The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMKCK, 2021-01-17 09:28:02

BUKU PENGURUSAN SMKCK 2021

Buku Pengurusan dan Pentadbiran

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M1
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

Maklumat Asas Sekolah

1 Nama Sekolah SMK Convent (M) Kajang

2 Alamat Sekolah Jalan Gereja, 43000 Kajang, Selangor

3 Mukim Kajang

4 Daerah Pentadbiran Hulu Langat

5 PPD / JPN PPD Hulu Langat / JPN -Selangor

6 Tarikh Tubuh 1/1/1939

7 Lokasi Pendaftaran Semasa Bandar

8 Kod Sekolah BEB 4068

9 Label Sekolah Sekolah Mubaligh

10 Gred Sekolah A

11 Sesi Pagi dan Petang

12 Peringkat sekolah Menengah Rendah dan Atas

13 Jenis Bantuan Bantuan Modal

14 Status Bangunan Sendiri

15 Bahasa Penghantar Bahasa Melayu

16 Nama Pengetua Pn. Hjh. Norlila Binti Omar

17 Bilangan Guru ( 1/1/2021) 58 orang

18 Enrolmen Murid 809

19 Bilangan Kelas Beroperasi 25

20 No.Telefon / Faksimili 03 87331525/03 87331525

21 e-mel [email protected]

e-mel ( 1GOVUC) [email protected]

22 Laman Portal Sekolah

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M2
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SURAT AKU JANJI

Saya ......................................................................... No. Kad Pengenalan ................................................
beralamat di ..................................................................................................................................... dengan
sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib 1993, Perintah-perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan
lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah
peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya :

a) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan;
b) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan

bertanggungjawab;
c) tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
d) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya

bercanggah dengan tugas awam saya;
e) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya

telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga
menjejaskan kegunaan saya sebagai penjawat awam;
f) tidak akan menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam bagi faedah diri saya sendiri;
g) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama
perkhidmatan awam;
h) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh dan tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan
awam; dan
i) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan
tindakan tatatertib mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

………………………………… ………………………..
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)

Dihadapan :

…………………………………………………..

K/P: (Cap Rasmi Jabatan)

Tarikh : M3

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M4
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT
A MAKLUMAT DAN PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH
M7
1 Kata Alu-aluan Pengetua M8

2 Penjenamaan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Program Sekolah M9
Transformasi TS25 M23
M24
Pengenalan SMK Convent(M) Kajang Sebagai Sekolah Transformasi M26
TS 25- Kohort 5 M27
M28-29
3 Misi dan Visi KPM M31
M32
4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia M33-36
M37
5 Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan M38
M42 -66
6 Dasar dan Falsafah Sekolah M67
M68-69
7 Matlamat dan Objektif Sekolah M70

8 KPI, Moto dan Slogan Sekolah P2
P3
9 Pelan Lantai Sekolah P4-5
P6-7
10 Piagam Pelanggan, Budaya Kerja dan Pembudayaan Amalan Sekolah P8-10
11 S1M1K – Sistem 1Meja 1Kerusi Tanggungjawab Saya dan Amalan 5S P11-14
P15
12 Manual PdPR P16

13 Panduan Am Pengurusan Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana P17-22
(AKP)
P23-27
14 Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan M5

15 Senarai Guru dan Gred

16 Ikrar Guru Malaysia

B PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

1 Tarikh Penggal Persekolahan 2021

2 Cuti-cuti Umum dan Perayaan 2021

3 Senarai Nama Guru dan AKP 2021

4 Senarai Agihan Tugas Guru 2021

5 Jadual Bertugas Pentadbir 2021

6 Jadual Guru Bertugas Mingguan 2021

7 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran SMKCK 2021

Jawatankuasa Persediaan Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
8 2021

9.0 JK Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

9.1 JK Pengurusan Sekolah

9.2 JK Pengurusan Maklumat Sekolah

9.3 JK Pengurusan Sumber Manusia

9 9.4 JK Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Sekolah

9.5 JK Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

9.6 JK Bencana / Pengurusan Risiko

9.7 JK Persatuan Ibubapa guru

9.8 JK Kebajikan Guru dan Staf

10 Deskripsi Tugas dan Tanggungjawab

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

BIL PERKARA MUKA
SURAT
C PENGURUSAN KURIKULUM
1 Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum A2
2 KPI , Matlamat dan Objektif Kurikulum A3
3 Jawatankuasa Kurikulum A4-12
4 Contoh Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) A13-15
5 Pakej Mata Pelajaran Tahun 2021 A15-16
6 Jadual Penyemakan Buku Latihan A17-18
7 Senarai Pencerapan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc ) A19-21
8 Senara Penyemak e-RPH guru A22-24
9 Jadual ‘Learning Walk” A25-26
D PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1 Carta Organisasi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid H2
2 KPI , Matlamat dan Objektif Hal Ehwal Murid H3
3 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid H4-18
4 Senarai Nama Guru Tingkatan Tahun 2021 H19
5 Panduan Pelaksanaan Guru Penyayang H20-21
6 Contoh Merekod Buku Kawalan Kelas H22-23
7 Tatacara Surat Amaran Ponteng Sekolah H24
8 Prosedur Kemasukan Murid Warganegara di Sekolah H25
9 Prosedur Murid Bukan Warganegara (MBWN) H26-27
10 Sekolah Bebas Aedes H28
11 Laporan Borang Kendiri Kantin H29-30
12 Sekolah Selamat H31
13 Prosedur Keselamatan Murid H32-36
14 Garis Panduan Bagi Aktiviti Pendidikan Jasmani H37-38
15 Tambahan Peraturan Disiplin H39-41
16 SPI Bil. 10/2001 H42-43
17 Lembaga Disiplin H44
18 Panduan Hukuman Salah Laku Murid H45-52
E PENGURUSAN KOKURIKULUM
1 Carta Organisasi Jawatankuasa Kokurikulum K2
2 Dasar Pelaksanaan Kokurikulum K3
3 KPI , Matlamat dan Objektif Kokurikulum K4
4 Jawatankuasa Kokurikulum K5-11
5 Program / Projek Bersepadu Kokurikulum K12-13
6 Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum K13-14
7 Pemantauan Aktiviti Mingguan Kokurikulum K14-15
8 Bidang Tugas dan Tanggungjawab Pengurusan Kokurikulum K15-18
F TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
M6
Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

Santai Kata , Secebis Bicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Buku Pengurusan Sekolah ini adalah satu dokumentasi yang sangat penting kepada
sesebuah sekolah sebagai rujukan “one stop centre” kepada semua pentadbir, guru, Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP), dan warga sekolah dalam melaksanakan kerja buat sepanjang
tahun ini.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) yang kini berada
pada Gelombang Ke-3 dan Dasar-dasar KPM seperti MBMMBI, KSSM, PBD, 1M1S dan
STEM maka kita sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan diharapkan dapat melonjakkan
pencapaian sistem pendidikan negara kita ke peringkat global.
Sementelahan, sekolah telah diamanahkan untuk merealisasikan Program Transformasi
Sekolah (TS25), yang bermatlamat untuk memantapkan kepimpinan sekolah,
memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran ke arah kemenjadian murid.

