The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamir2096, 2022-06-12 05:18:38

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATA 4 DAN 5 4
ZON DI MALAYSIA

ADAM IRFAN BIN SYUKRAN
PB190034
CIKGU HARYANI
ENCIK SHURDI BIN SHUIB

ISI KANDUNGAN

1) ISI KANDUNGAN
2) PENGHARGAAN
3) PENGENALAN NOVEL

a) CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
b) BIOGRAFI SETIAP PENULIS
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
4) SINOPSIS NOVEL
a) SINOPSIS KESELURUHAN
b) SINOPSIS SETIAP BAB
5) KEKUATAN SETIAP NOVEL
6) KEKURANGAN SETIAP NOVEL
7) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8) RUJUKAN

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan
keizinan dari Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan folio
Kajian Lapan Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 dengan penuh jayanya.
Insyaallah, tugasan folio ini akan memberikan banyak manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa
membuat rujukan dan di masa hadapan.

Saya, Adam Irfan bin Syukran ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih dan setingi-tinggi penghargaan kepada cikgu yang
mengajar saya iaitu Encik Shurdi bin Shuib kerana tidak jemu
memberi dorongan dan tunjuk ajar serta memberi salinan kriteria
penghasilan Folio Kajian Lapan Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 sebagai
bahan panduan semasa melakukan folio ini. Beliau juga sudi
meluangkan masa untuk menjawab pertanyaan saya ketika saya
tidak beberapa faham akan kriteria yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya iaitu ayahanda Encik Syukran bin Mokhtar dan bonda
Puan Hasnuri binti Mat Hassan yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini.Ini kerana saya memerlukan wang untuk
mencetak folio ini di kedai dan juga bantu memberikan sedikit
rujukan untuk saya siapkan folio ni dengan penuh jayanya.

Pengenalan Setiap 8 Novel

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Untuk Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib ini menceritakan tentang keberanian seorang anggota
tentera dalam mempertahankan tanah air.
b) Biografi penulis
Penulis novel bagi Leftenan Adnan Wira Bangsa iaitu Abdul
Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip
dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
pada 2 Jun 1954.

c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Hadapan Novel

Novel Di Sebalik Dinara

a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel

Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor pula menceritakan tentang
penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih sehingga boleh
menguasai pemikiran manusia .
Akhirnya hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli

keluarga sendiri.

b) Biografi Penulis

Novel Di Sebalik Dinara
Penulis novel bagi Di Sebalik Dinara iaitu Dayang Noor atau nama
sebenar Nor Aziza binti Sulaiman yang mengambil ijazah kejuruteraan
(Elektronik dan Komputer) UPM. Beliau lahir pada tahun 1974. Beliau
sudah mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT.
Beliau sekarang tinggal di Selangor bersama suaminya dan tiga orang
anak.

d) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel

Novel Jendela Menghadap Jalan
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin menceritakan
tentang perihal yang berlaku dalam sesebuah masyarakat dan penyelesaian
kepada masalah tersebut adalah dengan muafakat dan nilai-nilai murni.
b) Biografi Penulis

Penulis novel bagi Jendela Menghadap Jalan iaitu Ruhaini Mat Darin. Beliau
dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu,
Sabah pada 16 Mac 1981. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga
orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 , beliau
memenangi tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen
Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 pula memenangi
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel
Gadis Adikara dan pada tahun 2009 pula berjaya mendapat tempat kedua
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap
Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
2011 juga di tempat kedua.

c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel

Novel Pantai Kasih
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel

Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin menceritakan tentang ketabahan
seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Pantai Kasih iaitu Azmah Nordin yang merupakan
orang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari
1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan
rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973
beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak
dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada
awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel

Novel Songket Berbenang Emas

a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip menceritakan
tentang ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Songket Berbenang Emas iaitu Khairuddin bin Ayip
lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik.
Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah.
Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat
membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga,
apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin
yang sering terpampang melalui media massa.

