The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamir2096, 2022-06-12 05:18:38

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 Adam Irfan

Danel telah lama menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak hari pertama tiba di kampung, Lili
disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid dalam kalangan penduduk
kampung. Lili juga mendengar tentang isu anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah
gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili memikirkan tentang masalah yang dihadapi Kampung
Sentosa dan menyuarakannya kepada nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan
masuk campur hal-hal orang dewasa. Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan
Haziq yang merupakan anak Che Jah. Lili telah berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah
sebaliknya bersimpati dengan keluarga Che Jah dan sikap keterbukaan Lili berjaya mengubah
pendirian datuk dan neneknya untuk mula mengambil berat denagn keadaan sekeliling. Cuti ini
bermakna kepada Lili kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang-orang kampung yang
lebih dewasa untuk membantu keluarga Che Jah mendapatkan pengadilan dari segi undang-
undang dan isu pemasangan kubah surau. Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka
di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit. Lili enggan pulang ke rumahnya kerana
gembira dengan pengalaman yang dihadapi. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita
tentang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Danel menulis surat kepada Lili dan
menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.

b) Sinopsis Setiap Bab

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan
Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat
Melalui Sayursayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun
satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin
menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari
bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili
disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya.
Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu
kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang. Bab 4 Lili melihat keindahan
kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili
bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut

nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung. Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan
lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan
pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan
untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi
segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.

Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin
yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata
kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa
India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala
Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciriciri
keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah,
ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar
berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut
Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan
datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit
teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat.
Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga
kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan
tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu
menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya.
Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah
berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran
keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-
galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan
yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah

datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba
dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan
tradisional di samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah
sewa.

Bab 9

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang
hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil
Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau
mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina
kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di
samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden
berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari
segi sains perubatan untuk menyakinkan pendudukpenduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan
tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua
bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya
lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara
berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk
tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujahhujah yang
diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan
William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu
semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung
termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula
sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung
William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu
datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak
bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia
datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya
nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan
datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila
melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin
keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili

menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang
datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama
ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan
pendudukpenduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah
Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat
bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini
tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman
kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada
penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk
menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang
lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tibatiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara
haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang
Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri
daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh
daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk.
Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya
berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herbaherba lagi. Pada
sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid,
tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama
Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid
tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak
berjawab.

Bab 14

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya,
Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak
menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya
sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung

tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya
stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan
khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa
risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam
kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan
di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan
herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buahbuahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh
Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah
berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di
rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya
pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa orang
pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemudapemuda tersebut dan
mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut
apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh datuk. Sebenarnya
menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu
baik.
Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buahbuahan terutamanya pisang.

Bab 17

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara
besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini
juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa
sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan
hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan

pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di
samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit
pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu
ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili
yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak
Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat Setelah mendapat kebenaran
nenek, mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya.
Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit
darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak
tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan
campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan,
seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka
pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan
Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara
yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan
masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat
perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Bab 20

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
pendudukpenduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah
dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu
rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orangorang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek
menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

Bab 21

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar
berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-
penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili
tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan
Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negetif dan menyedihkan.

Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat
yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang
memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina
secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya
tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
pendudukpenduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah
mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan
kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik
sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke
dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh
ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan
seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan
melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal
sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang
apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk
dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia
tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih
belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman
suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang
terhadap anakanaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan
dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak
dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa
tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah
mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia. Bab 24

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat

berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah
surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pendudukpenduduk kampung.
Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda
pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau
atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah
surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini
lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili
perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan
masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada
datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah
surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan
harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga
barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos
perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan
sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh
ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan
Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke
Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah
masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman
terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan halhal yang
berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan
dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas
membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk
tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che
Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke
rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa
yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya
Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-
tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan
tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang
berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang

berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan
karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih
dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul
anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana
penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita
tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita
tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan
Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil
perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan
rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah
dan memanjangkan kes keluarga Che Jah kepada pihak berkuasa.

Bab 29

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga
1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan
dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan
nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil
membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan
Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu
Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan
yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan
berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili
tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah

dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah
dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan
Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik.
Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq
dalam keadaan lesu dan badannya lebamlebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan
herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan
Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia
hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di
balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk
dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau
kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai
kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anakanaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha
Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan
mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.

