The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL_MOBIM TAHAP 2_BPK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n.azura.hanapi, 2024-03-12 04:27:56

MOBIM TAHAP 2

FINAL_MOBIM TAHAP 2_BPK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM MODUL BIMBINGAN (MOBIM) BAHASA MELAYU TAHAP II


Terbitan 2024 ©Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apaapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 - 8, Blok E9, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. ISBN:


KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Kandungan Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Definisi Kurikulum Kebangsaan Kata Pengantar Pengenalan Tahun 4 •Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu •Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu •Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Tahun 5 •Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu •Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu •Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Tahun 6 •Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu •Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu •Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Panel Penulis Penghargaan


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) (1) “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. ” Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.] KURIKULUM KEBANGSAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah berjaya menghasilkan Modul Bimbingan (MOBIM) Bahasa Melayu (BM) Tahap Dua sebagai kerangka dan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah untuk guru-guru Bahasa Melayu.. Pengisian modul ini menggunakan bahan dan petikan bersumberkan buku teks Bahasa Melayu. Modul ini telah diberikan suntikan baharu yang menggabungkan elemen Kecerdasan Buatan Artificial Intelliegence (AI) berteraskan teknologi digital. Persepaduan elemen sumber pengajaran maujud dan maya yang dilaksanakan secara tematik ini berupaya memberikan pemahaman yang optimum dan komprehensif dalam kalangan murid dan sekali gus merealisasikan visi “ke arah generasi digital berpaksikan prestasi Karamah Insaniah untuk menerangkan konsep penyatuan antara segmen Rukun Negara dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”. Modul ini diharap agar dapat digunakan sebagai panduan dan pencetus idea kepada guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang menarik dan berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap Dua, khususnya dalam kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pengintegrasian Modul MOBIM Bahasa Melayu Tahap Dua dan aplikasi perisian melalui Digital Education Learning Inisiative Malaysia (DELIMa) juga diharapkan dapat membantu guru untuk merancang, menyusun, melaksanakan, memantau dan menganalisis keberkesanan PdP selari dengan transformasi pendidikan negara. BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan modul ini. Modul ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak, khususnya guru dan murid dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara selari dengan intipati Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih. DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia


Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) bertujuan untuk membentuk murid yang berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai, idea dan hubungan sosial dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan itu, Modul Bimbingan (MOBIM) Bahasa Melayu Tahap Dua menekankan; • pembelajaran bermakna melalui pelbagai pendekatan dan strategi yang menggunakan pelbagai bahan pengajaran seperti bahan ilustrasi, bahan maujud dan bahan digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. • pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah secara ansur maju ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke-21. • penerapan model VAK yang merupakan gabungan aspek gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik. • pembelajaran digital iaitu pembelajaran berteraskan Artificial Intelliegence (AI) atau amalan pengajaran yang menggunakan teknologi secara berkesan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. PENGENALAN 1. Objektif Modul Modul ini dibangunkan untuk membantu guru dari segi: merancang dan melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada; 1 2 3 memahami kurikulum dan menterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan lebih berkesan; dan menstruktur strategi standard pembelajaran melalui beberapa kombinasi yang sesuai


fokus yang perlu diberikan tumpuan dalam PdP cadangan aktiviti PdP catatan atau nota kepada guru bahan sumber (maujud dan digital) untuk rujukan guru 2. Organisasi MOBIM Bahasa Melayu Tahap Dua Panduan yang disediakan dalam MOBIM Bahasa Melayu Tahap Dua berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Semakan (2017) Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6. Modul ini mengandungi strategi PdP yang dibangunkan berdasarkan beberapa pendekatan melalui penyusunan kepelbagaian kandungan dan kemahiran bahasa. Setiap tajuk dalam modul ini disertakan dengan lembaran kerja untuk murid


3. Cadangan Aktiviti Aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini berdasarkan penggunaan bahan ilustrasi dan bahan digital untuk membantu meningkatkan pemahaman kandungan serta penguasaan kemahiran Bahasa Melayu. Cadangan aktiviti ini bersifat anjal dan boleh ditambah baik oleh guru mengikut kreativiti serta daya inovasi agar bersesuaian dengan kebolehan murid, kemudahan fasiliti dan kesediaan bahan sumber di sekolah masing-masing. 3.1 Catatan Ruangan ini mengandungi nota atau panduan berkaitan dengan cadangan bahan sumber pengajaran, limitasi sesuatu kandungan, penjelasan istilah atau terminologi tertentu dan catatan lain untuk membantu mencapai Standard Pembelajaran (SP). 3.2 Lembaran Kerja Setiap tajuk disertakan lembaran kerja bergambar untuk membantu murid menguasai pemahaman kandungan dan kemahiran Bahasa Melayu. Soalan latihan dalam lembaran kerja ini disertakan contoh penyelesaian dan disusun mengikut aras mudah kepada yang lebih sukar secara ansur maju. Guru menggunakan lembaran kerja tersebut sebagai panduan dan membina soalan sendiri sebagai latihan tambahan kepada murid. 3.3 Pentaksiran Proses pentaksiran berlaku sepanjang tempoh PdP. Guru perlu merancang dan melakukan proses pentaksiran secara holistik semasa sesi PdP. Penentuan Tahap Penguasaan(TP) murid hendaklah merujuk Standard Prestasi(SP) yang terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu dan pelaporan dilakukan mengikut ketetapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berkuat kuasa. 3.4 Cara Menggunakan MOBIM Bahasa Melayu Tahap Dua Modul ini merupakan panduan dan cadangan aktiviti untuk membantu guru melaksankurikulum Bahasa Melayu bagi mencapai objektif dengan peruntukan masa dan bahan sumber sedia ada. Guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti akan mengikut keperluan, kesediaan murid dan fasiliti sekolah masing-masing.