Matlamat dan objektif pasti dapat dicapai hasil daripada perancangan yang sistematik,
kerjasama dan komitmen serta kerja sepasukan semua warga sekolah. Bermula dengan
muafakat, kesungguhan serta usaha yang tekun dan sikap taat setia semestinya
menghasilkan impak yang berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya
menjadi pemangkin bagi merealisasikan VISI, MISI dan KPI SMK Convent (M) Kajang 2021
seiring dengan slogan sekolah “SOARING HIGHER” , #SMARTdanHEBAT.

“SOARING HIGHER”
#SMARTdanHEBAT

NORLILA BINTI OMAR
Pengetua
SMK Convent (M) Kajang
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M7
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

PENJENAMAAN SMK CONVENT (M) KAJANG SEBAGAI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang
dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan
kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan
sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang
berada di luar kluster kecemerlangan.

Idea penganugerahan status SKK terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan
SKK berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi
sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik
Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

SMK Convent (M) Kajang adalah salah satu 135 buah sekolah yang telah diiktirafkan
sebagai SKK untuk Fasa 9 pada 3 Mac 2015 di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Presint 5, Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Khair bin
Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kebitaraan (niche area) yang telah
dipilih untuk menyerlahkan watak sekolah ialah Bahasa Inggeris untuk kebitaraan akademik
dan Persatuan St. John Ambulans untuk kebitaraan kokurikulum. Rekod kejayaan dan
penglibatan murid dalam kedua-dua kebitaraan ini menjadi elemen sekolah untuk
membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang dapat bersaing pada
peringkat global seterusnya menjadi contoh teladan (showcase) di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa kepada sekolah-sekolah lain.

IPTA yang telah ditindikkan sebagai mentor kepada sekolah ialah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Rangkaian kerjasama strategik antara SMK Convent (M)
Kajang dan UKM membolehkan pihak sekolah menggunakan kemudahan di IPTA di samping
murid-murid boleh ditempatkan di dalam program akademik, kemahiran insaniah dan
keusahawanan IPTA. Guru-guru sekolah juga dapat menyertai dan menjayakan program-
program khas persekolahan, kaunseling, bimbingan dan motivasi yang dianjurkan oleh pihak
IPTA.

Dengan jenama Sekolah Kluster Kecemerlangan, warga SMK Convent (M) Kajang
sentiasa beriltizam untuk melahirkan generasi peneraju masa depan seperti yang dihasratkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M8
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

PENGENALAN SMK CONVENT(M) KAJANG SEBAGAI
SEKOLAH TRANSFORMASI TS 25- KOHORT 5

Pada 24 Februari 2020, SMK Convent (M) Kajang telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melaksanakan program sekolah transformasi TS25 Kohort 5.

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

ProgramTS25 memberi panduan kepada pengurusan sekolah untuk mengambil
pendekatan berstruktur bagi memastikan perubahan dilakukan secara terancang dan lancar,
dan memastikan semua warga sekolah mendapat faedah daripada perubahan akan
berkekalan.

Fokus utama Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25) adalah untuk memastikan
kemenjadian murid iaitu melalui pendekatan memantapkan kepimpinan sekolah,
memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan
pengajaran serta mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti, dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid.

Bagi mempermudahkan perjalanan ke arah cara kerja baru, maka Model 8 Langkah
Kotter telah dipilih untuk digunapakai sebagai suatu pendekatan berstruktur bagi memastikan
perubahan dilakukan secara terancang dan lancar, dan memastikan faedah daripada
perubahan berkekalan.

Pengetua , selaku pengurus perubahan telah memberi penerangan berkaitan halatuju
Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25) dan bagaimana semua warga sekolah yang
terdiri daripada barisan pentadbir, guru, murid, anggota kumpulan pelaksana, pengawal
keselamatan, pekerja kebersihan, pengusaha kantin dan kedai buku , ibubapa, PIBG,
Lembaga Pengurus Sekolah ,wakil alumni dan komuniti setempat harus memainkan peranan
sebagai individu dan pasukan, beranjak dari situasi semasa kepada satu situasi yang baru.

Beberapa hasil awal program transformasi TS25 telah dapat dilihat melalui peningkatan
iklim persekitaran sekolah yang lebih ceria serta peningkatan kualiti pembelajaran dalam
aspek murid sebagai pembelajar aktif melalui pembugaran aktiviti PAK21 dalam pengajaran
dan pembelajaran. Semoga semua warga SMK Convent (M) Kajang terus berusaha untuk
meningkatkan lagi prestasi dalam semua bidang dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan
sekolah menjelang 2025.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M9
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

PELAKSANAAN TS25 BERMULA BULAN MAC 2020

FASA 1
Mewujudkan Iklim untuk Berubah

1 Mewujudkan Kesegeraan
2 Membentuk Pakatan Yang Kuat
3 Mencipta Visi Perubahan

1. Mewujudkan Kesegeraan- Dapatan Analisis Data Prestasi

PENGETUA harus mewujudkan rasa terdesak atau terdorong untuk melakukan perubahan
dalam kalangan warga sekolah.

RASA KESEDARAN tertimbul daripada dapatan Analisis Data Prestasi & Pencapaian
dalam Unit Kurikulum,HEM & Kokurikulum bagi 3 tahun di mana terdapat penurunan bagi
beberapa pencapaian yang boleh dipertingkatkan dengan melakukan TRANSFORMASI

WARGA SEKOLAH sedar dan faham mengapa perubahan itu kirtikal dan perlu dilakukan
dengan kadar segera.

SMKCK – Guru dan murid seharusnya berprestasi sejajar dengan label SEKOLAH
KLUSTER KECEMERLANGAN

2. Membentuk Pakatan Yang Kuat

PENGETUA membentuk ahli pasukan yang berperanan sebagai AGEN PERUBAHAN
yang membentuk suatu pasukan yang komited dan kompeten untuk memandu proses
perubahan yang akan menganjak sekolah ke destinasi yang lebih baik berdasarkan isu
berfokus

Bil Fokus Isu Agen Perubahan/ Pemikir
1 SMKCK – Guru dan murid seharusnya Pengetua & Pasukan G10

berprestasi sejajar dengan label sekolah. Pengetua,PKP,GKMP ,KP
2 GPS Peperiksaan SPM dan PT3 merosot
3 Kualiti guru perlu dipertingkatkan dalam Pengetua,PKP,GKMP,KP, Pasukan guru
pakar, SISC
e PdP dan PAK 21
Pengetua,PKHEM,GBKSM,
4 Kehadiran murid merosot GuruTingkatan ,Biro Kebajikan PIBG
Pengetua,PKHEM & Pasukan Unit
5 Perlu tindakan tegas atas salah laku murid Disiplin

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M10
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

6 Kehadiran Kokurikulum merosot Pengetua,PK Kokurikulum & Penyelaras
setiap unit
7 Prasarana sekolah yang tidak kondusif
untuk PdPc Pengetua,PIBG,LPS & Alumni

3. Mencipta Visi Perubahan

Diterjemahkan dalam bentuk strategi yang dapat dilaksanakan.Mempunyai tempoh masa
dan jangkaan sasaran pencapaian yang jelas. Dengan itu, setiap ahli dapat gambaran
hala tuju yang jelas dan menghayati apa yang harus dilakukan setiap hari.

