi, syarat dan jenis hadis berserta
hukum dan kedudukan sesuatu hadis sama ada Sahih, Hasan, atau Daif. Selain itu,
ilmu ini merangkumi kajian berkaitan kefahaman nas-nas dan teks hadis.
• Kepentingan Mempelajari Ilmu Hadis Riwayah
1. Pemeliharaan syariat Islam dan penetapan hukum halal atau haram dapat
dilaksanakan dengan baik.
2. Ulama yang mahir dalam ilmu Hadis Riwayah akan meriwayatkan hadis
baginda SAW dengan periwayatan yang tepat secara teliti, amanah dan
berhati-hati seperti mana yang didengari.
3. Ulama ilmu hadis merekod semula apa yang disalin tanpa penambahan dan
pengurangan perkataan atau ayat.
4. Setiap hukum dan undang-undang syariah yang disampaikan lebih praktikal
dan mengikut sunnah Rasulullah SAW dengan betul dan tepat.
• Kepentingan Mempelajari Ilmu Hadis Dirayah
1. Memastikan umat Islam selamat dari penyelewengan dan kesalahan
apabila menerima dan menyebarkan hadis.
2. Membezakan hadis sahih dengan hadis maudhu’ daripada tempat
pengambilannya.
3. Hadis terpelihara daripada sebarang campur aduk anasir asing.
13.7 TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU HADIS RIWAYAH DAN DIRAYAH
SEBAGAI PANDUAN DALAM KEHIDUPAN
Hadis merupakan sumber syariat Islam. Manakala ilmu hadis pula berfungsi untuk
memastikan hadis Rasulullah SAW kekal sebagai rujukan umat Islam. Sewajarnya
kedua-dua elemen ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapat rahmat
Allah SWT di dunia dan di akhirat. Berikut adalah Tindakan yang perlu diambil untuk
mencapai matlamat tersebut.
Sasaran Hadis Dirayah dan Riwayah
Individu
• Setiap muslim hendaklah membaca dan mempelajari kitab-
Masyarakat kitab hadis seperti Sunan al-Sittah daripada guru yang
muktabar.
Kerajaan
• Murid hendaklah mendalami ilmu ini sebagai asas dan acuan
terbaik untuk memahami agama.
• Setiap lapisan masyarakat hendaklah mengikuti pengajian
hadis di masjid dan surau untuk mendalami ajaran agama.
• Anggota masyarakat perlu bertanya dan merujuk kepada
orang yang pakar dalam bidang hadis suoaya tidak terpesong
daripada ajaran Islam yang sebenar.
• Badan kerajaan perlu bergerak aktif menterjemahkan karya
berbahasa arab ke Bahasa melayu untuk memudahkan umat
Islam membuat rujukan.
60
• Pihak keranaan melalui institusi agama Islam perlu
mengadakan ceramah, seminar dan persidangan hadis
kepada masyarakat.
13.8 PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian ilmu Hadis Riwayah.
2. Apakah kepentingan ilmu Hadis Riwayah kepada umat Islam.
3. Jelaskan sejarah perkembangan ilmu Hadis Riwayah pada zaman tabiin.
4. Terangkan pengertian ilmu Hadis Dirayah.
61
14.0 HADIS MUTAWATIR DAN HADIS AHAD
14.1 PENGENALAN
Memahami kepentingan mempelajari hadis mutawatir dan hadis ahad dengan
menjadikannya panduan dalam kehidupan.
14.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian Hadis Mutawatir dan Hadis Ahad.
2. Menerangkan syarat-syarat hadis mutawatir.
3. Menjelaskan pembahagian hadis mutawatir dan hadis ahad
4. Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk menggunakan hadis
mutawatir dan hadis ahad sebagai panduan dalam kehidupan.
14.3 HADIS MUTAWATIR
PENGERTIAN
Bahasa Berterusan atau berturutan
Istilah
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai dan
mustahil pada adat mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap
hadis Rasulullah SAW.
SYARAT HADIS MUTAWATIR
1. Hadis tersebut hendaklah diriwayatkan oleh perawi yang ramai. Ulama berbeza
pendapat berkaitan had bilangan minimum perawi hadis mutawatir.
2. Bilangan perawi yang ramai mencapai satu tahap mustahil pada adat mereka
berpakat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah SAW.
3. Jumlah perawi seimbang pada setiap tabaqat (peringkat) sanad iaitu daripada
tabaqat yang pertama sehingga tabaqat yang terakhir.
4. Perkhabaran hadis hendaklah diterima melalui pancaindera yang lima.
((سعناContohnya seorang perawi berkata : “Kami dengar atau kami lihat
)َ(رأينا.
PENDAPAT ULAMA MENGENAI HAD BILANGAN MINIMUM PERAWI HADIS
MUTAWATIR
Bilangan minimum perawi hadis mutawatir
4 orang 5 orang 20 orang 40 orang
62
14.4 PEMBAHAGIAN HADIS MUTAWATIR
Perkara Mutawatir Lafzi Mutawatir Ma’nawi
)(متواترَلفظي )َ(متواترَمعنوي
Hadis mutawatir yang sama dari segi Hadis mutawatir yang sama dari
Takrif lafaz dan makna. segi makna tetapi berbeza
lafaznya.
Contohnya: Contohnya:
ََقالَرسولَاَّللَصلىَاَّلل:َعنَأِبَهريرةَقال Hadis mengenai Rasulullah SAW
َ منَكذبَعليَمتع ِمداَفليتبوأ:َعَليِهَوسلَم mengangkat tangan ketika berdoa
()رفعََاليدي ِنَِفَال يدعاء
َ )َ(رواهَالبخاري.مقعدهَِمنَالنار Hadis berkaitan ini diriwayatkan
dengan berbagai-bagai lafaz
Ertinya: sehingga ada yang menyatakan
Sesiapa yang sengaja mendustakan aku,
Contoh maka bersedialah untuk menempatkan sampai beratus lafaz hadis.
dirinya di neraka.
Semuanya menceritakan
(Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW mengangkat
tangan ketika berdoa.
Hadis ini diriwayatkan oleh lebih daripada
70 orang perawi dalam kalangan para
sahabat dan diikuti bilangan yang sama
atau lebih daripada tabaqat yang lain.
14.5 HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS MUTAWATIR.
1. Wajib beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya dan ia boleh
dijadikan dalil atau hujah.
2. Menolak atau mengingkarinya adalah kafir.
قطعي3. Hadis mutawatir sabit secara
ضروري4. Ia bersifat dan ia tidak boleh disangkal atau ditolak.
14.6 PENGHUJAHAN HADIS MUTAWATIR
Hadis Mutawatir memberi faedah hadis yang pasti dan keyakinan dengan hadis
Mutawatir adalah bersifat yakin tanpa syak. Ia seumpama seorang yang yang
melihat dengan pancainderanya sendiri dan ia tidak boleh dinafikan apabila
berbicara dengan Hadis Mutawatir.
Ia wajib diterima tanpa ada soal selidik terlebih dahulu tentang pengriwayatannya.
Kedudukan hadis ini mempunyai kedudukan yg tinggi melebihi kedudukan hadis
Ahad.
63
Status dan hukum hadis mutawatir adalah qat’i al-wurud, yaitu pasti kebenarannya
dan menghasilkan ilmu yang durury (pasti). Oleh yang demikian, adalah wajib bagi
umat Islam untuk menerima dan mengamalkannya. Dan orang yang menolak hadis
mutawatir secara sengaja dihukumkan kafir dan pembahasan mengenai keadaan
para perawinya tak diperlukan lagi.
14.7 HADIS AHAD
PENGERTIAN
Bahasa Ahad bermaksud satu yang memberi makna apa yang diriwayatkan
Istilah oleh seorang perawi sahaja.
Mana-mana hadis yang tidak menepati syarat mutawatir.
Hadis Ahad atau khabar Ahad ini adalah sesuatu khabar yang tidak cukup syarat
untuk menjadikan ia sebagai khabar yang mutawatir walaupun perawinya ramai.
