143 Fadzlina. (2022, April 18). Beri peluang pekerjaan pada graduan. USIM | UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/beri-peluang-pekerjaan-padagraduan/ Fidlizan, M., Azila, A. R., Mohd Yahya, M. H., & Salwa, A. A. (2014). Kesanggupan Alumni Menyumbang Kepada Universiti : Kajian Dalam Kalangan Guru- Guru Muslim Di Johor. Shariah Journal, 22(2), 259–288. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2022). Kamus KPI 2022.pdf. Google Docs. https://drive.google.com/file/d/19JqdJHlf1J_84pBrQI-ogLKRAq0n8Bn-/view Kementerian Pengajian Tinggi. (2021). LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN TVET 2020. In Ministry of Higher Education. https://www.mohe.gov.my/en/download/publications-journals-and-reports/lkpg/ 2020-1/ 833-laporan-kajian-pengesanan-graduan-tvet-2020/file Suliati Asri. (2021, Februari 14). Majlis alumni bina jaringan kukuh. Harian Metro; New Straits Times. https://www.hmetro.com.my/akademia/2021/02/674551/majlis-alumnibina-jaringan-kukuh Tulankar, S., & Grampurohit, B. (2020). Role of alumni as stakeholders in enhancing quality education. Sustaining Quality: NAAC New Guidelines 2017. https://www.researchgate.net/publication/341650267_Role_of_alumni_as_stakehol ders_in_enhancing_quality_education USM News Portal. (2015, April 27). ALUMNI USM DISERU MENJADI “ROLE MODEL” KEPADA MASYARAKAT. https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/861-alumni-usm-diseru-menjadirole-model-kepada-masyarakat
144 TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERNIAGAAN SEMASA PENGAJIAN SATU TINJAUAN DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Mohammad Azrinsha Abdul Wahab1, Mastura Mastor2 1Kolej Komuniti Rompin 2Kolej Komuniti Rompin [email protected] Abstrak Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah menggariskan 10 lonjakan utama iaitu antaranya ialah Lonjakan 1 tentang Graduan Holistik, berciri keusahawanan dan seimbang iaitu antara kaedahnya mewujudkan peluang kepada pelajar dan staf akademik untuk menguasai kemahiran keusahawanan dan menerusi cuti sabatikal, sangkutan industri, inkubator perniagaan dan dasar laluan istimewa kepada perniagaan yang dipelopori pelajar. Kebanyakan pelajar masih belum dapat mengenal pasti peluang dan mengetahui kepentingan berniaga sebagai satu kerjaya mereka di masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini merupakan penyelidikan preliminary bagi mengenal pasti pelajarpelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan ketika masih dalam pengajian di Kolej Komuniti Rompin. Seramai 129 orang responden yang terdiri daripada pelajar 5 program di Kolej Komuniti Rompin iaitu Program Sijil Kulinari (SKU), Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP), Program Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU). Data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 22 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan kekerapan. Hasil kajian didapati bahawa tahap penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian masih berada pada tahap rendah. Kebanyakan jenis perniagaan yang diminati oleh pelajar ialah perniagaan dalam bidang makanan dan berskala kecil walaupun pada masa yang sama mereka sibuk menjalankan tugasan sebagai pelajar. Keseluruhan pelajar yang menjalankan perniagaan ini menggunakan medium perniagaan di atas talian seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa proses pembelajaran boleh memberi pengalaman dalam pengendalian perniagaan di samping boleh menambah wang belanja mereka. Bagi mewujudkan budaya meniaga dalam kalangan pelajar pihak institusi dan pensyarah program perlu memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang perniagaan yang sangat luas serta memberi pulangan lumayan. Pelbagai program atau aktiviti keusahawanan perlu digiatkan untuk membimbing pelajar dari segi kaedah memilih produk bersesuaian, strategi pemasaran dan pengamalan sistem pengurusan yang betul dan cekap. Pelajar yang terlibat dalam perniagaan ini perlu juga diberi bantuan modal bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi perniagaan semasa dalam pengajian. Kata Kunci: Perniagaan, Keusahawanan, Pelajar, Pengajian 1. PENGENALAN Perniagaan merupakan bidang yang membolehkan peniaga mendapat keuntungan yang tinggi jika terdapat galakan dan dorongan serta peluang dan bantuan dari pihak keluarga, masyarakat, pemimpin serta negara amnya. Perniagaan juga merupakan pekerjaan yang membolehkan peniaga mendapat pendapatan untuk keperluan hidupnya
145 dan keluarga. Lebih lebih lagi di era di mana terdapat lambakan graduan lepasan universiti dan lepasan sekolah menyebabkan mereka terpaksa bersaing dan bertungkus lumus mencari perniagaan. Maka belia dapat mendapatkan pekerjaan dari para peniaga atau memulakan perniagaan sendiri. Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang telah sekian lama bertapak di dalam dunia ini. Ia bukan sahaja sahaja melibatkan pertukaran barang, malah bidang ini juga menjadi bahan kajian dengan mengemukakan pelbagai teori dan hasil kajian untuk pembangunan mapan. Sejak ia diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi, bidang keusahawanan menjadi semakin penting sebagai satu bidang kerjaya. Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT) 2021–2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu IPT atau MOHE Guide to Entrepreneurship Integrated Education (EIE) bagi mendukung kelestarian agenda keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT. Terdapat 6 fokus utama, iaitu: ● Asas Pengetahuan Dalam Keusahawanan (Fundamental/Basic); ● Pengetahuan Dalam Keusahawanan Lanjutan (Advanced); ● Pengetahuan Dalam Bidang Perniagaan (Business Knowledge); ● Aktiviti Tambahan Kurikulum Keusahawanan (Extra Curriculum); ● Kemahiran Pembangunan Manusia (Human Development Skills); dan ● Aperantis Keusahawanan (Entreprenuership Apprentice). KPT menambah nilai sektor pendidikan tinggi negara seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Pelan ini sangat signifikan dalam mendepani cabaran Covid-19 kerana ia berkait rapat dengan usaha memperkasa kualiti dan menyerlahkan lagi keterlihatan nilai keusahawanan graduan. Sasarannya untuk mencapai matlamat menyemai minda keusahawanan dan mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi melahirkan 'penjana pekerjaan' dan bukan saja 'pencari pekerjaan' dalam kalangan graduan. Strategi keusahawanan tidak hanya kepada laluan akademik biasa tetapi juga kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Program pembangunan keusahawanan banyak dilaksanakan di IPT semasa mereka di kampus lagi. Ini bertujuan melahirkan siswazah mempunyai nilai, pemikiran dan ciri-ciri keusahawanan serta meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan golongan ini. Sekiranya mereka benar berkecimpung dalam bidang perniagaan, ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara, iaitu dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Ramai usahawan bermula dari berniaga secara kecil-kecilan sehinggalah mencapai status perniagaan yang besar seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Irfan Khairi, dan Azman Hashim di mana bakat, kesungguhan dan dorongan telah dicanai sejak awal lagi. Minat dan kecenderungan dalam memulakan perniagaan perlu ditanam sejak dari bangku sekolah lagi sehingga di peringkat IPT. Pelajar akan dapat memperoleh pengalaman dalam pengendalian perniagaan sewaktu masih belajar lagi.
146 Justeru kertas ini hanyalah untuk meninjau tahap penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan semasa dalam tempoh pengajian. Sebagai penyelidik dan tenaga akademik adalah penting untuk mengetahui kecenderungan pelajar dalam bidang perniagaan. Ia bukan sahaja membantu dalam pembentukan modul pengajaran efektif, malah dapat membantu dalam penambahbaikan program keusahawanan sedia ada. 2. SOROTAN KAJIAN Menurut Aziz dan Zakaria (2004) seseorang itu boleh menjadi usahawan bila mereka melalui sendiri pelbagai proses-proses yang ada dalam pembangunan keusahawanan. Faktor minat juga dapat mempengaruhi penglibatan seseorang dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan, seseorang itu memerlukan minat dan kemahiran dalam bidang yang hendak diceburi. Mohammed Amin (2001) berpandangan bahawa, usahawan perlu mengamalkan dan menghayati ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri usahawan yang dimaksudkan di sini ialah kreatif, inovatif, optimis, mempunyai budaya kerja yang baik, bermotivasi, berkeupayaan mengorganisasi idea, bertanggungjawab, berorientasikan keuntungan, berkualiti dan sentiasa bekerja kuat ke arah mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan. Menurut Scott (1988) melalui kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa keluarga yang menjalankan perniagaan juga dapat mempengaruhi ahli keluarga yang lain untuk meneruskan perniagaannya atau membuka perniagaan baru. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh daripada perniagaan dapat digunakan dalam bidang keusahawanan atau perniagaan. Dalam konteks pendidikan, amalan budaya keusahawanan ditonjolkan melalui komitmen dan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum berkaitan keusahawanan. Pendidikan dan mentoran keusahawanan merupakan usaha yang mampu untuk menyuntik minat dan kesedaran pelajar terhadap kegiatan keusahawanan (Zaidatol Akmaliah, 2007 ; Farhana, 2013). Lantaran itu, pengiktirafan bidang keusahawanan sebagai daya saing dan sumber kemakmuran ekonomi sesebuah negara membawa kepada kesedaran para pemimpin negara untuk membangunkan pendidikan keusahawanan (Martine et al.,2010). Menurut Mainor dan Lai (2020) melalui kajian sebahagian besar pelajar memilih untuk melakukan pekerjaan sendiri iaitu terutama dalam bidang keusahawanan yang dapat membawa perubahan kepada diri mereka untuk lebih menceburi bidang pekerjaan sendiri berbanding bekerja dengan majikan atau makan gaji. 3. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan untuk menjawab persoalan kajian. Kajian tinjauan merupakan kaedah popular dalam penyelidikan pendidikan kerana kaupayaan mengutip dan menganalisis data pada satu masa (Creswell, 2005). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik yang melibatkan 129 orang pelajar Kolej Komuniti Rompin. Kesemua sampel adalah pelajar yang
147 terdiri daripada 5 program iaitu Program Sijil Kulinari, Program Sijil Operasi Perhotelan, Program Sijil Servis Kenderaan Ringan, Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Program Sijil Teknologi Elektrik. Penyelidik telah membangunkan instrumen kajian yang terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat responden dan Bahagian B menerangkan maklumat tentang perniagaan. Analisis data adalah menggunakan SPSS versi 22 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan kekerapan. 4. ANALISIS DAN PERBINCANGAN Kajian yang telah dijalankan ini merupakan tinjauan terhadap pelajar dari 5 program yang menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian. Penglibatan seramai 129 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Rompin. Demografi tersebut akan dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Berikut adalah keterangan bagi klasifikasi tersebut. Jadual 1: Kekerapan Jantina Responden Jantina Bilangan % Lelaki 88 68.2 Perempuan 41 31.8 Jumlah 129 100.0 Berdasarkan jadual 1 di atas, ia menunjukkan maklum balas instrumen bagi kekerapan dan peratusan jantina lelaki dan perempuan. Responden lelaki menunjukkan bilangan majoriti seramai 88 orang dan mencatat peratusan sebanyak 68.2%. Manakala perempuan menunjukkan seramai 42 orang iaitu peratusan sebanyak 31.8%. Keputusan menunjukkan jumlah responden yang menjawab kajian ini adalah seramai 129 orang responden. Jadual 2: Responden Mengikut Program Program Bilangan % SKE 22 17.1 SKR 20 15.5 SKU 57 44.2 SOP 12 9.3 SPU 18 14 Jumlah 129 100.0 Jadual 2 di atas menunjukkan bilangan responden mengikut program. Program Sijil Kulinari (SKU) mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 57 orang atau 44.2%. Di ikuti Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) iaitu seramai 22 orang atau 17.1%. Program Sijil Kenderaan Ringan (SKR) seramai 20 orang atau 15.5 %. Manakala Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara (SPU) mencatat seramai 18 orang atau 14% dan Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP) mencatat bilangan responden yang sedikit iaitu 12 orang atau 9.3 %.
