2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
• Mereka hanya boleh menulis menggunakan kertas tulis yang dibekalkan dan tidak
boleh membawa keluar kertas tulis yang kosong atau pun yang telah digunakan.
• Murid hanya boleh menggunakan pen warna biru atau pen warna hitam sahaja untuk
menulis. Manakala pensil 2B atau BB untuk menjawab kertas objektif
12.9 Kehadiran semasa Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan
• Kehadiran adalah wajib. Ketidakhadiran tanpa sebab maka markah kosong akan
diberikan kepada matapelajaran yang tidak diambil dan matapelajaran berkenaan akan
diambil kira dalam keputusan gred/kedudukan.
• Murid yang sengaja tidak hadir tidak akan dikenakan tindakan disiplin. ‘Forecast Result’
tidak akan diberikan.
• Murid mesti hadir ke sekolah mengikut waktu persekolahan. Tiada kebenaran untuk
datang lewat atau balik awal. Kecuali ada kecemasan atau perkara-perkara yang tidak
dapat dielakkan atau murid perlu mewakili sekolah ke mana-mana pertandingan.
• Jika murid menjadi wakil sekolah ke mana-mana pertandingan yang disahkan oleh
PPD/JPS/KPM maka kertas soalan akan menjadi kertas tertutup dan mereka boleh
menduduki kertas tersebut pada hari dan masa yang lain yang mana akan
dimaklumkan oleh S/U Peperiksaan.
• Murid yang terkena penyakit berjangkit seperti sakit mata, demam campak dan
sebagainya mesti memaklumkannya kepada pihak sekolah supaya murid berkenaan
boleh mengambil peperiksaan di dalam bilik berasingan untuk hindari jangkitan kepada
murid lain.
12.10 Salah laku semasa Ujian / Peperiksaan
• Murid yang didapati menipu/meniru akan diberikan markah kosong bagi kertas
berkenaan.
• Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang meniru/ menipu dan akan direkodkan
dalam
• SSDM dan buku sahsiah murid
12.11 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record & Development)
• Markah Peperiksaan bagi murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5 hendaklah di key in dalam
SAPS atau SAP mengikut keperluan dan arahan.
• Guru Tingkatan dikehendaki memastikan semua murid mengemaskini fail EPRD setiap
kali keputusan ujian/ peperiksaan dikeluarkan.
• Antara kandungan fail EPRD adalah:
i. Borang ‘Aku Janji Murid’
ii. Keputusan peperiksaan awam murid (UPSR & PT3)
iii. Kad Target / Pencapaian Ujian & Peperiksaan setiap mata pelajaran yang
mengandungi TOV, OTR, AR dan ETR
iv. Rekod pertemuan bagi sesi klinikal
v. Laporan Adab Pelajar
12.12 Syarat Lulus
• Tingkatan 3, 4 dan 5 – mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LPM bagi PT3
(Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 4 & 5)
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 50
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
12.13 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item
• Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut tahap kesukaran yang ditetapkan dalam peperiksaan awam.
• JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
• Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. Ia hendaklah
dijadikan panduan bagi semua guru untuk merancang rancangan peningkatan prestasi.
• Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / GKMP atau Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum dicetak. (Tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh
JKKS).
12.14 Post Mortem Untuk Peperiksaan
• Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan
Peperiksaan Dalaman dan Awam (PT3 & SPM) dikeluarkan dalam tempoh seminggu
dari tarikh dikeluarkan.
• Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
• Setiap guru hendaklah menyimpan rekod pencapaian pelajar dan rekod sesi klinikal
pelajar untuk diambil tindakan sewajarnya.
• Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling
jika diperlukan.
12.15 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
i) Tingkatan 1 & 2
• Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 dikehendaki melaksanakan PBS
seperti diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM.
• Pentaksiran dibuat berasaskan Standard Prestasi (SP). Pencapaian direkodkan
berdasar band yang dicapai oleh murid. (Rujuk helaian Penilaian & Pentaksiran).
• Pencapaian direkodkan dalam sistem SPPBS LP KPM.
ii) Tingkatan 3,4 & 5 (Kerja Kursus)
• Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan Kerja Kursus mengikut arahan
dan ketetapan dasar KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
• Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk
mengelakkan masalah di sekolah baru murid berkenaan.
• Rekod pencapaian dikey-in dalam sistem LPM dan ‘hard copy’ difailkan.
13.0 PEMANTAUAN
13.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
• Pembelajaran dan Pengajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap dua kali
setahun secara rasmi.
• Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru
Kanan/ Ketua Panitia/ Guru Cemerlang (Rujuk Jadual Induk Pencerapan).
• Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.
• Guru-guru juga mungkin dicerap lebih dari 2 kali mengikut keperluan dan arahan
Pengetua.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 51
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
13.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan
•
GKMP dan Penolong Kanan bertanggungjawab memantau/ membimbing Panitia di
• bawah jagaannya.
•
Semua Fail Pengurusan Panitia disemak dan diletakkan di bilik fail di pejabat sekolah.
• Semua panitia dikehendaki membuat Perancangan Strategik yang mengandungi Pelan
Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
•
Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR kohort
tertentu termasuk mengambil kira OTR dan headcount murid.
GKMP perlu memastikan panitia di bawah jagaan mereka membelanjakan peruntukan
PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
13.3 Peperiksaan dan Penilaian
•
Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam
• pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai
tugas
13.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid
• Semua panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan yang sepatutnya diberikan
kepada muridmurid semasa Mesyuarat Panitia kali pertama setiap tahun.
• Tugasan murid hendaklah segera disemak oleh guru mata pelajaran seperti ditetapkan
oleh panitia.
• Guru-guru mata pelajaran hendaklah menyemak latihan murid dengan menggunakan
pen berdakwat merah secara konstruktif (Pastikan ada tanda tangan dan tarikh
semakan).
• Guru-guru mata pelajaran hendaklah memastikan murid membuat pembetulan
dengan menggunakan pen berdakwat hijau.
• Pastikan murid menulis indek, tarikh, hari serta tajuk dalam buku latihan/ nota.
• Guru tidak dibenarkan menyimpan buku latihan dalam tempoh lebih dari 1 minggu.
• Buku latihan, folio atau fail latihan murid hendaklah dihantar untuk semakan. (Rujuk
arahan pada jadual penghantaran hasil kerja murid) dilakukan secara konstruktif.
• Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada GKMP untuk
difailkan dan GKMP seterusnya menyerahkannya kepada Penolong Kanan.
• Pengetua dan Penolong Kanan memastikan tindakan susulan dibuat oleh Guru Kanan
dan Panitia.
13.5 Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran
Bahasa Melayu Menengah Rendah :
Tingkatan Tatabahasa Komsas Ulasan Karangan
1 1
121 1 1
1 1
221
321
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 52
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
Bahasa Melayu Menengah Atas : Karangan Karangan
Tingkatan Tatabahasa Komsas Rumusan Bahan Respon
Terbuka
4 2 11 Rangsangan
5 2 11 1
1
1
1
Bahasa Inggeris :
Tingkatan Tatabahasa Mendengar/ Pemahaman** Karangan**
Bertutur*
1 1
11 1 1 1
1 1
21 1 1 1
1 1
31 1
41 1
51 1
* Alternate (Every other week/ 2 minggu sekali)
** Every other week (2 minggu sekali)
Bahasa Cina : Tatabahasa Pemahaman Karangan
Tingkatan 1 1 1 setiap 2 minggu
1 1 1 1 setiap 2 minggu
2 1 1 1 setiap 2 minggu
3 1 1 1 setiap 2 minggu
4 1 1 1 setiap 2 minggu
5
Bahasa Tamil : Tatabahasa Pemahaman Karangan
Tingkatan 1 1 1
1 1 1 1
2 1 1 1
3 2 1 1
4 2 1 1
5
Sains : Objektif Soalan Subjektif / StruktuErsei
Tingkatan 5 4-
1 5 4-
2 5 4-
3 10 32
4 10 32
5
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 53
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
Matematik : Objektif Struktur
Tingkatan 10 10
1 10 10
2 10 10
3 20 20
4 20 20
5
Matematik Tambahan : Objektif Struktur
Tingkatan 20 20
4 20 20
5
Biologi / Fizik / Kimia : Objektif Struktur Esei
Tingkatan 5 4 2
4 5 4 2
5
Fizik / Kimia : Objektif Struktur Esei
Tingkatan 5 4 1
4 5 4 1
5
Reka Bentuk & Teknologi :
Tingkatan Subjektif / Struktur
15
25
35
Asas Sains Komputer : Objektif Subjektif / Struktur Esei
Tingkatan 5 2 1
1 5 2 1
2 5 2 1
3
Sains Komputer : Subjektif Programing
Tingkatan 1 1
4 1 1
5
Pengajian Perniagaan : Objektif Esei
Tingkatan 10 1
4 10 2
5
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 54
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
Prinsip Perakaunan : Objektif Subjektif / Struktur
Tingkatan 5 1
4 10 2
5
Objektif Struktur Esei
Sejarah : 20 3 1
Tingkatan 20 3 1
1 20 3 1
2 20 3 1
3 20 3 1
4
5
Geografi : Objektif Struktur Esei
Tingkatan 1 1
1 10 1 1
2
3 10
10 1 1
Pendidikan Islam : Kekerapan Jenis Latihan
Tingkatan 2
1 2 Hafazan Ayat
2 2 Tilawah
3 2
4 2 Soalan Kbkk
5 Soalan Kbat
Latihan Jawi
Soalan Topikal
Pendidikan Moral : Soalan Soalan Esei
Tingkatan Objektif / Subjektif /
Betul Salah / Struktur 1 (2 minggu)
1 Padanan / Isi 1 (2 minggu)
2 Tempat Kosong 1 1 (2 minggu)
3 1 1 (2 minggu)
4 5 1 1 (2 minggu)
5 7
5 7
5
-
-
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 55
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
Tasawwur : Kekerapan Jenis Latihan
Tingkatan 2 Soalan ITK & KBAT
4 2 Soalan ITK & KBAT
5
Pendidikan Seni Visual : Nota Setiap Soalan Setiap Karya / Projek
Tingkatan Topik Topik ( Min. 5 Setiap Topik
Maks 10 Soalan)
1 1 1
Formatif / Sumatif
2 1 dalam buku teks 1
3 1 1
4 1 sda 1
5 1 1
sda
sda
sda
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan :
Tingkatan Kekerapan Karya / Projek
Setiap Topik
1 Nota dan latihan pengukuhan bagi
setiap topik dalam buku teks/ 1
soalan pentaksiran bagi tahap
penguasaan PBD 1
1
2 sda 1
1
3 sda
4 sda
5 sda
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
• Setiap panitia dan unit akan diberi peruntukan yang ditentukan oleh Pengetua.
• Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa
Kewangan Sekolah.
• Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
• Setiap panitia dikehendaki menydiakan perancangan belanjawan/ bajet berdasarkan
peruntukan wang kerajaan yang diterima.
• Setiap Panitia dikehendaki mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan/
bahan bantu mengajar kepada GKMP (mengikut keperluan).
• Setiap panitia dikehendaki menyimpan 5% dari peruntukan yang diberi sehingga bulan
Julai. Ini ialah untuk memastikan sekiranya berlaku pengurangan murid pada tahun
semasa, pihak sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan kepada KPM. Walau
bagaimanapun, sekiranya tiada pemulangan panitia digalakkan untuk membelanjakan
semua peruntukan pada tahun semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 56
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
15.0 BUKU TEKS (SPBT), PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSB) DAN BAHAN BACAAN
• Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
• Penggunaan Bilik Media, Bilik Akses dan PSB hendaklah mengikut peraturan dan
ketetapan yang disediakan oleh Guru Media. PSB boleh digunakan pada waktu
Program NILAM.
• Program NILAM diselia oleh Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
dan Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris.
• Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru
Penyelaras PSB.
• Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
• Semua buku dan BBM yang dibeli oleh panitia hendaklah direkodkan secara berpusat
dalam rekod PSB.
16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
•
Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan keperluan
• panitia
Panitia dikehendaki mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
• akademik panitia berkenaan. Penggunaan wang PCG juga perlu diambil kira.
•
Program yang dirancang perlu melibatkan murid dan program yang melibatkan guru.
• Pelaporan program perlu disediakan dalam tempoh seminggu dari tamat program
• berserta data kehadiran, data lain yang sesuai juga beberapa keping gambar.
Pelaporan perlu disemak dan disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
Dua Salinan pelaporan perlu disediakan untuk Fail Panitia (1 salinan) dan S/U
Kurikulum (1 salinan)
17.0 KURSUS DALAMAN, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN & MINIT CURAI
17.1 Kursus Dalaman
•
Semua guru yang menghadiri kursus berkaitan kurikulum dikehendaki memberi
• taklimat ringkas kepada Pengetua / Penolong Kanan dan GKMP apabila pulang dari
• berkursus dengan menggunakan format minit curai. Minit Curai hendaklah diserahkan
bersama-sama surat panggilan Kursus kepada GKMP untuk pengesahan dan difailkan
dalam Fail Panitia untuk rujukan.
Guru yang menghadiri kursus tersebut dihehendaki berkongsi maklumat dengan guru-
guru lain, khususnya kursus dalaman panitia.
Bahan kursus yang diperolehi adalah hak sekolah. Guru dikehendaki menyerahkannya
kepada GKMP untuk rujukan panita/ sekolah dan boleh diperbanyakkan untuk guru lain
sekiranya perlu.
17.2 Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP)
• Dirancang berdasarkan kajian analisis keperluan guru dan anggota kumpulan sokongan
(AKS).
• Setiap guru dan AKS dikehendaki mengikuti LDP sekurang-kurangnya 5 hari dalam
setahun
(dasar SSM). Oleh itu guru-guru dan AKS dikehendaki mengikuti kursus yang telah
dirancang oleh
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 57
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
• pihak sekolah. Guru atau AKS yang tidak hadir dikehendaki memberi surat tunjuk sebab
yang akan difailkan.
• Lawatan ke sekolah yang cemerlang harus diusahakan dan diadakan dalam kumpulan
sasaran yang kecil untuk mendapat maklumat dan perkongsian pintar.
18. KAJIAN TINDAKAN/ LAIN-LAIN PROGRAM RANCANGAN PENINGKATAN
BERKAITAN GURU
• Semua Panitia mata pelajaran dikehendaki membuat sekurang-kurangnya satu kajian
tindakan setiap tahun.
• Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/ JPS untuk mewakili sekolah
dalam pertandingan Hari Kualiti peringkat daerah dan negeri.
• Kajian tindakan adalah untuk membantu guru-guru mengenalpasti masalah dalam PdP
dan sekiranya tindakan/aktiviti berkenaan menunjukkan terdapat
perubahan/peningkatan dalam pencapaian murid, ia perlu dikongsi dengan guru-guru
lain untuk kecemerlangan sekolah.
• Program peningkatan profesionalisma guru dijalankan dikalangan guru dalam panitia
yang sama atau gabungan antara dua atau lebih panitia untuk berkongsi ilmu dan
meningkatkan profesionalisma bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.
• Pelaporan program perlu didokumentasikan.
19.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP, UJIAN DAN PEPERIKSAAN
•
Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Saiz
• Kertas A4 (semua komputer telah buat default paper size letter)
•
• Font : Arial, Saiz : 11
Margin kertas: Top 2.0cm, Bottom 2.0cm , Left & Right 2.0cm
• Kertas ujian dan peperiksaan sahaja yang dibenarkan dicetak di pejabat sekolah.
Sekiranya kertas soalan ujian/ peperiksaan kurang daripada 80 set, guru-guru
• dikehendaki fotostat kertas soalan di kedai luar dan buat tuntutan kepada pihak sekolah.
•
Guru-guru diingatkan supaya akur dengan jadual penyediaan dan penghantaran kertas
soalan untuk dicetak dan disimpan di Bilik Peperiksaan.
Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
Penggunaan mesin fotostat perlu mendapat kebenaran dari Pentabir.
20.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
• Guru-guru mata pelajaran dikehendaki memastikan KPI dicapai mengikut ketatapan
yang telah dibuat oleh sekolah mengikut Pelan Strategik dan KPI sekolah.
• Sehubungan dengan itu guru-guru dikehendaki mempelbagaikan pendekatan PdP dan
juga mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai mata pelajaran yang diajar
dan seterusnya merancang program yang sesuai untuk mereka.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 58
2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum
21.0 HARI BERTEMU PELANGGAN
• Hari Bertemu Pelanggan diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan
guru-guru mengadakan perbincangan mengenai sahsiah dan prestasi murid-murid
dalam pembelajaran berdasarkan ujian/ pentaksiran/ peperiksaan.
• Guru tingkatan hendaklah MENYEDIAKAN perkara-perkara berikut sebaik sahaja
selesai ujian/ pentaksiran/ peperiksaan sebagai persediaan Hari Bertemu Pelanggan:
- Kandungan fail EPRD (Rujuk perkara 12.3 di atas).
- Fail Pentaksiran Sekolah (Tingkatan 1 - 3).
22.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
• Penentuan dasar yang ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan arahan
KPM tidak akan berubah sehingga terdapat arahan/ dasar baru yang dikeluarkan oleh
KPM.
• Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah mengikut
keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 59
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. TUGAS GURU TINGKATAN
1.1 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada:
i. Ketua Tingkatan v. AJK Perabot
ii. Penolong Ketua Tingkatan vi. AJK SPBT
iii. Bendahari vii. AJK Briged
iv. AJK 3K-Kebersihan, Keselamatan, Bestari
Kesihatan viii. AJK Mata
Pelajaran
ix. AJK Kantin
b. Memastikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan:
i. Menyediakan Jadual Tugas Harian untuk
-membersihkan papan putih
-menyapu lantai
-mengelap tingkap
-menyusun kerusi meja
-membuang sampah
ii. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a. Jadual Waktu
b. Jadual Tugas
c. Carta Organisasi Kelas
d. Pelan Kedudukan Bilik Darjah
e. Pergerakan Semasa Kecemasan
f. Senarai Nama Guru Bertugas
g. Moto Kelas
iii. Menyerahkan slip kehadiran sebelum 8.30 pagi setiap hari.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 60
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
c. Carta Organisasi Kelas
PENYELARAS TINGKATAN
GURU
Ketua Tingkatan,/Penolong ketua Tingkatan/Bendahari/AJK 3K/AJK Kantin/AJK
Perabot/AJK Koperasi/AJK Mata Pelajaran/AJK Bridged Bestari
d. Memastikan AJK 3K dan AJK Perabot sentiasa:
i. mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa ii.
memastikan perabot kelas seperti kerusi meja murid, meja guru dan papan
putih diinventorikan iii. memastikan alat pembersihan seperti penyapu, bakul
sampah dan pengaut sampah dalam keadaan baik
iv. menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu sentiasa dalam keadaan
baik dan selamat digunakan.
v. melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru tingkatan
e. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah nya terpulang kepada budi bicara murid.
i. Tabung kelas ini bagi tujuan berikut:
keceriaan kelas dan kebajikan murid
ii. Tabung kelas hendaklah disimpan oleh guru kelas.
1.2 JADUAL KEDATANGAN MURID(REGISTER)
a. Buku Jadual Kedatangan murid adalah satu dokumen kerajaan. Buku ini merupakan
satu dokumen penting bagi tujuan audit. Guru tingkatan bertanggungjawab
sepenuhnya untuk memastikan semua butiran di dalamnya diisi dengan lengkap dan
menjaganya dengan baik.
b. Sekiranya hilang Guru Tingkatan bertanggungjawab mendapatkannya atau buat
semula.
c. Semua maklumat dalam Buku Jadual Kedatangan perlu diisi dengan jelas , cermat
dan kemas. Semua maklumat mestilah ditulis dalam huruf besar dengan
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 61
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
menggunakan pen berdakwat hitam. Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang
sama sekali. Sekiranya ada kesilapan, Guru Tingkatan hendaklah memotong
kesilapanitu dengan menggunakan pen merah dan pembaris dan ditandatangan.
d. Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan diminta mengisi Borang Kehadiran Murid
semasa muridmurid berbaris di tapak perhimpunan /di luar bilik darjah setiap pagi.
Borang tersebut hendaklah dimasukkan dalam kotak yang disediakan dai pejabat
sekolah.
e. Semua maklumat murid mesti lengkap dan dikemaskini. Maklumat-maklumat adalah
seperti berikut:
• Nombor pendaftaran murid
• Nama penuh murid (HURUF BESAR DAN ikut susunan abjad)
• Jantina
• Keturunan
• Agama
• Tarikh lahir, tempat lahir, umur pada 1 Januari
• Nombor surat beranak
• Nombor kad pengenalan
• Tarikh masuk tingkatan
• Jenis dan nombor biasiswa
• Rumah sukan
• Nama sekolah terakhr
• Tarikh masuk sekolah ini
• Nama ibi/bapa/ penjaga
• Pekerjaan ibu/bapa/penjaga
• Nombor telefon pejabat(jika ada)/Nombor telefon bimbit/Nombor telefon rumah.
Perkara ini penting terutama bagi murid-murid tingkatan 3 dan 5. Hal ini adalah
kerana murid dan ibu bapa boleh dihubungi jika tidak sampai ke sekolah tepat
pada masanya., semasa PT3 dan SPM serta ketika kecemasan.
• Tarikh meninggalkan sekolah
• Sebab meninggalkan sekolah
• Nobor surat/Sijil berhenti
f. Kehadiran murid mesti ditanda tiap-tiap hari persekolahan, selewat-lewatnya jam 9.00
pagi dalam Buku Jadual Kedatangan dan diisikan dalam sistem APDM.
g. Menanda Jadual Kedatangan adalah tanggungjawab Guru Kelas dan murid tidak
dibenarkan menandanya. Sekiranya guru tidak hadir, Penyelaras Tingkatan hendaklah
mennandakan kehadiran murid pada tarikh tersebut.
h. Murid yang balik dengan kebenaran atau dengan permohonan ibu bapa sebelum
masa ke -3 dianggap tidak hadir. Murid yang keluar sekolah untuk mewakili sekolah
dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu(rujuk Panduan Bagi Mengatasi
Masalah Ponteng Sekolah) – terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia muka surat
59. Oleh itu guru kelas diingatkan supaya jangan menulis jummlah kedatangan
sehingga lepas waktu rehat(kedatangan boleh ditanda dahulu).
i. Cara menanda Buku Kedatangan:
• Murid hadir ditanda ( / )
• Murid tidak hadir ditanda ( O )
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 62
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
• Lewat ditanda L dan dikira hadir
• Tidak hadir dengan kebenaran ditanda s dan dikira tidak hadir
• Tidak hadir kerana sakit (ada surat pengesahan daripada doktor ditanda s
dan dikira tidak hadir.
• Tidak hadir kerana mewakili sekolah (ada surat pengesahan) ditanda A dan
dikira sebagai hadir.
• Murid yang balik lepas rehat atas sebab yang munasabah dikira hadir.
j. Guru Tingkatan tidak dibenarkan membawa keluar Buku Jadual Kedatangan Murid
daripada pejabat.
k. Semasa menutup Jadual Kedatangan, pastikan semua data/analisis yang dikehendaki
dilengkapkan dengan tepat. Guru Tingkatan dikehendaki menulis nama penuh murid,
nombor pendaftaran sekolah dan butir-butir lain pada setiap bulan.
i. Tuliskan kenyataan cuti di ruang cuti dengan tepat. (Nyatakan jenis cuti)
ii. Guru Tingkatan diminta merujuk Pengetua/Penolong Kanan HEM apabila
nama murid, atas sebab-sebab tertentu hendak digugurkan dari Jadual
Kedatangan Murid.
iii. Catat di bahagian belakang Jadual Kedatangan Murid tarikh murid berhenti
dan sebab berhenti. iv. Catat juga di dalam Buku Daftar Murid tarikh murid
berhenti dan sebab berhenti.
l. Guru Tingkatan diminta menutup Jadual Kedatanag pada hari terakhir setiap bulan.
Ini adalah untuk memudahkan PK HEM dan Guru Data menyedia Penyata Bulanan.
m. Jika Guru Tingkatan tiada di sekolah pada hari terakhir tersebut, Penyelaras Tingkatan
hendaklah menutup Jadual Kedatangan Murid untuk kelas berkenaan.
1.3 DATA SMM DAN APDM
Pastikan data SMM dan APDM dikemaskini pada bulan Januari dan Jun. Jika ada
perubahan, perlu maklumkan kepada Guru Data dan Guru APDM dengan kadar
segera. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995)
a. Kes Ponteng/Tidak Hadir
i. Guru Tingkatan hendaklah sentida menyemak bilangan ketidakhadiran murid.
Tindakan segera harus diambil mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
ii. Surat-surat Amaran ketidakhadiran hendaklah dibuat dalam dua salinan. Guru
Tingkatan mestilah memastikan penghantarannya setelah mendapat tanda
tangan PK HEM atau Pengetua. Satu salinan mesti diserahkan kepada PK
HEM untuk fail sekolah dan satu salinan disimpan oleh Guru Tingkatan.
Penghantaran surat adalah sepertidalam carta (Rujuk Panduan bagi
Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan
Malaysia muka surat 60).
