The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PendidikanSains,Sosia lDan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasuriyana Daud, 2023-02-11 02:58:36

PendidikanSains,Sosial Dan AlamSekitar Tingkatan 4

PendidikanSains,Sosia lDan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan4

41


42 1 Memberi naungan Sungkupan Menyiram Merumput Penjagaan tumbuhan penting untuk memastikan tanaman dapat hidup segar dan selamat daripada serangga perosak. Cara Menjaga Tumbuhan Terdapat beberapa cara menjaga tanaman iaitu: 3.1 PENJAGAAN TUMBUHAN 3.1.1 2 3 4


Tanaman kacang panjang memerlukan penjagaan yang berbeza dengan tanaman lain. Apakah perbezaan tersebut? Bincangkan. Sungkupan Bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah, biasanya dibuat daripada bahan buangan kelapa sawit, sabut kelapa dan plastik. Glosari Fotosintesis merupakan proses penukaran tenaga dari matahari kepada tenaga kimia di dalam tumbuhan untuk digunakan bagi tumbesaran tumbuhan. Celik Ilmu • Murid menyatakan cara menjaga tumbuhan dengan bimbingan guru. 43 Menggembur tanah Memberi sokongan Membaja Mengawal perosak dan penyakit 5 7 6 8 3.1.1


44 Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan Terdapat beberapa langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa menjaga tumbuhan atau tanaman. Langkah-langkah Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan • Guru menerangkan kepada murid langkah-langkah keselamatan semasa menjaga tumbuhan. 1. Keselamatan diri Ketika menjaga tumbuhan atau tanaman, kita perlulah memakai: • baju kemeja-T berlengan panjang • seluar panjang • kasut but getah • sarung tangan • topi 2. Keselamatan semasa menjaga tumbuhan atau tanaman • Kita perlu menjalankan aktiviti bersama dengan orang dewasa. • Kita juga perlu membaca arahan pada label peralatan yang digunakan atau pada label racun perosak sebelum melakukan aktiviti berkebun. • Jangan berlari ketika melakukan aktiviti penjagaan tumbuhan atau tanaman. • Menggunakan peralatan yang bersesuaian semasa melakukan aktiviti berkebun. • Jangan menggunakan peralatan yang rosak. • Memakai sarung tangan dan topeng muka semasa menyembur racun serangga perosak dengan pengawasan orang dewasa. 3.1.2 3.1.2


45 Pencakar digunakan untuk mengumpul rumpai yang telah dipotong dan meratakan batas. Serampang pula digunakan untuk menggembur tanah. Celik Ilmu Dapatkan maklumat lanjut tentang keselamatan ketika berkebun daripada Internet. Carian Internet 3. Keselamatan selepas menjaga tumbuhan atau tanaman • Bersihkan peralatan yang telah digunakan. • Simpan semua peralatan di dalam stor. • Pastikan semua peralatan yang tajam dan bahaya seperti cangkul, pencakar, sudip tangan dan serampang tidak bertaburan di kebun. • Pastikan kawasan kebun berada dalam keadaan bersih dan selamat. • Bersihkan tangan dengan membuang kotoran dan cuci tangan dengan sabun di bahagian celah jari dan kuku. • Bilas tangan dengan air bersih. Mengapakah langkah keselamatan perlu diutamakan semasa melakukan penjagaan tumbuhan dan tanaman? Bincangkan.


46 1. Berdasarkan pernyataan yang diberikan, isikan ruangan kosong dengan cara penjagaan tumbuhan yang betul. Pernyataan Cara penjagaan tumbuhan a. Untuk mendapatkan hasil tumbuhan yang bermutu. b. Menyediakan ruang struktur tanah supaya air boleh meresap ke dalam tanah. c. Membantu tumbuhan untuk melilit, menjalar atau berbatang yang lemah. d. Melindungi anak benih daripada pancaran matahari. • Murid menjawab latihan berpandukan kepada nota di dalam buku teks dengan bimbingan guru. 2. Jawab soalan dengan menyusun huruf yang diberi. a. Digunakan untuk mengawal hakisan. S N G P A K N U U __________ b. Dapat mengekalkan kelembapan tanah dengan menggunakan air. M E N Y M A I R ___________ c. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan dalam bentuk organik atau bahan kimia. M E M A A J B ___________ d. Cara ini dilakukan bagi mengelakkan persaingan mendapatkan cahaya, air dan ruang. M E U P U T R M ___________ Latihan


