The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1st MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abd Manan Kasdi, 2023-06-16 09:00:50

BUKU PROGRAM MCID 2023

1st MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023

Keywords: MCID

MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 pelajar vokasional agak rendah semasa di dalam kelas teori berbanding amali. Bagi mewujudkan proses pengajaran yang kondusif dan menyeronokkan, pensyarah telah berusaha mewujudkan sebuah medium pembelajaran yang interaktif, digital, mudah, menyeronokkan dan mesra dengan perkembangan teknologi serta persekitaran pelajar. Untuk itu CERDIK telah dibangunkan. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk mewujudkan pembelajaran teori yang menyeronokkan, mewujudkan persekitaran pembelajaran teori yang fleksibel, meningkatkan tahap tumpuan pelajar dalam pembelajaran teori dan meningkatkan tahap pemahaman teori pelajar dalam sistem penyaman udara kereta. Inovasi ini telah dimulakan dengan mengenalpasti isu dan masalah menerusi soal selidik, analisis data peperiksaan dan temubual bersama pelajar dan pensyarah.Dari segi impak inovasi, tahap pengetahuan pelajar telah meningkat berdasarkan analisis data kajian yang dibuat. Selain itu, majoriti responden menyatakan bahawa dengan adanya CERDIK ini ia telah memudahkan proses pengajaran, menarik minat dan tumpuan pelajar selain mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Projek ini, memiliki potensi yang besar memandangkan ia berkonsepkan pembelajaran menyeronokkan (fun learning). Selain itu projek ini mengaplikasikan teknologi terkini dan berjaya menarik minat pelajar yang pada ketika ini merupakan generasi celik kepada penggunaan teknologi maklumat. Kata Kunci : Alat Bantu Mengajar, Interaktif, Digital, Teknologi Automotif 97


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 8 COLORED VISION WHEEL NAJLA FARZANA JALIL, NIUR ALIA NATASHA MOHD RASHIDI & WAN QURRATUL AIN WAN FAIZUL, FATIMAH MUSTAFFA DAN AHMAD FITRI LIAS Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka, 75400, Malaysia [email protected]; 402-13- [email protected]; 413-13- [email protected], fatimah13- [email protected] ABSTRAK Coloured Vision Wheel merupakan satu kaedah pengajaran inovatif yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan tahap pengetahuan kadar buta warna bagi murid sekolah rendah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah putaran roda dalam meningkatkan pengetahuan kadar buta warna bagi murid sekolah rendah. Bahan inovasi digunakan adalah modul ilustrasi bergambar metadologi penghasilan. Seramai lima orang murid Sekolah Kebangsaan Semabok dipilh untuk kajian ini. Tinjauan awal mendapati empat daripada lima murid tersebut, menghadapi masalah buta warna semasa melaksanakan ujian buta warna. Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan warna primer dan sekunder semasa ujian buta warna. Pemerhatian, analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan kaedah putaran roda berjaya meningkatkan tahap kesedaran murid terhadap buta warna. Impaknya, murid dapat mengesan masalah buta warna pada peringkat awal. Oleh itu, rawatan susulan awal dapat dilaksanakan. Bagi pihak sekolah, mereka dapat 98


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 menambah baik tahap kesihatan murid mereka dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kesannya, kesihatan mata optimum masyarakat di negara kita dapat dikekalkan. 9 EASY RULER JULIE YOGEETA BINTI BAHARDIN KHAN, SYEHARIZAD BINTI SHARIFF FUDIN, SHAHRINA BINTI OMAR, MOHAMAD TAUFIQ BIN A. AZIZ Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang [email protected] ABSTRAK Sains Rumah Tangga (SnRT) merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah harian. Salah satu Standard Pembelajaran (SP) dalam Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) tingkatan empat ada dinyatakan pada SP 3.2.8 iaitu menggunakan alatan dan bahan mendraf pola dengan betul. Murid menghadapi masalah kerana terdapat banyak pembaris yang digunakan, pembaris sedia ada mempunyai senggatan inci dan sukar dibawa. Melalui penyataan masalah tersebut, maka terhasilkan Easy Ruler yang menggabungkan pembaris lurus, melengkung dan sesiku menjadi satu pembaris sahaja. Penggunakan transperant acrylic dan senggatan ukuran dalam unit metrik sentimeter dan milimeter membuatkan produk inovasi sesuai digunakan untuk mendraf pola. Selain itu Easy Ruler ini ringan, tahan lasak dan mesra pengguna berbanding peralatan sedia ada. Dari segi kos, sekiranya dibuat dalam kuantiti yang banyak (mass production), maka kos produk Easy Ruler menjadi rendah dan mampu milik. Easy Ruler akan menjadi produk yang mempunyai permintaan tinggi kerana bukan sahaja sekolah yang menawarkan mata 99