c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel

Novel Tirani
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip menceritakan
tentang ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi
Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian
Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching
beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Baharu.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif
pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana
kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak).

c) Gambar Muka Hadapan dan Belakang Novel

Novel Bimasakti Menari
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop juga menceritakan
tentang kegigihan anak muda dalm melestarikan alam sekitar.

b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Bimasakti Menari iaitu Sri Rahayu Mohd Yusop atau nama
penuhnya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Beliau lahir di Tanjong Karang,
Selangor pada 18 Jun 1976. Beliau bekerja sebagai Guru Bahasa Inggeris di
SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau berkahwin dan mempunyai dua orang
cahaya mata.

c) Gambar Muka Hadapan dan Belakang Novel

Novel Silir Daksina
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Silir Daksina karya Nizar Parman menceritakan tentang
pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Silir Daksina iaitu Nizar Parman atau nama sebenarnya
Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu
Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah
Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau
meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh,
Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.

c) Gambar Muka Hadapan dan Belakang Novel

SINOPSIS 8 NOVEL
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

a) Sinopsis Keseluruhan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-Iegar sekitar watak utama, iaitu
Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan
Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,
Selangor. Ratarata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan.
Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya
sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan
Mak Milah, ialtu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,
iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan
merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya
baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut membantu
keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak
suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai-kedai kopi.
Pak Saidi sebenrnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja
merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak
penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah
kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat
patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat

mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa
menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak
Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan
Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh
penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang
tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al Hadi.

Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk
Bahaman, dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi mspirasi dalam
meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik kepada anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya
berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan
telah dilengkapli dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak
Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan
dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang
Melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat
boleh membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi
berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris

untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir
anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan
seterusnya menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak
mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anakanaknya
menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat
Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam
pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya
amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan
menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah
minatnya. Citacitanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah
terpilih menjadi askar
dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dickson. Kejayaan
Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah
mulut di pelusuk kampung. Konfiik berlaku apabila Nordin
memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan dituduh

sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan
tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau
menjadi pengasas Kampeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang
hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau
terpilih mewakili platun Askar
Melayu dalam perbarisan memberikan hormat bagi menyambut upacara
pertabalan
King George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia,
anak Pak Fakih, Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke
Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan
isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang
mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang
Singapura.
Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-
anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut
baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan Askar Melayu telah
ditukarkan menjadi Rejimen Asker Melayu dengan kekuatau anggota
sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepat pengambilan anggata
baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni
dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan, dan unit

tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu
dltubuhkan dengan dianggatai 17 pegawai British, 6 pegawai Melayu,
11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain pangkat. Pada bulan
Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua
batalion. Mereka diberi tanggungjawab mempertahankan Tanah
Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
British.
Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah
belayar menuju Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah
kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajah, dan
kapal pembinasa menuju Laut China Selatan. Hal ini merupakan
isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia
Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan
menentang pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam
pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada
hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang
berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang
Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai

menyebabkan ramai yang terkorban. Hal ini menyebabkan banyak
askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.
Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan
pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari yang ketiga, askar
Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur. Dengan itu,
askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari
bertempur.
Mitos keunggulan ketenteraan British di Tanah Melayu dapat dihancurkan
oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di
Kota
Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahajahh ditewaskan
oleh tentera
Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan.
Akibatnya, negerinegeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan
tentera Jepun. Kemudian, mereka terus mara hingga ke Singapura dan
dalam masa hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakm akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat
laporan tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah
menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. Bntish juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah

kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditengelamkan oleh kapal
terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita
tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British
sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya. Namun,
mereka masih pereaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu
tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran
dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu
telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebal. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai askar
Melayu yang terkorban rtu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau
bersamasama dengan

42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan
darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya
menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebal. Akhirnya,
British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

b) Sinopsis Mengikut Bab
Sinopsis Bab 1

Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih
kecil) bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana
dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah
bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu
membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said
menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka
menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris
adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar
sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 2

Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat
menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang
sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api
menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh
manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara
yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.
Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat
Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Sinopsis Bab 3

Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar
deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana
kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang sedang berlatih silat di
halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman.
Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar
bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana
sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap
kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun
ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya
membuat senapang kayu pula.