148 Rajah 1: Peratusan Pelajar Yang Terlibat Dalam Perniagaan Semasa Pengajian Rajah 1 di atas menerangkan peratusan pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian. Bilangan pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian ialah sebanyak 29 orang atau 22.5%. Manakala yang tidak terlibat dalam perniagaan semasa pengajian sebanyak 100 orang atau 77.5%. Ini membuktikan bahawa masih ramai lagi pelajar yang kurang yakin untuk menjalankan perniagaan semasa pengajian. Rajah 2: Bilangan Pelajar Terlibat Dalam Perniagaan Semasa Pengajian Mengikut Program Berdasarkan Rajah 2 di atas, ia menunjukkan bilangan pelajar terlibat dalam perniagaan semasa pengajian mengikut program. Keseluruhan pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian ialah seramai 29 orang. Program Sijil Kulinari (SKU) memperoleh bilangan yang paling tinggi sekali iaitu sebanyak 11 orang. Ini diikuti pula program Sijil Kenderaan Ringan (SKR) yang mencatat bilangan seramai 7 orang. Manakala program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Sijil Operasi Perhotelan masing-masing mencatat 5 orang pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian. Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara mencatat bilangan paling rendah iaitu 1 orang pelajar yang menjalankan perniagaan semasa pengajian. Ini menunjukkan bahawa setiap program perlu menggalakkan pelajar-pelajar supaya merebut peluang menjalankan perniagaan ketika masih belajar supaya keadaan ini dapat menimbulkan minat pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.
149 Jadual 3: Jenis Perniagaan Pelajar Program Nama Produk/Servis Ahmad Kamil Ikram Bin Azhar Viscoff Muhamad Amirrudin Bin Mohd Zuri Pakaian Terpakai Muhammad Alleysafri Bin Abdul Latif Wanted Ice Muhammad Haikhal Hafiz Bin Ibrahim Baju SKE Muhammad Wahinudin Bin Zulkarnain Burger Che Muhd Addib Aiman Bin Che Abdul Manah Rider Mohamad Syahfiez Zakwan Bin Syahrizal Zasss Burger Muhamad Hidayat Bin Zali Menjual Spareparts Motor Khas untuk Ex5 Muhamad Irfan Kamal Bin Haizam Takoyaki SKR Muhammad Iqhwann Bin Mohd Hasniza Rasul Pakaian Terpakai Razin Ashraf B Roslan Kasut Brend Copy Ori Wan Ahmad Irfan Syakir Bin Wan Mohd Zul Baju Ahmad Aiman Hakim Bin Yusof Roti Arab Anniesha Elyana Binti Mohd Razali Chicken Chop Fatin Nur Alia Binti Abd Rahman Chicken Grill/Chicken Chop SKU Muhamad Zulirfan Danish Bin Zulkarnain Sandwich Muhammad Afif Fathi Bin Abdullah Western Talam Muhammad Amirul Akmal Bin Zakaria Aiskrim Cedok Muhammad Hafizul Aiman Bin Norjilan Burger rimba Nik Nur Fatiehah Binti Nik Ramli Chicken Chop Nurul Fatihah Binti Mohd Asri Chicken Chop Sarra Nurumaira Binti Hairolnizan Topup Game / Game Servis Syarifah Nursyakirah Herba Kurus Tradisi, Vitamilk, Slimocha, Slimberry Dan Skin Dessert Laila Thohiroh Binti Hafidz Coklat, Tudung, Scrunchie, Preloved Baju N Seluar Nur Riesya Dyana Binti Che Hashim Jam Casio SOP Nur Shahirah Bt Mat Jimin I Lips Nuraliah Syazana Binti Mohd Norsyalihi Chocotub Siti Rosllysa Dalila Binti Roslly Bootcut Jeans Zara / H&M SPU Che Izz Syahmi Bin Che Mohd Zamri Baju Bundle Berdasarkan jadual 3 di atas majoriti pelajar dari program Sijil Kulinari (SKU) terlibat dalam jenis perniagaan makanan. Manakala program-program lain seperti SKE, SKR dan SOP turut terlibat dalam jenis perniagaan makanan. Terdapat juga pelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan seperti menjual pakaian terpakai, barangan kosmetik, kesihatan, alat ganti motor dan aksesori. Semua jenis perniagaan yang dijalankan oleh pelajar adalah secara online seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga offline seperti di sekitar kolej dan premis perniagaan. Setiap program perlu memberi ruang masa dan program kepada pelajarpelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan untuk meningkatkan jualan mereka.
150 Rajah 3: Medium Perniagaan Rajah 3 di atas menunjukkan medium atau saluran perniagaan pelajar secara online mahupun offline. Kebanyakan pelajar menggunakan perniagaan secara online iaitu seramai 23 orang atau 79.3%. Manakala bilangan pelajar yang menggunakan perniagaan secara offline seramai 6 orang atau 20.7%. Perniagaan secara online yang dijalankan oleh pelajar seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga offline seperti di sekitar kolej dan premis perniagaan. Keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar lebih banyak memilih perniagaan secara online kerana perniagaan boleh diuruskan pada bila-bila masa secara fleksibel. Perniagaan secara online juga sesuai kerana berhadapan dengan risiko yang rendah. 5. RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian di Kolej Komuniti Rompin. Secara keseluruhannya penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian masih rendah. Perniagaan ini dapat menajamkan kefahaman dan kemahiran mereka tentang pengurusan perniagaan. Perniagaan juga dapat mengajar mereka cara berhadapan dengan pengguna, membina keyakinan diri dan pembahagian masa untuk menyelesaikan tugas sebagai pelajar dan peniaga dengan baik. Pelajar yang melibatkan diri dengan perniagaan ini juga lebih memahami ekonomi pasaran bebas di mana mereka perlu bersaing secara sihat. Pensyarah dan pihak pengurusan perlu mempergiatkan lagi usaha membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar supaya pelajar dapat menambah keyakinan dalam diri mereka untuk terlibat dalam perniagaan dan memilih perniagaan sebagai satu kerjaya pilihan. Program latihan jangka pendek kepada pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran dalam bidang yang dipilih. Program atau aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dirancang dengan rapi boleh mengubah corak pemikiran pelajar tentang konsep meniaga semasa dalam pengajian. Pelajar yang terlibat dalam perniagaan ini perlu juga diberi bantuan modal bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi perniagaan semasa dalam pengajian. Pelajar juga perlu didedahkan peluang-peluang bantuan modal perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.
151 Pensyarah di institusi yang membimbing pelajar juga perlu di beri Training of trainers dalam bidang keusahawanan dan diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pendidikan keusahawanan melalui program Sijil Professional daripada Universiti terpilih serta pendedahan tentang Keusahawanan Digital melalui program bersama Malaysia Leading Digital Entrepreneur (MDEC). Semangat dan usaha dalam menyediakan program keusahawanan kepada pelajar boleh membantu pelajar lebih berketerampilan dan cekap mengurus kehidupan dan keusahawanan. Situasi ini mengajar pelajar di institusi untuk lebih bersedia dari segi ketahanan mental, jiwa dan fizikal apabila benar-benar keluar sebagai graduan sama ada mereka memulai perniagaan sendiri atau tidak. RUJUKAN Alhaj, B. K. (2011). Entrepreneurial Intention: An Empirical Study of Community College Students in Malaysia. . Jurnal Personalia Pelajar. Anwar, M. A. (2020). Faktor Pendorong Pelajar UTHM Dalam Bidang Keusahawanan. Kajian Kes Di Malaysia., (hlm. 45-52). Baharu, K. (1994). Orientasi Sikap Keusahawanan di Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia). Basu, A. &. (2007). Assesing Entrepreneurial Intentios Among Students: A Comparative Study. Peer-Reviewed Papers., (hlm. 71-86 ). Boon, Y. &. (2010). Profil Keusahawanan Dikalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Farhana. (2013). Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal Graduan Di UTHM. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan ikthisas pendidikan. Fakulti pendidikan teknikal dan vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hamzah, M. R. (2009). Tahap pengetahuan dan minat pelajar Universiti Malaysia perlis terhadap bidang keusahawanan: Satu tinjauan ke arah pembentukan teknousahawan Universiti Malaysia Perlis. International Proceedings of Entrepreneurship Development. Harian, B. (Februari 19, 2021.). 3 teras Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025. Ibrahim, S. S. (2021). Kajian profil pelajar yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan di Universiti Utara Malaysia. (hlm. 3(4), 355-370.). International Journal of Social Science Research. Laipat, F. B. (2021). Hubungan Antara Kemahiran Dengan Budaya Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. (hlm. 3(2), 293-313). Jurnal Dunia Pendidikan. Mainor, N. A. (2020). Perspektif pelajar terhadap budaya bekerja sendiri. (hlm. 23(2), 1-13.). Jurnal Personalia Pelajar.
152 Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia, M. o. (n.d). ENTREPRENEURSHIP ACTION PLAN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (EAP-HEIs) 2021-2025. . Ministry of Higher Education. Mat, N. M. (2016). Penglibatan mahasiswa dalam E-Dagang: kajian kes di UKM. . (hlm. 19(2)). Jurnal Personalia Pelajar. Othman, N. A. (2013). Kekangan dalam Menjalankan Perniagaan dalam Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. Zakaria, A. A. (2001). Prinsip Keusahawanan: Satu Penilaian Edisi Kedua. Pearson Prentice Hall.
