The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PDPR SAINS AWAL PRASEKOLAH PPDKK2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirosa77, 2021-07-18 20:32:02

MODUL PDPR PRASEKOLAH SAINS AWAL

MODUL PDPR SAINS AWAL PRASEKOLAH PPDKK2021

MODUL PdPR PRASEKOLAH
SAINS AWAL

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan i
Sekapur Sireh ii
Sidang Editor iii
Prakata iv
Panduan Penggunaan Modul v
Tajuk kemahiran vii

KEMAHIRAN 2: KEMAHIRAN PROSES SAINS
SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-lima deria
SA 2.2 Mengelaskan objek
SA 2.3 Membuat pengukuran
SA 2.5 Meramal
SA 2.6 Berkomunikasi

KEMAHIRAN 3: MENYIASAT ALAM HIDUPAN
SA 3.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup
SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan dan deria

manusia
SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
SA 3.4 Membuat penerokaan ke atas tumbuh- tumbuhan

KEMAHIRAN 4: MENYIASAT ALAM BAHAN
SA 4.1 Meneroka sifat bahan

KEMAHIRAN 5: MENYIASAT ALAM FIZIKAL
SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Profil Penulis
Penghargaan

SEKAPUR SIREH, SEUNTAI BICARA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam Kuala Kangsar Teratas dan Salam Kuala Kangsar Satu Matlamat.

Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan Jawatankuasa Penulisan Modul Prasekolah di bawah Unit
Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar yang terdiri
daripada jurulatih-jurulatih utama, guru-guru serta pegawai-pegawai
yang telah berjaya menghasilkan Modul PdPR Prasekolah berasaskan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) bagi tujuan
membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid prasekolah samada di rumah
mahupun di bilik darjah sekaligus membantu dalam pengumpulan data
pentaksiran prasekolah sepanjang tahun.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya, modul ini
akhirnya dapat diterbitkan untuk kegunaan bersama dalam proses memantapkan PdPc antara guru-guru
dan murid-murid serta ibu bapa yang turut membantu dalam penguasaan kemahiran dan perkembangan
anak-anak di rumah.

Modul PdPR Prasekolah dibangunkan sesuai dengan permintaan dan keperluan pendidikan masa kini.
Berlabuhnya tirai 2020 telah menyaksikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang turut
terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana pembelajaran secara bersemuka tidak lagi menjadi
pilihan sebaliknya penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Justeru
dengan adanya Modul Pengajaran dan Pembelajaran seperti ini, diharapkan dapat membantu guru, ibu
bapa dan murid dari segi penguasaan kemahiran dan perkembangan yang diperlukan oleh murid-murid
prasekolah.

Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan inilah, barisan Jawatankuasa
Penulisan Modul Prasekolah telah berkolaboratif mencurah idea dan menggembleng tenaga bertungkus
lumus bagi merealisasikan penghasilan naskah modul yang boleh digunakan bersama untuk keperluan
membantu meningkat dan memartabatkan keberhasilan bidang pendidikan di daerah Kuala Kangsar,
khasnya bagi bidang Prasekolah.Diharapkan penggunaan modul ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya dan berkesan sebagai bahan bantu pengajaran untuk keperluan bersama.

Akhir kalam, saya mendoakan agar semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan projek penghasilan modul ini akan terus berjaya dan sejahtera menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang gemilang dan harmonis selaras dengan
aspirasi negara.

Semoga segala usaha dan kerja buat diberkati. Insha’Allah.

“KUALA KANGSAR TERATAS, KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT”

SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR.

