2.CALIPH CULTURE
PENDAHULUAN:
Sekolah merupakan sebuah institusi yang berfungsi sebagai pusat pengembangan dan perolehan
ilmu pengetahuan. Persekitaran yang selamat daripada anasir negatif menjamin keberkesanan
sistem pendidikan sesebuah sekolah. Justeru itu, sahsiah kendiri murid perlu dibangunkan
seiring dengan kemenjadian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selaras dengan
proses perubahan pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma
perlu dijadikan wadah oleh warga pendidik sementelah sekolah telah diinterpertasikan sebagai
saluran kemenjadian murid.
Kesinambungan daripada program The Caliph, ada satu lagi program telah dirancang dengan
rapi bagi mendidik dan membudayakan murid-murid dengan nilai-nilai murni. Program ini
diberi nama “Caliph Culture”.
Apa itu Caliph Culture?
Caliph Culture ada satu program yang merangakumkan 2 isi penting, iaitu:-
i. Tunduk Hormat;
ii. D.K.R.N = yang bermaksud Diam, Kerja Rumah, NILAM.
Bagi aktiviti pertama, semua murid dikehendaki berhenti, dan memberi hormat kepada warga
sekolah iaitu guru, tukang pembersihan, pegawai-pegawai sekolah yang hadir ke Sk Kampung
Jambu dengan meletakkan tangan kanan ke dada kiri lalu menundukkan kepala sebagai tanda
hormat kepada mereka semasaa berada di dalam kawasan sekolah. Aktiviti sebegini perlu
diterapkan untuk mendidik murid supaya sentiasa beradab dengan orang yang lebih tua.
Bagi aktiviti kedua pula, semua murid dikehendaki diam semasa guru tiada didalam kelas.
Kebiasaannya, semasa guru tiada atau lewat masuk ke kelas ketika sesi pertukaran, keadaan
murid tidak terkawal, berjalan dan bising. Justeru dengan adanya program DKRN, D yang
bermaksud diam, murid akan duduk ditempat masing-masing dan tidak bising. DKRN bagi KR
pula ialah kerja rumah, lakukan kerja rumah yang ada. Siapkan kerja-kerja sekolah yang
diberikan oleh guru subjek. Dan DKRN bg huruf N ialah NILAM. Kita memperkasakan
program NILAM dengan membaca buku yang disediakan oleh pusat sumber di “mobile nilam di
dalam setiap kelas.
OBJEKTIF:
Melahirkan murid-murid yang beradab sopan,
Membudayakan aspek hormat menghormati;
Murid mengetahui apa yang perlu mereka lakukan semasa ketiadaan guru;
Melahirkan murid yang berdisiplin;
Melahirkan persekitaran sekolah yang senyap dan beretika;
Melahirkan murid yang bertanggungjwab dengan apa yang dipertanggungjwabkan;
Meningkatkan bacaan NILAM murid;
Meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan.
SASARAN:
Semua Murid Sk Kampung Jambu, Taiping
AHLI JAWATANKUASA:
Pengerusi: Saerwati Binti Said (Guru Besar SKKJ)
Naib Pengerusi 1: Zulaila bt Ismail (PK1)
Penyelaras : Zamri bin Hanafiah
Setiausaha : Noorlin Azwa binti Mohd Azmi
Ahli Jawatankuasa: Suriya Binti Mohd Nor
Penyelaras tahun 1- 6
MASA / TARIKH:
Sepanjang Tahun
TEMPAT:
Di dalam Kawasan sekolah dan bilik darjah.
PENUTUP:
Program amalan baik yang dilaksanakan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan bukan sahaja di dalam kelas tetapi di luar bilik darjah. Murid perlu dibudayakan
dengan amalan yang baik supaya dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi
akhlak meningkatkan sahsiah kendiri murid dalam menghadapi persaingan dalam dunia global.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Suriya Binti Mohd Nor) (Saerwati Binti Said)
GBKSM Guru Besar
SK Kampung Jambu SK Kampung Jambu
LAPORAN AKTIVITI
AKTIVITI TAJUK
CALIPH CULTURE
PENGANJUR UNIT DISIPLIN DENGAN KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELIANG
SK KAMPUNG JAMBU
LOKASI KEHADIRAN penglibatan murid sangat baik
Persekitaran Sekolah
Bilik darjah
TARIKH Sepanjang MASA Sepanjang KOS
AKTIVITI
Tahun Tahun
Tunduk hormat
Duduk diam
Buat kerja rumah
Bacaan NILAM
IMPAK Membentuk sahsiah kendiri murid
Melahirkan murid yang berdisiplin
Murid sentiasa menghargai masa dan melakukan perkara yang
berfaedah semasa ketiadaan guru;
Murid menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan
berdedikasi;
Persekitaran sekolah yang senyap dan beretika;
Murid dapat meningkatkan bacaan nilam;
Murid dapat meluaskan pengetahuan apabila banyak membaca
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Suriya Binti Mohd Nor) (Saerwati Binti Said)
GBKSM Guru Besar
SK Kampung Jambu SK Kampung Jambu
LAPORAN BERGAMBAR
5.DILIGENT TROOPS
PENDAHULUAN:
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertajuk Diligent Troops , Diligent Troops adalah sebuah program yang
diwakili oleh semua badan pengawas Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu. Pengawas-
pengawas ini terdiri daripada Pengawas Sekolah (PS), Pengawas Pusat Sumber (PSS) ,
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan jugak Skuad Pinjaman Buku Teks (SPBT). Diligent
Troops ini adalah salah satu inisiatif bagi memastikan seluruh pengawas sekolah cenderung
untuk bertingkah laku baik secara sukarela. Dengan perlaksanaan Diligent Troops ini juga,
pengawas-pengawas akan lebih bertanggungjawab untuk menjalankan tugas dengan baik dan
amanah meskipun tidak termaktub dalam tugas hakiki seorang pengawas.
