Modul Pengajian Am Matrikulasi
MODUL
PENGAJIAN AM
MATRIKULASI
AHMAD NOH
NASRUL ISYAM ABDUL HAMID
2023
ii
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Cetakan Pertama 2023
Penerbitan ©
Teks © Penulis
Reka bentuk : AHMAD NOH
Gambar kulit : Google
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana pihak
mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa-
apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman, atau cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis
daripada penerbit.
ISBN
Diterbitkan oleh:
Pusat Sumber
Kolej Matrikulasi Pahang
Dengan Kerjasama:
Unit Pengajian Am Matrikulasi
Kolej Matrikulasi Pahang
iii
Modul Pengajian Am Matrikulasi
ISI KANDUNGAN2 2.1PRAKATA
PENGHARGAAN
1.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN
KEPIMPINAN
1.1 Komunikasi dalam temu duga
1.2 Kepimpinan Autonomi Dan
Kebertanggungjawaban
1.3 Pengucapan Awam
2.0 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN
STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
2.1 Demokrasi Berparlimen Di Malaysia
2.2 Komponen Utama Sistem Kerajaan
Malaysia
2.3 Pilihan Raya Di Malaysia
2.4 Perlembagaan Persekutuan
2.5 Rukun Negara
3.0 ISU DAN CABARAN NEGARA
3.1 Revolusi Industri
3.2 Dasar Negara : Dasar Pendidikan Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
3.3 Ancaman Dalam Dan Luar Negara
BIBLIOGRAFI
BIODATA PENULIS
iv
Modul Pengajian Am Matrikulasi
PRAKATA
Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah
kurniaNya maka Modul Pengajian Am Matrikuasi Edisi 2 ini
telah dapat dibukukan selepas kelahiran Edisi 1 pada tahun
2021. Alhamdulillah. Modul ini diterbitkan sebagai
perkongsian untuk diguna pakai sebagai garis panduan kepada
pendidik, para pelajar, ibu bapa dan seluruh masyarakat dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan Pengajian Am
Matrikulasi.
Ucapan setinggi penghargaan kepada Puan Latiza A
Latif, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang dan seluruh warga
atas sokongan dan dokongan sehingga terbitnya naskhah kecil
ini demi memartabatkan perjuangan pendidikan khususnya
buat pelajar Program Matrikulasi. Tidak lupa juga buat semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
memberi pandangan dan buah fikiran hingga terhasilnya
modul ini. Sokongan ini cukup besar dan telah memacu iltizam
dan motivasi kami untuk terus menulis demi pendidikan untuk
masyarakat.
v
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Semoga penerbitan Modul Pengajian Am Matrikulasi
Siri 2 ini dapat menambah lagi bahan bacaan dan seterusnya
membantu pelajar ke arah meningkatkan pengurusan kendiri,
kemahiran komunikasi, jati diri dan semangat patriotisme yang
merupakan agenda penting bagi setiap individu dalam
mendepani dunia yang semakin mencabar.
Perkongsian kemahiran insaniah (softskills) dan
kenegaraan dapat melahirkan generasi muda yang cintakan
ilmu, menghayati dan seterusnya mengamalkan dalam
kehidupan sebagai warganegara. Pemahaman yang betul
berkaitan kemahiran insaniah akan membawa kita ke datar
yang gemilang dalam perjalanan kerjaya dan hidup. Sementara
pemahaman yang betul dan jelas tentang negara merupakan
kunci pengukuhan jati diri, kesedaran untuk mempertahankan
negara dan berbangga sebagai warganegara Malaysia.
"Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar,
maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan"
(Imam Syafii)
Ahmad Noh
Nasrul Isyam Abdul Hamid
vi
Modul Pengajian Am Matrikulasi
PENGHARGAAN
Salam Kreatif, Madani, Progresif, Harmoni. Syukur
kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada Unit Pengajian Am
Matrikulasi Pahang kerana memberi kesempatan kepada saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam penerbitan modul ini.