SIDANG EDITOR
Modul PdPR Prasekolah
(TUNJANG SAINS AWAL)

PPD Kuala Kangsar

Penasihat Tuan Safuan bin Hj. Raba’ai, PPT
Pengerusi Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pegawai Penyunting Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

En. Roslee bin Abdul Wahab
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

1. Puan Hjh. Noor Shidah bt Sulaiman
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas
(Penyelaras Pembelajaran Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

2. En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd. Ramli
Pegawai SISC+ (Sains dan Matematik)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3. En. Mohd Rassidee bin Mohd Rasid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Prasekolah dan Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Ketua Panel Modul Dr. Siti Rohana binti Salleh
Panel Modul Guru Cemerlang Prasekolah
Penulis Modul Kolej Vokasional Kuala Kangsar

1. Cik Intan Baizura binti Kushairy (SK Sultan Abdul Aziz)
2. Cik Tan Rui Ying (SJK (C) Liman)

1.Puan Goh Geak Yeong (SJKC Jerlun)
2.Puan Theang Lee Yen (SJKC Rimba Panjang)
3.Cik Chee Yong Qi (SJKC Shing Chung)
4.Cik Norainsah binti Mohamed Adam ( SK Manong)
5.Puan Siti Zuraida binti Dzulkupli (SK Talang)
6.Puan Nuraini binti Abdullah (SK Temong)
7.Puan Siti Nor Marhaini binti Yusof (SK Ulu Kenas)

Rekabentuk En. Muhamad Faisal bin Ismail
Guru Prasekolah SK Pos Piah

PRAKATA

Modul PdPR Prasekolah (Sains Awal) ini dihasilkan khusus untuk membantu guru-guru
prasekolah dan ibu bapa/penjaga yang terlibat dalam proses menyediakan peluang kepada
kanak–kanak prasekolah untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria
dan bahan-bahan yang mudah diperolehi di sekeliling. Sikap-sikap saintifik yang positif
seperti ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk semasa proses penerokaan termasuk
kemahiran-kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelas, mengukur, membuat
ramalan, berkomunikasi dan membuat penerokaan juga turut dikembangkan. Penerokaan
juga turut dijalankan ke atas alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal.

Modul PdPR Prasekolah (Sains Awal) ini telah disusun dan dimurnikan oleh Jurulatih-
jurulatih Utama dan Guru-guru Prasekolah Daerah Kuala Kangsar berdasarkan kemahiran-
kemahiran yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Semakan
2017. Modul ini mengandungi nota dan aktiviti pembelajaran berbentuk interaktif serta
mempunyai illustrasi yang pelbagai dan bersesuaian bagi menjadikan proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih menarik dan berkesan agar dapat membantu
merangsang minat murid prasekolah untuk belajar Sains Awal.

Penghasilan Modul PdPR Prasekolah (Sains Awal) ini juga diharap dapat menangani
isu-isu murid prasekolah yang belum dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tunjang
Sains Awal serta dapat dijadikan panduan dan digunakan sepanjang tempoh PdPR.
Penggunaan modul ini diharapkan dapat membantu murid, guru dan ibu bapa agar
pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan dapat dilaksanakan sepanjang
tempoh PdPR. Sekian, terima kasih.

Jurulatih Utama
Tunjang Sains dan Teknologi (Sains Awal)

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan serta pengalaman yang bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran seterusnya. Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan
melalui lapan tunjang yang diperkenalkan melalui Modul PdPR Prasekolah yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan pentaksiran yang diperlukan oleh murid prasekolah sebagai
persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia bermula dari tahun 2020 hingga kini
telah menyebabkan aktiviti pembelajaran di kelas prasekolah turut terjejas. Walau bagaimanapun
pembelajaran yang bermakna tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru dan ibu
bapa sama berganding bahu serta berkolaborasi bagi menjayakan pembelajaran anak-anak di
rumah melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Pembangunan Modul PdPR Prasekolah
Berasaskan IPPK ini merupakan inisiatif guru prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi
menghasilkan satu bahan pembelajaran yang lengkap yang boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di rumah selain turut membantu guru mengumpul data
pentaksiran untuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) yang dijalankan dua
kali setahun.

