PAHANG
“Pahang Darul Makmur, Sebuah Perspektif”
Inspirasi Ilmu 3.0
Kolej Komuniti Kuantan
Kuantan, Pahang
2022
Disunting oleh
Jawatankuasa Penerbitan Buku PAHANG
Kolej Komuniti Kuantan
berdasarkan penulisan – penulisan yang dihasilkan oleh
pensyarah Kolej Komuniti Kuantan
i
Cetakan Pertama 2022
Diterbitkan oleh:
Kolej Komuniti Kuantan
Kementerian Pengajian Tinggi
B24, Jalan IM 3/13
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5721313
Faks: 09-5735000
Laman Web: www. kkkua.edu.my
©Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar,
diterbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun, termasuklah
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis
daripada Penerbit dan Pemilik Hak Cipta Perpustakaan Negara Malaysia.
Kolej Komuniti Kuantan
Program Pembudayaan Penulisan 2021
INSPIRASI ILMU 3.0
Inspirasi Ilmu 3.0
‘Pahang Darul Makmur ; Sebuah Perspektif’
ii
SINOPSIS
Buku PAHANG, Inspirasi Ilmu 3.0 dihasilkan oleh pensyarah – pensyarah Kolej Komuniti Kuantan
dalam aspek dan elemen berkaitan negeri Pahang seperti tempat tumpuan pelancong, senibina,
makanan, peristiwa sejarah dan tokoh negeri Pahang. Ia mengandungi 15 tajuk yang menarik dan
mengandungi intipati yang sesuai untuk semua golongan pembaca.
Buku PAHANG, Inspirasi Ilmu 3.0 ini juga merupakan kesinambungan dari koleksi Inspirasi Ilmu yang
telah dihasilkan bagi tahun – tahun sebelum ini. Ia merupakan hasil perkongsian pemikiran, idea dan
garapan ilmu daripada warga Kolej Komuniti Kuantan. Berorientasikan perkongsian dan meraikan
kepelbagaian pemikiran, cabaran, idea & garapan melalui sudut pandang yang berbeza melalui
penulisan.
Penerbitan Buku PAHANG ini merupakan salah satu bentuk pembudayaan penulisan dan penyelidikan
di kalangan warga Kolej Komuniti Kuantan. Secara tidak langsung ia juga merupakan satu bentuk
usaha untuk mempromosikan negeri Pahang iaitu sebuah negeri yang kaya dari segi budaya,
makanan tradisional dan pusat tarikan pelancong yang utama di Malaysia.
iii
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU ILMIAH DAN KREATIF 2022
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan Unit Penyelidikan,
Inovasi dan Komersialan Kolej Komuniti Kuantan, Jawatankuasa Penerbitan Ilmiah dan Kreatif 2022
dan semua pihak yang terlibat atas usaha dan kejayaan menerbitkan Buku Inspirasi Ilmu 3.0 ini.
Penerbitan buku ini merupakan antara langkah untuk menggalakkan penglibatan dan membudayakan
kakitangan akademik Kolej Komuniti Kuantan untuk menghasilkan penulisan di dalam kluster ilmiah
dan kreatif.
Buku Inspirasi Ilmu 3.0 ini merupakan himpunan penulisan ilmiah dan kreatif yang berkisar tentang
keistimewaan dan keunikan seni dan budaya yang terdapat di Negeri Pahang Darul Makmur. Di dalam
buku ini juga terkandung aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Kuantan untuk komuniti
setempat.
Akhir kalam, adalah diharapkan agar penerbitan Buku Inspirasi Ilmu 3.0 ini memberi impak kepada
semua yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
Haji Mohd Yusof bin Zakaria
Pengarah
Kolej Komuniti Kuantan
Kementerian Pengajian Tinggi
iv
KATA ALU-ALUAN
PENASIHAT JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU ILMIAH DAN KREATIF 2022
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani, Alhamdullillah, setinggi-tinggi syukur
kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Inspirasi Ilmu 3.0 terbitan Unit Penyelidikan,
Inovasi dan Komersialan Kolej Komuniti Kuantan ini berjaya diterbitkan.
Penerbitan Buku Inspirasi Ilmu 3.0 ini merupakan platform perkongsian dan perkembangan idea baru
bagi penghasilan penulisan yang berimpak tinggi bagi mengetengahkan Negeri Pahang sebagai
sebuah negeri yang kaya dari segi budaya, makanan tradisional dan menarik pelancong untuk datang
ke Negeri Pahang Darul Makmur.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang
terlibat diatas komitmen dan semangat yang telah diperlihatkan di dalam menyahut cabaran dan
menjayakan penerbitan kali ini. Semoga penerbitan Buku Inspirasi Ilmu 3.0 ini dapat menjadi sumber
inspirasi terutama kepada pembaca dan juga penulis khususnya untuk terus berkarya.
Sekian. Wallahu a’lam.
Sr. Nor Idayu binti Nordin
Timbalan Pengarah Pengurusan
Kolej Komuniti Kuantan
Kementerian Pengajian Tinggi
v
PRAKATA
KETUA PENERBIT
JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU ILMIAH DAN KREATIF 2022
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Syukur di atas kurniaan rahmat-Nya dengan kasih sayang-Nya memberi ruang kepada pensyarah akademik
untuk berkongsi ilmu, idea dalam bidang kepakaran masing-masing sehinggalah terbitnya Buku Inspirasi Ilmu
3.0, edisi ‘Pahang Darul Makmur; Sebuah Perspektif’
Tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa Penerbitan Buku Ilmiah dan Kreatif 2022 yang telah
berjaya menerbitkan buku ini setelah berusaha tanpa jemu.
Seramai 30 orang penulis dari Kolej Komuniti Kuantan telah menyertai penerbitan buku ini. Buku ini
mengandungi 15 penulisan ilmiah dan kreatif yang berkisar berkenaan pendidikan, tempat tumpuan
pelancongan, senibina dan bangunan, makanan tradisional serta tokoh yang terdapat di Negeri Pahang.
Semoga hasil dan usaha warga Kolej Komuniti Kuantan ini mampu mendorong kolej komuniti dan politeknik
lain khasnya untuk terus menghasilkan karya penerbitan yang berkualiti dan bermanfaat.
Sekian, terima kasih.
Rozilawati binti Mat Nor
Ketua Penerbit Jawatankuasa Penerbitan Ilmiah Dan Kreatif 2022
Kolej Komuniti Kuantan
Kementerian Pengajian Tinggi.
vi
ISI KANDUNGAN 2
9
KEUNIKAN MAKANAN TRADISI PAHANG 18
29
1. Kuih Tiga Beradik
Siti Norlee binti Md Nasir 34
Nur Umira binti Mustapha 42
57
2. Kuih Tonjet Dan Kuih Telur Belangkas - Pemanis Mulut Diraja 66
Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin 78
Muhammad Syafiq bin Mohamed Sahar 86
99
3. Puding Raja : Manisan Santapan Diraja 107
Azsyanti binti Ibrahim,
Azliza binti Yusop
Tg.Nur-wina binti Tuan Abu Bakar
4. Memburu Keenakan Patin Tempoyak
Mohd Fadzly bin Mohd Shuraimi
EKSPLORASI SENIBINA DAN TEMPAT TUMPUAN DI PAHANG
5. Senibina Vernakular – Rumah Tun Razak
Ts. Hjh Azharina binti Azman
Nor Fazlina binti Harun
Lizawati binti Zainudin
6. Jalan Besar Kuantan, Dari Senibina Gaya Rumah Kedai Awal Ke
Gaya Hidup Artisan
Syaizura Hani binti Abd Samat
Maulud bin Tawang
7. Eksplorasi Masjid Daerah Kuantan : Satu Kualitatif Penjelasan
Syed Idros bin Syed Hussin
Norhadi bin Mohd Noor
8. El-dorado Of Asia-Menyusuri Sejarah Dan Keistimewaan Sungai Lembing
Azlilawati binti Ishak
Sharifah Safiah binti Syed Ab Ghani
Shahrizal bin M. Yasin
9. Kafe Belibis @ Kafe Kereta Api
Nor Idayu binti Nordin
Cik Siti Nor Suhaila binti Che Amat
Nor Fauzani binti Jumodi
10. R.A.U.B
Azmira binti Musa
Noordiyana binti Abdul Rahim
11. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah
Siti Noraini binti Deraman
Mohamed Hadry bin Abu Bakar
12. Pesona Cameron
Nur Fatihah binti Che Ruzlan
vii
ISI KANDUNGAN 114
122
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN BERSAMA KOMUNITI 130
13. 2 Dekad Bersama Kolej Komuniti Kuantan
Maulud bin Tawang
Syaizura Hani binti Abd Samat
14. Outreach TVET di Pos Betau, Kuala Lipis, Pahang
Zamrizal bin Zakaria
Wan Mohd Mazyan bin Wan Abdullah
Wan Suhartini binti Wan Abdul Kadir
15. Kejohanan Catur Kolej Komuniti Malaysia di Kolej Komuniti Kuantan
Asri bin Abdullah
Nor Fazlina binti Harun
Maimunah binti Ismail
viii
KEUNIKAN MAKANAN
TRADISI PAHANG
INSPIRASI ILMU 3.0
01
01. Kuih Tiga Beradik
Penulis: Siti Norlee binti Md Nasir,
Nur Umira binti Mustapha
02
KUIH TIGA BERADIK
Siti Norlee binti Md Nasir & Nur Umira binti Mustapha
PENGENALAN
Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan yang menjadi daya tarikan
pelancong bukan saja dalam kalangan masyarakat tempatan malah juga pengunjung-pengunjung dari
luar negeri dan tidak kurang juga dari luar negara.