Saya bagi pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Pahang
mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Encik
Ahmad Bin Noh dan Encik Nasrul Isyam Abdul Hamid kerana
telah berjaya berkolaboratif menghasilkan sebuah modul bagi
kegunaan para pendidik dan pelajar dalam meningkatkan
kemahiran insaniah dan memperkasakan ilmu kenegaraan
terutama dalam merakyatkan perlembagaan. Disamping itu
kandungan buku ini memberi nilai tambah kepada kefahaman
pelajar di peringkat pra universiti dalam Program Matrikulasi
terhadap kemahiran komunikasi, temu duga, sistem dan
struktur pentadbiran negara serta memahami perlembagaan
negara dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh semua.
vii
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Idea ini amat bersesuaian dengan moto kolej sebagai
‘Peneraju Kecemerlangan’ dalam melahirkan karamah insaniah
yang memiliki akhlak, integriti, perasaan sayang dan cintakan
negara berlandaskan sumber ilmu pengetahuan yang ada. Saya
juga merasakan perlu diadakan satu gelombang kesedaran
terutama terhadap pentingnya kemahiran insaniah dan
perlembagaan negara untuk difahami oleh semua pelajar.
Semoga dengan kehadiran modul ini mampu memberi
lagi kefahaman kepada seluruh pendidik dan pelajar tentang
kemahiran insaniah disamping betapa perlunya penghayatan
berkaitan dengan kenegaraan. Ingatlah pesanan keramat
ilmuan pendidikan yang sentiasa mengingatkan generasi untuk
terus kuat berusaha dan mementingkan ilmu. Ujarnya:
"Ilmu tanpa amal adalah kegilaan, dan amal tanpa
ilmu adalah kesia-siaan."
(Imam Ghazali)
Semoga ilmu yang bakal dicurahkan dan dihadam akan
memberi manfaat buat pewaris negara demi agama, bangsa
dan negara tercinta. Sekian, terima kasih.
Puan Latiza A Latif
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
viii
Modul Pengajian Am Matrikulasi
ix
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1.0
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
DAN KEPIMPINAN
Komunikasi Yang Baik
Bagaikan Belayar Di Laut
Yang Tenang
1
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1.1 KOMUNIKASI DALAM TEMU DUGA
1.1.1 ASAS KOMUNIKASI
Komunikasi
A. Pengenalan
Komunikasi amat penting dalam kehidupan individu.
Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional Intelligence
kecerdasan sahaja tidak mampu untuk menjamin kejayaan
seseorang itu dalam hidup kerana kejayaan itu perlu disertai
dengan kemantapan emosi atas rasional keupayaan individu
dalam mengawal emosinya dan emosi orang lain merupakan
individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
2
Modul Pengajian Am Matrikulasi
berkomunikasi. Oleh itu kemahiran berkomunikasi dengan
baik perlu dikuasai oleh setiap individu bagi memastikan
urusan seharian dengan individu lain berjalan dengan lancar.
B. Definisi Komunikasi
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, komunikasi
dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau
dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll), komunikasi
massa atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada
orang ramai amnya, berkomunikasi berhubungan (secara
langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll),
mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-
tukar pendapat, dll)
Berasal daripada perkataan Latin berbunyi
communicare, dalam Bahasa Inggeris berbunyi To make
common, to share dan dalam Bahasa Melayu ‘untuk
mewujudkan persamaan’. Dari sudut perspektif Islam pula
ialah proses penyampaian atau bertukar perutusan dan
maklumat dengan menggunakan kaedah yang terdapat di
dalam Al Quran dan Hadis.
Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver
(2001) mendefinisikan komunikasi adalah proses membentuk
3
Modul Pengajian Am Matrikulasi
dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan,
interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam.
Kesimpulannya bahawa komunikasi ini adalah satu proses
apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan bagi
menyampaikan maklumat secara lisan atau bukan lisan yang
akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.
C. Elemen Komunikasi
Model Elemen Asas Komunikasi
1. Penyampai - Untuk memastikan komunikasi berlaku secara
berkesan, penyampai haruslah mematuhi beberapa perkara.
Penyampai haruslah jelas tentang mesej yang disampaikannya,
teliti dengan bait mesej yang ingin disampaikannya, pasti
dengan mesejnya, pasti dengan kepentingan mesejnya,
4
Modul Pengajian Am Matrikulasi
menggurangkan gangguan yang mungkin diterima penerima
dan sebagainya.
2. Mesej - Mesej yang disampaikan akan dihantar dengan
menggunakan perkataan, simbol, ayat, atau bahasa tertentu
bagi menggambarkan makna sesuatu mesej.
3. Saluran - Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui
saluran tertentu. Saluran ini boleh berbetuk lisan, tidak lisan,
tulisan atau lain-lain. Saluran mempengaruhi juga
keberkesanan sesuatu komunikasi itu.