Sinopsis Bab 4

Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah
Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya
menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan
Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang
kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi
menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau,
Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said
Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk
kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol
Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke
India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan
menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan
British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Sinopsis Bab 5

Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada
waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya
dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya
menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak
Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari
pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah
menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak
Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding
dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-
anaknya di sekolah Inggeris kepada ketigatiga orang anaknya dan mereka
menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan
kehendak Pak Saidi.

Sinopsis Bab 6

Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai
penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana
kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia
ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum
pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari
sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.

Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi
mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya
mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anakanaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati
anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh
orang lain.

Sinopsis Bab 7

Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung
tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan
kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya
bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan
anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan
mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang
memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak
mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis Bab 8

Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong
hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk
Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar

anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan
yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-
undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus
belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu
pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia
suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim
yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi
dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak
Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris.
Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau
anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka
setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Sinopsis Bab 9

Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di
sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan
mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari.
Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana
khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak
berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya
dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan
Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang
mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan
musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang
pukang, walaupun ada seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya
mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang
Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya mungkin Nordin salah
seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling beluti
oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan

kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada
Cikgu Anderson.

Sinopsis Bab 10

Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai.
Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak.
Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat
apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia
selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila
dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu
kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya
membawa pulang sebuah basikal baharu.

Sinopsis Bab 11

Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan
bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu
Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang
Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju
untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam,
Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan
semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan
tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana

mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya
Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam
mendapat tempat ketiga.

Sinopsis Bab 12

Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan
perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung
Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh
anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai
Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa
apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan
tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong
mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan
Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin
pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh
Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak
mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis Bab 13

Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih
mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja
sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu
belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar

mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air.
Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di
kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Sinopsis Bab 14

Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan
mengambil anakanak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat
keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai
Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan
mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke
dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih
suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap
berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Sinopsis Bab 15

Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk
pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma
berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari
Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas
dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis Bab 16

Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani
latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang
tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa
menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua
rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah
diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke
Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu
amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada
keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17

Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah
menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun
yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George
VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi
menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari
London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama
Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18

Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri
dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan
seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia.
Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan
membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar
Melayu.

Mereka hidup bahagia.

Sinopsis Bab 19

Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah
Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke
kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan
Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang
ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat
berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar
Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah.
Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir
Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjagajaga.

Sinopsis Bab 20

Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang
sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad
mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun
kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan
Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu
kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan
tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak
mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-
kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan
Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan
masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat
kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua
ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal
dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan.
Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah
air.

Sinopsis Bab 21

Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang.
Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah
Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun
mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan
askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya
pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan,
jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung

mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga
cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan
bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya
ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Bab 22

Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan
pejabat pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai
baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai
tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang
pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di
lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat
persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga
pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari
lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih
laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan
memberikan taklimat di

Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam
waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah.
Sophia kelihatan termenung dan gelisah.
Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun
akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun
hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk
kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap
tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana
tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga
dalam askar Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera.
Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan
sering mengutus surat kepada adikadiknya sambil memberi kata-kata
perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Bab 24

Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan
meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan
laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan
Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik
sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-

sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera
Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun
termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis
dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh
yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh
kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam
air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah
kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan
tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai
terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah
dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai
India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.

Sinopsis Bab 25

Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan
Pangkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath
memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya
pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival
yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya
tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai
Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku

dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar
yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api
Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang
dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai
askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan.
Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250
paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang
merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia
Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga
di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.

Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera
Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.
Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse
meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun
pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh
buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua
buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British
berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral
A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera
Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita
memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan
British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan
membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera
Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan
bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry
menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha.
Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di

medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung
kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai
tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal
kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di
Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.
Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini
dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi
British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan
digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu
jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan
Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat
kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun
memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip
Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan
Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan
kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan
Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.
Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan
pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral
Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki
minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula
menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera

Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di
ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke
petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar
Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya
pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun
ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke
titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi
dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan
tentangan sengit kepada musuh.

Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan
pangkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung
datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka
bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun.
Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang
adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak
harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan
bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka
Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang
diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival.
Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta
kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera
Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera
Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi
Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir
Panjang.

Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan.
Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing.
Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera
Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia.
Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak
mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara.
Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang
terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran
ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani.
Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan
kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang
menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang
oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun
menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan
menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu
petang tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu
dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang
menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tibatiba dihujani
dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan
askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof
turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari
pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia.
Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak
mulamula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan
mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana
tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata
digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri
mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes,
askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.
tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera
parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-
sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang
musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan
Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok
ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah
pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan
boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British
menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang
tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut.
Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat
berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya
dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata
tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya.
Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu
menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk

kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai
Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk
kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun.
Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda
bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan
rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di
bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana
takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa
hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan
apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga
oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun
telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British.
Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan
ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan
menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan
Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di
sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah
berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan
menghidap penyakit leukimia.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya
ialah penulis menonjolkan hubungan kekeluargaan yang erat. Sebagai
contoh, pak saidi sanggup kayuh basikal menghantar adnan ke sekolah
inggeris demi mendapatkan pendidikan yang sempurna, leftenan adnan
sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata
perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh. Kekuatan yang kedua
ialah penulis menyemarakkan semangat patriotisme. Contohnya
semangat kepahlawanan leftenan adnan & rakan ii seperjuangannya
menentang tentera jepun sehingga ke titisan darah terakhir serta
membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan pembaca/anak
muda menerusi penceritaan kisah peperangan dalam bentuk yang
menarik Kekuatan yang ketiga ialah sikap keterbukaan watak & tidak
berfikiran sempit iaitu watak Pak Saidi. Sebagai contoh, pak saidi yang
sekolahkan adnan di sekolah Inggeris biarpun ditentang penduduk
kampung dan Pak Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris
dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah biasa di samping
mendapat pengetahuan setanding dengan orang Inggeris Kekuatan yang
keempat ialah novel ini mempunyai plot cerita yang teratur . Pembaca
juga dapat menghayati kisah kehidupan leftenan adnan dari kecil
sehingga saat ii terakhir hidupnya dan pembaca juga dapat lebih
memahami jalan cerita Kekuatan yang kelima ialah pengajaran yang
menarik. Penulis menerapkan sifat keberanian yang dimiliki seseorang
serta memberikan impak positif bukan sahaja terhadap dirinya malah
terhadap orang sekeliling juga

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya
ialah sudut pandangan karakter dan watak yang sering bertukar-tukar
tanpa isyarat. Hal ini menyebabkan pembaca bingung akan perubahan
watak dan tidak tahu ingin fokus ke watak yang mana terlebih dahulu.
Kelemahan yang kedua ialah novel ini mempunyai teknik imbas balik
yang membingungkan pembaca. Hal ini kerana imbas balik yang terdapat
di dalam novel ini sering datang secara tiba-tiba tanpa amaran jadi
pembaca sukar untuk membezakan antara imbas balik dan situasi
sekarang. Kelemahan yang ketiga ialah penulis membawa moral-moral
yang negatif dan tidak sesuai untuk remaja dalam lingkungan umur 13-