47 3. Berdasarkan gambar di bawah, senaraikan alatan yang diperlukan untuk keselamatan diri semasa menjaga tumbuhan. a. _______________________________________________________________ b. _______________________________________________________________ c. _______________________________________________________________ d. _______________________________________________________________ e. _______________________________________________________________ 4. Nyatakan TIGA perkara yang perlu dilakukan bagi keselamatan semasa dan selepas menjaga tumbuhan. Semasa menjaga tumbuhan: a. _______________________________________________________________ b. _______________________________________________________________ c. _______________________________________________________________ Selepas menjaga tumbuhan: a. _______________________________________________________________ b. _______________________________________________________________ c. _______________________________________________________________ • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.


48 Menjaga Tumbuhan Tumbuhan perlu dijaga dengan baik supaya selamat daripada serangan serangga perosak atau penyakit. • Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil (tiga orang murid dalam satu kumpulan). • Guru memastikan murid memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan aktiviti ini. • Murid melakukan aktiviti mengikut arahan guru. • Murid berbincang dengan guru tentang cara penjagaan tumbuhan yang betul. 1. Setiap kumpulan diberikan anak pokok dan peralatan berkebun. 2. Bersihkan kawasan yang ingin ditanam. Penjagaan Tumbuhan Peralatan: • Cangkul • Sudip tangan • Serampang tangan • Pencakar tangan • Penyiram Langkah-langkah: • Pongkes • Baja • Anak pokok • Pisau Pertanian adalah suatu perniagaan. Celik Keusahawanan 3.1.3 Jom buat


49 Selepas selesai, murid perlu membersihkan kawasan tanaman dengan menggunakan serampang tangan, pencakar tangan dan pongkes. Berhati-hati semasa menggunakan alatan perkebunan sepanjang menjalankan aktiviti ini. 7. Siram anak pokok menggunakan penyiram. 3. Gunakan pisau untuk memotong beg poli semasa mengeluarkan anak benih bersama-sama medium. 6. Gunakan serampang tangan untuk mengambus lubang dan menggemburkan tanah. Kemudian, taburkan baja. 4. Buatkan lubang dengan menggunakan sudip tangan. 5. Pindahkan anak pokok ke dalam lubang yang telah dibuat. 3.1.3


Berikut ialah kepentingan penjagaan tumbuhan: Vitamin dan mineral merupakan nutrien yang diperlukan oleh manusia dan mesti diambil daripada sumber makanan kerana manusia tidak boleh menghasilkannya. Celik Ilmu 3.1.4 Kepentingan Penjagaan Tumbuhan 50 Bincangkan tentang proses fotosintesis dalam tumbuhan. • Murid membincangkan kepentingan penjagaan tumbuhan di dalam kelas dan guru memberikan contoh. Menstabilkan ekosistem. Menyimpan air di dalam tanah. Menapis gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen semasa fotosintesis. Memerangkap air dan mengelakkan berlakunya banjir. Kepentingan penjagaan tumbuhan Sumber vitamin, mineral dan makanan. 3.1.4


Bulatkan jawapan yang tepat bagi soalan 1 hingga 3. 1. Ekosistem akan stabil jika kita menjaga tumbuhan. A. Betul B. Salah 2. Proses fotosintesis merupakan proses yang menghasilkan gas karbon dioksida. A. Betul B. Salah 3. Dengan menjaga tumbuhan, kita dapat membantu tumbuhan menyimpan air di dalam tanah. A. Betul B. Salah 4. Tandakan (3) pada kotak yang disediakan pada pernyataan yang betul dan tandakan (7) jika pernyataan tersebut salah. Kepentingan penjagaan tumbuhan Tanda 3 atau 7 a. Memerangkap air dan mengelakkan berlakunya banjir. b. Mengelakkan berlakunya penyimpanan air di dalam tanah. c. Sumber vitamin, mineral dan makanan. d. Punca persekitaran menjadi panas. e. Menapis gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Latihan 51


