06. Jalan Besar Kuantan : Dari Senibina Gaya
Rumah Kedai Awal Ke Gaya Hidup Artisan
Penulis: Syaizura Hani binti Abd Samat,
Maulud bin Tawang
42
JALAN BESAR KUANTAN, DARI SENIBINA GAYA
RUMAH KEDAI AWAL KE GAYA HIDUP ARTISAN
Syaizura Hani binti Abd Samat, Maulud bin Tawang
Kuantan ialah ibu negeri Pahang serta pusat pentadbiran kerajaan negeri dan merupakan antara
salah sebuah bandar besar di semenanjung Malaysia. Kuantan telah diisytiharkan sebagai sebuah
bandaraya pada 21 Februari 2021 lalu. Daripada catatan
sejarah, Kuantan telah wujud
sebagai penempatan awal
semenjak abad ke-12 lagi.
Bandar Kuantan terletak
berhampiran Sungai Kuantan
dan mengadap Laut China
Selatan. Pembentukan
perbandaran Kuantan lama
banyak bertumpu kepada
rekabentuk senibina rumah
kedai binaan lama tinggalan
tradisi pedagang menerusi
perwujudan pelbagai toko dan
pusat perniagaan di persisir
kawasan sungai tersebut.
SEJARAH BANDAR KUANTAN 1 Keadaan visual perbandaran ini
masih kekal relevan sehingga
Bandar Kuantan telah dibuka pada tahun kini.
1854 oleh orang-orang Melayu dari daerah 1. Pusat perdagangan dan ekonomi Kuantan
Kuantan di Sumatera yang diketuai oleh Encik bertumpu di pesisir sungai sejak dahulu
Besar. Berdasarkan sejarah awal 2. Menara Kuantan 188 kini menjadi ikon bandaraya
perkembangan Kuantan, ianya bermula di Kuantan
Kampung Teruntum iaitu sebuah kawasan
perkampungan di Hulu Sungai Kuantan,
kemudiannya dikenali sebagai "Kampung
Orang Kuantan" bersempena dengan nama
tempat asal masyarakat tersebut. Walau
bagaimanapun, nama ini telah diringkaskan
kepada ‘Kuantan’ sehingga ke hari ini.
Penempatan awal bandar Kuantan
bermula di tebing Sungai Kuantan, di mana
pengangkutan air merupakan sumber
perhubungan utama pada ketika itu. Aktiviti
perlombongan bijih timah di pekan Sungai
Lembing dan pekan Gambang mula diberikan
perhatian dan menjadikan Kuantan sebagai
pusat perdagangan utama. Aktiviti
perlombongan bijih timah pada waktu itu
merupakan sumber asli utama negeri
Pahang. Kini pekan Sungai Lembing hanya
tinggal sejarah dan terkenal sebagai salah
sebuah destinasi pusat pelancongan warisan
negeri Pahang. Suasana perniagaan dan
perdagangan di Kuantan pada masa itu,
didominasi oleh para peniaga berbangsa
Cina.
2
43
Kegiatan melombong bijih timah di Sungai Lembing pada tahun 1850-an telah menggalakkan
pertumbuhan dan kewujudan pusat pengumpulan dan kemudahan sokongan kepada aktiviti
perlombongan bijih timah. Justeru, ia telah menarik perhatian golongan Cina untuk bertumpu di kawasan
bandar. Manakala bagi orang melayu pula, mereka mula bergerak dan berpindah ke penempatan di
pinggir bandar. Kesan daripada perpindahan penduduk ini, telah memberi kesan secara langsung ke atas
corak guna tanah di Kuantan. Antara kesan yang paling ketara ialah kawasan pertanian sawah padi di
Kuantan suatu masa dahulu telah bertukar menjadi tapak Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) kini.
Perubahan corak guna tanah dan pertambahan bilangan penduduknya telah menyumbang kepada proses
urbanisasi yang pesat.
Pada awalnya, kerajaan British mula menceroboh pentadbiran dan pengurusan di negeri-negeri Melayu
pada sekitar permulaan era perang saudara di negeri Pahang. Seterusnya, pada tahun 1888 pula, British
telah mengambil alih pentadbiran negeri Pahang. Pada 30 Disember 1942, Kuantan telah jatuh ke tangan
askar Jepun yang menyerang Asia Tenggara semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun,
bangunan warisan sedia ada di bandar Kuantan masih dikekalkan dan ini telah meninggalkan kesan
kepelbagaian visual senibina dan situasi fungsi kepada aspek perancangan bandar.
"Terkini, pusat bandar lama iaitu
di sepanjang Jalan Mahkota
dan Jalan Besar masih lagi
kekal dan menempatkan binaan
bangunan sebelum perang
dunia kedua"
3
Terkini; Jalan Mahkota dan Jalan Besar (pusat bandar lama Kuantan), masih mengekalkan binaan dan
rekabentuk bangunan sebelum perang dunia kedua.
Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang yang asalnya di Kuala Lipis pada era residensi British telah
dipindahkan ke Kuantan, dan kepentingan bandar ini dari segi pentadbiran semakin meningkat. Pusat
pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis semenjak dari tahun 1976.
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, Kuantan terus berkembang
sebagai sebuah pusat komersil dan perusahaan yang penting di kawasan pantai timur. Kerajaan negeri
dan persekutuan giat membangunkan Kuantan dengan memberikan tumpuan kepada sektor ekonomi,
pertanian, pelancongan, pentadbiran, industri pembuatan dan pendidikan.
3. Jalan Besar, Kuantan kini semakin popular dan
menjadi destinasi wajib bagi pengunjung dari luar
Kuantan
44
PERKEMBANGAN DAN PROSES URBANISASI BANDAR KUANTAN
Proses perkembangan dan urbanisasi perbandaran yang berlaku di Kuantan kini telah mewujudkan
suatu bahasa perbandaran yang baharu menerusi landskap perancangan bandarnya, rekabentuk
pemuliharaan bangunan dan gaya hiasan yang bertema. Hasilnya, ia telah merubah Kuantan ke suatu era
dimensi yang lain. Kemunculan pelbagai kedai dan pusat perniagaan di Jalan Besar, Kuantan yang
bersifat hipster, gaya hidup, artisan, franchaiser tular serta pembangunan rekabentuk jenama niche
baharu yang tersendiri dan unik telah menarik pelancong untuk berkunjung ke bandar ini.
Kuantan kini juga terserlah dengan
kewujudan Menara Kuantan 188 yang
merupakan ikon pelancongan terbaharu
bandaraya Kuantan. Menara ini merupakan
antara menara tertinggi di Malaysia, pada
ketinggian 98 meter.
"Mutakhir, kemunculan pelbagai kedai dan 4
pusat perniagaan di Jalan Besar, Kuantan
yang bersifat hipster, gaya hidup, artisan, 4. Kula Cakes yang bertempat di Jalan Besar, Kuantan
mula beroperasi sekitar tahun 2011 merupakan antara
franchaiser tular serta pembangunan kedai kek yang paling popular di Kuantan
rekabentuk jenama niche baharu yang
tersendiri dan unik."
Daerah Kuantan tidak mempunyai
budaya masyarakat tersendiri atau tertentu,
melainkan budaya yang dibawa oleh mereka
yang berasal dari luar dan menetap di
Kuantan. Oleh sebab itu, mudah untuk
mendengar warga Kuantan bercakap dalam
loghat Terengganu dan Kelantan, manakala
makanan tradisional dan kegemaran dari
kedua-dua negeri itu juga popular di sini. Di
kawasan di barat dan selatan negeri Pahang,
barulah budaya tradisi Pahang dapat
diperlihatkan sedikit demi sedikit.
Namun kini, pengusaha produk makanan
Kuantan mula tampil mencipta dan mengolah
kepelbagaian makanan yang bersifat
tradisional, tersendiri, unik dan fusion bagi
tujuan memenuhi selera lokaliti dan
pengunjung luar. Situasi ini menjadi pilihan
usahawan setempat dan mula dibudayakan
dan dikomersilkan di Jalan Besar, Kuantan.
45
Suasana metropolitan di Kuantan kini jelas kelihatan menerusi pembukaan lebih banyak pusat membeli-
belah berprestij serta kewujudan pelbagai premis berjenama antarabangsa dan bercitarasa tinggi bagi
memenuhi keperluan dan gaya hidup setempat warga Kuantan.
Sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang diraikan pada 20 Mac di seluruh dunia setiap tahun,
Kuantan pernah tersenarai sebagai “Bandar Paling Bahagia Di Malaysia.” Ianya bertujuan mengiktiraf
hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan
kesejahteraan penduduk sejagat. Ini adalah selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan
kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia.
Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang berusaha
merealisasikan hasrat dan misi demi kesejahteraan rakyat Kuantan. Kuantan yang masyhur dengan pantai
dan pelbagai sumber eko-pelancongan merupakan pintu masuk utama ke pantai timur bagi mereka yang
datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan semenanjung.
"Suasana metropolitan di bandar Kuantan
kini jelas kelihatan menerusi pembukaan
pusat membeli-belah yang besar, berprestij serta
kewujudan premis bercitarasa tinggi bagi memenuhi
keperluan gaya
hidup setempat warga Kuantan."
JALAN BESAR, KUANTAN
Kuantan merupakan sebuah ibu
negeri yang terbesar di pantai timur,
dan kedudukannya yang mengadap
Laut China Selatan. Pelbagai aktiviti
eko-pelancongan boleh dilaksanakan
di sini, membuatkan Kuantan cukup
istimewa dan popular di kalangan
pelancong dari dalam dan luar negara.
5
Ironinya, Jalan Besar, Kuantan hanyalah sebuah jalan panjang yang menyambungkan antara Jalan
Tanah Putih, ke Jalan Teluk Sisek, yang membawa ke Teluk Cempedak, Kuantan. Persekitarannya hanya
ditunjangi deretan rumah kedai era awal kurun ke-19, dibarisi seterusnya dengan variasi pembangunan
rekabentuk rumah kedai pasca senibina moden era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan kini rumah kedai
rekabentuk berciri standard dan rekabentuk perbandaran moden. Pelbagai perusahaan dan perniagaan
diusahakan di Jalan Besar ini oleh penduduk lokal atau pedagang pendatang yang bersilih ganti saban tahun
meneroka nasib dan pasaran ekonomi semasa.
5. Kuantan City Mall (KCM) merupakan sebuah kompleks
membeli-belah yang berlokasi strategik di hub komersil
Kuantan
46
Selain daripada sebagai pusat perniagaan dan perusahaan, jalan ini juga turut menempatkan klinik,
hotel, pejabat swasta dan jabatan kerajaan. Antara perniagaan yang wujud di jalan ini adalah seperti
restoran dan kedai makan, kedai jahit, kedai perabot, kedai barangan elektrik, kedai serbaguna, kedai
servis motosikal dan kenderaan, kedai alat tulis, kedai alat ganti kenderaan, kedai kraftangan, kedai
pakaian, farmasi, kedai produk makanan berproses dan lain-lain. Antara yang menarik, terdapat sebuah
kedai kraftangan tempatan yang menjual pelbagai barangan cenderahati bersifat lokal Kuantan dan juga
hasil tangan orang asal negeri Pahang. Ianya terletak bersebelahan kedai kopi artisan popular, Watak
Kopi. Ruang kedainya tidaklah besar, kerana reka bentuk rumah kedainya masih mengekalkan reka
bentuk binaan asal.
Menariknya, keunikan rekaan barangan yang dibuat dari sumber asli alam ini memberikan sedikit rasa
teruja kepada pengunjung dan pencinta kraf yang berkunjung kerana terdapat barangan yang dijual yang
kini sukar untuk diperolehi. Perusahaan ini mula bertapak semenjak tahun 1973, dan boleh katakan antara
perniagaan yang bertahan paling lama di Kuantan terutamanya Jalan Besar, Kuantan. Kedai kraf ini
menjual barangan seperti tudung saji, papan congkak, beg, tikar, alat muzik tradisional kraftangan,
peralatan sukan tradisional, bakul, sumpit, piring kayu dan lain-lain. Terdapat pelbagai pilihan barangan
menarik yang boleh dijadikan kenangan dan juga perhiasan rumah.
"Ironinya Jalan Besar, Kuantan hanyalah
sebuah jalan panjang yang menyambungkan
antara Jalan Tanah Putih, ke Jalan Teluk
Sisek, yang membawa ke Teluk Cempedak,
Kuantan."
6
6. Kedudukan Jalan Besar,
Kuantan di peta Google
Pelbagai perusahaan dan perniagaan telah berubah semenjak kewujudan Jalan Besar, Kuantan ini. Di
jalan ini juga terletaknya stesen bas utama bandar Kuantan yang memberi khidmat baktinya kepada
seluruh penduduk Kuantan sehinggalah kini kawasan tersebut diwartakan sebagai sebuah kawasan
taman awam. Stesen bas tersebut begitu bermakna buat seluruh warga Kuantan.
