The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH (P) SRI AMAN 2022-23 (8 April)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AQMAL BT HASNI Moe, 2022-04-11 03:28:00

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SRI AMAN 2022-23 (8 April)

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH (P) SRI AMAN 2022-23 (8 April)

Manual Pengurusan Sekolah

Manual Pengurusan Sekolah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
8
BIL PERKARA
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK (P) SRI AMAN

BAB 1 KONSEP DAN HALATUJU 9-22
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 9
2. Objektif Pendidikan Sekolah Menengah 9
3. Visi Dan Misi Sekolah / KPM 10
4. Ikrar Guru Dan Perkhidmatan Awam 11
5. Teras Perkhidmatan Awam Malaysia 12
6. Tonggak Dua Belas 13
7. Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred 14
8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) 15
9. Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 16
10. Enam Ciri Utama Yang Diperlukan Oleh Setiap Murid Untuk Berupaya 16

Bersaing Pada Peringkat Global 17
11. Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan
18
Negara 19
12. Fokus & Gerak Kerja Profesional 20
13. Matlamat Sekolah 21
14. Piagam Sekolah 22
15. Lencana Sekolah
16. Lagu Sekolah

BAB 2 KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 23-38
2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 23
1. Arahan Am 23
2. Ketepatan Masa Di Sekolah 24
3. Waktu Rasmi Persekolahan 24
4. Tidak Hadir Bertugas 25
5. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh
Guru-Guru 25
6. Keluar Semasa Bertugas 25
7. Cuti 26
26
Jenis Cuti Guru/AKP 26
26
Tatacara Permohonan Cuti Rehat Khas (Guru), Cuti Rehat (AKP) 27
Kes Kecemasan 27
Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh 27
Cuti Penggal Persekolahan

Cuti Sakit
Tindakan Guru Apabila Mendapat Cuti Sakit

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 1

Manual Pengurusan Sekolah

Lain-Lain Cuti 28
8. Guru Yang Berkursus/ Bertugas Di Luar Sekolah
28
Patuhi Arahan 28

Rekod Pergerakan 28

Keperluan Kembali Ke Sekolah 28
28
Penyediaan Minit Curai
28
Melindungi MMI
9. Kehadiran Aktiviti Sekolah 29
10. Perhimpunan Rasmi Sekolah 29
29
Aturcara Perhimpunan
30
Kehadiran Perhimpunan Sekolah
11. Kelas Tambahan/ Lain-Lain Aktiviti Di Luar Waktu Sekolah 30
12. Kerja Luar / Sampingan 30
13. Bilik Guru/ Bilik Darjah/ Bilik Khas/ Bangunan 31
14. Kunci Bilik-Bilik Khas 32
15. Etika Berpakaian Semasa Bertugas 32
16. Tanda Nama 32
17. Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 32
18. Tugas Guru 33
19. Fail Persediaan Mengajar (FPM) 33
20. Jadual Waktu Mengajar 33
21. Keselamatan Dan Penggunaan Harta Benda Sekolah 33
22. Kebersihan 33
23. Surat-Menyurat 33
34
Surat Keluar
34
Surat Masuk/Diterima
24. Pelawat/Jurujual 34
25. Pembelian Barang 34
35
Peraturan Pembelian
35
Buku Stok Inventori.
26. Kegiatan Kokurikulum 35
27. Mesyuarat Sekolah 35
28. Acara/ Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Latihan Dalaman 35
29. Perhubungan Sesama Rakan Sekerja 35
30. Keahlian BKGS Dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 36
31. Bilik Guru Dan Pejabat 36
32. Guru Baharu/ Guru Bertukar Masuk 36
33. Arahan Pekeliling Dan Memo Dalaman 36
34. Penggunaan Alat-Alat 37
35. Telefon Sekolah 37
36. Buku Stok / Inventori 37

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 2

Manual Pengurusan Sekolah

37. Komputer Riba / LCD Projektor/Smartphone 37
38. Keselamatan Murid 38
39. Semua Penolong Kanan Dan GKMP Bertugas Semasa Cuti 38

2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM 39-59
1. Latar Belakang 39
2. Objektif 39
3. Dasar 39
4. Mesyuarat 39
5. Sistem Fail 39
6. Pakej Mata Pelajaran 40
40
6.1 Menengah Rendah 40
6.2 Menengah Atas 40
Mata pelajaran Teras 40
6.2.1 Aliran STEM A 40
6.2.2 Aliran STEM B 40
6.2.3 Aliran STEM C 40
6.2.4 Aliran Kemanusiaan 40
7. Syarat-syarat kemasukan ke SMK (P) Sri Aman 40
7.1 Kemasukan ke Tingkatan 1 41
7.2 Kemasukan ke Tingkatan 4 41
8. Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan, & Rancangan Pelajaran Harian 41
8.1 Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran 41
8.2 Rancangan Pelajaran Harian 41
8.3 Fail Rekod Mengajar 41
8.4 Rekod Mengajar Harian (RPH) 41
8.5 Menghabiskan Sukatan 42
8.6 PdPc Berkesan 42
9. Jadual Waktu 42
10. Guru Ganti / Guru ‘Relief’ 42
11. Waktu Persekolahan 43
12. Penilaian Dan Peperiksaan 43
12.1 Format Ujian/ Peperiksaan 43
12.1.1 Format Penaipan Kertas Soalan Peperiksaan 43
12.1.2 Format Penyediaan Muka Depan Kertas Soalan 44
12.1.3 Arahan Kepada Calon 45
12.1.4 Format Penyediaan Muka Surat 2 dan Seterusnya 48
12.1.5 Peruntukan Masa 48
12.1.6 Peruntukan Markah 48
12.1.7 Penomboran Muka Surat

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 3

Manual Pengurusan Sekolah

12.2 Penyemakan dan Pengesahan Kertas Ujian/ Peperiksaan 48
12.3 Pencetakan Kertas Ujian / Peperiksaan 49
12.4 Pentadbiran Kertas Ujian / Peperiksaan 49
12.5 Bilik Peperiksaan 49
12.6 Jadual Ujian Pentaksiran / Peperiksaan Pengawasan 49
12.7 Makluman Ujian / Peperiksaan 49
12.8 Pengawasan Pentaksiran / Peperiksaan 49
12.9 Kehadiran semasa Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan 50
12.10 Salah laku semasa Ujian / Peperiksaan 50
12.11 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record & 50

Development) 50
12.12 Syarat Lulus 51
12.13 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item 51
12.14 Post Mortem Untuk Peperiksaan 51
12.15 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 51
13. Pemantauan 51
13.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) 52
13.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan 52
13.3 Peperiksaan dan Penilaian 52
13.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid 52
13.5 Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran 56
14. Anggaran Perbelanjaan Tahunan Panitia 57
15. Buku Teks (SPBT), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dan Bahan Bacaan 57
16. Program Peningkatan Akademik 57
17. Kursus Dalaman, Latihan Dalam Perkhidmatan & Minit Curai 57
17.1 Kursus Dalaman 57
17.2 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 58
18. Kajian Tindakan/ Lain-Lain Program Rancangan Peningkatan Berkaitan
Guru 58
19. Dasar Penggunaan Kertas Untuk PdPc, Ujian Dan Peperiksaan 58
20. Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman 59
21. Hari Bertemu Pelanggan 59
22. Penentuan Dan Perubahan Dasar Kurikulum

2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 60-78
1. Tugas Guru Tingkatan 60
61
1.1 Pengurusan Dan Organisasi Kelas 62
1.2 Jadual Kedatangan Murid (Register) 64
1.3 Data SMM Dan APDM 65
1.4 Skim Pinjaman Buku Teks 65
1.5 Biasiswa Dan Kebajikan 66
1.6 Kutipan Sumbangan PIBG

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 4

Manual Pengurusan Sekolah

1.7 Pelan Susunan Setiap Kelas 66
1.8 Tugas Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan 67
1.9 AJK Mata Pelajaran 67
2. Pengurusan Disiplin Murid 68
2.1 Senarai Semak 69
2.2 Perkara-Perkara Yang Harus Dipatuhi Semasa Menjalankan Kuasa 70
Disiplin
2.3 Faktor-Faktor Asas Yang Patut Dirangkumkan Dalam Dasar 70
Menghukum
2.4 Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin 70
2.5 Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil 70
2.6 Panduan Tatacara Disiplin Murid 71
2.7 Pekeliling Ikhtisas Guru Disiplin 73
3. Prosedur Pertukaran Murid 74
3.1 Prosedur Murid Berpindah Masuk Sekolah (Tingkatan 1 – 5) 74
3.2 Prosedur Murid Berpindah Keluar 75
3.3 Panduan Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Akhir Tahun 76
Oleh Murid Warganegara Di Daerah Petaling Utama (Rujukan Sekolah)
4. Panduan Tugas Guru 77
4.1 Tugas Guru Penyelaras Tingkatan 77
4.2 Tugas Guru Bertugas Harian/Mingguan 78

2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 80-92
1. Dasar Utama Kokurikulum 80
2. Dasar Sokongan 81
3. Senarai Persatuan/Kelab, Kelab Permainan/Sukan dan Badan 82

Beruniform 83
4. Rumah Sukan 83
83
4.1. Nama Rumah Sukan 84
4.2. Cara Menentukan Rumah Sukan (Untuk Murid Baru) 92
5. Manual Pengguna Sistem E-Strip
6. Rekod Pencapaian Kokurikulum

BAB 3 MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 95-100
3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 95
1. 3.1.1 Jawatankuasa Pentadbir Sekolah & Panel Pembangunan Sumber
95
Manusia 95
2. 3.1.2 Jawatankuasa Kebitaraan 95
3. 3.1.3 Jawatankuasa Integriti / Keutuhan 96
4. 3.1.4 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Sekolah 96
5. 3.1.5 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Dan Bangunan 97
6. 3.1.6 Jawatankuasa Perkembangan Profesionalisma
7. 3.1.7 Jawatankuasa Hubungan Luar & Silang Budaya