Mencipta Visi Perubahan : Unit Pentadbiran

Bil Fokus Isu Pasukan Visi Perubahan Strategi Tempoh Sasaran
Pemandu/ masa
Mengekalkan a) Pemantauan a) PKP,
Agen Sekolah Kluster yang berterusan sasaran PK HEM,
Perubahan Kecemerlangan dalam bidang pencapaian PK Ko-
yang Terbaik di kurikulum,HEM & kurikulum &
1 SMKCK - Barisan Hulu Langat kokurikulum. 2 Tahun PK Petang
b) Membuat b) GKMP
Prestasi Pentadbiran penilaian dan c) Guru
penambahbaikan d) Murid
akademik, HEM secara berkala

& Kokurikulum

merosot, tidak

sejajar dengan

label Sekolah

Kluster

Kecemerlangan

Mencipta Visi Perubahan : Unit Kurikulum

Bil Fokus Isu Pasukan Visi Perubahan Strategi Tempoh Sasaran
Pemandu/ masa Semua
2 Prestasi Sasaran Memastikan murid murid
pencapaian Agen GPS SPM dari fokus dalam kelas sasaran
GPS Pep. Perubahan 3.46 kepada 3.00 dan hadir dalam pencapaian Semua
SPM dan PT3 GPS PT3 dari semua program guru
merosot • Pengetua, 2.34 kepada 2.00 dan aktiviti sekolah 2 Tahun
• PKP
3 80% guru • PK Petang Kemahiran guru 2 Tahun
tidak • GKMP dalam PAK 21
mengamalkan • KP dipertingkatkan
4C 1M dalam dengan latihan,
PdPc • PKP 100% guru bimbingan dan
• GKMP melaksanakan pemantauan
• Guru Pakar PAK 21 dalam secara berterusan
oleh guru mentor
PdPc

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M11
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

Mencipta Visi Perubahan : Unit HEM & Kokurikulum

Bil Fokus Isu Pasukan Visi Perubahan Strategi Tempoh Sasaran
masa
4 Kehadiran Pemandu/ Peningkatan Semua
murid ke kehadiran murid sasaran murid
sekolah Agen ke sekolah dan pencapaian
merosot dan aktiviti
aktiviti Perubahan kokurikulum Memberi 2 Tahun
kokurikulum • Pengetua, mencapai 95% pemahaman
merosot • PK HEM kepada penjaga
kepada 90 % • PK Koku berkenaan untuk
• PK Petang mengemukakan
• Kaunselor dokumen sahih
• Guru Disiplin bagi ketidak
• Penyelaras hadiran anak
jagaan ke sekolah
Unit Koku dan kokurikulum

Mencipta Visi Perubahan : Permuafakatan Sekolah

Bil Fokus Isu Pasukan Visi Perubahan Strategi Tempoh Sasaran
Pemandu/ masa
Kemudahan dan Mencari dan Ibu bapa
Agen fizikal sekolah mengumpul dana sasaran Alumni
Perubahan ditambahbaik yang mencukupi pencapaian
untuk keselesaan melalui program
5 Kemudahan • Pengetua guru dan murid bersesuaian bagi 2 Tahun
sekolah yang • PKHEM tujuan
tidak kondusif • PK Petang penambahbaikan
untuk PdPc • PIBG kemudahan dan
• LPS prasarana sekolah

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M12
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

PROGRAM TRANFORMASI
SEKOLAH 2025 (TS25)

KERANGKA MODEL HALA TUJU TS25 SEKOLAH 2

KONSEP TS25

PIBG

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M13
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

PENDAHULUAN

Pelan hala tuju ini digubal berdasarkan tiga siri pertemuan dan perbincangan dalam
jawatankuasa pengurusan sekolah untuk menetapkan hala tuju sekolah pada tahun 2021.
Hala tuju ini juga selari dengan misi dan visi sekolah serta selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mana sekolah ini telah dipilih sebagai TS25
(Transformasi sekolah 2025) Kohort 5 yang mana pelaksanaannya bermula pada tahun 2020.
Melalui TS25 ini, dalam tempoh llima tahun, sekolah ini akan mencapai peningkatan dalam
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Justeru, segala perancangan yang dibuat di
peringkat induk dan peringkat ketua panitia perlulah menjurus kepada inspirasi TS25.

OBJEKTIF

Objektif utama hala tuju ialah sebagai satu platform apa yang hendak dicapai oleh
pihak sekolah dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Di antara
objektifnya ialah:

1. Meningkatkan prestasi murid dalam keputusan peperiksaan peringkat
sekolah dan peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM

2. Meningkatkan kemenjadian murid dari segi sahsiah dan tingkah laku
mereka.

3. Meningkatkan kemenjadian murid dalam pencapaian kokurikulum yang
meliputi sukan dan permainan, persatuan dan kelab dan pasukan
beruniform.

4. Meningkatkan kualiti pengajaran guru.
5. Mengamal dan membudayakan PAK21 dan PLC dalam kalangan warga sekolah.
6. Meningkatkan tahap profesionalisme guru melalui pelaksanaan LDP
7. Meningkatkan hubungan dan penglibatan komuniti dengan pihak sekolah

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M14
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

CARTA GANTT PELAN H

BIL PROGRAM JAN FEB

1 Mesyuarat Pengurusan Guru Bil. 1 Siri 1/2021
1.1 Pembentukan AJK Pelan Hala Tuju Sekolah 2021
1.2 Agihan Tugas Penyediaan Pelan Hala Tuju
Sekolah

2 Taklimat dan bengkel penyediaan Pelan Hala
Tuju Sekolah
2.1 Bengkel Pelan Hala Tuju Sekolah mengikut
Bidang Siri 2/2021

3 Bengkel Pemurniaan Pelan Hala Tuju Sekolah
2021 Siri 3/2021

4 Penghantaran Pelan Hala Tuju untuk dijilidkan
5 Taklimat Pelan Hala Tuju Sekolah 2021 untuk

semua staff Siri 1/2021
6 Mesyuarat Guru Bil. 1/2021

6.1 Taklimat Pelan Hala Tuju Sekolah 2021
Siri II/ 2021

7 Menyebarluas Pelan Hala Tuju Sekolah 2021
7.1 Upload Pelan Hala Tuju di laman web sekolah
7.2 Mengedar dokumen berkaitan Pelan Hala Tuju
kepada semua staf
7.3 Mempamerkan Pelan Hala Tuju di papan
kenyataan sekolah

8 Review Pertengahan Tahun Pelan Hala Tuju
2021

9 Maklum balas Pelan Hala Tuju 2021

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

HALA TUJU SEKOLAH 2021

BULAN PELAKSANAAN NOV DIS
2021

MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT

M15

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

ANALISIS SWOT PELAN HALA TUJU SEKOLAH 2021

KEKUATAN KELEMAHAN

1. Sekolah mempunyai guru 1. Prestasi sekolah belum mencapai KPI
berpengalaman lebih 5 tahun yang ditetapkan

2. Budaya kerja guru yang positif dan 2. Sekolah terlibat dengan pelbagai aktiviti
kesanggupan mengajar di luar rasmi. dan pertandingan yang mengorbankan
masa guru masa PdPc
3. Prasarana sekolah mencukupi
4. Persekitaran pembelajaran yang 3. Kekerapan mesyuarat/bengkel/taklimat
menyebabkan sebahagian program
kondusif akademik terpaksa dibatalkan.
5. Guru berinisiatif untuk meningkatkan

potensi murid
6. Lokasi sekolah berhampiran dengan

pekan dan badan kerajaan lain.

