INSTITUTPENDIDIKANGURU KAMPUSRAJAMELEWAR INSTITUTPENDIDIKANGURU KAMPUSPENDIDIKANTEKNIK Dengankerjasama: Pusatkhidmat MasyarakatDUNParoi YBDato’HajiMohamadTaufekbinAbd.Ghani(D.P.N.S.) ExcoKerajaanNegeriSembilan YTMDato’MendikaMenteriAkhirulzaman Dato’HajiMaarofbinHajiMatRashad (DTNS,DNS,ANS,PMC,PJK,PKL) UndangLuakJelebu
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 1 ST NATIONAL MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 (1ST NATIONAL MCID 2023) BUKU PROGRAM 1 ST NATIONAL MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 (1ST NATIONAL MCID 2023)
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 KANDUNGAN Latar Belakang 1 Kata Alu-Aluan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar 5 Kata Alu-Aluan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan 7 Kata Alu-Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 9 Kata Alu-Aluan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan 11 Kata Alu-Aluan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik 13 Jawatankuasa 15 Atur Cara Majlis Pembukaan Rasmi 25 Atur Cara Majlis Penutupan Rasmi 26 Jadual Pertandingan Inovasi Pendidikan 29 Abstrak 42 Pelan Lantai 102 Penghargaan 103
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 LATAR BELAKANG PENDAHULUAN Pendidik yang terdiri daripada golongan guru dan pensyarah perlu memahami prestasi dan cabaran semasa berkaitan dengan sistem pendidikan Malaysia. Hal ini seiring dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar, serta berupaya mengoptimumkan kecekapan sistem pendidikan. Untuk merealisasikan aspek yang diberikan penekanan dalam PPPM (2013-2025) itu, para pendidik perlulah bersedia mentransformasikan diri supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Salah satu cara untuk melahirkan pendidik yang kreatif dan inovatif adalah melalui medium penyelidikan. Hal ini kerana penyelidikan merupakan metodologi yang amat penting dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan abad ke-21 (PAK21) dan mampu melahirkan satu bangsa dan negara berwibawa. 1
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Suatu hal yang tidak dapat dinafikan bahawa manusia telah pun melakukan inovasi dalam pelbagai bidang kehidupan sejak zaman-berzaman bermula dari kewujudan tamadun awal sehingga tamadun terkini (Sufean, 2002). Kemajuan, kekuatan dan kemewahan yang berlaku pada sesebuah tamadun atau negara itu sebenarnya menuntut manusia untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan idea-idea yang inovatif (Dasar Penyelidikan dan Inovasi UTM, 2013) dan bukan melangsungkan sisa hidupnya seperti seketul batu. Ini bermakna kehebatan sesebuah tamadun atau negara itu akan lebih terserlah dan dikagumi dunia apabila kekayaan sumber alamnya dipadukan dengan kekuatan sumber mental atau inteletual masyarakatnya. 2
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 OBJEKTIF Mewujudkan networking (jaringan) antara pihak IPGKRM dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk bersama-sama menjayakan projek pembudayaan eleman kreativiti dan inovasi dalam kalangan siswa guru dan pendidik serta rakan strategik. Menyediakan satu platform kepada siswa guru dan para pendidik untuk mencadangkan pendekatan, strategi atau teknik terbaharu yang relevan dan efisien untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan pertandingan secara individu dan berkumpulan bagi mengenal pasti produk, idea, alat atau kaedah baharu dan terbaik yang boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan atau menyelesaikan masalah. Mempromosikan elemen kreativiti dan inovasi melalui demonstrasi masakan Luak Jelebu. Menyediakan satu platform kepada pelajar dan guru untuk mempersembahkan hasil produk inovasi berteraskan pengaturcaraan mikro pengawal mikro:bit . 3
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 TEMA CREATIVITY AND INNOVATION OPTIMIZE STUDENTS AS LEARNERS TARIKH 20 Jun 2023 (Selasa) MASA 7.30 pagi – 5.00 petang TEMPAT Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Seremban. PEMBUKAAN RASMI OLEH YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abdul Ghani (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) PENUTUPAN RASMI OLEH YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad (Undang Luak Jelebu) 4
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TERLEBIH dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan menganjurkan 1ST National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1ST National MCID 2023). Kejayaan ini ialah berkat komitmen yang tinggi serta kolaboratif daripada pelbagai pihak yang terlibat untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Penganjuran program ini memang tepat pada masanya iaitu ketika dunia berhadapan dengan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity). Ciri-ciri yang kita namakan sebagai dunia VUCA ini sudah semestinya menjadi satu cabaran yang getir kepada kita dalam menangani beberapa isu yang berlaku. Dalam konteks dunia pendidikan serta isu-isu yang melibatkan adat dan budaya, program ini telah menjadi platform terbaik dalam memanifestasikan hasrat dan hala tuju kita untuk melahirkan generasi Malaysia yang kalis masa depan. Usaha ini sangat relevan ketika kita berhadapan dengan isu pendidikan atau isu yang berkaitan dengan budaya dan adat yang diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Melalui program ini, saya percaya akan membuka kunci pintu dalam mengoptimumkan pembelajaran murid melalui kreativiti dan inovasi sesuai dengan tema yang dipilih. Semuanya ditangani melalui pemikiran inovasi. Dunia VUCA akan memperlihatkan 5