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 5

Manual Pengurusan Sekolah

8. 3.1.8 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah/Data 97
9. 3.1.9 Jawatankuasa Skpmg2 97
10. 3.1.10 Jawatankuasa Pembestarian Sekolah 98
11. 3.1.11 Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru Dan Staf Sekolah 98
12. 3.1.12 Jawatankuasa Pengurusan Pejabat 98
13. 3.1.13 Jawatankuasa Perancangan Strategik 98
14. 3.1.14 Jawatankuasa Kebersihan Dan Kawalan Keselamatan 99
15. 3.1.15 Jawatankuasa Dokumentasi Dan Pelaporan Aktiviti Sekolah 99
16. 3.1.16 Jawaankuasa Pengurusan Bilik Khas Dan Surau 100
17. 3.1.17 Jawatankuasa Sebaran Ilmu Dan Papan Kenyataan 100
18. 3.1.18 Jawatankuasa Pemandu KBAT Sekolah 100
19. 3.1.19 Jawatankuasa TS25 100

3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 101-104
1. 3.2.1 Jawatankuasa Kurikulum 101
2. 3.2.3 Jawatankuasa Jadual Waktu, Guru Ganti, MMI 102
3. 3.2.4 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah Dan Program Nilam 102
4. 3.2.5 Jawatankuasa Penilaian, Peperiksaan Dan Pentaksiran 103
5. 3.2.6 Jawatankuasa Pencerapan 104
6. 3.2.7 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 104

3.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 106-115
1. 3.3.1 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 106
2. 3.3.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin,Lembaga Pengawas & Pencegah 108

Jenayah 108
109
3. 3.3.3 Jawatankuasa Student Council 109
4. 3.3.4 Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling 110
5. 3.3.5 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 110
6. 3.3.6 Jawatankuasa Biasiswa, Kwapm , Asnaf & Kebajikan
7. 3.3.7 Jawatankuasa 3K (Kebersihan, Keselamatan & Kesihatan), 111
112
Bencana & Pengurusan Risiko 112
112
8. 3.3.8 Jawatankuasa Perhimpunan & Siaraya 113
9. 3.3.9 Jawatankuasa Ppda 113
10. 3.3.10 Jawatankuasa RIMUP, Permuafakatan & Perpaduan 114
11. 3.3.11 Jawatankuasa Kantin
12. 3.3.12 Jawatankuasa Amalan Guru Penyanyang
13. 3.3.13 Jawatankuasa Briged Bestari
14. 3.3.14 Jawatankuasa Aduan Pelanggan

3.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 115-120
1. 3.4.1 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 115
2. 3.4.2 JawatanKkuasa Data dan Penilaian Kokurikulum 115
3. 3.4.3 Jawatankuasa Pemantauan Kokurikulum 116

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 6

Manual Pengurusan Sekolah

4. 3.4.4 Jawatankuasa Majalah Sekolah & Fotografi 116
5. 3.4.5 Jawatankuasa Sukan Tahunan Sekolah 116
6. 3.4.6 Jawatankuasa Koperasi Sekolah 117
7. 3.4.7 Tanggungjawah Setiausaha Kokurikulum 117
8. 3.4.8 Tanggungjawab Setiausaha Sukan 118
9. 3.4.9 Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan 118
10. 3.4.10 Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 119
11. 3.4.11 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan Kelab/ Badan Beruniform/ 119

Kelab Permainan 120
12. 3.4.12 Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat
122
13. Bab Tambahan- Garis Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian
Sekolah 3.0

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 7

Manual Pengurusan Sekolah

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK(P) SRI AMAN

Untaian Kata

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera dan Salam sehati sejiwa.

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpahan rahmat- Nya, dapat saya
titipkan kata alu-aluan dalam Manual Pengurusan 2022-23 Sekolah
Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman. Terlebih dahulu,
dengan setulus ikhlas, saya untaikan ucapan tahniah dan syabas
kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah yang telah
bertungkus lumus bagi menyediakan manual pengurusan ini. Manual
pengurusan ini merupakan garis panduan yang penting dijadikan
rujukan utama guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) bagi
melaksanakan tugas secara teratur, efisien dan berkesan.

Manual pengurusan ini mengandungi Prosedur Standard Operasi bagi pelbagai aspek
pengurusan dan pentadbiran am sekolah, akademik, hal ehwal murid, sukan dan kokurikulum.
Sebagai ketua organisasi sekolah, saya berharap agar semua warga sekolah akan membudayakan
penggunaan manual pengurusan ini secara menyeluruh dan konsisten ketika melaksanakan
tanggungjawab harian dalam organisasi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
pembudayaan yang menyeluruh terhadap penggunaan manual pengurusan ini akan terhasilkan
kerja buat yang efisien dan menepati piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sekaligus memangkin usaha meningkatkan kecemerlangan pengoperasian
sekolah sepanjang sesi 2022-23.

Selain itu, besarlah harapan saya agar dengan adanya manual pengurusan ini, kita dapat
melaksanakan tanggungjawab kita dengan penuh iltizam dan istiqamah. Hal ini bertujuan untuk
menjayakan matlamat bagi meningkatkan kemenjadian murid serta menjayakan matlamat
melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Akhir kata, marilah kita berganding bahu dan mengatur langkah seiringan ketika
melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan pada sesi tahun 2022-
23, semua warga sekolah dapat memahat kejayaan yang cemerlang dan membanggakan.

“Sri Aman Menuju Ke Medan Jaya”

Sekian, terima kasih,

Salwani binti Muhammad Zain
Pengetua,
SMK (P) Sri Aman

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 8

1.0 konsep Dan Hala Tuju

BAB 1 – KONSEP DAN HALA TUJU

BAB 1- KONSEP DAN HALA TUJU

1.0 KONSEP DAN HALA TUJU

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara’

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat
menengah bertujuan untuk membolehkan pelajar;

I. Mempertingkat kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
II. Mempertingkat dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi,bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.
III. Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang

rasional,kritis dan kreatif.
IV. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta pemikiran yang

rasional, kritis dan kreatif.
V. Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran

selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan
teknologi.
VI. Memlliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran
hidup.
VII. Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-budaya
negara.
VIII.Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk
memeliharanya.
IX. Peka, prihatin dan menghargai nilai-nilai murni.
X. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk
menambahkan dan mengembangkannya.
XI. Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada
agama, bangsa dan negara.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I9

1.0 konsep Dan Hala Tuju

VISI DAN MISI SEKOLAH / KPM

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I10

1.0 konsep Dan Hala Tuju

IKRAR GURU DAN PERKHIDMATAN AWAM

AZAM GURU
Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan bahawa;
• Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam
• Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini;

dan
• Kerja yang kami buat hari-hari seterusnya adalah lebih baik daripada

harihari Sebelumnya

IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru-guru negara malaysia dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami
menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni perkerjaan kami.

Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan
Mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara, pada setiap masa.

IKRAR PERKHIDMATAN CEMERLANG
Bahawasanya saya ___________________________________
seorang anggota kerajaan Malaysia dengan penuh semangat dan
kesedaran dan dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip rukun
negara berazam dan berikrar untukmeninggikan mutu perkhidmatan
yang lebih cemerlang, menggembleng tenaga dan usaha, bekerja
dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab, mengikis
sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibbah
dan kesedaran bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara, bekerjasama, menuju ke arah cita-cita demi
untuk kepentingan negara Malaysia.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya I11

1.0 konsep Dan Hala Tuju

TERAS PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 12

1.0 konsep Dan Hala Tuju

TONGGAK 12

PENERAPAN NILAI NORMA DAN ETIKA PERKHIDMATAN

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 13

1.0 konsep Dan Hala Tuju

REFLEKSI

DI MANAKAH KITA?
ADAKAH KITA BERPERANAN SEPERTI MANA GRED KITA SEKARANG?

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 14

1.0 konsep Dan Hala Tuju

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dirangka bagi menghadapi
cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat
besar pengaruhnya. Pelan ini memberi tumpuan kepada cara membangun
dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan

secara berterusan.
Pelan Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun;

2013-2025.
Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu:

Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan
memberikan tumpuan kepada kemahiran utama

Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan system
Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui
peningkatan keluwesan operasi

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 15

1.0 konsep Dan Hala Tuju

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA
BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 16

1.0 konsep Dan Hala Tuju

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 17

1.0 konsep Dan Hala Tuju

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 18

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* MATLAMAT SEKOLAH *

Untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
Akademik

Kokurikulum
Sahsiah

Berasaskan budaya kerjayang positif untuk mencapai kesejahteraan
serta memberi sumbangan terhadap

keharmoniaan dan kemakmuran diri, sekolah, masyarakat dan negara.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 19

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* PIAGAM SEKOLAH *

Kami warga SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya dengan ini berikrar akan :
• Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

mulai hari pertama sesi persekolahan dbermula
• Memastikan buku teks SPBT diedarkan kepada murid sebelum sesi

persekolahan baru bermula
• Memaklumkan keputusan ujian dan peperiksaan dalam tempoh

empat (4) minggu selepas tamat peperiksaan.
• Memaklumkan mengenai sebarang programsekolah kepada murid

dalam tempoh satu (1) minggu sebelum perlaksanaanya.
• Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dalam tempoh

sekurangkurangnya tiga (3) hari sebelum menyertai sebarang
pertandingan atau akriviti luar sekolah.
• Memastikan semua murid diberi peluang seluas-luasnya untuk
menyertai kegiatan kokurikulum di dalam ketiga-tiga bidang;
i) Kelab/ Persatuan
ii) Sukan / Permainan
iii) Unit Beruniform

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 20

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* LENCANA SEKOLAH *

Cogan Kata
“BERUSAHA KE MEDAN JAYA”
Huraian mengenai lambang-lambang pada lencana
• Warna Kuning dan Unggu
Warna sekolah
• Tangkai-tangkai
Melambangkan keharmonian dan kesejahteraan
• Obor dan Buku
Melambangkan kesanggupan murid-murid menuju ke
medan jaya dalam bidang akademik dan kokurikulum pada
sepanjang masa
• Gelung-gelung
Melambangkan kekuatan dan perpaduan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 21

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* LAGU SEKOLAH *

Maju penuntut Sri Aman
Menuju ke medan jaya
Kita berganding bahu
Di bawah bendera Malaysia
Mari penuntut Sri Aman
Mari kita meneroka zaman
Agar nama takkan hilang
Terpahat kukuh di tugu kenangan
Jagalah imej sekolah kita
Di mana kita berada
Kesopanan dipandang
Agar mulia
Dengan Prinsip Rukun Negara
Segala ilmu kita tuntuti
Sastera, Sains dan Teknologi
Menghadapi dengan hati
Agar bahagia kemudian hari

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 22

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

BAB 2 - KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan
juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya
membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah
Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila professional keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian
semata-mata.