153 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PAPAN KAWALAN MUDAH ALIH BAGI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Noor Haslinda Zainoldin1 , Zulkhabri Md Kadri @ Md Kardi2 , Nur Qarina Zabri@Mohd Zabri3 1Kolej Komuniti Rompin 2Kolej Komuniti Rompin 3Kolej Komuniti Rompin [email protected] , [email protected] , [email protected] ABSTRAK Kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih bagi pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Kolej Komuniti Rompin. Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi subjek Motor Elektrik Satu Fasa. Ia dapat memudahkan kefahaman pelajar sebelum menjalankan praktikal bagi subjek ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester 1 sesi 1 2021/2022 iaitu seramai 23 orang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada para pelajar. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 22.0. Objektif kajian ini adalah mengkaji keberkesanan penggunaan PKMA di kalangan pelajar SKE, tanggapan pelajar terhadap PKMA dan juga pencapaian pelajar yang menggunakan PKMA ini. Hasil analisis mendapati pelajar sangat bersetuju terhadap keberkesanan penggunaan PKMA di dalam kelas PdP dengan skor purata min 4.588 dan sisihan piawai 0.544. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.937. Cadangan untuk penambahbaikan bagi alat ABM ini adalah untuk menggunakan material Transparent Acrylic Sheet bersaiz A3 menggantikan papan litar kayu kerana ia lebih ringan dan menarik. Kata Kunci : Papan Kawalan Mudah Alih, alat bantu mengajar, Sijil Teknologi Elektrik (SKE) 1. PENGENALAN Matlamat Malaysia untuk muncul sebagai negara maju berteknologi tinggi dengan rakyat yang mengecapi kualiti hidup masyarakat kelas pertama bakal tercapai menjelang tahun 2020. Justeru, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkesan merupakan laluan terbaik bagi negara untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau mahupun global. United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) mentakrifkan TVET sebagai aspek proses pendidikan selain pendidikan umum yang melibatkan pembelajaran dalam bidang teknologi dan sains, latihan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial. Sejajar dengan itu, penggabungan antara Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti (JPPKK) kini menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan
154 negara selaras dengan misinya iaitu menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf, memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang serta memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. Tujuan penubuhan kolej komuniti juga adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang kemahiran. Selain itu, institusi pendidikan tinggi ini menawarkan peluang bagi lulusan sekolah menengah untuk meneruskan pendidikan dan latihan di bidang teknologi, perniagaan dan sektor perkhidmatan sebelum memasuki pasaran kerja (Sauki, 2011). Namun, tidak semua pelajar dapat memahami konsep pembelajaran yang hanya menerangkan konsep teori sahaja. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (ABM) banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar dan pendidik (Nurhanim Saadah Abdullah, 2010). Sijil Teknologi Elektrik merupakan satu program pengajian tahap sijil yang menerapkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam perkhidmatan teknikal yang merangkumi pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan. Graduan juga akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus dalam aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan industri masa kini. Kursus SEE 10033 Motor Elektrik Satu Fasa dan SEE 30083 Motor Elektrik Tiga Fasa adalah antara kursus yang ditawarkan melibatkan aplikasi sistem automasi dalam industri di mana kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan litar-litar pemula motor. Para pelajar pada awalnya mengalami kesukaran untuk memahami konsep kendalian litar kawalan yang asas bagi kursus Motor Fasa Satu – SEE10033. Oleh yang demikian Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini dihasilkan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam pelaksanaan PdP. Penghasilan produk Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) menggunakan bahan dan komponen yang terdapat di bengkel-bengkel elektrik sahaja bagi mengoptimumkan penggunaan bahan dan komponen bagi mengelakkan pembaziran. Bermula dengan papan litar kawalan ynag menggunakan base papan timbul idea untuk meriaskannya dengan menggunakan karpet nipis terpakai. Terminal port pada komponen litar kawalan untuk sambungan kabel disambungkan dengan banana port bagi memudahkan kabel dipasang dan ditanggalkan. Untuk itu kabel penyambungan yang digunakan perlu menggunakan banana plug. Ini menjadikan kabel yang akan digunakan sebagai kabel pendawaian adalah jenis mudah alih (mudah dicabut dan dipasang).
155 Alat bantu mengajar ini akan menjadi suatu alat yang berkonsepkan plug and play. Memudahkan para pelajar mencuba lari suatu pendawaian litar kawalan tanpa perlu menjalur dan mengikat kabel di terminal komponen alat kawalan. 1.1 Permasalahan Kajian Tugas utama seorang pensyarah adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Oleh itu pensyarah perlu menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Antara kaedah pengajaran adalah dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti alat bantu simulasi. Papan kawalan mudah alih ini dihasilkan berdasarkan masalah yang timbul dalam pelaksanaan PdP bagi kursus Motor Elektrik Fasa Tunggal. Para pelajar pada awalnya mengalami kesukaran untuk memahami konsep kendalian litar kawalan yang asas. Ianya mempengaruhi kemampuan pelajar membuat amali pendawaian litar kawalan dengan baik. Secara teorinya, pelajar perlu mengenali komponen dan kefungsian litar tanpa melihat bagaimana sesuatu litar dan komponen itu berfungsi terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman mengajar yang lalu, pelajar akan bermasalah memulakan pemasangan litar kawalan. Dengan adanya alat ini pelajar boleh membuat simulasi secara mudah alih dengan mudah terutamanya bagi litar kawalan yang asas. Keadaan ini membantu pelajar untuk memahami bagaimana setiap komponen itu berfungsi berbanding dengan hanya melihat litar kawalan secara fizikal sahaja sebelum ini. Alat ini membantu mereka untuk memahami dengan mudah bagaimana sesuatu litar itu berkendali. Pelajar secara tidak langsung boleh mencuba lari pemasangan litar kawalan secara plug and play tanpa merisaukan pembaziran bahan luak utama iaitu kabel pendawaian. Selain itu, pelajar juga dapat mengenali proses troubleshooting apabila berlakunya pemasangan yang salah dengan mudah. Proses
156 mengesan dan membaiki menjadi lebih mudah kerana kabel boleh dicabut dan dipasang kembali tanpa membazirkan kabel pendawaian. Tanpa penggunaan ABM ini, pelajar sukar untuk memahami dengan baik konsep operasi litar kawalan motor. Pelajar juga menggunakan masa yang lama untuk menyelesaikan soalan praktikal. Dengan menggunakan ABM yang sesuai dalam sesuatu kursus, ia sangat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dan juga dapat melahirkan minat pelajar terhadap kursus yang diajar. Secara tidak langsung, ia memudahkan pensyarah dalam proses penyampaian. Cabaran pada pensyarah dalam penyediaan ABM adalah kekangan masa dan kurang sumber kewangan di samping beban tugas-tugas sampingan yang banyak. Di samping itu, papan kawalan mudah alih ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu alat bantu pameran dan promosi kolej. Ruang pameran atau booth pameran yang terhad agak memustahilkan bagi Program Sijil Teknologi Elektrik untuk membawa bahan pameran dan demostrasi amali pelajar yang berkaitan dengan pendawaian. Bahan ini biasanya memerlukan ruang dan kos bahan luak yang agak banyak. Dengan menggunakan alat papan kawalan ini ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Binaan yang kompak serta menggunakan kabel mudah alih menjadikan ia sebagai alat yang jimat dan mudah digunakan bagi demonstrasi. Pengunjung pameran juga boleh turut mencuba papan kawalan ini dengan mudah kerana ia dibekalkan lukisan pendawaian litar kawalan yang berwarna dan mudah difahami oleh pengunjung. 1.2 Objektif Kajian 1. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah alih (PKMA) di kalangan pelajar SKE. 2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih di kalangan pelajar SKE. 3. Mengenal pasti kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) 1.3 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah alih (PKMA)? 2. Apakah keberkesanan penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) dalam kalangan pelajar SKE? 3. Bagaimanakah kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA)? 2. SOROTAN KAJIAN Kaedah penyampaian boleh dipelbagaikan dan diaplikasikan dalam proses PdP. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sangat membantu memudahkan proses PdP di dalam kelas terutama kelas amali/ praktikal. Produk inovatif telah memberi kesan kepada pensyarah dan pelajar di samping dapat membantu pensyarah dalam memudahkan proses PdP (Azyan & Isa, 2019).
157 Penggunaan ABM dalam proses pengajaran adalah sangat penting kerana kaedah ini dapat membantu membimbing maklumat berkaitan mata pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan berkesan. Ia juga sebagai satu inisiatif pada pensyarah untuk mendidik pelajar tentang topik yang diajar. Ini disokong oleh Muhammad Arid Abdulahim, Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho (2019) iaitu penggunaan ABM dapat meningkatkan pemahaman pelajar terutama dalam kelas amali di samping memberi persekitaran PdP yang aktif. Menurut Zamri (2012, pelaksanaan PdP selaras dengan inovasi dalam kursus yang diajar memudahkan penyampaian kandungan kursus dan menarik minat pelajar. Penggunaan ABM adalah pelbagai dan meningkatkan interaksi dan pemahaman pelajar tentang persekitaran pengajaran yang lebih menyeronokkan dan institusi pendidikan perlu memupuk inovasi yang membolehkan pensyarah dan pelajar berfikir secara kreatif. Menurut Norfarizah dan Zazril (2016), murid lebih tertarik dan menarik semasa sesi pdp dengan kaedah yang berbeza yang tidak membuatkan mereka stress. Pengajaran yang baik berlaku dengan merangsang minat pelajar, merangsang keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran dan mewujudkan suasana yang membawa proses pemikiran dan mengekalkan idea. Pembangunan alat bantu mengajar perlu dipertingkatkan supaya dapat membantu mencapai matlamat PdP dengan lebih berkesan, di samping membangunkan pelajar berkemahiran melalui pendekatan praktikal atau “hands-on”. Menurut Norfarizah Mohd Bakhir (2016) pelajar lebih berminat dan menarik apabila mengajar dalam kaedah bebas tekanan yang berbeza. Reka bentuk kit Latihan yang mesra pengguna memudahkan proses pengajaran dengan meningkatkan motivasi pelajar dalam praktikal di bengkel (Md Nor, Selamat, Johari dan Omar, 2005). Berbanding menggunakan ABM tradisional seperti papan putih dan kertas mahjong, menggunakan ABM berunsur audiovisual, komputer dan perisian lebih menarik minat pelajar terutama yang melibatkan kemahiran kerja amali (Mohamed et al., 2014). 3. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada para pelajar SKE semester 1 di Kolej Komuniti Rompin. Bilangan responden adalah seramai 23 orang yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Soal selidik ini mempunyai 19 item soalan yang mempunyai 4 bahagian. Ia diadaptasikan daripada Wan Mohd Fakhri bin Wan Mansor (2021). Soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu: Bahagian A adalah demografi responden. Bahagian B adalah untuk mengukur tahap tanggapan pelajar terhadap Papan Kawalan Mudah Alih. Bahagian C adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih. Bahagian D adalah untuk mengetahui pencapaian dalam kalangan pelajar SKE yang menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih.
158 Skala Likert yang digunakan dalam soal selidik ini terdiri daripada lima skala iaitu seperti Jadual 1: Jadual 1 Skala Likert Item 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Memuaskan 4 Setuju 5 Sangat setuju 4. ANALISIS DAN PERBINCANGAN Skor min yang diperoleh diinterpretasi berdasarkan skala pada Jadual 2: Jadual 2 Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 – 1.89 Sangat Rendah 1.90 – 2.69 Rendah 2.70 – 3.49 Sederhana 3.50 – 4.29 Tinggi 4.30 – 5.00 Sangat tinggi Sumber: Haron & Mohamad (2016) Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.937. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai skor min dan juga sisihan piawai berdasarkan item dalam soal selidik yang mempunyai 4 bahagian. Bahagian A: Demografi Responden Jadual 3: Demografi Responden Umur Kekerapan,f Peratusan (%) 18 1 4.3 19 21 91.3 20 1 4.3 21 0 0 Kajian ini melibatkan 23 responden pelajar semester 1 SKE Sesi 1 2021/2022 di Kolej Komuniti Rompin iaitu terdiri daripada 1(4.7%) berumur 18 tahun, 21(91.3%) berumur 19 tahun dan 1 (4.7%) orang berumur 20 tahun.
