The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PRISMA EDISI 3 KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kolejkomunitirompin, 2024-01-25 21:54:53

PRISMA EDISI 3

PRISMA EDISI 3 KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

ISI KANDUNGAN Sekapur Sireh i Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK Dr. Riam a/p Chau Mai Seulas Bicara ii Pengarah Kolej Komuniti Rompin Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz Tinta Ketua Penerbitan PRiSMA iii PRiSMA Edisi 3 Pn. Noor Haslinda binti Zainoldin Sidang Redaksi PRiSMA Edisi 3 iv Koleksi Prosiding Penyelidikan & Penulisan Ilmiah Kolej Komuniti Rompin 10th NATIONAL CONFERENCE IN EDUCATION - TECHNICAL & VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (CIE-TVET) 2020 Kesediaan Penggunaan E-Pembelajaran di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Rompin dalam Pembelajaran dan Pengajaran 2 - 10 "Be One Smart: Alternative Online Booking E-Form" (BOS:AOBE-F): Kajian Tindakan Sistem Tempahan Bilik Kolej Komuniti Rompin Pahang 11 - 19 Kesediaan Pelajar Sijil Teknologi Elektrik Dalam 'Blended Learning' Di Kolej Komuniti Pahang 20 - 27 NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING DESIGN & SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2020 (nTrends’20) Tahap Kesediaan Pelajar Sijil Kulinari Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian di Kolej Komuniti Rompin 29 - 37 Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Produk Smart Solah Digital Signage (SSDS) di Masjid Dan Surau Yang Terpilih di Malaysia 38 - 44 SIMPOSIUM BICARA PROFESIONAL @ KK WILAYAH TIMUR 2020 Pembentukan Iklim Institusi Pendidikan: Satu Tinjauan Literature 46 - 56 Transformasi Pendidikan Abad Ke-21: Cabaran Perlaksanaan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di Malaysia 57 - 68


SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2021 (SPSH 2021) Tahap Kesediaan Pensyarah Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Pendek Secara Dalam Talian Di Kolej Komuniti Rompin 70 - 79 POLYTECHNIC AND COMMUNITY COLLEGE RESEARCH OF INTELLECTUAL SEMINAR 2021 (POLYCCRISE 2021) Perspektif Pengguna Terhadap Keberkesanan Penggunaan Kit Pembelajaran Sistem Televisyen Litar Tertutup Dalam Subjek SKE 3044 (Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik Industri) 81 - 92 11th NATIONAL CONFERENCE IN EDUCATION - TECHNICAL & VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (CIE-TVET) 2021 Personality Traits Among Undergraduate Students Towards Intention to Join the Hospitality Industry 94 - 104 MALAYSIA TVET ON RESEARCH VIA EXPOSITION 2021 (MaTRiX’21) Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Sedia Ada Terhadap Pembelajaran Pelajar Kulinari di Kolej Komuniti Rompin 106 - 113 LIGA ILMU SERANTAU 2021 (LIS 2021) Keberkesanan Portable Brake Demonstrator Dalam Meningkatkan Tahap Pemahaman Konsep Sistem Brek Kenderaan Kepada Pelajar SKR Kolej Komuniti Rompin 115 - 124 SEMINAR PENYELIDIKAN INOVASI ZON TIMUR Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Kemudahan Produk Denture Box di Klinik-Klinik Pergigian Yang Terpilih Di Malaysia 126 - 133 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2022 (SPSH 2022) Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti 135 - 143 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Perniagaan Semasa Pengajian Satu Tinjauan di Kolej Komuniti Rompin 144 - 152 Keberkesanan Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih Bagi Pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Rompin 153 - 163 Keberkesanan Kursus Pendek Keusahawanan Bagi Kluster Katering Dan Sajian di Kolej Komuniti Rompin 164 - 171 Kajian Keberhasilan Produk Inovasi (Mr. Fishy) Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Subjek SKU 10213 Basic Butchery 172 - 177 NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING DESIGN & SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 (nTrends’22) Keberkesanan Penggunaan Smart Tools F5m-Series Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Kursus SKR2502 Rombak Rawat Transmisi Manual 179 - 184


i SEKAPUR SIREH PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI Dr. Riam a/p Chau Mai Salam Sejahtera, Syabas diucapkan atas kejayaan dengan terbitnya buku PRISMA Edisi ke -3 kali ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi di atas ruang dan peluang untuk menitipkan sepatah dua kata. Saya mengambil peluang ini merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Jawatankuasa Penerbitan Kolej Komuniti Rompin kerana telah berjaya menerbitkan buku Koleksi Prosiding Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah Kolej Komuniti Rompin, PRISMA Edisi-3. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua yang terlibat. Ia merupakan kesinambungan kompilasi kertas kajian penyelidikan daripada para pensyarah Kolej Komuniti Rompin yang telah dibentangkan di peringkat Wilayah, Kebangsaan dan Antarabangsa dari tahun 2020 sehingga 2022. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, usaha dan komitmen dalam menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai budaya amatlah kami hargai di kala dunia mendepani era pandemik. Mendepani penularan Covid-19 di seluruh negara menyebabkan kita menjalani kehidupan dalam norma baharu. Ianya telah membuka satu ruang landskap baru dalam dunia penyelidikan dan penulisan ilmiah di mana kita menggunakan teknologi terkini dalam mendokumentasi dan membentangkan kajian. Justeru itu ia menjadi salah satu dapatan yang boleh diumpamakan sebagai satu pengkomersialan khazanah melalui pendokumentasian hasil kajian penyelidikan yang telah dijalankan. Perkongsian maklumat melalui pemindahan teknologi ini amat bermanfaat untuk dikongsi sesama institusi dan industri bagi mewujudkan perkongsian pintar dan pakatan strategik dalam mengukuhkan pembangunan modal insan. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam penghasilan PRISMA Edisi 3. Semoga penerbitan buku kompilasi ini dapat memberi manfaat kepada dunia pendidikan khususnya dalam bidang penyelidikan. Sekian, terima kasih.


ii Setitis Tinta, Seulas Madah PENGARAH KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, buku Koleksi Prosiding Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah Kolej Komuniti Rompin, PRISMA telah berjaya diterbitkan buat edisi yang ketiga. Penerbitan buku ini adalah kesinambungan edisi kedua sebagai lambang usaha yang berterusan para pensyarah dalam menyahut saranan kementerian untuk melahirkan warga pendidik yang membudayakan penyelidikan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan di atas kejayaan penerbitan buku pada kali ini. Buku PRISMA Edisi Ketiga ini merupakan koleksi penerbitan sembilan belas kertas penyelidikan yang telah dibentangkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2020 hingga 2022. Saya melihat usaha para pensyarah yang sentiasa bersemangat dan beriltizam dalam menghasilkan kertaskertas penyelidikan yang bermutu dan berkualiti wajar disanjung tinggi. Pembudayaan penyelidikan merupakan elemen yang penting dan dititikberatkan dalam peningkatan dan pembangunan kompetensi pensyarah. Kertas penyelidikan yang dihasilkan akan menjadi pencetus dalam penerokaan ilmu dan kemahiran baharu dalam kalangan para pensyarah bagi membolehkan ilmu serta kemahiran ini disebar luas dan dijadikan rujukan bagi seluruh warga pendidik khususnya serta individu lain yang berkepentingan. Justeru, besarlah harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Penerbitan PRISMA Edisi Ketiga dan juga semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga Allah memberkati usaha murni yang telah kita lakukan. Sekian, terima kasih.


iii TINTA KETUA PENERBITAN Pn. Noor Haslinda Binti Zainoldin Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Sebelum meneruskan bicara, ingin saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya PRISMA Edisi Ke 3 telah berjaya diterbitkan. Kalungan ucapan setinggi syabas dan tahniah kepada semua Jawatankuasa Data dan Penerbitan Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersialan (UPIK) Kolej Komuniti Rompin yang terlibat dalam menjayakan penerbitan edisi kali ini. Untuk kesekian kalinya Prisma telah menjadi satu medium utama dalam menerapkan budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah dalam kalangan warga Kolej Komuniti Rompin. Untuk edisi kali ini semestinya ia menjadi koleksi terbaik hasil penyelidikan dan penulisan ilmiah yang terkini dan yang telah ditambah baik dari edisi yang sebelumnya. Semoga penghasilan buku kali ini menjadi salah satu kesinambungan kecemerlangan warga Kolej Komuniti Rompin untuk terus membudayakan dan menghasilkan penyelidikan dan penulisan ilmiah yang lebih baik di masa akan datang. Akhir bicara, semoga usaha ini akan dapat memberikan manfaatkan kepada semua dan segala niat murni diberkati Allah. Sekian, terima kasih.


iv


1


2 Kesediaan Penggunaan E-Pembelajaran di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Rompin dalam Pembelajaran dan Pengajaran Nordiyana binti Mohd. Rani 1* , Mohd Roslan bin Yussof 2 1Unit Pengajian Am, 2Unit Automotif, 12 Kolej Komuniti Rompin, Pahang *Corresponding author E-mail: [email protected] Abstrak Berdasarkan kepada tinjauan awal terhadap penglibatan pelajar dalam pembelajaran atas talian yang kurang memberangsangkan sewaktu perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan, kajian ini dibuat dengan berpandukan dua objektif iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap motivasi pelajar terhadap kesediaan penggunaan e-pembelajaran. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis tinjauan. Sampel bagi kajian ini melibatkan 44 orang pelajar Kolej Komuniti Rompin yang terdiri daripada lima program berbeza. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 16 item berdasarkan skop kajian. Hasil dapatan kajian yang dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21.0 menunjukkan skor min keseluruhan untuk kesemua item tahap pengetahuan pelajar adalah memuaskan dan sederhana bagi item-item berkaitan tahap motivasi pelajar terhadap kesediaan penggunaan epembelajaran. Kesimpulannya, responden mempunyai pengetahuan yang baik terhadap epembelajaran namun belum bersedia dengan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Beberapa cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan pelaksanaan epembelajaran di Kolej Komuniti Rompin. Kata Kunci: Pembelajaran dan pengajaran, perintah kawalan pergerakan, Epembelajaran 1. PENGENALAN Pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) boleh didefinisikan melalui dua perkara pokok iaitu teknologi dan pedagogi yang rata-rata menekankan teknologi dan media sebagai sistem penyampaian dalam mod bersemuka atau jarak jauh (Yusup, H., 2012). Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat sebagai satu evolusi yang merentas segenap lapisan kehidupan termasuklah dalam arena pendidikan. Selari dengan kumpulan pelajar sasaran sama ada di peringkat rendah, menengah atau tinggi, yang juga tergolong dalam kelompok generasi Z ini, penggunaan aplikasi ICT dalam pendidikan dilihat sangat relevan kerana generasi ini lahir dan membesar dalam persekitaran yang sarat dengan sumber digital berserta akses yang sangat luas. Penggunaan teknologi perlu dipraktikkan dalam pendidikan kepada generasi baharu agar mereka celik IT dan tidak hanya menganggap teknologi hanya semata-mata untuk tujuan komunikasi tetapi sebenarnya teknologi juga diperlukan dalam pendidikan (Shakir, N. S. B. A., & Adnan, N. H. B., 2020). Namun demikian, taraf sosioekonomi memainkan peranan yang penting dalam pendedahan seseorang individu itu kepada dunia