Pengawas bukan hanya menjalankan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawab oleh pihak
sekolah dan guru kepada mereka, sebaliknya kini semua pengawas sekolah cenderung
melaksanakan tugas dengan sifat semulajadi serta naluri manusia yang sukakan kebaikan.
Mereka boleh melakukan semua perkara yang difikirkan baik oleh minda dan tidak bertentangan
dengan hukum syara‟.
Kebaikan yang dimaksudkan ialah seperti menolong guru mengangkat barang, menolong rakan
di padang, membantu rakan dalam pelajaran, membantu ibu bapa yang hadir ke sekolah,
membersihkan kelas atau bilik khas, mengemas mana-mana tempat yang tidak teratur,
menyusun atur kasut diluar bilik khas, melipat telekung, mengutip sampah dan sebagainya.
Amalan ini dilakukan secara sukarela dan tanpa disuruh oleh sesiapa. Perkara-perkara yang
dilakukan tersebut adalah baik dan memberi manfaat.
Tiada sokongan yang kuat daripada warga sekolah menyebabkan mereka kurang yakin terhadap
potensi diri menyebabkan pengawas teragak-agak untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Dengan mewujudkan Diligent Troops , mereka merasa lebih yakin.
Secara umumnya, pelaksanaan Diligent Troops di sekolah merupakan usaha murni dalam
melahirkan tokoh kepimpinan yang hebat. Sekaligus, dapat melahirkan rakyat Malaysia yang
prihatin, saling kepedulian, mengambil cakna dan sensitif dengan perkara-perkara yang berlaku
disekeliling.
Kata kunci : Pengawas, Sukarela, Bertanggungjawab
LATAR BELAKANG
Gabungan kekuatan keseluruhan 4 pasukan pengawas sekolah Kampung Jambu adalah seramai
206 orang murid. Seramai 61 orang murid daripada Pengawas Sekolah (PS), 60 orang murid
daripada Pengawas Pusat Sumber (PSS), 60 orang murid daripada Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) dan 25 orang murid daripada Skuad Pinjaman Buku Teks (SPBT). Mereka ini adalah
murid yang telah dipilih daripada keseluruhan murid SK Kampung Jambu yang berjumlah 690
orang murid.
Semua pengawas yang dilantik oleh pihak sekolah telah melepasi kriteria yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah. Hal ini adalah kerana untuk memegang jawatan sebagai seorang pengawas
perlu mengikut garis piawaian yang telah ditetapkan. Usaha ini bagi memastikan pengawas yang
dilantik adalah yang berkualiti dan bertanggungjawab serta mampu untuk menjalankan tugas
dan amanah yang telah termaktub dalam perlembagaan pengawas.
Pengawas merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah
dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah kepada mereka mengikut bidang masing-masing.
Contohnya Pengawas Sekolah adalah tertakluk pada penguatkuasaan undang-undang di sekolah.
Manakala Pengawas Pusat Sumber menjalankan tanggungjawab di Pusat Sumber sahaja.
Pembimbing Rakan Sebaya di Kelas dan Skuad Pinjaman Buku Teks berkaitan buku teks
sekolah.
Antaranya isu yang menyebabkan Diligent Troops ini tubuhkan:
i. Tidak yakin dalam menjalankan tanggungjawab;
ii. Aduan guru dan murid, pengawas bermain di dalam kelas;
iii. Pengawas tidak berani menegur murid yang melakukan kesalahan;
iv. Hanya menjalankan tugas yang di dalam jadual bertugas sahaja.
Hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah, maka dengan ini, Ahli Jawatankuasa sebulat
suara bersetuju untuk menubuhkan “Diligent Troop”.
