Modul Pengajian Am Matrikulasi
Konsep Demokrasi Berparlimen
Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak
demokrasi sejak kemerdekaan sehingga sekarang. Kerajaan
demokrasi berparlimen bermaksud suatu pemerintahan yang
menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin
negara atau tampuk pemerintahan. Rakyat diwakili oleh wakil-
wakil yang dipilih melalui Pihan raya.
42
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan
sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat yang
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.
Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Eksekutif (pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini
negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan
konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian
kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan,
pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang
telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di
tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat beberapa perkara
yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap
43
Modul Pengajian Am Matrikulasi
negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara
seperti agama Islam, air, tanah dan galian.
Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara
perwakilan yang dilakukan melalui proses pilihan raya.
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan dua dewan iaitu Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
Konsep Raja Berperlembagaan
Panji-Panji Diraja
Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik
dan penting di Malaysia. Menurut Tun Mohamed Salleh
Abas di dalam buku beliau yang berjudul “Prinsip
Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia”,
Pemerintahan Beraja merupakan salah satu daripada
unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
44
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan Yang di-
Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah
Menteri. Manakala raja/sultan sesebuah negeri bertindak
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO).
Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan Ketua Negara.
Manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di
peringkat negeri pula Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri
adalah Ketua Negeri. Manakala Menteri Besar/Ketua
Menteri ialah Ketua Kerajaan Negeri.
Ketua Negara - Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Walaubagaimanapun, semasa zaman penjajahan
British, keadaan telah berubah kerana kuasa mutlak Raja-
Raja telah mula hilang secara beransur-ansur. Bermula
daripada Sistem Residen yang menghendaki Raja-Raja
45
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Melayu menerima seorang penasihat British hinggalah
penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, dapat dilihat
bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan
kedudukan Raja-Raja Melayu.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, sistem pemerintahan beraja sebelumnya telah
dikekalkan. Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan
dengan konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di
negara kita. Muncullah Konsep Raja Berperlembagaan
yang bermakna, kuasa raja yang dibatasi oleh
perlembagaan.
Raja/Sultan berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah
Perlembagaan Negeri pada masa kini. Sistem Kerajaan di
negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri
dan sebuah kerajaan pusat. Setiap negeri mempunyai
seorang Raja/Sultan atau Yang Dipertua Negeri yang
merupakan Ketua Negeri seperti mana yang disebutkan
dalam perenggan 58 Suruhanjaya Reid: “Yang di-Pertuan
Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi
seorang pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti
bertindak atas nasihat menteri dalam segala perkara
berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi
simbol perpaduan negara.”
46
Modul Pengajian Am Matrikulasi
2.2 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Pengenalan
Sejarah sistem pentadbiran dalam negara bermula
secara sistematik ketika Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bagi
melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan
Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang
tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan
pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka.
Dalam sistem pentadbiran ini, Sultan mengetuai teraju
pemerintahan dibantu oleh Pembesar Berempat yang terdiri
daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar
Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh
Dua.
47
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja (Conference of Rulers) merupakan
sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38
Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan
berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu,
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya
memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan
pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak
pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa
tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Hubungan Ketua Negara (YDPA) dan 3 badan yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran Negara
48
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Fungsi dan tugas majlis raja-raja melayu adalah seperti berikut:
Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan YDPA.
Mempersetujui dan tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh
Persekutuan.
Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas.
Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau
meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-
hukuman ke atas seseorang.
Melantik seorang wakil untuk menganggotai Majlis
Angkatan Tentera dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Badan Perundangan/Legislatif
1. Parlimen (badan perundangan persekutuan.)
2. Dewan Undangan Negeri (badan perundangan negeri).
3. Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi.
4. Tanggungjawabnya ialah menggubal dan meluluskan
undang-un dang persekutuan melalui YDPA, Dewan Rakyat
dan Dewan Negara.
49
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur
5. Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi.
6. Bidangkuasanya terbahagi kepada 3 komponen iaitu
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, Senarai Bersama.