Cara menjaga tumbuhan • Memberi naungan • Menyiram • Sungkupan • Merumput • Menggembur tanah • Membaja • Memberi sokongan • Mengawal perosak dan penyakit Langkah keselamatan • Keselamatan diri • Keselamatan ketika penjagaan tumbuhan • Keselamatan selepas penjagaan tumbuhan Kepentingan • Perangkap air dan mengelakkan banjir • Menyimpan air di dalam tanah • Menapis gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen semasa fotosintesis • Sumber makanan, vitamin dan mineral • Menstabilkan ekosistem Penjagaan Tumbuhan Imbas Maklumat 52


1. Padankan cara penjagaan tumbuhan dengan fungsinya. Merumput Membaja Menyiram Menggembur tanah Penilaian 53


2. Tandakan (3) pada gambar yang menunjukkan peralatan yang perlu untuk keselamatan diri semasa menjaga tumbuhan dan (7) pada yang salah. 3. Isikan ruangan kosong dengan kepentingan penjagaan tumbuhan. Kepentingan Penjagaan Tumbuhan 54


• Saya boleh menyatakan cara menjaga tumbuhan. • Saya boleh mengenal pasti cara penjagaan tumbuhan dengan bimbingan guru. • Saya boleh menjaga tumbuhan dengan betul. • Saya boleh menentukan langkah-langkah keselamatan ketika menjaga tumbuhan. • Saya boleh menjelaskan kepentingan menjaga tumbuhan dengan betul dan yakin. • Saya boleh membandingkan cara penjagaan tumbuhan dengan sebab-sebabnya dengan betul, yakin dan tekal. • Saya boleh menyebarluaskan maklumat penjagaan tumbuhan dan kepentingan menjaganya dengan betul, yakin dan tekal serta boleh dicontohi. Tandakan (3) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: Refleksi Diri Saya faham Saya tidak faham 55


Pengawetan makanan penting bagi mengelakkan kerosakan makanan. Kebanyakan makanan yang diproses menggunakan kaedah pengawetan dan pembotolan. PENGAWETAN MAKANAN Unit 4 56


Imbas saya Layari laman web http:// arasmega.com/qr-link/notatentang-nicolas-appert/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nicolas Appert. (Dicapai pada 18 Jun 2019). Pada tahun 1804, seorang chef dari Perancis yang bernama Nicolas Appert telah memperkenalkan kaedah pengetinan dan pembotolan. (Sumber: www.britannica.com/biography/ Nicolas-Appert). Celik Ilmu 57


58 Pengawetan makanan ialah satu kaedah pemprosesan makanan. Kaedah ini mampu menghalang atau memperlahankan pertumbuhan mikroorganisma. Contoh pengawetan makanan melalui kaedah pengetinan dan pembotolan. Contoh makanan yang boleh ditinkan: Makanan yang Melalui Proses: Pengetinan Ikan tuna Kari daging Buah longan Kacang panggang Sotong masak kicap • Murid menyatakan contoh makanan yang boleh ditinkan. 4.1 PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN 4.1.1 4.1.1 Pengetinan


59 Tujuan pengetinan dan pembotolan supaya makanan tahan lama dan tidak mudah rosak. Contoh makanan yang dibotolkan: Mikroorganisma Organisma yang sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Pembotolan • Murid menyatakan contoh-contoh makanan yang dibotolkan. Buah zaitun Buah zaitun Sos tiram Sos tiram Sos tiram Kicap Kicap Cap Sedap Kicap Pes tom yam Budu Budu Jus Glosari Celik Ilmu Pes tom yam Ayam Jus Manis Pembotolan Apakah perbezaan antara kaedah pengetinan, pembotolan dan penjerukan? Bincangkan.


60 1. Isikan ruangan kosong dengan cara yang sesuai untuk mengawet bahan makanan di bawah: 2. Tandakan (3) pada pernyataan yang betul, dan tandakan (✗) pada pernyataan yang salah. Tujuan utama kaedah pengetinan dan pembotolan dilakukan pada makanan adalah untuk: a. Makanan lebih tahan lama. b. Makanan cepat rosak. c. Melambatkan proses pembiakan mikroorganisma. d. Makanan lambat rosak. e. Kualiti makanan tetap sama. • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. a. d. b. e. c. f. Latihan