Makanan yang sinonim dengan negeri Pahang
adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Bakar
Petai, Mee Calong dan pelbagai lagi juadah yang
lain. Namun terdapat pelbagai kuih-muih tradisi
Pahang yang unik dan tersendiri seperti Puding Raja
dan tidak ketinggalan kuih yang mendapat nama
jolokan “Kuih Tiga Beradik”.
Mendengar nama “Kuih Tiga Beradik” pasti ada 1
di antara kita tertanya-tanya bagaimana rupa dan
rasa kuih ini. Gabungan tiga jenis kuih tradisi
masyarakat Pahang ini pastinya agak asing bagi
orang luar bahkan ada juga rakyat jati Pahang
sendiri yang tidak mengenali kuih ini. Namun, bagi
yang mengenalinya pasti tahu akan keenakan dan
keunikan kuih tradisi ini.
Kuih Tiga Beradik ini kebiasaannya dikenali dan
digemari dalam kalangan warga emas dan juga
orang dewasa. Keadaan ini berlaku mungkin
disebabkan muda-mudi zaman sekarang hidup
dalam arus pemodenan dan lebih meminati kuih-kuih
moden.
1
1. Kuih Tiga Beradik dihidang bersama
teh sebagai juadah minum petang
“Gabungan tiga jenis kuih tradisi masyarakat
Pahang ini pastinya agak asing bagi orang luar
bahkan ada juga rakyat jati Pahang sendiri yang
tidak mengenali kuih ini”
03
Kuih tradisi tiga beradik ini terdiri daripada gabungan tiga jenis kuih iaitu Badak Kubang, Pepena
dan Dodol Kukus. Asal-usul nama kuih tradisi ini dikatakan bermula dari persamaan bahan utama
dalam pembuatannya iaitu tepung pulut dan juga santan pekat. Ianya juga dikatakan berasal dari tiga
lokasi utama di negeri Pahang iaitu Chenor, Maran dan Temerloh.
Bagi penduduk jati tempatan,
kuih tradisi tiga beradik ini
kebiasaannya mudah didapati
ketika bulan Ramadhan. Kini,
kuih ini tidak mengira musim
bahkan boleh didapati pada
bila-bila masa walaupun
diluar bulan Ramadhan.
2 3
Menurut Norzazila Shaari, pengusaha
kuih tradisi tiga beradik, beliau menerima
permintaan yang sangat menggalakkan
sepanjang bulan Ramadhan. Biasanya
permintaan akan meningkat berganda-ganda
sehingga beliau terpaksa menghadkan
pengeluaran sebanyak 1000 bekas sahaja
sehari.
Menceritakan tentang keistimewaan kuih
ini, Norzalila yang berasal dari Kampung
Teluk Melati, Chenor, Maran telah melibatkan
diri dalam mengusahakan perniagaan kuih
tradisi lebih dari 10 tahun. Bermula dengan
perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah,
kini beliau telah mempunyai ramai agen
jualan bagi memasarkan produknya di sekitar
daerah Kuantan. Setiap hari diluar bulan
Ramadhan beliau sentiasa menerima
tempahan paling minima sebanyak 200 bekas
bagi setiap 3 jenis kuih. Pembuatan kuih ini
kelihatan rumit tetapi bagi Norzalila, ia
tidaklah serumit yang disangkakan kerana ia
menjadi rutin harian beliau. Namun prosesnya
memerlukan kesabaran dan penelitian yang
tinggi sepanjang penyediaan bahan serta
pembuatannya bak kata pepatah “alah bisa,
tegal biasa”.
2. Set Kuih Tiga Beradik
3. Puan Norzalila, pengusaha kuih tradisi
tiga beradik
04
KUIH BADAK KUBANG
Penghasilan kuih tradisi ini sememangnya memerlukan penelitian yang tinggi terutamanya dari
aspek pemilihan bahan utamanya iaitu santan. Santan yang digunakan hendaklah yang masih segar
bagi memastikan rasa dan kualiti kuih terjamin. Santan yang telah disejuk beku atau santan kotak tidak
digalakkan untuk digunakan kerana akan menyebabkan kuih ini tidak tahan lama dan juga tidak cantik
kejadiannya. Selain daripada santan sebagai bahan utama untuk penghasilan kuih-kuih ini, tepung pulut
hitam, tepung gandum, gula, daun pandan, kelapa parut dan juga gula merah turut digunakan.
Meneliti penghasilan Kuih Badak Kubang, langkah pertama yang perlu diambil ialah penyediaan
intinya yang berbentuk bulat. Intinya dibuat dari kelapa yang telah dimasak dengan gula perang
sehingga kering. Kemudian inti kelapa ini akan dibentukkan bulat-bulat menyerupai bebola dan
seterusnya akan dibalut dengan tepung pulut hitam bagi memastikan bebolanya kelihatan lebih cantik
dan menarik. Langkah seterusnya mengikut tradisi, bebola inti ini akan disusun di atas daun pisang yang
telah dilapik atas piring besi atau enamel sebesar tapak tangan. Setelah inti disusun rapi, kuah atau
asas kuih ini akan dituangkan ke dalam piring. Asas bagi Kuih Badak Kubang terdiri dari tepung beras,
santan dan juga sedikit garam bagi menerbitkan rasa lemak-lemak masin pada kuih.
“Santan merupakan bahan utama
untuk menghasilkan kuih tradisi ini
bagi menjamin kualitinya“.
4. Kuih Badak Kubang 4
5. sama tapi tak serupa : Kuih Badak Berendam &
tepung bungkus
Ianya sangat sedap dimakan sewaktu kuih masih panas. Ada segelintir orang yang menyamakan
kuih ini dengan Kuih Badak Berendam. Namun begitu, terdapat perbezaan ketara antara keduanya
kerana Kuih Badak Kubang ini tidak mempunyai kuah santan yang cair seperti Kuih Badak Berendam.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ia menyamai Kuih Tepung Bungkus yang terdapat di
Kelantan yang juga dipanggil Kuih Dara Dua Sebilik di sebelah utara.
5
05
KUIH PEPENA
Kuih kedua dari tiga beradik ialah Kuih Pepena yang menampilkan kuih berwarna hijau dengan inti
kelihatan seperti bintang. Namanya yang unik didengari sesuai dengan rupanya yang sangat eksotik
dan sekali pandang kelihatan seperti bintang yang bertaburan di angkasa. Terdapat segelintir
masyarakat yang mengenali Kuih Pepena ini dengan nama lain iaitu Kuih Bunga Telipok.
Sama seperti Badak
Kubang pembuatan Kuih
Pepena juga bermula dengan
penyediaan intinya. Intinya
dibuat dari tepung pulut hitam
yang dibentuk menjadi
bintang bucu empat. Intinya
sedikit berbeza dengan inti
kubang badak kerana ianya
dibuat menggunakan tepung
pulut hitam sahaja.
6 7
Setelah siap, inti disusun ke dalam pinggan yang dilapik
dengan daun pisang yang dipotong membentuk bulatan dan
seterusnya diletakkan kuah atau asasnya yang berwarna hijau.
Asasnya dibuat dari tepung gandum, santan, air daun pandan dan
gula putih.
Istimewanya kuih ini tidak menggunakan pewarna tiruan
tetapi warna hijaunya yang cantik terhasil dari daun pandan yang
telah dikisar bersama sedikit air. Air daun pandan akan
memberikan warna hijau asli dan menaikkan aroma pada kuih ini
sekaligus boleh membuatkan orang yang mencubanya jatuh hati.
6. Kuih Pepena
7. Puan Norzalila, pengusaha kuih
tradisi Tiga Beradik
06
KUIH DODOL KUKUS
Gabungan ketiga untuk Kuih Tiga Beradik ini pula dikenali sebagai Kuih Dodol Kukus. Uniknya
pembuatan dodol kukus ini tidak mengambil masa yang lama seperti memasak dodol biasa yang
memakan masa berjam-jam untuk masak. Penghasilan dodol kukus ini tidak memerlukan kita
mengacaunya seperti dodol biasa tetapi hanya perlu dikukus sahaja sehingga masak yang mengambil
masa sekitar 15 minit sahaja.
Sebagaimana kuih dua beradik yang terdahulu,
untuk penghasilan dodol kukus ini, tepung pulut
digunakan bersama gula merah dan santan.
Kelainannya pada penampilan dodol kukus ini ialah
bahagian atas dodol ditabur dengan tahi minyak
yang di masak berasingan. Tahi minyak dibuat dari
santan yang dimasak di atas api sehingga pecah
minyak dan seterusnya menghasilkan tahi minyak.
Seterusnya, proses membuat dodol bermula 8
dengan campuran beberapa bahan seperti tepung
pulut, gula merah, santan dan gula putih yang diadun
sehingga menjadi sebatian berwarna coklat. Adunan
ini kemudiannya dimasukkan ke dalam piring enamel
yang dilapik dengan daun pisang kemudian dikukus.
Sebelum daun-daun pisang ini dijadikan
pelapik, ia perlu dilayur di atas api terlebih dahulu
supaya daun pisang tersebut lembut dan tidak koyak
setelah dialas. Ketiga-tiga jenis kuih ini dimasak
dengan cara mengukusnya selama 15-20 minit.
" 9
10 8. Kuih Tiga Beradik yang telah dikomersilkan dalam
bekas plastik.
9. Daun-daun pisang yang telah dilayurkan di atas api
dijadikan sebagai pelapik.