4. Cadangan Proses Pengajaran Guru disarankan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam PdP seperti yang berikut; 4.1 Pembelajaran ansur maju: Pelaksanaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP Bahasa Melayu mengambil kira perkara yang mudah kepada yang sukar, daripada yang konkrit (bahan maujud atau bergambar) kepada abstrak, dan daripada kontekstual kepada konstruktif. 4.2 Pembelajaran didik hibur: Bagi memupuk minat murid dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlulah menggunakan pendekatan yang menarik, hands-on, melibatkan penerokaan dan melalui cara penyampaian yang berkesan. Guru disarankan menggunakan pendekatan didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan maujud/digital yang menarik dalam pengajaran. 4.3 Penggabungjalinan kemahiran: Guru perlu menggabungjalinankan kemahiran Bahasa Melayu mengikut kesesuaian. Pembelajaran kemahiran bahasa dapat digabungjalinankan sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta aspek seni bahasa dan tatabahasa yang terdapat dalam standard kandungan. 4.4 Pengulangan dan latih tubi: Pengulangan dan latih tubi amat penting dalam pembelajaran murid. Proses pembelajaran dalam bilik darjah berlaku secara berulang kali. Kemahiran yang diajarkan kepada murid hendaklah diulang-ulang sebagai pengukuhan agar sentiasa diingati oleh murid. Latih tubi yang dijalankan dapat menambah baik penguasaan murid. 4.5 Pengayaan dan pemulihan: Aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilaksanakan dalam PdP. Aktiviti pengayaan selepas PdP bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman kandungan dan kemahiran yang dipelajari, manakala aktiviti pemulihan pula bertujuan untuk membimbing murid secara berterusan khususnya dalam kalangan murid yang belum menguasai kemahiran pembelajaran.


Pembelajaran VAK merupakan gaya pembelajaran yang merangkumi kebolehupayaan belajar melalui tiga jenis deria iaitu deria penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Gaya pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) Guru perlu memilih gaya pembelajaran VAK yang betul dan sesuai dengan murid. PdP yang kreatif dapat meningkatkan minat, motivasi serta mempengaruhi pencapaian kemahiran bahasa dalam kalangan murid. Pembelajaran Digital bermaksud pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat teknologi digital secara efektif dan inovatif. Akses dan kandungan digital yang berkualiti memainkan peranan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, memupuk sikap dan nilai murni dalam kalangan murid. Penyediaan pelbagai sumber pendidikan yang interaktif dan menyeronokkan dapat memperluas peluang murid untuk belajar, meningkatkan motivasi untuk membangunkan potensi serta bakat mereka secara menyeluruh. DELIMa ialah pelantar pembelajaran digital yang menyediakan pelbagai kandungan digital dan aplikasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara sumber pendidikan yang menarik dalam DELIMa termasuklah buku teks digital, video EduwebTV, aplikasi guru, latihan dalam talian, bahan sokongan bahagian KPM, pusat sumber, ruang ilmu, aplikasi pengajaran, sumber pendidikan JPN dan sebagainya. 4.6 Pembelajaran VAK: 4.7 Pembelajaran Digital:


4.7 Pembelajaran Digital: Pengenalan Aplikasi DELIMa:


MOBIM AI Aplikasi MOBIM AI merupakan ChatBot yang dikuasai oleh model GPT 3.5 yang mempunyai kemahiran kognitif dalam menjawab soalan guru mengenai Modul Bimbingan Bahasa Melayu. Aplikasi ini mampu menganalisis secara kritikal bahan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) serta bahan Modul Bimbingan (MOBIM) Bahasa Melayu Tahap Dua. Penggunaannya amat mudah hanya perlu imbas Kod QR dan kemudian aplikasi MOBIM AI akan membantu guru untuk menjawab soalan guru berkaitan MOBIM dengan mencadangkan aktiviti pembelajaran berasaskan modul MOBIM.


kandungan yang diberikan berbeza mengikut tahap murid 5. Pendekatan Terbeza Pengajaran terbeza bermaksud murid-murid belajar mengikut aras dan situasi murid. Proses pembelajaran ini mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran mereka. Pendekatan Terbeza kandungan proses produk murid melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berbeza murid menghasilkan produk yang berlainan Pembelajaran terbeza ini tidak membezakan kemahiran yang dipelajari oleh murid. Kemahiran yang dipelajari adalah sama tetapi yang berbeza hanyalah proses dan hasil. Melalui pendekatan ini, guru harus memberikan perhatian terhadap pencapaian murid sama ada dari segi aras mahupun tahap. Selain itu, guru perlu mengetahui kemampuan murid menghasilkan sesuatu. Pentaksiran boleh dijalankan untuk mengenal pasti kemampuan murid. Pembelajaran terbeza ini dapat membantu untuk meningkatkan pencapaian dan pembelajaran murid. Pembelajaran terbeza serta mengekalkan motivasi dan minat murid terhadap pembelajaran. Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan dapat belajar dengan lebih efektif dan memperoleh pencapaian yang lebih baik.