61 Kaedah pengetinan merupakan cara mengawet makanan seperti ikan, ayam, daging, produk tenusu dan buah-buahan di dalam tin. Makanan tersebut perlu dimasak dan dikeluarkan semua udara sebelum ditinkan. • Murid menamakan makanan yang boleh diawet dengan cara pengetinan dengan bimbingan guru. • Murid menyatakan proses pengetinan makanan dengan bimbingan guru. Proses Pengawetan Makanan Secara: Celsius Skala suhu yang merakamkan takat sejuk beku air pada 0°C dan takat didih air pada 100°C. Apakah yang akan terjadi jika makanan yang ditinkan dipanaskan terlalu lama? • Tin dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk membunuh semua mikroorganisma. • Tin dilabelkan dan disimpan. • Makanan yang sudah diproses dimasukkan ke dalam tin. • Makanan dicampurkan dengan larutan garam atau gula di dalam tin. • Kemudian, tin tersebut ditutup dan dipateri dalam keadaan kedap udara. • Tujuannya adalah untuk menghalang mikroorganisma dalam udara merosakkan makanan yang telah diproses. • Makanan dipanaskan pada suhu 121° celsius. • Makanan dipanaskan selama 20 minit. • Tin dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk membunuh semua mikroorganisma. • Tin dilabelkan dan disimpan. Glosari Imbas saya 4.1.2 Pengetinan Layari laman web http:// arasmega.com/qr-link/videopengetinan-ikan-sardin/ untuk menonton video Pengetinan Ikan Sardin. (Dicapai pada 18 Jun 2019). 4.1.2


62 Makanan disediakan dan dibasuh bersih. Makanan dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk mengeluarkan udara. Makanan dimasak dan dimasukkan ke dalam botol. Kemudian, botol dipaterikan dengan segera untuk menjadikannya kedap udara. • Murid menamakan makanan yang boleh diawet dengan cara pembotolan dengan bimbingan guru. • Murid menyatakan proses pembotolan makanan dengan bimbingan guru. Kaedah pembotolan juga merupakan salah satu cara pengawetan makanan. Contoh makanan yang dibotolkan seperti sos cili, tomato, jus buah, kicap, pes makanan dan buah-buahan. Makanan tersebut akan tahan lama jika disimpan di dalam botol yang kedap udara. Botol tersebut dipanaskan sekali lagi untuk membunuh mikroorganisma. Botol makanan tersebut dilabelkan dan disimpan. 4.1.2 Pembotolan 1 3 5 2 4 6


• Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. 63 1. Berdasarkan gambar di bawah, tandakan (3) jika bahan tersebut boleh diawet secara proses pengetinan dan (7) jika bukan proses pengetinan. a c e b d f Latihan


64 2. Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan nombor 1 hingga 6 pada ruangan kosong mengikut turutan proses pembotolan makanan yang betul. • Makanan dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk mengeluarkan udara. • Botol makanan dilabelkan dan disimpan. • Makanan dimasak dan dimasukkan ke dalam botol. • Makanan disediakan dan dibasuh bersih. • Botol dipanaskan sekali lagi untuk membunuh mikroorganisma. • Kemudian, botol dipaterikan dengan segera untuk menjadikannya kedap udara. • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.


65 Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan berikut. 3. Proses terakhir dalam proses pengetinan ialah _______________ A. Tin dikeringkan. B. Tin dicuci bersih. C. Makanan dihidangkan. D. Tin dilabel dan disimpan. 4. Berikut merupakan pernyataan yang betul tentang pengetinan dan pembotolan makanan. i. Pengetinan makanan sesuai untuk makanan seperti sos cili dan kicap. ii. Proses pembotolan dan pengetinan makanan adalah antara contoh pengawetan makanan. iii. Makanan perlu dipanaskan selama 30 minit untuk proses pengetinan. iv. Makanan yang dibotolkan perlu dipanaskan sekali lagi setelah dipateri. A. i dan ii B. ii dan iii C. ii dan iv D. Semua jawapan di atas. 5. Antara yang berikut, yang manakah proses pembotolan makanan? i. Makanan disediakan dan dicuci bersih. ii. Makanan dimasak sebelum dibotolkan. iii. Makanan dipanaskan untuk membunuh mikroorganisma. iv. Makanan dipateri, dipanaskan sekali lagi dan dilabelkan. A. i dan ii B. ii, iii dan iv C. i, ii dan iv D. Semua jawapan di atas.