3 ICT. Ini bermakna, setiap individu mempunyai peluang dan pengalaman yang berbeza dalam penggunaan aplikasi ICT termasuklah yang melibatkan urusan pendidikan. Pada akhir Disember 2019, dunia digemparkan dengan kemunculan satu wabak yang disebabkan oleh penyebaran satu virus baharu, Corona Virus Disease (COVID-19) yang menyerang tanpa sempadan dan mengakibatkan kehidupan seluruh warga dunia terjejas. Bukan sahaja sektor ekonomi yang dilihat paling terkesan dengan serangan wabak ini, malah sektor pendidikan turut terkena tempiasnya memandangkan institusi-institusi pendidikan termasuklah kolej komuniti terpaksa ditutup. Langkah ini telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak dan melumpuhkan negara. Lanjutan daripada penutupan sementara institusi pendidikan, beberapa langkah telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan sistem pembelajaran dan pengajaran (PdP) masih boleh diteruskan. Sebagai contoh, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Operasi Politeknik dan Kolej Komuniti Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan akibat Pandemik COVID-19 yang turut memuatkan garis panduan Pengurusan Akademik dan Penilaian. Antara kaedah yang disarankan oleh pihak jabatan kepada institusi dalam pelaksanaan PdP adalah secara synchronous dan asynchronous. Berdasarkan garis panduan yang diberikan, institusi disarankan untuk mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPDT) terutamanya bagi kursus Mata Pelajaran Umum yang dikendalikan oleh Unit Pengajian Am. Kaedah PdPDT ini digunakan dengan tujuan untuk meminimumkan kontak fizikal antara pensyarah dengan pelajar dan juga antara sesama pelajar. Namun demikian, setelah diteliti dan dianalisis hasil pencapaian pelajar yang kurang memberangsangkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sekitar pertengahan bulan Mac hingga April yang lalu, kaedah PdPDT ini dijangka akan menjadi satu cabaran kepada kedua-dua pihak pensyarah dan pelajar sekiranya ia terus dilaksanakan. Melihat kepada situasi ini, penyelidik membuat kesimpulan awal bahawa tahap kesediaan pelajar untuk belajar melalui kaedah e-pembelajaran adalah masih di tahap kurang memberangsangkan. Hal ini seterusnya mendorong penyelidik untuk menjalankan satu kajian terhadap kesediaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Rompin dalam pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini mempunyai dua objektif utama: pertama, mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran; kedua, mengenal pasti tahap motivasi pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-pembelajaran. 2. SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS Menurut Sihes, A. J., & Sani, N. (2011), pembelajaran berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan satu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik perhatian di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kini, penggunaan peranti elektronik dan mudah alih serta aplikasi ICT sememangnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat global meliputi seluruh kumpulan umur dan latar belakang sosioekonomi. Dalam bidang pendidikan, hal ini memberi satu kelebihan kepada para pendidik yang ingin mengintegrasikan kaedah PdP yang konvensional dengan kaedah yang lebih terkini dan segar iaitu dengan mengaplikasikan teknologi ICT dalam perkongsian maklumat dan pengetahuan bersama pelajar. E-pembelajaran juga membolehkan pelajar memahami pengajaran yang dijalankan kerana kaedah yang digunakan bersifat interaktif dan dapat


4 menarik minat pelajar untuk belajar (Shakir, N. S. B. A., & Adnan, N. H. B., 2020). Oleh yang demikian, golongan pendidik perlu sentiasa bersedia untuk membuat adaptasi terhadap bahan-bahan PdP termasuk menggunakan kaedah e-pembelajaran dan seperti pendapat, N. A. A., & Ahmed, M. T., (2017), e-pembelajaran berupaya mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih efektif. Namun seperti pernyataan Chuah, K. M., (2013) dalam kajiannya, keberkesanan sesuatu teknologi itu dalam proses pembelajaran dan pengajaran banyak bergantung kepada peranan guru. Kesediaan para pensyarah daripada aspek pembangunan rangka m-pembelajaran (mobile learning), pemilihan aplikasi yang bersesuaian, mereka bentuk aplikasi, dan penilaian ke atas penerimaan pelajar serta keberkesanan penggunaannya perlu diambil kira bagi menjayakan pelaksanaan m-pembelajaran ini. (Salim, N., Yatim, N. M., Azis. H., 2017). Seperti mana e-pembelajaran ini merupakan satu penerokaan baharu bagi pensyarah, golongan pelajar juga turut berdepan dengan cabaran yang perlu disahut bagi menjayakan kaedah PdPDT ini. Pelajar-pelajar kolej komuniti umumnya berada dalam kelompok umur 18 hingga 20 tahun dan kumpulan remaja ini lazimnya mempunyai telefon pintar yang digunakan oleh mereka untuk pelbagai aktiviti seperti melayari internet, menggunakan aplikasi media sosial, selain dijadikan sebagai medium utama untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan atau kenalan. Namun demikian, secara keseluruhan, potensi sebenar aplikasi mudah alih dalam telefon pintar sebagai platform atau sumber pengayaan pembelajaran pelajar masih perlu diperkasakan. (Khalid, F., Daud, M. Y., & Nasir, M. K. M., 2016). Pernyataan ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi ICT di kalangan pelajar untuk bersosial dan untuk pembelajaran adalah tidak seimbang. Membuat perubahan dalam sesuatu rutin lazimnya datang bersama cabaran dan halangan yang memerlukan kita untuk mengamalkan sikap positif yang tinggi. Menurut Saud, M. S., Rahman, A., Anuar, M., & Ting, K. S. (2007), halangan didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapi oleh pelajar yang akan membawa kesan yang negatif terhadap mereka dalam menggunakan e-pembelajaran. Sifat kendiri pelajar memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan penggunaan e-pembelajaran seperti yang telah terbukti pada hasil kajian Najib, H. M., Bakar, N. R. A., & Othman, N. (2017), di mana faktor sifat kendiri paling signifikan dan mempunyai peratus yang tinggi dalam mempengaruhi keberkesanan penggunaan epembelajaran. Sifat kendiri ini termasuklah tahap motivasi pelajar untuk belajar secara dalam talian yang dilihat lebih bersifat autonomous atau berpusat kepada pelajar yang mungkin menjadi satu halangan untuk mereka memberikan komitmen penuh dalam penglibatan diri. Bagi pengajian Sesi Jun 2020, JPPKK telah menyarankan kepada kolej komuniti untuk menggunakan kaedah PdPDT, seiring dengan usaha pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Bagi merealisasikan hasrat ini, beberapa aspek perlu diambil kira termasuk tahap pengetahuan pelajar terhadap e-pembelajaran dan juga tahap motivasi diri mereka untuk menerima kaedah pembelajaran dalam talian. Berdasarkan perbincangan dan ulasan kajian yang lepas, maka kerangka konseptual kajian adalah seperti berikut:


5 Rajah 1: Kerangka konseptual 3. METODOLOGI KAJIAN Sampel kajian adalah diambil secara rawak terdiri daripada 44 orang pelajar semester satu hingga tiga sesi Disember 2019 bagi lima program iaitu Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU), Sijil Kulinari (SKU), Sijil Operasi Perhotelan (SOP) dan Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data adalah borang soal selidik. Menurut Idris (2010), soal selidik yang sempurna dapat mengukur dan mengumpul data dengan berkesan. Oleh yang demikian, kajian ini mengguna pakai instrumen kajian yang telah dibina oleh Yahaya, N. & Ling, N. N. (2011) di dalam kajiannya yang bertajuk Kesediaan Penggunaan E-Leaming di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia-Satu Tinjauan. Saal selidik ini mengandungi tiga (3) bahagian iaitu: Bahagian A: demografi responden. Bahagian B: mengandungi 8 item untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran. Bahagian C: mengandungi 8 item untuk mengetahui tahap motivasi pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran. Skala Likert 1 hingga 5 yang diadaptasi daripada Tatang M. Amirin (2011) seperti Jadual 1 digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang dikemukakan. Jadual I: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) 1 2 3 4 5 Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif. Dapatan data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21.0 dengan menggunakan teknik seperti analisis kekerapan dan deskriptif. Analisis kekerapan dilakukan untuk mendapatkan dapatan mengenai semester pengajian responden. Teknik min pula digunakan dalam analisis deskriptif. Penentuan interpretasi min adalah berdasarkan julat skor min sebagaimana diubah suai daripada Creswell (2005) dalam buku penyelidikan beliau iaitu Educational Research-Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research seperti Jadual 2.


6 Jadual 2: Interpretasi Min Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 – 1.80 Sangat tidak memuaskan 1.81 -2.60 Tidak memuaskan 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Memuaskan 4.21 – 5.00 Sangat memuaskan 4. DAPATAN KAJIAN Jadual 3: Demografi Responden Semester Pengajian Kekerapan, f Peratusan % Semester 1 18 40.9 Semester 2 17 38.6 Semester 3 9 20.5 44 100.0 Kajian ini melibatkan 44 responden, iaitu 18 (40.9%) orang pelajar semester 1, 17 (38.6%) orang pelajar semester 2 dan 9 (20.5%) orang pelajar semester 3. Jadual 4: Tahap Pengetahuan Pelajar dalam Penggunaan e-Pembelajaran Berdasarkan dapatan analisis dalam jadual 4, responden (pelajar) mempunyai pengetahuan dalam penggunaan e-pembelajaran. Ini dibuktikan dengan tafsiran nilai min keseluruhan yang memuaskan iaitu 3.45 dan sisihan piawai 0.891. Item B7 "Menggunakan e-pembelajaran untuk berkomunikasi dengan pensyarah" mendapat skor min tertinggi (skor min=3.66, sisihan piawai=l.055). Skor min ini menunjukkan bahawa perspektif responden adalah berada pada tahap interpretasi min yang memuaskan. Item B8 dan B6 masing-masing mendapat skor min sama dan kedua tertinggi iaitu 3.59. Item Bl (skor min=3.50, sisihan piawai=0.976) mendapat skor min ketiga tertinggi dan diikuti item B5 (skor min=3.41, sisihan piawai=l. 085), B4 (skor min=3.36, sisihan piawai=0.917) dan B2 (skor min=3.30, sisihan piawai=0.930). Manakala skor mm terendah adalah 3.18 iaitu item B3 "Mahir dalam menggunakan e-Pembelajaran" dan berada pada tahap interpretasi min sederhana.


7 Jadual 5: Tahap Motivasi Pelajar dalarn Penggunaan e-Pembelajaran Berdasarkan analisis item yang dipaparkan pada Jadual 5, nilai purata min bagi aspek tahap motivasi pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran yang terdiri daripada item Cl hingga C8 berada pada tahap interpretasi min sederhana (skor min=3.31, sisihan piawai=0.883). Item C6 "Mengetahui jika tidak menggunakan e-pembelajaran akan ketinggalan" mendapat skor min tertinggi (skor min=3.45, sisihan piawai=l.088). Item C2 mendapat skor min kedua tertinggi (skor min=3.41, sisihan piawai=0.948) dan diikuti oleh item C8 (skor min=3.39, sisihan piawai=0.970), CS (skor min=3.36, sisihan piawai=l.036) dan C7 (skor min=3.34, sisihan piawai=0.939). Item C3 dan C4 masing-masing mendapat skor min yang sama iaitu 3.18. Manakala item C1 "Saya suka menggunakan e-pembelajaran" mendapat skor min paling rendah (skor min=3.14, sisihan piawai=0.979). 5. PERBINCANGAN 5.1 Tahap pengetahuan Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang positif terhadap e-pembelajaran. Adalah penting bagi seseorang pelajar menguasai kemahiran asas menggunakan e-pembelajaran kerana mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas berhubung dengan internet tidak mungkin dapat menggunakan e-pembelajaran dengan baik (Aziz, N. A. A., & Ahmed, M. T. (2017). Namun demikian, terdapat tiga item yang memberikan interpretasi min sederhana iaitu B2, B3 dan B4. Ini menunjukkan pelajar masih kurang bersedia untuk mempelajari dan mempraktikkan kaedah pembelajaran dalam talian, seterusnya menyebabkan mereka menjadi kurang mahir dalam menggunakan e-pembelajaran. Seperti yang dicadangkan oleh Najib, H. M. et.al (2017), pelajar perlu mempraktikkan pembelajaran menggunakan e-pembelajaran di dalam penyampaian pembelajaran supaya penggunaan e-pembelajaran yang berkesan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kendiri yang tinggi, secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang lebih celik dalam teknologi dan membentuk pelajar yang holistik dari semua perkara pada masa yang sama.