Kini, kebanyakan rumah kedai dan bangunan di Jalan Besar bervariasi seni reka bentuknya. Antara
faktor perkara ini terjadi kerana berlakunya kebakaran kepada sesetengah bangunan rumah kedai lama
tersebut tidak lama dahulu. Setelah itu, didirikan pula rumah kedai baharu di atas tapak tersebut. Ada juga
rumah kedai lama yang terbiar oleh pemiliknya dan tidak dipulihara kerosakan dan diselenggara
bangunannya.
Di jalan ini juga, terdapat sebuah panggung wayang lama yang kini telah menjadi kedai perabot. Bagi
penduduk Kuantan, selain daripada tapak stesen bas, terdapat lokasi di sebelahnya yang dikenali sebagai
‘Medan Pelancong’, rekabentuk asalnya merupakan bangunan konkrit berciri moden pasca 70-an, yang
menempatkan pelbagai toko perniagaan dan kedai makan, dan kini telah menjadi Laman Teruntum.
47
Jalan Besar, Kuantan sememangnya signifikan dengan ramai penduduk Kuantan termasuk kehidupan
peribadi penulis sendiri. Menelusuri Jalan Besar kini umpama mengimbas memorial kepada zaman kanak-
kanak warga Kuantan bersama keluarga, rakan-rakan, zaman persekolahan dan kini ibu bapa membawa
anak-anak mereka pula merasai pengalaman menikmati makanan di kedai popular di sepanjang jalan ini.
Antara aktiviti utama di jalan ini dahulu; Acara perarakan kemerdekaan, kemudahan pengangkutan
awam seperti bas dan teksi, deretan kedai makan (Benteng) serta aktiviti membeli-belah barangan
keperluan rumah dan peribadi. Benteng merupakan sebuah tempat makanan popular sejak dahulu dan
sinonim dengan Jalan Besar, Kuantan. Lokasinya di sepanjang pesisir sungai di tepi Jalan Besar dan
masih kekal beroperasi sehingga kini. Premisnya kini telah ditambahbaik infrastrukturnya oleh Majlis
Bandaraya Kuantan.
Jalan Besar, Kuantan juga seringkali menjadi ikonik dan lambang kemajuan dan kemodenan
perbandaran Kuantan suatu masa dahulu dan sering difilemkan menerusi lensa kamera oleh pengarah
filem dan drama tempatan. Terdapat beberapa buah filem melayu dan drama tempatan yang membuat
penggambaran di Jalan Besar, Kuantan ini. Antara filem yang pernah mengabadikan lokasi di Jalan Besar
ini adalah filem ‘Ceritaku Ceritamu’ pada tahun 1979, lakonan oleh Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Manakala
seniwati Dato’ Sarimah Ahmad yang juga merupakan anak watan Pahang, banyak mempamerkan sisi
pembangunan negeri Pahang dalam filem-filem arahan beliau.
Sejak kebelakangan ini, budaya perniagaan bersifat 7
artisan melonjak naik dan sekaligus Jalan Besar,
Kuantan diiktiraf sebagai sebuah pusat pelancongan 7. Tapak asal stesen bas Kuantan di Jalan
yang wajib dilawati dan menjadi tumpuan pengunjung Besar, Kuantan kini menjadi Laman
dari luar. Banyak perniagaan bersifat artisan yang Teruntum
terdapat di sini seperti kedai kopi, restoran dan
perusahaan yang menawarkan produk perniagaan
bersifat jenama tersendiri atau franchaiser, disertai
dengan pakej dekorasi dalaman kedai yang unik dan
tersendiri.
Walaupun terdapat banyak konsep kedai artisan yang
sama di jalan ini, namun ianya dilihat umpama satu
situasi persaingan perniagaan yang sihat. Situasi ini
wujud kerana sokongan mereka sesama sendiri yang
didokong oleh suatu kumpulan yang sama visinya.
Semoga keadaan ini akan berkekalan dan boleh
diperkembangkan dan disebarluaskan ke pelosok jalan
lain pula di Kuantan ini.
48
DEFINISI ARTISAN
Kini pasti ramai sering mendengar atau terlihat perkataan ‘artisan’. Artisan bermaksud `orang yang
mahir menghasilkan produk berasaskan penggunaan tangan`, atau dalam bahasa Inggeris artisan
didefinisikan sebagai a worker in a skilled trade, especially one that involves making things by hand, atau
`seorang pekerja dalam dunia jual beli yang berhubungan dengan ketrampilan, terutama yang melibatkan
pembuatan barang-barang menggunakan tangan`. Kata artisan itu sendiri berasal dari bahasa Perancis
yang bermaksud seorang pekerja yang sangat mahir dibidangnya dan menghasilkan produk dengan
tangan.
Hasil produk artisan biasanya berkualiti tinggi serta boleh dikomersilkan. Idea atau barangan yang
diciptakan oleh para artisan biasanya bersifat dekoratif atau berfungsi, seperti perhiasan, seni fesyen,
perabot, makanan dan minuman. Pada skala tertentu, kreativiti serta kemahiran tersendiri para artisan ini
mampu mengekspresikan karya mereka persis seorang seniman.
Kini, Jalan Besar, Kuantan mula mempamerkan teori ini menerusi kewujudan pelbagai perusahaan
seperti kedai kopi, kedai makanan dan minuman, kedai jahit, kedai peralatan rumah, kedai memproses
hasil laut, kedai kraftangan, kedai pakaian dan lain-lain.
Sebahagian daripada deretan rumah
kedai Jalan Besar merupakan rumah
kedai lama cina pada asalnya, dan sedikit
pengubahsuaian telah dilakukan bagi
memberi jiwa kepada konsep perniagaan
yang mereka usahakan. Salah satunya
kini; Budaya hidup masyarakat Malaysia
mula menggemari kopi sebagai minuman
penghilang dahaga serta pilihan gaya
hidup kini. Gaya kedai artisan sebegini,
pengguna bukan sahaja membayar harga
secangkir kopi yang mereka minum,
namun mereka sebenarnya membayar
suasana tersendiri yang wujud dari dalam
dekorasi dan seni latar penataan gaya
kedai mereka.
Laluan belakang rumah kedai tersebut
pula kini diwujudkan Kuantan Art Street,
laluan seni mural yang dilukis oleh pelukis
tempatan di dinding belakang rumah
kedai tersebut. Keadaan ini turut memberi
warna hidupnya Jalan Besar, Kuantan
pada waktu malam.
Kenderaan yang lalu-lalang tidak putus
di Jalan Besar, aspek keselamatan juga
dilihat perlu dipertimbangkan oleh semua
pemandu kenderaan dan pengguna
pejalan kaki yang ingin berkunjung ke
8 sini.
8. Antara pusat perniagaan bersifat
artisan yang terdapat di Jalan Besar,
Kuantan
49
Bagi pembangunan rumah kedai cina lama, tiada setback line
wujud atau setback line nya terlalu hampir dengan jalan. Hanya
kaki lima rumah kedai memisahkan ruangan pejalan kaki dan
kenderaan yang bertali arus. Setback line merupakan anjakan jarak
daripada keluasan asal tanah kepada keluasan yang dibenarkan
untuk pembinaan bangunan. Ianya dikira bermula dari sempadan
tanah sehingga ke dinding bangunan yang akan dibina. Tujuannya
adalah untuk memudahkan proses memadam api jika berlaku
kebakaran, tidak memudahkan api merebak ke rumah atau tempat
lain serta untuk pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
Setback line adalah syarat dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Manakala bagi rumah kedai rekabentuk moden, aspek teknikal
setback line mula terlihat dan keadaan jalan lebih selamat. Situasi
ini dapat dilihat di sepanjang Jalan Besar, Kuantan menerusi
perkembangan variasi jenis-jenis rumah kedai berekabentuk
baharu. Rumah kedai cina di Kuantan merupakan warisan senibina
negara yang tidak ternilai. Ianya telah berjaya membentuk
landskap perbandaran di seluruh negara dengan membawa
bersamanya sejarah kedatangan dan penempatan masyarakat
Cina ke Tanah Melayu. Terdapat elemen dan susur galur sejarah
dalam perkembangan rumah kedai Cina serta pengaruh reka
bentuk struktur dan hiasan pada bangunan tersebut.
Di Malaysia, banyak negeri yang
mempunyai senibina rumah kedai
Cina yang kini telah mendominasi
visual perbandaran sesuatu
kawasan tersebut. Ianya juga kini
sebahagian daripada khazanah
warisan negara. Peliharalah ianya
agar tidak pupus oleh arus
pembangunan ekonomi yang tidak
terkawal. Kewujudan dan
pengekalan reka bentuk rumah
kedai cina ini mampu menjadikan
pelancongan warisan sebagai
alternatif kepada aktiviti
pelancongan di bandaraya Kuantan
ini pada masa hadapan.
9
PEMBANGUNAN RUMAH KEDAI DI JALAN BESAR, KUANTAN
Mengikut kajian umum, berikut merupakan ciri-ciri rumah kedai tipikal di Malaysia:
1. Kedudukan bangunan berhadapan dengan jalan/jalan raya/jalan utama.
2. Tiada jurang atau ruang di antara rumah atau bangunan, bangunan rumah kedai direkabentuk secara
deretan memanjang dan bersebelahan di sepanjang jalan.
3. Setiap bangunan rumah kedai mempunyai dinding pemisah yang memisahkan di antara dua belah
bahagian bangunan rumah kedai. Selain aspek pemunya, ianya juga sebagai aspek keselamatan
kebakaran supaya api tidak merebak ke bangunan bersebelahan.
4. Ketinggian bangunan; Dua atau tiga tingkat.
5. Rekabentuk bangunan adalah berbentuk panjang dan sempit, terdapat kewujudan telaga udara bagi
tujuan pengudaraan, pencahayaan semulajadi dan ruang lega bangunan.
6. Bangunan mempunyai kaki lima untuk kemudahan pejalan kaki.
9. Antara jenis-jenis rumah kedai senibina
cina yang masih wujud di Jalan Besar, Kuantan
50
7. Pelbagai fungsi bangunan, dengan menggabungkan kegunaan kediaman dan komersil. Bangunan
biasanya digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan. Pemilik rumah biasanya tinggal di tingkat
atas.
9. Fasad bangunan ada nilai estetik dan ada tema rekaan.
10. Warna fasad biasanya berwarna pastel. Namun kini pihak berkuasa tempatan telah menambahbaik
fasad dengan menggalakkan pemilik premis mengecat warna bangunan atau membuat pemuliharaan bagi
tujuan estetik dan kekemasan bangunan.
11. Konsep hiasan fasad dipengaruhi oleh tradisi senibina melayu, cina dan eropah.
Gaya senibina cina adalah seiring lamanya tamadun cina. Prinsip-prinsip senibina cina telah kekal
secara dasarnya dan tidak berubah, perubahan utama hanya berlaku pada perincian berhiasan. Semenjak
zaman Dinasti Tang, senibina cina telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya senibina Korea,
Vietnam dan Jepun tidak kurang juga pengaruhnya ke atas Tamadun Melayu yang meliputi kepulauan
Melayu.
PENGARUH SENIBINA TAMADUN CINA 10
TERHADAP TAMADUN MELAYU
10. Bangunan rumah kedai PKNP
Bandar Kuantan juga merupakan penempatan awal yang di Jalan Besar, Kuantan yang
menerima kedatangan tamadun cina di Tanah Melayu yang penting bercirikan senibina moden
suatu masa dulu. Terdapat beberapa bangunan rumah kedai lama pasca 70-an
dalam daerah di negeri Pahang ini yang dipengaruhi oleh senibina
tamadun cina, selain pengaruh senibina kolonial. Kebanyakan
rumah kedai cina mempunyai ketinggian dua dan tiga tingkat serta
berkongsi ciri-ciri yang sama.
Rumah kedai juga digunakan sebagai tempat kediaman
keluarga, kedai dan premis komersil. Keadaan ini masih kekal
hingga kini. Masih ada perniagaan bersifat warisan kemahiran
tinggalan keluarga dari pelbagai latar belakang kaum berbeza di
Jalan Besar, Kuantan ini yang masih mengekalkan hiasan dalaman
kedai seperti zaman dahulu. Pengunjung akan berasakan seolah-
olah terperangkap di dalam mesin masa apabila berkunjung ke
premis tersebut. Bagi generasi muda, keadaan ini disifatkan
sebagai unik dan mereka akan merekodkan pengalaman ini di
media sosial mereka, sekaligus mencetuskan publisiti kepada
pengunjung lain.
51
Dari abad ke-18 hingga ke-20, rumah kedai di Malaysia memiliki ciri-ciri senibina yang sama di bandar
Asia. Gaya senibina yang awal itu merupakan gabungan pertembungan idea, nilai silang budaya, tradisi
dan kepercayaan, latar belakang pendatang dan kemahiran ketukangan tempatan, penyesuaian dengan
material dan bahan binaan sedia ada, kemahiran dan keunikan tersendiri, kemudahan pengangkutan serta
penyesuaian iklim tropika.
