The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamir2096, 2022-06-12 05:18:38

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan
kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui
telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema. Rentetan itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di
klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya
masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheeda berasa tulang
rawan hidungnya jatuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus
ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar
menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di
rumah Hj Fadhil dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara
Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid
diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Semasa di SMC,
Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan
bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau
dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak
teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Tajuu Emas.
Suasana di Tajau Emas sangat meriah. Majlis perkahwinan ini berlangsung
selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang.
Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri
Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira.

BAB 15: HIDUP RANGGI

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya
bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin
terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang
sama, Zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di
Restoran Sri Gading bersama-sama. Namun begitu, Waheeda tidak muncul-
muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat
haluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila
diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet
Tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda
agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar
cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah
berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri
Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya iaitu ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.

Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu sedangkan Waheeda jujur
dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid
mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda
berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Ibunya, Raidah tidak
menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan
sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Sesampainya di bawah,
Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah
datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah
mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin antara
mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung berjoging.
Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda
ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati
Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau
Emas dengan alasan untuk menonton bola.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil,
Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu
yang datang iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka

datang bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang
dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya
dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia
akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke
Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad
eksklusif Hospital

Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah,
ibu mentuanya datang menziarahinya dengan membawa jambangan bunga
pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid
yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Paling
menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu
anaknya.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal

Spektro-Kimia. Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA
terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya,
rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat
tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya,
Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca
berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak
sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid

melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan
DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

,Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan
oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM

Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang
panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda
sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup
baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak
Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan
berjumpa mereka pada keesokan harinya.
BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG

Di rumah Pak Cik Aziz perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-
pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik
Aziz untuk mengambil alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands
setejah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan

urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda
menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi.
Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan
Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan
keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang
ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya
berpuluh-puluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah
anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir
menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah.
Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung
ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia
malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati
terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet
AyaSajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju
dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang
diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan AyaSajinah terbukti apabila
pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong
warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA

Pada petang itu, Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan

bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak
langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan
itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat
sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan.

Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk
mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar
pagi tadi. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di
kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat
bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman
Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman
bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar
tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan
menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah
mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya
yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid
juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles
mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak
lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Ketika ingin
membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati
dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila
dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya,
Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati
pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda
juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

BAB 24: KAMA HATI

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA
dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid

memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya,
Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan
Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya.
Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal
dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda
dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu
dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak
mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah
telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta
ibunya memaafkan ayahnya.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
banyak nilai yang dapat dipelajari. Para pembaca yang menghayati novel ini
akan mendapat pelbagai nilai. sebagai contoh, sikap tanggungjawab dahlia
iaitu sebagai seorang pelajar dan anak sulong.

Kekuatan yang kedua ialah jalan cerita yang menarik. Pembaca tidak akan
berasa bosan apabila membaca novel ini kerana mempunyai binaan plot yang
menarik dan tersusun

Kekuatan yang ketiga ialah sifat watak yang dapat dijadikan teladan.
Pembaca boleh mencotohi sifat-sifat positif yang terdapat pada watak di
dalam novel

Kekuatan yang keempat ialah menonjolkan sifat kekeluargaan yang kuat.
Hal ini dapat menyemarakkan semangat pembaca ketika mambaca novel ini.

Kekuatan yang kelima ialah sifat kegigihan yang ditunjukkan oleh dahlia.
Para pembaca akan lebih gigih utk mencapai apa yg diingini.

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
jalan cerita yg menyimpang. Penulis lebih mementingkan jalan cerita yg tidak
penting berbanding plot utama menyebabkan sesebuah cerita novel menjadi
panjang dan bosan.

Kelemahan yang kedua ialah tidak sesuai untuk buku sastera Malaysia. Hal
ini kerana penggunaan bahasa indonesia yg berlebihan. Pelajar dalam
lingkungan umur 13-17 tahun sukar untuk memahami apa yg disampaikan.

Kelemahan yang ketiga ialah penulis mewujudkan watak yg mempunyai
nilai negatif.
Watak suami meminta cerai hanya kerana cemburu sehingga menghina rupa
anaknya sendiri

Kelemahan yang keempat ialah tiada pengembangan personaliti. Watak
utama yg lemah dan naif dari awal hingga ke penghujung novel menyebabkan
pembaca berasa tidak puas hati dan marah.

Kelemahan yang kelima ialah penceritaan yg tidak terperinci. Penulis
menerangkan sesuatu peristiwa dengan sekilas lalu sahaja. Pembaca tidak
memahami apa yg penulis cuba sampaikan kerana dipenuhi dengan plot
kosong berbanding penceritaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan pembahbaikan untuk
meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah pengakhiran cerita yang
baik. Supaya dapat memberi kesan kepada pembaca dari segi emosi.