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 63
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
b. Untuk mengatasi masalah tersebut guru-guru diminta mengambil langkah-langkah
berikut untuk mengatasi masalah murid ponteng sekolah:
i. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau ibu/
bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu
tidak hadir. Murid yang tidak hadir
selama tiga hari tanpa surat doktor atau surat ibu/ bapa/penjaga, dikehendaki
berjumpa dengan PK HEM atau Pengetua. Sila tanda (S) sekiranya ada surat
dan (O) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.
ii. Surat-surat amaran hendaklah dihantar kepada ibu/bapa/penjaga seperti
berikut:
SURAT HARI TIDAK HADIR (P)
Amaran Pertama Berturut-Turut Bukan Berturut-Turut
Amaran Kedua
Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Terakhir
(Berdaftar 7 hari selepas 10 hari lagi selepas
Akuan Penerima) Amaran Amaran Pertama
Buang Sekolah Pertama
20 hari lagi selepas
Jumlah Hari Tidak Hadir 7 hari selepas Amaran Kedua
Amaran
Kedua 20 hari lagi selepas
Amaran Terakhir
14 hari selepas
Amaran 60 hari bukan berturut-
Terakhir turut
31 hari
iii. Surat untuk tujuan memberitahu ibu/bapa.penjaga murid telah dibuang sekolah
hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.
iv. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat. Guru Tingkatan diminta
mengisi surat ini di pejabat dan memastikan penghantarannya.
v. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan dalm
Buku Jadual Kedatangan Murid pada tarikh surat amaran dihantar dengan
catatan seperti berikut:
AP – Amaran Pertama AK – Amaran Kedua
AT – Amaran Terakhir BS – Buang Sekolah
vi. Semua surat doktor, surat dari ibu bapa/penjaga dan surat keluar kawasan
sekolah hendaklah disimpan dengan baik dalam fail yang telah dibekalkan
kepada Guru Tingkatan pada awal sesi persekolahan. Sila pastikan nama,
tingkatan dan tarikh tidak hadir dicatat di dalam surat-surat amaran. Jika tidak
pasti, sila hubungi ibu bapa/penjaga yang berkenaan. Sila susun surat ikut
tarikh dan bulan (kokot semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 64
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
kemudahan rujukan apabila perlu). Sila lengkapkan Daftar Surat Pernyataan
Tidak Hadir Murid (lampiran di dalam fail)
c. Buku Pemantauan Kelas
i. Buku kehadiran murid setiap mata pelajaran penting untuk mengesan
kehadiran murid pada setiap mata pelajaran. Guru-guru mata pelajaran
mestilah menentukan sama ada murid hadir pada hari itu dan semuanya
verada di dlam kelas.
ii. Jika ada yang ponteng kelas, sila catatkan namanya ad ruang-ruang
berkenaan di dalam buku tersebut. Buku ini mestilah disemak setiap hari oleh
Guru Tingkatan supaya guru boleh mengambil tindakan susulan dan faham
akan masalah kelasnya. Buku ini hendaklah dihantar ke pejabat sebelum
sekolah bersurai pada setiap hari.
iii. Penyelaras Tingkatan diminta menyemak buku ini setiap bulan dan
menyampaikan laporan kepada Guru Disiplin/PK HEM.
d. Kad Keluar
i. Untuk memastika tidak ada murid yang berkeliaran, kad keluar mestilah
diberikan kepada murid yang keluar kelas. Murid tidak dibenarkan keluar kelas
melainkan atas tujuan rasmi atau kes kecemasan. Murid tidak dibenarkan
keluar kelas pada masa pertama dan terakhir PdPc. ii. Guru tidak dibenarkan
memanggil murid keluar kelas semasa PdPc sedang dijalankan. Jika ada
sebab yang penting, perlu mengisi borang keizinan yang boleh didapati di bilik
Guru Disiplin atau dikeluarkan oleh PK HEM/PK Koku. Borang ini hendaklah
ditampal dalam Buku Pemantauan Kelas.
1.4 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS, BIASISWA DAN LAIN-LAIN BANTUAN
i. Memandangkan semua murid akan dibekalkan dengan buku teks secara
percuma, Guru Tingkatan adalah bertanggungjawab atas semua urusan buku
teks dalam kelasnya. Guru0guru khususnya Guru Tingkatan diminta
menegaskan kepada murid bahawa buku-buku yang dibekalkan ialah pinjaman
daripada kerajaan. Sebagai peminjam, buku-buku tersebut mestilah
dikembalikan.
ii. Murid mesti diingatkan supaya menulis nama mereka dalam ruangan yang
disediakan, membalut semua buku pinjaman dan menyimpan buku-buku itu
dengan baik. Murid boleh didenda jika lambat memulangkan buku dan
menggantikan dengan buku yang sama jika buku pinjaman hilang(bukan
diganti dengan bayaran harga buku).
iii. Murid mesti diingatkan bahawa buku yang ditinggalkan dimerata tempat akan
dirampas dan tidak akan dipulangkan. Murid perlu menggantikan dengan buku
yang sama jika buku pinjaman dirampas(bukan diganti dengan bayaran harga
buku).
1.5 BIASISWA DAN KEBAJIKAN
i. Mengenalpasti murid yang layak menerima biasiswa/bantuan kebajikan dan
memaklumkan kepada Guru Biasiswa/Kebajikan.
ii. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran
dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa/bantuan kebajikan.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 65
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.6 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG DAN BAYARAN MAJALAH
i. Mengutip bayaran untuk Majalah sekolah selepas mendapat
kelulusan Pendaftar dan menggalakkan murid membayar.
ii. Mengutip sumbangan PIBG.
iii. Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
iv. Menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan bayaran Majalah kepada
Penolong Kanan.
v. Menyerahkan wang sumbangan PIBG kepada bendahari PIBG.
1.7 PELAN SUSUNAN SETIAP KELAS
Moto Kelas(di atas papan putih)- ________________________
PAPAN KENYATAAN HADAPAN KELAS
Papan Notis – kiri Papan Putih Papan Notis – kanan
ditampalkan berikut: ditampalkan berikut:
Carta Organisasi Catatkan kehadiran murid Visi dan Misi
Jadual Waktu kelas setiap hari pada sudut Matlamat Sekolah
Jadual Tugas kiri papan putih. Pelan Duduk Murid
Pelan Kawad Kebakaran
Contoh: Tarikh:
Kehadiran:
Meja guru
Susunan kelas:
Loker
Sudut Sudut Math Sudut Go Sudut Teknik Sudut
Bahasa dan Green & Kemanusiaan
Sains Vokasional
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 66
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
Catatan:
• Meja guru sentiasa di alas, bersih, kemas dan tiada sampah
• Buku Pemantauan Kelas dan Buku Sahsiah Murid berada di atas meja guru
• Kelas hendaklah sentiasa bersih, kemas dan tiada sampah. Perabot yang lebih mesti
dimaklumkan kepada Pegawai Aset. Kerusi dan meja tidak dibenarkan dibawa ke
kelas lain atau ke tempat lain. Langsir mesti sentiasa bersih, kemas dan tidak
tertanggal.
• Semua meja kelas mesti sentiasa dikosongkan pada waktu akhir. Beg hanya boleh
disimpan dalam meja untuk hari itu sahaja. Murid dikhehendaki membawa balik buku
dana peralatan.
• Buku SPBT yang ditinggalkan akan dirampas dan tidak akan dikembalikan kepada
murid.
• Nama murid mesti dilekatkan diatas meja dengan pita selofan di sudut kanan meja.
• Bilangan meja 32 dan kerusi 32 untuk setiap kelas. Meja tidak boleh dibalut dan tidak
boleh diconteng.
• Pintu kelas dan tingkap hendaklah ditutup sebelum waktu bersurai pada setiap hari.
• Murid tidak dibenarkan menggunakan kelas selepas waktu tamat persekolahan tanpa
kebenaran.
1.8 TUGAS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN
i. Memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Pastikan ada jadual tuigas dan
semua murid menjalankan tugas masing-masing.
ii. Memastikan AJK mata pelajaran memanggil guru atau mencari guru ganti
selepas 10 minit permulaan mata pelajaran.
iii. Menghantar kehadiran murid ke pejabat pada setiap hari sebelum pukul 8.00
pagi. iv. Mengawal disiplin kelas. Tidak mempunyai kuasa untuk memberi
kebenaran rakan keluar kelas.
v. Merekodkan nama murid yang tidak ada dalam kelas dalam Buku Pemantaua
Kelas. Memastikan guru menandatangani buku Rekod Kehadiran.
vi. Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan kelas.
vii. Melaporkan kepada guru mata pelajaran dan guru bertugas sekiranya ada
murid yang sakit daan megambil tindakan menghantarnya ke bilik Isolasi jika
diperlukan.
xi. Memastikan semua rekod merit demerit diisi oleh guru. Rekod tersebut sulit
dan hanya boleh dilihat oleh ,urid yang terlibat sahaja.
