The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PendidikanSains,Sosia lDan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasuriyana Daud, 2023-02-11 02:58:36

PendidikanSains,Sosial Dan AlamSekitar Tingkatan 4

PendidikanSains,Sosia lDan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan4

91 1. Lekatkan setiap hujung straw dengan kadbod. 2. Masukkan potongan lidi melalui lubang straw. 3. Tampal penutup botol pada permukaan bawah kadbod. 5. Kemudian, lekatkan sambungan belon dan straw pada bahagian atas permukaan kadbod. 6. Tiupkan belon sebelum menggerakkan kereta anda. 4. Masukkan hujung belon pada keratan straw dan sambungkan dengan gelang getah. Kereta Kuasa Belon Tujuan: Mereka cipta bahan pembelajaran mengenai pengangkutan berbentuk model kereta. Jom buat • Murid melakukan aktiviti ini dengan pemantauan guru. Peralatan dan bahan: Langkah-langkah: • Belon • 2 batang straw • 1 batang lidi (dipotong dua) • Pita pelekat • Gelang getah • 1 keping kadbod bersaiz 8 cm × 10 cm • 4 biji penutup botol plastik yang ditebuk di bahagian tengah • Pistol perekat panas


92 Kepentingan Memudahkan mengangkut barangan. Memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kepentingan • Memudahkan proses komunikasi dijalankan. • Maklumat boleh diperoleh dengan cepat. • Memudahkan urusan pekerjaan. • Menjimatkan tenaga dan kos operasi. • Mencepatkan urusan pembayaran bil dan perbankan. • Mewujudkan pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran. • Merapatkan hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat. • Meningkatkan urusan pentadbiran negara. Pengangkutan Udara Alat telekomunikasi di Malaysia Pengangkutan Darat Pengangkutan Air Pengangkutan di Malaysia Imbas Maklumat


93 1. Cari 10 perkataan yang berkaitan dengan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Malaysia. 2. Nyatakan kepentingan pengangkutan berikut dalam ruang yang disediakan. K P U F K U W Q V F H E L I K O P T E R F K N B L I F U P U G B A S I K A L N P T K I O I K V B Z E E E E R S B F A T R B J B R K G E S A A Q E O E E C R C T H W V T R T T I M A U E O H E A A A X O T P F J L T F A L P S W L W A N A L O R I 1. BASIKAL 2. BECA 3. KERETA 4. PERAHU 5. LORI 6. FERI 7. BAS 8. HELIKOPTER 9. BOT 10. TEKSI Jenis Pengangkutan Kepentingan Pengangkutan a. b. c. a. b. c. a. b. c. Penilaian


94 3. Namakan alat telekomunikasi yang berikut. Alat Telekomunikasi di Malaysia 4. Gariskan jawapan yang betul. a. Alat telekomunikasi membolehkan kita mendapat maklumat dengan lambat cepat. b. Penggunaan alat telekomunikasi meningkatkan menjimatkan kos operasi sesebuah perniagaan. c. Alat telekomunikasi dapat mencepatkan melambatkan urusan pembayaran bil dan perbankan. d. Hubungan antara ahli keluarga, rakan dan masyarakat yang jauh dapat dieratkan direnggangkan dengan alat telekomunikasi. e. Penggunaan alat telekomunikasi dapat menurunkan meningkatkan urusan pentadbiran negara.


95 Refleksi Diri Saya faham Saya tidak faham Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: • Saya mampu mengenal pasti jenis pengangkutan yang terdapat di Malaysia. • Saya boleh menyatakan kepentingan pengangkutan dalam kehidupan harian. • Saya mampu mengenal pasti alat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia. • Saya boleh menyatakan kepentingan alat telekomunikasi dalam kehidupan harian.


96 Lestari bermaksud kekal dan tidak berubah. Manakala, kelestarian alam sekitar dikaitkan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan mengekalkan keindahan flora dan fauna. Melindungi alam sekitar dapat mengurangkan pencemaran. Hal ini menjamin dunia pada masa akan datang masih baik dan selamat untuk generasi seterusnya. Unit 6 KELESTARIAN


97 Pelbagai peralatan yang digunakan seharian diperbuat daripada aluminium. Antaranya ialah peralatan memasak, barangan elektronik dan bahagian dalam kenderaan. Aluminium digunakan dengan meluas kerana ciri-cirinya yang tahan lama, ringan dan tidak mudah berkarat. Celik Ilmu


