RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN 4 PENULIS Shamsul Azahari bin Zainal Badari (Ph.D) Julaidah binti Ahmad (P.P.W) Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah EDITOR Nurulhudha binti Omar PEREKA BENTUK Al Fatma binti Ibrahim ILUSTRATOR Mohd Nizam bin Md. Isa 2019 RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Penyelaras Projek dan Pegawai Teknikal Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Kawalan Mutu Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • SMK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. • SMK Putrajaya Presint 14 (1), Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. • Pejabat Ketua Menteri Sarawak. • Pejabat Menteri Besar Selangor. • MJ Fatonah Sdn. Bhd. Kuala Selangor, Selangor. • Keplu International Sdn. Bhd. Semua pihak yang terlibat dalam proses penerbitan buku ini. KPM2019 ISBN 978-967-2212-55-3 Cetakan Pertama 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8925 8975 No. Faksimile: 03-8925 8985 Laman Web: www.arasmega.com Reka Letak dan Atur Huruf: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Atlanta Roman Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Attin Press Sdn. Bhd. No 8, Jalan Perindustrian PP4, Taman Perindustrian Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor Darul Ehsan. No Siri Buku : 0147
Pendahuluan vii Penerangan Ikon viii Topik Pembelajaran 1 UNIT 1 : MANUSIA 2 1.1 Sistem Pembiakan 4 1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia 4 1.1.2 Organ Pembiakan Manusia 5 i. Organ Pembiakan Lelaki 5 ii. Organ Pembiakan Perempuan 5 1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan 8 1.1.4 Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia 12 Imbas Maklumat 16 Penilaian 17 Refleksi Diri 19 UNIT 2 : HAIWAN 20 2.1 Penjagaan Haiwan Ternakan 22 2.1.1 Cara Menjaga Haiwan Ternakan 23 2.1.2 Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan 26 i. Tempat Tinggal 26 ii. Pemakanan 27 iii. Kesihatan 27 iv. Rawatan 28 2.1.3 Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan 31 Imbas Maklumat 36 Penilaian 37 Refleksi Diri 39 KANDUNGAN iii
UNIT 3 : TUMBUHAN 40 3.1 Penjagaan Tumbuhan 42 3.1.1 Cara Menjaga Tumbuhan 42 3.1.2 Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan 44 3.1.3 Menjaga Tumbuhan 48 3.1.4 Kepentingan Penjagaan Tumbuhan 50 Imbas Maklumat 52 Penilaian 53 Refleksi Diri 55 UNIT 4 : PENGAWETAN MAKANAN 56 4.1 Pengetinan dan Pembotolan 58 4.1.1 Makanan yang Melalui Proses: i. Pengetinan 58 ii. Pembotolan 59 4.1.2 Proses Pengawetan Makanan Secara: i. Pengetinan 61 ii. Pembotolan 62 4.1.3 Kepentingan Pengawetan Makanan 66 4.1.4 Mengetin atau Membotolkan Bahan Makanan 68 Imbas Maklumat 72 Penilaian 73 Refleksi Diri 75 UNIT 5 : MALAYSIA MAJU 76 5.1 Pengangkutan 78 5.1.1 Jenis Pengangkutan 78 i. Pengangkutan Air 78 ii. Pengangkutan Darat 79 iii. Pengangkutan Udara 80 iv
5.1.2 Kepentingan Pengangkutan dalam Kehidupan Harian 82 5.2 Telekomunikasi 87 5.2.1 Alat Telekomunikasi 87 i. Telefon 87 ii. Mesin Faksimile 87 iii. Komputer 87 iv. Televisyen 88 v. Radio 88 5.2.2 Kepentingan Alat Telekomunikasi dalam Kehidupan Harian 89 Imbas Maklumat 92 Penilaian 93 Refleksi Diri 95 UNIT 6 : KELESTARIAN 96 6.1 Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium 98 6.1.1 Bahan Buangan daripada Aluminium 98 6.1.2 Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium 100 6.1.3 Pameran Projek Kitar Semula 103 6.1.4 Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium 107 Imbas Maklumat 109 Penilaian 110 Refleksi Diri 111 UNIT 7 : SEJARAH KITA 112 7.1 Kawasan Tempat Tinggal 114 7.1.1 Memerihalkan Kawasan Tempat Tinggal 114 i. Nama Tempat Tinggal 114 ii. Lokasi Tempat Tinggal 115 v