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal. (BM SK/SJK) 1. Mendengar 2. Mengecam 3. Menyebut Mengecam • mengecam sebutan yang diujar oleh guru, murid atau melalui audio Menyebut • menyebut ujaran yang didengar dan dicam semula CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menyanyikan lagu “Pak Ali Ada Kebun”. 2. Murid menonton dan mendengar video yang ditayangkan. 3. Murid menjalankan aktiviti Tekan Tiru (digital) atau aktiviti Burung Kakak Tua. • Murid menekan butang watak ditunjukkan dan mendengar ujaran watak tersebut. • Murid menyebut ujaran watak itu semula. 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (bergantung kepada aras keupayaan dan bilangan murid) ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Lakonan 1. Murid dibahagikan kepada dua pasukan. 2. Pasukan pertama akan melakonkan dialog yang diberikan. 3. Pasukan kedua akan menyebut ujaran daripada lakonan pasukan pertama. 4. Aktiviti tersebut dilaksanakan secara bergilir-gilir. (Beza dari segi dialog) Contoh : Saya Husin. Lakonan 1. Murid dibahagikan kepada dua pasukan. 2. Pasukan pertama akan melakonkan dialog yang diberikan. 3. Pasukan kedua akan menyebut ujaran daripada lakonan pasukan pertama. 4. Aktiviti tersebut dilaksanakan secara bergilir-gilir. (Beza dari segi dialog) Contoh : Nama saya Husin bin Ali. Lakonan 1. Murid berbincang menjalankan aktiviti lakonan berdasarkan bahan daripada buku teks. 2. Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas. 3. Rakan memberi komen. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 1.1.1


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dengar rakaman audio di bawah dan ajuk kembali ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul. Selamat sejahtera. Saya Husin. Saya baru berpindah ke rumah ini. Nama saya Lim Jun Seng. Rumah saya di hadapan rumah Encik Husin. Saya jurutera. Saya guru. Saya bekerja di Syarikat Bina Jaya Sdn. Bhd. Saya mengajar di SK Seri Pertiwi. Imbas untuk Aktiviti Tekan Tiru Imbas untuk bahan video situasi Buku Teks BM SJK m.s. 2 Buku Teks BM SK m.s. 2 Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital


1. Murid menyanyikan seloka “Santap Istiadat”. 2. Murid mendengar audio tentang adat makan pelbagai kaum di Malaysia. 3. Murid memadankan gambar adat makan dengan kaum berdasarkan audio yang didengar. 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Permainan Tiga Watak 1. Murid menyatakan adat makan pelbagai kaum berdasarkan gambar dan frasa. 2. Dalam kumpulan, murid menjalankan aktiviti permainan tiga watak. (memberikan respons terhadap adat makan kaum berdasarkan kad yang dicabut) • Murid melakonkan watak sebagai orang Melayu, Cina dan India atau kaum etnik yang lain. Permainan Tiga Watak 1. Murid menyatakan adat makan pelbagai kaum berdasarkan gambar. 2. Dalam kumpulan, murid menjalankan aktiviti permainan tiga watak. (memberikan respons terhadap adat makan kaum berdasarkan kad yang dicabut). • Murid melakonkan watak sebagai orang Melayu, Cina dan India atau kaum etnik yang lain. Permainan Tiga Watak 1. Murid menyatakan adat makan pelbagai kaum secara bebas berdasarkan situasi. 2. Dalam kumpulan, murid menjalankan aktiviti permainan tiga watak. (memberikan respons terhadap adat makan kaum berdasarkan kad yang dicabut) • Murid melakonkan watak sebagai orang Melayu, Cina dan India atau kaum etnik yang lain. Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ujaran yang terdapat dalam situasi tidak formal. (BM SK/SJK) 1. Mendengar 2. Memahami 3. Memberikan respons Memahami • menyatakan atau menerangkan ujaran yang didengar itu semula Memberikan respons • memberikan tindak balas terhadap sesuatu yang didengar SP: 1.1.2 CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital Buku Teks BM SK m.s. 73 Buku Teks BM SJK m.s. 61 Imbas untuk seloka Santap Istiadat Imbas untuk bahan permainan digital Imbas untuk bahan Pengayaan Imbas untuk bahan audio adat makan pelbagai kaum


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis. (BM SK/SJK) 1. Mendengar 2. Mentafsir 3. Memberikan respons 4. Kritis Mentafsir • menerangkan maksud atau memberikan penjelasan Memberikan respons • memberikan tindak balas dengan memberikan alasan, justifikasi, penjelasan dan keterangan Kritis • membuat pertimbangan untuk menerima atau menolak dengan alasan CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid bermain permainan Seret dan Letak. Rela Berbakti OKU-SJK; Zon Cerdas Minda -SK) 2. Murid menonton dan mendengar video. 3. Murid menyatakan respons terhadap soalan guru berdasarkan video yang telah ditonton. (apa, mengapa, bagaimana) 4. Murid menyanyikan lagu “Formula Pendapat”. 5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti Pancing Rawak ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Pancing Rawak 1. Murid memancing soalan yang mengandungi gambar dan pernyataan secara bergilir-gilr dalam kumpulan. 2. Murid memberikan jawapan berpandukan gambar dan pernyataan berdasarkan lagu “Formula Pendapat”. (contoh laluan/tandas/ lif OKU) Aktiviti Pancing Rawak 1. Murid memancing soalan yang mengandungi gambar dan frasa secara bergilir-gilr dalam kumpulan. 2. Murid memberikan jawapan tentang gambar dan frasa yang dipancing berdasarkan lagu “Formula Pendapat”. (contoh laluan/tandas/lif OKU) Aktiviti Pancing Rawak 1. Murid memancing soalan yang mengandungi gambar secara bergilir-gilir dalam kumpulan. 2. Murid memberikan jawapan tentang gambar yang dipancing kepada murid lain. (contoh laluan/ tandas/lif OKU) SP: 1.1.3 PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 13 Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital “Zon Cerdas Minda” Buku Teks BM SJK m.s. 12 Imbas untuk Permainan Seret dan Letak Imbas untuk tonton video Bahan Digital “Misi Mulia” Imbas untuk Permainan Seret dan Letak Imbas untuk tonton video Imbas untuk lagu Formula Pendapat