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 banyak isu dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi secara tidak langsung membuka peluang kepada kita untuk meraih lebih banyak idea yang kritis dan kreatif di sebalik isu-isu tersebut. Melalui program ini, saya percaya isu-isu yang timbul akan dapat diselesaikan jika masyarakat dan generasi kita dididik dan dibudayakan melalui pemikiran inovasi dan penyelidikan. Selain itu, melalui aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi, saya percaya banyak manfaat yang diraih. Oleh itu, saya berharap usaha ini tidak berhenti di sini sahaja malah harus diteruskan dengan idea-idea yang kreatif dan inovatif bagi memastikan program yang bermanfaat ini sentiasa diletakkan ditempat yang sewajarnya pada masa akan datang. Sekian. ENCIK MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK PMC Pengarah IPG Kampus Raja Melewar 6
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 KATA ALU-ALUAN PENGARAH LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN SEKALUNG tahniah dan ucapan syabas atas penganjuran 1ST National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1ST National MCID 2023). Penganjuran program seperti ini sangat bermakna kepada semua pihak yang terlibat demi kemaslahatan bersama dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang cinta akan budaya, penyelidikan dan inovasi. Ketiga-tiganya seperti kluster entiti yang tidak dapat dipisahkan. Tidak dapat dinafikan bahawa Adat Perpatih menjadi warisan dan keunikan masyarakat di Negeri Sembilan. Misi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) ialah menjadi pusat rujukan adat dan warisan negeri melalui amalan permuziuman yang kreatif, inovatif, efektif dan sentiasa mesra pelanggan. Satu daripada dasar yang menjadi fokus utama ialah memulihara dan memartabatkan warisan negeri sembilan. Sebenarnya, usaha memartabatkan Adat Perpatih menjadi tanggungjawab kita bersama. Umpamanya, rakan kolaboratif kita seperti Institut Pendidikan Guru Raja Melewar banyak membantu mempromosikan Adat Perpatih melalui penyelidikan dan inovasi, manakala Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menjadi barisan hadapan dalam melaksanakan kurikulum ke arah penerapan nilai-nilai murni di dalam bilik darjah. Saya percaya, program sehari ini bukan sahaja dapat berkongsi tentang amalan penyelidikan dan budaya inovasi yang 7
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 dihasilkan semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Kita juga dapat berkolaboratif dari segi idea apabila adat dan amalan Adat Perpatih dapat diperkenalkan dan dipersembahkan dengan cara yang kreatif melalui inovasi dan penyelidikan. Selain itu, usaha memulihara Adat Perpatih melalui inovasi dan penyelidikan wajar diperkembang dan diperluas di arena antarabangsa. Kajian tentang adat dan amalan Adat Perpatih akan menjadi khazanah yang sangat berharga selari dengan salah satu fokus utama dasar LMNS iaitu untuk membudayakan penyelidikan warisan yang berkualiti secara berterusan. Semoga 1ST National MCID 2023 memberi impak yang mendalam dalam merealisasikan hala tuju kita untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta mempunyai sikap berdaya saing di pentas global, dengan berpasakkan adat dan budaya masyarakat kita. Sekian. Drs. SHAMSUDDIN BIN AHMAD Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan 8
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 KATA ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN SAYA ingin memanjatkan rasa kesyukuran atas kejayaan kita menganjurkan 1ST National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1ST National MCID 2023). Pada hemat saya, apabila semua pihak mempunyai tanggungjawab demi faedah bersama, saya kira program ini ialah pencapaian terbaik kita dalam memperkasakan budaya, inovasi dan penyelidikan bawah satu payung. Dalam konteks dunia pendidikan, tidak dapat dinafikan bahawa guru menjadi agen perubahan yang mempromosikan adat dan budaya yang menjadi teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita iaitu melalui penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai murni ke arah kemenjadian murid amat dititikberatkan bagi melahirkan watak generasi kita yang tidak lupa asal usul warisan budaya yang telah diperturunkan sejak zaman berzaman. Melalui penyelidikan dan inovasi, kita bukan sahaja dapat melahirkan murid yang berkualiti dan berkontemporari, tetapi juga mempunyai jati diri masyarakat Malaysia yang kental. Melalui 1ST National MCID 2023, guru haruslah mengambil peluang untuk menjadikan platform ini sebagai usaha mempromosikan dan berkongsi penghasilan inovasi yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak didik. Inovasi ialah bagaimana kita mendengar suara hati kumpulan pengguna kita berdasarkan isu yang dikemukakan dan mendapat maklum 9