98 Bahan buangan daripada aluminium mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran. Mengumpul bahan buangan yang diperbuat daripada aluminium mampu menjadi sumber pendapatan. Selain itu, kebersihan kawasan sekitar juga terjamin. Bahan buangan daripada aluminium yang mudah ditemui di sekeliling kita adalah seperti berikut: • Murid membincangkan tentang bahan buangan daripada aluminium dengan bimbingan guru. Ciri-ciri Barang Aluminium • Ringan • Tidak mudah berkarat • Tahan lasak • Konduktor haba yang baik • Tidak mempunyai bau • Berwarna putih keperakan • Tidak bermagnet 6.1 KITAR SEMULA BAHAN BUANGAN ALUMINIUM 6.1.1 Tin minuman Tin susu Tin makanan haiwan Tin makanan Bekas makanan aluminium Sudu dan garpu Kuali Periuk Kerajang aluminium Botol aerosol Penutup botol minuman 6.1.1 Bahan Buangan daripada Aluminium


99 Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Namakan bahan buangan daripada aluminium dalam gambar berikut. Jawapan 1. ______________________________________________________________ 2. ______________________________________________________________ 3. ______________________________________________________________ 4. ______________________________________________________________ 5. ______________________________________________________________ Aktiviti


100 Tahukah anda bagaimana produk kitar semula bahan buangan daripada aluminium dihasilkan? Lihat rajah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses penghasilan produk ini. Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium • Murid menerangkan proses produk kitar semula bahan buangan daripada aluminium dengan bimbingan guru. 1. Bahan buangan daripada aluminium dikumpulkan di dalam tong kitar semula. 5. 6. Jongkong diproses menjadi gulungan. Gulungan aluminium diproses menjadi produk baharu seperti tin minuman, kerajang aluminium dan pembalut coklat. 6.1.2 6.1.2


101 Celik Ilmu 2. 4. Aluminium yang terkumpul dibawa ke kilang untuk diproses. Aluminium akan dicuci terlebih dahulu. Aluminium yang dicairkan dibentuk menjadi ketulan blok dipanggil jongkong. Proses penghasilan aluminium baharu menggunakan bahan buangan aluminium hanya memerlukan lima peratus tenaga berbanding menggunakan bahan mentah. 3. Aluminium dicairkan. Layari laman web http:// arasmega.com/qr-link/ proses-kitar-semula-tinaluminium/ untuk menonton video proses kitar semula tin aluminium. (Dicapai pada 1 Ogos 2019). Imbas saya


102 1. Nomborkan gambar di bawah mengikut urutan proses kitar semula yang betul. 2. Jawab soalan berikut berdasarkan proses kitar semula bahan buangan daripada aluminium. a. Apakah nama blok yang terhasil daripada cecair aluminium? _____________________________________________________________ b. Apakah proses pertama mengitar semula bahan buangan daripada aluminium? _____________________________________________________________ c. Senaraikan tiga jenis barangan aluminium yang dihasilkan daripada proses kitar semula. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ Latihan


103 Pameran Projek Kitar Semula Pameran projek kitar semula bahan buangan dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar. Rancang satu pameran di sekolah bersama rakan kelas anda dengan menekankan aspek berikut: 1. Kepentingan kitar semula Aktiviti 1: Hasilkan galeri gambar yang menunjukkan kesan buruk pembuangan sampah aluminium tanpa pengurusan yang baik. Pencemaran yang terhasil daripada perlombongan bauksit sebagai bahan mentah untuk menghasilkan aluminium dapat dikurangkan dengan mengitar semula bahan buangan daripada aluminium. Celik Ilmu Menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Mencemarkan pemandangan alam sekitar. • Murid melaksanakan pameran projek kitar semula bahan buangan daripada aluminium dengan bimbingan guru. Longgokan sisa buangan. 6.1.3 6.1.3


104 2. Cara mengumpul bahan terbuang daripada aluminium Aktiviti 2: Hasilkan satu poster yang menunjukkan cara mengumpul bahan terbuang daripada aluminium. Tin aluminium Dikemikkan sebelum dibuang. Kerajang aluminium atau bekas makanan aluminium Kesan makanan dicuci sebelum dibuang. Botol aerosol Pastikan kosong sebelum dibuang dan jangan dikemikkan. Cara Mengumpul Bahan Terbuang


105 Pasu bunga daripada tin minuman. Bekas serba guna daripada tin makanan. 3. Memupuk amalan menjaga alam sekitar Aktiviti 3: • Menyertai gotong-royong di kawasan sekolah bersama rakan sekelas. • Membersihkan kawasan persekitaran sekolah. • Mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula. • Mengasingkan barangan mengikut kumpulan bahan buangan kitar semula. 4. Memupuk kreativiti murid dalam mengitar semula bahan buangan Aktiviti 4: Menjalankan pertandingan atau pameran reka cipta barangan kitar semula bahan buangan daripada aluminium. Contoh hasil reka cipta bahan buangan daripada aluminium: Karya seni kerajang aluminium. Tabung tin susu.


