The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Kursus Pengajian Am Matrikulasi Edisi 2 ini diterbitkan sebagai perkongsian untuk diguna pakai sebagai garis panduan kepada pendidik, para pelajar Kursus Pengajian Am Matrikulasi Program Matrikulasi KPM dan seluruh masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan kemahiran insaniah dan kenegaraan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2023-01-08 23:23:10

MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI EDISI 2

Modul Kursus Pengajian Am Matrikulasi Edisi 2 ini diterbitkan sebagai perkongsian untuk diguna pakai sebagai garis panduan kepada pendidik, para pelajar Kursus Pengajian Am Matrikulasi Program Matrikulasi KPM dan seluruh masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan kemahiran insaniah dan kenegaraan.

Modul Pengajian Am Matrikulasi

c. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan ‘Pelarian’
Keamanan, kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi

yang pesat turut menjadi faktor penarik kepada kemasukan
Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang memberi implikasi sosial,
ekonomi, jenayah, politik dan hubungan diplomasi, ia juga
berupaya untuk mengancam ketenteraman dan keselamatan
negara. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Pelan
Holisitik Penguatkuasaan Pati. Di dalamnya “Lima strategi
utama iaitu strategi perundangan dan dasar penguatkuasaan
Pati, strategi kawalan sempadan dan pintu masuk, strategi
pengurusan pekerja asing, strategi operasi dan
penguatkuasaan dan terakhir strategi media dan publisiti.
Sementara Isu Rohingya juga harus ditangani dengan teliti
untuk mengelakkan kebanjiran lebih ramai pelarian ke
Malaysia.

92

Modul Pengajian Am Matrikulasi

d. Pertikaian Tuntutan Wilayah

Malaysia masih berdepan isu tuntutan bertindih dan
pertikaian wilayah darat, maritim dan udara dengan negara-
negara jiran serta kuasa-kuasa besar. Pertikaian ini berpotensi
menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan
negara-negara jiran. Contohnya tuntutan Filipina ke atas Sabah
berdasarkan sejarah penyerahan wilayah ini oleh Sultan Brunei
kepada Sultan Sulu pada 1958 seperti yang dinyatakan di
dalam buku tulisan Mohd bin Samsudin.

e. Ekstremisme dan Keganasan

Isu keganasan antarabangsa terus menjadi ancaman

global yang memberikan impak langsung kepada keselamatan

Malaysia. Elemen-elemen ekstremisme dan keganasan yang

menyusup masuk ke dalam negara serta penglibatan rakyat

Malaysia di dalam aktiviti keganasan di dalam dan luar negara,

boleh mencetuskan kekacauan dan menggugat keamanan

negara.

93

Modul Pengajian Am Matrikulasi

f. Keselamatan Siber

Penemuan dan perkembangan pesat teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan
kebergantungan kepada teknologi ini yang turut membuka
ruang kepada risiko ancaman keselamatan siber. Sifat dimensi
ruang siber yang luas tanpa sempadan dengan akses mudah
dan mampu telah meningkatkan lagi risiko ancaman-ancaman
serangan terhadap infrastruktur maklumat kritikal negara,
penyalahgunaan internet, kegiatan perisikan/espionaj siber
dan sebagainya. Jenayah siber juga menggugat keselamatan
masyarakat kerana merupakan jenayah komputer terdiri
daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian
program atau data komputer, pencurian maklumat,
penggodaman dll yang boleh menyebabkan orang ramai
mengalami kerugian.

94

Modul Pengajian Am Matrikulasi

g. Kejadian Bencana

Malaysia terdedah kepada bahaya dan risiko bencana
alam seperti banjir, taufan, ribut, penyakit berjangkit, wabak,
gempa bumi, tsunami, kemarau/El-Nino, tanah runtuh, jerebu,
kesan perubahan iklim ke atas kejadian bencana seperti
kenaikan paras laut, suhu udara dan darat dan bencana buatan
manusia.

h. Kejadian Krisis
Malaysia juga terdedah kepada pelbagai krisis sama

ada di dalam ataupun di luar negara termasuklah ekonomi,
sosial dan peperangan. Krisis ini berupaya memberi impak
secara langsung kepada rakyat sekaligus menjejaskan
keselamatan negara. Contohnya yang terkini krisis Ukraine-
Rusia yang banyak memberi kesan negatyif kepada dunia.