Tambahan pula, hadith atau khabar Ahad ini lebih banyak jika dibandingkan dengan
hadith atau khabar yang mutawatir. Hadith atau sunnah merupakan sumber kedua
di dalam syariat Islam. Untuk itu, mempelajari ilmu-ilmu berkaitan hadith ini
merupakan satu tuntutan kerana tanpanya kita tidak dapat memahami hadith Nabi
SAW dengan baik. Ilmu mustholah hadith termasuk di dalam salah satu juzuk atau
cabang daripada ilmu hadith.
PEMBAHAGIAN HADIS AHAD KEPADA TIGA BAHAGIAN:
• HADIS MASYHUR ()حديث مشهور
Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih pada setiap Thabaqat
َteَنtَِإaَpَلiوtَقidََيaَمkسََلsaَوmََِهpََليaَعiَtَهaللhَاaىpصََلmuََِهtلaالwََلaوtiَسr.َرCََتonَعtoَِسhَ:ََعنََ َعَب َِدَاللهََب َِنَعَ َمَروَبَ ِنََاَلَعا َِصََقال
َاللَهَ َلَيَقَبَِ َضَاَلَعَِلمََانَتََِزاعَاَيَنََتَِزَعَهَِمَ َنَاَلعَِبَاِدَََوَل ِكَنََيََقَبِ َضَاَلعََِلَمََبِقَبَ ِضََاَلعََل َماِءََ َحَّتََإَِذا
َ َ.َفضليواَوأضليوا،َفأفتواَبِغ ِيَ ِعلم،لََيَبَِقََعَالَِمَاَاِتَذََالنَاسَََرَءوسَاَ َج َهالََفسئِلوا
((َرَواهَالبخار َي ومسلم
Ertinya:
“Dari Abdullah bin Amru bin al-As RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya Allah SWT tidak menghilangkan ilmu dengan cara
mencabut ilmu dari dada manusia tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu dengan
mematikan para ‘ulama sehingga apabila ketiadaan ‘ulama, mereka melantik
pemimpin daripada kalangan orang yang jahil. Mereka (para pemimpin) disoal,
lalu merekapun memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan
menyesatkan (manusia).”
64
• HADIS AZIZ )(حديث َع ِزيز
Ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat atau
thَaمbدكaqحaأtَنsaؤِمnيaَdَل.َC:َoمnلtسoوhَ:َقالَرسولَاَّللَِصَلىَاَّللَعليِه:ََقال،َعنََأن ِسَب ِنَمالِ َك
َ )ََ(رواهَاحم َد.َحّتَأكونَأحبَإِليِهَِمنَول ِدهَِووالِ ِدهَِوالنا ِسَأْجعِين
Ertinya :
Daripada Anas RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda : Tidak beriman
seseorang daripada kamu sehingga dia lebih mengasihi aku daripada kasih
kepada ayahnya, anaknya dan semua manusia. (Riwayat Ahmad)
• HADIS GHARIB )(حديث غَ ِريب
Ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang seorang perawi pada setiap
peringkat sanad. Contoh ;
ََ ِسعتَرسولَاَّلِلَصََلىَاللَهَ َعَليَِه:عنَأِبَحف َصَعمرَب ِنَالَطا ِبَر ِضيَاللهَعنهَقال
ََوإَِناَلِكِلَامِرىءَماَنوىَفمنَكانتَ ِهجرتهَإِلى،َإَِناَالعمالَِبلنِيا ِت:َو َسَلمََيقو َل
َاللهَِورسولِِهَفِهجرتهَإَِلىَاللهَورسولِِهَومنَكانتَ ِهجرتهَلِدنياَي ِصيبهاَأوَاِمرأةَين ِكحها
.(َ(رواهَالبخاَر َي ومسلم.فِهجرتهَإِلىَماَهاجرَإِليَِه
Ertinya:
Daripada Abi Hafs Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat,
sesungguhnya bagi seseorang apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang
hijrahnya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau
perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah
kepadanya”.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS AHAD
1. Hadis Masyhurm Aziz atau Gharib boleh beramal dan berhujah dengan syarat
hadis tersebut mencapai tahap atau status Sahih dan Hasan.
2. Jika hadis Ahad bertaraf Dhaif, maka tidak boleh berhujjah dengannya tetapi
masih boleh beramal mengikut syarat yang tertentu.
3. Kesimpulannya adalah, boleh beramal dan berhujah dengan hadis Ahad tetapi
tidak kufur bagi sesiapa yang tidak mengamalkannya.
65
PENGHUJAHAN HADIS AHAD
نظريHadis Ahad memberi hukum secara iaitu ilmu yang perlu kepada penelitian
dan pembuktian. Hadis Ahad dari aspek penerimaan dan penolakannya terbahagi
kepada dua jenis:
Hadis Ahad Maksud Hukum
Hadith yang diterima Boleh dijadikan hujah dan
Maqbul )(مقبول boleh beramal dengannya
Hadis yang ditolak Tidak boleh dijadikan hujah
Mardud )(مردود dan tidak wajib beramal
dengannya
14.8 TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU HADIS MUTAWATIR DAN HADIS
AHAD SEBAGAI PANDUAN DALAM KEHIDUPAN.
Para ulama telah menetapkan bahawa hadis Mutawatir mengandungi
maklumat yang tepat dan tidak dianggap palsu. Manakala hadis Ahad yang sahih
dari segi sanad dan matan serta tidak bertentangan dengan akal, jumhur ulama
memutuskan boleh beramal dengannya. Asas tersebut memberi panduan kepada
umat Islam dalam kehidupan untuk bertindak mengikut syariat Islam.
Sasaran Hadis Mutawatir Hadis Ahad
Individu Individu yanf cerdik akan
Seseorang hendaklah hanya memastikan dan menyelidik
Masyarakat sesuatu maklumat yang
Kerajaan mempercayai dan menerima diterima itu betul supaya tidak
terjebak dalam penyebaran
berita daripada sumber yang maklumat yang berunsurkan
fitnah.
berautoriti seperti pihak kerajaa, Anggota masyarakat perlu
mengelakkan diri daripada
polis dan pihak berwajib menjalani kehidupan yang
berasingan daripada majoriti
berbanding sumber berita masyarakat.
daripada pihak lain. Pihak kerajaan perlu mengambil
langkah dan inisiatif
Setiap lapisan masyarakat menyatukan masyarakat yang
berbeza agama dan kaum
hendaklah bersepakat dan supaya mereka hidup aman dan
sejahtera.
bersama-sama dalam membuat
keputusan supaya
membolehkan hasil yang
terbaik.
Kerjaan perlu mengambil kira
suara rakyat untuk membina
negara yang maju dan Makmur
di bawah hidayah Allah SWT.
66
14.9 PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian hadis Mutawatir.
2. Jelaskan pendapat ulama tentang had minimum bilangan perawi hadis
Mutawatir.
3. Hukum beramal dengan hadis Mutawatir adalah dan diterima sebagai hujah.
Hadis Mutawatir thabit secara qatie. Hadis mutawatir tidak boleh dipertikaikan.
Apakah kesan sekiranya umat Islam tidak beramal dengan hadis Mutawatir?
4. Nyatakan pengertian hadis Ahad.
5. Apakah kesan seseorang muslim menolak hadis Ahad.
67
15 HADIS SAHIH, HADIS HASAN DAN HADIS DHAIF
15.1 PENGENALAN
Memahami kepentingan mempelajari hadis sahih, hadis hasan dan hadis dhaif
dengan menjadikannya panduan dalam kehidupan.
15.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian hadis sahih, hadis hasan, dan hadis dhaif beserta
contoh .
2. Menerangkan pembahagian hadis sahih dan hadis hasan.
3. Menghuraikan jenis-jenis hadis dhaif.
4. Menilai hukum beramal dengan hadis sahih, hadis hasan dan hadis dhaif.
5. Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk menggunakan hadis sahih,
hadis hasan dan hadis dhaif sebagai panduan dalam kehidupan.
15.3 HADIS SAHIH
PENGERTIAN HADIS SAHIH
Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhabid,
bersambung sanad, tiada syaz dan tidak ada ‘illah.