1.9 AJK MATA PELAJARAN
i. Memastikan ada guru dalama kelas waktu PdP. Memanggil guru jika guru lewat
masuk.
ii. Mengutip buku latihan untuk guru. Sediakan buku latihan untuk merekodkan
hantaran buku.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 67
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
Nama murid Jenis buku Tarikh
Bil
/mata pelajaran
2. PENGURUSAN DISIPLIN MURID
2.1 SENARAI SEMAK
BIL JENIS BORANG TINDAKAN GURU PIHAK
BERTANGGUNGJAWAB
DOKUMEN
1 Surat kebenaran masuk Kokot dalam buku pemantauan Pengetua/PKHEM/
kelas bagi murid-murid kelas PK Koku/ GKMP
yang datang lambat ke
sekolah
2 Maklumat murid sakit -pastikan murid benar-benar Guru Bertugas
sakit dan ingatkan hanya Guru Tingkatan
dibenarkan untuk rehat satu Kaunselor
masa sahaja
-murid dibenarkan rehat di bilik
Rehat & Rawat dengan
kebenaran guru bertugas
-menghubungi ibu bapa jika kes
serius dan murid dibenarkan
balik
3 Kebenaran -ibu bapa mengisi borang Guru Dispilin
menggunakan kebenaran di pejabat untuk
telefon meNgambil anak Guru Tingkatan
-pastian untuk kecemasan Guru yang
sahaja bertanggungjawab
Gunakan slip kebenaran
menggunakan telefon dari
Guru Disiplin
4 Kebenaran keluar kelas -pastikan alasannya benar dan Guru Dispilin
mesti menggunakan kad keluar
Guru Tingkatan
-kalau arahan daripada guru
lain, mesti ada surat kebenaran Guru yang
bertanggungjawab
daripada guru berkenaan
-kokotkan surat kebenaran ke
dalam buku kawalan kelas
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 68
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
5 Kebenaran membawa Pastikan alasannya benar Guru Dispilin
radio/ kamera/komputer
riba Guru Tingkatan
Guru yang
bertanggungjawab
6 Masalah disiplin anak Rekodkan dalam Fail Disiplin Penegetua/PK
HEM/Guru
7 i. Rekod Salah Rekodkan dalam buku Disiplin/Guru Tingkatan
Laku/Buku Sahsiah MERIT/DEMERIT (warna Semua guru
(warna kuning) kuning)
Lembaga Disiplin
ii. Rekod Amalan Baik i. semua guru mesti merekod
SSDM salah laku dan amalan baik
murid untuk dimasukkan
8 Tindakan Tatatertib/ dalam sistem SSDM
Pengakuan Murid
ii. Murid yang masuk kelas
lewat, markah demerit
dimasukkan serta merta.
Diuruskan oleh Lembaga
Disiplin
9 Murid-murid yang Maklumkan kepada semua Penyelaras TIigkatan
Guru Disiplin
memerlukan guru berkenaan Kaunselor
PK HEM
pengawasan/perhatian Pengetua
guru tingkatan
10 Tindakan tatatertib Diuruskan oleh Lembaga Lembaga Disiplin /
Buang Disiplin Penngtua
Sekolah
Pastikan Ketua Tingkatan Ketua Tingkatan
11 Buku Rekod dan mengemaskini buku (guru lain
Penilaian JKKK(buku boleh memberi markah kepada Lembaga Pengawas
jingga/merah jambu) guru kelas untuk perkara
seperti kebersihan kelas, Guru Tingkatan
12 Buku Pemantauan ketepatan waktu, disiplin kelas,
Kelas dll) Guru-guru mata
(warna biru) pelajaran
-kenalpasti murid yang tidak PK HEM
ada dalam kelas Guru mata pelajaran
-rekodkan dalam buku
-laporkan kepada guru disiplin
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 69
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
13 Kad keluar kelas Gunakan kad keluar kelas Semua guru
apabila membenarkan murid
keluar(murid tidak dibenarkan
keluar apabila tiada guru dalam
kelas)
2.2 PERKARA -PERKARA YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENJALANKAN KUASA
DISIPLIN
• Amalkan keadilan - ambil kira ’natural justice’
• Hak untuk didengar - hak bela diri
• Peluang yang diberi harus munasabah – beritahu pertuduhan
2.3 FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR
MENGHUKUM
• Beratnya sesuatu kasalahan
• Kes-kes srupa
• Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya
• Perwatakan dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan
2.4 TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
• Lihat setiap kesalahan secara objektif
• Wujudkan suasana tenanag
• Beri peluang murid buat penjelasan
• Jika murid bersalah, bantu murid menyedari keslahannya
• Masalah disiplin yang ada kaitan dengan keluarga, salahlaku jenayah dan
dadah sila maklumkan kepada Pengetua
2.5 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
a. Langkah Pertama
• Terima aduan
• Pastikan ada prima facie
• Buat siasatan awal
• Ada percanggahan, hentikan siasatan
• Tidak berpuas hati, buat siasatan awal
b. Langkah Kedua
• Buat kesimpualn daripada bukti
• Beri peluang tertuduh memfailkan kesalahan
c. Langkah Ketiga
• Jika murid menafikannya-beri peluang bela diri
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 70
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
• Pelajar harus jawab tuduhan
• Beritahu tuduhan terhadapnya dengan jelas
• Jelaskan mengapa hukuman tidak boleh diambil
d. Langkah Keempat
• Jika tertuduh memberi keterangan memuaskan, dia bebas, tiada
tindakan lanjut
e. Pengakuan/Didapati bersalah
• Pengetua membuat keputisan terhadap hukuman yang hendak
dikenakan
2.6 PANDUAN TATACARA DISIPLIN MURID
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983)
a. Guru perlu bertindak secara professional. Guru perlu berpegang kepada
prinsip; adil, amanah, jujur, berani, tegas, tidak emosi dan memberi peluang
kepada murid membela diri.
b. Guru perlu mempunyai sifat penyayang, penyabar dan bijak dalam
menyelesaikan masalah
disiplin.
c. Guru perlu diingatkan jangan sesekali mengorbankan disiplin untuk menjadi
popular di kalangan murid-murid
d. Dalam menjaga disiplin murid, guru diingatkan supaya tidak mengenakan
hukuman seperti di bawah:
i. Hukuman Terhadap Fizikal
• Mengetuk/menyekeh kepala murid
• Menampar
• Mencubit hingga lebam
• Memulas telinga
• Mengenjut/ketuk ketampi beberapa kali yang tidak berpatutan sambil
memegang telinga
• Mencela/memalukan
• Mendera seperti berlari keliling padag
• Menjenur/lari keliling padang
• Menarik rambut/menarik telinga
• Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
• Membelasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
• Menghukum murid secara berkumpulan atas alasan sipesalah enggan
mengaku salah
• Merampas barang tanpa alasan munasabah seperi losen
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 71
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
ii. Hukuman Terhadap Mental dan Emosi
• Gunting rambut sesuka hati
• Berleter
• Gantung tulisan di badan
• Memalukan di khalayak ramai
• Kelas tahana pada waktu rehat atau pulang
• Memaki hamun
• Menyindir
• Conteng muka dengan kapur
• Koyak/mencampak buku latihan
• Mengugut atau mengertak murid
• Tidak menanda buku latihan
e. Hanya Pengetua sahaja yang diberi kuasa merotan(murid lelaki sahaja) .
Walau bagaimanapun, Pengetua boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru
tertentu untuk menjalankan hukuman merotan.
f. Bagi kes disiplin yang ringan, murid boleh dikenakan tindakan dengan
membuat kerja-kerja sosial atau kerja yang memberui manafaat kepada murid
tersebut.
g. Kes-kes disiplin yang berat hendaklah dibawa kepada Mesyuarat Lembaga
Tatatertib Sekolah.
h. Setiap guru perlu memiliki, membaca dan memahami isi kandungan
buku ’Peraturan Sekolah’
i. Guru dikehendaki melaporkan setiap kes yang mempunyai mata penalti
dengan menggunakan Borang Aduan Salahlaku Murid kepada Unit Disiplin
untuk direkod dan diambil tindakan yang sesuai.
j. Segala maklumat dan salah laku murid adalah sulit.
k. Peringatan dan nasihat mengenai disiplin perlu diberi kepada murid-murid dari
masa ke semasa.
l. Semua guru dikehendaki menjadikan Budaya Menegur/ Menasihat sebagai
budaya sekolah ini.
m. Guru dilarang membuat sebarang kenyataan media cetak/elektronik mengenai
disiplin murid.
n. Sebarang laporan mengenai disiplin ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri/
Pejabat Pedidikan Daerah dan lain-lain perlu melalui Pengetua.
o. Bagi kes-kes tertentu, guru dikehendaki merujuk murid yang bersalah kepada
Kaunselor (dengan menggunakan borang yang disediakan) atau guru
Pendidikan Islam (bagi murid-murid beragama Islam).
p. Bagi kes-kes tertentu, guru dibolehkan menghubungi ibu baa/penjaga/pihak
polis/AJK PIBG untuk membantu mengatasi masalah tersebut.
q. Laporan lengkap disiplin disediakan oleh guru data disiplin dan dihantar ke
PPD dan JPNS (Bahagian Hal Ehwal Murid).
