3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran
11. Bertanggungjawab untuk mengenalpasti keperluan, merancang, melaksanakan latihan
dalaman (PLC) bagi meningkatkan prestasi dan kompetensi guru dan staf sokongan
selaras dengan dasar pembangunan sumber manusia mengikut MODUL PPGB.
12. Merancang fasa orientasi, fasa pementoran dan mengadakan latihan.
13. Memberi sokongan berterusan terhadap pembangunan profesionalisme guru dan
mengadakan perbincangan serta refleksi dengan guru Mentor dan Guru Baharu.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3.1.7 JAWATANKUASA HUBUNGAN LUAR DAN SILANG BUDAYA
1. Merancang untuk menjalin kerjasama dengan badan kerajaan dan badan bukan
kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta di dalam
dan di luar negara , komuniti sekitar demi kebajikan dan kepentingan murid.
2. Membuat permohonan dan menyediakan kertas kerja bagi aktiviti/ program yang
dirancang.
3. Mendapatkan kelulusan dari bahagian yang berkenaan.
4. Melaksanakan aktiviti/program yang telah mendapat kelulusan pada tempoh yang
dibenarkan.
5. Mengambil bahagian aktiviti/ program yang dianjurkan oleh pihak badan kerajaan,
badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta,
komuniti sekitar dan lain-lain.
6. Menyediakan pelaporan dan dokumentasi dalam tempoh 2 minggu dari selesainya
aktiviti/program yang disertai.
3.1.8 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH/DATA
1. Mengadakan dan menyelaras mesyuarat penyelarasan data 4 kali setahun serta
mendokumenkan minit mesyuarat berkenaan.
2. Memastikan data sentiasa di kemaskini.
3. Mengaplikasikan data untuk tujuan kajian dan penyelidikan dan keperluan PPD/JPN.
4. Menyimpan dan merekod data di tempat selamat dan mudah diakses mengikut
keperluan.
5. Memastikan data selamat dari akta kerahsiaan.
6. Menghadiri mesyuarat luar apabila diminta.
7. Memberi data yang diperlukan dari semasa ke semasa.
3.1.9 JAWATANKUASA SKPMg2
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2. Melengkapkan elemen-elemen SKPMg2 pada bulan April setiap tahun untuk
mendapatkan keputusan penarafan sekolah secara online.
3. Mendokumentasikan keputusan Penarafan Sekolah dan membuat 2 salinan. Satu
salinan untuk penyimpanan pengetua.
4. Menjelaskan keputusan Rumusan SKPM kepada semua guru dan melakukan
penambahbaikan.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 97
3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran
3.1.10 JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH
1. Menyediakan senarai semak dan jadual kerja pelaksanaan program untuk
pemantauan.
2. Membincang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus untuk pelaksanaan
program.
3. Merancang kemudahan sokongan prasarana ICT di bilik guru, kantin, bilik-bilik khas
dan perpustakaan.
4. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
3.1.11 JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF SEKOLAH
1. Membuat perancangan untuk tujuan kebajikan guru-guru dan staf.
2. Merancang Majlis Akhir Tahun dan Hari Guru.
3. Mengurus majlis persaraan guru, guru berpindah ddan sebagainya.
4. Menguruskan sumbangan kebajikan untuk guru dan staf yang ditimpa musibah atau
kemalangan atau kematian.
5. Membimbing guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan
peranan guru dalam bilik darjah.
6. Membimbing guru pelatih memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan
pengurusan bilik darjah.
7. Mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua untuk setiap aktiviti dan program.
3.1.12 JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT
1. Memastikan pejabat dibuka dan ditutup mengikut masa bekerja yang telah ditetapkan.
2. Memantau dan mengurus selia urusan perkhidmatan dan perjawatan..
3. Memantau dan mengurus selia urusan kewangan dan stok.
4. Memantau dan mengurus selia urusan pentadbiran.
5. Membantu memantau dan mengurus selia urusan kawalan keselamatan.
6. Membantu memantau dan mengurus selia urusan urusan kerja pembersihan.
7. Menguruskan surat-surat dan email.
8. Menjaga keselamatan fail-fail dan semua peralatan di pejabat
9. Menguruskan borang-borang yang terdapat di pejabat.
10. Memastikan pejabat sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa.
3.1.13 JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK
1. Merancang dan menyediakan Perancangan Strategik sekolah.
2. Menentukan KPI sekolah bagi setiap bidang.
3. Memantau dan menyelia perancangan strategik bagi setiap bidang.
4. Menilai prestasi dan merancang penambahbaikan bagi setiap bidang.
5. Melaporkan prestasi setiap program dalam mesyuarat guru.
6. Menjilidkan semua bahagian perancangan strategik setelah tamat bagi sesuatu
tempoh.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 98
3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran
3.1.14 JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KAWALAN KESELAMATAN
1. Merancang program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.
2. Menyelaraskan aktiviti/program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang
berkaitan.
3. Menentukan keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid.
4. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan.
5. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan.
6. Mengkaji dan menilai program kebersihan secara berterusan.
7. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir,
jerebu, keracunan akanan dan lain-lain.
8. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas kebersihan sekolah dipatuhi oleh
syarikat kebersihan sekolah.
9. Menyediakan pelan kontigensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.
10. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan.
11. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan
sekolah.
12. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas keselamatan sekolah dipatuhi
oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.
13. Menyediakan pelaporan berkala
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3.1.15 JAWATANKUASA DOKUMENTASI DAN LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
1. Mencatat minit mesyuarat / Dialog Prestas) dan menyediakan minit 2 hari selepas
mesyuarat / Dialog Prestasi.
2. Menyerahkan draf minit mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan untuk semakan.
3. Membuat pembetulan (setelah disemak) dan menyediakan minit untuk diedarkan
kepada semua guru, 3 hari sebelum mesyuarat supaya tindakan boleh diambil.