CONTOH HADIS SAHIH
ََقالَ ِسعتَالنِبَصلىَاللهَعليهَوسلمَيقرأَِفَالمغِر ِب،َعنَأبِيِه،عنَمم ِدَب ِنَجبي
)ََ(رواهَالبخاري.ََوذلِ َكَأولَماَوقرَالِإيمانَِفَقلِب،ِبلطيوِر
Ertinya:
Daripada Muhammad bin Jabir RA, daripada bapanya, telah berkata: Aku telah
mendengar Nabi Muhammad SAW membaca dalam solat maghrib surah al-Tur, itu
ialah surah pertama yang menetapkan iman dalam hatiku. (Riwayat al-Bukhari)
PEMBAHAGIAN HADIS SAHIH
1. HADIS SAHIH LIZATIH )(صحيحَلذاته
• Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhabit,
bersambung sanad, tidak ada syaz dan tidak ada ‘illah.
• Takrif ini sama dengan takrif hadis sahih
2. HADIS SAHIH LIGHAIRIH )ََ(صحيحَلغيه
• Hadis Hasan yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau
lebih kuat.
68
• Hadis ini asalnya hasan lizatih ) (حسنَلذاتهtetapi telah diangkat ke martabat
hadis sahih kerana factor luaran iaitu wujud rangkaian sanad yang ramai
menampung kekurangan hafazan dan dhabit perawinya.
SYARAT-SYARAT HADIS SAHIH
Sesuati hadis tidak dikira sahih kecuali setelah melengkapi 5 syarat berikut:
1. Adil )(عاديل
Adil bermaksud seorang perawi hendaklah memenuhi lima kriteria iaitu islam,
baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan
maruah dan menjejaskan akhlaknya.
2. Dhabitَ)(ضابط
Suatu ketetapan pada seorang perawi iaitu tiada perubahan ingatan jika
diriwayatkan melalui lisan dan tiada perubahan tulisan jika melalui penulisan.
Dhabit terbahagi kepada dua:
a) Dhabit kitabi: Perawi hadis mampu menjaga tulisan dan catatan hadis yang
diterima dengan baik tanpa berlaku kerosakan pada tulisan.
b) Dhabit hifzi: Perawi hadis mampu meriwayatkan hadis kepada sesiapa dan
pada bila-bila masa yang diperlukan serta mengingati daripada siapa setiap
hadis ini diterima.
3. Sanad yang bersambung
Setiap perawi mestilah menerima hadis dari orang sebelumnya secara langsung
daripada awal sanad hingga akhirnya. Sekiranya sanad terputus pada mana-
mana thabaqat, maka hadis tersebut dikira tidak sahih.
4. Tidak ada ‘illah )(تيدقَادَعلة
Tidak ada kecacatan yang menjejaskan kesahihan hadis.
5. Tidak ada syazَ)(تيدقَادَشاذ
Tidak ada percanggahan antara perawi thiqah dengan perawi yang lebih thiqah.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SAHIH
• Wajib beramal dengan hadis sahih secara ijmak.
• Ia merupakan salah satu hujah dan sumber syariat yang sah yang tidak boleh
bagi umat islam meninggalkannya atau tidak beramal dengannya.
PENGHUJAHAN HADIS SAHIH
• Hadis sahih dijadikan hujah dan dalil syarak.
69
• Sesiapa yang mengingkari hadis sahih dihukum berdosa kerana ia menepati
kesemua ciri-ciri utama dan syarat sah penerimaan sesebuah hadis.
15.4 HADIS HASAN
PENGERTIAN HADIS HASAN
Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil, bersambung sanad,
tidak ada syaz, tidak ada ‘illah tetapi kurang sempurna dari segi dhabid.
CONTOH HADIS HASAN َعب ِدَاَّللَِب ِنَق،عنَأِبَبكِرَب ِن
ََِِبضَرِةَالعد ِوَيقولَقال،َقالَ ِسعتَأِبَوهو،يسَعنَأبِيِه
)َ(رواهَالترمذي.َ"ََرسولَاَّللَِصلىَاللهَعليهَوسلمََ"َإِنَأبوابَاْلنِةََتتَ ِظلِلَال يسيو ِف
Ertinya:
Daripada Abi Bakar bin Abi Musa al-Asy’ari RA telah berkata: Aku mendengar
bapaku berkata di hadapan musuh dengan berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda: “Sesungguhnya pintu syurga berada di bawah bayangan pedang…”.
(Riwayat al-Tirmizi)
PEMBAHAGIAN HADIS HASAN
1. HADIS HASAN LIZATIH )َ(حسنَلذاته
• Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil, bersambung
sanad, tidak ada syaz, tidak ada 'illah tetapi kurang dhabid.
• Takrif ini sama dengan hadis Hasan
2. HADIS HASAN LIGAIRIH )َ(حسنَلغيه
• Hadis yang pada asalnya dhaif, tetapi apabila ia diriwayatkan melalui jalan
periwayatan yang baik, yang seumpamanya atau disokong oleh riwayat yang
lebih kuat daripadanya sama ada dengan lafaz atau makna, maka ia akan
naik taraf menjadi hadis hasan lighairihi dengan syarat kedhaifannya bersifat
sederhana.
SYARAT-SYARAT HADIS HASAN
1. Perbezaan antara hadis sahih dengan hadis hasan ialah perawi hadis hasan
dihukum kurang dhabid (kurang ketepatan dan lemah ingatan) sahaja yang
mengurangkan nilai dan martabat sesuatu hadis.
2. Hadis hasan mesti diriwayatkan oleh perawi yang adil.
3. Hadis hasan perlu menepati syarat-syarat pada sanadnya iaitu bersambung,
tiada kecacatan dan tidak bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh
perawi lain yang lebih thiqah.
70
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS HASAN
Hadis hasan boleh beramal dengannya sebagaimana para fuqaha’ menggunakan
hadis hasan sebagai hujah dan beramal dengannya.
PENGHUJAHAN HADIS HASAN
• Hukum hadis hasan adalah seperti hadis sahih dari aspek penghujahannya,
sekalipun darjatnya lebih rendah daripada hadis sahih.
• Justeru, hadis hasan dijadikan hujah dan dalil syara’. Namun begitu, hujah hadis
hasan tidak dapat menandingi kekuatan hujah hadis sahih.
15.5 HADIS DHAIF
PENGERTIAN HADIS DHAIF
• Hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih daripada syarat-syarat hadis makbul
(diterima) iaitu hadis sahih dan hadis hasan.
• Hadis dhaif mempunyai martabat yang berbeza, ada yang terlampau lemah dan
sederhana mengikut keadaan sanad dan matan.
Cَ،OَدَةNاTََِعبOَفHََِHَِمAاَئD َصIلS(اDَ:HََلمAَسIوFَََََقا َلََر َسولََاللهََِصََلىَاللَهَعََليَِه:َعنََ َسَلمَانََبَ ِنََعَاَِمَِرَال َِضِبَََقا َل
)َ(رواهَالديلمي.)ََوإَِنَََكَا َنََراقَِ َداَعََلىََفَِرا ِشَِه
Ertinya:
Daripada Salman bin Amir at-Thibbi berkata, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang
berpuasa itu tetap dalam keadaan beribadat sekalipun dia tidur di atas hamparan.
(Riwayat ad-Dailami)
Sanad hadis ini dhaif kerana dalam sanadnya terdapat Yahya bin Abdullah bin az-
Zajaj dan Muhammad bin Harun bin Muhammad bin Bakar bin Hilal. Kedua-dua
orang ini tidak diketahui latar belakang (perawi majhul) berdasarkan ilmu al-Jarh wa
al-Ta’dil.
PEMBAHAGIAN HADIS DHAIF
1. Dhaif pada matan
• Berdasarkan kepada sebab wujudnya ‘illah yang menyebabkan terjejas
sesuatu hadis.
• Contoh: Hadis maqlub, hadis mutharib, hadis mudraj dan hadis mu’allal.
i. Al-Maqlub ()المقلو َب
Ada pertukaran pada perkataan pada sanad atau matan.
71
ii. Al-Mutharib ()المضطر َب
Diriwayat melalui banyak riwayat yang sama kuat tetapi bercanggah
antara satu sama lain.
i. Al-Mudraj ()المدرج
Ada pertambahan unsur luar pada sanad atau matan.
ii. Al-Mazid fi muttasil al-Asanid ()المزيدَِفَمتصلَالسانيد
Berlaku pertambahan nama perawi dipertengahan sanad yang
sememangnya bersambung.
iii. Al-Musahhaf/Al-Muharraf (المحرف/)المصحف
Pertukaran kalimah kerana kesilapan membaca, menulis, mendengar
dan sebagainya.
iv. Al-Mu’allal ()المعلل
Hadis yang mengandungi ‘illah (cacat) tetapi tidak zahir.
