The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sapuraraof, 2022-05-27 19:41:05

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Guru dan Hari jururawat

TEMPLET BUKU PANDUAN PENDIDIKAN KESIHATAN PJKA.pptx

Proses Kelahiran

101

Peringkat Pertama

Peringkat pertama proses biasanya mengambil masa
selama 10-13 jam untuk primipgravida, atau 5-6 jam
untuk multipgravida.

Peringkat Kedua dan Ketiga

Peringkat kedua proses mengambil masa selama
2-4 jam untuk primipgravida, atau 1-2 jam untuk
yang multipgravida.
Peringkat ketiga mengambil masa lebih kurang
beberapa minit hingga 30 minit.

102

Peringkat Pertama

PADA MASA SAKIT BERMULA :
1. Ibu boleh berjalan, pilih posisi yang

memberi keselesaan.
2. Bernafas seperti biasa.

APABILA SAKIT BERTAMBAH :
1. Tarik nafas dengan perlahan-lahan

semasa kontraksi berlaku dan
hembus keluar perlahan-lahan.

103

Peringkat Kedua

DENGAR ARAHAN JURURAWAT DAN DOKTOR
1. Tarik nafas dalam dan hembus 'GENTLY'

semasa kontraksi bermula.

APABILA RASA UNTUK MENERAN:
1. Tarik nafas panjang.
2. Angkat kepala hingga dagu mencecah
3. ke dada.
4. Teran sekuatnya ke bawah
5. Semasa kepala bayi disambut -

'sigh-out-slowly’

104

Peringkat Ketiga

1. Selepas bayi keluar, nafas seperti
biasa

105

Postnatal

106

Jagaan Postnatal

Kebersihan diri Penyusuan Rehat yang
susu ibu cukup

Tukar pad ambil ubatan yang Senaman
kerap diarahkan postnatal

Jagaan luka LSCS dan Makanan 107
episiotomy seimbang

Penjagaan Selepas
Bersalin

Kemungkinan Komplikasi

Rujuk segera ke Doktor

Tanda-Tanda & Komplikasi
Gejala Selepas Bersalin

Pendarahan Cebisan uri
berlebihan tertinggal

Sakit dada, sakit Pembekuan darah
betis, kemerahan di paru-paru.
dan bengkak kaki, (Pulmonary
sukar bernafas dan Thromboembolism)
demam.

Deman, Jangkitan kuman

pengeluaran cecair dalam

vagina yang berbau uterus/saluran

busuk peranakan.

108

Penjagaan Luka
Episiotomy

1. Tujuan jagaan luka perineum untuk kebersihan perineum, kawasan
lembab menjadi tempat pembiakan bakteria.

2. Cuci kawasan perineum dengan air berih,lap dan keringkan.

3. Sapukan flavin pada tempat luka. Pakai pad dan seluar dalam yang
bersih.

4. Lakukan setiap kali lepas mandi,buang air kecil dan air besar.

5. Jangan letakkan sebarang ubat tradisional pada luka.

6. Lakukan pemerhatian kepada luka:-

i)Luka terbuka

ii)Tanda kemerahan,bengkak

iii)Ibu demam

7. Perhatikan pengeluaran lokia dari segi bau,warna,sifat dan amaun.

8. Elakkan ketegangan pada luka eperti naik tangga/mencangkung dan
sembelit.

9. Nasihatkan ibu pengambilan diet yang seimbang.

10.Protein untuk membina sel-sel baru dan vitamin untuk penyembuhan

luka. 109

11.Makan makanan tinggi serat dan minum banyak air elak sembelit

Jagaan Postnatal

MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG DAN
PENGAMBILAN HEMATENIK YANG TELAH

DIARAHKAN OLEH DOKTOR

110

Senaman
Postnatal

111

Senaman Postnatal

Senaman Untuk Menguatkan Pinggang

Senaman Perut Setempat

112

Senaman Postnatal

Senaman Pernafasan
Senaman Kaki

113

Pemakanan Ibu Yang
Menyusukan Bayi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi
?

Ini adalah kerana :

● Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang
berkurang semasa menyusu bayi

● Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk
perkembangan bayi

● Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan
yang meningkat semasa mengandung)

● Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan
yang meningkat semasa mengandung)

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

● Kepelbagaian – Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan
mikronutrien

● Mengikut porsi – Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan
makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.