Rumah kedai biasanya disusun dan direkabentuk secara blok atau deretan. Setiap blok bangunan
dikelilingi dengan jalan utama di bahagian hadapan, lorong sisi dan lorong belakang. Setiap unit rumah
kedai dalam deretan dihubungkan dengan kaki lima yang berfungsi sebagai perlindungan daripada hujan
dan panas bagi melindungi pejalan kaki. Ukuran rumah kedai ini biasanya bersaiz sempit dan panjang,
dengan lebar di antara 12 hingga 18 kaki, panjang bangunan di antara 60 hingga 140 kaki. Saiz rumah
kedai yang lebih panjang mempunyai dua atau tiga bumbung curam, di mana setiap bumbung akan
dipisahkan dengan telaga udara untuk pengudaraan dan pencahayaan. Keadaan dan situasi ini
kebanyakannya sama di seluruh Malaysia dan masih dikekalkan bagi standard pembinaan rumah kedai.
“Rumah kedai ini biasanya
direkabentuk dan disusun
secara deretan atau blok. Setiap
blok dikelilingi dengan sebatang
jalan utama (di depan), lorong
sisi dan lorong belakang.”
11 Dengan reka bentuk yang ringkas, kebanyakan rumah kedai
menggunakan bata tanah liat yang dibakar sebagai bahan binaan
11. Pemandangan rumah kedai asal utama. Dinding bata tebal berfungsi untuk menghalang cahaya
di Jalan Besar, Kuantan pada matahari tengah hari yang terik, dinding dari bahan lepaan kapur
awal kurun ke-19 dan lantai terracotta memberikan kelembapan, manakala bidai
ram melindungi daripada cahaya matahari yang membolehkan
pengudaraan keluar masuk bangunan.
Laluan kaki lima adalah ciri penting landskap jalan yang masih
wujud di semua rumah kedai lama dan baharu di Jalan Besar,
Kuantan. Walau bagaimanapun, kebanyakan laluan kaki lima
dihalang atau disekat dengan dekorasi tambahan estetik kedai,
barangan kedai, sekatan fizikal bangunan dan motosikal.
Uniknya, rumah kedai di Jalan Besar, Kuantan ini masih ada
yang mengekalkan tulisan papan tanda perniagaan yang dilukis
terus di dinding atas fasad kedai dan menjadi sebahagian
daripada rekabentuk bangunan.
52
Rumah kedai di Malaysia asalnya dibina dan digunakan oleh pendatang dari India dan Cina, yang
membawa pengaruh dari negara asal mereka. Rumah kedai terawal bersaiz kecil dan terdiri daripada
sebuah bumbung curam dengan menempatkan ruang dapur di bahagian belakang iaitu di tingkat bawah
teres setingkat. Terdapat juga ruang telaga udara terbuka yang berfungsi mengeluarkan haba dari dapur
mereka. Tatkala lebih banyak penerokaan tanah dibuka dan kekayaan semakin bertambah, keperluan
pemilik bangunan turut meningkat, saiz rumah kedai mula direka lebih panjang. Pada bumbung curamnya
dipisahkan dengan ruangan telaga udara bagi tujuan penyejukan bangunan.
Seiring peredaran zaman, jurutera profesional dan arkitek tempatan membawa teknologi baharu dan
pengaruh rekabentuk bangunan yang lebih standard, teratur dan terancang mengikut kehendak dan
piawaian Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemilik rumah kedai kini mula merekabentuk semula fasad bangunan dengan gaya yang mengikut
perkembangan rekabentuk moden dan terkini. Namun masih mengekalkan hierarki penggunaan ruang.
Walaupun ada yang masih mengekalkan binaan asal bangunan, ada juga yang sudah mula membuat
kerja-kerja pengubahsuaian bangunan seperti mengecat baharu, menambah ruang bangunan ke belakang
serta mengubah struktur dan kemasan bangunan.
Antara kedai artisan yang popular dan tular di Jalan Besar, Kuantan adalah Kafe Seni Tjantek dan
Muka Coffee Kuantan; Hasil sentuhan arkitek lokal dari Kuantan iaitu pemilik firma ATELiERDiA, Encik
Mohd Hatta Ismail.
Pengurusan kedai artisan mereka adalah, membeli atau menyewa bangunan rumah kedai Cina dari
pemilik asal, mengekalkan struktur asal dekorasi kemasan bangunan atau mengubah sedikit struktur
bangunan, namun mengekalkan binaan pelan lantai asal bangunan. Kemudian, mereka membuat
perincian kemasan dengan cat, serta penyesuaian rekaan perabot dalaman dengan konsep klasik atau
moden bagi memberikan jiwa, rasa dan emosi kepada pelanggan mereka.
Kebanyakan kedai artisan lain di Jalan Besar ini turut mengaplikasikan konsep rekabina ini. Keadaan
inilah yang memberi jiwa artisan kepada pengguna dan pengunjung yang datang. Budaya sebegini
sememangnya dihayati oleh gen Y dan Z. Justeru, tidak hairanlah kenapa Jalan Besar, Kuantan kini
menjadi pilihan pengunjung dari serata kawasan.
12. Mohd Hatta Ismail, arkitek lokal dan pemilik firma
ATELiERDiA, Kafe Seni Tjantek dan Muka Coffee
Kuantan yang tular di Jalan Besar, Kuantan
“Thank you, to those of you 12
who have encouraged us and
offered us support in ways
both small and big, thank you.“
53
KAJIAN GAYA SENI DEKORASI RUMAH KEDAI WARISAN
SENIBINA GAYA DEKORASI (1930an-1960an)
Berikut ialah kajian struktur rumah kedai gaya seni dekorasi di Malaysia:
1. Bangunan bersekali dengan laluan kaki lima dan berketinggian sebanyak dua tingkat.
2. Gaya bahasa senibina yang dipermudahkan dengan menekankan rekabentuk secara mendatar atau
menegak. Ketinggian bangunan adalah sama dengan rumah kedai gaya lewat eklektik selat.
3. Bagi pembinaan rasuk dan tiang, adalah dengan isian simen atau bata tanah liat. Manakala kemasan
bangunan pula adalah secara lepaan shanghai di atas konkrit bertetulang (RC).
4. Fasad kedai yang dibangunkan adalah hasil penekanan semula kepada elemen tiang-tiang dan struktur
rasuk bangunan.
13
13. Dua contoh kajian fasad bangunan rumah kedai mirip
ciri-ciri yang sama pembangunan senibina rumah kedai
di Jalan Besar, Kuantan
14. Salah satu lukisan fasad bangunan rumah kedai di
Jalan Besar, Kuantan (Kafe Seni Tjantek) yang
mengekalkan binaan dan struktur asal bangunan
14
54
KESIMPULAN
Pembangunan ekonomi, perbandaran dan sosial di Jalan Besar, Kuantan kini semakin
berkembang pesat dari hari ke hari. Semakin banyak niche perniagaan wujud bak cendawan tumbuh
selepas hujan. Dengan adanya sokongan dan perancangan pembangunan yang cakna, teliti dan
berterusan dari pihak berkuasa tempatan (Majlis Bandaraya Kuantan), diharapkan usaha
pemuliharaan warisan senibina sebahagian rumah kedai serta pembangunan jalan ini akan sentiasa
ditambahbaik dan diperkemaskan agar relevan dengan trend dan gaya hidup semasa lokaliti setempat.
Sekaligus industri dan sektor pelancongan Kuantan akan lebih meningkat, usai negara mengalami fasa
pandemik covid-19 lalu. Jalan Besar, Kuantan kini semakin tular dengan adanya perniagaan bersifat
artisan serta seringkali mendapat liputan meluas oleh enjin pencari di internet mengenai kewujudan
kedai-kedai artisan seperti kedai kopi, kedai makan, kedai kraf dan lain-lain perniagaan yang ingin
dilawati oleh pelancong dari luar Kuantan.
Tugas semua rakyat Pahang khasnya, untuk
mengekalkan budaya dan warisan senibina ini agar
menjadi tatapan dan rujukan generasi akan datang.
Corak senibina dan bahasa asal pensejarahan
sesuatu kawasan hendaklah sentiasa dikekalkan dan
dipulihara. Semoga rumah-rumah kedai di Jalan
Besar, Kuantan ini akan dipulihara dan diselenggara
dengan baik kondisi bangunan dan fasadnya.
Situasi rekabentuk pembangunan rumah kedai 15
dan senibina setempat sesuatu kawasan itu
bergantung kepada keperluan, kehendak dan
keadaan ekonomi semasa dan akan sentiasa
berubah. Pada masa akan datang, situasinya
mungkin berbeza. Faktor kepesatan ekonomi
setempat yang bersifat style dan trendy juga turut
mempengaruhi kerancakan aktiviti sesuatu lokaliti.
Semoga Jalan Besar, Kuantan akan terus
bersepadu pembangunannya di masa akan datang
dan terus mewarnai bandar dan jiwa penduduk
Kuantan.
16
15. Deretan rumah kedai warisan di Jalan Besar,
Kuantan
16. Trafik di Jalan Besar, Kuantan
“Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang
kedua terbesar kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi
yang terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif.” Kenyataan
yang disuarakan oleh Dato’ Seri Dr. Ng Yen, mantan Menteri Pelancongan Malaysia
dalam laman web rasmi kementerian beliau memperlihatkan bahawa Malaysia
merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan tersohor di rantau ini.
55
RUJUKAN
https://negeripahang.com/kuantan-dan-sejarahnya
https://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=599:&catid=65&lang=ms
https://www.kuantanloka.com/menara-kedua-tertinggi-malaysia-kuantan-188-sasar-350000-pengunjung-pada-
tahun-ini/
https://www.kuantanloka.com/kuantan-tersenarai-antara-bandar-paling-bahagia-di-malaysia/
https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-kuantan/
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/my.umk.eprints.9173/Description#tabnav
https://www.kuantanloka.com/kedai-kraftangan-di-kuantan-ini-sudah-berusia-47-tahun-dan-masih-cool/
https://123dok.com/document/y4k02orq-kesan-tamadun-cina-atas-masyarakat-dan-negara-malaysia.html
https://gtwhi.com.my/ms/tugas-kami/rumah-kedai
https://www.nst.com.my/news/nation/2021/02/667499/kuantan-comes-age-malaysias-newest-city
https://www.facebook.com/pages.KUANTAN/posts/dulu27-okt-1995kebakaran-di-jalan-
besar/3306738156027752/
https://www.facebook.com/mahligaiidaman/posts/apa-itu-setbacksetback-adalah-merupakan-anjakan-jarak-
daripada-keluasan-asal-tan/2830577533690657/
56
07. Eksplorasi Masjid Daerah Kuantan :
Satu Kualitatif Penjelasan
Penulis: Syed Idros bin Syed Hussin
Norhadi bin Mohd Noor
57
EKSPLORASI MASJID DAERAH KUANTAN:
SATU KUALITATIF PENJELASAN
Syed Idros bin Syed Hussin & Norhadi bin Mohd Noor
PENGENALAN
Masjid merupakan perkataan di dalam bahasa Arab dari sudut bahasa bermaksud tempat sujud
dan berfungsi sebagai tempat beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf. Masjid juga merupakan
pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah selain berperanan sebagai pusat
sehenti aktiviti umat Islam.
Masjid tidak mempunyai reka
bentuk yang tetap dan khusus,
namun binaan dan rekabentuknya
dipengaruhi dan bergantung kepada
komuniti dan budaya masyarakat
Islam setempat dan faktor pengaruh
luaran.
Binaan masjid dikelaskan
kepada binaan konkrit, binaan kayu,
binaan keluli dan kombinasi
gabungan dari binaan tersebut.
Masjid juga merupakan kata nama
yang sinonim dengan surau, langgar
dan musala, namun saiz dan
fungsinya sedikit berbeza.
1 2
Kuantan pula adalah sebuah daerah di negeri 1. Masjid Negeri Sultan Ahmad 1
Pahang Darul Makmur. Berkeluasan 324 km persegi 2. Peta Negeri Pahang Menunjukkan Kedudukan Daerah
dengan bilangan penduduk tertinggi di negeri
Pahang mencecah 529,600 orang penduduk Kuantan
dengan kepadatan 1,600/km persegi (data tahun
2019). Kuantan yang berstatus bandaraya
merupakan pusat dan nadi peneraju negeri Pahang
Darul Makmur. Daerah Kuantan ditadbir oleh Majlis
Bandaraya Kuantan (MBK) mulai 21 Februari 2021.
Penduduk Kuantan tinggal di pelbagai lokasi.
Antaranya di kawasan tepian pantai, dalam
persekitaran bandar, kawasan perumahan tersusun,
kampung, kampung baharu dan penempatan
institusi pendidikan dan pengajian tinggi.
Kuantan yang merupakan ibu negeri Pahang
Darul Makmur bermotokan “Kuantan Bandaraya
Indah Lestari” mengetengahkan kelestarian tersebut
dengan menyediakan kemudahan infrastruktur
kepada penduduknya. Antaranya ialah Masjid
sebagai memenuhi keperluan tempat beribadah bagi
penduduk majoritinya yang beragama Islam. .
58
MASJID DAN KOMUNITI
Salah satu binaan yang sinonim dengan komuniti Islam ialah Masjid. Binaan sesebuah masjid
bergantung kepada fungsi ianya dibina. Di Malaysia, pembahagian masjid sebagai tempat beribadat
dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu :
• Masjid Negara
• Masjid Negeri
• Masjid Daerah
• Masjid Qariyah
• Surau atau Musola
Daerah Kuantan mempunyai 53 buah masjid, yang diklasifikasikan kepada Masjid Negeri, Masjid
Daerah dan Masjid Qariyah. Terdapat juga surau atau musala bagi menampung keperluan penduduk.