66 Berikut merupakan kepentingan pengawetan makanan kepada manusia. Pengawetan makanan dapat memastikan makanan berada dalam keadaan baik apabila diberikan kepada askar yang sedang bertugas. • Murid dapat membezakan proses pengawetan makanan yang dipelajari. • Murid dapat menyatakan kepentingan pengawetan makanan yang betul dengan bimbingan guru. Makanan tahan lebih lama. Makanan mudah disimpan. Pengawetan Makanan Mikroorganisma tidak dapat membiak dalam makanan yang tiada udara. Mengurangkan pembaziran makanan. Memastikan sumber makanan berterusan. Memudahkan penghantaran makanan. Dapat merasai makanan dari negara lain. Pengawetan makanan juga dapat dijadikan satu cabang perniagaan dengan menjual makanan yang diawet kepada pengguna. Celik Keusahawanan Kepentingan Pengawetan Makanan Celik Ilmu 4.1.3 4.1.3 Apakah kekurangan pengawetan makanan secara pengetinan dan pembotolan? Bincangkan.


• Murid menjawab soalan dengan bimbingan dan perhatian guru. 67 Berdasarkan rajah di bawah, isikan ruangan kosong dengan pernyataan yang betul. Kepentingan Pengawetan Makanan Makanan tahan lebih lama. Mikroorganisma tidak dapat membiak dalam makanan yang tiada udara. Memastikan sumber makanan berterusan. Latihan


68 Pengetinan Pembotolan Pemilihan kaedah pengetinan dan pembotolan makanan. Mengetin atau Membotolkan Bahan Makanan Pengetinan makanan Pembotolan makanan Sebab-sebab pemilihan: Sebab-sebab pemilihan: • Penggunaan tin boleh menjadikan makanan tahan lasak. • Makanan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma. • Sesuai untuk makanan berbentuk pepejal. • Contoh, ikan sardin, jagung, jenis kekacang dan sebagainya. • Makanan nampak lebih menarik di dalam botol. • Makanan tahan lebih lama. • Sesuai untuk makanan dalam bentuk cecair. • Contoh, jem buah-buahan, madu, pes, sos dan sebagainya. • Murid membincangkan faktor pemilihan proses pengetinan dan pembotolan makanan dengan bantuan guru. 4.1.4 4.1.4 Bincang dan senaraikan makanan yang sesuai untuk proses pengetinan dan pembotolan.


69 Ikan sardin Sos tomato Kacang merah Jem strawberi Kenal pasti sama ada bahan berikut merupakan proses pengetinan atau pembotolan. Padankan dengan jawapan yang betul. Pengetinan Pengetinan Pengetinan Pengetinan Pembotolan Pembotolan Pembotolan Pembotolan Latihan


70 1. 3. 2. 4. Basuh balang dan penutupnya sehingga bersih dan keringkan. Buah nanas dipotong dadu. Buah nanas dibersihkan. Masukkan buah nanas dan air gula ke dalam balang. • Murid melakukan aktiviti ini dilakukan dengan pengawasan guru. Jom buat • 1 biji buah nanas • 1 liter air gula • Balang yang berpenutup • Periuk dan dapur • 850 mililiter air Pembotolan Buah Nanas Langkah-langkah: Peralatan dan bahan: Tujuan: Mengawet buah nanas secara pembotolan.


71 5. 7. 9. Panaskan 850 mililiter air di dalam periuk sehingga hampir mendidih. Tutup periuk dan biarkan selama satu minit. Letakkan balang ke dalam periuk. Setelah masak, buka penutup periuk dan biarkan sehingga sejuk. Periksa penutup balang keesokan harinya bagi memastikan penutup botol ditutup rapat. Balang sedia untuk disimpan. Lakukan proses pembotolan untuk buah-buahan yang lain dan selepas selesai, buah-buahan yang dibotolkan boleh dijual. Celik Keusahawanan 6. 8.