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 72
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
2.7 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001)
Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah
disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru
tertentu atau menyerahkannya kepada Pengetua walaupun masalah ditimbulkan oleh
murid adalah masalah remeh temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah
Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah.
Perkara seumpama ini dipercayai tidak berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah
sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal berkaitan dngan disiplin
murid.
i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
tatatertib di Sekolahsekolah pada para 5 menyatakan:
• ”… tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-
masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada
guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang
berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru besar.”
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 mengenai Disiplin di sekolah. Peraturan-
peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:
• Adalah seperti tuan maklumkan, satu diantara tujuan pelajaran ialah untuk
menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubarimurid-murid sekolah. Ini
bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan
tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru
hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah
bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah
hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana
hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya kesalahan yang
berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat
keputusan.”
Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap
disiplin yang tinggi. Bagi mancapai matlamat tersebut semua guru hendaklah
berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid
supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dn disiplin yang baik. Pendekatan-
pendekatan berebentuk pencegahan(preventive), didikan(educative),
pembetulan(corrective), dan hukuman(punitive) srta langkan hendaklah
dilksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah
sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin,
penyayang, simpati, dan empati terhadap masalah yang dihadapi murid.
Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap
kesalaahn disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu
pengetua atau guru besar perlu menyediakan penurunan kuasa terhadap guru-
guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 73
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
3. PROSEDUR PERTUKARAN MURID
3.1 PROSEDUR MURID BERPINDAH MASUK SEKOLAH (TINGKATAN 1-5)
Murid melapor diri di pejabat
Penyelaras Tingkatan:
• Beri murid Borang maklumat murid. Murid isi borang-borang tersebut,
• Daftar murid (buku daftar)
• Sediakan satu salinan borang masuk sekolah(BMS) dan mengisikan semua butir
yang berkaitan
• Tempatkan murid dalam kelas(isikan tingkatan)
• Hantar/serahkan murid dengan dokumen-dokumen kepada guru tingkatan
• Serahkan satu salinan BMS kepada Penyelaras Data
•
Guru tingkatan:
• Memasukkan butiran murid ke dalam Jadual Kedatangan Murid
• Key in profile murid kedalam APDM.
• Pastikan murid menerima buku teks atau dibawa dari sekolah asal
Dokumen:
1. salinan KP murid
2. salinan surat beranak
3. buku kokurikulum
4. buku rekod kesihatan
5. lain-lain dokumen dari sekolah asal.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 74
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
3 .2 PROSEDUR MURID BERPINDAH KELUAR
TINDAKAN GURU TINGKATAN:
Guru minta murid lengkapkan Borang Semakan dan
kumpul balik dalam satu minggu
Guru tingkatan serahkan semua dokumen dan salinan
kepkeuptuustaunsan murid bersama dengan Borang Semakan 1
yang telah lengkap kepada Penyelaras
Tingkatan
Guru Tingkatan serahkan Borang Semakan 1 yang lengkap
kepada pejabat supaya sijil berhenti sekolah boleh disediakan
Pejabat serahkan Sijil Berhenti Sekolah yang siap
kepada Pengetua untuk ditandatangan
PK HEM menyerahkan keratan pengesahan murid
berpindah kepda guru data
Pejabat menyerahkan semua dokumen kepada ibu
bapa
Bagi murid T3 dan T5 :
- Serahkan semua dokumen kepada SU peperiksaan
untuk diproses
- SU Peperiksaan menyediakan Borang Berpindah
Pusat Peperiksaan
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 75
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.3 PANDUAN PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH AKHIR TAHUN OLEH
MURID WARGANEGARA DI DAERAH PETALING (RUJUKAN SEKOLAH)
a. Borang permohonan pertukaran sekolah dikehendaki diisi dengan cara bertaip
b. Permohonan pertukaran sekolah dalam daerah Petaling boleh dibuat mulai cuti
sekolah akhir tahun.
c. Ibu bapa yang ingin memohon pertukaran sekolah untuk anak-anak mereka
dikehendaki mengisi lima salinan Permohonan Pertukaran Sekolah
• Satu salinan – Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dikehendaki
disimpan di sekolah untuk rujukan sekolah sebelum dihantar ke PPD
• Empat salinan- Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dihantar ke
PPD untuk diproses dan dilampirkan bersama satu salinan dokumen-
dokumen berikut yang telah disemak benar dan disahkan oleh Guru
Besar /Pengetua sekolah mengikut susunan berikut dari atas ke bawah :
i. Empat salinan Borang Permohonan Pertukaran Sekolah
ii. Satu salinan Sijil Kelhiran Murid(rendah dan menengah)
iii. Kad Pengenalan Murid(menengah sahaja)
iv. Satu salinan bil air/elektrik ATAU satu salinan Surat Perjanjian
Sewaan yang disahkan (jika rumah sewa)
v. Satu salinan slip keputusan:
• UPSR-bagi murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
• PT3-bagi murid Tingkatan 3 ke Tingakatn 4
vi. Satu salinan surat nikah/perakuan pendaftaran perkahwinan ibu
bapa
vii. Satu surat hak penjagaan sekiranya berpisah/bercerai/tidak
dijaga oleh ibu bapa yang sah
d. Maklumkan kepada ibu bapa murid bahawa Borang Permohonan Pertukaran
Sekolah Dalam Daerah Petaling pada akhir tahun hanya boleh dihantar melalui
sekolah dan ibu bapa diminta jangan membawa sendiri borang permohonan
ke PPD.
e. Borang Permohonan Pertukaran Sekolah Dalam Daerah Petaling yang sudah
diproses aka diserah balik ke sekolah asal. Ibu bapa diminta mendapat
keputusan pertukaran daripada sekolah dan bukan dari PPD pada minggu
kedua Disember.
f. Ibu bapa yang memohon pertukaran sekolah antara daerah/negeri diminta
membawa Borang Permohonan Pertukaran Sekolah ke daerah atau negeri
masing-masing untuk diproses.
g. Pengetua dikehendaki menyemak dan memastikan semua butir yang diisi
dalam Borang Permohonan Pertukaran Sekolah adalah lengkap dan benar
sebelum menurunkan tandatangan.
h. Borang permohanan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD Petaling
pada setiap hari Jumaat setiap minggu.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 76
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
i. Pertukaran untuk Tingkatan 4 hanya akan dibuka selepas kputusan PT3
j. Bagi pertukaran Luar Daerah/Luar Negeri
k. Ibu bapa/penjaga diminta menghantar borang pertukaran terus ke PPD yang
berkenaan.
4.0 PANDUAN TUGAS GURU
4.1 TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN
a. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah
jagaannya.
b. Kuota murid mengikut kaum mesti dipatuhi. Pengetua/Penolong Kanan mesti
dimaklumkan.
c. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut
kelulusan dan
minat/aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5.
d. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku teks bantuan
kerajaan(SPBT).
e. Membantu PK HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi
bantuan/biasiswa.
f. Maklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan tentang jumlah murid dalam
setiap kelas dari masa ke semasa
g. Penyelaras Tingkatan 4 sekaligus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan
dalaman dan OT3 yang terlibat.
h. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan dalaman dan PT3
i. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi meneyediakan bilik-bilik
peperiksaaan dan membantu menguruskan perjalanan ujian dan peperiksaan
sekolah
j. Berada di sekolah pada hari orientasi murid Tingkatan 1 dan membantu guru
Tingkatan 1untuk menguruskan kemasukan murid.
k. Memeastikan guru tingkatan memeberi nombor pendaftaran dan memasukkan
butir-butir murid dalam Buku Pendaftran.
l. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Muris. Buku
ini mesti disimpan di pejabat.
m. Menyemak Jadual Kedatangan Murid dari masa ke masa dan memastikan
guru tingkatan menutup Jadual Kedatangan Murid pada hari terakhir setiap
bulan.
n. Menjakankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
masa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 77
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
4.2 TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
a. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 30 minit setelah
sekolah berakhir.
b. Guru bertugas harian perlu membuka (7.00 pagi) dan menutup (2.30pm) Bilik
Guru setiap hari kecuali ada guru lain yang datang lebih awal dan balik lebih
lewat dari masa yang tersebut di atas. Guru bertugas boleh menyerahkan
kunci Bilik Guru kepada guru berkenaan untuk menutup Bilik Guru.