7. Komponen Parlimen terdiri daripada Yang diPertuan
Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
8. Parlimen juga berfungsi dalam Bahaskan hal ehwal
kerajaan dan negara, bahaskan belanjawan negara,
bahaskan rang undang-undang, bahaskan pindaan undang-
undang, mengawal kewangan kerajaan (cukai dan kadar),
menjadi forum kritikan rakyat tentang dasar dan tindakan
kerajaan, membenarkan badan perundangan negeri
membuat undang-undang negeri.
50
Modul Pengajian Am Matrikulasi
9. Keistimewaan Parlimen pula adalah Prosiding di parlimen
tidak boleh dipersoalkan, Prosiding di parlimen tidak boleh
didakwa, Berkuasa membuat peraturan Dewan, Berkuasa
menghukum ahli Dewan yang melanggar peraturan
Dewan.
10. Persidangan Parlimen yang pertama
Sidang pertama dalam tempoh 120 hari selepas tarikh
bubar atau 90 hari selepas pilihanraya atau 160 hari
dari tarikh sidang sebelum dewan bubar.
Sidang pertama mengandungi titah ucapan YDPA,
perancangan takwim selama 5 penggal.
Kalendar sidang ditentukan oleh Perdana Menteri.
Melantik Yang diPertua Dewan.
Ahli dewan angkat sumpah.
Fungsi YDPA
Memanggil parlimen bersidang dalam tempoh masa 6
bulan dengan sidang sebelumnya.
Memperkenankan rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara
sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan. Jika tidak
diperkenankan YDPA dalam masa 30 hari, rang
undang-undang akan dianggap sudah diperkenankan.
Rang undang-undang akan menjadi undang-undang
51
Modul Pengajian Am Matrikulasi
dan diwartakan setelah Penyimpan Besar Raja-Raja
mengenakan Cop Mohor Besar atas perintah YDPA.
Mempersetujui pembubaran atau memberhentikan
persidangan parlimen (berhak tidak ikut nasihat
Perdana Menteri).
Memberi ucapan dan merasmikan pembukaan
parlimen sahaja (YDPA tidak mengikuti persidangan
parlimen).
Dewan Negara
1. Juga dipanggil Senat dan Ahlinya dikenali sebagai Senator.
2. Fungsi Dewan Negara:
Membahaskan rang undang-undang yang dibentuk
oleh Dewan Rakyat.
Menangguhkan rang undang-undang (kewangan
30 hari, bukan kewangan 1 tahun) yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tiada kuasa
menolaknya.
Menyemak dan meluluskan rang undang-undang.
Tiada kuasa mengusulkan rang undang-undang
kewangan.
Berkuasa menambah atau mengurangkan bilangan
ahli dewan.
52
Modul Pengajian Am Matrikulasi
3. Keahlian Dewan Negara - Berumur > 30 tahun,
Warganegara Malaysia, Bermastautin di Malaysia dan
Sempurna akal.
4. Keanggotaan Dewan Negara/Senat:
Jumlahnya 70 orang.
Tempoh jadi senator ialah selama 3 tahun
sepenggal dan maksimum 6 tahun ( 2 penggal).
Tempoh jawatan tidak terjejas walaupun parlimen
bubar.
26 daripada jumlah ialah 2 orang wakil bagi setiap
negeri dan Kuala Lumpur manakala satu masing-
masing untuk Labuan dan Putrajaya.
44 daripada dilantik oleh YDPA. Mereka ini
kebiasaannya individu yang cemerlang dalam
perkhidmatan awam/bidang-bidang lain/khidmat
masyarakat/mewakili kaum dan golongan minoriti.
Senator yang dilantik kerana ganti yang bercuti
atau meninggal dunia tempoh nya mengikut
bakinya sahaja.
5. Komponen Dewan Negara teridiri daripada Speaker,
Timbalan Speaker, Setiausaha Dewan dan Ahli Dewan
Negara.
53
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Dewan Rakyat
1. Tempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi
masyarakatnya.
2. Parti atau gabungan yang menang undi majoriti dalam
pilihan raya umum akan membentuk kerajaan.
3. Pemimpin parti politik yang dapat kepercayaan majoriti
ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
4. Jika PM hilang suara terbanyak Dewan Rakyat, maka PM
kena letak jawatan.
5. Fungsi Dewan Rakyat:
Menggubal rang undang-undang.
Membahaskan rang undang-undang.