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.2.1 Bertutur untuk menilai, dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. (BM SK/SJK) 1. Menilai 2. Memberikan alasan 3. Mengikut konteks Menilai • membuat pertimbangan Memberikan alasan • memberikan pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar Mengikut konteks • mengikut situasi atau keadaan CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menonton video animasi. 2. Murid menyatakan aksi dalam video dan mengaitkan tajuk pelajaran. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (pelbagai aras). 4. Murid bermain permainan Kerusi Pintar dalam kumpulan. (Kerusi betul/salah) 5. Murid memberikan alasan berdasarkan pilihan yang dibuat dengan bantuan rakan dalam kumpulan. 6. Murid mendengar audio berkaitan dengan perbuatan Azli. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Roda Impian 1. Murid bermain secara berpasangan dalam kumpulan. 2. Murid B memutarkan Roda Impian dan Murid A memilih pernyataan tanpa melihat paparan pada Roda Impian, 3. Murid B akan membacakan pernyataan yang dipilih oleh Murid A. 4. Murid A akan menilai pernyataan dan memberikan alasan berpandukan pilihan jawapan yang disediakan. 5. Murid bermain secara bergilir-gilir. Aktiviti Roda Impian 1. Murid bermain secara berpasangan dalam kumpulan. 2. Murid B memutarkan Roda Impian dan Murid A memilih pernyataan tanpa melihat paparan pada Roda Impian, 3. Murid B akan membacakan pernyataan yang dipilih oleh Murid A. 4. Murid A akan menilai pernyataan dan memberikan alasan berpandukan senarai frasa yang disediakan. 5. Murid bermain secara bergilir-gilir. Aktiviti Roda Impian 1. Murid bermain secara berpasangan dalam kumpulan. 2. Murid B memutarkan Roda Impian dan Murid A memilih pernyataan tanpa melihat paparan pada Roda Impian, 3. Murid B akan membacakan pernyataan yang dipilih oleh Murid A. 4. Murid A akan menilai pernyataan dan memberikan alasan. 5. Murid bermain secara bergilir-gilir. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 1.2.1


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital Imbas untuk video animasi Imbas untuk bahan audio Buku Teks BM SK m.s. 22 Buku Teks BM SJK m.s. 22 Perbuatan Azli menutup hidung dan mulut ketika bersin. Azli membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Azli mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih. Azli menggunakan penutup hidung semasa dia bersin. Azli membuang tisu yang digunakan meratarata tempat. Azli tidak menutup hidung dan mulut ketika batuk.


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. (BM SK/SJK) 1. Menjelaskan 2. Membanding beza 3. Maklumat tersu rat 4. Maklumat tersirat Menjelaskan • menerangkan sesuatu dengan lebih lanjut Membanding beza • mengkaji persamaan dan perbezaan Maklumat tersurat • sesuatu maklumat yang terdapat dalam bahan yang didengar Maklumat tersirat • sesuatu maklumat yang tersembunyi yang diperoleh daripada maklumat tersurat CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid membuat simulasi menggunakan dua jenis penyedut minuman. 2. Murid bersoal jawab dengan guru/rakan tentang simulasi tersebut. 3. Murid mendengar maklumat tentang dua jenis produk. 4. Murid mencatat maklumat yang didengar. 5. Murid melaksanakan aktiviti membanding beza dalam Kumpulan. (peta buih bergandakinestetik) ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Jualan Langsung 1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mempromosikan produk. 2. Murid daripada kumpulan lain berperanan sebagai pembeli dan diminta untuk mengajukan soalan kepada penjual (maklumat tersirat). Jualan Langsung 1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mempromosikan produk berdasarkan 3 aspek produk. 2. Murid daripada kumpulan lain berperanan sebagai pembeli dan diminta untuk mengajukan soalan kepada penjual (maklumat tersirat). Jualan Langsung 1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mempromosikan produk berdasarkan aspek produk secara terperinci. 2. Murid daripada kumpulan lain berperanan sebagai pembeli dan diminta untuk mengajukan soalan kepada penjual ( maklumat tersirat). 3. Murid mereka cipta produk berdasarkan ciri-ciri yang sesuai. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 1.2.2