106 • Bekas yang siap boleh digunakan untuk meletakkan alat tulis, peralatan lukisan dan sebagainya. 1. Guntingkan kain perca mengikut saiz tin. Balut tin dengan kain perca dan tampal pada bahagian hujungnya. 3. Ambil reben lain dan lilitkan pada tin. Tampal hujung reben dengan gam. 2. Gunting reben dan buatkan hiasan seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 4. Tampal reben hiasan pada reben yang dililit. Bekas Serba Guna Aluminium Tujuan: Menghasilkan barangan serba guna daripada bahan buangan kitar semula. Peralatan dan bahan: Jom buat • Tin aluminium (yang sudah dibersihkan dan ditanggalkan label) • Gunting • Gam kuat pelbagai guna • Kain perca • Reben Langkah-langkah:


107 Selain menjual hasil barang buangan aluminium yang terkumpul, kita juga boleh menghasilkan produk baharu. Nilai barangan yang dijual akan meningkat kerana fungsi, kualiti dan kreativiti bahan tersebut. Contoh reka cipta bahan buangan daripada aluminium yang mempunyai nilai komersial di pasaran: • Guru menerangkan kepada murid persediaan-persediaan sebelum membuat pameran dan cara menjual hasil produk kitar semula bahan buangan daripada aluminium. Contoh Hasil Produk Kitar Semula Rantai kunci Tempat lilin Jambangan bunga Bingkai gambar 6.1.4 Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium 6.1.4 Komersial Glosari Berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.


108 • Murid menyediakan ruang pameran dan menjual hasil produk kitar semula bahan buangan daripada aluminium semasa Hari Usahawan di sekolah dengan bimbingan guru. Pameran dan Jualan Bahan Buangan Aluminium Tujuan: Membuat pameran dan menjual bahan buangan daripada aluminium. Langkah-langkah: 1. Pengiklanan produk • Sediakan poster atau gegantung untuk memperkenalkan fungsi dan kelebihan produk kepada pembeli. • Mengiklankan produk melalui media sosial. 2. Memperkenalkan produk kepada pembeli • Membuat pembentangan secara terbuka di kios pameran. • Menerangkan nama, fungsi dan kelebihan produk. 3. Membuat demonstrasi penggunaan barangan • Menerangkan cara menggunakan produk kepada pembeli • Melakonkan situasi sebenar ketika penggunaan barangan. 4. Jualan produk • Merekodkan jualan di kios mengikut hari. • Menerima tempahan produk jika stok habis dijual. Contoh produk jualan Jom buat


109 Jenis Bahan Buangan daripada Aluminium Proses Kitar Semula Pameran Kitar Semula Bahan Buangan • Galeri kesan buruk pencemaran alam sekitar. • Poster penerangan cara mengumpul bahan buangan daripada aluminium. • Gotong-royong. • Pertandingan reka cipta. Pameran dan Jualan Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium • Pengiklanan • Penerangan produk secara langsung • Demonstrasi • Kiraan keuntungan dan tempahan 1. Pengumpulan bahan. 2. Bahan dihantar ke kilang dan dicuci. 3. Bahan dicairkan dan dibentuk menjadi jongkong. 5. Jongkong diproses menjadi gulungan aluminium. • Tin makanan haiwan • Tin minuman • Tin susu • Tin biskut • Kerajang aluminium • Penutup botol • Botol aerosol • Kuali • Sudu • Garpu • Periuk • Bekas makanan aluminium 4. Produk baharu aluminium dihasilkan. Imbas Maklumat


110 Tulis jawapan anda di bawah ini. a. b. c. d. e. 1. Dengan menggunakan barangan buangan daripada aluminium seperti gambar di sebelah, reka satu produk anda sendiri yang mempunyai nilai komersial di pasaran. Kemudian, lukis satu poster yang lengkap dengan gambar produk, nama produk, fungsi dan kelebihannya. Bentangkan di hadapan kelas hasil kerja anda. 2. Berdasarkan gambar di bawah, senaraikan kesan buruk pencemaran alam sekitar hasil pembuangan sampah seperti aluminium tanpa kawalan. Bincangkan bersama ahli kumpulan anda. Penilaian


111 Refleksi Diri Saya faham Saya tidak faham Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: • Saya boleh mengenal pasti bahan buangan daripada aluminium. • Saya boleh menerangkan produk kitar semula bahan buangan daripada aluminium. • Saya boleh melaksanakan pameran projek kitar semula bahan buangan daripada aluminium. • Saya boleh mempamer dan menjual hasil produk kitar semula bahan buangan daripada aluminium.