8 5.2 Tahap motivasi Merujuk kepada dapatan kajian juga, didapati bahawa responden kurang bermotivasi untuk mengaplikasikan penggunaan e-pembelajaran dalam PdP. Ini dapat dilihat daripada jadual 5, hampir kesemua item berada pada tahap interpretasi min sederhana. Hal ini adalah kerana penggunaan e-pembelajaran adalah masih kurang relevan dengan keperluan pembelajaran pada peringkat sijil kolej komuniti. Namun, item C2 "Saya mendapat galakan daripada pensyarah dan rakan untuk menggunakan e-Pembelajaran" menunjukkan tahap memuaskan. Justeru menjadi tanggungjawab pensyarah memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar untuk terus bermotivasi menggunakan e-pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dapatan ini disokong oleh Saud, M. S., Rahman, A., Anuar, M., & Ting, K. S. (2007), pendidik TVET harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa. Mereka juga harus lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian kepada pelajar termasuk penggunaan epembelajaran. Ini dapat membantu untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang disampaikan. Hasil kajian ini juga selari dengan kajian yang dijalankan oleh Chear, S. L. S., (2017) yang menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk terlibat dengan m-pembelajaran bergantung kepada inisiatif pensyarah untuk membimbing serta fasiliti yang disediakan. 6. KESIMPULAN Hasil dapatan kajian bagi aspek tahap pengetahuan pelajar adalah memuaskan dan sederhana bagi aspek berkaitan tahap motivasi pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-pembelajaran. Dapat dirumuskan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang baik terhadap e-pembelajaran namun belum bersedia dengan pelaksanaan PdPDT. Sehubungan itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan pelaksanaan e-pembelajaran di Kolej Komuniti Rompin, antaranya ialah: i. Pihak jabatan perlu mewujudkan Lean Management System (LMS) berkaitan e-pembelajaran yang khusus untuk kolej komuniti supaya penyampaian maklumat menjadi lebih berkesan dan menyeluruh. ii. Mengadakan bengkel khas kepada pensyarah dan pelajar berkaitan penggunaan kaedah e-pembelajaran supaya pelaksanaan PdPDT menjadi lebih efektif. iii. Menyediakan fasiliti yang bersesuaian bagi memastikan keperluan pelajar dan pensyarah dalam pelaksanaan PdPDT dapat dipenuhi PENGHARGAAN Terima kasih kepada pengarah Kolej Komuniti Rompin, En. Abu Bakar bin Mat Tai kerana memberi kepercayaan untuk menjalankan penyelidikan ini serta meluluskan tuntutan kewangan yang berkaitan untuk membentangkan kajian ini di seminar peringkat kebangsaan. RUJUKAN Aziz, N. A. A., & Ahmed, M. T. (2017). E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11.


9 Chear, S. L. S. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram di Universiti Swasta (Teaching and Leaming Through WhatsApp and Telegram Application at a Private University). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 42(2), 87-97. Chuah, K. M. (2013). Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar universiti. Issues in Language Studies , 2(1). Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall. Ghani, A. A. (2012). Penggunaan sistem e-pembelajaran author dalam pengajaran dan pembelajaran di UTHM Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Khalid, F., Daud, M. Y., & Nasir, M. K. M. (2016). Perbandingan Penggunaan Telefon Pintar Untuk Tujuan Umum dan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Universiti. In International Conference on Education and Regional Development (pp. 173-182). Najib, H. M., Bakar, N. R. A., & Othman, N. (2017). E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor. Attarbawiy: Malaysia Online Journal of Education, Vol. 1, No. 1 (2017), 74 - 8 2. Rase, R. (2013). Kesediaan pemyarah politeknik menggunakan pendekatan mpembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Negeri Johar (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Said, M. N. H. M., Krishnan, J. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan EPembelajaran Di Kalangan Pe/ajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT & SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Salim, N., Yatim, N. M., Azis. H. (2017). M-Pembelajaran: Kesediaan Pe/ajar Kkbbm Terhadap Era Baru Medium Pembelajaran. Saud, M. S., Rahman, A., Anuar, M., & Ting, K. S. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan e-Pembelajaran (e-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johar. 1 st International Malaysian Educational Technology Convention. Shakir, N. S. B. A., & Adnan, N. H. B. (2020). Kebolehgunaan Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai E-Pembelajaran dalam Pengajaran Pengaturcaraan di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),5(6),33-41. Tatang M. A. (2011). Skala Likert: Penggunaan dan Analisis Datanya. [Atas Talian] https://tatangmanguny.wordpress.com/2010/11/01/skala-likert-penggunaandan-analisis-datanya/ (2017,5Januari).


10 Yusup, H. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan (Doctoral dissertation, Asia e University).


11 "Be One Smart: Alternative Online Booking E-Form" (BOS:AOBE-F): Kajian Tindakan Sistem Tempahan Bilik Kolej Komuniti Rompin Pahang Abstrak Penempahan bilik bagi aktiviti dan kursus pendek di Kolej Komuniti Rompin Pahang diurus selia oleh Unit Pendidikan Berterusan. Permohonan penggunaan bilik secara manual telah digunakan untuk mengelakkan pertindihan bilik. Masalahnya ialah banyak proses terlibat iaitu mengisi borang, pengesahan, mengenal pasti kekosongan bilik, urusan memasukkan data tempahan, juruteknik ict dan teknikal. Pemohon sukar membuat rujukan jadual penggunaan bilik dan maklumat keperluan peralatan dengan tepat. BOS:AOBE-F merupakan satu alternatif kaedah pemohonan tempahan bilik secara atas talian melalui telegram atau laman sesawang rasmi Kolej Komuniti Rompin Pahang menggunakan komputer atau telefon pintar sebagai medium. Tempahan dan maklumat penggunaan bilik dipaparkan dalam pautan yang boleh dikongsi melalui telegram. Penyelidikan berasaskan Model Kemmis & Mc Taggart dan soal selidik. Mengambil kira jumlah permohonan sebanyak 388, 100% pengguna BOS:AOBE-F sangat berpuas hati, manakala penggunaan kertas dapat dijimatkan RM48.50. Ianya membantu proses pemantauan penggunaan bilik serta sesuai dipraktiskan oleh agensi lain bagi memudahkan proses pemohonan dan pemantauan. Kata Kunci: Tempahan Bilik, Proses, Atas Talian ("Be One Smart: Alternative Online Booing EForm"). 1. PENGENALAN Unit Pendidikan Berterusan (UPB) di Kolej Komuniti Rompin Pahang adalah unit yang menguruskan program kursus pendek dan kursus akaun latihan khas. UPB menyelia bilik untuk kegunaan kursus-kursus pendek dan pelbagai aktiviti Pembelajaran dan pengajaran (PdP). Permohonan penggunaan bilik perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan pertindihan bilik. Peringkat awal, proses permohonan dibuat secara manual iaitu melibatkan proses mengisi borang, mendapat pengesahan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), mengenal pasti kekosongan bilik, urusan dengan penyelia untuk memasukkan data tempahan, juruteknik ICT dan teknikal. Maklumat tempahan dibuat secara manual dengan menggunakan papan putih sebagai medium paparan. "Be One Smart : Alternative Online Booking e-Form" atau BOS:AOBE-F merupakan satu altematif pihak pengurusan UPB untuk memastikan kelancaran proses permohonan tempahan bilik. Komputer atau telefon pintar digunakan membuat tempahan mana-mana bilik secara atas talian melalui laman sesawang rasmi Kolej Komuniti Rompin Pahang. Tempahan dan maklumat bilik yang ditempah juga boleh dilakukan melalui aplikasi di pautan "google calender" dan pautan 'jotform". 1.1 Pernyataan masalah BOS:AOBE-F dibina berdasarkan kepada maklum balas yang diterima dari pihak pemohon dan penyelia bilik di UPB. Setelah membuat refleksi, didapati kelemahan sistem permohonan


12 secara manual. Borang permohonan perlu mendapat pengesahan TPA dan dihantar ke UPB. Segala butiran tempahan hanya dicatatkan pada papan putih. Pemohon juga sukar mengenal pasti kekosongan bilik-bilik dan merancang aktiviti mengikut tarikh serta waktu yang bersesuaian. Penyelaras UPB memberi maklum balas melalui telefon kepada pemohon untuk tarikh-tarikh yang boleh disediakan dan perlu berhubung dengan penyelia lain. Maklumat penggunaan bilik perlu disampaikan kepada penyelia yang bertanggungjawab bagi memastikan juruteknik ICT dan teknikal untuk kerja-kerja penyediaan peralatan dan persiapan tempat. 1.2 Obektif kajian i. Menghasilkan satu sistem tempahan bilik dan pengkalan data maklumat tempahan secara atas talian. ii. Membina satu manual cara-cara membuat tempahan. iii. Mendapatkan maklum balas persepsi pengguna terhadap sistem tempahan dan pengkalan data maklumat atas talian 1.3 Skop kajian dan batasan kajian Secara umumnya, kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Tempahan bilik-bilik seliaan UPB biasanya dibuat oleh semua warga Kolej Komuniti Rompin Pahang. Tempahan dibuat untuk kegunaan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum serta pelaksanaan kursus pendek agensi kerajaan dan komuniti setempat. 1.4 Kepentingan kajian Keperluan menjalankan kajian ini adalah didorong oleh permasalahan yang terjadi semasa melaksanakan proses permohonan menempah bilik sebelum program pelajar atau kursus pendek dilaksanakan di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Persepsi pengguna adalah amat penting untuk meninjau keberkesanan sistem permohonan secara manual yang dijalankan sebelum sistem permohonan baru dilaksanakan. Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Kolej Komuniti Rompin Pahang untuk mengenal pasti sistem permohonan menempah bilik UPB dapat digunakan dengan mudah, teratur dan sistematik. Ianya suatu pendekatan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan dan amalan yang bersistematik. 2. KAJIAN LITERATUR Revolusi Industri Keempat merupakan gelombang perubahan globalisasi dan teknologi terkini yang menyaksikan segala bentuk kefahaman, akses, etos serta budaya yang mendasari hubungan di antara rakyat dan kerajaan serta agensi telah berubah. Teknologi digital diakui umum sebagai penggerak yang berupaya mengubah cara bekerja kepada lebih cekap, pantas dan lancar tanpa batasan masa dan tempat. Realiti baharu ini memberi ruang dan peluang kepada agensi kerajaan untuk mengadaptasikannya dalam tadbir urus organisasi bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi normal pelanggan. Nilai baharu ini dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti tatacara dan proses pembuatan keputusan, penggubalan dasar dan kaedah pelaksanaan program untuk meningkatkan kesejahteraan awam (Mampu, 2018).


13 Usaha pendigitalan perkhidmatan ini diterjemahkan menerusi inisiatif pengurusan tempahan bilik di Kolej Komuniti Rompin. BOS:AOBE-F, merupakan satu alternatif pihak pengurusan UPB untuk memastikan kelancaran proses permohonan bilik-bilik. Ianya merupakan satu kajian tindakan mengenal pasti masalah untuk penambahbaikan penyeliaan bilik UPB iaitu bilik seminar 1, bilik seminar 2, dewan seminar dan bilik jahitan. Rajah 1 merupakan contoh borang tempahan secara manual dan borang atas talian sistem BOS:AOBE-F. Rajah 1 Borang Tempahan Manual dan Secara Atas Talian Kebanyakan agensi telah menggunakan talian internet dalam kehidupan harian. Penggunaan Internet melalui media sosial telah membuat pengguna Malaysia kian menjadikan impian kerajaan Malaysia untuk melahirkan masyarakat cintakan teknologi informasi atau IT (Information technology) semakin nyata (Hamdan, 2017). Menurut Hamdan (2019), kerajaan Malaysia telah berusaha menjadikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai suatu cara hidup. Justeru itu, penjawat awam sebagai penggerak daya budi kerajaan dianggap pengguna perintis TMK berbanding pihak lain di mana komputer diguna warga Kolej Komuniti Rompin selain memiliki telefon pintar yang boleh mengakses internet. Menurut Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia, SKMM (2017) menyatakan 89.4% menggunakan telefon pintar, 29.3% menggunakan PC/desktop dan 36.3% menggunakan Notebook/Netbook /Laptop yang mengakses internet. Didapati hampir semua rakyat Malaysia berkomunikasi menggunakan internet iaitu 96.3% atau 23.59 Juta. Aktiviti komunikasi melalui teks seperti Telegram, Whatsapp, Facebook Messenger, WeChat dan sebagainya. BOS:AOBE-F, adalah sangat bersesuaian diguna pakai dalam proses memohon bilik-bilik seliaan UPB kerana warga Kolej Komuniti Rompin Pahang aktif menggunakan internet. Menurut SKMM (2017), sebanyak 58.7% pengguna mengakses internet di tempat kerja iaitu pertambahan 12.7% daripada 46% pada tahun 2015. BOS:AOBE-F dibina menggunakan perisian yang terdapat pada aplikasi dalam laman internet. Banyak aplikasi-aplikasi percuma disediakan antaranya Jot Form, Calender, Email dan Drive kepada pengguna internet dengan beberapa ruang yang telah ditetapkan. Pengguna hanya perlu mempunyai sedikit pengetahuan cara hendak menggunakannya. 3. METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan merupakan satu proses dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat diperoleh dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan. Kajian tindakan atau penyelidikan gunaan dilakukan untuk menambah dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian ini dapat mengenal pasti masalah atau isu yang timbul serta membaiki kelemahan-kelemahan dalam sesuatu masalah yang boleh wujud dalam konteks


