ASAM ROM (aserong) RAUB
Asam rom merupakan menu atau hidangan sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Pahang
khususnya di daerah Raub. Asal usul asam rom adalah dari buah perah atau nama saintifiknya “
Elateriospermum tapos” sejenis spesies tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae.
Buah perah merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan
hujan khatulistiwa di Malaysia.
12
Apabila ianya sudah cukup masak atau matang ia akan gugur dengan sendiri. Buah perah ini
berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz agak kecil kira-kira 30 milimeter hingga 40 milimeter.
Kulitnya keras, nipis dan licin. Isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah perah ini pada awalnya di
dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji. Buah perah mirip buah getah, yang menggunakan
mekanisme letupan. Apabila buah sudah masak, buah akan meletup dan bijinya jatuh ke tanah.
Buah perah ini juga boleh dibuat jeruk. Pada zaman dahulu, buah ini akan dijeruk dan disimpan
hingga dua tiga bulan tanpa perlu dimasukkan di dalam peti sejuk. Buah perah ini sangat susuai
dimasak atau digoreng untuk dijadikan hidangan minum petang. Rasanya sedap. Isi buah perah
lembut dan rasanya seperti makan kacang badam atau gajus dan seakan-akan biji cempedak yang
direbus.
1. Buah perah yang belum gugur.
2. Putik buah perah.
3. Buah perah yang telah matang.
3
92
PROSES MEMBUAT ASAM ROM
Asam rom atau aserong dibuat dari buah perah, ia dijemur selama seminggu dan ditumbuk kasar
kemudian diuli dengan sedikit air sehingga agak berminyak kemudian disimpan dalam bekas kedap
udara dengan ditekan mampat dan padat sehingga sebulan. Asam rom ini sangat enak dimasak
dengan ayam, daging dan ikan dan dicampur sayuran seperti daun kesing, pucuk paku, dan terung
pipit. Masakan ini dimasak pedas dan boleh juga ditambah daun kesom dan bunga kantan untuk
membangkitkan rasa.
1
4
Bahan utama yang diperlukan untuk membuat
hidangan tradisional dari daerah Raub ini selain
ayam kampung ia juga sesuai dengan ikan sungai
seperti patin, kenerek yang dimasak bersama terung
pipit dan daun kesing. Aroma dan rasa hidangan
pasti akan bertambah enak jika ditambah bunga
kantan, cili padi dan kunyit hidup yang ditumbuk.
2 Cara memasak yang sangat cepat dan mudah
iaitu dengan memasukkan semua bahan tumbuk dan
asam rom ke dalam periuk dan kacau rata. Apabila
ayam telah masak, masukkan terung pipit, Bunga
kantan dan daun kesing kemudian perasakan
dengan garam dan gula. Siap dan sedia untuk
dihidang bersama nasi panas.
1. Buah perah yang belum dipecahkan kulitnya.
2. Isi buah perah
3 3. Buah perah yang telah dijemur seminggu dan
ditumbuk separuh hancur sebelum disimpan dalam
bekas kedap udara
4. Ayam asam rom Raub.
Bagi mereka yang baru pertama kali
merasainya mungkin ada yang terus jatuh
hati dengan keunikkan rasanya yang lain
dari yang lain dan bagi penggemar gulai
asam rong ini aromanya sahaja sudah
cukup membangkitkan selera juadah yang
cukup luar biasa.
2
93
SAMBAL HITAM - RAUB
Sambal hitam belimbing buluh ini merupakan makanan tradisi yang popular bagi rakyat negeri
Pahang, namun kini ianya bukan hanya di kalangan rakyat negeri itu sendiri malah telah terkenal di
seluruh Malaysia. Walaupun sambal hitam ini telah banyak dikomersialkan, Sambal hitam Raub tetap
menjadi pilihan ramai kerana keaslian rasanya. Faktor ini menyebabkan ramai pengunjung datang ke
Raub untuk merasai keenakan dan keunikan sambal hitam ini. Selain Raub, sambal hitam Jerantut dan
Kuala Lipis juga menjadi sebutan ramai.
Resipi dan bahan – bahan sambal hitam yang telah diwarisi sejak turun temurun ini membuatkan
makanan tradisi negeri Pahang ini menjadi salah satu identiti bagi daerah tersebut. Bukan itu sahaja,
sambal hitam ini juga terkenal kerana keunikan proses menghasilkannya.
Semua negeri di Malaysia mempunyai
makanan tradisionalnya yang sendiri.
Keunikan dan keistimewaan makanan
itu sendiri mampu menggamit seribu
kenangan dan dekat dengan jiwa
rakyat.
Sambal hitam perlu dimasak lama 1
sekurang-kurangnya 5-6 jam bagi memastikan
sambal ini betul-betul masak dan dapat 2
disimpan dalam tempoh yang lama. Kombinasi 1. Belimbing buluh segar.
keunikkan rasa yang pelbagai seperti masam, 2. Belimbing buluh yang direbus selama 4 hingga 5 jam
pedas dan manis membuatkan sambal ini
sentiasa menjadi pilihan sebagai pelengkap sehingga menjadi warna hitam dan belum dibuat
makanan. Ia amat sedap di makan terutama sambal.
sekali dengan nasi putih panas-panas sangatlah
enak seperti orang Pahang cakap dalam
loghatnya “sedap aokme weh”.
Belimbing buluh rebus sehingga
kehitaman yang menyebabkan sambal ini
bewarna hitam antara aspek penting dalam
penyediaan sambal ini. Belimbing buluh ini
direbus dengan garam dalam jangka masa lebih
kurang 5-7 jam bergantung kepada kuantiti
belimbing.
Mungkin kerana proses penyediaannya
yang memakan masa lama dan rumit
menyebabkan sambal ini dijual dengan harga
yang mahal di pasaran.
2
94
PROSES MEMBUAT SAMBAL HITAM
Proses untuk mengeringkan sambal hitam ini mengambil masa yang lama bergantung kepada
jumlah berapa banyak belimbing dan ikan bilis yang di gunakan. Untuk mendapatkan hasil sambal
hitam yang sedap dan tahan lama selalunya mengambil masa 5-6 jam atau hampir seharian. Manakala
belimbing hitam pula bukan hanya untuk dijadikan sambal hitam sahaja tetapi juga akan dibuat sambal
mentah iaitu sambal tanpa digoreng dan dimakan bersama nasi dan ulam dan ada juga jadikan
belimbing hitam sebagai rampai dan dimasukkan ke dalam gulai lemak terutamanya gulai lemak ikan
merah dan singgang daging.
SAMBAL HITAM
Rahsia kesedapan sambal hitam
ialah pada proses awalnya iaitu
merebus belimbing buluh, lebih sedap
jika direbus menggunakan kayu api
malah ia lebih menjimatkan kerana
proses merebus memang mengambil
masa yang lama dan panjang lebih
kurang 5 atau 7 jam ia juga bergantung
berapa banyak belimbing buluh yang
perlu direbus.
Rahsia yang seterusnya ialah
penggunaan alatan untuk memasak
iaitu periuk. Lebih baik atau lebih elok
jika menggunakan periuk tanah. Orang
1 dahulu menggunakan tin biskut yang
dijadikan periuk untuk memasak
belimbing bulu ini. Ini adalah kerana jika
1. Sambal hitam menggunakan periuk biasa, ia akan
enak dihidang menyebabkan periuk tersebut bocor
bersama nasi putih kerana belimbing buluh akan
serta ulam mengeluarkan air yang berasid
ulaman. (masam). Namun begitu air rebusan
2. Sambal hitam
Raub. belimbing yang masam itu juga boleh
dijadikan sebagai salah satu menu
hidangan dan sangat enak iaitu air
asam. Air belimbing buluh akan
ditambah dengan cili potong untuk
dijadikan pencicah ikan bakar atau
daging bakar yang dihidang bersama
nasi putih.
2
95
DURIAN MUSANG KING RAUB
Musang King merupakan durian yang menjadi pillihan dan berada dalam kelasnya tersendiri. Durian
Musang King bukan sahaja mendapat permintaan tinggi daripada penduduk di Lembah Klang tetapi
daripada peminat dari negeri utara dan selatan seperti Kedah dan Johor.
Musang King merupakan icon bagi Daerah Raub. Deretan gerai raja buah ini sangat mudah didapati
di daerah ini. Muka bumi Raub yang berbukit serta ditambah dengan taburan hujan, menjadikan tanah
sekitar bumi Raub subur adalah faktor utama raja buah ini menguasai Daerah Raub.
Kaum Cina tempatan menggelarkan raja buah itu
sebagai ‘Mao Shan Wang’ yang membawa maksud
'raja kucing gunung' iaitu merujuk kepada bentuk isi
durian yang mirip seekor kucing sedang tidur.
Perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada Musang dan
'Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai
Musang King hingga ke hari ini. Isi durian Musang King
lebih tebal ditambah rasanya yang sedap, lemak dan
pahit sedikit serta bijinya pula kecil atau nipis
berbanding baka lain.
1 1. Musang King Raub.
2. Isi durian Musang King yang menawan.
Baka anak pokok Musang King boleh 3. Musang King
diperhati dengan pokok duriannya itu sendiri
yang memiliki daun yang lebih nipis, beralun,
dan berbentuk tirus.
Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di
tanah terbuka. Apabila sudah mempunyai
sekurang-kurangnya lapan helai daun dan
kebiasaannya hasil tanaman boleh mula
dinikmati seawal lima tahun selepas ditanam.