Unit 7 SEJARAH KITA Tempat tinggal ialah rumah atau tempat perlindungan yang didiami oleh individu, keluarga atau masyarakat. Namun begitu, nama dan lokasi tempat tinggal, asal usul nama tempat tinggal dan aktiviti masyarakat setempat ialah berbeza antara satu sama lain. 112


Keistimewaan sesebuah tempat tinggal terdiri daripada beberapa aspek, iaitu: • Keadaan bentuk muka bumi • Kesenian dan kebudayaan • Kemudahan awam atau prasarana • Sumber pendapatan Celik Ilmu 113


7.1 KAWASAN TEMPAT TINGGAL Memerihalkan Kawasan Tempat Tinggal Rumah atau tempat yang didiami merupakan tempat tinggal kita. Kawasan tempat tinggal seseorang pula tidak sama dengan orang lain. Ada yang tinggal di kawasan kampung dan ada di bandar. Nama Tempat Tinggal Tempat tinggal kita selalunya akan dilengkapi dengan alamat rumah. Alamat rumah yang lengkap mempunyai: • Nombor rumah • Nama jalan • Tempat • Poskod • Nama negeri Alamat rumah yang lengkap memudahkan kita mengenal pasti lokasi sesebuah rumah atau tempat yang dituju. Rajah di bawah menunjukkan contoh alamat rumah yang lengkap. 7.1.1 NO. 123, JALAN SETIA ALAM 3, TAMAN SETIA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN . Tuliskan alamat lengkap tempat tinggal anda. Tempat Nombor Rumah Nama Jalan Poskod Nama Negeri 7.1.1 114 • Murid menulis alamat lengkap sekolah berserta nombor telefon sekolah dengan bimbingan guru.


Berikut ialah penerangan tentang lokasi tempat tinggal berdasarkan alamat rumah yang lengkap. Sesebuah kawasan tempat tinggal terletak dalam sebuah mukim. Mukim pula terletak dalam sebuah daerah dan daerah dalam sebuah negeri. Lokasi rumah di kawasan bandar selalunya ialah taman perumahan, rumah pangsa, kondominium dan sebagainya. Bagi kawasan luar bandar, lokasi rumah ialah di pekan, kampung, ladang atau pedalaman. Lokasi Mukim Contoh: Daerah Negeri Kedudukan sesuatu tempat. Bahagian dalam sesebuah negeri. Kuantan, Kawasan yang di bawah perintah seorang penghulu. Kuala Kuantan 2, Daerah yang berada di bawah pemerintahan seorang sultan atau raja. Pahang Darul Makmur. No. 456, Jalan Seri Inderapura 9, Nyatakan tempat tinggal anda berkaitan lokasi, mukim, daerah dan negeri. Lokasi Tempat Tinggal 115


Asal usul bermaksud peringkat awal atau permulaan. Asal usul nama tempat tinggal ialah asal nama sesuatu tempat yang diberi oleh penduduk asal di situ. Berikut beberapa contoh asal usul nama tempat di Malaysia: • Kuching dikatakan mendapat nama daripada Sungai Kuching yang terletak di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. • Sungai Kuching berkemungkinan memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Justeru, diberi nama Bukit Mata Kucing. • Nama asalnya ialah Jesselton. • Nama Kota Kinabalu dipilih menggantikan nama asal. Nama “Kinabalu” bersempena mercu tanda negeri Sabah, iaitu Gunung Kinabalu. • Dikatakan mendapat nama daripada pokok Melaka. Pokok ini menjadi tempat Parameswara berehat setelah peristiwa anjingnya ditendang oleh pelanduk. • Ada juga pendapat mengatakan “Melaka” diambil daripada bahasa Arab “mulaqah” yang bermaksud pertemuan atau “malakat” bermaksud perhimpunan. Melaka Kuching, Sarawak Kota Kinabalu, Sabah Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/asal-usul-namakuching/untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal usul nama Kuching. (Dicapai pada 16 Jun 2019) Imbas saya Imbas saya Asal Usul Nama Tempat Tinggal Layari laman web http:// arasmega.com/qr-link/asalusul-nama-kota-kinabalu/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal usul nama Kota Kinabalu. (Dicapai pada 16 Jun 2019). 116