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 pelajaran SnRT sahaja boleh menggunakannya, tetapi boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat yang teribat dalam industri pembuatan pakaian. Berdasarkan hasil dapatan analisis kebolehgunaan Easy Ruler yang dilakukan ke atas 36 orang murid tingkatan 4, didapati murid lebih cenderung memilih Easy Ruler berbanding dengan pembaris sedia ada di bengkel jahitan. Secara tidak langsung, Sekolah Menengah Senawang, Seremban akan menjadi pengeluar yang akan memasarkan Easy Ruler. Selaras dengan Transformasi sekolah (TS25). iaitu sekolah berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Kata kunci : Sains Rumah Tangga, mendraf pola, pembaris jahitan, membuat pakaian, alatan jahitan. 10 AN-NUR CELIK ADAB (PENDIDIKAN ISLAM – ADAB SEKOLAH RENDAH) Muhammad Fahrurrazi bin Maksom, Muhammad Faiz bin Zulqarnain, Nurain Athirah binti Zikri, Nur Adilah binti Mohd Nasir & Nur Nisa Nazlyn binti Nazri Jabatan Pendidikan Islam (JPIM) [email protected] Abstrak Celik Adab merupakan portal secara atas talian yang mempunyai variasi infografik yang mengandungi isi pelajaran yang ringkas, padat dan menarik berkaitan adab sebagai rujukan kepada semua murid sekolah rendah. Celik Adab merupakan hasil daripada cetusan idea kumpulan An-Nur yang telah 100


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 menjalankan tinjauan (https://forms.gle/xxG2G968o9hNHYvg9 ) terhadap guru, guru Pendidikan Islam, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi, murid sekolah dan masyarakat awam. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa responden menghadapi kesukaran untuk memperoleh maklumat yang tepat mengenai adab di laman web atau secara atas talian. Celik Adab merupakan satu inovasi yang berupa nota-nota ringkas dan padat. Terdapat banyak info berkaitan adab atas talian yang merangkumi topik dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bermula daripada tahun satu sehingga tahun enam yang disampaikan secara santai dan mudah difahami. Ia boleh diakses melalui imbasan QR kod atau yang yang diberikan. Oleh hal yang sedemikian, objektif utama Celik Adab adalah untuk memudahkan orang ramai terutama para guru dan murid mendapatkan bahan rujukan dengan lebih cepat dan mudah. Kata kunci: An-Nur, Celik Adab, nota ringkas, padat, variasi infografik. 101


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 PELAN LANTAI 1 ST NATIONAL CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 (1ST NATIONAL MCID 2023) 102


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 PENGHARGAAN Jawatankuasa 1 st National Melewar Creativity and Innovation Day 2023 (1st National MCID 2023) mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada : YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad (Undang Luak Jelebu) YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) Balai YTM Undang Luak Jelebu Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) Kelab Melewar IPGKRM Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ELVIRA 103


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Majlis Reka Bentuk Malaysia UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi Yayasan Hasanah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dan Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan 1 st National MCID 2023 104


MELEWAR CREATIVITY AND INNOVATION DAY 2023 Terima kasih atas sumbangan kewangan bagi menjayakan projek MCID 2023 105


INSTITUTPENDIDIKANGURUKAMPUSRAJAMELEWAR SEREMBANNEGERISEMBILAN 1STNATIONALMELEWAR CREATIVITYANDINNOVATIONDAY 2023(1STNATIONALMCID 2023)


Click to View FlipBook Version