3 2
96
5 TIPS UNTUK MENGENALI MUSANG KING
1 Ia berbentuk bujur seperti bola ragbi dan ada juga yang berbentuk buah pinggang.
Batang induk ( mahkota ) tidak berduri dan agak botak serta berwarna coklat 2
3 Ia seakan-akan tapak sulaiman ( starfish) di pangkal buah durian dan ianya leper.
Duri bahagian bawah buah durian Musang King berbentuk pyramid yang bersegi. 4
5 Tangkal buah durian Musang King lebih panjang berbanding buah durian lain.
97
RUJUKAN
Map Of Raub District, Pahang (24 April 2020),
https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Map_of_Raub_District,_Pahang.svg
Yassin Sulaiman, Fakta Asal Usul Bandar Raub Pahang Akan Berubah? (24 Oktober 2013),
https://akuanakpahang.blogspot.com/2013/10/fakta-asal-usul-bandar-raub-pahang-akan.html
Sekondahati, Sejarah Raub Pahang, (27 Januari 2009), http://sekondakhati.blogspot.com/2009/01/sejarah-raub-
pahang.html
Jari Barusek, Sejarah Raub Pahang, ( 30 Ogos 2009), https://lipis-zaini.blogspot.com/2009/08/sejarah-raub-pahang-
oleh-jari-basurek.html
Sejarah Emas di Raub Pahang, Seraup Emas (2004), https://www.hargaemas.com.my/terkini/sejarah-emas-di-raub-
pahang/
Resort Luar Biasa di Raub, (24/10/2021) https://utusantimur.com/2021/10/24/resort-luar-biasa-di-raub/
Buah Perah (7/11/2021), https://sahih.com.my/buah-perah/
Sambal Hitam : Sambal Warisan Pahang, (25 Januari 2021), https://katamalaysia.my/culture/sambal-hitam- sambal-
warisan-pahang/
Ciri-ciri Fizikal Cara Kenal Durian Musang King/(13 Disember 2017), https://www.belangtarung.com/2017/12/ciri-ciri-
fizikal-cara-kenal-durian.html
Abdul Rashid Abdul Rahman , Musang King Raub Jadi Buruan, (21 Jun 2020), https://www.kosmo.com.my
98
11. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
(PKGK) Kuala Gandah
Penulis: Siti Noraini binti Deraman,
Mohamed Hadry bin Abu Bakar
99
PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN (PKGK)
KUALA GANDAH
Siti Noraini binti Deraman, Mohamed Hadry bin Abu Bakar
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang di negeri
Pahang sememangnya menjadi tumpuan terutamanya pada cuti umum atau cuti sekolah. Perjalanan
dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Pantai Timur dan keluar melalui persimpangan Lanchang
mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Secara umumnya, lokasi pusat konservasi ini terletak di daerah Temerloh dan berada dalam
kawasan Lanchang. Di sini juga terdapat banyak homestay atau penginapan yang diusahakan oleh
masyarakat setempat untuk kemudahan pengunjung yang datang dan ingin bermalam. Berkunjung ke
sini pastinya memberi satu pengalaman yang baharu buat pengunjung kerana dapat melihat gajah
secara dekat sambil menikmati keindahan flora dan fauna.
1
PKGK diselia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhilitan ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala
pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia. Mereka tidak menerima sebarang kutipan wang daripada
orang awam melalui akaun bank pihak ketiga. Pusat ini bertanggungjawab untuk menangkap dan
memindahkan gajah – gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh aktiviti pembangunan. Gajah liar
ini kemudiannya akan ditempatkan semula ke kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Proses
pemindahan bertujuan meminimumkan risiko kepupusan haiwan di samping mengelakkan kerosakan
harta benda dan kawasan pertanian.
PKGK boleh dikunjungi seawal 10.30 pagi dan berakhir pada jam 4.15 petang. Tiada bayaran
dikenakan untuk masuk ke pusat ini. Walaubagaimanapun pengunjung boleh memberi sumbangan
secara terus kepada PKGK. Sumbangan keperluan asas seperti susu Kalmilac, Molassess atau gula
merah dan roti buku amat dialu – alukan.
1. Peta lokasi PKGK.
100
PKGK
Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ini telah dibangunkan pada tahun 1989 oleh PERHILITAN
sebagai pusat operasi tetap bagi Unit Tangkapan Gajah (UTG). Unit ini bertanggungjawab bagi
melaksanakan program tangkapan dan penempatan semula gajah liar yang menghadapi konflik di
Semenanjung Malaysia. Pusat konservasi ini kemudiannya telah dinaiktaraf status sebagai Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan dengan objektif dan fungsi yang lebih menyeluruh. Antara objektif utama
ialah memastikan perlindungan gajah dan pengurusan habitatnya.
Sejak tahun PKGK ini ditubuhkan terdapat banyak perubahan dan pembangunan infrastruktur
yang telah dilaksanakan. Ini termasuklah pembinaan kemudahan seperti tandas, surau, pentas
pertunjukan, kafeteria, auditorium, kawasan lepas bebas gajah (pagar elektrik) serta paddock anak
gajah yang telah ditambah dan dinaiktaraf.
Perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi turut diperkenalkan dengan
bayaran serendah RM 50 dan terhad kepada maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu
pelancong. Perkhidmatan ini sangat membantu dengan lawatan persekitaran lebih teratur dan pemandu
pelancong dapat berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan aktiviti pemuliharaan gajah.
Gajah Malaysia merupakan
subspesies Gajah Asia yang
terdapat di Semenanjung
Malaysia. Ia boleh didapati di
Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Perak, Kedah dan
Negeri Sembilan. Selain
Malaysia, Gajah Asia boleh
didapati di negara India, Nepal,
Sri Lanka, Myanmar, Thailand,
Laos, Vietnam, Cambodia serta
Indonesia. Spesies ini dianggap
terancam dan dilindungi
sepenuhnya dalam Akta
Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
(Akta 716). Gajah Asia
merupakan mamalia terrestrial
terbesar di Malaysia. Ianya boleh
ditemui di pelbagai habitat
1 seperti hutan – hutan tebal,
hutan sekunder dan belukar.
Berat badan Gajah Asia boleh mencecah sehingga 5000 kg dan ketinggian maksimum sehingga
3 meter. Gajah Asia membiak semasa berumur 8 hingga 12 tahun. Tempoh masa bunting adalah di
antara18 hingga 22 bulan manakala jangka hayat hidupnya adalah dari 60 hingga 80 tahun. Makanan
gajah ini adalah seperti segala jenis rumput, akar, daun – daun tumbuhan, rebung buluh, rotan dan
buah – buahan.
Gajah Asia kebiasaannya hidup berkumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 30 ekor. Setiap
kumpulan akan diketuai seekor gajah betina tua. Apa yang menarik dalam sistem sosial gajah ialah
kelakuan yang dipanggil allo – mothering. Ia merujuk kepada pe1rlakuan di mana semua gajah betina
akan bersama – sama menjaga anak gajah walaupun bukan anaknya. Gajah betina dan anaknya
hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah jantan
dewasa akan meninggalkan kumpulan apabila matang. Walaubagaimanapun gajah matang tersebut
akhirnya akan mencari gajah betina apabila tiba masa untuk mengawan. Antara sifat gajah yang lain
ialah suka berenang dan mandi di sungai manakala ketika cuaca panas, gajah kebiasaannya berehat.
1. Pintu masuk
PKGK.
101
Gajah merupakan haiwan 1
herbivor yang mempunyai fizikal
unik di mana saiz badannya
yang besar, mempunyai telinga
yang lebar, mempunyai gading
serta belalai yang panjang.
Keunikan ini pastinya menarik
perhatian kanak – kanak untuk
mendekati serta mengenali
haiwan raksasa ini dengan lebih
dekat. Umum mengetahui gajah
hidup liar dan bebas di dalam
hutan namun terdapat banyak
ancaman kepupusan terhadap
haiwan ini menyebabkan
kerajaan telah mewartakan
gajah sebagai hidupan yang
dilindungi.
Sehingga kini seramai 57 orang staf merangkumi beberapa skim perkhidmatan iaitu pertanian
bagi Pegawai dan Pembantu Hidupan Liar, veterinar, pentadbiran dan kewangan. Terdapat 40 orang
pembantu hidupan liar pelbagai gred dipertanggunjawabkan dalam bidang tugas khusus sebagai
Mahut Gajah. PKGK mempunyai tarikan tersendiri dengan memiliki sejumlah 26 ekor gajah yang telah
diselamatkan termasuk gajah denak yang membantu operasi pemindahan gajah.
Kesihatan dan kebajikan gajah-gajah di PKGK ini adalah dibawah seliaan doktor veterinar dan
dibantu oleh Mahut Gajah terbabit. Pemantauan dan pemeriksaan secara berkala serta pemberian
supplement seperti vitamin dan lain-lain dilakukan sebulan sekali. Manakala gajah denak yang dibawa
sewaktu operasi pemindahan gajah akan diberi supplement dan vitamin yang bersesuaian selepas
setiap operasi pemindahan gajah selesai.
2
1. Gajah diberi makan.
2. Persembahan gajah amat ditunggu-
tunggu oleh pengunjung di PKGK.