95

Modul Pengajian Am Matrikulasi

i. Jenayah Rentas Sempadan

Kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan
darat dengan negara jiran dan terletak di laluan strategik
maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadikan
Malaysia terdedah kepada ancaman bersifat rentas sempadan
seperti penyeludupan (manusia, hidupan liar, hasil hutan,
dadah, barangan dan senjata), pemerdagangan orang,
pelanunan, jenayah terancang, jenayah siber, pengubahan
wang haram, jenayah ekonomi dan rompakan di laut dan
sebagainya. Contohnya jenayah ini biasanya melibatkan
penggunaan senjata dan teknologi moden bagi melepasi
pemeriksaan pihak berkuasa.

96

Modul Pengajian Am Matrikulasi

j. Pandemik dan Wabak Penyakit

Mobiliti penduduk dunia yang lebih mudah dan pantas
telah mendedahkan rakyat Malaysia terhadap ancaman
kesihatan. Penularan wabak pandemik dan penyakit berjangkit
sama ada berpunca dari dalam dan luar negara boleh
menjejaskan sosio-ekonomi negara. Contohnya melalui
penularan wabak virus Covid 19 sekitar tahun 2020 yang
didapati bermula dari Negara China hingga menyebabkan
Malaysia terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bagi memutuskan rantaiannya.

k. Keselamatan Tenaga
Dunia hari ini berhadapan dengan ketidaktentuan

keselamatan sumber tenaga. Kebergantungan kepada sumber
tenaga tradisional yang berasaskan fosil dijangka akan

97

Modul Pengajian Am Matrikulasi

meningkat sehingga sumber tenaga alternatif yang lebih bersih
dan murah digunakan secara meluas. Namun, buat masa ini,
perebutan terhadap sumber tenaga tradisional berasaskan
fosil berlaku dan mencetuskan konflik.

I. Jaminan Bekalan Makanan

Kelangsungan negara juga bergantung kepada
keselamatan sumber makanan. Pertambahan penduduk dunia
meningkatkan lagi permintaan kepada sumber makanan.
Kegagalan menguruskan sumber makanan, akan mewujudkan
persaingan terhadap sumber makanan. Sebab itu negara perlu
memastikan sumber makanan sama ada dari dalam mahupun
dari luar negara cukup untuk menampung permintaan
daripada rakyat. Kebergantungan sumber dari luar juga perlu
dielakkan dengan cara memperkasakan industri tani negara.

98

Modul Pengajian Am Matrikulasi

m. Kecambahan Nuklear dan Program Pembangunan Senjata

Negara juga terdedah kepada ancaman nuklear
termasuklah penggunaan nuklear untuk tujuan peperangan.
Kelonggaran elemen kawalan dan tekanan ke atas program
nuklear dan senjata pemusnah di kalangan negara pelaku
(state actors) khasnya negara- negara kuasa besar serta risiko
kemalangan di loji nuklear yang boleh mendatangkan mudarat
kepada kesihatan penduduk serantau, kehidupan marin dan
alam sekitar. Inisiatif ini diambil oleh negara untuk
menubuhkan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia),
yang merupakan organisasi memberi tumpuan untuk
penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama dalam bidang
sains dan teknologi nuklear di Malaysia yang terus memainkan
peranan aktif dan menyumbang kepada pelaksanaan dan
pencapaian dasar-dasar sains dan teknologi kebangsaan.

99

Modul Pengajian Am Matrikulasi

BIBLIOGRAFI

HAFLIZA HALILI, NOER ASHIKIN MUHIDDIN. 2022. Buku Panduan Perlaksanaan Tugasan Pelajar
Pengajian Am Matrikulasi (BMKPM) Edisi 2022/2023

THAJUNNISA MOHAMED IBRAHIM.2004. Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip. UTUSAN
PUBLICATIONS.
ABDUL MUA’TI @ ZAMBRI AHMAD. 2010. Panduan Pengucapan Awam. DBP

DANIEL GOLEMAN.2018. Emotional Intelligence. Gramedia Pustaka Utama
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT. 2005. DBP

JOBS MALAYSIA. 2013. Tip Dan Panduan Temu duga.
UNIT KEMAHIRAN DINAMIKA. 2015. Panduan Pengajaran & Pembelajaran Pensyarah Kolej
Matrikulasi.