4. Penerima - Orang yang menjadi sasaran mesej.
5. Maklum Balas - Tindak balas terhadap penerimaan mesej.
Boleh berbentuk Lisan atau Tidak lisan
6.Gangguan- Perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan
komunikasi. Akibatnya, maklumat yang dihantar kemungkinan
tidak dapat diterima ataupun kurang jelas.
5
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Gangguan Dalam Komunikasi
D.Bidang Komunikasi
Perkembangan Bidang Komunikasi Di Malaysia Fasa
Pertama Sebelum Merdeka (1957) dipengaruhi oleh bidang
kewartawanan. Surat khabar (media cetak) berperanan
menyuntik semangat nasionalisme bagi membantu perjuangan
menuntut kemerdekaan. Sewaktu ini, bidang komunikasi
belum diwujudkan sebagai bidang pengajian formal. Fasa
Kedua bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan mula
berkembang dan mendapat perhatian apabila BERNAMA
ditubuhkan pada tahun 1968. Fasa Ketiga pula baharu mula
muncul selain kewartawanan dan penyiaran seperti bidang
6
Modul Pengajian Am Matrikulasi
pendidikan komunikasi. Fasa Keempat bermula sekitar 1980-
an berperanan sebagai bidang komersial.
Bidang Komunikasi
Komunikasi Intrapersonal
Komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
Seseorang yang berfikir tentang sesuatu perkara
sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi
dengan dirinya.
Kita sering bermonolog dengan diri kita untuk
membuat pilihan.
keputusan, memberikan sebab dan akibat.
7
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Komunikasi Interpersonal
Komunikasi antara individu.
Proses komunikasi melibatkan dua orang atau lebih.
Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan
sebarang perantaraan atau saluran tertentu.
Ia juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan
bersahaja.
Komunikasi Kumpulan
Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh
semua ahli.
Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.
Contoh seperti mesyuarat
Komunikasi Awam
Berucap di khalayak ramai.
Seorang kepada ramai orang.
Contoh seperti taklimat, ceramah, forum, ucapan
pengacara majlis.
pembaca berita, ucapan tetamu dalam majlis, jualan
produk, kempen pilihanraya dll.
8
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Komunikasi Massa
Komunikasi yang berlaku untuk sebaran umum dengan
menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar,
majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.
Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia
mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.
E. Cara Perhubungan dan Corak Komunikasi
Cara Perhubungan dan Corak Komunikasi
9
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Setiap individu mempunyai ‘karektor komunikasi ‘yang
tersendiri. Ada yang sering membangkang, memperkecilkan
orang lain, ‘bermulut longkang’ menyakiti hati orang lain, ada
yang diam saja, terlalu banyak bercakap dan bermacam lagi
ragam. Berikut dijelaskan 4 cara dan corak perhubungan iaitu
pasif, agresif, manipulatif dan asertif.
a. Pasif
1. Corak komunikasi adalah kalah-menang.
2. Tindakan yang tidak dapat menegakkan hak dan
pandangan diri sendiri.
3. tidak menyuarakan pandangan berpunca daripada tidak
yakin kepada diri, bimbang dipersalahkan dan suka mengalah.
4. Orang yang malas berfikir, suka mengumpat, penakut, dan
tidak suka bergaduh.
5. Sikap individu pasif:
-tiada wawasan -rendah diri -tidak yakin -rasa takut
-berfokus kawalan luar -utama orang lain -memujuk
b. Agresif
1. Corak komunikasi adalah menang-kalah.
2. Komunikasi ini boleh ditakrifkan sebagai pencipta masalah
atau konflik antara individu dengan individu yang lain.
10
Modul Pengajian Am Matrikulasi
3. Ia merujuk kepada individu yang kejam dan ingin membuat
orang bawahannya mengikut kata-katanya.
4. Sikap individu agresif:
bersikap defensif -tidak yakin -memperkecilkan orang
-menindas -guna kuasa -suka menyindir -menonjol diri
c. Manipulatif
1. Corak komunikasi adalah kalah-kalah.
2. Individu yang bersikap manipulatif atau manipulator akan
mendorong orang lain lakukan secara paksaan atau ugutan.
3. Mungkin individu tersebut akan mengritik, memarahi atau
mengancam supaya orang lain melakukan sesuatu untuknya.