1.4 Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Visi, Misi, Moto, Falsafah, Objektif dan
Piagam Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan
Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

1.6 Semua guru dan AKP dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih
daripada kepentingan diri Ketika bertugas.

1.7 Semua guru dan AKP dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Semua guru dan AKP hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan
dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KETEPATAN MASA DI SEKOLAH (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 /1982)

2.1 Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil (2)/1982 mengenai ketepatan masa di
sekolah, guru-guru adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati
masa sekolah dan balik dari sekolah.

2.2 Waktu hadir bertugas bagi guru-guru ialah pada 7.25 pagi dan selepas waktu yang
dinyatakan di atas tuan/puan telah lewat hadir bertugas dan waktu bertugas AKP
bermula 7.30/ 8.00/ 8.30* pagi. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019:
Pelaksanaan Waktu Kerja Fleksi (WBF) di agensi Kerajaan Persekutuan

2.3 Secara rasmi guru dan AKP perlu ‘thumb-in’ dan ‘thumb-out’ setelah tamat bertugas.
Sekiranya perakam waktu gagal berfungsi mohon catat kehadiran (waktu masuk &
balik di dalam buku di pejabat sekolah)

2.4 Guru-guru juga bertanggungjawab mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu
bertugas di sekolah, ketika masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan
sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti mesyuarat, upacara-upacara sekolah,
kegiatan sukan dan lain-lain.

2.5 Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual
waktu pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 23

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

sebelum tiba masa untuk berbuat demikian. Guru adalah bertanggungjawab
sepenuhnya kepada keselamatan murid dan harta benda sekolah pada waktu
pengajaran dan pembelajaran.
2.6 Ketua tingkatan dinasihatkan supaya mencari atau menjemput guru yang masih
belum masuk ke kelas 5 minit selepas waktu pengajaran bermula. Jika guru masih
tidak dapat dicari maklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan.
2.7 Guru-guru khasnya hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid-murid dan
dapat menggalakkan tabiat mereka menepati masa.

3. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

3.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu
persekolahan.

3.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan
kecuali menjalankan tugas rasmi di luar.

3.3 Waktu bertugas rasmi guru-guru:

Isnin 7:20 pagi – 2:30 petang
Selasa – Khamis 7:20 pagi – 2:00 petang
7.20 pagi – 12.30 tengah hari
Jumaat

Rabu (Kokurikulum) Sesi petang 2:00 petang – 5:00 petang

3.4 Guru perlu daftar kehadiran dengan segera dengan thumb print setibanya di sekolah
termasuk jika ada aktiviti pada hari Sabtu atau semasa cuti persekolahan.

3.5 Jika terlewat, guru perlu terus berjumpa dengan Pengetua/ PK dan memaklumkannya
secara lisan serta mengisi borang kehadiran lewat.

3.6 Ketepatan masa adalah penting untuk menentukan disiplin kelas terkawal dan guru
dihormati oleh murid-murid.

3.7 Guru dan AKP yang hadir lewat 3 hari berturut-turut atau melebihi 10 hari tidak berturut-
turut diminta membuat surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal, proses Tindakan tatatertib
akan dilaksanakan.

3.8 Guru dan AKP akan diberikan surat peringatan sekiranya lewat 3 kali dalam 1 bulan.

3.9 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 7:10 pagi dan
waktu balik setengah jam selepas tamat waktu sekolah.

3.10 Rakaman hadir dan pulang guru ialah dokumen audit sekolah. Catatan kehadiran guru
ialah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian ‘Prestasi Tahunan’
(PBPPP).

3.11 Guru- guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum / kelas tambahan (selain hari
persekolahan) perlu tandatangan kehadiran bertugas pada buku yang disediakan.

4. TIDAK HADIR BERTUGAS

4.1 Semua guru wajib mendapat kebenaran Pengetua dan memaklumkan kepada PK
Pentadbiran atau GKMP sekiranya mereka tidak dapat hadir bertugas. Hal ini penting
bagi tujuan penyediaan guru relief/ganti.

4.2 Guru mesti menyerahkan sijil cuti sakit / bukti tidak dapat hadir kepada Pengetua / PK
Pentadbiran (jika pengetua bercuti/ tidak berada di sekolah) keesokannya/ sekembali
ke sekolah untuk direkodkan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 24

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

5. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/ WAKTU LUANG (FREE PERIOD)
OLEH GURU-GURU (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)

5.1 Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/ waktu luang
(free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing.
Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja.
Anggapan ini adalah salah dan perlu diperbetulkan.

5.2 Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period)
itu adalah masa bekerja. Tuan/puan dikehendaki menggunakan masa ini untuk
menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas, membuat
persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat
nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya, memeriksa buku
latihan murid-murid, mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah
pelajaran yang diajar, penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum dan lain-lain
tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.

5.3 Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi
faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

6. KELUAR SEMASA BERTUGAS

6.1 Guru/ AKP sekolah tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa
bertugas.

6.2 Semua urusan peribadi guru/ AKP sekolah hendaklah dibuat di luar waktu sekolah
kecuali dalam keadaan kecemasan atau sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh
urusan sekolah/ PPD/ JPN/ KPM.
Sebelum keluar dari kawasan sekolah pastikan perkara-perkara berikut
dilaksanakan:

6.3 Telah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Jika Pengetua tidak berada di
sekolah kebenaran perlu diperoleh daripada Penolong Kanan atau GKMP (sekiranya
ketiadaan Pengetua dan Penolong penolong Kanan) yang menjalankan tugas
semasa ketiadaan Pengetua.

6.4 Isi kad keluar kawasan sekolah beserta tandatangan pentadbir yang memberi
kelulusan

6.5 Catat dalam buku pergerakan guru (sekiranya perlu dibuat ‘relief’). Jawatankuasa
‘Relief’ hanya akan disediakan ‘relief’ untuk guru-guru yang keluar sekolah atas
urusan rasmi.

6.6 Jika urusan kecemasan (peribadi), pastikan perkara-perkara i – ii dipatuhi. Uruskan
sendiri ‘relief’ jika tidak dapat dielakkan. Isi borang keluar kawasan sekolah dan catat
masa keluar/masuk serta perkara perkara lain yang terkandung dalam kad tersebut

6.7 Adalah menjadi kesalahan jika tidak memohon, mendapat kebenaran dan tidak
mencatat masa keluar masuk semasa meninggalkan kawasan sekolah.

7. CUTI

7.1 Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan
tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau
sebagai berhenti kerja.

7.2 Cuti bukan hak tetapi satu kemudahan yang diberi kepada seseorang pegawai di
mana pegawai berkenaan mesti memohon dan diluluskan oleh Pengetua.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 25

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

7.3 JENIS CUTI GURU/ ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

CUTI REHAT (Rujuk SPP Bil 3 Tahun 2005 dan SPP Bil 11/2015)
- Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah

Perintah AM 7 hingga Perintah AM 12.
- Kakitangan bukan guru boleh mengambil cuti rehat bila-bila masa sahaja dalam

setahun. Walaubagaimanapun kakitangan bukan guru tidak digalakkan mengambil
cuti rehat dalam keadaan-keadaan tertentu seperti musim peperiksaan.

CUTI REHAT KHAS (CRK) (Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil 8 Tahun 2017: Cuti
Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Mohon baca dan
faham kandungan SPP Bil 8 Tahun 2017 berkaitan kelayakan yang boleh
dipertimbangkan.
- Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya
tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
bagi pegawai yang layak.
- Dalam menimbang pemberian kemudahan CRK, kelulusan Pengetua adalah
berdasarkan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah
tidak terjejas.

7.4 TATACARA PERMOHONAN CUTI REHAT BAGI AKP & CRK BAGI GURU

i Kes Kecemasan
- Guru dan AKP hendaklah memaklumkan kepada Pengetua melalui panggilan telefon
- Jika tidak dapat dihubungi melalui telefon, guru dan AKP sistem pesanan ringkas

(Whatssap/ Telegram/ SMS) tidak digalakkan
- Setelah mendapat kelulusan Pengetua, guru hendaklah memaklumkan kepada

Penolong Kanan (PK) ATAU AJK Jadual Waktu melalui panggilan telefon PK atau
telefon sekolah dengan kadar segera untuk tujuan rekod dan penyediaan guru ganti.
- Bagi AKP setelah mendapat kelulusan Pengetua, segera maklum kepada KPT/ PT
yang menanggung kerja KPT untuk tujuan rekod.
- Segera isi permohonan melalui ‘HRMIS’. Maklum kepada Penolong Kanan setelah
menghantar permohonan melalui HRMIS. Penolong Kanan dikehendaki memaklumkan
kepada Pengetua sekiranya permohonan guru/ AKS telah disokong. Setelah Pengetua
meluluskan cuti melalui HRMIS segera cetak borang kelulusan serahkan bersama
dokumen sokongan untuk rekod.

ii. Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh
- Guru dan AKP hendaklah memohon kelulusan cuti daripada Pengetua secara
lisan sebelum mengisi HRMIS. Elakkan berurusan secara menghantar mesej
bagi menggelakkan sebarang keraguan.