159 Bahagian B: Persepsi Pelajar terhadap PKMA Jadual 4: Persepsi Pelajar Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Tunjuk cara yang disampaikan oleh pensyarah dalam penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih menyakinkan saya. 4.609 0.583 Sangat tinggi B2 Pensyarah saya dapat memberi tunjuk cara penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih dalam kelas praktikal dengan cekap dan berkesan. 4.609 0.499 Sangat tinggi B3 Pensyarah menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih dengan baik dan mudah difahami. 4.609 0.583 Sangat tinggi B4 Pensyarah saya mahir menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih dalam membantu pelajar yang bermasalah dalam praktikal. 4.783 0.422 Sangat tinggi B5 Tunjuk cara pensyarah meyakinkan saya terhadap penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih. 4.522 0.511 Sangat tinggi Berdasarkan jadual 4 di atas, menunjukkan skor min bagi item B4 adalah sangat tinggi iaitu 4.7826 dan sisihan piawai 0.4217 dan diikuti dengan skor min item B, B2 dan B3 iaitu 4.6087 juga berada dalam tahap sangat tinggi. Skor Min bagi B5 adalah rendah berbanding dengan skor min item yang lain iaitu 4.5217 dan sisihan piawai 0.5108, walau bagaimanapun skor min masih dalam tahap sangat tinggi. Bahagian C: Mengenal pasti keberkesanan penggunaan PKMA Jadual 5: Keberkesanan Penggunaan PKMA Bil Item Min Sisihan Piawai Interpretasi Min C1 Menambah minat pelajar untuk belajar 4.652 0.487 Sangat Tinggi C2 Menjadikan proses PdP Kawalan Motor lebih menarik. 4.522 0.593 Sangat Tinggi C3 Menjadikan masa demonstrasi praktikal Kawalan Motor lebih singkat 4.478 0.730 Sangat Tinggi C4 Meningkatkan pemahaman pelajar tentang teori Kawalan Motor berbanding kaedah tanpa penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih 4.565 0.590 Sangat Tinggi
160 C5 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam Kawalan Motor 4.609 0.583 Sangat Tinggi Berdasarkan dapatan analisis dalam jadual 5 di atas, menunjukkan pelajar bersetuju PKMA dapat menambah minat pelajar untuk belajar dengan dapatan skor min sangat tinggi iaitu 4.652 dan sisihan piawai 0.487. Skor min yang terendah adalah item C3 iaitu 4.478 dan sisihan piawai 0.730 tetapi interpretasi min adalah sangat tinggi. Bahagian D: Pencapaian penggunaan PKMA Jadual 6: Kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min D1 Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih mampu menjadikan proses PdP lebih menarik dan tidak membosankan. 4.609 0.499 Sangat Tinggi D2 Menjadikan pelajar lebih berwaspada semasa melakukan praktikal Kawalan Motor 4.304 0.470 Sangat Tinggi D3 Meningkatkan kecekapan pelajar dalam praktikal Kawalan Motor 4.652 0.487 Sangat Tinggi D4 Menjadikan tempoh demonstrasi praktikal Kawalan Motor lebih cepat dan ringkas 4.652 0.573 Sangat Tinggi D5 Memberikan pengetahuan awal mengenai proses praktikal kawalan motor sebelum ia dilaksanakan. 4.522 0.593 Sangat Tinggi D6 Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek kawalan motor 4.696 0.470 Sangat Tinggi Dapatan analisis dalam jadual 6 menunjukkan skor min D6 adalah 4.696 dan sisihan piawai 0.470 iaitu interpretasi min adalah sangat tinggi. Skor min yang terendah adalah item D2 iaitu 4.304 dan sisihan piawai 0.470 dan masih dalam interpretasi min sangat tinggi. Jadual 7: Rumusan Analisis Deskriptif Item objektif Min Sisihan Piawai Interpretasi Min Keputusan Tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah alih di kalangan pelajar SKE 4.626 0.520 Sangat Tinggi Disokong
161 Keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih di kalangan pelajar SKE 4.565 0.597 Sangat Tinggi Disokong Kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) 4.573 0.515 Sangat Tinggi Disokong Skor min keseluruhan 4.588 0.544 Sangat Tinggi Berdasarkan jadual 7 dapatan skor min tahap persepsi pelajar terhadap PKMA adalah 4.626 dan sisihan piawai 0.520 adalah sangat tinggi dan ini menunjukkan responden memberi tanggapan yang positif terhadap ABM yang digunakan dalam subjek Kawalan Motor yang dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam PdP. Responden juga menyokong penggunaan PKMA membantu pencapaian pelajar iaitu dengan skor min 4.573 dan sisihan piawai 0.515 iaitu interpretasi min sangat tinggi. Secara keseluruhan, pelajar sentiasa menerima dan bersedia terhadap penggunaan ABM di dalam kelas PdP. Penerimaan positif daripada pelajar sangat membantu pensyarah mengembangkan kreativiti dalam penghasilan ABM yang menarik. 5. RUMUSAN DAN CADANGAN Penggunaan Alat bantu Mengajar (ABM) yang pelbagai di dalam kelas PdP sangat membantu pelajar memahami dengan lebih baik dan mudah. Di samping dapat menambah minat pelajar dalam pelajaran tersebut ianya juga dapat menjadikan sesi PdP berlangsung dengan lebih aktif dan berkesan di kalangan para pelajar. ABM kurang menarik dan persediaan yang juga kurang menarik menyebabkan pelajar hilang fokus terhadap pengajaran pensyarah. Oleh itu, kecekapan pengajaran dan pembelajaran bersifat rendah menyebabkan matlamat tidak tercapai. Melalui ABM Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini, ia memberikan satu simulasi kendalian suatu litar kawalan motor tanpa membuat pendawaian yang lengkap. Pelajar boleh mencuba lari dahulu litar kawalan tanpa risau membazirkan kabel pendawaian. Penggunaan kabel mudah alih memudahkan pemasangan dan memudahkan membuat perubahan sambungan pada komponen. Ia menjadi satu medium yang di mana pelajar dapat melihat dan mengenal sesuatu komponen dan kefungsiannya selain daripada penggunaan kata-kata penerangan dari pensyarah sahaja. Ia bukan sahaja menambah kefahaman pelajar tetapi mereka juga dapat melaksanakan amali tanpa perlu banyak kali pengulangan dan lebih pantas tanpa perlu banyak bimbingan dari pensyarah kursus. Cadangan untuk penambahbaikan bagi alat ABM ini adalah untuk menggunakan material Transparent Acrylic Sheet bersaiz A3 menggantikan papan litar kayu kerana ia lebih ringan dan menarik. Selain itu komponen sedia ada akan ditambah baik dengan menambah bilangan kontaktor, meletakkan timer dan suis jog untuk litar kawalan yang lebih kompleks. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pensyarah-pensyarah teknologi elektrik di dalam memantapkan lagi pemahaman pelajar terutamanya dalam
162 pemasangan litar kawalan motor. Ia juga diharap dapat mewujudkan suasana interaktif dan menyeronokkan dalam sesi PdP serta menyebabkan pelajar berlumba-lumba untuk menyiapkan amali mereka. RUJUKAN Azyan binti Md Zahri, M. I. (2019). KIT PEMBELAJARAN LITAR SIRI, SELARI DAN SIRI-SELARI. JOURNAL OF TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION (2019). VOLUME 1. PAGE 15-22, 15-22. Hashim, H. F. (2020). LITAR ASAS PENDAWAIAN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN (LAPPUK) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BAGI PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (SPU) DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL). International Journal of Education and Pedagogy, eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 4, 301-309. MOHAMED, Z. B. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran di Politeknik Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 1, 2016 eISSN 0128-2875. Muhammad Arid Abdulahim, M. Z. (2019). Penggunaan Penguji Komponen Litar Kawalan Motor bagi Pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Tawau. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 4, No. 1, 2019. Norfarizah Mohd Bakhir, M. Z. (2016). PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN PAPAN PELBAGAI SENTUH UNTUK PEMBELAJARAN SAINS TAHUN TIGA. 2nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON CREATIVE MEDIA, DESIGN & TECHNOLOGY (REKA2016). Nur Azyyati Bt Sauki, S. B. (2011). HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan 2011. Nur Syafiqah Isa, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk dan Teknologi. www.sainshumanika.utm.my, 81-87. Nurhanim Saadah Abdullah, R. Z. (2010). KESAN PENGGUNAAN KIT PENGAJARAN BERSEPADU MAGNETIK-PLC. World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration. Johor, Malaysia. Wan Mohd Fakhri Bin Wan Mansor, M. Z. (2021). KEBERKESANAN PORTABLE BRAKE DEMONSTRATOR DALAM MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN KONSEP SISTEM BREK KENDERAAN KEPADA PELAJAR SKR KOLEJ KOMUNITI ROMPIN. Seminar LIS 2021 Ke-7 @ Universitas Ibnu Sina, Batam, Indonesia. Zakiul Human Bin Mahamud, S. B. (2018). KAJIAN KEBERKESANAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BACADOL. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18).
163 Sauki, N. A., & Husin, S. (2011). Hubungan kecerdasan emosi dengan penguasaan kemahiran pelajar Kolej Komuniti. In Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan
164 KEBERKESANAN KURSUS PENDEK KEUSAHAWANAN BAGI KLUSTER KATERING DAN SAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Natasha Noremilia Othman1*, Nurulshida Abdul Rashid1, Noor Azhar Abd Wahab1 ¹Kolej Komuntiti Rompin *[email protected] Abstrak Pandemik Convid-19 dilihat memberi kesan yang banyak kepada sosio ekonomi negara serta komuniti setempat. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan program – program berteraskan keusahawanan yang giat diadakan di seluruh kolej komuniti di Malaysia. Tujuan penyelidikan ini dijalankan bagi mengetahui sejauh mana pandangan peserta terhadap pelaksanaan kursus pendek keusahawanan bagi kluster katering dan sajian yang telah diadakan di Kolej Komuniti Rompin (KKRP). Objektif kajian adalah untuk melihat tahap keberkesanan pelaksanaan kursus pendek keusahawanan bercirikan masakan yang ditawarkan serta khidmat tenaga pengajar yang mengajar kursus berkenaan. Reka bentuk kajian secara deskriptif kuantitatif yang dibuat secara tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik melibatkan 52 orang sampel daripada 60 orang populasi peserta kursus pendek di bawah kluster katering dan sajian pada tahun 2021. Penggunaan perisian Statistical Packages for Social Science Version 26.0 (SPSS) yang mana kajian frekuensi, peratus serta peratus min diguna pakai. Secara ringkasnya, hasil dapatan jelas menunjukkan keberkesanan kursus pendek keusahawanan yang sangat tinggi pada skor min 4.45 dan persepsi terhadap tenaga pengajar yang sangat tinggi pada skor min 4.51. Kata kunci: Keusahawanan, Kursus Pendek, Masakan 1.0 PENGENALAN Kursus jangka pendek (Kurpen) adalah salah satu wadah utama pembelajaran di kolej komuniti di seluruh Malaysia. Ia diwujudkan atas tujuan memberi nilai tambah ilmu pengetahuan, mempertingkatkan kemahiran serta keterampilan pada individu amnya serta masyarakat secara umumnya. Pelaksanaan kursus pendek melibatkan penawaran kursus yang releven dengan mengikut kehendak komuniti setempat dalam membantu meningkatkan sara hidup dan pembangunan mereka. Kepelbagai penawaran kursus yang ditawarkan menjadikan kolej komuniti di antara hub pembelajaran bagi kursus-kursus kemahiran yang bermodul. Sebagai salah sebuah kolej komuniti rintis, pada tahun 2021 pihak KKRP digalaskan dengan satu tanggungjawab untuk mencapai norma peserta sebanyak 1400 orang. Bagi mencapai hasrat tersebut, kepuasan peserta kursus pendek yang menyertai kursus di sini amatlah perlu diambil berat kerana ianya menyumbang kepada lebih banyak permintaan bagi kursus-kursus keusahawanan berunsurkan masakan di sini. Khidmat tenaga pengajar yang cemerlang dan baik dilihat mampu mewujudkan kepuasan kepada peserta di samping meningkatkan permintaan sesuatu kursus. Kenyataan ini selari dengan pernyataan oleh Masliza (2014), bagi mencapai sesuatu matlamat, prestasi sesebuah organisasi harus