4. Menyediakan maklum balas dengan menggunakan borang PK07 (3).
5. Memastikan bilik mesyuarat disediakan lengkap dengan siaraya & berada dalam
keadaan bersih.
6. Memastikan papan-papan tanda kenyataan di bilik mesyuarat diselenggara dengan
kemas, bersih dan ceria.
7. Mengambil kehadiran guru semasa mesyuarat dengan menggunakan borang PK07 (2).
8. Merekodkan edaran dalam PK07 (1).
9. Mengisi buku penggunaan bilik mesyuarat.
10. Menelefon guru-guru yang tidak menghadiri mesyuarat dengan ssegera untuk
mendapatkan sebab ketidakhadiran.
11. Memastikan satu salinan minit mesyuarat difailkan di pejabat mengikut susunan yang
betul.
12. Memaklumkan nama guru yang tidak hadir mesyuarat kepada Pengetua/Penolong
Kanan.
13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 99
3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran
3.1.16 JAWATANKUASA PENGURUSAN BILIK KHAS, DEWAN DAN SURAU
1. Menyelia dan memantau bilik yang telah ditetapkan.
2. Mengawasi kebersihan dan keceriaan bilik sentiasa terpelihara.
3. Menyediakan buku rekod penggunan bilik khas.
4. Memastikan penggunaan bilik direkodkan ke dalam buku rekod penggunaan.
Semakaan rekod penggunaan bilik perlu dibuat secara berkala.
5. Mengambil tindakan segera terhadap masalah yang didapati semasa membuat
pemantauan.
6. Memberi cadangan untuk penambahbaikan bilik masing-masing.
7. Mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua.
3.1.17 JAWATANKUASA SEBARAN ILMU DAN PAPAN KENYATAAN
1. Memastikan semua papan-papan tanda kenyataan di kawasan sekolah diselenggara
dengan kemas, bersih dan ceria.
2. Sentiasa mengemas kini data dan informasi terkini untuk rujukan warga sekolah.
3. Memastikan elemen KBAT diterapkan dalam informasi yang dipaparkan.
4. Memastikan informasi yang dipamirkan haruslah relevan dengan keadaan semasa.
5. Melaporkan sebarang kerosakan papan kenyataan dengan segera.
3.1.18 JAWATANKUASA PEMANDU KBAT
1. Merancang dan menetapkan Perancangan Strategik KBAT.
2. Berusaha melestarikan pembudayaan elemen KBAT dalam PdPc.
3. Melaksana, menilai, memantau dan membuat penambahbaikan bagi program-program
akademik, kokurikulum berkaitan penguasaan murid dalam kemahiran berfikir aras
tinggi.
4. Memastikan elemen bina upaya, sumber dan sokongan komuniti serta swasta
dirancang, dilaksana, dipantau dan membuat tindakan susulan.
5. Memastikan pelaporan bagi program-program yang disediakan.
6. Memastikan laluan Kbat dan info-info Kbat dikemaskini dari masa ke semasa.
3.1.19 JAWATANKUASA TS25
1. Bertanggungjawab menghasilkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
bagi semua guru dan murid.
2. Mewujudkan kepimpinan sekolah yang berkualiti dan berwawasan bagi memberi
sokongan kepada PdPc yang berkesan dan berwawasan.
3. Memberi galakan kepada semua guru untuk mengaplikasi konsep dan amalan PdPc
yang terbaik
4. Mendapatkan komitmen komuniti yang padu dengan mewujudkan Kerjasama yang
erat.
5. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
6. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 100
3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
3.2 SENARAI BIDANG TUGAS PENGURUSAN KURIKULUM
3.2.1 JAWATANKUASA KURIKULUM
1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
2. Mencadangkan, membina dan mengurus alat mengurus alat bantuan mengajar.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
4. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja.
5. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC.
7. Merancang dan melaksanakan 7 strategik alat Kolaboratif kepada semua guru dalam
pelbagai bidang/panitia
8. Menetapkan alat kolaboratif yang digunakan untuk setiap bidang.
9. Merangka jadual pemantauan dijalankan.
10. Menyelaraskan dan memastikan PLC dijalankan seperti yang dirancang.
11. Menyediakan laporan PLC.
12. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pelajaran dilaksanakan
dengan sempurna.
13. Mengkaji analisis keputusan PT3, SPM, STPM dan peperiksaan dalaman dan merangka
program jangka pendek (PILL) dan panjang bagi mengatasi masalah kelemahan.
14. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-
pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.
15. Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program akademik sekolah
dilaksanakan dengan sempurna supaya objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
16. Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-cadangan
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
17. Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki
kualiti pendidikan bagi meningkatkan prestasi murid.
18. Merancang dan mengadakan taklimat/kursus (in-house training) kepada semua guru
tentang perkaraperkara baharu dalam pendidikan.
19. Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk disebarkan
kepada semua guru dan pelajar terutama di Pusat Sumber Sekolah.
20. Menganalis laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan/penilaian
dijalankan.
21. Mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi akademik berasaskan
analisis peperiksaan.
22. Merancang dan melaksanakan kelas tambahan, kelas bimbingan, pemulihan dan
cemerlang. 23. Melaksanakan dan memperluaskan program sekolah berdasarkan
konsep Abad ke-21
24. Memastikan kelas menggunakan konsep Abad ke-21.
25. Memperluaskan penggunaan KBAT dan i-Think dalam proses PdPc
26. Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat untuk mempelbagaikan kaedah
pedagogi dalam proses PdPc.
27. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 101
3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
3.2.2 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU, GURU GANTI, MMI
1. Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran
dan opsyen guru.
2. Memaklumkan kepada Pengetua tentang lebihan atau kekurangan guru.
3. Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar, jumlah
waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan.
4. Menyusun Jadual Waktu Guru dan Kelas.
5. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
6. Menyebarkan jadual waktu kepada semua guru.
7. Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu.