Bab 35

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima
oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang
tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam,
sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan
Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah
pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di
Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR
pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan
kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel juga berharap Lili telah mengetahui tentang
jendela menghadap jalan. Danel juga telah banyak menulis artikel tentang pisang.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
jalan cerita yang penuh dengan saspens. Ia menimbulkan rasa tertanya-tanya
sewaktu membaca serta para pembaca berasa teruja bagi meneruskan
membaca novel ini sehingga dapat mengetahui penghujung cerita ini..Lebih-
lebih lagi isu kubah surau yang dilarikan membuat para pembaca tertanya-
tanya siapa yang melarikan kubah tersebut.

Kekuatan yang kedua ialah monolog penceritaan di dalam novel ini. Novel
ini mampu untuk menambat hati para pembaca tentang pengucapan watak
secara bersendirian di dalam novel ini. Sebagai contoh, datuk bermonolog
tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung
itu.

Kekuatan yang ketiga ialah movel ini mempunyai jalan cerita berkaitan
peristiwa yang telah lepas serta mengimbasnya semula. Imbas muka dapat
memberi gambaran kepada pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan
berlaku. Melalui imbas muka, pengarang memberikan bayangan awal atau
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada
tindakan dan aksi watak dalam cerita itu. Sebagai contoh, datuk mengimbas
kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili.

Kekuatan yang keempat ialah mempunyai pertuturan antara dua watak
atau lebih daripada dua watak. Inti ini tidak membosankan para pembaca
untuk membaca novel ini. Sebagai contoh, dialog antara Danel dan datuk
tentang perubatan moden.

Kekuatan yang kelima ialah pengajaran yang boleh diamalkan dalam
kehidupan harian. Seperti, kecekalan untuk menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan. Contoh yang terdapat dalam novel ini ialah lili tidak pernah
menelefon ibunya yang berada di bandar untuk mengadu nasib sebaliknya,
dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan
semangat yang kental.

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
pembongkaran rahsia yang mengecewakan Daripada permulaan, penulis
membuat pembaca bertanya2 tentang maksud jendela yang Menghadap
jalan di rumah datuk watak utama, hanya untuk penulis mendedahkan rahsia
dengan sekali imbas dan tidak lagi menerangkan secara mendalam dan
meninggalkan pembaca dengan rasa tidak puas hati

Kelemahan yang kedua ialah penggambaran objek yang tidak realistic
Di dalam novel, sebuah kubah yang sepatutnya digunakan untuk srbuah

surau dikatakan telah dicuri oleh seorang lelaki. Walau bagaimanapun, ia
sangatlah tidak realistik untuk seorang lelaki berumur 30-40an
mengangkut sebuah kubah yang besar berseorangan. Dan cara kubah itu
dicuri dan dibawa tidaklah dinyatakan penulis, secara tidak langsung
membuat pembaca mempunyai imaginasi yang berlainan dan susah untuk
dibincangkan dengan pembaca lain

Kelemahan yang ketiga ialah Umur karakter tidak dinyatakan
menyusahkan pembaca di dalam novel, umur2 karakter tidak jelas dan
sebaliknya hanya diberi dengan ayat2 yang samar-samar, seperti bagaimana
danel dikatakan berumur sama dengan lili yang baru sahaja tamat pengajian
sekolah menengahnya tetapi danel mempunyai lesen kereta yang
membenarkan dia membawa kereta ke pekan. Tidak dilupakan juga
bagaimana danel mengatakan yang dia bersekolah dengan haziq dan rafiq
tetapi pada hujung novel, mereka berdua menjawab pmr dan bukannya spm

Kelemahan yang keempat ialah plot utama bertukar separuh jalan Sebab
diperkatakan: pada bahagian awal novel, plot novel merupakan misteri
tentang jendela di rumah2 kampung, misteri ini langsung dilupakan dengan
hanya beberapa baris ayat untuk mengekalkan misteri pada setiap beberapa
bab pada bahagian pertengahan novel kerana plot secara tiba2 bertukar
kepada konflik kubah surau yang tidak mempunyai kena mengena dengan
jendela. Pertukaran plot membuatkan pembaca berasa tidak puas hati kerana
saspen misteri pertama sudah pun hilang

Kelemahan yang kelima ialah Kedua2 plot cerita, misteri dan konflik, tidak
ditutup dengan elok walaupun penulis telah menggunakan plot misteri oada
bahagian pertama novel dan plot konflik pada bahagian kedua novel, kedua2
plot ini tidak ditutup dengan sempurna dan hanya di selesaikan dengan
beberapa baris ayat atau penerangan. Sebaliknya, pembaca diberikan Latar
belakang datuk dan nenek watak utama yang mempunyai sangat sedikit
perkaitan dengan plot2 yang diceritakan. Latar belakang tersebut juga lebih
panjang dari penyelesaian konflik dan misteri plot novel. Ini telah
meninggalkan pembaca terasa sia-sia kerana penyelesaian yang tidak
memuaskan

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan pembahbaikan untuk
meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah menceritakan setiap
perkara yang telah berlaku dengan lebih terperinci. Hal ini kerana sesetengah
jalan cerita yang tergantung.