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 29 Buku Teks BM SJK m.s. 27 Imbas untuk bahan video Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. (BM SK) 1.2.3 Memberi respons terhadap soalan yang dikemukakan. (BM SJK) 1. Bersoal jawab 2. Memberikan respons Bersoal jawab • bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan dan menjawab soalan untuk memberikan penjelasan Memberikan respons • memberikan tindak balas terha dap sesuatu yang didengar CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menonton dan menyanyikan lagu “Goreng Pisang” (kata tanya). 2. Murid menonton video iklan. 3. Murid menjalankan aktiviti sumbangsaran berdasarkan video yang ditonton. (tanya, jawab) ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Bulatan Dalam-Luar 1. Murid dalam bulatan memegang gambar berserta pernyataan lalu bertanyakan soalan. 2. Murid di luar bulatan menerangkan situasi dan pernyataan serta bertanyakan soalan berdasarkan gambar manakala murid dalam bulatan menjawab soalan. 3. Murid bertukar kedudukan dan peranan (ulang langkah 1 dan langkah 2). Aktiviti Bulatan Dalam-Luar 1. Murid dalam bulatan memegang gambar berserta frasa lalu bertanyakan soalan. 2. Murid di luar bulatan menerangkan situasi ,frasa dan bertanyakan soalan berdasarkan gambar manakala murid dalam bulatan menjawab soalan. 3. Murid bertukar kedudukan dan peranan (ulang langkah 1 dan langkah 2). Aktiviti Bulatan Dalam-Luar 1. Murid dalam bulatan memegang gambar lalu bertanyakan soalan. 2. Murid di luar bulatan menerangkan situasi berdasarkan gambar dan bertanyakan soalan manakala murid dalam bulatan menjawab soalan. 3. Murid bertukar kedudukan dan peranan (ulang langkah 1 dan langkah 2). 1. Murid melakukan aktiviti Bertih Jagung. • Murid diminta berdiri dan dibahagikan kepada dua kumpulan besar. • Murid dibenarkan duduk setelah berjaya mengemukakan soalan dan memberikan jawapan. • Kumpulan yang mengemukakan soalan dan menjawab soalan paling banyak dikira sebagai pemenang. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 1.2.3


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital Imbas untuk bahan video Buku Teks BM SK m.s. 44 & 45 Buku Teks BM SJK m.s. 32 Imbas untuk lagu “Kata Tanya”


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.3.1 Bercerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. (BM SK/SJK) 1. Bercerita Bercerita • bercerita berdasarkan pengalaman dan imaginasi sendiri CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menonton rakaman video tentang cerita untuk mempelajari sebutan dan intonasi yang sesuai (wakil sekolah). 2. Murid membaca cerita dalam buku teks dengan sebutan dan intonasi (bacaan mekanis). 3. Dalam kumpulan, murid bercerita tentang cerita yang telah dibaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Susun dan Cerita 1. Murid menyusun gambar yang mengandungi frasa berdasarkan jalan cerita. 2. Murid bercerita tentang watak diri sendiri atau pengalaman sendiri mengikut urutan. 3. Penilaian dilakukan secara kumpulan dengan bimbingan guru. (isyarat suka ceria) 4. Guru memilih murid yang terbaik untuk membuat persembahan di hadapan kelas. Aktiviti Susun dan Cerita 1. Murid menyusun gambar berdasarkan jalan cerita. 2. Murid bercerita tentang watak diri sendiri atau pengalaman sendiri mengikut urutan. 3. Penilaian dilakukan secara kumpulan dengan bimbingan guru. (isyarat suka ceria) 4. Guru memilih murid yang terbaik untuk membuat persembahan di hadapan kelas. Aktiviti Bercerita 1. Murid memilih kad situasi. 2. Murid bercerita tentang watak diri sendiri atau pengalaman sendiri mengikut situasi. 3. Penilaian dilakukan secara kumpulan dengan bimbingan guru. (isyarat suka ceria) 4. Guru memilih murid yang terbaik untuk membuat persembahan di hadapan kelas. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 1.3.1


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 174 Buku Teks BM SJK m.s. 42 Rujukan Halaman Buku Teks Imbas untuk bahan video Bahan Digital


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 1.3.2 Menceritakan sesuatu bahan yang ditonton dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. (BM SK/SJK) 1. Menceritakan Menceritakan • mengisahkan sesuatu perkara yang ditonton, dilihat dan didengar semula CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menonton video bertajuk “Tempat Letak Kereta Mesra Pengguna”. 2. Murid dan guru bersoal jawab untuk menjanakan idea berkaitan dengan video yang ditonton. 3. Dalam kumpulan, murid menceritakan video yang ditonton secara berantai itu semula. 4. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. 5. Setiap kumpulan diberikan kad arahan untuk membuat simulasi mengikut giliran. (satu kumpulan melaksanakan simulasi, satu kumpulan menceritakan situasi yang ditonton semula) ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Simulasi Bercerita 1. Murid menceritakan simulasi meletakkan kereta yang dilakonkan oleh kumpulan tiga/aras berbeza dengan bimbingan guru. Situasi simulasi: Murid diminta melakonkan situasi meletakkan kereta di tempat letak kereta mesra pengguna. (dilakonkan oleh kumpulan tiga/aras berbeza) Aktiviti Simulasi Bercerita 1. Murid menceritakan situasi pengguna berebutrebut meletakkan kereta di tempat letak kereta mesra pengguna yang dilakonkan oleh kumpulan satu/aras berbeza. Situasi simulasi: Murid diminta melakonkan situasi pengguna berebutrebut meletakkan kereta di tempat letak kereta mesra pengguna. (dilakonkan oleh kumpulan satu/aras berbeza) Aktiviti Sambung Bercerita 1. Murid menceritakan situasi pengguna mencari dan berebut-rebut tempat letak kereta yang dilakonkan oleh kumpulan dua/aras berbeza secara terperinci. Situasi simulasi: Murid diminta melakonkan situasi pengguna mencari dan berebut-rebut tempat letak kereta. (dilakonkan oleh kumpulan dua/aras berbeza) SP: 1.3.2 Nota Kaki: Kumpulan murid aras tinggi melaksanakan sesi menceritakan semula. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital Imbas untuk Bahan audio Imbas untuk bahan video Imbas untuk bahan Aktiviti Butang Emoji/Lampu Isyarat Buku Teks BM SK m.s. 115 Buku Teks BM SJK m.s. 46