2. Dhaif pada sanad
• Terputus sanad sama ada sedikit atau banyak, sengaja atau tidak pada awal
sanad, pertengahan atau akhir sanad, atau wujudnya ‘illah yang menjejaskan
hadis.
i. Al-Mua’allaq ()المعلق
Sanad terputus di peringkat permulaan disebabkan gugurnya seorang
perawi atau lebih.
ii. Al-Mu’dhal ()المعضل
Gugur pada rangkaian sanad dua orang perawi berturut-turut atau lebih
secara berturut.
iii. Al-Munqothi’ ()المنقطع
Terputus sanad sahabat atau terputus sanad pada mana-mana
bahagian.
iv. Al-Mursal ()المرسل
Terputus sanad sahabat.
v. Al-Mudallas ()المدلس
Terdapat jenayah tadlis (pemalsuan) dalam periwayatan.
72
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHAIF
Kebanyakkan ulama’ berpendapat boleh beramal dengan hadis dhaif dalam perkara
yang berkaitan dengan Fadhail al-A’mal (keutamaan beramal) dengan tiga syarat
iaitu:
1. Faktor kedhaifan hadis dhaif bersifat sederhana.
2. Hadis dhaif tersebut bersesuaian dengan dasar dan prinsip syariat yang telah
dipegang.
3. Hadis dhaif diamalkan tanpa meyakini bahawa ia sebuah hadis yang
disandarkan kepada Rasulullah SWT.
Ulama’ bersepakat menetapkan bahawa kita tidak boleh berhujah menggunakan
hadis dhaif untuk menetapkan sesuatu hukum halal atau haram dalam syara’ seperti
hukum jual beli, perkahwinan, jenayah dan berhujah dalam perkara akidah.
15.6 TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN HADIS SAHIH, HADIS HASAN DAN
HADIS DHAIF SEBAGAI PANDUAN DALAM KEHIDUPAN
Suatu hadis itu dapat dikategorikan kepada sahih, hasan atau dhaif adalah
berdasarkan kepada dua perkara iaitu keadaan sanad dan perawi hadis. Para
ulama’ telah memberikan panduan kepada penuntut ilmu untuk mengetahui darjat
hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Justeru, pengetahuan dan
kefahaman seseorang terhadap status hadis itu, dapat membantunya untuk
beramal, berhukum dan berhujah dalam agama.
Sasaran Hadis Sahih dan Hadis Hasan Hadis Dhaif
Individu
Masyarakat Seorang murid hendaklah Individu yang pintar akan
menyelidik status hadis sebelum
Kerajaan mempelajari hadis sahih dan berhujah dan beramal.
hadis hasan agar pelaksanaan
ibadat tepat menurut Al-Sunnah.
Masyarakat islam pada masa Umat islam sepatutnya
kini perlu sensitif terhadap isu memahami syarat-syarat
hadis supaya mereka tertentu sebelum menggunakan
mengetahui dengan jelas hadis dhaif dalam urusan
kesahihan suatu hadis. agama.
Institusi agama negara perlu Hadis dhaif perlu diberi
mendidik umat islam agar perhatian oleh institusi agama
berpegang dengan dalil-dalil dalam negara dengan memberi
yang sahih dan menjauhi dalil kefahaman kepada masyarakat
yang lemah. islam.
73
4.7 PENILAIAN
1. Nyatakan pengertian hadis sahih.
2. Jelaskan perbezaan antara hadis sahih dan hadis hasan.
3. Mengapakah seorang perawi hadis mesti bersifat adil?
4. Jelaskan hukum beramal dengan hadis dhaif.
5. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara akidah dan penetapan hukum
syarak.
Jelaskan implikasi yang akan berlaku sekiranya penyataan di atas tidak dipatuhi.
74
BAHAGIAN USUL FIQH
16.0 PENGENALAN USUL FIQH
16.1 PENGENALAN
Menjadi satu keutamaan kepada kita untuk mempelajari ilmu
tentang sejarah selok selok ulama terdahulu menghalilkan hukum
tentang sesuatu perkara. Ketelitian mereka direkodkan dalam
kitab-kitab halil penulisan yang malih kekal sehingga ke hari ini.
16.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian ilmu Usul Fiqh.
2. Menerangkan sejarah perkembangan ilmu Usul Fiqh.
3. Menjelalkan kaedah penulisan ilmu Usul Fiqh.
4. Menghuraikan skop perbahasan ilmu Usul Fiqh.
5. Menilai kepentingan mempelajari ilmu Usul Fiqh.
6. Mencadangkan usaha dan tindakan untuk menjadikan ilmu Usul
Fiqh sebagai panduan dalam kehidupan.
16.3 PENGERTIAN ILMU USUL FIQH
Ilmu Usul Fiqh ialah ilmu yang telah digunakan oleh ulama dalam menetapkan hukum
syarak. Ia merupakan ilmu yang sangat penting dalam menyelesaikan dan
menetapkan permasalahan hukum yang timbul dalam kalangan malyarakat.
Usul Fiqh ialah gabungan dua perkataan iaitu usul dan Fiqh:
Pengertian Usul Fiqh
Bahala
Alal sesuatu perkara. Faham
Istilah
Dalil dan kaedah. Ilmu berkaitan hukum syarak secara amali
yang diperolehi daripada dalil-dalil yang
terperinci.
Usul Fiqh Usul Fiqh ialah ilmu berkaitan kaedah umum penentuan hukum
syarak secara amali melalui dalil-dalil yang terperinci.
75
16.4 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH
ZAMAN RASULULLAH SAW
• Hukum syarak diambil terus daripada Ralulullah SAW dalam bentuk wahyu Al-
Quran dan penjelasan Baginda SAW yang dikenali sebagai Hadis. Segala
permasalahan yang timbul akan diputuskan hukumnya oleh Rasulullah SAW
melalui wahyu Al-Quran yang diterima atau melalui penjelasan daripada Baginda
SAW sahaja.
• Namun begitu, terdapat sahabat seperti Mu’az Bin Jabal RA yang diutuskan oleh
Rasulullah SAW ke Yaman. Beliau melakukan ijtihad dalam permasalahan yang
tidak terdapat hukumnya dalam Al-Quran dan Hadis.
ZAMAN SAHABAT
• Setelah kewafatan Rasulullah SAW, berlaku banyak kejadian yang tidak
mempunyai hukum yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis.
• Sahabat menetapkan hukum syarak berdalarkan kefahaman yang mendalam
terhadap al-Quran dan Hadis kerana mereka memiliki kemahiran Bahala arab yang
tinggi. Selain itu, mereka juga memahami Asbab Nuzul ayat al-Quran dan Asbab
Wurud Hadis.
• Sahabat tidak membuat penulisan mengenai kaedah yang digunakan bagi
menentukan hukum syarak terhadap perkara yang tidak dinyatakan hukumnya
dalam al-Quran dan Hadis.
• Jawapan para sahabat pada sesuatu permasalahan dinamakan fatwa sahabat.
ZAMAN AT-TABIIN
• Para Tabiin mewarisi ilmu daripada para sahabat dan fatwa-fatwa mereka.
• Mereka memutuskan hukum syarak berasaskan kaedah yang digunapakai oleh
sahabat.
• Selain daripada Al-Quran dan Hadis, para Tabiin juga merujuk ijmak sahabat dan
fatwa-fatwa mereka sebelum mereka sendiri berijtihad untuk menentukan hukum
syarak.
• Mereka juga tidak menulis berkaitan kaedah yang mereka gunakan dalam
memutuskan hukum syarak terhadap persoalan-persoalan semasa.
ZAMAN TABI’ TABIIN
• Pada zaman ini, negara Islam telah menjadi luas. Ramai orang bukan arab
memeluk Islam.
• Banyak berlaku peristiwa yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Quran, Hadis,
ijmak dan fatwa-fatwa sahabat.