Cadangan yang kedua ialah merealistik sesuatu penggambaran objek
dengan lebih logik. Purata yang membaca novel adalah pelajar yang boleh

berfikir secara rasional jadi secara tidak langsung telah menyusahkan setiap
pelajar untuk menyuarakan pendapat yang sama.

Cadangan yang ketiga pula ialah menambah baik dari segi pengakhiran
plot. Hal ini disebabkan ia boleh membuat ketidak puasan hati bagi seseorang
pembaca

Cadangan yang keempat ialah menyatakan umur setiap karakter dengan
tepat. Hal ini kerana ia menimbulkan kekeliruan dikalangan pembaca
berdasarkan sesetengah plot cerita dimana melibatkan umur watak - watak
yang berkenaan.

Cadangan yang kelima ialah sentiasa fokus untuk menceritakan plot
utama. sesetengah plot utama hanya diceritakan separuh jalan dan ini
menyebabkan pembaca berasa tidak puas hati atas kerana jalan cerita yang
tergantung.

Novel Pantai Kasih

a) Sinopsis Keseluruhan

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.
Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya
menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat
rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi
daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya
raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.
Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya
yang perlahanlahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat
mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang
kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada
Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum
itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya
dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika
itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi
tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa
kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.
Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu,
selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu
di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang
dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang
pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap
doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan
peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan
peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan
untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

b) Sinopsis Setiap Bab

Bab 1

Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang
pinggul terhadap pesakit yang bernama Unong Siron. Pembedahan kali
keenam itu sepatutnya dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi diserahkan
kepadanya kerana pakar itu mempunyai urusan lain. Kelimalima
pembedahan sebelum itu telah dijalankan oleh Doktor Uwang . Ketika
bersendirian di pejabatnya, Doktor Raihateringat akan Doktor Uwang yang
telah dikenalinya semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh
hati kepada Doktor Uwang tetapi Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia
memilh Doktor Sadiz meskipun pilihannya itu ditentang oleh ayahnya.
Sepuluh tahun kemudian, dia menerima pelawaan Doktor Uwang untuk
bekerja bersama-sama di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Doktor Raiha
juga teringat akan bantahan ayahnya apabila dia menyatakan hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri
rumah tangga. Baginya, kaum wanita harus menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap rumah tangga,bukan bekerja seperti ibu Raiha
yangmenjadi jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Doktor raiha
juga teringat akan kematian anaknya.Sementara itu, Sister Felicia Londosi
terkenang akan kematian seorang kanak-kanak perempuan dalam
kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum ubat
batuk yang diambilnya di bahagian farmasi. Oleh sebab kerap minum ubat
batuk Sister Felicia ketagih akan ubat batuk, malahan ubat itu telah
diminumnya secara berlebihan. Dia sebenarnya menyimpan perasaan marah
dan dendam kepada Doktor Raiha dan Doktor Uwang yang kerap
memarahinya. Oleh sebab itu, dia meminta jadual tugasannya ke sebelah
malam supaya dia tidak bekerja bersama-sama dengan Doktor Raiha pada
sebelah pagi.

Bab 2

Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak,
kemudian berkeliaran dihalaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka
kanak-kanak itu pembantu rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa
isterinya tidak mengambil pembantu rumah tanpa persetujuannya.
Malahan, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin
memperoleh seorang anak. Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya
setelah tanggungjawab itu diserahkan oleh ayahnya, Datu Ontong. Semasa
berada di bawah pengurusan Datu Ontong , PRPK hanya mempunyai tiga
orang doktor iaitu Datu Ontong, Doktor Alex Ng dan Doktor uwang

sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah menambahkan
serta memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu , peralatan canggih
juga dibawa masuk. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran
yangmahal kepada para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan
disitu. Doktor Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas
murni seorang doktor, iaitu memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.Di
dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki
yang menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa
minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri.
Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK
semula.

Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha
seakan-akan ternampak seorang wanita yang merupakan dirinya sendiri
bersama-sama seorang kanak-kanak kurang upaya.Kanak-kanak itu
terkorban dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum
sempat Doktor Raiha mencapai tanganya. Selepas itu, dia terbayang akan
wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.

Bab 3

Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera
berusaha untuk fokus terhadap pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang
pesakit bergelar Datin. Datin tersebut menegur Felicia yang dilihatnya
seperti sakit, namun dinafikan oleh Felicia dengan mengatakan kulit
wajahnya pucat disebabkan cuaca panas musim kemarau. Selepas itu, dia
keruang dapur hospital dan berbual-bual dengan Kartini Borhan, jururawat
muda tentang kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang menyamar
sebagai doktor itu akan datang semula ke PRPK. Penyamaran pemuda itu
berjaya dikesan keitka dia cuba memberikan rawatan terhadap Unong Siron.
Ketika keluar dari mahkamah syariah setelah mengikuti perbicaraan kes
antara Raiha dengan Doktor Sadiz itu. Isteri Doktor Uwang mengagak ada
kerosakan pada kereta mewah tersebut yang tidakdikesan. Sebelum itu,
dalam perbicaraan, Doktor Sadiz memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha
tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja dibakar oleh Doktor Sadiz
sehingga menyebabkan anak perempuan meraka terkorban.Di dalam kereta
BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia terhadap

beberapa orang pesakit daripada masyarakat kelas menengah bawah.
Angkara perbuatanya berkasar terhadapibu Unong Siron, Doktor Raiha
mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang dikenalinya
sejak sekolah rendah lagi itu segera keluar dari pejabat Doktor Raiha
beberapa minit kemudian dengan menutup pintu pejabat secara kasar.
Doktor Felicia juga terkenang akan latarbelakang Felicia. Sebelum pulang ke
rumahnya, Doktor Raiha juga teringat akan tuduhan Doktor Sadiz bahawa
dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz untuknya, Doktor
Raiha menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak akan menceraikan Doktor
Raiha sebagai balasan kerana tergamak memalukannya di hadapan
masyarakat elit. Pada masa yang, Doktor Uwang juga teringat akan kereta
Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar dahulu.

Bab 4

Doktor Raiha teringat akan perbualanyya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya
Doktor Sadiz tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui
gambaran ultrasound,anak mereka yang bakal lahir itu tidak normal. Oleh
itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungannya
tetapi Doktor Raiha enggan. Akhirnya, Doktor Raiha melahirkan seorang
anak perempuan yang dinamai Ayu (Rohayu binti Sadiz) Doktor Uwang kian
gembira apabila mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di PRPK. Dia
kini memiliki saham pusat rawatan itu melebihi lima puluh peratus . Namun
demikian, dia tersentak apabila melihat gambaran wajah anak Rania di kaca
televisyen. Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia masih berterusan.
Dalam khayalannya, dia berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang pernah
menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu marah kerana diatelah menghabiskan
banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan hanya mahu dirawat oleh
Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia mendapati
dirinya berada di stor PRPK lalu menangis teresak-esak Bab 5

Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan.
Gambaran wajah Doktor Raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-
kata ayahnya, Datu Ontong bahawa banyak perkara palsu, murah,dan tidak
bermutu dalam dunia ini kerap menganggu fikirannya. Selain itu, setiap kali
dia dibayangi oleh wajah Unong Siron dan anak Raiha, pergelangan dan
lututnya berasa sakit.Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa
setelah menerima panggilan telefon untukmemintanya menangani kes
kelahiran bayi perempuan pramatang walaupun pada masa itu dia

tidakbertugas. Rupa-rupanya panggilan telefon yang diterimanya itu palsu.
Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad tidak marah kerana dia dapat
berjumpa dengan Felicia yang diminatinya. Seperti biasa,Felicia tidak
mengendahkannya.

Bab 6

Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah
Doktor Uwang selesai, Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar
Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah masingmasing kerana hari sudah lewat.
Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha
telah lari bersama-sama Ayu dengan kereta Porsche milik Doktor
Sadiz.Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam
pejabatnya setelah Felicia memarahi ibu Unong Siorn. Menurut Felicia,
mereka ialah jirannya. Apabila dia melihat Unong Siron berjalan terincut-
incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia mencadangkan
Unong Siron mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felicia mendapat
wang ganjaran daripada Doktor Uwang setiap kali dia membawa pesakit
baharu mendapatkan rawatan PRPK. Perkara itu mengejutkan Doktor Raiha
kerana dia tidak menetahui perkara tersebut. Namun demikian, hal itu tidak
menjadi perhatian Doktor Raiha,sebaliknya dia lebih mementingkan
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari
ibu Unong Siron itu dianggapnya kejam lalu mengingatkan Felicia agar tidak
mengulangi perbuatan itu.Doktor Raiha dikejutkan dengan panggilan telefon
daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha dimintadatang ke PRPK dengan
segera untuk melihat keadaan Unong Siron.