Masjid-masjid ini diurus-tadbir oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Lokasi dan pembinaan masjid ini
dibina bagi memenuhi keperluan komuniti dengan keunikan rekabentuk dan binaan yang berbeza antara
satu dengan lain.
Majoriti penduduk Kuantan merupakan orang 3
Melayu yang beragama Islam dan terdapat juga komuniti 4
lain yang sama-sama menganuti agama Islam ini.
Justeru, atas keperluan melaksanakan perintah agama,
masjid merupakan keperluan komuniti Islam dalam
menunaikan tanggungjawab beragama terhadap Maha
Pencipta.
Terdapat banyak masjid disekitar penempatan
komuniti bagi memenuhi keperluan dan tanggungjawab
masyarakat Islam di Kuantan. Masjid-masjid ini
direkabentuk dan dibina berdasarkan kedudukan lokasi,
kepadatan kependudukan, jenis kependudukan,
pengaruh lingkungan masa semasa pembinaan dan
beberapa faktor sampingan yang lain.
3. Pemandangan dari atas Masjid Negeri Sultan Ahmad 1
4. Masjid Negeri Sultan Ahmad 1
59
EKSPLORASI MASJID DAERAH KUANTAN
Masjid-masjid di Kuantan dapat ditinjau dan
diperhatikan dari aspek :
• Lokasi dan tempat pembinaan - Lokasi dan tempat
tertumpu kepada kepadatan penduduk Kuantan samada
di bandar, pinggir bandar, kawasan perumahan,
perkampungan dan sekitar jalan-jalan utama juga
termasuk penempatan institusi pendidikan dan pengajian
tinggi.
• Struktur, binaan dan rekabentuk - Secara umum terdapat
dua jenis binaan utama iaitu masjid binaan konkrit dan
masjid binaan kayu dan ada juga gabungan kedua-dua
binaan tersebut.
• Lingkungan persekitaran - Masjid dibina dipersekitaran
penduduk samada penempatan tradisional sedia ada
mahupun persekitaran perumahan yang baharu mengikut
keperluan penempatan penduduk.
• Kepadatan penduduk - Faktor ini juga penting bagi
menentukan pembinaan masjid mengikut pola dan
taburan penduduk.
• Keunikan, ciri-ciri menarik dan nilai tambah sesebuah
masjid. Terdapat masjid yang mempunyai keunikan
tersendiri bergantung kepada masa pembinaan, pengaruh
persekitaran, lokasi dan tempat.
5
KATEGORI DAN KLASIFIKASI
MASJID DAERAH KUANTAN
Masjid-masjid di daerah Kuantan ini
secara umumnya pula boleh dikategorikan dan
diklasifikasikan berdasarkan :
• Masjid dalam komuniti persekitaran
lingkungan pentadbiran Bandaraya
Kuantan
• Masjid dalam komuniti berdasarkan
Penempatan dan Kepadatan Penduduk
• Masjid dalam komuniti Institusi Pendidikan
dan Pengajian Tinggi
5. Masjid-masjid di sekitar Daerah Kuantan
5
60
MASJID DALAM KOMUNITI PERSEKITARAN 7
LINGKUNGAN PENTADBIRAN BANDARAYA 8
KUANTAN 9
Masjid dalam kategori ini berfungsi
menampung komuniti yang bekerja dan
berkerjaya dalam lingkungan pentadbiran
Bandaraya Kuantan. Terdapat banyak aktiviti
sosial dan kerjaya dilingkungan persekitaran
yang melibatkan aktiviti sosial dan ekonomi
termasuklah pusat perniagaan, kedai-kedai,
restoran serta pejabat-pejabat kerajaan dan
swasta,
Namun, ada yang bercampur dengan
sebahagian penempatan penduduk yang
termasuk dalam lingkungan dan kawasan
perumahan. Antara masjid yang termasuk
dalam kategori ini ialah :
• Masjid Negeri Pahang, Sultan Ahmad 1,
Bandaraya Kuantan
• Masjid Tepian Putra, Bandaraya Kuantan
• Masjid Tengku Ampuan Afzan,
Bandar Indera Mahkota
• Masjid Saidina Ali bin Abu Talib, Bukit
Sekilau
6
6. Masjid Sultan Ahmad 1
7. Masjid Tepian Putra
8. Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota
9. Masjid Lama Sultan Ahmad 1
61
MASJID DALAM KOMUNITI BERDASARKAN PENEMPATAN DAN
KEPADATAN PENDUDUK
Kebanyakan bangunan masjid di Daerah Kuantan termasuk dalam kategori ini. Lokasi
masjid-masjid ini berdekatan dengan penempatan penduduk dan mudah untuk diakses.
Antaranya termasuklah :
Masjid Kg. Tanjung Lumpur
Masjid Kg. Soi
Masjid Kg. Kempadang
Masjid Tg. Mahkota Abdullah Kg Peramu
Masjid Bukit Setongkol
Masjid Al-Muhammadi Kem Pph Bukit Galing
Masjid Sayyidina Ali B. Abi Talib, Bukit Sekilau
Masjid Kg Padang (Saidina Hamzah)
Masjid Tanjung Api, Taman Gelora
Masjid Saiyidina Abu Bakar Siddiq, Semambu
Masjid Saiyidina Omar Al-Khatab, Cenderawasih
Masjid Al-Hidayah Alor Akar
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Tok Sira
Masjid Al-Munir Kg. Selamat
Masjid Baru Kg Chendor Sempadan (Tengah)
Masjid Tg. Panglima Perang Tg Muhammad
Masjid Jamek Kg. Sg. Karang Darat
Masjid Kariah Kg. Balok
Masjid Kg. Alor Batu Jabor
Masjid Kg. Sg. Ular ( Baru )
Masjid Kg. Cherating
Masjid Taman Balok Makmur
Masjid Kg. Sepat / Cempaka
Masjid Kg. Kuala Penor
Masjid Kg. Cherok Paloh
Masjid Penjara Penor
Masjid Kg. Ubai
10
10. Masijd Tanjong Api, Taman Gelora, Kuantan
62
MASJID DALAM KOMUNITI BERDASARKAN PENEMPATAN DAN 11
KEPADATAN PENDUDUK
Lain-lain Masjid dalam Daerah Kuantan : :
Masjid Jamek Beserah
Masjid RRM Batu Hitam
Masjid Al-Khairiah Balok Baru
Masjid Baru Pelabuhan Kuantan
Masjid Baru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Masjid Baru Kg. Chengal Lempong
Masjid Tareq Bin Ziyad PPD Soi
Masjid Pelindung Utama
Masjid Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS)
Masjid Sallahudin Al-Ayubi, Indera Mahkota 15
Masjid Taman Impianku , Sungai Lembing
Masjid Muamalat As-Syarif Pasdec Damansara
Masjid Al-Ikhwan Taman LKNP Bukit Setongkol
Masjid Kompleks Perumahan Polis Alor Akar
Masjid Al-Muhajirin Indera Mahkota 5
Masjid Tajul Akhbar, Taman Mahkota Perdana, IM14
Masjid Al-Makmur Perkampungan Pasdec Makmur IM 2
Masjid Al-Amin Taman Samudera Balok Perdana
Masjid As-Syakirin Taman Berjaya Permai
Masjid Ar-Rayyan, Indera Mahkota 15
Masjid Pasdec Damansara
12
11. Masjid Binaan Kayu Tanjung Api
12. Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar indera Mahkota
63
MASJID DALAM KOMUNITI INSTITUSI PENDIDIKAN 13
DAN PENGAJIAN TINGGI
Daerah Kuantan mempunyai beberapa buah Institusi
Pendidikan dan Pengajian Tinggi bertaraf Universiti,
Politeknik, Kolej, Institusi Latihan dan Kemahiran dan
Sekolah berstatus awam dan swasta.
Terdapat beberapa buah Masjid dalam Institusi Pendidikan
dan berhampiran bagi menampung keperluan warga dan
komuniti terbabit dan dibuka kepada orang ramai untuk
aktiviti solat dan ibadah.
Antara masjid dalam kategori ini termasuklah :
• Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
(UNIPSAS)
• Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM)
• Masjid Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
13. Institusi Pendidikan di Kuantan
12. Masjid UNIPSAS, JalanKuantan - Pekan
14
“Penampakan seni tamadun silam,
Terangkum keagungan syiar Islam,
Kedamaian jiwa menghadap Pencipta,
Menyantuni keperluan komuniti yang
ada”.
64
KESIMPULAN
Berdasarkan eksplorasi melalui pemerhatian dan tinjauan lapangan, ternyata terdapat
kepelbagaian struktur, rekabentuk, binaan dan lingkungan persekitaran yang berbeza bagi
masjid-masjid di daerah Kuantan. Terdapat dua kategori binaan bangunan yang utama dalam
pembinaan masjid ini iaitu masjid binaan kayu dan masjid binaan konkrit. Struktur, reka bentuk
dan binaan masjid-masjid ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor pengaruh luaran dan juga
pengaruh lokasi tempatan di mana masjid tersebut dibina.
Pendekatan menggunakan dan mengabadikan nama-nama tokoh besar dalam sejarah
perkembangan Islam dan nama-nama pemerintah negeri sebagai nama masjid membantu
orangramai mengingati dan mengenang tokoh-tokoh Islam tersebut.
Hiasan luaran dan dalaman masjid juga berbeza-beza bagi menceriakan masjid dalam
menyantuni keperluan pengguna dan pengunjung untuk mengimarahkan masjid dan beribadah
kepada maha pencipta. Ciri-ciri menarik sesebuah masjid juga menjadi “cenderahati” yang dapat
dibawa balik dan diingati khususnya kepada pelawat-pelawat dan pelancong domestik dan
antarabangsa yang datang ke daerah Kuantan umumnya dan Bandaraya Kuantan khususnya.
Masjid yang bersih dan teratur dengan pengurusan dan urus tadbir yang baik, cekap dan
efisien akan menjadi ingatan kepada pelawat dan pelancong boleh menjadi daya tarikan
pelancongan ke daerah Kuantan serta dapat membantu menyumbang kepada ekonomi
setempat ke arah yang lebih baik.
Masjid juga jika berfungsi dengan baik akan dapat melahirkan insan yang harmonis selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dibentuk dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
keintelektualan disamping mengukuhkan keislaman melalui Rukun Islam dan Rukun Iman.
Sebagai nilai tambah kepada komuniti, adalah baik jika pihak pengurusan masjid
mengoptimumkan fungsi masjid melalui aktiviti ekonomi dan sosial melalui pendidikan
berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat yang bersesuaian dengan komuniti dan lokasi
kedudukan masjid untuk kelestarian komuniti mencapai aspirasi “Kuantan Bandaraya Indah
Lestari.
RUJUKAN
https://[email protected]
https://ms.wikipedia.org/wiki/daerah_Kuantan
https://www.mymasjid.net.my/masjid
www.dsm.gov.my-dosm/dosm.pahang
65
08. El-dorado Of Asia – Menyusuri Sejarah
Dan Keistimewaan Sungai Lembing
Penulis: Azlilawati binti Ishak,
Sharifah Safiah binti Syed Ab Ghani,
Shahrizal bin M. Yasin
66
EL-DORADO OF ASIA – MENYUSURI SEJARAH DAN
KEISTIMEWAAN SUNGAI LEMBING
Azlilawati binti Ishak, Sharifah Safiah binti Syed Ab Ghani, & Shahrizal bin M. Yasin
Negeri Pahang merupakan salah satu negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di mana
Kuantan adalah nama ibu negeri Pahang. Terdapat satu daerah pedalaman yang menjadi tarikan
pelancong dalam dan luar negeri Pahang bahkan terkenal di serata dunia sehinggakan daerah tersebut
pernah digelar El-Dorado of Asia. Daerah tersebut dinamakan Sungai Lembing. Sungai Lembing terletak
sejauh lebih kurang 40km daripada Bandar Kuantan.
El-Dorado adalah perkataan yang berasal
daripada Bahasa Sepanyol yang membawa maksud
bersalut emas. Jolokan nama El-Dorado of Asia
adalah disebabkan daerah Sungai Lembing pernah
menjadi satu daerah terkaya di Tanah Melayu kerana
ianya merupakan kawasan galian bijih timah yang
kedua terbesar di dunia selepas Bolivia.
Satu lagi jolokan nama untuk Sungai Lembing
adalah St. Lawrence di mana sejarah nama jolokan ini
tidak tercatat di mana-mana secara formal namun
ianya menjadi sebutan oleh penduduk setempat
1 ketika itu.
SEJARAH SUNGAI LEMBING
Menurut cerita orang terdahulu, asal-usul nama Sungai
Lembing adalah simbolik kepada kewujudan sebatang anak
sungai yang dikatakan mengalir sangat deras seolah-olah
seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Juga terdapat
sebuah cerita orang terdahulu, perkataan lembing itu sendiri
adalah berasal daripada sejenis senjata yang sering digunakan
dalam aktiviti pemburuan. Senjata tersebut dipercayai telah
digunakan oleh seorang pemburu di kawasan hutan yang
dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor
kijang.
Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang itu telah terjun 2
ke dalam sungai dalam keadaan lembing tersebut tepat
mengenai dan tercucuk dibadannya dan terus menghilang
sehinggalah pada awal kurun ke-18, terdapat sekumpulan
pelombong bijih timah telah tiba di kawasan sungai tersebut.
Semasa mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing
yang dipercayai kepunyaan pemburu dari zaman dahulu.
Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing.
Manakala sejarah awal kegiatan melombong bijih timah 3
di negara ini dikesan pada catatan seorang sejarawan Cina
yang mencatatkan tentang eksport bijih timah dari Kelantan dan
Pahang ke China pada pertengahan abad ke-13. Aktiviti
perlombongan ini telah memberikan sumbangan yang sangat
besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing dan
kepada ekonomi negeri amnya.
1. Penulis bergambar di Pintu Gerbang Sungai Lembing
2. Lombong Bijih Timah pada pertengahan abad ke-13
3. Pekerja lombong sedang bekerja.
67
EL-DORADO TIMUR, BANDAR TERKAYA BERTUKAR SEPI
Sungai Lembing yang dahulunya dikenali sebagai satu daerah terkaya di Tanah Melayu, namun kini
daerah tersebut telah menjadi satu daerah pedalaman yang sunyi sepi dan tidak membangun setelah
semua aktiviti perlombongan bijih timah terpaksa dihentikan operasinya berikutan kejatuhan harga bijih
timah di pasaran dunia pada tahun1986. Kini, bangunan yang tersergam masih mengekalkan bangunan
lama zaman dahulu sehinggakan digelar Bandar Cowboy. Namun, terdapat banyak tarikan dan
keistimewaan daerah ini yang masih boleh diteroka oleh penduduk setempat dan para pelancong seantero
dunia.
Tarikan tersebut antaranya adalah kesan sejarah Sungai Lembing yang pernah menjadi Kawasan
perlombongan bijih timah terbesar di Asia. Kesan sejarah ini boleh dilihat di Muzium Sungai Lembing dan
di Sungai Lembing Mines iaitu tapak asal lombong bijih timah itu sendiri. Daerah ini juga adalah satu
kawasan yang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang mana ianya akan menggamit
perhatian para pencinta alam semulajadi kerana di sini terdapat pelbagai bukit, gunung dan sungai yang
boleh dinikmati dan boleh melakukan aktiviti outdoor seperti mendaki, berkhemah dan aktiviti lasak yang
lain.
"Bumi St. Lawrence ini umpama kalian
menonton filem Narnia. Tatkala jejak sampai,
kalian akan terlupa dunia luar kerana hamparan
alam persis lukisan yang mempersonakan
ditambah keluhuran budi bahasa penduduk
setempat, keenakan makanan dan tak kurang
suasana nyaman menambah ketenangan"
Norydal binti Othman
PRO Pejabat Menteri Besar Pahang
(Dun Sungai Lembing)
TARIKAN SUNGAI LEMBING 3
4
Antara tarikan dan keistimewaan yang terdapat di
Sungai Lembing yang masih terjaga keindahannya adalah
seperti Gunung Tapis, Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi,
Gua Charas, Sungai Pasir Puteri, Jambatan Gantung
Kolong Pahat, dan tidak lupa juga Perkampungan Orang
Asli di Batu 14 & Bukit Bangkong.
Semua lokasi tempat-tempat tersebut adalah saling
berdekatan dan boleh diteroka dan dijelajah dalam masa 2
hingga 3 hari. Oleh itu, terdapat beberapa penginapan di
sekitar daerah ini. Antara tempat penginapan yang menarik
yang boleh dicuba adalah Time Capsule Retreat dan Xcape
Resort.
Manakala, terdapat banyak juga kedai makan yang
boleh cuba dinikmati makanan setempatnya seperti Kedai
Makan Masturah.
3. Pekan Sungai Lembing pada era kegemilangannya.
4. Suasana terkini Pekan Sungai Lembing yang masih
mengekalkan bangunan lama.
68
MUZIUM SUNGAI LEMBING
Muzium Sungai Lembing terletak di Pekan Sungai Lembing adalah salah satu destinasi wajib
sekiranya anda datang melawat ke Sungai Lembing. Lokasi bangunan muzium yang terletak di atas
bukit yang berhampiran dengan Sungai Kenau ini dahulunya merupakan kediaman rasmi bagi
pengurus-pengurus besar syarikat perlombongan bijih timah di Sungai Lembing dari tahun 1887
sehingga tahun 1986. The European Bungalow atau EB1 adalah nama asal bagi bangunan muzium ini
dimana nama ini adalah untuk membezakan rumah kediaman pegawai-pegawai British pada ketika itu.
Bangunan muzium ini adalah mengikut reka bentuk vertikular-kolonial di mana bangunan asal
adalah bersaiz lebih kecil daripada bangunan sedia ada sekarang dengan atap diperbuat daripada
daun nipah dan dinding daripada kulit kayu sebelum diubahsuai dari masa ke semasa mengikut
kehendak pengurusan pegawai British. Ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, bangunan
ini dijadikan markas tentera jepun sehingga kejatuhan penjajahan Jepun pada tahun 1945.
5 6
Muzium ini menempatkan pelbagai peralatan 5. Pemandangan Muzium Sungai Lembing daripada luaran.
dan sejarah berkaitan dengan industri 6. Pemandangan Muzium Sungai Lembing bahagian dalaman.
perlombongan bijih timah pada suatu ketika
dahulu di pekan ini. Susun atur artifak yang
dipamerkan di muzium ini adalah mengikut
garis masa atau kronologi sejarah yang
berlaku dengan perkembangan indsutri
perlombongan bijih timah.
Terdapat 11 galeri pameran yang terdapat di
muzium ini untuk tatapan pengunjung:
• Galeri 1: Pengenalan dan sejarah Sungai Lembing
• Galeri 2: Proses perlombongan dan keselamatan
• Galeri 3: Diorama perlombongan
• Galeri 4: Jentera dan peralatan elektrik
• Galeri 5: Sejarah perlombongan
• Galeri 6: Geologi dan geomorfologi
• Galeri 7: Arked perlombongan
• Galeri 8: Memori perlombongan
• Galeri 9: Peralatan dan pakaian
• Galeri 10: Kaedah perlombongan
• Galeri 11: Ekonomi perlombongan
Muzium Sungai Lembing dibuka kepada semua pengunjung pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
setiap hari kecuali pada hari Isnin pertama setiap bulan dan hari kelepasan.
69
SUNGAI LEMBING MINES – TAPAK PENINGGALAN LOMBONG BIJIH TIMAH
Lombong bijih timah Sungai Lembing yang digali seperti terowong dengan kedalaman 610
sehingga 700 meter. Ketinggian terowong pula adalah dari 12 kaki sehingga 200 kaki dan telah
menjadikan Lombong Bijih timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia. Tiada peralatan
moden digunakan ketika proses perlombongan dijalankan pada ketika itu. Pelombong menggali
lombong secara manual dengan bantuan bahan letupan sahaja.
Di sini pengunjung boleh merasai pengalaman berada di dalam terowong sempit yang pernah
satu ketika dulu menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sungai Lembing. Permulaan memasuki
terowong ini pengunjung akan menaiki kereta api dan selebihnya berjalan kaki untuk masuk ke dalam
terowong ini. Di dalam terowong pengunjung akan dipamerkan dengan patung replika manusia yang
sedang menjalankan aktiviti perlombongan.
78
10 9
Lombong Bijih Timah 7. Papan Tanda Sungai Lembing Mines.
Sungai Lembing 8. Gerabak keretapi yang membawa pengunjung menyusuri lombong.
9. Penulis berswafoto di hadapan pintu masuk lombong.
10. Suasana di dalam tapak peninggalan lombong.
11. Penulis berswafoto di pintu masuk Sungai Lembing Mines.
11
70
GALERI 3D SUNGAI LEMBING
Tarikan yang terbaharu sekiranya anda ke Sungai Lembing adalah untuk datang ke Galeri 3D
Sungai Lembing. Pelbagai jenis lukisan 3 dimensi yang unik serta realistik memberikan anda
pengalaman untuk mengambil gambar dan melakukan pelbagai gaya bebas dari sudut lukisan 3
dimensi ini. Difahamkan bahawa lukisan yang terdapat di galeri ini adalah bertaraf antarabangsa dan
ramai pelancong dari dalam dan luar negara turut berkunjung ke sini.
12 13
14
JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT
Jambatan ini merupakan sebuah
jambatan gantung yang merentasi Sungai
Kenau di Pekan Sungai Lembing. Jambatan
ini juga merupakan salah satu jalan pintas
bagi penduduk di Kampung Kolong Pahat
untuk ke Pekan Sungai Lembing bagi
menjalankan rutin harian masing-masing.
Jambatan ini juga merupakan salah satu
jambatan gantung yang tertua dengan usia
dianggarkan melebihi 100 tahun terdapat di
negara kita. Walaupun struktur jambatan ini
agak sempit namun ramai pengunjung masih
melalui jambatan ini kerana pemandangan
yang disajikan dari atas jambatan ini cukup
menarik.
12. Pintu Masuk Galeri 3D Sungai Lembing
13. Bahagian dalaman Galeri 3D Sungai Lembing
14. Jambatan Gantung Kolong Pahat.
71
BUKIT PANORAMA
Bukit Panorama adalah nama yang tidak asing
lagi bagi mereka yang mengenali daerah Sungai
Lembing. Kecantikan pemandangan dari atas bukit
ini menjadi bualan dan tarikan pendaki-pendaki
dalam membuat perkongsian di media sosial
masing-masing. Bukit ini terletak tidak jauh dari
pekan Sungai Lembing menjadikan ianya sangat
mudah untuk sampai terus ke kaki bukit
menggunakan kenderaan.
Kebiasaannya pengunjung memilih untuk 15
mendaki seawal jam 6.00 pagi atau dengan kata lain
sebelum matahari terbit. Ini kerana target utama
mereka adalah untuk melihat keindahan pekan
Sungai Lembing di kala matahari memunculkan
wajahnya. Mengambil masa 30 ke 40 minit bagi
mereka yang biasa melakukan pendakian. Bagi
mereka yang pertama kali mendaki, tidak perlu risau
kerana trail adalah bertangga. Bilangan anak tangga
adalah sebanyak 815 di sepanjang pendakian.
Pemandangan yang indah sebaik sahaja tiba di
atas sana pasti menghilangkan lelah dan
membuatkan anda teruja untuk merakamkan
momen-momen manis dari atas sana. Jika bernasib
baik kita akan disajikan keindahan permaidani awan
yang sangat cantik.
16 17
AIR TERJUN PELANGI
Tarikan seterusnya yang menjadi viral di
Sungai Lembing adalah Air Terjun Pelangi. Ianya
menjadi destinasi utama penduduk tempatan
mahupun luar negara untuk menikmati keindahan
semula jadi alam yang sangat mengasyikkan. Bagi
mereka yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti
lasak sambil berlibur dan berekreasi maka ini
adalah destinasi terbaik yang menjadi pilihan di
sini.
18 Fenomena kewujudan pelangi berlaku kerana
setiap hari, di antara jam 9.00 pagi hingga 11.00
15. Pemandangan Pekan Sungai Lembing di Subuh hari dari pagi lengkungan pelangi akan muncul di hadapan
atas bukit (kelihatan seperti sebuah mangkuk bercahaya) curahan air terjun yang jatuh dengan ketinggian
kira-kira 500 kaki. Kedudukan air terjun yang
16. Tidak lengkap pendakian jika tidak merakamkan gambar di menghadap tepat ke arah matahari terbit
atas puncak Bukit Panorama. menyebabkan pembiasan cahaya berlaku dan
munculnya pelangi. Jika langit dalam keadaan
17. Ketinggian Bukit Panorama 271 meter. Penulis menikmati mendung atau hujan, tiada langsung bayangan
keindahan permaidani awan. pelangi yang kelihatan.
18. Kemunculan pelangi apabila berlaku pembiasan cahaya Bagi yang ingin menjejakkan kaki lokasi ini,
matahari (foto : FB Air Terjun Pelangi) hanya terdapat laluan kereta pacuan empat roda
dan trek untuk meredah hutan yang memerlukan
masa antara satu hingga dua jam untuk sampai.
72
GUNUNG TAPIS
Gunung Tapis yang terletak di daerah ini menjadi lokasi
tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki-
pendaki di Malaysia. Lokasi gunung ini bersempadan dengan
daerah Jerantut, Pahang. Gunung Tapis termasuk dalam
kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Maka,
sebarang aktiviti yang dijalankan hendaklah mendapat permit
memasuki Hutan Simpanan Kekal dari Jabatan Perhutanan
Negeri Pahang terlebih dahulu.
19
Ketinggian Gunung Tapis adalah 1512 meter. Ketinggian
dan bentuk fizikal muka bumi gunung ini menjadikan ianya
sebagai tempat pilihan pendaki dalam menjalankan aktiviti
latihan fizikal dan persediaan untuk mendaki gunung yang
lebih tinggi seperti Gunung Everest dan sebagainya. Air
Terjun pelangi juga mengalir dari puncak gunung ini.