14 persekitaran organisasi atau komuniti (Aini, 2009). Menurut Faridah (2018), Model Kemmis & Mc Taggart mengandungi 4 langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek seperti rajah 2. Rajah 2 Model Kemmis & MC Taggart Projek ini dipecahkan kepada 4 fasa iaitu pengumpulan data, perancangan, reka bentuk, dan pelaksanaan. Rajah 3 menunjukkan carta alir bagi ringkasan projek BOS:AOBE-F. Ianya adalah perincian kepada langkah-langkah dalam teori Model Kemmis & Mc Taggart. Rajah 3 Carta Alir Perlaksanaan Projek BOS:AOBE-F 3.1 Pengumpulan data Kaedah mengumpul maklumat secara terperinci yang diketahui dan seterusnya dijadikan asas untuk membuat kajian secara analisis atau kesimpulan. Penyelidikan kualitatif adalah penggunaan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan, tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan seumpamanya di mana penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam kajian tersebut secara realitinya (Idris Awang, 2001). Fasa pengumpulan data merujuk maklumat dan refleksi terhadap aduan yang diterima dari pihak penyelia bilik bagi merangka pembinaan item sistem bersesuaian serta selari dengan kehendak pengguna dan penyelia. Pembahagian tugas dibuat mengikut kepakaran dan pengalaman dalam bidang tugas. Antaranya kaedah membina borang permohonan, proses perjalanan permohonan dan kajian aplikasi yang bersesuaian sebagai program pembinaan item sistem permohonan tempahan bilik. Dua aplikasi utama adalah JotForm dan Google. Jot form untuk membina borang tempahan, email untuk menerima maklumat dari pemohon dan


15 menyampaikan maklumat permohonan kepada urusetia terlibat, manakala kalender sebagai agen paparan maklumat tempahan untuk mengenal pasti kekosongan penggunaan bilik yang terlibat. 3.2 Perancangan Fasa perancangan ialah segala maklumat tentang isu serta masalah yang telah dikumpulkan dijadikan sebagai panduan dalam menyediakan item-item soalan yang bersesuaian dalam borang. Borang yang direka bentuk mempunyai maklumat-maklumat penting seperti dalam borang manual dan ditambah baik. Perancangan dibuat bagi memastikan proses pembinaan item sistem tempahan bilik atas talian dapat dilakukan dengan berkesan. Proses pengurusan tempahan bilik melibatkan maklumat penyampaian borang kepada penyelia dan memaparkan maklumat-maklumat tempahan. 3.3 Reka bentuk Fasa reka bentuk ialah pembinaan item sistem permohonan menggunakan Jot Form (https://www. jotform.com/myforms /). Maklumat dipenuhi pemohon, lakaran pelan lantai dimuat naik, pengesahan permohonan dan item maklum balas terhadap kepuasan menggunakan borang secara atas talian (online) seperti rajah 4. Rajah 4 Borang Tempahan Atas Talian Rajah 5 Carta Alir Manual Tempahan Bilik Pemohon membuat tempahan dengan melayari laman sesawang Kolej Komuniti Rompin Pahang atau ke pautan borang pemohonan. Manual pengguna dibina bagi memastikan pengguna memahami proses sistem permohonan tempahan bilik secara atas talian seperti rajah 5. Manual mudah difahami dengan dipaparkan dalam bentuk gambar dan carta alir.


16 Satu carta alir proses tempahan bilik dipaparkan sebagai panduan kepada pengguna sebelum memulakan tempahan bilik bagi memastikan pemohon dan penyelia mengetahui tugas agar urusan berjalan dengan lancar. Rajah 6 menunjukkan carta alir proses sistem tempahan bilik di mana garisan berwama biru menunjukkan aliran proses kerja pemohon dan garisan berwama hijau menunjukkan proses kerja urusetia/penyelia yang terlibat. Rajah 6 Cata Alir Process Tempahan Bilik Rajah 7 Kalender UPB Pemohon perlu melihat kalendar UPB untuk memastikan tiada pertindihan penggunaan bilik pada tarikh yang dipilih seperti rajah 7. Pemohon boleh melayari laman sesawang Kolej Komuniti Rompin Pahang dan ke alamat kalendar UPB (https://calendar.google.com/calendar/embed?src=upb1707kbr%40gmail.com&ctz=Asia%2 FKuala_Lumpur). Setelah lengkap mengisi borang BOS:AOBE-F, emel diterima oleh penyelia UPB dan juruteknik. Emel kepada penyelia UPB mengandungi maklumat dalam kalendar seperti bilik yang ditempah, nama pengguna, masa penggunaan bilik dan aktiviti/program yang berlangsung. Emel kepada juruteknik adalah untuk penyelarasan kerja ICT dan susun atur kelengkapan yang dipohon oleh pemohon. 3.4 Pelaksanaan Untuk mendapat maklum balas berkenaan penggunaan borang atas talian, satu soalan telah dibina untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Soal selidik ini merupakan jawapan daripada para responden berkenaan fakta-fakta kepercayaan, perasaan,


17 kehendak dan sebagainya kerana ianya lebih praktikal dan berkesan bagi sampel yang besar (Mohd Majid, 1998). Soalan tersebut berkenaan tahap kepuasan pemohon terhadap pelaksanaan dan penggunaan sistem tempahan bilik UPB. Skala 1 hingga 5 digunakan seperti jadual 1. Jadual 1: Skala Tahap Kepuasan Pemohon Fasa pelaksanaan merupakan pelaksanaan sepenuhnya hasil dari maklum balas yang diterima dari pemohon dan penyelia. Pelaksanaan projek ini dirujuk sebagai kajian tindakan berpandukan Model Kemmis dan Mc Taggart di mana hasil pembinaan borang dan proses pengurusan tempahan bilik merupakan tindakan bagi mengatasi masalah. Gelung Kajian Tindakan digunakan mengandungi empat (4) elemen utama iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian (Faridah, 2018). Rajah 8 menunjukkan proses kajian tindakan melibatkan sehingga gelung kedua penyelesaian penggunaan borang tempahan secara manual kepada atas talian. Rajah 8 Gambar Rajah Gelung Kajian Tindakan 4. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Jadual 2 menunjukkan penggunaan BOS:AOBE-F mendapat maklum balas positif dari pengguna. Berpandukan kepada data penggunaan yang diambil bermula dari 16 Mac 2017 sehingga 08 julai 2019, jumlah permohonan adalah sebanyak 388 di mana 245 pemohon iaitu 63.1% menyatakan tersangat baik, 128 pemohon iaitu 33% menyatakan sangat baik dan 15 pemohon iaitu 3.9% menyatakan baik. Secara keseluruhannya, dapatan dari skala 3 hingga 5 menunjukkan sebanyak 100% pemohon berpuas hati dengan sistem tempahan atas talian ini.


18 Jadual 2 Skala dan Tahap Kepuasan Pemohon Terhadap Penggunaan BOS:AOBE-F Sepanjang pelaksanaan BOS:AOBE-F, impak yang diperolehi inovasi ini boleh difokuskan kepada elemen inovatif, kreativiti, keberkesanan dan signifikan. 4.1 Elemen Inovatif/kreativiti Borang permohonan dalam sistem tempahan bilik direka melalui aplikasi yang terdapat di Google. Pemohon mengisi borang secara atas talian dan menghantar untuk diproses oleh pihak UPB. Aplikasi yang digunakan adalah percuma iaitu Jot Form, kalendar, emel untuk proses terima tempahan dan telegram untuk memaklumkan tugas persiapan tempat kepada juruteknik dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar sahaja. Sistem ini sesuai untuk kegunaan pemantauan dan rekod kekerapan penggunaan tempahan bilik. 4.2 Elemen keberkesanan Pemohon tidak perlu ke UPB untuk mengisi atau menghantar borang permohonan dan boleh melakukan permohonan dalam sistem pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi internet berfungsi. Status penggunaan bilik juga dapat dipaparkan di kalendar dan menjadi rujukan kepada pemohon sebelum membuat permohonan. Yang demikian, ianya mengurangkan tugas penyelia untuk memaklumkan kepada permohon tentang status bilik. 4.3 Elemen signifikan Sistem penempahan bilik ini sangat mudah dan cepat di mana status penggunaan bilik boleh dilihat di ruang kalendar mengikut tarikh-tarikh permohonan seperti bilik yang ditempah, nama pengguna, masa penggunaan bilik dan aktiviti/program yang berlangsung. Dengan ini dapat mengurangkan kos sebab tiada penggunaan borang (paperless) dan ke arah Go Green. Kos permohonan secara manual boleh dibuat mengikut pengiraan berikut. Untuk satu permohonan perlu menggunakan empat salinan borang iaitu dua salinan kepada juruteknik (ICT dan persiapan tempat), satu salinan kepada penyelia UPB dan satu salinan untuk simpanan pemohon. Jika terdapat 20 permohonan maka jumlah penggunaan borang/kertas ialah 80 keping (20 x 4). Jika satu rim kertas A4 jenis IK Yellow berat 80gsm sebanyak 450 keping kertas dengan harga RM14.00, maka kos RM2.50 telah digunakan untuk 80 keping kertas. Jika 388 permohonan, maka sebanyak RM48.50 telah digunakan tidak termasuk kos mesin pencetak. 5. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pelaksanaan sistem tempahan bilik atas talian menjadi satu fenomena baru buat warga Kolej Komuniti Rompin Pahang. Mereka tidak perlu datang ke UPB bagi urusan permohonan tempahan bilik kerana boleh menggunakan komputer ataupun telefon pintar dan mempunyai akses talian internet. Sistem tempahan bilik boleh diakses dengan mudah oleh pengguna. Pembaziran masa kerja, penggunaan kertas dan mesin pencetak dapat diminimumkan serta menjimatkan kos perbelanjaan jabatan. Sistem ini


19 sangat praktikal di mana pihak penyelia dan pengurusan dapat memantau rekod penggunaan bilik yang diselia oleh UPB. Semua program yang telah dan akan dilaksanakan boleh diketahui melalui kalendar UPB. Dengan adanya manual cara-cara membuat tempahan bilik juga dapat melancarkan proses penempahan bilik di UPB. Ianya sesuai diaplikasikan dalam penyampaian maklumat dalaman satu bahagian atau unit yang tidak dikategorikan rahsia. Proses penempahan bilik ini juga boleh diaplikasikan di semua agensi untuk tujuan permohonan dan pemantauan penggunaan bilik. PENGHARGAAN Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kolej Komuniti Rompin Pahang (KKRP) atas sokongan dan galakan sehingga berjaya penulisan penyelidikan ini. RUJUKAN Aini, (2009). Kajian Tindakan. Dimuat turun pada 6 Februari 2018 daripada https://gb5023 researchaction.wordpress.com/2009/10/29/tugasan-kelas-model-kajian-tindakan/ Faridah Haji Puteh, (2018). Kajian Tindakan. Dimuat turun pada 6 Februari 2018 daripada https://www.academia.edu/29004537/Kajian_Tindakan Idris Awang, (2001). Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hh. 6-7. Mohd Hamdan Haji Adnan, (2017). Perlakuan Pengguna Penjawat Awam Sabah Dan Penggunaan Internet. Jurnal Komunikasi Borneo (Vol 5, 2017). Mohd Hamdan Haji Adnan, (2019). Penggunaan Internet dalam Kalangan Kakitangan Awam dan Implikasinya terhadap Perlakuan Pengguna: Kajian Kes di Sabah. Forum Komunikasi (Vol. 14, No. 1, 44-69). Mohd Majid Konting, (1998). Kaedah Penyelidikan, cetakan ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 202. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM, (2017). Keluaran laporan 10 Nov. 2017. Kajian Pengguna Internet 2017. Dimuat turun pada 20 Februari 2018 daripada https://www.mcmc.gov.my/resources/statistics/intemet-users-survey?lang=ms-MY Mampu, (2018). Pekeliling transformasi pentadbiran awam bil.2 tahun 2018, Mymesyuarat: ekosistem pengurusan era digital. Unit pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan Malaysia (mampu) Jabatan Perdana Menteri.