Bab 7

Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula
minum ubat batuk sejakremaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai
anak yang tidak berbapa. Ibunya membesarkanny adengan disiplin yang
ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi jururawat. Perkara
itusering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat
batuk untuk menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan
keterlibatannya dalam peristiwa kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz
beberapa tahun lalu. Felicia terserempak dengan seorang pemuda yang
mengaku dirinya Doktor Mohammad. Pada ketika itu, Felicia sudah tidak
dapat berfikir dan melihat dengan jelaas lagi akibat minum ubat batuk.

Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama
Ariana Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya.
Menurut Doktor Alex Ng, mungkinDoktor Raiha menerima panggilan palsu
daripada budak-budak nakal kerana beberapa orang doktor lain di PRPK
pernah menerima panggilan palsu. Gambaran Doktor Sadiz terus menguasai
fikiran Doktor Raiha.

Bab 8

Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas biasa.
Doktor Raiha bahawaFelicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang
pemuda yang dahulu pernah menyamar sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex
Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat serta petugas lain berada di
luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang
akan keselamatan Felicia. Mereka juga bersepakat untuk tidak memberitahu
hal itu kepada Doktor Uwang kerana dia tidak sihat.Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenali pemuda
itu. Dia meminta pemuda itu Berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit
jiwa.Pemuda itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah universiti
tempatan . Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhir, dia menjadi
kurang siuman akibat mendengar kata negatif jiran tetangga dan tekanan
daripada keluarga serta teman wanitanya.

Bab 9

Ketika memandu keretanya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang
berlaku pada malam diamenhantar Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha
telah melarikan diri dengan Ayu menggunakan keretanya, Doktor Sadiz
membeli petrol dengan ditemani oleh Doktor Uwang. Petrol itu
kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar keretannya itu
tanpa menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta tersebut. Doktor
Uwang juga teringat akan perbualannya dengan ibu Unong Siron. Wanita itu
menmpelak kerana memberi alasan lima pembedahan yang dijalankan
sebelum itu tidak berjaya kerana sendi tulang yang dipasang pada pinggul

Unong Siron tidak sesuai dan badan Unong Siron tidak mampu melawan
infeksi padahal Doktor Uwang ingin mengaut wang ringgit pesakitnya.
Sebenarnya, Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak
ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik. Doktor Raiha
teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas
memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh
Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori tangki miinyak lalu terperosok
dibawah lori tangki itu. Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz
rentung.Doktor Uwang kemudiannya terlibat dalam kemalangan kereta yang
dipandunya melanggar tembokgaraj PRPK. Pergelangan tangan dan lututnya
hancur. Dengan persetujuan isteri Doktor Uwang,Doktor Raiha dan Doktor
Alex
Ng menjalankan pembedahn penggantian sendi tulang padapergelangan
tangan dan lutut Doktor Uwang. Alat ganti itu sebenarnya palsu dan
bermutu rendah.

Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya dalam
kematian Ayu sehari sebelum Ayu dihantar ke pusat rawatan kanak-kanak
yang mengalami sindrom down . Atas arahan Doktor Sadiz, membeli petrol
yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu.
Doktor raiha menerima ketentuan takdir itu dengan hati yang terbuka.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
novel ini mempunyai klimaks yang menarik dan dapat mengelakkan pembaca
dari merasa bosan terhadap jalan cerita novel tersebut.

Kekuatan yang kedua ialah novel ini mempunyai teknik plot pemerian yang
dapat menenangkan pembaca dengan jalan cerita yang teratur dan menarik.
Contohnya penulis menceritakan tentang kebolehan Doktor Uwang dalam
membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada kecil-kecilan sehingga
pusat rawatan tersebut menjadi besar dan terkenal.

Kekuatan yang ketiga ialah penulis berjaya membuat pembaca tertanya-
tanya akan jalan cerita novel ini kerana ianya mempunyai jalan cerita yang
saspens. Pembaca tertanya-tanya dan mula membuat andaian sendiri.
Sebagai contoh, kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana
dia belum mendapatkan kepastian punca kematian anaknya itu.