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 balas tentang kesesuaian dan keberkesanan produk inovasi yang dihasilkan. Strategi "bottom to up" akan lebih bermakna apabila kita mendengar suara hati dari bawah yang lebih tahu dan memahami situasi atau sesuatu permasalahan dari bawah. Sehubungan itu, tahniah kepada pensyarah IPG dan universiti, pelajar IPG dan universiti, guru-guru sekolah rendah dan menengah, guru-guru KAFA, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pengamal Adat Perpatih di Negeri Sembilan atas peranan yang dimainkan dalam menjayakan program ini. Saya percaya bahawa melalui 1ST National MCID 2023, kita akan dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak dalam menjayakan inisiatif ini dengan semangat kolaboratif yang tinggi. Melalui program yang dilaksanakan secara bersama ini, saya yakin bahawa kita akan berjaya mengoptimumkan pembelajaran murid pada tahap yang tertinggi serta dalam masa yang sama dapat mengakari budaya dan jati diri masyarakat kita dalam sistem pendidikan pada tempat yang sewajarnya. Sekian. DR. HAJI ROSLAN BIN HUSSIN Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 10
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 KATA ALU-ALUAN PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan kemurahan dan kasih sayang-Nya,1 ST National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1ST National MCID 2023) dapat dilaksanakan. Pihak kami amat berbesar hati kerana dapat berkolaboratif dan memberikan kerjasama serta sokongan padu untuk menjayakan program yang berprestij ini. 1 ST National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1ST National MCID 2023) yang sama-sama kita laksanakan pada hari ini merupakan kemuncak cerminan iltizam semua warga pendidik dan agensi berkaitan dalam menggalakkan budaya inovasi. Program ini juga merupakan platform kepada semua yang terlibat mencari kaedah baharu untuk merungkai ‘simpulan permasalahan’ dan ‘tali kekusutan’ yang wujud di dalam proses kerja seharian atau apa sahaja isu yang dikaji. Program pada hari ini begitu signifikan dan bermakna kerana kita akan meraikan inovasi dan kreativiti yang merupakan pemangkin kepada transformasi pendidikan yang kita sedang laksanakan kini. Dalam usaha memacu agenda transformasi pendidikan negara, kita tidak boleh bekerja secara sendirian malah perlu menggembleng tenaga secara bersama. Hal ini adalah sejajar dengan konsep merakyatkan perkhidmatan awam yakni prinsip kekitaan yang menfokuskan kepada jalinan 11
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 strategik dan kerjasama merentasi agensi melalui pendekatan inovasi kolaborasi atau collective innovation. Pihak kami akan sentiasa memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama jitu kepada semua pihak untuk terus menjana dan menggerakkan budaya kerja cemerlang yang mengutamakan inovasi dan kreativiti. Kami juga sentiasa menggalakkan malah memberikan sokongan yang padu kepada semua semua peringkat untuk mencipta dan mengaplikasikan idea baru ke atas produk, perkhidmatan, proses dan teknologi yang akan menghasilkan impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran. Pihak kami mengharapkan agar 1 ST National MCID 2023 memberi kesan dan impak yang begitu mendalam seiring dengan sokongan terhadap usaha melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Pihak kami mendoakan agar kerjasama yang sedia terjalin selama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti melalui pembelajaran dan latihan berkualiti yang berterusan, modal insan berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Sekian. PUAN HAJAH JAMILAH @ CHUMILA BINTI HAJI KATIS Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan 12
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bekerjasama menganjurkan 1ST National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1ST National MCID 2023). Ucapan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak jawatankuasa penganjur yang telah berusaha merealisasikan program ini dengan jayanya. Inovasi pada masa ini telah menjadi penanda aras baharu global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat malah mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kemantapan pendidikan negara. Kesedaran akan peri pentingnya inovasi sebagai satu wadah ke arah peningkatan kualiti pendidikan semasa mendorong pihak kami untuk bersama-sama berkolaboratif menjayakan program ini. Penganjuran program ini diyakini akan menjadi penggerak terhadap usaha untuk menyemarakkan inovasi khususnya dalam kalangan warga pendidik dan secara tidak langsung usaha ini dapat meningkatkan produktiviti serta bersedia untuk membuat improvisasi dalam proses susun atur perkongsian ilmu bagi meningkatkan sistem penyampaian berteraskan kualiti. Dalam masa yang sama, dengan lahirnya budaya inovasi ini, pembudayaan kreativiti dan pemupukan budaya kerja berpasukan dapat ditingkatkan. 13