4. Komunikasi ini juga digunakan untuk mendorong seseorang
melakukan sesuatu, tetapi juga untuk menghentikan orang
tersebut melakukan tindakan tertentu.
5. Sikap individu manipulatif:
- tegas -degil -egois -rendah diri -murung -merosakkan
orang lain -mudah putus asa - balas dendam -suka bergaul
d. Asertif
1. Corak komunikasi adalah menang-menang.
2. Orang yang yakin pada diri sendiri.
11
Modul Pengajian Am Matrikulasi
3. Individu yang dapat menyatakan pandangan dan hak sendiri
dengan jelas dalam cara yang boleh diterima umum.
4. Menghomati hak dan pandangan orang lain.
5. Percaya pada persamaan hak dan asasi.
6. Percapaian berasaskan insiatif dan usaha sendiri.
7. Individu yang bersikap terbuka dan berani menghadapi
masalah dan isu dengan positif.
8. Sikap individu asertif:
menerima pendapat dengan hati terbuka - jujur -
ikhlas
yakin diri - pemikiran positif -menghormati diri dan
orang lain
berterus terang -memberi kepuasan kedua belah
pihak.
F. Tips Komunikasi Berkesan
Keberkesanan Komunikasi
12
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1. Anda sendiri perlu jelas dengan idea yang disampaikan.
2. Anda perlu mengambil kira tetapan/setting
(sosial, budaya, fizikal).
3. Anda gunakan bahasa tubuh/body language yang sesuai
mengikut tetapan/setting yang betul.
4. Anda gunakan kemahiran gerakan badan seperti
hubungan mata, tunduk ke depan, anggukan kepala.
5. Anda jadilah pendengar yang baik. Tumpu sepenuhnya
pada apa yang dibincangkan.
6. Anda perlu elakkan memonopoli perbualan.
13
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1.1.2 TEMU DUGA
Sesi Temu duga sedang berlangsung
A. Pengenalan
Menurut Kamus Dewan temu duga membawa maksud:
1. Tanya jawab antara majikan dengan pemohon kerja dan
lain-lain, interviu.
2. Tanya jawab antara pemberita dengan seorang tokoh politik
dan lain-lain, temu ramah, temu bual, wawancara, interviu;
bertemu duga bertanya jawab.
14
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor
penentu seseorang calon berjaya dalam temu duga. Sebaliknya
ada banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi sama ada
faktor dalaman mahupun luaran. Antara faktor dalaman
seperti keyakinan, kebolehan berinteraksi dan sebagainya.
Manakala faktor luaran seperti tatakelakuan, adab sopan,
kekemasan diri dan banyak lagi. Ini semua adalah merupakan
kemahiran insaniah (soft skills).
Oleh sebab itu kemahiran insaniah tidak boleh
dipandang mudah dan seharusnya aspek ini perlu diberi
perhatian dan diaplikasi dalam hidup seharian oleh semua
calon yang akan melalui proses temu duga. Di dalam modul ini
dinyatakan beberapa tip sebagai panduan ringkas menghadapi
temu duga.
B. Definisi Temu Duga
Temuduga merupakan satu proses yang
membenarkan seseorang majikan/organisasi menilai bakal
pelajar/pekerja bagi prospektif kursus/pekerjaan bersama
majikan/organisasi. Dalam proses ini, majikan/organisasi
15
Modul Pengajian Am Matrikulasi
berharap untuk menentukan sama ada pemohon sesuai atau
tidak dengan kursus/pekerjaan tersebut.
Temu duga biasanya mendahului keputusan
pengambilan, dan biasanya digunakan bagi menilai calon.
Temu duga biasanya didahuluni dengan penilaian resume dari
calon yang berminat, kemudiannya memilih sejumlah kecil
calon bagi temu duga. Temu duga untuk merebut peluang
pekerjaan juga termasuk kejadian jaringan dan pesta
kerjaya/pendidikan.
Temu duga dianggap satu dari proses paling berguna
bagi menilai potensi bakal pelajar/pekerja. Ia juga memerlukan
sumber besar dari majikan, tetapi telah dibuktikan amat boleh
diharap bagi mengenal pasti calon optima bagi
kerja. Temuduga juga membenarkan calon menilai budaya
korporat dan keperluan kursus/pekerjaan.
Temu duga beberapa kali mungkin digunakan jika
terdapat ramai calon atau berdasarkan beberapa keperluan.
Temu duga juga boleh berlaku melalui atas
talian/telefon/video.