PELUANG ANCAMAN

1. Sokongan daripada pihak PIBG dan 1. Pengaruh pusat siber dan hiburan
2. Pengaruh gadget dan alat teknologi di
PPD
rumah
2. Sokongan dan hubungan baik
3. Sebahagian murid bukan di bawah jagaan
dengan Badan Kerajaan, Badan
ibu bapa
bukan kerajaan dan swasta
4. Sebahagian ibu bapa tidak
3. Guru – guru yang komited
mementingkan pelajaran anak - anak
melaksanakan program
5. Segelintir murid tidak mementingkan
pembangunan sekolah.
akademik

6. Masih ada murid tidak menguasai 4M.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M16
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

BIDANG PENGURUSAN DAN KEWANGAN

BIL PERKARA KPI 2021

1. KEHADIRAN GURU 98% SETIAP BULAN
2. KEHADIRAN AKP 95% SETIAP BULAN
3. PENGHANTARAN e-RPH 100% SETIAP MINGGU
4. PENGURUSAN KEWANGAN PENARAFAN CEMERLANG
5. PRESTASI PERBELANJAAN 90% PERBELANJAAN BULAN
OKTOBER
PCG

6. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN LIMA HARI BERKURSUS
7. PENCERAPAN PdPc /PdPR GURU SETAHUN SEHINGGA JUN

100% GURU DICERAP DUA KALI
SETAHUN

8. PENGURUSAN e-PANGKAT GURU DAN 100% GURU DAN AKP YANG

AKP LAYAK DIBUAT PERAKUAN

9. PENGURUSAN MESYUARAT: DILAKSANAKAN EMPAT
KALI SETAHUN BAGI
1. MESYURAT PENGURUSAN SETIAP MESYUARAT
2. MESYUARAT GURU
3. MESYUARAT AKP
4. MESYUARAT KEWANGAN

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M17
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

BIDANG PENGURUSAN KURIKULUM

BIL PERKARA KPI 2021

1. PENGURUSAN PANITIA PENGURUSAN PANITIA
MATAPELAJARAN MENCAPAI SKOR
100% DALAM STANDARD 3.1.2
SKPMg2

2. PENGURUSAN PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN DALAMAN
DALAMAN DILAKSANAKAN DUA KALI SETAHUN
UNTUK SEMUA TINGKATAN DAN
KEPUTUSAN DIANALISIS

3. KEPUTUSAN PERTENGAHAN GPS MENENGAH RENDAH : 2.9/75%
TAHUN MURID MENCAPAI TAHAP MINIMUM

GPS MENENGAH ATAS : 5.45/85%

MURID LAYAK MENDAPAT SIJIL

4. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR GPS MENENGAH RENDAH :

TAHUN 2.85/85% MURID MENCAPAI TAHAP

MINIMUM

GPS MENENGAH ATAS : 5.0/90%

MURID LAYAK MENDAPAT SIJIL

5. SEMAKAN BUKU LATIHAN/NOTA SEMAKAN BUKU LATIHAN

MURID OLEH PENTADBIR MURID SEKURANG-

KURANGNYA DUA KALI

SETAHUN

6. PENGURUSAN PEPERIKSAAN 100% CALON PEPERIKSAAN AWAM
AWAM PT3 DAN SPM DIDAFTARKAN MENGIKUT
KETETAPAN MASA OLEH LEMBAGA
PEPERIKSAAN

7. KEPUTUSAN PT3 GPS MENENGAH RENDAH : 2.63 /
91% MURID MENCAPAI TAHAP
MINIMUM

8. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 95% MURID MENCAPAI TAHAP
PENGUASAAN MINIMUM SEKURANG-
KURANGNYA TP 3

9. KEPUTUSAN SPM GPS MENENGAH ATAS : 3.4 / 98.5%

MURID LAYAK MENDAPAT SIJIL

10. STRAIGHT A SEKURANG-KURANGNYA 10%

11. MESYUARAT KURIKULUM TIGA KALI SETAHUN

12. MESYUARAT PANITIA TIGA KALI SETAHUN

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M18
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

BIDANG PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

BIL PERKARA KPI 2021

1. KEHADIRAN MURID MURID HADIR 95% SETIAP BULAN
2. KES DISIPLIN MURID
SALAH LAKU KES DISIPLIN MURID
3. KESELAMATAN MURID PADA TAHAP 1.0% HINGGA 1.1%
PADA NOVEMBER 2021

KESELAMATAN MURID 100% DIBERI
KEUTAMAAN

4. KESIHATAN MURID KESIHATAN MURID 100% DIBERI
KEUTAMAAN

5. KEBAJIKAN DAN BANTUAN MURID KEBAJIKAN DAN BANTUAN MURID
100% DIBERI KEUTAMAAN

7. AGIHAN BUKU TEKS AGIHAN BUKU TEKS 100% KEPADA
MURID

8. PENGURUSAN FAIL 100% FAIL PENGURUSAN HEM
DILENGKAPKAN

9. MESYUARAT HEM TIGA KALI SETAHUN

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M19
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

BIDANG PENGURUSAN KOKURIKULUM

BIL PERKARA KPI 2021

1. PENDAFTARAN KELAB DAN 100% DIDAFTAR
PERSATUAN

2. PENGLIBATAN PERINGKAT MENCAPAI 1.0% PENYERTAAN DALAM
ANTARABANGSA MANA-MANA UNIT

3. PENGLIBATAN PERINGKAT MENCAPAI 11.0% PENYERTAAN
KEBANGSAAN (SUKAN DALAM MANA-MANA UNIT
PERMAINAN)
PENCAPAIAN PERINGKAT DAERAH
4. 2 PASUKAN BERUNIFORM DAN NEGERI

5. PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKURANG-KURANG 75% MURID
MURID TINGKATAN 5 MENCAPAI GRED B

6. PENGURUSAN FAIL 100% DILENGKAPKAN
KOKURIKULUM
TIGA KALI SETAHUN
7. MESYUARAT KOKURIKULUM 12 KALI SETAHUN

8. PERTEMUAN KOKURIKULUM
DAN 1M1S

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M20
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

BIDANG PENGURUSAN PEMBANGUNAN DAN FIZIKAL SEKOLAH

BIL PERKARA KPI 2021

1. PERMOHONAN PERUNTUKAN PERMOHONAN PENYELENGGARAAN
PEMBAIKAN SEKOLAH SEKOLAH DIBUAT SEKALI SETAHUN
KEPADA KPM MELALUI LEMBAGA
PENGURUS SEKOLAH