PENDAHULUAN:
Apakah yang dimaksukan dengan Diligent Troops ? Mari kita huraikan satu persatu untuk
mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan Diligent Troops .
Diligent membawa maksud tekun, rajin, gigih, cergas, aktif dan tangkas. Ia menunjukkan
tingkah laku atau etika kerja yang percaya bahawa kerja adalah baik dengan sendirinya.
Manakala Troops pula ialah membawa maksud kumpulan, askar-askar, pasukan, membawa
panji-panji.
Apabila digabungkan perkataan Diligent Troops membawa maksud sekumpulan atau sepasukan
yang melakukan tingkah laku yang baik seperti membantu, menolong dan menzahirkan sesuatu
yang baik dengan sendirinya tanpa perlu disuruh atau perlu menunggu arahan. Konsep ini telah
diketengahkan untuk diterap kepada seluruh pengawas di sekolah bagi menjalankan tugas serta
tingkah laku yang baik kepada semua warga sekolah secara sukarela.
Melaksanakan Tugasan Hakiki Pengawas
Kekuatan Kelemahan
Pengawas melaksanakan tugas dengan Hanya menjalankan tugasan yang di
penuh dedikasi dalam jadual bertugas sahaja
Pengawas telah dididik untuk Pengawas sekolah tidak yakin menegur
menjaga disiplin sekolah kesalahan murid
Pengawas saling memberikan bantuan Tidak segera memberikan bantuan
sesama mereka kepada murid lain, guru dan komuniti.
Peluang Cabaran
Sokongan padu daripada guru dan Segelintir murid tidak mahu
rakan mendengar arahan
Hubungan baik dengan ibu bapa dan Sikap malu dan sukar berkomunkasi
komuniti setempat yang mesra
Ahli Jawatankuasa Diligent Troops :
Pengerusi: Saerwati Binti Said (Guru Besar SKKJ)
Timb Pengerusi : Zulaila binti Ismail (PK1)
Naib Pengerusi 1: Mohammed Yusri Bin Abdul Rahman (PK HEM
Naib Pengerusi 2: Nora‟ssikin binti Abdullah (PK KO)
Penyelaras : Siti Zuraida bt Abdul Rahman (GPM)
Setiausaha : Ainur Rushaida binti Roslan
Ahli Jawatankuasa: Nurul Aini Binti Azizan
Suriya binti Mohd Nor
Mohd Badrul Hisham b Zakaria
Mohd Hafiz b Md Ali
Siti Hkairatul Mkasumah bt Basar
OBJEKTIF:
a. Melahirkan pengawas yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap warga
sekolah iaitu, guru murid dan komuniti,
b. Membentuk hubungan dua hala saling bantu membantu meningkatkan
kemenjadian murid,
c. Memupuk sifat positif dan amalan baik yang berterusan di dalam jiwa pengawas,
d. Menjadikan pengawas sekolah sebagai contoh teladan yang baik.
SASARAN:
Semua murid, Kepimpinan Sekolah dan Komuniti
MASA / TARIKH:
Sepanjang tahun
KAEDAH PELAKSANAAN: GURU RAKAN KOMUNITI
BIL PERKARA
1 Menzahirkan mana-mana
amalan baik seperti tunduk
hormat, senyum dll
2 Sukarela membantu.
Cth: mengangkat buku,
mengajar rakan dll
3 Membantu melaksanakan kerja-
kerja.
Cth: menyiram pokok,
mengangkat kerusi meja dll
4 Membantu mengemas dan
menyusun atur tempat.
Mengemas kelas, menyusun atur
kain telekung di Musalla dll
5 Membersihkan tempat-tempat.
Membersihkan kawasan sekolah,
dll
PENGURUSAN RISIKO/ PENAMBAHBAIKAN
BIL ISU TINDAKAN
1 Pengawas bertugas tidak hadir Tugasan diambil alih oleh
pengawas yang lain
2 Tidak melakukan tugas dengan baik Dipanggil oleh guru disiplin, GBK
Diberi nasihat dan bimbingan.
3 Tidak masuk kelas kerana Bertanyakan kepada rakan kelas
melaksanakan tugas
Terus berjumpa dengan guru
matapelajaran tersebut.
Penutup:
Diharapkan semua pengawas dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih baik. Kerjasama
yang erat serta penglibatan semua pihak amat penting dalam membentuk sahsiah dan
keperibadian pengawas. Semoga mereka terus beristiqamah menjadi contoh dan tauladan yang
baik kepada murid –murid yang lain.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Suriya Binti Mohd Nor) (Saerwati Binti Said)
GBKSM Guru Besar
SK Kampung Jambu SK Kampung Jambu
LAPORAN AKTIVITI
AKTIVITI TAJUK
DILIGENT TROOPS
PENGANJUR LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS MURID
PUSAT SUMBER SEKOLAH
BADAN KAUNSELING SEKOLAH
SISTEM PINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KAMPUNG JAMBU
LOKASI PENGLIBATAN Semua Warga Sekolah,
Kepimpinan Sekolah serta
Sk Kampung Jambu Komuniti
TARIKH Sepanjang MASA - KOS -
AKTIVITI Tahun
Menzahirkan mana-mana amalan yang baik seperti senyum, memberi
salam dll.