20 KESEDIAAN PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK DALAM 'BLENDED LEARNING' DI KOLEJ KOMUNITI PAHANG Noor Haslinda Binti Zainoldin1*, Zulkhabri Bin Md Kardi@Md Kadri2 dan Sharifah Safiah Binti Syed Ab Ghani3 12 Kolej Komuniti Rompin, Pahang, 3 Kolej Komuniti Kuantan, Pahang *Corresponding author E-mail: [email protected] Abstrak Kajian ini adalah untuk meninjau tahap kesediaan para pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Pahang dalam Blended Learning. Tahap Kesediaan merangkumi pengetahuan asas, kesediaan pelajar dan juga cabaran/permasalahan yang mungkin dihadapi dalam Blended Learning. Seramai 112 orang responden yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar sesi Disember 2019. Populasi kajian adalah pelajar Sesi Disember 2019 Program Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Pahang. Kolej Komuniti Pahang yang menawarkan Sijil Teknologi Elektrik (SKE) adalah Kolej Komuniti Rompin, Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Bentong iaitu seramai 200 orang. lnstrumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang mempunyai 19 item soalan yang diedarkan di atas talian. Data ini dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Science) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan interpretasi min tahap kesediaan para pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Pahang dalam Blended Learning adalah memuaskan. lni menunjukkan pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Pahang bersedia jika pembelajaran secara teradun (Blended Learning) iaitu pembelajaran secara atas talian bagi sesi teori dan bersemuka bagi sesi amali dilaksanakan sepanjang proses PdP. Kata Kunci: Blended Learning, Kesediaan pelajar, Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Kolej Komuniti Pahang 1. PENGENALAN Pendidikan di Malaysia di abad 21 ini mengalami transformasi yang hebat seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Blended Learning atau Pembelajaran Teradun adalah pembelajaran campuran yang berkonsepkan pembelajaran secara maya atau atas talian (mod online) dan kaedah pembelajaran bersemuka. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2015 terdapat 11 anjakan utama untuk mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara. Salah satu anjakan tersebut iaitu anjakan ke7 adalah 'memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia'. Salah satu intipati dalam anjakan tersebut adalah untuk memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluaskan akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran pelajar. Pasca pandemik yang berlaku pada tahun ini telah mendekatkan medium pembelajaran secara talian sebagai teras penyampaian kaedah pembelajaran. Kaedah pembelajaran konvesional iaitu kelas bersemuka sebelum ini telah dilaksanakan secara maya. Segala bentuk penilaian dan tugasan juga telah dilaksanakan secara dalam talian. Secara langsung kaedah pembelajaran teradun telah diketengahkan bagi melancarkan pelaksanaan PdP (pengajaran dan pembelajaran) di Kolej Komuniti.


21 Di waktu ini para pensyarah harus mempunyai efikasi diri untuk menjayakan PdP yang telah dirancang walaupun dalam kekangan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Para pelajar akan turut bersedia mengaplikasikan kaedah pembelajaran teradun dengan perancangan yang rapi dari para pensyarah. Ini adalah kerana pensyarah atau guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi akan menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dalam perancangan dan organisasi serta kesanggupan menghadapi karenah perlakuan pelajar (Tschannen-Moran & Hoy, 2001). Oleh itu dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran teradun (Blended Learning) ini maka kajian ini dilaksanakan bagi memastikan tahap kesediaan dan pemahaman pelajar terhadap kaedah pembelajaran teradun itu sendiri. Dalam kajian ini, kaedah Blended Leaming dicadangkan dilaksanakan pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka semasa kelas amali dan kelas teori secara atas talian. 2.1 Persoalan Kajian i. Adakah pelajar mempunyai pengetahuan asas mengenai "Blended Learning" di Kolej Komuniti Pahang? ii. Adakah pelajar bersedia dengan kaedah pembelajaran "Blended Learning" di Kolej Komuniti Pahang? iii. Adakah pelajar mempunyai masalah jika "Blended Leaming" dilaksanakan di Kolej Komuniti Pahang? 2.2 Objektif Kajian i. Mengenal pasti pengetahuan asas pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang dalam "Blended Learning" ii. Mengenal pasti kesediaan pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang dalam kaedah pembelajaran "Blended Learning". iii. Mengenal pasti permasalahan pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang dalam "Blended Learning". 2.3 Kajian Literatur Blended Learning adalah satu kaedah penggabungan pembelajaran secara di atas talian dan juga bersemuka. Ia mempunyai kebaikan dan kelebihan yang tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional. Ia disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Halim & Aris (2016) menunjukkan bahawa pelajar bersetuju bahawa pembelajaran teradun lebih memberi kebaikan dan manfaat berbanding kaedah konvensional. Pelbagai kebaikan dan manfaat yang akan diperolehi pelajar dengan Blended Learning antaranya meningkatkan kepelbagaian kaedah pembelajaran pelajar, kemahiran berfikir dan juga pelajar mempunyai masa yang banyak untuk mengulang kaji pembelajaran. Kemahiran kritikal pelajar dapat ditingkatkan dengan menggunakan pembelajaran teradun (Nadirah Kasim, Fariza Khalid ,2016). Dengan menjalankan kaedah Blended Learning, ia akan lebih berpusatkan kepada pelajar kerana tiada had masa pada sesi pembelajaran di atas talian, pelajar bebas mengakses maklumat pada bila-bila masa dan saling berkongsi kefahaman di antara pelajar yang lain. Oleh itu, pelajar akan mempunyai lebih masa untuk memahami kandungan pembelajaran


22 tersebut, di samping dapat meningkatkan pencapaian pelajar tersebut. Menurut Samah (2020) menyatakan pembelajaran teradun dapat memberi kesan yang positif dengan dapat meningkatkan pencapaian dan juga minat pelajar. Berdasarkan kajian-kajian yang terdahulu, dapat disimpulkan Blended Learning dapat meningkatkan pencapaian pelajar, kemahiran kritikal pelajar dan pelajar lebih bersedia terhadap pelaksanaannya. Kerangka konseptual bagi kajian ini adalah seperti rajah 1 di bawah. Rajah 1: Kerangka Konseptual 2.4 Metodologi Kajian Kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan instrumens soal selidik yang diedarkan pada pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Pahang iaitu pelajar sesi Disember 2019. Soal selidik mempunyai 19 item soalan yang berkaitan objektif kajian. Soal selidik ini diadaptasikan daripada Halim & Aris (2016) dan Hamzah (2017). Soal selidik mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A adalah demografi responden. Bahagian B adalah mengukur pengetahuan asas pelajar terhadap Blended Learning Bahagian C adalah kesediaan pelajar terhadap Blended Learning Bahagian D adalah permasalahan pelajar terhadap Blended Learning. Soal selidik menggunakan skala Likert 1 hingga 5, iaitu: Jadual 1: Skala Likert Jadual 2: Tafsiran Skala Likert Bahagian B, C dan D 3. DAPATAN KAJIAN Dalam membincangkan dapatan kajian ini, pelaporan disediakan berdasarkan kepada item yang terdapat dalam borang soal selidik berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian ini Skala Likert Item 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Memuaskan 4 Setuju 5 Tidak Setuju


23 adalah daripada hasil maklum balas responden yang merupakan pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang. Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Kolej Komuniti Pahang 18 35 28 31 0 10 20 30 40 KOLEJ KOMUNITI GRAF BILANGAN RESPONDEN KOLEJ KOMUNITI ROMPIN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR KOLEJ KOMUNITI BENTONG Berdasarkan Jadual 3, jumlah bilangan responden yang tinggi adalah dari Kolej Komuniti Kuantan iaitu 35 orang dan yang terendah adalah dari Kolej Komuniti Rompin iaitu seramai 18 orang. Jumlah responden adalah seramai 112 orang dan terdiri daripada pelajar semester 1.2 dan 3 Sijil Teknologi Elektrik. 3.1 Analisis Deskriptif Jadual 4: Pengetahuan Pelajar terhadap Blended Learning Berdasarkan jadual 4, item B1 mendapat skor tertinggi (skor min-3.78, sisihan piawai 0.846). Skor min yang terendah adalah item B3 (skor min-3.13, sisihan piawai-1.044) dan berada tahap interpretasi min yang sederhana. Keseluruhannya, nilai purata min bagi pengetahuan pelajar terhadap pembelajaran Blended Learning di tahap yang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan dalam pembelajaran Blended Learning di Kolej Komuniti.


24 Jadual 5: Kesediaan Pelajar terhadap Blended Learning Berdasarkan Jadual 5. item C7 mendapat skor tertinggi (skor min-4.2, sisihan piawai - 0909). Skor min yang terendah adalah item C10 (skor min 3.63. sisihan piawai-0.91). Walaupun mendapat skor min paling rendah tetapi pernyataan ini masih berada pada tahap interpretasi min yang memuaskan. Keseluruhannya, nilai purata min bagi kesediaan pelajar terhadap pembelajaran Blended Learning di tahap yang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa pelajar bersedia terhadap pembelajaran Blended Learning bagi program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Pahang. Jadual 6: Permasalahan Pelajar terhadap Blended Learning Berdasarkan Jadual 6. item D1 mendapat skor tertinggi (skor min-3.76, sisihan piawai-1.117) Skor min yang- terendah adalah item D3 (skor min-3.65, sisihan piawai-1206). Walaupun mendapat skor min paling rendah tetapi pernyataan ini masih berada pada tahap interpretasi min yang memuaskan. Keseluruhannya, nilai purata min bagi permasalahan pelajar terhadap pembelajaran Blended Learning di tahap yang memuaskan (skor min keseluruhan - 3.71 dan sisihan piawai-1.170) Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai masalah jika Blended Learning dilaksanakan di Kolej Komuniti Pahang.


25 Jadual 7: Rumusan Analisis Deskriptif 3.2 Perbincangan Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan para pelajar Sijil Teknologi Elektrik dalam Blended Learning di Kolej Komuniti Pahang iaitu kesediaan dari tahap pengetahuan asas, kesediaan pelajar dan juga permasalahan pelajar jika Blended Learning dilaksanakan. Dalam kajian ini, terdapat 3 objektif kajian iaitu: 1. Mengenal pasti pengetahuan asas pelajar Kolej Komuniti Pahang dalam "Blended Learning". Objektif pertama bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan asas pelajar Kolej Komuniti Pahang dalam "Blended Learning". Hasil analisis menunjukkan skor min keseluruhan tahap pengetahuan pelajar dalam Blended Learning adalah memuaskan iaitu 3.58 dan sisihan piawai 0.927 dan berada di tahap interpretasi min yang memuaskan. Secara jelas di sini, pelajar mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai blended learning Ini dikukuhkan dengan kajian daripada Halim & Aris (2016) yang menyatakan pelajar telah mengetahui konsep pembelajaran teradun seperti ini. Namun begitu, pihak kolej perlu memberi pendedahan secara yang meluaskan kepada para pelajar bagi memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam pembelajaran secara atas talian. Pelbagai platform atau medium yang boleh diguna pakai dalam pembelajaran di atas talian seperti google meet dan sebagainya. Pelajar dapat menerima pembelajaran amali secara bersemuka dan juga setuju menjalankan ujian, kuiz dan sesi teori dalam talian. 2. Kesediaan pelajar Kolej Komuniti Pahang dalam kaedah pembelajaran "Blended Learning" Objektif kedua bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar SKE di Kolej Komuniti Pahang dalam Blended Learning. Hasil analisis menunjukkan skor min keseluruhan tahap kesediaan pelajar dalam Blended Learning adalah memuaskan iaitu 3.86 dengan tahap interpretasi min yang tertinggi. Hasil kajian ini selari dengan Samah (2020) menyatakan pembelajaran teradun dapat memberi kesan yang positif dengan dapat meningkatkan pencapaian dan juga minat pelajar. Dalam pelaksanaan PdP, pensyarah perlu lebih kreatif supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran di atas talian seiring dengan generasi milenium yang gemar menerokai sesuatu yang baru dan juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Menurut kajian Hamzah (2016) mengatakan semua pihak institusi pendidikan telah bersedia dalam melaksanakan pembelajaran secara teradun. Hasil analisis kajian menunjukkan pelajar telah bersedia dalam menerokai pembelajaran secara Blended Learning. Penyelidik yakin pelajar dapat mempelajari pembelajaran atas talian dengan cepat selari dengan dapatan kajian daripada Anuar & Zakaria (2015) yang menyatakan pelajar mudah mempelajari teknologi dengan mudah.