16
Modul Pengajian Am Matrikulasi
C. Objektif Temu Duga
1. Membolehkan majikan/organisasi mendapatkan sebanyak
mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran
dan kebolehan calon.
2. Mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang
sesuai dengan kursus/pekerjaan yang ditawarkan.
3. Mengukur sejauh mana tahap pemikiran calon khususnya
dalam perkara pengetahuan am atau hal ehwal semasa.
D. Persediaan Menghadapi Temu Duga
a. Persiapan Awal
Selidik profil universiti/Jabatan/Syarikat.
Kaji kursus/jawatan/bidang yang dipohon.
Semak dengan teliti surat/emel yang dihantar dari
aspek tarikh, masa, tempat dll.
Kenalpasti etika berpakaian yang sesuai dan menepati.
Buat persediaan soalan yang mungkin akan ditanya.
Fikirkan urusan pengangkutan atau urusan internet.
Dapatkan nama dan gelaran panel penemu duga.
Sediakan sijil asal dan salinan.
Ulangkaji pelajaran dan mengetahui Pengetahuan Am.
17
Modul Pengajian Am Matrikulasi
E. Etika Penampilan Diri Ketika Temu Duga
Memakai baju kemeja Memakai seluar slack
lengan panjang berwarna berwarna gelap
cerah Memakai kasut bertumit,
berstoking warna gelap
Bertali leher
LELAKI
Aksesori – jam Rambut,misai &
tangan, klip tali janggut kemas
leher,cincin Tali pinggang dan kasut
warna yang sama - gelap
Etika Penampilan Diri Ketika Temu Duga (Lelaki)
18
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Tidak berpakaian Memakai pakaian yang Memakai tudung
mencolok mata @ sopan dan tidak terlalu dengan kemas/ rambut
seksi terang (striking) disikat rapi/diikat
Memakai kasut WANITA
bertumit
Solekan dan wangian
yang tidak berlebihan
Jangan memakai aksesori yang
keterlaluan
Etika Penampilan Diri Ketika Temu Duga (Wanita)
19
Modul Pengajian Am Matrikulasi
20
Modul Pengajian Am Matrikulasi
b. Semasa Temu duga
Ucapkan salam atau ucapan selamat
Beri tumpuan
Berkeyakinan dan tenang
Elakkan menguasai sesi temu duga, membangga
diri dan bercakap banyak, elak ceritakan masalah
peribadi seperti kesihatan, kewangan dan elakkan
daripada meninggikan suara.
99 peratus temu duga biasanya akan dimulakan dengan
soalan ini. Ramai penemu duga memilih soalan
memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya
soalan lain. Ceritakan nama, umur, asal, kelayakan akademik,
penglibatan aktiviti di sekolah. Antara tujuannya adalah untuk
membina hubungan yang baik antara penemu duga dan calon.
c. Akhir Temu duga
Biar panel temu duga yang tamatkan sesi.
Ucapkan terima kasih dan segera tinggalkan bilik.
Segera tinggalkan bilik temu duga dengan sopan.
21
Modul Pengajian Am Matrikulasi
F. Mengapa Gagal Dalam Temu Duga
Tiada keyakinan diri.
Tiada persediaan.
Kurang Penampilan.
Gagal menguasai komunikasi.
Tidak peka perkembangan semasa.
Kelulusan tidak sesuai.
G. Tip Menarik Perhatian Panel
Elakkan sesi temu duga menjadi hambar.
Yakin terhadap kemampuan diri.
Jaga ketrampilan diri.
Buktikan kemampuan.
Tunjukkan karisma.
- Menyatakan pandangan.
- Bersederhana lontarkan pendapat.
- Tidak memperlekehkan pendapat orang lain.
22
Modul Pengajian Am Matrikulasi
H. Panduan Penyediaan Resume
Curriculum Vitae Resume
Merupakan maklumat Resume sangat umum.
lengkap tentang diri Hanya satu muka surat dan
seseorang calon. Terdiri tidak melebihi dua muka
daripada dua @ tiga muka surat. Objektif resume ialah
surat yang mengandungi melalui bacaan sepintas lalu
maklumat peribadi, latar tentang profil anda yang
belakang akademik, ringkas tetapi padat. Resume
kemahiran, penerbitan, mesti nampak gah, padat
projek, anugerah, kajian- dengan info untuk ‘menjual
kajian yang dijalankan diri’ anda, dengan kata lain
beserta pengalaman kerja bukti kepada mereka yang
yang terperinci dan panjang. anda adalah pilihan terbaik.