2. MEMBAIKPULIH KECIL SEKOLAH / MENGIKUT KEPERLUAN
ASRAMA JIKA ADA KEPERLUAN

3. PEMERIKSAAN KEROSAKAN SETIAP BULAN
INFRASTRUR SEKOLAH

4. PEMERIKSAANKEBERSIHAN DAN SETIAP MINGGU
KESELAMATAN SEKOLAH

BIDANG HUBUNGAN LUAR DAN KOMUNITI

BIL PERKARA KPI 2021

1. PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM
PROGRAM SEKOLAH PROGRAM SEKOLAH SEBANYAK 70%

2. MEWUJUDKAN HUBUNGAN DAN SEKURANG-KURANGNYA WUJUDKAN

KERJASAMA DENGAN AGENSI LUAR KERJASAMA DENGAN 2 AGENSI LUAR

SERTA PEMIMPIN TEMPATAN (UKM DAN UNITEN)

3. MESYUARAT AJK PIBG EMPAT KALI SETAHUN

4. MESYUARAT AGUNG PIBG SEBELUM 70% KEHADIRAN AHLI
31 MAC SETIAP TAHUN

5. PERMUAFAKATAN IBU BAPA BAGI SEKURANG-KURANGNYA 5 ORANG

PEMBELAJARAN BERMAKNA IBUBAPA MENYERTAI

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M21
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

PERWATAKAN
GURU BERKUALITI

MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP KERJAYA
SENTIASA MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN

PENGURUSAN YANG EFISYEN
MENUNJUKKAN SIKAP DAN TELADAN TERBAIK

BIJAK MENGURUS KELAS
BERKEBOLEHAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT

MEMPELBAGAIKAN TEKNIK PdPc
PENAMPILAN YANG CERIA
SEMANGAT MOTIVASI

MENUNJUKKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
SEDIA BERKHIDMAT

SANGGUP MENGHADAPI CABARAN
MENEPATI MASA

MEMPUNYAI WAWASAN DALAM KERJAYA
BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

SEMANGAT KERJA BERPASUKAN
HUBUNGAN AKRAB DENGAN MASYARAKAT

RELA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
MENGUASAI ILMU IT

SIKAP KETERBUKAAN YANG TINGGI

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M22
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

VISI DAN MISI

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN

POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M23
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M24
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

11 ANJAKAN TRANSFORMASI
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M25
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

RUKUN NEGARA

Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung cita-cita, hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

 memelihara cara hidup yang demokratik;
 mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati

secara adil dan saksama:
 menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang

kaya dan berbagai-bagai corak;
 membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M26
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

DASAR SEKOLAH

1. Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan PPPM 2013-2025 serta program
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan cemerlang,penuh
kesedaran, rasa bertanggungjawab, dedikasi dan amanah.

2. Meletakkan kepentingan murid mengatasi kepentingan diri sendiri.
3. Mengamalkan prinsip Rukun Negara dan perkhidmatan cemerlang.
4. Memberi kerjasama yang erat dan sokongan padu kepada Pegawai Pendidikan Daerah,

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Mewujudkan hubungan baik dengan jabatan-jabatan dan badan-badan swasta.
6. Menjalinkan hubungan yang baik dan akrab dengan ibu bapa dan penjaga murid serta

masyarakat umum.
7. Membina dan mengamalkan semangat kekitaan dalam kalangan warga SMK Convent

(M) Kajang sebagai satu pasukan padu berdasarkan semangat kekeluargaan.
8. Memberi galakan kepada guru dan staf sokongan untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan.
9. Mempraktikkan budaya kerja cemerlang dan sistematik
10. Mengamalkan konsep kerja bersama-sama ( teamwork ).

FALSAFAH SEKOLAH SMK CONVENT (M) KAJANG

Berhasrat menyediakan:
suasana persekolahan yang kondusif untuk
mendidik dan membimbing murid serta memperkembang
potensi murid ke arah kecemerlangan sebagai insan yang
berilmu, beramal dan berakhlak muliaserta bertanggungjawab

terhadap diri dan masyarakat

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M27
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

MATLAMAT SEKOLAH

SMK Convent (M) akan berusaha dengan segala kemampuan

1. Untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

2. Untuk meletakkan SMK Convent (M) ke tahap kebanggaan dan kepercayaan dalam
kalangan masyarakat setempat menerusi kejayaan-kejayaan cemerlang melalui:-

a) Pencapaian akademik yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti,
b) Pencapaian cemerlang dalam kokurikulum,
c) Amalan disiplin diri yang cemerlang,
d) Pembentukan akhlak yang terpuji melalui kepercayaan beragama,
e) Perkembangan dan pertimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani,
f) Kepimpinan murid yang cemerlang,
g) Mengamalkan semangat taat setia, cinta dan 28aying kepada sekolah,
h) Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan golongan murid yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab
demi kesejahteraan diri,
i) Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif, tenteram,
aman,bersih, cantik dan selesa untuk p erkembangan sahsiah yang cemerlang,
j) Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan dalam kalangan
murid, guru dan staf sokongan
k) Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah,
l) Menggunakan secara optima segala kemudahan yang ada di dalam dan luar
sekolah untuk mencapai matlamat sekolah,
m) Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien, bertanggungjawab, dedikasi,
bersih, cekap dan amanah.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M28
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Memperkembangkan potensi murid dari semua segi secara menyeluruh dan bersepadu.
2. Melahirkan murid yang berilmu dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan

masyarakat.
3. Melahirkan murid yang berkesan dan produktif demi keharmonian dan pembangunan

negara.
4. Merancang dan melaksanakan program demi memacu kecemerlangan akademik.
5. Meningkatkan penglibatan dan pencapaian murid ke arah kecemerlangan kokurikulum

sekolah.
6. Memantapkan sahsiah murid melalui pelbagai Program Pembangunan Insan
7. Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni agar dapat menarik minat

murid untuk sentiasa hadir ke sekolah.
8. Memantapkan profesionalisme pendidik khususnya dalam bidang pedagogi dan

pengurusan personaliti dan sahsiah murid.
9. Menjalinkan kerjasama dan permuafakatan yang utuh dalam kalangan staf sebagai satu

pasukan.
10. Menjadikan sekolah sebagai satu institusi yang selesa dan selamat.
11. Mewujudkan perhubungan dan kerjasama dengan komuniti sekitar dan pihak lain yang

berkaitan.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M29
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

SMK Convent (M) Kajang Unggul
Sebagai Institusi Pendidikan Yang Membangun Insan Terbilang

Melalui Pendidikan Berkualiti

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SMK Convent (M) Kajang komited dalam:
 Menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kecemerlangan ilmu sebagai

persediaan pendidikan tinggi bertaraf dunia
 Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang unggul
 Melahirkan kejituan patriotisme dalam kalangan murid
 Melahirkan murid yang mempunyai Multiple Soft Skill dan Emotional Quotient (EQ) yang

tinggi
 Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni
 Meningkatkan profesionalisme guru dari semasa ke semasa
 Melahirkan murid cemerlang kokurikulum
 Mewujudkan kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan komuniti global

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M30
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

KPI SMK CONVENT (M) KAJANG 2021

 Mencapai Skor operasi bagi setiap Standard SKPMg 2 90% ke atas.
 Mencapai lima hari Latihan Personel bagi semua guru dan AKP pada 30 Jun 2021
 Mencapai peratus menguasai semua mata pelajaran PT3 antara 70% hingga 100%
 Mencapai GPS SPM 3.20
 Mencapai sasaran 90.0 % kehadiran murid.
 Peningkatan penglibatan murid di peringkat kebangsaan daripada 68 orang kepada 70

orang dalam unit kokurikulum
 Mendapat tempat tiga teratas dalam pertandingan peringkat daerah yang disertai.