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Individu yang berjaya menghasilkan inovasi hasil daripada penyelidikan yang dijalankan memiliki tiga perkara dalam diri mereka iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan motivasi dalaman. Kepakaran merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang dimiliki oleh seseorang. Memiliki elemen seperti yang disebutkan ini akan menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada individu yang mempunyai idea inovasi yang tinggi. Hal ini berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang berdisiplin, tidak bergantung kepada orang lain, bersedia menghadapi risiko, bersikap toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor ketiga pula ialah motivasi dalaman individu iaitu berkaitan dengan seseorang yang merasakan seronok untuk terlibat, perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran. Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya menyahut cabaran dalam menjayakan program ini. Pihak kami berkeyakinan bahawa program ini akan menjadi platform utama bagi penciptaan lebih banyak inovasi dan seterusnya menyebarluaskannya kepada semua sama ada dalam bentuk pameran, seminar, kolokium ataupun pertandingan. Sekian, terima kasih. DR. HANANI BINTI HARUN RASIT Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik 14
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 SENARAI JAWATANKUASA INDUK Penaung : YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad (DTNS, DNS, ANS, PMC, PJK, PKL) UNDANG LUAK JELEBU Pengerusi Pengerusi Bersama : En. Mohamad Zaidi b. Ishak PMC (Pengarah IPGKRM) : Drs. Shamsuddin b. Ahmad (Pengarah LMNS) : Dr. Haji Roslan b. Hussin (Pengarah JPNS) : Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila bt. Hj. Katis (Pengarah PPANS) : Dr. Hanani bt. Harun Rasit (Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik) : Dr. Fairuzzah bt. Harun (Pengerusi Kelab Melewar) Naib Pengerusi I : Pn. Hjh. Halimah bt. Hj. Che Mat (Timbalan Pengarah IPGKRM) : En. Misri b. Mistama (Timbalan Pengarah JPNS) : En. Hamdan b. Nordin (Timbalan Pengarah PPANS) : Pn. Rosrita bt. Mohamed (Kurator LMNS) 15
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Naib Pengerusi II : Dr. Noziati bt. Borhan (Ketua Jabatan, JPPI IPGKRM) : Pn. Shamsiah bt. Abd. Samad (Ketua Jabatan, JSTEM IPGKRM) : En. Nong Azman b. Nong Chek (Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan IPGKRM) : Tn. Hj. Mohd. Salleh b. Hj. Wasik (Ketua Unit Praktikum IPGKRM) Penyelaras I : Dr. Zakri b. Abdullah (Ketua Unit Penyelidikan & Inovasi IPGKRM) : En. Mohd. Zukhairi b. Abd. Rahman (Pen. Pengarah, JPNS) : Dr. Shasitharan a/l Raman Kutty (Ketua Unit Pendidikan Moral, IPGKPT) : Pn. Siti Zulaikha bt. Zahari (Pegawai LMNS) : En. Zainudin b. Zailan (Pegawai PPANS) Penyelaras II : En. Mohd. Irwan b. Rospi (Pegawai Pengurusan Praktikum, IPGKRM) Setiausaha : Pn. Hjh. Zairinah bt. Mohd.Shukur (Pensyarah JPPI IPGKRM) : Cik Norazian bt. Jaafar (Pensyarah JPJK IPGKRM) : Pn. Nor Azlinda bt. Abas (Setiausaha Pejabat Pengarah IPGKRM) : En. Asrul Effendi b. Kamaruzzaman (Pegawai Lembaga Muzium Negeri Sembilan) 16
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Bendahari : En. Nong Azman b. Nong Chek (Bendahari Kelab Melewar IPGKRM) : Pn. Suzanna bt. Zainudin (Pensyarah JSS IPGKRM) AJK : Semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit IPGKRM : Dr. Fairuzzah bt. Harun (Ketua Jabatan Pusat Latihan Akademia Guru) : Dr. Mohd Ashraf b. Ibrahim (Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik) : En. Badurhishambin b. Md. Zin (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar) : Pn. Noazima bt. Wahab (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) : En. Shamshir Alam b. Mohd. Arshad (Ketua Jabatan Sains Sosial : Pn. Nurul Hafiza bt. Ibrahim (Ketua Jabatan Bahasa) : En. Mohd. Izan b. Hj. Yusop (Ketua Jabatan Pengajian Melayu) : Tn. Hj. Abd. Halim b. Md. Salleh (Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum) : Tn. Hj. Abd. Hadi b. Sulaiman (Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral) : Pn. Shamsiah bt. Abd. Samad (Ketua Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) : En. Nong Azman b. Nong Chek (Ketua Unit Peperiksaan & Penilaian) : Tn. Hj. Mohd. Salleh b. Wasik (Ketua Unit Praktikum) 17
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 : En. Mohd Affandi b. Abu (Ketua Unit Pusat Sumber) : En Fahridzakki b. Abd. Rahman (Ketua Unit Psikologi dan Kauseling) : Pn Nurulhidayah bt. Alias (Ketua Unit Khidmat Pengurusan) : Dr. Farah bt. Mukhtar @ Mohd. Yunos (Pensyarah JPPI IPGKRM) : Dr. Asmahani bt. Muhthar (Pensyarah JPPI IPGKRM) : Dr. Sailajah Nair a/p Sukumaran (Pensyarah JIP IPGKRM) : Dr. Abdul Manan b. Kasdi (Pensyarah JPLG IPGKRM) : En. Azulhaimi b. Ahmad (Pensyarah JPLAG IPGKRM) : En. Mohammad Akmal b. Abd Razak (Pegawai IPGKRM) : En. Mohd. Nazim b. Abdul Gaman (Pegawai LMNS) : En. Mohd. Zam - Zam b. Abdul Rahman (Pegawai IPGKRM) 18
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 SENARAI JAWATANKUASA KERJA Pengerusi En. Mohamad Zaidi b. Ishak, PMC (Pengarah IPGKRM) Drs. Shamsuddin b. Ahmad (Pengarah LMNS) Dr. Hj. Roslan b. Hussin (Pengarah JPNS) Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila bt. Hj. Katis (Pengarah PPANS) Dr. Hanani bt. Harun Rasit (Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Teknik) Dr. Fairuzzah bt. Harun (Pengerusi Kelab Melewar) Naib Pengerusi I Pn. Hjh. Halimah bt. Hj. Che Mat (Timbalan Pengarah IPGKRM) Tn. Hj. Misri b. Mistami (Timbalan Pengarah JPNS) En. Hamdan b. Nordin (Timbalan Pengarah PPANS) Pn. Rosrita bt. Mohamed (Kurator LMNS) Naib Pengerusi II Dr. Noziati bt. Borhan (Ketua Jabatan, JPPI IPGKRM) Pn. Shamsiah bt. Abd. Samad (Ketua Jabatan, JSTEM IPGKRM) En. Nong Azman b. Nong Chek (Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan IPGKRM) Tn. Hj. Mohd. Salleh b. Hj. Wasik (Ketua Unit Praktikum IPGKRM) 19