Modul PdPR Prasekolah Berasaskan IPPK terdiri daripada lapan buah modul yang dibangunkan
mengikut tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:

i. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Melayu
ii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Inggeris
iii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Matematik Awal
iv. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Sains Awal
v. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan
vi. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Kreativiti & Estetika
vii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Keterampilan Diri
viii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Kemanusiaan

Modul PdPR Prasekolah ini akan diedarkan kepada semua prasekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk digunakan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Modul
ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa PdPR sebagai bahan pembelajaran tetapi juga
merupakan bahan mengumpul data pentaksiran prasekolah melalui Instrumen Pentaksiran
Prasekolah kebangsaan (IPPK). Data pentaksiran IPPK ini boleh dikumpulkan melalui bantuan
ibu bapa di rumah dan guru prasekolah serta mana-mana guru yang menguruskan
pembelajaran murid. Secara tidak langsung apabila murid menggunakan bahan dalam modul
ini hasil pembelajaran mereka turut dinilai sebagai data pentaksiran IPPK dan sekaligus
merupakan evidens pentaksiran tersebut.

Kandungan modul ini terdiri daripada (i) Rancangan Pengajaran (ii) Nota Pembelajaran (iii)
Pentaksiran. Sepanjang PdPR setiap murid akan dibekalkan dengan set modul ini ( 8 buah)
samada secara beransur-ansur atau sekaligus dan kaedah pengajaran akan berlangsung
bersama guru setiap hari mengikut jadual waktu pengajaran prasekolah yang dibekalkan
kepada ibu bapa. Kaedah pengajaran guru adalah fleksibel sesuai dengan kesediaan murid
dan ibu bapa dari segi perkakasan, peranti, liputan dan kekangan lain turut diambilkira semasa
guru mengendalikan modul ini. Modul ini merupakan bahan bantu pengajaran sebagai
panduan ibu bapa sekiranya murid tidak dapat mengikuti pembelajaran guru secara online
(contoh: google meet, video call) atau offline ( contoh: aplikasi whatsaps, telegram, DELIMA).
Ibu bapa boleh merujuk kepada Rancangan Pengajaran, nota dan aktiviti yang dibekalkan
dalam modul tersebut seterusnya mengisi penilaian murid pada akhir setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

Pada akhir setiap pembelajaran modul ini turut disediakan aktiviti yang juga merupakan
pentaksiran mengikut tiga tahap penguasaan murid iaitu TP1: belum menguasai TP2: sedang
menguasai TP3: telah menguasai. Kaedah pentaksiran ini berpandukan Standard Prestasi
(SPi) yang digunapakai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sekaligus
turut digunakan dalam pengumpulan data pentaksiran prasekolah (IPPK). Modul ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa melalui pembelajaran secara
bersemuka ataupun pembelajaran di rumah ( PdPR) khususnya di semua kelas prasekolah di
daerah Kuala Kangsar. Sekian

DR SITI ROHANA BINTI SALLEH
KETUA PANEL
PEMBANGUNAN MODUL PdPR PRASEKOLAH

TAJUK KEMAHIRAN

KEMAHIRAN 2: KEMAHIRAN PROSES SAINS
SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-lima deria
SA 2.2 Mengelaskan objek
SA 2.3 Membuat pengukuran
SA 2.5 Meramal
SA 2.6 Berkomunikasi

KEMAHIRAN 3: MENYIASAT ALAM HIDUPAN
SA 3.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup
SA 3.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan dan deria

manusia
SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
SA 3.4 Membuat penerokaan ke atas tumbuh- tumbuhan

KEMAHIRAN 4: MENYIASAT ALAM BAHAN
SA 4.1 Meneroka sifat bahan

KEMAHIRAN 5: MENYIASAT ALAM FIZIKAL
SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi: Sains Awal

TEMPOH 30 minit
SASARAN
STANDARD 4+ dan 5+
KANDUNGAN
STANDARD SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima- lima deria
PEMBELAJARAN
SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria:
BAHAN/ BBM (i) penglihatan (ii) pendengaran (iii) sentuhan
(iv) bau (v) rasa

• Nota: Deria dan Fungsinya
• Lembaran kerja
• Ruangan pentaksiran

LANGKAH 1. Guru memaparkan setiap deria dan fungsinya kepada murid
PENGAJARAN melalui Youtube video seperti link di bawah
https://youtu.be/4ZZcCKOJ3z8.

2. Guru bersoal jawab dengan murid dan meminta murid memberi
situasi atau contoh yang sesuai berdasarkan deria yang
dinyatakan. Contoh jawapan:Mata untuk melihat bunga.

3. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh membuat pemerhatian menggunakan satu deria sahaja.
TP2 Boleh membuat pemerhatian menggunakan gabungan dua

deria.
TP3 Boleh membuat pemerhatian menggunakan gabungan

sekurang- kurangnya tiga deria.









AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi: Sains Awal

TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KANDUNGAN SA 2.2 Mengelaskan objek

STANDARD PEMBELAJARAN SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek
mengikut satu ciri (i) warna (ii) bentuk (iii) saiz (iv) tekstur (v)
berat

BAHAN/BBM • Nota: Jenis-jenis Warna
• Lembaran kerja

LANGKAH PENGAJARAN 1. Guru memaparkan video yang bertajuk “Mengenali
Warna” kepada murid.melalui link berikut:
https://youtu.be/JhQo5ov1x9E .

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai warna
objek di persekitaran.

3. Guru meminta murid mengelaskan objek mengikut warna
secara lisan.

• Contoh: Apakah objek berwarna merah di dalam kelas?
• Jawapan: meja, kerusi, beg sekolah dan lain-lain.

4. Murid menyiapkan lembaran kerja yang
diberikan oleh guru.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh membanding dan membeza objek mengikut
satu ciri sahaja.

TP 2 Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.
TP3 Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri

sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi : Sains Awal

TEMPOH 30 minit
4+ dan 5+
SASARAN SA 2.2 Mengelaskan objek

STANDARD SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut satu ciri
KANDUNGAN (i) warna (ii) bentuk (iii) saiz (iv) tekstur (v) berat

STANDARD
PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM • Nota: Jenis-jenis Bentuk dan Saiz
• Lembaran kerja

LANGKAH 1. Guru memaparkan video bentuk dan saiz kepada murid.melaui
PENGAJARAN Youtube seperti link : https://youtu.be/cu8sjRnzPew.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bentuk dan saiz
objek di persekitaran.

3. Guru meminta murid mengelaskan objek mengikut bentuk dan saiz
secara lisan.

4. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru
.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri
sahaja.

TP 2 Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.
TP 3 Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi

setiap pengelasan yang dibuat.







AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi: Sains Awal

TEMPOH 30 minit
SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD SA 2.2 Mengelaskan objek
KANDUNGAN

STANDARD SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut satu ciri
PEMBELAJARAN (i) warna (ii) bentuk (iii) saiz (iv) tekstur (v) berat

BAHAN/ BBM • Nota: Tekstur dan Berat
• Lembaran kerja

LANGKAH 1. Guru menunjukkan beberapa bahan (lego, blok kayu, kad huruf)
PENGAJARAN dan meminta murid mengasingkan bahan tersebut berdasarkan
kesamaannya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai ciri sepunya bagi
setiap pengelasan yang dibuat oleh murid.

3. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri
sahaja.

TP 2 Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri.
TP3 Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi

setiap pengelasan yang dibuat.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi :Sains Awal
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN SA 2.3 Membuat pengukuran
BAHAN/BBM
SA 2.3.2 Mengukur panjang atau tinggi objek menggunakan satu unit
LANGKAH bukan piawai
PENGAJARAN
• Video : https://youtu.be/ZZ84-TUrFds
PENTAKSIRAN • Nota
• Lembaran kerja

1.Guru memperkenalkan tajuk pengukuran panjang atau tinggi objek
dengan menggunakan satu unit bukan piawai melalui link video :
https://youtu.be/ZZ84-TUrFds .

2.Murid cuba memahami isi kandungan video dengan bimbingan
guru.

3.Guru membimbing murid mengukur objek dengan
menggunakan satu unit bukan piawai.

4.Murid membuat aktiviti mengikut lembaran kerja yang
dilampirkan.

TP1 Boleh membanding ukuran objek.
TP2 Boleh membanding dan mengukur panjang atau tinggi

objek menggunakan unit bukan piawai.
TP3 Boleh mengukur panjang,menimbang objek dan menyukat

cecair menggunakan unit bukan piawai.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi : Sains Awal
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN SA 2.3 Membuat pengukuran
BAHAN/BBM
SA 2.3.4 Menimbang objek menggunakan unit bukan piawai
LANGKAH
PENGAJARAN Video : https://youtu.be/f2ccpF3soZs
Nota, lembaran kerja, pinggan, penyangkut baju, tali, set alat tulis,
PENTAKSIRAN buku

1.Guru memperkenalkan tajuk menimbang objek menggunakan unit
bukan piawai melalui link video https://youtu.be/f2ccpF3soZs .