102
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI PKGK
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat disertai oleh pengunjung. Antaranya ialah
pengunjung berpeluang berinteraksi dengan gajah secara terkawal melalui beberapa aktiviti seperti
memberi makan dan memerhati perlakuan serta tindakan gajah di kawasan lepas bebas dan juga di
padok penempatannya. Pengunjung juga dapat menyentuh serta bermesra dengan gajah-gajah
tersebut. Selain daripada itu pengunjung berpeluang melihat gajah mandi di sungai. Aktiviti gajah
mandi ini sangat menghiburkan dan sentiasa dinanti-natikan oleh pengunjung.
Umum mengetahui belalai gajah berfungsi untuk mengambil makanan dan benda kecil tetapi apa
yang menarik ketika mandi, gajah turut menyedut air menggunakan belalainya dan menyembur ke
dalam mulutnya sendiri. Ada ketika, gajah ini juga menghalakan belalai dan menyembur air ke arah
penonton. Pengunjung akan memperolehi pengalaman baru yang begitu berharga memandangkan
gajah merupakan binatang liar dan merbahaya. Pasti ianya merupakan pengalaman manis yang
sangat mengujakan terutamanya golongan kanak – kanak. Namun atas faktor keselamatan, aktiviti
mandi bersama gajah serta menunggang gajah telah pon dimansuhkan.
1. Pengunjung
berpeluang mandi
bersama gajah.
2. Jadual aktiviti harian
gajah di PKGK.
1
MASA AKTIVITI TEMPAT
10.30 pg – 11.00 pg Gajah mandi di sungai Sungai (Jambatan Kayu Cengal)
10.30 pg – 6.00 ptg Gajah dewasa dalam kawasan Kawasan latihan gajah
keliaran berpagar Kawasan aktiviti
10.30 pg – 4.45 ptg
Memerhati dan beri makan Sungai (kawasan aktiviti)
11.00 pg – 11.30 pg anak gajah
11.30 pg – 12.00 tghari Anak gajah mandi di sungai
(Kecuali Jumaat & cuti
Gajah dewasa mandi di sungai Sungai (Jambatan Kayu Cengal)
umum)
2.15 ptg – 2.45 ptg / Gajah dewasa mandi di sungai Sungai (kawasan aktiviti)
3.00 ptg – 3.30 ptg
2
(Jumaat)
103
Kanak – kanak pastinya antara yang paling teruja untuk berinteraksi dengan gajah kerana sebelum ini,
mereka hanya dapat melihat haiwan ini menerusi televisyen atau media sosial sahaja. Di PKGK, pengunjung
berpeluang untuk memberi gajah makan secara dekat. Antara makanan gajah ialah rumput napier ,tebu,
tembikai, betik dan pallet. Kesemua jenis makanan ini adalah mengikut saranan veterinar. Kanak – kanak
Pengunjung sangat gembira apabila dapat menyentuh dan memberi makan kepada gajah yang kelihatan
begitu jinak.
EKOPELANCONGAN DI PKGK 1
Pendekatan PERHILITAN melalui aktiviti 1
ekopelancongan berasaskan pemuliharaan gajah di
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala
Gandah mendapat sokongan dari pelbagai lapisan
masyarakat dalam dan luar negara. Dari tahun
2000 – 2020, kira-kira 4.5 juta pelawat telah
mengunjungi dan menjalankan aktiviti-aktiviti
sukarelawan, pendidikan dan CSR di Kuala
Gandah.
Pada tahun 2020, seramai 100,525 orang
pelancong telah melawat PKGK Kuala Gandah iaitu
terdiri daripada 94.42 % pelancong tempatan dan
5.58 % pelancong asing. Jumlah tersebut
mencatatkan penurunan sebanyak 50.22%
berbanding bulan yang sama tahun 2019 berikutan
penularan wabak penyakit COVID-19 di seluruh
dunia.
PKGK juga memberi lebih banyak peluang
kepada orang ramai untuk bersama-sama terlibat
dalam aktiviti konservasi dengan mengetengahkan
aktiviti sukarelawan berasaskan pelancongan atau
voluntourism. Selain dari menjalankan kerja-kerja
amal di sekitar kawasan PKGK, peserta juga
berpeluang untuk melihat dan terlibat dalam kerja-
kerja yang berkaitan dengan gajah, seperti
membersihkan kandang, memandi dan
menyediakan makanan untuk gajah.
1&2
Kanak-kanak seronok memberi
gajah makan tebu yang telah
dibersihkan.
2
104
FAEDAH EKOPELANCONGAN PKGK
Persatuan Nature Guide Kuala Gandah yang terdiri daripada golongan belia kampung berhampiran
telah ditubuhkan pada pada tahun 2012 bagi mengendalikan aktiviti bersama pelawat di Kuala Gandah.
Statistik semasa merekodkan pendapatan Nature Guide mencecah sekitar RM2000.00 sebulan.
Selain itu, wujudnya peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan (penduduk kampung
dan orang asli) melalui perjawatan tetap, Pekerja Sambilan Harian (PSH), pengawal keselamatan, kerja
penyelenggaraan dan pembersihan kawasan yang dilaksanakan di pusat ini. Seramai 20 orang
penduduk setempat yang terdiri dari 8 orang masyarakat Asli Suku Che Wong dan 12 orang penduduk
kampung telah diserap sebagai mahut gajah di pusat ini melalui pengambilan khas oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA).
Malah, turut berlaku penambahan perniagaan hiliran seperti restoran, kedai runcit, kedai
cenderamata dan penginapan yang diusahakan oleh penduduk setempat dalam memenuhi permintaan
pelancong / pengunjung yang datang ke pusat ini. Kini terdapat sebanyak 8 buah homestay yang dibina
oleh penduduk tempatan di kawasan kampung berdekatan pusat ini.
HARAPAN PENULIS 1
2
Usaha kerajaan dalam membangunkan PKGK wajar
dipuji dan perlu diteruskan. Sokongan dan kerjasama
semua pihak amatlah perlu dalam pemuliharaan gajah
serta habitatnya demi kelangsungan ekosistem serta
manfaat generasi akan datang. Ini kerana, pusat ini juga
berperanan menyebarluas pengetahuan, kesedaran dan
sokongan umum mengenai kepentingan pemuliharaan
gajah. Malah, pusat ini berpotensi untuk dibangunkan
sebagai pusat kajian, pendidikan dan ekopelancongan.
Masyarakat perlu sedar akan kepentingan
memelihara dan memulihara alam semulajadi di
sekeliling kita. Ianya penting bagi mengekalkan
kelestarian alam sekitar demi kebaikan generasi akan
datang. Sehubungan itu, semua pihak haruslah
memainkan peranan masing –masing demi
kelangsungan hidup flora - fauna yang kini diancam
dengan risiko kepupusan.
Bagi yang belum berkesempatan untuk singgah ke
PKGK bolehlah terus merancang kunjungan ke sini
bersama keluarga atau rakan-rakan dan pasti
pengalaman beramah mesra bersama gajah akan
menjadi satu pengalaman yang menarik dan berharga
serta tidak akan dapat dilupakan.
1
1. Gajah beraksi dengan menaikkan belalainya ke
atas.
2. Gambar Gajah Asia dewasa daripada sisi yang
menampakkan susuk tubuhnya besar dan
gadingnya yang panjang.
2
105
RUJUKAN
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (2020, 30 Jun).
https://www.wildlife.gov.my/index.php/2016-04-25-02-58-00/2016-05-10-02-34-43/2016-05-10-
02-42-10
Mohd Rafi Mammat (2020, 19 April). Gajah Kuala Gandah, tunggu Pelancong.
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/04/678914/gajah-kuala-gandah-tunggu-
kunjung-pelancong
Hanie Haron, Penolong Pegawai Hidupan Liar (2022, 1 Julai). Pengurusan Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan Kuala Gandah. [Interview]
Gajah Asia (2022, 16 Jun). https://ms.wikipedia.org/wiki/Gajah_Asia
Native Animals, Elephas Maximus (2022, 20 Jun). https://www.mybis.gov.my/sp/19993
106
12. Pesona Cameron Highlands Flora
Park
Penulis: Nur Fatihah binti Che Ruzlan
107
Pesona Cameron Highlands Flora Park
Nur Fatihah binti Che Ruzlan
Pandemik yang melanda sejak dua tahun lalu telah menjejaskan sepenuhnya sektor pelancongan
negara. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan kerugian dalam
industri berkenaan meningkat kepada RM165 bilion pada 2021 berbanding RM135 bilion pada tahun
2020.
Pada tahun 2021,kerajaan
telah mengumumkan Pelan
Pemulihan Negara (PPN) bagi
merancakkan sektor
pelancongan yang kian suram.
Hasilnya banyak sektor
pelancongan telah dibuka
semula dan salah satunya ialah
Cameron Highlands Flora Park.