Kekuatan yang keempat ialah novel ini mempunyai permulaan jalan cerita
yang menarik dan dapat membuatkan pembaca berasa seronok. Pembaca
juga akan beranggapan bagus terhadap novel ini.

Kekuatan yang kelima ialah kejutan di pertengahan jalan cerita novel. Hal
ini membuatkan para pembaca tidak sangka atas apa yang berlaku di jalan
cerita tersebut. Sebagai contoh, Raiha dengan lantangnya berani menuduh
suaminya, Doktor Sadiz yang telah menyebabkan kematian anak tunggal
kesayangan mereka. Pembaca tidak menyangka hal ini kerana pihak
mahkamah sudah memutuskan Doktor Sadiz tidak bersalah.

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
sudut pandangan karakter dan watak yang sering bertukar-tukar tanpa isyarat.
Hal ini menyebabkan pembaca bingung akan perubahan watak dan tidak tahu
ingin fokus ke watak yang mana terlebih dahulu.

Kelemahan yang kedua ialah novel ini mempunyai teknik imbas balik yang
membingungkan pembaca. Hal ini kerana imbas balik yang terdapat di dalam
novel ini sering datang secara tiba-tiba tanpa amaran jadi pembaca sukar
untuk membezakan antara imbas balik dan situasi sekarang.

Kelemahan yang ketiga ialah penulis membawa moral-moral yang negatif
dan tidak sesuai untuk remaja dalam lingkungan umur 13-17 tahun. Novel ini
tidak seharusnya digunakan dalam sistem pendidikan menengah Malaysia
kerana ia mempunyai unsur lucah dan tidak sesuai untuk dibincangkan antara
guru dan pelajar.

Kelemahan yang keempat ialah jalan cerita yang tidak jelas. Hal ini
diperkatakan adalah kerana pengenalan watak dan latar tempat hanya diberi
dengan sekilas pandang manakala motif watak pula tidak diberi penerangan
dengan lebih mendalam. Perkara ini menyebabkan pembaca tidak tahu
mengapa dan apakah tujuan seorang watak tersebut.

Kelemahan yang kelima ialah penceritaan yang tidak menarik dalam
menerangkan sesuatu situasi. Pada permulaan pertama, pembaca sudah
tertarik dan berasa saspens terhadap peristiwa hitam tersebut. Apabila sudah
sampai ke pengakhiran, penulis tidak menceritakan tentang peristiwa hitam
tersebut malah membiarkan cerita tersebut seperti tergantung dan
membiarkan para pembaca membuat andaian mereka sendiri.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan pembahbaikan untuk
meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah penulis boleh
memperbanyakkan lagi nilai-nilai positif supaya dapat mengikuti kesesuaian
pelajar apabila mereka mengkaji novel ini.

Cadangan yang kedua ialah mengurangkan persoalan dalam sesebuah
jalan cerita. Memandangkan jalan cerita novel ini mempunyai pelbagai
masalah semasa serta terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan, penulis
boleh lebihkan jalan cerita yang tenang supaya pembaca dapat memahami
sesuatu jalan cerita tersebut.

Cadangan yang ketiga pula ialah penulis boleh memperbanyakkan
nilai masyarakat berbanding kepentingan diri sendiri kerana novel ini
telahpun digunakan didalam sistem menengah Malaysia, jadi para
pelajar harus lebih didedahkan kepada nilai masyarakat.

Cadangan yang keempat ialah mengurangkan jalan cerita yang lebih
mendorong kepada perbuatan negatif kerana ianya dapat memberi kesan
kepada pelajar seperti kurang didedahkan dengan sikap positif dan nilai
murni.

Cadangan yang kelima ialah penulis perlu menepati matlamat komponen
sastera kerana novel ini digunakan dalam sistem pelajaran dan ianya juga
dapat memudahkan pelajar apabila mengkaji novel ini. Matlamat yang
penulis boleh cuba untuk capai adalah seperti memupuk nilai murni dalam
kalangan remaja.

Novel Songket Berbenang Emas

a) Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM
yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami
masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad
selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-
kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan
hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai
untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.

b) Sinopsis Setiap Bab

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan
enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya
mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti
Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan
seorang lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan

lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah
habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti.
Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar
dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi
sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah
menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir
Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan
emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan
belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi
Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.
Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke
kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati
Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya
juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya
Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun
getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya
supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih
jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia
tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi,
Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya.
Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya,
memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.
Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa,
Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari.
Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup
dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital
Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha
untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi
itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah
Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari
sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak
sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari
untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia
dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan
adikadik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara
untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak
mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan
masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-
anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan
sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa
isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa
ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara
yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing,
Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di
bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu
bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah
tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah
mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang
sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian
kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh
mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong

Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru.
Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia
berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik
teringat emak,

Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji
temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan
pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu,
Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia
terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital
Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada
petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang
dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua
orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu

punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan
dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah
telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah
dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap
dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan
neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan
Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai
untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu
oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu.
Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari
Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke
dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim.
Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said.

Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong
buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong
kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku
pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat
demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular
sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah
Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya.
Dahlia tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam
panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang
itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia
teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan
Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan katakata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang
meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu
apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati
Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang
sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia

ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran
rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan
nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-
sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami
punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri.
Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek
Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap
tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman
menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan
Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga
RM15,000 .

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk
keluar dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya
tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia
tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia
agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan
sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam,
guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam
telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung
ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi
untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap
dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah.
Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan
kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali
ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa
kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti.
Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar
bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan
tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital
Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup
lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun
mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15
petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan
baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang
bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar
Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu.

Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca
daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat
emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari
memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu.
Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan
Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu
oleh seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap
Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau
akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya
keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia
tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga
memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba,
Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut
apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa
hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong
meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong
yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing

kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu
miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali
pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat
sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin
merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang
menjadi harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar
hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun,
ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan
kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga
tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada
Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara.
Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti
sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar
kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak
dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi
yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam
dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk
membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya
dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar
kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah
juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia
duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng
sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular
sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh
diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya.
Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia
memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di
dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia.
Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah
datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat
tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ

mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat
membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di
hospital. Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang
bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju
untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek
Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga
meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk
menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas
tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi
sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar
untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang
mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul
pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia,
tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia
untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut
yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah.
Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu
abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak
potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu
ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya.
Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar
hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya
untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya
Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim,
beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang
datang ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur
Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja
memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk
sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai

raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak
menyangka adiknya akan membantu kerjakerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke
rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar
yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang
ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu
dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-
kawannya yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak
membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar
terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki
terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan
dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya
atau di manamana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia
telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun
begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan
gembira oleh kawankawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib
begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia
hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari
juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah
neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam.
Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua
hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan
Nek Kiah dengan baik. Anakanak dan cucunya yang lain, termasuk Seman
langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah.
Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah
mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah
ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji
Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak
Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan
Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak
dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji
Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit
Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara
satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf
dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula
dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu
dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah
baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM
menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi
membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan kawankawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita
tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang
untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa
Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di
Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan
sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas
dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah
semakin rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke
Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan
Azhari. Kawan – kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis
pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang
tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak
RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira
17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan
pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada
Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya.
Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.

KEKUATAN NOVEL

Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
banyak nilai yang dapat dipelajari. Pembaca yang menghayati novel ini akan
mendapat pelbagai nilai. sebagai contoh, sikap tanggungjawab dahlia iaitu
sebagai seorang pelajar dan anak sulong.

Kekuatan yang kedua ialah jalan cerita yang menarik. Pembaca tidak akan
berasa bosan apabila membaca novel ini kerana mempunyai binaan plot yang
menarik dan tersusun.

Kekuatan yang ketiga ialah sifat watak yang dapat dijadikan teladan.
Pembaca boleh mencotohi sifat-sifat positif yang terdapat pada watak di
dalam novel.

Kekuatan yang keempat ialah menonjolkan sifat kekeluargaan yang kuat.
Hal ini kerana, ia dapat menyemarakkan semangat pembaca ketika mambaca
novel ini.

Kekuatan yang kelima ialah sifat kegigihan yang ditunjukkan oleh dahlia.
Pembaca akan lebih gigih utk mencapai apa yg diingini.

KELEMAHAN NOVEL

Terdapat beberapa kelemahan yang didapati dalam novel ini. Antaranya ialah
jalan cerita yang hambar. Penceritaan yang perlahan yang membuatkan
pembaca berasa bosan dan kemungkinan besar pembaca tidak mampu
menyambung pembacaan tersebut.

Kelemahan yang kedua ialah penduduk yang hanya memikirkan diri sendiri
dan tidak mahu membantu orang susah. Sebagai contoh, Dahlia dan
keluarganya terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa di pusat
pemindahan banjir, tetapi tiada seorang pun datang untuk membantu
keluarga Dahlia.