iii. Asal Usul Nama Tempat Tinggal 116 iv. Aktiviti Masyarakat Setempat 117 7.1.2 Sejarah Tempat Tinggal Saya 120 Imbas Maklumat 122 Penilaian 123 Refleksi Diri 125 UNIT 8 : PEMIMPIN 126 8.1 Pemimpin Negeri 128 8.1.1 Kenali Pemimpin Negeri 128 8.1.2 Memerihalkan Pemimpin Negeri 132 i. Nama dan Tarikh Lahir ii. Jawatan iii. Tugas iv. Minat v. Sikap vi. Sumbangan Bakti kepada Masyarakat 8.1.3 Pemimpin Negeri yang Dihormati 134 Imbas Maklumat 138 Penilaian 139 Refleksi Diri 141 UNIT 9 : PEMERINTAHAN DI MALAYSIA 142 9.1 Bentuk Pemerintahan 144 9.1.1 Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Tidak Beraja 144 9.1.2 Pemerintahan Raja Berperlembagaan 148 9.1.3 Kepentingan Kesetiaan kepada Raja dan Negara 151 Imbas Maklumat 155 Penilaian 156 Refleksi Diri 158 Rujukan 159 Indeks 160 vi
Buku Teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan 4 ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan buku teks ini mencakupi beberapa elemen seperti sains, geografi dan alam sekitar, sejarah dan kewarganegaraan serta sosial. Gaya penulisan, persembahan dan cara pembelajaran yang dijelmakan dalam buku ini adalah untuk mengembangkan potensi Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kesemua tajuk yang diajar adalah menjurus kepada keperluan ilmu dan kemahiran MBK dalam menjalani kehidupan harian. Buku ini terdiri daripada halaman rangsangan yang mampu menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang diajar. Kandungan buku ini pula dipersembahkan dengan cara yang ringkas, mudah difahami serta disediakan juga aktiviti dan latihan yang menguji kefahaman murid. Selain itu, disertakan juga sisipan seperti Celik Ilmu, Glosari, Carian Internet, Imbas Saya (yang mengandungi Quick Response Code - QR Code), soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Nilai Murni dan Celik Keusahawanan yang membantu murid memahami tajuk yang diajar. Elemen didik hibur juga diterapkan dalam buku ini melalui aktiviti yang dijalankan. Pada akhir setiap unit, disediakan juga Imbas Maklumat yang merupakan nota ringkas untuk setiap unit, bahagian Penilaian dan halaman Refleksi Diri. Diharapkan buku teks ini mampu dijadikan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran MBK. Guru boleh mengubah suai bahan atau aktiviti dengan keperluan MBK. Berpandukan buku ini, diharap MBK mampu berdikari, boleh berkomunikasi dengan masyarakat, tahu menghargai alam sekitar dan dapat menanam rasa cinta akan negara. PENDAHULUAN vii
PENERANGAN IKON Penilaian murid terhadap perkara yang telah dipelajari. Pecahan unit yang lebih terperinci untuk kefahaman murid. Pendidikan awal keusahawanan kepada murid. Mengimbas QR code yang mengandungi informasi. Maklumat tambahan berkaitan unit yang diajar. Menguji kefahaman murid tentang tajuk yang dipelajari. Aktiviti murid untuk memenuhi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Nilai-nilai murni yang diajar dan diterapkan kepada murid. Mencari maklumat yang berkaitan di laman sesawang. KBAT Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Cadangan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menerangkan maksud sesuatu perkataan. Rumusan kandungan yang menggunakan peta minda. Nombor Standard Pembelajaran yang terkandung dalam DSKP. Latihan bagi menguji pengetahuan dan pemahaman murid pada akhir setiap unit. 2.1.1 Celik Ilmu Latihan Refleksi Diri Carian Internet Nilai Murni Celik Keusahawanan Jom buat Glosari Imbas Maklumat Penilaian Imbas saya 1.1.1 MANUSIA Unit 1 Pembahagian unit dalam buku yang disertakan dengan halaman rangsangan. viii
1 TOPIK PEMBELAJARAN MANUSIA Unit 1 HAIWAN Unit 2 Unit TUMBUHAN 3 MALAYSIA MAJU Unit 5 KELESTARIAN Unit 6 PENGAWETAN MAKANAN Unit 4 SEJARAH KITA Unit 7 PEMIMPIN Unit 8 PEMERINTAHAN DI MALAYSIA Unit 9
2 MANUSIA Unit 1 Sistem pembiakan manusia berfungsi untuk melahirkan anak. Tujuannya untuk memastikan kehidupan berterusan dan ciri-ciri warisan dapat diturunkan dari satu generasi ke generasi akan datang. Celik Ilmu Melalui perkahwinan, manusia dapat melahirkan anak untuk meneruskan keturunan mereka.