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Cerita kembali berdasarkan frasa yang diberi • melihat papan tanda elektronik. • menunjukkan bilangan ruang letak kereta yang kosong. • melihat dua warna lampu. • lampu merah - ada kereta -lampu hijau - tiada kereta. • Menunjukkan ruangan letak kereta yang kosong. • dapat melihat daripada jauh. • memudahkan pengguna. • meletakkan kenderaan • lampu akan bertukar warna. • masuk ke pasar raya. Rujuk Buku Teks BM SK m.s. 115 Guru membimbing murid bercerita menggunakan teknik penyoalan Apakah yang kamu lihat di pasar raya? Bagaimanakah kita mengetahui jumlah ruang letak kereta yang masih kosong? Lampu merah menunjukkan apa? Lampu hijau menunjukkan apa? Kebaikan lampu di ruang letak kereta apa? Setelah kenderaan parkir di ruangan kosong apa terjadi? Rujuk Buku Teks BM SK m.s. 115


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. (BM SK/SJK) 1. Membaca 2. Memahami Memahami • memberikan tindak balas terhadap bahan yang dibaca secara lisan, tulisan, lukisan, grafik atau aksi CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menyanyikan lagu. (mana-mana lagu yang sesuai) 2. Murid mendengar audio bacaan yang menggunakan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 3. Murid membaca petikan secara berantai dengan menggunakan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 4. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan petikan. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Butang Emoji/Lampu Isyarat 1. Murid diberi beberapa potongan ayat. 2. Murid membaca potongan ayat. 3. Murid memilih kad emoji yang sesuai untuk dipadankan dengan potongan ayat. 4. Murid membaca potongan ayat mengikut emoji yang dipilih. 5. Murid bersoal jawab dengan guru/rakan untuk menyatakan dua maklumat yang terdapat dalam bahan yang dibaca. (Teknik Bacaan CHATT) Butang Emoji/Lampu Isyarat 1. Murid diberi beberapa potongan ayat berserta emoji. 2. Murid membaca potongan ayat mengikut beberapa emoji yang ditetapkan dengan bimbingan guru. 3. Murid membaca potongan ayat beramai-ramai mengikut emoji yang ditetapkan. 4. Murid bersoal jawab dengan guru/rakan untuk menyatakan 3 maklumat yang terdapat dalam bahan yang dibaca. (Teknik Bacaan CHATT) Butang Emoji/Lampu Isyarat 1. Murid diberi satu potongan ayat. 2. Murid membaca potongan ayat mengikut beberapa emoji yang ditetapkan. 3. Murid membaca potongan ayat beramai-ramai mengikut emoji yang ditetapkan. 4. Murid bersoal jawab dengan guru/rakan untuk menyatakan 4 maklumat yang terdapat dalam bahan yang dibaca. (Teknik Bacaan CHATT) PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 2.1.1


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 3 Buku Teks BM SJK m.s. 3 Rujukan Halaman Buku Teks


CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menghasilkan Jalur Gemilang melalui permainan digital . 2. Murid membaca teks “Megahnya Jalur Gemilang” (buku teks m.s. 96). 3. Murid memindahkan maklumat dalam peta pemikiran. 4. Murid melaksanakan aktiviti seret dan letak untuk menyusun kedudukan item yang terkandung dalam Jalur Gemilang dan kedudukan susun atur bendera. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Saya Lihat, Saya Fikir & Saya Tanya 1. Murid diberi gambar beberapa lokasi. 2. Murid berfikir dan menggambarkan kedudukan bendera berdasarkan lokasi. 3. Pilihan jawapan diberikan. Saya Lihat, Saya Fikir & Saya Tanya 1. Murid diberi gambar lokasi dan situasi. 2. Murid berfikir dan menggambarkan kedudukan bendera berdasarkan lokasi dan situasi. 3. Murid diberi kertas sebak. Saya Lihat, Saya Fikir & Saya Tanya 1. Murid diberi gambar lokasi dan situasi. 2. Murid menggambarkan kedudukan bendera berdasarkan lokasi dan situasi dengan memberikan alasan. 3. Murid diberi kertas sebak. SP: 2.2.1 SK Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. (BM SK/SJK) 1. Membaca 2. Memahami 3. Membuat gambaran 4. Bahan grafik 5. Multimedia Memahami • memberikan tindak balas terha dap bahan yang dibaca secara lisan, tulisan, lukisan, grafik atau aksi Membuat gambaran • membuat bayangan seperti lukisan, idea pemikiran, nukilan, peta pemikiran dan lain-lain. Bahan Grafik • bahan yang memuatkan maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain menyatakan atau menyampaikan idea Multimedia • pelbagai jenis media (cetak dan elektronik) PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menyanyikan lagu “Gotong-royong”. 2. Murid memilih aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong berdasarkan gambar (Peta Bulatan). 3. Murid duduk dalam kumpulan dan membaca bahan daripada buku teks. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Tikar Permuafakatan 1. Setiap murid mencatat idea tentang aktiviti gotong-royong pada Tikar Permuafakatan berdasarkan gambar aktiviti gotong-royong . 2. Murid berbincang dan menentukan keadaan taman yang paling tepat selepas gotong-royong berdasarkan gambar yang diberikan. 3. Murid mencatatkan hasil perbincangan pada bulatan tengah Tikar Permuafakatan. 4. Setiap kumpulan membacakan hasil catatan perbincangan masing-masing. Aktiviti Tikar Permuafakatan 1. Setiap murid mencatat idea masing-masing tentang aktiviti gotongroyong pada Tikar Permuafakatan berdasarkan gambar bersiri. 2. Murid berbincang dan menentukan keadaan taman selepas gotongroyong berdasarkan gambar yang diberikan. 3. Murid mencatatkan hasil perbincangan pada bulatan tengah Tikar Permuafakatan. 4. Setiap kumpulan membacakan hasil catatan perbincangan masing-masing. Aktiviti Tikar Permuafakatan 1. Setiap murid mencatat idea masing-masing tentang aktiviti gotongroyong pada Tikar Permuafakatan berdasarkan gambar tunggal. 2. Murid berbincang dan menentukan keadaan taman selepas gotongroyong berdasarkan gambar yang diberikan. 3. Setiap kumpulan membacakan hasil catatan perbincangan masing-masing. SP: 2.2.1 SJK