Cameron Highlands Flora Park
ialah sebuah taman bunga
yang mempunyai keistimewaan
tersendiri dan telah dibuka
Cameron Highlands merupakan antara secara rasmi pada September
lokasi di Malaysia yang beriklim tropika di 1 2021.
tanah tinggi. Purata suhu tahunan adalah
antara 16 - 18 darjah celcius. Oleh itu, tidak 1. Hadapan pintu masuk Cameron Highlands Flora
hairanlah percutian ke Cameron Highlands
pasti menjanjikan keseronokan sama ada Park
bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan. 2. Bahagian ‘indoor’ Cameron Highlands Flora Park
Selain udara yang nyaman, terdapat tarikan
yang menarik di Cameron Highlands seperti
ladang teh dan strawberi. Kini terdapat tarikan
terbaru di Cameron Highlands yang menjadi
tular di media sosial selebriti dan
‘instafamous’ iaitu Cameron Highlands Flora
Park. Tarikan terbaru ini khas buat mereka
yang menyukai bunga, yang inginkan piknik
yang romantik atau bergambar buat memori
di ‘instagram’ dan juga ‘Facebook’. Kalau
anda sukakan bunga, pasti anda tidak mahu
melepaskan peluang untuk datang ke taman
bunga ini. Flora Park yang terletak 4.5km dari
Pekan Brincang dan berdekatan dengan
pasar Kea Farm. Cameron Highlands Flora
Park merupakan taman bunga buatan
manusia yang dipenuhi pelbagai jenis bunga
segar yang cantik. Antaranya ialah
‘Hydrangea Macrophylla’, ‘Lavender’, ‘Daisy’,
‘Peony’ dan banyak lagi. Uniknya Flora Park
ini berbanding taman bunga yang lain ialah
dari segi landskapnya. Taman bunga ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu ‘outdoor’
dan ‘indoor’.
2
108
KEDUDUKAN STRATEGIK FLORA PARK
Perjalanan untuk ke Flora Park amat mudah. Anda akan dibawa menaiki dengan kenderaan 4WD
yang telah disediakan oleh pihak Flora Park. Anda perlu berada di tempat pertemuan untuk ‘pickup’
setengah jam sebelum slot anda bermula. Terdapat 2 pilihan masa, 2 jam setiap slot iaitu 10 pagi
hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan
pengunjung di Flora Park pada setiap masa. Manakala waktu operasi ialah pada setiap hari Isnin
hingga Ahad dan waktu terakhir memasuki Flora Park ialah pada pukul 4.30 petang. Bayaran masuk
adalah RM50 untuk dewasa, RM25 untuk kanak-kanak 4 tahun dan ke atas manakala bagi kanak-
kanak berusia 3 tahun dan ke bawah bayaran adalah percuma. Bayaran ini berbaloi buat mereka yang
ingin menikmati pemandangan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.
Keindahan taman bunga ini dapat dilihat di akaun ‘instagram’ rasmi
mereka dan anda pasti cukup teruja apatah lagi merasai sendiri
berjalan di dalam taman bunga persis berada di taman bunga
kayangan nan indah.
Tentunya pemandangan yang 1
cukup indah membuatkan taman
flora ini menjadi tempat tumpuan
pelancong untuk bergambar.
Terlalu banyak tempat menarik
yang disediakan di sini.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Fasiliti dan infrastruktur di sini juga
serba lengkap. Kemudahan awam seperti
tandas tentunya disediakan. Terdapat juga
jualan minuman dan makanan di dalam
premis sekiranya anda tidak mengambil pakej
piknik. Mereka juga mengalu-alukan sesi
fotografi perkahwinan namun, perlu membuat
tempahan awal secara atas talian untuk
memudahkan urusan.
1. Sesi bergambar di Flora Park
109
KEISTIMEWAAN FLORA PARK
Paling istimewa sekali ialah pihak Flora
Park menyediakan beberapa tempat untuk
anda menikmati perkelahan bersama
keluarga atau rakan-rakan. Anda boleh
memilih mengikut pakej-pakej yang
disediakan oleh pihak Flora Park. Bagi
pasangan yang ingin berbulan madu atau
mahu menyambut ulangtahun perkahwinan
di Cameron Highlands, Flora Park adalah
tempat yang amat sesuai untuk anda
meraikannya. Jangan risau tentang makanan,
mereka juga menyediakan pencuci mulut
seperti pelbagai variasi kek, ‘scones’, ‘pizza’,
teh, dan bermacam lagi. Apa yang paling
penting, anda hanya perlu berpakaian cantik
dan menikmati juadah yang disediakan di
kawasan yang penuh bunga !
1. Kawasan berpiknik yang disediakan berdasarkan
tempahan yang dibuat secara atas talian
1
Berikut merupakan harga pakej piknik di Flora Park:
PAKEJ PIKNIK HARGA PAKEJ TAMBAHAN TETAMU TETAMU MAKSIMA
(RM)
Family Garden 238 (2 tetamu) RM80/dewasa 6
RM40/kanak-kanak
Sweet & Simple 288 (2 tetamu) RM100/ tetamu 6
Dream Deluxe 488 (max 4 tetamu) - -
110
PESONA FLORA PARK
Bagaikan mimpi, sebaik sahaja memasuki kawasan taman bunga ini. Taman ini sangat luas dan
meliputi pelbagai kawasan, di lereng bukit di mana bunga-bunga indah di tanam dan anak-anak tangga
di sediakan untuk anda berjalan, ataupun di bawah kanopi lutsinar yang penuh dengan bunga-bunga
berwarna warni. Jadi, bolehlah pengunjung mengabdikan kenangan dengan sesi fotografi di sini.
Flora Park terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
‘indoor’ dan ‘outdoor’. Anda akan dikelilingi pelbagai
bunga yang cantik dan tempat yang menarik untuk
bergambar. Setiap sudut taman ini ditanam dengan
pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Jadi
inilah masanya anda mengasah bakat ‘posing’ bagi
mendapatkan gambar yang menarik seperti selebriti
dan ‘instafamous’. Amat rugi jika pulang dengan
gambar yang hambar dan tidak menarik. Antara
landskap yang menarik perhatian adalah di kawasan
‘outdoor’ terdapat kawasan berbukit dan bertangga
seperti Tembok Negara China.
1
Bagi mereka yang berkerusi roda
dan mempunyai masalah kesihatan
berkaitan kaki dan lutut, tempat ini amat
tidak sesuai buat mereka kerana tangga
batu sepanjang lebih kurang 500 meter ini
pastinya akan membuat pengunjung
hampir berputus asa untuk mendaki akan
tetapi dengan tanaman bunga-bunga kecil
yang segar di tepian tangga mampu
membuatkan pengunjung berasa teruja
untuk mendaki hingga ke puncak.
2 1&2. Landskap berinspirasikan Tembok Besar China
111
THE VIEWS GLASS HOUSE CAFE
Strawberi amat sinonim dengan Cameron Highlands. Maka, tidak hairanlah terdapat sebuah kafe
di puncak bukit yang menyediakan pelbagai menu istimewa yang berasaskan daripada buah strawberi
yang lazat. Apa yang berbeza daripada kafe di tempat lain ialah lokasi kafe ini dan juga terdapat
monumen binaan tangga bercermin. Pastinya bagi mereka yang gayat agak mencabar untuk mendaki
tangga ini. Ramai pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di sini
kerana pemandangan di atas tangga itu amatlah indah buat mereka yang menghargai keindahan alam
ciptaan Tuhan.
Setelah penat lelah mendaki kawasan tersebut,
pengunjung boleh menikmati hidangan pencuci
mulut dengan harga yang berpatutan sambil
menikmati pemandangan dari puncak bukit di The
Views Glass House Café. Antara menu minuman
yang patut dicuba di kafe ini ialah ‘Pinky Tinky.’
Minuman ini berasaskan buah strawberi segar yang
terpilih dan dikisar bersama menu rahsia.
1&2. ‘Pinky Tinky’ hidangan minuman istimewa
2 KESIMPULAN
1 Sudah pastinya Cameron Highlands
Flora Park menjanjikan sebuah percutian
Semestinya, Cameron yang berbaloi untuk pengunjung. Cameron
Highlands Flora Park Highlands Flora Park juga tidak kurang
merupakan taman bunga menariknya dengan taman bunga di luar
ibarat ‘Fairy Tale’ yang negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita
indah untuk bergambar ! haruslah menyokong kempen Jom Cuti
Cuti Malaysia dan menyokong usaha
112 kerajaan mempromosikan pelancongan
domestik selepas fasa endemik covid-19.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_pandemik_
COVID-19_terhadap_pelancongan
https://www.jomjalan.com.my/listing/flora-park-
cameron-highlands/
https://hobytravel.com/cameron-flora-park/
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
BERSAMA KOMUNITI
INSPIRASI ILMU 3.0
113
13. 2 DEKAD BERSAMA KOLEJ KOMUNITI
KUANTAN
Penulis: Maulud bin Tawang,
Syaizura Hani binti Abd Samat
114
2 DEKAD BERSAMA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
Penulis: Maulud bin Tawang, Syaizura Hani binti Abd Samat
Pada 30 Mei 2022 lalu, satu majlis telah diadakan bagi meraikan kegemilangan dan kejayaan
sepanjang 2 dekad penubuhan Kolej Komuniti Kuantan. Kolej Komuniti Kuantan merupakan sebuah
institusi pengajian tinggi awam di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK). Sehingga kini, Kolej Komuniti Kuantan telah melahirkan lebih 4,000 ribu graduan sepenuh
masa dan lebih 150,000 alumni peserta kursus pendek di sepanjang penubuhannya. Kolej Komuniti
Kuantan merupakan antara 10 buah kolej komuniti rintis di Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Jun
2001 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan sebagai kampus sementara sebelum berpindah
ke kampus tetap di Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada tahun 2002 sehingga kini.