8. Menyediakan jadual guru ganti seberapa awal yang boleh dengan cara mengenal
pasti guru-guru yang tidak hadir.
9. Menyerahkan kepada Pengetua Jadual Waktu peribadi dan jadual waktu kelas
sebanyak 2 salinan untuk disahkan.
10. Memastikan guru menyediakan nota-nota dan latihan kepada kelas sepeninggalan
menghadiri kursus atau mesyuarat dan diserahkan kepada guru-guru ganti.
11. Menyediakan dan menyerahkan slip relief kosong kepada guru.
12. Menyediakan / menyelaraskan jadual waktu guru praktikal.
13. Mempamerkan senarai guru relief di bilik guru.
14. Menyediakan analisis guru tidak hadir pada pertengahan dan akhir tahun.
15. Menyediakan analisis guru relief pada pertengahan dan akhir tahun.
16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3.2.3 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PROGRAM NILAM
1. Menyediakan satu polisi berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu untuk
dilaksanakan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
2. Membincangkan dan menimbangkan untuk diluluskan:
i. Pelantikan Pengawas PSS
ii. Anggaran Perbelanjaan PSS
iii. Hukuman ke atas Pengawas PSS yang melanggar peraturan atau tidak
menjalankan tugas seperti yang diharapkan.
iv. Pemberian penghargaan kepada Pengawas PSS yang difikirkan sesuai
yang dicadangkan oleh Penyelaras PSS.
v. Tugas-tugas lain atas arahan pihak berkuasa sekolah.
vi. Memastikan buku stok dikemas kini.
vii. Menyediakan anggaran penggunaan PSS mengikut tingkatan.
viii. Melaksanakan jadual penggunaan PSS mengikut tingkatan.
ix. Berusaha memperbanyakkan bahan-bahan sumber di PSS.
x. Memastikan keceriaan perpustakaan dan bilik APD agar sentiasa menarik,
ceria dan kondusif untuk pembelajaran.
xi. Melaksanakan aktiviti pembelian buku baru, merawat buku dan menguruskan
hapus kira buku.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 102
3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
xii. Melaksanakan dan menjayakan kempen galakan membaca dan Program
Nilam.
xiii. Menyelaras data Nilam dan memilih Tokoh Nilam pada pertengahan dan
akhir tahun.
3. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
4. Senarai Tugas Program Nilam:
i. Merancang & melaksanakan Program Galakan Membaca dan Program
Nilam.
ii. Memantau pelaksanaan Program Bulan Membaca dan aktiviti-aktiviti
galakan membaca. iii. Menyediakan laporan/data Program Nilam
untuk 3 kali setahun secara online. iv. Memilih tokoh Nilam dan
tokoh membaca dalam kalangan guru dan murid.
v. Menyediakan hadiah dan sijil penghargaan untuk tokoh-tokoh nilam pada akhir
tahun.
vi. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
3.2.4 JAWATANKUASA PENILAIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
1. Merancang melaksana semua jenis peperiksaan dalaman (peperiksaan penggal, ujian
bulanan, ujian lisan, peperiksaan percubaan) dengan menentukan hal-hal berikut:
i. Tarikh
ii. Takwim/jadual waktu peperiksaan
2. Menyelaras dan menyediakan jadual peperiksaan/ujian 3 minggu sebelum
peperiksaan/ujian dan diedarkan kepada pelajar dan guru-guru.
3. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan pemeriksa kertas
jawapan setelah ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran.
4. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan serta
memastikan keselamatan.
5. Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah tertentu jika
ada guru yang tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu.
6. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas sebelum peperiksaan
dijalankan dan disusun mengikut:
i. Mata Pelajaran
ii. Kelas
iii. Bilangan Pelajar
iv. Tarikh Peperiksaan
v. Guru Mata Pelajaran
7. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.
8. Memastikan pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
9. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
10. Menyediakan analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam seminggu sebelum
mesyuarat JK Akademik.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 103
3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
11. Menyediakan laporan Post Mortem peperiksaan setelah dibincang dalam mesyuarat JK
Kurikulum.
i. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun semua tingkatan
ii. Percubaan PT3 & SPM (SU Pep. PT3 & SPM)
12. Mengemaskini fail-fail peperiksaan dari semasa ke semasa.
13. Mengurus kemasukan markah dalam SAPS bagi peperiksaan dalaman secara online
serta bagi peperiksaan awam.
14. Menyediakan dokumentasi analisis keputusan peperiksaan dalaman dan peperiksaan
awam sebanyak 2 salinan. Satu salinan perlu diberikan kepada PK Pentadbiran.
15. Menyelaras GROW dan melaporkan analisis dari segi potensi calon berdasarkan mata
pelajaran.
16. Menyelaras dan melaksanakan program berdasarkan analisis GROW dan potensi calon.
17. Menyediakan PEMARKAHAN berasaskan sistem PBD bagi murid tingkatan 1-5. Serta
membuat analisis peratus murid mengikut Tahap Pencapaian (TP).
18. Memastikan KPI & Objektif akademik tercapai.
19. Memantau dan memastikan perjalanan program peningkatan prestasi murid.
20. Membantu mengkaji keputusan peperiksaan awam dan dalaman dan merangka
program jangka pendek dan panjang.
21. Memastikan langkah susulan untuk mengatasi masalah murid.
22. Menyelaras pemberian penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.
23. Menjalankan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
3.2.5 JAWATANKUASA PENCERAPAN
1. Mengadakan mesyuarat perancangan pengurusan jawatankuasa secara berkala.
2. Mengurus tadbir semua perkara berkaitan pelaksanaan pencerapan.
3. Memastikan pelaksanaan pencerapan berlaku secara konsisten melibatkan semua guru
mengikut takwim yang telah ditetapkan.
4. Memastikan pencerapan dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran,
tingkatan dan guru.
5. Menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas pencerapan di Antara
Pengetua, GuruGuru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Pemimpin
Pertengahan.