Cadangan yang kedua ialah pengembangan dalam personaliti watak agar
pembaca tidak berasa bosan apabila menghadapi sesuatu penceritaan yg
klise. Sebagai contoh, watak utama sering memaafkan walaupun dibunuh
sekalipun.

Cadangan yang ketiga pula ialah penulis perlu fokus ke bahagian yang
penting bagi mengingati tujuan penceritaan tersebut.

Cadangan yang keempat ialah penulis perlu fokuskan kepada plot. Plot
yang menarik perlu dilebihkan daripada perisian dialog untuk mengelakkan
pembaca bosan.

Cadangan yang kelima ialah menggunakan bahasa yg sesuai.
Memandangkan bahasa ibunda kita ialah bahasa melayu , penulis perlu
menggunakan bahasa ibunda kita dengan lebih lagi berbanding bahasa yg
digunapakai oleh negara jiran.

Novel Bimasakti Menari

a) Sinopsis Keseluruhan

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas
sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa

dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri
kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak
banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama
sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar
populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington
dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto
bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu
dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula
menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera
dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad
Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad
Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat

bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar
menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya
anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya,
Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman
orang tua Nurul Hafsa.

b) Sinopsis Setiap Bab

Bab 1 :

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa
yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir
ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di
luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang

pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa
dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di
langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak
cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar
kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2:

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang
hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun
merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan
Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap
pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya,
Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh

Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad
taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan
Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek
pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan
oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang,
ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3:

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu
tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari
Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat
untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-
kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah.

Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang
dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan

hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami
oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu
batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul
Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang
dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak
seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh
mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan
perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala
Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah
dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis
hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan
adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah
mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang
lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E
Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat

pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini,
Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1
sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah
mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman
turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5:

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan
menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu
laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan
antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana
Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang
kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau
telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau
di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau

tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu
pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing,
namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6:

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan
Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor
berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa
hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan
diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang
alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun
demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap
kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga
kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan
Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat
langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya
telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar
serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan
membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada
terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan

tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa
adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa
tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan
Simpan Langit Gelap.

. Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-
kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan
bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka
berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa
ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki
tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang
pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki
tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau
sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa
selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad

Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar.
Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip
di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran
pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya
bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda
ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut
memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap
terhadap pemuda tersebut.

Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik
menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya kepada Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan
adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-
ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar
penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu
Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik
mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad
Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas
tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti
yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan
menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali

bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering
bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan
abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam
etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang
tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu
Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.

Bab 9:

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan
ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk
menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional
dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila
menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin
dan Maryam.

Bab 10:

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan
kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa
mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya
setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik
oleh keistimewaankeistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial
di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk
berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor.
Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman
menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul
Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu
untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor
sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk
menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-
kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11:

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan
menggunakan pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin
motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit
mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap
di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya
pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan
secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu
Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik
bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan
permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada
Muhammad Taufik.

Bab 12:

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu
untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh beliau agar dia
dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat
56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji
Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta
Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di
negara ini.

Bab 13:

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu
bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar
terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah
dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan
yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama
Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang
dicintainya memilih Tan
Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan
bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan
tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender
projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14:

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan
terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.
Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah

membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri
Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar
turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada
akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak
kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat
dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut.

Bab 15:

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat
di lorong menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong
tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke
rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-
tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang
dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa
segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu

walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik
Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.

Bab 16:

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke
hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di
sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian
yang menimpa anak mereka.

Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua
dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu
mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat
Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu
atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-
kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan
Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam
bermanik Kristal.

Bab 17:

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau
dan bekas isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik
bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu
pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan
kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan
siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan
meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa
serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai
punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar
berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon,
keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala
Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18:

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir
seminggu kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai
menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul
Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh
Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti
pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang
lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar
dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Bab 19:

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan
mengikut ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan
jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari
tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan
Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika
dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang
diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain
hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi
yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat
melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak
sedarkan diri.

Bab 20:

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan
keadaan Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam
keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya
ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika
rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau

membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat
laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul
Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan
meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya
kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam
berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21:

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba
mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar
dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan
kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik
sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita
tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi
etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan
perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di
pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke
lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.

Bab 22:

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan
Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya
anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula
bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya
semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam
keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan
kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada
Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
tema novel yang menarik .Tema novel ini yang berbeza dari topik kebiasaan.
Novel ini mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk
menangani pencemaran cahaya.

Kekuatan yang kedua ialah dapat mengetahui dan mempelajari banyak
fakta tentang kelipkelip dan pencemaran cahaya. Fakta tentang kelip-kelip
sukar untuk didapati, jadi apabila penulis meletakkan banyak fakta yang
menarik, novel ini menjadi menarik untuk dibaca.