Biasanya bersesuaian dengan
pekerja yang ingin
meningkatkan kerjaya dan
golongan profesional.
23
Modul Pengajian Am Matrikulasi
I. Contoh Resume
24
Modul Pengajian Am Matrikulasi
J. Video Resume
Keperluan untuk temu duga pada masa sekarang
semakin berubah dan mencabar. Terkini semakin banyak
organisasi yang menggadakan temu duga sekadar melalui
menonton video yang dihantar oleh calon. Maka dengan itu
setiap pelajar sekarang perlu mendalami ilmu bagi pembikinan
video tersebut yang dinamakan sebagai video resume.
Apa Itu Video Resume? Video resume merupakan
sebuah filem pendek berdurasi 2 hingga 3 minit yang
dihasilkan oleh seseorang calon bagi memperincikan secara
ringkas tentang;
• diri calon,
• latar pendidikan,
• pengalaman,
• kemahiran dan;
• kelayakan yang dimiliki.
• lain-lain maklumat tambahan (mengikut keperluan
organisasi)
Ia merupakan satu bentuk komunikasi sehala secara
lisan dan bukan lisan antara calon dan penilai. Namun sebelum
penggambaran video dibuat pelajar perlu menyediakan papan
25
Modul Pengajian Am Matrikulasi
cerita/story board bagi memastikan di dalamnya terdapat
perkata-perkara penting seperti contoh di bawah.
Contoh Papan Cerita / Story Board Video Resume Individu
Nama : NUR KHAIRINA BINTI MD NOOR
Kelas : 7DSH26
Topik/sub topik Skrip Visual Audio Durasi
-video resume 15 s
Intro - tajuk video - muzik
Tajuk - paparan teks latar
Pernyataan Diri Assalamualaikum dan salam -gambar penyampai -suara 35 s
sejahtera, nama diberi Nur -logo MRSM
Maklumat diri Khairina Binti Md Noor. Saya penyampai
Keluarga merupakan anak kedua
Akademik daripada 3 orang adik
beradik. Saya dilahirkan pada
11 Mei 2003 dan saya menetap
di bachok Kelantan.
Saya telah mendapat
Pendidikan semasa di
peringkat menengah di
Maktab Rendah Sains Mara
Jeli, Kelantan. Saya mendapat
keputusan 5A semasa
Pentadsiran Tingkatan 3, PT3
dan 3A semasa Sijil
Peperiksaan Malaysia SPM.
Saya kini meneruskan
pembelajaran di Kolej
Matrikulasi Pahang sebagai
pelajar aliran sains hayat
26
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Program Pilihan Jika ditnya universiti manakah -visual penyampai -suara 35 s
Sebab Memilih yang menjadi pilihan saya.
Universiti Saya akan memilih Universiti penyampai
Pendidikan Sultan Idris
kerana saya bercita-cita dan
mempunyai minat yang
mandalam untuk menjadi
seorang guru dalam bidang
sains pada masa akan datang.
Antara sebab mengapa saya
memilih upsi kerana upsi
telah melahirkan ramai
graduan bijak pandai. Selain
itu, upsi juga menawarkan
program pendidikan berkualiti
yang holistic. Akhir sekali,
upsi juga memupuk budaya
kecemerlangn dalam
pendidikan dan inovasi.
Kelebihan/ Antara kelebihan yang ada -visual penyampai -suara 45s
Bakat yang ada pada pada diri saya ialah saya penyampai
diri anda seorang yang boleh mengurus
Akademik masa dengan baik dan
Kokurikulum Amanah dengan tugas yg
Kemahiran diberikan. Buktinya saya boleh
melaksanakan tugas yang
diberikan dengan baik semasa
saya memegang jawatan di
sekolah menengah. Saya
sesorang yang boleh bekerja
dalam kumpulan dan sangat
teliti Ketika melakukan
tugasan.
Sepanjang pengajian saya di
Maktab Rendah Sains Mara
Jeli saya telah memegang
jawatan sebagai ahli aktif
Program Usahawan Muda PUM
semasa di tingkatan 2. Selain
itu, saya juga memegang
27
Modul Pengajian Am Matrikulasi
jawatan sebagai bendahari
pengawas pusat sumber
semasa di tingkatan 4 dan 5.