17 tahun. Novel ini tidak seharusnya digunakan dalam sistem pendidikan
menengah Malaysia kerana ia mempunyai unsur lucah dan tidak sesuai
untuk dibincangkan antara guru dan pelajar. Kelemahan yang keempat
ialah jalan cerita yang tidak jelas. Hal ini diperkatakan adalah kerana
pengenalan watak dan latar tempat hanya diberi dengan sekilas
pandang manakala motif watak pula tidak diberi penerangan dengan
lebih mendalam. Perkara ini menyebabkan pembaca tidak tahu mengapa
dan apakah tujuan seorang watak tersebut. Kelemahan yang kelima ialah
penceritaan yang tidak menarik dalam menerangkan sesuatu situasi.
Pada permulaan pertama, pembaca sudah tertarik dan berasa saspens
terhadap peristiwa hitam tersebut. Apabila sudah sampai ke
pengakhiran, penulis tidak menceritakan tentang peristiwa hitam
tersebut malah membiarkan cerita tersebut seperti tergantung dan
membiarkan para pembaca membuat andaian mereka sendiri.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan
pembahbaikan untuk meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah
penulis boleh menyediakan kulit buku yang lebih menarik serta moden
serasi dengan tajuk novel ini keran kulit buku novel ini kurang menarik
perhatian para pembaca.

Cadangan yang kedua ialah penulis perlu menggantikan kulit
baharu yang seiring dengan zaman supaya para pembaca serta
masyarakat lebih meminati novel ini. Hali ini kerana, kulit novel ini tidak
seiring dengan peredaran masa.

Cadangan yang ketiga ialah novel ini perlu menambahkan lagi
beberapa bahagian yang tergantung akibat berkait sejarah yang
menimbulkan persoalan terhadap para pembaca.

Cadangan yang keempat ialah penulis perlu mengubah suai jalan
cerita serta menambahkan penceritaan yang mendalam berkaitan
peperangan serta membuat klimaks bagi pembaca jika terdapat
bahagian peperangan.

Cadangan yang kelima ialah penulis perlu lebih menceritakan
secara lebih lanjut terhadap watak utama serta perbuatannya agar para
pembaca tidak tertanya-tanya jika ada perubahan terhadap jalan cerita
novel ini

Novel Di Sebalik Dinara

a) Sinopsis Keseluruhan

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke
KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha
dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu
tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah
memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersamasama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan
hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium.
Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak
berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan.
Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk
menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti.
Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab
untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk
rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di
Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha
telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan
Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia
yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan
tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang

menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,
kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha
mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida
memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di
bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam
kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat
bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital.
Aqram mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang
dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr.
Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak
berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak
angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas
mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis
itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi
dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit
walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula
dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang
lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Ruparupanya
Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba
menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha.
Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah
menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju
ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus
yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara

serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang
suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah
penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti
sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke
Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida)
menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang
sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan
perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh
Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara
dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn
(Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida)
dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas
terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya
dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port
Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak
sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

b) Sinopsis Setiap Bab

Bab 1 – Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem
selesai bermesyuarat di Nusajaya. Di Lapangan Terbang Senai, dia
berkenalan dengan Aqram sepanjang perjalanan ke KLIA. Farisha terkejut
apabila melihat pintu rumahnya dipasang retinal scanner dan terpaksa
menunggu Shida, kawan serumahnya untuk masuk ke dalam apartment
mereka. Farisha ingin berehat kerana keesokan hari, dia akan menghadiri
satu simposium di Hotel Renaissance. Aqram yang duduk disebelah Farisha
berjaya mencuri cawan minuman Farisha semasa si dalam kaapl terbang dan
bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

Bab 2 – Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri
sebuah simposium. Dia kecewa Philips Young hanya menyampaikan
ucaptama beliau melalui hologram. Farisha bertemu dengan Aqram tanpa
diduga dan Aqram menyatakan keinginan mencari jururunding untuk
sebuah projek mini di makmalnya. Aqram sebenarnya sudah sebulan
menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

Bab 3 – Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran
untuk menjadi jururunding untuk sebuah projek. Aqram bersetuju
membincangkan perkara ini di Puchong, iaitu di rumah Karl. Tetapi sebelum
itu, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan
beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka untuk menggodam
komputer Soft Lab. Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat
keputusan. Mereka juga melihat Karl yang terlantar kerana sakit barah
sebelum pulang.