26 3. Permasalahan pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang dalam kaedah pembelajaran "Blended Learning". Objektif ketiga bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang dalam kaedah pembelajaran "Blended Learning. Hasil analisis menunjukkan skor min permasalahan pelajar SKE Kolej Komuniti Pahang dalam kaedah pembelajaran "Blended Learning" adalah 3.71 dan sisihan piawai adalah 1.170 dengan tahap interpretasi min memuaskan. Hasil analisis kajian menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam pelaksanaan Blended Learning dari segi penyediaan komputer dan juga kemudahan wifi. Menurut Asmihan Hamzah (2016) menyatakan memiliki kemudahan seperti komputer riba atau telefon pintar tetapi tiada kemudahan internet menjadikan pelaksanaan Blended Learning tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Ini akan menyukarkan pelajar mengakses pembelajaran di atas talian. Kemudahan liputan wifi perlu diperluaskan melingkupi kawasan asrama dan kawasan-kawasan rehat pelajar. 4. KESIMPULAN DAN CADANGAN Pembelajaran Teradun atau Blended Learning ini adalah salah satu platform pembelajaran yang boleh dilaksanakan pada pelajar teknikal khususnya pelajar Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti. Ini berdasarkan kajian skor menunjukkan kesediaan pelajar untuk mengikuti kaedah pembelajaran ini adalah pada kadar yang memuaskan. Pembelajaran secara bersemuka boleh dilaksanakan bagi kelas amali yang memerlukan pelajar melakukan pembelajaran secara hands-on. Malah bagi topik atau bab yang berkaitan teori, kaedah pembelajaran secara atas talian boleh dilaksanakan. Pelbagai medium pembelajaran atas talian boleh dilaksanakan seperti google classroom, google meet dan sebagainya. Dengan kaedah ini, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah dengan mengulang tayang video atau material yang disimpan dalam medium pembelajaran tersebut pada bila-bila masa. Situasi semasa negara yang dilanda Covid-19, Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Sektor Pengajian Tinggi. Dengan pelaksanaan penjarakan sosial dan beberapa garis panduan Prosedur Operasi Standard atau SOP (Standard Operating Procedure) bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta maka kaedah pelaksanaan Pembelajaran Teradun atau Blended Learning adalah sangat wajar dilaksanakan. Antara SOP tersebut adalah susun atur dalam Bilik Kuliah/ Makmal/ Bengkel Jarak antara meja atau kerusi atau mesin sekurang–kurangnya 2 meter dan jumlah kapasiti pelajar dalam bilik kuliah adalah 50% daripada jumlah asal. Dengan melaksanakan Blended Learning, tiada had pelajar yang dibenarkan menyertai pembelajaran secara atas talian tanpa mengira ruang kelas yang sedia ada dan di samping itu dapat menjimatkan masa pertemuan dengan pensyarah. Tambahan pula, kaedah pembelajaran teradun dapat memudahkan lagi pelaksanaan PdP di mana pelajar dapat menjalani kuliah bukan sahaja di kampus malah di luar kampus. Cadangan penyelidik, perancangan yang khusus dan teratur perlu dibuat bagi menjayakan pelaksanaan Blended Learning. Latihan/Kursus peningkatan kemahiran pembelajaran di atas talian diberikan kepada para pensyarah Kolej Komuniti bagi mendedahkan kaedah pengajaran yang lebih kreatif sesuai dengan teknologi semasa. Pendedahan pembelajaran atas talian juga harus diberikan kepada pelajar dengan lebih terperinci supaya pelaksanaan Blended Learning dapat dilaksanakan secara optimum.


27 Kemudahan internet di kampus juga perlu diperluas dengan berkelajuan tinggi bagi memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran di atas talian terutama di asrama. Rujukan Amiruddin, A. Z. (2020). Kesediaan Pelajar Generasi Z Di Universiti Malaysia Kelantan Dalam Pembelajaran Teradun Bahasa Arab Dalam Era Ir4.0 . Al-Abqari: Journal Of Islamic Social Sciences And Humanities, 86-95. Aris, F. H. (2016). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Teradun (Blended Learning). Journal Of Technical And Vocational Education. , Volume 1, No.2, Page 53-63. Atan, M. S. (2014). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar Menerusi Pembelajaran Teradun Dalam Persekitaran E-Autentik Bervisual. Konvesyen Antarabangsa Jiwa Pendidik . Halim, F. H. (2016). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Teradun (Blended Learning). Journal On Technical And Vocational Education, 53-63. Hamzah, N. B. (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina Dan Program. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Ibrahim, S. B. (2015). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Blended Learning Di Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau Melaka . 1st National Conference On Business & Innovation . Nordin, N. M. (2016). Penerimaan Modul Pembelajaran Digital Berasaskan Strategi Blended Learning (E-Citac) Dalam Kursus Titas. The Online Journal Of Islamic Education. Nurul Nadirah Bt Mohd Kasim, F. K. (2016). Kesesuaian Pembelajaran Teradun Dari Sudut Pandangan Pelajar Pascasiswazah. International Conference On Education For Sustainable Regional Development 2016. Samah, K. A. (2020). Pembelajaran Teradun Berbantukan Streaming Video Bagi Meningkatkan Pencapaian, Minat Dan Persepsi Pelajar Dalam Pembelajaran Topik Ruang . Innovative Teaching And Learning Journal, 61-79. Zurainah Binti Mohamed Said, H. B. (2019). Pendekatan Pembelajaran Teradun (Blended Learning) Dalam Pembelajaran Di Kolej Komuniti Kota Tinggi. E-Jurnal Liga Ilmu Serantau 2019, Malaysia Indonesia (Lis 2019) Issn 2710-6985. Nawawi, S.B (2017). Penggunaan Blended Learning Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Kini di Politeknik Kota Bharu. Proceeding 7thCiE-TVET 2017. Yazid, N. A. (2016). Amalan Pembelajaran Eradun Pensyarah Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. http://eprints.uthm.edu.my.


28


29 TAHAP KESEDIAAN PELAJAR SIJIL KULINARI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Noor Azhar Abd Wahab1, Natasha Noremilia Othman, Nurulshida Abdul Rashid Kolej Komuniti Rompin, [email protected], [email protected] [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti sejauh mana kesediaan pelajar Sijil Kulinari Kolej komuniti Rompin terhadap Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara dalam talian berbanding kaedah konvensional iaitu pembelajaran secara bersemuka. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah secara tinjauan. Instrumen kajian menggunakan set soal selidik yang dibina menggunakan Google Form. Soal selidik mengandungi 18 item berskala Likert 5-mata. Seramai 60 pelajar Sijil Kulinari Kolej Komuniti Rompin telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan persampelan secara rawak. Kajian ini memfokus kepada (1) tahap pengetahuan pelajar Sijil Kulinari tentang pembelajaran secara dalam talian, (2) tahap kesediaan pelajar Sijil Kulinari untuk belajar secara dalam talian dan (3) tahap Kemudahan pembelajaran pelajar. Data yang diperoleh dianalisis bagi mendapatkan nilai peratus dan skor min menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar mengetahui konsep pembelajaran secara dalam talian, mempunyai kesediaan serta kemudahan yang bersesuaian iaitu di tahap yang sederhana (skor min melebihi 2.40). Justeru itu, pembelajaran dalam talian boleh dilaksanakan di KKRP sebagai medium pembelajaran di norma baru. Kata kunci: pembelajaran dalam talian, pelajar kulinari, medium pembelajaran 1. PENGENALAN Pembelajaran dalam talian pada masa kini adalah merupakan konsep baru dalam pendidikan di negara ini. Penggunaan internet serta telefon pintar dalam proses pembelajaran dan pengajaran menjadi salah satu transformasi dan pembaharuan yang ketara dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah cuba melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran bermula pada tahun 2014. Pelaksanaan PAK21 dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini serta membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. Ianya turut dapat dilihat di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025 oleh KPM di mana ianya mengiktiraf penggunaan teknologi pembelajaran dalam usaha memperbaiki kebolehcapaian dan prestasi pelajar di Malaysia. Kaedah pembelajaran di dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tidak membosankan kerana pelajar mendedahkan penggunaan teknologi dengan meluas sewaktu kuliah (Harian Metro, 2016). Kemudahan jalur lebar atau wifi yang mudah serta murah membantu pengajar dan pelajar untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat serta mewujudkan satu jaringan kumpulan yang membolehkan diskusi, kuiz, ujian dan perbincangan dijalankan. Aplikasi – aplikasi seperti Whats’App, Telegram dan Youtube membolehkan pelbagai maklumat diakses pada bila – bila masa (Nurulhuda, Norfadzilah &


30 Haslan, 2017). Antara contoh sistem pembelajaran dalam talian yang telah dilaksanakan di IPTA atau pun IPTS di negara kita adalah UMP KALAM di Universiti Malaysia Pahang, sistem ULearn di Universiti Teknikal Malayasia (UTeM) serta Curiculum Information Document Online System (CIDOS) yang diguna pakai di Politeknik seluruh Malaysia. Ini membuktikan bahawa konsep pembelajaran atas talian telah diaplikasikan serta diguna pakai. Bagi penggunaan di telefon pintar pula, banyak aplikasi – aplikasi pintar telah diwujudkan bagi membantu pengajar. Antaranya ialah Kahoot, Google Classroom, dan Google Meet, yang aplikasinya mudah dibangunkan serta sesuai digunakan untuk semua peranti pintar. 1.1 Pernyataan Masalah Baru – baru ini, negara kita dikejutkan dengan wabak Pandemik Convid-19 yang telah melanda seluruh negara. Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta diarahkan untuk ditutup sementara dan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Menerusi satu Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. Ini disokong dengan kenyataan media oleh pihak KPT bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara atas talian hingga 31 Disember 2020 di mana semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali beberapa kategori pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan edaran surat bertarikh 3 Jun 2020 oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang mana satu Garis Panduan Pengurusan Operasi Insitusi Pendidikan Tinggi semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diedarkan yang melibatkan aspek pengendalian pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pengajian Tinggi, 2020). Kejadian ini telah mencetuskan perubahan terhadap konsep pembelajaran konvesional iaitu kaedah pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran secara dalam talian. Justeru itu dalam memastikan prosedur ini dilaksanakan maka kajian ini dilakukan bagi melihat kesediaan pelajar Kulinari Kolej Komuniti Rompin (KKRP) dalam kesediaan mereka untuk belajar secara dalam talian. Persoalannya bersediakah pelajar – pelajar Sijil Kulinari ini untuk menghadapi proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. 1.2 Objektif Kajian Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk: i. Mengukur tahap pengetahuan pelajar Kulinari tentang pembelajaran secara dalam talian. ii. Mengukur tahap kesediaan pelajar menerima pembelajaran secara dalam talian. iii. Mengukur tahap kemudahan sedia ada bagi pelajar melaksanakan pembelajaran secara dalam talian. 2. KAJIAN LITERATUR Pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian di Kolej Komuniti seluruh Malaysia masih dalam peringkat permulaan berbanding pelaksanaannya di Politeknik Malaysia yang telah diamalkan sejak tahun 2014. Ini disebabkan Kolej Komuniti merupakan institusi TVET (Technical


31 and Vocational Education and Training) pengajian tinggi yang menjalankan 100% penilaian berterusan iaitu tiada peperiksaan akhir. Penilaian berterusan ini adalah termasuk ujian, kuiz, tugasan dan juga projek amali. (Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej komuniti, 2018). Begitu juga di Kolej Komuniti Rompin (KKRP) Pembelajaran Berasaskan Hasil (Outcome Based Education, OBE) masih dipraktiskan dan dilaksanakan. Pecahan pelaksanaan kelas amali dan praktikal adalah lebih banyak berbanding kelas secara bersemuka di mana peratus pecahannya adalah berbeza mengikut pemberatan setiap subjek teknikal. Ini menyukarkan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Justeru itu, bagi melaksanakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran selari dengan kehendak kerajaan, pelbagai evolusi teknologi pendidikan dicipta dan dibentuk. Antaranya menurut Syed Ardi dan Zaidatun (2008) mengatakan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan disebabkan kemajuan teknologi yang berkembang pesat. Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti video, aplikasi pendidikan dapat memberikan satu bentuk rangsangan yang berkesan semasa sesi P&P berlangsung. Ianya juga disokong oleh Shuib A., Sarkawi, A., & Yaakob, M. (2020), persekitaran mobile learning telah dikenal pasti sebagai sebagai kaedah yang baru dan menarik serta mampu mengubah cara manusia belajar. Melalui mobile learning, pembelajaran boleh berlaku melangkaui sempadan bilik kuliah, tempat dan masa. Namun, ianya turut disokong dengan kenyataan oleh Baharuddin, Abu & Ali, (2001) Penggunaan teknologi media melalui pelbagai bahan-bahan media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dapat memberikan satu hasilan persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Saifuilnizan (2018), yang menegaskan penggunaan perisian atau aplikasi, perkakasan atau gajet sebagai peralatan teknologi pendidikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan. 3. METODOLOGI 3.1. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dilaksanakan adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan. Kajian ini dipilih berdasarkan kesesuaian dengan bentuk kajian yang dibuat kerana ia lebih praktikal dan realistik untuk mendapatkan maklum balas yang baik daripada responden. Kajian Tinjauan ialah pengumpulan data secara terus daripada kumpulan subjek dengan menggunakan soalan kajian (soal selidik) melalui lisan atau kertas-pensil (Chua, 2011). 3.2. Populasi dan Sampel Kajian Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Populasi kajian adalah terdiri daripada 60 pelajar kulinari yang terdiri dari semester 2 dan 3. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), adalah mencukupi dengan mengambil seramai 52 orang responden sebagai sampel bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. 3.3. Instrumen Kajian Kaedah Kuantitatif melalui edaran borang selidik yang diedarkan melalui google form dipilih sebagai instrumen kajian. Ianya dipilih bertujuan untuk mendapatkan data kajian dalam masa yang singkat. Pembinaan borang soal selidik ini diadaptasi dan diubah suai daripada kajian yang dijalankan oleh Nurulhuda, Norfadzilah dan Haslan, (2017) yang bertajuk M-