Sukarela membantu rakan, guru dan ibu bapa dalam kehidupan harian
seperti membantu mengangkat buku guru, menolong rakan dalam
pelajaran dan menunjuk arah kelas kepada ibu bapa yang datang ke
sekolah.
Membantu melaksanakan kerja-kerja seperti menyiram pokok,
menyusun atur kelas, mengemas dll.
IMPAK Melahirkan pengawas yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
warga sekolah iaitu, guru murid dan komuniti,
Membentuk hubungan dua hala saling bantu membantu meningkatkan
kemenjadian murid,
Memupuk sifat positif dan amalan baik yang berterusan di dalam jiwa
pengawas,
Menjadikan pengawas sekolah sebagai contoh tauladan yang baik.
TAJUK : THE CALIPH GEMILANG
PENDAHULUAN:
Perkembangan pendidikan dalam arus kemajuan teknologi yang begitu pantas dan
menonjolkan impak yang pelbagai dalam kemenjadian diri murid begitu ketara sekali . Pelbagai
usaha dan program yang dirancang dan dilaksana oleh pihak kementerian bersama-sama
pelbagai pihak terutama sekolah adalah untuk membantu kemenjadian murid yang positif dari
aspek sahsiah, akhlak dan kepimpinan.
Sekolah merupakan sebuah institusi yang berfungsi sebagai pusat pengembangan dan
perolehan ilmu pengetahuan. Justeru itu, sahsiah kendiri murid perlu dibangunkan seiring
dengan kemenjadian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selaras dengan proses
perubahan pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu
dijadikan wadah oleh warga pendidik sementelah sekolah telah diinterpertasikan sebagai
saluran kemenjadian murid.
;The Caliph Terbilang‟ adalah program bagi merealisasikan hasrat tersebut yang objektifnya
untuk membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid. Pihak sekolah memilih untuk
menjenamakan „The Caliph Terbilang ‟ sebagai ikon dan penggerak kepada keberkesanan
program yang dirancang sementelah pembelajaran abad ke 21 telah dilaksanakan di sekolah
sejajar dalam mencapai aspirasi murid melalui kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
pengetahuan, kemahiran berfikir, etika dan kerohanian serta identiti nasional. „The Caliph
Terbilang‟ adalah program lanjutan daripada Program Amalan Terbaik Disiplin Sekolah „The
Caliph‟ yang telah diiktiraf di peringkat kebangsaan dalam Simposium HEM pada tahun 2018.
Pengurusan program ini direalisasikan dengan lima program sokongan dalam membantu
meningkatkan pembangunan dan pengembangan sahsiah murid ke arah sahsiah terpuji .
Impak positif ini dapat dilihat dengan
Peningkatan E Kehadiran Murid
Laporan Data Amalan Terbaik SSDM.
Murid-murid begitu bersemangat melakukan amalan baik seperti memasukkan dalam
telegram aktiviti yang mereka lakukan di rumah membantu keluarga, menunjukkan
hasil kerja PdPr yang diarahkan oleh guru mata pelajaran, respon positif dalam kelas
secara dalam talian Google Meet . Amalan baik ini diberi ganjaran oleh guru dengan
mengisi Entri SSDM Amalan Baik.
Hasil kerja kreativiti murid sepanjang tempoh PdPr secara atas talian. Ini juga
dibuktikan dengan gambar-gambar hasil kerja murid yang kreatif .
Penyertaan murid dalam pelbagai pertandingan yang juga diadakan secara atas talian.
Penyertaan murid murid dalam pertandingan secara atas talian sama ada peringkat
sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa juga menyerlah dan
mendapat keputusan atau kedudukan yang terbaik.
OBJEKTIF:
a. Membantu murid dalam menimba ilmu pelajaran
b. Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid
c. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid
d. Membentuk kemenjadian murid yang positif dari aspek sahsiah, akhlak dan
kepimpinan.