10. Kuih Dodol Kukus
07
KESIMPULAN
Kuih Tiga Beradik yang dahulunya hanya boleh didapati di Chenor, Maran dan Temerloh kini
boleh dijumpai di Kuantan dan sekitar negeri Pahang. Mungkin untuk masa akan datang ianya boleh
dikomersialkan sebagai salah satu kuih sejuk beku setanding dengan kuih-kuih yang ada dipasaran
memandangkan ia mendapat tempat dihati peminatnya dan akan menjadi daya tarikan pelancong yang
berkunjung ke negeri Pahang.
RUJUKAN
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/342354/penangan-kuih-tiga-beradik
https://www.sinarharian.com.my/article/198956/KHAS/Ramadan/Kuih-tiga-beradik-dapat-permintaan-
tinggi
https://www.facebook.com/FOPAHANG/post/sejarah-dan-kebudayaankeunikak-kuih-tiga-beradik-
kuih-tradisi-pahangdi-Pahang-i/1835657233178749/
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/04/809122/tiga-beradik-muncul-tiap-kali-
Ramadan
http://feldajengka25.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/84-kuih-badak-
Kubang, Norzalila Shaari. 2022. Kuih Tiga beradik. Temubual, 14 Jun 2022.
08
02. Kuih Tonjet Dan Kuih Telur Belangkas :
Pemanis Mulut Diraja
Penulis: Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal
Abidin,
Muhammad Syafiq bin Mohamed Sahar
09
KUIH TONJET DAN KUIH TELUR BELANGKAS
- PEMANIS MULUT DIRAJA
Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin, Muhammad Syafiq bin Mohamed Sahar
Selera kita pasti akan terbangkit apabila disebut tentang kuih-muih Melayu ataupun kuih tradisi
masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis kuih tradisi di negara kita ini dengan pelbagai nama dan
rupa. Terbayang-bayang keenakan kuih seperti kuih karipap, kuih cucur badak, serimuka dan kuih
talam. Kuih-muih tradisi ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat Melayu bahkan kaum lain
juga amat menggemarinya.
Kuih-muih tradisi Melayu ini sangat unik dan
tidak boleh disamakan dengan pencuci mulut dari
negara Barat seperti kek, biskut atau pastri. Cara
penyediaan yang berbeza serta kos menghasilkan
kuih muih melayu adalah lebih murah berbanding
dengan pencuci mulut dari negara Barat.
Masyarakat Melayu sangat kaya dengan
pelbagai jenis kuih tradisional. Tidak dilupakan juga
kuih muih tradisional Diraja. Di Pahang, terdapat
beberapa jenis kuih tradisional Diraja yang terkenal
seperti Puding Raja, Jeneral Mahbob (Mabuk) dan
Buah Tanjung. Namun, tidak ramai yang tahu
tentang kewujudan kuih muih ini.
Kuih tradisional Diraja atau lebih dikenali 1
sebagai pemanis mulut Diraja kebanyakannya Pemanis mulut Diraja Pahang yang jarang ditemui
hanya boleh dinikmati di istana sahaja. Walau 1. Kuih Tonjet
bagaimanapun, mengikut arus peredaran waktu, 2. Kuih Telur Belangkas
kini pemanis mulut Diraja boleh dinikmati oleh
rakyat jelata tidak mengira waktu dan masa. Ini 2
boleh dilihat dengan penjualan secara komersil
bagi hidangan Puding Raja. Oleh sebab itu, Puding
Raja kerap dijadikan sebagai hadiah cenderahati
yang istimewa bagi pengunjung dari luar negeri
yang membuat lawatan ke Pekan, Pahang.
Namun begitu, tahukah anda pemanis mulut
Diraja bukan hanya terdiri daripada Puding Raja,
Jeneral Mahbob (Mabuk) dan Bunga Tanjung
sahaja. Terdapat beberapa lagi hidangan pemanis
mulut yang tidak diketahui atau jarang ditemui oleh
kita sebagai rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja,
anak-anak muda kelahiran negeri Pahang sendiri
ada yang turut tidak mengenali kewujudan pemanis
mulut Diraja ini.
Artikel ini akan mengupas tentang dua (2) jenis
hidangan pemanis mulut Diraja Pahang yang jarang-
jarang ditemui iaitu Kuih Tonjet dan Kuih Telur
Belangkas.
10
KUIH TONJET
Kuih Tonjet merupakan kuih tradisional Diraja Pahang. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, ‘tonjet’ atau ‘tenjet’ bermaksud bertenjet-tenjet berdiri (berjalan) dengan hujung jari kaki atau
mengangkat kedua-dua tumit kaki seseorang untuk mencapai sesuatu yang terletak pada paras yang
lebih tinggi.
Pada mulanya, Kuih Tonjet ini telah
dihasilkan mengikut permintaan dan citarasa sultan
pertama bagi negeri Pahang iaitu Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah Ibni-Al-
Marhum Bendahara Ali yang memerintah negeri ini
bermula tahun 1882 hingga 1914.
Nama kuih ini sinonim dengan nama ‘tonjet’
kerana bentuknya yang mempunyai tiga kaki dan
ditengahnya naik sedikit seakan-akan berjengket.
Dalam kebudayaan Melayu tradisi, warna kuih ini
yang kuning keemasan melambangkan makanan
bagi golongan istana. Bentuk yang kecil dengan rupa
yang berkilat mampu menarik minat ramai orang
untuk merasainya.
Walau bagaimanapun, pada waktu ini, Kuih 3
Tonjet ini tidak lagi mudah didapati walaupun di
bandar Pekan, bandar Diraja Pahang. Kuih ini hanya
dihasilkan untuk majlis keraian Diraja dan juga sebagai
hantaran bagi majlis perkahwinan dan pertunangan
sahaja.
Pada ketika itu, kuih ini hanya dihasilkan
apabila terdapat majlis atau jamuan di kediaman
istana sahaja. Kuih ini belum lagi terkenal pada zaman
itu kerana ramai yang tidak tahu tentang penggunaan
teknik tiga jari dalam menghasilkan bentuk tonjet.
Hanya mereka yang pernah tinggal di istana sahaja
yang mengetahui cara pembuatan kuih ini.
4
3. Kuih Tonjet
2 4. Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah Ibni-Al-
Marhum Bendahara Ali, sultan pertama
negeri Pahang.
5. Kaedah tradisional bagi membentuk Kuih
Tonjet dengan menggunakan tiga jari iaitu
Ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
5
11
BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENYEDIAAN KUIH TONJET
Warna asal Kuih Tonjet pada waktu dahulu adalah lebih menyerlah kerana warna kuning itu
asalnya daripada pemilihan kuning telur dari telur ayam kampung. Khasiat telur ayam kampung tidak
dapat dibandingkan lagi berbanding telur ayam komersil. Telur ayam kampung mempunyai banyak
khasiat antaranya memiliki kadar Vitamin D yang tinggi, mampu menurunkan risiko penyakit jantung,
mampu menstabilkan kadar kolesterol dalam darah, mangandungi antioksidan yang boleh
menyihatkan mata, boleh membentuk otot dan akhir sekali boleh membantu menurunkan berat badan.
Selain itu, antara bahan lain yang 1 6
utama dalam penyediaan Kuih Tonjet ini 2 7
ialah air gula. Gula dan air akan dimasak
bersama daun pandan bagi menghasilkan
air gula yang mempunyai kadar
kepekatan yang diingini.
Air gula pada zahirnya berfungsi
memberi tenaga kepada badan
seseorang. Menurut Jayanti (2014), air
gula mampu memberi tenaga kepada
seorang ibu sewaktu kontraksi uterus
berlaku. Walaupun begitu, air gula tidak
boleh diambil dalam kuantiti yang banyak
kerana ia akan memudaratkan badan.
Daun pandan atau nama
saintifiknya Pandanus amaryllifolius
dikenali sebagai salah satu tumbuhan
yang mempunyai aroma yang wangi.
Selain daripada memberi aroma yang
wangi dan menjadi sumber pewarna pada
makanan, daun pandan juga membantu
meningkatkan selera makan dan
membantu melegakan pening kepala jika
dimasukkan ke dalam air gula. (Ningrum,
& Schreiner, 2014)
Oleh yang demikian, Kuih Tonjet
lebih popular dihidang sebagai hantaran
atau pemanis mulut kerana bahan yang
digunakan iaitu kuning telur dan kadar
kandungan gula yang tinggi dianggap
sebagai pemberi tenaga yang baik
kepada tubuh badan.
Bahan-bahan bagi penyediaan Kuih Tonjet:
6. Kuning telur ayam kampung
7. Gula
8. Daun pandan
8
12
KUIH TELUR BELANGKAS
Satu lagi hidangan pencuci mulut yang menarik dari dapur Diraja Pahang ialah Kuih Telur
Belangkas. Kuih Telur Belangkas biasanya dihidangkan sebagai sebahagian daripada satu set pencuci
mulut bersama Kuih Tonjet dan Jala Emas.
“Semua ini disebut sebagai makanan ‘pemanis mulut’,
sekadar pelengkap makanan. Namun, bahan pelengkap ini
seringkali merupakan kuih-muih yang amat pelbagai pula.”
- Profesor Datuk Dr Zainal Kling
Jabatan Antropologi dan Sosiologi
Universiti Malaya
Al-Haj, A. A. M. I. S. I. (2005). Air Tangan Tengku Puan Pahang
Pencetus idea bagi hidangan ini dianggap bijak kerana menggunakan sepenuhnya bahagian putih
telur yang tidak digunakan bagi penyediaan hidangan Kuih Tonjet. Umum mengetahui hidangan pencuci
mulut Diraja seperti Puding Raja, Buah Tanjung, Jala Emas dan Kuih Tonjet menggunakan bahagian
kuning telur ayam kampung sahaja. Bahagian putih telur yang tidak diperlukan itu akan digunakan dalam
penyediaan Kuih Telur Belangkas ini. Lazimnya, kedua-dua jenis kuih ini akan disediakan serentak
dalam satu masa. Oleh yang demikian, tiada istilah membazir dalam penyediaan hidangan pencuci mulut
Diraja ini.