GAMBAR KOLEJ
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 1
Sejarah Kolej Komuniti Kuantan bermula pada 5 Julai 2000 2
apabila menteri pendidikan pada masa itu telah
mengemukakan memorandum kepada jemaah menteri 2
tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti
di setiap kawasan parlimen. Dalam menjayakan visi kolej
komuniti untuk menjadi sebuah peneraju institusi TVET
yang unggul, Kolej Komuniti Kuantan merupakan sebuah
institusi yang menyediakan keperluan latihan dan
kemahiran pada semua peringkat masyarakat dan komuniti
serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan
menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
1. Bangunan hadapan Kolej Komuniti Kuantan.
2. Bangunan kolej pada awal penubuhan.
115
Mejar (K) Dato’ Haji Abu Bakar bin Ahmad merupakan pengarah pertama di Kolej Komuniti Kuantan
yang mula berkhidmat pada 1 Jun 2001 hingga 30 April 2005. Beliau merupakan tulang belakang
dalam proses pembangunan Kolej Komuniti Kuantan dari segi pengurusan dan pentadbiran awal,
infrastruktur, fasiliti dan orientasi perjalanan kursus dan program yang ditawarkan. Pada awal
penubuhan kolej, terdapat 5 kursus sepenuh masa yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM iaitu
Senibina, Multimedia Kreatif (Animasi), Elektrik, Teknologi Pembuatan dan Hotel & Katering. Namun
pada tahun 2014, Kursus Sijil Multimedia Kreatif (Animasi) telah dipindahkan ke Kolej Komuniti Besut
dan ini telah memberikan sedikit perubahan dan impak dari segi penstrukturan semula program. Kini
Kolej Komuniti Kuantan menawarkan kursus Teknologi Senibina, Teknologi Elektrik, Teknologi
Pembuatan, Kulinari dan Operasi Perhotelan. Kursus-kursus ini telah mendapat pengiktirafan daripada
badan profesional seperti Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Malaysia Board of Technologists
(MBOT) bagi menjamin kualiti dan mencapai kelayakan yang ditetapkan sebagai sebuah institusi
pengajian tinggi di Malaysia.
3
4
1
SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
Pada awal penubuhan Kolej Komuniti Kuantan, terdapat
banyak cabaran yang telah dilalui oleh kakitangan dan warga
Kolej Komuniti Kuantan. Menurut Tn. Hj. Ismail bin Samsudin,
diawal penubuhan kolej, beliau terpaksa menguruskan 11
modul pembelajaran elektrik secara berseorangan disebabkan
oleh kekangan pensyarah pada enam bulan yang pertama. Tn.
Hj. Ismail bin Samsudin yang kini berusia 52 tahun merupakan
salah seorang pensyarah rintis dalam bidang elektrik di Kolej
Komuniti Kuantan dan beliau berasa bangga dan bertuah
kerana memperoleh pengalaman yang amat berharga di
sepanjang penglibatan beliau pada awal penubuhan kolej.
Beliau telah terlibat dalam proses pembinaan modul bidang
elektrik pada tahun 1999 dan ia mengambil masa selama 2
tahun sebelum ianya dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan.
1. Mejar (K) Dato’ Haji Abu Bakar bin Ahmad
bersama 2 orang pensyarah awal yang
berkhidmat pada tahun 2001.
2 2. Visi dan misi Kolej Komuniti Kuantan
116
Antara kenangan manis beliau di Kolej Komuniti Kuantan yang tidak dapat dilupakan adalah kejayaan
menganjurkan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Kuantan yang pertama bertempat di Wisma Belia
Kuantan pada tahun 2003. Ia merupakan kenangan yang amat manis apabila melihat kumpulan graduan
pertama berjaya bergraduasi. Majlis konvokesyen ini telah dijayakan oleh seluruh warga kolej, yang terdiri
daripada pegawai, pensyarah dan kakitangan yang jumlahnya sedikit tetapi mampu memberikan
kerjasama dan komitmen yang tinggi di dalam menjayakan majlis tersebut.
“Di awal penubuhan kolej saya
terpaksa menguruskan 11 modul
pembelajaran elektrik secara
berseorangan disebabkan oleh
kekangan pensyarah”
1
Tn. Hj. Ismail bin Samsudin juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kursus pendek di kalangan
komuniti setempat. Kolej komuniti telah menetapkan sasaran bilangan peserta kursus pendek yang perlu
dicapai pada setiap tahun. Ini merupakan cabaran yang amat besar yang perlu dihadapi oleh beliau bagi
menarik peserta kursus pendek kerana masyarakat masih belum mengenali fungsi dan peranan Kolej
Komuniti Kuantan. Namun begitu, melalui pengiklanan, kerjasama badan kerajaan dan swasta, serta
komitmen yang diberikan oleh pensyarah, Kolej Komuniti Kuantan berjaya mencapai sasaran yang
ditetapkan. Beliau juga amat bangga dengan pengorbanan pensyarah yang sanggup bekerja pada hari
sabtu dan ahad semata-mata untuk melaksanakan kursus pendek berdasarkan keperluan dan kehendak
komuniti setempat.
Ini terbukti apabila Kolej Komuniti Kuantan
menjadi salah sebuah kolej daripada 10
senarai kolej komuniti yang berjaya
mengumpul jumlah peserta kursus pendek
terbanyak di seluruh Malaysia. Selepas
pertukaran jawatan sebanyak sembilan kali
dan pernah memegang jawatan sebagai
pengarah di empat buah kolej komuniti
yang berlainan, kini Tn. Hj. Ismail bin
Samsudin sedang berkhidmat di Kolej
Komuniti Paya Besar sebagai pensyarah
utama dan kekal komited dalam
menjalankan tanggungjawab beliau
2 sebagai pegawai pendidikan pengajian
tinggi yang dinamik.
1. Tn. Hj. Ismail bin Samsudin, pensyarah rintis di Kolej Komuniti Kuantan.
2. Tn. Hj. Ismail bin Samsudin bersama rakan pensyarah rintis
YBrs. Dr. Ishak bin Mohamad
117
PERISTIWA DAN KENANGAN
Banyak peristiwa yang memberi impak dan kenangan sepanjang 2 dekad penubuhan Kolej
Komuniti Kuantan. Selain pengiktirafan dan kejayaan yang dikecapi oleh pelajar dan pensyarah dalam
pelbagai pertandingan inovasi, kemahiran dan kejohanan sukan, ada beberapa lagi peristiwa lain yang
telah membentuk acuan perjalanan Kolej Komuniti Kuantan di mata masyarakat. Seperti yang
diketahui umum, Kolej Komuniti Kuantan beroperasi di bangunan rumah kedai yang merangkumi 3
blok bangunan iaitu blok A, blok B dan blok C. Kolej telah menyewa blok C pada tahun 2008 bagi
memenuhi keperluan ruang dan infrastruktur pembelajaran akademik dan ko-kurikulum pelajar. Blok C
ini menempatkan bengkel pembelajaran dan gimnasium bagi kegunaan staf dan pelajar untuk aktiviti
pembelajaran, riadah dan sukan. Blok B pula menempatkan bengkel, bilik kuliah, makmal dan studio
bagi pengajaran dan pembelajaran pelajar dan peserta kursus pendek. Manakala blok A pula
merangkumi ruang pentadbiran, pengurusan, bilik pensyarah dan sedikit ruang pembelajaran.
1. Keadaan kolej semasa bencana banjir pada
tahun 2013
2. Kakitangan kolej bergotong royong
membersihkan kawasan bagunan kolej
selepas banjir.
1
Bencana banjir besar yang melanda Kuantan pada 2
hingga 4 Disember 2013 telah menjadi titik hitam dalam sejarah
kolej. Kawasan di sekitar Kolej Komuniti Kuantan telah dinaiki
air secara mendadak selepas hujan yang berlarutan selama
dua hari. Paras air mula meningkat di antara jam 10.00 pagi
dan berterusan sehingga jam 12.00 tengahari. Ramai yang
tidak menjangka dan tidak bersedia dengan bencana yang
akan berlaku, namun semua kakitangan dan pelajar sempat
5 menyelamatkan diri serta mengalihkan kenderaan masing-
masing ke tempat yang lebih selamat. Walau bagaimanapun,
pejabat pentadbiran yang terletak di aras bawah bangunan blok
A telah ditenggelami air sehingga ke paras peha. Namun
demikian, kerjasama dan tindakan pantas kakitangan dan
pensyarah telah berjaya menyelamatkan semua dokumen
penting sebelum paras air semakin meningkat. Ini merupakan
pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pihak kolej dan
kesannya telah membawa banyak kerosakan kepada
kemudahan dan infrastruktur bangunan. Peristiwa banjir ini juga
telah membawa perubahan dari segi lokasi pejabat pentadbiran
apabila ia terpaksa dipindahkan ke aras satu sebagai jalan
2 penyelesaian menyelamatkan dokumen penting jika bencana
banjir berulang lagi.
118
PENCAPAIAN & PENGIKTIRAFAN
Pada tahun 2015, Kolej Komuniti Kuantan telah melakar kejayaan apabila semua program pengajian
yang ditawarkan telah mendapat status akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hasil usaha
dan kerja keras warga kolej bermula pada tahun 2012. Kolej juga terus menunjukkan komitmennya
terhadap sistem kerja yang berkualiti apabila turut mencapai pengiktirafan melalui pensijilan ISO
9001:2015 oleh pihak SIRIM. Kolej Komuniti Kuantan juga telah menerima pengiktirafan 5S oleh pihak
Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2013. Kejayaan terus dicipta pada tahun 2020
apabila Kolej Komuniti Kuantan memperolehi pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
dengan markah yang cemerlang oleh pihak MAMPU. Pada tahun 2022, Kolej Komuniti Kuantan
meneruskan cabaran dan kecemerlangan dengan sesi pensijilan semula tiga program berasaskan
teknologi oleh pihak Malaysia Board of Technologists (MBOT) dan dua sijil berasaskan perkhidmatan
oleh MQA. Ini menunjukkan warga Kolej Komuniti Kuantan sentiasa komited dalam usaha mencapai
proses kerja yang sistematik dan persekitaran yang kondusif. Pada masa yang sama, ia turut
membuktikan bahawa Kolej Komuniti Kuantan menawarkan program pengajian yang berkualiti dengan
sokongan pensyarah yang dinamik dan kompeten dengan fasiliti yang lengkap dan terkini.