• Profesional • Peniaga Bandar Aktiviti masyarakat setempat terbahagi kepada dua, iaitu sosioekonomi dan sosiobudaya. Sosiobudaya merupakan aktiviti yang merapatkan hubungan masyarakat di sesebuah tempat tinggal melalui aktiviti yang dijalankan bersama-sama. Manakala sosioekonomi ialah aktiviti masyarakat setempat yang dilakukan sebagai sumber pencarian pendapatan dan memajukan sesebuah kawasan. Aktiviti Sosioekonomi Masyarakat Setempat • Nelayan • Pekerja sektor gas dan minyak • Penggiat aktiviti laut Pantai • Petani • Peniaga makanan dan minuman • Pembuat kraftangan • Usahawan kecil dan sederhana Luar bandar atau kampung • Petani • Pengumpul hasil hutan Pergunungan Aktiviti Masyarakat Setempat • Murid mencari maklumat tentang sejarah tempat tinggal melalui buku, 117 majalah atau Internet dengan bimbingan guru. 7.1.2


Sambutan perayaan Majlis rumah terbuka Rondaan keselamatan Rondaan waktu tengah malam Gotong-royong Membersihkan kawasan perumahan Program khidmat masyarakat • Membuat kutipan sumbangan • Membersihkan kawasan rumah • Memberi sumbangan kepada yang memerlukan Aktiviti Sosiobudaya Masyarakat Setempat Nyatakan aktiviti sosiobudaya lain yang boleh dilakukan oleh masyarakat di sesebuah kawasan tempat tinggal. 118 • Guru membimbing murid mencari maklumat tentang tempat menarik di tempat tinggal menggunakan Internet.


1. Lengkapkan jadual di bawah. No. 25, Jalan Jasmin 9, Taman Jasmin, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Alamat tempat tinggal No. 25, Jalan Cempaka 10, Seremban Negeri Sembilan Lokasi tempat tinggal Mukim Daerah 119 Latihan 2. Berdasarkan gambar yang diberi, tuliskan sama ada SOSIOEKONOMI atau SOSIOBUDAYA. • Murid menjawab latihan dengan bimbingan guru.


7.1.2 Sejarah Tempat Tinggal Saya Langkawi, Pulau Lagenda Setiap tempat mempunyai kisah dan cerita yang menarik. Begitu juga dengan Pulau Langkawi yang terletak di dalam negeri Kedah Darul Aman. Langkawi juga digelar Permata Kedah. Langkawi memiliki 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau utama dikenali sebagai Pulau Langkawi. Keistimewaan dan keunikan Langkawi: Tempat-tempat Menarik di Langkawi, antaranya: Dataran Helang Pantai Chenang Makam Mahsuri Tasik Dayang Bunting • Cerita warisan mitos dan lagendanya. Kisah yang sering dikaitkan dengan Langkawi ialah kisah Mahsuri. Kisah Mahsuri ialah tentang seorang wanita yang baik tetapi difitnah. Akhirnya Mahsuri yang tidak bersalah dihukum bunuh. • Penganugerahan status "Geopark" oleh UNESCO. Anugerah ini diberi kepada Langkawi kerana mempunyai binaan batu kapur yang unik, gua, gerbang laut dan fosil-fosil yang terhasil sejak jutaan tahun. 120 • Murid melayari Internet untuk mendapatkan informasi tambahan tentang Langkawi dengan bimbingan guru. • Murid juga mendapatkan maklumat tentang keistimewaan dan keunikan tempat tinggal mereka dengan bimbingan guru.