6. Membincangkan kekuatan dan kelemahan PdPc dengan guru yang dicerap.
Pencerapan susulan (jika perlu).
7. Menyediakan analisis dan laporan pencerapan.
8. Memfailkan dokumen dan rekod pencerapan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diminta pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
3.2.6 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1. Melaksanakan Pengoperasian PBD di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
2. Mengadakan Mesyuarat 4 kali setahun.
3. Memastikan semua aspek pentaksiran mata pelajaran dilakukan oleh guru melalui
kaedah Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 104
3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
4. Melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan
Pengesanan).
5. Setiausaha mendaftar nama murid dalam Sistem Aplikasi. (SPPBS)
6. Menyediakan pelaporan prestasi pada akhir tahun termasuk analisis peratus mengikut
Band.
7. Memastikan eviden pentaksiran pusat disimpan dengan selamat.
8. Mengurus markah /laporan mengikut prosedur yang ditetapkan.
9. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 105
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.3 SENARAI BIDANG TUGAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Senarai Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Hal Ehwal Murid
1. Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa HEM
i. Memanggil mesyuarat JK HEM dengan persetujuan Pengetua/PK HEM
sekurangkurangnya
3 kali setahun.
ii. Menyediakan tempat mesyuarat. iii. Mengambil kehadiran ahli mesyuarat JK
HEM.
iv. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat HEM kepada
AJK sekurang- kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan
2. Pemantauan aktiviti Unit HEM
i. Memastikan aktiviti Unit-unit HEM dilaksanakan mengikut jadual aktiviti atau
senarai semak yang disediakan oleh unit-unit.
ii. Memastikan Unit-unit HEM menyediakan laporan aktiviti tahunan untuk
difailkan pada bulan Oktober setiap tahun.
iii. Mendapatkan laporan aktiviti Unit-Unit HEM dua kali setahun. (Mei dan
September).
iv. Memaklumkan kepada HEM aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh unit
HEM setelah mendapat maklumat daripada AJK Unit HEM.
v. Mengumpul minit mesyuarat Unit-Unit HEM untuk diserahkan kepada HEM
sekurang-
kurangnya 3 kali setahun (Jan/Feb, Jun dan Oktober)
3. Menyelaraskan Sistem Fail Unit-unit HEM (lihat sistem fail sekolah)
i. Memastikan AJK Unit-unit HEM sentiasa menyemak dan mengemaskinikan
fail-fail berikut:
a) Fail-fail yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam kabinet di bilik HEM.
(Rujuk Sistem Fail
Sekolah)
b) Fail minit mesyuarat dan panggilan mesyuarat setiap unit HEM.
c) Fail Aktiviti Tahunan, kertas kerja dan laporan aktiviti.
d) Fail Meja (latar belakang Penubuhan, Slogan/Moto, Carta Organisasi,
Senarai Tugas dan
Tanggungjawab AJK, Carta Alir Kerja dan Senarai Tugasan)
e) Fail Perancangan Strategik setiap unit HEM.
f) Pekeliling PPD/JPS/Kementerian yang berkaitan.
g) Fail-fail lain yang ditentukan oleh PPD/JPS.
ii. Memastikan AJK HEM meletakkan fail-fail berkenaan di pejabat untuk
rujukan pihak sekolah/ HEM.
iii. Mengemaskinikan Fail-Fail JK HEM dari semasa ke semasa dengan bantuan
anggota kumpulan pelaksana (AKP) sekolah.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 106
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
4. Sebagai Setiausaha Pendaftaran murid Tingkatan 1 dan 4
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti pendaftaran murid baru pada setiap
tahun bersama PK HEM dan Penyelaras Tingkatan.
ii. Memanggil mesyuarat AJK Pendaftaran pada akhir bulan Oktober. iii.
Menyediakan risalah berkaitan dengan sekolah dan Unit HEM.
5. Menyelaras Analisis Kehadiran Bulanan
i. Menyemak Analisis Kehadiran Bulanan untuk memastikan:-
a) Kehadiran murid diambil oleh guru kelas atau Penyelaras Tingkatan
setiap hari
b) Menyemak kehadiran murid untuk memastikan guru kelas/penyelaras
tingkatan menghantar Surat Amaran satu, dua, akhirdan buang
sekolah (Surat Amaran Ponteng Sekolah).
ii. Guru tingkatan/ penyelaras tingkatan mengemaskini maklumat murid dalam
APDM selewatlewatnya minggu kedua persekolahan.
6. Sebagai Setiausaha Perhimpunan Rasmi Sekolah (Dengan bantuan Guru
Perhimpunan Mingguan)
i. Menyemak Borang Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Jumaat untuk
memastikan:-
a) Guru Bertugas bersedia untuk melaksanakan perhimpunan mengikut
masa yang ditetapkan.
b) Ada guru bagi menggantikan guru bertugas yang tidak hadir/
menghadiri kursus/mesyuarat dengan merujuk Jadual Bertugas
Mingguan.
ii. Bekerjasama dengan Guru Pengawas bagi melicinkan perhimpunan setiap
hari Isnin.
iii. Mengawal perhimpunan supaya mematuhi masa yang ditetapkan/dibenarkan
oleh Pengetua.
7. Memastikan guru-guru tingkatan mengemaskini APDM 3 kali setahun mengikut jadual
yang disediakan oleh Guru Data/ SMM atau yang diarahkan oleh PPD/JPS.
8. Menyemak Buku Pendaftaran Masuk Murid
i. Menyemak buku tersebut untuk memastikan Guru Penyelaras Tingkatan dan
Guru Kelas mencatat nombor pendaftaran dan maklumat peribadi murid baru.