• Ulama-ulama pada zaman ini telah berijtihad dan mengeluarkan hukum
berdalarkan ilmu yang telah mereka pelajari daripada para Tabiin.
• Imam al-Syafi’e merupakan orang yang pertama menulis kitab berkaitan ilmu Usul
Fiqh yang bertajuk “Al-Risalah”. Kitab ini memberikan panduan kepada para
76
mujtahid mengenai cara memahami Al-Quran dan Hadis serta menerangkan
kaedah penentuan hukum.
16.5 KAEDAH PENULISAN ILMU USUL FIQH
Kaedah Fuqaha (Hanafiyyah) Kaedah Mutakallimun (Syafi’iyyah)
Membina kaedah Usul Fiqh berasaskan Membina kaedah Usul Fiqh berasaskan
hukum yang telah diputuskan oleh imam dalil dan hujah dari Al-Quran, Hadis dan
mazhab. Methodologi penulisan ini dalil akal tanpa terikat dengan hukum
banyak membincangkan hukum-hukam Fiqh yang telah diputuskan oleh imam-
yang telah diputuskan oleh imam
mazhab bagi memastikan kaedah Usul imam mazhab atau membahaskan
Fiqh yang ditetapkan tidak bercanggah secara terperinci.
dengan fatwa imam.
Kaedah penulisan ini dipelopori oleh Kaedah penulisan ini dipelopori oleh
Ulama mazhab Hanafi seperti: Ulama mazhab Syafi’e seperti:
i. Imam Al-Haramain Abu al-Mu’ali
i. Abu Bakar Ahmad bin Ali yang
dikenali sebagai al-Jalsal (wafat: Abdul Malik Bin Abdullah Al-Juwaini
370H) dalam kitabnya “al-Usul”. (wafat: 478H) dalam kitabnya “al-
Burhan Fi Usul Fiqh”.
ii. Abu Zaid Abdullah bin Umar al-
Dabbusi (wafat: 430H) dalam ii. Abu Hamid Muhammad Bin
kitabnya “Taqwim al-Adillah Fi Usul
Fiqh”. Muhammad al-Ghazali (wafat:
505H) dalam kitabnya “al-Mustasfa
Min Ilmi Usul”.
Ilmu Maqalid al-Syariah merupakan sebahagian daripada perbincangan ilmu Usul Fiqh
tetapi tidak dibincangkan secara mendalam dalam kitab-kitab Usul Fiqh yang
beralalkan kaedah al-Mutakallimun atau kaedah al-Fuqaha. Perbincangan ilmu
Maqasid al-Syariah secara lengkap dan mendalam hanya dilakukan oleh Imam Syatibi
(wafat: 790h) dalam kitabnya “Al-Muwafaqat”.
16.6 SKOP PERBINCANGAN ILMU USUL FIQH
i. Hukum-hukum syarak yang merangkumi hukum wajib, sunat, haram, makruh,
sebab, syarat, azimah, dan rukhsah.
ii. Dilalah al-Faz yang merangkumi perbincangan mengenai Mutlaq, Muqayyad, al-
Amr, al-Nahi, al-Am, al-Khas, al-Haqiqat, al-Majaz, al-Mantuq, dan al-Mafhum.
iii. Dalil-dalil syarak yang merangkumi perbincangan mengenai Al-Quran, Al-Sunnah,
Ijmak, Qias, al-Masolih al-Mursalah, al-Istihsan, al-Istishab, al-Uruf, Mazhab
Sahabat, Saddu al-Zarai’.
iv. Maqasid al-Syariah yang merangkumi perbincangan mengenai agama, nyawa,
akal, keturunan dan harta.
v. Ta’arudh dan Tarjih yang merangkumi percanggahan antara dalil dan cara
menyelesaikannya.
vi. Ijtihadik dan Taqlid yang merangkumi perbincangan mengenai syarat-syarat
ijtihad, jenis-jenis mujtahid, ruang lingkup ijtihad, taqlid mazhab, al-Talfiq, al-Mufti
dan al-Mustafti.
77
16.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU USUL FIQH
i. Dapat membantu memahami cara ulama silam mengeluarkan hukum syarak
dengan penuh teliti.
ii. Dapat mengetahui kaedah yang digunakan oleh ulama mazhab yang diikuti dalam
menetapkan hukum syarak dan perbezaannya dengan mazhab-mazhab yang lain.
iii. Dapat meninstibatkan hukum-hakam yang bersifat semala dan setempat.
iv. Dapat membendung umat Islam daripada ajaran yang sesat dan menyeleweng
daripada alal Islam yang sebenar.
v. Memberikan kemapuan kepada ulama untuk mengeluarkan hukum syarak
terhadap persoalaan yang baharu berasaskan sumber dan metodologi yang betul.
16.8 PENILAIAN
1. Apakah pengertian ilmu Usul Fiqh?
2. Terangkan sejarah kemunculan ilmu Usul Fiqh?
3. Huraikan salah satu kaedah penulisan ilmu Usul Fiqh berserta
contoh.
4. Jelaskan skop perbincangan ilmu Usul Fiqh.
78
17.0 HUKUM SYARAK
17.1 PENGENALAN
Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan
umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan,
syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini.
17.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan pengertian hukum syarak.
2. Menerangkan jenis-jenis Khitab Allah.
3. Menjelalkan pembahagian hukum syarak melalui nas-nas yang tertentu.
4. Menilai kepentingan pensyariatan hukum syarak kepada manusia.
5. Mencadangkan usaha dan tindakan untuk menjadikan hukum syarak sebagai
panduan dalam kehidupan.
17.3 PENGERTIAN HUKUM SYARAK
خطاب اللهKhitob Allah ( ) yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada
berbentuk tuntutan Iqtidha ( )اللإقتضاءatau pilihan Takhyir ( )التخييرatau keadaanya
Wadh’ie ()الوضعي.
17.4 JENIS-JENIS KHITOB ALLAH ()خطاب الله
1. Tuntutan ()اللإ قتضاء
• Tahrim
• Karahah
• Ijab
• Nadbun
2. Pilihan ()التخيير
3. Penetapan ()الوضعي
• Sabab
• Syarat
• Mani’
• Batil
• ‘Azimah
• Rukhsah
• Sahih
79
17.5 PEMBAHAGIAN HUKUM SYARAK
1. HUKUM TAKLIFI ()حكوم تكلفي
Khitabِ Allah yang menuntut untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya atau
memilih untuk melakukannya atau tidak.
i. IJAB ((إيجاب
Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara secara tegas. Perkara
tersebutIjab ialah Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf
dalam bentuk tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan
()جزمtuntutan pasti. Sekiranya ia dilakukan, seorang mukallaf itu akan
mendapat pahala dan jika dia meninggalkan maka dia akan berdosa.
Contohnya perkara wajib seperti yang terkandung dalam firman Allah SWT :
١١٠ :ﭐﲢﲣﲤﲥ ﲦالبقرة
Maksudnya: “
dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat”.
(Surah Al-Baqarah: 110)
Ayat ini mengandungi perintah untuk mendirikan solat dan menunaikan zakat.
()قرينةSetiap perintah Allah SWT adalah wajib dilakukan selagi tiada Qorinah
yang menunjukkan perintah tersebut hanya sunat atau harus dilakukan. Oleh
itu, ayat ini menunjukkan kewajipan solat dan zakat.
ii. NADBUN ()ندب
Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara secara tidak tegas. Perkara
tersebut menjadi مندوبatau dikenali juga sebagai نافلة, سنة, dan مستحب
iaitu mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
مندوبContoh perkara seperti terkandung dalam firman Allah :
٢٨٢ :ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉ ﱋﱊ البقرة
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, apabila kamu berhutang dan diberi tempoh
hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang
dan masa bayarnya) itu”. (Surah Al-Baqarah: 282)
80
ﱊmerupakan perintah untuk menulis hutang. Dalam ayat ini tidak
diwajibkan kerana terdapat pilihan dalam ayat lain untuk tidak menulis hutang
seperti yang terkandung dalam firman Allah SWT:
٢٨٣ :ﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓ البقرة
Maksudnya:
Jika yang memberikan hutang percaya kepada yang berhutang, maka
hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya
(hutangnya). (Surah Al-Baqarah ayat 283)
iii. KARAHAH ()كراهة
Tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara secara tidak tegas.