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Dr. Fairuzzah bt. Harun (Ketua Jabatan PLAG) Penyelaras I Dr. Zakri b. Abdullah (Ketua Unit Penyelidikan & Inovasi IPGKRM) En. Mohd. Zukhairi b. Abd. Rahman (Pen. Pengarah, JPNS) Dr. Shasitharan a/l Raman Kutty (Ketua Unit Pendidikan Moral, IPGKPT) Pn. Siti Zulaikha bt. Zahari (Pegawai LMNS) En. Zainudin b. Zailan (Pegawai PPANS) Penyelaras II En. Mohd. Irwan b. Rospi (Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKRM) Setiausaha Pn. Hjh. Zairinah bt. Mohd. Shukur (Pensyarah JPPI IPGKRM) Cik Norazian bt. Jaafar (Pensyarah JPJK IPGKRM) Pn. Nor Azlinda bt. Abas (Setiausaha Pejabat Pengarah IPGKRM) En. Asrul Effendi b. Kamaruzzaman (Pegawai LMNS) Bendahari En. Nong Azman b. Nong Chek (Bendahari Kelab Melewar IPGKRM) Pn. Suzanna bt. Zainudin (Pensyarah JSS IPGKRM) 20
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Urus Setia Dr. Sailajah Nair a/p Sukumaran (K) Ahli Kelab Rakan Inovator dan Penyelidik Muda (KRIM IPGKRM) JK Pengumpulan, Pemurniaan & Penerbitan Dr. Shasitharan a/l Raman Kutty (K) (IPG KPT) Dr. Zaitun bt. Ghazali (IPG KPT) Dr. Asmah bt. Bohari (IPG KPT) Dr. Santhi a/p Letchumanan (IPG KPT) Pn. Gurumintarjit Kaur a/p Jangir Singh (IPG KPT) En. Mohd. Zam - Zam b. Abdul Rahman En. Mohamad Fadzili b. Baharin JK Pengurusan Majlis En. Badurhisham b. Md. Zin (K) Event Management Organizer (EMO) En. Mohd. Zulkhairi b. Abd. Rahman JK Buku Program Dr. Shasitharan a/l Raman Kutty (IPG KPT) En Tamilchelvan a/l Periasamy Dr Chander a/l Vengadasalam (IPG KPT) En. Mohd. Zam-Zam b. Abdul Rahman (Pegawai IPGKRM) 21
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JK Pengurusan Pembentangan En. Azulhaimi b. Ahmad (K) Ahli Kelab Rakan Inovator dan Penyelidik Muda (KRIM IPGKRM) JK Laman Sesawang Dr. Abdul Manan b. Kasdi (K) En. Mohd. Akmal b. Abd. Razak JK Pameran Inovasi & Gerai Kreativiti Dr. Farah bt. Mukhtar @ Mohd. Yunos (K) En. Mohd. Affandi b. Abu Pn. Shamsiah bt. Abdul Samad En. Mohd. Zukhairi b. Abd. Rahman En. Asrul Effendi b. Kamaruzzaman En. Mohd. Nazim b. Abdul Gaman En. Mohd. Rizal b. Othman En. Zainudin b. Zailan JK Pertandingan Inovasi Dr. Asmahani Muhthar (K) En. Muhaimi b. Suhaili Dr. Suriani bt. Mohd. Yusof Tn.Hj. Abdul Hadi b. Sulaiman En. Mohd. Fahridzakki b. Abdul Rahman JK Persiapan & Susunan Tempat Tn. Hj. Abdul Halim b. Md. Saleh (K) Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum (IPGKRM) Pn. Nurulhidayah bt. Alias Unit Khidmat Pengurusan (IPGKRM) 22
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JK Hiasan, Latar Pentas & Persembahan En. Shamsir Alam b. Mohd. Arshad (K) Jabatan Sains Sosial, IPGKRM JK Hadiah & Cenderamata Pn. Nurul Hafiza bt. Ibrahim (K) Pn. Nurulhidayah bt. Alias Jabatan Bahasa, IPGKRM Unit Khidmat Pengurusan (Aset) JK Pendaftaran & Sijil Unit Penilaian dan Peperiksaan, IPGKRM Unit Praktikum, IPGKRM En. Mohd. Zam - Zam b. Abdul Rahman (Pegawai IPGKRM) JK Teks Ucapan & Kata Alu-Aluan En. Mohd. Izan b. Hj. Yusop (K) Jabatan Pengajian Melayu, IPGKRM JK Jamuan Pn. Noazima bt. Wahab (K) Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKRM JK Sambutan & Protokol Dr. Mohd. Ashraf b. Ibrahim (K) Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKRM Lembaga Muzium Negeri Sembilan Balai YTM Undang Luak Jelebu JK Seranta, Dokumentasi & Grafik Dr. Fairuzzah bt. Harun (K) Pusat Latihan Akdemia Guru, PLAG Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Bekas pelajar IPGKRM (ALUMNI) 23
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JK Disiplin & Pengurusan Pelajar En. Badurhisham b. Md. Zin (K) Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKRM Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPGKRM JK Pengangkutan, Lalu Lintas, Keselamatan & Teknikal Pn. Nurulhidayah bt. Alias (K) Unit Khidmat Pengurusan JK Pertandingan & Showcase Mikro:Bit En. Mohammad Akmal b. Abd Razak (K) Pn. Aeizlin bt. Mohd Noor Pn. Mayzatul Akmam bt. Kamaruddin Pn. Siti Hartini bt. Pungut En. Vishnu a/l Krishnan En. Azulhaimi b. Ahmad Pn. Zaleha bt. Endot En. Mohd Farid b. Zainal Abidin (ELVIRA) Ts. Izwan Hadi b. Zamhuri (ELVIRA) En. Mohd. Zulkhairi b. Abd. Rahman (JPNS) En. Mahathir b. Othman (JHEAINS) 24
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 ATUR CARA MAJLIS PEMBUKAAN RASMI 8.00 pagi Ketibaan peserta dan pembentang 8.20 pagi Ketibaan para tetamu Ketibaan tetamu kehormat YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abdul Ghani (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) YBrs. En. Mohamad Zaidi bin Ishak (Pengarah IPGKRM) YBrs. Pn. Hjh. Halimah bt. Hj. Che Mat (Timbalan Pengarah IPGKRM) YBrs. En. Mohd. Norfitri bin Mohd. Din (Pengerusi TABAH) 8.30 pagi Majlis Pembukaan Rasmi Lagu Negaraku Bacaan Doa Tayangan video korporat IPGKRM Ucapan Timbalan Pengarah IPGKRM YBrs. Pn. Hjh. Halimah bt. Hj. Che Mat Ucapan Pembukaan Rasmi 1 st National MCID 2023 YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abdul Ghani Penyampaian cenderamata Lawatan ke tapak pameran Jamuan 25