Kekuatan yang ketiga ialah keberanian watak ini memulihkan kawasan
tertentu Kuala Selangor yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa kehadiran
watak-watak yang mampu memulihkan dan mencantikkan semula Kuala
Selangor dengan bintang yang bersinar pada waktu malam.

Kekuatan yang keempat ialah penulis mempunyai pemikiran yang agak
bagus semasa menulis novel watak-watak. Watak-watak yang ditulis ini
amat mudah serta menarik perhatian pembaca dengan kehadiran watak
yang menepati janji, serta tekad dalam melakukan sesuatu.

Kekuatan yang kelima ialah sikap watak yang ditulis yang ada di dalam
novel ini boleh dijadikan contoh di dalam kehidupan kita, Hal ini kerana
watak yang ditulis mampu merubah dan memperbaiki diri kita tidak kira dari
segi sikap dan perbuatan

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya
ialah penceritaan yang tidak spesifik. Penulis tidak menceritakan dengan
lebih mendalam tentang sesuatu situasi dan menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh , penulis menceritakan
bahawa Nurul Hafsah sudah dibebaskan oleh penculik tetapi penulis tidak
memberitahu lokasi dimanakah Nurul Hafsah dibebaskan

Kelemahan yang kedua ialah sikap ceroboh dan sembrono seorang watak.
Penulis tidak menerapkan nilai kebijaksanaan dalam menceritakan sesuatu
situasi. Sebagai contoh , Muhammad Taufik tahu dirinya akan diculik tetapi
dia masih pergi ke arah van tersebut seorang diri tanpa apa-apa
perancangan.

Kelemahan yang ketiga ialah penulis tidak berfikiran luas di dalam
penceritaan tersebut. Penulis menceritakan tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbit Tan Sri Muhaimin. Inspektor Lim pula menjumpai
lokasi tersebut hanya disebabkan oleh aduan penduduk. Penulis tidak
mengembangkan ideanya dalam penggunaan teknologi. Jika kita lihat pada
zaman kini, pihak polis mempunyai pelbagai kemudahan untuk menangkap

penjenayah, seperti menggodam pesanan ringkas yg dihantar oleh
penjenayah untuk mencari lokasi mereka. Perkara ini menyebabkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan pembaca.

Kelemahan yang keempat ialah penulis tidak menerapkan nilai kemaafan
di dalam novel.Penulis mewujudkan watak yang mempunyai dendam yang
tidak berkesudahan. Sebagai contoh, Johan Arlington menaruh dendam yang
tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam
Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. sehingga membawa
kepada kes penculikan anak mereka iaitu Muhammad Taufik. Nilai ini akan
menyebabkan kesan yang buruk kepada pembaca.

Kelemahan yang kelima ialah kulit buku yg tidak menarik. Penulis
menggunakan warna yg gelap menyebabkan pengguna tidak tertarik dan
mula membuat ekspetasi tentang cerita novel tersebut tidak menarik dan
membosankan tanpa membacanya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan pembahbaikan untuk
meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah menceritakan plot dengan
lebih terperinci supaya pembaca tidak keliru.

Cadangan yang kedua ialah melebihkan nilai positif di dalam seseorang
watak. Supaya ia menjadi teladan kepada para pelajar.

Cadangan yang ketiga pula ialah menceritakan lebih dalam tentang
penggunaan teknologi masa kini supaya pembaca lebih teruja dan tidak
bosan.

Cadangan yang keempat ialah menambah nilai yang dapat dicontohi bagi
menerapkan lagi nilai murni dalam diri pembaca.

Cadangan yang kelima ialah melengkapkan konflik agar pembaca berpuas
hati akan jalan cerita yang disampaikan.

RUJUKAN

• https://pppnukm.files.wordpress.com/2
0
17/04/nota-komsas-t4-bpk.pdf

• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/
n ovel-bima-sakti-
menarikomsas.html?m=1

• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/
n ovel-silir-daksina-komsas-tingkatan-
5.html?m=1

• https://karangan.net/sinopsis-
noveltirani-mengikut-bab/

• https://www.sistemguruonline.my/2019
/
09/novel-songket-berbenang-
emas.html

• https://pppnukm.files.wordpress.com/2
0
17/04/nota-komsas-t4-bpk.pdf

• https://pts.com.my/penulis/abdul_latip
_ bin_talib

• https://dayangzone.blogspot.com/
• https://www.goodreads.com/book/sho

w/ 11704364-silir-daksina
• https://www.goodreads.com/book/sho

w/
12975147-bimasakti-menari

• https://penulissarawak.blogspot.com/20
08/06/beb-sabariah.html

• https://muinmohsein.blogspot.com/201
5/
12/novel-songket-berbenang-
emas.html


Click to View FlipBook Version