72 Pengawetan Makanan Proses Pengawetan Kepentingan Pengawetan Makanan Makanan tahan lebih lama Mengelakkan pembaziran Sumber makanan berterusan Dapat menikmati makanan dari negara lain Makanan mudah disimpan Mengelakkan pembiakan bakteria Mudahkan penghantaran makanan Pengetinan Kaedah pengetinan Pembotolan Kaedah pembotolan Imbas Maklumat


73 1. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul. pengetinan kari daging pembotolan minit kicap buah-buahan sayur-sayuran a. Ikan, ayam dan daging sesuai diawetkan dengan cara ____________. b. Pengawetan secara pembotolan sering menggunakan makanan berasaskan __________________ dan __________________. c. Cara pengawetan pengetinan makanan menggunakan suhu sebanyak 121°C dan dipanaskan selama 20 ____________________. d. Cara pengawetan ini boleh dilakukan di rumah menggunakan periuk tekanan tinggi. Cara pengawetan ini dinamakan _________________. e. ________________ dan sos cili merupakan contoh pengawetan secara pembotolan manakala ___________ dan sambal ikan bilis merupakan contoh pengawetan secara pengetinan. i. Nama buah: ______________________. ii. Nama proses pengawetan yang sesuai untuk buah ini: ___________. iii. Contoh makanan lain yang diawet melalui proses yang sama: 2. Berpandukan gambar yang diberi, jawab soalan berikut. a. Penilaian • __________________ • __________________ • __________________


74 3. Berikan jawapan sama ada PENGETINAN atau PEMBOTOLAN untuk pernyataan berikut: • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. a. Makanan akan menjadi tahan lasak. b. Makanan dalam bentuk pepejal. c. Makanan dalam bentuk cecair. d. Makanan nampak lebih menarik. e. Contoh makanan seperti sardin dan kekacang. f. Contoh makanan seperti pes dan jem buah-buahan. i. Nama buah: ______________________. ii. Nama proses pengawetan yang sesuai untuk buah ini: ___________. iii. Contoh makanan lain yang diawet melalui proses yang sama: b. • __________________ • __________________ • __________________


Refleksi Diri 75 Saya faham Saya tidak faham Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: • Saya boleh menyatakan mengenai makanan yang ditinkan atau dibotolkan. • Saya boleh menamakan makanan yang boleh ditinkan, dibotolkan serta proses pengawetan. • Saya boleh mengenal pasti dan menamakan makanan yang boleh diawet dengan cara pengetinan dan pembotolan. • Saya boleh membandingkan antara makanan yang telah ditinkan atau dibotolkan serta kepentingannya dengan betul, yakin dan tekal. • Saya boleh menghubungkaitkan pengetahuan mengenai pengawetan pelbagai jenis makanan dengan betul dan yakin. • Saya boleh bercerita mengenai kepentingan pelbagai proses pengawetan makanan serta boleh mencontohinya.


76 MALAYSIA MAJU Unit 5 Pengangkutan dan telekomunikasi di Malaysia semakin berkembang maju. Kedua-duanya menjadi keperluan kepada semua manusia bagi memudahkan perjalanan kehidupan seharian.


77 Kementerian Pengangkutan Malaysia bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan dasar, strategi, dan program sektor pengangkutan awam yang meliputi pengangkutan darat, pengangkutan air, dan pengangkutan udara. Celik Ilmu


78 Pengangkutan membolehkan sesuatu barang atau perkhidmatan dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain. • Murid diminta oleh guru untuk memberikan contoh kenderaan lain selain daripada contoh yang diberikan. • Murid menceritakan pengalaman tentang kenderaan yang pernah dinaiki di hadapan kelas. • Murid melakukan aktiviti membuat peta pemikiran di dalam kelas dengan menyediakan bahan seperti kad manila dan pen penanda. 5.1 PENGANGKUTAN 5.1.1 5.1.1 Pengangkutan Air Jenis Pengangkutan Pengangkutan air digunakan di sungai, tasik, pesisir pantai dan laut. Pengangkutan Air Rakit Perahu Feri Kapal persiaran Bot Kapal kontena


79 Pengangkutan darat digunakan di atas jalan raya, lebuh raya dan landasan bagi kereta api. Pengangkutan Darat Celik Ilmu Teksi Basikal Kereta Beca Motosikal Bas Kereta Api Lori Pada tahun 1885, landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port Weld untuk mengangkut bijih timah. (Sumber: https://www.pnm.gov.my/yangpertama/ Auto_lLandasan.htm). Pengangkutan Darat


Helikopter Kapal Terbang 80 Pengangkutan udara dikendalikan di atas udara untuk mengangkut manusia atau barangan dalam waktu yang cepat. Pengangkutan udara juga dapat mempercepat perjalanan ke sesebuah tempat yang jauh. Apakah jenis pengangkutan yang anda ingin miliki? Nyatakan alasan anda. Pengangkutan Udara Pengangkutan Udara