● Kesederhanaan – Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi
tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol

● Aktiviti – Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian

●-3 biskut tawar

●-½ capati

●-3 sudu makan oat(tidak dimasak)

● Aras 1: Buah dan Sayur
Saranan sukatan: 3 – 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 – 4 hidangan) /sehari

● ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)

● 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

● Satu hidangan Buah : (3 – 4hidangan) /sehari

● 1/2 biji jambu, mangga

● 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange

● 1 potong betik, nenas, tembikai

● 3 biji kurma 114
● 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Pemakanan Ibu Yang
Menyusukan Bayi

Paras 2: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin:
●-½ cawan nasi
●-1 keping roti(putih/gandum)
●-½ cawan mi/mihun/pasta
●-1 cawan bubur nasi kosong
●-½ tosai

PParas 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari
Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:

● ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
● ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
● 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
● 1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari
Satu hidangan Susu dan Produk Susu

● 1 gelas susu (250ml)
● 4 sudu makan susu tepung
● 1 cawan dadih
● 1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

115

116

Contoh Hidangan Sehari & Sukatan
Makanan Bagi Ibu Yang Menyusukan

Bayi

MASA WANITA MENYUSUKAN BAYI KUMPULAN WANITA
MAKAN MAKANAN MENYUSUK
SARAPAN 1 CAWAN BEEHOON
GORENG AN ANAK
MINUM PAGI + 1 BIJI TELUR
MAKAN 1 CAWAN MINUMAN BIJIRIN/HAS 12 SAJIAN
TENGAHARI BERSUSU IL
BIJIRIN/UBI-
MINUM MINUMAN BERSUSU(+ 1 UBIAN
PETANG SUDU TEH GULA)
5 KEPING BISKUT MINYAK / 10 SUDU
MAKAN LEMAK TEH
MALAM 1 ½ CAWAN NASI
1 EKOR IKAN KEMBONG IKAN/DAGI 5 SAJIAN
MINUM ASAM PEDAS NG/AYAM/
MALAM 1 KETUL AYAM GORENG KEKACANG/
1 CAWAN SUP SAYUR DAN HASIL
CAMPUR KEKACANG
SAMBAL BELACAN + ULAM
1 HIRIS TEMBIKAI SUSU DAN 3-4 SAJIAN
JUS OREN HASIL 3-4 SAJIAN
TENUSU
MINUMAN BERSUSU(+ 1
SUDU TEH GULA) SAYUR
2 KEPING ROTI( + 1 SUDU
TEH SAPUAN BUAH-BUAH 3-4 SAJIAN
JEM/MARJERIN/KAYA) AN

1 ½ CAWAN NASI
1 EKOR IKAN MASAK KARI
1 CAWAN BAYAM REBUS
ULAM TIMUN
1 BIJI PISANG
AIR KOSONG

MINUMAN BERSUSU( + 1
SUDU TEH GULA)
2 KEPING BISKUT

117

Contoh Hidangan Sehari & Sukatan
Makanan Bagi Ibu Yang Menyusukan

Bayi

Sarapan
pagi

Minum pagi

Makan Minum
tengahari petang

Makan
malam

minum
malam

118

Penyusuan

Susu Ibu mengandungi kesemua khasiat pemakanan
yang diperlukan bayi.
Kolostrum merupakan imunisasi yang pertama
untuk seorang bayi.
Susu ibu mengandungi antibodi untuk bayi untuk
elak dari penyakit & alahan

119

Polisi Penyusuan
Susu Ibu

1. Mempunyai polisi bertulis penyusuan susu Ibu yang disampaikan
kepada semua anggota kesihatan secara berkala.

2. Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk
melaksanakan polisi ini.

3. Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan
pengurusan penyusuan susu ibu.

4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa
setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke
kulit sejurus selepas kelahiran sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu
untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan
bantuan sekiranya perlu.

5. Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan
penyusuan walau pun mereka terpisah daripada bayi.

6. Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain
susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.

7. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap
masa(rooming-in).- memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama
24 jam sehari.

8. Menggalakkan penyususan susu ibu mengikut kehendak bayi (on
demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi
menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

9. Tidak memberikan puting tiruan atau putting kosong kepada bayi
yang menyusu susu ibu.

10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu

dan merujuk iibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital120

atau klinik.

Anatomi Payudara
dan Fisiologi Laktasi

121

Penghasilan dan
Pengeluaran Susu

122

Penyusuan

1. Mengeratkan pertalian emosi untuk anak.

2. Membantu rahim kembali ke saiz asalnya
dengan lebih cepat.

3. Membantu memperolehi kembali bentuk
badan lebih cepat oleh kerana kehilangan
lemak di bahagian punggung dan peha.

4. Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya
melambatkan kedatangan haid dan dengan
itu mengurangkan kemungkinan anda
mengandung.