7.5 Bagi guru dan AKP isi permohonan melalui HRMIS untuk mendapat sokongan Penolong
Kanan dan kelulusan Pengetua.

7.6 Setelah diluluskan, cetak permohonan yang telah diluluskan melalui HRMIS dan
sertakan dokumen sokongan (bagi permohonan CRK).

7.7 Bagi guru sila catat dalam Buku Pergerakan Guru. Guru juga dikehendaki meninggalkan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 26

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

tugasan/kerja murid kelas yang diajar dan diserahkan kepada Penolong Kanan untuk
ditadbirkan oleh Guru Ganti. Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh guru untuk
memastikan PdP murid tidak terabai. Selepas balik bercuti guru dikehendaki menanda
kerja/tugasan murid kelas berkenaan.

7.8 CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN
- Guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah, Pengetua boleh

memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-
tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu
sekiranya perlu.

7.9 CUTI SAKIT
- Maksimum cuti sakit tidak melebihi 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga

Disember). - Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
terputus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. - Sijil sakit (MC) yang dikeluarkan oleh
doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun dan tidak boleh melebihi
2 hari berturut-turut dalam satu sijil.
- Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit:-

7.10 Memohon kelulusan Pengetua untuk cuti sakit. Setelah diluluskan segera maklum
kepada Penolong Kanan sebelum waktu persekolahan bermula bagi membolehkan
Penolong Kanan/ AJK Jadual Waktu menyediakan jadual guru ganti.

7.11 Sijil sakit mesti dihantar kepada Pengetua/ Penolong Kanan serta merta apabila balik
bertugas semula.

7.12 LAIN-LAIN CUTI (Sila rujuk Perintah Am Bab C dan Surat Pekeliling Perkhidmatan)
- CUTI SEPARUH GAJI
- CUTI TANPA GAJI
- CUTI BERSALIN
- KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
- CUTI HAJI
- KEMUDAHAN CUTI UMRAH (Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2017)
- KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2018)
- CUTI KERANA BERKURSUS
- CUTI KUARANTIN (Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2016)
- CUTI TANPA REKOD (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan, Surat Edaran & Perintah Am yang

berkaitan)
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti Kematian Saudara Terdekat – Suami/Isteri, Ibu/Bapa, Anak
- Cuti gantian - sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa.
- Cuti latihan pasukan sukarela – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
- Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan – tidak melebihi 14

hari.
- Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 27

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

- Cuti untuk masuk peperiksaan – cuti diberi hanya untuk hari peperiksaan sahaja.
Pegawai/ guru dikehendaki sertakan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri dan
surat dari Universiti.

- Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bilangan hari ialah tempoh mesyuarat
diadakan dan 2 hari perjalanan pergi dan balik.

- Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/ sukan – tidak melebihi 30 hari dalam satu-
satu tahun.

- Cuti bagi ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan

8. GURU YANG BERKURSUS/ BERTUGAS DI LUAR SEKOLAH
8.1 Patuhi Arahan
- Guru hendaklah mematuhi arahan untuk menghadiri Mesyuarat/Kursus/Bengkel yang

yang dianjurkan oleh Kementerian/JPN/PPD.
- Jika mesyuarat bermula jam 8.00 pagi, guru tidak perlu hadir ke sekolah sebelah pagi.
- Jika mesyuarat bermula jam 2.00 petang, guru hanya dibenarkan meninggalkan sekolah

jam 12.30 tengah hari jika dalam daerah dan jika di daerah lain yang jauh boleh mohon
kebenaran Pengetua untuk pertimbangan waktu keluar.

8.2 Rekod Pergerakan
- Guru yang akan menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar hendaklah mencatat

pergerakan pada borang pergerakan guru yang disediakan sebelum menghadiri
mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar. Hal ini bagi memudahkan urusan ‘RELIEF’. Jika
maklumat lewat diterima, guru perlu memaklum kepada Penolong Kanan Pentadbiran
atau guru relief dengan kadar segera dan juga mencatat butiran pergerakan pada boring
pergerakan. Semua pergerakan perlu juga dicatat di papan notis di pejabat. Satu salinan
panggilan mesyuarat perlu dimasukkan dalam fail pergerakan guru yang disediakan.

8.3 Keperluan Kembali Ke Sekokah
- Jika mesyuarat tamat sebelum jam 12 tengah hari dan jika ada aktiviti petang guru

hendaklah hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti sekolah sebelah petang
(mesyuarat, aktiviti kokurikulum dan seumpamanya).

8.4 Penyediaan Minit Curai
- Guru hendaklah menyediakan minit curai sehari selepas aktiviti dan memaklumkan
kepada Pengetua tentang butiran mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar yang dihadiri.
Minit curai hendaklah dimuat naik bersama-sama surat panggilan dalam ‘Google Drive’
dalam ‘folder’ unit yang berkenaan.
- Sila tandatangan senarak semak yang disediakan oleh Penolong Kanan atau GKMP
yang berkenaan.

8.5 Melindungi MMI
- Guru hendaklah meninggalkan latihan atau bahan MMI kepada Guru ‘Relief’/ GKMP/
Penolong Kanan untuk kelas yang diajar.
- RPH pada hari/ waktu pertama bagi setiap kelas yang ditinggalkan hendaklah
disediakan seperti ditetapkan dalam Ketetapan Kurikulum. Namun jika guru
menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar melebihi satu hari guru-guru
dibenarkan untuk tidak menyediakan RPH bagi hari/ waktu kedua setiap kelas yang
ditinggalkan. Guru boleh mencatat sebab pergerakan dalam ruangan RPH tersebut
dan dalam ruangan catatan guru boleh catat bahan MMI disediakan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 28

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

9. KEHADIRAN AKTIVITI SEKOLAH
9.1 Semua guru wajib hadir aktiviti sekolah yang telah ditetapkan seperti LDP, Kejohanan

Olahraga, Mesyuarat Agung PIBG dan sebagainya. Mana-mana guru yang tidak hadir
hendaklah memohon kebenaran tidak hadir ke aktiviti berkenaan daripada Pengetua
secara bertulis.
9.2 Sekiranya tindakan di atas tidak diambil, sila kemukakan surat tunjuk sebab jika tidak
hadir semasa aktiviti sekolah diadakan.

10. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
10.1 Perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama

persekolahan, tepat 7.30 pagi. Ia adalah satu majlis rasmi.
10.2 Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan

memberi perhatian kepada pengumuman atau aktiviti yang dibuat serta mengambil
tindakan yang sesuai. Guru-guru dan murid-murid dilarang bercakap sesama sendiri
atau membuat kerja-kerja lain seperti melayan telefon bimbit dan sebagainya semasa
perhimpunan.
10.3 Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki memakai
tali leher) semasa perhimpunan sekolah.
10.4 Guru tingkatan, guru bertugas dan guru disiplin bertanggungjawab menentukan setiap
murid mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut kelas dengan
penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap.
10.5 Guru bertugas mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan
dengan lancar mengikut aturcara seperti di bawah. Juruacara majlis digalakkan terdiri
daripada murid iaitu pengawas atau murid Badan Beruniform.

Aturcara Perhimpunan :
- Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid)
- Nyanyian lagu Kebangsaan (bendera dinaikkan), dan lagu Negeri Selangor. Ikrar

Rukunegara dan Ikrar Murid
- Laporan guru bertugas minggu sebelum
- Ucapan wakil murid( Ucapan wakil murid bagi program MBMMBI, Dwibahasa dan

kepimpinan - Ucapan guru bertugas minggu semasa (Guru bertugas dikehendaki
menyediakan ucapan pendek mengenai sesuatu tajuk pilihan sendiri bersesuaian
dengan dasar-dasar pendidikan/ PPPM/ keadaan semasa tidak melebihi 3 minit)
- Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya sangat diperlukan). - Penyampaian
sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada).
- Ucapan Pengetua / Penolong Kanan mengikut giliran
- Di akhiri dengan nyanyian lagu Sekolah
- Guru Siaraya dengan bantuan pengawas yang bertugas perlu memastikan alat siaraya
disediakan dan berfungsi dengan baik tanpa gangguan suara.
- Laporan perhimpunan dan ucapan Penolong Kanan/ Pengetua dicatat dalam boring
laporan perhimpunan oleh guru bertugas mingguan.
- Pengumuman berkaitan mesyuarat/ perjumpaan Persatuan/ Kelab/ Unit
Beruniform tidak dibenarkan dibuat semasa perhimpunan rasmi. Pengumuman
tersebut hendaklah disiarkan/ dipamerkan pada papan penyataan Persatuan/ Kelab/ Unit
Beruniform.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 29

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

10.6 KEHADIRAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
- Semua guru wajib berada di dalam dewan/ galeri sewaktu perhimpunan dijalankan.
Guru-guru tidak dibenarkan berada di bilik guru/ kantin atau tempat-tempat lain
semasa perhimpunan.
- Sekiranya guru perlu dikecualikan dari menghadiri perhimpunan atas urusan tugas
yang tidak dapat dilakukan pada waktu lain, sila dapatkan kebenaran daripada
Pengetua/ Penolong Kanan.
- Sila tanda tangani kehadiran pada borang kehadiran yang diedarkan.

11. KELAS TAMBAHAN/ LAIN-LAIN AKTIVITI DI LUAR WAKTU SEKOLAH
11.1 Guru-guru mata pelajaran, terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, digalakkan

mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran yang dirasakan perlu untuk
mempertingkatkan pencapaian akademik murid- murid. Pihak sekolah mengalu-
alukan guru yang mempunyai inisiatif sendiri dalam mengadakan kelas tambahan
tersebut.
Guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan/ aktiviti di luar waktu persekolahan
hendaklah terlebih dahulu memaklum dan mendapatkan kebenaran daripada
Pengetua/ Penolong-penolong Kanan (Yang berkenaan).
11.2 Setelah mendapatkan kebenaran sila catat dalam buku aktiviti/ kelas tambahan yang
disediakan. Maklum dan catat pada papan putih di pejabat bagi memudahkan
pihak pejabat membuat rujukan jika ada pertanyaan dari ibu bapa atau mana-mana
pihak.
11.3 Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri
kelas tambahan tersebut.