81 • Murid perlu meneka jenis pengangkutan yang telah dipelajari. • Murid menjawab latihan di atas mengikut turutan nombor satu hingga 15. TAMAT MULA Cara bermain: 1. Permainan ini dimainkan dalam kumpulan yang kecil iaitu, antara dua hingga tiga orang. 2. Permainan ini memerlukan buah dadu dan penanda, contohnya duit syiling. 3. Murid akan menyebut nama kenderaan pada kotak yang mereka berhenti. Jawapan yang betul akan mendapat dua markah, manakala jawapan yang salah tidak mendapat sebarang markah. 4. Jika murid berhenti pada kotak kosong, murid tidak akan mendapat apa-apa markah. Permainan Kenal Kenderaan Kenal pasti jenis pengangkutan berdasarkan gambar yang berikut. 10 15 6 2 3 4 5 8 7 Hilang satu pusingan 9 Undur enam kotak 13 14 Undur tiga kotak 1 12 Aktiviti 11


82 Pengangkutan memudahkan urusan harian manusia. Pengangkutan penting untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun mengangkut barangan. Berikut merupakan kepentingan pengangkutan air: Kepentingan Pengangkutan dalam Kehidupan Harian Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas ialah pusat aktiviti perdagangan antarabangsa utama di Malaysia. Perdagangan Perihal berdagang, urusan berniaga antara negara. • Murid membuat peta pemikiran tentang kepentingan pengangkutan di Malaysia. • Aktiviti dilakukan secara berkumpulan. Kepentingan Pengangkutan Air Boleh mengangkut muatan dalam kuantiti yang banyak ke tempat yang jauh. Mudah mengangkut manusia dan barangan dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar. Kos pengangkutan lebih murah. Sangat penting dalam urusan perdagangan antarabangsa. Meningkatkan sektor pelancongan negara. Menjana peluang pekerjaan kepada orang ramai. 5.1.2 Celik Ilmu Glosari 5.1.2


83 Kepentingan pengangkutan darat adalah seperti berikut: Kepentingan Pengangkutan Darat Mengangkut barangan dan penumpang. Memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Menggalakkan pelaburan asing kerana mempunyai pengangkutan darat yang moden dan lengkap. Meningkatkan perkembangan sektor pelancongan di sesebuah kawasan. Memodenkan sektor pengangkutan awam. Meningkatkan sektor perniagaan seperti perkhidmatan bas dan kereta api. Pengangkutan awam Sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Glosari


84 Kepentingan pengangkutan udara adalah seperti berikut: Kepentingan Pengangkutan Udara Menjimatkan masa. Memudahkan pergerakan untuk jarak yang jauh. Keselamatan barangan lebih terjamin. Memudahkan perjalanan ke kawasan terpencil atau pedalaman. Meningkatkan sektor pelancongan negara. Kualiti barangan terjamin kerana dapat menghantar dalam waktu yang singkat. Doktor Udara telah digunakan untuk memberi perkhidmatan rawatan perubatan ke kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak. Celik Ilmu


85 1. Tuliskan nama-nama kenderaan berdasarkan jenis. a. Pengangkutan air b. Pengangkutan darat c. Pengangkutan udara Latihan


86 • Murid membuat aktiviti dengan menggunakan bahan rujukan yang disediakan oleh guru. • Guru juga boleh meminta murid membawa bahan rujukan tambahan yang terdapat di rumah. 1. Bahagikan murid kepada tiga orang dalam satu kumpulan. 2. Cari gambar pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia. Gambar boleh diperoleh dengan menggunakan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar atau Internet. 3. Gunakan gambar tersebut untuk dimasukkan ke dalam peta pemikiran yang sesuai. 4. Hias peta pemikiran anda secara kreatif. 5. Bentangkan hasil kerja anda di hadapan kelas. 5.1.2 2. Gariskan pada jawapan yang betul. a. Bas dan kereta api ialah contoh pengangkutan (udara / darat) . b. Pengangkutan air sangat penting dalam urusan (perdagangan / percukaian) luar negara. c. Pengangkutan udara dan air mampu (menurunkan / meningkatkan) sektor pelancongan negara. d. Kos pengangkutan kenderaan darat lebih (mahal / murah) berbanding pengangkutan udara. e. Pengangkutan udara dapat menjimatkan (masa / kos) . f. (Doktor / Jurutera) Udara ialah perkhidmatan rawatan kesihatan melalui pengangkutan udara kepada penduduk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Jom buat Langkah-langkah: Peralatan: Peta Pemikiran: Kepentingan Pengangkutan di Malaysia • Pen atau pensel warna • Kad manila • Gunting • Gam • Kertas warna • Buku rujukan