“Saya dapati, kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan di
dalam masakan ini boleh diperolehi dengan mudah di kawasan
sekitar yang secara tidak langsung memaparkan kesederhanaan
kehidupan rakyat.“
- Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Raja Pemaisuri Agong
Al-Haj, A. A. M. I. S. I. (2005). Air Tangan Tengku Puan Pahang
13
BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENYEDIAAN KUIH TELUR BELANGKAS
Kuih Telur Belangkas seringkali disamakan dengan Kuih Tahi Itik yang sangat terkenal di negeri
Terengganu dan Kelantan. Bahan utama yang digunakan dalam penghasilan kedua-dua kuih ini ialah
putih telur dan gula. Walaupun demikian, bahan-bahan yang lain adalah tidak sama. Penyediaan
bahan bagi Kuih Telur Belangkas adalah lebih mudah. Hanya menggunakan empat (4) bahan sahaja
iaitu putih telur, kelapa parut, daun pandan dan gula halus.
Berbanding dengan bahan Kuih Tonjet
yang hanya menggunakan kuning telur,
penggunaan putih telur dalam penyediaan
Kuih Telur Belangkas ini juga dikatakan tidak
mengandungi kolesterol dan merupakan
sumber protein yang tinggi.
Selain itu, penggunaan kelapa parut
yang tidak mengandungi kulit ari juga menjadi
salah satu sebab mengapa rupa Kuih Telur
Belangkas ini mendapat warna yang cantik
dan terang.
9
Walau bagaimanapun, warna hijau dan
aroma wangi yang terhasil daripada kisaran
daun pandan menjadikan hidangan ini lebih
menarik dan sedap untuk dimakan. Lazimnya
hidangan ini menjadi pilihan untuk dihidang
sebagai pemanis mulut istimewa semasa
majlis perkahwinan di sesetengah tempat di
Pekan.
Empat bahan utama dalam penyediaan Kuih Telur Belangkas
9. Putih telur ayam
10. Gula Castor
11. Air daun pandan
12. Kelapa parut
10
12 11
14
Sungguhpun Kuih Tonjet kurang dikenali oleh golongan muda dan jarang ditemui di mana-mana
majlis keraian, hidangan ini tetap menjadi antara pilihan utama pencuci mulut yang disajikan di majlis
keraian Diraja. Ini dapat dilihat semasa Majlis Santapan Diraja yang diadakan di Istana Negara pada 31
Julai 2019 yang lalu. Majlis Santapan Diraja ini diadakan bagi meraikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Selain daripada Puding Diraja Pahang, Kacau Labu, Kacau Keledek, Wajik Kasirat, Wajik Ubi,
Wajik Durian, Buah Tanjung dan Tahi Itik, Kuih Tonjet juga turut dihidang sebagai hidangan pencuci
mulut. Apa yang istimewa ialah hidangan pencuci mulut ini disediakan sendiri oleh Raja Permaisuri
Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pemilihan menu tradisi
seperti Kuih Tonjet di dalam Majlis
Santapan Diraja menunjukkan
kepentingan dan usaha institusi
diraja di Malaysia mempromosikan
dan mengekalkan menu tradisi
yang semakin dilupakan pada era
moden ini.
13
13. Yang di-Pertuan Agong, Al-
Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah dan
Raja Permaisuri Agong,
Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah
menghadiri Majlis Santapan
Diraja di Istana Negara.
14. Antara tetamu yang hadir
memeriahkan Majlis
Santapan Diraja
14
15
Sebagai salah sebuah kolej komuniti rintis di Negeri Pahang, Kolej Komuniti Kuantan
terpanggil untuk mempromosikan pencuci mulut yang kurang dikenali ini.
Kolej Komuniti Kuantan
telah mengadakan satu
demonstrasi penyediaan Kuih
Tonjet dan Kuih Telur Belangkas
di Taman Bandar, Kuantan bagi
memperkenalkan hidangan
pencuci mulut Diraja yang jarang
sekali ditemui di sekitar Pahang.
Demonstrasi ini diadakan bagi
Program Mini MAHA bersempena
Hari Peladang, Penternak,
Nelayan Peringkat Negeri Pahang
bermula 25 hingga 28 Julai 2019.
Rata-rata pengunjung yang
hadir sangat teruja melihat
penyediaan hidangan ini kerana
masyarakat sekitar Kuantan
khususnya lebih mengenali
hidangan Puding Raja berbanding
Kuih Tonjet dan Kuih Telur
Belangkas ini. 15
Selain itu, Kolej Komuniti Kuantan
juga turut mengadakan demonstrasi
penyediaan Kuih Tonjet dan Kuih Telur
Belangkas di Perkarangan Serambi
Teruntum, Kuantan Pahang. Demonstrasi
ini diadakan bersempena Program My Best
Buy (MBB) @ Jualan Terus Dari Ladang
(JTDL) Anjuran FAMA Negeri Pahang pada
1 hingga 3 Mac 2019
Pemilihan kedua-kedua pemanis
mulut Diraja ini menarik minat ramai
pengunjung terutama kepada mereka yang
lahir dan membesar di Pekan, Pahang. Ada
yang turut berkongsi pengalaman
menceritakan bagaimana mereka
menyediakan hidangan ini pada waktu
dahulu bersama nenek moyang masing-
masing. Maklum balas yang sangat positif
telah diterima oleh pihak kolej di sepanjang
16 demontrasi ini diadakan.
15. Lawatan rasmi Exco Pertanian YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Bin Tan Sri Abd Razak, SSAP, SIMP, DSAP, DIMP, AMP
ke tapak pameran Kolej Komuniti Kuantan bagi melihat demonstrasi penyediaan kuih tradisional negeri Pahang iaitu Kuih
Tonjet dan Kuih Telur Belangkas.
16. Antara tenaga pengajar Kolej Komuniti Kuantan yang menyertai demostrasi penyediaan Kuih Tonjet dan Kuih Telur
Belangkas
16
KESIMPULAN
Masyarakat pada zaman dahulu kebanyakannya menggunakan bahan-bahan untuk
menghasilkan pemanis mulut yang boleh didapati daripada sekitar kawasan penempatannya. Ia
diperakui apabila terciptanya pelbagai menu pemanis mulut daripada daerah dan negeri masing-
masing. Sungguhpun demikian, golongan anak muda pada zaman sekarang lebih berminat dengan
pencuci mulut daripada Barat dimana ia dijadikan sebagai trend pada satu-satu masa. Selain itu,
terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang bahan-bahan dan cara penyediaan pemanis
mulut Barat di laman sosial.
Oleh itu, resepi makanan tradisi perlulah dicatat dan didokumenkan secara ilmiah untuk
dikekalkan sepanjang zaman. Semoga pada masa hadapan lebih banyak lagi resepi tradisi dapat
dikenalpasti dan dicatat untuk dijadikan panduan pada masa hadapan.
RUJUKAN
A. (2022, July 1). Kuih Tonjet. Blogspot.Com. http://myroyalpudding.blogspot.com/2010/07/kuih-
tonjet.html
Al-Haj, A. A. M. I. S. I. (2005). Air Tangan Tengku Puan Pahang. Lembaga Muzium Negeri Pahang
dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pahang.
Jayanti, I. D. (2014). Lama Kala I Fase Aktif Ibu Bersalin yang Mengkonsumsi Asupan Sari Kurma
dan Air Gula. Oksitosin: Jurnal Ilmiah Kebidanan, 1(1), 13-17.
Ningrum, A. & Schreiner, M. 2014. Pandan Leaves:”Vanilla of the East” as Potential Natural
Food Ingredient; Vol. 25, No. 3: Agro FOOD Industry Hi Tech.
Yunitasari, N. (2018). Pemanfaatan daun pandan wangi, jahe, dan biji kapulaga sebagai minuman
teh untuk obat herbal antidiabetes. UNES Journal of Scientech Research, 3(2), 197-203.
Puding Diraja Pahang menu istimewa Majlis Santapan Diraja. (2019). BH Online.
This video is produced as part of our heritage tourism program/course. We Choose Kuih Tonjet As
Our Element for. (2017, December 18). [Youtube]. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=3eETG9h0MB8
17
03. Puding Raja : Manisan Santapan Diraja
Penulis: Azsyanti binti Ibrahim
Azliza binti Yusop
Tg.Nur-Wina binti Tuan Abu Bakar
18
PUDING RAJA : MANISAN SANTAPAN DIRAJA
Azsyanti binti Ibrahim, Azliza binti Yusop & Tg.Nur-Wina binti Tuan Abu Bakar
Negeri Pahang sememangnya menjadi wadah tumpuan dengan keunikan dan kepelbagaian jenis
makanan tradisinya. Malah, ada yang sanggup berkunjung ke negeri yang terbesar di Semenanjung
Malaysia ini semata-mata ingin meneroka sendiri budaya kulinari autentik yang terdapat di dalam 11 buah
daerah di negeri ini. Sebut sahaja daerah Pekan, pasti terbayang akan keenakan pemanis mulut iaitu
Puding Raja.
Jika dahulu,
Puding Raja hanya dinikmati
oleh kaum kerabat Diraja di
istana, namun kini resepi
istimewa negeri Mat Kilau ini
boleh dinikmati rakyat jelata.
Sajian ini juga telah menjadi
sajian pencuci mulut popular
pada bulan ramadan.
Keistimewaan pada rasanya
yang seimbang antara manis
dan berkrim menjadikan
Puding Raja berbeza daripada
sajian pencuci mulut yang lain.