Membahaskan dasar-dasar kerajaan.
Membahaskan masalah rakyat.
Mencapai kata pemutus berhubung undang-
undang kewangan.
Mengkaji semula rang undang-undang yang
ditangguhkan oleh Dewan Negara.
Meluluskan rang undang-undang kewangan
sebelum dipersembahkan kepada Yang diPertuan
Agong.
54
Modul Pengajian Am Matrikulasi
6. Keahlian Dewan Rakyat - Berumur > 21 tahun,
Warganegara Malaysia, bermastautin di Malaysia dan
sempurna akal.
Dewan Rakyat
Badan Pentadbiran/Eksekutif
Badan Eksekutif juga disebut dan dikenali sebagai
Pemerintah atau Kerajaan di dalam sistem Parlimen. Badan ini
bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang yang
diluluskan oleh pihak legislatif. Ketua eksekutif di dalam
sebuah negara dipanggil Perdana Menteri. Badan ini
merangkumi banyak sektor kerajaan antaranya meliputi
pelbagai kementerian, jabatan, kerajaan tempatan dan juga
agensi kerajaan. Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan
pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat
oleh Badan Perundangan.
55
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak
kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang
diberikuasa oleh Jemaah Menteri untuk menjalankannya.
Perlantikan Jemaah Menteri adalah bertujuan untuk
menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugas-
tugasnya.
Peranan Ahli Parlimen di mana mereka juga
bertanggunjawab dalam soal-jawab seperti menyoal menteri
yang berkenaan tentang hal-ehwal dan perjalanan dalam
kementeriannya. Peranan Pembangkang, walaupun dalam
polisi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah
prinsip check and balance adalah merupakan konsep yang
amat penting. Ini turut diamalkan di negara kita apabila setiap
penggal pasti ada seorang ahli parlimen yang akan dilantik
sebagai ketua Pembangkang bagi mewakili blok pembangkang.
56
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Badan Kehakiman/Judisiari
Badan Kehakiman ialah badan yang menjalankan
kuasa kehakiman di negara ini. Tertakluk kepada Perkara 121
(1) Perlembagaan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah
terletak pada Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah
Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Makhamah Bawahan
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-undang
Persekutuan. Kuasa Kehakiman adalah terletak pada
Mahkamah Agong, Mahkamah- Mahkamah Tinggi, Mahkamah-
Mahkamah Bawahan. Pada masa ini, Mahkamah Agong ialah
mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Yang Dipertua
Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara.
Hierarki Mahkamah Terkini
57
Modul Pengajian Am Matrikulasi
2.3 PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Pilihan raya termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan dalam Perkara 113 hingga 120. Juga terdapat
dalam Perlembagaan Negeri. Undang-undang lain yang
berkaitan boleh juga dirujuk melalui Akta Pilihan Raya 1958.
Diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan
dibubarkan lebih awal. Pilihan raya diadakan untuk memilih
kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri.
Pilihan raya terbahagi kepada dua jenis iaitu Pilihan
Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK). Pilihan raya
akan bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) kepada Pegawai Pengurus. Pada
masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan
tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
58
Modul Pengajian Am Matrikulasi
1. Hari Penamaan Calon
Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon
mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding
dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas
penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan
penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas
penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi
hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam
10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan.
Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan,
Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang
tanpa bertanding.
2. Pertaruhan
Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen
dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada
Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh
1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi
59
Modul Pengajian Am Matrikulasi
yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan
tersebut.
3. Penggunaan Simbol
Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik
boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran
bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas
perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas
undi.
4. Kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-
peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di
dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen
hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon
dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari
mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar
Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta
Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan
membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa
di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu.
60
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai
Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-
bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan
perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-
peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-
peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Senarai perkara yang
mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan,
dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-
petugas parti.
5. Hari Mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-
pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula
dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan
pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu
membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00
petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan
pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan
kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang
undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya
Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk
memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan
raya seperti:
61
Modul Pengajian Am Matrikulasi
tarikh mengundi
lokasi tempat mengundi
waktu mengundi di semua tempat mengundi
lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat
satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada
setiap kertas undi. Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak
ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.