Pendaki perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda
sebelum menempuh perjalanan selama lebih kurang dua jam
ke kaki Gunung Tapis. Perjalanan yang mencabar dan perlu
melalui laluan berlumpur dan beberapa anak sungai. Sebelum
mendaki ke puncak, pendaki akan bermalam terlebih dahulu
di Kem Pinang. Pendakian dikatakan berbaloi apabila dapat
20 sampai ke puncak dan menikmati keindahan di atas sana.
21 22 23
PASIR PUTERI
Pasir Puteri merupakan salah satu tarikan bagi masyarakat tempatan yang berkunjung ke Sungai
Lembing. Ia dikatakan sebagai pilihan utama seisi keluarga untuk bersantai dan berlibur di hujung minggu
bagi penduduk sekitar daerah Kuantan. Dahulunya dikenali sebagai Pasir Kubur namun Kerajaan Negeri
Pahang telah mengumumkan menukar nama tersebut kepada Pasir Puteri pada penghujung tahun 2020.
Tapak perkelahan Pasir Puteri gemar dikunjungi oleh seisi keluarga kerana air sungai yang cetek dan
arus sederhana yang sesuai dijadikan tempat berkelah dan mandi-manda. Lokasi yang dekat dan tidak perlu
berjalan jauh ke dalam hutan adalah faktor utama menjadikan tempat ini sesuai dikunjungi pelbagai lapisan
masyarakat termasuk warga tua dan anak-anak kecil. Walaupun sungai ini dikatakan agak cetek dan selamat
untuk berkelah namun langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan terutamanya ketika musim hujan.
19. Gunung Tapis (foto : FB Recreation Outdoor Hikers)
20. Pendakian yang berbaloi sebaik sahaja tiba di puncak gunung ini. (foto : wikiloc.com)
21. Tapak Letak Kereta Pasir Puteri.
22. Aktiviti keluarga dihujung minggu. (foto : VisitPahang.my)
23. Suasana menyegarkan pandangan di sekitar tapak perkelahan.
73
GUA CHARAS
Jika anda dalam perjalanan menuju ke Sungai Lembing pasti akan terlihat sebuah bukit yang besar di
sebelah kanan jalan. Bukit besar tersebut merupakan bukit batu kapur yang mana terletak Gua Charas. Gua
Charas terletak dalam daerah Panching. Walaubagaimanapun, ia juga menjadi perhatian kepada para
pengunjung sebelum sampai ke daerah Sungai Lembing.
Menurut beberapa sumber, gua ini merupakan
tapak pendudukan manusia awal sejak zaman
prasejarah lagi. Pengikut agama Buddha percaya
bahawa tempat ini adalah tempat suci untuk
mereka berdoa dan sembahyang. Pendakian ke
gua ini adalah amat mudah kerana cahaya terang
sepanjang anak tangga. Terdapat lapan gua yang
berasingan di sini.
Gabungan gua-gua ini membentuk Gua
Charas dengan kawasan yang luas kira-kira 100
hektar. Gua-gua tersebut diberi nama Gua
Buddha, Gua Batu Nesan Raja, Gua Pecah, 2Gua
24 Gajah, Gua Tiga Beradik, Gua Puteri Bersikat, Gua
Lubang Dalam and Gua Lubang Hidung. Gua
Buddha atau dipanggil juga Gua Gelap terletaknya
patung Buddha yang berbaring (Sleeping Buddha).
1
25
26
27
24. Gua Charas (foto : visitmalaysia.info)
25. Perjalanan melalui kebun sawit ke Gua Charas.
26. Petung ‘Sleeping Buddha’ yang terletak di dalam Gua Buddha.
27. Pembentukan batu kapur di dalam di dalam gua.
74
TIME CAPSULE RETREAT
Resort unik ini adalah satu penginapan berbentuk capsule dan cottage ianya menjadi satu tarikan
bilamana penginapan unik ini dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan kawasan hutan. Ini memberikan satu
ketenangan yang luar biasa kepada pengunjung yang datang daripada kesibukan kota.
Konsep penginapan di sini boleh dikatakan sebagai perkhemahan yang agak mewah kerana
capsule ini tampak moden dan selesa kerana dilengkapi dengan pendingin hawa. Di sini juga terdapat
bilik jenis cottage yang lebih luas untuk pengunjung yang gemarkan penginapan berbentuk bilik namun
masih ingin menikmati alam semulajadi yang tenang dan tenteram. Selain penginapan capsule dan
cottage ini, terdapat 3 lagi jenis penginapan lain iaitu Parallel Aurora, Parallel Cooperate, dan Parallel
Discovery. Ketiga-tiga jenis penginapan ini terdapat keistimewaan yang berbeza daripada segi
kemudahan yang terdapat di dalamnya.
Pada tahun 2019, terdapat perancangan untuk memperkenalkan penginapan yang lebih unik
menggunakan bangkai pesawat jenis Boeing 737-400. Bangkai pesawat tersebut telah dibawa dan
ditempatkan berdekatan dengan Time Capsule Retreat ini namun perancangan tersebut tergendala dek
kerana pandemik yang melanda ketika itu hingga menjejaskan sepenuhnya sektor pelancongan negara.
1 Xcape RESORT
28
Resort ini merupakan satu penginapan khas
28. Time Capsule Retreat 29 untuk pencinta aktiviti lasak di mana pengunjung
29.Tepian Sungai Xcape Resort boleh m1enyertai pelbagai aktiviti lasak.
30.Kedatangan YDPA dan Permaisuri ke Kedai
Untuk sampai ke lokasi ini, pengunjung perlu
Makan Wan Masturah meletakkan kenderaan di Pekan Sungai Lembing
dan menaiki kenderaan pacuan 4 roda yang
disediakan oleh pihak resort itu sendiri dalam
jangka masa 30 minit sehala. Jalan ke sana agak
mencabar dan perlu diingatkan setibanya di sana,
tiada talian telefon inikan pula rangkaian internet.
Lokasi ini memang lokasi yang paling tenang
untuk lari daripada kehidupan yang hectic
khususnya kehidupan di bandar. Pengunjung boleh
fokus sepenuhnya kepada alam semulajadi dan
aktiviti la2sak yang dianjurkan oleh tempat itu sendiri
seperti obstacle course, aktiviti air di sungai
berdekatan seperti stand up paddling, slide jump
dan kayak. Tidak lupa juga aktiviti jungle trekking,
flying fox, ATV, dan paint ball.
KEDAI MAKAN WAN MASTURAH
Bagi pemburu makanan jika pergi ke mana-
mana destinasi, tidak lengkap kiranya jika ke
Sungai Lembing tetapi tidak singgah di Kedai
Makan Wan Masturah.
Kedai ini menyajikan pelbagai jenis makanan 30
di mana makanan yang cukup popular di sini
adalah Mi Jawa dan Mi Bandung. YDPA Sultan
Abdullah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah
pernah mencemar duli di kedai ini untuk
menikmati makanan lazat yang disajikan di sini.
75
KESIMPULAN
Sungai Lembing adalah satu lokasi menarik yang wajib dikunjungi khususnya kepada pelancong
tempatan sendiri agar dapat memahami antara salah satu sejarah negara kita. Selain itu, walaupun lokasi
Sungai Lembing ini jauh daripada bandar utama namun ianya sangat menarik untuk diteroka
memandangkan terdapat banyak tarikan yang sesuai untuk pelbagai jenis peringkat umur.
Menjadi satu kerugian kepada pencinta alam jika tidak menjejaki dan meneroka setiap pelusuk
daerah Sungai Lembing ini yang mana ianya masih mengekalkan ketulenan alam semulajadi. Menurut
pandangan penulis, daerah ini juga memerlukan perhatian daripada pihak berkuasa tempatan untuk
memelihara dan memulihara kawasan tersebut sebagai satu daya tarikan pelancong yang popular di
Malaysia.
Kesimpulannya, Sungai Lembing adalah satu tapak peninggalan sejarah yang patut kita sebagai
rakyat Malaysia menyelami dan memahaminya. Walaupun di sini tidak terdapat watak sebagai tokoh
negara, namun Sungai Lembing pernah menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi negara sehingga
kejatuhan harga bijih timah di pasaran dunia pada 1986.
“Tidak kalah daripada
perang atau
kenegaraan, sejarah
ekonomi juga
memiliki zaman
heroik”
-Aldous Huxley-
76
RUJUKAN
Abdullah Affan. (2020, Jun 27). Kayanya Sungai Lembing Dahulu Hingga Digelar ‘El-Dorado Of
Asia’.https://www.kuantanloka.com/kayanya-sungai-lembing-dahulu-hingga-digelar-el-dorado-of-asia/
Portal Negeri Pahang. (2020, Jun 14). Sejarah Perlombongan Bijih Timah Di Sungai Lembing.
https://negeripahang.com/sejarah-perlombongan-bijih-timah-di-sungai-lembing
Laman Rasmi Jabatan Muzium Malaysia. (2014). Muzium Sungai Lembing. www.jmm.gov.my/ms/muzium-
sungai-lembing
Media Sosial Facebook. (2022, Julai 27). Muzium Sungai Lembing.
https://www.facebook.com/sungailembingmuseum
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang. (2017). Ikon Pahang, Destinasi Bersejarah.
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138
Laman Rasmi Time Capsule Retreat. (n.d.). Time Capsule Retreat. https://www.timecapsuleretreat.com/
YB Shehan. (2016, September 29). Aktiviti Wajib Di Sungai Lembing. https://shehanzstudio.com/2016/09/xcape-
resort-sungai-lembing-aktiviti-menarik-yang-perlu-korang-buat-kembara-kbba9/.html
Iwan Shu-Aswad Shuaib. (2019, September 17). Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di
dunia. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/09/17/tunku-azizah-mi-bandung.
Laman Rasmi Visit Malaysia. (n.d.). Gua Charas. http://visitmalaysia.info/kuantan/gua-charas.htm
WikiLoc. (n.d.). Gunung Tapis. https://www.wikiloc.com/gunung-tapis
77
09. Kafe Belibis @ Kafe Kereta Api
Penulis: Nor Idayu binti Nordin,
Cik Siti Nor Suhaila binti Che Amat
dan Nor Fauzani binti Jumodi
78
KAFE BELIBIS @ KAFE KERETA API
Nor Idayu binti Nordin, Cik Siti Nor Suhaila binti Che Amat & Nor Fauzani binti Jumodi
Kafe Belibis atau lebih dikenali sebagai Kafe Kereta Api terletak bersebelahan Muzium Sultan Abu
Bakar, Pekan, Pahang. Ia menawarkan pengalaman yang unik kepada pengunjung untuk menjamu
selera di dalam gerabak kereta api yang sebenar. Kerana lokasinya yang sangat strategik, ia mampu
menarik pelancong luar dan dalam tanpa mengira bangsa dan usia.
Kafe Belibis mula beroperasi
pada 17 Januari 2022 di bawah
kelolaan Perbadanan Muzium
Negeri Pahang. Tujuan utama
pembinaan Kafe Belibis ini adalah
sebagai inisiatif untuk memelihara
sejarah Keretapi Tanah Melayu
(KTM) yang menjadi salah satu
pengangkutan awal di Malaysia.
Walaupun Daerah Pekan
bukan berada dalam jajaran
utama laluan keretapi di Negeri
Pahang, namun keberadaan
kereta api tersebut memberi
gambaran sebenar mengenai
sejarah laluan kereta api suatu
ketika dahulu.
1
Laluan Pantai Timur yang dahulunya di kenali
sebagai Laluan Jungle Train mula beroperasi
secara berperingkat bermula pada tahun 1907. Ia
menghubungkan Stesen KTM Gemas, Negeri
Sembilan sehingga Stesen KTM Tumpat,
Kelantan dengan melalui beberapa daerah di
Pahang iaitu Bera, Temerloh, Jerantut dan Kuala
Lipis. Jolokan nama “Laluan Hutan” diberikan
kerana laluannya pada masa itu yang
kebanyakannya melalui kawasan pedalaman dan
hutan.
Kafe Belibis terbahagi kepada 2 bahagian
utama iaitu kereta api dan stesen kereta api.
Lokomotif yang dinamakan Changkat Budiman ini
merupakan lokomotif Diesel Elektrik yang
dikeluarkan di England sekitar tahun 1971 hingga
tahun 1972. Trek landasan, lokomotif dan gerabak
kereta api ini dibeli daripada Perbadanan Aset
kereta api (RAC) dan dibawa ke Pekan Pahang
dari Yad Serendah Rawang, Selangor. Terkenal
dengan kepakaran pembuatan kereta api
menjadikan lokomotif dan gerabak yang berusia
lebih 50 tahun ini masih kelihatan utuh dan
selamat dinaiki.
1. Kafe Belibis, Muzium Sultan Abu Bakar, Kampung 2
Pancur, 26600 Pekan Pahang.