Bagi pelancong yang
berkunjung ke Bandar Pekan,
tidak lengkap rasanya
sekiranya tidak mencuba
1 sendiri keenakan pencuci
PEKAN BANDAR DIRAJA mulut Diraja ini.
Pekan merupakan sebuah bandar tua yang mempunyai 1. Puding Raja
banyak tinggalan sejarahnya. Bandar Pekan dikatakan telah 2. Muzium Sultan Abu Bakar
wujud sejak abad ke-17. Bandar ini juga dikenali sebagai bandar 3. Bunga Pekan atau nama saintifiknya
Diraja dan pernah menjadi ibu negeri serta pusat pentadbiran
negeri Pahang Darul Makmur sekitar tahun 1889 sehingga tahun Thunbergia Fragrans.
1998. Bandar Pekan diceritakan mendapat nama dari sejenis
bunga iaitu ‘Bunga Pekan’. Pokok bunga ini pada zaman dahulu
dikatakan banyak terdapat di sepanjang tebing Sungai Pahang.
2 3
19
ASAL USUL PUDING RAJA
Puding Raja adalah merupakan hidangan tradisional Melayu Pahang. Juga dikenali sebagai
“Puding Diraja”, makanan istimewa ini memperoleh namanya menerusi satu fakta yang menarik.
Puding yang merupakan sajian identiti negeri
Pahang ini asalnya dikenali sebagai Puding
Pisang berikutan pisang merupakan bahan
utama dalam penyediaan sajian ini. Asal usul
sajian ini sebenarnya hanyalah untuk santapan
kerabat Diraja Pahang sahaja. Bahan-bahan
yang digunakan pula melambangkan
kemewahan dan mempunyai kelas tersendiri
seiring dengan asal usulnya.
Puding Raja berasal sejak zaman
pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia (KDYMM) Almarhum Sultan Abu
Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim
Billah lagi. Mengikut sejarah, resepi ini
dihasilkan oleh Yang Berbahagia Che Siti Nah
yang bersemayam di Istana Saadah dan amat
gemar memasak. Sejak dari itu, ia sering
dihidangkan di istana dan menjadi pemanis
mulut kegemaran KDYMM Almarhum Sultan
Abu Bakar.
4
Resipi hidangan istimewa ini kemudiannya
diperturunkan kepada nenda Azhani Mahmud,
generasi pertama yang mewarisi rahsia penyediaan
resipi asli Puding Raja, yang ketika itu merupakan
tukang masak di istana. Sajian itu terus diwarisi dari
zaman ke zaman dan sering menjadi santapan di
Istana Saadah iaitu salah satu istana yang terdapat di
Pekan Pahang.
6
4. Puding Raja
5. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Almarhum Sultan Abu
5 Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Abdullah Al-Mu’tasim Billah
6. Istana Saadah, Kg Masjid Pekan
20
WARISI RESIPI RAHSIA PUDING RAJA
Azhani Mahmud, 53 dari Kampung Mengkasar Pekan merupakan generasi ketiga yang mewarisi
kemahiran pembuatan Puding Raja. Mempelajari dari nendanya, Allahyarhammah Siti Aminah Sheikh
Abu Bakar yang merupakan salah seorang tukang masak dan ditugaskan untuk menyediakan sajian
pemanis mulut di Istana Saadah sekitar era tahun 1950an hingga 60an . Resipi tersebut kemudiannya
diturunkan kepada Siti Ainon Sheikh Ahmad, generasi kedua iaitu bonda kepada Azhani. Siti Ainon
seterusnya meneruskan kemahiran pembuatan Puding Raja tersebut dengan mengambil tempahan
dari istana dan menyediakannya dari rumah sahaja. Menurut Azhani, beliau telah membantu nenda
dan bondanya dalam menyediakan hidangan istimewa ini sejak kecil lagi.
7. Azhani Mahmud dan suami, Aidi Hayazi Adnan
Generasi Ketiga
8. Anak-anak Azhani dan suami, Generasi Keempat
8
7
GENERASI KEEMPAT
Anak-anak Azhani, Aida Azrina, 30 dan Aisya Athira ,28
kini telah telah mewarisi kemahiran penyediaan resipi Puding
Raja sebagai generasi keempat. Buktinya, mereka telah
mampu menyediakan juadah itu sendiri dan telah
menguruskan sepenuhnya operasi cawangan kedai Royal
Pudding di bandar Kuantan.
‘Puding Raja, menu
Istimewa melepasi
tembok istana’
21
PENJENAMAAN ROYAL PUDDING
Azhani yang mewarisi kepakaran menyediakan hidangan Puding Raja, kini meneruskan usaha bonda
dan ayahandanya untuk memperkenalkan sajian ini kepada generasi muda. Sejak mula dijadikan sajian
umum pada tahun 2006, Azhani giat menjalankan perniagan Puding Raja yang kini cukup dikenali bukan
sahaja di sekitar negeri Pahang malah di seluruh Malaysia. Selepas melihat sambutan mengalakkan dari
pelanggan, Azhani bersama-sama suami Aidi Hayazie Adnan, 58 semakin aktif mempromosikan Puding
Raja di bawah jenama ‘Royal Pudding’. Medium promosi utama adalah menerusi laman web dan media
sosial iaitu Facebook dan Instagram. Selain dari itu, jualan secara langsung di Bazar Ramadan juga
dijalankan pada setiap tahun dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan.
Mengimbas kembali pada 17 tahun yang lepas, Azhani hanya menerima tempahan dari rumah sahaja.
Kemudian, beliau mula menerima tempahan dari sebuah restoran di Kuantan. Menurutnya, beliau berbesar
hati dapat membawa hidangan istimewa tersebut kepada umum. Secara tidak langsung, penggemar Puding
Raja boleh menikmati hidangan tersebut dengan mudah berbanding pada waktu dahulu. Ini kerana,
pemanis mulut ini dahulunya dikatakan sukar diperoleh melainkan pada majlis rasmi Diraja.
‘Puding Raja merupakan
salah satu menu pemanis
mulut yang dihidangkan
untuk santapan Kerabat
Diraja Pahang’
Selain Puding Raja, Azhani dan suami juga mewarisi
kemahiran dan bakat arwah nendanya dalam membuat
bahulu dan samosa yang dikenali sebagai Bahulu Saadah
dan Temosa Raja.
10
9. Keratan Akhbar berkenaan Royal Puding yang pernah diterbitkan
pada tahun 2012.
10. Azhani dan suami menunjukkan keratan akhbar tentang kisah
9 kejayaan mereka yang diterbitkan 10 tahun lalu
22
‘ROYAL PUDDING: Pahang’s Signature Dessert’ 11
Kedai Royal Pudding yang terletak di Jalan
Bengkel utama Puding Raja beroperasi
Hj. Abdul Aziz Kuantan ini merupakan cawangan
pertama yang telah dibuka oleh Azhani dan sepenuhnya di kampug Mengkasar Pekan,
suami. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali
hari Isnin bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Pahang. Bengkel ini telah dikendalikan oleh
Kedai Royal Pudding ini telah dikendalikan Azhani dan suami. Proses penyediaan Puding
oleh anak-anak pasangan suami isteri ini sendiri.
Menu utama yang boleh didapati di kedai ini Raja juga akan diproses di bengkel tersebut dan
sudah semestinya Puding Raja dalam pelbagai
saiz bekas dengan harga yang berpatutan. Menu di hantar kedai Royal Pudding di Kuantan.
lain yang terdapat di sini adalah Waffle, Nacho,
Karipap, Buttermilk Chicken dan minuman seperti Puding Raja dijual dalam pelbagai saiz bekas
Mocha Frappe, Caramel Machiato dan banyak
lagi. dengan harga yang berbeza, ini memberi
12 peluang kepada pembeli untuk memilih saiz
puding yang diingini.
Permintaan terhadap Puding Raja ini
sangat menggalakkan bukan sahaja di kalangan
komuniti setempat malah Kedai Royal Pudding
turut menjadi kunjungan pengunjung luar dari
Kuantan dan pelancong asing.
Selain itu Azhani dan suami turut
mengkomersialkan Puding Raja di ekspo-ekspo
jualan sekitar Kuantan dan Pekan.
13 14
11. Kedai Royal Pudding di Kuantan
12. Anak kedua Azhani dan suami, Aisya Athira, 28
13. Aisya Athira bersama ayahnya bergambar di hadapan
kedai Royal Pudding
14. Antara produk yang dijual di Kedai Royal Pudding
23
PROSES PENYEDIAAN PUDING RAJA
Bahan asas untuk membuat Puding Raja ini adalah pisang dihias dengan jala mas (telur), gajus,
ceri, buah prune dan dimakan bersama sos kastard pekat. Proses penyediaan hidangan ini dimulakan
dengan menggoreng pisang tanpa menggunakan tepung. Pisang yang digunakan pula mestilah dari
jenis pisang Lemak Manis Pahang untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan asli. Pisang yang
sudah digoreng perlulah ditos seharian terlebih dahulu untuk mengasingkan minyak dan madu dari
pisang tersebut. Hasilnya, pisang kelihatan seolah-oleh telah disalai.
Ia seterusnya diikuti dengan penyediaan jala mas. Jala mas 15
disediakan dari adunan kuning telur dan daun pandan yang
dimasak di dalam air gula menggunakan acuan khas. Di dalam
menyediakan sajian Puding Raja, proses membuat jala mas adalah
antara yang paling rumit. Proses memisahkan kuning telur perlu
dibuat dengan berhati-hati kerana boleh menjejaskan rasa
sekiranya putih telur bercampur. Proses merajut jala mas juga perlu
dilakukan dengan berhati-hati supaya ianya tidak terlalu tebal atau
terlalu nipis dan seterusnya memberikan hasil yang tidak kemas. Ini
penting kerana jala mas merupakan bahan yang melambangkan
kemegahan bagi hidangan tersebut.