Perkara tersebut menjadi makruh jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika
dilakukan. Contoh perkara makruh seperti yang terkandung dalam firman
Allah SWT:
١٠١ :ﭐﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦﲧﲨ المائدة
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada
nabi SAW) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan
menyusahkan kamu.” (Surah Al-Maidah :101)
Ayat ini mengandungi larangan bertanya kepada Rasulullah SAW kerana ia
boleh membawa kepada implikasi yang tidak diingini. Namun begitu, dalam
ayat yang sama Allah SWT memberikan kelonggaran kepada sahabat untuk
bertanya kepada Baginda SAW. Dan ini menunjukkan bahawa larangan
tersebut secara tidak tegas seperti yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:
ﲩﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲ ﲴﲳﲵﲶ
١٠١ :ﲷﲸ المائدة
Maksudnya:
Dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan AL-Quran, tentulah
akan diterangkan kepadamu. Allah SWT memaafkan (kamu) daripada
(kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam
Al-Quran) dan Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Lembut.
(Surah Al-Maidah: 101)
iv. TAHRIM ()تحريم
Tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara secara tegas. Perkara tersebut
menjadi haram iaitu mendapat dosa jika dilakukan dan mendapat pahala jika
81
ditinggalkan. Contoh perkara haram seperti terkandung dalam firman Allah
SWT:
٣٣ :ﭐﲄﲅﲆﲇﲈﲉ الإسراء
Maksudnya:
Dan janganlah kamu membunuh seseorang manusia yang diharamkan oleh
Allah SWT untuk membunuhnya (Surah al-Israk: 33)
v. IBAHAH ()اباحة
Ibahah ialah Khitab Allah SWT yang berkaitan dengan perbuatan
mukallaf dalam bentuk pilihan untuk melakukan sesuatu atau
مباحmeninggalkannya. Perkara tersebut menjadi iaitu tidak mendapat
pahala atau dosa jika dilakukan atau ditinggalkan. Contoh seperti firman Allah
SWT :
٣١ :ﱉﱊﱋ ﱍﱌﱎﱏﱐﱑﱒ الأعراف
Maksudnya:
Makanlah dan minumlah serta janganlah pula kau berlebih-lebihan”.
(Surah al-A’raf: 31)
Ayat ini hanya menunjukkan keharusan makan dan minum walaupun ia
()قرينةdinyatakan dalam bentuk perintah kerana terdapat Qorinah yang
menunjukkan ia tidak diwajibkan iaitu larangan supaya tidak boleh berlebih-
lebihan.
2. HUKUM WADH’IE
Khitab Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu sebagai sebab kepada sesuatu
hukum atau syarat atau penghalang ()مانع, sahih ( )صحيحatau batil ()باطل,
azimah ( )عزيمةatau rukhsah ( )رخصةbagi sesuatu hukum syarak berkaitan dengan
perbuatan mukallaf.
i. SEBAB ()سبب
Perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai pencetus kepada sesuatu
hukum syarak. Ia bermaksud sesuatu hukum itu wujud jika wujud sebabnya
dan hukum tersebut tiada jika tiada sebabnya. Contohnya adalah sebab sepeti
yang terkandung dalam firman Allah SWT:
82
٢ :ﭐﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓ النور
Maksudnya :
Perepmpuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-
tiad seorang daripada kedua-duanya serratus kali sebatan. (Surah al-Nur: 2)
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan suoaya lelaki dan wanita yang
berzina disebat 100 kali sebatan setiap seorang. Perintah ini menunjukkan
bahawa zina adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam dan ia telah
dijadikan sebab bagi kewajipan melaksanakan hukuman sebat kepada
penzina.
ii. SYARAT ()شرط
Perkara yang membolehkan sesuatu hukum itu wujud dan ketiadaanya
menyebabkan ketiadaan hukum. Namun begitu, syarat boleh wujud tanpa
wujudnya hukum. Contoh syarat seperti firman Allah SWT:
ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋ
٦ :ﱌﱍﱎﱏﱐ ﱒﱑ المائدة
Maksudnya :
Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka
basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu hingga ke siku dan
sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah
kaki kamu sampai ke buku lali. (Surah al-Maidah: 6)
iii. MANI’ ()مانع
Perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada
kewujudan hukum atau sebab hukum. Contohnya mani’ yang menghalang
kewujudan hukum seperti yang terkandung dalam samda Rasulullah SAW:
Maksudnya : لاَ يَِر ُث الْ ُم ْسلُِم الْ َكافَِر َولاَ الْ َكافُِر الْ ُم ْسلَِم
Seorang muslim tidak boleh mewarisi harta seorang kafir dan seorang kafir
tidak boleh mewarisi seorang muslim. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW melarang seorang muslim mewarisi harta
pusaka yang ditinggalkan oleh kaum kerabat yang bukan beragama Islam dan
begitu jyga sebaliknya. Larangan ini menunjukkan bahawa perbezaan agama
adalah penghalang kepada pewarisan harta pusaka.
Contoh mani’ yang menghalang sebab hukum seperti firman Allah SWT:
83
٩٧ :ﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤ ﲦﲥ آل عمران
Maksudnya:
Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan
mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai ke sana.
(Surah Ali Imran: 97)
Ayat ini mewajibkan orang yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakan
haji. Oleh itu ketidakmampuan adalah penghalang kepada kewajipan ibadah
haji.
iv. SAHIH ()صحيح
Perbuatan mukallaf yang cukup rukun dan syaratnya. Perbuatan yang
sahih akan memberikan kesannya dari sudut syarak seperti solat yang
memenuhi rukun dan syarat. Kesannya ialah seseorang mukallaf itu terlepas
daripada dosa dan tidak perlu mengulangi atau qada’ solat tersebut.
v. BATIL ()باطل
Perbuatan mukallaf yang tidak cukup rukun dan syaratnya. Perbuatan batil
tidak memberikan kesannya dari sudut syarak seperti solat yang tidak
memenuhi rukun dan syaratnya. Solat tersebut tidak membebaskan seorang
mukallah daripada dosa dan dia perlu mengulangi atau qada’ solat tersebut jika
telah tamat waktu.
vi. AZIMAH ()عزيمة
Perkara yang disyariatkan pada permulaannya dan bukan disyariatkan
kerana wujudnya halangan. Contoh azimah adalah seperti melakukan solat
zohor empat rakaat, tidak memakan bangkai dan berpuasa pada bulan
Ramadhan.
vii. RUKHSAH ()رخصة
Perkara yang disyariatkan disebabkan wujudnya halangan untuk
melaksanakan perintah asal syarak. Contoh rukhsah seperti melakukan
solat secara jamak dan qalar Ketika musafir, memakan bangkai ketika
kebuluran yang boleh mengancam nyawa dan tidak berpuasa ketika
bermusafir pada bulan Ramadan.
17.6 KEPENTINGAN PENSYARIATAN HUKUM SYARAK KEPADA
MANUSIA
i. Syariat memberi petunjuk kejayaan yang hakiki kepada manusia didunia dan
akhirat. Hal ini kerana manusia ialah hamba Allah SWT yang lemah. Jika mereka
84
tidak mengikut petunjuk hukum syarak, kehidupan mereka akan menuju kepada
kehancuran. Kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kejayaan yang hakiki
bagi manusia adalahg apabila mereka berjaya masuk ke dalam syurga Allah
SWT. Firman Allah SWT:
ﲩﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱ...
١٣ :ﲲﲳ ﲵﲴﲶﲷﲸﲹالنساء
Maksudnya:
“Sesiapa yang taat kepada Allah SWT dan rasulnya SAW akan dimasukkan oleh
Allah SWT ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka
kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar.” (Surah al-Nisa’: ayat 13)
ii. Syariat menjamin keadilan, kesaksamaan antara manusia dengan menentang
kezaliman. Adil dan rahmat merupakan sifat bagi Allah SWT. Oleh situ, Allah SWT
melarang manusia untuk tidak berlaku adil atau saling menzalimi antara satu
sama lain. Hal ini kerana kezaliman tidak pernah mendatangkan kebaikan kepada
manusia di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:
ﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶ
٩٠ :ﱸﱷﱹﱺﱻﱼ النحل
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang perbuatan-perbuatan yang
keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan
larangan ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah al-Nahl: ayat 90)
iii. Syariat membebalkan manusia daripada pengaruh hawa nafsu dan tipu daya
syaitan. Hal ini kerana syaitan sentiala mencari jalan untuk menyesatkan manusia
supaya mereka sentiala berada dalam kemurkaan Allah SWT yang mengundang
bala bencana. Syaitan sentiada membisikkan kepada manusia supaya menuruti
hawa nafsu dengan mengingkari perintah Alah SWT sedangkan bisikan tersebut
hanyalah membawa kepada akibat yang burul di dunia dan akhirat.