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI 3.45 petang Ketibaan peserta dan pembentang 4.00 petang Ketibaan ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit IPGKRM Ketibaan para tetamu Ketibaan tetamu kehormat YB Mohamad Nazaruddin bin Sabtu (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) YBhg. Dato’ Masri bin Razali (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban) YBrs. En. Mohamad Zaidi bin Ishak (Pengarah IPGKRM) YBrs. Pn. Hjh. Halimah bt. Hj. Che Mat (Timbalan Pengarah IPGKRM) YBrs. Drs. Shamsuddin bin Ahmad (Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan) YBrs. Dr. Hj. Roslan bin Hussin (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan) YBrs. Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila Haji Katis (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan) YBrs. Dr. Hanani bt. Harun Rasit (Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik) YBrs. Dr. Fairuzzah bt. Harun (Pengerusi Kelab Melewar IPGKRM) YBrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Tew Abdullah (Penolong Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau) 26
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 YBrs. En. Zainal bin Said (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) YBrs. Dr. Nur Anuar Abdul Mutalib (Ketua Pendidikan / Penajaan Yayasan Hasanah) YBrs. En. Husaini bin Ismail (Pengarah Majlis Reka Bentuk Malaysia) YBrs. En. Mohd. Norfitri bin Mohd. Din (Pengerusi Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan) YBrs. En. Mohd. Farid Zainal Abidin (Ketua Pegawai Eksekutif Elvira Systems Sdn.Bhd.) 4.15 ptg Ketibaan YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad (Undang Luak Jelebu) 4.25 petang Majlis Penutupan Rasmi Lagu Negaraku Lagu Negeri Sembilan Bacaan Doa Persembahan video montaj Persembahan caklempong Ucapan Pengarah IPGKRM Oleh: YBhg. En. Mohamad Zaidi bin Ishak Ucapan Penutupan Rasmi 1 st National MCID 2023 Oleh: YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad (Undang Luak Jelebu) Penyampaian sijil dan hadiah Pemenang peringkat emas Pertandingan Inovasi Pendidikan 27
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Kategori individu Kategori kumpulan Pemenang Pertandingan Mikro:bit Innovation Showcase Anugerah Khas Pameran Terbaik Panel Juri Rakan kolaborator dan kerjasama - Balai YTM Undang Luak Jelebu - LMNS - JPNS - PPANS - IPG Kampus Pendidikan Teknik - TABAH - Kelab Melewar IPGKRM - UiTM Cawangan NS Kampus Rembau - Majlis Reka Bentuk Malaysia - MAINS - Yayasan Hasanah - Elvira Penyampaian cenderamata Jamuan 5.00 petang Acara tamat 28
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JADUAL PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN KATEGORI : INDIVIDU (SEKOLAH RENDAH) LOKASI : RUANG LEGAR PERPUSTAKAAN BIL KUMPULAN TAJUK MASA 1 NIVETHA A/P KANAPPAN SJKT Ladang Batang Kali, Selangor. Kad Donkey 10.40 pg– 10.55 pg 2 DAYANG DAYANA BINTI ABG ABD NASIR SK Ulu Kabo Saratok, Sarawak. Brilliant Brushes: Hasilan Karya Kreatif Tambahan Murid Tahap 1 10.55 pg– 11.10 pg 3 ZAINUDIN BIN ZAINAL ABIDIN SK Bandar Tenggara, Johor. DAM-iT 11.10 pg– 11.25 pg 4 MARYAM MADHIAH AHMAD SK Sinar Mutiara Nenasi, Pahang. Dadu Pemikir Sejarah 11.25 pg– 11.40 pg 29
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 5 TAN LIT VOON SJK (C) Chong Teik Balik Pulau, Pulau Pinang. Smart Card Kit 11.40 pg– 11.55 tgh 6 ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY SJK (C) Jerik Bandar Jengka, Pahang Kit Gameboard Sistem Suria 11.55 pg– 12.10 tgh 7 CHEW ZHENG LIN SJKC Hwa Lian, Tapah Road, Perak Kapten Imbuhan 2.30 ptg– 2.45 ptg 8 SHYAMALA A/P SIVA SITHAMBARAM SJKC Jerik, Bandar Jengka, Pahang. Kit Pistol 2.45 ptg– 3.00 ptg 9 JAMIULKHAIR BIN JAAPAR SK Tmn Melawati Selangor. Tilmeeztube Warm Up 3.00 ptg– 3.15 ptg 30
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JADUAL PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN KATEGORI : KUMPULAN (SEKOLAH RENDAH) LOKASI : BATU HAMPAR BIL KUMPULAN TAJUK MASA 1 NOR HASIMAH BINTI TUMIRAN SMK Agama Rakyat Felda Kepis Bahau, Negeri Sembilan Ahli Kumpulan HAZILA BINTI ABD AZIZ HASNAH BINTI ABDULLAH MANORIZA BINTI ABDUL MALEK Kad JR (Kad Jawi Rumi) 10.40 pg– 10.55 pg 2 NABILAH FARHANAH BT NOH SK Puchong Indah, Puchong, Selangor. Ahli Kumpulan NURSYAHIRAH SOFIYA BT ZULKIFLI NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI HIDAYU BT MOKLAS RIFHAN BT RASHIDI ZIQR1 (Zero Iqra 1) 10.55 pg– 11.10 pg 31
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 3 DHORA BINTI DABAL SK Blok 31 Tawau, Sabah Ahli Kumpulan SUZAIVIANTI BINTI SUROTO KALBI BINTI JAPRI JALIB BIN JAAFAR You-Go-Share Saıns 2 Alıran (YGS2A) 11.10 pg– 11.25 pg 4 ZAINUDIN BIN ZAINAL ABIDIN SK Bandar Tenggara 1 Bandar Tenggara Johor. Ahli Kumpulan SITI MARDZIAH BINTI SAZALI NURUL HUSNA BINTI ZAINALL ABIDIN AIDA BINTI IBRAHIM MARYATY BINTI JALI 1MVT 3.0 11.25 pg– 11.40 pg 5 ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY SJK C Jerik Bandar Jengka, Pahang Ahli Kumpulan PHOON CHIA SIN SHYAMALA A/P SIVA SITHAMBARAM THAM HOU YIN GOH SIN YONG Inovasi Amalan Terbaik Sebagai Perangsang Motivasi Meningkatkan Disiplin 11.40 pg– 11.55 pg 32