16
Proses seterusnya adalah penyediaan sos
kastard. Sos kastard perlulah disejukkan
sebelum dihidangkan bagi menambah selera.
17 Penyediaan Puding Raja secara
keseluruhannya agak rumit kerana perlu
melalui beberapa proses dengan teliti.
15. Pisang Lemak Manis Pahang
16. Jala Mas
17. Bahan-bahan untuk membuat hidangan Puding Raja
‘Puding Raja, menu istimewa
yang eksklusif dan
mempunyai kelas tersendiri’
24
RESIPI PUDING RAJA
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan Jala Mas ialah 5
biji kuning telur (sebaik-baiknya telur itik), 1 cawan gula. 2 cawan
air dan sehelai daun pandan yang telah disimpul.
Cara Memasak
Kuning telur perlu diasingkan dan dikacau dengan sebati. Kemudian, masukkan kuning telur ke
dalam acuan. Air, gula dan daun pandan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak sehingga
mendidih. Apabila sudah mendidih, keluarkan daun pandan. Dengan api yang perlahan,
menggunakan acuan, tuangkan kuning telur pada jarak yang tinggi untuk menghasilkan jala mas
yang halus. Akhir sekali keluarkan jala mas yang sudah masak dan tapis baki air manis tersebut.
Tips Merajut Jala
Semasa proses merajut, pastikan acuan tidak diangkat semasa proses menjala bagi mengelakkan
jala menjadi putus.
Acuan:
Proses membuat Jala Mas boleh menggunakan acuan roti jala
yang diperbuat tembaga atau plastik, acuan muncung kecil, atau
secara tradisional dengan menggunakan kelonsong daun pisang.
25
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sos kastard ialah 1 biji telur. 400ml susu cair, 1
cawan air. 1ts esen Vanila, 3tsb gula dan sehelai daun pandan yang telah disimpul
Cara Memasak
Gaulkan telur, esen vanilla dan susu cair di dalam satu mangkuk. Kemudian tambahkan air, gula
dan juga daun pandan. Masukkan acuan tersebut ke dalam periuk dan dimasak diatas api yang
sederhana hingga mendidih.
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang diperlukan ialah pisang lemak manis
(Pahang), 1 sudu besar butter dan minyak masak untuk
menggoreng.
Cara Memasak
Minyak perlulah dipanaskan terlebih dahulu di dalam kuali bersama butter. Setelah minyak panas,
masukkan pisang dan goreng sehingga warna keperangan. Akhir sekali, angkat pisang yang telah
digoreng dan toskan lebihan minyak.
26
Bahan-bahan 1
2
Kesemua condiment yang telah disediakan di atas perlulah
dihidang Bersama didalam bekas. Antara condiment wajib di
dalam hidangan Puding Raja ialah Pisang lemak manis yang
telah digoreng dan ditoskan minyak lebihan, Jala Mas, Prune.
Ceri merah dan hijau dipotong dan Kacang Gajus yang telah
disangai terlebih dahulu.
Turutan Susunan Hidangan
Pada lapisan pertama, pisang goreng perlulah disusun
terlebih dahulu di dalam bekas atau mangkuk. Kemudian
pada lapiskan kedua, Jala Mas diletakkan sehingga
menutupi pisang. Pada lapisan ketiga, buah prune, buah
cherry, dan kacang gajus diletakkan di atas jala mas. Sos
kastard dituangkan di atas hidangan sebagai langkah yang
terakhir.
3
4
27
NILAI EKSLUSIVITI
Puding raja yang dahulunya menjadi hidangan eksklusif istana kini sudah dapat dinikmati rakyat
jelata. Sajian ini telah menjadi salah satu menu kegemaran bagi orang tempatan sebagai minum
petang. Selain itu ianya telah menjadi sajian yang istimewa pada hari perkahwinan, perayaan dan
majlis-majlis keraian masyarakat tempatan.
Walaupun kini ia mudah didapati dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja, namun nilai estetik
hidangan ini perlu sentiasa dijaga bersesuaian dengan namanya; Puding Raja.
RUJUKAN
A.I.L. (2016, July 22). ALMARHUM KDYMM SULTAN ABU BAKAR PAHANG. Warisanpermaisuri.blogspot.
Retrieved June 27, 2022, from http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2016/07/almarhum-kdymm-sultan-abu-
bakar-pahang.html
B.E.R.N.A.M.A. (2019, May 7). “Puding Raja” Pencuci Mulut Popular Bulan Ramadan. BH ONLINE. Retrieved June
25, 2022, from https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/05/561281/puding-raja-pencuci-mulut-popular-
bulan-ramadan
H H the Sultan of Pahang, 2.11.1945. (2012, August 30). The National Archives UK. Retrieved July 1, 2022, from
https://www.flickr.com/photos/nationalarchives/7892977412
ISTANA. (n.d.). PORTAL DIRAJA PAHANG. Retrieved July 1, 2022, from
http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=1703
MAHMUD, A. Z. H. A. N. I. (2019, September 6). PUDING RAJA. myroyalpudding.blogpsot. Retrieved June 25,
2022, from http://myroyalpudding.blogspot.com
SULTAN ABU BAKAR MUSEUM. (n.d.). MUZIUMPAHANG.COM. Retrieved June 29, 2022, from
https://muziumpahang.com/muzium-sultan-abu-bakar/
PUDING DIRAJA, MENU ISTIMEWA KERABAT DIRAJA PAHANG. (2021, June 8). PURPLE DURIAN. Retrieved
June 28, 2022, from https://purpledurian.my/makan/puding-diraja-menu-istimewa-kerabat-raja-pahang
SUBOH, N. O. R. H. A. Y. A. T. I. (2020, April 6). ISTIMEWANYA RESIPI PUDING RAJA TOK MAK. MINGGUAN
WANITA. Retrieved June 28, 2022, from https://www.mingguanwanita.my/istimewanya-resipi-puding-raja-tok-
mak-pernah-jadi-hidangan-santapan-buat-ydpa-dan-rpa/
Temubual:
1. AZHANI MAHMUD , ROYAL PUDDING , Jun 28. 2022
28
04. Memburu Keenakan Patin Tempoyak
Penulis: Mohd Fadzly bin Mohd
Shuraimi
29
MEMBURU KEENAKAN PATIN TEMPOYAK
Mohd Fadzly bin Mohd Shuraimi
Makanan Pahang yang berasaskan protein semestinya dikaitkan dengan ikan patin. Ikan Patin di
Pahang memang terkenal kerana hampir kebanyakan negeri ada mempunyai masakan berasaskan
ikan patin. Masyarakat luar akur dengan kelazatan juadah ikan Patin masak Tempoyak di negeri
Pahang kerana ianya berasaskan buah durian di sini.
Ikan Patin atau dengan nama saintifik 1
Pangasianodon hypohtalmus adalah spesis
ikan air tawar yang mendiami kawasan sungai. 1
Ikan ini mempunyai sengat di kiri, kanan dan
belakang badan dan ianya tidak bersisik.
Menurut penduduk tempatan Pahang, ikan ini
dibiarkan bebas dan liar dan mempunyai diet
yang terdiri daripada anak ikan, buah-buahan
dari tepi sungai dan udang.
Patin mempunyai gred yang tersendiri.
Antaranya ialah Patin Muncung, Emas dan
Lawang yang boleh mencapai harga antara
RM300 ke RM400 per kilogram. Ianya paling
mahal dalam kategori Patin kerana ianya tidak
diternak dan dibiarkan hidup liar di Sungai
Pahang. Mempunyai rasa yang unik kerana
diet ikan ini terdiri daripada anak ikan di Sungai
Pahang. Gred kedua tinggi pula adalah Patin
Buah yang agak mahal harganya RM100
hingga RM200 per kilogram. Ianya sukar
didapati kerana jenis ini juga hidup liar dan
mempunyai rasa yang eksotik. Kategori yang
biasa dihidang untuk tetamu dan kawan yang
datang dari luar Pahang adalah Patin Sangkar.
Ianya berada dalam kategori harga mampu
milik iaitu antara RM18 hingga RM25 per
kilogram
1. Set Patin Tempoyak terdiri daripada Nasi Putih, 2
Ulam Kampung, Sambal Tempoyak, Ikan
bersama Pekasam.
2. Restoran Jaman Tory Resepi di Indera Mahkota 2
adalah tempat terbaik menikmati patin tempoyak.
30
Ikan Patin diternak dalam sangkar sekitar Sungai Pahang dan mempunyai habitat air sungai mengalir.
Kebanyakan makanan ikan ini adalah buah ara dan pellet. Ianya mestilah dibasuh dengan betul untuk
mengelakkan bau hanyir. Pembeli akan membasuh dan merendam ikan patin yang telah dipotong ke
dalam air asam jawa atau limau nipis. Manakala Patin Kolam adalah yang paling ekonomi untuk semua
orang kerana ianya jatuh pada di bawah RM10 per kilogram. Ianya mempunyai rasa yang agak kuat dan
bersifat hanyir. Ramai yang agak mencurigai kualiti isinya kerana faktor pemakanannya yang berasaskan
pellet semata-mata. Ikan ini boleh hidup dalam takungan tertutup seperti kolam yang tidak mempunyai
pergerakkan air di dalamnya.
TEMPOYAK
Ramai orang menyukai durian serta variasi rasanya. Ianya berlemak dan manis dan diiringi dengan
warna kuning pucat kerana telah melalui proses penapaian. Hasil inovasi orang dahulu, isi durian yang
berlebihan telah diubah menjadi hidangan yang boleh membuka selera yang dinamakan sebagai
Tempoyak. Ianya tidak dimakan begitu sahaja kerana perlu dimasukkan ke dalam juadah masakan lain.