12. KERJA LUAR/ SAMPINGAN
12.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar seperti berniaga

berceramah atau menjadi pendakwah bebas kecuali dengan mematuhi Perintah
Am Bab ‘D’ seperti berikut :-

i. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
ii. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
iii. Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
iv. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan

kepentingan jabatan

12.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa
tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79
( e ) dan subseksyen 132 ( g ) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000
( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya
sekali.

12.3 PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR
i. Tujuan
- Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan melaksanakan pekerjaan
luar bagi pegawai awam mengikut Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan
Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 (Akta 605)

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 30

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

ii. Rujukan
- Peraturan 4, Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-

badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta
605)

iii. Latar Belakang
- Pegawai awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu

mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing.
- Dalam menimbangkan permohonan pegawai, Ketua Jabatan perlulah mengambil kira

tatakelakuan pegawai berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut.

iv. Syarat-syarat
- Kegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai.
- Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat.
- Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan hendaklah

memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan luar

tersebut.
- Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun.
- Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun, atau tidak selaras dengan

kedudukan pegawai.
- Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5),

Peraturan Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj) Tahun 2000 (Akta 605)
- Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik
keputusan dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta
Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
- Penetapan syarat-syarat tersebut adalah untuk memastikan pekerjaan luar yang
dilakukan oleh pegawai tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian
perkhidmatan awam dan produktiviti pegawai.

13 BILIK GURU/ BILIK DARJAH/ BILIK KHAS/ BANGUNAN
13.1 Kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan bilik guru adalah

tanggungjawab semua guru. Bilik guru mesti sentiasa bersih, kemas, indah dan
selesa.
13.2 Guru-guru hendaklah mengemas meja masing-masing sebelum pulang setiap hari.
Kerusi hendaklah disorong ke bawah meja sebelum meninggalkan bilik guru.
13.3 Murid-murid, ibu bapa/ penjaga dan orang luar termasuk jurujual TIDAK
DIBENARKAN MASUK ke bilik guru. Semua urusan antara guru dengan ibu bapa/
penjaga dan orang luar hendaklah dibuat di pejabat sekolah.
13.4 Bilik darjah bersih daripada sawang, kipas dan meja guru bersih sebelum mula sesi
persekolahan.
13.5 Semua bilik mempamerkan inventori yang ada.
13.6 Semua bilik khas sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa dan terkawal
penggunaannya.
13.7 Kebersihan kaki lima di luar bilik darjah adalah tanggungjawab kelas berkenaan dan
bilik-bilik khas adalah tanggungjawab guru bilik berkenaan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 31

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

14. KUNCI BILIK-BILIK KHAS
14.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah
14.2 mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapatkan
14.3 kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama dalam Buku Daftar Kunci di
14.4 pejabat sekolah.
Kunci perlu didaftarkan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan tidak diberikan

kepada murid.
Sebarang penukaran kunci / mangga hendaklah mendapatkan kebenaran
pentadbir dahulu.

15. ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS
15.1 Ketetapan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi pegawai perkhidmatan

persekutuan berpandukan (SPP Bil. 21 1985) dan (SPB Bil a/2013) serta tambahan
(SPI Bil 6/1985) bagi guru. - Semua guru dan AKP dikehendaki berpakaian kemas
dan berkasut mengikut Etika Pemakaian Penjawat Awam .
- Semua guru wajib memakai tanda nama.
- Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 ( rujuk salinan surat
yang dilampirkan dalam FRM).
- Semua guru hendaklah berpakaian rasmi semasa menghadiri mesyuarat.
- Semua guru digalakkan memakai seragam badan beruniform pada setiap hari
Rabu.
- Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik Malaysia pada hari Khamis.
- Guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada setiap hari Jumaat.
- Guru-guru hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai semasa aktiviti luar
bilik darjah. Jeans atau Denim adalah pakaian tidak formal dan tidak
dibenarkan semasa menjalankan aktiviti sukan dan rasmi

16. TANDA NAMA
16.1 Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,

majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

17. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
17.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan/Pengetua.
17.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah
berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Middle Leader,
Penolong Kanan atau Pengetua/ Senior Leader Team.

18. TUGAS GURU
18.1 Tugas guru diberikan dalam bidang akademik, HEM, kokurikulum dan juga

pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.
18.2 Guru dikehendaki mematuhi arahan menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran
atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
18.3 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya,

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 32

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

hendaklah menjalankan Latihan Dalaman dan dimaklumkan kepada
Pengetua/Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya.

19. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (FPM)
19.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan FPM. Semua butiran hendaklah

disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. FPM ini hendaklah diserahkan
kepada Pengetua/ Penolong-penolong Kanan mengikut jadual untuk disemak dan
ditandatangani. Kegagalan menghantar FPM boleh menjejaskan prestasi tahunan
kerana FPM dan kandungan merupakan SKT utama dalam pemberian markah prestasi.
Guru-guru boleh didenda sebanyak RM500.00 sehari akibat kegagalan berkaitan.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran)
19.2 Guru yang bercuti, hendaklah menyerahkan FPM kepada Penolong Kanan untuk
urusan Guru Ganti.
19.3 Setiap akhir tahun persekolahan, FPM hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.
19.4 Buat laporan kepada polis jika FPM hilang.

20. JADUAL WAKTU MENGAJAR
20.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
20.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa

kebenaran.
20.3 Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu persendirian

guru untuk dipamerkan di bilik guru dan pejabat sekolah.
20.4 Satu set jadual waktu lengkap diserah kepada Pengetua / Penolong Kanan.

21. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
21.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga

keselamatanharta benda sekolah. Kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan
ke pejabat sekolah. Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan
peraturan-peraturan penggunaan alatan di bilik bilik tertentu seperti makmal, bengkel
dan lain-lain disediakan.
21.2 Peralatan dan harta sekolah ialah harta kerajaan. Penggunaan harta sekolah untuk
tujuan peribadi adalah dilarang. Sesuatu alatan yang dipinjam hendaklah mendapat
kebenaran GKMP / guru / AKP yang bertanggungjawab dengan mengisi borang
pinjaman. Peralatan yang digunakan hendaklah dikembalikan semula serta dicatatkan
tarikh pemulangannya.

22. KEBERSIHAN
22.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas

pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-
alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan
baik.
22.2 GKMP/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik Kaunseling,
makmal sains, makmal bahasa) bertanggungjawab untuk menyelaras/menjaga
kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
22.3 Semua guru & AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan
sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 33

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

23. SURAT-MENYURAT
23.1 Surat keluar
- Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani
oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sekiranya Pengetua
- tiada di sekolah surat rasmi hanya boleh di tanda tangani oleh pentadbir yang diberi
- kuasa menjalankan tugas bagi pihak (b/p) pengetua.
- Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan.

Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatangani YDP PIBG dan
salinan kepada Pengetua.
Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan/ derma mesti
ditandatangani Pengetua sahaja jika sumbangan berkaitan program/ aktiviti sekolah

23.2 Surat Masuk/ Diterima
- Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Oleh
itu, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-surat tersebut mengikut
- prosedur yang ditetapkan.
Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui dan kepada”.
- Oleh
itu, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat / taklimat luar perlu
dicatat dalam buku penerimaan pejabat untuk disampaikan kepada guru yang berkaitan
untuk tindakan selanjutnya.

24. PELAWAT/JURUJUAL
24.1 Semua pelawat mesti berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih

dahulu.Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali
dengan kebenaran Pengetua.
24.2 Hanya pelawat/ wakil firma atau juru jual yang mendapat kebenaran memasuki premis
kerajaan daripada KPM/JPN/PPD sahaja dibenarkan untuk berurusan.
24.3 Pelawat/ jurujual TIDAK DIBENARKAN berurusan dalam bilik guru atau bilik-bilik khas
tanpa kebenaran Pengetua/ pentadbir.
24.4 Pihak pentadbiran sekolah TIDAK bertanggungjawab jika ada mana-mana guru
ataustaf berurusan dengan pihak luar TANPA kebenaran Pengetua/ pentadbir.
24.5 Patuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM sekiranya premis masih dalam
perintahkawalan pergerakan (PKP/ PKPB/ PKPD)

25. PEMBELIAN BARANG
25.1 Peraturan Pembelian

- Guru / AKP yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu
dengan mengemukakan nota minta/borang pesanan dalaman yang boleh didapati di
pejabat sekolah untuk ditandatangani Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan
berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Guru-guru / AKP tidak boleh membuat
pesanan sendiri dengan sesebuah syarikat tanpa melalui Penolong Kanan/ GKMP.

- Sila kemukakan 3 sebut harga bersama-sama nota minta. Pembelian barang melalui
koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan
mendapat kelulusan daripada Pengetua.

- Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order / LO).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 34

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

- Segala invois mesti ditandatangani guru yang menerima, rekodkan No. Daftar Stok dan
serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah
direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

- Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak boleh melebihi nilai RM200.00
untuk tuntutan semula dan hanya untuk pembelian barangan diluar jangkaan atau tidak
dirancang

25.2 Buku Stok Inventori.
- Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan

memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa dikemas kini. ( Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta ).
- Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok
inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk
disahkan oleh Penolong Kanan / Pengetua.

26. KEGIATAN KOKURIKULUM
26.1 Semua guru Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan

teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
26.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum.