87 Telekomunikasi bermaksud sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, mikrogelombang, gentian optik dan satelit. Alat Telekomunikasi Alat telekomunikasi ialah alat perantaraan yang digunakan untuk berhubung. Penggunaannya melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dan penerima maklumat. Perkembangan kemajuan alat telekomunikasi berlaku mengikut peredaran zaman. Telefon Digunakan untuk berhubung dengan individu yang berada di tempat lain. Mesin Faksimile Menyalin dan menghantar imej cetak ke satu tempat yang lain melalui talian telefon. Komputer Menerima, memproses, menyimpan dan menyampaikan maklumat. Telefon gagang Telefon bimbit Telefon pintar Mesin teleks Komputer riba Mesin faksimile Komputer peribadi Komputer tablet • Murid menerangkan jenis alat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia. • Murid menerangkan fungsi alat telekomunikasi. 5.2 TELEKOMUNIKASI 5.2.1 5.2.1


88 Televisyen LED/LCD Televisyen hitam putih Televisyen warna Televisyen plasma Pemutar piring hitam Radio klasik Radio kaset Nilai Murni Televisyen Penyiaran gambar hidup atau bergerak berserta bunyi di skrin atau kaca televisyen. Radio Penghantaran dan pengiriman maklumat berbentuk bunyi menerusi pembesar suara. Melahirkan generasi muda yang menghargai kepentingan pengangkutan dan alat telekomunikasi bagi memudahkan perjalanan aktiviti harian. Telegraf diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1876 yang digunakan untuk memudahkan urusan pentadbiran British. Celik Ilmu Radio digital Imbas saya Layari laman web http://arasmega. com/qr-link/notasejarah-telegraf/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah telegraf. (Dicapai pada 8 Julai 2019).


89 Kepentingan Alat Telekomunikasi dalam Kehidupan Harian Kemajuan teknologi alat telekomunikasi banyak memberi manfaat kepada pembangunan negara. Antara kepentingan alat telekomunikasi ialah: • Murid menyenaraikan kepentingan alat telekomunikasi dalam bentuk peta pemikiran secara kreatif dengan bimbingan guru. Memudahkan proses komunikasi dijalankan. Meningkatkan urusan pentadbiran negara. Maklumat boleh diperoleh dengan cepat. Memudahkan urusan pekerjaan. Menjimatkan tenaga dan kos operasi. Mencepatkan urusan pembayaran bil dan perbankan. Mewujudkan pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran. Merapatkan hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat. 5.2.2 Glosari 1. Apakah alat telekomunikasi yang anda gunakan? 2. Berikan sebab mengapa anda menggunakan alat telekomunikasi tersebut? E-pembelajaran Proses pembelajaran melalui rangkaian Internet. 5.2.2


90 1. Jawab soalan teka-teki di bawah. 2. Susun huruf di bawah supaya menjadi nama alat-alat telekomunikasi pada masa ini. a . D O I A R b . F N O E T L E c. L T E E V S I E N Y d. S E I M N L E T E S K e. P T E R K O U M T E B L AT a. Saya tinggal di pejabat, saya menghantar surat tanpa setem. Siapakah saya? b. Saya alat penting masa kini, saya diisi dengan pelbagai aplikasi. Anda boleh bercakap dan menulis menggunakan saya. Saya juga boleh mengambil gambar. Teka siapakah saya? c. Saya digunakan untuk menaip, menyimpan dan menghantar maklumat. Anda juga boleh menonton filem dan mendengar lagu melalui saya. Siapakah saya? d. Saya berbentuk segi empat tepat, manusia boleh menonton pada badan saya, dahulu saya tebal, kini saya nipis. Tekalah siapa saya? Latihan


Click to View FlipBook Version