c. Bertugas di kedua-dua pintu masuk sekolah seekurang-kurangnya jam
7.00pagi setiap hari.
d. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta
lampu , kipas dan tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
e. Membantu Guru Pengawas Disiplin mengawasi didsiplin murid di luar waktu
belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan,
sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika
perlu.
f. Mengawasi kebersihan bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.
g. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
h. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibu bapa /pengaja
menghantar mereka ke rumah sakit/ hospital.
i. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang
memohon.
j. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat
dan masa pertukaran guru.
k. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
l. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawal
harta benda sekolah.
m. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan
unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
n. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu persekolahan ke dalam Borang Laporan Bertugas. Antara perkara
yang dicatat:
• Kedatangan murid, guru dan staf sokongan
• Murid ponteng, tidak hadir, sakit
• Lawatan/pelawat
• Ucapan/pengumuman penting dalam perhimpunan
• Melaporkan kerosakan pada bangunan dan sebarang kejadian di
kawasan sekolah dengan kadar segera
o. Membuat laporan di adalam Borang Laporan Bertugas yang disediakan dan
kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat
diambil.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 78
2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
p. Makluman berkaitan Perhimpunan:
• Memastikan guru dan murid menghadiri perhimpunan
• Memastikan bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
disediakan
• Memastikan murid telah beratur dengan kemas
• Laporan tambahan mengenai ucapan Penegtua/Penolong Kanan
hendaklah ditulis dalam Borang Khas Mengenai Perhimpunan.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 79
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. DASAR UTAMA KOKURIKULUM
PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM
KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.” (Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat
gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap
pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu
gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan
sukan atau permainan.” {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985
KP(BS)8591/Jld. II(29)}.
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Penyertaan
semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja kokurikulum di sekolah.” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985.).
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997}.
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi
menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
KEENAM
“Kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana
perancangan untuk aktivitiaktiviti kurikulum dan dilaksankan dengan cekap dan
berkesan. Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah maka
peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi: Sekolah rendah (Tahun 3 & 4)
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 80
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
– 60 minit seminggu, (Tahun 5 & 6) – 120 minit seminggu. Sekolah menengah
(Jurusan Teknik & Vokasional) – 120 minit seminggu, (Sekolah Menengah Harian,
SBP, SMA dll) – 180 minit seminggu. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007 bertarikh 15
Januari 2007).
2. DASAR SOKONGAN
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil
bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat;
bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang
menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang
sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara
5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan
penyertaan anggota masyarakat setempat. {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan
Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32)
bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam
kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras
dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai
aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari
semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan
kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program
lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang.
Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk
menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian
Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi
ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan
bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).
6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-
pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan
pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah).
Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-
mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat
disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
7. “KPM amat memahami bahawa dalam keadaan tertentu, terdapat situasi guru
perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa murid bagi urusan
rasmi KPM di luar Kawasan sekolah. Bagi mengelakkan sebarang implikasi
yang memberi kesan terhadap kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan guru
dan murid dalam hal penggunaan kenderaan sendiri oleh guru untuk membawa
murid bagi urusan rasmi KPM di luar kawasan sekolah, prosedur operasi
standard (SOP) yang berkaitan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua
pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/2019)
8. “KPM telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan
pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 81
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan mengikut garis
panduan pelaksanaan dasar ini.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007).
3.0 SENARAI PERSATUAN/ KELAB, KELAB PERMAINAN/ SUKAN DAN BADAN
BERUNIFORM
Semua murid wajib menyertai TIGA aktiviti kokurikulum:
i) satu dari setiap kumpulan; iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.
ii) rumah sukan ditetapkan untuk semua murid mengikut nombor pendaftaran sekolah.
Kumpulan A: Persatuan dan Kelab
1 Persatuan Bahasa Melayu 10 Kelab Orkestra & Angklung
2 Persatuan Bahasa Inggeris 11 Kelab Koir
3 Persatuan Sejarah & Rukunegara 12 Kelab Eco Rangers
4 Persatuan Pendidikan Seni 13 Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
5 Persatuan Pendidikan Islam & Nasyid 14 Kelab Kerjaya
6 Kelab STEM 15 Kelab Penggerak Digital -Komputer
7 Kelab Fotografi 16 Kelab Leaderonomics
8 Kelab Interact* 17 Kelab Koperasi
9 Kelab Kebudayaan 18 Program Usahawan Muda*
Kumpulan B: Kelab Permainan/Sukan
1 Kelab Badminton 8 Kelab Sofbol
2 Kelab Bola Jaring 9 Kelab Tenis
3 Kelab Bola Baling 10 Kelab Ping Pong
4 Kelab Olahraga 11 Kelab Bola Keranjang
5 Kelab Sorak 12 Kelab Petanque
6 Kelab Memanah 13 Kelab Dodgeball
7 Kelab Catur 14 Kelab Sukan Elit (Skuasy, Renang,
Kumpulan C: Badan Beruniform Gimnastik, Bowling, golf dll)
1 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 8 Pandu Puteri Remaja Pasukan 7
2 Kadet Bomba 9 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 5
3 Kadet Remaja Sekolah 10 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 29
4 Kor Kadet Polis 11 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 30
5 Pandu Puteri Remaja Pasukan 1 12 Pergerakan Puteri Islam Malaysia
6 Pandu Puteri Remaja Pasukan 2 13 St. John Ambulans
7 Pandu Puteri Remaja Pasukan 3 14 Taekwondo
* Untuk murid-murid Tingkatan 4 dan 5 sahaja
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 82
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
Penjadualan Aktiviti Kokurikulum
JADUAL MASA KOMPONEN
2.00pm – 5.00 pm Kelab/ Persatuan
Mengikut giliran 2.00pm – 5.00 pm Badan Beruniform
mingguan 2.00pm – 5.00 pm Kelab Sukan/ Permainan
4.0 RUMAH SUKAN
4.1 NAMA RUMAH SUKAN
1. Sapphire 3. Topaz
2. Emerald 4. Ruby
4.2 CARA MENENTUKAN RUMAH SUKAN (UNTUK MURID BARU)
1. Ambil 2 angka terakhir nombor pendaftaran kemasukan sekolah murid berkenaan
dan bahagikan dengan 4.
2. Sekiranya tiada baki, rumah sukan murid itu ialah SAPPHIRE Contoh: …16
dibahagikan 4 = 4 dan baki 0
3. Sekiranya baki 1, rumah sukan murid itu ialah EMERALD
Contoh: …17 dibahagikan 4 = 4 dan baki 1
4. Sekiranya baki 2, rumah sukan murid itu ialah TOPAZ
Contoh: …18 dibahagikan 4 = 4 dan baki 2
5. Sekiranya baki 3, rumah sukan murid itu ialah RUBY
Contoh: …19 dibahagikan 4 = 4 dan baki 3
** Jika seorang murid yang telah diberi nombor pendaftaran sekolah semasa mendaftar,
bertukar sekolah dan kemudian kembali semula ke SMK(P) Sri Aman, muird tersebut mesti
diberi semula nombor pendaftaran yang lama dan rumah sukan yang sama semasa beliau
mula-mula mendaftar.
** Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara supaya kakak dan adik mendapat rumah
sukan yang mempunyai hari latihan yang sama bagi memudahkan urusan pengangkutan
murid tetapi permohonan perlu dibuat kepada guru kelas semasa hari pertama persekolahan.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 83
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
CATATAN:
Hari latihan Rumah Sukan adalah secara bergilir setiap tahun
Masa: 3.00 – 5.00 petang
TAHUN HARI RUMAH SUKAN
2020 Isnin Ruby & Topaz
Selasa Sapphire & Emerald
2021 Isnin Sapphire & Emerald
Selasa Ruby & Topaz
2022 Isnin Ruby & Topaz
Selasa Sapphire & Emerald
2023 Isnin Sapphire & Emerald
Selasa Ruby & Topaz
2024 Isnin Ruby & Topaz
Selasa Sapphire & Emerald
2025 Isnin Sapphire & Emerald
Selasa Ruby & Topaz
5.0 MANUAL PENGGUNA SISTEM E-STRIP
PROSES PERMOHONAN LAWATAN SEKOLAH ATAS TALIAN
1. Bagi masuk ke Sistem sila login melalui url http://lawatan.com
2. Pilih Pejabat Pendidikan Daerah – PETALING UTAMA
3. Pilih jenis lawatan - Dalam Negara atau Luar Negara
4. Log masuk pengguna ke dalam sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata
laluan yang telah didaftarkan oleh Admin dan diserahkan kepada pihak sekolah, dan
klik butang “Log Masuk”.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 84
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
ID PENGGUNA : BEB8655
PASSWORD: SRIAMAN
5. Seterusnya kemaskini maklumat
(Hanya No. telefon dan emel boleh dike)maskini
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 85
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
6. Kemaskini kata laluan (JANGAN TUKAR KATA LALUAN BAHARU)
7. Muaturun 4 jenis borang
*Simpan dalam thumbdrive, isi semua borang dan save
dalam thumdrive
8. Muaturun Surat Pekeliling (sebagai rujukan sahaja – jika perlu)
9. Klik Permohonan Baharu
10. Pilih aliran – PERDANA
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 86
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
11. Pilih Kategori Jenis Lawatan yang ingin dipohon Lawatan Sambil Belajar,
Perkhemahan luar sekolah, Jemputan Agensi Luar atau Pdp Luar Bilik
Darjah/Motivasi/Bengkel/Kursus/Lain-lain.