SASARAN:
Semua murid SKKJ
AHLI JAWATANKUASA:
Pengerusi: Saerwati Binti Said (Guru Besar SKKJ)
Naib Pengerusi 1: Mohammed Yusri bin Abdul Rahman (PKHem)
Penyelaras : Suriya bt Mohd Nor (GBK)
Setiausaha : Mohd Hafiz B. Md Ali
AJK Mohd Suhaidi B Ibrahim
Ahmad Fikri Bin Mehamod
MASA / TARIKH:
Sepanjang tahun semasa Pendamik Covid -19
TEMPAT:
1.Telegram,
2.Rumah Ibu bapa dan penjaga
AKTIVITI
1. Program Channel Telegram UBK {Morning Call/Wake Up Call} sekolah
diwujudkan sepanjang tempoh pdpr adalah untuk memudahkan Unit Bimbingan dan
Kaunseling menyampaikan pelbagai info seperti Motivasi, Info Covid 19, Elemen
Minda Sihat, Kesediaan Murid untuk Menghadapi Pdpr, Kuiz, Permainan atas Talian
dan lain lain yang sesuai akan dikongsi dalam channel ini.
2. Program mentor mentee semasa sesi persekolahan bersemuka memang diadakan
sepanjang tahun. Apabila pendemik covid 19 menular, sesi persekolahan bersemuka
terpaksa ditangguhkan dan diganti dengan sesi Pdpr. Sepanjang tempoh Pdpr yang telah
bermula semenjak tahun 2020 dan sehingga kini tahun 2021, telah menimbulkan
pelbagai masalah dalam kalangan murid-murid. GBKSR mengambil langkah pro aktif
untuk membantu murid dan ibu bapa yang mungkin ada kekangan dalam melaksanakan
PdPr. #CIKGU SAYANG KAMU merupakan salah satu inisiatif membantu murid
yang bermasalah untuk mengikuti kelas pdpr. Program ini berjaya membantu menarik
minat murid untuk hadir kelas pdpr. Ini dapat dilihat dalam data sistem SPdPr
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. “SUCCESS INSPIRATION”
Program berbentuk beri penghargaan kepada murid dan ibu bapa pula merupakan salah
satu inisiatif GBKSR dengan bantuan dan sokongan barisan pentadbir, guru kelas dan
guru subjek sepanjang tempoh pdpr ini. Pelbagai bentuk penghargaan dirangka dan
diberi kepada semua murid dan ibu bapa yang memberi kerjasama dan sangat aktif
sepanjang PdPr. Penghargaan juga diberi kepada murid yang menunjukkan peningkatan
sepanjang pdpr ini.
4. “KAMU ANAK YANG HEBAT”
Program ini dirangka untuk meningkatkan pretasi kerja murid, mencungkil bakat dan
kreatviti sepanjang PdPr. Program juga adalah untuk menyerlahkan bakat murid di
samping meningkatkan sikap persaingan yang sihat di mana hasil kerja yang terbaik
akan diberi penghargaan Program ini juga diharapkan akan berterusan dan
meningkatkan kecemerlangan murid.
5. Program TAUTAN KASIH pula merupakan program bantuan psikososial secara atas
talian yang dikendalikan oleh GBKSR untuk membantu murid yang perlukan sokongan
sosial sepanjang PdPr. Sokongan dalam bentuk atas talian ini dapat membantu murid
dan ibu bapa yang terkesan sepanjang pendemik ini.
PENUTUP:
Gabungan program yang dirancang dan dilaksanakan dengan beberapa program sokongan yang
dikendalikan oleh JK dibawah Unit HEM telah banyak membantu meningkatkan sahsiah,
kemenjadian murid dan motivasi dalam diri murid-murid sekolah ini. Jelaslah bahawa
„Program The Caliph Terbilang‟ ini secara tidak langsung dapat membentuk Sahsiah Kendiri
Terpuji, Disiplin Diri yang Tinggi dan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam tugasan
yang diamanahkan merupakan impak positif yang sangat penting dalam proses pembangunan
dan pengembangan diri murid di samping membentuk kemenjadian modal insan yang bakal
meneraju kepimpinan negara masa akan datang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Siti Athiyah bt Mohamad Rosli) (Saerwati Binti Said)
Penyelaras Kebersihan Sekolah Guru Besar
Sekolah Kampung Jambu Sekolah Kampung Jambu
AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI
PENGANJUR
LOKASI TAJUK
THE CALIPH TERBILANG
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK KAMPUNG JAMBU
KEHADIRAN Semua Murid SKKJ
Telegram,
Rumah
TARIKH Sepanjang MASA - KOS -
AKTIVITI
Tahun
IMPAK
Pandemik
Menyampaikan pelbagai info seperti Motivasi, Info Covid 19,
Elemen Minda Sihat, Kesediaan Murid untuk Menghadapi Pdpr,
Kuiz, Permainan atas Talian dan lain lain yang sesuai.