165 bertumpu kepada hubungan dua hala. Berpandukan tujuan tersebut, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (UPSH) dengan kerjasama Program Kulinari telah merangka gerak kerja dalam melaksanakan kursus–kursus keusahawanan berkaitan dalam bidang masakan. 1.1 Pernyataan Masalah Sektor perniagaan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi sesebuah negara, yang mana dalam mewujudkan peluang pekerjaan proses melahirkan usahawan harus digilap dari akar umbinya. Justeru itu, dalam usaha menggalakkan lagi masyarakat menjadi usahawan, satu platform pembelajaran direka dengan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) sebagai satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam menyusuri matlamat bagi menjayakan pelan tersebut, kita dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang mengubah segalanya. Kesan Covid-19 terhadap ekonomi di Malaysia dilihat memberi impak besar terhadap majikan dan pekerja. Pengangguran menjadi banyak, punca pendapatan menurun serta penutupan operasi perniagaan menjadi isu utama yang dibangkitkan. Menurut Jaafar (2020), ekonomi kini mula dalam keadaan tergugat dan meruncing maka kerajaan perlu mencari jalan untuk menyediakan pekerjaan supaya rakyat ada pendapatan. Sejajar dengan itu, kolej komunti sebagai hub Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) mengambil inisiatif dalam membantu rakyat bangkit dari pandemik Covid-19 ini melaksanakan beberapa perubahan dengan mengadakan serta memperbanyakkan kursus pendek yang berteraskan keusahawanan. Hasil perubahan misi dan visi itu pelaksanaan kursus keusahawanan mula giat dilaksanakan. Dengan kepelbagaian sumber kewangan diberikan dalam menjayakan program keusahawanan di setiap kolej komunti seluruh Malaysia. Justeru itu, pengkaji terpanggil untuk membuat satu tinjauan mengenai keberkesanan kursus keusahawanan dalam membantu masyarakat terutamanya di daerah Rompin dalam menghadapi cabaran ekonomi dangan menjadikan kursus keusahawanan sebagai medan menimba ilmu bagi kelangsungan hidup mereka. Kenyataan ini turut disokong oleh Azlinda et al (2010) mengatakan bahawa kualiti sesuatu khidmat diberikan dilihat atas keberkesanan penawaran yang diterima oleh seseorang di mana outputnya bukan secara fizikal dilihat tetapi secara keseluruhan. Pengkaji melihat, hasil penyelidikan ini harus diketengahkan agar mampu menjadi panduan kepada penawaran kursus keusahawan yang berkesan kepada pihak pengurusan UPSH amnya serta Program Kulinari khususnya dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan penambahbaikan pelaksanaan kursus pendek berunsurkan keusahawanan pada masa akan datang. 1.2 Objektif Kajian Objektif penyelidikan ini adalah: i. Mengenal pasti tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan ii. Mengetahui persepsi peserta terhadap tenaga pengajar 2.0 SOROTAN KAJIAN Perubahan di dalam dasar hala tuju baru PSH mewujudkan satu mekanisme baru di dalam perancangan kursus-kursus bermodul pendek. Lima teras utama yang baru diwujudkan sebagai panduan pelaksanaan, di mana salah satu hala tuju utamanya adalah memperkukuhkan keusahawanan (Sumber Nota Jemaah Menteri; “Pencapaian 20 tahun
166 PSH”, KPT 17 Julai 2020). Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan teras tersebut para pengajar perlu melakukan perubahan, menjadikan kepelbagaian teknologi–teknologi sedia ada sebagai idea baru di dalam penawaran sesuatu kursus. Menurut Kasnawi & Sulaiman (2016), sesuatu perubahan boleh dianggap sebagai satu proses pembelajaran dalam melakukan sesuatu atau perbuatan seseorang yang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Ianya diperkuatkan lagi dengan kajian Sapiah (2013), yang menyatakan membudayakan pembelajaran secara berterusan pada komuniti setempat mahupun warga kolej itu sendiri, ianya harus menjadi cabaran utama dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan. Sesuatu organisasi yang menguruskan mahupun yang menyediakan latihan harus melihat dan mengukur tahap kesesuaian sesuatu program tersebut (Kirkpatrik 2006). Di dalam Model Penilaian Latihan Kirkpatrick (2006), ianya mempunyai empat tahap penilaian untuk diukur bagi melihat keberkesanan sesuatu latihan, iaitu reaksi peserta, proses pembelajaran semasa, sikap dan hasil selepas pembelajaran. Justeru itu, tatacara penyampaian sesuatu maklumat serta perkongsian ilmu haruslah diambil berat kerana ianya turut memberi peranan besar dalam mencapai sesuatu misi serta visi sesebuah organisasi. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian deskriptif berbentuk soal selidik dilaksanakan. Pendekatan ini dipilih kerana kesesuaian bagi mendapatkan maklumat dengan lebih sempurna serta lebih praktikal dan realistik dalam mendapatkan maklum balas segera daripada responden yang berada jauh dari pengkaji. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Persampelan secara berkelompok digunakan bagi populasi kajian yang mana seramai 60 responden terdiri dari peserta yang telah menyertai lebih 3 kali kursus masakan bercirikan keusahawanan. Menurut jadual persampelan adalah mencukupi dengan mengambil hanya 52 orang responden sahaja sebagai sampel bagi mewakili populasi kajian (Krejcie dan Morgan 1970). 3.3 Instrumen Kajian Kaedah Kuantitatif diguna pakai. Edaran borang selidik dibina menggunakan template Google Form. Medium Telegram dipilih sebagai edaran instrumen soal selidik setiap kali kursus tamat dijalankan. Olahan soalan penyelidikan diadaptasi dan diubah suai daripada soal selidik pengkaji terdahulu. Item-item soalan dipecahkan kepada tiga bahagian. Bahagian A: Demografi responden Bahagian B: Tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan Bahagian C: Persepsi terhadap tenaga pengajar Jadual 1 Pengkaji mengukur item-item berdasarkan item skala Likert 5 mata yang terdiri daripada skala sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk dijadikan pilihan jawapan kepada responden. Skala Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau kumpulan mengenai kegiatan sosial (Adzhar et. 2017)
167 Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Tidak Pasti (TP) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 3.4 Kaedah Analisis Bagi dapatan data, ianya dianalisis secara kuantitatif dengan mengaplikasi analisis kekerapan dan deskriptif. Analisis kekerapan juga dilakukan dalam mendapat dapatan mengenai latar belakang responden seperti jantina, umur dan kekerapan peryertaan. Manakala interpretasi min digunakan bagi tujuan analisis deskriptif. Penentuan interpretasi min adalah berdasarkan jadual 2 yang diambil daripada Rizarina et al (2020). Jadual 2: Interpretasi Min Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 – 2.33 Rendah/Tidak Sesuai 2.34 – 3.66 Sederhana/Agak Sesuai 3.67 – 5.00 Tinggi/Sesuai 4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.1 Analisis Kekerapan Bagi data demografi responden, penggunaan kaedah statistik kekerapan dalam menentukan jantina, umur, dan kekerapan penyertaan diperbincangkan. Hasil analisis bagi data demografi diperbincang berdasarkan Jadual 3, 4, dan 5. Jadual 3: Profil Responden mengikut jantina Jantina Frekuensi Peratus (%) Lelaki 14 26.9 Perempuan 38 73.1 Jumlah 52 100.0 Jadual 3 memperlihatkan, bahawa daripada 52 responden, seramai 14 responden terdiri di kalangan peserta lelaki dengan nisbah (26.9%) manakala seramai 38 responden di kalangan peserta perempuan dengan nisbah (73.1%). Jadual 4: Profil Responden mengikut umur Umur Frekuensi Peratus (%) 20 - 29 tahun 16 30.8 30 - 39 tahun 26 50.0 Lebih 40 tahun 10 19.2 Jumlah 52 100.0
168 Berdasarkan jadual 4, lingkungan responden berumur di antara 20 hingga 29 tahun seramai 16 orang (30.8%) manakala seramai 26 orang (50.0%) mewakili lingkungan umur 30 hingga 39 tahun. Bagi responden berumur lebih 40 seramai 10 orang (19.2%) daripada keseluruhan responden. Jadual 5: Profil Responden mengikut penyertaan Program Frekuensi Peratus (%) Kali Pertama 20 38.5 Kali Kedua 17 32.7 Kali ketiga 9 17.3 Lebih dari tiga 6 11.5 Jumlah 52 100.0 Berdasarkan Jadual 5 pula menunjukkan bahawa 20 orang peserta (38.5%) adalah peserta yang kali pertama menyertai kursus. Seramai 17 orang (32.7%) merupakan peserta yang menyertai bagi kali kedua, seramai 9 orang (17.3%) menyertai kursus pendek untuk kali ketiga manakala 6 orang (11.5%) daripada jumlah keseluruhan responden adalah peserta yang menyertai kursus lebih dari tiga kali. 4.2 Analisis Deskriptif Pada item soalan di jadual 6 bahagian B, analisis deskriptif dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran responden selepas mengikuti kursus yang ditawarkan. Manakala jadual 7 bahagian C pula menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran kursus yang disampaikan. Jadual 6: Tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Kursus yang ditawarkan adalah menarik dan sejajar dengan perkembangan terkini 4.53 0.654 Tinggi B2 Kursus yang dijalankan dapat membantu meningkatkan kerjaya serta memberi peluang kepada peserta bagi menambah sumber pendapatan 4.53 0.560 Tinggi B3 Kursus yang dijalankan dapat dipraktikkan dengan mudah di rumah 4.47 0.696 Tinggi B4 Tempoh pelaksanaan kursus yang fleksibel, dan sesi ‘’hands –on” dijalankan dengan baik 4.31 0.710 Tinggi B5 Yuran kursus yang dikenakan berpatutan mengikut jenis kursus yang ditawarkan 4.39 0.688 Tinggi B6 Kursus yang dipelajari dapat diadaptasi bagi menjadi seorang usahawan 4.47 0.609 Tinggi Skor min keseluruhan 4.45 0.653 Tinggi
169 Jadual 6 memperlihatkan item B1 serta B2 memperoleh min skor tertinggi = 4.53, dengan sisihan piawai 0.654. Soalan B2 pula menunjukkan sisihan piawai ialah 0.560. Bagi B3 dan B6, ianya mendapat min skor yang sama iaitu = 4.47 dan diikuti oleh item B5 min skor = 4.39. Manakala item B4 mendapat skor min terendah iaitu 4.31. Walaupun mendapat min skor terendah walaupun masih pada interpretasi min sangat memuaskan. Min skor keseluruhan sebanyak = 4.45 dan ini jelas menyatakan analisis tahap kemahiran peserta selepas menyertai latihan berada pada interpretasi yang sangat memuaskan. Jadual 7: Persepsi terhadap tenaga pengajar Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min C1 Penceramah dapat menyampaikan objektif kursus dengan jelas dan berkesan 4.58 0.649 Tinggi C2 Penceramah menunjukkan sikap mesra dan memberikan jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang diajukan 4.44 0.558 Tinggi C3 Penceramah sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada peserta kursus sepanjang tempoh berkursus 4.47 0.609 Tinggi C4 Keterampilan diri penceramah adalah kemas, rapi dan meyakinkan 4.47 0.609 Tinggi C5 Penceramah dapat berinteraksi dengan baik kepada setiap peserta sepanjang kursus dijalankan 4.47 0.654 Tinggi C6 Penceramah menunjukkan demonstrasi masakan yang jelas dan mudah difahami 4.61 0.766 Tinggi Skor min keseluruhan 4.51 0.641 Tinggi Jadual 7 pula memaparkan analisis data dapatan terhadap keberkesanan pengajaran kursus yang diadakan. Item C6 mencatatkan jumlah min tertinggi iaitu 4.61 dengan sisihan piawai 0.766 diikuti dengan item C1 dengan catatan min 4.58 dan sisihan piawai 0.649. Item C3, C4 dan C5 mendapat min yang sama iaitu 4.47 dengan sisihan piawai 0.609 bagi item C3 dan C4 dan 0.654 bagi item C5. Item C2 mencatatkan nilai min terendah iaitu 4.44 dan sisihan piawai 0.558, namun masih dalam interpretasi min sangat memuaskan. Hasil skor min keseluruhan yang dicatatkan adalah 4.51 iaitu pada tahap sangat memuaskan. 5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Hasil penyelidikan memperlihatkan aspek min keseluruhan bagi objektif pertama iaitu mengenal pasti tahap kemahiran peserta selepas mengikuti kursus berada pada interpretasi min sangat memuaskan iaitu 4.45. Ini jelas membuktikan kursus keusahawanan ditawarkan kepada responden adalah menarik dan sejajar dengan perkembangan terkini. Peserta juga bersetuju kursus pendek yang dijalankan dapat membantu meningkatkan kerjaya serta memberi peluang bagi menambah pendapatan. Selain itu, kursus yang diberi dapat dipraktikkan dengan mudah, suasana di tempat latihan yang selesa dan bersih serta yuran yang berpatutan mengikut jenis kursus yang ditawarkan. Selain tempoh pelaksanaan yang fleksibel dan sesi hands-on yang dijalankan dengan baik serta teliti.