MOTO SEKOLAH

TULUS DENGAN FADHILAH
AZAM DENGAN BAKTI

SLOGAN SEKOLAH

“ SOARING HIGHER “

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M31
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

PELAN LANTAI SMK CONVENT (M) KAJANG

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M32
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SMK Convent (M) Kajang,
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:

 Melaksanakan sistem pendidikan berasaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara

 Memberi pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan sosio
ekonomi

 Mewujudkan pengurusan yang berkualiti
 Menyediakan iklim sekolah yang kondusif
 Sentiasa peka dan prihatin kehendak pelanggan iaitu ibu bapa, murid dan masyarakat
 Menanamkan nilai agama dan nilai murni dalam kalangan murid.

BUDAYA KERJA SEKOLAH

 Sentiasa mengambil kira pencapaian visi dan misi sekolah sebagai panduan dalam
pelaksanaan tugas.

 Sentiasa memelihara dan mempertingkatkan imej dan maruah sekolah.
 Mengamalkan budaya kerja secara berpasukan, kolaboratif, cekap, ikhlas dan

bersistematik.
 Sentiasa memimpin diri sebelum memimpin yang lain.
 Ketulusan, ketelusan dan keterbukaan menjadi amalan dalam perkhidmatan.
 Sentiasa menuju kearah penambahbaikan ilmu dan kemahiran yang berterusan.
 Kepatuhan, kesungguhan dan ketelitian tinggi dalam memastikan kejayaan organisasi.
 Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
 Mengutamakan kepentingan organisasi daripada diri sendiri.
 Menganggap kerja adalah sebahagian daripada ibadah dan seterusnya

bertanggungjawab sepenuhnya kepada ALLAH SWT.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M33
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

PEMBUDAYAAN DAN AMALAN SEKOLAH

A. BUDAYA SMART-GURU F. BUDAYA GOOGLE CLASS ROOM
B. BUDAYA SMART-MURID G. AMALAN GURU PENYAYANG
C. BUDAYA 4B H. AMALAN PdP ALAF 21
D. BUDAYA SIHAT I. SIMIK TANGGUNGJAWAB SAYA
E. BUDAYA 5S J. AMALAN 5S

A. BUDAYA SMART GURU
S Satu Hati
M Melaksanakan Visi dan Misi
A Amanah Dalam Tugas
R Rajin Berusaha
T Tekad Menjadi Terbaik

B. BUDAYA SMART MURID
S Saya
M Murid SMK Convent
A Akur Kepada Peraturan Sekolah
R Rajin Belajar
T Tekad Menjadi Terbaik

C. BUDAYA 4B M34
4 Perkara Yang BETUL
1. Niat yang betul
2. Masa yang betul
3. Tempat yang betul
4. Tingkah laku yang betul

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

D. BUDAYA SIHAT
S Sekolah ku
I Indah & Bersih
H Harmoni
A Aman & Selamat
T Tanggungjawab semua

E. BUDAYA 5 S
S Senyum
S Salam
S Sapa
S Sopan
S Sayangi Sekolah

F. BUDAYA PAK 21
1. Sekolah Bestari Model A
2. Sekolah Rintis Internet 4G
3. Google Classroom dalam PdP

G. AMALAN GURU PENYAYANG

1, SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL.9 TAHUN 2013
PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG DI SEKOLAH adalah
bertujuan agar setiap guru membudayakan amalan sikap kasih sayang di
sekolah.

2. Guru penyayang adalah seorang yang mempunyai sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya. (every
child matters)

3. Amalan tersebut hendaklah diterjemahkan dalam bentuk tindakan guru
yang penyayang menerusi aktiviti-aktiviti seperti yang digariskan dalam
surat siaran tersebut.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M35
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

H. AMALAN PAK 21

J. GENERASI Z = ( 1998 - 2010 ) : Generasi Net. Lahir dalam dunia Wi Fi.
Komputer merupakan mainan mereka:

2. Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke 21

a) Berasaskan murid
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Kemahiran
d) Kemahiran
e) Pemikiran aras tinggi
f) Praktikal
g) Kemahiran hidup
h) Berkumpulan
i) Komuniti
j) Pentaksiran formatif
k) Belajar untuk kehidupan

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M36
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

J. SIMIK TANGGUNGJAWAB SAYA:
a) Sistem 1 murid 1 Kerusi Tanggungjawab Saya: mengkehendaki setiap murid
menggunakan hanya kerusi & meja yang didaftarkan di bawah namanya
berdasarkan no.siri meja dan kerusi dalam kelas/bilik khas
b) Guru dikehendaki memantau dan memastikan setiap murid patuh pada
arahan/panduan penggunaan kerusi & meja di dalam kelas.

c) Sebagai tujuan penggantian semula kerusi/meja berkenaan.Sebarang
kerosakan akibat salah laku murid/kehilangan/berpindah tempat tanpa
kebenaran guru maka, ibu bapa perlu membayar ganti rugi mengikut harga
semasa

K. AMALAN 5 S
a) Amalan 5 S : adalah pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.
Ianya merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya
peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’
b) Kaizen dilihat sebagai salah satu cara pembaikan yang dilakukan secara
sedikit demi sedikit tetapi, berterusan terutama dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia dan proses, dengan melaksanakan 5 langkah i.e
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal..

c) Amalan 5 S ini merupakan suatu kitaran proses berterusan yang digunakan
bagi mewujudkan pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih
sistematik, praktikal, teratur, tersusun dan selesa sepanjang masa.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M37
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

PENGENALAN

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan,
meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

2. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu
guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif
pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah,
pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta
Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran,
surat pemakluman dan garis panduan KPM berkaitan yang sedang berkuat kuasa.
DEFINISI OPERASI

4. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site
dengan berstruktur dan terancang

5. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang
tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan
pendaftar negeri. OBJEKTIF

6. Objektif Manual PdPR ialah:
6.1. sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan
terancang; dan
6.2. membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum. PENDEKATAN DAN KAEDAH
PdPR Pendekatan PdPR

7. PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru
boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan
kaedah mengikut kesesuaian.
7.1. PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan
peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan
PdPR melalui:
7.1.1. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning
Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan
aplikasi media sosial; atau
7.1.2. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas
langsung (live streaming); atau

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M38
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

7.1.3. ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman
atau tugasan dalam talian.

7.2. Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti
39opic39er, 39opic39er riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa
penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.

7.3. Panduan tempoh layar maksimum mengikut umur berdasarkan sumber daripada
www.eyepromise.com dengan merujuk kepada The American Academy of Pediatrics
(AAP) dan World Health Organization (WHO) adalah seperti berikut: Tahap
Persekolahan Tempoh Waktu Layar Sehari Prasekolah 1 jam Rendah 1-2 jam
Menengah rendah 2-3 jam Menengah atas 3-4 jam

7.4. Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil
kira pandangan ibu bapa/ penjaga.

7.5. PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti
39opic39er, 39opic39er riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet.
Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau
bahan pembelajaran lain.