3 Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/nota-adat-perkahwinanmasyarakat-malaysia/untuk mengetahui tentang adat perkahwinan masyarakat Malaysia. (Dicapai pada 12 Julai 2019). Imbas saya
Imbas saya 4 Pembiakan bermaksud proses membiak untuk menghasilkan anak bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus. Kaedah pembiakan manusia ialah pembiakan seks. Proses ini melibatkan percantuman dua sel pembiakan yang setiap satunya berasal daripada satu induk jantan dan satu induk betina. • Murid membincangkan sistem pembiakan manusia dengan bimbingan guru. Sel pembiakan perempuan Lapisan jeli Nukleus Sitoplasma Nukleus Kepala Bahagian tengah Apakah perbezaan pembiakan manusia dan tumbuh-tumbuhan? Pembiakan penting untuk menghasilkan generasi baru dan mengelakkan kepupusan spesies. Celik Ilmu 1.1.1 1.1 SISTEM PEMBIAKAN Layari laman web http://arasmega. com/qr-link/videosistem-pembiakanmanusia/ untuk menonton video Sistem Pembiakan Manusia. (Dicapai pada 12 Julai 2019). 1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia Sel pembiakan lelaki
5 Organ Pembiakan Perempuan • Murid membezakan organ pembiakan lelaki dan perempuan dengan bimbingan guru. Apakah perbezaan organ pembiakan lelaki dan perempuan? Duktus sperma Vesikel semen Uretra Zakar Kelenjar prostat Testis Skrotum Tiub Fallopio Ovari Uterus Serviks Faraj 1.1.2 Organ Pembiakan Manusia Organ pembiakan lelaki terdiri daripada skrotum dan zakar (bahagian luar) dan testis, uretra, kelenjar prostat, duktus sperma dan vesikel semen (bahagian dalam). Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj (bahagian luar) dan uterus, serviks, ovari dan tiub Fallopio (bahagian dalam). Faraj juga dikenali dengan nama vagina. Celik Ilmu 1.1.2 Organ Pembiakan Lelaki
1. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul. Latihan 6 • Murid menjawab latihan dengan merujuk kepada maklumat di dalam buku teks. Organ Pembiakan Perempuan 1.1.2 Organ Pembiakan Lelaki
a. Namakan organ pembiakan di bahagian luar. Lelaki : _____________________________________ Perempuan : _____________________________________ b. Namakan organ pembiakan dalaman. Lelaki : _____________________________________ Perempuan : _____________________________________ 3. Berdasarkan latihan di atas, jawab soalan di bawah. 2. Padankan struktur organ pembiakan berikut dengan induknya. 7 Lelaki Perempuan Testis Kelenjar prostat Uretra Tiub Fallopio Faraj Zakar Skrotum Serviks Ovari Uterus
1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan 8 Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk menghasilkan, menyimpan dan menyalurkan sperma keluar daripada badan. Sperma akan dikeluarkan melalui air mani. • Murid membincangkan fungsi organ pembiakan lelaki dengan bimbingan guru. Glosari Sperma Benih yang dikeluarkan oleh orang lelaki atau oleh binatang jantan. Testis Menghasilkan sperma. Vesikel semen Menghasilkan cecair semen bagi mengaktifkan sperma. Kelenjar prostat Mengeluarkan cecair bagi mengaktifkan sperma. Uretra Saluran untuk menyalurkan sperma keluar dari badan. Zakar Organ yang masuk ke dalam faraj untuk membawa masuk sperma. Skrotum Menempatkan dan melindungi testis. Duktus sperma Membawa sperma dari testis ke uretra. Apakah fungsi uretra bagi lelaki selain mengeluarkan sperma? Sperma terdapat dalam air mani lelaki. Celik Ilmu 1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan Lelaki