9. Menyelaras Penyediaan Sijil Berhenti dan Sijil Akuan Murid Tingkatan 5
i. Memastikan sijil-sijil tersebut mencukupi. ii. Mengedarkan draf Sijil Berhenti
Sekolah dan Sijil Akuan sekolah kepada guru tingkatan 5 pada bulan
September. iii. Mengumpul draf sijil tersebut setelah disemak oleh guru
tingkatan. Sijil akan ditaip pada bulan November.
iv. Mengedarkan sijil-sijil yang telah siap ditaip kepada guru tingkatan 5
untuk diserahkan kepada murid semasa hari pengumuman keputusan
peperiksaan SPM.
10. Mengenal pasti potensi pelajar dan memupuknya menjadi cemerlang.
11. Memberi khidmat bantuan kepada murid-murid yang bermasalah.
12. Mengelola program-program latihan kepimpinan dan organisasi murid.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 107
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
13. Mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat dan ibu bapa.
14. Mengatur dan mengelola, rancang dan melaksanakan program galakan membaca.
15. Mengurus personaliti murid bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.3.2 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN MURID, LEMBAGA PENGAWAS DAN
PENCEGAH JENAYAH
1. Membuat hukuman tatatertib.
2. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau
di hantar ke PPD jika perlu.
3. Menentu dan melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan
disiplin Kementerian/Jabatan Pelajaran.
4. Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan
pengawas.
5. Melaksanakan polisi disiplin dengan bantuan semua warga sekolah dan Badan
pengawas agar wujud
taraf disiplin yang tinggi.
6. Menyimpan rekod pelajar yang melanggar disiplin.
7. Menghubungi ibu bapa pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
8. Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
9. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
10. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.
3.3.3 STUDENT COUNCIL
1. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau
di hantar ke PPD jika perlu.
2. Melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan disiplin
Kementerian/Jabatan Pelajaran.
3. Membuat aduan/laporan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh murid
kepada ketua gurudisiplin
4. Melaksanakan polisi disiplin agar wujud taraf disiplin yang tinggi.
5. Merekodkan nama murid yang melanggar disiplin untuk diserahkan kepada ketua guru
disiplin.
6. Memantau dan melaksanakan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
7. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.
9. Sentiasa bersedia mengamalkan rasa tanggungjawab, bertimbang rasa dan
kesediaan membantu orang lain.
10. Menjadi teladan kepada murid lain dengan kepimpinan yang cemerlang.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 108
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
11. Memelihara hubungan yang baik antara murid, guru dan pengawas.
12. Mempamerkan sikap yang jujur, berkeyakinan dan pro-aktif.
13. Mengadakan mesyuarat sekali sebulan bersama semua Ketua Tingkatan dan
Penolong Ketua Tingkatan.
14. Menyediakan senarai tugas Ketua Tingkatan dan ahli jawatankuasanya.
15. Mengadakan kursus atau program motivasi kepada Ketua-ketua Tingkatan untuk
meningkatkan pengurusan bilik darjah yang cekap dan meningkatkan keterampilan
Ketua Tingkatan.
16. Menjaga kebajikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan untuk
meningkatkan motivasi pengurusan kelas.
17. Menyediakan senarai semak bagi pengumuman kelas cemerlang.
18. Menguruskan Buku Pemantauan Kelas; memastikan buku tersebut tersedia setiap
bulan/minggu.
3.3.4 JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING
1. Menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan kerjaya.
2. Menyelaras sistem mentor-mentee.
3. Menentukan sebarang maklumat dan runding cara dirahsiakan dan hanya
disampaikan kepada Pengetua
sahaja.
4. Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya.
5. Memberikan nasihat kepada murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan
peribadi.
6. Menyimpan rekod murid-murid yang mendapatkan khidmat GBKSM.
7. Menyebarkan maklumat tentang kerjaya dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
8. Mengundang pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan ceramah motivasi.
3.3.5 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
1. Merancang pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks untuk setahun.
2. Mengedarkan borang-borang SPBT.
3. Memesan buku-buku SPBT.
4. Menerima buku daripada pembekal.
5. Memproses buku-buku teks.
6. Mengedarkan buku SPBT kepada murid-murid dengan kerjasama guru tingkatan.
7. Mengumpul kembali buku SPBT daripada murid-murid melalui guru tingkatan.
8. Menyimpan buku-buku SPBT di tempat yang dikhaskan (BOSS)
9. Menyimpan senarai nama murid yang/tidak mengembalikan buku teks
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 109
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.3.6 JAWATANKUASA BIASISWA, KWAPM , ASNAF & KEBAJIKAN
1. Menyediakan polisi berpandukan peruntukan-peruntukan tertentu untuk dilaksanakan
oleh penyelaras biasiswa, bantuan pelajar dan yayasan.
2. Menguruskan permohonan murid-murid untuk diluluskan.
3. Menguruskan kes-kes rayuan permohonan.
4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.
5. Mewujudkan dana untuk kebajikan murid.
3.3.7 JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN & KESIHATAN), BENCANA
DAN PENGURUSAN RISIKO
AJK Kebersihan & Keceriaan
1. Membantu pihak sekolah memantau dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah dari semasa ke semasa.
2. Merancang dan melaksanakan pelbagai projek kebersihan seperti:-
i. Gotong-royong
ii. Tandas angkat
iii. Pertandingan Kebersihan Kelas
iv. Kempen Kebersihan dan kitar semula
v. Ceramah-ceramah kebersihan
3. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan
menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK.
4. Menyusun jadual bekerja untuk setiap projek dan membuat laporan kemajuan kerja.
5. Mencadangkan taman-taman yang sesuai (bertema) di sekitar kawasan sekolah.
6. Membantu menyelia kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja.
7. Memastikan pokok-pokok hiasan sentiasa dijaga dan menentukan taman atau pokok
hiasan yang perlu diganti dan sebagainya.
8. Meneliti dan merujuk kepada pihak pengurusan tentang keceriaan dan keindahan
sekolah dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya.
AJK Keselamatan
1. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik.