Saya juga telah melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti
kokurikulum seperti saya
telah menyertai sukan bola
jaring super peringkat zon
timur pada tahun 2019.
Seterusnya, saya menyartai
bola jaring peringkat MSSD
pda tahun 2018-2019. Di
samping itu, saya juga telah
mengikuti program CSR di
Sekolah Kebangsaan Sungai
Rual pada tahun 2018.
Hala tuju karier Selepas menamatkan -visual penyampai -suara 10 s
selepas bergraduasi pengajian di Universiti penyampai
Pendidikan Sultan Idris, saya
berhasrat untuk menjadi guru
bagi subjek sains di mana-
mana sekolah untuk
menambahkan lagi
pengalaman saya untuk
menjadi seorang guru yang
berwawasan pada masa akan
datang
Harapan Saya berharap pihak -visual penyampai -suara 20 s
universiti akan dapat
mempertimbangkan penyampai
permohonan. Saya akan -muzik
berusaha. Jika diberi peluang
latar
untuk melanjutkan pelajaran
di UPSI saya akan berusaha
untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang seterusnya
seorang pendidik yang terbaik
pada masa akan datang.
28
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1.2 KEPIMPINAN, AUTONOMI DAN
KEBERTANGGUNGJAWABAN
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi
pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu organisasi.
Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan
pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai
struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan
pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.
Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi
memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di
rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan
organisasi tersebut.
Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah
organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang
pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg
plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit
dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli
tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-
pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.
29
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh
di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama
amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka
mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah
pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima
arahan.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada
mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada
arahan begitu juga dengan pemimpin,mereka akan berasa
berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di
perlakukan baik kepadanya.
Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah
mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja/kumpulan di
dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.
30
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Definisi Autonomi - Hak mengurus pemerintahan
(pentadbiran, dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau
pengendalian oleh pihak lain), mempunyai hak atau kuasa
sendiri ~Kamus Dewan Edisi Keempat~
Definisi Kebertanggungjawaban pula - Kewajiban
seseorang untuk bertanggungjawab terhadap keputusan atau
tindakan yang dibuat bagi pihak tertentu (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
Elemen Asas Kepimpinan
31
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Gaya Kepimpinan
DEMOKRATIK
Menggalakkan penglibatan dan
penyertaan dari ahlinya tentang
tindakan dan pembuatan keputusan
• Supportive Leader
AUTOKRATIK
Seorang yang dogmatik dan positif,
memerlukan ahlinya untuk menurut
perintah yang diarahkannya dan
memimpin mengikut kebolehannya
• Structuring Leader
LAISSEZ-FAIRE
Melibatkan sedikit penggunaan
kuasanya dan memberikan ahlinya
kebebasan untuk mengendalikan
kerja mereka
32
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Ciri-Ciri Kepimpinan
Komunikasi Kepimpinan
Gaya, kaedah, dan strategi komunikasi yang digunakan
oleh pemimpin semasa menjalankan peranan dan tugas formal
pemimpin dalam sesebuah organisasi. Tugas formal tersebut
termasuklah memberi arahan, taklimat dan penjelasan
memberikan tunjuk ajar, teguran dan nasihat,
mempengerusikan mesyuarat, menyelia, menyelaras,
mendapatkan maklumat dan sebagainya.
33
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1.3 PENGUCAPAN AWAM
A. Pengenalan
Pengucapan awam adalah merupakan satu disiplin
ilmu. Satu bentuk saluran komunikasi pertuturan sebagai
landasan penyampaian. Disiplin ini dilakukan dalam situasi
yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang hendak
diucapkan di hadapan khalayak ramai. Perasaan takut,
gementar dan berdebar-debar adalah perasan yang biasa
dirasai oleh setiap individu yang hendak berucap.
Pengucapan Awam
B. Definisi
Dalam bukunya Panduan Pengucapan Awam (1994)
oleh Abdul Mua’ti @ Zambri Ahmad menjelaskan bahawa
perucapan umum menggunakan anggota komunikasi
verbal dan bukan verbal. Yang dimaksudkan dengan
34
Modul Pengajian Am Matrikulasi
anggota komunikasi verbal ialah mulut iaitu dalam proses
pembentukan suara dan perkataan.
Anggota komunikasi bukan verbal pula ialah seluruh
tubuh perucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada
suara dan memek muka.