Buku Skrap Sejarah Tempat Tinggal Saya Tujuan: Mengenali tempat tinggal. Peralatan dan bahan: • Gunting • Gam • Kertas A4 • Kertas warna • Pen penanda pelbagai warna • Penebuk lubang • Reben Langkah-langkah: 121 Jom buat 1. Tuliskan alamat dan lokasi tempat tinggal anda pada kertas dengan menggunakan pen penanda pelbagai warna. 2. Tuliskan aktiviti masyarakat setempat tempat tinggal anda. 3. Carikan maklumat tentang asal usul dan keistimewaan tempat tinggal anda menggunakan Internet. 4. Cetak maklumat dan tampal pada kertas warna. 5. Hiaskan buku skrap anda dengan corak yang menarik dan kreatif. 6. Tebuk bahagian tepi kertas dan ikat dengan reben. 7. Buku skrap anda sedia dipamerkan. • Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru. • Murid berkongsi maklumat tentang sejarah tempat tinggal dalam media sosial. 7.1.2


Lokasi Tempat Tinggal Keistimewaan Tempat Tinggal Imbas Maklumat Contoh: Kedudukan sesuatu tempat. Bahagian dalam sesebuah negeri. Kuantan, Kawasan yang di bawah perintah seorang penghulu. Kuala Kuantan 2, Daerah yang berada di bawah pemerintahan seorang sultan atau raja. Pahang Darul Makmur. No. 456, Jalan Seri Inderapura 9, • Asal usul tempat tinggal • Aktiviti masyarakat NO. 123, JALAN SETIA ALAM 3, TAMAN SETIA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN . Tempat Nombor Rumah Nama Jalan Poskod Nama Negeri 122


Alamat rumah Lokasi tempat tinggal Keistimewaan tempat tinggal Aktiviti masyarakat setempat Penilaian 123 1. Baca petikan di bawah. Tandakan (✓) pada jawapan yang betul. a. Di manakah Mashitah tinggal? Bandar ( ) Kampung ( ) b. Apakah poskod tempat tinggal Mashitah? 43200 ( ) 50678 ( ) c. Namakan jenis kediaman Mashitah. Rumah tradisional ( ) Rumah teres ( ) d. Apakah keistimewaan tempat tinggal Mashitah? Terdapat prasarana atau kemudahan awam ( ) Keindahan alam semula jadi ( ) 2. Lengkapkan jawapan tentang tempat tinggal anda. Mashitah dan keluarganya tinggal di No. 22, Jalan Harmoni 13, Taman Harmoni Setia, 50678 Kuala Lumpur. Rumahnya terletak berhampiran dengan KL Sentral. Selain itu, tempat tinggal Mashitah juga disediakan dengan pelbagai kemudahan awam seperti balai polis, klinik, dan pejabat pos.


124 • Murid menjawab soalan yang diberi dengan bimbingan guru. 3. Jawab soalan berikut dan cari jawapan dalam ruangan di bawah. a. Aktiviti masyarakat setempat dibahagikan kepada dua, iaitu aktiviti ___________ dan sosioekonomi. b. Aktiviti sosioekonomi bagi masyarakat setempat ialah di luar bandar, bandar, ____________ dan pergunungan. c. Sosiobudaya melibatkan aktiviti yang merapatkan hubungan masyarakat di sesebuah tempat _____________. d. Aktiviti masyarakat setempat yang melibatkan kerjasama semua anggota masyarakat untuk menjaga kebersihan kawasan perumahan ialah __________________. G B B S Q D C O B B O B R B T P Z S V R J O A B I C B B N N B O B K B G T U B U J U R A E U E M E O I N D N I N Y B S A S W A O Z A Y A V N N L W A Y B A G B K P B Y Q T I N G G A L


Refleksi Diri 125 Saya faham Saya tidak faham Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini: • Saya boleh menyatakan dengan jelas tentang nama tempat tinggal saya. • Saya boleh menerangkan dengan jelas tentang lokasi tempat tinggal saya. • Saya boleh menerangkan dengan jelas tentang asal usul tempat tinggal saya. • Saya boleh menyertai aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat setempat di tempat tinggal saya. • Saya boleh menceritakan tempat tinggal saya.


Kepimpinan yang baik sangat diperlukan bagi mentadbir sesebuah negeri. Setiap negeri di Malaysia ditadbir oleh seorang pemimpin tertinggi yang dikenali sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri. 126 Unit 8 PEMIMPIN


Rujukan kehormat untuk Menteri Besar dan Ketua Menteri ialah Yang Amat Berhormat, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. (Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=berhormat&d=175768&). Celik Ilmu 127


Setiap negeri mempunyai ketua negeri sebagai pemerintah yang mentadbir sesebuah negeri. Gelaran dan pelantikan setiap ketua negeri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Negeri-negeri yang mempunyai raja seperti negeri Perlis, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, dan Kelantan dipimpin oleh pemimpin negeri yang dikenali sebagai Menteri Besar. Gelaran dan pelantikan setiap pemimpin negeri berbeza dengan negeri yang lain. 8.1 PEMIMPIN NEGERI • Murid mencari maklumat, iaitu nama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi setiap negeri di Malaysia dengan bimbingan guru. Negeri-negeri yang menggunakan gelaran Menteri Besar Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar ialah negeri yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Johor Kedah Perlis Selangor Negeri Sembilan Kelantan 8.1.1 Pemimpin setiap Negeri 8.1.1 Kenali Pemimpin Negeri 128