170 Bagi objektif yang kedua iaitu mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran kursus yang disampaikan kepada responden, pengkaji melihat bahawa skor min keseluruhan 4.51 menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Dapatan ini dapat dirumuskan, bahawa peserta sangat berpuas hati dengan penceramah yang dilantik, demonstrasi masakan yang jelas dan mudah difahami oleh peserta. Gaya penyampaian mencapai objektif kursus dengan jelas dan berkesan kepada responden sepanjang tempoh berkursus. Responden turut berpuas hati dengan keterampilan diri dan kebolehan interaksi antara penceramah dan peserta serta sikap mesra penceramah apabila diajukan soalan dengan memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang diutarakan oleh peserta. 5.1 Cadangan Hasil dapatan kajian dilihat, beberapa cadangan sebagai penambahbaikan wajar untuk dipertimbangkan ataupun diambil perhatian oleh UPSH dan program Kulinari, bagi meningkatkan keberkesanan kursus keusahawanan dalam menjamin tahap kepuasan yang berterusan. Di sini pengkaji menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam penambahbaikan: i. Kemudahan fizikal dan keperluan asas yang lama harus diganti dengan penggunaan mesin yang lebih moden, canggih dan terkini bagi memberi pendedahan kepada peserta seiring dengan revolusi industri. ii. Mengadakan kerjasama dengan chef–chef terkemuka bagi menarik lagi peserta kursus untuk menyertai kursus di Kolej Komuniti Rompin supaya dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran di dalam industri perniagaan dan keusahawanan. Secara keseluruhannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa tahap keberkesanan kursus keusahawanan berteraskan katering dan sajian adalah amat memberangsangkan. Kajian ini juga harus dipertingkatkan serta diperhalusi dari setiap aspek agar mampu meningkatkan prestasi para pengajar terutama di program kulinari serta turut membantu aspek pengurusan UPSH dalam merangka dan merancang mekanisme yang terbaik bagi mengekalkan momentum dan memastikan tahap kepuasan peserta sentiasa di tahap terbaik. RUJUKAN Adzhar, Hudiya & Abdul Karim, Aidah & Sahrin, Muhammad. (2017). Pembangunan Instrumen Penerimaan E-Pembelajaran Pelajar Pascasiswazah Menggunakan Analisis Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia. 42. 147-155.10.17576/JPEN-2017-42.02-08. Azlinda Kasma Azizan Bt Kamal A Nasir. (2010), “Kepuasan Pelajar Fakulti Pendidikan UTM Terhadap Kualiti Perkhidmatan Di Pusat Kesihatan UTM”Journal of Educational Management, Volume 1 March 2011, Pages 103-120 / ISSN: 2231-7341 Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
171 Hernon, P., Nitecki, D.A. & Altman, E. (1999). Service Quality and Customer Satisfaction: An Assessment and Future Directions. The Journal of Academic Librarianship 25: 9-17. Jaafar. N (2020). Malaysia Berdepan Isu Pengangguran Pendapatan Kesan Covid 19 https://www.sinarharian.com.my/article/80226/khas/ koronavirus/malaysia-berdepanisu-pengangguran-pendapatan-kesanCovid-19 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2020). Kamus KPI 2021. https://mytvet.edu.my/persist Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308 Kirkpatrick, D.L and Kirkpatrick, J.D. (2006) Evaluating Training Programs: The four levels (3rd Ed). San Fransisco: Berret-Koehler. Kasnawi M.T., & Sulaiman A (2016). Konsep dan Pendekatan Perubahan Sosial. Pustaka.ut.as.id/lib/wp-content/upload/pdfmk/IPEM4439-M1.pdf Pelan Pembangunan Strategik Pengajian Tinggi, KPM - Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2025 (moe.gov.my) Rizarina Ekhwan, Siti Hazwani Rosli & Razzatul Iza Zurita Rasalli. (2020). Keberkesanan kursus jangka pendek anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor terhadap alumni. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS),2(1),68-79. Rohani Abd Razak. (2013). Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Politeknik Kuala Terengganu: Diges Jabatan Pengajian politeknik. Siti Masliza Nawi. (2014). Persepsi Pensyarah Terhadap Pengurusan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL): Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014, 72 – 85.
172 KAJIAN KEBERHASILAN PRODUK INOVASI (MR. FISHY) SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM SUBJEK SKU 10213 BASIC BUTCHERY Nurulshida Abdul Rashid 1*, Mohd Sharin Hafiza Isa1 Noor Azhar Abd Wahab1 1Kolej Komuntiti Rompin [email protected] ABSTRAK Responden TVET perlu didedahkan dengan kemahiran tambahan selari dengan keperluan semasa yang mencabar kini. Pensyarah teknikal dan vokasional harus mengoptimumkan penggunaan bahan – bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan bahan pengajaran yang diolah menjadi satu produk inovasi bagi membantu PdP diharap membantu mengurangkan kos pembelajaran responden masa kini. Mr. Fishy adalah produk inovasi yang menjadi salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) terhadap responden di Kolej Komuniti Rompin (KKRP). Pemerhatian terhadap penggunaan produk bertujuan untuk menilai keberhasilan produk ini dari aspek pengetahuan, kemahiran daya fikir dan kendiri responden. Hasil dapatan dianalisis secara kuantitatif melalui soal selidik yang melibatkan 24 orang pelajar dari Program Sijil Kulinari (SKU) di KKRP. Analisis data deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), version 26.0. Tinjauan sebelum produk dihasilkan menunjukkan skor nilai terendah iaitu 2.80 yang mana interpretasi min adalah sederhana. Manakala peningkatan dapat dilihat selepas penghasilan produk inovasi dihasilkan dengan min keseluruhan sebanyak 4.43, yang mana memperlihatkan interpretasi min sangat memuaskan. Kesimpulannya, keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar ini terbukti sebagai salah satu bahan bantu mengajar semasa sesi amali dalam kelas dilaksanakan. Kata kunci: Mr. Fishy, Produk Inovasi 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah-ubah, apabila teknologi dan perkembangan baharu muncul. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini sedang berusaha untuk membawa perubahan baharu yang akan memberi impak ketara kepada cara pembelajaran pelajar Malaysia. KPT telah memperkenalkan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi penggunaan teknologi pada tahun 2014. Produk Inovasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sangat bermanfaat dan boleh membantu mencapai kehendak sesuatu topik pengajaran sama ada secara teori mahupun amali. Produk Inovasi Mr. Fishy diilhamkan di Kolej Komuniti Rompin berdasarkan permasalahan yang dihadapi pelajar dalam menjalankan aktiviti amali bagi subjek Basic Butchery yang memerlukan responden melaksanakan amali potongan melibatkan bahan mentah hanyir dan berbau kuat seperti ikan, karangan laut, ayam dan daging berdasarkan prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan di bidang masakan.
173 1.1 Pernyataan Masalah Setiap bahan mentah mempunyai bau, ciri yang tersendiri dan berbeza rasa serta cara memprosesnya dalam mengelak berlakunya masalah pencemaran bau (Anjna et al.2014). Ini adalah kerana bau mempunyai ciri yang berbeza mengikut individu, di mana ianya boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mampu menjejaskan kesihatan serta mengurangkan selera makan kepada penerima yang sensitif (Nadzmi et al 2021). Bagi dunia masakan pula, terdapat pelbagai bahan – bahan semula jadi yang berfungsi sebagai bahan menghilangkan bau hanyir bahan masakan. Namun penggunaan langsung bahan – bahan tersebut dilihat meningkatkan kos pembelian bahan seperti limau, lemon, asam keping dan asam jawa. Selain itu, didapati responden yang baru pertama kali memasuki bidang masakan sedikit keliru serta sukar untuk menentukan bahan yang tepat yang bersesuaian untuk diguna pakai bagi menghilangkan bau pada setiap bahan mentah yang digunakan. Berdasarkan pemerhatian juga, berlaku pembaziran apabila bahan – bahan yang berkos tinggi seperti tepung gandum, lemon dan limau digunakan membuta tuli bagi menghilangkan hanyir sesuatu bahan masakan. Oleh itu, pihak penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah keberkesanan produk Mr. Fishy ini dalam menambah minat terhadap kursus SKU 10213 Basic Butchery, pemudah cara ketika proses penyediaan bahan masakan dan tahap mesra pengguna produk. 1.2 Objektif Objektif kajian keberkesanan Produk Inovasi Mr. Fishy: i. Tambah minat responden terhadap kursus SKU 10213Basic Butchery ii. Memudahkan responden ketika proses penyediaan bahan masakan iii. Tahap mesra pengguna produk oleh responden 1.3 Persoalan i. Produk inovasi Mr. Fishy ini terbuktikah keberkesanannya dalam menambahkan pengetahuan responden, meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran daya fikir responden? 2.0 SOROTAN KAJIAN Bagi Kolej Komuniti Rompin yang memfokuskan pengajaran dan pembelajaran TVET secara hands-on sepenuhnya, keperluan produk inovasi yang memudah cara proses pembelajaran harus ketengahkan serta diimplementasikan. Proses penyampaian ilmu harus seiring dengan kehendak serta maksud tujuan sesuatu perkara yang ingin dinyatakan. Idea baru yang memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, akan membantu seseorang responden untuk belajar serta mencabar responden ke arah pencapaian potensi kemahiran mereka yang optimum. Menurut Jantan (2016) intipati terpenting dalam mencapai kehendak sesuatu tujuan adalah proses pencarian idea yang bersesuaian dan dikembangkan menjadi pemudahcaraan yang bersesuaian sebagai satu idea kreatif dan inovatif. Kenyataan ini disokong oleh Siti dan Halim (2010) yang menyatakan pentingnya kegunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam penyelesaian terhadap permasalahan tenaga kerja, masa dan wang ringgit dalam proses PdP. Keberkesanan produk Mr. Fishy menunjukkan bahawa ianya adalah langkah positif meringankan tugas tenaga pengajar dalam menjadikan mengajar dan belajar lebih memudahkan dan berkesan. P e nu l i s a n o l e h Bakhir & Zamri (2016),
174 menyatakan ABM yang menarik mampu memberi kelebihan kepada pengajar dalam membantu responden menguasai sesuatu topik pembelajaran serta mengingati apa yang direspondeni. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian berbentuk kuantitatif dan sampel seramai 24 orang responden SKU bagi Sesi 1 2021/2022 yang telah memberi respon terhadap subjek Basic Butchery. Soal selidik dan instrumen kajian ini telah diadaptasi dari Nordiyana & Roslan (2022) yang berkaitan produk inovasi bertajuk Keberkesanan IGATE dalam PdP Kursus SUE10011. Soal selidik ini diedarkan secara dalam talian di mana ianya terdapat tiga (3) aspek yang dilihat: Aspek A: Demografi responden Aspek B: Hasil tinjauan sebelum penggunaan produk inovasi Mr. Fishy diguna pakai. Aspek C: Hasil keberhasilan selepas penggunaan produk inovasi Mr. Fishy diguna pakai. Skala Likert 1 hingga 5 di Jadual 1 digunakan bagi mengukur maklum balas responden bagi binaan soalan yang diajukan. Jadual 1: Tafsiran Skala Likert bahagian B dan C Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Tidak Pasti (TP) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 Analisis data secara kuantitatif diguna pakai bagi memproses data yang diperoleh. Analisis kekerapan dilakukan mengenai latar belakang responden seperti jantina dan semester. Teknik min secara deskriptif bagi penentuan interpretasi min diubah suai daripada Creswell (2005) seperti di dalam Jadual 2. Jadual 2: Tafsiran Skala Likert Bahagian B and C Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 – 1.80 Sangat tidak memuaskan 1.81 – 2.60 Tidak memuaskan 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Memuaskan 4.21 – 5.00 Sangat memuaskan