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital “Jalur Gemilang” Imbas untuk lagu “Jalur Gemilang” Imbas untuk Seret dan Letak “Jalur Gemilang” Imbas untuk Seret dan Letak bendera Buku Teks BM SK m.s. 96 & 97 Buku Teks BM SJK m.s. 8 Imbas untuk bahan Aktiviti Peta Bulatan Bahan Digital “Hadiah Tersembunyi” Imbas untuk lagu “Gotong-royong”


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera, dan karya bukan sastera. (BM SK/SJK) 1. Membaca 2. Menganalisis kandungan 3. Karya sastera 4. Karya bukan sastera Menganalisis kandungan • mengkaji dan menyelidik secara terperinci maklumat/idea Karya sastera • pantun, syair, gurindam, nyanyian, sajak, seloka, cerpen, novel dll Karya bukan sastera • rencana, berita, syarahan, pidato dll CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) *Murid membaca e-mel yang telah dikirimkan oleh guru. (cadangan bagi sekolah yang mempunyai kemudahan peranti) 1. Murid menonton video berkaitan dengan kebudayaan etnik di Sarawak. 2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang video yang ditonton. 3. Murid membaca teks bertajuk “Etnik Lun Bawang” (buku teks m.s.67). ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Pokok Misteri 1. Murid dalam kumpulan berbincang dan melengkapkan peta pokok berdasarkan kata kunci yang disenaraikan. 2. Berdasarkan hasil perbincangan, murid dalam kumpulan membaca peta pokok yang telah dilengkapkan. Aktiviti Pokok Misteri 1. Murid dalam kumpulan berbincang dan menghasilkan peta pemikiran yang sesuai berdasarkan maklumat dalam perenggan yang ditetapkan oleh guru. 2. Berdasarkan hasil perbincangan, murid dalam kumpulan membaca peta pemikiran yang telah dihasilkan. Aktiviti Pokok Misteri 1. Murid dalam kumpulan berbincang dan menghasilkan bahan infografik. 2. Murid dalam kumpulan menerangkan infografik yang telah dihasilkan. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 2.3.1


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 67 Buku Teks BM SJK m.s. 52 Etnik Lun Bawang Kawasan Pekerjaan Pesta Imbas untuk tonton video Bahan Digital


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 2.3.2 Membaca karya sastera dan karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. (BM SK/SJK) 1. Karya sastera 2. Karya bukan sastera 3. Gaya penyampaian Karya sastera • pantun, syair, gurindam, nyanyian, sajak, seloka, cerpen, novel dll Karya bukan sastera • rencana, berita, syarahan, pidato dll Gaya penyampaian • cara menyampaikan bahan yang dibaca CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP 1. Murid mendengar audio syair dan pidato. 2. Murid bersoal jawab dengan guru/rakan berkaitan dengan syair dan pidato yang diperdengarkan. AKTIVITI KUMPULAN PELBAGAI ARAS Aktiviti Mari Bersyair dan Berpidato 1. Murid bersyair dan berpidato dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 2. Murid mendendangkan syair dan menyampaikan pidato secara berpasangan. 3. Murid membuat rakaman audio menggunakan perakam/telefon dengan bimbingan guru. SP: 2.3.2 1. Murid membuat kraf tangan atau seni warisan yang diketahui. 2. Murid dan guru bersoal jawab berkaitan dengan isi pelajaran. 3. Murid menonton video (AI yang berperanan sebagai pengacara sebuah rancangan TV): AKTIVITI KUMPULAN PELBAGAI ARAS Aktiviti Wartawan Muda 1. Murid membaca keseluruhan petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai secara berpasangan. (Penilaian rakan sebaya) 1. Murid membuat rakaman video menggunakan telefon atau komputer di rumah. 2. Murid memuat naik video rakaman dalam Google Classroom, Padlet atau Telegram kelas. SK SJK PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 166 Wahailah rakyat Malaysia Dengarkanlah ini seloka Banyak sudah telah berlaku Zaman ini ramai penipu Buat panggilan minta wang Konon menyamar jadi pegawai Suruh balas tekan butang Duit lesap simpanan melayang Sesal dulu pendapatan Sesal kemudian tiada gunanya Cekalkan hati teguhkan iman Minta petunjuk yang Maha Esa Akhir kalam buat semua Hidup perlulah bijaksana Jangan mudah terpedaya Pujuk rayu di alam siber Buku Teks BM SJK m.s. 72 Rujukan Halaman Buku Teks