9 Glosari Sistem pembiakan perempuan berfungsi untuk menghasilkan ovum dan menyediakan tempat fetus berkembang. Fetus Anak manusia yang belum dilahirkan. Ovum Gamet betina yang akan menjadi anak apabila disenyawakan dengan gamet jantan. Tiub Fallopio Saluran tempat mengangkut ovum dari ovari ke uterus. Tempat persenyawaan berlaku. Ovari Tempat menghasilkan ovum. Faraj Menerima sperma daripada zakar. Serviks Menghasilkan cecair untuk pergerakan sperma. Uterus Tempat perkembangan fetus jika persenyawaan ovum berlaku dan tempat melindungi fetus. Apakah yang akan berlaku jika ovum tidak disenyawakan di dalam organ pembiakan perempuan? Uterus juga dikenali sebagai rahim bagi perempuan. Celik Ilmu 1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan Perempuan
1. Berdasarkan jawapan di bawah, isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul. Testis Duktus sperma Vesikel semen Kelenjar prostat Uretra Zakar Skrotum No. Organ pembiakan lelaki Fungsi 1. Saluran untuk menyalurkan sperma keluar dari badan. 2. Membawa sperma dari testis ke uretra. 3. Menghasilkan sperma. 4. Menghasilkan cecair semen bagi mengaktifkan sperma. 5. Mengeluarkan cecair bagi mengaktifkan sperma. 6. Organ yang masuk ke dalam faraj untuk membawa masuk sperma. 7. Menempatkan dan melindungi testis. Latihan 10 • Murid menjawab latihan berdasarkan maklumat di dalam buku teks dengan bimbingan guru.
2. Dalam kumpulan kecil, bincang dan suaikan jawapan yang betul daripada Kotak 1 dan Kotak 2. Tuliskan jawapan anda dalam jadual di bawah. No. Organ pembiakan perempuan Fungsi 1. 2. 3. 4. 5. Kotak 1 Kotak 2 Tiub Fallopio Ovari Menerima sperma daripada zakar. Uterus Menghasilkan cecair untuk pergerakan sperma. Faraj Tempat menghasilkan ovum. Serviks Saluran tempat mengangkut ovum dari ovari ke uterus. Tempat persenyawaan berlaku. Tempat perkembangan fetus jika persenyawaan ovum berlaku dan tempat melindungi fetus. • Murid membentuk kumpulan kecil dan menjawab latihan dengan bimbingan guru. 11
12 Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia Proses persenyawaan manusia berlaku apabila bercantumnya gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot. • Murid merumuskan maklumat berkaitan sistem pembiakan dalam asas kejadian manusia dengan bimbingan guru. Lelaki Perempuan Percantuman Berkahwin Organ pembiakan lelaki menghasilkan sperma. Organ pembiakan perempuan + menghasilkan ovum. 1 2 3 Glosari Gamet Sel pembiakan. Zigot Sel yang terbentuk hasil persenyawaan benih jantan dan benih betina. Embrio Kandungan ibu dari peringkat permulaan hingga ke bulan ketiga. 1.1.4 1.1.4
13 6 Persenyawaan Hanya satu sperma sahaja yang berjaya disenyawakan dengan ovum. Zigot Embrio Fetus Bayi 4 5 7 8 Mengapakah hanya satu sperma sahaja yang berjaya disenyawakan dengan ovum? Bincangkan. Proses persenyawaan manusia berlaku dalam sistem pembiakan perempuan. Celik Ilmu
Labelkan proses persenyawaan asas kejadian manusia di dalam kotak yang disediakan di bawah. Latihan 14 Lelaki Perempuan Berkahwin PERCANTUMAN PERSENYAWAAN
1. Cari dan muat turun rajah organ pembiakan manusia lelaki atau perempuan di Internet. 2. Buka perisian Microsoft Word. 3. Ubah orientasi kertas daripada portrait ke landscape. 4. Masukkan gambar yang akan dijadikan puzzle ke dalam dokumen. 5. Klik Insert Picture. 6. Masukkan gambar berpola puzzle pada clip art. Klik Insert Clip Art. 7. Klik gambar, kemudian klik Format Shape fill dan pilih no fill. Kemudian atur ukurannya dan letakkan di atas gambar yang dijadikan puzzle. 8. Lakukan copy paste pada gambar berpola puzzle dan susun di atas gambar hingga memenuhi seluruh gambar. 9. Cetak di atas kertas tebal dan gunting mengikut bentuk jigsaw puzzle. 10. Kemudian murid boleh melakukan aktiviti susun suai gambar organ pembiakan. Langkah-langkah: • Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru. 15 • Guru memuat turun latihan dengan mengimbas QR Code yang diberi. Jom buat Susun Suai Gambar Organ Pembiakan Tujuan: Menghasilkan bahan pembelajaran mengenai sistem pembiakan manusia secara kreatif. • Kertas tebal (saiz A4) • Gunting • Komputer • Mesin pencetak Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/jom-buat-lampiranrajah-sistem-pembiakan-manusia/ untuk memuat turun lampiran rajah Sistem Pembiakan Manusia. (Dicapai pada 25 Julai 2019). Imbas saya Langkah - langkah: Peralatan dan bahan:
16 Organ Pembiakan Lelaki Organ Pembiakan Perempuan Sistem Pembiakan Skrotum Testis Duktus Sperma Uretra Kelenjar Prostat Vesikel Semen Zakar Faraj Uterus Serviks Tiub Fallopio Ovari Persenyawaan Zigot Embrio Fetus Bayi Imbas Maklumat
17 1. Sel pembiakan lelaki dikenali sebagai ________ A. Testis B. Sperma C. Air mani D. Uretra 2. Sel pembiakan perempuan dikenali sebagai_________ A. Ovari B. Uterus C. Ovul D. Ovum 3. Fungsi skrotum ialah melindungi zakar. A. Betul B. Salah 4. Ovari bertindak sebagai tempat untuk menghasilkan ovum. A. Betul B. Salah 5. Tandakan (✔) pada pernyataan yang betul dan (✘) pada pernyataan yang salah bagi fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan. Organ pembiakan Fungsi Tanda (3) atau (7) Testis Organ yang masuk ke dalam faraj untuk membawa masuk sperma. Skrotum Menempatkan dan melindungi testis. Uretra Saluran untuk menyalurkan sperma keluar dari badan. Duktus Sperma Membawa sperma dari testis ke uretra. Zakar Menghasilkan sperma. Faraj Menerima sperma daripada zakar. Ovari Tempat menghasilkan ovum. Uterus Menghasilkan cecair untuk pergerakan sperma. Penilaian Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1 hingga 4.
18 6. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan dengan nama yang betul. 7. Berikan maksud bagi nama-nama berikut: a. Sperma b. Ovum c. Zigot d. Embrio e. Fetus
Saya faham Saya tidak faham • Saya boleh menyatakan maksud sistem pembiakan manusia. • Saya boleh mengenal pasti organ pembiakan lelaki dan perempuan. • Saya boleh menjelaskan fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan dalam proses persenyawaan bagi asas kejadian manusia. • Saya boleh menganalisis maklumat berkaitan organ pembiakan manusia dengan betul dan secara sistematik. • Saya boleh merumus maklumat mengenai sistem pembiakan dalam asas kejadian manusia secara sistematik, tekal dan yakin. • Saya boleh menjana idea dengan menghasilkan bahan grafik mengenai sistem pembiakan manusia secara sistematik, kreatif dan boleh dicontohi. 19 Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: Refleksi Diri
Haiwan ternakan ialah haiwan yang dipelihara secara sistematik di dalam kurungan. Haiwan ini memerlukan makanan seimbang yang secukupnya. Haiwan ternakan juga mestilah tidak menghidapi penyakit sama ada penyakit biasa atau penyakit berjangkit. 20 HAIWAN Unit 2
Celik Ilmu Menyediakan tempat tinggal yang sesuai, makanan yang cukup, penjagaan kesihatan dan kebersihan serta memberi rawatan ialah suatu kebajikan kepada haiwan ternakan. 21
Ruminan Haiwan seperti lembu, kambing dan rusa yang mengeluarkan balik makanan yang separuh cerna dari perut untuk dikunyah semula. Glosari Haiwan ruminan mempunyai empat ruangan perut manakala haiwan bukan ruminan hanya mempunyai satu ruangan perut sahaja. Celik Ilmu 22 Taipkan perkataan RUMINAN dan baca maklumat lanjut tentang haiwan ruminan di Internet. Carian Internet Haiwan ternakan boleh dibahagikan kepada ternakan ruminan seperti kambing, lembu dan kerbau. Manakala ternakan bukan ruminan adalah seperti ayam, itik dan angsa. 2.1 PENJAGAAN HAIWAN TERNAKAN Kambing Ayam Itik Angsa Lembu Kerbau BUKAN RUMINAN RUMINAN
Celik Ilmu Penjagaan haiwan ternakan yang teratur boleh meningkatkan produktiviti, kesihatan haiwan, kualiti daging, susu atau telur yang dihasilkan. 23 • Murid membincangkan cara menjaga haiwan ternakan dengan bimbingan guru. Penjagaan haiwan ternakan bermula dengan: Penyediaan tempat tinggal haiwan ternakan. Pengurusan pemakanan. Menguruskan penyakit haiwan. Menjaga kebajikan haiwan dari segi kesihatan. 1. 2. 3. 4. Cara Menjaga Haiwan Ternakan 2.1.1 2.1.1 Apakah perbezaan haiwan ternakan dengan haiwan peliharaan? Bincangkan.