62
Modul Pengajian Am Matrikulasi
2.4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Negara kita Malaysia mempunyai Perlembagaan
bertulis. Perlembagaan Malaysia dikenali juga
sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi
183 Perkara yang juga undang-undang tertinggi untuk
mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur. Perlembagaan
Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda. Turut
memperakukan undang-undang yang wujud di Sabah dan
Sarawak sebelum Hari Malaysia (1963).
Ia merupakan satu dokumen undang-undang yang telah
dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu yang ada iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
63
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Menurut sejarah, Perlembagaan ini telah dirangka
berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
menggubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan
oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.
Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
64
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Perlembagaan itulah yang menentukan prinsip-prinsip
yang perlu didukung oleh setiap warganegara.
Kewarganegaraan mewakili suatu bangsa yang mesti
memahami kerana itulah cerminan jati diri warga.
Susun Atur Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15
bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu
atau lebih Perkara yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang
persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-
negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa
subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
65
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah
dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan
sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong
dan raja-raja
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
1. Undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-
undang.
2. Semua undang-undang lain tidak
bertentangan dengan Perkara 4 (1)
Perlembagaan Persekutuan
3. Semua undang-undang mesti selaras
dengan Perlembagaan Persekutuan jika
tidak maka akan terbatal.
4. Badan Kehakiman adalah badan yang
bertanggungjawab menjaga dan
memelihara keluhuran dan ketertinggian
Perlembagaan Persekutuan.
66
Modul Pengajian Am Matrikulasi
PERKARA YANG TIDAK BOLEH
DIPERSOALKAN
1. Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu,
Orang Melayu, Bumiputera dan Bumiputera
Sabah & Sarawak
3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaan
4. Soal kerakyatan
PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Boleh dibuat pindaan demi kepentingan
rakyat dan negara.
2. Dipinda melalui 4 cara yang digariskan di
bawah Perkara 159 dan 161E
Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan
Islam dalam perlembagaan adalah satu isu yang
penting kerana isu ini berkait rapat dengan kepercayaan dan
pegangan majoriti penduduk Malaysia. Isu ini juga merupakan
isu yang sensitif kerana orang Melayu merasakan bahawa
agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian
mereka. Walaupun soal kepercayaan dan keimanan adalah
urusan seseorang, namun dalam konteks Malaysia, perkara ini
67
Modul Pengajian Am Matrikulasi
boleh memberi kesan kepada ketenteraman awam khususnya
yang melibatkan ketegangan antara kaum seperti dalam kes
Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998. Ini
diakui oleh Syed Muhammad Naqiub al-Attas (1972) yang
mengatakan Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting
dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Tiga perkara dalam
soal kedudukan Islam dalam perlembagaan iaitu agama bagi
penduduk Tanah Melayu, kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan Tanah Melayu tidak menjejaskan hak bukan Islam
dalam menganuti dan mengamalkan agama mereka dan
kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Perkara 11: Kebebasan Beragama
Di samping melindungi kebebasan beragama,
peruntukan dalam Perkara 11 juga turut membezakan antara
mengamalkan dan mengembangkan agama. Ini menampakkan
kebebasan beragama seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan telah
menjelaskan bahawa agama Islam adalah agama rasmi namun
agama-agama lain masih boleh dianuti dan diamalkan sebagai
sebahagian daripada hak asasi manusia disisi perlembagaan
68
Modul Pengajian Am Matrikulasi
negara. Namun begitu berbanding agama lain, agama Islam
boleh dikatakan diberi keistimewaaan dan perlindungan yang
tersendiri.
Perkara 11(4) menegaskan bahawa penyebaran agama
selain daripada agama Islam kepada orang Islam adalah
dilarang sama sekali terutamanya dari segi penyebaran
dakwah. Selain itu, peruntukan ini juga secara tidak langsung
memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan
persekutuan untuk mengubal undang-undang bagi mengawal
atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan
atau mengembangkan ajaran serta kepercayaan mereka
kepada orang Islam.
Peruntukan Kewarganegaraan
Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat juga
Peruntukan Pemerolehan Kewarganegaraan dalam Bahagian 3,
Perkara 14 hingga 22 iaitu kuat kuasa undang-undang,
pendaftaran, naturalisasi dan percantuman wilayah.