Kelemahan yang ketiga ialah pembinaan plot cerita yang panjang. Jalan
cerita dipanjangkan walaupun plot nya pendek membuatkan pembaca
kurang berminat untuk terus membaca tanpa melangkau halaman.

Kelemahan yang keempat ialah sikap penduduk kampung yang kita tidak
patut dicontohi. Penduduk yang memandang serong kepada keluarga dahlia
yang sepatutnya tidak patut berlaku dan dinormalisasikan di kalangan
masyarakat.

Kelemahan yang kelima ialah dialog yang membosankan para pembaca.
Sesetengah dialog yang hanya berbual kosong dan tiada hala tuju yang boleh
ditukarkan kepada plot cerita yang lebih penting.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Berdasarkan kelemahan, terdapat beberapa cadangan pembahbaikan untuk
meningkatkan lagi kualiti novel ini. Antaranya ialah memendekkan dan
memotong penceritaan yang tidak penting. Hal ini kerana apabila plot
panjang, pembaca akan rasa bosan. Sekiranya dipendekkan dan difokuskan
lebih kepada plot utama , pembaca dapat memahami apa yang disampaikan.

Cadangan yang kedua ialah melebihkan nilai positif. Memandangkan buku
ini digunakan dalam sistem pendidikan menengah Malaysia, nilai positif
harus lebih diutamakan supaya dapat diterapkan dalam diri pelajar.

Cadangan yang ketiga ialah memberikan tujuan yg menarik kepada
watak. Tujuan yg tidak memberi keuntungan dan motif membuat pembaca
tidak ingin meneruskan membaca novel.

Cadangan yang keempat ialah penulis perlu mengarang penceritaan yang
laju. Penceritaan yg laju dan padat dengan nilai murni, penerangan peristiwa
dan sebagainya dapat memuaskan hati pembaca.

Cadangan yang kelima ialah penulis perlu menggunakan teknik dengan
tepat. Teknik dialog boleh digunakan untuk menerangkan peristiwa atau
sesuatu penceritaan . Pembaca lebih memahami jalan cerita tersebut.

Novel Tirani

a) Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang
bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit
monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi
lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan
dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin

kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah
anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu
oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya
Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya
mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan
Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah
satu Tirani.

b) Sinopsis Setiap Bab

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang
tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang pesek yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya, Nasuha
serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-
kawannya dapat diredakan. Menyedari kekurangan diri, keinginan Waheeda
melakukan pembedahan plastik pada wajahnya begitu membuak-buak.
Baginya kecantikan ialah ruang dan peluang membina keterampilan diri.

BAB 2: DAYANG MUDA

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang
dua lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Dusun
Tajau Emas. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa
amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa
amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda
memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Akan tetapi, bapa Waheeda tidak
menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menerpa masuk ke dalam
chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah
menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.

BAB 3: KATARSIS

Perjalanannya menuju ke Lapangan Terbang Kuching pada pagi itu ditemani
oleh ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat
roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai
jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan
perniagaan keluarganya. Mereka sempat sampai ke Lapangan Terbang
Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis.

Sesampainya di Lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke
rumah Bazilah di Yishun Street iaitu kawan satu universiti dengannya.

Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandar raya Singapura. Dia juga amat peka kewujudan pokok-
pokok semarak api yang sedang berbunga. Waheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka samasama
belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.

Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada
tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh
Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

BAB 5: DOA SELAMAT

Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya kepada Ghazi. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut
mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu
bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal
terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Waheeda terkejut dan amat gembira dengan kedatangan ibunya. Raidah
dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah mendoakan keselamatan Waheeda.

BAB 6: METAMORFOSIS

Pembedahan terhadap Waheeda berjalan dengan lancar. Pembedahan
tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan
SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini
dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel
tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Percutian ini
semakin rancak dengan kehadiran Dr Averroes yang juga dikenali sebagai Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM

Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya
sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebelum tidur pada malam itu,

Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

BAB 9: WAJAH PESONA

Waheeda sedar kebelakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah Bazilah.
Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan
Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari
melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang
agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Dalam pertemuan ini,
Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan
hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu
diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda. Setelah Halloway
beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort
dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari
Amerika. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak
suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan
Islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut
memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda
mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah
sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid.
Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda
adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah
sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan
berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu
rombongan Datuk Yasser akan datang merisik anaknya sedangkan Waheeda
masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa
kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid
terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke


Click to View FlipBook Version