27. MESYUARAT SEKOLAH
27.1 Kedatangan guru/AKP ke mesyuarat yang ditetapkan adalah wajib. Semua mesyuarat
dijalankan selepas waktu persekolahan.
27.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran Pengerusi
Mesyuarat.
27.3
Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T,
27.4 seluar trek dan selipar tidak dibenarkan.
Semua surat panggilan mesyuarat adalah mengikut borang SPSK manakala taklimat /
dialog panitia menggunakan memo.

28. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/LATIHAN DALAMAN
28.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga

Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) yang dianjurkan.
28.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran

kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

29. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA
29.1 Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan
29.2 kekitaan dan harmoni dalam organisasi.
29.3 Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/
pendapat/ kepercayaan sesama rakan sekerja.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sekali wujud di
sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 35

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

30. KEAHLIAN BKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
30.1 Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru

manakala semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.

31. BILIK GURU DAN PEJABAT
31.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab

semua guru. Jadikan pejabat guru sebagai contoh kepada murid.
31.2 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini

hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di pejabat guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan PdPc atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
31.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di premis
sekolah.
31.4 Sebarang jamuan / pot luck oleh mana-mana pihak hendaklah dimaklumkan kepada
JK Kantin untuk dipanjangkan kepada pengusaha kantin.
31.5 Murid tidak dibenarkan keluar masuk atau berada di pejabat guru tanpa urusan.
31.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang dengan guru.
31.7 Jurujual tidak dibenarkan masuk berurusniaga di dalam bilik guru.

32. GURU BAHARU/ GURU BERTUKAR MASUK
32. 1 Guru berkenaan perlu menyerahkan perkara-perkara berikut ke pejabat ( KPT):
i. Surat setuju terima tawaran pelantikan asal
ii. Surat akauan sumpah asal
iii. Surat Akujanji asal
iv. Borang perubatan pelantikan ke perkhidmatan awam (pin. 1/2013) - Asal
v. Ijazah – Asal dan salinan
vi. Surat penempatan daripada JPNS – Asal dan salinan
vii. Kad pengenalan Asal dan salinan
viii. Buku akaun – salinan / dokumen lain yang berkaitan
ix. Penyata KWSP -jika ada
x. No. Cukai pendapatan – jika ada
xi. Borang maklumat diri untu HRMIS (ambil di pejabat sekolah)
xii. Borang maklumat pegawai (ambil di pejabat sekolah)
xiii. Borang penamaan waris dekat untuk buku perkhidmatan kerajaan (ambil di pejabat

sekolah)
xiv. Lampiran A ( Maklumat PCB0 – bagi kes pindah
xv. Borang maklumat diri (bagi yang pindah masuk sekolah)

33. ARAHAN PEKELILING DAN MEMO DALAMAN
33.1 Setiap arahan dan pekeliling dan memo dalaman yang dikeluarkan hendaklah dibaca

dengan teliti dan dipatuhi.
33.2 Sekiranya arahan dan pekeliling dan memo dalaman itu diedar, guru hendaklah

menyimpannya di dalam fail khas.
33.3 Sentiasa membaca papan kenyataan dan mengambil tindakan terhadap memo

dalaman yang dikeluarkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, PK Hem dan PK
Kokurikulum.
33.4 Hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengeluarkan memo dalaman dengan
kebenaran Pengetua.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 36

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

33.5 Guru hendaklah menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam fail yang berkaitan.

33.6 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dalam Buku Rekod Mengajar
mengenai:

- Surat Bil. 2/196 ( Penggunaan waktu tidak mengajar)
- Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) ( Menyedia dan menghantar BRM)
- Surat Bil 1 / 1972 [Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah/ Pelajaran 1959]
- Surat Bil. 5/ 1977 ( Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah)
- Surat Bil. 8 / 2017 ( Cuti Rehat Khas)
- Surat Bil. 6 / 1985 ( Peraturan Pakaian Guru)
- Surat Bil. 13/ 2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan boleh melaksanakan aktiviti hari

Sabtu)
- Cabutan Perintah Am Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib Bab D)
- Pekeliling Bil 9/2002 (Kemudahan Cuti Isteri Bersalin)

34. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
34.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
34.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
34.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
34.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya.

35. TELEFON SEKOLAH
35.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
35.2 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah
dan semasa mesyuarat kecuali atas urusan rasmi dan kecemasan
35.3 Semasa mesyuarat, guru dikehendaki menukar telefon bimbit kepada mod senyap

36. BUKU STOK / INVENTORI
36.1 Pegawai Aset Alih Kerajaan dan guru inventori bertanggungjawab menguruskan buku

stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemas kini (setiap pembelian dan keluar masuk barang
hendaklah direkodkan dengan serta-merta).
36.2 GKMP/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke
semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua.
36.3 Buku stok perlu dihantar kepada Pengetua pada akhir tahun.

37. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR/SMARTPHONE

37.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba / smartphone dan LCD projektor hendaklah
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.

37.2 Pastikan komputer /smartphone berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdP
sebagaimana objektif penggunaannya.

37.3 Keselamatan komputer /smartphone adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan
sebarang kerosakan/kehilangan adalah tanggungjawab guru.

37.4 Isi buku rekod pinjaman dan pemulangan LCD, komputer riba dan lain-lain aset
sekolah/ kerajaan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 37

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

38. KESELAMATAN MURID
38.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada
38.2 di dalam kawasan sekolah.
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkannya
38.3 kepada Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada
38.4 murid berkenaan.
Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
38.5
Program Latihan Kebakaran/ Fire Drill wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun
sekali.

Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum,
hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan perlu mematuhi semua
prosedur yang telah ditetapkan. Guru penasihat berkenaan hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program berkenaan.

39. SEMUA PENOLONG KANAN DAN GKMP BERTUGAS SEMASA CUTI
39.1 Penolong Kanan atau GKMP yang bertugas perlu mencatat laporan harian bertugas.
39.2
Mereka perlu mengambil langkah atau tindakan yang perlu bagi menangani sebarang
39.3 isu.

39.4 Mereka perlu membuat pemantauan terhadap kerja anggota kumpulan pelaksana,
pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.
Mereka juga perlu membuat pemantauan dan mencatat keseluruhan aktiviti tugas
harian.

.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 38

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum ialah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid di SMK (P) Sri Aman.Petaling
Jaya Selangor.
Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan memenuhi visi sekolah ini
iaitu “MENJADI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI YANG BERTARAF DUNIA“. Dasar
yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum
sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:-
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum KPM, JPN dan PPD

3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem

dan dasar pendidikan kebangsaan
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kmenterian

Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Sebagai salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan, setiap peraturan

dan arahan pihak PPD, JPN dan KPM dipatuhi sepenuhnya.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum

semasa.
3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya

program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik
diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut

standard piawaian jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.5 Minit Mesyuarat disediakan dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat.
4.6 Minit dan Maklumbalas diedarkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya dua hari

sebelum mesyuarat.

5.0 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha di bawah seliaan Penolong

Kanan dan disimpan di bilik Fail di pejabat.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 39

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

5.2 Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia di bawah seliaan Guru Kanan Mata
Pelajaran dan diletakkan di Bilik Fail di pejabat sekolah.

5.3 Jumlah fail bagi setiap panitia tertakluk kepada perubahan Sistem Fail Arkib dan fail-
fail tertentu dibuka atas keperluan.

6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1 Menengah Rendah

• Semua mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Geografi, P.Islam (murid Islam), Pendidikan Moral(bukan murid Islam).
Matematik, Sains, Asas Sains Komputer / Reka Bentuk & Teknologi &,
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
(PJPK).

• Elektif Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

6.2 Menengah Atas

• Mata pelajaran Teras
i. Wajib diambil semasa SPM Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (Murid Islam) &
Pendidikan Moral (Bukan Islam)

ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM - Pendidikan
Jasmani & Kesihatan

6.2.1 Aliran STEM A
• Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran sains tulen iaitu Biologi,
Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

6.2.2 Aliran STEM B
• Semua mata pelajaran teras serta mana-mana dua mata pelajaran sains
tulen (Biologi, Fizik, Kimia) dan Matematik Tambahan dan /atau sekurang-
kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi
atau mata pelajaran bukan elektif STEM.

6..2.3 Aliran STEM C
• Semua mata pelajaran teras dan sekurang-kurangnya dua mata pelajaran
elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi atau mengambil mana-mana
satu mata pelajaran vokasional (MPV).

6..2.4 Aliran Kemanusiaan
• Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran Sains dan gabungan
mata pelajaran elektif yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa,
Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau satu mata
pelajaran elektif STEM (kecuali MPV).

.
7.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMK(P) SRI AMAN

7.1. Kemasukan ke Tingkatan 1
memperoleh sekurang-kurangnya dalam UPSR

i) dari SK - 3A 2B *
ii) dari SJK(C)/ SJK(T) – 5A 2B*
* Cemerlang pencapaian kokurikulum peringkat kebangsaan/ antarabangsa

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 40

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

7.2. Kemasukan ke Tingkatan 4
lulus PT3. (Syarat 7A & 1B – syarat kawalan dalaman)

8. SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN
PELAJARAN TAHUNAN & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

8.1 Sukatan Pelajaran

• Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru mata pelajaran
dan disimpan dalam Fail Panitia satu salinan bagi setiap tingkatan.

• DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) pula merupakan satu
dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran yang wajib
digunakan oleh semua guru yang mengajar murid pada setiap masa. DSKP
menjadi panduan guru-guru dalam melaksanakan PdPc dan menjalankan
pentaksiran agar perkembangan dan pencapaian murid boleh dipantau
sepanjang masa. DSKP juga perlu disimpan oleh setiap guru mata pelajaran
dan dalam Fail Panitia satu Salinan bagi setiap tingkatan.

8.2 Rancangan Pelajaran Harian
• Mengandungi 5 perkara asas berikut:
i. Tajuk/Isi Pelajaran
ii. Objektif/ Hasil Pembelajaran/ ILO iii. Aktiviti iv. BBM
v. Refleksi / Catatan
** Lain-lain mengikut ketetapan mata pelajaran. Rujuk ‘booklet’ untuk keterangan
lanjut

8.3 Fail Rekod Mengajar

• Rujuk lampiran kandungan fail yang diedarkan.