175 4.0 ANALISIS Dapatan hasil kajian ini terhasil daripada respon pengguna yang mengguna pakai produk ini semasa sesi amali praktikal berlangsung. Objektif kajian dia jadikan sebagai elemen utama bagi menguji keberkesanan produk kajian. 4.1 Analisis kekerapan Jadual 3: Aspek demografi mengikut Jantina dan Semester Demografi Frekuensi Peratus Jantina Lelaki Perempuan 9 15 37.5 % 62.5 % Semester Semester 1 Semester 2 Semester 3 5 18 1 20.8% 75.0 % 4.2 % Jadual 3, memperlihatkan analisis yang dijalankan terhadap keseluruhan populasi. Keputusan ini dianalisis berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. Hasil keputusan menunjukkan bahawa lima orang responden terdiri daripada semester 1, lapan belas orang responden semester 2 manakala satu orang responden dari semester 3. 4.2 Analisis deskriptif Bagi menentukan tahap ketepatan sesuatu keputusan, kaedah statistik deskriptif diguna pakai untuk melihat nilai bacaan dan sisihan piawai bagi item-item yang terdapat dalam bahagian B dan C seperti mana di dalam jadual 4 dan 5. Jadual 4: Hasil tinjauan sebelum penggunaan produk inovasi Mr. Fishy diguna pakai. Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Menambah minat responden untuk belajar Kursus SKU 10213 Basic Butchery 2.75 .794 Sederhana B2 Menjadikan proses PdP Kursus SKU 10213 Basic Butchery lebih menarik 2.79 .721 Sederhana B3 Menjadikan Sesi Amali Kursus SKU 10213 lebih praktikal dari segi masa, tenaga dan kos 2.75 .737 Sederhana B4 Meningkatkan kemahiran Dan keyakinan dalam proses penyediaan bahan masakan 2.88 .797 Sederhana B5 Meningkatkan kefahaman tentang kepentingan kaedah mengurangkan dan bahan 2.75 .847 Sederhana B6 Inovasi yang disarankan mesra pengguna 2.88 .680 Sederhana Skor min keseluruhan 2.80 0.649 Sederhana
176 Berdasarkan dapatan analisis dalam Jadual 4, ianya menunjukkan skor min keseluruhan ialah 3.70, sisihan piawai 0.7 iaitu pada tahap interpretasi min sederhana. Item B5 dan B6 mencatat skor min tertinggi iaitu 2.88 dengan interpretasi sederhana. Manakala item yang terendah adalah pada item B1, B3 dan B5 dengan skor min 2.75 dan interpretasi min sederhana. Item B4 memperlihatkan skor min 2.88 dengan interpretasi min sederhana. Jadual 5: Hasil keberhasilan selepas penggunaan produk inovasi Mr. Fishy diguna pakai. Bil Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Min B1 Menambah minat responden untuk belajar Kursus SKU 10213 Basic Butchery 4.29 .464 Sangat Memuaskan B2 Menjadikan proses PdP Kursus SKU 10213 Basic Butchery lebih menarik 4.38 .495 Sangat Memuaskan B3 Menjadikan Sesi Amali Kursus SKU 10213 lebih praktikal dari segi masa, tenaga dan kos 4.42 .504 Sangat Memuaskan B4 Meningkatkan kemahiran Dan keyakinan dalam proses penyediaan bahan masakan 4.33 .482 Sangat Memuaskan B5 Meningkatkan kefahaman tentang kepentingan kaedah mengurangkan dan bahan 4.46 .509 Sangat Memuaskan B6 Inovasi yang disarankan mesra pengguna 4.46 .509 Sangat Memuaskan Skor min keseluruhan 4.39 0.607 Sangat Memuaskan Jadual 5 menunjukkan analisis min terhadap keberhasilan penggunaan bahan bantu mengajar (Mr. Fishy) dalam subjek SKU 10213 Basic Butchery di Kolej Komuniti Rompin. Skor min secara keseluruhannya adalah sebanyak 4.39 iaitu pada tahap interpretasi min yang sangat memuaskan. Soalan C5 dan C6 iaitu mencatatkan skor min tertinggi (4.46, sisihan piawai .509) dengan interpretasi min sangat memuaskan menunjukkan bahawa produk inovasi ini dapat meningkatkan kefahaman tentang kepentingan kaedah mengurangkan bahan masakan dengan lebih efisien serta merupakan produk inovasi yang disarankan sangat mesra pengguna. C3 pula menunjukkan interpretasi min ketiga tertinggi, disusuli dengan C2 dan C4. Manakala skor min terendah adalah pada item C. 5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Hasil dapatan kajian sebelum produk Mr. Fishy dihasilkan menunjukkan skor min 2.80 adalah interpretasi yang sederhana manakala hasil dapatan kajian selepas produk Mr. Fishy diimplementasi memperlihatkan skor min tertinggi iaitu 4.39 di mana interpretasi min yang sangat memuaskan. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar yang diinovasikan ini telah mencapai objektif kajian di mana ia membantu menjadikan proses PdP Kursus SKU 10213 Basic Butchery lebih menarik, praktikal serta lebih efisien. Ini bermakna penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) ini berkesan dalam subjek SKU 10213 Basic Butchery. Produk inovasi ini mampu menambahkan pengetahuan, meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran daya fikir responden. Dalam menghadapi cabaran globalisasi responden perlu
177 melengkapkan kemahiran sebagai tenaga mahir. Produk inovasi Mr. Fishy dapat membantu menjimatkan masa, tenaga dan kos bahan mentah bagi program Kulinari secara amnya. 5.1 Cadangan Secara keseluruhannya, keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar ini terbukti sebagai salah satu bahan bantuan yang amat bersesuaian semasa proses amali atau praktikal dilaksanakan. Penggunaan produk inovasi ini dicadangkan agar diperluaskan serta dikomersilkan bagi membantu dalam meringankan proses penyediaan bahan masakan yang baik serta lebih berkualiti mengikut kehendak silibus pembelajaran. Namun begitu, proses penambahbaikan terhadap produk perlu dilakukan bagi menambah baik kualiti dan daya tahan produk. RUJUKAN Anjna S, Tuula K, Mita S, Tuula P, Abhijit P.K. (2014) Case Study on Odour Measurements in India.Acentral pollution Control Board, India Ministry of Environment & Forests,2014, Delhi. Bakhir, N. M. & Zamri, M.Z.I. (2016) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, Pulau Pinang, Malaysia. Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Jantan, N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif dan Inovatif Di Kalangan Responden Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 210 53-64. Nadzmi T, Zaini S & Siti N. M (2021) “Penilaian Komuniti Bau Ke atas Pengaruh Intensiti Pencemaran Bau Dari Ladang Ternakan Ayam” Akademika 91(2), Julai 2021: 79-92
178
179 KEBERKESANAN PENGGUNAAN SMART TOOLS F5M-SERIES SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) KURSUS SKR2502 ROMBAK RAWAT TRANSMISI MANUAL Mohd Roslan bin Yussof1, Hasrul Nizam bin Hashim1, Nordiyana binti Mohd. Rani1 1Kolej Komuniti Rompin, Pahang *Pengarang Penghubung: [email protected] Abstrak. Smart Tools F5M-Series adalah satu produk inovasi pemudah cara PdP yang dibangunkan untuk membantu pensyarah dan pelajar dalam melakukan kerja merombak rawat transmisi manual pacuan hadapan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perspektif pelajar Program Sijil Servis Kenderaan Ringan terhadap keberkesanan penggunaan Smart Tools F5M-Series dalam kursus SKR2502 Rombak Rawat Transmisi Manual. Seramai 46 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester 2 ambilan Sesi Jun 2019 dan Disember 2020 di Kolej Komuniti Rompin. Instrumen kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik yang mengandungi 8 item soalan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memberi maklum balas yang positif terhadap penggunaan Smart Tools F5M-Series dalam PdP. Secara keseluruhannya, penggunaan Smart Tools F5M-Series dalam Kursus SKR2502 telah menjadikan proses PdP lebih menarik, menjimatkan masa dan meningkatkan minat pelajar dalam kerja-kerja merombat rawat kotak gear manual model F5M21. Kata Kunci: Smart Tools F5M-Series, Alat Bantu Mengajar, Kursus SKR2502 1.0 PENGENALAN Kursus SKR2502 Rombak Rawat Transmisi Manual merupakan salah satu kursus yang terkandung dalam struktur kurikulum Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) Kolej Komuniti Malaysia. Kursus teknikal ini memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran dan teknik merombak rawat transmisi manual pacuan hadapan dan pacuan belakang. Seiring dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pelbagai alat bantu mengajar telah dibangunkan oleh pensyarah sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Di Kolej Komuniti Rompin, usaha yang telah diambil oleh pensyarah dalam memantapkan proses PdP Kursus SKR2502 terutamanya dari aspek kemahiran pelajar melakukan kerja praktikal amali rombak rawat transmisi manual model F5M21, satu produk inovasi telah dibangunkan iaitu Smart Tools F5MSeries. Smart Tools F5M-Series adalah satu produk inovasi yang dibangunkan oleh penyelidik sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam kursus SKR2502 iaitu Rombak Rawat Transmisi Manual. Inovasi ini merupakan set alatan khas yang terdiri daripada dua jenis alat iaitu Input Shaft Lock dan Differential Tool Puller. Input Shaft Lock berfungsi untuk memegang Input Shaft transmisi manual supaya tidak berputar semasa proses membuka Lock Nut Gear 5th. Differential Tool Puller pula berperanan untuk menanggal dan memasang unit karbeda pada kotak gear