32 Pembelajaran: Kesediaan Pelajar KKBBM terhadap Era Baru Medium Pembelajaran. Soal selidik ini juga dibina menggunakan platform google form dan diedarkan secara dalam talian selaras dengan objektif kajian dan memberikan maklumat awal kepada penyelidik terhadap kesediaan pelajar dalam aspek kemudahan. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Setiap satu bahagian mewakili setiap pemboleh ubah yang dikaji. Bahagian A: Demografi responden Bahagian B: mengandungi 7 item untuk mengukur Aspek Pengetahuan responden Bahagian C: mengandungi 6 item untuk mengukur Aspek Kesediaan responden Bahagian D: mengandungi 5 item untuk mengukur Aspek Kemudahan Skala Likert 1 hingga 5 yang diadaptasi daripada Mohamad Majid (1994) seperti Jadual 1 digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang dikemukakan. Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian B, C dan D Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) 1 2 3 4 5 3.4. Kaedah Analisis Dapatan yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 21.0 dengan menggunakan teknik seperti analisis kekerapan dan deskriptif. Analisis kekerapan dilakukan untuk mendapat data mengenai latar belakang responden seperti jantina dan umur. Analisis deskrptif digunakan bagi tujuan untuk mendapatkan skor min dan sisihan piawaian bagi aspek pengetahuan, kesediaan dan kemudahan. Penentuan interpretasi min adalah berdasarkan julat skor min sebagaimana diubah suai daripada Creswell (2005) dalam buku penyelidikan beliau iaitu Educational Research-Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research seperti Jadual 2. Jadual 2: Interpretasi Min Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 - 1.80 1.81 - 2.60 2.61 - 3.40 3.41 - 4.20 4.21 - 5.00 Sangat tidak memuaskan Tidak memuaskan Sederhana Memuaskan Sangat memuaskan Sumber: Creswell, 2005 4. ANALISIS DATA DAN HASIL 4.1. Latar Belakang Responden Bagi data demografi responden, kaedah statistik kekerapan digunakan. Ianya merangkumi jantina, umur, dan semester terkini responden. Hasil analisis mengikut jenis data demografi responden diperbincang berdasarkan Jadual 4, Jadual 5 dan Jadual 6.


33 Jadual 4: Profil Responden mengikut jantina Jantina Frekuensi Peratus (%) Lelaki Perempuan Jumlah 13 39 52 25.0 75.0 100.0 Berdasarkan Jadual 4, data kajian menunjukkan bahawa responden kajian adalah terdiri daripada 52 orang peserta. Jumlah peserta lelaki adalah 13 orang (25.0%) dan bagi peserta perempuan pula adalah seramai 39 orang (75.0%). Jadual 5: Profil Responden mengikut umur Umur Frekuensi Peratus (%) 18 hingga 19 tahun 20 hingga 21 tahun Jumlah 40 12 52 76.9 23.1 100.0 Berdasarkan Jadual 5, data kajian menunjukkan kategori umur responden di mana 40 orang (76.9%) adalah daripada lingkungan umur 18 hingga 19 tahun dan 12 orang (23.1%) mewakili lingkungan umur 20 hingga 21 tahun Jadual 6: Profil Responden mengikut Semester Semester Frekuensi Peratus (%) Sem 2 Sem 3 Jumlah 25 27 52 48.1 51.9 100.0 Berdasarkan Jadual 6, data kajian menunjukkan bahawa 25 orang responden (48.1%) adalah pelajar Kulinari dari semester 2 dan Seramai 27 orang (51.9%) merupakan pelajar Kulinari semester 3. 4.2. Analisis Aspek Pengetahuan Kaedah analis deskriptif digunakan untuk mendapat nilai skor min dan sisihan piawai bagi aspek pengetahuan responden pada Bahagian B, aspek kesediaan pada Bahagian C dan aspek kemudahan pada bahagian D. Jadual 7: Analisis Aspek Pengetahuan Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Berpengetahuan mencari maklumat menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer riba dan telefon pintar 3.79 0.997 Memuaskan B2 Mengetahui kaedah pembelajaran menggunakan aplikasi seperti WhatsApp/Telegram/Google Classroom / CIDOS/YouTube, EdPuzzle dan sebagainya 3.83 0.944 Memuaskan B3 Mengetahui kewujudan sistem pembelajaran dalam talian pada masa kini mengantikan sistem pembelajaran konvensional 3.67 0.964 Memuaskan B4 Mengetahui pembelajaran dalam talian mempunyai banyak kelebihan 3.33 1.098 Sederhana


34 B5 Mengetahui pembelajaran dalam talian tidak terikat dengan lokasi fizikal 3.37 1.085 Sederhana B6 Pembelajaran dalam talian akan membantu menarik minat saya dalam pelajaran 3.25 1.100 Sederhana B7 Saya yakin pembelajaran dalam talian menjadikan proses pengajaran menjadi lebih baik 3.17 1.080 Sederhana Skor min keseluruhan 3.54 0.864 Memuaskan Berdasarkan dapatan analisis dalam jadual 7, responden (pelajar) mempunyai pengetahuan dalam pembelajaran dalam talian. Ini dibuktikan dengan tafsiran nilai min keseluruhan yang memuaskan iaitu 3.54 dan sisihan piawai 0.864. Item B2 “mengetahui kaedah pembelajaran menggunakan aplikasi seperti WhatsApp/Telegram/Google Classroom/CIDOS/YouTube” mendapat skor min tertinggi (skor min=3.83, sisihan piawai=0.944). Skor min ini menunjukkan bahawa perspektif responden adalah berada pada tahap interpretasi min yang memuaskan. Item B1 mendapat skor min kedua tertinggi iaitu 3.79 dengan nilaian sisihan piawai 0.977. Item B3 (skor min=3.67, sisihan piawai=0.964) mendapat skor min ketiga tertinggi dan diikuti item B5 (skor min=3.37, sisihan piawai=1.085), B4 (skor min=3.33, sisihan piawai=1.098) dan B6 (skor min=3.25, sisihan piawai=1.100). Manakala skor min terendah adalah 3.17 iaitu item B7 “Saya yakin pembelajaran dalam talian menjadikan proses pengajaran menjadi lebih baik” dan berada pada tahap interpretasi min sederhana. Jadual 8: Analisis Aspek Kesediaan Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min C1 C2 C3 C4 C5 C6 Saya mempunyai laman perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekelas menggunakan telefon pintar Saya lebih cenderung membaca nota - nota yang diberikan oleh Pensyarah secara maya Saya berasa tertarik dan berminat untuk menggunakan Pembelajaran secara dalam talian bagi kursus kulinari Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran secara dalam talian adalah pilihan saya Saya bersedia untuk belajar secara dalam talian pada bila - bila masa. Saya bersetuju jika Pembelajaran dan Pengajaran bagi kursus Kulinari diaplikasikan secara dalam talian di Kolej Komuniti Rompin 3.98 3.69 3.12 3.02 3.27 3.23 0.874 0.853 1.215 1.276 1.173 1.308 Memuaskan Memuaskan Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Skor min keseluruhan 3.38 0.955 Sederhana Berdasarkan analisis item yang dipaparkan pada Jadual 8, nilai purata min bagi aspek tahap kesediaan responden (pelajar) dalam pembelajaran dalam talian yang terdiri daripada item


35 C1 hingga C6 berada pada tahap interpretasi min sederhana (skor min=3.38, sisihan piawai=0.955). Item C1 “Saya mempunyai laman perbincangan bersama pensyarah dan rakan sekelas menggunakan telefon pintar” mendapat skor min tertinggi (skor min=3.98, sisihan piawai=0.874). Item C2 mendapat skor min kedua tertinggi (skor min=3.69, sisihan piawai=0.853) dan diikuti oleh item C5 (skor min=3.27, sisihan piawai=1.173), C6 (skor min=3.23, sisihan piawai=1.308) dan C3 (skor min=3.12, sisihan piawai=1.215). Manakala item C4 “Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran secara dalam talian adalah pilihan saya” mendapat skor min paling rendah (skor min=3.02, sisihan piawai=1.276). Jadual 9: Analisis Aspek Kemudahan Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min D1 D2 D3 D4 D5 Saya mempunyai telefon pintar atau komputer riba untuk berkomunikasi dan membuat tugasan Saya boleh mengakses internet di mana sahaja dan pada bila - bila masa Saya yakin dengan fasiliti dan kemudahan internet sedia ada dapat membantu saya belajar secara dalam talian Saya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membeli kuaota internet/telefon pintar/komputer riba/printer dan sebagainya jika perlu Saya merasakan penggunaan telefon pintar sebagai medium pembelajaran lebih efisyen buat masa kini 3.98 3.42 3.58 2.98 3.38 0.939 0.977 0.997 1.196 1.051 Memuaskan Memuaskan Memuaskan Sederhana Sederhana Skor min keseluruhan 3.47 0.871 Memuaskan Berdasarkan analisis item yang dipaparkan pada Jadual 9, nilai purata min bagi aspek kemudahan responden (pelajar) dalam pembelajaran dalam talian yang terdiri daripada item D1 hingga D5 berada pada tahap interpretasi min memuaskan (skor min=3.47, sisihan piawai=0.871). Item D1 “Saya mempunyai telefon pintar atau komputer riba untuk berkomunikasi dan membuat tugasan” mendapat skor min tertinggi (skor min=3.98, sisihan piawai=0.939). Item D3 mendapat skor min kedua tertinggi (skor min=3.58, sisihan piawai=0.997) dan diikuti oleh item D2 (skor min=3.42, sisihan piawai=0.977), dan D5 (skor min=3.38, sisihan piawai=1.051). Manakala item D4 “Saya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membeli kuaota internet/telefon pintar/komputer riba/printer dan sebagainya” mendapat skor min paling rendah (skor min=2.98, sisihan piawai=1.196). 5. PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1. Perbincangan Menerusi dapatan kajian dan analisis yang telah dibuat, jelas membuktikan bahawa para pelajar Sijil Kulinari bersedia untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium pembelajaran baru di KKRP. Ini dibuktikan melalui tafsiran nilai min keseluruhan yang memuaskan iaitu 3.54 dan sisihan piawai 0.864. Begitu juga dengan aspek


36 kesediaan yang mana min keseluruhan berada pada tahap sederhana iaitu 3.38. Bagi aspek kemudahan ianya dapat diinterpretasikan pada tahap yang memuaskan di mana jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai 3.47. Ini menunjukkan pelajar mempunyai kemudahan yang mencukupi jika pelaksanaan pembelajaran dalam talian harus dijalankan. Menurut Nurulhuda e.t al, (2017) Pelaksanaan pembelajaran dalam talian memberikan impak positif di dalam aspek (PdP) dengan menjadikan penggunaan aplikasi pendidikan sebagai salah satu penyelesaian masalah dalam dunia pendidikan kerana ianya dapat menjimatkan masa dan ruang. Namun kerana konsep pembelajaran secara dalam talian belum pernah diimplimentasikan lagi bagi pelajar Sijil Kulinari di KKRP, kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu perjumpaan secara bersemuka dan amali masih dilaksanakan. 5.2. Cadangan Berdasarkan kepada analisis data yang dibuat dan perbincangan ke atas hasil dapatan kajian, pengkaji mencadangkan beberapa perkara yang dirasakan wajar untuk diambil perhatian oleh pihak pensyarah Kulinari khususnya serta pengurusan amnya bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pembelajaran dalam talian di KKRP. Dalam kajian ini juga menggariskan beberapa perkara yang memerlukan perhatian untuk penambahbaikan: i. Kemudahan Jalur Lebar – menambah baik kemudahan asas jalur lebar yang berkelajuan tinggi di bengkel serta bilik – bilik kuliah. Ianya bertujuan memudahkan proses penyampaian dan pengajaran agar berlangsung dengan lancar. ii. Kemahiran – memastikan setiap pensyarah untuk mengikuti kursus atau latihan dalam pengajaran secara dalam talian. Ianya bertujuan agar setiap pensyarah dapat memberi pengajaran yang terkini seiring dengan perkembangan pembelajaran moden. 6. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini diharapkan dapat ianya menjadi titik permulaan kepada penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Ini kerana, dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar KKRP memahami konsep pembelajaran dalam talian, malah bersedia untuk melaksanakannya. Ternyata pelaksanaan pembelajaran dalam talian harus berlaku dan dipraktiskan oleh para pensyarah dan pelajar Kulinari kerana pembelajaran dalam talian dapat memberi manfaat kepada semua pihak dari segi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran, mengurangkan kos dan masa penyampaian, dan proses perkongsian ilmu berlaku pada bila-bila masa serta di mana-mana jua. Justeru itu, pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini diharap akan memberi impak yang positif dalam sistem pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar Sijil Kulinari khususnya serta para pensyarah Program Kulinari amnya. 7. RUJUKAN Baharuddin Aris, Mohd Salleh Abu & Mohamad Bilal Ali (2001). Learning about information technology in education using multimedia. VirTEC Journal, 1(1). Chua, Y.P. (2011). Kaedah Dan Statistic Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Mcgraw-Hill Education.