8.4 Rekod Mengajar Harian (RPH)

• Dihantar pada setiap hari Jumaat hari terakhir setiap minggu persekolahan
samada dalam bentuk soft copy (atas talian melalui Google Classroom) ATAU
hard copy (dicetak dan difailkan) tertakluk kepada arahan.

• Lengkapkan RPH minggu semasa berserta refleksi dan RPH hari pertama dalam
minggu berikutnya sebelum menghantar RPH untuk semakan pengetua.

• Semua guru mesti menyediakan RPH sebelum memasuki kelas untuk PdP dan
boleh dibuktikan pada bila-bila masa diperlukan.

• RPH dan buku latihan murid hendakkah diserahkan kepada pencerap semasa
proses pencerapan dilakukan oleh mana-mana pegawai. Pastikan refleksi ditulis
setelah selesai sesi PdP.

8.5 Menghabiskan Sukatan

• Sukatan Pelajaran setiap kelas hendaklah diselesaikan dalam tahun semasa.
i. Tingkatan 1, 2 & 3 – Dihabiskan dalam tahun semasa
mengikut ketetapan PBS
ii. Tingkatan 4 – Minggu pertama Oktober
iii.Tingkatan 5 – Minggu pertama Ogos

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 41

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

• Guru-guru dikehendaki melengkapkan Borang 100% Sukatan Pelajaran Tahun
/ DSKP semasa yang diperolehi melalui Ketua Panitia masing-masing bagi
setiap matapelajaran yang diajar.

8.6 PdP Berkesan

• Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berpusatkan murid (student
centered), menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang ada ciri-ciri
inovasi.

• Kualiti PdP dipertingkatkan dengan guru menguasai ilmu, kepelbagaian kaedah
terkini dan perkongsian pengamalan/ kemahiran yang diperolehi melalui LDP.

• Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, PdP
perlu diberi penekanan ke atas Higher Order Thinking Skills (HOTS) dalam
kalangan murid-murid.

9.0 JADUAL WAKTU

• Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
• Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah

dengan persetujuan Mesyuarat kurikulum.
• Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran

guru.
• Jumlah waktu pengajaran mengikut arahan dan ketetapan Akta/ Dasar Pendidikan.

10.0 GURU GANTI / GURU ‘RELIEF’ – Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981

Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu
Tindakan Guru Ganti:
i) Menandatangani kertas edaran relief
ii) Mencatat nama kelas, masa dan matapelajaran yang direlief pada slip relief
iii)Slip ‘relief’ hendaklah disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar sebagai rujukan

dan dokumentasi. iv) Memasuki kelas tersebut tepat pada masanya dan berada
di dalam kelas relief sehingga tamat masa.
v) Guru tidak dibenarkan menggunakan PSB sebagai tempat relief KECUALI jika diberi
lebih dari 1 kelas relief pada satu masa/waktu.
vi) Menggunakan masa tersebut dengan aktiviti PdP seperti ketetapan berikut:-
- Dapatkan latihan/ bahan ‘relief’ dan pastikan murid laksanakannya
- Catat bahan yang digunakan pada ruangan yang disediakan
- Bahan tersebut hendaklah dikembalikan ke tempat asal setelah tamat waktu relief

- Guru relief hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid di bawah seliaan mereka.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

Isnin : 7.30 pagi – 2.30 petang

Selasa & Khamis : 7.30 pagi – 2.00 petang

Rabu : 7.30 pagi – 5.00 petang

Jumaat : 7.30 pagi – 12.30 tengahari

* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 42

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

* Sekiranya tiada perhimpunan pada hari Isnin, waktu persekolahan tamat pada
2.00 petang

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
i) Pentaksiran Pertengahan Penggal & Pentaksiran Akhir Penggal

ii) a. Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5
Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains sahaja

iii) Percubaan Peperiksaan Tingkatan 5 (mengantikan Pentaksiran Akhir Penggal)

iv) Sistem pemarkahan - rujuk arahan yang disediakan khas berasingan dari arahan ini.

v) Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GP dan lulus dalam semua mata pelajaran
(tertakluk kepada perubahan).

12.1 Format Pentaksiran/ Peperiksaan
i) Pentaksiran – format mengikut ketetapan panitia.
ii) Peperiksaan
a) Masa - mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam

b) Format - mengikut format soalan kertas peperiksaan awam (PT3/ SPM)

c) Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar (Rujuk dan
patuhi arahan ujian/Peperiksaan yang diedarkan dari masa ke semasa)

** Rujuk ‘booklet’

12.1.1 FORMAT PENAIPAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN
Semua kertas soalan peperiksaan perlu ditaip menggunakan komputer. Sebarang

jenis aplikasi untuk tujuan menaip ini boleh digunakan tetapi penggunaan perisian
Microsoft Word adalah amat digalakkan. Pastikan soalan peperiksaan ditaip mengikut
kriteria yang ditetapkan, iaitu:
i) Font : Arial, Saiz : 11
ii) Jarak langkau satu baris (Single Spacing
iii) Kaedah penaipan: selepas koma (,) satu space bar. Selepas noktah (.)

satu space bar. Pastikan Page Setup ditetapkan seperti berikut:
a) Margins : Top 2.0cm, Bottom 2.0cm , Left & Right 2.0cm
b) Paper Size : A4 (210 x 297mm)

iv) Cetakan kertas soalan hendaklah menggunakan pencetak yang jelas dengan
menetapkan margin bagi header dan footer adalah 1”.
Pastikan print setup ditetapkan seperti berikut;
Print Properties
Paper Size : A4 (210x297mm)

12.1.2 FORMAT PENYEDIAAN MUKA DEPAN KERTAS SOALAN
Kulit luar (cover page) kertas soalan peperiksaan mestilah mengikut format
sebenar peperiksaan awam (PT3 & SPM) dan turut mengandungi:-

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 43

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

(a) Tempoh Peperiksaan
(b) Arahan Kepada Calon:-

i. Bilangan Muka Surat Kertas soalan peperiksaan
(Perhatian: kulit luar dikira sebagai muka surat 1)
(c) Perkataan SULIT di Header & Footer di sebelah atas kiri dan bawah kanan

12.1.3 ARAHAN KEPADA CALON
Arahan di kulit luar
ARAHAN KEPADA CALON :
(a) Nyatakan bilangan bahagian yang terdapat di dalam kertas soalan.
Contoh 1 :
Kertas ini mengandungi DUA Bahagian : A dan B

Contoh 2 :
(a) Jawab TIGA (3) soalan di Bahagian A dan DUA (2) soalan di Bahagian B
(b) Nyatakan bilangan soalan yang perlu dijawab bagi setiap bahagian.
(c) Nyatakan di mana calon perlu menjawab.

Contoh 3:
Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan OMR.
Jawab semua soalan di Bahagian B di dalam kertas jawapan.

Arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan
(a) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada satu bahagian sahaja,

arahan di bahagian dalam kertas soalan tidak perlu di tulis. Arahan di
kulit luar kertas soalan sudah memadai.

(b) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada dua bahagian atau
lebih, arahan bagi setiap bahagian soalan perlu ditulis di bahagian
dalam kertas soalan peperiksan di bahagian tengah muka surat.

Contoh :
BAHAGIAN A (10 Markah) Arahan : Wajib di jawab

BAHAGIAN B (30 Markah)
Arahan : Jawab tiga (3) soalan sahaja

(c) Bagi soalan bentuk objektif aneka pilihan, dan isi tempat kosong,
jawapan boleh ditanda sama ada dalam kertas soalan, atau borang
OMR atau buku jawapan. Arahan tambahan diperlukan di bahagian
dalam kertas soalan.

Contoh :
BAHAGIAN A (20 Markah)

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 44

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Arahan : Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat, dan tandakan jawapan
dalam borang OMR.

BAHAGIAN B (10 Markah)
Arahan : Jawab semua soalan. Tandakan B bagi BENAR dan D bagi SALAH untuk
kenyataan berikut dalam kertas jawapan

12.1.4 FORMAT PENYEDIAAN MUKA SURAT 2 DAN SETERUSNYA

i) Penentuan Tajuk:
Tentukan tajuk-tajuk yang akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan
berdasarkan :
(a) Sukatan Pelajaran
(b) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

ii) Bentuk Soalan:
Bentuk soalan yang dipilih mestilah diperaku oleh penaksir. Antara bentuk yang
boleh digunakan adalah seperti berikut:

(a) Semua soalan objektif sahaja. Bentuk soalan objektif yang
boleh digunakan ialah aneka pilihan dan kenyataan betul atau
salah.

(b) Semua soalan subjektif. Bentuk soalan subjektif yang boleh
digunakan ialah isi tempat kosong, struktur dan esei.