5. Mengurangkan risiko kanser buah dada.

6. Menjimatkan wang, masa dan tenaga.

123

Kebaikan Susu Ibu
Kepada BAYI

Antibodi
semulajadi

Komposisi Menjadikan
yang bayi Anda
IQ tinggi
cukup dan
suhu yang Kurangkan
masalah
sesuai gigi

Elakkan
cirit-birit dan

penyakit
pada saluran
pernafasan

Kurangkan Menggalakkan
risiko pada tumbesaran

alahan

Memudahkan
penghadaman

124

Cara Penyusuan Yang
Betul

Picit sedikit susu lalukan Mulut bayi terbuka luas
piting atas mulut bayi. untuk memasukkan

areola ke dalam mulutnya

Perhatikan bayi bebas GAMBAR MULUT bayi
bernafas dan hidungnya di bila menyusu dengan

permukaan buah dada betul

125

Penyusuan

Posisi Penyusuan

Selesa
semasa
penyusuan

Bahu
belakang
disokong

Kaki
disokong
jika perlu

126

Penyusuan

Posisi
Penyusuan

MENDUKUNG SECARA
BERSILANG

MENDUKUNG

BARING

127

Penyusuan

Masalah Dalam Penyusuan
PUTING TENGGELAM DAN LEPER

PAYUDARA YANG PENUH

128

Penyusuan

Masalah Dalam Penyusuan
BENGKAK PAYUDARA

PUTING MEREKAH / PECAH

129

Penyusuan

Masalah Dalam Penyusuan

PERBEZAAN DIANTARA PAYUDARA YANG PENUH
SUSU DENGAN YANG BENGKAK

PENUH BENGKAK
■ Sakit
■ Terasa Panas ■ Bengkak
■ Berat ■ Tegang terutama puting
■ Keras ■ Berkilat
■ Susu mengalir ■ Mungkin nampak merah
■ Tiada demam ■ Susu tidak mengalir

■ Mungkin demam selama 24 jam

DUKTUS TERSUMBAT DAN MASTITIS

130

Penyusuan

CARA MEMERAH SUSU IBU

Memerah
menggunakan tangan

131

Penyusuan

CARA MEMERAH SUSU IBU

Memerah
menggunakan pam

132

Penyusuan

133

Penyusuan

CARA PEMBERIAN SUSU IBU

Menggunakan Menggunakan syringe
cawan kecil
134

Penyusuan

135

Penyusuan

136

Penyusuan Susu Ibu Bagi
Ibu Yang Bekerja

BILA HARUS ANDA MULA MEMERAH SUSU IBU

Ibu-ibu boleh mengikut panduan-panduan seperti
didalam jadual berikut :-

HARI 1-3 4-6 7-12 >13

Sarapan 7.30 Susu Susu Susu Susu
–9.00 perahan perahan perahan perahan

Minum pagi Susu Susu Susu Susu
10.00-11.30 badan perahan perahan perahan

Makan tgh Susu Sasan Susu Susu
12.00-1.30 badan badan perahan perahan

Minum ptg Susu Susu Susu Susu
2.00-4.00 badan badan badan perahan

137

Menyimpan
Susu Perahan

138

Penyimpanan Susu
Perahan

139

Penyimpanan Susu
Perahan

140

PJKA ROSARITA

Masalah Semasa
Penyusuan

Bengkak
Buah Dada

Cara mengatasinya :

PERAHKAN SUSU
YANG BERLEBIHAN

141

Penyediaan Susu
Formula

142

PJKA ROSARITA

Penyediaan Susu
Formula

Langkah 1

Bersihkan dengan pembasmi kuman pada
permukaan untuk menyediakan bancuhan
susu formula

Langkah 2

Cuci tangan dengan sabun dan air
dan keringkan dengan kain bersih atau
kertas dapur (kitchen towel)

Langkah 3

Masak air yang selamat. Jika anda menggunakan
cerek automatik, tunggu sehingga suis cerek
ditutup. Jika menggunakan periuk untuk mendidih
air,pastikan air mendidih sehingga
menggelegak.

Langkah 4

Baca arahan pada label susu formula untuk
mengetahui sukatan air dan susu yang diperlukan.
Penggunaan susu formula yang berlebihan atau
kurang daripada arahan sukatan pada label boleh
membuat bayi sakit.