Negeri-negeri yang menggunakan gelaran Ketua Menteri Negeri yang mengamalkan sistem pemerintahan tidak beraja dipimpin oleh Ketua Menteri. Perak Sabah Pulau Pinang Pahang Sarawak Melaka Terengganu Celik Ilmu Pemilihan Menteri Besar atau Ketua Menteri dilakukan oleh Ketua Negeri, iaitu Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri. Nilai Murni Pemimpin negeri yang bertanggungjawab akan dihormati oleh rakyat. 129


Antara peranan yang dilakukan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ialah: Tugas Menteri Besar dan Ketua Menteri Siapakah nama pemimpin di negeri kelahiran anda? Gelaran jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri diwujudkan semasa zaman Pemerintahan British di Tanah Melayu pada tahun 1948. Celik Ilmu Memilih ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dilantik oleh ketua negeri. Menasihati sultan, raja atau Yang di-Pertuan Besar dalam pelantikan ahli-ahli kerajaan negeri. Melaksanakan tugas sebagai ketua eksekutif negeri. Mengurus tadbir kerajaan negeri. Peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri Mengetuai mesyuarat kerajaan negeri. 130


1. Tuliskan MENTERI BESAR atau KETUA MENTERI pada nama-nama negeri yang diberi. Kedah Johor Perak Sabah Sarawak Pulau Pinang Selangor Pahang 2. Isikan rajah di bawah dengan peranan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Peranan Menteri Besar atau Ketua Menteri Latihan 131


Ketua Menteri Sarawak Nama: Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Tarikh Lahir: 4 Ogos 1950 Tempat Lahir: Limbang, Sarawak Jawatan: Ketua Menteri Sarawak yang keenam Tugas: Melaksanakan tugas sebagai ketua eksekutif negeri. Minat: Membaca buku dan memancing. 8.1.2 Sikap: • Pemimpin berjiwa rakyat. • Masyarakat tempatan menghormati beliau kerana beliau lahir daripada keluarga pemimpin Sarawak yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Sumbangan Bakti kepada Masyarakat: • Memastikan rakyat yang berbilang agama dan kaum dapat hidup secara aman. • Menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat. • Melaksanakan projek bekalan air bersih ke kawasan pedalaman. • Menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bantuan pendidikan kepada murid yang cemerlang. • Murid menceritakan tentang seorang pemimpin negeri dengan bimbingan guru. Kenali Pemimpin Negeri Memerihalkan Pemimpin Negeri Setiap negeri mempunyai pemimpin negerinya sendiri. Bagi Sarawak, pemimpin negerinya diberi gelaran Ketua Menteri. Mari kita kenali pemimpin Negeri Sarawak. 8.1.2 132


Album Mini Pemimpin Negeri Tujuan: Mengenali Pemimpin Negeri di Malaysia. Langkah-langkah: 1. Layari Internet untuk mendapatkan maklumat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi semua negeri di Malaysia. 2. Cetak gambar pemimpin negeri dan tampal pada kertas A4. 3. Tulis maklumat seperti nama dan negeri di bahagian bawah gambar pemimpin negeri. 4. Persembahkan hasil carian anda secara kreatif. 5. Album mini anda siap untuk dipamerkan. Aktiviti • Melahirkan generasi yang cinta akan kesenian, kebudayaan, warisan dan kesedaran hidupan liar. • Menjayakan program belia dan sukan bagi memajukan akitiviti sukan. • Membantu peniaga-peniaga kecil. • Memperkenalkan dasar baharu iaitu ekonomi digital. Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/senarai-menteri-besar-danketua-menteri/untuk mengetahui senarai nama Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia. (Dicapai pada 1 Ogos 2019). Imbas saya 133 • Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru.