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 6 ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY SJKC Jerik Bandar Jengka, Pahang Ahli Kumpulan JAZULI KHALIL BIN MOHD NOR KOMALLA A/P GNASEKARAN LIM SI YIN WONG JIA JIAN Kemenjadian Murid Menerusi 5 Aktiviti Berunsurkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dalam Bahasa Inggeris Tahap 1 11.55 pg– 12.10 tgh 7 MOHAMMAD IRFAN MUSTAQIM BIN ARIFFIN SK Methodist, Kampar Perak Ahli Kumpulan ZARA ANNUR AISYAH BINTI ZAINAL NUR AISHA BINTI ABDUL RANI DELISYA QAISARA BINTI MOHD RIDZUAN NUR HADHIRAH BINTI ZAIHAM Easy Draw 2.30 ptg– 2.45 ptg 33
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 8 MOHAMMAD IRFAN MUSTAQIM BIN ARIFFIN SK Methodist Acs Kampar, Perak Ahli Kumpulan NUR SARINA BINTI MOHD SADRI ROSNAH BINTI AMIR NOORSYAHIDA BINTI MHD SUHAIMI NURUL NADWAH BINTI KHALID PiCaPu (Picit Calit Sapu) 2.45 ptg– 3 .00 ptg 9 NURHAFIZ BIN IBRAHIM SK Lktp Palong Timur Segamat, Johor Ahli Kumpulan AHMAD AHNAF BAIHAQIE BIN ABDUL ARIF NUR IMAN SYAKIRIN BIN SHAMSUL ASHIK AIRA NURALICESYA BINTI AB RAZAK SITI NUR DINA BINTI MOHAMAD FARIHK ezi.scrabble 3.00 ptg– 3 .15 ptg 34
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JADUAL PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN KATEGORI : INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH & INSTITUSI LOKASI : BILIK SMC BIL NAMA TAJUK MASA 1 LIM XIN ER IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. Snake Ladder 10.40 pg– 10.55 pg 2 YASNEY A/P SARGUNAN IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. Panggung Cerita 10.55 pg– 11.10 pg 3 SITI ZAHIRAH BINTI HALIM Kolej Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ 11.10 pg– 11.25 pg 4 MUHAMMAD ADAM HAKIM BIN MOHAMAD HAKIM Kolej Genius @ Pintar Negara, UKM 3D STEM-Edu Gamification 11.25 pg– 11.40 pg 35
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 5 DANUSREE A/P BASKARAN IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. Papan bingo 11.40 pg– 11.55 pg 6 NELLY MAHIRAH BINTI MOHD YUSOFF IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan Pull Up Prizm 11.55 pg– 12.10 tgh 7 SUBHASHINI MUNIANDY IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan Cup & Dice 2.30 ptg– 2.45 ptg 8 NORINE ANN A/P WILSON PAUL RAJ IPG Kampus PendidikanTeknik, Negeri Sembilan Kit Jiran 2.45 ptg– 3.00 ptg 9 DHIVVYAA SHREE A/P NADARAJAN IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan Spin Wheel 3.00 ptg– 3.15 ptg 36
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 10 SYARMILA DEVI A/P NAGESH IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan Kit Pong Ansur 3.15 ptg– 3.30 ptg 37
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 JADUAL PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN KATEGORI : KUMPULAN SEKOLAH MENENGAH & INSTITUSI LOKASI : BILIK MAKMAL KOMPUTER 1 BIL NAMA TAJUK MASA 1 NUR IYAZI AFRINA BINTI MOHD PISOL DR SHAMSIAH BINTI DAUD WAN MUHAMMAD AIMAN BIN WAN NASHARUDDIN NUR SAIYIDAH MUBARAKAH BINTI NOR MOHD FAISAL NUR RUSYDA BINTI ZAIDI IPG Kampus Sultan Mizan Terengganu e-HIJAIYAH 10.40 pg– 10.55 pg 2 AMIRUL AKMAL RIZAL BIN AHMAD SAIFUL IKRAM BIN MAHAMAKHOIRUDIN MUHAMMAD AZAMUDIN BIN ZIKRI SITI NORFASIHAH MAHIRAH BINTI MARZUKI FATIHAH BINTI OSMAN Think, Tap Hijaiyyah 10.55 pg– 11.10 pg 38
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Terengganu. 3 NOR ATIRAH BINTI FAUZI HUSNA NAQIYYAH BINTI ZAIDI HUSNA SYUHADA BINTI BIS ALIAH BINTI ABD.RAHMAN NOR AISYAH NABILAH BINTI FAZUNI IPG Kampus Sultan Abdul Halim Kedah E Learning Hamazat 11.10 pg– 11.25 pg 4 MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN AZHAR MUHAMMAD AIDIL SYAFIQ BIN ASMAWI SITI HANNAH BINTI MOHAMAD RAHIM WAN ARSHY BINTI WAN ALWI ZAFIRAH BINTI MOHD ZAINUDDIN IPG Kampus Sultan Abdul Halim Kedah e-Bijak Jawi Homograf 11.25 pg– 11.40 pg 39
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 5 TS. SITI NORJANA BINTI AHMAD MOHAMAD EIRFAN ISKANDAR BIN NAZRI NURUL AIN BINTI ABDULLAH MUHAMMAD ZAKIR IMAN BIN MD ZAKI Kolej Vokasional Nibong Tebal Pulau Pinang. Model Pencawang Elektrik 11.40 pg– 11.55 pg 6 SHAMIELA URSLA BINTI ZAIDI SITI RAHMAH BINTI HASSAN PERMATA PUTERI NATASYA BINTI ANOR WAN NUR ADIBA BINTI WAN NUWI ARFAH BINTI AHAMAD IPG Kampus Sultan Abdul Halim Kedah. KMGLedang 2.0 11.55 pg– 12.10 tgh 7 Ts. Dr. NORISHAM BIN A. RAHIM MOHAMAD FARHAN BIN MD ARIS NOOR WAHIDAH BINTI WAHAB Kolej Vokasional Kota Tinggi, Johor. CERDIK 2.30 ptg– 2.45 ptg 40
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 8 NAJLA FARZANA BINTI JALIL NUR ALIA NATASHA MOHD RASHIDI WAN QURRATUL AIN WAN FAIZUL DR. FATIMAH BT MUSTAFFA AHMAD FITRI B. LIAS IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Colored Vision Wheel 2.45 ptg– 3.00 ptg 9 JULIE YOGEETA BINTI BAHARDIN KHAN SYEHARIZAD BINTI SHARIFF FUDIN SHAHRINA BINTI OMAR MOHAMAD TAUFIQ BIN A. AZIZ SMK Senawang Negeri Sembilan Easy Ruler 3.00 ptg– 3.15 ptg 10 MUHAMMAD FAHRURRAZI BIN MAKSOM MUHAMMAD FAIZ BIN ZULQARNAIN NURAIN ATHIRAH BINTI ZIKRI NUR ADILAH BINTI MOHD NASIR NUR NISA NAZLYN BINTI NAZRI IPG Kampus Sultan Abdul Halim Kedah. An-Nur Celik Adab 3.15 ptg– 3.30 ptg 41
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 ABSTRAK PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH 42