7.6. Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota
dan latihan daripada sumber seperti di para 7.1.1 dan 7.1.3. Proses memuat turun
bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid
melalui medium komunikasi yang bersesuian.

7.7. Guru juga perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara di luar talian
dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.

7.8. Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi
seperti di pusat komuniti, atau di manamana premis yang diisytiharkan sebagai pusat
pemindahan sementara akibat bencana atau wabak. Pembelajaran secara off-site
dilaksanakan mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8
2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.

7.9. Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic
Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah
yang dilantik. Kaedah PdPR

8. Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaran menggunakan modul dan
pembelajaran berasaskan projek.
8.1. PdPR menggunakan modul perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi
keperluan mata pelajaran.
8.2. Modul yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
8.2.1. Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah);
8.2.2. Tajuk atau tema modul;
8.2.3. Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)
8.2.4. Tempoh pelaksanaan aktiviti;
8.2.5. Nota berkaitan tajuk modul;
8.2.6. Aktiviti yang relevan dengan topik PdPc atau aktiviti yang mengalakkan
murid belajar berdasarkan pengalaman sendiri; dan

8.2.7. Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid .

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M39
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

8.2.8. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.

8.2.9. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ ditaksir sebelum
menerima modul pembelajaran seterusnya.

8.3. PdPR berasaskan projek dilaksanakan mengikut mata pelajaran atau gabungan
beberapa mata pelajaran. Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
8.3.1. memberi tajuk kepada murid;
8.3.2. membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang
diberikan;
8.3.3. membimbing murid untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos yang
diperlukan;
8.3.4. menentukan jangka masa menyiapkan projek;
8.3.5. membimbing murid menyelesaikan projek;
8.3.6. membentangkan hasil projek;dan
8.3.7. membuat refleksi tentang proses penghasilan projek

8.4 Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain seperti flipped classroom,
pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual
dan pembelajaran penyelesaian masalah.

PELAKSANAAN PdPR

9. PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada. Guru
berperanan melaksanakan perkara berikut:

9.1. menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat
kuasa;

9.2. merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya
kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;

9.3. menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan
mengambil kira sumber yang ada pada murid;

9.4. menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah
PdPR yang digunakan;

9.5. memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
9.6. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek

untuk menentukan pencapaian murid;
9.7. mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong

pembelajaran murid di rumah; dan
9.8. merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M40
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

10. Pentadbir berperanan untuk:

10.1. memastikan perancangan dan pengurusan PdPR dilaksanakan dengan teliti, cekap
dan berkesan untuk mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dan
lambakan tugasan/latihan kepada murid;

10.2. mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi menguruskan aktiviti PdPR yang
berkesan; dan

10.3. memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian
kepada guru.

11. Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:

11.1. membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun
arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru; dan

11.2. membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV
(koleksi video) dan CikguYoutube.

PENUTUP

12. Manual PdPR ini merupakan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara
berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti PdPR secara optimum. Kejayaan
PdPR murid memerlukan sokongan semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD, sekolah, guru, ibu
bapa/ penjaga dan komuniti.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M41
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

PANDUAN AM PENGURUSAN GURU DAN STAF SOKONGAN

1. ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki
membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
Arahan Perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan
menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan
atau mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah,
Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) dan
Wawasan 2020.

1.6 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid
dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas.

1.7 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga
dan menjamin keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga
harta benda kerajaan.

1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan
kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M42
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

2.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam Jadual Waktu
Persekolahan.

2.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu
persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar.

3. KEDATANGAN GURU (Rujuk Surat Pekeliling Am Bil 11 Tahun 1981)

3.1 Semua guru sesi pagi dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah
sebelum/pada 7.20 pagi (sesi pagi) dan pulang pada jam 2.00 petang.
Bagi guru sesi petang, waktu hadir ke sekolah adalah pada atau sebelum
12.30 tengah hari (kecuali guru bertugas, 12.00 tengahari). Walau
bagaimanapun, sekiranya ada mesyuarat/refleksi/dialog prestasi/ kelas
tambahan/aktiviti kokurikulum dan lain-lain acara sekolah, maka kehadiran
adalah mengikut masa yang ditetapkan.

3.2 Semua guru dikehendaki menggunakan Kad Perakam Waktu untuk merakam
waktu hadir dan pulang dan hendaklah merakamnya sendiri. Merakam
kehadiran orang lain adalah satu kesalahan. Kad perakam waktu hadir dan
pulang guru dan staf ialah Dokumen Audit Sekolah. Rekod kehadiran guru
adalah salah satu elemen Penilaian Prestasi Tahunan.

3.3 Kad Perakam Waktu akan berwarna merah selepas pukul 7.20 pagi (sesi
pagi), 12.00 tengah hari (sesi petang). Warna Kad Perakam Waktu akan
bertukar pada bulan berikutnya sekiranya kelewatan tanpa sebab melebihi 3
hari dalam bulan yang sama.

3.4 Guru-guru yang lewat hendaklah terus berjumpa Pengetua/PK yang
menjalankan tugas untuk memaklumkan sebab kelewatan. Pengetua/PK
akan menyemak dan menandatangan kad perakam waktu kehadiran guru dan
staf pada setiap hari.

3.5 Guru dan staf yang sentiasa lewat hadir akan diberikan nasihat dan amaran
lisan. Jika keadaan ini berterusan proses tindakan tatatertib akan
dilaksanakan.

3.6 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah 15 minit sebelum
persekolahan bermula dan 15 minit sebelum sesi persekolahan tamat untuk
setiap sesi.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M43
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

3.7 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum/ kelas tambahan perlu
menurunkan tandatangan dalam Buku Kehadiran yang disediakan.

4. KETIDAKHADIRAN GURU

4.1 Bagi mana-mana guru yang tidak hadir atas sebab apa apa jua pun, satu
jadual gantian perlu disediakan. Untuk melicinkan urusan penyediaan jadual
gantian ini, guru-guru yang tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah
memberitahu Pengetua/Penolong Kanan dan kemudiannya menghubungi
pejabat sekolah.

4.2 Apabila seseorang guru tidak berada di dalam kelas selepas 5 minit PdP
bermula (waktu sebenar PdP), Ketua Kelas hendaklah dimaklumkan supaya
memberitahu petugas pejabat untuk urusan guru ganti. Kelas tidak boleh
ditinggalkan tanpa guru pada bila-bila masa.