2. Pintu masuk utama Kafe Belibis
79
SEJARAH PEMBINAAN
Idea asal pembinaan Kafe Belibis ini adalah daripada Pengarah Perbadanan Muzium Negeri
Pahang sendiri iaitu Datuk Ahmad Farid bin Abdul Jalal. Pembinaan Kafé Belibis melibatkan
penempatan 1 Lokomotif KTM Class 22 dan 3 Koc serta bangunan kafe. Pembinaan mengambil masa
kira-kira lapan bulan iaitu bermula pada 24 Disember 2019 dan siap sepenuhnya pada 27 Ogos 2020.
Ia dibina di atas sebahagian tanah Lot 17, Jalan Sultan Ahmad, Pekan Pahang. Beberapa syarikat
tempatan diberi kepercayaan untuk merekabentuk dan membina kafe ini.
Nama Belibis dipilih sempena nama sejenis burung yang terdapat di Daerah Pekan. Burung
Belibis adalah spesis berkelompok yang berdarah panas dan membiak secara bertelur. Habitatnya
adalah di kawasan berair seperti paya, sawah padi dan juga kawasan berlumpur. Walaupun ia
bersaiz kecil, haiwan ini mampu mengeluarkan bunyi yang kuat dan nyaring dan merupakan
spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.
Belibis juga dikenali sebagai Belibis 3.Belibis kecil atau itik Belibis
Kecil atau Itik Belibis. Nama 4. Rekabentuk kafe
Inggerisnya ialah Lesser Whistling
Duck atau Indian Whistling Duck
atau Lesser Whistling Teal.
Manakala nama saintifiknya ialah
Dendrocygna javanica.
KONSEP DAN REKA BENTUK 3
Senibina Kafe Belibis yang terletak di antara Pejabat Muzium Negeri Pahang dengan Sungai Pekan
menghidupkan lagi suasana di bandar Pekan. Selain daripada gerabak kereta api yang dinamakan
Changkat Budiman, disebelahnya terdapat satu binaan baharu yang direka bentuk seolah-olah stesen
kereta api di zaman kolonial. DZJ Associates Architects, adalah syarikat arkitek yang dilantik bagi
merekabentuk kafe ini telah memilih senibina moden yang berkonsepkan keluli dan kaca sebagai
struktur utama. Bertepatan dengan reka bentuk mengikut Revolusi Perindustrian yang bermula pada
abad ke-18, bangunan berskala besar seperti kilang dan stesen keretapi dibina dengan menggunakan
keluli dan kaca.
Pemilihan bahan ini adalah kerana ia mempunyai nilai estetika,
rekabentuk unik, fleksibiliti dan keteguhan. Siling yang dibina tinggi
pula dapat memberikan keselesaan kepada penghuni di dalamnya.
Selain itu, pemilihan konsep ini sangat sesuai kerana reka bentuk yang
berkaca dapat memberikan pemandangan yang tanpa batasan kepada
pengunjung yang ingin menikmati pemandangan indah di kawasan
luar bangunan.
Di bahagian luar pula, dibina pelantar kayu bagi menyerlahkan
keindahan dan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai laluan utama.
Pelantar ini dibina menggunakan kayu resak dan cengal kerana
kedua-duanya tahan lama dan kukuh, selain mempunyai nilai estetika
yang tinggi.
Fakta Ringkas
Arkitek Jurutera Awam & Struktur Kontraktor
DZJ ASSOCIATES Jurutera Mekanikal & D-ZA JAYA
Elektrikal ENTERPRISE
PERUNDING EJA
4
80
CHANGKAT BUDIMAN
“Changkat Budiman” adalah nama bagi 1 Lokomotif KTM Class 22. Menurut Puan Hayati binti
Adnan, Penolong Kurator Perbadanan Muzium Negeri Pahang, usaha untuk membawa Changkat
Budiman bersama 3 koc telah menempuhi beberapa cabaran. Walaubagaimapun, dengan usaha gigih
pihak muzium, pada penghujung tahun 2019, Changkat Budiman akhirnya berjaya dibawa ke Pekan,
Pahang. 3 koc yang telah diubahsuai dibahagikan kepada beberapa fungsi iaitu :
Koc 1 - Kedai Cenderahati (Dalam perancangan)
Koc 2 - Ruang Makan
Koc 3 - Bilik Mesyuarat
Koc ke-2 atau lebih mudah dikenali sebagai
gerabak telah diubahsuai menjadi ruang makan untuk
kegunaan kafe. Dalam gerabak ini terdapat sebanyak
5 buah meja yang dilengkapi sebanyak 4 buah kerusi
pada setiap meja tersebut. Gerabak yang boleh
memuatkan 20 orang pengunjung dalam satu-satu
masa ini, dilengkapi dengan penghawa dingin bagi
keselesaan pengunjung. Suasana yang nyaman dan
selesa di dalam gerabak menjadikan ruang makan ini
menjadi tumpuan dan rebutan para pengunjung untuk
menikmati keenakan masakan Negeri Pahang.
Di dalam gerabak ini juga dihiasi dengan bahan-
bahan bersejarah seperti pinggan mangkuk, arca, dan
sebagainya untuk tatapan para pengunjung. Di dalam
koc yang ke-3, terdapat beberapa meja panjang dan
kerusi kayu yang disusun kemas sesuai untuk
diadakan mesyuarat dalam kapasiti yang kecil.
Walaubagaimanapun, untuk penggunaan bilik ini,
pengunjung perlu mendapatkan kebenaran daripada
pihak Perbadanan Muzium Negeri Pahang terlebih
dahulu.
Para pengunjung boleh mengabadikan kenangan 5
di dalam dan di luar gerabak dan pada masa yang
sama memperkenalkan kepada generasi kini
mengenai sistem kereta api di Malaysia.
5. Gerabak yang diubahsuai menjadi ruang makan
6. Changkat Budiman
“Changkat Budiman”
yang terdiri daripada 1
Lokomotif KTM
Class 22
6
81
STESEN KERETAPI @ KAFE
Kafe Belibis mempunyai 3 ruang makan utama iaitu 1 ruang di dalam gerabak Changkat
Budiman, 1 ruang di dalam kafe dan 1 ruang lagi di bahagian luar kafe berkonsepkan ruang terbuka.
Keseluruhan ruang makan boleh menempatkan seramai 68 orang pada satu - satu masa. Ruang
makan tertutup ini merupakan bangunan berkaca yang dibina bersebelahan gerabak kereta api. Ia
direkabentuk seolah - olah sebagai sebuah stesen kereta api lama di Eropah. Di sebelah kiri kafe,
pengunjung akan dapat melihat gerabak ke-3 dan di sebelah kanan kafe pengunjung dijamukan
dengan pemandangan indah Sungai Pekan. Seperti di dalam gerabak, ruang tertutup ini juga
dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan pengunjung.
Bangunan berkaca yang
direkabentuk ini sangat unik dari segi
binaan, susun atur, warna hiasan
dalamannya. Bangunan yang seakan
- akan tinggalan sejarah ini
sememangnya menggamit memori
para pengunjung. Warna hitam dan
coklat menjadi warna asas dalam
binaan ini dan cermin kaca dijadikan
dinding kafe menambahkan lagi nilai
estetik Kafe Belibis.
7 7. Suasana di dalam Kafe Belibis.
8. Peta Malaysia yang menunjukkan laluan keretapi di
Pada bahagian dalam bangunan ini juga, dihiasi
dengan bahan - bahan tinggalan sejarah hak milik Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Perbadanan Muzium Negeri Pahang seperti tembikar, 9. Bahagian luar kafe.
pasu, pinggan mangkuk dan sebagainya. Barang
pameran yang menarik ini, sering menjadi tandatanya 8
kepada pengunjung untuk memiliki barang tersebut.
Walaubagaimanapun, semua barang pameran ini tidak 9
dijual.
Terdapat juga peta Malaysia yang menghiasi
dinding dalam kafe ini, yang memperlihatkan laluan
keretapi di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Semua
makanan dihidangkan di dalam ruang utama kafe ini.
Pengunjung boleh memilih makanan dan membuat
tempahan air di kaunter yang disediakan terlebih dahulu
sebelum menikmati hidangan yang dipilih di ruang-ruang
yang disediakan.
Pada yang sukakan pengudaraan semulajadi dan
suasana yang santai, kafe turut menyediakan ruang
terbuka di laluan utama. Di bahagian ini tidak kurang
hebatnya dengan persekitaran yang bersih yang
dilengkapi dengan landskap yang menarik.
82
SAJIAN UTAMA KAFE BELIBIS
Setiap kafe mempunyai tarikan masakan yang tersendiri, begitu juga dengan Kafe Belibis yang
memilih Masakan Daerah Pekan sebagai menu utama. Antara menunya ialah opor, laksa pahang, kuih
3 beradik dan tidak dilupakan puding raja.
Tidak disangkal lagi, opor merupakan menu tradisi daerah
Pekan. Opor merupakan sejenis masakan daging berempah
yang menjadi kebanggaan penduduk daerah Pekan. Menu
autentik ini menjadi antara menu wajib di majlis keraian di
daerah tersebut dan merupakan masakan wajib di istana suatu
ketika dahulu. Ia dimasak sempurna dengan menggunakan
rempah khas bersama santan pekat dan cair yang memberikan
rasa pedas, manis dan masin. Penyediaannya juga mengambil
masa yang agak lama bagi memastikan rempah opor menyerap
masuk ke dalam isi daging yang dipotong besar.
Kuih 3 beradik pula
merupakan 3 jenis kuih iaitu
kuih badak kubang, kuih
pepena dan dodol kukus. Ia
dinamakan 3 Beradik kerana
persamaan pada bahan
utama iaitu tepung pulut dan
ketiga-tiganya dimasak
secara kukus di alas daun
pisang.
Laksa Pahang atau di Puding raja ini merupakan
panggil laksa “chap”, diperbuat pencuci mulut yang menggunakan
pisang lemak manis sebagai bahan
dari gandum. Dengan utama, buah prune dan buah gajus.
Selain itu, keistimewaannya juga
menggunakan alat yang terletak pada jala emas yang dibuat
dinamakan “gebuk”, laksa yang daripada telur kuning (telur itik). Ia
dihasilkan akan di “chap” juga dilengkapi dengan sos yang
dibuat dari susu dan telur.
mengikut saiz yang dikehendaki.
Laksa di makan bersama kuah
ikan yang berwarna oren dan
juga beberapa jenis ulam ulaman
serta sambal belacan.
Selain itu, banyak lagi menu menarik yang terdapat di Kafe Belibis. Pada waktu petang, kafe ini
menghidangkan minum petang seperti keropok, pisang goreng, kuih - muih dan juga masakan barat
2
83
PENGURUSAN KAFE
Kafe Belibis mula beroperasi pada 17 Januari 2022 ini dibuka kepada orang awam 6 hari
seminggu kecuali pada hari Jumaat. Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 7.30 malam.
Bermula dengan menu sarapan pagi dan makan tengahari dan minum petang, pengunjung juga boleh
merasai menu masakan barat di kafe tersebut. Terdapat 3 ruang tempat duduk yang boleh menjadi
pilihan pengunjung iaitu, ruang di dalam gerabak, ruang stesen keretapi dan ruang terbuka di hadapan
pintu masuk utama kafe.
Datuk Hanizah binti Ghazali, yang merupakan seorang usahawan yang berjaya di daerah Pekan
ini telah diberi kepercayaan oleh Perbadanan Muzium Negeri Pahang untuk menguruskan Kafe
Belibis. Wanita yang mempunyai dua orang anak ini dilahirkan pada 11 Januari 1957, merupakan anak
jati Pekan, Pahang.
Sebelum menempa nama dalam bidang katering ini, beliau menimba pengalaman dan
pembelajaran dalam masakan secara tidak formal dari keluarga. Kini, setelah 40 tahun dalam bidang
katering, beliau dikenali sebagai pengusaha katering yang berjaya. Pengalaman yang dapat
menguruskan 5000 tetamu pada satu - satu masa, membuktikan bahawa beliau cukup arif dalam
perusahaan ini. Di atas pengalaman yang cukup luas, beliau diberi kepercayaan dari pihak
Perbadanan Muzium Negeri Pahang untuk menerajui pengurusan Kafe Belibis ini.
Pengurusan kafe adalah sesuatu yang asing bagi Datuk Hanizah. Walaubagaimanapun, beliau
menyahut cabaran tersebut dan mencuba melakukan yang terbaik. Beliau berpandangan bahawa kafe
ini mampu menarik minat orang ramai kerana keunikkannya dari segi binaan dan susun atur yang
mana ia lain daripada yang lain. Beliau juga tidak pernah melihat kafe seumpama itu di Malaysia, yang
menggunakan gerabak kereta api sebagai tempat makan. Salah satu keistimewaan Kafe Belibis ini
juga ialah menu yang dihidangkan di sini dimasak sendiri oleh Datuk Hanizah binti Ghazali yang tidak
perlu dipertikaikan kredibiliti beliau dalam masakan. Beliau turut dibantu oleh beberapa tukang masak
tempatan yang berpengalaman bagi mengekalkan rasa tersendiri masakan Pahang tersebut. Makanan
utama seperti opor daging merupakan menu istimewa kafe ini dan dihidangkan setiap hari bersama
dengan kepelbagaian masakan yang lain.