Sementara itu Peruntukan Kehilangan Kewarganegaraan pula
dalam Perkara 23 hingga 28 iaitu individu menolak
kewarganegaraan dan negara melucutkan kewarganegaraan
individu.
69
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong satu-satunya
jawatan unik di dunia. Yang di-Pertuan Agong dipilih Majlis
Raja-Raja dalam kalangan sembilan Raja Melayu bagi tempoh
lima tahun, sekali gus tidak memegang jawatan itu seumur
hidup seperti raja lain di dunia. Institusi Yang di-Pertuan Agong
sangat signifikan bagi rakyat kerana ia disanjung tinggi dan
berperanan penting dalam kestabilan politik, ekonomi serta
sosial negara. Ia merupakan institusi tertinggi berdasarkan
Perlembagaan bagi mengetuai Persekutuan Malaysia.
Menurut Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Tertinggi yang
kedudukannya mengatasi semua orang lain di Persekutuan
Malaysia dan tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah
kecuali di Mahkamah Khas diwujudkan mengikut Bahagian XV
Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan institusi Yang di-
Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja (Perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan) berperanan sebagai juruaudit tambahan
berperanan sebagai penjaga Perlembagaan Persekutuan,
pelindung hak baginda, mempertahankan agama Islam, bahasa
Melayu, keistimewaan orang Melayu dan hak
kewarganegaraan orang bukan Melayu.
70
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Perkara 152: Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa
kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun
tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk
digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan
menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara 152 tidak boleh
dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa
perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak
dipinda. Sebab itu Bahasa melayu dijadikan Bahasa perpaduan
untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum.
Perkara 153: Perizaban Kuota
Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia)
bertanggungjawab untuk "menjaga kedudukan istimewa
'Melayu' dan penduduk asli mana-mana
Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain"
dan seterusnya menentukan cara untuk melakukan ini, seperti
mewujudkan kuota untuk dikalangan mereka masuk
ke perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan
awam. Pada hakikatnya, Perkara 153 meletakkan kewajipan ke
atas Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja untuk menjaga
71
Modul Pengajian Am Matrikulasi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri,
bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga negara
Malaysia. Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut
sejarah kerana Raja-Raja Melayu dalam Perjanjian Negeri 1948
telah memberi komitmen kepada orang Melayu dalam bidang
pendidikan, kemajuan ekonomi, kebajikan sosial dan
penyertaan dalam perkhidmatan kerajaan.
Kewujudan dasar kuota di bawah Perkara 153
hanyalah merangkumi perizaban pada kadar munasabah yang
difikirkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi jawatan dalam
perkara-perkara berikut: Perkhidmatan awam (selain
perkhidmatan awam sesebuah negeri) Biasiswa, danasiswa
dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya
atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan termasuk permit atau lesen
pertukangan atau perniagaan.
Perkara 153, dimasukkan sekatan bahawa Yang di-
Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang
dalam perkhidmatan awam atau pemegang biasiswa atau
penerima danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau
latihan atau kemudahan khas lain, demi melaksanakan fungsi
72
Modul Pengajian Am Matrikulasi
baginda di bawah Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan.Oleh sebab dasar di atas diperuntukkan menurut
undang-undang, tidak wajar sama sekali kedudukan itu
dipertikai.
Perkara 160: Takrifan
Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah
yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Antaranya
menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia,
orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat
budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan (a)
lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau
Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di
Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari
seseorang yang tersebut. Kewujudan Perkara 160 (2) yang
berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat
dan difahami daripada perspektif sejarah.
Perkara 181: Kedaulatan Raja-Raja
Kedaulatan Malaysia adalah berpaksi pada kedaulatan
Raja-Raja Melayu seperti dijelaskan oleh Perkara 181(1)
Perlembagaan Persekutuan. Dapatan menunjukkan bahawa
peruntukan, 'sebagaimana yang telah ada dan dinikmati
73
Modul Pengajian Am Matrikulasi
hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas' dalam Perkara
181(1) boleh disoroti melalui dua sudut, iaitu; peruntukan
berkaitan ciri-ciri kedaulatan dan prinsip perlembagaan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Bentuk kedaulatan Malaysia
boleh dijelaskan secara ringkas melalui Perkara 38 bahawa
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dan
tertakluk pada sumpah berjawatan seperti Jadual 4 di bawah
Perkara 37.