1
PENERAJU UTAMA
Sepanjang 2001 hingga 2022, seramai 10 orang pengarah
telah dilantik bagi menerajui pengurusan dan sistem
pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Kuantan.
Selepas pelantikan Mejar (K) Dato’ Haji Abu Bakar bin Ahmad
(2001-2005), tugas pengarah dimangku seterusnya oleh Tuan
Haji Faddilah bin Mohd Yusoh (2005 - 2006), Ir. Tuan Haji
Abdull Hamid bin Othman (2006 - 2007), Tuan Haji Wan Azam
bin Haji Wan Hamid, AAP (2007 - 2009), Sr. Dato’ Hajjah Norlida
binti Abdul Razak (2009 - 2011), Encik Mahmood bin Mohamad
(2011 - 2014), Encik Muraly Tharen a/l Rengasamy, AMP. (2014
- 2016), Puan Hajjah Norehan binti Silek, AAP. (2016 - 2017),
Encik Rosli bin Zainuddin, AMP. (2017 - 2019), dan Haji Mohd
Yusof bin Zakaria (2019 - kini).
2
1. Kejayaan dan pengiktirafan yang diterima sepanjang
penubuhan kolej.
2. Carta organisasi Kolej Komuniti Kuantan
119
Sr. Dato’ Hajah Norlida binti Abdul
Razak telah dilantik sebagai
pengarah wanita pertama Kolej
Komuniti Kuantan pada 1 Mei
2009. Beliau yang telah berkhidmat
selama 33 tahun semenjak tahun
1984 merupakan pensyarah di
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
(POLISAS) Kuantan, sebelum di
tempatkan di Kolej Komuniti Paya
Besar dan seterusnya ke Kolej
Komuniti Kuantan pada tahun
2009. Sewaktu memegang jawatan
sebagai pengarah di Kolej Komuniti
Paya Besar, cabarannya adalah
berbeza jika dibandingkan di Kolej
Komuniti Kuantan.
1
Kolej Komuniti Paya Besar pada masa itu masih lagi baru beroperasi dan cabarannya adalah untuk
mendidik dan membuka jalan kepada warga kolej dalam memberi perkhidmatan dalam bidang TVET
kepada pelajar dan komuniti. Di Kolej Komuniti Kuantan, cabarannya agak berbeza. Menurut beliau,
warga Kolej Komuniti Kuantan pada masa itu merupakan kakitangan yang telah agak lama berada di
kolej dan telah mempunyai pengalaman dalam sistem pengurusan dan akademik yang dilaksanakan.
Konflik dan perbezaan pendapat sentiasa timbul di antara warga kolej yang tidak berpuas hati dalam
sesuatu perkara sehingga mewujudkan budaya surat layang bukan sahaja di peringkat kolej namun
sehingga di peringkat kementerian. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sesuatu
organisasi dan ia harus ditangani dengan cara yang berhemah dan profesional. Beliau akhirnya dapat
menyelesaikan konflik ini dengan baik melalui perbincangan, mesyuarat pengurusan, perhimpunan
bulanan dan pelbagai lagi platform yang sesuai sekaligus menamatkan budaya surat layang serta
mewujudkan warga kolej yang berkarisma dan profesional.
1. Sesi temubual bersama Sr. Dato’ Hajjah Norlida
binti Abdul Razak
2. Sr. Dato’ Hajjah Norlida binti Abdul Razak,
pengarah wanita pertama di Kolej Komuniti
Kuantan.
“Perbezaan pendapat adalah
perkara biasa dalam sesuatu
organisasi dan ia harus ditangani
dengan cara yang berhemah dan
profesional.”
2
120
PERISTIWA DAN KENANGAN
Pada tahun pertama penglibatan Sr. Dato’ Hajah Norlida binti Abdul Razak di Kolej Komuniti
Kuantan, beliau telah berjaya menerajui pensyarah dan pelajar dalam pertandingan Inoreka 2009 di
peringkat kebangsaan di mana Kolej Komuniti Kuantan telah berjaya memperoleh tujuh pingat emas
dan tujuh pingat perak. Ini merupakan kejayaan terbaik kolej apabila berjaya mengumpul jumlah
pingat terbanyak dalam pertandingan tersebut. Inoreka 2009 merupakan platform terbaik dalam
melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang dan beliau berasa bangga di atas kejayaan dan
kesungguhan pensyarah dan pelajar ketika itu walaupun kolej tidak mempunyai peruntukan kewangan
dan masa yang mencukupi dalam menghadapi pertandingan tersebut.
Kolej Komuniti Kuantan merupakan sebuah kolej yang telah melalui banyak pengalaman dalam
menuju perubahan ke arah yang lebih baik dan beliau berpendapat Kolej Komuniti Kuantan akan terus
unggul dan menyerlah di mata umum sebagai sebuah institusi yang sentiasa mengekalkan kerjasama
dan dinamik bagi mencapai objektif dan visi penubuhannya.
“Kolej Komuniti Kuantan akan
terus mengorak langkah sebagai
Institusi TVET yang terunggul
dan cemerlang "
Kini, pada tahun 2022, Kolej Komuniti Kuantan 1
telah menyambut ulang tahun yang ke-21
penubuhannya. Tn. Hj. Mohd Yusof bin Zakaria yang 1. Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria, pengarah
merupakan pengarah terkini di Kolej Komuniti Kuantan terkini di Kolej Komuniti Kuantan
berharap dan akan memastikan bahawa Kolej Komuniti
Kuantan akan terus mengorak langkah sebagai Institusi RUJUKAN
TVET yang terunggul dan cemerlang di negeri Pahang Sesi temubual Sr. Dato’ Hajah Norlida binti Abdul
dan di Malaysia secara keseluruhannya. Semoga segala
pengorbanan warga Kolej Komuniti Kuantan dalam Razak . 2022.
menghasilkan masyarakat yang berkemahiran dari Sesi temubual Tn. Hj. Ismail bin Samsudin . 2022
pelbagai bidang, akan dapat membuka mata dan https://www.mypolycc.edu.my/
mengubah persepsi mengenai peranannya serta https://kkkuantan.mypolycc.edu.my/
menjadi pilihan utama pusat institusi TVET bagi pelajar
dan komuniti setempat seiring dengan perkembangan
generasi Z pada masa kini.
121
14. Program Outreach Di Post Betau
Penulis: Zamrizal bin Zakaria
Wan Mohd Mazyan bin Wan Abdullah
Wan Suhartini binti Wan Abdul Kadir
122
OUTREACH TVET
DI POS BETAU, KUALA LIPIS, PAHANG
Penulis: Zamrizal bin Zakaria, Wan Mohd Mazyan bin Wan Abdullah & Wan Suhartini binti Wan Abdul Kadir
Program Outreach
Technical and Vocational Education
and Training (TVET) adalah salah satu
program yang dibuat bersama
Masyarakat Orang Asli di Pos Betau
bagi meningkatkan kesedaran dan
keprihatinan masyarakat terhadap
kepentingan pendidikan TVET dalam
memenuhi keperluan tenaga mahir
untuk pasaran kerja masa hadapan.
Objektif program ini adalah bertujuan
untuk menyebarluas peluang
pendidikan tinggi di Universiti Awam,
Politeknik / Kolej Komuniti dan latihan
kemahiran di Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA).
1
Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
khususnya Kolej Komuniti Kuantan dengan warga luar bandar terutamanya orang asli yang tinggal di
kampung di samping mengeratkan tali persaudaraan dan memberi sumbangan serta bantuan kepada
mereka yang memerlukan.
Program yang dihadiri oleh
lebih kurang 300 orang
penduduk Orang Asli telah
membuka luas pandangan dan
peluang Orang Asli untuk lebih
berdaya saing dalam bidang
teknikal seiring dengan
perkembangan semasa.
Program ini juga diharap dapat
memberi kesedaran kepada
masyarakat umum untuk tidak
melupakan budaya tolong
menolong yang sering
diamalkan oleh nenek moyang
kita di kampung-kampung dan
memupuk semangat sayang
menyayangi sesama insan
dalam masyarakat.
2
1. Program Outreach TVET Orang Asli.
2. Antara pengajar yang menjayakan kursus di
Program Outreach TVET Orang Asli
123
Apa itu TVET
1
Technical and Vocational Education and Training (TVET) ataupun Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju
pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan
tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan piawai
pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan
pendedahan kepada latihan di industri. Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang
TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lepasan SPM
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program
TVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik
dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN).
1. Apa itu TVET?
124
PENGENALAN ORANG ASLI POS BETAU
Secara amnya orang-orang asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada tiga rumpun
atau kumpulan suku bangsa. Setiap suku bangsa ini dipecahkan lagi kepada beberapa suku bangsa
kecil. Tiga puak atau rumpun suku bangsa yang terbesar ialah :
i) Negrito
Sebelumnya dikatakan Pagan atau suku Semang.
ii) Senoi
Dahulunya dikenali sebagai Sakai.
iii) Melayu Asli.