2. Mengadakan latihan pengungsian bangunan dua kali setahun dengan diselia oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
3. Menentukan kereta diletakkan di tempat yang ditetapkan.
4. Meletakkan papan tanda/arahan keselamatan di tempat yang sesuai.
5. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas.
6. Melaksanakan program sekolah selamat.
7. Menubuhkan Program Skuad Keselamatan.
8. Menulis / meletak papan tanda amaran pada tempat-tempat yang tidak selamat.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 110
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
AJK Kesihatan
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti bantuan kecemasan disediakan dan
lengkap.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
3. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru
tingkatan/penyelaras tingkatan.
4. Menguruskan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan Jadual Tugas Bilik Rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran,
tayangan pencegahan penyakit dan lain-lain.
7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan.
8. Mengawal selia kawasan sekolah supaya wujud suasana yang bebas daripada
sebarang penyakit berjangkit.
9. Memeriksa kawasan sekolah untuk Program Bebas Denggi dengan mengisi Borang
KD1 (Pindaan 2004) untuk Laporan Mingguan dan Borang KD2 (Pindaan 2004) untuk
Laporan Bulanan. Laporan-laporan
tersebut perlu dihantar ke PPD pada akhir setiap bulan dengan bantuan Skuad
CikguMu CANTIK.
10. Menyediakan laporan dan dokumentasi aktiviti dan program.
AJK BENCANA DAN PENGURUSAN RISIKO
1. Menyediakan segala kemudahan bagi penempatan mangsa bencana.
2. Mengadakan mesyurat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Merancang dan memantau persediaan bencana.
4. Menyelaras kerjasama dengan semua pihak yang terlibat.
5. Merujuk Surat Siaran KP(BPSH-SPKD) 600/01 (1) bertarikh 24 September 2010
berhubung dengan persediaan menghadapi Bencana / Banjir.
6. Merujuk Garis Panduan Menghadapi Banjir KPM.
7. Merujuk Surat Siaran KPM.100-1/7/2 Jld.6(31) bertarikh 15 Januari 2019 berhubung
dengan langkah- langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid yang
berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.
3.3.8 JAWATANKUASA PERHIMPUNAN DAN SIARAYA
1. Memastikan peralatan siaraya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2. Memastikan pergerakan peralatan siaraya direkodkan.
3. Memastikan hanya pengawas tertentu sahaja yang bertanggungjawab terhadap
peralatan siaraya.
4. Memastikan bilik siaraya di Dewan Gemilang sentiasa dikunci.
5. Memastikan kunci bilik siaraya mempunyai pendua dan diletakkan di pejabat.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 111
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.3.9 JAWATANKUASA PPDa
1. Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti
pencegahan dadah di peringkat sekolah.
2. Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan
mengumpul data dan segala maklumat terkini dalam semua aspek tentang Pendidikan
Pencegahan Dadah.
3. Menganjurkan program / aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
4. Mengesan dan menangani masalah dadah dalam kalangan warga sekolah.
5. Menjalankan tugas- tugas yang diarah oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
3.3.10 JAWATANKUASA RIMUP, PERMUAFAKATAN & PERPADUAN
1. Meningkatkan jalinan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat setempat/komuniti untuk memupuk nilai murni dan perpaduan dalam
kalangan murid bagi melahirkan modal insan berkualiti.
2. Memantapkan kehadiran dan disiplin murid dengan kerjasama ibu bapa, masyarakat
dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
3. Melaksanakan pendekatan yang holistik bagi menangani gejala disiplin dalam
kalangan murid.
4. Menganjurkan pelbagai program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik,
sahsiah, sukan dan perpaduan sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.
3.3.11 JAWATANKUASA KANTIN
1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK Pengurusan 3K (JM27) dalam
mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan, kebersihan dan keselamatan.
2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih,
tidak berbau, cantik, selesa, selamat dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan
sampah perlu diselia selalu.
3. Memastikan kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan
tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi
kebersihan, keselamatan dan kegunaannya dari semasa ke semasa.
4. Memastikan pihak kantin menyediakan makanan dan minuman halal mengikut menu
dan harga seperti dalam surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta
harganya hendaklah dipamerkan.
5. Memastikan pengusaha kantin akur dengan pekeliling dan panduan Kementerian
Kesihatan berkaitan dengan pengurusan kantin sekolah.
6. Memastikan pekerja kantin menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalan-
amalan yang boleh yang menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahan-bahan
makanan dan minuman.
7. Memastikan makanan yang dijual di kantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat
untuk dimakan dan harganya berpatutan.
8. Memastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 112
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
9. Memastikan pengusaha/pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan
sekolah.
10. Memastikan makanan bermasak yang disediakan tidak dimasak tidak melebihi
empat (4) jam.
11. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan
premis makanan.
12. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan
menggalakkan kebersihan dan kesihatan.
13. Mengurus sebut harga dan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan kantin Sekolah
bagi memastikan kantin dapat beroperasi.
3.3.12 JAWATANKUASA AMALAN GURU PENYAYANG
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti amalan penyayang di antara guru dan murid
seperti aktiviti yang berikut:
• Mengalu-alukan kehadiran murid.
• Memberi penghargaan kepada murid.
• Program mentor mentee.
• Ziarah Cakna.
2. Melaksanakan konsep penyayang sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah.
3. Membuat analisa setiap bulan bagi menilai impak pelaksanaannya.
4. Melibatkan pihak luar seperti ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat.
5. Sentiasa menunjukkan penampilan yang kemas, ceria, berbudi bahasa, prihatin
terhadap murid dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah.
6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
semasa.
3.3.13 JAWATANKUASA BRIDGED BESTARI
1. Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.
2. Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses
PdP.
4. Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yg mudah serta pengawasan perkakasan
dan perisian.
5. Membantu kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan ICT.
6. Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan ICT.