Istana Negara
74
Modul Pengajian Am Matrikulasi
2.5 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
Teks Penuh Rukun Negara
Perpaduan merupakan asas kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi pengikat
terpenting dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kerajaan
memperkenalkan Rukun Negara bagi mewujudkan
75
Modul Pengajian Am Matrikulasi
kesefahaman dan perpaduan antara kaum untuk membina
sebuah negara yang aman dan maju.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia
telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman
negara. Diisytiharkan sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.
Selepas diwujudkan Rukun Negara berikutan peristiwa
pahit itu, negara masih berada dalam keadaan tidak aman
tetapi setiap pergeseran yang berlaku, dilenturkan dengan
semangat Rukun Negara.Pembentukan Rukun Negara haruslah
dijadikan pegangan bagi mengekalkan satu negara dan bangsa
Malaysia yang beridentiti dan bersatu padu. Prinsip dalam
Rukun Negara jelas kunci kepada keharmonian dan perpaduan
kaum demi kestabilan Malaysia, bertujuan menyemai nilai
murni melalui prinsipnya dalam kalangan masyarakat. Nilainya
perlu difahami, dihayati dan diamalkan semua lapisan
76
Modul Pengajian Am Matrikulasi
masyarakat kerana keharmonian negara bergantung kepada
masyarakat yang tinggi disiplin dan cintakan negara.
Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk
membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–
ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan
kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada
pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang
wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun
wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan
dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di
mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai
semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi
dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini
asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-
hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah
gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan
77
Modul Pengajian Am Matrikulasi
perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila
berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan
bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara
hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu
kaum, jika mahu, kestabilan dan keselamatan negara
berkekalan.
Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang
sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil
akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat
dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-
pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai
peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang
lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu
bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain
ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat
resam serta kebudayaan masing-masing sesuai
dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya
mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat
78
Modul Pengajian Am Matrikulasi
resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.
Walaupun ada perbezaan, semua anggota
masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu
masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu
boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada
bangsa dan negara Malaysia.
Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah
masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains
dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini
serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini
sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat
dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi.
Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan
satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan
sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia
sebuah negara maju. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan
menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas
agama dan nilai-nilai ketuhanan.
79
Modul Pengajian Am Matrikulasi
3.0
ISU DAN
CABARAN NEGARA
80
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Definisi
Isu dan cabaran menuntut kerajaan untuk
mempertingkatkan keupayaan daripada segala aspek sama
ada kestabilan politik, khidmat kesihatan, ekonomi yang
berkembang dan berdaya saing, pendidikan bertaraf dunia,
teknologi, pertahanan, perindustrian, perpaduan, hubungan
antarabangsa, pertanian dll. Segala yang dilakukan pasti
memberikan kesan terbaik kepada kelangsungan kestabilan
Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
3.1 REVOLUSI INDUSTRI
Revolusi Industri Keempat (RI 4.0) ini ditandai dengan
kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa
pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan
neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih
mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup
manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang
bakal menjadi ‘kawan’ yang akan menguruskan hal ehwal dan
tugasan harian. Mungkin sukar untuk digambarkan logik
akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui
pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan
perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah. Tetapi
81
Modul Pengajian Am Matrikulasi
semuanya tidak mustahil pada era sekarang tambahan
terbukti perkembangan pesat dalam dunia teknologi.
Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju,
memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat
pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar
masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil
khidmat pembantu rumah. Untuk ke pejabat pula, kita tidak
perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-
tengah jalan raya yang sesak. Semuanya akan selesai dengan
hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh
menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala
urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit
sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat. Senario
tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah
mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma
yang biasa pada masa akan datang. Dengan menggunakan
akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia
akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk
mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.
Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam
peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang
82
Modul Pengajian Am Matrikulasi
digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan
aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang
menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta
perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan
dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).