Orang Melayu memanggilnya Jakun, Semelai, Semai dan lain-lain.
Jalan Pos Betau ini adalah jalan berturap 1
sepenuhnya, tidak seperti jalan ke Pos Lenjang 2
yang hampir 80% adalah jalan tanah merah. Pos
Betau ini juga adalah salah satu laluan untuk ke
Cameron Highland, sebuah pusat peranginan dan
perlancongan yang terkenal di negeri Pahang. Jika
kita berpeluang mengunakan laluan berkenaan
untuk ke Cameron Highland, suasana hijau
sepanjang perjalanan amat mempersonakan.
Laluan di dalam daerah Kuala Lipis itu mempunyai
panorama semula jadi yang hijau dan cantik, malah
menjanjikan udaranya yang segar serta dingin. Di
sepanjang laluan inilah terdapat beberapa
perkampungan Orang Asli antaranya Kampung
Menson, Pos Betau, Pos Simoi dan Pos Lenjang.
1. Laluan Sungai Koyan ke Ringlet yang
menempatkan Pos Betau
2. Udara yang segar dan sejuk di sepanjang laluan
ke Pos Betau
125
PENDUDUK ORANG ASLI POS BETAU
Suku kaum Semai tinggal bertaburan di
kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah,
Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun
1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat
lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku
kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Pos Betau
merupakan sebuah perkampungan masyarakat kaum
asli dari suku kaum Semai yang terletak kira-kira 70
km dari pekan Kuala Lipis. Di Pos Betau ini sendiri
terdapat kira-kira 18 buah perkampungan kecil orang
asli yang saling bergantungan antara satu sama lain
dan menggunakan kemudahan yang sama. Kampung-
kampung tersebut ialah Kampung Semoi, Kampung
Sat, Kampung Meter, Kampung Lancang, Kampung
Betau, Kampung Kabang dan Kampung Samut.
1
Rancangan Petempatan Semula (RPS) Betau atau Pos Betau ialah salah sebuah daripada 115 penempatan
Orang Asli Semai yang terletak di daerah Lipis, Pahang, Malaysia. Petempatan Orang Asli Semai ini
dilengkapi dengan infrastruktur seperti sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Betau, Klinik Kesihatan
Betau dan juga Dewan Orang Ramai. Petempatan suku kaum Semai ini didiami oleh hampir 3000 orang
dan terletak 70 km dari Kuala Lipis.
23
Kebanyakan penduduk di kampung ini masih lagi mengamalkan gaya hidup tradisional nenek moyang mereka
dan aktiviti utama penduduk kampung ini ialah mencari hasil hutan seperti rotan, damar dan sebagainya.
Kehidupan yang sederhana di sebuah perkampungan yang sangat bersih dan indah dengan dikelilingi
kawasan flora dan fauna yang belum diterokai menjadi satu daya tarikan yang sangat unik selain keramahan
penduduknya. Pos Betau juga terkenal dengan dusun buah-buahan tempatan. Pokok buah-buahan in2i
kebiasaannya ditanam di kawasan perumahan dan kawasan sekitar. Antara yang menjadi tanaman utama
ialah buah durian. Apabila tiba musim buah-buahan kawasan ini akan menjadi tumpuan masyarakat sekitar
Daerah Kuala Lipis dan kawasan sekitar yang lain.
1. Lokasi Pos Betau
2. Kemudahan surau yang terdapat di Pos
Betau
3. Suasana nyaman penempatan penduduk di
Pos Betau
126
OUTREACH TVET
BERSAMA ORANG ASLI DI POS BETAU
Demi untuk meningkatkan taraf hidup dan kemahiran Orang Asli dalam persaingan di dunia global,
maka kerajaan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan program Outreach TVET bersama dengan
masyarakat Orang Asli di sini. Salah satu aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Outreach TVET ini
adalah aktiviti menyelenggara motosikal yang dibuat secara percuma kepada masyarakat Orang Asli
yang hadir. Ini kerana Motosikal adalah kenderaan yang dilihat lebih mendominasi jalan raya di
sepanjang Pos Betau kerana laluan jalan raya yang lebih sempit, berbukit dan curam meyebabkan
mereka lebih senang untuk bergerak dengan menggunakan motosikal. Kursus pendek pembuatan donut
juga turut dikendalikan secara percuma oleh Kolej Komuniti.
1
1. Pameran dan promosi yang dijalankan 2
semasa Program Outreach TVET
127
2. Antara penduduk orang asli Pos Betau
yang hadir
Penyelenggaraan motosikal yang
dijalankan semasa program ini adalah
menukar minyak enjin atau lebih
dikenali dengan minyak hitam. Peserta
akan diajar kaedah menukar sendiri
minyak enjin motosikal dengan
bantuan dan tunjuk cara oleh tenaga
pengajar. Dengan ini peserta akan
mendapat ilmu dan boleh menukar
minyak enjin secara kendiri.
1
Selain daripada kursus pendek
penyelenggaraan motosikal dan pembuatan donut,
pelbagai aktiviti menarik yang lain turut diadakan
antaranya seperti cabutan bertuah, face painting
secara percuma yang dikendalikan oleh pihak
JPPKK.
2
Anak-anak Orang Asli juga dibantu untuk
mengisi Permohonan UPU Online yang diadakan
secara terus di saat akhir tutup permohonan. Insititut
Pendidikan Tinggi (IPT) yang turut serta dalam
menjayakan program ini antaranya Universiti
Malaysia Pahang (UMP), Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia
Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu
(UMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK).
1. Orang Asli Pos Betau diberi tunjuk ajar tentang
tatacara menukar minyak silinder motosikal
3 2. Peserta yang telah berjaya menukar minyak
silinder motosikal.
3. Antara peserta yang mengikuti pameran dan
promosi yang dianjurkan
128
KESIMPULAN
Perubahan dari zaman ke zaman memperlihatkan perbezaan yang ketara terhadap masyarakat Orang Asli.
Jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli dahulu mereka kini lebih maju dan mengikut
perkembangan semasa. Misalnya dari segi agama, mereka yang dahulu hanya mempercayai semangat
animisme dan menyembah seperti hujan, matahari yang dapat membantu mereka dalam aktiviti harian,
manakala masyarakat Orang Asli kini sudah mempunyai agama seperti Islam dan Kristian. Dari segi
pendidikan pula, masyarakatnya lebih maju dan sesetengahnya ada yang melanjutkan pelajaran di Institut
Pengajian Tinggi (IPT). Ini menunjukkan pemikiran mereka lebih terbuka bahawa pelajaran dapat mengubah
kehidupan. Namun kelebihan yang terdapat pada Orang Asli ini mengenai selok belok hutan memang tidak
dapat disangkal lagi. Pengetahuan dan kemahiran Orang Asli terhadap herba yang hanya boleh ditemui di
dalam hutan memang menakjubkan.
Pengenalan Orang Asli kepada
program outreach ini bukan sekadar
dapat berkongsi ilmu bersama
penduduk malah dapat mengenali
budaya dan adat resam masyarakat
Orang Asli Pos Betau. Semoga
program seumpama ini akan
mendapat sambutan dan dapat
dijalankan bersama masyarakat
Orang Asli yang lain pada masa akan
datang.
1 1. Kehadiran Orang Asli Pos Betau
ke Program Outrech TVET amat
membanggakan
RUJUKAN
Pos Betau. (2022, June 4). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pos_Betau
Outreach TVET Orang Asli sebar luas manfaat pendidikan tinggi. (n.d.). UMP News. Retrieved August 15, 2022, from
https://news.ump.edu.my/academic/outreach-tvet-orang-asli-sebar-luas-manfaat- pendidikan-tinggi
Menservis Motorsikal Tingkatan 4 dan 5, Pengarang: Mohd Derus Bin Abd Rahman, Isnin Bin Maulud, Penerbit: KPM &
DBP
Asan Ali Golam Hassan & Devamany S. Krishnasamy. 2016. ‘Habitat Masyarakat Orang Asli: Impak Program Penempatan
Tersusun’, dlm. Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Haryati Shafii. Habitat Manusia dan
Pengurusannya. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
JAKOA. 2011. Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 23011-2015. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan
Kemajuan Orang Asli. Kuala Lumpur.
129
15. Kejohanan Catur Kolej Komuniti
Malaysia di Kolej Komuniti Kuantan
Penulis: Asri bin Abdullah
Nor Fazlina binti Harun
Maimunah binti Ismail
130
KEJOHANAN CATUR KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
Penulis: Asri bin Abdullah, Nor Fazlina binti Harun & Maimunah binti Ismail
PENGENALAN
Catur adalah permainan yang paling popular di
dunia ia menggambarkan bukan sahaja satu
permainan tetapi juga satu seni dan satu sains.
Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang
yang abstrak kerana sebagai suatu "seni
mempertahankan diri" menggunakan minda dan
bermain catur dilihat sebagai cara untuk
meningkatkan keupayaan minda.
Di atas maksud tersebut, Kolej Komuniti Kuantan
dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti
(MASKOM) telah menganjurkan satu pertandingan
catur yang membuka peluang kepada semua pelajar
Kolej Komuniti seluruh Malaysia serta komuniti yang
belajar, menetap atau bekerja di negeri Pahang
untuk mengembangkan potensi diri di dalam
permainan catur.