Lawatan ke rumah
Pertandingan
Memberi penghargaan kepada murid
Murid berminat untuk belajar dan mengikuti PDPR dengan baik
Dapat mencungkil bakat murid dari hasil pertandingan yang
diadakan
Ibu bapa berasa sangat gembira dengan keprihatinan pihak sekolah;
Ibu bapa penjaga memberikan Kerjasama yang baik kepada guru-
guru.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Siti Athiyah bt Mohamad Rosli) (Saerwati Binti Said)
Penyelaras Kebersihan Sekolah Guru Besar
Sekolah Kampung Jambu Sekolah Kampung Jambu
LAPORAN BERGAMBAR
20
4.5 Pentaksiran Psikometrik (PBS)-IKeP
4.6 RUJUK FAIL
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
1
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
1. KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN GURU
PENDAHULUAN:
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keperluan guru dalam perkhidmatan yang
diberi dan menilai kesesuaian aspek-aspek dalam perkhidmatan iaitu keperluan kemudahan
guru di dalam kelas, keperluan guru dalam penggunaan ict, keperluan guru dalam bidang
pengurusan, keperluan guru dalam menjalankan tugas bersama rakan dan juga pihak pentadbir
serta keperluan perkhidmtan dalam psykologi guru dalam menjalankan tugas. Kajian ini
dijalankan di Sk Kampung Jambu. Seramai 50 guru telah menjadi responden kajian. Data yang
dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.
Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus.
Kajian membuktikan bahawa guru-guru memandang keperluan perkhidmatan sebagai alat
pembangunan staf; alat pembangunan profesionalisme secara berterusan dan untuk mendidik
guru-guru mengenai kompetensi yang baru. Maka pihak pengurusan sekolah boleh
mewujudkan peluang yang lebih baik untuk menjadikan guru lebih cemerlang apabila
keperluan guru dipenuhi. Pihak Kementerian pula boleh menambahkan pemantauan terhadap
sekolah-sekolah agar perkhidmatan guru mencapai standard kualiti yang digariskan olehnya.
Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam meningkatkan perkhidmatan profesionalisme
guru. Kata kunci: keperluan, latihan dalam perkhidmatan, profesionalisme keguruan.
OBJEKTIF:
Mengetahui keperluan guru dalam perkhidmatan
Meningkatkan kualiti pengajaran guru didalam dan luar bilik darjah;
Mengetahui tahap psykososial guru dalam menjalankan tugas,
Mendapatkan data untuk mengetahui aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.
SASARAN:
Semua guru Sk Kampung Jambu, Taiping.
2
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
TARIKH / MASA
10 Ogos 2022
PAUTAN DI LINK
https://forms.gle/7QGm6xHwJrbVMHqc7
SOALAN KAJIAN
Rujuk lampiran
ANALISA KAJIAN KEPERLUAN GURU
ANALISA KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN GURU
(TERHADAP 50 ORANG GURU)
3
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
ANALISA SKALA YANG MENUNJUKKKAN TAHAP KEPERLUAN
PERKHIDMATAN GURU
1. SANGAT TIDAK PERLU
2. TIDAK PERLU
3. TIDAK PASTI
4. PERLU
5. SANGAT PERLU
4
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
5
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
6
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
7
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
8
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
9
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
10
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
Rumusan
Hasil dapatan kajian menunjukkan 98% guru-guru memerlukan kemudahan yang lengkap dan
mudah diakses dalam menjalankan pengajaran di dalam kelas. Guru-guru juga sangat
memerlukan medium media cetak dan capaian intenet yang baik bagi menjalankan tugas di
sekolah.
Dari aspek memuat turun dan memuat naik bahan untuk diberikan kepada murid hanya 8%
sahaja guru menunjukkan ketidakperluan terhadap bahan tugasan kepada murid. Selebihnya
82% guru sering memuat naik dan memuat turun tugasan yang hendak diberikan kepada murid.
Guru-guru juga cenderung menggunakan modul bahan bercetak berbanding bahan digital. Ini
disebabkan murid-murid kebanyakan mereka tidak mempunyai kemudahan teknologi dirumah.
11
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
Sebanyak 86% guru berminat untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam perisian
Microsoft. Hal ini kerana seiring dengan peredaran zaman, guru perlu mempunyai pengetahuan
berkaitan teknologi seperti google class room, zoom, liveworksheet dan membangunkan grafik
seperti canva dan animasi yang lain. Murid-murid diera ini berminat menggunakan teknologi
dan medium digital dalam kehidupan. Dengan itu kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan
mengikut kaedah abad 21 yang menunjukkan 96% guru mahu meningkatkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran.
Menjurus kearah komunikasi berkesan antara guru dan murid sebanyak 98% guru menyatakan
keperluan mereka terhadap komunikasi berkesan. Begitu juga sebanyak 96% menyatakan
keperluan terhadap ketrampilan bahasa.
Dalam guru menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga sering diminta untuk
menguruskan aktiviti diluar bilik darjah, seperti berucap, menguruskan majlis dan sebagainya.