45
Tempoyak ini boleh didapati secara meluas di 4. Tempoyak asli memiliki urat durian yang melambangkan
Pahang dan juga sekitar kepulauan Melayu hingga ke keasliannya.
wilayah selatan Sumatera. Ianya menjadi pembuka
selera kerana mempunyai rasa masam, manis, dan 5. Jenis ulaman kampung bersama tempoyak dan sambal
pahit. Bagi menghasilkan tempoyak yang berkualiti belacan.
tinggi, petua yang harus diikuti ialah dengan hanya
menggunakan isi durian yang pejal dan tidak berair,
menggunakan garam halus dan diperamkan sekurang-
kurangnya dua hari di dalam peti sejuk. Terdapat juga
variasi tempoyak yang ditambah dengan cili potong
untuk menaikkan rasa pedas tempoyak.
Set tempoyak versi Pahang biasanya menggunakan ulam-ulam kampung dan ikan pekasam untuk
melengkapkan juadah. Antara ulam itu adalah bendi celur, kacang botor, daun selasih, timun, pucuk keladi
dan daun tenggek burung.
31
IKAN PEKASAM
Ikan pekasam goreng kerap disajikan bersama hidangan Patin Tempoyak. Hidangan ikan pekasam ini
membawa rasa sedap dengan rasa yang unik apabila dihidangkan panas selepas digoreng. Antara ikan
yang biasa digunakan sebagai pekasam adalah ikan Tenggiri, Lampam serta ikan sungai.
Lazimnya, peniaga ikan pekasam akan menggunakan 3
kilogram ikan sungai yang sudah disiang dan dibuang
perutnya. Beras yang telah disangai akan digaul bersama
ikan sungai tadi. Peniaga akan memasukkan garam kasar
serta asam keping untuk proses pengawetan. Ikan yang
dilumurkan garam tadi hendaklah diisi ke dalam balang
kedap udara untuk memastikan setiap ikan itu menjalani
proses pengawetan secara total.
Kaedah penyediaan ikan pekasam ialah dengan 6
menggunakan sebanyak 3 cawan beras yang disangai
sehingga keperangan. Kemudian beras tadi hendaklah
dikisar separuh. Sangai ialah proses memasak tanpa
menggunakan minyak masak. Ikan sungai hendaklah
dibasuh dan dibuangkan sisik dan perut ikan. Seterusnya
gaulkan ikan dengan 2 genggam garam kasar dan dibiarkan
selama semalaman. Keesokan harinya, ikan sungai perlu
dibilas dan dimasukkan beras yang separa hancur untuk
memulakan proses pengawetan yang mengambil masa
selama dua hari. Tambahkan bahan di atas juga ke dalam
perut ikan dan masukkan 2 keping asam jawa ke dalam
setiap balang. Akhir sekali, pastikan penutup bekas ketat
dan kedap udara digunakan dalam proses pengawetan ini.
8 7
32 6. Ikan sungai diperam dengan garam kasar dan
beras dikisar kasar.
7. Ikan pekasam goreng bersama hirisan bawang
dan cili hidup serta hirisan limau nipis.
8. Set patin tempoyak bersama ulam dan ikan
keli goreng.
RUJUKAN
Facebook, (2022, Jun 25)
108999353972002/posts/-ikan-patin-buah-
vs-ikan-patin-sangkar-sebab-esok-kami-
akan-deliver-ikan-patin-
b/210423627162907/
Wei C.T, Lim S.J& Wan Aida, 2017, Pencirian
Bakteria Asid Laktik dan Sebatian Aroma
Ikan Pekasam, Sains Malaysiana46, 438-
448
Indri J, Ferrawati F, 2021, Chemidak properties
of tempoyak from West Sumatera,
Indonesia, IOP Conference Series Earth
and Environmental Science, doi :
10.1088/1755-1315/694/1/012069
EKSPLORASI SENIBINA DAN
TEMPAT TUMPUAN DI PAHANG
INSPIRASI ILMU 3.0
33
05. Senibina Vernakular : Rumah Tun
Razak
Penulis: Ts. Azharina binti Azman,
Nor Fazlina binti Harun,
Lizawati binti Zainudin
34
SENIBINA VERNAKULAR – RUMAH TUN RAZAK
Ts.Hjh Azharina binti Azman, Nor Fazlina binti Harun, Lizawati binti Zainudin
PENGENALAN
Senibina warisan Melayu telah berkembang seiring dengan budaya kehidupan masyarakat Melayu
serta persekitarannya. Setiap unsur binaannya mempunyai maksud tertentu oleh pemilik yang
membina rumah tersebut.
Nilai estetika rumah
Melayu dapat dilihat dari
rancang letak ruang-ruang di
dalam rumah, elemen-elemen
yang digunakan dan gaya
pertukangan tempatan yang
kreatif. Keindahan senibina ini
terbentuk dari budaya dan cara
hidup masyarakat Melayu sejak
Gambar rumah Tun Razak dahulu lagi. Setiap elemen
yang terdapat pada rumah
Melayu tradisional mempunyai
maksud dan sebab yang
tersendiri sama ada tersurat
atau tersirat. Begitulah uniknya
senibina vernakular rumah
Melayu.
Rumah tradisional masyarakat Melayu 1
yang dikenali sebagi rumah kampung atau rumah
kayu juga adalah merupakan senibina terawal 1. Rumah Tun Razak terletak di Kampung Pulau
yang wujud di Tanah Melayu. Senibina yang Keladi, Pekan, Pahang.
menggunakan bahan dan kemahiran tempatan ini
merupakan senibina vernakular bagi negara kita. 2. Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein – Perdana
Menteri Kedua Malaysia
Antara contoh peninggalan rumah senibina
vernakular yang masih ada ialah Rumah Tun
Razak di Kg. Pulau Keladi. Pada asalnya rumah
ini adalah kepunyaan Haji Daud Abdul Rahman
dan isterinya, Nurita Sulaiman. Rumah ini
kemudian diduduki oleh Datuk Hussein Mohd.
Taib iaitu merupakan bapa kepada Tun Abdul
Razak bin Hussein, Perdana Menteri kedua
Malaysia.
LATARBELAKANG TUN ABDUL RAZAK
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein telah
dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi,
Pekan, Pahang.
Bapa beliau iaitu Datuk Hussein Bin Mohd 2
Taib atau digelar Orang Kaya Indera Shahbandar
adalah daripada keturunan pahlawan Sulawesi,
Indonesia yang datang ke Tanah Melayu untuk
berdagang dan kemudian menetap di Pahang. Ibu
beliau bernama Hajah Teh Binti Daud dan
merupakan orang biasa. Tun Abdul Razak
dibesarkan di peringkat awal zaman kanak-
kanaknya di Pulau Keladi, Pekan.
35
SENIBINA VERNAKULAR
Perkataan vernakular berasal dari kata Latin iaitu vernaculus yang bermaksud domestik atau
tempat. Konsep vernakular menekankan kepada keadaan tempat, persekitaran dan tingkah laku serta
adat istiadat tempatan terutamanya yang berkisar kepada masyarakat Melayu tradisional.
Contoh binaan senibina vernakular masyarakat melayu tradisonal ialah lantai rumah yang biasanya
dibina tinggi daripada tanah. Rumah tradisonal melayu biasanya dibina berhampiran sumber air iaitu di
sepanjang sungai. Lantai yang dibina tinggi ini, bertujuan untuk mengelakkan banjir apabila musim
tengkujuh tiba. Disamping itu juga, lantai yang tinggi dapat mengelakkan serangan binatang buas
seperti harimau, ular dan sebagainya.
“ Senibina warisan Alam Melayu yang telah
dibangunkan dengan penuh berhati-hati
dengan pemahaman yang mendalam ke atas
perihal persekitaran dan iklim telah
membuatkan ianya selesa dan selamat
untuk dihuni.”
(Ar. Mastor Surat, 2013)
SENIBINA RUMAH SERAMBI PAHANG
Kesenian susunatur ruang di dalam 1
rumah memainkan peranan yang sangat
penting dalam identiti sesebuah rumah
serambi Pahang. Rumah ibu, kelek anak atau
rumah tengah dan dapur adalah ruang utama
yang menggambarkan senibina rumah
serambi Pahang.
Pintu dan tingkap direka dan dibina 3
rendah bertujuan untuk menghormati tuan
rumah. Kelek anak atau rumah tengah yang
merupakan pelantar penghubung antara
rumah ibu dan dapur adalah pintu masuk bagi
kaum ibu dan anak-anak dara. Budaya
Melayu yang melindungi kaum wanita ini
diserapkan dalam rekabentuk senibina rumah
serambi Pahang.
Menurut Ar. Mastor Surat (2013), ciri utama dalam senibina warisan Alam Melayu ialah
pembinaan lantai yang tinggi dan bertiang, ruang dalaman yang mudah ubah (flexibility), penggunaan
bahan dari hutan hujan tropika yang mampu untuk mengatasi pelbagai masalah cuaca pada sepanjang
tahun.
3. Lakaran rumah Melayu tradisional
36
INTEPRETASI SENIBINA RUMAH TUN RAZAK
Senibina rumah Tun Razak merupakan senibina rumah tradisional Melayu Pahang yang juga
dikenali sebagai rumah serambi Pahang.
Senibina vernakular
biasanya dikaitkan dengan
keadaaan alam semulajadi,
khususnya persekitaran tempat
sekeliling di mana bangunan
dibina. Ia adalah sejenis
senibina yang asli. Senibina
vernakular telah
menggabungkan kemahiran
dan kepakaran pembina
tempatan atau tukang yang
mahir berbanding dengan
kepakaran arkitek.