1
Pertandingan ini telah diadakan di 2
dewan besar Kolej Komuniti Kuantan pada
tarikh 29 Februari 2020. Pendaftaran peserta 1. Poster pertandigan M4C
dimulakan seawal 8.00 pagi untuk 2. Sesi pendaftaran peserta
melancarkan perjalanan pertandingan.
Jumlah peserta yang menyertai pertandingan
ini adalah seramai 421 orang untuk 5 kategori
pertandingan. Majlis penutupan telah
disempurnakan oleh Ts Abdul Razak Bin
Sabtu, Pengarah Kolej Komuniti Selayang
merangkap pengerusi MASKOM pada jam 5
petang di dewan besar Kolej Komuniti
Kuantan.
131
OBJEKTIF
Dengan adanya pertandingan ini, ianya
adalah sebagai salah satu medium promosi
untuk Kolej Komuniti Malaysia amnya dan
dapat memperkenalkan Kolej Komuniti
Kuantan secara dekat. Selain memberi
pendedahan kepada peserta-peserta tentang
situasi sebenar perlawanan catur, peserta
juga dapat menambah ilmu dan kemahiran
untuk menguasai teknik-teknik dalam
permainan catur.
1
“Pertandingan ini juga dapat memupuk
dan menanam semangat jati diri dalam diri peserta di
samping meningkatkan tahap kebijaksanaan peserta
dalam. berfikir pada aras yang lebih tinggi”
Pengarah Program M4C Asri bin Abdullah
Sepanjang kejohanan ini, urusetia
menggunakan khidmat jawatankuasa pelajar dalam
menguruskan pertandingan supaya dapat memberi
pendedahan kepada pelajar dalam menganjurkan
pertandingan peringkat kebangsaan. Dengan ini
secara tidak langsung dapat memupuk sikap
berdikari dan mewujudkan semangat bekerjasama,
toleransi dan kepimpinan kepada pelajar Kolej
Komuniti Kuantan.
1. Pendaftaran peserta dari pelbagai peringkat usia 2
2. Urusetia terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Kuantan
132
BUTIRAN PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan dengan menggunakan format Swiss di mana peserta akan mengharungi
sebanyak 7 pusingan perlawanan. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah pungutan mata
selepas tamat 7 pusingan. Kategori-kategori yang telah dipertandingkan adalah Kategori Kolej
Komuniti, Terbuka, Bawah 18 tahun, Bawah 12 tahun (Lelaki) dan Bawah 12 tahun (Perempuan).
5
Penyertaan pertandingan ini sangat memberangsangkan
dari setiap kategori. Jumlah keseluruhan penyertaan
program adalah seramai 421 penyertaan. Kebanyakan
peserta adalah dari sekolah-sekolah disekitar Kuantan.
Terdapat penyertaan dari sekolah diluar daerah Kuantan
seperti sekolah dari daerah Pekan, daerah Kuala lipis dan
daerah Temerloh.
6
7 5. Peserta mendengar taklimat pertandingan
6. Peserta kategori bawah 12 tahun perempuan
133 7. Peserta kategori bawah 12 tahun lelaki
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Hadiah pertandingan diberikan kepada Johan sehingga peserta tempat ke-10 berdasarkan kiraan
pungutan mata tertinggi mengikut kategori. Peserta yang berjaya menduduki tempat pertama sehingga
tempat ke-10 akan menerima sijil dan medal kejohanan serta saguhati berupa wang ringgit. Jumlah
keseluruhan saguhati kejohanan ialah sebanyak RM5540.00. Tidak lupa semua peserta akan diberi sijil
penyertaan sebagai tanda menyertai kejohananan ini.
Bagi kategori Kolej
Komuniti, juara didominasi
oleh Muhammad Ubaid
Bin Baharudin dari Kolej
Komuniti Bandar Penawar.
Tempat kedua dimenangi
oleh Amirul Hakimi bin
Nurul Hisham dari Kolej
Komuniti Cawangan
Maran dan tempat ketiga
pula dimenangi oleh
Muhammad Daniel bin
Mazlan dari Kolej Komuniti
Selayang.
8
Kategori Terbuka, Muhammad Asraf bin Razman
mengesahkan tempat selaku juara manakala naib juara
dimenangi oleh Suwardi Andri bin Sidek. Tempat ketiga pula
dimenangi oleh Roazman bin Mat Rosely.
Kategori bawah 18 tahun pula juara telah dirangkul
oleh Muhammad Nafiz Fakhrullah bin Mohd Fird. Wan Adalia
Rasya binti Ayib Rosdi selaku naib juara dan Muhammad
Altamis Adlan bin Onn Ibrahim berpuas hati di tempat ketiga.
Persaingan yang sengit juga bagi peserta di bawah 12
10 tahun. Bagi kategori bawah 12 tahun perempuan, juara
dimonopoli oleh Hifza Irdina binti Zaba. Naib juara dimenangi
oleh Melissa Sahira Hanim binti Saiful Liza dan tempat
ketiga dimenangi oleh Eidil Khadijah binti Zainal Abidin.
Kategori bawah 12 tahun lelaki pula Muhammad
Isyhad Iman bin Muhammad Syahmi telah memulakan
langkah kanan dinobatkan juara. Manakala Ahmad Aqil Arfa
bin Ahmad Suffian mendapat naib juara dan Aidil Khaleed
bin Zainal Abidin sekadar tempat ketiga. Kesemua
pemenang membawa hadiah trofi dan wang tunai berserta
sijil pencapaian.
9 8. Kategori Kolej Komuniti
9. Kategori bawah 18 tahun lelaki
10. Kategori bawah 18 tahun lelaki
134
PENCAPAIAN PROGRAM
Antara kekuatan program ini adalah program ini
dapat menghimpunkan para peserta pertandingan yang
terdiri daripada pelbagai institusi dan pelbagai peringkat
umur. Dengan adanya pertandingan ini ianya juga
merupakan platform terbaik bagi mempromosikan Kolej
Komuniti Kuantan kepada komuniti setempat. Semasa
pertandingan ini berlangsung para pelajar kolej diberi
peluang untuk menjalankan aktiviti keusahawanan. Setelah
berakhirnya pertandingan ini, penganjur dapat
mengenalpasti peserta-peserta yang berbakat dan
mempunyai kemahiran bermain catur untuk diketengahkan
11 di peringkat pertandingan yang lebih tinggi. Selain itu
penganjuran pertandingan ini boleh mewujudkan hubungan
kerjasama antara kolej komuniti dengan agensi-agensi luar
dan masyarakat setempat.
12 13
11. Kategori bawah 18 tahun
12. Kategori bawah 12 tahun perempuan
13. Tetamu terhormat yang hadir
14. Majlis penyampaian sijil kepada para peserta
14
RUJUKAN
https://malay.wiki/content/Catur/Pengenalan.html
Nor Fazlina binti Harun (2020). Laporan kejohanan
catur Kolej Komuniti Malaysia (M4C) 2020
135
SIDANG REDAKSI
Pengerusi
Tn. Haji Mohd Yusof bin Zakaria
Penasihat
Sr. Nor Idayu binti Nordin
Ketua Penerbit
Pn. Rozilawati binti Mat Nor
Setiausaha
Pn. Cik Siti Nor Suhaila binti Che Amat
Ketua Editor
Pn. Azliza binti Yusop
Jawatankuasa Editor
Pn. Siti Norlee binti Md Nasir
Pn. Nor Fazlina binti Harun
Pn. En. Mohd Azmi bin Sukor
En. Mohamad Khir Johari bin Jamaludin
Ketua Pembaca Pruf dan Kawalan Mutu
Sr. Nor Idayu binti Nordin
Jawatankuasa Pembaca Pruf dan Kawalan Mutu
En. Mohd Fadzly bin Shuraimi
Pn. Nor Fauzani binti Jumodi
Pn. Azharina binti Azman
Pn. Noor Rahimi binti Idiris
Pn. Siti Mariam binti Mohd Amin
Pn. Farhana binti Anaspekri
Ketua Promosi & Agihan
Pn. Azsyanti binti Ibrahim
Jawatankuasa Promosi & Agihan
En. Mohd Amin bin Ali
Pn. Azlilawati binti Ishak
Pn. Tg Nur-Wina binti Tuan Abu Bakar
En. Rosedi bin Ibrahim
Ketua Reka bentuk Grafik & Cetakan
En. Maulud bin Tawang
Jawatankuasa Reka bentuk Grafik & Cetakan
Pn. Nurulkhazimah binti Abd Rahman
En. Norhadi bin Mohd Noor
En. Muhammad Syafiq bin Mohamed Sahar
136
137
Kolej Komuniti Kuantan
Cetakan Pertama 2022
©Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana
bahagian daripada buku ini yang boleh disiar –
diterbitkan semula dalam sebarang bentuk dan
dengan apa cara sekalipun, termasuklah
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan
sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis
daripada Penerbit dan Pemilik Hak Cipta
Perpustakaan Negara Malaysia
Kolej Komuniti Kuantan
PAHANG
Inspirasi Ilmu 3.0
‘Pahang Darul Makmur ; Sebuah Perspektif’
ISBN 978-967-2489-07-8
Diterbitkan oleh :
Kolej Komuniti Kuantan
Kementerian Pendidikan Tinggi
B24, Jalan IM3/13
Bandar Indera Mahkota
25200, Kuantan
Pahang
Tel: 09-572 1313
Faks : 09-573 5000
Laman Web : www.kkkua.edu.my