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk ayat. (BM SK/SJK) 1. Mekanis 2. Tulisan berangkai Mekanis • tiru dan tulis Tulisan berangkai • tulisan bersambung CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menulis huruf berangkai di udara berdasarkan abjad yang ditayangkan oleh guru. 2. Murid bermain permainan ‘Uncang Kata’ (salin perkataan tulisan berangkai secara bergilir-gilir) 3. Murid dibimbing cara penulisan tulisan berangkai. (Tunjuk cara daripada guru atau video tulisan berangkai) ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Ikut Seperti Saya 1. Murid menyurih atau menekap tulisan berangkai. Aktiviti Ikut Seperti Saya 1. Murid meniru ayat tulisan berangkai. Aktiviti Ikut Seperti Saya 1. Murid meniru tulisan berangkai dalam bentuk perenggan. SP: 3.1.1 Nota Kaki: Guru perlu membahagikan murid berdasarkan kemampuan murid bagi kemahiran penulisan berangkai. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rujukan Halaman Buku Teks Bahan Digital Imbas untuk bahan video Buku Teks BM SK m.s. 4 Buku Teks BM SJK m.s. 4 Imbas untuk mendapatkan bahan panduan guru


Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 3.2.1 Membina dan menulis ayat, dan perenggan daripada bahan multimedia. (BM SK/SJK) 1. Membina ayat 2. Membina perenggan 3. Menulis ayat 4. Menulis perenggan 5. Bahan multimedia Membina ayat • membina ayat (subjek dan predikat) Membina perenggan • membina beberapa ayat untuk membina perenggan. Menulis ayat • menulis ayat tunggal dan ayat majmuk. Menulis perenggan • menulis beberapa ayat untuk membentuk perenggan. Bahan Multimedia • pelbagai jenis media (cetak dan elektronik) CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menonton video Rap ASBAT. 2. Murid menyanyikan lagu Rap ASBAT. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti Telur Ajaib. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Telur Ajaib 1. Setiap kumpulan diberikan gambar dan Telur Ajaib yang mengandungi kadkad perkataan. 2. Murid meneliti gambar dan menyusun perkataan yang terdapat di dalam Telur Ajaib untuk membina ayat. 3. Murid menulis ayat yang telah dibina itu semula. 4. Murid menulis perenggan berdasarkan ayat yang telah dibina.. Aktiviti Telur Ajaib 1. Setiap kumpulan diberikan gambar, jadual ayat dan Telur Ajaib yang mengandungi frasa. 2. Murid meneliti gambar dan membina ayat berdasarkan frasa yang terdapat di dalam Telur Ajaib berpandukan jadual ayat. 3. Murid menulis perenggan berdasarkan ayat yang telah dibina. Aktiviti Telur Ajaib 1. Setiap kumpulan diberikan Telur Ajaib yang mengandungi gambar. 2. Murid meneliti gambar. 3. Murid membina ayat berdasarkan gambar di dalam Telur Ajaib. 4. Murid menulis perenggan berdasarkan ayat yang telah dibina. PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN SP: 3.2.1


BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku Teks BM SK m.s. 15 Buku Teks BM SJK m.s. 19 Rujukan Halaman Buku Teks Imbas untuk bahan video Rap ASBAT Bahan Digital Imbas untuk bahan Telur Ajaib


CADANGAN AKTIVITI PdP BERDASARKAN KATA KUNCI SP (PENDEKATAN TERBEZA) 1. Murid menutup mata kanan atau kiri mengikut arahan guru dan menyebut huruf yang ditunjukkan. 2. Murid menonton video lagu Potong Ganti. 3. Murid menyanyikan lagu Potong Ganti. 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI Aktiviti Dadu Misteri 1. Murid diberikan kad soalan. 2. Murid membaling dadu. 3. Murid membaca dan menjawab soalan mengikut nombor pada dadu. 4. Soalan dimasukkan ke dalam enam sampul yang berbeza (empat soalan bertumpu dan dua soalan bercapah). 5. Aktiviti dilakukan mengikut giliran. 6. Murid yang membaling dadu akan memilih sampul dan memadankan jawapan. 7. Murid menulis jawapan mereka pada kad soalan. Aktiviti Dadu Misteri 1. Murid diberikan kad soalan. 2. Murid membaling dadu. 3. Murid membaca dan menjawab soalan mengikut nombor pada dadu. 4. Soalan dimasukkan ke dalam enam sampul yang berbeza ( tiga soalan bertumpu dan tiga soalan bercapah). 5. Aktiviti dilakukan mengikut giliran. 6. Murid yang membaling dadu akan memilih sampul dan melengkapkan jawapan. 7. Murid menulis jawapan mereka pada kad soalan. Aktiviti Dadu Misteri 1. Murid diberikan kad soalan. 2. Murid membaling dadu. 3. Murid membaca dan menjawab soalan mengikut nombor pada dadu. 4. Soalan dimasukkan ke dalam enam sampul yang berbeza (dua soalan bertumpu dan empat soalan bercapah). 5. Aktiviti dilakukan mengikut giliran. 6. Murid yang membaling dadu akan memilih sampul dan menghasilkan jawapan. 7. Murid menulis jawapan mereka pada kad soalan . SP: 3.2.2 Kandungan SP dan Keperluan SP Perlu Dicapai Kata Kunci SP DSKP Penjelasan Kata Kunci 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. (BM SK/SJK) 1. Soalan bertumpu 2. Soalan bercapah 3. Kritis 4. Kreatif Soalan bertumpu • soalan yang bersifat objektif dan spesifik/jawapan terdapat dalam bahan Soalan bercapah • soalan yang memerlukan jawapan yang luas dan subjektif/jawapan tiada dalam bahan Kritis • membuat pertimbangan untuk menerima atau menolak dengan alasan Kreatif • mempunyai kebolehan mengembangkan sesuatu idea PENERANGAN STANDARD PEMBELAJARAN


Click to View FlipBook Version