Firman Allah:
ﭐﱼﱽ ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆ
ﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔ
ﲕﲖﲗ ﲙﲘﲚﲛ ﲜﲝﲞﲟﲠﲡ
٢٢ :ﲢﲣﲤ ﲦﲥﲧﲨﲩﲪﲫﲬ إبراهيم
85
Maksudnya:
Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu, “Sesungguhanya Allah
SWT telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan
kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu, dan tidak ada bagiku sebarang
alalan dan kuala mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu,
lalu kamu terburu-buru mengikut ajakkan ku, maka janganlah kamu salahkan aku
tetapi salahkanlah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan
kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku
telah kufurkan (perintah tuhan) yang kamu sekutukan aku denganNya.
Sesungguhnya orang yang zalim mendapat azab yang sangat pedih”.
(Surah Ibrahim: 22)
17.7 TINDAKAN UNTUK MENJADIKAN HUKUM SYARAK SEBAGAI PANDUAN
DALAM KEHIDUPAN
1. Sentiala membaca Al-Quran setiap hari dengan memahami maksudnya.
2. Sentiala mempelajari hadis dan mempraktikkannya dalam kehidupan.
3. Sentiala menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid atau surau-
surau berhampiran.
4. Sentiala bertanya kepada ulama mengenai kemusykilan hukum-hakam berkaitan
aktiviti kehidupan harian.
5. Sentiasa menghormati guru-guru yang mengajar ilmu-ilmu agama dan ilmu yang
berguna daam kehidupan.
17.8 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Terangkan kaitan antara Khitab Allah SWT dengan hukum
syarak.
2. Jelaskan perbezaan antara hukum taklifi dengan wadh’ie.
3. Jelaskan sumber hukum dalam Islam.
4. Terangkan dua kepentingan hukum syarak kepada manusia.
5. “Pada masa kini, banyak pencemaran alam sekitar yang berlaku
diseluruh dunia”.
Pada pandangan anda, apakah hukum mencemarkan alam
sekitar menurut Islam? Terangkan hujah anda.
86
18.0 DALIL-DALIL HUKUM SYARAK YANG DISEPAKATI
18.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian Al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias.
2. Menerangkan autoriti Al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias.
3. Menjelalkan pembahagian al-Sunnah dan Ijmak.
4. Menjelalkan rukun-rukun Qias.
5. Menilai nas-nas berkaitan dalil hukum syarak yang disepakati
dan mengamalkan tuntutannya dalam kehidupan.
6. Mencadangkan usaha dan tindakan untuk menjadikan dalil
hukum syarak yang disepakati sebagai panduan dalam
kehidupan.
18.2 PENGERTIAN AL-QURAN, AL-SUNNAH, AL-IJMAK DAN AL-QIAS
DEFINISI DALIL
Bahasa Petunjuk kepada sesuatu
Istilah
Perkara yang boleh menyampaikan kepada hukum syarak yang amali
melalui penelitian yang betul.
DALIL-DALIL HUKUM YANG DISEPAKATI
Dalil-dalil hukum yang disepakati ialah dalil yang diterima oleh
keseluruhan ulama dalam menentukan hukum syarak seperti al-
Quran, al-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias.
1. AL-QURAN
Pengertian
Bahasa Pembacaan
Istilah
Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
dalam bahala Arab sebagai mukjizat, dalam bentuk mushaf,
disampaikan kepada setiap generasi secara mutawatir, membacanya
dikira ibadah dan dimulai dengan surah Al-Fatihah serta diakhiri
dengan surah An-Nas.
Al-Quran mengandungi petunjuk kepada manusia bagi mencapai kejayaan di
dunia dan akhirat. Ia mengandungi prinsip dan asas umum yang perlu dipatuhi
oleh manusia. Secara umumnya, hukum-hakam dalam al-Quran terbahagi kepada
tiga jenis iaitu hukum berkaitan akidah, muamalah dan akhlak. Terdapat
sebahagian sahaja perkara yang diperincikan hukumnya oleh al-Quran dan
sebahagian yang lain diterangkan hukumnya dalam al-Sunnah.
87
Surah-surah dalam al-Quran terbahagi kepada surah Makkiah iaitu surah yang
diturunkan ketika Rasulullah SAW berada di Mekah atau sebelum hijrah ke
Madinah dan surah Madaniyyah yang diturunkan setelah Rasulullah SAW
berhijrah ke Madinah.
Autoriti Al-Quran
Antara dalil yang menunjukkan autoriti al-Quran ialah:
1. Firman Allah SWT:
ﱁﱂﱃﱄﱅﱆ ﱇﱈﱉ ﱊﱋ ﱌ ﱍﱎﱏﱐﱑﱒ
٣٦ :ﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚ الأحزاب
Maksudnya:
Orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah SWT dan Rasul-Nya
menetapkan keputusan tentang sesuatu perkara, maka mereka tidak
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri tentang urusan mereka. Dan
sesiapa yang tidak mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya maka sesungguhnya
dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata. (Surah al-Ahzab: 36)
Dalam ayat ini Allah SWT telah mewajibkan umat Islam supaya mematuhi
seluruh perintah al-Quran dan al-Sunnah tanpa berbelah bahagi. Umat Islam
tidak boleh mencari pilihan selain daripada apa yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT di dalam al-Quran atau melalui Rasul-Nya dalam al-Sunnah.
Golongan yang melanggar perintah Allah SWT ini disifatkan oleh Allah SWT
sebagai golongan yang berada dalam kesesatan yang nyata.
2. Firman Allah SWT:
٩ :ﭐﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎ الحجر
Maksudnya:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hajr: 9)
Ayat ini menyatakan keaslian kandungan al-Quran kerana ia terpelihara
daripada perubahan dan penyelewengan manusia. Keaslian kandungan al-
Quran ini terjamin kerana Allah SWT sendiri yang menjaganya. Oleh itu, semua
perintah al-Quran wajib ditaati kerana ia adalah benar-benar perintah daripada
Allah SWT.
88
2. AL-SUNNAH
Pengertian
Bahasa Jalan dan kebiasaan.
Istilah Percakapan Rasulullah SAW selain daripada al-Quran, perbuatan
atau pengakuan Baginda SAW.
Autoriti Al-Sunnah
Antara dalil yang menunjukkan autoriti al-Sunnah ialah:
Firman Allah SWT:
٧ : الحشر... ﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘ
ز
Maksudnya:
Apa yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah, dan apa
jua yang Baginda SAW larang kamu melakukannya maka tinggalkanlah.
(Surah al-Hasyr: 7)
Ayat ini mewajibkan umat Islam mentaati segala perintah Rasulullah SAW dan
menjauhi segala larangan Baginda SAW.
Firman Allah SWT:
ﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉ...
٦٣ :النور
Maksudnya:
Maka hendaklah mereka mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga
agar mereka tidak ditimpa bala bencana atau azab yang pedih. (Surah al-Nur: 63)
Ayat ini memberi ancaman kepada dolongan yang ingkar dan tidak mematuhi
perintah Rasulullah SAW dengan ancaman yang sangat berat. Hal ini
menunjukkan bahawa al-Sunnah mempunyai kedudukan yang tinggi menurut
syarak selepas al-Quran.
Pembahagian Al-Sunnah
1. Sunnah al-Qauliyyah
Pengertian:
Semua kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah SAW.