Bab 4 – Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab,
Cyberjaya. Dia menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji
dengan Khairul Anwar di tempat sama. Pejabat Soft Lab yang dilengkapi
dengan pelbagai teknologi yang canggih mengujakan Farisha sehingga dia
menemui Dinara di Pusat Data. Farisha menjalankan tugasnya untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara sehingga waktu petang dan
pulang bersama Shida. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang
mengenai rancangan mereka. Mereka perlukan Farisha dan Shida di Soft Lab
dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia, sebuah cyborg canggih
supayarancangan mereka tidak diganggu.

Bab 5 – Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan
kepada Farisha bahawa Karl yang membangunkan Dinara dan ia kini
diancam sebuah virus setelah diceroboh. Pada petang itu, Farisha mendapat
tahu bahawa Rosman tidak akan bersamanya kerana mendapat tawaran
yang lebih lumayan di Senawang dan Farisha berasa tugasnya amat berat.
Cyborg Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana tindakan memadam
ingatannya dan cemburu dengan kehadiran perempuan lain di sisi Karl.
Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.

Bab 6 – Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak
sedar Alia telah memasukkan cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai
dengan Karl. Karl telah meminta tolong daripada Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Alia menjadi cemburu dan marah kerana tidak

mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl. Selepas beberapa ketika,
Farisha sedar dan segar apabila makan pil yang diberikan oleh Aqram. Shida
membincangkan dengan Farisha tentang kehilangan seorang penyelidik
bernama Medina yang bekerja di Soft Lab.

Bab 7 – Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di
pejabat Secured Shell untuk meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab.
Farisha tiba-tiba sakit kepala setelah melihat sebuah cahaya putih yang
memancar ke arahnya. Mereka terus pulang. Dua hari selepas itu, Farisha
diundang untuk makan malan di rumah Abang Azraai bersama keluarganya
Kak Mariah, anak-anaknya Aina dan Dina. Farisha telah mendapat tahu
abangnya mengalami sakit jantung dan dirinya merupakan anak angkat
kepada ibu dan ayahnya.

Bab 8 – Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram,
Khairul Anwar dan Dr. Maxi hairan kerana Farisha tiada latar belakang
penyakit yang membimbangkan. Mereka bergegas ke arkib untuk berjumpa
Shida dan bertanyakan hal yang sama.

Bab 9 – Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar merancang Plan B iaitu untuk
menggantikan Farisha dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza.
Shida pulang ke rumah untuk mencari bukti penyakit Farisha namun tidak
jumpa tetapi mendapat tahu Shida merupakan anak angkat. Shida dan
Rosman melawat semula Farisha yag kelihatan lemah di hospital. Farid dan
Amin datang ke katil Farisha untuk masuk ke ruang fikiran Farisha yang
sebelum ini dilingdungi oleh Wall. Farisha yang lemah telah membuatkan
Wall menjadi lemah. Aqram pula mencari amkklumat pada badan Farisha
menggunakan sebuah alat dan menunjukkan kesihatan Farisha pada tahap
yang tidak memuaskan. Dr. Maxi menyarankan Shida akan menggantikan
tempat Farisha.

Bab 10 – Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha
tanpa sedar oleh Alia. Tetapi tindak balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi
berdegil lalu memberhentikan ujikaji selepas lima minit. Dalam masa yang
sama, Farisha berkomunikasi dengan “Mummy” di bawah sedar. Farid dan
Amin berasa hairan melihat seorang perempuan tua yang menyuruh mereka
melakukan perkara tersebut menjerit gembira. Farid menyanggah
perbuatan perempuan tersebut kerana sanggup melakukan ujikaji terhadap
anaknya sendiri. Dia tidak peduli asalkan beliau telah membuktikan dirinya
lebih hebat daripada “lelaki itu”. Manakal Shida tetap murung dan tidak

pulang ke rumah, tidak bercakap, makan ataupun minum. Aqram gagal
untuk memasuki minda Shida.