Semoga dengan usaha murni ini dapat memperkenalkan masakan Melayu di peringkat yang lebih
tinggi dan menarik ramai pelancong datang ke daerah Pekan. Di samping itu,
Diharapkan dengan adanya kafe ini dapat menambahkan pendapatan penduduk
tempatan hasil daripada sektor pelancongan.
“Tarikan utama Kafe Belibis
bukan sahaja konsep yang unik
malah sajian makanan yang
disediakan juga istimewa”
84
RUJUKAN
Mrkumai.blogspot.com: Koleksi Burung: Burung Belibis Kecil (Lesser Whistling-Duck). (2019, September 8).
Mrkumai.blogspot.com.
Lokomotif. (2014, September 11). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Lokomotif
Keretapi Tanah Melayu. (2021, October 9). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Keretapi_Tanah_Melayu#Landasan_kereta_api
Seni Bina Moden (Seni bina) - Mimir Kamus. (n.d.). Mimirbook.com. Retrieved August 12, 2022, from
https://mimirbook.com/ms/d50548cb455
22 MEI 2022-BERITA WILAYAH-KAFE KERETA API-INISIATIF MUZIUM SULTAN ABU BAKAR. (n.d.).
Www.youtube.com. Retrieved August 12, 2022, from https://www.youtube.com/watch?v=t0iqoqLMqOs
| ( ). (n.d.). Www.youtube.com. Retrieved August 12,
2022, from https://www.youtube.com/watch?v=8_UiQ_0fdy4
Cafe Keretapi Di Bandar Diraja Pekan Pahang DM. (n.d.). Www.youtube.com. Retrieved August 12,
2022, from https://www.youtube.com/watch?v=XMWS97q4JZE
85
10. R.A.U.B
Penulis: Azmira binti Musa,
Noordiyana binti Abdul Rahim
86
R.A.U.B
Azmira binti Musa & Noordiyana binti Abdul Rahim
Raub merupakan salah satu dari 11 buah daerah yang terdapat di dalam negeri Pahang.
Ia terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Dong, Hulu Dong, Gali, Teras, dan
Semantan Hulu yang melibatkan 37 buah kampung Melayu dan 9 buah kampung baru China. Raub
terletak di sebelah barat Pahang dan luasnya ialah 2,271 kilometer persegi, bersamaan 6.34% dari
keluasan negeri Pahang.
Kedudukan Raub berada di antara dua
banjaran iaitu Banjaran Utama dan Banjaran
Gunung Benom . Ketinggian Raub adalah
160 meter dari paras laut. Perjalanan Raub
dari Kuala Lumpur mengambil masa hanya
30 minit iaitu lebih kurang 130 kilometer
untuk sampai ke Raub melalui Lebuhraya
Kuala Lumpur Karak. Pada awal ke-20 Raub
sangat terkenal dengan hasil emasnya.
Pada tahun 1889, Raub Australian Gold
Mine (RAGM) adalah syarikat yang
mengusahakan perlombongan di daerah ini
yang didaftarkan di Queensland, Australia.
1. Raub merupakan salah satu dari 11 daerah
di negeri Pahang.
2. Raub terdiri dari 7 buah mukim.
1
Raub juga terkenal dengan tempat
pelancongannya yang mendamaikan bagi mereka
yang ingin lari sebentar dari kesibukan menjalani
kehidupan seharian untuk merehatkan minda serta
menghirup udara yang nyaman dan segar.
Kini, Raub lebih terkenal dengan Raja Buah
iaitu durian jenis Musang King. Sejak 10 tahun lalu,
penanaman dan pengeluaran Durian Musang King
telah meningkat dengan mendadak di daerah Raub
sehinggakan ia telah menjadi bualan di seluruh
Malaysia.
Masakan tradisional daerah ini iaitu Asam
Rong dan Sambal Hitam. Keunikan Asam Rong ini
dahulunya diperbuat dari buah perah tetapi
sekarang ia sukar untuk didapati tetapi boleh juga
menggunakan biji getah yang dikutip dari bawah
pokok getah lalu diproses menjadi Asam Rong.
Sambal hitam pula daripada belimbing buluh yang
direbus sehingga hitam.
2
87
SEJARAH RAUB
Kebiasaannya nama-nama yang terdapat di sesebuah tempat selalunya mempunyai cerita unik
tersendiri. Kebanyakan nama tempat diberi berpandukan kisah-kisah penduduk yang berlaku pada tempat
itu, hikayat masyarakat, sejarah, dan salasilah selalu menjadi tunjang dalam memperkenalkan nama baru
tempat. Asal usul nama Raub juga mempunyai banyak versi yang boleh didapati. Sebenarnya Raub itu
sendiri membawa maksud ‘genggam’ dalam Bahasa Melayu. Ada 3 versi asal usul nama Raub ini. Versi
1, menurut sejarah asal, Raub dijadikan pusat perlombongan selepas para pelombong menjumpai seraub
emas pada dulang pasir pendulang emas yang digunakan maka di situlah mendapat nama Raub dengan
hanya meraup sahaja dapat emas yang dicari.
Antara penduduk yang telah
lama tinggal di Raub bercerita
tentang kedatangan awal
orang asli ke sini apabila
pemilik tanah mengupah
orang asli untuk menebang
hutan bagi penanaman getah
dan sawit.
Pak Lok, Penduduk Kampung Orang Asli Sg
Kelang, Raub
Satu lagi versi sejarah cerita yang menjelaskan bagaimana asal usul nama Raub ini diberi. Menurut
penceritaan orang-orang lama di sini, sejak kurun ke 18 Raub telah diterokai dan dipelopori oleh seorang
ayah bersama dua orang anak, mereka telah meneroka hutan rimba yang sesuai untuk diduduki sambil
menyusuri anak sungai. Sekian lama mengembara mereka akhirnya sampai ke suatu empangan.
Sejurus tiba di situ, kelihatan pasir di kiri dan kanan empangan itu amat bersih lalu ayahnya
menyatakan bahawa ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat berehat. Kedua anaknya bersetuju dengan
cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membersihkan kawasan itu lalu mendirikan sebuah pondok
untuk kediaman mereka bersama. Mereka bertiga memasuki hutan setiap hari untuk mencari rotan,
damar, getah, jelutung dan sebagainya sebagai punca rezeki mereka.
Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran empangan untuk dijadikan
makanan, meraup pepasir di tebing itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali
emas diperolehi. Emas yang begitu banyak dan terlalu senang untuk diperolehinya hanya dengan
menggunakan tangan sahaja , maka dengan kejadian indah itu nama tempat tersebut dinamakan sebagai
"RAUB“ dan sehingga kini nama Raub kekal indah sebagai salah satu daerah di dalam Pahang.
Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk mula meraup emas di situ setiap hari. Kawasan
empangan yang pertama mengeluarkan emas tadi kini dikenali sebagai Padang Besar Majlis Bandaran
Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang yang lama menginap di sini. Perkataan meraup emas
lahir dari kata dasar "Raup" tetapi kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai menggunakan dengan
ejaan RAUB.
88
SEJARAH RAUB
Selain itu, terdapat juga versi ke 3 iaitu ada satu lagi pendapat yang menyatakan asal nama
daerah Raub itu sebenarnya terhasil daripada nama suku “ RAO” digelar Rawa. Suku kaum ini telah
mendominasi sejumlah besar kawasan di sini sehinggakan daerah Raub telah terkenal sebagai lubuk
orang Rao. Perbualan demi perbualan dari seorang ke seorang yang lain, bercampur pula dengan
loghat yang bermacam - macam akhirnya sebutan Rao berubah menjadi Raub iaitu kawasan yang
paling ramai dihuni oleh suku Rao yang asal dari Padang, Sumatera Barat. Menurut maklumat cerita
dari Ahmad Sabri Zainal Abidin, 75, sebahagian masyarakat Rawa itu lari dari tempat asalnya kerana
masalah budaya, di Tanah Melayu mereka berdagang serta melombong.
Menurut faktor geografi, di dalam negeri Pahang selain Lipis dan Bentong, Raub juga sebenarnya
terletak dalam jajaran emas membuatkan daerah itu kaya dengan logam itu, menyaksikan
perlombongan besar-besaran dilakukan termasuk di Dong, Durian Sebatang, dan Gali,
Raub. Penduduk di penempatan ini telah mengetahui bahawa terdapatnya emas di sesetengah
kawasan tersebut lalu mereka mengusahakan perlombongan emas secara mendulang. Maka,
wujudlah kawasan penempatan di Sempalit dan kampung Raub . Pada tahun 1898M, sebuah masjid
pertama telah dibina di kampung ini memandangkan ramai penduduknya beragama Islam.
1
1. Masjid tertua di daerah Raub.
2. Sekumpulan gajah mengangkut
emas melintasi bangunan.
4
2
89
LEMBAH TEMIR RESORT RAUB
Lembah Temir pada asalnya merupakan sebuah projek ladang tanaman durian. Kawasan lembah
ini sangat luas yang mempunyai 20 ekar dusun durian, 6.5 hektar kebun sawit dan 3.5 hektar kebun
getah. Kawasan ini mempunyai tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan rumah penginapan, maka
pemilik kawasan ini , Che Din Sulaiman bersetuju untuk membina resort pedalaman yang unik ini.
Lembah Temir Resort mula dibina pada bulan Mei 2013 dan siap sepenuhnya pada Mei 2015.
Keunikan Lembah Temir ini menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara kerana
tempatnya yang unik, menarik, serta udaranya yang segar. Namun begitu, kemudahan internet tidak
terdapat disini malah talian telefon juga amat terhad hanya boleh didapati di beberapa lokasi sahaja.
Ini adalah kerana ia berada di kawasan pedalaman yang perlu melalui ladang kelapa sawit dan getah
seterusnya dusun durian.
1 3
12
Resort yang terletak kira-kira 25 km dari bandar Raub ini mempunyai 33 buah bilik dan boleh
memuatkan 100 orang dalam satu-satu masa. Harga penginapan mengikut bilangan tetamu iaitu
RM250 untuk seorang dewasa dan kanak-kanak RM125 dari 2 tahun hingga 12 tahun termasuk makan
tengahari, minum petang, makan malam, minum pagi yang dihidang secara buffet bertemakan menu
makanan kampung. Jika menginap pada musim buah, tetamu akan dihidangkan buah-buahan yang
terdapat pada dusunnya secara percuma ketika menikmati hidangan makan malam. Pengunjung juga
akan dibawa menaiki kereta pacuan empat roda untuk melawat sekitar dusun Lembah Temir yang
sangat luas ini dan diberi peluang untuk bermandi-manda di a4ir terjun yang terdapat di dalam kawasan
dusun tersebut. Resort ini juga mempunyai penginapan di kawasan air terjun pada tingkat atas di
mana sebelahnya adalah air terjun yang mencurah setinggi 100 meter, bagi mereka yang sukakan
lebih cabaran dan privasi boleh menginap di sini kerana ia perlu melalui naik dan turun bukit yang agak
curam.
1. Air terjun kecil di bahagian bawah penginapan.
2. Papan tanda Lembah Temir Resort.
3. Air terjun yang berada di tingkat atas penginapan.
90
LEMBAH TEMIR RESORT RAUB
Rumah yang di bawah pula mempunyai sungai yang sangat jernih dan sejuk mengalir di bawah
resort. Air sungai ini berasal dari pergunungan di pedalaman hutan Pahang. Salah satu kelebihan
resort ini dibandingkan dengan yang lain adalah anak sungainya yang sentiasa mengalir jernih di
bawah rumah penginapan seumpama resort di atas air malah terdapat banyak ikan kelah yang
berenang secara bebas di bawah restorannya sahaja dan terdapat juga kolam ikan koi. Tetamu juga
berpeluang bermain air bersama dengan ikan kelah kerana ikan tersebut sudah biasa dengan
kehadiran manusia. Resort juga menyediakan makanan ikan percuma untuk diberikan kepada ikan
tersebut.
1 2
Selain itu, resort ini juga sesuai untuk diadakan program
hari keluarga atau beriadah bersama sahabat handai kerana
tempat untuk berekreasi serta melakukan aktiviti hari keluarga
seperti bermain sukaneka, bersukan turut disediakan di sini.
Antara kemudahan yang disedakan ialah dewan dan padang
futsal malah jika hendak berkaraoke pun turut disediakan.
Pendaftaran masuk bilik adalah pada jam 2.00 petang dan
pendaftaran keluar jam 12.00 tengahari. Sebaik sahaja sampai
di resort ini, tetamu dibawa menikmati hidangan makan
tengahari berkonsepkan makanan kampung. Pada sebelah
petangnya pula, tetamu dibawa melawat sekitar dusun dan
bermandi manda. Sekitar jam 6.00 petang tetamu akan
dibawa ke resort bagi mengalas perut dengan minum petang
sebelum makan malam yang akan dihidangkan selepas waktu
maghrib. Air minuman manis atau kosong bebas untuk ambil
bila-bila masa sahaja. Jika hendak menonton television, boleh
pergi ke ruang menonton kerana di dalam bilik tidak
disediakan television. Keesokkannya, sarapan pagi disediakan
seawal jam 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi dan makan
tengahari boleh dinikmati selepas mendaftar keluar.
3
91