A. ATAS URUSAN RASMI

i. seperti hadir mesyuarat, taklimat, bengkel, seminar atau kursus dikehendaki
memaklumkan kepada AJK Jadual Waktu sekurang- kurangnya 2 hari sebelum tarikh
berkenaan.

ii. mengisi Buku Rekod Pergerakan Guru.
iii. mengisi Borang Keluar Masuk Pegawai dalam 2 salinan untuk dimasukkan ke dalam

Fail Keberadaan Guru (MMI) dan untuk dibawa semasa menghadiri urusan tersebut
yang kemudiannya akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar untuk
pemakluman.
iv. Guru diminta meninggalkan kerja bertulis kepada murid-murid melalui Penolong Kanan
Pentadbiran atau Guru Jadual Waktu untuk digunakan oleh guru ganti.
v. Waktu pulang untuk guru yang selesai urusan rasmi :

a. Sekiranya menghadiri Urusan Rasmi di waktu pagi (8.00 pagi) –
Guru Sesi Pagi – sehingga jam 2.00 petang
Guru Sesi Petang – dibenarkan lewat dua waktu dan pulang seperti biasa.

b. Sekiranya menghadiri Urusan Rasmi di waktu petang (2.30 petang) –
Guru Sesi Pagi, dibenarkan keluar jam 12.00 tengah hari
Guru Sesi Petang, kembali semula ke sekolah dan pulang jam 6.45 petang.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M44
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

B. ATAS URUSAN PERIBADI/ KEUZURAN (SAKIT)/ MENINGGALKAN SEKOLAH
KERANA KECEMASAN

i. Dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran /
Penolong Kanan Petang. Perlu diingatkan bahawa hanya urusan yang penting sahaja
akan dibenarkan kecuali bagi kecemasan yang berlaku secara mendadak.

ii. Sekiranya tempoh masa bertugas pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari
masa bertugas kerana kecemasan, CUTI (CRK) perlu dipohon.

iii. JK Jadual Waktu Guru Ganti juga hendaklah dimaklumkan untuk urusan jadual gantian
jika perlu.

iv. Guru ganti perlu melaksanakan Program MMI Sekolah sekiranya guru yang diganti
meninggalkan sekolah secara mendadak atau kecemasan.

v. Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan
Pentadbiran/Penolong Kanan Petang (jika Pengetua tiada di sekolah) pada hari guru
kembali bertugas.

vi. Sijil Sakit perlu ditampal pada Borang Sijil Sakit yang telah disediakan untuk
ditandatangani oleh Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

vii. Guru yang membuat janji temu doktor perlu mengikut kesesuaian waktu tiada PdP dan
mesti memaklum dan mengemukakan kad janji temu kepada pengetua terlebih dahulu
sebelum tarikh janji temu tersebut.

viii. Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi (temu janji doktor,
dsbnya) mestilah mendapatkan kebenaran pengetua. Sekiranya tempoh masa keluar
melebihi dua jam tiga puluh minit (2 jam 30 minit), sila mohon Cuti Rehat Khas/Cuti
Sakit (MC). Sila serahkan semua dokumen yang berkaitan kepada PT Perkhidmatan .
Catatkan masa keluar dan pulang dalam Buku Log Pergerakan Pegawai.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M45
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

5. KEHADIRAN KE PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
5.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua program dan aktiviti rasmi
sekolah kecuali atas arahan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau pihak sekolah.
5.2 Guru yang tidak hadir perlu memaklumkan kepada Pengetua sebelum
program/aktiviti berlangsung. Guru hendaklah mengemukakan Surat Tunjuk
Sebab (Show Cause Letter) berserta dokumen sokongan kepada Pengetua.

6. KETEPATAN MASA (Rujuk : SPI Bil 2/1981)
6.1 Guru hendaklah sentiasa menepati waktu supaya menjadi suri teladan yang
baik kepada murid seperti :

 Kedatangan ke sekolah
 Perhimpunan rasmi
 Masuk ke kelas
 Mesyuarat/Perjumpaan rasmi
 Aktiviti Kokurikulum

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M46
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

7. PERHIMPUNAN SEKOLAH

7.1 Perhimpunan Rasmi : SPI Bil 4/1984

7.1.1 Perhimpunan mingguan adalah acara rasmi sekolah yang diadakan pada hari
Isnin/Jumaat walaupun dengan ketiadaan Pengetua. Tugasnya akan diambil

oleh wakil.

MINGGU AKTIVITI

1, 2 dan 5 Perhimpunan rasmi

3 Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform (Rabu)

Program Mentor Mentee (Jumaat)

4 Bacaan Yaasin (Guru dan murid Islam)

Program Penghayatan Nilai Murni (Guru dan Murid Bukan Islam)

7.1.2 Semua guru dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga
ketertiban dan dignity (maruah) upacara tersebut. Guru perlu menandatangani
buku kehadiran perhimpunan rasmi.

7.1.3 Guru lelaki diwajibkan memakai tali leher semasa perhimpunan rasmi dan
harian (Pemakaian Blazer digalakkan).

7.1.4 Perhimpunan ini dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, AJK Disiplin dan
Lembaga Pengawas, AJK Siaraya dan guru bertugas mingguan serta Badan
Beruniform pada hari Rabu minggu ketiga setiap bulan.

7.1.5 Waktu perhimpunan rasmi adalah jam 7.30 – 8.05 pagi (sesi pagi) dan 12.30 –
1.05 tengah hari (sesi petang)

7.1.6 Acara Penyampaian Hadiah/sijil /sumbangan /penghargaan pada Perhimpunan
Rasmi adalah hanya untuk pertandingan luar sekolah dan Anugerah Khas
peringkat sekolah sahaja.

7.1.7 Semua guru dan murid perlu mencatatkan maklumat yang disampaikan
sepanjang perhimpunan berlangsung dalam buku info.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M47
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK

MAKLUMAT & PANDUAN AM SEKOLAH – BHGN A

7.2 Perhimpunan Harian

7.2.1 Perhimpunan dijalankan di Dataran Integrasi/ Gelanggang Serbaguna pada
jam 7.15 – 7.25 (sesi pagi) dan jam 12.30 – 1.05 tengahari (sesi petang).

7.2.2 Acara penyampaian hadiah/ sijil/ sumbangan/ penghargaan kepada guru dan
murid untuk pertandingan/ program peringkat sekolah boleh diadakan pada
perhimpunan harian.

7.2.3 Guru Pengiring perlu memastikan murid yang berkenaan telah bersedia untuk
acara penyampaian hadiah.

8.0 PENGUMUMAN

8.1 Semua pengumuman adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Perhimpunan
dan Guru Bertugas Mingguan.

8.2 Pengumuman yang ditujukan kepada sebilangan murid sahaja/sesuatu badan
tertentu seperti kelab atau persatuan hendaklah ditulis di papan kenyataan
yang disediakan.

8.3 Semua pengumuman penting hendaklah dibuat oleh AJK Perhimpunan.

8.4 Pembaca pengumuman hendaklah terlebih dahulu menyemak pengumuman
yang diterima sebelum mengumumkannya untuk mengelak sebarang
kekeliruan tentang maksud pengumuman tersebut.

8.5 Pengumuman PENTING SAHAJA dibenarkan semasa waktu PdP bagi
Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan perlu mendapat kebenaran
Pengetua/Penolong Kanan.

9.0 MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR, BENGKEL DAN URUSAN
DENGAN PPD/JPN/KPM

9.1 Guru wajib menghadiri mesyuarat, mengikut nama yang diminitkan pada surat
panggilan. Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga imej guru dan
sekolah

9.2 Guru dilarang mengarah atau menggantikan guru lain. Penggantian HANYA
selepas diminitkan semula oleh Pengetua.

9.3 Sediakan Minit Curai dan serahkan bersama dokumen kepada Pengetua/ PK/
GKMP yang berkaitan.

9.4 Guru perlu mengadakan kursus dalaman kepada guru lain mengikut keperluan.

Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2021 M48
SMK CONVENT (M) KAJANG – SOARING HIGHER

SMK


Click to View FlipBook Version