180 manual model F5M21. Inovasi ini dibangunkan adalah berasaskan kepada konsep pembaharuan utiliti iaitu penambahbaikan daripada produk yang sedia ada. Objektif utama alat inovasi ini adalah untuk memudahkan kerja praktikal merombak rawat kotak gear manual model F5M siri iaitu kotak gear jenis F5M21 dan F5M22 oleh pensyarah dan pelajar automotif di Kolej Komuniti Rompin. 1.1 Pernyataan Masalah Melalui tinjauan penyelidik di Kolej Komuniti Malaysia yang mempunyai bidang automotif, kebanyakan kolej komuniti melaksanakan PdP Kursus SKR2502 mengguna pakai transmisi manual model jenis F5M21 dan F5M22. Namun kekurangan alatan khas atau alat bantu mengajar menjadi salah satu halangan yang sering kali dihadapi oleh para pelajar dan pensyarah dalam proses PdP kursus SKR2502 terutamanya yang melibatkan kerja amali rombak rawat kotak gear F5M21. Selain itu, alat bantu mengajar (ABM) yang sedia ada adalah terhad dan untuk membeli sesuatu peralatan memerlukan kos yang tinggi dan perlu melalui prosedur kewangan yang betul. Hal ini menyebabkan berlaku kekangan kepada pensyarah dalam menjadikan proses PdP berjalan dengan lancar. Selain itu, melalui pemerhatian penyelidik juga mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar SKR Kolej Komuniti Rompin seperti tidak menggunakan peralatan yang sesuai, tempoh masa yang lama dan tidak mengamalkan amalan keselamatan semasa melakukan praktikal rombak rawat kotak gear F5M21. Sehubungan itu, impak daripada masalah ini telah mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus SKR2502 terutamanya dari aspek kemahiran dan pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang ditetapkan. Justeru, penciptaan alat bantu mengajar Smart Tools F5M-Series dilihat mampu untuk membantu para pensyarah sebagai alat pemudah cara PdP dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan kemahiran pelajar melakukan kerja amali rombak rawat kotak gear manual model F5M21. Namun, dalam memastikan keberkesanan penggunaan Smart Tool F5M-Series ini dalam kursus SKR2502 kepada pelajar berkesan, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan alat ini dalam kerja merombak rawat transmisi manual mencapai objektif serta memberi impak yang tinggi kepada pelajar. Melalui dapatan kajian ini juga dapat menjadi input kepada pensyarah automotif di Kolej Komuniti Malaysia yang mempunyai bidang automotif dan juga pihak pengurusan di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai penambahbaikan berterusan terutamanya dalam aspek kewangan dan kemudahan peralatan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 1.2 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perspektif pelajar SKR terhadap keberkesanan penggunaan Smart Tools F5M-Series sebagai alat bantu mengajar bagi kursus SKR2502 di Kolej Komuniti Rompin. 2.0 SOROTAN KAJIAN Alat bantu mengajar (ABM) adalah satu pendekatan yang efektif oleh pensyarah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta dapat menjadikan proses PdP lebih menarik. Dalam dapatan kajian Ahmad & Tamuri (2010) kepentingan penggunaan alat bantu mengajar adalah sebagai penyelesaian
181 kepada masalah kekurangan tenaga dan masa dalam proses penyediaan PdP. Hal ini juga disokong oleh Jasmi et al. (2011) penggunaan ABM dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran pensyarah di dalam kelas. Dalam kajian lain, alat bantu mengajar sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk terus belajar (Mohd Hashim, 2021). Oleh yang demikian, dapatan kajian lepas telah membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar (ABM) mampu memaksimakan proses PdP bagi memberikan kesan positif terhadap pembangunan dan kemahiran pelajar. Dapatan kajian Kamalian et al., (2011) Inovasi adalah satu proses berterusan bagi mengimplementasi idea baru bertujuan meningkatkan kualiti, mengurangkan penggunaan bahan, menggantikan produk sedia ada, dan mengurangkan penggunaan tenaga. Selain itu, proses PdP melibatkan beberapa aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dan perlu didokong oleh kemudahan peralatan atau fasiliti yang efektif. Kekurangan peralatan mempengaruhi kualiti penyampaian pengajaran dan daya kreativiti pelajar untuk berfikir (Mohd et al., 2017). Justeru, manfaat secara tidak langsung yang diperolehi oleh pihak pengurusan institusi ialah dari aspek penjimatan kos pembelian alat bantu mengajar disebabkan para pensyarah telah membangunkan alat pemudah cara sendiri dalam membantu sesuatu proses PdP (M. Marzuki, 2016). Sehubungan itu, jelas menunjukkan kepentingan mempunyai peralatan yang mencukupi dalam proses PdP dapat membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan proses PdP yang berkesan. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Rompin, Pahang dan melibatkan 46 orang pelajar semester 2 ambilan sesi Jun 2019 dan Disember 2020 sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data adalah set borang soal selidik yang mengandungi 8 item soalan. Kajian ini mengguna pakai instrumen kajian yang telah dibina oleh M. Marzuki (2016) di dalam kajiannya yang bertajuk Kajian Keberkesanan Penggunaan Video Bersari Kata Dalam Pengajaran & Pembelajaran Kursus Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Rompin. Namun pengkaji telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap beberapa item soal selidik agar ia bersesuaian dengan kehendak objektif kajian yang dijalankan. Skala Likert yang digunakan adalah Skala Likert lima mata yang diadaptasi daripada Amirin, (2011) seperti Jadual 1. Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Skala Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Tidak Pasti (TP) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 21.0. Data yang dikumpulkan melalui kajian ini ialah data yang berbentuk kuantitatif. Penentuan interpretasi min yang digunakan dalam analisis deskriptif ini adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh Creswell (2002) seperti Jadual 2.
182 Jadual 2: Interpretasi Min Julat Skor Min Interpretasi Min 1.00 - 1.80 Sangat tidak memuaskan 1.81 - 2.60 Tidak memuaskan 2.61 - 3.40 Sederhana 3.41 - 4.20 Memuaskan 4.21 - 5.00 Sangat memuaskan Sumber: Creswell, 2002 4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN Berdasarkan dapatan kajian pada jadual 3, responden memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan Smart Tools F5M-Series dalam kursus SKR2502 Rombak Rawat Transmisi Manual. Ini dibuktikan dengan kesemua item mendapat skor min yang tinggi dan berada pada tahap interpretasi min yang sangat memuaskan. Hasil analisis, item A8 “Alat yang digunakan mesra pengguna” mendapat skor min tertinggi (skor min=4.48). Ini menunjukkan responden bersetuju bahawa produk inovasi adalah mesra pengguna kepada semua pelajar terutamanya kepada pelajar yang kali pertama menggunakan alat inovasi ini. Item A5 mendapat skor min kedua tertinggi (skor min=4.39) diikuti item A7 (skor min=4.33). Item A3, A4 dan A6 mendapat skor min yang sama iaitu skor min=4.30. Item A1 “Menambah minat pelajar untuk belajar” mendapat skor min terendah (min=4.22). Walaupun mendapat skor min terendah, min bagi pernyataan tersebut masih berada pada tahap interpretasi min yang sangat memuaskan. Hasil analisis juga menunjukkan min keseluruhan ialah 4.32. Ini menunjukkan perspektif dari responden (pelajar) adalah pada tahap sangat memuaskan (Creswell, 2005) iaitu responden positif terhadap persoalan kajian mengenai keberkesanan penggunaan Smart Tools F5M-Series dalam Kursus SKR2502. Merujuk kepada analisis, terdapat perbezaan perspektif responden sebelum dan selepas penggunaan produk inovasi ini dalam kursus SKR2502. Sebelum penggunaan inovasi, kesemua item mendapat skor min yang rendah dan berada pada interpretasi min yang tidak memuaskan. Selepas responden menggunakan produk inovasi ini dalam kerja-kerja merombak rawat kotak gear manual, responden berpuas hati dengan produk. Ini dibuktikan dengan data analisis pada jadual 3 di mana kesemua item mendapat skor min yang tinggi dan berada pada tahap interpretasi min yang sangat memuaskan. Jadual 3: Perspektif Responden Terhadap Keberkesanan Penggunaan Smart Tools F5M-Series Sebelum Penggunaan Smart Tools F5M-Series Interpretasi Min Selepas Penggunaan Smart Tools F5M-Series Interpretasi Min Bil Item Skor Min Skor Min A1. Menambah minat pelajar untuk belajar 2.41 Tidak Memuaskan 4.22 Sangat Memuaskan A2. Menjadikan proses PdP SKR2502 lebih menarik 2.35 Tidak Memuaskan 4.24 Sangat Memuaskan
183 A3. Menjadikan masa amali SKR2502 lebih singkat 2.22 Tidak Memuaskan 4.30 Sangat Memuaskan A4. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam rombak rawat transmisi manual 2.33 Tidak Memuaskan 4.30 Sangat Memuaskan A5. Meningkatkan keselamatan semasa rombak rawat transmisi manual 2.26 Tidak Memuaskan 4.39 Sangat Memuaskan A6. Mengurangkan kadar kerosakan komponen transmisi manual 2.22 Tidak Memuaskan 4.30 Sangat Memuaskan A7. Alat yang digunakan efektif (berkesan) 2.24 Tidak Memuaskan 4.33 Sangat Memuaskan A8. Alat yang digunakan mesra pengguna 2.22 Tidak Memuaskan 4.48 Sangat Memuaskan Purata Min Keseluruhan: N = 46 2.28 Tidak Memuaska n 4.32 Sangat Memuaskan 5.0 KESIMPULAN Hasil dapatan kajian ini mengesahkan bahawa peggunaan Smart Tools F5M-Series dalam kursus SKR2502 Rombak Rawat Transmisi Manual adalah berkesan dalam membantu memudahkan proses PdP berbanding kaedah sebelum produk inovasi ini. Ini dibuktikan dengan dapatan analisis (jadual 3) di mana nilai min keseluruhan=4.32 iaitu pada tahap sangat memuaskan. Dapatan kajian ini juga dapat memberi input yang berguna kepada pensyarah Kolej Komuniti Rompin dalam meningkatkan dan menambah baik pengurusan PdP berkaitan dalam menyediakan kemudahan peralatan terutamanya alat inovasi sebagai pemudah cara bagi memastikan proses PdP berjalan dengan efektif dan berkesan. Keseluruhannya, penggunaan Smart Tools F5M-Series dalam pengajaran dan pembelajaran mampu menjadikan proses PdP lebih menarik, mudah difahami dan meningkatkan minat pelajar tentang apa yang dipelajari. RUJUKAN Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53–64. Amirin, T. M. (n.d.). SKALA LIKERT: PENGGUNAAN DAN ANALISIS DATANYA. Retrieved August 4, 2022, from https://tatangmanguny.wordpress.com/2010/11/01/skala-likertpenggunaandan-analisis-datanya/ Creswell, J. (2002). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative.
184 Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59–74. Kamalian, A., Raski, M., & Arbabi, M. L. (2011). Barriers to innovation among Iranian SMEs. Asian Journal of Business Management, 3(2), 79–90. M. Marzuki, M. Z. (2016). KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIDEO BERSARI KATA DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS SERVIS KENDERAAN RINGAN. Seminar Penyelidikan Automotif Zon Timur 2016 (Spazt’16), 2016. Mohd Hashim, H. F. (2021). Penggunaan Easy Learning Kit ( Elk ): Refrigerator System Refrigerator System for Student Undertaking Certificate in Refrigeration and Air Conditioning At. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2(10), 83–92. Mohd, T., Ilias, N. H., Mansor, A., Abd Rahman, N. A. Y., Che Pin, S. F., Senawi, A., & Abdul Aziz, Z. A. (2017). Inovasi Produk “Smart Panel” Sebagai Kaedah Penyelesaian Masalah Pembentangan Hasil Kerja Pelajar. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1(1), 109–129.
185 Semua kertas penyelidikan dalam PriSMA Edisi 3 telah dibentangkan dalam pelbagai seminar peringkat wilayah, kebangsaan dan antarabangasa bermula tahun 2020 sehingga tahun 2022. Diharap dengan terbitan PRiSMA Edisi 3 ini dapat dijadikan rujukan kepada para penyelidik bagi menghasilkan kertas kajian penyelidikan yang lebih berkualiti dan berimpak tinggi.
186 Diterbitkan oleh : Kolej Komuniti Rompin Kementerian Pendidikan Tinggi KM-5, Jalan Rompin-Pekan 26800 Kuala Rompin Pahang Tel : 09-4140333 Faks : 09-4141606 E-mel : [email protected] e-ISBN : 978-629-97225-1-9 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa acara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Kolej Komuniti Rompin.
187