Bab 11 – Farisha yang boleh bangun dan berjalan mendapatkan penjelasan
daripada Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai berkata Farisha menjadi
adik angkatnya kerana ingin menyelamatkannya daripada dijadikan bahan
ujian. Terdapat beberapa orang yang diamanahkan untuk menjaga
keselamatan Farisha. Farisha memberitahu di dapat berkomunikasi dengan
ibunya, Azrai berasa cemas dan membawa Farisha keluar dari hospital. Alia
ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otak Shida dan akhirnya Dr.
Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl. Karl mengarahkan untuk membawa
Farisha ke situ kerana virus di dalam Dinara bukan sahaja akan
memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Farisha yang dalam perjalanan
ke Kulai bersama Azraai telah diculik oleh orang suruhan ibunya. Di Soft Lab,
Karl bercakap melalui Shida bahawa Khairul anwar merupakan seorang
budak pengemis yang telah diganti ingatannya dan Karl telah memukul
seorang wanita sehingga cacat.

Bab 12 – Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke
Seremban untuk bertemu dengan ibunya Marilyn. Di Soft Lab, Alia
berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu wanita cacat itu adalah
dirinya yang dipukul oleh Karl serta nama asalnya adalah Rusmina. Dr. Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar yang menyaksikan perbualan tersebut turut
berasa sedih. Menurut laporan daripada Dinara, Dr Maxi memberitahu
Aqram dan Khairul Anwar bahawa ujikaji tersebut pernah dijalnkan terhadap
Medina. Alat pengesan pintar Rosman mengesan arah Farisha dilarikan iaitu
menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha tersedar di dalam kereta bersama
Farid dan Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk berjumpa dengan
ibunya. Sebaliknya Farisha mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapu tidak
dipeduli. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Karl dan mendapat tahu
bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina.

Alia masih berasa cemburu. Di sebuah stesen minyak, Marilyn berjumpa
dengan Farisha tetapi ditempelak dan memarahi ibunya kerana ingin
membunuhnya dahulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan wall Farisha
dihidupkan.

Bab 13 – Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin
teruk tetapi Dr. Maxi terus cuba untuk berkomunikasi dengan Karl. Melalui
Shida, Karl sedar dan bertindak menggunakan komputer untuk

menghapuskan virus dalam Dinara. Marilyn akhirnya tiba bersama Farisha,
Farid dan Amin. Rahsia dibongkar iaitu Marilyn / Medina merupakan ibu
Farisha dan Karl bapanya yang sanggup mengeksploitasi anaknya untuk
kajian di Soft Lab. Marilyn bermusuh dengan Karl kerana telah mensabotaj
fikirannya, akibat tindakan itu Marilyn menjadi separuh gila dan cuba
mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqram menyelamatkan Farisha dan dibawa
kepada keluarga angkatnya.

Bab 14 – Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati
Karl. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada
jawapan. Karl meninggal dunia dan mayatnya dibakar serta abunya ditabur
di Selat Melaka. Shida masih bersikap aneh dan mengajak Aqram untuk
pulang ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram yakin masih
terdapat Karl di dalam Shida.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
novel ini mempunyai plot yang ingin diceritakan oleh penulis
disampaikan.Sebagai contoh, pengakhiran cerita ini mempunyai ceritanya
serta cerita ini tidak tergantung mahupun membuat pembaca tertanya-tanya
walaupun novel itu sudah sampai ke penghujungnya.

Kekuatan yang kedua ialah novel ini mempunyai jalan cerita bagi watak
utama.Sebagai contoh, watak yang ditulis tidak mudah putus asa untuk
mengenali bapanya walaupun dia tidak mengenali bapanya kerana
perpisahan yang dibuat oleh penulis.