2.Murid memahami isi kandungan dalam video .
3.Guru membimbing murid menghasilkan alat penimbang objek dan

melakukan aktiviti penimbang.

4. Murid membuat lembaran kerja yang dilampirkan.

TP1 Boleh membanding ukuran objek.
TP2 Boleh membanding dan mengukur panjang atau tinggi

objek menggunakan unit bukan piawai.
TP3 Boleh mengukur panjang, menimbang objek dan menyukat

cecair menggunakan unit bukan piawai.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi ; Sains Awal

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD SA 2.3 Membuat pengukuran
KANDUNGAN
SA 2.3.5 Menyukat cecair menggunakan unit bukan piawai
STANDARD
PEMBELAJARAN Video : https://youtu.be/NMfscFach8g
Nota, lembaran kerja, air, cawan
BAHAN/BBM
1.Guru menayang video bertajuk menyukat cecair menggunakan unit
LANGKAH bukan piawai melalui link video : https://youtu.be/NMfscFach8g .
PENGAJARAN
2.Murid memahami isi kandungan video.
3.Guru menyediakan bahan-bahan yang perlu disediakan seperti

cawan, gelas dan teko.

4. Murid menyukat cecair dengan menggunakan unit bukan
piawai berdasarkan video.

5. Murid membuat lembaran kerja yang dilampirkan.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh membanding ukuran objek.

TP2 Boleh membanding dan mengukur panjang atau tinggi
objek menggunakan unit bukan piawai.

TP3 Boleh mengukur panjang, menimbang objek dan menyukat
cecair menggunakan unit bukan piawai.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi:Sains Awal
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN SA 2.5 Meramal
BAHAN/BBM
SA 2.5.2 Membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan
LANGKAH aktiviti yang dijalankan
PENGAJARAN
Video : https://www.youtube.com/watch?v=Y7_rmIH7dq0
PENTAKSIRAN Nota, lembaran kerja, cawan, tisu, perwarna

1.Guru menayang video:
https://www.youtube.com/watch?v=Y7_rmIH7dq0

2.Murid memahami isi kandungan dalam video.
3.Guru membimbing murid membuat eksperimen warna.
4.Murid meramal warna yang dicampur
5. Murid membuat aktiviti mengikut lembaran kerja yang

dilampirkan.

TP1 Boleh membuat ramalan dengan rangsangan.
TP2 Boleh membuat ramalan berdasarkan pengalaman

yang lalu.
TP3 Boleh membuat ramalan berdasarkan pemerhatian

dan aktiviti yang dijalankan.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi : Sains Awal

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD SA 2.6 Berkomunikasi
KANDUNGAN
SA 2.6.3 Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian melalui hasil
STANDARD kerja atau lisan
PEMBELAJARAN Botol, mangkuk, cawan, bekas plastik, air
lembaran kerja, nota
BAHAN/BBM

LANGKAH 1. Guru menunjukkan lima jenis bahan yang berlainan saiz dan bentuk
PENGAJARAN tetapi mempunyai isipadu yang sama banyak 100ml.

2. Guru meminta murid menyatakan bahan yang manakah
mempunyai lebih banyak isipadu air.

3. Ibu bapa membimbing murid menyatakan dan mencatat anggaran
cawan yang diperlukan bagi mencukupi isipadu air di dalam jadual
yang disediakan.

4. Guru meminta murid menuangkan air ke dalam bahan dan meminta
murid memerhatikan berapa cawan yang diperlukan untuk
mencukupkan isipadu air.

5. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah
dilakukan, iaitu tidak semestinya saiz bahan yang berlainan saiz
mempunyai isipadu yang tidak sama dan murid dapat membuat
kesimpulan mengenai perkara tersebut.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyatakan pemerhatian secara lisan.
TP2 Boleh merekod dan menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja

atau lisan.
TP3 Boleh merekod dan membuat kesimpulan berdasarkan

pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi :Sains Awal

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD SA 3.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup
KANDUNGAN

STANDARD SA 3.1.1 Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup.
PEMBELAJARAN
• Video:https://www.youtube.com/watch?v=vVt9q8xbgP0
BAHAN/BBM • Lembaran kerja
• Nota

LANGKAH 1. Guru menayangkan video:
PENGAJARAN (https://www.youtube.com/watch?v=vVt9q8xbgP0 ) sambil
menerangkan mengenai benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Guru membimbing murid menyenaraikan contoh benda hidup
dan benda bukan hidup.

3. Murid untuk membuat lembaran kerja yang telah disediakan.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menjalankan penerokaan dengan rangsangan.
TP2 Boleh menjalankan penerokaan berdasarkan aktiviti yang

ditetapkan.
TP3 Boleh menjalankan penerokaan dan merekod serta

menceritakan proses yang berlaku.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi: Sains Awal

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD SA 3.1 Mengenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup
KANDUNGAN

STANDARD SA 3.1.2 Mengenalpasti ciri-ciri benda hidup dan benda bukan
PEMBELAJARAN hidup.

BAHAN/BBM • Video:https://www.youtube.com/watch?v=vVt9q8xbgP0
• Nota
LANGKAH • Lembaran kerja
PENGAJARAN
1. Guru menayangkan video:
(https://www.youtube.com/watch?v=vVt9q8xbgP0) sambil
menerangkan mengenai ciri-ciri benda hidup dan benda bukan
hidup.

2. Guru membimbing murid menyenaraikan ciri-ciri benda hidup
dan benda bukan hidup.

3. Murid membuat lembaran kerja yang telah disediakan.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menjalankan penerokaan dengan rangsangan.
TP2 Boleh menjalankan penerokaan berdasarkan aktiviti yang

ditetapkan.
TP3 Boleh menjalankan penerokaan dan merekod serta

menceritakan proses yang berlaku.







AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi: Sains Awal
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan.
BAHAN/BBM
SA 3.3.1 Menamakan haiwan.
LANGKAH
PENGAJARAN • Video : https://www.youtube.com/watch?v=eY70Ptnd5fk
• Nota
PENTAKSIRAN • Lembaran aktiviti

1.Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=eY70Ptnd5fk .

2. Guru meminta murid menyebut nama-nama haiwan liar yang
telah dinyatakan dalam video tersebut.

3.Bersoal jawab dengan murid tentang haiwan liar:
• Apa itu haiwan liar?
• Apakah ciri-ciri haiwan liar?
• Namakan haiwan liar yang diketahui.

4. Baca, tulis dan warnakan gambar haiwan liar. (lembaran
kerja)

TP1 Boleh menjalankan penerokaan dengan ransangan.
TP2 Boleh menjalankan penerokaan berdasarkan aktiviti yang

ditetapkan.
TP3 Boleh menjalankan penerokaan dan merekod serta

menceritakan proses yang berlaku
.





AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Sains dan Teknologi: Sains Awal
TEMPOH
SASARAN 30 minit
STANDARD
KANDUNGAN 4+ dan 5+
STANDARD
PEMBELAJARAN SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan.
BAHAN/BBM
SA 3.3.2 Menamakan bahagian tubuh haiwan.
LANGKAH
PENGAJARAN • Link video: https://www.youtube.com/watch?v=amVvj0HnofI
• Nota
• Lembaran aktiviti

1.Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=amVvj0HnofI
2. Bersoal jawab berdasarkan video yang ditonton.
3. Guru meminta murid menamakan bahagian tubuh harimau.

4. Murid melabelkan bahagian tubuh harimau.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menjalankan penerokaan dengan ransangan.

TP2 Boleh menjalankan penerokaan berdasarkan aktiviti yang
ditetapkan.

TP3 Boleh menjalankan penerokaan dan merekod serta
menceritakan proses yang berlaku.

KENALI BAHAGIAN TUBUH HAIWAN.


Click to View FlipBook Version