143

Penyediaan Susu
Formula

Langkah 5

Tuangkan air mendidih yang telah dibiarkan sejuk dan
tidak kurang dari 70C dalam sukatan yang betul ke
dalam botol susu yang telah dibersih dan disteril.
Gunakan termometer yang bersih dan steril untuk
menyemak suhu air. Berhati hati untuk mengelakkan
kelecuran berlaku.

*Suhu air panas akan berbeza bergantung kepada cara
penyediaan setiap susu fomula. Rujuk arahan pada label susu.

Langkah 6

Tambah susu formula dalam sukatan yang betul ke
dalam botol susu yang telah berisi air sebelum ini.

Langkah 7

Goncang botol susu untuk memastikan susu dan air
bercampur dengan sempurna.

Langkah 8

Turunkan suhu susu dengan memegang botol susu di
bawah air paip yang mengalir, atau meletakkanya dalam
bekas air sejuk atau ais. Untuk mengelakkan bancuhan
susu daripada dicemari, pastikan paras air untuk
menyejukkan bancuhan susu berada di bawah paras

penutup botol susu.

144

Penyediaan Susu
Formula

Langkah 9

Keringkan bahagian luar botol susu dengan kain bersih
atau kertas dapur (kitchen towel).

Langkah 10

Label botol dengan maklumat seperti jenis formula,
nama bayi, tarikh dan masa disediakan atau nama
penyedia.

Langkah 11

Semak suhu susu dengan menitiskan sedikit
kepergelangan tangan anda. Susu seharusnya suam
dan tidak panas. Jika susu masih terasa panas, sejukan
lagi sebelum diberi kepada bayi.

Langkah 12

Beri susu kepada bayi.

Langkah 13

Buang lebihan susu atau susu yang terdedah ke udara
lebih daripada 2 jam.

Amaran: 145

Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (mikrowave) untuk
menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang
mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan “titik panas” (hot spots) di dalam
susu. Keadaan ini akan menybabkan mulut bayi melecur.

Cara Membersihkan
Botol Susu

Langkah 1
Basuh tangan dengan sabun dan
air.Kemudian keringkan tangan dengan
menggunakan kain lap yang bersih.

Langkah 2
Basuh semua peralatan yang di guna bagi
penyediaan susu menggunakan sabun
dan air bersih.Bersihkan bahagian dalam
dan luar botol serta puting yang susah
dibersihkan dengan mengguna berus yang
lembut dan bersesuaian.

Langkah 3
Bilas dengan sempurna semua peralatan
menggunakan air yang bersih dan
selamat.

146

Cara Menyahkuman
Botol Susu

Rendam didalam air
panas selama 10-15
minit

Keringkan botol
Susu . Simpan di
tempat yang bersih.

147

Perancang
Keluarga

148

Tujuan Merancang
Keluarga

149

Perancang Keluarga

Jadual lawatan penerima

KAEDAH LAWATAN PERTAMA LAWATAN SUSULAN
SETERUSNYA
PIL
• Hari pertama hingga Sebelum ambil paket kedua ,rehat 7
SUNTIKAN hari kelima haid hari
IMPLANON Ambil hari ke 28 kecuali Noriday
perlu diambil berterusan sehingga 6
bulan
Lakukan Pap Smear setahun sekali

• Mula pada hari 8 minggu Net En(Norithisteron
pertama hingga kelima Enantate)
haid 12 minggu untuk DPMA(Depo
Provera)
Lakukan Pap Smear setahun sekali

• Hari pertama hingga 1 minggu untuk pemeriksaan di
hari kelima haid tempat tusukan
Lakukan Pap Smear setahun sekali
• 6 minggu selepas Tiada lawatan susulan kecuali jika
bersalin(sebelum ada sebarang masalah
melakukan hubungan
kelamin) atau selepas
keguguran

ALAT • Pertengahan hari 6/52 sekali
DALAM dalam haid 3/12 sekali Pemeriksaan benang
RAHIM ADR
(ADR) • Hari ke 3 atau ke 4 6/12 sekali
Setahun sekali sehingga tamat tempoh
KONDOM • Mengikut keperluan ADR
pelanggan Lakukan Pap Smear setahun sekali

Mengikut keperluan pelanggan

VASEKTOMI • Bila-bila masa 3 bulan atau selepas 20 ejakulasi
pelanggan mahu
1 minggu selepas pembedahan untuk
LIGASI TIUB • Selepas keguguran pemeriksaan doktor
• Pada bila-bila masa Lakukan Pap Smear setahun sekali
TCA bila perlu
asalkan tidak
mengandung 150
• Selepas bersalin melalui
pembedahan


Click to View FlipBook Version