7. Membantu memastikan program ICT yg ditetapkan berjalan lancar.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 113
3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.3.14 JAWATANKUASA ADUAN PELANGGAN
1. Menerima aduan dari pelanggan.
2. Memastikan setiap aduan di laporkan dalam fail.
3. Membuat mesyuarat JK bagi membincangkan aduan dan tindakan susulan.
3. Memastikan setiap tindakan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. Menjadi pegawai perhubungan sekolah dengan ibu bapa /penjaga.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 114
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
3.4 SENARAI BIDANG TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM
3.4.1 JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
1. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat
sekolah.
2. Menyelaraskan program tahunan setiap unit kokurikulum.
3. Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan, lancar dan
berkesan.
4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
5. Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan kokurikulum.
6. Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan dan
perbelanjaan wang.
7. Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan
sesuatu aktiviti kokurikulum.
8. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja
kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-
penyelaras.
10. Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah
kecemerlangan kokurikulum.
3.4.2 JAWATANKUASA DATA KOKURIKULUM DAN PENILAIAN KOKURIKULUM
1. Memastikan semua data penglibatan dan pencapaian murid dalam kokurikulum
dilengkapkan dan disimpan di dalam fail untuk rujukan.
2. Menyelia dan membantu kemasukkan data kokurikulum ke dalam portal PAJSK oleh
semua guru tingkatan.
3. Membimbing guru tingkatan serta guru penasihat dan menyelesaikan semua masalah
berkaitan proses pengisian data PAJSK.
4. Memastikan data PAJSK semua murid lengkap sebelum akhir bulan Disember dan
semua sijil telah dicetak.
5. Menyediakan tapak dan menyelia pengisian data kokurikulum murid oleh guru
penasihat di dalam Google Classroom bagi penilaian kokurikulum.
6. Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
7. Menetapkan dan mengelola Hari Kecemerlangan Kokurikulum peringkat sekolah.
8. Menetapkan kriteria pemilihan murid cemerlang dalam kokurikulum dan sukan
peringkat sekolah.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 115
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
9. Mengurus pemilihan calon-calon bagi setiap kategori kecemerlangan kokurikulum dan
sukan peringkat sekolah.
10. Memastikan penilaian kokurikulum dilaksanakan oleh semua guru penasihat
sebelum tarikh akhir tamat tahun persekolahan.
11. Menyemak dan memastikan semua murid dinilai dengan betul dan adil untuk 3 unit
kokurikulum di dalam portal PAJSK.
3.4.3 JAWATANKUASA PEMANTAUAN KOKURIKULUM
1. Menyediakan jadual pemantauan kokurikulum.
2. Melaksanakan pemantauan kokurikulum dua kali setahun berdasarkan jadual
pemantauan kokurikulum.
3. Merekod pemantauan dengan menggunakan borang pemantauan KBAT.
4. Membimbing dan memberi peluang kepada semua guru penasihat untuk meningkatkan
keupayaan mereka dalam mengendalikan aktiviti KBAT dalam kokurikulum.
3.4.4 JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH DAN FOTOGRAFI
1. Menerbitkan majalah tahunan sekolah samada dalam bentuk buku atau e-majalah.
2. Memastikan jawatankuasa kerja majalah sekolah dalam kalangan murid dilantik
berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
3. Memastikan semua prosedur penerbitan majalah dipatuhi dan dilaksanakan.
4. Memastikan semua permohonan kebenaran penerbitan dan kutipan yuran majalah
dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
5. Mendapatkan tajaan bagi menampung harga majalah sekiranya ia lebih tinggi daripada
harga siling yuran majalah yang dikutip.
6. Memastikan isi kandungan majalah dan susun atur majalah adalah sesuai.
7. Mengenalpasti syarikat percetakan untuk membuat cetakan melalui sebut harga yang
ditawarkan kepada sekolah.
8. Memilih grafik yang sesuai untuk halaman hadapan dan halaman belakang majalah.
9. Menyediakan jadual untuk sesi fotografi bagi mengikut kelas, aktiviti kokurikulum, guru
dan pentadbiran sekolah.
10. Menyelia dan mengendalikan pengedaran majalah kepada semua murid yang telah
membuat bayaran yuran majalah dan juga penaja.
3.4.5 JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
1. Merancang pembangunan fizikal sukan sekolah.
2. Menyediakan kemudahan fizikal sukan yang berkualiti.
3. Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 116
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
boleh diguna pakai.
4. Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang
berkenaan untuk dibaikpulih.
5. Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.
6. Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan.
7. Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan
permainan yang dijalankan dan disertai.
8. Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya.
9. Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan
sukan dan permainan
3.4.6 JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH
1. Merancang pembangunan koperasi yang tersusun menurut nilai-nilai dan prinsip
koperasi bagi menyumbang kearah pembangunan sekolah.
2. Memastikan akauan koperasi yang lengkap dan sempurna.
3. Memastikan kedudukan kewangan koperasi adalah kukuh dan sistem operasi
adalah selamat.
4. Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan
diselesaikan dalam tempoh 21 hari berkerja.
5. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk koperasi menjalankan aktiviti.
6. Mentadbir pendaftaran dan pembatalan koperasi.
3.4.7 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Menyelaras dan menyelia semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kokurikulum kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian murid.
3. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
4. Memastikan semua rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
5. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
6. Menyelaras dan menguruskan program-program khas kokurikulum.
7. Membantu memuatnaik dan mengemaskini Diari Sri Aman dari semasa ke semasa.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 117
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
3.4.8 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSN/MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan murid dalam Rumah Sukan
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk rujukan dan rekod.
11. Memastikan semua rekod pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah
direkodkan dan disimpan di dalam fail Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
12. Membantu memuatnaik dan mengemaskini Diari Sri Aman dari semasa ke semasa
13. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
14. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
3.4.9 TANGGUNGJAWAB KETUA RUMAH SUKAN
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah sukan dalam kalangan pelajar yang meliputi olahraga,
permainan, senamrobik dan arak lintas.