TUN SALLEH ABAS.1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia. DBP
AMRAN IDRIS, ISMAIL KOSMAN, MD LASA YAHYA. 2016. Nota MInda & Lembaran Praktis
Pengajian AM STPM (Penggal 1). Local Publications

ABDUL AZIZ BARI. 2016. Perlembagaan Malaysia Suatu Pengenalan (Edisi Kedua). ILHAM BOOK
SDN BHD
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 2014. International Law Book Services.

NORMURNI MOHAMAD, RAZANA FATIN ABDULLAH, MOHAMAD FAIZAL AHMAT. 2020.
Pengajian Malaysia (Siri Politeknik - Edisi Kedua). Oxford Fajar.
MARDIANA NORDIN, HASNAH HUSSIIN. 2020. Pengajian Malaysia (Siri Kolej Vokasional). OXFORD
FAJAR
WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN. 2020. Kenegaraan Malaysia. UNIMAP
MOHD SAMSUDIN. 2016. Persekutuan Malaysia. Penubuhan & Cabaran. UKM

https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Bahasa_Melayu-
DASAR_KESELAMATAN_NEGARA.pdf

http://melayumaya.blogspot.com/2013/01/definisi-komunikasi.html

https://wargasetempatt.web.app/mutiara-kata-kata-kata-kemerdekaan-malaysia.html
https://www.kehakiman.gov.my/ms/mahkamah/mahkamah-persekutuan/hierarki

http://cikguazni87.blogspot.com/2016/03/gangguan-dan-halangan-dalam-komunikasi.html
https://www.slideshare.net/redrosewithninethorns/elemen-elemen-komunikasi

http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-dasar-dasar-kerajaan.html

100

Modul Pengajian Am Matrikulasi

BIODATA PENULIS

AHMAD NOH

Kelahiran Kampung Sri Damai, Kuantan,
Pahang. Berkelulusan Diploma Pendidikan
(Pengajian Melayu) dari Maktab Perguruan
Mohd Khalid, Johor Bahru dan Ijazah Sarjana
Muda Sastera (Geografi/Sains Politik) USM.
Berpengalaman sebagai guru selama 15 tahun.
Pernah bertugas sebagai Pegawai Akademik di
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan selama 3
tahun. Berkhidmat dalam Program Matrikulasi
selama 10 tahun dan kini merupakan Ketua
Jabatan Sastera IKhtisas & Sais Sosial di Kolej

Matrikulasi Pahang.

NASRUL ISYAM ABDUL HAMID

Berasal dari Temerloh, Pahang. Berkelulusan
BSc Hons Pengurusan Hotel UiTM, Diploma

Pengurusan Perniagaan UiTM, Diploma
Pendidikan (Hotel & Katering/Pengajian Am)
KPLI, IPGKTI. Mempunyai pengalaman sebagai

seorang guru selama 8 tahun dan pernah
berkhidmat dibeberapa buah sekolah menengah

di Bentong dan Kuantan. Merupakan mantan
Setiausaha GPMS Negeri Pahang selama 9
tahun. Kini merupakan Ketua Unit Pengajian Am

Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pahang.

101

Modul Pengajian Am Matrikulasi

MEMIMPIN AKAL

Aku izinkan
kotak akal menjaga kebunan
tanpa lupa memasangi pagar fikir
menilai benih bernas atau hampa

fahami lelah getir
merungkai serangga dosa dan pahala

Menyekat perosak hasutan
sebelum bebas meresapi

memusnah di batas suci kehidupan
hilang subur lembah-lembah hari

Muhasabah manusia
mengutip hasil untuk siapa?

Ahmad Noh
Jalan Temusu, Kolej Matrikulasi Pahang

06 Ogos 2022

102


Click to View FlipBook Version