(c) Gabungan soalan objektif dan soalan subjektif.

iii) Jumlah Soalan Yang Perlu Disediakan:
Jumlah soalan peperiksaan ditetapkan oleh sekolah / mengikut format Lembaga
Peperiksaan.

iv) Gaya Bahasa:
Gunakan bahasa, struktur ayat, dan ejaan mengikut kesesuaian bidang masing-
masing.

v) Penggunaan Istilah;
(a) Guna istilah yang tepat. Rujuk buku istilah khusus untuk
menterjemah istilah dalam bidang- bidang tertentu.
(b) Tulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahan bahasa inggeris atau
singkatannya dalam kurungan.
Contoh :

Selepuk (lump-sum)
Tokokan (mark-up)

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Nilai Bersih Terkini (NPV)

Sekiranya istilah dalam Bahasa Inggeris dimasukkan dalam
teks soalan, istilah tersebut mestilah ditulis dengan huruf
condong (italic).
Contoh:

Cadangkan jenis penyelidikan yang akan dibuat berdasarkan
kepada angkubah univariate.

vi) Penulisan Angka

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 45

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Tulis angka dengan cara betul
Contoh penulisan angka ialah RM10,000.00

vii) Penggunaan Simbol
Nyatakan makna simbol yang digunakan dalam soalan berbentuk pengiraan.
Jika simbol yang sama digunakan dalam beberapa soalan berbentuk
pengiraan,
Nyatakan makna simbol tersebut dalam helaian berasingan pada permulaan
bahagian soalan.

viii) Panduan Menyediakan Soalan Esei
(a) Susun soalan mengikut aras Taksonomi Bloom dari mudah kepada yang
sukar.
(b) Tentukan jumlah/bilangan yang perlu dijawab bagi soalan yang
berkaitan dengan beberapa kriteria atau faktor.
Contoh:
Nyatakan dengan contoh lima (5) faktor yang mempengaruhi aktiviti
pemikiran lateral.

ix) Susun penomboran soalan mengikut format berikut:
Contoh:
1. Huraikan kenyataan berikut dengan satu contoh yang sesuai.
a. Sistem komunikasi digital
i) berwayar
ii) tanpa wayar

12.1.4 Panduan Menyediakan Soalan Objektif
(a) Soalan aneka pilihan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya empat (4)
pilihan jawapan.
i) tulis opsyen jawapan dengan huruf besar dan selari ke bawah dengan
susunan ayat daripada pendek ke panjang.

Contoh:
A. Faktor sampingan.
B. Faktor luaran sahaja.
C.Faktor dalaman sahaja.
D.Faktor luaran dan faktor dalaman.

ii. Jika jawapan bersambung dengan soalan, maka jawapan hendaklah
bermula dengan huruf kecil.

Contoh:
Objektif perletakan harga ialah untuk _____________
A. melariskan jualan.
B. menjaga hati pelanggan.
C.memaksimumkan keuntungan.
D.bersaing dengan para pesaing.

(b) Bilangan pilihan jawapan yang betul bagi soalan objektif mestilah ditabur
secara rawak.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 46

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

(c) Soalan objektif ditaip menggunakan jarak yang telah ditetapkan dan
seragam dalam satu set kertas peperiksaan.
i. Jarak di antara soalan objektif ialah langkau dua baris.
ii.Jarak di antara soalan objektif dengan opsyen ialah langkau dua
baris.
iii. Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu baris.
iv. Jarak bagi maklumat dalam soalan yang berbentuk Roman ialah
langkau satu baris.
Contoh:
i Induktif.
ii Reflektif.
iii Deduktif.
iv Konstruktif.

Jarak di antara maklumat soalan berbentuk Roman dan opsyen jawapan ialah
langkau dua (2) baris.

Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu (1) baris.
Contoh 1 :
I. Induktif.
II. Reflektif.
III. Deduktif.
IV.Konstruktif.

Contoh 2 :
A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

(d) Soalan objektif yang menggunakan perkataan kecuali atau paling atau betul
atau salah untuk menunjukkan kontra antara soalan dan jawapan, hendaklah
ditulis perkataan tersebut dengan huruf kecil dan ‘bold’.
Contoh:
Berfikir secara emosi melibatkan unsur-unsur berikut kecuali
A. Syak
B. takut
C. benci
D. empati

(e) Bagi soalan bentuk betul/salah, yang menggunakan Borang Kertas Jawapan
Objektif/OMR,gunakan huruf B untuk kenyataan betul, dan huruf D untuk
kenyataan salah. Perlu dinyatakan didalam arahan menjawab soalan.

(f) Jika jawapan dijawab dalam kertas soalan, maka ruang menjawab setiap
soalan perlu disediakan dengan membuat kotak di hujung setiap soalan.

(g) Jawapan bagi kenyataan ditanda sebagai simbol √ atau X atau
menggunakan huruf B atau S. Perlu dinyatakan dalam arahan menjawab
soalan.

Contoh: 1. Matahari sentiasa terbit di sebelah barat.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 47

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

12.1.5 Peruntukan Masa

Masa yang diperuntukan bagi menjawab soalan mestilah bersesuaian dengan bentuk
soalan dan markah setiap soalan. Contohnya, peruntukan masa 30 minit bagi
menjawab satu soalan esei dengan 20 markah, dan 1.5 minit untuk menjawab satu
soalan objektif, kenyataan betul atau salah dan isi tempat kosong.

12.1.6 Peruntukan Markah

- Markah bagi setiap soalan subjektif mestilah ditulis pada bahagian akhir setiap soalan
disebelah kanan, dengan jarak langkau satu baris daripada ayat terakhir soalan.
Contoh:
(a). Berikan tiga (3) faktor utama kejayaan pembangunan sistem maklumat.
[5 markah]
- Jelaskan bagaimana pembangunan sistem maklumat dalam organisasi
dapat meningkatkan prestasi.
[20 markah]
- Jumlah markah bagi setiap bahagian mestilah ditulis pada arahan di

bahagian dalam kertas soalan peperiksaan.

12.1.7 Penomboran Muka Surat

i. Letakkan nombor muka surat di tengah-tengah bahagian bawah muka surat bagi
setiap helai kertas soalan.

ii. Kulit luar dikira sebagai muka surat 1, tetapi angka 1 pada Kulit luar tidak ditulis.

iii. Muka surat yang mengandungi soalan akan bermula dengan muka surat 2.
iv. Bagi setiap muka surat bermula dengan muka surat 2, ‘footer’ hendaklah diformat

sebelah kanan dengan perkataan [Lihat Sebelah kecuali muka surat terakhir yang
ditulis dengan perkataan SOALAN TAMAT atau END OF QUESTIONS di tengah
muka surat.

12.2 Penyemakan dan Pengesahan Kertas Ujian/ Peperiksaan

• Kertas Ujian / Peperiksaan mestilah disiapkan sebulan sebelum tarikh Ujian
/Peperiksaan

• Semakan perlu bagi memastikan kertas yang disediakan memenuhi ketetapan, selain
dari segi kekemasan persembahan kertas Ujian / Peperiksaan tersebut.

Walaubagaimanapun kesahihan soalan ‘validity’ adalah tanggungjawab penyedia
soalan.

Semakan dan Pengesahan Kertas Ujian / Peperiksaan dilakukan mengikut kekananan.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

1 Guru Matapelajaran Guru Matapelajaran Ketua Panitia

2 Guru Matapelajaran Ketua Panitia GKMP

3 Ketua Panitia GKMP / *Guru Matapelajaran Pen. Kanan

4 GKMP Pen. Kanan / *KP/ *Guru Pengetua

Matapelajaran

*Jika GKMP / PKP TIDAK mengajar matapelajaran berkenaan maka guru

matapelajaran lain yang lebih berpengalaman kepada matapelajaran berkenaan

dilantik untuk menyemak.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 48

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

12.3 Pencetakan Kertas Ujian / Peperiksaan

• Kertas Ujian/Peperiksaan yang telah disemak diserahkan kepada Penolong Kanan
• Pentadbiran berserta borang kebenaran cetakan bagi urusan cetakan selewat-

lewatnya 3 minggu dari tarikh Ujian / Peperiksaan.
• Kertas Pentaksiran / Peperiksaan wajib diserah kepada tangan Penolong Kanan

Pentadbiran dan TIDAK ditinggalkan di meja pejabat beliau.
• Borang serahan Kertas Pentaksiran / Peperiksaan mesti ditandatangani semasa

serahan dibuat.

12.4 Pentadbiran Kertas Ujian / Peperiksaan

• Guru Penyedia soalan bertanggungjawap menyelaraskan kertas Pentaksiran
/Peperiksaan yang telah dicetak dan menyimpannya di Bilik Peperiksaan atas
pemantauan Setiausaha Peperiksaan.

• Setiausaha Peperiksaan perlu menyediakan Borang Pengawasan Peperiksaan.
• Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab membuka almari menyimpan Kertas

Pentaksiran / Peperiksaan pada setiap hari Pentaksiran / Peperiksaan.
Guru Pengawas mesti mengambil kertas soalan pada waktu yang ditetapkan dan
tandatangan di buku rekod pengambilan/penyerahan.

• Skrip jawaban Pentaksiran/Peperiksaan mesti dikembalikan ke Bilik Peperiksaan pada
hari yang sama sebelum sesi sekolah berakhir. Tandatangan penyerahan di buku rekod
pengambilan/ penyerahan oleh Pengawas terakhir yang mengumpul skrip jawaban.

12.5 Bilik Peperiksaan

• Bilik ini hanya bagi tujuan pentadbiran peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan dan
Penolong Setiausahanya sahaja.

• Guru-guru lain tidak dibenarkan menggunakan bilik ini untuk tujuan menyediakan kertas
soalan.

12.6 Jadual Ujian Pentaksiran / Peperiksaan Pengawasan
• Jadual ujian disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
• Pengawasan mengikut jadual Pdp guru.
• Masa/ tempoh mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.7 Makluman Ujian / Peperiksaan
• Surat makluman kepada ibubapa/ penjaga dan jadual diedarkan/ dimaklumkan dua
minggu sebelum dari tarikh Pentaksiran / Peperiksaan.

Jadual ditampalkan di papan notis setiap kelas oleh Guru Tingkatan.

12.8 Pengawasan Pentaksiran / Peperiksaan
• Pengawasan mengikut Jadual PdP seperti yang dicatat dalam borang kawalan.
• Pengawas yang memulakan Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan mestilah memastikan
keadaan lantai kelas bersih, kerusi dan meja terusun rapi, laci meja murid mengadap
• kehadapan, meja guru dan beg murid diletakkan di bahagian belakang kelas.

• Murid perlu duduk mengikut susunan abjad seperti dalam senarai nama kelas bermula
dari sebelah kanan kelas.

Murid hanya dibenarkan membawa bersama mereka alat tulis dan kalkulator yang tidak
boleh diprogramkan sahaja ke tempat duduk mereka.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 49


Click to View FlipBook Version