24 Jenis haiwan: Jenis haiwan: Jenis haiwan: Jenis haiwan: Jenis haiwan: 1. Berdasarkan gambar haiwan ternakan di bawah, nyatakan sama ada haiwan tersebut jenis ruminan atau bukan ruminan. • Murid menjawab latihan yang diberikan dalam kumpulan dengan bimbingan guru. Latihan
25 2. Tuliskan perkataan BETUL pada pernyataan yang betul dan perkataan SALAH pada pernyataan yang salah. Pernyataan Jawapan a. Haiwan ternakan perlu disediakan tempat tinggal bagi memudahkannya membiak. b. Keperluan pemakanan yang seimbang dapat memastikan pertumbuhan haiwan ternakan yang baik. c. Kebajikan haiwan ternakan termasuk juga dari segi rawatan penyakit dan kesihatan. d. Haiwan seperti itik dan angsa merupakan jenis haiwan yang dipelihara untuk dijual. e. Haiwan seperti kucing dan anjing merupakan haiwan ternakan. 3. Jawab soalan di bawah dengan mengisi huruf yang tertinggal. a. Haiwan ternakan perlu diberi t m p t t n a yang sesuai. b. Penternak mestilah menjaga kebajikan haiwan dari segi k s h a . c. Penjagaan haiwan termasuk menguruskan p m a n n. d. Merawat p n a t adalah perlu bagi memastikan haiwan ternakan sihat.
26 • Murid menceritakan tentang penjagaan haiwan ternakan dari aspek tempat tinggal. Tempat Tinggal • Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal yang sesuai. • Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal untuk membiak dan berlindung daripada bahaya. Reban ayam Kandang kambing Kolam ternakan ikan Reban puyuh Kandang lembu Belas kasihan kepada haiwan dengan menyediakan tempat tinggal yang luas dan bersih supaya haiwan dapat tinggal dengan selesa. Nilai Murni Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan 2.1.2 2.1.2
27 Pemakanan • Pemakanan seimbang perlu diberikan kepada haiwan ternakan untuk keperluan tenaga dan fisiologi tubuh haiwan ternakan. • Pemakanan seimbang penting bagi memastikan haiwan ternakan dapat mengekalkan kesihatan, pertumbuhan dan pembiakan. Kesihatan • Penjagaan kesihatan sangat penting untuk haiwan ternakan bagi proses tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. • Kesihatan haiwan ternakan yang baik dapat mengurangkan kadar kematian haiwan dan mencapai keupayaan tumbesaran yang maksimum. • Hasilnya, pengeluaran dapat dipertingkatkan. Fisiologi Fungsi tubuh dan bahagian tubuh. Glosari Tumbesaran Peringkat pertumbuhan haiwan. Glosari Huraikan kepentingan pemakanan seimbang kepada kesihatan haiwan ternakan. • Murid membincangkan aspek makanan dan penjagaan kesihatan dengan bimbingan guru. 2.1.2
28 Rawatan • Rawatan perlu diberikan kepada haiwan ternakan bagi memastikan penyakit yang dihidapinya tidak berjangkit kepada haiwan ternakan yang lain. • Pemberian vaksin, antiseptik dan antibiotik perlu bagi memastikan haiwan ternakan tidak mudah mendapat penyakit. • Pencegahan dan pengawalan penyakit penting bagi haiwan ternakan seperti penggunaan baka yang tahan penyakit, kuarantin dan menjaga kebersihan tempat tinggal haiwan untuk memastikan haiwan ternakan tidak mudah mendapat penyakit. Rawatan untuk kambing Rawatan untuk lembu Glosari Vaksin Sediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu. Antiseptik Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh kuman. Antibiotik Bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan bakteria. Kuarantin Tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yang disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit itu daripada merebak. • Murid membincangkan aspek rawatan dengan bimbingan guru. 2.1.2 Rawatan untuk ayam Bagaimanakah proses rawatan penyakit kepada haiwan ternakan dilakukan?
Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut. 1. Namakan haiwan ternakan yang sesuai untuk tempat tinggal seperti dalam gambar A. 2. Mengapakah tempat tinggal haiwan ternakan dalam gambar A dan B berbeza? 3. Senaraikan jenis makanan yang sesuai diberikan kepada haiwan ternakan dalam gambar A dan B. Gambar A Gambar B • Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru. 29 Latihan
4. Berikan contoh makanan seimbang bagi haiwan ternakan seperti itik dan kambing. 5. Padankan pernyataan dengan aspek penjagaan haiwan ternakan. Pemakanan Tempat Tinggal Kesihatan Rawatan Pemberian suntikan vaksin. Makanan seimbang dan sesuai. Berlindung daripada bahaya. Tumbesaran yang maksimum. 30
Kepentingan penjagaan haiwan ternakan Celik Ilmu Sumber makanan Sumber produk: Kosmetik dan sabun Keseimbangan ekosistem: Pemuliharaan alam Sumber pendapatan Sumber pakaian: Bulu dan kulit haiwan ternakan Menggalakkan penyelidikan berkaitan haiwan ternakan Kosmetik merupakan nama lain bagi alat solek untuk kaum wanita. Kebanyakannya dibuat daripada bahan kimia dan juga sumber haiwan ternakan. • Murid membincangkan kepentingan penjagaan haiwan ternakan 31 dengan bimbingan guru. Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan 2.1.3 Bagaimanakah pemuliharaan alam secara keseimbangan ekosistem dapat dicapai melalui penjagaan haiwan ternakan? Bincangkan. 2.1.3
1. Lengkapkan silang kata di bawah. Latihan 32 Melintang 1. Penternakan boleh menyumbang kepada sumber _______________ seseorang. 3. ___________ ialah antara contoh sumber produk pengguna daripada penternakan. 5. Penjagaan haiwan ternakan yang betul menghasilkan sumber ______________ yang berkualiti. 6. Penjagaan haiwan yang teratur menghasilkan ______________ yang berkualiti. Ke bawah 2. Keseimbangan __________________dapat diwujudkan melalui penternakan yang mesra alam. 4. Bulu dan kulit haiwan ternakan boleh dijadikan _________________. • Murid menjawab latihan berpandukan kepada maklumat di dalam buku teks dengan bimbingan guru. 6. 4. 5. 1. 3. 2. E D P A N K I E A K A N G G A A N P S S M P D
2. Isikan ruangan kosong dengan maklumat yang betul. Kepentingan menjaga haiwan ternakan 33
Bekas Makanan Ayam Tujuan: Menjaga haiwan ternakan dengan menyediakan peralatan bekas makanan untuk kegunaan haiwan. • Botol minuman plastik • Dawai kasar (panjang 30 cm) • 2 paip PVC elbow (2 cm x 1.5 cm) • Gam paip PVC Langkah-langkah: Peralatan dan bahan: 34 • Murid melakukan aktiviti ini secara kumpulan dengan pemantauan guru. 1. Ambil satu botol minuman yang siap berpenutup. Tebuk satu lubang pada bahagian penutupnya. 2. Cantumkan kedua-dua paip PVC menggunakan gam paip PVC. 3. Masukkan mulut botol ke dalam paip PVC. Ikatkan dawai di sekeliling botol dan gantung atau letakkan di mana-mana bahagian reban yang sesuai. Jom buat