• Murid menceritakan mengenai pemimpin negeri dengan bimbingan guru. Seorang pemimpin yang baik mampu memberikan contoh terbaik dan disegani oleh rakyat. Pemimpin juga memberikan sumbangan kepada kemajuan sesebuah negeri yang mana sumbangan tersebut akan dikenang sepanjang zaman. 8.1.3 Pemimpin Negeri yang Dihormati 8.1.3 Amanah Disegani rakyat Berjiwa rakyat Berpengaruh Ciri-ciri Pemimpin Negeri yang Dihormati Berwibawa Berintegriti Peranan Pemimpin Negeri kepada Masyarakat dan Negeri • Mewujudkan perpaduan antara masyarakat setempat. • Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan. • Meningkatkan taraf ekonomi negeri. • Membantu peniaga atau usahawan dengan menyediakan bantuan kewangan dan tapak berniaga. • Menjayakan program belia yang melibatkan penyertaan semua masyarakat atau rakyat. • Menyediakan kemudahan asas dan prasarana yang baik kepada rakyat. Berintegriti Mempunyai kejujuran dan ketulusan. Glosari 134


Deklamasikan sajak berikut di hadapan kelas. • Murid mendeklamasikan sajak dengan bimbingan guru. Pemimpinku, berdirimu di situ, dengan penuh semangat, berjuang untuk kami. Pemimpinku, kau kusanjungi, khidmat baktimu, tiada batas masa, tiada beza bangsa, kami hargai. Pemimpinku, berkhidmat sentiasa, dengan jujur dan amanah, demi membantu kami, yang setia di sisimu. Engkaulah harapan kami, Mentadbir dan memajukan negeri ini, Moga usahamu diberkati, Memakmurkan negeri ini. Tajuk: Pemimpin yang Kusanjung Nukilan: Iman Hadi Aktiviti 135


Tandakan (3) pada ciri-ciri pemimpin yang baik dan (7) pada yang sebaliknya. 1 3 5 2 4 6 Latihan 136


Jom buat Langkah-langkah: Poster Pemimpin Negeri Kebanggaanku Tujuan: Menghasilkan poster pemimpin negeri yang dihormati. Peralatan dan bahan: • Keratan gambar pemimpin • Kertas lukisan • Pensel • Pen warna • Gunting • Gam • Reben Cari keratan gambar pemimpin negeri, foto yang menggambarkan jasa atau sumbangan pemimpin dan bendera negeri daripada Internet. Tampalkan juga foto-foto yang Hiaskan poster mengikut kreativiti. menggambarkan jasa atau sumbangan pemimpin. Tampalkan keratan gambar pemimpin di tengah-tengah kertas lukisan. Tuliskan juga nama dan tampal gambar bendera negeri. 1 3 2 4 137 • Murid melakukan aktiviti ini dengan bimbingan guru.


138 Kedah Kelantan Terengganu Pahang Perlis Perak Selangor Johor Negeri Sembilan Pulau Pinang Melaka Sabah Sarawak Imbas Maklumat Peranan Pemimpin kepada Masyarakat dan Negeri • Menjaga keamanan negeri. • Mewujudkan perpaduan antara masyarakat setempat. • Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan. • Meningkatkan taraf ekonomi negeri. • Membantu peniaga atau usahawan dengan menyediakan bantuan kewangan dan tapak berniaga. • Menjayakan program belia yang melibatkan penyertaan semua masyarakat atau rakyat. • Menyediakan kemudahan asas dan prasarana yang baik kepada rakyat. Pemimpin Negeri Menteri Besar Ketua Menteri


Penilaian 1. Tuliskan BETUL pada peranan Menteri Besar atau Ketua Menteri dan SALAH pada yang bukan. 2. Tuliskan jawapan yang betul. a. Melaksanakan tugas sebagai ketua eksekutif kerajaan pusat. b. Mengurus tadbir kerajaan negeri. c. Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri. d. Mengetuai mesyuarat kerajaan negeri. e. Memilih ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang akan dilantik oleh ketua negeri. a. Seorang pemimpin yang bagus akan memastikan ____________ ekonomi negeri dan rakyat. b. Mewujudkan ________________ antara masyarakat setempat. c. Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan bagi meningkatkan taraf ______________________ negeri. d. Membantu peniaga atau usahawan dengan menyediakan bantuan kewangan dan __________________. e. Menjayakan program ____________________ yang melibatkan semua rakyat. kemajuan ekonomi belia tempat perpaduan 139


3. Tandakan (3) pada ciri-ciri pemimpin yang baik dan (7) pada yang sebaliknya. Bersikap sombong dan angkuh Berkomunikasi dengan baik Leka dan lalai Bijak Bersikap tenang menghadapi cabaran Menghargai orang lain Amanah dan jujur Berjiwa rakyat Mengabaikan kebajikan rakyat 140


Click to View FlipBook Version