Sejarah Revolusi Industri
Secara umumnya, ia melibatkan Internet of Things
(IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek
kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri
pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa
83
Modul Pengajian Am Matrikulasi
wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik
dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan
teknologi maklumat (IT). Revolusi Industri 4.0 yang rancak
berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak
pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk
berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Bersedialah
untuk berubah sepantas teknologi dan bersedia untuk
bersaing.
84
Modul Pengajian Am Matrikulasi
3.2 DASAR NEGARA: DASAR PENDIDIKAN - BAHASA
MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR
Definisi
Apakah yang anda faham tentang istilah dasar? Dasar
atau kadangkala disebut polisi ialah suatu garis panduan
pentadbiran atau pegangan mengenai sesuatu idea atau
gagasan yang tersusun rapi. Pada umumnya dasar yang
dibentuk oleh kerajaan mempunyai objektif, strategi
pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya. Ia
boleh menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk
mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara.
Kepentingan Dasar
Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu
akan kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinnya
mentadbir atau merancang pembangunan. Dengan kata lain,
pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang
menjadi asas atau tapak yang kukuh. Selain itu, dasar amat
penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi
menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan
peninggalan penjajah. Keperluan dasar selain pembangunan
ialah mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di
dalam masyarakat dan ini dapat menjamin kebajikan dan
85
Modul Pengajian Am Matrikulasi
kesejahteraan masyarakat. Sebenarnya, dasar-dasar dibentuk
bukan sahaja oleh negara-negara maju sahaja, bahkan yang
lebih penting lagi bagi negara yang sedang membangun seperti
Malaysia.
Dasar Tenaga Negara
2022 - 2024
Dasar AgroMakanan Negara
(DAN)
Dasar Bioteknologi
Negara
Dasar Pengangkutan
Negara
Dasar Keselamatan
Negara
Dasar Pertahanan
Negara
86
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Dasar Perumahan
Negara
Dasar Pembangunan Luar
Bandar
Dasar Keusahawanan
Nasional
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi
Negara
Dasar Kebudayaan
Negara
Dasar Pelancongan
Negara
Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Contoh-Contoh Dasar Negara
87
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Dasar Pendidikan
Latarbelakang dalam tahun-tahun menuju
kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin
dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan
satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem
pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara.
Sejarah Dasar Pendidikan di Malaysia
88
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Maka lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan
melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957.
Semak semula dalam tahun 1960 telah menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah
Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat melahirkan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai dan telah diterbitkan dalam tahun 1979.
89
Modul Pengajian Am Matrikulasi
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar
Bahasa Melayu juga
berfungsi sebagai bahasa
pengantar utama dalam
institusi pendidikan dalam
negara kita. Bahasa pengantar
boleh didifinisikan sebagai bahasa yang ditetapkan oleh
sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem
pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah
kebangsaan (SK), bahasa Cina di sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil untuk sekolah jenis
kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa-bahasa ini telah ditetapkan
oleh Laporan Abdul Razak Hussien (1956) dan Laporan
Pelajaran Abdul Rahman Talib (1960) sebagai bahasa
pengantar. Melalui kewujudan berkuatkuasanya Akta
Pelajaran pada tahun 1961, bahasa Melayu telah diangkat
sebagai bahasa pengantar utama dalam institusi pendidikan
juga menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
yang menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik,
kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang,
kesusasteraan dan agama.
90
Modul Pengajian Am Matrikulasi
3.3 ANCAMAN DALAMAN DAN LUAR NEGARA
Berdasarkan catatan melalui
Dasar Keselamatan Negara yang
dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Negara, terdapat beberapa isu dan
cabaran pada persekitaran keselamatan
negara seperti berikut:
a. Kerapuhan Perpaduan Nasional
Isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, etnik, agama,
kepercayaan dan kebudayaan yang tersebar dengan meluas
tanpa sekatan di media sosial masih lagi menjadi punca
pergeseran antara kaum di Malaysia yang menjejaskan hasrat
negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
progresif.
b. Cabaran Terhadap Sistem Demokrasi Negara
Wujud usaha dan gerakan untuk menjatuhkan
Kerajaan melalui cara di luar proses demokrasi yang melanggar
undang-undang negara. Tindakan ini akan melemahkan
institusi negara seterusnya mengancam ketenteraman awam
dan keselamatan negara.
91