35 Pengiraan Kos Projek Bekas Makanan Ayam Pengiraan kos membantu kita mengetahui jumlah kos pengeluaran sesuatu projek. Kos pengeluaran ialah segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu produk atau barangan. Melalui kos pengeluaran, harga produk dapat ditentukan. Cara mengira kos 1. Kos bahan 2. Kos upah Formula: Kos upah = Bilangan pekerja × masa (jam) × kadar upah sejam 3. Kos overhed Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah Kos (RM) 1 Botol minuman plastik 10 botol 0 0 2 Paip PVC elbow 20 biji 10.00 3 Dawai 1 gulung 3.00 4 Gam paip PVC 1 tin 4.00 Jumlah kos bahan 17.00 Bil Perkara Kos 1 Elektrik RM20.00 2 Air RM 3.00 Jumlah RM23.00 Mengira kos upah untuk 10 unit projek Masa digunakan untuk 1 unit = 2 jam Masa digunakan untuk 10 unit = 20 jam Kadar upah bagi 1 jam = RM2 Kos upah = 1 orang × 20 jam × RM2 = RM40 Kos Pengeluaran Projek Mengira kos pengeluaran 10 unit projek = kos bahan + kos upah + kos overhed = RM17.00 + RM40.00 + RM23.00 = RM80.00 Kos Pengeluaran Seunit Mengira kos pengeluaran seunit = Jumlah kos pengeluaran 10 unit 10 = RM80.00 10 = RM8.00 0.50 3.00 4.00
36 Tempat tinggal Sumber produk pengguna Keseimbangan ekosistem Sumber makanan Penyelidikan Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan Sumber pendapatan Sumber pakaian Haiwan ruminan Haiwan bukan ruminan Penjagaan Haiwan Ternakan Aspek Penjagaan Imbas Maklumat Pemakanan Kesihatan Rawatan
37 1. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan haiwan ruminan atau bukan ruminan. 2. Senaraikan haiwan yang tinggal berdasarkan gambar A dan gambar B. Gambar A: • • • Gambar B: • • • Penilaian
38 3. Gariskan jawapan yang betul berdasarkan aspek penjagaan haiwan ternakan. 4. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul. tempat tinggal penyakit Haiwan ternakan berlindung daripada ___________ dan membiak di dalam reban atau kandang. api bahaya Pemberian antiseptik ____________ dan antibodi adalah perlu untuk haiwan ternakan. vaksin ubat pelali Tempat tinggal yang bersih dan kuarantin merupakan satu proses pencegahan _____________. Pengekalan kesihatan yang sihat bagi haiwan ternakan adalah dengan pengambilan makanan ___________. seimbang berlemak Kepentingan penjagaan haiwan ternakan
39 Refleksi Diri Saya faham Saya tidak faham Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: • Saya boleh menyatakan cara menjaga haiwan ternakan. • Saya boleh mengenal pasti cara penjagaan haiwan ternakan dengan bimbingan guru. • Saya boleh menjaga haiwan ternakan dengan betul. • Saya boleh mengkategorikan haiwan ternakan dan cara menjaganya dengan betul. • Saya boleh membandingkan cara penjagaan haiwan-haiwan ternakan dengan betul, yakin dan tekal. • Saya boleh menyebarluaskan maklumat penjagaan haiwan ternakan dan kepentingan menjaganya dengan betul, yakin dan tekal serta boleh dicontohi.
Selain membekalkan oksigen, tumbuhan juga mampu menenangkan. Apabila mata dan otak kita letih, lihat pada tumbuhan hijau dalam satu hingga dua minit. Otak akan mula berasa tenang dan bersedia untuk menerima tekanan yang seterusnya. Celik Ilmu Penjagaan tumbuhan merupakan kerja yang dilakukan selepas sahaja tanaman sehingga memungut hasil. Secara umumnya, kerja-kerja penjagaan tumbuhan adalah sama untuk semua jenis tanaman kecuali beberapa tanaman seperti kacang panjang dan timun. 40 TUMBUHAN Unit 3