Seterusnya klik “Next”
12. Kemudian sila masukkan Maklumat Perincian Lawatan , Semua maklumat merupakan
medan wajib perlu di isi. Seterusnya klik “Next
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 87
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
13. Setelah semua maklumat diisi, maklumkan kepada Pengetua untuk semakan dan
disahkan secara atas talian.
14. Pilih Penghantaran dokumen sama ada penghantaran melalui e-Strip atau e-mel
PENGHANTARAN MELALUI E-STRIP ( perlu upload segala dokumen dengan
menggunakan format .pdf, seterusnya klik “hantar”.
PENGHANTARAN MELALUI EMAIL (Segala dokumen berkaitan perlu diemailkan ke
ppdpu dan , seterusnya klik “hantar”)
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 88
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
15. Satu paparan akan dihantar dengan menyatakan permohonan telah Berjaya dihantar.
16. Sila semak status permohonan dari semasa ke semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 89
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
Permohonan lawatan boleh dilihat di status permohonan
Disemak dan diproses
Belum disemak dan diambil tindakan
telah disemak dan permohonan ditolak
17. Setelah Permohonan diluluskan menu cetak surat dan Laporan Lawatan akan
dipaparkan.
18. Sila cetak surat untuk digunakan semasa lawatan.
19. Laporan lawatan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari selepas lawatan dan di
upload 2 keping gambar sewaktu lawatan dijalankan
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 90
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
20. Satu paparan akan dipaparkan sebagai pengesahan laporan lawatan telah dihantar
dan laporan boleh dicetak untuk rujukan dan simpanan.
● SEMUA PERMOHONAN MESTI DIKEMUKAKAN 5 MINGGU SEBELUM
LAWATAN/PROGRAM/AKTIVITI. PERMOHONAN YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT
5 MINGGU, PERLU DIBUAT SECARA MANUAL DENGAN LAMPIRAN SURAT
JEMPUTAN/ BUKTI MAKLUMAN LEWAT
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 91
SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA
REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN ................
BADAN BERUNIFORM: ……………………………………….
GURU PENASIHAT: ……………………………………………
PERTANDINGAN/ TARIKH/ KOS/ PERINGKAT NAMA PESE
ANJURAN TEMPAT SUMBER (DAERAH/ NEGERI/
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA)
*SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURAN
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
WARNA UNGU
PENYELARAS BADAN BERUNIFORM
ERTA TING. NO. K/P KEMENANGAN
NGNYA 4 GAMBAR SEBAGAI BUKTI.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 92
SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA
REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN .....................
PERSATUAN/ KELAB: .......................................................................................................................
GURU PENASIHAT: ……………………………………………………………………………………………
PERTANDINGAN/ TARIKH/ KOS/ PERINGKAT NAMA PESERTA
ANJURAN TEMPAT SUMBER (DAERAH/ NEGERI/
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA)
*SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 G
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
WARNA HIJAU
PENYELARAS KELAB/ PERSATUAN
... TING. NO. K/P KEMENANGAN
…………….
A
GAMBAR SEBAGAI BUKTI.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 93
SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA
REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN ..................
SUKAN/PERMAINAN: ........................................................................................................................
GURU PENASIHAT: ……………………………………………………………………………………………
PERTANDINGAN/ TARIKH/ KOS/ PERINGKAT NAMA PESERT
ANJURAN TEMPAT SUMBER (DAERAH/ NEGERI/
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA)
*SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 G
2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum
WARNA BIRU
PENYELARAS KELAB SUKAN/ PERMAINAN
.. TING. NO. K/P KEMENANGAN
…………….
RTA
GAMBAR SEBAGAI BUKTI
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 94
3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran
BAB 3 - MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
3.1.1 JAWATANKUASA PENTADBIR SEKOLAH & PANEL PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
1. Menjadi Badan Tertinggi Sekolah memainkan peranan sebagai tempat rujukan.
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah serta kawasan sekolah.
3. Merancang pembangunan akademik, kokurikulum dan sekolah.
4. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu isu semasa yang
timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain.
5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya.
6. Merancang Takwim Sekolah.
7. Memastikan pelaksanaan semua program yang dirancang mengikut jadual.
8. Merancang ABM (Anggaran Belanja Mengurus) pembangunan dan kecemerlangan
sekolah (Perancangan
Strategik, Visi dan Misi)
9. Memastikan data perjawatan staf sentiasa dikemaskinikan.
3.1.2 JAWATANKUASA KEBITARAAN
1. Merancang program pembangunan bagi bidang-bidang kebitaraan sekolah.
2. Mengambil bahagian program yang sesuai yang ditawarkan kepada sekolah.
3. Melaksana, menilai, memantau dan membuat penambahbaikan bagi program-program
yang dirancangkan dari masa kesemasa dan juga bagi program yang disertai.
4. Membuat pelaporan bagi program-program yang dilaksanakan atau yang disertai.
3.1.3 JAWATANKUASA INTEGRITI / KEUTUHAN
1. Mengenalpasti guru dan AKP yang melanggar peraturan pegawai awam.
2. Mengadakan perbincangan khas bagi menangani tingkah laku guru dan AKP yang
melanggar peraturan pengawai awam.
3. Memutuskan tindakan yang dikenakan kepada guru dan AKP terlibat.
4. Menjaga kebajikan guru dan AKP diutamakan.
5. Memastikan urusan kenaikan pangkat guru dan AKP diurus tepat pada masanya.
3.1.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH
1. Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan
dan akaun supaya berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan
1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan
dalam bidang:
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 95
3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran
i. Pengurusan Perbelanjaan
ii. Pengurusan Perakaunan
iii. Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil
iv. Penyediaan dan pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan sekolah.
2. Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.
3. Merancang latihan untuk AKP yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan.
4. Mengadakan mesyuarat empat kali setahun yang boleh membantu jawatankuasa
mengesan dan mengawasi operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan.
5. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (nota
minta, pesanan tempatan, invois/bil, baucar dan cek)
6. Menyelenggara dan mengurus perbelanjaan dan pembayaran.
7. Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah.
8. Menjadi AJK Lembaga Tender/ Sebut Harga Sekolah dan memastikan stok
dikemaskinikan.
9. Mengawasi pembelajaran dan mematuhi prosedur kewangan untuk mengelakkan audit
berteguran.
3.1.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN BANGUNAN
1. Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun.
2. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yag berkaitan dengan pengurusan
Aset Alih dan Aset Tak Alih yangg diedarkan dari masa ke semasa.
3. Memastikan semua aset alih yang diterima dan direkodkan serta dilabelkan.
4. Memeriksa keadaan aset alih 2 kali setahun dan menyediakan pelaporan keadaan aset
alih tersebut.
5. Memastikan aset alih yang tidak boleh digunakan lagi dan tidak sesuai untuk
diselenggarakan atau dilupuskan.
6. Membuat siasatan sekiranya berlaku kes kecurian atau kehilangan.
7. Mengemukakan lapaoran kepada Pengetua.
3.1.6 JAWATANKUASA PERKEMBANGAN PROFESIONALISMA
1. Merancang kursus latihan personel secara makro bersama pentadbir berdasarkan TNA
guru sekurangkurangnya 5 hari setahun.
2. Mengenal pasti kursus dalaman yang sesuai diadakan untuk guru.
3. Membuat catatan/laporan ceramah serta menyediakan dokumentasi.
4. Menguruskan surat-menyurat/bayaran dengan penceramah jemputan.
5. Memastikan semua guru melengkapkan esplgKPM.
6. Menyediakan laporan LDP dan menghantar maklumat LDP Guru ke PPD apabila diminta.
7. Menyediakan Sijil Kehadiran pada akhir tahun (Setahun sekali) dengan menyatakan
tarikh kursus, nama kursus dan tempoh masa kursus.
8. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada para penceramah.
9. Meminta guru mengisi borang penilaian program/kursus.
10. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh KPM, JPN
dan PPD
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 96