Sebanyak 94% guru memerlukan perkhidmatan cara pengucapan awam yang baik dalam
menguruskan sesuatu majlis.
Manakala berkaitan pengurusan fail, hanya 84% sahaja yang berminat untuk mengetahui
kaedah pengurusan fail yang baik. 90% guru memerlukan perkhidmatan latihan dalam
mengajaran. Nampaknya guru lebih cenderung untuk membuat inovasi dan mencipta kreativiti
kerana sebanyak 98% guru memilih untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan inovasi dan
kreativiti. Ini menunjukan guru sangat cenderong untuk meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran bagi menghasilkan produk yang berkualiti iaitu melahirkan pelajar yang
cemerlang.
Di satu sisi yang lain, guru juga amat memerlukan pengurusan stress dan kaunseling yang baik.
Hal ini kerana, hasil dapatan hanya 2% sahaja guru yang tidak memerlukan perkhidmatan
kaunseling. Ini menunjukkan guru perlu menguruskan emosi dengan baik. Berdepan dengan
pelbagai ragam ibu bapa, murid dan juga pihak pentadbiran, guru seharusnya lebih kuat dari
aspek mental.
Penutup:
12
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
Dapatlah dirumuskan bahawa guru amat memerlukan kemudahan yang lengkap bagi
melancarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, pelbagai latihan
dalam perkhidmtan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan mutu pengajaran guru. Pelbagai
inisiatif perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan guru bagi melahirkan
generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Suriya Binti Mohd Nor) (Saerwati Binti Said)
GBKSM Guru Besar
SK Kampung Jambu SK Kampung Jambu
13
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
2. KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN MURID
PENDAHULUAN:
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keperluan murid dalam perkhidmatan yang
diberi dan menilai kesesuaian aspek-aspek dalam perkhidmatan iaitu keperluan kemudahan
murid di dalam kelas, keperluan murid dalam penggunaan bilik-bilik khas, keperluan murid
dalam bidang pengurusan sekolah dan keperluan murid dalam menjalankan Pdpr bersama
rakan dan guru di dalam kelas. Kajian ini dijalankan di SK Kampung Jambu. Seramai 59 orang
murid telah menjadi responden kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis secara
kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan
ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus. Kajian membuktikan bahawa murid-
murid memerlukan keperluan perkhidmatan sebagai alat pembangunan insfrastuktur, alat
pembangunan pembelajaran secara berterusan di dalam kelas dan untuk Pendidikan murid-
murid mengenai kompetensi yang baharu. Maka pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan
peluang yang lebih baik untuk menjadikan murid-murid lebih cemerlang apabila keperluan
murid-murid dipenuhi. Pihak Kementerian pula boleh menambahkan pemantauan terhadap
sekolah-sekolah agar perkhidmatan guru mencapai standard kualiti yang digariskan olehnya.
Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam meningkatkan perkhidmatan insfrastruktur
murid-murid. Kata kunci: keperluan, dipenuhi, murid seronok.
OBJEKTIF:
Mengetahui tahap keseronokkan murid ketika belajar di dalam kelas dan sekolah.
Mengetahui keperluan murid ketika di sekolah
Meningkatkan kualiti pembelajaran murid di dalam dan di luar bilik darjah;
Mendapatkan data untuk mengetahui aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.
SASARAN:
Semua murid-murid SK Kampung Jambu, Taiping.
1
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
TARIKH / MASA
12 Ogos 2022
PAUTAN DI LINK
https://forms.gle/4drb3wFkevuzdCty9
SOALAN KAJIAN
Rujuk lampiran
ANALISA KAJIAN KEPERLUAN MURID
ANALISA KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN MURID
(TERHADAP 59 ORANG MURID)
2
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
ANALISA SKALA YANG MENUNJUKKKAN TAHAP KEPERLUAN
PERKHIDMATAN MURID
1. TIDAK SETUJU
2. TIDAK PASTI
3. SETUJU
3
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
4
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
5
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
6
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
7
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
8
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
9
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
Rumusan
Hasil dapatan kajian menunjukkan 98.3% murid-murid memahami bahawa mereka perlu hadir
ke sekolah setiap hari jika mereka sihat. Jika mereka tidak sihat, 100% memaklumkan bahawa
peranan ibu bapa perlu memberitahu kepada guru kelas ketidakhadiran murid ke sekolah.
Dari aspek kehadiran juga, 91.5% memahami bahawa murid perlu hadir awal ke sekolah setiap
hari. Ini menunjukka bahawa murid-murid sedia maklum bahawa setiap pagi mereka perlu
terlibat dengan aktiviti pagi di tapak perhimpunan sekolah Sebanyak 86.4% murid-murid
mengatakan mereka perlu bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Hanya 6.8% tidak pasti dan
1.7% tidak bersarapan sebelum ke sekolah. Persediaan fizikal yang baik sebelum ke sekolah
sangat penting untuk memastikan mereka akan seronok dan selesa berada di sekolah sepanjang
sesi persekolahan.