37 Chua Y.P. (2014). Kaedah Penyelidikan. Dalam Krejcie & Morgan(1970). Menentukan Saiz Sampel dengan Mengawal Ralat Jenis 1(pp.237). Mc Graw Hill:Malaysia Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall. Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0. Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Harian Metro (2016), Teknologi dalam pembelajaran, pengajaran. Retrived from. NurulHuda Salim, Norfadzliah Mohamad Yatim & Haslan Aziz. (2017). M – Pembelajaran: Kesediaan Pelajar KKBBM Terhadap Era Baru Medium Pembelajaran Norliza A.Rahim (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM. Capaian melalui http://eprints.uthm.edu.my/5372/ Normilawati Hassan, Azliza Yusop (2015). Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi E–Learning Kolej Komuniti Kuantan Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Terkini Di Kolej Komuniti Kuantan. Capaian melalui https://www.academia.edu/12872155/ Pendidikan Tinggi. http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_DePAN_v2.pdf JPPKK (2018). Pelan Startegik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 – 2025 (47-55) Perpustakaan Negara Malaysia Pengendalian Aktiviti Akademik Di Kampus Institusi Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan retrived from https://www.mohe.gov.my/mediakpt/kenyataan-media/1126-pengendalian- aktiviti-akademik-di-kampus-institusipendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan-pergerakan Syed Ardi Syed Yahya Kamal, & Zaidatun Tasir. (2010). Pembelajaran masa depan-mobile learning (m-learning) Capaian melalui http://eprints.utm.my/7989/ Saifuilnizan Che Ismail (2018), Majalah Pendidik; Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21 Capaian Melalui https://www.pendidik.com.my/2018/02/01/kahoot-aktiviti-interaktifpdpc-abad-21/ Shuib, A., Sarkawi, A., & Yaakob, M. (2020). Pengaruh Pengalaman Teknologi, Peluang Dan Kesediaan Terhadap Penggunaan Mobile Learning Di Institut Pendidikan Guru Zon Utara. Jurnal Dedikasi, 14, 143-166. Retrieved from http://103.8.145.246/index.php/jd/article/view/7981


38 KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PRODUK SMART SOLAH DIGITAL SIGNAGE (SSDS) DI MASJID DAN SURAU YANG TERPILIH DI MALAYSIA Mohd Farid bin Rahat¹, Ayubkhan bin Abdul Kadir², Halim bin Paimun³ 1. Kolej Komuniti Rompin 2. Kolej Komuniti Segamat 3. Kolej Komuniti Segamat E-mail: [email protected] Abstrak Smart Solah Digital Signage (SSDS) adalah produk audio visual yang dilengkapi dengan perisian "Digital Signage" dan digabungkan bersama aplikasi Jam Solat sebagai kemudahan di masjid dan pusat Islam. Produk ini mengisi kelompongan produk ICT sedia ada yang hanya memiliki fungsi yang terhad dan tidak memenuhi sasaran penggunaan di masjid dan surau. Mengetengahkan fungsi teknologi yang lebih moden, dan lebih menepati sasaran penggunaan yang lebih efektif, maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan pelanggan produk SSDS. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 32 orang responden dari masjid dan surau terpilih di Malaysia yang telah mengguna pakai produk SSDS. Dapatan menunjukkan tahap kepuasan berada pada tahap memuaskan dan tinggi serta menepati spesifikasi keperluan pengguna berpandukan dapatan min skor melebihi 3.68. Kata Kunci: smart solah digital signage, teknologi. 1. PENGENALAN Selaras dengan perkembangan teknologi multimedia masa kini dan matlamat Malaysia membangun dalam kemodenan menuju Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), pusat-pusat Islam, badan-badan korporat Islam dan masjid-masjid serta surau-surau juga tidak ketinggalan dalam arus teknologi ini. Mereka ini ingin dan perlu memaparkan informasi-informasi terkini secara digital dan interaktif bagi memudahkan pihak-pihak pengurusan menyampaikan sesuatu maklumat secara tepat, menarik dan pantas dari pihak-pihak berautoriti berkenaan sesuatu. Dalam masa yang sama, paparan digital ini ingin disertakan sekali dengan peringatan waktu solat apabila masuknya waktu solat tidak kira di masjid-masjid, pusat-pusat Islam mahupun badan-badan korporat. Secara tradisi, kaedah kebiasaan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat adalah secara lisan dan melakarkan di papan putih atau tempat paparan untuk memberikan penerangan. Kajian analisis oleh Syahamin Mohd Salleh et al. (2013) dan Anita Dighe (2003). Penvisualan merupakan pendekatan yang terbaik untuk menjelaskan imaginasi atau gambaran yang mudah difahami. Kaedah penyampaian secara konvensional atau tradisi untuk kurang mendapat sambutan. Menurut (Cetin & Andrew-larson, 2016; Esponda, 2010: S. Roy, 2009) penggunaan aplikasi dalam bentuk visual dapat membantu pemahaman minat dan motivasi. Bagi Junaid Akram


39 & Luping Fang (2015) menggunaan alat bantuan visual dapat mempertingkatkan tahap kognatit dan menyokong pembelajaran dan penyampaian yang lebih baik. Maka dengan inilah terhasil produk audio visual SSDS, yang menawarkan kelengkapan dan perisian "Digital Signage" digabungkan bersama aplikasi Jam Solat. Misi kami adalah untuk menawarkan produk pada harga yang sangat berpatutan, di samping dapat membangunkan kemudahan di dalam masjid-masjid dan pusat-pusat Islam, selaras dengan perkembangan teknologi multimedia masa kini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan produk SSDS di masjid dan surau yang terpilih di Malaysia Objektif Kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti keberkesanan kemudahan dan perkhidmatan produk SSDS. 2. Mengenal pasti kepuasan pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan produk SSDS. Soalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut: 1. Adakah pelanggan berpuas hati terhadap kemudahan dan perkhidmatan produk SSDS? 2. Adakah produk SSDS ini pilihan yang terbaik untuk pelanggan? 2. SOROTAN KAJIAN 2.1 Model kepuasan Pelanggan Kajian A. Kahar, (2008) Kepuasan pelanggan dalam istilah perniagaan yang bermaksud perkhidmatan yang diberikan oleh satu organisasi memenuhi jangkaan pelanggan atau kepuasan pelanggan dan mewujudkan kesetiaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Ramli, Chai dan Idris. (2009) menyatakan terdapat pelbagai instrumen pengukuran bagi mengukur kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan, terdapat lima dimensi yang paling dinilai oleh pelanggan dalam mencapai kepuasan terhadap sesuatu perkhidmatan iaitu kebolehpercayaan, jaminan, bukti fizikal. Empati dan responsif. Bagi membantu pembekal perkhidmatan untuk memahami jangkaan dan persepsi pelanggan serta penilaian kualiti yang berterusan menurut Booth. (2003). Manakala menurut Johari (2007). Setiap dimensi penilaian adalah kemudahan fizikal, keadaan peralatan dan keupayaan untuk melaksanakan servis dengan betul dan tepat. Kemampuan menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada pihak pelanggan. 2.2 Model Kualiti Perkhidmatan Menurut Gotzami dan Tsiotras, (2002) & Singels et al. (2001), sesebuah organisasi yang menitikberatkan mutu dalam perkhidmatan bagi membantu membaiki operasi dalaman syarikat peningkatan mutu komunikasi antara pihak dalaman dan luar kerana adanya tanggungjawab kerja yang jelas kesedaran terhadap isu kualiti dan meningkatkan produktiviti,


40 meningkatkan kepuasan pelanggan dan kepercayaan mereka terhadap produk syarikat. Persepsi terhadap kualiti servis sebagai tanggapan pelanggan telah menerima kualiti yang diharapkan dan boleh dikatakan sebagai penilaian luaran pelanggan dalam bentuk sikap. Kajian dari Alias dan Abdul Rahman, (2001). Menurut Toh (2005), sejauh mana organisasi dapat mencapai piawaian kualiti adalah bergantung kepada persepsi pelanggan perkhidmatan atau pelanggan produk yang disarankan. 3. METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian ini adalah merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi melihat kepuasan pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan produk SSDS. Rajah 1.0 adalah gambar Smart Solah Digital Signage (SSDS) Persampelan Persampelan adalah terdiri dari pelanggan produk SSDS di seluruh negara yang sedang menggunakan produk tersebut. Instrumen Kajian Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik bagi pelanggan produk SSDS. Maklum balas bagi soal selidik yang digunakan dalam kajian ini menggunakan 5 skala likert seperti dalam jadual 1. bahagian A: Ekonomi. bahagian B: Fungsi & reka bentuk.


41 bahagian C: Penyelenggaraan & perkhidmatan. bahagaian D: Penambahbaikan. Jadual 1: Maklum balas soal selidik Analisis Data Analisis data menggunakan Statistical Package for the Social Sciences SPSS telah dilakukan terhadap set soal selidik bagi kajian ini dan mempunyai 11 soalan menggunakan 5 skala Likert 4. ANALISIS DAN PERBINCANGAN Kajian kepuasan pelanggan ini fokus kepada tiga kategori iaitu bahagian A (ekonomi), bahagian B (fungsi & reka bentuk) dan bahagian C (penyelenggaraan & perkhidmatan) bagi pelanggan produk SSDS. lanya diukur dengan menggunakan jadual skala min merujuk Jadual 2. Jadual 2: Jadual Skala Min Analisis Data Kajian ini dianalisis data dengan menggunakan borang soal selidik Analisis Dapatan Kajian Terdapat beberapa aspek yang dihuraikan dalam soal selidik bahagian A iaitu ekonomi merangkumi negeri, produk SSDS, harga yang ditawarkan dan kos yang jimat. Responden yang telah menjawab soal selidik ini adalah dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid dan surau. Jadual 3 menunjukkan taburan bilangan responden yang telah menjawab soal selidik daripada seluruh negara. Jadual 3 menunjukkan bilangan responden masjid dan surau di seluruh negara, terdapat 9 negeri yang menjawab soal selidik, responden dari negeri Pahang paling tertinggi sebanyak 37.5% manakala negeri Melaka dan Pulau Pinang sebanyak 3.1 % responden menjawab soal selidik paling rendah.


42 Jadual 3: Bahagian A (negeri) Jadual 4 menunjukkan harga produk SSDS adalah berbaloi dengan harga yang ditawarkan, 90.6% responden menjawab harga produk SSDS harga kadar berpatutan dan 9.4% responden menjawab harga pada kadar mahal. Jadual 4: Bahagian A (harga yang ditawarkan) Jadual 5 menunjukkan produk SSDS ini dapat menjimatkan kos dari segi masa, penyelenggaraan dan perkhidmatan dengan menunjukkan 96.9% responden menjawab menyatakan bersetuju produk ini adalah jimat dan 3.1% responden menjawab menyatakan tidak jimat. Jadual 5: Bahagian A (Kos Penjimatan) Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik di kalangan responden dan maklum balas bagi soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berpandukan 5 Skala Likert. Terdapat 6 soalan dari bahagian B dan 5 soalan dari bahagian C. Jadual 6. responden menjawab bagi soal selidik bahagian B iaitu kepuasan pelanggan terhadap fungsi dan reka bentuk pada skor min yang tinggi dan sangat baik.


Click to View FlipBook Version