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 1 KAD DONKEY NIVETHA A/P KANAPPAN Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Batang Kali, 44300, Batang Kali, Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan permainan KAD DONKEY PBL dalam meningkatkan penguasaan murid tahun 4 terhadap penjodoh bilangan tahap 2 sekolah rendah. Seramai 20 orang murid telah dijadikan sampel sepanjang kajian ini dilaksanakan. Instrumen yang digunakan adalah senarai semak, temubual, ujian pra dan ujian pos. Melalui kajian ini, Pengkaji mencadangkan agar menggunakan kaedah permainan KAD DONKEY PBL dalam pengajaran penjodoh bilangan. Permainan ini mempunyai sejumlah ----- pasangan kad penjodoh bilangan yang terdiri daripada penjodoh bilangan tahap 1 dan 2. Pemain boleh memilih kad daripada pemain lain dan menyingkirkan kad yang sama serta membaca kuat penjodoh bilangan yang terdapat dalam kad tersebut sehingga mereka menemukan kad DONKEY. Hasil dapatan kajian, menunjukkan penggunaan KAD DONKEY PBL mampu meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap penjodoh bilangan yang diajar. Kajian ini diharap dapat membantu murid serta guru yang bukan sahaja melibatkan penjodoh bilangan tetapi juga mata pelajaran lain yang dilihat kritikal. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kata Kunci : permainan, penguasaan murid, penjodoh bilangan, Bahasa Melayu, keberkesanan. 43
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 2 BRILLIANT BRUSHES: HASILAN KARYA KREATIF TAMBAHAN MURID TAHAP 1 DAYANG DAYANA ABG ABD NASIR Sekolah Kebangsaan Ulu Kabo Saratok, Sarawak [email protected] ABSTRAK Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan dan menjana kreativiti yang berterusan. Justeru, guru Pendidikan Seni Visual perlu inovatif dalam merancang PdPc walaupun silibus pembelajaran telah berjaya diselesaikan. Memandangkan warna air yang murid-murid miliki masih ada berbaki, guru perlu memikirkan aktiviti yang melibatkan warna air dan berus yang menarik, jimat kos tetapi masih ada ruang untuk kreativiti. Malah aktiviti tersebut perlulah aktiviti yang belum pernah dibuat oleh murid di sekolah ini. Dari situlah guru mendapat idea inovasi Brilliant Brushes. Oleh yang demikian, guru membeli rantai kunci, arca, dan papan lukisan dari kedai MrDIY yang menawarkan harga barangan berpatutan untuk aktiviti mewarna yang relevan dengan Standard Kandungan 3.1 iaitu Penghasilan Karya Kreatif, bagi murid tahun 1, 2 dan 3. Setelah PdPc berjalan lancar dengan penglibatan murid yang aktif, bersemangat dan ceria, guru mendapati bahawa 28 daripada 28 murid mendapat Tahap Penguasaan 5 untuk PBD pada hari inovasi dilaksanakan. Ini bermakna objektif PdPc berjaya dicapai. Tambahan juga, murid juga dapat (DSKP, SK 4.1) membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan secara tidak langsung. Di samping itu, murid-murid dan Guru Besar juga memberi maklum balas yang positif tentang PdPc Inovasi Brilliant Brushes. Oleh sebab itulah, guru merancang untuk 44
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 berkolaborasi dengan syarikat MrDIY untuk perluasan inovasi dalam bentuk tajaan bahan secara percuma atau potongan harga bahan. Hal ini kerana, selain daripada cadangan melaksanakan inovasi ini kepada murid Tahap 2, guru juga memerlukan sumber luar untuk menambahbaik inovasi berkaitan pendidikan seni dengan menggunakan selain daripada warna air dan berus. Kata kunci: Pendidikan Seni Visual, Warna air, Karya kreatif, Aplikasi, Tahap 1 3 DAM-iT ZAINUDIN BIN ZAINAL ABIDIN SK Bandar Tenggara 1, Jalan Kota Raja, 81440, Bandar Tenggara, Johor [email protected] ABSTRAK Peredaran darah merupakan salah satu topik yang baru dalam tahun 5. Dalam topik ini, murid dikehendaki menyatakan bagaimanakah darah merah berfungsi sebagai agen pengangkutan dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan serta mengangkut karbon dioksida keluar dari anggota badan. Permasalahan timbul apabila terdapat kekeliruan dalam mengenal pasti komponen udara yang betul dan peranannya ketika melalui salur darah ke dalam dan keluar dari badan. Murid perlu mengetahui bahawa oksigen akan digunakan oleh anggota badan. Gas karbon dioksida dihasilkan dan diangkut keluar dari badan menggunakan darah merah sebagai bahan kumuh. 45
MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti komponen udara dalam darah merah oleh murid tahun 5 menggunakan permainan “Dam-iT”. Metodologi yang kami gunakan adalah mengambil maklumat menggunakan 3 kaedah iaitu ujian pra dan pasca, temu bual serta rakaman video. Keputusan yang diperolehi sangat memberansangkan apabila ujian pra dan pasca menunjukkan peningkatan yang positif. Temu bual juga menunjukkan murid berubah daripada respon yang negetif dan tidak memberi respon kepada respon yang positif. Rakaman video menunjukkan dengan jelas perubahan yang sangat aktif berlaku kepada murid menggunakan “DAM-iT” dalam sesi pembelajaran berbanding sebelumnya. Keadaan ini menjadikan kami sangat mudah dalam memberikan pemahaman konsep kepada murid tanpa perlu mengulangulang mengingatkan mereka tentang konsep penukaran komponen udara dalam darah. Disamping itu, ia menjadikan pembelajaran lebih menarik serta dapat mengubah persepsi murid yang sebelum ini menganggap tajuk peredaran darah adalah topik yang sukar kepada suatu yang menarik, mudah dan menyeronokkan. Kata Kunci : Peredaran darah, oksigen, karbon dioksida, persepsi. 46