10
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
Sebanyak 98.3% mengatakan mereka akan mengemas buku-buku sekolah mengikut jadual
waktu kelas masing-masing. Ini menunjukkan bahawa kesediaan dan persediaan mereka untuk
ke sekolah dibuat dengan baik dan teliti. Hanya 1.7% mengatakan tidak pasti.
Untuk memastikan murid-murid bersemangat dan yakin hadir ke sekolah, sebanyak 98.3%
mengatakan bahawa murid perlu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Hanya
1.7% sahaja mengatakan tidak pasti. Apabila murid dapat menyiapkan kerja rumah, murid akan
berasa seronok dan bersemangat ketika di dalam kelas. Murid tidak akan didenda atau dimarahi
kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Sebanyak 88.1% murid-murid berasa seronok apabila menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru. Hanya 10.2 % tidak pasti dan 1.7% tidak setuju berasa seronok apabila menyiapkan
kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kemungkinan mereka tidak mempunyai ruang belajar
yang selesa, tidak faham ketika berada di dalam kelas atau tidak mempunyai cukup masa dan
letih untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ini bermakna guru perlu
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.
Murid-murid menyatakan 93.2% berasa seronok ketika berada di dalam kelas. Murid seronok
apabila guru membuat aktiviti sambil belajar di dalam kelas. Ini dapat dilihat melalui 98.3%
mengatakan begitu. Murid juga berasa seronok apabila guru membuat aktiviti belajar di dalam
kumpulan kecil. Sebanyak 91.5% murid mengatakan begitu. Kehadiran guru ke sekolah juga
menarik minat murid untuk belaja rdi sekolah kerana 96.6% bersetuju.
Kemudahan yang disediakan di sekolah seperti kantin menarik minat dan keseronokkan murid
ketika berada di sekolah. Sebanyak 98.3% berasa seronok ketika rehat di kantin. Mereka dapat
makan bekalan yang dibawa atau membeli makanan kegemaran mereka di kantin bersama-
sama kawan.
Selain itu, kemudahan seperti makmal komputer, bilik sains, pusat sumber sekolah dan bilik
bimbingan dan kaunseling juga berjaya menarik keseronokkan murid hadir ke sekolah.
Sebanyak 89.8% seronok ketika berada di makmal komputer, 91.5% seronok ketika berada di
bilik sains, 100% seronok ketika berada di pusat sumber sekolah dan 81.4% seronok apabila
berada di bilik bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, setiap bilik-bilik khas ini berjaya
menarik minat murid melalui dekorasi yang menarik, aktiviti yang berfaedah dapat dilakukan
di sini serta banyak maklumat yang berguna dapat mereka perolehi di bilik-bilik khas ini.
11
KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN
Setiap murid pasti menantikan saat tamat waktu persekolahan. Oleh itu, sebanyak 96.9% murid
berasa seronok apabila tamat waktu persekolahan dan bersedia untuk pulang ke rumah masing-
masing. Ini bermakna mereka mempunyai keluarga yang bahagia dan harmoni yang berjaya
mendidik mereka menyayangi ibu bapa dan keluarga sehinggakan mereka gembira untuk
bertemu semula keluarga di rumah.
Aktiviti kokurikulum juga berjaya menarik minat murid hadir ke sekolah. Sebanyak 83.1%
berasa seronok pada hari kokurikulum dan 93.2% berasa seronok jika mereka dapat menyertai
sesuatu pertandingan untuk mewakili sekolah. Oleh itu, setiap murid perlu diberi peluang untuk
menunjukkan bakat dan minat mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, 100% murid berasa seronok kerana dapat belajar di Sekolah
Kebangsaan Kampung Jambu. Ini menunjukkan ibu bapa dan pihak sekolah berjaya menarik
minat murid untuk berasa seronok belajar di sekolah ini.
Penutup:
Dapatlah dirumuskan bahawa murid sangat berminat dan seronok dengan aktiviti dan
kemudahan lengkap yang disediakan di sekolah ini. Mereka bersemangat dan sentiasa bersedia
untuk hadir belajar di sekolah. Selain itu, pelbagai kejayaan yang dicapai oleh sekolah
membuatkan bilik-bilik khas berada dalam keadaan cantik dan menarik sehinggakan berjaya
menarik minat murid untuk menggunakan bilik-bilik ini. Walaubagaimanapun, inisiatif perlu
dilakukan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan perkhidmatan murid bagi
melahirkan generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Suriya Binti Mohd Nor) (Saerwati Binti Said)
GBKSM Guru Besar
SK Kampung Jambu SK Kampung Jambu
12