4 4. Sistem pengudaraan dalam rumah tradisional
Melayu.
Seperti yang ramai sedia maklum, rumah
tradisional masyarakat Melayu yang dikenali 5. Lakaran Pelan Lantai Rumah Serambi Pahang
sebagi rumah kampung atau rumah kayu juga
adalah merupakan senibina terawal yang
wujud di Tanah Melayu. Senibina yang
menggunakan bahan dan kemahiran
tempatan ini merupakan senibina vernakular
bagi negara kita.
Pembahagian ruang dalaman rumah terdiri
daripada dua ruang asas iaitu rumah ibu dan
ruang dapur yang dipisahkan dengan satu
ruang peralihan yang dipanggil selang atau
ruang penanggah.
Ruang serambi yang bersifat separa terbuka
(semi-private), lantainya dibina lebih rendah
berbanding ruang dalaman yang lain.
Kebiasaanya ruang ini menjadi tempat
berlegar anak teruna dan teman-teman
sebaya berkumpul. Selain itu, aktiviti kenduri
kendara atau menyirat jala juga dilakukan di
ruang serambi.
5
37
ELEMEN SENIBINA RUMAH TUN RAZAK
Rumah Tun Razak menonjolkan keunikan dengan ciri-ciri reka bentuk seni bina Melayu 'Palladian'.
Teknik pembinaan rumah ini juga dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada dinding dan lantai.
Reka bentuk bumbung menonjolkan tradisional Melayu manakala ukiran bermotifkan ‘Barat’ pada dinding
dan pintu. 6 Rumah Tun Razak ini
dibahagikan kepada tiga ruang
utama iaitu serambi hadapan,
rumah ibu/induk dan serambi
dapur. Kelebihan atau keunikan
rumah ini terletak pada bahagian
lantai atau ‘geta’ yang ditinggikan
sebagai tempat berehat dan tidur.
Pada zaman dahulu, musuh akan
Gambarfoto interior rumah ibu bertindak menjolok lembing ke
arah lantai dari bawah rumah
dengan tujuan untuk
mendatangkan kecederaan.
Justeru, penggunaan ‘geta’ ini
dapat menghindari kejadian
tersebut daripada berlaku.
Kelebihan ini menjadikan rumah
Tun Razak memenuhi ciri-ciri
keselamatan sesebuah rumah
kediaman.
Penghadang atau bendul dibina lebih kurang 0.4 7
meter tinggi sebagai pintu masuk dari rumah ibu ke
serambi. Apabila ada serangan daripada musuh,
penghadang ini dapat berfungsi untuk melengahkan
dan seterusnya dapat mematahkan serangan musuh
dan juga memberi peluang tuan rumah untuk
menyelamatkan diri. Ciri-ciri keselamatan yang ada
pada rumah ini menjadikan rumah tradisonal ini unik
dan selamat.
Lebihan rasuk yang ada pada
Rumah Tadisional Pahang
berfungsi sebagai pengikat
rangka rumah bagi tujuan
penambahan ruang pada
masa hadapan.
6. Pandangan sisi Rumah Tun Razak terletak di
Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
7. Tangga masuk ke ruang serambi
38
KOMPLEKS KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI
Kampung Pulau Keladi adalah merupakan antara perkampungan yang tertua di daerah Pekan,
Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 5km dari Bandar Diraja Pekan. Kampung ini dipercayai telah
ditubuhkan oleh Pucat Ahmad dan Juragan Mahmud. Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi dibina di
kampung ini.
Rumah Tun Razak yang
dibina mempunyai ciri-ciri
yang hampir sama dengan
Rumah Serambi Pahang.
Susun atur ruang dalaman
rumah serta fasad kedua-
dua rumah ini menonjolkan
identiti rumah klasik
tradisional Pahang. Reka
bentuk rumah ini boleh
dikatakan sudah jarang
dibina dan kian pupus
ditelan zaman.
1
8
Kedua-dua rumah
warisan ini boleh dilawati di
Kompleks Kampung Budaya
Pulau Keladi, Pekan. Rumah
Tun Razak ini telah dibina
semula mengikut reka bentuk
asal. Manakala bersebelahan
rumah ini dibina Rumah
Serambi Pahang.
8. Rumah Tun Razak
9. Rumah Serambi Pahang
9
Selain itu, pengunjung juga boleh mempelajari dan melihat sendiri pembuatan kain tenun di Pusat
Tenunan Sutera Pahang yang terdapat di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini. Kompleks ini
merupakan antara tempat wajib dikunjungi sekiranya bersinggah ke daerah Pekan, Pahang.
39
KESIMPULAN
Senibina vernakular atau senibina Melayu Tradisional harus dikekalkan identitinya kerana gaya
rupa senibina tempatan ini sangat dipengaruhi oleh budaya, identiti dan gaya hidup masyarakat
setempat. Cara hidup masyarakat Melayu sangat dekat dengan alam persekitarannya. Senibina
vernakular dipengaruhi oleh budaya masyarakat setempat. Oleh itu, setiap negeri mempunyai identiti
rumah tradisional yang tersendiri mengikut budaya tempatan. Susunatur ruang dan elemen senibina
rumah Melayu tradisional yang mempunyai persamaan yang hampir bagi setiap negeri adalah rumah
ibu, rumah tengah atau kelek anak dan rumah dapur. Manakala ruang-ruang lain serta kedudukan
susunan tiang adalah mengikut identiti senibina setempat.
Senibina tradisional Melayu amat menekankan adab budaya masyarakat Melayu yang
mementingkan kehormatan tuan rumah dan hal keluarga dan juga penghormatan kepada tetamu.
Rumah tengah atau kelek anak menjadi perantara di antara ruang umum dan ruang privasi di dalam
sesebuah rumah. Serambi yang luas juga menjadi tempat menyambut dan melayan tetamu tanpa
perlu masuk ke dalam ruang di dalam rumah dan memberikan privasi kepada kaum wanita yang
berada di dalam rumah. Begitu juga beberapa elemen seperti pintu yang berukuran rendah yang
memerlukan seseorang tunduk semasa masuk ke rumah. Ini adalah simbolik kepada menghormati
tuan rumah semasa masuk ke dalam rumah. Elemen bukaan tingkap yang rendah juga adalah
mengikut antropometrik seorang dewasa yang sedang duduk. Selain itu, terdapat lagi beberapa
elemen yang terdapat dalam rumah tradisional Melayu yang dibina dan direka khas bersesuaian
dengan adat budaya masyarakat Melayu setempat.
Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih rumah kelahiran Tun Abdul Razak pada tahun 1985.
Pembinaan semula rumah ini dibina mengikut rekabentuk asal tetapi penggunaan bahan-bahan binaan
telah digabungkan dengan bahan pembinaan moden. Rumah yang dibina semula ini telah
menggunakan kayu cengal dan menjadikan rekabentuk asli rumah Melayu bagi negeri Pahang. Koleksi
Tun Razak antaranya adalah gambar pelbagai aktiviti beliau ada dipamerkan dalam rumah ini. Selain
itu, katil di mana Tun Abdul Razak tidur semasa beliau kecil juga dipamerkan.
Rumah Tradisional kini kian pupus. Dengan adanya pemuliharaan dan penjagaan daripada pihak
muzium dapat mengekalkan dan dijadikan tatapan kepada generasi akan datang. Pemuliharaan
rumah-rumah tradisional seperti ini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran kepada generasi
akan datang bukan sahaja dari sudut ketinggian dan keunikan senibina vernakular orang Melayu tetapi
juga penerapan elemen-elemen adat resam dan adab budaya orang-orang Melayu yang sangat tinggi
nilainya yang perlu diwarisi sampai bila-bila.
“Aku dah buat format untuk
korang rujuk. Pastikan ikut
supaya segala urusan
berjalan dengan lancar"
40
RUJUKAN
Cosummit Construction (2022). Senibina Vernakular.
https://may.cosummitconstruction.com/vernacular-architecture-62454
Ar, Mastor Surat (2013). Gagasan dan Pemikiran Ragam Hias Dalam Senibina Warisan Melayu. Seminar Nuansa
Seni Ukir Melayu, UM, Kuala Lumpur.
Yassin Sulaiman (2012). Rumah Klasik Tradisional Pahang, Rumah Serambi Pahang.
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/12/rumah-klasik-pahang-rumah-serambi-pahang.html
Garis Panduan Identiti Senibina Kebangsaan (2012). UKM, LAM. Kuala Lumpur.
Siti Rabiatul Adawiah binti Jaffar (2017). Tradisi Vernakular Seni Bina Melayu Tradisional Dalam Teks Historiografi
Melayu. UPM, Serdang.
Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin (2016). Rumah Tradisional Melayu : Antara Seni, Sains & Realiti
https://www.majalahsains.com/rumah-tradisional-melayu-antara-seni-sains-kuno-realiti
Mimbar Kata (2015). Rumah Serambi Pahang Tonjol Kreativiti Melayu.
https://mimbarkata.blogspot.com/2015/04/warisan-rumah-serambi-pahang.html
Suliati Ali (2019). Bongkar Permata Pekan. https://www.hmetro.com.my/santai/2019/05/451566/bongkar-permata-
pekan
UMNO Malaysia (2020). Kenali Personaliti Presiden-presiden UMNO, Biografi Tun Abdul Razak Datuk.
https://umno.org.my/en/presiden/tun-abdul-razak/ UMNO 2020
“Aku dah buat format untuk
korang rujuk. Pastikan ikut
supaya segala urusan
berjalan dengan lancar"
41