Kekuatan yang ketiga ialah penulis memberitahu latar belakang setiap
watak. Pembaca tidak mudah tertukar latar bagi setiap watak. pembaca
mampu memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Kekuatan yang keempat ialah novel ini mempunyai pengajaran yang
menarik. Hal ini kerana, tidak semua penulis ada terfikir untuk menulis
novel yang mempunyai pengajaran yang sama.

Kekuatan yang kelima ialah novel ini mampu membuatkan pembaca
berasa sedih dengan penceritaan yang menarik tentang bapa sebenar watak
utama.Hal ini disebabkan kesedihan yang dilanda emak watak utama
dijelaskan di dalam penulisan bapa watak utama.

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya
ialah, novel ini tidak sesuai untuk diterbitkan secara umum. Hal ini kerana, ia
ada banyak muslihat dan jenayah seperti penculikkan serta penipuan. Novel
ini tidak sesuai untuk pembaca dibawah 13 tahun.

Kelemahan yang kedua ialah pembaca sukar untuk memahami jalan cerita
dalam novel ini. Novel ini banyak memfokuskan kepada psikologi serta jalan
cerita yang pendek.

Kelemahan yang ketiga ialah para pembaca tidak berpuas hati kerana jalan
cerita ini membosankan kepada sesetengah pembaca yang tidak memiliki
minat terhadap ilmu-ilmu sains yang lebih mendalam terhadap psikologi
serta penulis juga lebih memfokuskan terhadap watak utama berbanding
watak sampingan yang terkandung di dalam novel ini.

Kelemahan yang keempat ialah penulis tidak menerapkan lagi pengajaran
di dalam novel. Hal ini disebabkan, pengajaran perlu diterapkan lagi di dalam
sesebuah novel agar ia memberi implikasi kepada para pembaca.

Kelemahan yang kelima ialah dialog yang banyak serta membosankan.
Penulis telah banyak menerapkan dialog di dalam novel ini sehinggakan para
pembaca tidak memahami apa yang hendak disampaikan serta keliru dengan
inti novel ini.

CADAGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan pembahbaikan untuk
meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah terdapat banyak tindakan
yang tidak menyenangkan. Seperti, memasukkan cip dalam badan seseorang
tanpa pengetahuan orang tersebut. Bagi menambahbaikkannya lagi penulis
perlu mengurangkan perbuatan yang tidak menyenangkan seperti ini dalam
novel supaya perkara ini tidak diikuti atau dipengaruhi.

Cadangan yang kedua ialah memotong sebahagian tersebut dalam novel
supaya perkara tersebut tidak dipengaruhi. Hal ini kerana, terdapat watak
yang kurang memuaskan hati seperti mata duitan dan mementingkan diri.

Cadangan yang ketiga pula ialah penulis boleh mencipta satu watak lagi
yang bersifat murah hati yang boleh membantu meringankan beban hidup
watak utama. Cadangan ini diberi kerana terdapat sebuah peristiwa di mana
watak utama mengalami waktu yang sukar dan masalahnya bertambah.

Cadangan yang keempat ialah mengurangkan ujian terhadap watak utama
dalam satu masa supaya para pembaca dapat membaca dengan tenang. Hal
ini disebabkan oleh, terdapat peristiwa yang amat menyukarkan watak
utama dalam satu masa.

Cadangan yang kelima ialah menyediakan kulit buku yang lebih menarik
dan moden
serasi dengan tajuk novel tersebut. Kulit buku juga menjadi salah satu
komponen yang penting untuk menarik perhatian pembaca.

vNovel Jendela Menghadap Jalan

a) Sinopsis Keseluruhan

Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan
nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan. tetapi demi
menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Lili
bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi kisah-kisah
kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan menjawab pertanyaan Lili
berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana kampung
yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar. Datuk Lili merupakan pengamal rawatan
tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili dengan Danel dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa


Click to View FlipBook Version