C. Elemen Pengucapan Awam
pengucap
ucapan ELEMEN audien
situasi
Elemen Pengucapan Awam
C. Jenis-Jenis Pengucapan Awam
Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa
Menyampaikan Pengucapan Awam
Menukar gaya bercakap
Mengaku lupa idea
Berhenti-tiba-tiba
Meminta maaf berulang kali
35
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Menyalahkan masa
Huraian panjang
D. Perkara Mustahak Dalam Pengucapan Awam
a. Bahasa badan/tubuh
Mimik Muka
Bayangkan berapa banyak maklumat yang boleh
disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman
ataupun berkerut dahi. Mimik muka boleh
menggambarkan kebahagiaan, kesedihan, kemarahan,
dan ketakutan.
Kepala
Mata
Bahu
Tangan dan Jari
Anggota-anggota lain
b. Pengawalan Suara
Kelantangan
Nada
Jeda (berhenti sebentar)
Pengulangan
Sebutan tepat
36
Modul Pengajian Am Matrikulasi
2.0
DEMOKRASI BERPARLIMEN
DAN SISTEM PENTADBIRAN
NEGARA
37
Modul Pengajian Am Matrikulasi
2.1 DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Negara
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007)
mendefinisikan negara sebagai suatu masyarakat yang
menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah
kerajaan, kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu
dan segala yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan
kawasan di bawah satu kerajaan). Istilah negara atau state
sering dikaitkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dll.
Sementara dalam Sains Politik istilah itu mempunyai
pengertian yang berbeza mengikut konteks penggunaannya.
Negara Bangsa
Negara bangsa mesti mempunyai 3 komponen utama iaitu
negara, individu dan bangsa. Antara ciri-ciri Negara Bangsa
adalah:
Masyarakat yang tinggal dalam sesebuah negara hidup
bersatu padu tanpa dipisah oleh fahaman perkauman yang
sempit seperti kepercayaan, bahasa, kedaerahan, budaya,
pekerjaan, tempat tinggal dll.
Sebilangan besar rakyat mesti berpegang pada ideologi
politik yang sama iaitu demokrasi. Perbezaan yang wujud
hanya dari segi kaedah cara mencapai matlamat.
38
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada sistem
pemerintahan dan undang-undang negara dengan
mematuhi dan yakin bahawa undang-undang dan system
pentadbiran mampu memberi perlindungan dan keadilan.
Latar Belakang Pemerintahan Negara
Rakyat Malaysia perlu memahami realiti dan fakta
bahawa Sistem Pemerintahan Beraja atau Sistem Kesultanan
adalah asas dalam peradaban politik Malaysia. Pakar Sejarah
Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
merumuskan bahawa Kesultanan Melayu Melaka yang
merupakan sebuah empayar adalah pengasas sistem politik
dan berkerajaan di Tanah Melayu.
39
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Kita sewajarnya memahami dan menghayati kerangka
sistem pemerintahan negara. Hakikatnya, sistem
pemerintahan negara menggabungkan dua sistem yang utama
iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi
Berparlimen. Pelaksanaan kedua-dua sistem ini diputuskan
dalam rundingan kemerdekaan di London pada tahun
1956/57. Rundingan tersebut melibatkan tiga pihak iaitu
Pejabat Tanah Jajahan, Majlis Raja-raja Melayu dan Parti
Perikatan UMNO-MCA-MIC. Ketiga-tiga pihak akhirnya
bersetuju dan memegang erat kewujudan sistem
pemerintahan negara pascamerdeka. Kemuncaknya Tunku
Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan negara
pada 31 Ogos 1957 di hadapan Majlis Raja-raja dan rakyat
jelata.
Dalam sistem pemerintahan di Malaysia, Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan merupakan dua
elemen penting. Sistem pemerintahan ini telah dikanunkan
dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 dan
diperluaskan ke Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri
itu menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Mengikut Perkara 32 dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang
di-Pertuan Agong diperuntukkan sebagai Ketua Negara dengan
40
Modul Pengajian Am Matrikulasi
memakai gelaran rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Juga dinyatakan perihal demokrasi berparlimen
antaranya pada Perkara 44 dan 45.
Kini Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,
Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan
Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah
menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi
seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan
Malaysia untuk ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat
beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-
negeri dan setiap negeri tersebut diberikan hak untuk
mentadbir perkara-perkara tersebut seperti tanah, air, galian
dan agama Islam.
41