89
Contoh: ِعْل ًما فِيِه يَْلتَ ِم ُس طَِريًقا َسلَ َك َمن ﷺ ِ قَا َل َر ُسوُل الله:َع ْن أَِب ُهَريَْرةَ قَا َل
) (رواه الترمذي.لَهُ طَِريًقا إَِل الجََنِّة
َُس َّه َل الله
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melalui satu
jalan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, makan Allah SWT memudahkan
baginya satu jalan menuju ke syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)
2. Sunnah al-Fi’liyyah
Pengertian:
Semua perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Cذَاoَِوإnt،oيhِل: َو َصُلّوا َك َما َرأَيْتُُموِن أُ َص: قَا َل َر ُسوُل الله ﷺ: َع ْن َمالِ ِك ب ِن اْْلَُويِْرث قَا َل
) (رواه البخاري ومسلم. َُثّ لِيَُؤَّم ُك ْم أَ ْكََبُُك ْم،َح َضَر ِت ال َّصلاَةُ فَْليَُؤِذ ْن لَ ُك ْم أَ َح ُدُك ْم
Maksudnya:
Daripada Malik bin al-Huwairis berkata: Ralulullah SAW bersabda: Solatlah
sebagaimana kamu melihatku solat. Apabila masuk waktu solat, hendaklah
salah seorang daripada kamu azan dan hendaklah orang yang paling tua
menjadi imam kamu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
3. Sunnah al-Taqririyyah
Pengertian:
Semua perakuan Ralulullah SAW terhadap ucapan atau perbuatan yang
dilakukan di hadapan Baginda SAW. Hal ini menunjukkan keharusan kata-kata
atau perbuatan tersebut kerana Rasulullah SAW tidak sesekali membenarkan
perbuatan mungkar dilakukan di hadapan Baginda SAW.
Contoh:
Perakuan Ralulullah SAW yang melihat sahabat memakan dhob di hadapan
Baginda SAW sedangkan Baginda SAW tidak suka memakannya.
Fungsi Al-Sunnah
1. Menguatkan hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran dengan
mengulangi kewajipan tersebut dalam al-Sunnah seperti kewajipan
menunaikan solat dan zakat.
2. Memperincikan hukum yang dinyatakan secara umum dalam al-Quran seperti
memperincikan cara menunaikan solat.
90
3. Mengkhususkan hukum umum dalam al-Quran seperti mengkhususkan hukum
perwarisan dengan mengecualikan ahli waris yang membunuh orang yang
bakal diwarisi hartanya daripada pewarisan
4. Menasakh dan membatalkan hukum yang terkandung dalam al-Quran seperti
menasakhkan ayat wasiat kepada kaum kerabat dengan hukum pewarisan
harta sebagai gantinya.
5. Menyatakan hukum yang tidak dinyatakan dalam al-Quran seperti larangan
memakai sutera dan emas bagi lelaki.
3. AL-IJMAK
Pengertian
Bahasa Azam untuk melakukan sesuatu. Ia juga bermaksud persepakatan.
Istilah
Persepakatan para Ulama mujtahid daripada umat Nabi
Muhammad SAW pada suatu masa terhadap sesuatu hukum
syarak selepas kewafatan Ralulullah SAW.
Autoriti Al-Ijmak
Antara dalil yang menunjukkan autoriti al-Ijmak ialah:
1. Firman Allah SWT:
ﭐ ﱞ ﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨ ﱩﱪ
١١٥ :ﱫﱬﱭﱮ ﱰﱯﱱﱲﱳ النساء
“Dan sesiapa yang menentang Rasulullah SAW setelah jelas kebenaran
baginya, seterusnya dia memilih jalan selain jalan orang yang beriman, kami
biarkan dia dalam kesesatan yang dilakukannya itu dan kami masukkan dia ke
dalam neraka jahanam dan itulah tempat kembali yang paling buruk.”
(Surah al-Nisa’: 115)
2. Firman Allah SWT:
٥٩ : النساء... ﳏﳐﳑﳒﳓﳔﳕﳖ...
Maksudnya: pendapat dalam sesuatu
Allah SWT (al-Quran) dan
Kemudian jika kamu berbeza
perkara, maka kembalilah kepada
rasul (sunnahnya) (Surah al-Nisa’: 59)
Imam al-Ghazali berkata mafhum ayat ini adalah jika umat
Islam tidak berselisih pandangan maka pandangan mereka
adalah hujah. Oleh itu, sesuatu yang telah menjadi ijmak
adalah menjadi hujjah yang tidak boleh ditolak.
91
Pembahagian al-Ijmak
Pembahagian Pandangan Ulama Contoh
Ijmak
Semua ulama mujtahidin • Haram memakan
menyatakan pandangan masing- lemak khinzir seperti
haram memakan
Ijmak Sorih masing dan semua pandangan dagingnya.
Haram mengahwini
mereka adalah sama. Disepakati •
sebagai ijmak yang boleh menjadi nenek, moyang dan
hujah dan dalil bagi hukum syarak. ke atas.
Sebahagian ulama mujtahidin
menyatakan pandangan mereka • Wajib mengerjakan
dalam suatu permasalahan dan haji sekali seumur
sebahagian yang lain tidak hidup.
Ijmak Sukuti membantah setelah mengetahuinya. • Hukum kafir bagi
Hanya sebahagian ulama sahaja
yang menerima sebagai hujah bagi orang yang
hukum syarak. Bagi ulama mazhab mengingkari
Syafie, ia bukanlah hujah dan dalil kewajipan solat.
bagi hukum syarak.
4. AL-QIAS
Pengertian
Bahasa Sukatan
Istilah
Menyamakan hukum perkara yang tidak mempunyai hukum dalam nas
dengan perkara yang mempunyai hukumnya dan nas syarak
disebabkan persamaan sifat (ilah) pada kedua-duanya.
Rukun al-Qias
Rukun al-Qias terbahagi kepada empat:
Rukun Keterangan Contoh
Perkara yang telah
Al-Aslu dinyatakan hukumnya Melakukan akad jual beli Ketika waktu
solat jumaat.
Hukum oleh nal syarak.
al-Aslu Haram melakukan akad jual beli ketika
Hukum yang dinyatakan waktu solat Jumaat seperti yang
oleh nas syarak.
terkandung dalam firman Allah SWT:
92
ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ
ﱉﱊﱋﱌﱍﱎﱏﱐ
٩ :الجمعة
Maksudnya: Wahai orang yang beriman!
Apabila dilaungkan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari
jumaat, maka segeralah kamu (ke
maljid) untuk mengingati Allah SWT dan
tinggalkanlah berjual-beli.”
(surah al-Jumu’ah: 9)
Perkara yang tidak
al-Far’u mempunyai hukum Melakukan akad sewaan ketika waktu
al-Ilah
Kesimpulan yang dinyatakan oleh solat Jumaat.
nas syarak.
Sifat persamaan yang Perkara tersebut menyebabkan solat
Jumaat ditinggalkan.
wujud antara al-Aslu
dengan al-Far’u.
Melakukan akad sewaan ketika waktu solat Jumaat adalah
diharamkan sama seperti hukum melakukan akad jual beli ketika
waktu solat Jumaat kerana ia boleh menyebabkan solat Jumaat
tidak dilakukan dan ditinggalkan.
Autoriti Al-Qias
1. Firman Allah SWT:
٢ : ﲰﲱﲲﲳ الحشر...
Maksudnya: “Maka insaflah dan ambillah pelajaran (daripada peristiwa itu) wahai
orang yang berakal fikiran serta celik hatinya.” (Surah al-Hasyr: 2)
Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan umat Islam mengambil iktibar terhadap
akibat yang menimpa kaum Yahudi Bani Nadhir yang telah melanggar perjanjian
dengan Rasulullah SAW kerana membantu kaum Musyrikin memerangi Baginda
SAW dan mereka telah dihalau keluar dari kota Madinah seperti yang telah
dinyatakan pada awal ayat ini. Oleh itu, jika umat Islam melakukan perkara yang
sama dengan perkara yang dilakukan oleh kaum Yahudi itu, mereka juga akan
menerima akibat yang sama.
Perkataan iktibar dalam ayat bererti al-Qias iaitu mengqiaskan keadaan umat Islam
dengan keadaan kaum Yahudi jika mereka melakukan perkara yang sama. Justeru,
menggunakan al-Qias adalah diwajibkan oleh syarak kepada umat Islam.
93