4. Menentukan guru rumah sukan yang akan menyelia semua aktiviti murid.
5. Bersama-sama menyelia semua latihan dan pertandingan antara Rumah Sukan.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan Kokurikulum
sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk rekod.
8. Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan juga meliputi senarai tanggjungjawab guru rumah
sukan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 118
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
3.4.10 TANGGUNGJAWAB GURU RUMAH SUKAN
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan, kedatangan dicatat
dalam Buku Kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga, permainan, senamrobik dan arak lintas untuk
pertandingan antara Rumah Sukan.
4. Memilih dan menghantar nama peserta yang berpotensi untuk mewakili Rumah Sukan
semasa sukan Tahunan dan lain-lain pertandingan.
5. Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak
hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid pada waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
8. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah
sukan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
3.4.11TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN / KELAB /
BADAN BERUNIFORM/ KELAB PERMAINAN
1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/ kelab/ badan beruniform/ kelab
permainan.
2. Menyediakan borang rekod penyertaan/ pencapaian Kelab/Persatuan (hijau)), Badan
Beruniform (ungu) dan permainan (biru) dan memastikan guru-guru penasihat
melengkapkannya setiap kali mengiringi murid untuk pertandingan.
3. Mengutip semua borang rekod penyertaan/ pencapaian yang lengkap bersama-sama
salinan sijil daripada guru penasihat untuk difailkan.
4. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh
yang ditetapkan.
5. Mengurus Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum murid.
6. Memastikan semua murid memiliki dan mengemaskini Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum
masingmasing. Semua Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum disimpan di dalam bakul khas
oleh guru tingkatan.
7. Mengumpul semula Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum daripada guru tingkatan pada
akhir tahun untuk simpanan dan pengagihan semula kepada murid pada awal tahun.
8. Mengurus dan memantau proses pendaftaran ahli baharu unit masing-masing.
9. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku pengurusan Kokurikulum daripada semua
guru penasihat mengikut unit masing-masing untuk edaran, rujukan dan rekod
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 119
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
10. Membuat rumusan dan analisis peratus pencapaian semua aktiviti dan pencapaian
kokurikulum unit masing-masing.
11. Memuatnaik dan mengemaskini Diari Sri Aman dari semasa ke semasa.
12. Membantu menyelaras dan mengurus program-program khas Kokurikulum
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
3.4.12 TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Penasihat MESTI bersama murid semasa aktiviti dijalankan samada secara
bersemuka/ atas talian.
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan, Pasukan
Badan Beruniform dan Sukan/Permainan.
9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diurus dengan baik.
10. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktivit dicatat dalam buku pengurusan
Kokurikulum
11. Mendaftarkan Kelab/ Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan.
12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
13. Mengurus pernyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah /
negeri / kebangsaan dan antarabangsa dengan baik.
14. Semua lawatan/ projek yang dicadangkan mesti mendapat kebenaran daripada PPD
LIMA minggu sebelum tarikh yang dicadangkan.
15. Mengiringi ahli dalam lawatan, projek atau pertandingan yang dijalankan secara
bersemuka atau secara atas talian.
16. Mendapatkan surat lantikan sebagai guru pengiring dan menguruskan pengangkutan
untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar dengan mematuhi prosedur (SOP)
penggunaan kenderaan sendiri seperti yang ditetapkan dalam SPI KPM Bil 3/2019 atau
penggunaan kenderaan awam.
17. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
18. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli dalam Borang Rekod
Pencapaian dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama salinan sijil kepada
penyelaras unit berkenaan.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 120
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
19. Menandatangani kehadiran ahli dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum murid.
20. Memastikan semua butiran di dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum murid lengkap
diisi sebelum penilaian kokurikulum.
21. Mengisi data kokurikulum murid mengikut unit masing-masing ke dalam folder Google
Classroom Pengurusan Kokurikulum secara atas talian.
22. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili
secara bersemuka/ atas talian dan dan membuat catatan ringkas mesyuarat/ kursus/
seminar di dalam buku Pengurusan Guru Penasihat.
23. Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya dan sentiasa
dikemaskini.
24. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
25. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
26. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
27. Menyerahkan baki kutipan wang sumbangan/ yuran jurulatih Persatuan/Kelab,
Pasukan Badan Beruniform dan Kelab Sukan/Permainan pada bulan November setiap
tahun untuk ditumpang di dalam akaun PIBG.
28. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti
kokurikulum.
29. Berbincang dengan Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum tentang keperluan
khidmat tenaga pakar dari luar, mengisi borang maklumat jurulatih dan menyediakan
semua dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke JPS supaya mendapat kelulusan.
30. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
31. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
32. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.
33. Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PPD/JPN/KPM bagi peningkatan kemahiran
guru penasihat Kelab/Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan/Permainan.
34. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 121
3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
BAB TAMBAHAN - GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN
SEKOLAH 3.0
1. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 ini merupakan
dokumen yang dikemas kini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan
Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 yang telah dikeluarkan pada 9
Februari 2021.
2. Garis panduan ini disediakan berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN).
3. Antara kandungan yang terdapat di dalam Garis Panduan dan Pengoperasian
Sekolah 3.0 ialah:
i- Vaksinasi Guru,Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan Pekerja
Perkhidmatan Sokongan.
ii- Pengurusan Pembukaan Sekolah.
iii- Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
iv- Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah.
v- Panduan Pengurusan Ujian Kendiri Covid-19.
vi- Pengoperasian Surau
vii- Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum.
viii- Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam.
ix- Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK).
4. Pelaksanaan Garis Panduan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 ini diharap dapat
memastikan pengurusan dan pengoperasian sekolah serta proses PdP berjalan
dengan lancar.
5. Untuk maklumat lanjut,boleh layari pautan :
https:www.moe.my/pemberitahuan/pengumuman/garis-panduan-pengurusan-dan-
pengoperasian-sekolah-3.0
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 122